Minggu, 29 Desember 2013

[E-NOVEL] : INDAH ANUGERAH CINTAMU - BAB PERTENGAHAN -

Assalamualaikum u olss..

Hari ini adalah entry last untuk  Indah Anugerah CintaMu. Terima kasih tak terhingga kepada para pembaca yang mengikuti kisah Hayyan , Hadif dan Reen dari bab 1 sampailah ke bab hari ini. Terima kasih dia ats segala komen dan juga pandangan dari anda semua. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk mss ini cik writer akan war2kan nanti. Kalau tiada rezeki berkemungkinan besar cik writer akan publish semuanya di blog ini. Hari khamis ini pula bermulanya entry e-novel ke 4 cik writer iaitu ALAHAI MISS BLUR.


                                        







INDAH ANUGERAH CINTAMU  - BAB PERTENGAHAN -





 “BAKAL pengantin lelakinya dah ada cincin ke?” Soal pemilik kedai itu dengan tiba-tiba.Datin Khadijah memandang pada Reen.

   “Rasanya Hadif tak ada beli lagi auntie.” Ujar Reen.Dia tahu jadual Hadif sejak dua tiga menjak ini memang penuh dengan kerja.

   “Habis tu macam mana mama?” Soal Hayyan pula.Datin Khadijah berfikir sejenak.
    Kemudian Datin Khadijah memegang jari Hayyan.Di tilik jari anak bujangnya yang satu ini.Hayyan merenung mamanya dengan pelik begitu juga dengan Reen.

   “Jari korang berdua lebih kurang sama sajakan.Apa kata Hayyan tolong mama pilihkan cincin untuk Hadif.Mama tak tahulah taste anak muda zaman sekarang ni tambah-tambah yang lelaki.” Reen dan Hayyan saling berbalas pandangan.

   “Mama ..Bukan Hayyan yang nak kahwin.” Hayyan menarik jarinya.
    “Janganlah macam tu.Tolonglah.Mama tahu saiz kamu lebih kurang sama saja.Hayyan tak kasihan ke tengok Reen?” Hayyan menggarukan kepalanya.Kaca mata hitamnya masih lagi bergayut di matanya.

   “Please Hayyan.Awak mesti tahukan saiz Hadif. Tolonglah pilih.Awak lebih mengenali Hadif dari saya.” Ujar Reen pula dengan lembut.Hayyan memandang wajah Reen dan mamanya silih berganti.Dua-dua mempamerkan muka yang sarat dengan harapan.

   “Yalah mama.Hayyan tolong carikan cincin untuk Hadif.” Datin Khadijah dan Reen sudah tersenyum.Mata Hadif mula melilau melihat cincin-cincin yang ada di depan matanya.

   Setelah selesai mencari cincin perkahwinan untuk Reen dan juga Hadif , Datin Khadijah mengajak Reen untuk menemani shopping .Reen tiada bantahan langsung dia mengikut saja bakal mak mertuanya itu shopping.Hayyan pula umpama bodyguard yang sentiasa berada di belakang mamanya dan juga Reen.

   “Hayyan ok ke kalau mama nak shopping sekejap?” Soal Datin Khadijah pada anak bujangnya.
    Hayyan tersenyum pada mamanya. “Boleh aja mama.Hayyan tak kisahpun.” Balas Hayyan .Datin Khadijah tersenyum lega. Orang lain nak kahwin orang lain yang temankan.Nasib kaulah Reen.

   Setelah penat dan lenguh kaki berpusing-pusing akhirnya Datin Khadijah mengajak Reen dan juga Hayyan berhenti di sebuah restoran untuk menghilangkan penat lelah dan juga ingin mengisi perut yang sudah berkeroncong ketika ini.

   “Mama ni shopping apa banyak sangat?” Soal Hayyan lalu di buka kaca mata hitamnya.Reen hanya melihat saja gerak geri Hayyan.Dia sedar sejak mereka bertemu di rumah Datuk Ismail dulu Hayyan sudah tidak seramah dulu.Adakalanya Reen terfikir juga adakah dia ada lakukan kesalahan yang tak di sengajakan pada Hayyan.

   “Sekali sekala shopping dengan anak dan bakal menantukan.Kalau mama ajak papa kamu jangan haraplah dia nak temankan.Dia mana suka kalau datang shopping.” Tingkah Datin Khadijah .Hayyan tersengih.

   “Reen nak makan apa?” Soal Datin Khadijah.Reen ketika itu sedang ralit membelek-belek buku menu yang di berikan padanya sebentar tadi.Hayyan juga turut melakukan perkara yang sama.
   Selepas itu mereka membuat pesanan .Datin Khadijah tiba-tiba merasa  perutnya tidak selesa ketika ini.

   “Mama nak ke toilet sekejap ya.Kalau makanan sampai awal kamu makanlah dulu.” Pesan Datin Khadijah sebelum bangun dari kerusi yang di duduknya.Hayyan dan Reen tidak sempat berkata apa-apa.Mereka melihat saja langkah Datin Khadijah menunggu ke toilet.

   Ketika ini Reen mahu pun Hayyan sama-sama mendiamkan diri.Hayyan teringat kembali akan nasihat Firdaus hari itu.Dalam diam Hayyan mencuri pandang pada Reen namun Reen saja yang tidak perasan.

   “Hmm..Reen.. Saya sebenarnya nak cakap sesuatu dengan awak.” Hayyan cuba untuk memberitahu isi hatinya.Dia tidak tahu sama ada betulkah tindakan yang di lakukannya ini.Reen menoleh kepada Hayyan.

   “Awak nak cakap tentang apa tu Hayyan?” Soal Reen dengan senyuman.Bibir yang sentiasa mekar dengan senyuman.Macam mana hati Hayyan tidak terpikat dengan Reen.

   “Saya..Saya..”

     “Saya apa?. Cuba awak cakap biar saya faham.” Tambah Reen.Hayyan merenung wajah Reen manakala Reen pula memandang Hayyan dengan pelik.Hayyan mengumpul kekuatan untuk berterus terang tentang perasaannya.

   “Saya dah lama nak bagitahu awak Reen.Saya sebenarnya dah lama sukakan awak Reen Saya sukakan awak lebih dari seorang kawan.” Luah Hayyan dengan jujur.Reen terlopong seketika mendengar apa yang di katakan oleh Hayyan sebentar tadi.

   Akalnya mencerna setiap perkataan yang keluar dari mulut Hayyan sebentar tadi.Hayyan menanti saja apa yang akan di beritahu oleh Reen.Di hatinya memang mengharapkan cintanya itu akan dibalas walaupun hakikatnya Reen itu bakal berkahwin pada minggu depan.

   “Hayyan awak jangan buat kerja gila.Saya ni bakal isteri orang.Awak tak boleh sukakan saya lebih dari seorang kawan.Saya akan jadi sebahagian dari keluarga awak.” Ujar Reen dengan muka yang serius.Dia terkejut dengan pengakuan Hayyan tapi Reen tidak boleh memberikan jawapan yang diimpikan oleh Hayyan.Dia bakal menjadi milik Hadif.

   “Salah ke saya jatuh hati dengan awak Reen.Awak tahu tak ini kali pertama saya rasa jatuh cinta pada seseorang.” Tingkah Hayyan.Matanya merenung ke dalam mata Reen.Dengan pantas Reen melarikan anak matanya.

   “Salah memang tak tapi saya tak boleh nak terima awak Hayyan.Minggu depan saya akan berkahwin dengan Hadif.Sepupu awak sendiri. Please la Hayyan cari orang lain.Saya tak boleh .” Tegas Reen.

   “Tapi saya…” Hayyan cuba menggengam tangan Reen namun dengan pantas Reen menarik tangannya.

   “Saya dah berikan hati dan kasih sayang saya pada Hadif Fakhri.Dia adalah bakal suami saya Hayyan.Saya harap awak faham.” Balas Reen lagi .Tajam matanya memandag Hayyan.

   “Saya tahu saya dah terlambat untuk dapatkan cinta awak Reen.Saya lambat luahkan perasaan saya pada awak.Itu yang saya kesalkan.” Balas Hayyan.Reen pura-pura tidak dengar.

   “Apa yang patut saya lakukan Reen?” Soal Hayyan.Reen mendiamkan diri.

   “Awak cari saja orang lain.Berikan cinta awak kepada orang yang berhak.Saya bukanlah orang yang awak cari.Awak kena sedar itu Hayyan.Awak suka saya macam mana sekalipun saya tetapkan tidak akan terima awak kerana hati saya pada Hadif. Dia yang telah berjaya membuka semula hati saya yang telah tertutup untuk lelaki selepas saya bercerai dengan Aqil dulu.” Tambah Reen.Hayyan tersentak.Jawapan Reen menikam lubuk hatinya.

   “Maafkan saya Hayyan.Awak akan temui cinta awak satu hari nanti.” Pujuk Reen apabila melihat wajah Hayyan yang keruh.

   “Saya sedar siapa diri saya.Tak mengapa Reen.Sekurang-kurangnya saya tahu yang awak tak pernah sukakan saya.” Jawab Hayyan dengan pilu.Kali pertama dia merasa sakit di lubuk hatinya.
   “Hayyan..Saya…”

   “Makanan belum sampai lagi ke?” Soal Datin Khadijah lalu melabuhkan semula punggungnya ke kerusi .Reen dan Hayyan tersenyum dan menggelengkan kepala mereka serentak.

   “Hayyan ok ke? Mama tengok muram saja ni .Kenapa?” Soal Datin Khadijah.Risau melihat keadaan Hayyan sekarang ini.

   “Hayyan ok saja mama.Jangan risau.” Dalih Hayyan dengan muka yang ceria.Reen hanya menunduk.Dia tahu Hayyan kecewa tetapi cinta itu tidak boleh di paksa.

   Sejurus selepas itu, makanan yang di pesan oleh mereka akhirnya sampai.Mereka menjamu selera sambil bersembang kecuali Hayyan saja yang berada di dalam dunianya sendiri.Dia tidak meghiraukan langsung apa yang di bincangkan oleh mamanya dan juga Reen.

   Kau bertuah Hadif kerana memilik cinta Reen.Aku doakan korang bahagia.Rintih hati Hayyan .Dia melihat makanannya di depannya itu sebelum menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut.

  “Awak suka saya macam mana sekalipun saya tetapkan tidak akan terima awak kerana hati saya pada Hadif.” Masih jelas  di telinga Hayyan apa yang di katakan oleh Reen tadi.Kata-kata it uterus tersemat ke lubuk hatinya yang paling dalam.

  HARI bersejarah Reen tiba jua hari ini.Majlis akad nikahnya bakal berlangsung esok pagi.Reen sudah pun berada di kampungnya.Di lihat barang-barang hantaran yang sudah siap si gubah.Reen tersenyum.Dia tidak sangka dia akan merasai hari pernikahannya buat kali kedua.Apa yang di doanya kali ini semoga di kekal bahagia selamanya.

   “Reen sudahlah tu pergi tidur.Esok nak bangun pagi.Opah tak sabar nak tengok Reen di satukan dengan Hadif. Lepas ni kalau opah tak ada sini adalah orang yang boleh jaga Reen.” Ujar opah Reen dengan senyuman.

  “Apa opah cakap ni.Opah dengan orang lain tak sama.” Balas Reen lalu memeluk erat bahu opahnya.

   “Opah cakap saja.Sudahlah pergi tidur.Hadif dah sampai homestay ke Reen?” Soal opahnya lagi.

   “Petang tadi dia cakap lepas maghrib dia akan sampailah ke rumah tu.Opah jangan risau ya.Opah pun pergilah berehat.” Tingkah Reen .Opahnya menganggukkan kepalanya.Reen dan opahnya kemudian masuk ke dalam bilik masing-masing.

   Reen meilhat biliknya yang sudah di hias cantik.Dia sampai saja di rumah semalam biliknya sudah berubah wajah.Dalam diam Reen gembira.

   “Semoga perkahwinan aku kali ini kekal hinggak ke hujung nyawalah.” Doa Reen sebelum membaringkan dirinya di atas tilam.Semoga majlis esok berjalan dengan lancar.Itu doanya sebelum tidur.

   HADIF Fakhri tersedar dari lena.Matanya terpisat-pisat melihat keadaan sekeliling .Dia cuba bangun namun tangan dan kakinya terikat.Apa sudah jadi? Hadif cuba mengingati apa yang berlaku pada siang tadi.

   Kereta yang di pandu olehnya di halang dengan sebuah kereta.Mereka bertopeng turun dari kereta terus menarik Hadif sewaktu Hadif mahu keluar dari keretanya.Hadif berusaha melepaskan diri waktu itu namun entah tiba-tiba dia pengsan dek kerana di pukul di kepala sewaktu cuba melarikan diri daripada mereka yang tidak di kenalinya.

   “Aku dekat mana ni?” Soal Hadif dengan bimbang.Bagaimana ni mereka sudah menunggunya di kampung Reen.Mama papa..

   Hadif memandang sekeliling lagi.Dia di kurung di dalam sebuah bilik.Hadif kebinggungan mengapakah dia berada di sini sedangkan esok adalah hari akad nikahnya bersama Reen.Hadif cuba melepaskan ikatan di tangannya namun tidak berjaya.Ikatan yang sungguh ketat menyukarkan untuk melepaskan diri.

   “Haa dah bangun pun kau Hadif Fakhri Datuk Ismail.” Ujar seorang lelaki yang baru saja masuk ke bilik tersebut.

   “Eh kau ni siapa? Kenapa korang ikat aku begini.Lepaskan aku.” Tingkah Hadif sambil berusaha untuk melepaskan diri .

   “Aku adalah orang suruhan Tan Sri Herman.Dia yang minta aku culik kau.” Terang lelaki itu lagi. Hadif terkejut besar.

   “Kenapa dia nak culik aku? Apa salah aku dengan dia hah?” Soal Hadif tidak puas hati.Ligat kepala otaknya berfikir ketika ini.Kesalahan apa yang aku dah buat.Desis hati Hadif.

   “Kau nak tahu kenapa?Dia marah dan bencikan kau sebab kau dapat banyak projek dari client dia.Itulah yang dia bengang.” Jawab lelaki tersebut dengan senyuman.

   “Kau lepaskan aku.Esok aku nak kahwin.Jangan rosakkan majlis aku..” Marah Hadif lagi.Lelaki itu ketawa.

   “Sorry aku tak boleh lepaskan kau.Tan Sri memang tak mahu kau berkahwin esok.Dia nak keluarga kau malu.” Jelas lelaki itu lagi dengan jujur sambil tersenyum.Dia adalah orang suruhan Khay.

   “Kau duduk sajalah situ diam-diam..Selamat malam.” Ucap lelaki itu lagi sebelum berlalu keluar dari bilik itu.Hadif berusaha membuka ikatan di tangannya namun tidak berjaya.

   Apa yang harus aku lakukan.Ya Allah bantulah hambamu ini..Rintih hati Hadif.Keluarganya pasti risau kerana dia masih lagi tidak sampai di rumah yang telah mereka sewa.

   Hadif cuba mencari telefon miliknya namun langsung tidak di jumpa. “Jahanam Tan Sri Herman.Aku tak akan maafkan kau.” Marah Hadif.

   HARI semakin larut, namun kelibat Hadif masih juga tiada.Datin Khadijah sudah tidak senang duduk.Dia cuba menghubungi telefon anaknya namun langsung tidak berjawab.Hati Datin Khadijah mula tidak tentu arah.Dia mula merasa tidak sedap hati.

   “Mama dapat tak call Hadif?” Soal Huda yang muncul dari dalam.
   “Belum lagi.Mama call tak berjawab.Mama risaulah Huda.” Terang Datin Khadijah dengan gelisah Ketika itu juga suaminya, Hayyan dan juga Syahiran menuju ke arahnya.

   “Abang macam mana ni.Hadif tak sampai lagi.Ijah bimbang kalau sesuatu terjadi padanya bang.Jomlah kita cari Hadif bang.Ijah tak sedap hati ni.” Ujar Datin Khadijah lalu memaut lengan suaminya.

   “Sabar Ijah.Kita tunggu sekejap lagi sampailah tu Hadif.” Pujuk Datuk Ismail.Dia turut bimbang pada Hadif.

   “Esok dia nak kahwin bang.Kalau sesuatu terjadi pada Hadif macam mana?Saya risau ni bang.”Ujar Datin Khadijah dengan gelisah.

   “Mama..Macam ni , biar Hayyan keluar cari Hadif dekat-dekat sini.mana tahu kot-kot kereta dia rosak ke?” Hayyan memberikan cadangan .

   “Betul juga tu Hayyan.Mama biar Syah ikut Hayyan cari Hadif.” Balas Syahiran.

   “Saya dah pesan dengan dia datang sekali dengan kita tapi degil. Sibuk dengan company .” Datin Khadijah ke hulu ke hilir.

   “Hayyan ..Syah..Kamu berdua pergilah cari Hadif.Kalau tak jumpa dan call masih tak berangkat kita buat laporan polislah.” Tingkah Datuk Ismail pula.Mereka yang ada di situ terus menganggukkan tanda setuju.


Selesai Di sini saja namun begitu kisah mereka masih panjang lagi... 

NotaTersepit : Hanya sampai di sini saja yang cik writer blh kongsikan kisah IACM . InsyaAllah kalau ada rezeki adalah kalau tak ada cuba yang lain ya tak? Lagi satu jangan lupa nantikan kemunculan Bab 1 Alahai Miss Blur pada hari khamis ini . Mekasih u olsss.. 

Novel : Peperangan Cinta : Bab 39 (End)

BAB 39

DIA membuka matanya. Terasa berpinau matanya sebentar. Dia memandang ke arah Haikal yang sedang tersenyum.
            “Hospital again? Argh! I’m bored of this,” ujar Ariana merungut. Tiba-tiba tubuhnya terasa dipeluk oleh Haikal. Kening Ariana automatik berkerut. Apa kena dengan mamat ni? Putus fius ke apa?
            “Thanks! Thank you so muchsayang,” terkedu sebentar Ariana. Haikal? Panggil aku sayang? Biar betul?
            “Huh? Why?” tanya Ariana aneh.
            “You are pregnant dear. Two weeks,” ujar Haikal. Dia memeluk tubuh Ariana sekali lagi sementara Ariana terkedu.
            ‘I’m pregnant? Anak ibu..’ dia mengusap lembut perutnya.

HAIKAL berjalan ke arah keretanya. Dia harus cepat kerana Ariana sudah menunggunya di lobi hospital.
            Tiba-tiba sebuah kereta menuju ke arahnya. Terkedu dia di situ.
            Skreeett.. Bunyi  tayar bergesel. Haikal memegang dadanya. Terkejut jangan cakaplah. Tiba-tiba satu persatu memorinya muncul semula.
Wajah mama yang merayu dia mengahwini Eryna, wajah papa yang menyuruhnya membatalkan perkahwinan, wajah Daiyan, Ikram dan Akif yang menyedarkan dia tentang cintanya, wajah cemas Aizriel ketika Ariana kemalangan dan akhir sekali wajah Ariana yang lesu dengan wayar yang berselirat di tubuhnya.
“Are you okay, mr?”tanya pemandu itu. Alangka terkejutnya dia apabila mendapati ada orang di hadapan keretanya lalu dengan pantas dia menekan brek kecemasan.
“I’m okay. I’m fine,”ujar Haikal. Pemandu itu menghela nafas lega. Nasib tak apa-apa kalau tak mahu see you in court lah dia..
            Haikal tersenyum tipis.

“APA semua ini Carl?” terkedu Ariana apabila dia dibawa ke restoran mewah yang penuh dengan lilin dan kelopak bunga ros.
            “It’s all for you dear,” ujar Haikal romantis. Ariana tersenyum. Mereka kemudiannya dibawa ke tempat duduk mereka.
            “You rent this restaurant, right?” tanya Ariana. Haikal tersengih.
            “You don’t need to do all this for me..” kata-kata Ariana terhenti apabila Haikal mengenggam lembut tangannya.
            “I remembered about everything dear, about you, mama, papa,” Ariana terkedu sesaat. Kenapa dia tak marah aku? Persoalan itu bermain di mindanya.
            “And it makes I love you more and more,” ujar Haikal romantis. Terkaku Ariana sesaat. Boleh percaya ke ni?
            “Why? Tak percayakan abang ke?” tanya Haikal.
            “Abang?”
            “Bukan ke itu yang sepatutnya Ann panggil sejak awal perkahwinan kita lagi?” tanya Haikal pula.
            “You don’t angry with me?”tanya Ariana perlahan.
            “Yup! I’m angry with you!”Ariana menundukkan kepalanya.
            “Sebab Ann tak bawa kereta dengan berhati-hati. Hampir putus nafas abang dengar Ann accident tahu! Cuai aje kerja minah ini!” spontan mata Ariana memandang Haikal.
“Don’t you love me?”
            “I love you too..” perlahan ujaran itu keluar dari bibir Ariana. Tersenyum Haikal mendengarnya.
            “Come on. Dance with me?” Haikal menjongket kening.
            “I can’t dance,”
            “Step by step, dear..” Ariana menyambut huluran tangan Haikal.
            ‘Ya Allah, terima kasih ku ucapkan kepadaMu kerana memberikan aku bidadari yang amat sempurna di mataku ini. Ya Allah, peliharalah cinta kami juga bahtera kami, hiasilah ia dengan permata-permata yang soleh dan solehah..’ Haikal berdoa di dalam hatinya.
            ‘Ya Allah, terima kasih kerana Engkau telah membukakan hati pemuda ini untuk mencintaiku untuk kesekian kalinya. Terima kasih kerana telah memberikan aku kesudahan cinta yang amat indah ini. Peliharalah mahligai indah kami ini, Ya Allah kerana hanya kepada Engkau tempatku bermohon..’ ujar Ariana di dalam hatinya.
*__TAMAT__*

p/s : Tamat tepat jam 4:02 a.m. Thursday, 29 November 2012.. Huhu... Lama dah habis, tahun ni baru masukkan?? Mesti kau orang semua cakap macam tu kan? Actually, laptop lama Lia rosak dah beberapa bulan dah.. Tadi baru boleh on balik.. Hehehe.. Jangan marah..

Tapi kan? Tapi kan? Cerita ni kan, best tak? Sebab cerita ni Lia buat dah lama.. Sorry, kalau tak menepati kriteria anda..


Novel : Peperangan Cinta : Bab 38

BAB 38
“HELLO,Daiyan. I need your explanation! Kenapa kebanyakan baju Ann dalam bilik yang lain? Aku dengan dia dahulu tak tidur sama ke?” tanya Haikal sebaik sahaja Daiyan mengangkat panggilannya.
            “Mungkin kau orang tak tidur sama dulu,” balas Daiyan selamba. Pening juga nak melayan orang yang hilang ingatan ni!
            “Habis tu, kenapa kau cakap aku cintakan dia?”
            “Listen hear Carl, sebelum ini kau nafikan perasaan cinta kau pada dia hanya kerana dia dah tolak cinta kau dulu. Kau hanya dapat pastikan perasaan kau yang sebenar apabila kau dengar ceramah dari kita orang bertiga. Selepas kau dengar ceramah kita orang tu, kau dapat tahu yang Ann accident. Automatik kau terus berlari ke kereta dan pandu kereta ke hospital. Tu kau kata kau tak cinta?” tanya Daiyan.
            “Abang, siapa call tu?” tanya seorang perempuan di corong telefon.
            “Haikal,” ujar Daiyan pula.
            “Kau simpan perempuan ke kat rumah?” tanya Haikal separuh menuduh.
            “Ya Allah! Tensionnya aku dengan mamat ni! Listen here, aku dah kahwin okay? Ikram dengan Akif pun dah ada mak we. So pleaselah! Jangan tuduh aku yang bukan-bukan. Ish! Tensionnya aku!” Haikal tersengih. Sorrylah dude! Nama pun hilang ingatan.
            “So, kau rasa Ann cintakan aku tak?” tanya Haikal.
            “Erk! Yang itu kau kena tanya isteri akulah, sebab dia kawan Ann,” ujar Daiyan sebelum memanggil Nisrina.
            “Hello, ada apa Carl?” tanya Nisrina.
            “Hello, apa nama kau?” tanya Haikal.
            “Nisrina, okay?” Nisrina merengus geram.
            “Oh, Nisrina. Kau rasa Ann cintakan aku tak?” tanya Haikal. Nisrina terkedu. Apa punya soalan ni? Kau pergilah tanya bini kau sendiri!
            “Listen to me! Kau dengan Ann tu saling mencintai tapi cuba nafikan perasaan sendiri okay! Bye,” ujar Nisrina lalu menekat punat merah.
            “Nis.. Nis.. Erk! Tamat dah. Hampeh punya Nisrina!” Haikal menggelengkan kepalanya.

“NAYA lah aku kalau macam ni!” Ariana mundar-mandir di hadapan pintu bilik Haikal dan dia.
            “Aku nak masuk bilik mana ni? Masuk bilik aku, Haikal pandang pelik. Ah! Terjah aje lah!” ujar Ariana lalu melangkah masuk ke dalam bilik Haikal.
            Erk! Terkedu sebentar. Mamat ni baru habis mandi ke? Logik ke? Sekarang dah pukul 10 malam..
            “Carl baru habis mandi ke? Kenapa mandi pukul 10 malam?” tanya Ariana lembut. Haikal tersengih.
            “Sengaja,” Ariana menapak ke katil. Dia berbaring dan belum sempat matanya dilelapkan ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dia buat tidak kisah, kerana dia tahu yang setiap kali dia tidur bersama dengan lelaki itu, dia akan dijadikan bantal peluk.
            Namun, deruan nafas di lehernya membuatkannya membuka kelopak matanya.
            “Kenapa dengan awak, Carl?” tanya Ariana pelik.
            “I want you tonight..”

ARIANA melangkah perlahan ke pejabatnya. Kepalanya terasa amat berat ketika ini. Dia mengemaskan mejanya. Dia hendak pulang ke rumah, dia hendak berehat. Dia berjalan lemah ke luar.
            “Alma, saya ambil cuti separuh hari yer? Kepala saya pening sangat ni,” ujar Ariana. Alma menganggukkan kepalanya.
            “Puan nak saya temankan puan ke kereta?” tanya Alma. Ariana mengangguk. Dia sendiri pun tidak yakin dengan dirinya.

ARIANA merebahkan badannya ke katil. Sakit kepalanya sudah tidak boleh ditanggung. Di mana Haikal ketika itu pun dia tidak tahu. Yang penting, sakit kepalanya kini.
            Haikal masuk ke dalam bilik, terkejut dia apabila melihat figura gadis yang sedang enak tidur di katilnya. Hatinya mula berdegup kencang. Siapa pula yang ceroboh masuk bilik aku ni? Tapi tak akanlah sampai tidur di atas katil?
            Dia menghampiri katil. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isterinya sedang terbaring lesu di atas katil. Bukan Ann pergi kerja ke pagi tadi? Tak akanlah cepat sangat balik? Dia menyentuh dahi Ariana. Panas! Sah! Demam!
            Dia turun ke bawah lalu mencapai tuala dan air sebelum naik ke atas semula. Dia melekapkan tuala itu di dahi Ariana.
            Tidak lama kemudian, mata Ariana terbuka.
            “Badan Ann panas ni, jom pergi klinik,” ajak Haikal lembut. Ariana menggeleng lemah. Tak ada maknanya! Baru balik dari hospital, nak pergi klinik pula!
            “Takkanlah nak biarkan sahaja, melarat nanti..” pujuk Haikal lagi.
            “Baru keluar hospital, tak akanlah nak pergi klinik pula. Dah muak dengan bau-bau ubat semua tu!” ujar Ariana lemah.
            “Please... For me,” Ariana tetap menggeleng.
            “Okey, fine. Esok. Ambil mc,” arah Haikal. Ariana menganggukkan kepalanya.

“UWEK!” tubuh Ariana makin lemah. Makanan yang dimakannya sudah pun dibuangnya. Argh! Dia berjalan keluar dari bilik air. Kelihatan muka risau Haikal muncul di ruangan matanya.. Perlahan-lahan wajah itu semakin kelam dan gelap menyelubungi ruangan matanya..

            “Ariana! Ann! Bangun!” hanya itu yang dapat didengarnya sebelum pandangannya kelam sepenuhnya..

Novel : Peperangan Cinta : Bab 36

BAB 36

BADAN Husna melurut jatuh ke bawah. Hancur hatinya apabila mengetahui yang abangnya koma dan kemungkinan besar abangnya akan hilang ingatan akibat hentakan di kepalanya.
            Satu-satu kejadian yang menimpanya diingati semula, kakak iparnya kemalangan dan masih koma. Ibunya pula baru sahaja meninggalkan dunia yang fana ini, sekarang? Abangnya pula sedang berperang dengan maut dan mungkin akan hilang ingatan?
            Kini, hanya papanya yang menjadi tunggak hidupnya. Hanya papa! Memikirkan itu air matanya menitis lagi.
Ya Allah! Aku tak sanggup! Aku lemah! Aku tak mampu terima semua dugaan ini. Ya Allah! Kau ringankanlah penderitaan ku ini..
Husna mengambil telefon bimbitnya. Dia akan pastikan orang yang melanggar abangnya tadi terima balasan yang setimpal.

FARHAN Arsyad merenung ke arah seorang gadis yang sedang menekur lantai. Bahu gadis itu terhinjut-hinjut sedikit. Gadis itu menangis? Dia seperti pernah melihat susuk tubuh gadis itu, tapi di mana?
            “Abang tengok apa itu?” tanya Fara Aira. Dari tadi dia melihat abangnya seperti sedang memerhati ke satu arah.
            “That girl... she was crying,”ujar Farhan Arsyad perlahan. Fara Aira turut memerhati ke arah yang sama.
            “Abang tengok dia duduk di mana. Wad kecemasan kan? Of course someone from her family dalam itu. Sebab itulah dia menangis,” ujar Fara Aira.
            “Abang rasa seperti pernah lihat perempuan itu. Tapi tak tahu di mana,” ujar Farhan Arsyad lagi.
            “Abang ni.. Okeylah Fara pergi tegur dia,” ujar Fara Aira lalu melangkah ke arah gadis itu. Farhan Arsyad mengikut jejak langkah adiknya itu.
            “Are you okay?” satu pertanyaan dari Fara Aira membuatkan gadis itu mendongakkan kepalanya.
            “Awak.. Husna kan? Adik ipar kak Ariana? Kenapa tak pergi jenguk kakak Ariana?” tanya Farhan Arsyad.
            “Abang Haikal.. dia accident,” ujar Husna. Air matanya tumpah lagi. Fara Aira terus menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Farhan Arsyad terkedu. Padanlah dia tidak melihat bayang Haikal di dalam wad yang mana ditempatkan Ariana.
            “I don’t know why. But it just.. I’m tension right now. Dengan kak Ann koma, mama baru sahaja meninggal. Abang pula berperang dengan maut sekarang. Keadaan di rumah memang kelam kabut sekarang ini.. It happen so suddenly, I can’t take it anymore..”
            “Innalillah...” ujar Farhan Arsyad dan Fara Aira serentak.
            “Bila mama awak meninggal?” tanya Farhan Arsyad.
            “Pagi tadi,” ujar Husna.
            “Awak sabar ye, Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan masing-masing. Dia tak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Awak tahu tak yang jika Allah itu menguji kita bermakna yang Dia sayangkan kita? Ini bahagian awak jadi awak kena sabar dan harungi semua ini seadanya.. Awak hanya kena ingat yang Allah akan sentiasa berada di sisi kita di dalam keadaan apa-pun,” ujar Farhan Arsyad sambil tersenyum manis.
            Husna hanya terdiam kemudian menganggukkan kepalanya.

ARIANA berjalan dan terus berjalan ke suatu arah yang tidak pasti. Keadaan di sekelilingnya hanya putih tanpa ada apa-apa. Dia semakin bingung dan terus berlari.
            Tiba-tiba dia terpandang Haikal yang sedang mengendong seorang bayi. Automatik dia memegang perutnya. Aku tak pernah mengandung, jadi anak siapa itu? Adakah ibu kepada bayi itu adalah madunya?
            Memikirkan hal itu, semangatnya terus jatuh merudum. Tiba-tiba dia terdengar satu suara..
            “Sayang,tolong bangun. Bangun demi mommy. Kuatkan semangat kamu sayang.. Mommy sentiasa akan ada di sisi kamu. Jangan tinggalkan mommy? Bangun sayang.. Demi mommy,”
            Ya! Dia tidak akan mengalah! Dia akan bangkit! Dia memandang ke arah Haikal yang sedang berjalan pergi.
            Jangan tinggalkan Ann! Carl! Jangan tinggalkan Ann! Jangan!!
            Dia terjatuh. Bayangan Haikal mula pergi meninggalkannya.
            Haikal!!!

MATANYA perlahan-lahan dibuka. Kelihatan mommynya sedang merenungnya dengan penuh kasih.
            “Mommy..” panggilnya perlahan.
            “Ya! Ini mommy sayang! Syukur Ya Allah! Aku bersyukur ke hadratMu.. Ann nak apa? Minum air dulu yer?” Puan Sri Sukainah mengambil air lalu diberikan kepada Ariana.
            “Mommy.. Berapa lama Ann pengsan?” tanya Ariana.
            “Sudah 2 minggu sayang, syukur anak mommy tak apa-apa,” ujar Puan Sri Sukainah lalu mencium dahi Ariana.
            2 minggu? Maknanya Haikal sudah berkahwin dan mungkin sedang berbulan madu bersama isteri keduanya.. Memikirkan itu, hatinya mulai sakit. Sakit dadanya apabila mengetahui yang dia sudah mempunyai madu. Jika sebelum ini pun dia tidak mampu menawan hati Haikal apatah lagi selepas dia mempunyai madu? Mesti harapannya untuk menyulam bahagia bersama Haikal akan hancur bekecai begitu sahaja..
            “Ann tak nak jumpa Haikal?” tanya Puan Sri Sukainah. Ariana menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Tak naklah Ann ganggu Carl.. Mesti sekarang ini dia sedang berbulan madu. Ann tak nak ganggu dia dengan isteri kedua dia,” ujar Ariana perlahan.
            Fahamlah Puan Sri Sukainah kini bahawa anaknya mengira yang dia sudah mempunyai madu sedangkan, hakikatnya tidak sebegitu. Biarlah.. Biarlah anaknya berfikir sebegitu dari hatinya semakin kecewa melihatkan keadaan Haikal yang tidak mengenali siapa-siapa. Dia lebih rela melihat anaknya berfikir yang Haikal sedang berbulan madu dari melihat anaknya kecewa akibat keadaan Haikal.

“ANN!! Rindunya aku dengan kau!” ujar Arani lalu memeluk tubuh Ariana bagai tidak mahu melepaskannya lagi.
            “Sikit-sikit sudahlah! Sesak nafas aku!” ujar Ariana lalu meleraikan pelukan. Wajah Arani yang masam dipandang. Merajuk lah tu.
            “Alamak! Kawan kita sudah merajuklah pula!” perli Nisrina. Kemudian bilik itu gamat dengan ketawa Azzalea, Nisrina dan Ariana.
            “Kau orang ni! Bukannya nak pujuk aku! Ketawakan aku lagi adalah! Mogok cakap dua hari!” Arani membalikkan tubuhnya.
            “Mak oi! Woi! Cik Arani! Kau tu dah tua! Tak boleh blahlah muka kau merajuk tu! Pandang sini boleh tak? Aku rasa macam nak tangkap gambarlah pula!” ujar Ariana lalu menarik tangan Arani supaya memandangnya.
            “Kau ni pun sama Ann! Patutnya bela lah aku! Ni tak? Dia pun sama naik dengan yang lain. Suka perdajal aku!” muka Arani kian mencuka. Ariana tergelak kecil.
            “Janganlah nangis! Tak comel dah! Alolo! Azza! Call Ikram, suruh pujuk Ara ni..” ujar Ariana selamba.
            “Ann!”
            “Set!” Azzalea mencapai telefon bimbitnya.
            “Kau jangan mengada Azza! Aku lempar kau punya Samsung nanti baru tahu!” spontan Azzalea melekapkan telefon bimbit pemberian Ikram itu ke dadanya.
            “Mana boleh! Abang aku beri ni! Dia tu dah lah kedekut! Susah nak keluarkan duit untuk adik dia yang satu-satunya ini,” Azza membalas.
            “So, janganlah call dia kalau tak nak aku lempar kau punya Samsung ke bawah,” ugut Arani.
            “Nis.. call aje..” bisik Ariana ke telinga Nisrina. Nisrina menunjukkan tanda ok menggunakan tangannya lalu berlalu ke tandas.
            “Okey.. Okey.. Aku tak call!” Azzalea mengangkat kedua-dua tangannya separas dada apabila melihat arahan dari Ariana.
            “Tahu takut!” ujar Arani selamba lalu duduk di tepi katil Ariana. Ariana hanya menggelengkan kepalanya. Tengoklah nanti Arani. Adakah kau boleh seselamba ini?
            Bunyi pintu dibuka menyentakkan Arani. ‘Aduh! Siapa pula yang masuk ni?’ getusnya dalam hati. Ariana, Azzalea dan Nisrina sudah mula tersenyum.
            “Hai! Tadi dengar ada orang merajuk! Siapa ye?” Daiyan masuk dengan wajah selambanya. Ariana menjeling tajam ke arah Nisrina.
            “Aku call Ikram, tak sangka dia hantar wakil,” bisik Nisrina di telinga Ariana.
            Arani merenung tepat ke dalam mata Ariana, Azzalea dan Nisrina.
            “Kau orang beritahu aku handphone siapa yang patut kena lempar sekarang atau tiga-tiga sekali?” tanya Arani keras.
            “Aku suggest tiga-tiga sekali,” ujar Nisrina selamba. Spontan Ariana dan Azzalea memandang tepat ke arah Nisrina.
            “Why?” tanyanya dengan riak wajah blur.
            “Aku pula suggest kau lempar handphoneNis dengan dia sekali!” Azzalea berkata sinis.
            “Woi! Jangan woi! Bini aku tu!” bantah Daiyan.
            “Aku pula suggest kau lempar handphoneNis, dengan dia dengan suami dia sekali!” ujar Ariana pula.
            Terbuntang mata Nisrina dan Daiyan mendengarnya.
            “Kejam kau orang bertiga!” serentak Nisrina dan Daiyan berkata.
            “Apa yang kejam?” tiba-tiba Ikram muncul dari belakang Daiyan.
            “Mak we kaulah! Nak lempar kita orang pula!” balas Daiyan.
            “Wait for a minute! Aku rasa macam dah terlepas kereta api la pula. Mak we Ikram? Ara? Mak we Ikram? Bila?” Ariana mula terpinga-pinga.
            “Ops! Lupa pula kawan kita ni kan dah terlepas kereta api selama 2 minggu!” ujar Azzalea selamba.
            “Wei.. Janganlah perli aku! Aku tanya betul-betul ni!” ujar Ariana geram. Dia serius mereka main-main pula.
            “Ikram dengan Ara akan bertunang minggu depan. Tinggal aku sahaja yang kesepian perlukan teman,” sampuk Akif yang baru tiba.
            “What?! Express giler kau orang!” ujar Ariana.
            “Couple kan haram..” ujar Ikram dan Arani serentak.
            “Oh yeah! That’s right!” ujar Ariana pula.
            “Tapikan Kif. Kau tak sendiri, Azza kan ada,” ujar Daiyan sambil menjongket kening.
            “Woi! Apa kaitan dengan aku ini?” Azzalea menyampuk dari belakang. Akif tersenyum sedikit. ‘Mungkinkah ini masanya?’ hatinya bersuara.
            “Aku minta izin lamar adik kau,” bisik Akif di telinga Ikram. Ikram yang mendengar hanya mengangguk.
            “Apa jadi waktu aku koma 2 minggu lepas?” tanya Ariana.
            “Apa jadi? Aku kena risik! Dan Haikal...”
            “Woi! Kau kenapa Akif? Kenapa kau melutut macam nak lamar orang atau..” kata-kata Ariana terhenti lalu dia tersenyum manis.
            “Bersaksikan semua yang hadir, saya Mohd Akif Al-Islam hendak melamar Azzalea Mariah untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Azzalea Mariah, will you marry me?” Ariana terkedu manakala Azzalea terkaku.
            ‘Nak terima ke tak ni?’ tertanya-tanya Azzalea di dalam hatinya. Dipandangnya Ikram yang hanya mengangguk. ‘Abang betul-betul membuatkan aku berada di persimpangan,’
            Akhirnya, Azzalea mengangguk jua. Terbias wajah ceria di wajah Akif. Daiyan menepuk bahu Akif.