Kamis, 19 April 2012

Number One For Me!

Number One For Me (Maher Zain)
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day
And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me

Kamis, 12 April 2012

Novel : Hana Syafika ( Part 6 )

Bab 6
  “Hey!Siapa pula yang ganggu hidup aku ni?”Aku mengeluh.Lantas ku ambil telefon bimbitku dan menjawab ala kadar.
  “Hello!”
  “Hello,cik Hana Syafika!!Masih tidurke?Woi!Bangunlah!Macam mana lah budak ni nak kerja kalau perangai dia macam ni!Tak berubah-ubah,”Raihanah mengeluh di hujung talian.
  “Ana!!Menganggu hidup aku yang amanlah kau ni!”aku mengeluh sendiri.Pasti selepas ini aku dah tidak boleh tidur.
  “Okay,kalau kau tak nak kerja!”
 “Okey!Okey!Aku bangun!Aku bangun!Kerja apa?!Aku dah excited sangat dah ni”
  “Ermm..Kerja apa ye…”Raihanah ni!Aku cepuk kang!Selalu buat macam ni!Buat aku tertanya-tanya!Geramnye!!
  “PA!”kata Raihanah sepatah.
  “PA!!!PERSONAL ASISSTANT!!Kau giler ke?”naik semput aku dengar perkataan PA.
  Yup!Why?”tanya Raihanah.
  “Di mana?”tanya aku dua patah.
  “Di tempat kerja aku!”
  “Hah!Bestlah kalau macam tu!Aku nak lah!”kata aku.
  “Bagus.Nanti aku call balik,”
  ‘Klik!’
  Eh!Dah tutup!Tak patut betul!Kurang asam kau Raihanah!Dahlah ganggu tidur aku!Lebih baik aku bangun!Mandi!Boleh masak ayam kicap yang aku idam!Ermm..Slrp!
*_*
  “Bos!Saya dah ada orang yang akan menjadi setiausaha,bos.Dia pun sudah setuju untuk menjadi setiausaha bos,”kata Raihanah.
  Please knock the door first,Raihanah!”Adam berkata penuh geram.
  Ops,sorry bos!Saya excited sangat ni!”Raihanah berkata penuh girang.
  But,still!Kamu masih kena ketuk pintu dahulu Raihanah!”tegur Adam.
  “Yalah!Apa dia Raihanah?!”dingin suara Adam.
  “Saya dah jumpa orang yang akan jadi setiausaha bos,”kata Raihana satu nafas.
  “Siapa?”
  “Hana Syafika binti Ismail!Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan,”jawab Raihanah.
  “Bagus,tapi macam mana kamu boleh cari orang dalam masa yang sangat pantas macam ni?Kamu buat macam mana,”Adam memandang Raihanah dengan pandangan yang berbaur curiga.
  “Err..Bos..Sebenarnya dia kawan saya,”akui Raihanah jujur.
  “Tak apalah..Kawan pun kawanlah..Janji dah ada pengganti,”kata Adam.
  “Saya keluar dulu ya bos,”Raihanah meminta diri untuk keluar.
  “Baik,”
*_*
  “Walid!!!!!”aku turun dari tangga lalu mendapatkan walid.
  “Erm..Kanak-kanak ribena dah turun dah!!”perli Hafiz.Aku menjelirkan lidah ke arahnya.
  “Haha..Kenapa Ika?Ada something yang walid tak tahu ke?”tanya walid sambil memandang ke arah aku.
  “Dia dapat kerja lah walid,”Hanif menyelit di antara perbualan walid dan aku.Eh mana dia tahu aku dah dapat kerja.Jangan kata dia mengintip aku.
  “Hanif!!!!Kurang asam kau!!!”aku mengetap bibir lalu mengejar Hanif.
  “Hanif!Ika!Jangan lari!”marah umi.Namun aku tidak pedulikan kata-kata umi.Aku terus berlalu.
  Hanif terus berlari.Aku nak ke mana ni!Hah!Luar rumah!First kita kena dapatkan kunci kereta.Kunci kereta dalam bilik.Go!Hanif!Caiyo!
  Eh!Kenapa mamat ni masuk dalam bilik dia!Ish!Whateverlah.Jangan dia kunci sudah.
  Pap!
  Adoi!Terhantuk pintulah pula!Kurang asam kau Hanif.
  Huh!Huh!Penat!Nasiblah otak Hanif yang clever ni berjalan.Hanif berjalan ke arah piano miliknya.Dia duduk lalu memainkan piano miliknya.
  Berkumandang di biliknya lagu Auntumn In My Heart –Prayer.Nyanyian yang syahdu itu menyentap hati aku.Aku duduk kesedihan.Keluarga aku mempunyai kacukan Jepun dan Korea yang menyebabkan kami berempat fasih berbahasa Jepun ataupun Korea.
  Kesian Hanif.Adakah hatinya terluka?Siapakah yang melukakan hati abangku?Dia pasti akan mendapat balasannya.
  Nanti aku cuba risiklah.


Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)

Selasa, 10 April 2012

Novel : Hana Syafika ( Part 4 )



Bab 4
  “Macam mana boleh jadi macam ni!Saya tak kira!Saya nak kau orang cari pengkhianat tu!Sekarang!Amri!Awak pergi cari seseorang yang boleh tolong kita!Cepat!”Adam meramas-ramas rambutnya.Kusut?Ya!Itulah yang dihadapinya sekarang.
  Bukan sikit duitnya yang terbang.Hampir sejuta.Puas dicari siapa pengkhianat tersebut.Namun ,tidak dapat dikesan kerana jejak yang ditinggalkan sungguh bersih.
  “Maaf menganggu.Keputusan cap jari dah keluar.Cap jari itu menunjukkan bahawa pengkhianat yang kita sedang cari sekarang merupakan Khairul Fahmi,28 tahun,bekerja sebagai seorang accountant di syarikat kita,”dengan tenang Raihanah itu bersuara.Adam terkesima.Dia terduduk.Dia tidak sangka bahawa kawan yang sering berada di sisinya itu merupakan seorang pengkhianat.Mujur dia tidak lansung membocorkan rahsianya kepada Fahmi.Kalau tidak pasti jadi topik hangat di Internet.
  “Itulah Adam!Sebab tu lah aku tak benarkan kau terlalu rapat dengan si Fahmi tu.Look!What happens now?!”Aidil memberanikan diri untuk berbicara.Temannya sejak di tadika itu perlu diajar untuk tidak percaya kepada orang sesuka hati.
  “Thanks,Aidil.Kau lah sahabat aku yang sejati.Raihanah,awak laporkan hal ini kepada pihak polis.Fahmi perlu ditangkap!”dengan tegas Adam menuturkannya.Aidil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.
*_*
  “Wei!Ana!Apa kes sekarang?!Dapat cari kerja kat aku tak?”aku duduk di hadapan Raihanah yang asyik menyuapkan kek ke mulutnya.Emm..Nyummy!Nampak sedap tapi aku tak makanlah kek warna-warni umpama pelangi tu..Tak pasal-pasal aku jadi pelangi..Huh!Minta simpang.
  “Ana!Asyik makan je dari tadi!Dahlah aku yang belanja!Seronok sungguh kau perhabis duit aku!”aku mencebik geram.Nasiblah sekarang ni pagi!Kalau malam mesti si Ana ni makan sambil control ayu.Almaklumlah!Pakwe hensem depan mata.Nak tahu tak siapa?La..Siapa lagi..?Abang penyibuk aku lah..Si Hanif tu..
  “Ops!Sorry girl!”Raihanah menyapu coklat di mulutnya.
  I’m not your girl,okay?!”dengan tegas aku menuturkannya.Geram ni!
  “Ok!Oklah Cik Hana Syafika!”aku menjeling ke arahnya.Nak juga aku baling kasut aku kat minah ni.
  “Syarikat yang aku kerja sekarang ni ada jawatan kosong!Kau nak tak?Tapi syarikat ini ada masalah kewangan sikit lah.Hampir sejuta kot duit syarikat yang hilang,”Raihanah bersuara.
  “Boleh juga!Aku tak kisah pasal gaji..hehe,”aku berfikir sendirian.That’s mean dia orang tengah cari orang yang  boleh tolong mereka.Aku boleh suggest syarikat ayah aku.Hehe..
  “Apalah yang minah ni fikir ni?Oit!Ika!Syafika!Hana Syafika!!!”aku terus tersedar.Eh!Minah ni!Aku doq elok-elok berangan dia boleh kacau!Satu jelingan tajam aku hadiahkan ke arah Raihanah.
  “Ala-ala takutnyer dengan jelingan mata dia tu!Woi!Ika!Nak ke tak?”aku tersenyum sinis.
  “Bolehlah!Untuk isi masa kosong aku!But,aku kerja di situ 3 bulan 4 bulan cam tu je tau!Kau kena cari kerja lain kat aku nanti!”putus aku.Raihanah aku tengok macam dah tercekik je..Alamak!Dia tercekik betul!Sat aku tepuk belakang dia!
  “Uhuk!Uhuk!Aku tercekik bukan nak bagi air!Tepuk belakang aku pula!Adoi!”aku buat muka selamba.Siapa suruh main-main.Kan dah kena!
   “Harap je tudung labuh tapi perangai!MasyaAllah!”sengaja lah budak ni!Cakap kuat-kuat pula dah!Nak bagi semua orang dengar lah tu!Ish!Benci!
  “Kau bayar sendiri!Aku nak blah!”aku terus melangkah keluar meninggalkan Raihanah yang terkulat-kulat.Aku peduli apa?Siapa suruh buat aku sakit hati!
  Adoi!Aku rasa inilah kot balasan sebab kutuk orang dalam hati. Hey!Mamat manalah pula yang aku langgar ni..Nak pandang muka dia takut..Tak pandang kata kurang ajar pulak..Adoi!Apa aku nak buat ni?
  “Maaf!”aku tunduk lalu meminta maaf.
  “Ah!Lepas satu-satu!Macam-macamlah!”terus lelaki itu blah.La!cepatnya dia blah!Aku ingat nak marah kat aku ke apa ke?Rupa-rupanya dia blah cam tu je.Tak patut-tak patut!
  “Oit!Kau pi langgar bos aku tu pasai pa!Kau tau tak dia ada masalah!”marah Raihanah.Ek eleh budak ni!Aku kisah apa!Eh!Bos!La..mamat tadi ke bos si Raihanah ni!Tak patut-tak patut.
  “Entah!Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlanggar dengan dia!Yang aku tahu aku jalan dan tup!Accident!”aku beria-ia menceritakannya kepada Raihanah!Tapi dia buat don’t know je..Dia lebih kisahkan bos dia je..Ish!Geramnya aku!
  “Nasiblah kau tak accident dengan kereta.Kalau tak mungkin kau dah tak de..”selamba je minah ni kutuk aku.Ni yang aku geram ni.Tak pasal-pasal pinggan yang ada di atas meja sebelah ni aku baling ke muka dia kot..Aku balik lagi bagus..Huh!Tak mahu kawan Ana..
  “Ek eleh minah ni merajuk la pula!”Raihanah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sikap Hana Syafika yang seperti budak-budak itu.Nasiblah kawan dengan anak bongsu.


Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)

Novel : Hana Syafika ( Part 5 )



 “Umi!”aku memeluk belakang umi.
  “YA ALLAH!Ika!Jangan buat umi terkejut boleh tak?Kamu ni!”umi membebel dah macam orang tua lagaknya.
  “Umi!Umi!Umi!Berhenti membebel buat sehari boleh tak?Kesian taik telinga Ika ini asyik cair je tiap-tiap masa,”aku berkata-kata.Umi aku apa lagi.Ditamparnya tangan aku yang putih bersih cantik dan meletup ni!Eh!Terperasanlah pula!
“Hana Syafika!Kalau kamu tak nak taik telinga kamu cair sentiasa,kamu dengar petua ni!Ehem-ehem!Yang pertama,bangun awal setiap hari.Yang kedua,jangan buat umi terkejut.Yang ketiga,rajin-rajinkan diri tu tolong umi di dapur.Yang keempat,jangan sekali-kali buat loyar buruk.Yang kelima,jangan jirus air kat abang kamu.Dan,yang itu sajalah!Boleh buat tak?Umi tanya ni!Boleh buat tak?”adoi!Aku dah mula garu kepala.
  “Umi!Maafkan Ika!Sebab satu yang umi nak semua Ika tak nak tunaikan.Malaslah nak bangun pagi.Lepas tu,Ika suka bagi umi terkejut.Dah memang dah terlekat dah sikap tu dengan Ika.Selain itu,Ika malas masuk dapur,Seterusnya,Ika tetap nak buat loyar buruk.Sebab abang buat boleh.Akhir sekali,sekarang juga Ika nak jirus air kat abang!”aku terus berlalu naik ke atas.Aku ambil baldi dan baru aku nak jirus..
  Bush!
  Oit!Aku tak sempat lagi nak jirus air dekat Hafiz yang kerja dia ni asyik melukis.Tiba-tiba aku terpandang diri aku.Eh!Kenapa aku basah?Maknanya!Aku yang kena jirus!Oh!Ini tidak adil!Tidak adik!Bagiku!Ini tidak adil jika kamu bertanya jika aku menyintaimu juga…Eh!Awat aku melalut lagu Yuna ni?Ish!
   “HAFIZ SHAFIQ TAN SRI ISMAIL!!!!ARE YOU KIDDING ME?!Sesedap hati je nak jirus air dekat orang!!”aku menjerit sepenuh tenaga yang aku ada.Oit!Benda apa yang tutup pandangan aku ni.Bila aku raba-raba!Alamak!Ni kan baldi?!Ish!Kejamlah mamat ini!Dahlah jirus air dekat orang!Lepas tu letak baldi atas kepala orang!
  Tapi aku pun kejam juga!Nak jirus air dekat Hafiz.Biarlah!
  “Ya Allah Syafika!Kenapa kamu pula yang basah!Kata kamu nak jirus kat abang kamu!”aku hanya tersengih buat peace jer..Hailah umi!
  Piece,mi!Ika tak sempat nak jirus!Dah basah!Hehehe..”tiba-tiba aku ternampak Hafiz ke mari.Kenapa dia bawa mop?Dia nak jadi orang gaji ke?
  Kalau dia jadi orang gajilah..
  “Cik!Cik Ika!Bangunlah cik!”aku bangun dengan penuh bergaya menuju ke bilik air.
  “Cik nak kasut yang mana satu?Pink ke biru?”aku memilih biru.Oh!I hate pink!Its too girly!
  “Silakan duduk cik,”aku duduk dengan penuh bergaya.Makanan aku dia siapkan garfu sudu!Oh!Indahnya dunia!
Reality life..
  “Ika!Ika!Hana Syafika!Nah batang mop!Kau mop lantai ni sekarang!”lamunanku hancur berkecai!Ish!Hafiz ni!Aku ambil mop itu dan aku mop.Sedangkan Hafiz berlalu ke bawah.Umi pun berlalu ke biliknya.
  Wait a minute!Apa yang aku pegang?!Mop!Sejak bila aku ambil?!Jangan kata benda yang Hafiz hulur tadi tu mop!Hah!Aku tertipu!Tipah tertipu!Hafiz!!!Sampai hati kau suruh aku mop lantai?!!Kau ni memang nak kena!Nanti kau!Eh!Rambut aku kan basah!Kalau aku turun lagi banyak yang aku kena mop!!Huh!”
  Aku terduduk.Hafiz memang suka perangkap aku!Perangkap samar betul!Huh!Aku bangun dan terus berlalu ke bilik.Aku memandang ke arah cermin.
  Segala tubuh aku  basah..Aku pergi mandi dululah..
*_*
  “Adam!Jom clubbing!Release stress!”ajakan dari Aiman lansung tak membuatkan Adam ingin keluar.Fikirannya masih buntu dengan apa yang terjadi pada syarikat yang baru 3 bulan berada di bawahnya.
  “Aku buntulah Aiman!Aku dah tak tahu dah apa yang dah jadi dengan syarikat ni!Masalah pelbagai!Ish!Tension aku!!”kata Adam keras dan tegas.
  “Alah!Sebab tulah aku ajak kau ke club!Kita release stress sikit!”Aiman ni tak sudah-sudah mengajak Adam ke club.Tak penat kot?
  “Lagi stress aku kalau pergi sana!Boleh tak kau tenangkan aku,jangan bagi kepala aku lagi kusut boleh,tak!!”tengking Adam.
  Aiman tersentak!Adam tidak pernah menengkingnya!Mesti sekarang Adam sedang tension sangat!Lebih baik aku cabut!
    Adam terduduk dia atas kerusi.Masalahnya masih belum selesai.Raihana masih belum dapat cari syarikat yang boleh membantu mereka.Pekerja!Ya!Dia masih belum mencari pekerja yang boleh membantunya.
  “Raihanah,masuk bilik saya sekejap,”arah Adam.
  “Baik,bos,”
  Ketukan di pintu disambut dengan perkataan masuk.
  “Ada apa yang boleh saya bantu?”tanya Raihana sopan.
  “Awak kelulusan account kan?Tapi,awak terpaksa jadi setiausaha,betul tak?”tanya Adam.Raihanah yang masih tertanya-tanya hanya menganggukkan kepalanya.
  “Awak ganti tempat Khairul,dan sebelum setiausaha baru diupah.Awak terpaksa menggalas dua tugasan ini.Boleh?”fikiran Raihanah rasa macam nak terbang.Terpaksa menggalas dua tugasan!Banyaklah kerja aku nanti!!
  “Raihanah!Raihanah!Are you listening to me?Raihanah!”Raihanah tersedar dari lamunannya.Aduh!Malunya aku!Terkantoi!
  “Ops!Sorry,bos.Saya terberangan,”kata Raihanah menutup malu.
  “Kenapa berangan?Berangan dapat gaji double!Pleaselah!Gaji tetap sama,”sengaja Adam membuat Raihanah takut.
  “Mana ada!Bos ni!Sengaja buat saya takut!”kata Raihanah perlahan.
  “Tak adalah!Ingat!Buat apa yang saya suruh tau!Sudah,awak boleh keluar,”arah Adam.
  “Baik,bos,”Raihanah keluar dengan langkah yang perlahan.Perasaan segannya kepada bosnya amat tinggi.Biarpun sudah beberapa bulan bekerja di bawah Adam,rasa segannya masih bersisa.Seperti lagu Kalau Berpacaran ‘Biar Malu-Malu,Biar Segan-Segan’.Eh!Apa yang aku merepek ni!Dah kacau!Aku kena telefon Ika!Dia saja yang boleh tolong aku!
*_*

Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)

Novel : Hana Syafika ( Part 3 )



Bab 3
   Turun-turun dari tingkat atas aku dah dapat tangkap senyuman evil umi.Ni mesti kes aku tak turun buat sarapan.Hehe.Aku garu kepala ajalah.
   “Piece,mi.Tadi abang buat kes.Dia jirus Ika guna air.Apa lagi Ika balaslah,”aku tersengih.Sudah tidak guna lagi.
   “Pandai betul kamu buat alasan,noh!Kamu tahu tak?”
   “Tak tahu,”aku memotong kata-kata umi.Umi mencubit lengan aku.Adoi!Sakit,yok!
   “Umi tak habis cakap lagi la.Pandai-pandai je dia nak potong.Sebenarnya!Umi yang suruh Hafiz jirus kamu dengan air tadi tu.”kureng betullah Umi ngan Hafiz ni.Penampar sorang-sorang kang!Boleh dia jirus aku dengan air.Bertuah betullah!
  “Umi ni betoilah!Sekarang umi pi minta maaf kat Hanif,”kata aku selamba.Yelah!Umi punca segala-galanya.Umi la yang kena minta maaf kan?Betulkan?Betoilah tu.
   “Kenapa pula?”Umi memandang aku pelik.
   “Sebab umi la.Ika pi jirus air kat dia,”aku berkata selamba.Umi menampar lengan aku.Adoi!Boleh biru tangan aku kalau umi aku asyik tampar tangan aku.
   “Kamu yang buat salah.Umi yang kena minta maaf.Banyak cantik!”
   “Siapa suruh umi yang arahkan Hafiz pi jirus air kat Ika,”aku membalas.
   “Dah,kamu liat bangun tidur,”umi membalas.Aku dah tak tahu dah nak balas apa.Umi memang pandai menjawab.Cita-cita umi nak jadi lawyer kot.
   “Cita-cita  umi nak jadi lawyer ke?”selamba je aku tanya.Dah aku cakap mesti umi bidas balik.Selalunya kalau ada perang mulut pasti umi la yang menang.
    “Ni lah umi nak cerita kat kamu nostalgia lama,”bulat mata aku memandang umi.Seronok sich.Boleh dengar cerita lama.
   “Dulu umi ni peguam kat syarikat walid kamu,”bulat mata aku memandang mama.Tak sangka umi ni hebat jugak ye.
    “Umi kerja di department walid kamu.Kira satu tingkatlah dengan walid kamu.Walid kamu ni cerewet sangat tau tak masa tu.Adalah.Umi buat report.Kan nama walid kamu Ismail bin Umar.Lepas tu,umi tersilap tulis.Umi tulis Imail bin Omas.Kerana tersilap tulis umi kena panggil masuk bilik walid.Kecut perut juga umi waktu tu.Lepas tu,umi kena marah dengan walid.Walid suruh umi tulis balik semua.Dia nak dalam masa 30 minit.Memang la,umi boleh tukar je kan.Tapi,masalahnya.Laptop  kat bilik mama terpadam.Lose battery.Umi pula tak save lagi.Adoi!Musibah!Musibah!Umi teruskan buat kerja tu sebab takut kena pecat.Tapi malangnya.Umi siapkan kerja tu 5 minit selepas waktu yang dicadangkan.Umi kecut perut sangat-sangat waktu tu.Tapi walid tak marah.Sebaliknya dia kata.Will you marry me?Umi terkejut plus terkedu.Tak tahu nak buat apa.Dan,setelah beberapa hari umi bersetuju atas pinangan walid kamu,”cerita umi akhirnya sampai di penghujung.Aku yang mendengar terlongo dan terpaku.Walid pinang umi dalam pejabat.Tak romantic lansung.Tapi aku suka cara walid.So gentleman.
  “Wah!Macam lagu Cinta Muka Buku!Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju o’o!Adoi!”hancur lagu yang aku nyanyikan tadi.Tangan yang baru saja ditampar umi diusap.Kesian tangan!Tak pasal-pasal je kena tampar.Kan?
  “Banyak lah kamu punya Muka Buku!Tutup Buku kang!”ugut umi.Aku buat muka tak kesah.Macam iklan Aiman tak kisah.
  “Inilah cinta yang menyakitkan,Cinta di tutup buku,”aku menyanyikan musik yang sama tapi lirik yang berbeza.Umi terus naik ke atas.Malas nak layan aku lah tu!Hehe!Aku terus makan sarapan yang disediakan umi.
*_*
   Aku turun ke meja makan dengan senang hati. Gembira?Ya,memang aku gembira.Sebab!Aku dah boleh masak!!Diulang!Aku dah boleh masak!Yeay!!
  “Awal nampak?”perli Hafiz.Aku menjeling sinis ke arahnya.
  “Ikut suka hati akulah,”balas aku geram.
  “Ika!”Alamak!Warning error umi dah sampai!Umi aku ni tak suka kalau kami berempat cakap aku-kau!Huh!Tak patut..!
   “Sorry,umi,”balas aku lalu duduk.Nyum..Nyum..Ada nasi goreng.Baru nak menggapai senduk.Hanif dah katuk tangan aku.
  “Hanif!Sakit tangan Ika!”aku menunjukkan tanganku yang tak berubah pun.Saja!Action jer lebih!Huhu!
  “Banyaklah!Tak ada apa-apa pun!Pandai-pandai je!Macam mana orang tak katuk kalau kamu tu nak cedok tak basuh tangan pun!Bertuah punya budak!”marah Hanif.Aku pun terus ke dapur.Malas nak dengar budak tu berleter.Mengalahkan perempuan!Hish!

Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)

Novel : Hana Syafika ( Part 2 )




Bab 2
   “Aduh,sedapnya!Terasa sejuknya hingga menyegat tulang.Tapi ini yang aku suka.Dengan hujan renyai-renyainya.Bestnya,”aku menarik comforter untuk merasa kepananasan.Rasa macam tak nak bangun je.
   “HANA SYAFIKA TAN SRI ISMAIL!!!!!!!!BANGUN!!!”tu dia.Dah bergema dah.Hafiz Shafiq bingkas naik ke bilik adik bongsunya itu.Adiknya itu memang susah nak bangun.Siapa?Akulah itu.
   “Hana Syafika bangunlah,umi dah membebel dah tu!Sakit telinga aku kau tau tak,”rungut Hafiz.
   “Best tak umi bebel kat kau,”aku buat muka selamba mintak penampar!Hehe!
   “Tengok telinga aku!Dah cair  taik telinga aku kau tau tak?!”jerit Hafiz.Aku menutup telinga.Gila kuat!Dengan langkah yang  masih mamai aku melangkah ke bilik air.Adoi!Benda apa yang terhantuk ni!Hah!Awat tinggi je benda ni.Scroll up!Scroll up!Mak oi!Bapak oi!Abang aku!
   “Mak bapak singa bapak indon bapak indon!”kan aku dah melatah.Ish!Hanif ni memang buat aku terkejut la..
   “Muka aku ni ada Nampak macam bapak indon ke?”tanya Hanif selamba.
   “Tak!Nampak macam bapak monyet!”aku terus berlari ke bilik air.Hafiz menahan ketawanya.Muka Hanif memerah macam semut api lagaknya.Huhu.
*_*
    “Hah!Baru bangun tuan puteri kesayangan kita ni,”perli kakak aku Hafizah Shadrina baik punye.Tau tak,maksud nama akak aku baik punye.Pemelihara Hati.Dia nak pelihara hati sapa la tu.Hati abang ipar aku yang rajin makan hati kot!Haha.
   “Kak!”aku panggil akak aku.Dia tengok aku sambil kerut dahi.Aku menyambung.
   “Mana karpet kuning?Tuan puteri nak melintas ni,”aku buat loyar buruk.Kakak aku dah memerah muka dia tanda marah..Haha!Ada aku takut?!
   “Karpet kuning tak dak!Karpet penuh dengan darah ikan ada!Nak akak ambilkan?”tanya akak aku lembut je.Ni bukan lembut nak bagi pertolongan.Ni lembut ada maksud tersirat.
   “Hehe!Tak apalah,”terus pergi ke dapur sebelah umi.Nak lari dari akak la katakan.
   “Tak nak ke.La.Baru nak pergi ambil,tengah rajin ni”akak aku baru nak memulakan langkah.Aku terus tarik tangan dia.Lepas tu aku ambil longgokan sayur dan bawang.Berlambak giler.Terus aku letak depan dia.Nak tolong sangat kan ambik kau aku bagi sebijik!
    “Tak payah rajin-rajin ambil karpet.Potong tu sampai habis sudah.Tu kan pertolongan jugak,”sempat aku perli akak aku.Hehe!Rasakan!Melongo muka dia pandang aku.Aku hanya buat peace no war je..Hehe.Umi dengan Mak Timah tergelak melihat muka Hafizah.
*_*
    Pejam celik pejam celik dah 3 bulan.Aku terbangun apabila teringatkan sesuatu.Pak!Kepala aku diketuk.Macam mana aku boleh lupa??!!Ah!!!Tensionnya!!!Kena belajar masak!!!!!!!!!!!!Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!Tak mahu!!!!!!!!!Dah macam budak kecik kena suruh pi sekolah pulak aku ni.Relax Hana Syafika.Chill!Chill!Chill kepala bapak kau!Aku takut nak masak!Aku tak pernah masak.
   “Sebab tak pernah masak lah kena belajar masak,”teringat kata-kata umi apabila aku menyuarakan hasrat ketidak sanggupan aku untuk tak nak masak.Cair jugak taik telinga aku kena bebel dengan umi.Sod Ba Ro ja la.Sabar.
   Tidur dulu eh!Tunggu Hafiz datang kejut.Ala,macam biasa.Hehe.
   Tapi!Hari ini nasib aku malang!!!!Katil aku!Muka aku!Baju aku!Rambut aku!Bantal aku!Wua!!!!!!!Umi!!!!Ku pandang Hafiz sekilas.Tangannya memegang sebaldi air yang sudah kosong.Aku mendengus geram.
   “HAFIZ SHAFIQ TAN SRI ISMAIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!KURANG ASAM PUNYA ABANG!!!!!!!!!!!!!!!YANG KAU PI JIRUS AKU DENGAN AIR BALDI BUAT APA!!!!!!!!!!!!!!JIRUSLA AKU PAKAI SHOWER!TAK PAYAH AKU NAK MANDI LAGI SEKALI!!!”aku menjerit sepenuh hati.Dah pekak kot telinga Hafiz dibuatnya dek aku.Hihi.
   “Cik,sapa suruh cik tidur tak ingat dunia.Rasakan lah penangannya,best tak?”soal Hafiz selamba.Dengan seluruh tubuh yang masih basah aku pergi ke bilik air.Tak apa kau Hafiz ada ubi ada batas satgi kau aku balas.
   Setelah mengisi air penuh ke dalam baldi aku keluar.Aku melihat Hafiz duk elok je tidur atas katil bilik dia.Buku elok je kat muka dia.Hehe.Inilah masanya.
   One!Two!Three!Bush!
   Pecut!!!!!Biar dia tak Nampak aku!Pecut pi mandi lekas nanti nak start kelas masakan plus kelas membebel haha.
   “HANA SYAFIKA TAN SRI ISMAIL!!!!!!!!!”jeritan tu macam suara Hanif.Eh!Aku dah silap orang ka?Tadi bilik tu tanda nama Hafiz.Macam mana boleh jadi Hanif kat dalam tu.Musykil aku!Jom pi siasat!
   “Erkk!Sorry bang silap orang,”tiba-tiba aku terdengar dekahan ketawa seseorang.Hafiz!Kurang asam betul!Dia tinggalkan Hanif kat bilik dia.Dia menyorok pulak kat luar.Kan free-free aku kena marah ngan Hanif.
   “Kau pun 2 kali 5 Hafiz,”marah Hanif.Rambutnya yang cacak tu pun dah mengendur dah.Alah,buh gel ja pun.Tak heran!
   “2×5=10 Nif,”Hafiz menjawab.
   “Aku nak pergi ke galeri pun terbantut,”rungut Hanif.Aku hanya membuat muka tak bersalah.Terus,aku nak buat apa lagi zupp pergi mandi.


Ditulis oleh:

Hana Syafika – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)


^_^ enjoy your reading..