Minggu, 07 September 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 22 & 23

Assalamualaikum u ollssss...


Minggu ni seperti biasa lagi 2 bab sambungan BTW. Sekarang ni mss ni sudah siap TETAPI cik writer sedang mengedit beberapa part yang perlu di tambah dan di buang. Bila siap x pasti lagi mungkin minggu depan kot. Apa-apa pun terima kasih sebab singgah dan baca kisah Dura dan Ziyad. :)

BAB DUA PULUH DUA



    HUSNA keluar dari bilik stor dengan membawa sebuah kotak yang sederhana kecil. Dia terjumpa sesuatu dan dia tahu ini adalah milik arwah kakak iparnya Nurul Jannah. Dengan pantas Husna mendaki anak tangga dan menuju ke tingkat atas. Sebaik saja sampai di tingkat atas terus dia mengetuk pintu bilik abangnya Ziyad.


    “Masuklah pintu tak kunci.” Ujar Ziyad sebaik saja mendengar ketukan di pintu biliknya. Semenjak tadi dia leka dengan notebook miliknya.

   “Abang ngah. Una jumpa kotak ni dekat stor. Kenapa simpan sana? Una tengok dalam ni ada handbag arwah Kak Nurul dan juga barang-barang peribadi yang lain. Kenapa abang ngah tak simpan dalam bilik je?” Soal Husna. Ziyad menoleh dengan kerutan di dahi.

   “Kotak yang mana ni?” Soal Ziyad.

   “Una rasa ini barang-barang terakhir yang ada dengan arwah Kak Nurul sewaktu accident kan?” Husna menghulurkan kotak tersebut dan menghenyakkan punggungnya ke katil milik Ziyad.

    Ketika itu Ziyad membuka penutup kotak tersebut lalu melihat isi kandungan yang ada di dalam kotak tersebut. Ziyad teringat sesuatu.

   “Ya Allah. Ada dekat stor ke barang-barang ni. Puas abang ngah cari dalam bilik. Abang ngah ingat mama simpan dalam bilik hari tu. Terima kasih Una. Dari hari  tu lagi abang cari handbag ni sebab abang nak tengok telefon arwah Kak Nurul kamu. Una buat apa dekat bilik stor tadi?” Soal Ziyad.

Matanya langsung tidak melihat wajah adiknya tetapi matanya lebih berminat kepada barangan yang ada di dalam kotak tersebut.

    “Una cari nota lama. Sem depan nak kena buat rujukan balik. Masa cari nota Una tadi tu la yang jumpa kotak ni. Handphone Kak Nurul masih lagi elok bang. Cubalah abang buka .” Una juga teruja melihat handphone milik arwah Nurul yang langsung tidak rosak. Skrin masih elok.

   Ziyad membawa keluar telefon pintar milik arwah isterinya lalu dia menghidupkannya. Husna hanya melihat saja. Ziyad masih ingat lagi setelah telefon itu kembali padanya terus dia menyimpannya dalam kotak tetapi waktu itu kotak tersebut di serahkan pada mamanya . Waktu mereka menemui telefon ini bateri telah tercampak keluar. Bibir Ziyad mengulum senyuman manis apabila terpandangkan wajah dia dan arwah isterinya di skrin telefon tersebut.  Husna juga turut tersenyum.

    “Cantikkan abang ngah bila Kak Nurul senyum. Dia sama macam abang ada lesung pipit yang bezanya arwah Kak Nurul hanya ada satu je tapi abang ngah ada dua-dua.” Tambah Husna lalu memandang wajah abangnya. Ziyad turut memandang adiknya dengan senyuman.

   “Abang jatuh cinta dengan arwah Kak Nurul dulu sebab senyuman manis dia la. Cantikkan dia.” Ziyad mengusap skrin telefon tersebut. Husna menganggukkan kepalanya. Ziyad kemudiannya mula menerokai telefon pintar itu.

    Apabila jari Ziyad menekan folder video terus keluar isinya. Dahi Ziyad berkerut seketika apabila terdapat satu video yang terselit di situ.

    “Video apa tu abang ngah. Bukalah cepat. Mana tahu kot-kot video arwah Kak Nurul rakam untuk abang ngah ke?” Husna ingin sekali tahu apa isi kandungan video tersebut. Dia tahu yang arwah Nurul suka rakamkan video.

    “Abang ngah nak bukalah ni.” Jawab Ziyad lalu menekan butang play yang tertera di situ.
    Ziyad dan Husna saling berpandangan setelah selesai menonton video tersebut. Video yang di rakam oleh arwah Nurul. Bibir Ziyad bagaikan terkunci apabila mendengar pengakuan dari mulut isterinya. Jelas sekali wajah Husna dan Ziyad terkejut. Kelu tanpa kata untuk beberapa ketika.

    “Apa semua ni abang ngah? Efa bomohkan abang untuk jatuh cinta dan sayang pada arwah kak Nurul?.” Soal Husna bagaikan tidak percaya.  Ziyad diam otaknya sedang berfikir sesuatu.

    “Bak sini telefon tu abang ngah. Una nak tengok lagi sekali video ni. Una tak puas hatilah. Kenapa dia tergamak buat abang ngah macam tu sekali. Kenapa perlu gunakan ubat guna-guna untuk pikat abang ngah?” Husna mula rasa naik angin. Dia terus mengambil telefon tersebut dan terus mainkan sekali lagi video tersebut.

    Nurul.. Efa apa semua ni? Soal hati Ziyad sendirian. Dia terus bangun dan melangkah ke meja lalu mencapai telefon pintar miliknya lalu menghubungi seseorang. Siapa lagi kalau bukan dalang seperti yang di katakan oleh arwah isterinya iaitu Alifah. Malam ini nasib sememangnya tidak menyebelahi Ziyad apabila dia langsung tidak dapat menghubungi Alifah. Talian di sambungkan pada voice mail.

    “Ke mana pula Efa ni? Handphone dia off.” Ziyad mencuba lagi menghubungi Alifah. Sesekali matanya melirik pada adiknya Husna yang sedang fokus melihat ulangan video tersebut. Wajah Husna turut berubah ketika itu. Dia memang tidak berpuas hati dengan apa yang di dengarinya itu.  Husna melihat arwah kakak iparnya menangis dan memohon maaf di atas apa yang berlaku. Dia tidak sangka yang Alifah lakukan semua ini untuk dirinya.

     “Una nak pergi mana tu?” Soal Ziyad sewaktu melihat adiknya sudah melangkah ke pintu.

     “Una nak tunjukkan video ni pada mama dan papa. Busuk hati betul Efa ni. Una tak sangka yang dia boleh gunakan cara ni untuk bantu Kak Nurul dapatkan cinta abang. Jangan-jangan dia juga akan lakukan benda yang sama untuk dapatkan abang Zikri?.” Jawab Husna sewaktu menoleh. Ziyad terkedu . Husna terus melangkah pergi dan Ziyad turut mengekori adiknya dari belakang . Dia masih lagi cuba menghubungi Alifah ketika itu.

     “Mama papa..” Jerit Husna sewaktu menuruni tangga. Dia berlari menuju ke arah orang tuanya.

    “Kenapa Una jerit-jerit ni?” Tegur Datin Huwaidah yang sedang menemani suaminya menonton televisyen.

   “Mama dan papa kena tengok ni. Una dengan abang ngah jumpa video yang di rakam oleh arwah Kak Nurul. Mama dengan papa dengar apa yang arwah Kak Nurul bagitahu. Tengok ni.” Husna terus menunjukkan video tersebut pada orang tuanya.

   “Video apa pula ni?” Soal Datuk Zahir kebingungan. Namun matanya mula fokus pada video yang baru saja di mainkan oleh Husna. Ziyad yang baru saja tiba terus duduk dan melihat reaksi mama dan papanya. Pada masa yang sama juga dia turut menilik telefonnya dan terus menerus menghubungi Alifah. Jelas sekali wajah Datuk Zahir dan Datin Huwaidah terkejut dengan pengakuan yang di dedahkan oleh arwah menantu mereka.

    “Apa makna semua ni?” Soal Datin Huwaidah tidak puas hati. Dia memandang anak dan suaminya silih berganti.

     ALIFAH  mendengus dengan geram apabila telefon miliknya sudah hilang entah ke mana. Mungkin juga telefon pintar miliknya itu sudah terjatuh di mana-mana. Dia memboloskan diri ke dalam kereta. Seperti yang telah di janjikan hari ni dia akan ke rumah tok lang untuk mengambil ubat yang di pinta olehnya untuk Zikri.

    Sampai saja di rumah tok lang dia terkejut melihat ramai orang yang berkumpul di tangga serta di dalam rumah.

    “Pasal apa pula ramai orang dekat rumah tok lang ni? Tak kan la diorang ni datang nak gunakan khidmat tok lang juga kot. Tak masuk akallah kalau ramai macam ni. Apa yang dah jadi agaknya?” Soal Alifah sendirian. Dia menanggalkan tali pinggang keledar lalu mematikan enjin kereta. Dengan perlahan-lahan Alifah menolak pintu keretanya.

    Alifah mendekati tangga rumah tok lang. Banyak mata yang memandangnya dengan pelik. Macam mana orang tak pandang pelik kalau pakaian tak cukup kain rambut perang mengalah air yang berkarat.

    “Kenapa ramai sangat ni? Tok lang mana?” Soal Alifah pada beberapa orang yang sedang berbincang sesuatu.

    “Anak ni siapa?” Soal salah seorang lelaki yang berkopiah.

   “Saya Efa. Saya datang nak ambil ubat dari tok lang. Dia minta saya datang hari ni ambil. Kenapa ramai sangat ni? Ada yang tak kena ke?” Alifah memandang dengan kerutan. Pelik . Lelaki tersebut menghela nafasnya dengan berat sekali.

    “Tok lang dah tak ada dah pagi tadi.” Terang lelaki itu pada Alifah.

     “Dia ke mana pak cik?” Soal Alifah dengan binggung. Sempat dia membetulkan rambutnya yang jatuh menutup mata.

      “Tok lang yang anak cari tu yang tok bomoh tu dah meninggal pagi tadi. Kami pun tak tahu macam mana dia meninggal tapi menurut kata orang mungkin serangan jantung kalau tak pun hantu jembalang dia la kot.” Jawab lagi sorang lelaki dengan selamba.

    “Mail tak baik cakap macam tu. Sudah tiba ajal dia. Allah dah tetapkan semuanya. Kalau pun si mati tu banyak buat salah atas dunia ni janganlah kita nak hukum dia pula. Baik buruk yang kita lakukan atas dunia ni akan dapat balasannya.” Tegur lelaki tadi. Mail mula menunduk kepala. Dia bukan apa geram dengan sikap tok lang yang salah gunakan ilmu.

   “Apa dia dah meninggal?” Soal Alifah dengan wajah yang terkejut. Dia tidak percaya.

   “Ya. Sekarang ni diorang sedang kafankan tok lang tu. Sekejap lagi akan di kebumikan. Kalau anak nak tengok pergilah naik ke atas . Satu je pak cik nak pesan jangan anak terkejut pula tengok dia ya.”
Pesan lelaki itu. Alifah bingung seketika. Dia mula mendaki anak tangga untuk melihat jenazah tok lang. Selagi dia tidak melihat mayat tok lang selagi itulah dia tidak percaya yang tok lang sudah meninggal.

    Sebaik saja sampai di atas, Alifah menyelit dan berdiri betul-betul di depan jenazah tok lang.
Wajah Efa terus berubah sebaik saja dia melihat wajah tok lang yang agak berlainan dari yang dia lihat sebelum ni. Sungguh ketara sekali beza itu. Mata Alidah langsung tidak berkedip saat itu.

    “Kenapa lain sangat wajah tok lang?” Soal Alifah . Matanya membulat memandang jenazah tok lang yang sedang di tutup .

    “Mungkin ini satu pengajaran untuk kita yang masih hidup.” Jawab seseorang. Alifah menoleh pada orang tersebut. Lidah Alifah bagaikan terkelu dan tidak dapat berkata apa-apa di kala ini. Fikirannya tiba-tiba saja bercelaru.

     Kenapa tok lang dah meninggal? Macam mana dengan ubat yang aku minta? Siapa yang akan tolong aku lepas ni . Desis Alifah sendirian. Punah sudah harapannya untuk dapatkan Zikri memandangkan tok lang sudah tiada.

    Alifah duduk termenung di bawah pokok di hadapan rumah tok lang. Jenazah tok lang baru saja di bawa pergi untuk di kebumikan.   Dia hanya mampu melihat saja jenazah tok lang di bawa pergi. Cepat betul tok lang meninggal. Dia berjanji dengan aku suruh aku datang hari ni untuk ambilkan ubat sekali aku datang tengok mayat dia. Habis duit pendahuluan yang aku bagi pada dia dua hari lepas. Alifah mengeluh hampa.

      Kematian itu langsung tidak akan menunggu sesiapa pun walau sesaat. Apabila tiba ajalnya maka bercerailah roh dari jasad. Alifah bawa-bawalah sedar diri sikit.

       ALIFAH pulang ke rumahnya dengan wajah yang kusut. Harapannya sudah musnah dalam sekelip mata.  Puan Suraya menggelengkan kepala sebaik saja ternampak kelibat anak gadisnya. Dia mencari Alifah di ruang tamu. Ketika itu Alifah sudah pun duduk di sofa sambil mengusap kepalanya dengan perlahan.

    “Efa kamu ke mana baru balik. Mama call telefon kamu langsung tak dapat. Apa dah jadi ni Efa. Papa kamu bising tadi cari kamu.?” Soal  Puan Suraya. Alifah mendongakkan kepalanya dengan lemah.

    “Efa keluarlah ada hal. Telefon Efa hilanglah tak tahu jatuh dekat mana.” Jawab Alifah dengan bermalasan.  Dia sedang sibuk memikirkan altenatif lain untuk di gunakan pada Zikri dan Washfa.

   “Mama nak tanya ni apa yang Efa dah buat pada arwah Nurul?” Soal Puan Suraya dengan wajah yang sungguh serius. Suaminya tak henti-hanti marahkannya tentang perangai Alifah yang makin menjadi-jadi. Wajah Alifah terus berubah.

     Mama dah tahu ke pasal accident tu? Mati aku nanti kena marah dengan mama dan papa. Desis hatinya. Alifah mula menelan air liurnya. Mustahil hanya aku sorang saja yang tahu kematian Nurul.

    “Apa maksud mama ni? Efa tak faham.” Jawab Alifah dengan gelabah. Jantungnya di saat itu tak usah cakaplah berdegup kencang. Kalau boleh keluar dah lama agaknya jantung si Alifah ni lompat keluar.

    “Efa tanya mama kenapa? Abang Ziyad call Efa tak dapat dan dia call papa. Dia cakap dia ada hal nak bincang dengan Efa mengenai arwah Nurul. Efa ada sembunyikan sesuatu dengan mama dan papa ke?” Soal Puan Suraya. Dia masih tidak tahu apa yang berlaku sampaikan suaminya naik angin hari ini mencari  Alifah

    “Mana ada Efa sorokkan sesuatu mama.” Dalih Alifah. Jarinya bermain dengan anak rambut.
    “Efa apa kamu dah buat pada abang Ziyad dan arwah Nurul dulu hah?” Soal Encik Zain. Wajahnya merah menahan marah. Pasti sesuatu telah di ketahui oleh Encik Zain. Papanya muncul dengan tiba-tiba.

   “Efa buat apa pula?” Soal Alifah dengan selamba.

   “Kamu tanya buat apa? Ini apa ni? Apa semua ni? Mana kamu belajar buat benda macam ni? Papa dan mama tak pernah ajar kamu macam ni Efa. Kamu dah malukan papa . Sekarang ni keluarga abang Ziyad kamu nak jumpa kamu.” Soal Encik Zain lalu menunjukkan video yang di hantar oleh Ziyad.

     “Video apa pula ni papa mama?” Alifah tidak mengerti lalu mengambil telefon milik papanya lalu melihat video tersebut. Jelas sekali wajah Alifah berubah. Dia sudah tidak senang duduk. Nampak gayanya rahsia pertamanya sudah terbongkar. Dia menelan air liur berkali-kali. Dia juga cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

     DURANI baru saja pulang dari suatu tempat. Hari ni dia berpusing-pusing menuju ke dua tiga buah rumah anak yatim untuk mencari keluarga angkat arwah kakaknya namun hampa. Durani keluar dari perut kereta dengan keletihan. Ibunya sudah pun menanti di depan pintu sebaik saja terdengar enjin kereta anaknya.

    “Macam mana Dura. Ada maklumat baru ke?” Soal Puan Yusnita. Durani menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke ruang tamu. Dia terus duduk dan berehat di situ.

     “Rumah yang Dura pergi tu tak ada pun nama Yati ibu. Kita cari dekat tempat lain nanti. Kita usahakan lagi.” Jawab Durani. Puan Yusnita menganggukkan kepala dengan perasaan hampa.
Mengapa susah sangat untuk dia bertemu kembali menemui rakan baiknya itu. Yati di manakah kau berada. Bertahun aku mencari kau tapi sampai ke hari ni aku gagal menjejaki kau Yati. Luah hati Puan Yusnita.

    “Di manalah mereka agaknya ya .” Puan Yusnita menghenyakkan punggungnya dengan perlahan di sebelah anaknya.

    “Sabar ibu. Kita usaha ya.” Pujuk Durani pula.

    “Ibu Irfan mana?” Soal Durani dengan tiba-tiba. Dia teringat pada anak buahnya yang sudah pun berusia hampir tiga minggu.

    “Irfan ada dekat dalam dengan mama dia.”

    “Dura nak pergi jumpa Irfan sekejap ya ibu.” Durani meminta diri. Dia bangun dan menuju ke bilik abangnya. Puan Yusnita melayan perasaan hampanya di ruang tamu. Siang malam dia berdoa supaya dia dan Yati akan di pertemukan suatu hari nanti.

     “Irfan .. Mak su dah balik ni.” Durani mencuit pipi si kecil yang sedang lena tidur. Yana tersenyum pada adik iparnya.

     “Dura macam mana hasilnya?” Soal Yana dengan tiba-tiba. Ketika itu dia sedang membaca novel. Yana merasa sungguh bosan sekali apabila dia langsung tidak di benarkan melakukan sebarang kerja sepanjang tempoh berpantang ini. Nasib baiklah ada buku yang boleh di jadikan peneman sewaktu anaknya lena. Yana menutup novel Dua Nyawa Satu Cinta lalu di letakkan di sebelahnya.

      “Masih sama Kak Yana. Belum ada perkembangan yang boleh membantu kita.” Jawab Durani. Jari Durani sedang bermain dengan  sarung tangan yang tersarung di jari Irfan.

     “Tak mengapalah Dura. Kita usahakan lagi.” Pujuk Yana. Dia tahu adik iparnya sudah berusaha. Bukan hari ni je tapi sebelum ni mereka telah berusaha mencarinya. Sudah dua puluh tahun lebih mereka mencari. Pelbagai usaha telah mereka cuba.

     “Kak Yana  kalau boleh Dura nak juga cari cinta hati arwah Kak ngah, Dura nak tahu kenapa dia tinggalkan Kak ngah tanpa khabar berita selepas Kak ngah sihat dari pembedahan . Dura akan usahakan cari keluarga angkat dan Mr Z arwah Kak ngah. Pengorbanan arwah Kak ngah pada Dura tak mampu Dura balas Kak Yana. Bila dia makin sembuh dia di uji dengan kesakitan yang lain pula. Arwah Kak ngah tak pernah merungut pun kan. Dura tak akan maafkan pada orang yang telah buat arwah Kak ngah macam tu selagi orang tu tak minta maaf dengan keluarga kita .” Luah Durani dengan perasaan marah.

    “Mana kita nak cari lelaki tu? Kalau ada gambar dia senang dan kalau kita tahu nama penuh dia lagi senang nak cari. Ini yang kita tahu dia hanya di kenali sebagai Mr Z. Arwah Adah memang perahsia orangnya. Lagi satu tentang orang yang dah buat Adah sakit tu biarlah Allah saja yang membalasnya Dura. Setiap perbuatan kita pasti akan di balas. Kak Yana yakin yang suatu hari nanti kita akan tahu siapa orangnya . Orang tu tak akan dapat hidup dengan tenang Dura selagi dia tidak minta maaf dari orang yang dia aniayai.” Jawab Yana pula. Durani menganggukkan kepalanya dengan lemah.

     Tiba-tiba saja perasaan marah terbit di dalam hatinya ketika itu. Rasa ingin tahu cerita sebenar membuak-buak di dalam hati Durani namun apakan daya sehingga hari ini dia dan keluarga masih tidak tahu cerita di sebaliknya. Walaupun sukar macam mana sekalipun Durani sudah berjanji pada dirinya yang dia akan berusaha mencari keluarga angkat Adah. Itulah janjinya pada arwah sebelum arwah pergi. Janji harus di tepati.

      Moga-moga suatu hari nanti akan terlerai segala persoalan yang menjadi tanda tanya dalam hidup kami. Mohon Durnia. Dia kemudiannya menundukkan kepala lalu mengucup pipi si kecil.

      “Kak Yana, Dura masuk bilik dululah. Nak rehat sekejap.” Pinta Durani lalu bangkit dari situ.

     “Yalah. Kak Yana tengok Dura keletihan sangat. Pergilah berehat. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan menemui mereka.” Jawab Yana. Durani mengukir senyuman sebelum melangkah keluar dari bilik abangnya.

        Ujian yang paling sukar dalam kehidupan adalah kesabaran menunggu waktu dan masa yang sesuai dan juga keberanian untuk menerima apa saja yang akan mereka hadapi.    
 




*************************************


BAB DUA PULUH TIGA

     “BILA masa pula Nurul rakam video pengakuan tu. Apa ke bodoh sangat Nurul tu . Aku tak sangka betul yang dia buat rakaman video pengakuan tentang apa yang aku buat pada Ziyad.” Alifah membebel seorang diri. Dia berjalan ke hulu hilir.

     Alifah tidak senang duduk apabila papanya memberitahu yang esok pagi keluarga Ziyad akan bertandang ke rumahnya untuk berbicara soal ini. Sebentar tadi pun dia menahan telinga mendengar ceramah papanya yang menyalahkan dirinya .

     “Esok pagi keluarga Ziyad akan datang ke mari. Kamu jawab sendiri Efa. Papa kecewa sangat dengan kamu . Berapa banyak masalah yang kamu nak sakitkan kepala papa ni Efa? Belajar bukan main lagi tetapi tak nak guna akal tu berfikir yang mana baik yang mana buruk. Yang kamu nak menyesatkan diri kamu dengan buat macam ni pada orang lain kenapa? Apa salah diorang pada kamu Efa. Jangan-jangan arwah Nurul meninggal dulu pun sebab perkara ni juga?” Marah Encik Zain. Sakit kepalanya memikirkan karenah anak perempuannya ini. Betul kata orang bukan senang nak jaga anak perempuan ni.

    Alifah hanya menundukkan kepalanya saja ketika itu. Dia langsung tidak berani untuk memandang wajah papanya yang merah menahan marah.

     “Apa yang Efa buat adalah untuk arwah Nurul. Efa tak nak Nurul kecewa suatu hari nanti apabila abang Ziyad ingat balik memori lamanya.” Jawab Alifah dengan jujur. Memang dia lakukan demi Nurul dan dia tidak mahu apabila Ziyad mendapatkan kembali memorinya dia lupa siapa Nurul dan apa hubungan mereka.

    “Apa yang kamu buat ni salah tau tak. Bukan ini caranya. Cuba fikir dulu baik dan buruknya sebelum kamu bertindak Efa. Kamu ni memang degilkan . Suka sangat lakukan sesuatu tanpa fikir apa kesannya pada orang lain. Yang kamu takut Ziyad ingat memori lama dia kenapa? Kamu tau ke apa memori lama dia? ” Marah Encik Zain. Alifah terkejut apabila di soal sebegitu. Namun dia langsung tidak menjawab malah mendiamkan diri.

    “Abang sabarlah. Jangan marah macam ni nanti tak pasal-pasal pula abang yang sakit.” Puan Suraya mengusap bahu suaminya. Dia cuba memujuk suaminya. Dia bimbang kesihatan suaminya akan terjejas. Encik Zain mengusap dadanya dengan perlahan lalu duduk di sofa . Sempat dia mendengus dengan geram.

    “Apa yang Efa buat semuanya salah di depan mata papa. Mama dan papa tak pernah nak sokong. Efa buat untuk kebaikan Nurul bukan untuk Efa ” Tegas Alifah membela dirinya.

    “Memang untuk kebaikan Nurul tapi kesannya pada Ziyad kamu tahu tak?” Bidas Encik Zain dengan geram. Dia merenung tajam pada anak perempuannya itu.

    “Esok mama nak kamu terus-terang dengan keluarga Ziyad . Apa saja keputusan mereka kamu terima saja. Inilah yang kamu kena tanggung dengan perbuatan kamu tu Efa. Mama dan papa tak nak masuk campur. Kamu kan bijak dalam buat sesuatu kan.” Sindir Puan Suraya pula. Jangan katakan suaminya dia lagi kecewa dengan sikap anaknya itu.

    “Apa aku nak jawab esok pada abang Ziyad?. Pening kepala aku macam ni.” Soal Alifah sambil berfikir. Kusut kepalanya memikirkan jawapan apa yang harus di berikan pada keluarga Ziyad.

   “Alah mengaku je la Efa yang pasal guna-guna tu. Yang lain diorang tak tahu lagi jadi tak perlulah aku nak risau sangatkan. Aku kenal sangat keluarga abang Ziyad tu . Diaorang memang keluarga yang baik dan pasti dia akan menerima ucapan maaf aku nanti.” Dengan tiba-tiba saja bibir Alifah mengulum senyuman. Dia terus duduk di birai katil. Keresahan yang bersarang di hatinya terus hilang .

     “SIAPALAH yang dengki dengan arwah Kak ngah ya?” Durani berfikir sejenak. Jenuh dia memaksa kepalanya memikirkan sekiranya arwah kakaknya itu ada musuh. Apa yang berlaku pada arwah Adah tak mungkin Durani lupakan. Pengorbanan Adah bertarung nyawa untuk menyelamatkannya. Sakit yang di laluinya dulu hanya keluarganya dan keluarga arwah Mikhail saja yang tahu. Dia sungguh tidak menyangka yang hati mereka sepadan. Kuasa Allah tiada tandingannya.

      Walaupun arwah Adah sedia maklum yang selepas pembedahan itu dia pasti akan menerima komplikasi tapi Allah Maha Berkuasa apabila Adah langsung tiada komplikasi dan sihat seperti sedia kala cumanya Durani saja yang pada mulanya ada masalah namun semua itu dapat di atasi oleh kekuatan dan semangat yang ada pada Durani serta sokongan dari mereka yang tersayang. Walaupun ketika itu Mikhail jauh tetapi segala perkembangan Durani di tahu dari abang Durani Lukman.

     “Dura jangan risau ya . Kak ngah akan tolong Dura. Kak ngah sayangkan Dura . Apa yang Kak ngah buat ni adalah untuk Dura dan juga diri Kak ngah sendiri. Kak ngah sayangkan Dura sebab Dura sorang je adik yang Kak ngah ada. Dura terima ya bantuan Kak ngah  yang ni. Please.” Mohon Adah sewaktu memujuk Durani untuk membuat pembedahan.

     Air mata Durani menitis. Dia sungguh tidak sanggup untuk lakukan pembedahan itu kerana bimbangkan nyawa kakak kesayangannya. Puas di pujuk oleh Lukman dan orang tuanya.

    “Kak ngah Dura tak mampu. Dura tak nak nyawa Kak ngah di pertaruhkan untuk Dura. Jangan Kak ngah Dura tak nak kehilangan Kak ngah. Dura lebih rela mati dari terima hati Kak ngah.” Jawab Durani dengan perlahan. Mata Adah turut berkaca.

    “Janganlah fikir macam tu Dura. Nyawa kita milik Allah. Walaupun Kak ngah tak tolong Dura macam mana sekalipun Kak ngah tetap akan mati juga suatu hati  nanti.  Kematian itu pasti untuk setiap manusia. Kita berserah pada Allah. Kak ngah nak Dura sembuh seperti dulu. Kak ngah rayu sangat terimalah bantuan dari Kak ngah ni.” Pujuk Adah lagi.  Di usap pipi Durani dengan lembut .

    Bukan mudah untuknya memujuk Durani lakukan pembedahan. Dia sudah tidak sanggup melihat Durani terbaring lesu di hospital. Kalau di biarkan makin teruk. Dia tak mampu melihat kesakitan yang di tanggung oleh Durani ketika itu . Dia nekad untuk membuat pemeriksaan hati. Syukur tak terhingga apabila doktor memberitahu hati mereka sepadan.

    “Terima ya dik.” Erat sekali Adah mengenggam tangan Durani. Mata Durani merenung ke dalam mata kakaknya. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun.

      “Dura sayangkan Kak ngah sebab tu Dura tak boleh terima.” Jelas Durani dengan jujur. Dia terus menolak hasrat Adah ketika itu.

      “Kak ngah lagi sayangkan Dura. Kalau betul Dura sayangkan Kak ngah tolong terima ya.” Kelu lidah Durani tidak tahu apa yang harus dia jawab lagi . Puas dia menolak namun hari-hari Kak ngah memujuknya selepas dia mengetahui yang hati mereka sepadan.

      Durani tersentak apabila mendengar suara anak buahnya Irfan yang menangis dengan kuat sekali. Dengan pantas Durani berlari menuju ke bilik abangnya.

    “Kenapa dengan Irfan ni Kak Yana?” Soal Durani sebaik saja terpacak di depan pintu bilik abangnya.

    “Entahlah Dura tiba-tiba saja dia menangis. Kak Yana bagi susu dia tak nak. Sakit perut agaknya. Ini Kak Yana nak sapu ubat dekat perut dia .” Jelas Yana pula. Tangannya mencapai botol minyak.

    “Tak apa Kak Yana. Biar Dura tolong ya.” Durani mendekati katil lalu mengambil botol minyak dan terus duduk di sebelah anak buahnya. Durani menyapu lembut perut si kecil. Selepas itu Durani meriba si kecil lalu di usap kepalanya. Yana tersenyum melihat layanan Durani pada Irfan.

    “Dah diam pun anak buah Mak Su ni. Sayang Irfan tau.” Durani mengucup pipi Irfan.

    “Terima kasihlah Dura. Eh hari dah lewat malam ni pergilah tidur. Esok pagi Dura kerjakan.” Yana menghulurkan tangan untuk mengambil Irfan. Durani tersenyum lalu menyerahkan si kecil ke pangkuan ibunya.

    “Dura tak boleh tidurlah Kak Yana. Dura teringat pada arwah Kak ngah.” Jawab Durani dengan jujur.

   “Cuba Dura cerita pada Kak Yana apa yang menganggu fikiran Dura di saat ni. Mana tau Kak Yana boleh tolong Dura ke?”

   “Dura teringat pada pengorbanan arwah Kak ngah pada Dura dan juga Dura fikirkan tentang orang yang dah menganiayai arwah Kak ngah. Dura nak sangat tau Kak Yana kenapa dia buat macam tu? Apa salah arwah Kak ngah pada dia. Itu yang Dura ingin tahu sejak arwah Kak ngah meninggal dulu.” Terang Durani . Yana mengusap tangan Durani dengan perlahan. Persoalan itu sering kali menghantuinya.

   “Dura kita memang tak tahu siapa yang busuk hati buat Kak ngah begitu rupa tapi Dura kena ingat yang Allah tahu setiap perbuatan hambanya. Bukan saja Dura malah Kak Yana , abang Lukman serta ibu dan ayah juga nak tahu siapa orangnya tapi sampai ke hari ni kita tak tahu siapa dia. Apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa semoga satu hari nanti orang itu akan muncul dan minta maaf pada keluarga kita dan mungkin pada masa itu kita akan berpeluang mengetahui sebabnya Dura.”

    “Itu Dura tahu Kak Yana . Dura harap doa kita di makbulkan oleh Allah nanti.” Mata Durani memandang wajah Yana.

    “InsyaAllah. Mudah-mudahan.” Yana tersenyum pada adik iparnya.

    “Tenangkan fikiran Dura dan cuba lelapkan mata. Pengorbanan arwah Adah jangan di sia-siakan. Dia memang nak lihat Dura sihat dan jalani kehidupan seperti orang lain. Pergilah masuk tidur.” Arah Yana. Durani mula melangkah pergi.

    “Selamat malam Kak Yana.” Ujar Durani sewaktu ingin menutup pintu bilik kakak iparnya.

    “Selamat malam Dura.” Yana kemudiannya membetulkan kepala anaknya  sebelum dia merebahkan diri di sebelah Irfan. Malamnya hanya di temani oleh Irfan. Suaminya sudah pulang ke Melaka untuk kembali bertugas.

     ZIKRI terkejut apabila melihat video yang di tunjukkan oleh adik bongsunya Husna. Keluarga Ziyad sudah pun berada di rumah Zikri. Esok mereka akan ke rumah Alifah untuk bertanyakan tentang hal itu.

     “Efa tu dah gila ke apa sampai sanggup buat Ziyad macam tu demi Nurul?” Soal Zikri tidak puas hati.

     “Abang long orang akan mudah jadi gila kalau nak dapatkan sesuatu. Kasihan abang ngah bila dia tengok video ni. Maknanya kasih sayang dia pada arwah Kak Nurul sebelum ni adalah sebab ubat guna-guna tu?” Husna tidak puas hati dengan Alifah.

    “Abang Ngah mana Una?” Soal Zikri dengan tiba-tiba apabila melihat adiknya tiada di ruang tamu . Mata Husna turut meliar mencari kelibat Ziyad.

    “Abang Ziyad ada dekat luar tu dengan puteri.” Jawab Washfa. Zikri dan Husna menoleh ke luar. Mereka melihat puteri berada di atas riba Ziyad.

   “Pak ngah tengah sedih ke?” Soal puteri. Ziyad menoleh pada anak buahnya.

   “Ya sayang. Pak ngah tengah sedih.” Jawab Ziyad.

   “Kenapa sedih?” Soal Puteri ingin tahu. Ziyad tersenyum .

   “Puteri masih kecil lagi jadi puteri tak faham kenapa pak ngah sedih.  Bila puteri dah besar nanti bolehlah pak ngah ceritakan .” Jawab Ziyad. Mata puteri berkedip-kedip memandang wajah Ziyad. Dia tidak faham apa yang di katakan oleh bapa saudaranya.

    “Abang ngah masih terkejut lagi tu abang long. Apa agaknya alasan Efa tu tentang hal ni. Una nak sangat tahu kenapa dia sanggup buat macam tu sekali. Efa ni memang tak ada iman agaknya sampaikan sanggup guna cara macam ni. Kenapa ya abang long dalam kehidupan kita ni ada segelintir manusia yang gunakan cara ini untuk dapatkan sesuatu yang mereka inginkan?” Soal Husna dengan tiba-tiba. Kalau dulu dia sering kali terdengar kawannya yang di guna-gunakan kerana kes cemburu.

     “Sebab utama adalah sikap pentingkan diri . Tak kisahlah guna cara mana sekalipun asalkan mereka boleh capai apa yang mereka nak. Selalunya orang yang menggunakan cara ni dia memang cetek ilmu di dada. Ada akal tetapi tak nak fikir. Ada hati tapi tak ada iman.” Jawab Zikri. Husna menganggukkan kepalanya tanda faham.

    “Abang long dengan Kak Washfa ada rasa apa-apa yang pelik ke? Una bukan apa bila dah jadi macam ni Una bimbang kalau dia gunakan cara yang sama untuk abang long. Dia kan suka pada abang long tak mustahil kalau dia cuba nak dapatkan abang long dengan cara yang sama.” Husna memandang wajah abang longnya dan kakak iparnya silih berganti.

    “Setakat ni tak ada pula. Tak mengapa esok abang long akan tanyakan dia tentang ni.” Washfa setuju dengan suaminya.

    “Mama dan papa cakap apa tentang ni Una?” Soal Washfa .

    “Apa lagi marahlah dengan Efa tu. Kalau ikutkan malam ni juga mama dan papa nak pergi rumah auntie Suraya tau tapi nasib baik Una halang.”  Jawab Husna. Dia yakin esok pagi pasti mama dan papanya tidak sama sekali melepaskan Alifah.

   “Sudahlah jangan kita bising soal ni. Mama dengan papa tengah berehat dekat atas. Esok kita lihat apa reaksi dan pengakuan Efa.” Zikri memandang adiknya.

   “Una bersyukur sangat abang long yang Efa tu tak jadi kakak ipar Una . Kalau macam ni perangai dia memang dia tak layak jadi sebahagian dari keluarga kita.” Luah Husna. Washfa terdiam. Dia juga tidak sangka yang Alifah akan gunakan cara itu untuk Ziyad. Alifah tu nampak saja moden tetapi dalam diam dia boleh lakukan apa saja yang dia suka tak kiralah dengan apa cara sekalipun.

    ZIYAD tidak dapat melelapkan matanya. Puas dia pejamkan matanya namun langsung tidak boleh lena. Posisinya pula sekejap-sekejap berubah ke kanan dan kiri. Semuanya bagaikan tak kena. Cepatlah hari ini berlalu dia. Dia mahu mengetahui jawapan dari mulut Alifah.

   “Nurul kenapa tak cakap dengan abang depan-depan. Kenapa perlunya abang mengetahui kebenaran ini dari video yang Nurul rakam?” Soal Ziyad sendirian. Matanya memandang ke arah syiling.

    Masalah mimpi yang sering kali menganggu tidur malamnya pun belum lagi selesai dah datang masalah lain pula. Pening kepala Ziyad jadinya.

    Ziyad mengambil telefon pintar milik isterinya lalu di buka dan mencari tempat video yang dia dan Husna jumpai. Dia mahu menontonnya sekali lagi.

    “Abang maafkan Nurul. Ampunkan Nurul bang. Nurul langsung tak tahu yang perasaan abang untuk Nurul adalah dari perbuatan Efa. Nurul malu dengan abang di atas apa yang telah Efa lakukan. Percayalah bang perasaan Nurul pada abang adalah lahir dari hati Nurul. Seandainya Nurul tahu dari awal apa yang di rancangkan oleh Efa pasti Nurul dah jauhkan diri dari abang. Nurul terkejut sangat bila tau apa yang Efa lakukan ini. Nurul tak mampu nak terus-terang dengan abang. Nurul takut dan Nurul risau.” Ziyad melihat wajah arwah Nurul yang sungguh sedih sekali waktu itu. Dia terus mendengar luahan dari isterinya.

    “Menurut kata Efa dia lakukan semua ini sebab Nurul. Dia bimbang abang akan tinggalkan Nurul jika suatu hari nanti memori abang kembali. Nurul tak faham kenapa dia boleh terfikir untuk melakukan sebegitu pada abang dan Nurul. Apa salah kita pada dia bang? Efa memang pentingkan diri sendiri. Nurul kecewa bang . Kecewa sangat. Abang seandainya abang melihat video ini, Nurul harap abang tak akan sesekali membenci pada Nurul di atas apa yang Efa lakukan . Sehingga hujung nyawa Nurul akan sentiasa menyanyangi abang. Perasaan Nurul pada abang bukanlah suatu paksa tetapi ianya lahir dari hati. Abang jangan sesekali percaya pada Efa. Terus-terang selepas Nurul mengetahui hal ini terus Nurul hilang percaya padanya seratus peratus bang.” Merah mata Nurul ketika itu.  Ziyad mengusap pipi isterinya yang berada di dalam video tersebut.

      “Macam mana agaknya Nurul dapat tahu tentang hal ini dari Efa?” Ziyad menyoal dirinya sendiri. Dia cuba mengingati balik karenah arwah isterinya sebelum meninggal. Ziyad teringat sesuatu. Ziyad mencari-cari maklumat tentang video tersebut.

     “Video ini di rakam sehari sebelum arwah Nurul meninggal?” Soal Ziyad dengan wajah yang terkejut. Ini bermakna arwah isterinya baru saja tahu tentang apa yang di lakukan oleh Alifah pada dia. Tidak sabar Ziyad untuk bertemu dengan Alifah esok pagi. Apa pengakuan yang di berikan oleh Alifah nanti.

Bersambung...

NotaTerkepit : Amani dan Rafique katanya tajuk BBM sekali dah tukau baru pulak dah. Haaaa tajuk baru ni barulah masyuk dengan ceritanya. Excited nk tulis semula kisah mereka yang dah berubah 100% dari asal. Dah masuk versi baru nanti versi lamanya yg ada dekat blog akan di delete. Rasanya editing BTW lg mencabar dari mss IACM dulu.. Sob sob sob..  Hwaiting ...