Minggu, 29 September 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 14

Assalamualaikum u oll...

Hari ini di update sambungan BCIP bab seterusnya.Hehehhe.Mekasih singgah dan baca..

             Bila ada depan mata tak nak hargai.Bila dah tiada baru nak mencari.


                  







BAB EMPAT BELAS


    “TERIMA Kasih Datuk kerana hadir meeting pada hari ini.Semoga kita berjaya uruskan projek ini bersama-sama.” Ujar Hadif Fakhri sambil bersalaman dengan Datuk Rizman.Mereka baru saja selesai meeting.Reen sedang mengemas fail di atas meja , mata Datuk Rizman ralit sekali memandang Reen dari atas sampai bawah.

    “Sama-sama.I percaya yang you boleh buat projek ini.” Balas Datuk Rizman sambil tersenyum pada Hadif Fakhri.

    “Terima kasih kerana percayakan I .” balas Hadif dengan senyuman manis.
     “Apa kata kita pergi minum-minum ke dulu.Boleh sembang sekejap.” Datuk Rizman memberi cadangan.

    “Pergi minum.Dekat mana Datuk?” Soal Hadif dengan pelik.
     “Mana-mana saja.You bawa sekali you punya setiausaha yang comel tu.” Tingkah Datuk Rizman lagi.Hadif mengerut dahinya.Reen waktu itu memang tidak mendengar apa yang di bincang oleh mereka berdua.

     “Tuan Hadif.Saya dah kemas semuanya.Ada apa-apa lagi ke?Kalau ada apa-apa saya nak ke meja saya sambung kerja saya.” Ucap Reen sebaik saja berdiri bersebelahan dengan Hadif Fakhri.Di depan Reen pula Datuk Rizman .

     “Eh kita pergi minum dululah.” Sapa Datuk Rizman.Reen terus memandang wajah Hadif Fakhri.

     Apa pula datuk ni pandang aku semacam saja.Buang tabiat ke apa orang tua ni?Soal Reen di dalam hatinya.

    Hadif Fakhri sudah memandang Datuk Rizman dengan tajam.Dari ekor mata Hadif dia sudah dapat menggagak yang Datuk Rizman ni ada agenda lain.

   “Maaflah Datuk.Rasanya I dan setiausaha I ni tak dapat nak minum sekali.Sekejap lagi I dan setiausaha I ni ada meeting dekat luar.Next time la ya Datuk.” Ujar Hadif sambil tersenyum sinis pada Datuk Rizman.

   Tak padan dengan tua la datuk ni.Pantang nampak perempuan dahi licin sakit.Boleh jadi geng dengan Tan Sri Herman tu.Gerutu hati Hadif.Reen memandang pelik pada Hadif dan juga Datuk Rizman.

   Fuh pandai juga bos aku kelentong.Bagus-bagus.Boleh larikan diri dari orang tua ni yang boleh jadi pangkat ayah aku.Reen tersenyum dalam hati.

    “Alah sekejap saja tak kan tak boleh.” Soal Datuk Rizman lagi.

    “Sorry Datuk.Hal meeting mana boleh sesuka hati nak lambatkan atau batalkan.Ok datuk have a nice day.Kami minta diri dulu ya.” Balas Hadif.Apa lagi terus kelat muka Datuk Rizman.Niat di hatinya untuk berkenalan dengan setiausaha Hadif Fakhri.

    “Jom kita gerak sekarang, nanti lambat pula.” Ujar Hadif kepada Reen.
    “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen lalu berjalan seiringan dengan Tuan Hadif.

    “Terima kasih Tuan Hadif.” Ujar Reen sewaktu mereka berdua berjalan menuju lif.Ke ruang kerja mereka.

    “No problem.Awak hati-hati sikit dengan Datuk Rizman.Dia tu tak boleh tengok perempuan berdahi licin sikit.” balas Hadif pula sambil menekan butang lif.

    “Datuk Rizman tu tak ada isteri ke Tuan Hadif?” Soal Reen pula sewaktu berada di dalam lif.

   “Ada je isteri, tapi orang macam dia tu pantang nampak perempuan cantik.So awak berhati-hati sikit jangan mudah terpedaya dengan orang macam tu walaupun dia tu client kita.” Pesan Tuan Hadif.Reen menganggukkan kepalanya.

    Bagus juga Tuan Hadif ni ambil berat tentang pekerja dia.Reen tersenyum dalam hati .Bos aku ni tak adalah garang mana pun Cuma kadang-kadang sajalah apabila mood dia tidak berapa nak baik.Bisik hati Reen lagi.

    “REEN macam mana meeting pagi tadi ok tak?” Soal Safi sewaktu mereka berdua menjamu selera di restoran yang berdekatan dengan pejabat mereka sewaktu makan tengahari.

     “Ok saja.Semuanya berjalan dengan lancar.Kau nak tahu cerita tak.” Soal Reen  sambil tersengih.

     “Cerita apa?Gosip ke?” Soal Safi dengan selamba.Reen mengangkat kedua belah keningnya.
    “Boleh di katakan kategori gossip jugalah.” balas Reen dengan selamba.

     “Apa dia?Ceritalah dekat aku.” Soal Safi dengan teruja.

    “Client kita yang bernama Datuk Rizman tu rupa-rupanya miang juga ya.Selepas meeting dia ajak aku dengan Tuan Hadif pergi minum sekali.Apa lagi Tuan Hadif terus kelentong dia yang aku kena ikut dia pergi meeting dekat luar.Seram bulu roma aku tahu tengok pandangan mata Datuk Rizman tu.”Bebel Reen pula.

     “Datuk Rizman.Macam pernah dengar nama tu.” Safi berfikir sejenak.Kemudian bari dia teringat.

    “Datuk Rizman memang begitu .Pantang nampak perempuan cantik.Kau tahu dulu waktu Datuk Ismail bekerja ada hati tahu dia nak pikat setiausaha Datuk Ismail Aida.Nasib baik Aida tak mengadu dekat suami dia kalau tak naya datuk tu kena kerja dengan laki Aida tu.” Ujar Safi.Reen tergamam seketika.

   “Iye ke?Tak sangka aku .Tak padan dengan tua.” Bidas Reen pula.
   “Haa tua bukan sebarang tua kau tahu.Ini tua berisi.”Kutuk Safi dengan selamba.
    “Habis tu bini dia tak tahu ke?” Soal Reen lagi .

     “Isteri tak tahulah kot.Datuk Rizman tu pandai simpan rahsia dari bini dia.Mana ada orang yang berani nak pergi bagitahu bini dia.Kalau ada aku rasa dah lama dah Datin mengamuk .Entah-entah baling laki dia dengan periuk belanga lagi.” Balas Safi dengan selamba.Reen sudah ketawa .

     “Kau Safi, di buatnya ada orang dengar kau mengumpat pasal dia tak ke naya nanti kita.” balas Reen pula.Safi tersengih.

    “Ish kau ni janganlah nak gertak aku.Karang kalau ada betul-betul naya aku tahu .”Ujar Safi sambil melilau matanya memandang kanan dan kiri.Reen tergelak melihat wajah Safi ketika ini.

     “Aku gurau sajalah cik Safi oii..” Balas Reen lalu menyambung kembali untuk mengisi perutnya yang lapar.

        MALAM itu selepas menunaikan solat isyak Reen terus bertapa di dalam biliknya.Di capai sebuah novel yang di belinya beberapa hati lepas.Sewaktu menjadi suri rumah tangga Reen banyak menghabiskan masa dengan membaca novel yang di langgan oleh suaminya.Ada jugalah aktiviti yang boleh Reen isi dulu.

     Malam ni Reen memulakan semula dengan hobi lamanya.Jikalau ada masa lapang memang bukulah yang Reen akan cari.Reen membelek-belek novel yang bertajuk Curi-curi cinta karya Siti Rosmizah.Penulis kegemarannya.

     Baru saja Reen ingin membaca telefon miliknya berbunyi.Reen bangun dari katilnya dan mencari telefon miliknya.Bunyi telefon semakin nyaring minta di angkat.Akhirnya Reen ketemui telefonnya berada di dalam  tas tangannya yang berada di meja solek.

    Baru saja Reen ingin angkat bunyi nyaring tadi sudah pun berhenti.Reen membuka telefonnya lalu melihat panggilan dari siapa tadi.Terbuntang mata Reen apabila melihat nama Aqil yang tertera.

    “Kenapa pula Aqil call malam-malam buta ni.” Soal Reen sendirian .Kemudian Reen membawa telefonnya ke atas katil.Reen mencapai kembali novel tadi untuk di baca.

    Baru saja Reen membuka helaian novel tersebut lagi sekali telefon miliknya berbunyi dengan nyaring lagi.Reen melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

    “Nak jawab ke tak?” Soal Reen sambil mengetap bibirnya.Selepas itu Reen terus angkat.
    “Assalamualaikum..” Reen memberikan salam.

    “Waalaikumussalam.Sorry Reen abang ganggu Reen malam-malam ni.” Ujar Aqil di sebelah sana.

    “Abang nak apa telefon Reen malam-malam ni?” Soal Reen dengan muka bosan sambil bersandar di katilnya.

    “Reen apa khabar?” Soal Aqil lagi.
    “Alhamdulilah Reen sihat.” Jawab Reen bermalasan.
    “Reen abang rindukan Reen.”Tambah Aqil lagi.Senangnya cakap rindu.

    “Abang nak apa sebenarnya ni?Kalau tak ada hal penting baik abang tak payah telefon.Reen nak tidur ni mengantuk.”Dalih Reen sambil membetulkan rambutnya yang jatuh berjuntai di birai mata.

    “Reen abang nak jumpa Reen boleh tak?” Soal Aqil .Dia sangat rindukan Reen.Semenjak Reen tiada di sisinya , Aqil daoatkan rasakan yang hidup dia kosong.

   “Jumpa buat apa?” Soal Reen.
   “Tak akan abang tak boleh jumpa Reen.” Ujar Aqil lagi.

    “Abang tu dah nak kahwin.Tak payahlah nak jumpa Reen bagai.Abang tak takut ke mak naik angin nanti.Lagipun tak manislah orang tengok.Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi.”Jelas Reen lagi.

     “Tapi bang masih sayangkan Reen.Abang tak nak kahwin dengan Sarah Reen.” Luah Aqil pada bekas isterinya.

    “Habis tu abang nak suruh Reen buat apa?” Soal Reen.
     “Abang nak rujuk semula dengan Reen.Abang tak boleh hidup tanpa Reen.” Ujar Aqil yang membuatkan mulut Reen berubah menjadi betuk O.

      “Apa bang.Rujuk balik?” Soal Reen dengan terkejut.
      “Ya.Sebab tu la abang nak jumpa Reen.Please Reen.” Rayu Aqil.

      “Abang ..Reen minta maaf ya.Reen memang tak boleh jumpa abang.Reen rasa ada baiknya abang terima Sarah tu.Reen yakin dia boleh jadi isteri yang baik dan juga dia mampu untuk berikan abang zuriat malahan mak juga yang gembira nanti.Reen nak tidur dulu.Esok pagi Reen nak kerja.Maafkan Reen ya bang.Assalamualaikum..” Balas Reen lalu mematikan talian.Telefonnya di campak ke tepi.

     “Rujuk balik dengan aku.Dia ingat aku ni barang ke?Bila nak datang merayu bila tak nak campak aku sesuka hati.”Bebel Reen dengan geram.

      “Reen..Reen..Abang belum habis cakap lagi.” Ujar Aqil namun talian sudah pun di matikan.Aqil mengeluh sendirian.

      “Reen bagilah abang peluang.Abang tahu abang salah Reen.” Tingkah Aqil sendirian.Aqil meletakkan telefonnya di tepinya .

      Itulah buat keputusan terburu-buru.Lepas tu bila dah sedar baru nak kejar balik.Buat sesuatu tak nak fikir dulu kesan dia.Jangan ingat ada jalan mudah untuk selesaikan masalah.Sekarang tengoklah apa dah jadi.Mula nak rujuk balik dengan bekas isteri.Sah-sahlah bekas isteri tak nak rujuk balik.Perempuan kalau dia sudah buat keputusan bukan mudah untuk berpatah balik.

    “Apa yang harus abang lakukan untuk dapatkan Reen balik?” Soal Aqil sendirian.Sedang asyik Aqil melayan perasaan telefonnya berbunyi .Aqil melihat nama yang tertera di skrin.Aqil tidak mahu menjawab panggilan tersebut.Jelas sekali nama yang tertera di skrin telefonnya adalah nama Sarah.Aqil buat-buat tidak dengar telefonnya berbunyi.

   Berkali-kali jugalah Sarah menelefonnya namun dia langsung tidak mahu menjawab panggilan tersebut.Sarah pasti akan bertanyakan tentang hal kahwin sedangkan dia sendiri tidak rela untuk berkahwin dengan sepupunya itu.Kalau di bantah di katakan anak derhaka.Aqil buntu sekali.

   Akhirnya , telefon Aqil berhenti berbunyi.Aqil merebahkan kepalanya ke bantal untuk berehat.Esok hari nak bekerja pula.Malam hari waktu untuk kerehat walaupun kepalanya berserabut terutama hal kahwin yang seringkali di bangkitkan oleh ibunya.

    “Aqil kamu dah tidur ke?Sarah call kamu kenapa tak angkat?” Soal Puan Salmah di luar pintu biliknya.Aqil mendengar ibunya mengetuk pintu biliknya namun dia mengeraskan diri di atas katil sambil memejam mata.

   “Aqil kamu dah tidur ke?” Soal Puan Salmah lagi.Aqil berdiam diri .Matanya sudah terpejam dari tadi.

    “Ish awal pula anak aku tidur malam ni.” Ujar Puan Salmah sendirian lalu berlalu pergi dari bilik anaknya.Mungkin anaknya sudah tidur sebab itulah Aqil tidak menjawab panggilan dari Sarah.

    Sarah ni pun satu mengadu dekat mak aku lah tu aku tak angkat telefon.Ish menyusahkan orang.Rimas betul aku.Gerutu Aqil sendirian di dalam hatinya.

   “Tidur lagi bagus.Lantak kaulah nak call ke.Aku malas nak jawab.” Ujar Aqil dengan perlahan lalu menekup telinganya dengan bantal apabila mendengar telefonnya berbunyi sekali lagi.Aqil mengiring ke kanan dan membiarkan telefonnya terus berbunyi.
   

  NotaTersepit : Hadif , Hayyan , Hani dan Reen.Pasni cik writer pening.Wakakaka..Kisah sepupu sepapat yang memeningkan kepala cik writer.Inilah cabaran besar dalam BCIP .. Y_Y

Kamis, 26 September 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 13

Assalamualaikum u oll..

Maaf kerana lewat update entry hari ini.Cik writer pergi jemput adik lepas zohor tadi jadi x sempatlah nak update.Ini dia sambungan BCIP.Mekasih kerana singgah dan baca karya cik writer ini.Maaf ya kalu bab ini pendek.Hehehhe..

                         








BAB TIGA BELAS


   PADA minggu tu Reen dan juga Safi pulang ke kampung untuk bertemu keluarga masing-masing.Walaupun dapat balik selama dua hari itu sudah berbaloi bagi Reen dan juga Safi .Apabila sudah bekerja memang kenalah pandai bagi masa.Sesibuk macam mana sekali jangan di lupa pada keluarga walaupun tidak dapat balik ke kampung sekurang-kurangnya telefon mereka bertanyakan khabar.

    “Reen ..Oh Reen..” Panggil Safi sewaktu tiba di tangga rumah opah.Safi melabuhkan punggungnya di tangga batu sambil menunggu Reen muncul.

    “Safi cepatnya kau datang.Aku baru je baca mesej yang kau kirim pada aku tadi.” Ujar Reen sewaktu muncul di pintu itama rumahnya.

    “Rumah kita bukan jauh pun cik Qaireen oit.Beberapa langkah je.Opah mana?” Soal Safi sambil mengibas mukanya dengan hujung tudung yang di pakainya .

   “Opah ada dekat dalam berehat.” Jawab Reen sambil menoleh ke belakang menunjukkan opahnya berada di dalam rumah.

   “Kau nak pergi pantai tak?Jomlah.Aku rindu nak tengok pantai ni.” Ujar Safi sambil tersengih.Reen tersenyum.Sudah tahu itulah destinasi mereka kalau berada di kampung.

   “Mak dengan ayah buat apa?Pagi tadi aku pergi diaorang tak ada pun.Kau pun tak ada juga tadi waktu aku panggil.” Ujar Reen.

   “Oh kau datang ke pagi tadi.Aku ikut mak dengan ayah ke pekan sekejap beli barang.Eh jomlah pergi pantai.Malam ni kau dengan opah makan malam dekat rumah aku eh.Mak aku dah pesan tadi suruh aku bagitahu dekat kau dengan opah.” Ujar Safi lagi lalu bangun berdiri.

   “Boleh je, nanti aku beritahu opah.Jomlah kalau nak pergi lepak dekat pantai.Boleh tengok budak-budak main dekat pantai tu.Kalau petang-petang begini ramailah yang duduk main dekat situ.” Balas Reen pula sambil menyarung selipar dan menuju ke arah pantai bersama-sama Safi.

    Suasana petang di tepi pantai sungguh mendamaikan.Burung-burung berkicauan.Suara kanak-kanak menjerit sana sini bermain bersama-sama.Ada yang membuat istana pasir tidak kurang juga yang bermain layang-layang.Kawasan pantai sememangnya angin kuat kalau bermain laying-layang memang seronok .Sudah pasti layang-layang akan naik dengan tinggi sekali .Reen melihat beberapa layang-layang yang sudah pun bertebangan sana sini di tiup angin.

   “Sekarang ni agaknya musim main layang-layang kot Reen.Kau tengoklah.Sebelah kanan dan kiri ada je budak-budak yang main layang-layang.” Ujar Safi sambil memandang laying-layang yang berterbangan .

   “Itulah pasal.Aku pun rasa macam tu.Kau tengok budak-budak sekarang kreatif.Pelbagai rupa bentuk yang diorang buat.Ada yang seperti burung la, sotong la,pokok, bulan , bintang.Haa yang tu lagi kreatif.Kau tengok Safi dia buat layang-layang bentuk skuter.Ish macam mana la diorang ni buat.” Ujar Reen sambil menunjukkan layang-layang yang berada di atas sana.

    “Itu la pasal.Kalau yang lain-lain tu aku biasa la tengok.Ini gaya skutter.Ohoii keratif adik-adik zaman sekarang.” Balas Safi pula sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali melihat layang-layang berbentuk skutter.

   “Aku rasa layang-layang ni mesti budak perempuan punya.” Ujar Reen .Matanya masih lagi ralit memandang laying-layang yang berterbangan .

   “Kenapa pula?” Soal Safi dengan pelik.
   “Kau tengoklah layang-layang skutter dia tu warna pink.Budak perempuan kan memang suka pink.”Ujar Reen pula.

    “Hello kau ingat budak lelaki tak suka color pink ke.Kita tengok mana satu tuan dia.Aku rasa lelaki yang main layang-layang ni.” Ucap Safi sambil mencari si pemain laying-layang berbentuk skutter.

   “Kan aku dah kata lelaki yang main layang-layang tu.” Ujar Safi sambil tersengih.
    “Mana-mana.Kau ni biar betul.” Reen masih lagi mencari orang yang bermain layang-layang tersebut.

   “Tu dia..” Safi menunjukkan orang yang di maksudkan oleh Safi.Terlopong seketika Reen melihat budak itu.

   “Erk..Alah comelnya budak tu.Minat warna pink rupanya.” Ujar Reen sambil tersenyum memandang wajah budak lelaki yang sedang ralit menarik layang-layangnya itu.Budak lelaki itu masih lagi kecil barangkali umurnya dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.

    “Comelkan budak tu.Cute pula tu.”Balas Safi sambil tersenyum melihat gelagat budak lelaki itu yang sedang menarik tarik laying-layangnya di bantu pula oleh ayahnya.

   “Alangkah bestnya kalau ada ada anak.Teringin nak anak sendiri bila tengok kanak-kanak kecil tu bermain.”Ujar Reen sambil menunjukkan beberapa orang si kecil sedang bermain pasir pantai.

   “Reen.InsyaAllah satu hari nanti kau akan dapat anak juga.Mana tahu kau kahwin nanti Allah bagi kau anak.Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan.” Pujuk Safi sambil memeluk bahu temannya.

   “InsyaAllah.Kalau ada jodoh untuk aku.” Balas Reen sambil menoleh pada Safi dengan senyuman.

   Hati perempuan mana yang tidak terusik melihat si kecil yang bermain di sana sini.Setiap wanita mengimpikan zuriat di dalam kehidupan mereka.Kadangkala Reen terfikir sendirian. Sejak kebelakangan ni banyak sekali kes pembuangan bayi.Tidakkah mereka merasa bersalah atau rasa sedih melihat anak yang mereka buang dengan senang hati.Sedarkah mereka ada perempuan yang di luar sana yang teringinkan zuriat tapi mereka tidak dapat sedangkan mereka yang mudah dapat anak sanggup membuang atau meninggalkan anaknya tanpa belas kasihan.

    “OPAH Reen balik dulu.Jaga diri baik-baik tahu.Jangan lupa makan ubat .”Pesan Reen selepas bersalaman dengan opahnya.

     “Ya opah tahu.Janganlah kamu risau.Kamu tu jaga diri baik-baik.Kerja elok-elok.”Balas opahnya sambil tersenyum manis.Opah mengusap wajah satu-satunya cucu yang dia ada.

    “Mak , ayah Reen minta diri dulu.Jaga kesihatan tahu.Tolong tengokkan opah sekali.” Pesan Reen pula pada mak dan angkatnya sebaik saja ingin bersalaman dengan keluarga agkatnya.

    “Opah Safi balik dulu.Kalau ada cuti nanti kami balik lagi.” Ujar Safi lalu bersalaman dengan opah.

    “Yalah.Hati-hati bawa kereta ya Safi.” Pesan opah pula.

    “Jaga diri baik-baik korang berdua.” Pesan Mak Timah dan juga Pak Leh.Safi dan juga Reen terus masuk ke dalam kereta untuk bergerak kembali ke Kuala Lumpur.Safi menekan hon kepada keluarganya sewaktu kereta yang di pandu olehnya mula bergerak.

    “Kau sedih ke Reen?” Soal Safi sewaktu mereka berhenti di persimpangan traffic light.Dari tadi lagi Reen membisu.

    “Aah sedih tinggalkan opah aku sorang-sorang dekat rumah tu.”Balas Reen pula.

     “Kau janganlah risau.Mak dengan ayah aku kan ada.Lagipun opah kau  dah biasakan.Dulu kau kahwin dengan Aqil opah kau relax je duduk sorang-sorang.Mak dengan ayah aku kan selalu jenguk dia .Janganlah sedih.Kita ke sana nak mencari rezeki Reen bukan nak bersuka ria.Aku pun macam kau juga berat hati nak tinggalkan mak ayah aku tapi tu la dah kerja aku dekat sana.Yang penting kita selalu ingat mereka dan bertanya khabar pada mereka..” Ujar Safi dengan panjang lebar sekali.

   “Itu aku tahu.Dulu aku jarang dapat balik rumah opah.Mak mertua aku mana suka kalau aku kerap balik ke rumah opah.”Ujar Reen apabila teringat kembali kisah dulu.

    “Tak payahlah kau nak ingat lagi.Sekarang ni kau dah tak ada mak mertua lagi.So kau boleh balik jumpa opah bila-bila masa kau saja.Asal kau cuti je Reen.” Balas Safi pula lalu memasuki ke simpang belah kiri.

   Ada benar apa yang di katakan oleh Safi itu.Sekarang tiada sesiapa lagi yang boleh menghalang Reen untuk balik berjumpa dengan opahnya.Siapa lagi yang Reen ada melainkan opahnya .Kalau opahnya tiada pada siapa lagi Reen nak menumpang kasih sayang.Kalau dulu Reen jarang sekali balik sebab Puan Salmah akan menghalangnya tiap kali balik ke kampung.

   Ada saja helah yang di lakukan oleh mak mertuanya dahulu agar Reen tidak dapat balik ke kampung.Dua tahun Reen beraya di rumah mertuanya.Hati Reen memang terguris apabila tidak dapat balik namun apakan daya dia hanya seorang isteri.Tanggungjawab seorang isteri adalah berada di samping suaminya.Aqil pula waktu itu selalu saja menuruti kemahuan ibunya.

    “Kau rasa lapar tak?” Soal Safi .Matanya di tumpu sepenuh pemerhatian pada pemanduannya.
    “Lapar la juga.Kau nak berhenti makan ke?” Soal Reen lalu membetulkan duduknya.Safi sudah tersengih.

    “Amboi sebut hal makan laju je cik Reen eh.” Usik Safi sambil tersenyum.
    “Eh mestilah.Bab makan aku suka Safi.” Jawab Reen dengan selamba.

    “Ok sekejap lagi kita berhenti makan dan juga solat .Perut aku pun dah nyanyi ni.”Balas Safi lagi.Reen sudah menganggukkan kepalanya.Matanya pula leka melihat kenderaan yang berada di atas jalan raya.

    ISNIN , seperti biasa hari untuk bekerja.Reen awal-awal lagi sudah sampai ke pejabat bersama Safi.Sempat juga mereka singgah tapau sarapan pagi untuk makan di pejabat.Sebaik saja sampai di pejabat Reen terus meletakkan tas tangannya di meja sebelum ke pantry untuk sarapan pagi bersama Safi.

   “Sedapnya nasi lemak.Makan nasi lemak pepagi ni lepas tu mulalah mata mengantuk bila kenyang.” Bebel Safi pula sambil melihat nasi lemak yang di beli olehnya tadi.

    “Alah pagi-pagi kenalah isi perut barulah boleh buat kerja dengan senang hati.” Jawab Reen pula lalu mengambil sudu untuk dirinya dan juga Safi.

    “Lepas makan ni jangan lupa kau buatkan air untuk bos kau tu Reen.”Pesan Safi sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.

   “Ya aku ingat.Lepas kita sarapan ni aku buatlah air kesukaan dia.Hari ini dia masuk awal sikit pejabat.Dia dah pesan awal-awal dekat aku minggu lepas.” balas Reen pula .Giliran Reen pula menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

    Selepas selesai sarapan Safi terus menuju ke meja kerjanya.Orang kata selalunya hari isninlah hari yang paling malas tapi bagi Safi sama saja.Hari bekerja adalah hari yang sibuk baginya terutama sekali apabila ada projek masuk.Tidak boleh nak berjimba sangatlah dekat pejabat.

   Reen pula menyediakan air kopi untuk Tuan Hadif.Sebaik saja selesai , Reen terus membawa mug yang berisi dengan air kopi menuju ke bilik pengarah urusan.Sesampai saja di mejanya, Reen bertembung dengan Tuan Hadif yang baru saja datang.

    “Good morning Tuan Hadif.Ini kopi yang Tuan Hadif.” Sapa Reen dengan senyuman.Hadif menganggukkan kepalanya.

    “Awak hantar dekat bilik saya.” Arah Hadif Fakhri lalu masuk ke pejabatnya.Reen juga mengekori Tuan Hadif dari belakang.

    Sebaik saja memasukki ruang pejabatnya, Hadif terus menanggalkan kot hitam yang di pakai olehnya lalu di sangkut di kerusinya.Selepas itu Hadif terus menghidupkan komputer dan juga laptop yang berada di atas meja.    Reen masuk lalu meletakkan mug di atas meja .

     “Jemput minum Tuan Hadif.” Ujar Reen sebelum berlalu meninggalkan bosnya.
     “Ok thanks.Reen hari ini ada apa-apa yang penting ke untuk saya?” Soal Hadif.Reen menoleh kembali pada Tuan Hadif.

     “Hari ni Tuan Hadif ada meeting dengan Datuk Rizman pukul sepuluh pagi di bilik meeting.” Ucap Reen.

     Fuh nasib baik aku sempat belek diari kerja untuk hari ni.Dibuatnya aku terlupa mahu haru Tuan Hadif hari ni.Bertukar jadi Tuan singa terus aku rasa.Sempat lagi Reen  mengata bosnya di dalam hati.

    “Ok.Nanti awak ingatkan saya sekali lagi.Thanks.” Ujar Hadif sebelum menghirup air kopi yang di buat oleh Reen.


    “Sama-sama Tuan Hadif.Saya keluar dulu.” Balas Reen sambil tersenyum lalu keluar dari bilik pengarah urusan.Reen menuju ke meja kerjanya lalu meneruskan kerja yang patut di buatnya terutama berkaitan dengan meeting pada jam sepuluh pagi nanti.

Bersambung..

NotaTersepit : Rindu watak Hayyan x?Hehehe.Hayyan akan kembali tak lama lagi.Tunggu kemunculan Hayyan ya.


Minggu, 22 September 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 12

Assalamualaikum u oll..

Untuk entry pada hari isnin juga di buat auto publish.Esok memang tak dapat nk update blog kerana esok akan bertolak balik ke kelantan.Ini sambungan BCIP.Oh ya ada yang mengatakan entry BCIP ini pendek.Errm pendek sangat ke?Maaflah kalau pendek.Bab2 yang di publish ini yang dah siap so cik penulis x ada mengedit lagilah.Bila dah siap semua cik penulis akan check dan tambah balik apa yang patut.Mekasih yg singgah baca karya2 di blog ini.:D


                     




BAB DUA BELAS


      Hari itu Reen sangat sibuk sekali di pejabat.Pelbagai perkara yang harus di lakukan olehnya.Apa yang di buat oleh Reen adalah arahan dari Tuan Hadif memandangkan syarikat tersebut baru saja mendapat projek baru yang bernilai jutaan ringgit.Hadif memang tidak akan lepas tangan sewenang-wenangnya semua kerja pada staff Aspirasi Berjaya Holding.

    Suasana di Aspirasi Berjaya Holding pada hari ini juga agak senyap kerana masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.Ada yang menuju ke bilik meeting.Ada pula menuju ke arah mesin faks dan sebagainya.

    Seorang gadis jelita memasuki ke ruang pejabat.Gadis jelita yang boleh tahan seksinya.Gadis jelita yang memakai baju lengan pendek di padankan pula dengan seluar jeans yang ketat.Rambutnya yang lurus di biarkan lepas begitu saja.Kebanyakan staff-staff lelaki yang berada di situ rata-rata memandang gadis jelita tersebut.

    Si gadis tersebut mengibar-ngibarkan rambutnya.Tas tangan di sangkut di bahunya.Di kakinya pula tersarung high heel lima inci.

      “Cantiknya..” Puji salah seorang staff lelaki yang memandang si gadis jelita dari atas sampai ke bawah.

       Si gadis langsung tidak peduli pada pandangan staff yang berada di situ.Dia kemari untuk bertemu dengan buah hatinya.

      “Excusme .Hadif Fakhri ada di dalam tak?” Soal si gadis tersebut.Reen melopong seketika melihat gadis yang tinggi lampai di ruang matanya.Soalan dari si gadis tadi langsung tidak di jawab.
      “Hello..I tanya you ni.Hadif ada dekat dalam ke tak?” Soal gadis itu sekali lagi sambil melambaikan tangan pada wajah Reen.

        “Sorry.Ya Tuan Hadif ada dekat dalam.Maafkan saya cik ni siapa ya?Cik ada buat temujanji dengan Tuan Hadif ke?” Soal Reen dengan ramah sekali.

        “Ok thanks.” Balas gadis itu lalu menapak masuk.
         “Eh cik ..cik nanti dulu..” Jerit Reen lalu bangun dan  menghalang si gadis itu masuk ke bilik pengarah urusan.

        “Hai sayang..Lama tak jumpa you.”Ujar si gadis itu sewaktu pintu bilik terbuka dengan luas.Hadif terus mendongak dan memandang si gadis tersebut.

         “Tuan Hadif maafkan saya tak sempat nak halang dia masuk tadi.” Balas Reen dengan perasaan bersalah.Dari tadi lagi Tuan Hadif sudah berpesan yang dia tidak mahu di ganggu pada hari ini.

         “You buat apa dekat sini Khayyirah?” Soal Hadif sambil bersandar pada kerusi miliknya.Reen hanya memerhati saja gelagat bosnya dan juga gadis yang bernama Khayyirah.
       “I nak jumpa you la sayang.” Balas gadis bernama Khayyirah.

       “Erm ..Reen awak keluar dulu dan sambung kerja awak.” Balas Hadif lalu berdiri .
        “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen dengan lega.
        “Excusme.Siapa nama you tadi.?Soal Khayyirah .
         “Saya Reen.” Balas Reen sambil tersenyum.

          “Oh Reen .Nice to meet you.Boleh buatkan air untuk air tak?Haus pula tekak I ni.Please.” Ujar Khayyirah dengan mengada-ngada sekali.

          “Baik cik Khayyirah.Cik nak minum apa?” Soal Reen
           “Orange juice please.” Khayyirah dah mula mengada.
           “Reen buatkan air kopi saya untuk saya dan juga Khay.Thanks.” Hadif pula memberikan arahan.

           “Sayang ..I nak orange juice.” Ujar khay.

            “Please Khay.You jangan nak mengada-ngada dekat office I.Lagi satu mana nak cari orange juice dekat sini?Reen awak keluar dulu.” Balas Hadif lalu duduk di sofa.Reen terus memulas tombol pintu dan keluar dari blik tersebut.

             Mengada-ngada betul  minah ni.Sah awek Tuan Hadif ni.Desis hati Reen lalu melangkah menuju ke pantry.

              “Reen..Reen..Reen siapa tu?” Soal Tasha sewaktu Reen melintasi mejanya.
    “Tak tahulah Tasha.Reen pun tak kenal dia.Ini baru kali pertama Reen tengok dia datang ke mari.Tasha dah lama kerja sini takkan tak kenal perempuan tu?” Soal Reen.

      “Tak pernah nampak pula Reen.Dia tu model ke apa?” Soal Tasha lagi.
        “Yang tu Reen tak pasti.Reen pergi buatkan air untuk cik Khay dengan Tuan Hadif sekejap ya.” Balas Reen sambil tersenyum.Tasha menganggukkan kepalanya.

      “Ish tak akan tu awek Tuan Hadif kot.Memanglah cantik tapi macam tak sesuai saja kalau mereka berdua di gandingakan.”Dengan selambanya Tasha bercakap.

      “Oit Tasha kau cakap sorang-sorang tu pasal apa?” Sergah Zu.
       “Nampak tak perempuan cantik masuk ke dalam bilik Tuan Hadif tadi?” Soal Tasha kepada Zu.

      “Perempuan mana pula ni.Aku baru keluar dari bilik meeting la.Manalah aku perasan cik Tasha oii.” Balas Zu pula lalu duduk di kerusinya.

      “Haa ni aku nak bagitahu kau.Ada sorang perempuan cantik seperti model.Dia datang kemudian masuk ke bilik Tuan Hadif.Kau rasa itu ke girlfriend Tuan Hadif?” Soal Tasha lalu menempel di meja Zu.

      “Aku tak tahulah cik Tasha oii.Kalau kau nak tahu sangat kau siasat la sendiri.Aku sambung buat kerja dulu.” Balas Zu lalu di tilik dua  fail di depan matanya sebelum dia memfokuskan matanya pada skrin komputer.

      “You buat apa datang ke mari khay?” Soal Hadif sambil menghirup air kopi yang di sediakan oleh Reen sebentar tadi.

       “I rindu dekat you la.I baru balik dari Langkawi.You tahu tak I dapat tawaran jadi model dekat London.” Tingkah Khay dengan manja sekali.Khay bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke tempat duduk bersebelahan dengan Hadif.

     “Baguslah.I banyak kerja ni Khay.Kalau you tak ada urusan penting janganlah you kacau I.” Balas Hadif .Melihat gerak laku Khay , Hadif dapat hidu apa yang di mahukan oleh Khay.Bukan setahun dua dia kenal Khay tapi dah empat tahun mereka berkenalan.

     “You ni, I rindukan you tahu tak.You tak rindukan I ke Hadif?” Soal Khay dengan manja sekali.

     “Please Khay.I tak suka you berperangai macam ni.Antara I dan you dah lama putus.So apa lagi yang you nak ni?” Soal Hadif sambil menepis tangan Khay yang cuba hinggap di pipinya.

    “I masih sayangkan you Hadif.Kita kahwin.I dah bersedia nak jadi isteri you Hadif.” Jawab Khay dengan manja sekali.Lagi sekali Hadif menepis tangan Khay.

    “Sudahlah.You jangan nak beranganlah Khay.I tak akan kahwin dengan perempuan macam you.Belakang I you curang dengan lelaki lain.I dah bosan dengan kerenah you.Pertunangan kita dah setahun putus Khay.You buat macam mana sekali pun I tak akan balik pada you.So please leave me now.I banyak kerja nak buat.” Ujar Hadif lalu bangun dan menuju ke kerusinya.Khay terus menarik muka masam.

    “Sayang..I dah berubah.I janji I tak akan curang pada you lagi.Please sayang.I love you so much.” Tingkah Khay lagi .

    “You jangan bagi I naik angin marah you tak tentu pasal Khay.You tahu I macam mana kan?” Soal Hadif dengan tegas sekali.Tangannya sudah mencapai fail yang bewarna putih.

    “Sayang..” Khay bangun untuk merapati Hadif.
     “Reen masuk sekejap.” Hadif menekan butang intercom memanggil setiausahanya.

      “Ya Tuan Hadif.” Reen sudah terpacak di dalam biliknya.
     “Tolong bawa cik Khay ni keluar dan tolong jangan bagi sesiapa lagi redah masuk ke bilik saya ni.” Ujar Hadif Fakhri dengan selamba .Terkejut Khay mendengarnya.

    “Sayang you halau I ke?” Soal Khay.Namun langsung tidak di jawab oleh Hadif.Matanya ralit melihat butiran di dalam fail tersebut.

    “Maaf cik Khay.Tuan Hadif tidak mahu di ganggu.”Ujar Reen dengan perlahan.
    “Ok fine..” Khay mendengus marah lalu mencapai tas tangannya yang berada di sofa.

    “One more thing Khay.Rasanya tak perlulah you datang sampai ke pejabat I.”Sempat Hadif berpesan.Reen juga terkejut.

    “What.?Huh .I tak akan lepaskan you Hadif.” Balas Khay dengan berang sekali lalu melangkah keluar dari pejabat Hadif.Reen membuntuti Khay dari belakang.Diorang ni bergaduh agaknya.Desis hati Reen sewaktu menutup pintu bilik Tuan Hadif.Wajah Khay masam mencuka .Orang tegur pun memang tidak di layan.Orang tengah marah memang begitu.

    “ABANG rasa, Hadif boleh ke uruskan Aspirasi tu?” Soal Datin Khadijah sewaktu mereka berdua berada di dalam bilik tidur mereka untuk berehat.

     “Kenapa?Ijah tak yakin ke dengan kebolehan anak kita tu?” Soal Datuk Ismail kepada isterinya.
     “Bukan tak yakin bang.Hadif tu kan cerewet orangnya lepas tu pula kepala angin sikit.Kalau ada benda yang tak kena mudah sangat dia nak marah.Abang macamlah tak kenal anak teruna abang tu.Anak laki kita sorang tu je bang.” Balas Datih Khadijah sambil menyikat rambutnya.

     “Abang tahu .Janganlah risau.Abang yakin dengan kebolehan Hadif.Kalau bukan dia pada siapa lagi kita nak harapkan.Tak akan nak harapkan dekat Huda dan juga Hani.Huda  tu dah kahwin sah-sahlah dia ikut suami dia Syahiran.Anak kita yang bongsu si Hani tu masih lagi belajar.Anak perempuan ni kalau dah kahwin susah kena ikut suami masing-masing.” Ujar Datuk Ismail.

     Apa yang di katakan oleh Datuk Ismail itu sememangnya betul.Anak perempuan apabila sudah berkahwin sememangnya akan mengikut ke mana saja suaminya.Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya.Anak sulung Datuk Ismail Huda Khalisah memang sudah berkahwin malahan sudah pun mempunyai dua orang anak.Seorang lelaki dan seorang perempuan.

   “Orang yang gantikan tempat Aida tu ok ke tak dengan Hadif bang?” Soal Datin Khadijah lagi.
    “Rasanya ok kot.Abang tak ada dengar pula Hadif  merungut tentang setiausahanya.Lagipun abang tengok budak Reen tu baik orangnya.”Balas Datuk Ismail sambil membelek buku di atas katil.

     “Budak Reen tu dah kahwin belum bang?” Soal Datin Khadijah lalu bangun dari meja solek dan menuju ke arah katil dan melabuhkan punggungnya di tepi suaminya.

    “Kalau tak silap abang, Reen tu janda.Dia baru saja cerai dengan suami dia.”Ujar Datuk Ismail lagi.Matanya masih ralit dengan buku yang di bacanya.

    “Hah janda.Kesiannya dia bang.Muda-muda lagi dah bergelar janda.Hadif tahu ke bang tentang tu?” Soal Datin Khadijah sewaktu bersandar di kepala katil.

    “Hadif tak tahu .Lambat laun nanti dia tahulah.Ini awak bertanya tentang budak Reen tu kenapa ?” Soal Datuk Ismail lalu menoleh kepada isterinya.Datin Khadijah sudah tersenyum.

    “Saja tanya.Kalau dia dapat setiausaha yang baik baguslah.Senang sikit saya nak pantau anak bujang abang tu.” Balas Datin Khadijah dengan selamba.Datuk Ismail menggelengkan kepalanya.

    “Awak jangan nak kongkong kebebasan Hadif pula.Awak pun tahukan Hadif tak suka di kongkong.” Ujar Datuk Ismail.

    “Ijah tahu bang, sebab tu la Ijah kena pantau Hadif.Abang tahu tak yang Khay tu cuba untuk balik semula dengan Hadif.”

    “Hah apa dia.Nak berbaik semula dengan Hadif.Kenapa pula.Bukan ke si Khay tu dah ada Tan Sri Herman.”Soal Datuk Ismail dengan pelik.

     Anak terunanya putus tunang dengan Khay dulu pun berkait dengan Tan Sri Herman.Dalam diam si Khay mengadakan hubungan sulit dengan Tan Sri Herman.Pada waktu itu Hadif sering kali terbang ke London membantu sepupunya Hayyan di sana.Datuk Ismail sendiri tidak menyangka yang Tan Sri Herman ada hubungan dengan Khay padahal Tan Sri Herman itu sudah mempunyai dua orang isteri.

     Datuk Ismail dan keluarganya pelik bagaiaman Khay boleh tersangkut dengan Tan Sri Herman dan paling mengejutkan waktu itu Khay sanggup untuk menjadi isteri nombor tiga Tan Sri Herman.Mahu Hadif tidak naik angin bila dapat tahu tunangnya ada hubungan dengan Tan Sri Herman kawan perniagaan papanya.

    “Itu Ijah tak pasti.Ijah tahu pun dari Datin Haida.Dia ternampak Khay datang ke pejabat abang hari tu.Dia kata terserempak dengan Khay sewaktu naik lif.”Tingkah Datin Khadijah.

     “Khay ni apa pula yang dia nak dari Hadif.” Fikir Datuk Ismail lalu menutup buku yang dibaca olehnya.

    “Itulah yang Ijah nak tahu.Ijah kena pantau si Hadif dengan Khay tu.Abang boleh ke terima Khay tu jadi menantu abang?” Soal Datin Khadijah.

    “Tak nak abang nak bermenantu kan si Khay.Kebanyakan rakan kongsi abang tahu hubungan Khay dengan Tan Sri Herman.Kalau tak , tak adalah Puan Sri Ruby tu pergi cari Khay kan sebab menggatal dengan laki dia.” Balas Datuk Ismail dengan selamba.

    “Saya ingat nak minta tolong budak Reen tu la bang.” Ujar Datin Khadijah sambl berfikir sesuatu.


    “Ikut suka awaklah Ijah.Buatlah apa yang awak rasa patut untuk anak teruna awak.Dahlah jom kita tidur.Mata abang dah mengantuk.” Ujar Datuk Ismail lalu menanggalkan cermin matanya dan di letakkan di tepi.Selepas itu Datuk Ismail terus merebahkan kepalanya ke bantal.Datin Khadijah juga merebahkan kepalanya selepas memadamkan lampu tidur di meja sisinya.

Bersambung....

NotaTersepit : Sepanjang seminggu berada di Ipoh ini cik penulis dapat satu idea lagi untuk novel yang baru yang di beri tajuk Cinta Sudah Terlambat.Itu projek 2014 bersama dengan novel lagi satu yang bertajuk Alahai Miss Blur.