Kamis, 31 Januari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 11

Assalamualaikum u oll..



Sambungan Dirimu satu.Aku makin excited nak siapkan 
 cerita ni.Heheheh.Tq yg baca ye.



 Kahlil Gibran mengatakan, "Hidup tanpa cinta itu seperti pepohonan tanpa bunga pun tanpa buah." 


BAB 11





“GERAAAMMNYAAAA aku, rasa nak bagi penampar free je dekat muka mamat perasan tu.Selamber badak dia bawak lari aku punya selipar.Siaplah dia kalau aku jumpa dia lagi tahulah nanti aku kenakan dia cukup-cukup” Aku sudah membebel dalam kereta sambil mengepal kedua-dua belah tangan aku.

“Cuba kau cerita dengan aku apa yang dah jadi tadi?” Soal Alia sambil memandang ke arah muka aku.

“Mamat perasan tu la , si Rafique.Dah la semalam terjumpa dia di Taman Mini Malaysia hari ni terjumpa pula dekat Pantai ni haa.Tak ada muka orang lain ke lagi dekat muka bumi ni?Asal terserempak dengan dia ada saja yang buat aku angin semacam .Ada je benda tak kena dan ada saja kejadian yang memalukan .Huh...” Ujar aku lagi sambil mengeluh dan aku membuang pandang ke arah tingkap kereta.

“Jangan-jangan kau berjodoh tak dengan dia.Ye la asyik dua tiga menjak ni asyik bertembung je?” Sampuk Maya pula .

“Betul akak setuju tu.Mana tahu kot dia jodoh dari Allah untuk Amani.Orang kata jodoh ni rahsia Allah.” Kak Sofea pula menambah.

“Ish tak nak la Amani.”
“Jangan kata tak nak.Yang tak nak tu la yang selalu dapat.Lagipun aku tengok si Rafique tu baik je dah la handsome.” Tambah Alia.

“Korang ni menangkan si Rafique je aku dengar.Tidakkah korang kesian dekat aku ni.Dah la selipar aku kena ambil dengan mamat tu.Dia pijak istana pasir yang kita bersusah payah dirikan.Korang tak rasa apa-apa ke?” Soal aku pada mereka bertiga.

“Memanglah rasa geram je bila tengok istana pasir tu hancur, tapi kita datang untuk enjoy kan.So janganlah ambil kisah sangat.”.Balas Maya pula

“Errmmm suka hati koranglah.Kak nanti kita singgah kedai selipar eh, nak beli selipar la takkanlah nak jalan dengan selipar sebelah.”

“Ok apa sebelah , ala-ala Cinderella gitu.” Usik Kak Sofea sambil tergelak.Si Alia dengan Maya kemain lagi ketawa.Kang aku cubit kang baru tahu.Sabar je la.

“Cinderella la sangat.Cinderella kasut kaca ni selipar kak.Jauh nau bezanya.” Aku menjawab pula.Mereka apa lagi ketawa la.

“Cinderella zaman moden kenalah lain sikit.Tak gitu Maya.” Alia menyampuk sambil menyiku Maya disebelahnya.Maya tergelak sambil mengiakan.Aku menghadiahkan satu jelingan buat Alia dan Maya.

SETELAH seminggu aku berada di rumah Mak Long , banyak tempat sudah kami semua jelajah dan meronda.Maka hari ni kami semua haruslah berangkat pulang ke Kuala Lumpur.Sepanjang seminggu berada di Melaka memang tak di nafikan sangatlah melihat keindahan Melaka yang sememangnya penuh dengan sejarah warisan dunia.

“Amani dah siap kemas ke?” Kedengaran suara Mak Long yang baru muncul dari dapur .
“Dah Mak Long.Amani tunggu Maya dengan Alia la ni.Diorang tak siap lagi.” Jawab aku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.Mak Long juga turut melabuhkan punggungnya bersebelahan aku.

“Amani..Mak Long ada hal sikit nak bagitahu Amani .” Ujar Mak Long dengan gelisah.Ada yang tak kena ke ni?

“Mak Long nak bagitahu apa?” Soal aku sambil berkerut dahi.Kini tumpuan mata aku tidak lagi pada skrin televisyen tapi terus anak mata aku memandang kearah Mak Long.
“Kalau suatu hari nanti Amani dapat tahu yang .........

“Amani aku dah siap ni.” Kedengaran suara Alia yang baru saja turun tangga sambil membawa begnya.Di belakang pula di ekori Maya yang turut sama turun tangga.Aku terus berpaling ke arah mereka.

“Erk Mak Long cakap apa tadi dekat Amani?” Soal aku lalu mengarahkan kembali mata ke wajah Mak Long

“Errm tak ada apa-apa.Lain kalilah ye.Ni Mak long kirim barang sikit dekat Ibu kamu nanti bagi dekat dia ye.” Dalih Mak Long.Alahai aku tak berapa dengar apa yang Mak Long cakap tadi.Apa yang Mak Long cuba sampaikan tadi.Aku tak faham.
“Baiklah Mak Long.”  Balas aku sambil tersenyum.

“Sebelum korang bertolak balik, makan tenghari dulu sini ye.Mak Long dah masak tadi, nanti tak payahlah korang berhenti makan on the way balik nanti.” Ujar Mak Long.
“Boleh sangat Mak Long.Amani pun lapar ni.” Tambah aku lagi sambil tersengih.
“Kau memang bab makan memang tak boleh tolak ansur .Makan je kerja .Ish .” Bebel Alia sambil mencebik bibirnya ke arah aku.

“Eleh mengata orang kau pun sama cik Alia oit.” Tambah Maya pula sambil melabuhkan punggungnya di sofa belah kiri aku.Mak Long hanya tersenyum melihat gelagat kami.
“Dah tak payah nak bertekak.Semua boleh makan.” Tambah Mak Long pula.Kami bertiga sudah tersengih malu.Over betul kalau sebut bab makanan.Siapa yang tak suka makan hoii...

Kereta Proton Preve milik Maya sudah pun berhenti di depan pintu pagar rumah aku.Akhirnya sampai sudah rumah aku.Boleh tahan penat duduk dalam kereta walaupun bukan aku yang drive.

Aku menanggalkan tali pinggang keledar lalu membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta Maya.Seterusnya aku membuka bonet kereta Maya untuk mengambil beg aku dan juga barangan yang di kirim oleh Mak Long.Alia turut sama menyertai aku.Esok malam Alia pula akan bertolak balik ke kampung halamannya di Kelantan.Maya juga turut keluar sama dari perut kereta.

“Thanks Maya.Nanti bosan-bosan kau call la aku nanti kita pergi meronda berdua.” Ujar aku sewaktu bersalaman dengan Maya lalu tubuhnya aku peluk .

“Alright.Aku nak kena settle kan hal keluarga aku pula.” Balas Maya sambil mengelauh panjang.Ye aku tahu walaupun Maya tersenyum riang dengan kami tetapi masalah keluarganya masih belum lagi pulih.Oleh sebab itu aku suruh Maya ikut kitaorang holiday.Aku nak dia tenangkan diri dan mencari semula kekuatan untuk berdepan dengan masalah keluarganya.

“Untunglah korang boleh pergi jalan-jalan.Sedih aku.Esok aku dah nak balik kampung.Korang berdua bila nak datang kampung aku holiday.” Kedengaran suara Alia yang sedih

“Ala janganlah sedih.Nanti ada masa sesuai kita plan cuti dekat Kelantan ok.Aku bagi can kau bercuti sakan dekat kampung.Nanti sem depan kita jumpa ok.” Maya pula membalas.
“Betul tu aku setuju.Nanti kita buat plan pergi holiday ke kampung kau pula.Jangan sedih tahu.Kalau kau rasa tak boleh tidur sebab rindukan aku kau skype je la dengan aku.” Sampuk aku sambil tergelak.

“Eleh .Aku rasa aku tak rindu kau kot.Aku lagi suka sebab bebas dari kau sekejap.” Balas Alia yang sudah kembali ceria.

“Amboi tak sayang mulut Nampak.Ok sem depan kau tidur luar.” Aku cuba mengugut Alia sambil mengangkat kening.

“Amboi kejamnya kau Amani.Tak apa kalau kau bagi aku tidur luar aku merempat di bilik Maya.Boleh kan Maya?” Soal Alia pada Maya pula.Maya hanya tersenyum dan mengangguk.Alia sudah tersenyum lebar.Akhirnya kami bertiga ketawa serentak.

“Ok Alia , Amani aku gerak balik dulu,korang nanti apa-apa call la aku eh.Alia jumpa sem depan tau.Muah muah..” Maya bersalaman dengan Alia sambil berkata muah muah.
“Hati-hati tau bawa kereta.” Aku pula menyampuk.

“Baik kawan-kawan ku.” Tingkah Maya lalu membuka pintu kereta.Selepas itu kereta milik Maya sudah pun bergerak meninggalkan kami berdua di luar pagar .
“Jom masuk Alia .” Ujar aku sambil mejinjit beg dan barang yang di kirimkan oleh Mak Long.Alia mengekori aku dari belakang.

SELEPAS menunaikan solat maghrib berjemaah sebentar tadi aku dan Alia terus menuju ke bilik untuk membuka telekung.Sekejap lagi boleh makan malam.Aku dan Alia berjalan menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah.Aku menjenguk di meja makan, Ibu aku tiada di situ mesti dia berada di dapur.

“Ibu..Ibu ...”. Aku memanggil ibuku.
“Ye ibu di dapur sayang.” Laung ibu aku pula.Aku menjenguk ibuku di dapur yang sedang memasukkan lauk pauk di dalam mangkuk.

“Ibu ..Amani tolong eh?” .Aku mula mengangkut pinggang mangkuk yang untuk di bawa keluar ke meja makan yang tersedia di ruang tamu.
“Boleh sayang.Ni Alia mana?” Soal ibu aku pula.

“Caakk saya di sini mak cik.” Alia sudah terjengkul di muka pintu sambil tersengih.
“Nasib baik mak cik tak terkejut.Alia ..Alia..” Kedengaran suara ibuku pula.
“Nak Alia tolog apa-apa tak mak cik?” Tambah Alia lagi.

“Eh tak payahlah .Alia kan tetamu kami.” Ibuku menghalang niat Alia yang sudah pun memegang jag air.

“Alah tak apalah mak cik , biar Alia tolong eh bawa air ni ke depan.” Tingkah Alia lagi terus melangkah ke ruang tamu.

“Biarkan je ibu, si Alia ni tengah rajin.” Ujar aku sambil tergelak.
“Tambahlah lagi Alia jangan malu-malu.” Kedengaran suara abah menegur Alia sewaktu kami tengah ralit dengan menjamu selera.

“Alia kau janganlah malu dekat abang aku pula.” Usik aku.Alia hadiahkan aku penyepit ketam dekat aku.

“Adoiii sakitnyaa....” Tingkah aku.Waktu itu muka Alia kemerah-merahan apabila abang Amar aku memandang ke arahnya.
“Eh kenapa pula tu?” Soal Ibuku.
“Tak ada apa-apa ibu, Alia ni malu dengan abang.” Balas aku sambil mengeyitkan mata aku ke arah Alia.Masam mencuka Alia.

“La kenapa nak malu-malu Alia.Relax la abang Amar tak makan oranglah.” Usik abang Amar sambil tersenyum manis ke arah Alia.Apa lagi menggelabahlah minah ni.Merahnya muka Alia menahan malu.

“Dah-dah kamu berdua jangan nak mengusik Alia, karang sampai ke sudah Alia tak makan .Kamu jangan layan budak dua orang ni Alia .Bab membuli memang juara.” Kedengaran suara abah aku menyampuk.

“Abang ni  abah yang suka membuli .Adik tak.” Tingkah aku membela diri.
“Eh eh mengata kita pula.Adik pun sama.Dah la tak malu minta hadiah dengan si Am.” Abang aku dah mula dah.Aku memijak kaki dia yang berada di bawah meja.

“Ehem..ehem.Jangan nak bertekak depan rezeki pula.Makan dulu.Kalau nak membuli ke nak bercerita ke apa ke tunggu lepas habis makan.” Kedengaran abahku memberi amaran kecil kepada aku dan abangku.Ibuku di sebelah abah boleh tersenyum lagi.Ibu memang masak benar perangai abah aku tu.

“Siap abang kejap lagi adik kerjakan.” Aku berbisik perlahan pada abang Amar sambil menghadiahkan satu jelingan.

“Adik ingat abang takut ke dengan adik .” Abang aku pula berbisik sambil tersengih.Siap abang aku sekejap lagi.

Selepas solat Isyak aku dan Alia lepak di sofa yang terletak di ruang tamu sambil tengok TV.Aku mengambil remote astro lalu menekan channel satu tiga empat astro mustika HD.Sewaktu buka channel tersebut sedang di mainkan drama yang tengah naik sekarang ni iaitu drama Adam Dan Hawa yang di adaptasi dari novel.Aku ni memang suka tengok drama ni.Best kot.Watak utama yang menerajui drama ini adalah Aaron Aziz dan juga Nadiya Nissa.Cerita ni pun sudah bakal ke penghujung.Sama-samalah kita tengok kesudahannya.Time aku duduk rumah bolehlah tengok kalau dah balik kampus memang taklah.

Alia di sebelah aku ni pula tengah ralit tengok drama ni juga sambil membelek majalah wanita.Mata tengok TV tapi tangan pula asyik membelek majalah.
“Alia kau tengok tv ke kau belek buku ni?” Aku menyiku Alia di sebelah aku.
“Dua-dua “ .Balas Alia sambil tersengih.

“Ehem..Ehem..” Aku dan Alia berpaling serentak.
“Hai diam je.Tadi time makan kemain lagi mulut tu” . Abang aku sudah pun duduk si sofa belah sana.

“Abang jangan kacau kitaorang nak tengok cerita ni.” Aku memberi amaran pada abang aku.Alia hanya tersenyum dan kembali fokus pada televisyen.

“Adik nanti adik pergi rumah Mak Cik Som bila free.Siang tadi dia tanya pasal adik .” Abang aku memulakan cerita namum matanya juga terarah pada drama Adam Dan Hawa juga.

“Hah ye ke.Kenapa Mak Cik Som cari adik?” Soal aku dengan teruja.
“Amboi asal sebut Mak Cik Som  dah excited belum lagi abang sebuat pasal Am.Kalau abang cakap pasal Am confirm Amani melompatkan?” Usik abang aku.

“Abang jangan nak main-mainlah.Orang tanya pasal Mak Cik Som la bukan pasal Abang Am..” Dalih aku.

“Ye la tu.Abang tahulah adik suka dekat si Am tu.” Tambah abang aku lagi
“Mana ada.Abang jangan nak buat ceritalah .” Dalih aku lagi sambil mencampak bantal kecil ke arahnya.Namun dengan pantas abang Amar menyambutnya.

“Eleh ye la.Kalau tak betul kenapa muka adik merah je?” Abang aku membaling semula bantal kecil tadi ke arah aku.Terkena pula tocang rambut aku.Aku campak tepi bantal lalu mengemas kembali tocang rambut aku.

“Mana ada.Alia kenapa senyap je.Malu dekat abang aku eh?” Aku mengenakan Alia.
“Weh agak-agaklah kau ni pun, dah mata aku dok mengadap tv ni kan.” Tingkah Alia sambil menarik muka.

“Abang tak nak berkenalan ke dengan Alia ni.Esok malam dia dah nak balik Kelantan dah.” Usik aku lagi .Alia tayang muka blur.Mata terus di fokus pada Tv.Malas nak layan akulah tu.

“Amboi ubah topic nampak ?” Tingkah abang Amar pula.
“Abang bila nak tunang?” Soal aku pula sambil bersela pula di atas sofa.Mataku kini terarah pada muka abang aku.

“Errmm Ibu dengan Abah kata dalam dua minggu lagi .Alia pun datanglah sekali?” Balas abang aku sambil memandang Alia.

 “Errk maaflah abang Amar.Esok Alia dah nak balik kampung.Alia pergi nanti kenduri kahwin je la nanti eh .” Balas Alia sambil tersenyum.

“Eh awalnya.Hari tu bukan abang kata nak tunggu kewangan stabil dulu ke?” Soal aku pelik

“Ok jangan lupa datang nanti ye .” Ujar abang Amar sambil tersenyum manis.Lama sekali aku melihat abang aku memandang Alia.Haaa abang jangan tenung macam tu karang kalau Alia syok abang betul-betul tak ke naya nanti.Makan hati la Alia nanti.Ish minta jauhlah.
“Apa adik cakap tadi?” Soal abang aku.Amboi mentang-mentang Alia ada depan mata boleh dia tak dengar aku cakap aku.Memang nak kena nih.”

“Adik tanya kenapa awal sangat , bukan abang kata nak tunggu kewangan stabil dulu ke?” Tanya aku lagi sekali.

“Ibu dengan abah minta percepatkan.Keluarga kak Sofea pun nak satukan cepat-cepat.So abang pun ikut je la.” Aku aku sudah tersengih

“Amboi kemain sengih nampak seri pengantin  tu”. Usik aku sambil tergelak.Alia juga turut tersengih ke arah aku.

“Baru tahu ke?” Balas abang aku.Haa bagus abang dengan adik sama naik bab perasan.Ish ish ish..


 SaLaM KaSiH

Kamis, 24 Januari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 10

Assalamualaikum u oll..



                                     




BAB 10




DESTINASI kami yang pertama adalah menjejakkan kaki ke AEON Jusco Bandaraya Melaka Bersejarah .Boleh tahan besarlah Jusco ni.Jusco ini terletak berdekatan dengan Melaka sentral dan juga Tesco.Pelbagai jenis kedai yang terdapat di sini.Dari pakaian, kasut, makanan,buku  dan banyaklah lagi.Kalau yang kaki shopping dan gila shopping memang  rambang mata la tengok .

Perempuan memang sesuai dengan shopping ni.Kalau aku dapat duit banyak nak beli tu nak beli ni.Ye la tengok baju ke beg ke memang mata bling bling terus.Tapi nak shopping tu janganlah sampai boroskan.Apa orang kata shopping barang yang memang diperlukan sudah tak payah nak membazir beli benda yang bukan-bukan.

Aku , Alia, Maya dan juga Kak Sofea berjalan menuju ke arah escalator untuk menuju ke tingkat atas.Aku singgah sebentar di Verns melihat kasut dan selipar yang ada di pamerkan diatas rak.Alia dan Sofea mengikut aku dari belakang manakala Kak Sofea pula menuju ke toilet .

“Amani lawa tak kasut ni?” Soal Maya kepada aku.
“Errmm boleh tahan dia punya design and warna dia pun cantik.Try kau pakai aku nak tengok sikit”. Aku melabuhkan punggung ke sofa yang tersedia untuk pengunjung .Sempat jua aku mencapai sandle yang aku berkenan tadi untuk mencuba.

“Ok tak Amani?” Maya menyoal lagi sambil membelek kakinya di hadapan cermin yang telah tersedia di tengah kedai tersebut.

“Kau jalan sikit.Aku nak tengok ….Huyoooo macam  model tengah catwalk di atas pentas.” Usik aku.Tapi memang sesuai pun kasut tumit tinggi tu dengan Maya.
“Pheewwiittt…Tu dia..” Kedengaran suara Alia pula menyampuk sambil menepuk tangan.
“Korang berdua ni nak kenakan akulah tu kan.Aku tahulah aku macam model”. Maya membidas.Dah mai dah keperasaaannya,

“Ceh perasan lak dia nih.Aku puji kasut tumit tinggi yang terlekat di kaki kau tu haa.Bukan puji kau cik Maya oit.” Aku mencebik kearah Maya dan selepas itu kami bertiga tergelak.

Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk.Bukan shopping di tiap-tiap kedai ye.Kalau shopping gitu mahu gugur rambut pontianak aku ni.Aku ternampak pula kedai buku Popular yang gah berdiri di depan mata aku.Aku sudah tersenyum lalu menapak masuk ke dalam .Well korang pun tahu kan aku ni kalau tak sibuk aku isikan masa dengan membaca buku.Tak kisahlah buku apa pun.Kalau buku tu best aku rembatlah dan belilah.Aku ni kan sememangnya ulat buku.Ahaks,Eh perasan pula kita.

Aku menuju dari satu rak ke satu rak.Banyak buku yang terdapat di dalam ni.Pelbagai jenis genre tau.Sampai saja di rak novel terus mata aku terarah pada satu novel.Dalam banyak-banyak novel yang di susun di situ novel itu yang mencuri perhatian aku yang bertajuk Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah  . Aku menilik novel yang berkulit hijau tu sambil melihat synopsis yang terletak di cover belakang novel tersebut.

“Kalau dah berkenan tu ambiklah cik Amani oit”. Kedengaran suara disebelah aku.Aku berpaling lalu tersengih melihat Kak Sofea dimana ditangannya sudah ada sebuah buku masakan.
“Huyooo akak nak belajar masak ke apa ni?Siap dengan buku rsepi bagai ni?” Soal aku  dengan teruja sewaktu melihat buku-buku masakan yang di pegang olehnya.

“Mestilah.Nak cari resepi baru.Maklum sajalah tinggal beberapa bulan lagi akak bakal bergelar isteri kepada Hafiz.Orang kata nak pikat hati suami kenalah ikat perutnya.” Tu dia Kak Sofea .Terbaiklah.Thumbs Up sikit.Ibu jari aku naikkan kearah Kak Sofea.

“Cewah mentang-mentanglah nak kahwin dah.Apa perasaan akak bila  makin dekat nk kahwin?” Eh aku ke yang bertanya soalan macam tu.Amboi Cik Amani kemain lagi ye.

“Ermm susah nak cakap.Gembira ada takut pun ada.Orang kata nak kahwin ni senang tapi nak melayari bahtera sesebuah perkahwinan tu yang susah.Banyak cabaran.Akak Cuma harap perkahwinan akak nanti bahagia.Ni yang bertanya ni terasa nak kahwin juga ke?” Soal Kak Sofea.Alamak Kak Sofea ni dah nak buat spekulasi pula.Aku tayang sengih .Dah macam model iklan ubat gigi Colgate dah.

“Eh akak ni Amani tanya akak , akak tanya Amani balik.Edisi nak kenakan Amanilah ni.Amani muda lagi la kak.Amani tunggu akak bersalin  dua  tiga orang dulu baru Amani kahwin.Ok ?” Ujar aku sambil mengangkat kening kearah Kak Sofea.

“Amboi kemain ye Amani.Ni lupa akak nak tanya.Abang Amar apa cerita?siapa awek dia sekarang ? bila dia nak kahwin?” Soal Kak Sofea bertubi-tubi.

“Amboi kak banyak soalannya.Ni nak suruh Amani jawab yang mana satu dulu?” Aku mengecilkan kelopak mata aku.

“Oppss Sorry.Amani jawablah yang mana-mana.Akak nak Amani jawab semua soalan tadi”. Jawab Kak Sofea sambil tersengih.

“Kahwin tu tak tahulah bila Kak.Abang kata coming soon.Abang Amar tu dah lama dah ada awek.Awek dia pun kawan dia masa dia belajar dekat UK.Amani dah jumpa Kak Raisya tu.Cantik , baik dan lemah lembut.” Aku sudah tersenyum sambil terbayang wajah Abang Amar dan juga Kak Raisya.

“Ye ke.Baguslah lepas ni bolehlah makan kenduri Abang Amar pula.Nak tunggu Amani entah bila”. Usik Kak Sofea lagi.Tengah musim orang kahwin agaknya.Ye la pergi sana orang tanya bila nak kahwin?pergi sini pun sama.Tak ada soalan lain dah gamaknya.Diorang ni tak tahu ke aku ni masih lagi menuntut di Universiti.Ish Ish Ish.
“Agak-agaklah kan Alia berapa lama ni ye mesyuarat ahli tingkap ni nak tamat?Tadi kata nak tengok wayang dekat tingkat atas.Jadi ke tak ni?” Suara Maya pula yang menyampuk entah bila masa dia terpacak dekat sini oun aku tak perasan.

“Aku tak pastilah .Weh korang jomlah .Aku nak tengok wayang ni.Mata aku dok nampak Pop Corn .Sedapnya Pop Corn.” Alia sudah membayangkan Pop Corn la tu.

“Kau ni Alia bab makan memang juara”. Aku menyampuk .Alia dah tersengih –sengih.
“Ok dah jom kita pergi tengok wayang .” Kedengaran suara Kak Sofea pula menyampuk lalu melangkah menuju ke tingkat atas ke GSC.

LEBIH kurang empat jam lebih kami berada di sekitar Jusco tu.Kini kami sudah pun berada di dalam perut kereta.Menurut Kak Sofea dia akan membawa kami ke tempat yang dia cakap semalam.Bila aku tanya dia kata adalah.Haish akak ni suka buat aku suspen.Layankan je.

Sepanjang dalam perut kereta Alia boleh pula dok melantak pop corn yang dibeli sewaktu tengok wayang di GSC .Orang lain kemain seronok melayan cerita Jackie Chan CZ 12 tapi selamba badak je si Alia ni tidur.Ada ke patut?Cerita punyalah best boleh pula dia terlelap.Alia.. Alia..

“Kak Sofea, kita nak pergi mana ni?nak balik rumah ke?” Maya bertanya sambil mata melilau melihat jalan .

“Adalah.Nanti korang akan tahu.” Jawab Kak Sofea sambil tersengih , sewaktu itu kereta yang dipandu Kak Sofea sudah pun sampai di traffic light area Melaka Mall.Aku dah agak dah itu mesti jawapan dia

“Ni bukan jalan nak balik ke rumah akak ke?” Alia pula menyampuk.
“Memanglah.Tapi kita bukan nak balik rumah lagi.Kita pergi jalan-jalan dulu.Lepas pergi tempat tu kita singgah ke Mydin Mall MITC untuk beli  barang-barang makanan untuk berpicnic.Esokkan kita nak picnic di Pantai Pengkalan Balak.

“Ahaa bab picnic tu memang Amani suka.Esok nak buat Istana Pasirlah.Lama dah tak main pasir.Akak ingat lagi tak waktu kecil-kecil dulu kita suka buat Istana Pasir tiap kali family kita bawa pergi picnic.” Tiba giliran aku pula menyampuk .

“Mestilah ingat.Best kot time tu.Tak apa esok kita main pasir pantai buat istana pasir.” Balas Kak Sofea lagi

“Cantik “ Ujar Aku, Alia dan Maya serentak.Kak Sofea yang sedang memandu memandang ke arah kami sambil tersenyum.Teruja pula  ye la lama dah tak pergi pantai.

AKHIRNYA kami sampai jua.Aku ingat tempat apa la Kak Sofea nak bawa rupa-rupanya di bawa kitaorang ke Taman Mini Malaysia. Sebenarnya aku pun tak pernah lagi sampai ke Taman Mini ni.Ye la datang Melaka je pergi merayap ke tempat lain.Pergi Jonker Walk la, pergi naik menara Taming Sari , Shopping je keje.Macam mana nak pergi tempat-tempat begini.Patutlah ramai orang kata dekat Melaka ni banyak tempat yang harus di lawati, dah nama pun Bandar Bersejarah.

“Huyoooo cantiknya pintu gerbang Taman Mini Malaysia “  . Mata aku melilau melihat pintu gerbang berwana kelabu putih yang gah berdiri .Di pintu gerbang itu tertera tulisan bewarna putih  Mini Malaysian & Asean Cultural Park.Sebelum aku terlupa Taman Mini Malaysia ni terletak di Ayer Keroh .

“Cantiknya tempat ni “ Giliran Alia pula teruja
“Betul –betul “ Maya pula menyampuk dah macam rupa cerita upin dan ipin .
“Kak tempat ni baru buka ke apa ?” Soal aku pada Kak Sofea yang baru saja mengunci kereta di tempat parking.

“Yup tempat ni baru je buka pada satu Disember yang lalu.Tempat ni dah lama di tutup sebab diorang tengah renovate baru.Tengok pintu gerbang dia pun cantikkan.” Kak Sofea menerangkan pada aku.Aku, Alia dan juga hanya menganggukkan kepala.

“Jomlah kita masuk.Dekat dalam ni ada banyak rumah-rumah untuk setiap negeri .Nanti kita pergi skodeng apa yang ada rumah-rumah tu semua.Akak pun baru first time datang selepas Taman ni di buka semula selepas renovation .” Tingkah Kak Sofea lalu menarik tangan aku menuju ke kaunter tiket.

Sewaktu menjejakkan kaki ke dalam Taman tersebut mata aku memandang kanan dan kiri melihat banyak rumah yang di perbuat dari kayu.Ibarat rumah zaman- zaman dulu la.Rumah pertama yang aku jejaki ialah rumah Perlis.Aku menjenguk ke dalam rumah tersebut sambil melihat perabot yang ditayangkan dalam rumah tersebut.Rumah ini hanya terdapat dua buah bilik.Ruangan dapur yang cantik.Ada mesin jahit jahit teletak di sudut berehat.

Seterusnya aku menjejakkan kaki ke rumah Kedah.Rumah kedah bertemakan perkahwinan di mana di satu pelamin yang cukup lengkap disiapkan si ruang tengah yang luas.Di kanan dan kiri pelamin tersebut pula terhias bunga telur.Aku tersenyum melihat keletah si Alia dan Maya.Berangan nak jadi pengantin gamaknya.Siap posing kemain depan tu haa.

Aku meninggalkan mereka semua sewaktu di rumah Pahang.Aku turun tangga terus melihat di sebelahnya rumah Sarawak.Rumah ini terletak paling hujung dan juga berdekatan dengan Auditorium di sini.

“Weh korang aku nak pergi rumah sebelah.Rumah Sarawak” Aku melaung sambil melihat papan tanda Rumah Sarawak

“Hah rumah hujung tu ke?Nak ikut juga “ . Kedengaran suara Alia terpacul di muka pintu.
“Jomlah kita pergi tengok apa yang ada dekat dalam tu?” .Maya dan Kak Sofea juga sudah keluar dari rumah Pahang

“Jomlah kita pergi sana.Tengok apa yang ada”.Kak Sofea pula menyampuk.
“Errkk Amani aku tak nak masuklah rumah ni,nampak seram je.Korang naiklah aku tunggu korang dekat bawah ni?” Ujar Alia sewaktu kakinya sudah memijak tanah depan Rumah Sarawak.

“Kau ni kenapa Alia?” Aku bersuara apabila melihat muka Alia yang ketakutan.Nampak sedikit pucat wajah Alia.

“Tak..tak ada apa-apa.Aku tunggu bawah je.Pergilah naik”. Alia bersuara lagi.
“Aku pun tak nak naiklah.Aku temankan Alia je la dekat bawah ni”.

“Errm akak pun tak naik juga.Tengok macam kosong je rumah ni.Gelap pula tu.Jomlah kita pergi meronda rumah lain eh?” Kak Sofea pula menyampuk.

“Sure tak nak masuk ni?” Soal aku lagi sambil melihat mereka bertiga.Dengan serentak mereka bertiga anggukkan kepala.Aku pula hanya menjungkit bahu.

“Apalah agaknya yang ada dalam rumah Sarawak tu ye?” Aku membebel seorang diri sambil melangkah ke rumah tersebut.Dengan perlahan-lahan aku memanjat anak tangga lalu aku naik ke atas.Keadaan dalam rumah tersebut agak suram.

“Apa kebenda ni?Macam tak ada yang istimewa je kat rumah ni?” Aku bercakap sorang-sorang lagi.Ohooii kemain gelap lagi rumah ni.Seram sejuk pula aku rasa.Tu la tadi kemain gatal sangat nak berkunjung ke rumah ni.

Aku terpacak dekat depan pintu utama.Kaki melangkah setapak demi setapak.Sampai satu tempat aku dah tak boleh nak melangkah.Entah kenapa aku terasa seram.Dengan laju jantung aku berdegup kencang.Tiba-tiba aku ternampak  satu bayangan yang melintas di bahagian tepi.Aku berpaling  ke kanan namun keadaan suram agak menyukarkan penglihatan aku.Kenapa la tak buka tingkap jendela yang ada ni?.

“Haaaaaaannnnntuuuuuuuu……” Aku menjerit sewaktu berpusing ke belakang.Dengan sepantas kilat handphone yang berada di tangan tercampak ke depan .Terus aku menutup mata dan badan aku menggigil.Ya Allah selamatkan hambamu ini.

“Adoiii sakitnya ..Yang awak menjerit macam orang gila ni dah kenapa?Muka saya ni ada rupa hantu ke?” Kedengaran suara seorang lelaki mengaduh sambil melepaskan amarah.dengan perlahan-lahan aku membuka mata.

“Hah awak lagi?” Dengan serentak kami berdua berkata.
“Apasal awak ada dekat sini.Yang awak duduk kat tempat gelap tu kenapa ?Saya ingatkan lembaga mana la lalu tadi” Marah aku sambil mengurut dada.Nasib baik tak kena heart attack

“Hello cik kak , tempat ni kan tempat awam.Sesiapa saja berhak untuk datang berkunjung kemari?So apa masalahnya?” Soal lelaki tu lagi

“Asal jumpa dengan awak je mesti ada benda yang jadi.Eiii menyampah betullah.Awak ekori saya eh ?Tapi macam mana awak tahu yang saya bercuti di Melaka?” Aku menggaru-garu kepala di sebalik tudung.Alahai macam mana dia tahu aku dekat sini.Penyibuk betul.Apa la malang nasib aku ni.

“Macamlah awak tu cantik sangat yang saya nak mengekor awak ke sini ke mari.Tolong sikit ye cik kak saya ada urusan di sini tadi.Alang-alang tu saya singgahlah masuk tengok apa yang ada di sini.Jangan nak perasan “ Luah lelaki tu lagi.

“Encik Rafique , habis awak ingat awak tu handsome sangat ke? “ Aku sudah mula bercekak pinggang,.

“La awak tak tahu ke saya ni sememangnya lelaki handsome yang menjadi pujaan ramai gadis-gadis di luar sana.” Mak oiii berlagaknya mamat ni.Aku rasa nak lempang je muka dia.Aku sudah mula mengigit bibir.

“Tolonglah jangan nak perasan.Huh menyampah betul.Apalah malang nasib jumpa awak hari ni.Dah ketepi saya nak turun.”.Tingkah aku lagi sambil mencapai handphone yang terjatuh di atas lantai.Habis handphone Samsung Ace aku.Adoyaiii.

“Kalau handphone saya rosak ni siap awak.Saya akan cari awak minta ganti rugi “. Ugut aku.

“Eh eh eh handphone dia yang dirisaukan , habis tu dahi saya yang bengkak ni apa cerita?” soal Rafique lagi

“Salah siapa?Awakkan?So faham-faham je la.Siapa suruh terkejutkan saya?” Ujar aku lalu mengangkat kaki melangkah keluar.

“Eh  saya pula yang kena.Awak tu yang terkejut sendiri.Jalan tu hati-hati nanti tergelincir dekat tangga tu susah pula saya nak mencempung  awak?” Aku dapat mendengar tawa di hujung ayat dia tadi.

Aku berpaling semula ke belakang lalu aku hadiahkan satu jelingan tajam kearahnya.Namun dengan selamba badak dia tayang muka sengih.Eeee geramnya aku.Aku menghentakkan kaki tanda protes dan tanda tidak puas hati dengan si Rafique ni.Ada ubi ada batas ada hari aku balas.Siaplah dia nanti.Ini cik Amani ok.Huh !

“Kau kenapa Amani muka masam ni?” Soal Maya sewaktu aku tiba di hadapan mereka.Boleh pula diorang buat gossip dekat jambatan gantung ni.Kemain penat aku berpusing cari mereka bertiga.

“Aku cari koranglah.kata nak tunggu dekat bawah rumah tu je.Alih-alih aku turun korang tak ada.Aku menjerit kat atas sana pun korang tak dengarkan”. Protes aku.Aku bukan marah diorang tapi aku tengah angin dengan mamat perasan tu.Menyampahnya aku.Geram-geram.Aku mengepal tangan aku .

“Kau ni kenapa?ada yang tak kena ke?Cuba cerita dekat aku sikit.” Soal Alia pula
“Kenapa Amani menjerit?Sorrylah akak tak dengar pun?” Balas Kak Sofea pula.
“Bukan apa kak , Amani terkejut tadi.Ingatkan lembaga hitam manalah dekat dalam rumah tu rupa-rupa muka manusia .Si Rafique yang perasan.Huh menyampah betul.” Aku sudah membebel.

“What ?Rafique ada sini?Dia buat apa?” Soal Alia dan Maya serentak.
“Entah aku tak tahu.Tetiba ada depan aku, dah aku terkejut tadi aku terbalinglah handphone aku kat dahi dia.Bukan aku sengaja pun dah terkejut nak buat macam mana.”
Wait wait..Boleh akak tahu siapa Rafique?” Tingkah Kak Sofea dengan blur.

“Kalau akak nak tahu Rafique dengan Amani ni memang tak boleh bertembung.Asal bertembung je mesti ada benda yang berlaku.Pastu mulalah bertekak.Dua-dua sama naik tak nak mengalah langsung.Sesuai sangatlah tu jadi laki si Amani ni Kak?” Dengan panjang lebar Alia membuka cerita.

“Akak tak fahamlah.Cuba korang cerita dari A sampai Z ?” Kak Sofea bersuara lagi.Maya dan Alia sudah memandang ke arah aku.

“Kalau akak nak cerita detail pasal Rafique tu bolehlah tanya si Amani ni kak.”. Tambah Alia lagi sambil tersengih.Maya pula hanya mengiakan.Ermm nampak gayanya memang aku kena ceritalah ni pada Kak Sofea.Tak ada pilihan.Tu la terlepas cakap nama Rafique pula tadi.Kak Sofea kalau dia nak tahu memang sampai ke lubang cacing la dia korek.Nak cerita ke tak ni?Nanti-nantilah aku cerita dekat Kak Sofea.

“Nantilah Kak Amani cerita.Jomlah balik .Dah lenguh kaki Amani ni berjalan hari ni.” Dalih aku sambil tersengih..

“Saja la tu nak alihkan topik ,ok jomlah kita balik tapi akak akan  tuntut cerita ni dengan Amani tau.Jangan nak menyorok .” Tingkah Kak Sofea sambil mengangkat jari terlunjuknya kearah aku , nak tak nak aku kena la anggukan kepala.

PEMANDANGAN di kala petang sememangnya sungguh indah.Aku memandang laut yang terbentang luas di hadapan aku.Seperti yang di janjikan oleh Kak Sofea semalam , hari ni kami ke Pantai Pengakalan Balak untuk berkelah.Cuaca pada hari ni pun baik.Aku melihat awan di dada langit .Subhanallah Indah sungguh alam ciptaan Allah.Syukur Ya Allah kau masih berikan aku peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaanMu .Sungguh tenang dan damai aku rasa.Aku tersenyum .Dari jauh aku melihat kapal-kapal yang berada di nun jauh disana.

“Hoi Amani kau berangan ke apa?Kata nak buat Istana Pasir?Aku dah tak sabar ni ?” Jeritan Alia memeranjatkan aku.Ish budak ni potoong betul.

“Kau ni buat terkejut aku je la Amani.” Balas aku sambil bangun dari  batu yang tinggi lalu melangkah menuju ke arah tangga yang telah sedia ada.Kemain tinggi diorang buat penghadang dari batu ni.

“Amboi korang dah siap bersila atas pasir .Excited ye ?” Soal aku sewaktu kakiku sudah pun berada di atas pasir pantai.
“Mestilah.Dah lama tak main benda alah ni.” Sampuk Maya pula.Kak Sofea sudah tergelak .
“Ohoii mana dapat benda alah ni, dah macam sudip dekat rumah aku tengok “. Aku membebel seorang diri ditangan sudah aku pegang seperti sudip.Apa nama dia pon aku tak tahulah.

“Akak rembat dekat dapur rumah tadi?” Jawab Kak Sofea selamba.
“Hahh..Apa dia?” Dengan serentak kami bertiga bersuara.Terlepas benda alah tu di tangan aku lalu terus tangan aku jatuh di atas dada sambil mengayakan aksi terkejut.Muka si Alia dengan Maya lagi la ternganga.

“Ye la akak rembat dekat dapur la tadi.Ni yang korang terperanjat sampai ternganga mulut tu  kenapa.” Soal Kak Sofea bila melihat aksi-aksi kami.

“Akak ambil sudip ni dekat dapur?You mean yang Mak Long guna untuk masak?” Akak ?” .Kedengaran Kak Sofe gelak sakan.

“Hey korang ni lurus la pula.Memanglah akak rembat dekat dapur tapi yang ni tak di gunakan sebagai peralatan memasak ye adik-adikku sekalian.Yang ni memang simpan untuk di buat main-main time keluar berkelah la.Ish korang ni”. Terang Kak Sofea sambil ketawa san menggelengkan kepala .

“Laaaaaaa …iye ke?” Serentak Alia dan Maya menyampuk sambil menarik nafas lega.
“Korang ni tak kan akak nak rembat peralatan yang di gunakan dekat dapur rumah tu.” Sambung Kak Sofea lagi.

“Mahu tak terkejut.Karang tak pasal-pasal Mak Long cari sudip dia yang hilang.Haaaa siapa nak tanggung?” Tingkah aku pula.
“Ok jom kita buat istana pasir..Weehoooo..” Jerit Alia sambil mengenggam pasir pantai lalu di masukkan ke dalam baldi kecil .

“Jom..” Serentak Aku, Maya dan Kak Sofea berkata.
Selepas  menyiapkan istana pasir kami semua mandi manda di dalam laut.Syok woo bila boleh mandi laut.Berendam dalam laut sambil bermain bola tampar.Ada ke patut main bola tampar dalam laut.Kalah kanak-kanak ribena yang tengok aksi kami.

“Amani akak pergi ke tandas awam dulu ye?Nak mandi .” Kedengaran Kak Sofea lalu berjalan menuju ke persisiran pantai

“Kak Sofea cepatnya dah naik.” Suara Maya pula menyampuk.
“Alah nanti ramai orang dekat tandas tu.” Balas Kak Sofea lagi
“Kalau macam tu Alia nak ikut akak sekali la”. Alia pula bersuara .
“Maya pun nak ikut sekali la Kak”.

“Eh korang bertiga semua habis tu takkan tinggal aku sorang je dekat sini?” Tingkah aku.
“Ala biar kitaorang siap mandi dulu pastu kitaorang datang balik .Then turn kau la pula”. Tokok Alia pula sambil mengenyit mata.Sajalah tu.

“Yee la tapi jangan lama-lama.” Laung Aku lagi.Mereka bertiga  semua membuat gaya thumbs up.

Setelah puas berendam aku bangun lalu berjalan menuju ke istana pasir yang telah siap .Aku tersenyum senang melihatnya.Mata aku melilau –lilau mencari selipar .Ahaaa ada pun.Dekat sini ye .Bisik hatiku.Setelah itu aku berpusing semula menuju ke arah istana pasir.Alangkah sedihnya aku melihat istana pasir aku yang cantik itu di pijak oleh seorang jejaka dari planet mana entah.Aku berjalan menuju ke istana pasir yang hanya dalam lima , enam langkah saja dari tempat aku ambil selipar aku.

“Excuse me ?Awak tak nampak ke istana pasir tu?” Aku  menegurnya dari arah belakang
“Opppss sorry.Tersengaja pula kaki saya ni memijaknya”.Kedengaran suara jejaka itu lalu berpusing ke arah aku.Namun matanya asyik dok menilik camera DSLR miliknya.Ternganga sekejap aku melihat jejaka itu

“Awaakkk lagi??Dah kenapa mana-mana tempat saya pergi mesti ada muka awak hah?Awak ekori saya lagi eh?” Aku sudah bercekak pinggang.Tidak aku sangka boleh bertembung dengan mamat perasan dekat pantai ni.Menyibuk je.
“Awak Amani?” Soal jejaki itu lagi

“Yelah saya Amani.Awak dah lupa ingatan ke Encik Rafique?” Aku mengangkat kening kea rah Rafique.

“Cik Amani awak ingat awak tu cantik sangat ke yang saya nak follow awak sangat.Jangan perasan ye.Tempat ni tempat awam kan.So sesiapa saja berhak datang.” Balas Rafique
Cis dia mengata aku.Siap dia.

“Tu istana pasir saya awak dah rosakkan.Saya penat-penat buat awak sesuka hati pergi pijak tu kenapa?dah tak ada tempat lain nak lalu ke?”

“Manalah saya nampak istana awak yang buruk ni.Sorry lah bukan sengaja pun.” Rafique membela diri

“Istana buruk awak kata ?Yang awak tu berjalan mata letak mana?” Balas aku sambil mengetap bibir.

“Dah nak buat macam mana saya dah terpijak istana buruk awak ni.Oklah saya jalan dulu.Nak pergi ambil gambar dekat depan sana.Matahari terbenam lagi cantik dari awak punya istana pasir ni?”  Ujar Rafique lagi sambil menunjukkan camera DSLR dia .Cis nak menunjuk la tu konon.Macamlah dia sorang je yang ada.Aku pun ada la Encik Perasan hoi..Bebel hati aku.

“Geram..geram geram” Jerit aku sambil  mengepal kedua –dua tangan aku.Ada ke patut istana pasir yang aku buat ni dia kata buruk.Sengaja nak cari pasal mamat ni.

“Tak payah cari garam.Air laut tu dah masin cik Amani oii..” Laung Rafique sewaktu dia berpaling semula ke arah aku tadi.Cis dengar je mamat ni .Aku sebut geram dia dengar garam.Telinga dia tak berfungsi dengan baik gamaknya.Geramnya aku.Rafique sudah melangkah beberapa tapak ke depan.Dengan pantas aku menanggalkan selipar aku lalu aku baling ke arah Rafique namun sasaran tidak terkena tapi selipar aku tu terover jatuh ke depan dia.Haaa sudah…

“Main kasar nampak?” Ujar Rafique sambil pusing ke arah aku.Mati terus niat aku nak ambil selipar aku apabila dengan selamba badak selipar aku di pegang oleh Rafique.
“Selipar awak ni saya ambil ok.Kira ganti rugi  balingkan handphone awak semalam dekat dahi saya.Jumpa lagi.Rafique terus berjalan sambil tersenyum sinis

“Eh awak gila ke apa nak ambil selipar saya.Saya nak balik selipar saya tu.”Laung aku.Rafique berpaling semula ke belakang sambil mengenyitkan matanya ke arah aku.

“Byee.Jumpa lagi Cik Amani “ Laung Rafique sambil melambai selipar aku.Kurang asam jawa,gelugur semua la mamat ni.Sengaja nak cari pasal dengan aku.Macam mana ni tak kan aku nak kejar dia.Itu kerja gila namanya.Dah la ramai orang buat malu je main kejar-kejar dengan mamat perasan ni.Salah aku juga siapa suruh gatal pergi baling selipar dekat dia.Sekarang padanlah dengan muka  aku.Adoyaii.Aku menghentak kaki berkali-kali.Sakitnya hati aku.Geramnya.Aku memicit dahi aku berkali-kali sambil menarik nafas panjang.

SaLaM KaSiH