Senin, 09 Juni 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 2

Assalamualaikum u ollsss...

Hari ni sambungan bab kedua untuk cerita ini. Apa terjadi pada Dura dan juga Mikhail ? Jawapannya ada di bawah. Terima kasih singgah dan baca :D

                                 



BAB DUA 


    DURRANI ke hulu hilir di depan pintu kecemasan. Air mata yang jatuh ke pipi di sapunya. Sesekali matanya melirik pada pintu kecemasan yang masih lagi tertutup rapat. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang sekali. Durrani mengusap dadanya dengan perlahan sambil berdoa.

   Ya Allah selamatkan suami aku. Lindungi dia Ya Allah. Doa Dura di dalam hatinya.

   “Dura duduklah dari tadi ibu tengok Dura ke hulu ke hilir. Banyakkan berdoa. InsyaAllah semuanya akan selamat.” Pujuk Puan Yusnita. Dura langsung tidak mengendahkan kata-kata dari Puan Yusnita ketika ini. Dalam fikirannya hanya ada seraut wajah milik Mikhail.

   Berkali-kali Dura meraup wajahnya , malahan bibirnya juga di ketap berkali-kali. Perasaan bimbang mengatasi segala-galanya. Dura tidak mampu mendengar nasihat dari orang lain buat masa ini. Dia hanya mahukan Mikhail selamat. Itu sudah mencukupi buat dirinya. Dura terus berdiri di hadapan pintu kecemasan apabila ternampak pintu tersebut terbuka. 

   “Doktor macam mana keadaan suami saya?” Soal Dura tanpa berlengah lagi. Doktor yang merawat Mikhail memandang wajah penuh harapan dari Dura. Doktor tersebut memandang teman seperjuangannya di sebelah. Dia memberikan isyarat mata pada doktor tersebut.

   “Maafkan saya. Allah lebih menyanyangi dia. Kami tak dapat selamatkan dia.” Jelas doktor tersebut. Sebaik saja mendengar ayat yang keluar dari mulut doktor tersebut Dura menggelengkan kepala.

   “Doktor tipu sayakan? Mana boleh macam tu. Doktor tau tak yang kami baru saja berkahwin hari ni.” Jelas Durrani sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

   “Maafkan saya Puan. Encik Mikhail tak dapat di selamatkan. Keadaan dia sangat-sanagt kritikal sebaik saja sampai di sini tadi. Kami sudah berusaha untuk selamatkan dia. Banyakkan bersabar ya.” Pujuk doktor tersebut.

   “Dura jangan macam ni. Kita kena terima.” Pujuk abang Dura Lukman sambil mengusap bahu adiknya.

   “Abang diorang tipu kitakan. Abang Mikhail masih hidupkan bang.” Dura sudah mula menanggis lagi . Dia mengoyangkan badan Lukman .

   “Sabar dik. Sabar.” Pujuk Lukman lagi.

   “Dura sabar nak. Jangan begini.” Pujuk Puan Yusnita pula. Durrani beralih ke dalam pelukan ibunya. Encik Idris diam sedari tadi. Dia tahu anak gadisnya tidak mampu untuk menerima berita ini. Dura kehilangan Mikhail di hari perkahwinan mereka. Bukan sesuatu yang mudah untuk di terima.

   “Dura nak jumpa abang Mikhail ibu.” Pinta Durrani. Puan Yusnita mengusap kepala anak gadisnya lalu menemani Dura masuk ke dalam untuk melihat Mikhail.

   Sebaik saja Durrani menarik kain yang menutupi wajah suaminya terus dia kaku . Wajah suaminya banyak sangat calar dan juga luka yang dalam. Durrani tidak mampu lagi untuk berdiri ketika itu. Air matanya terus menerus mengalir dan Duraani terus pengsan di situ namun sempat di sambut oleh Lukman dan juga Liyana yang baru saja tiba di bilik tersebut.

   “Dura..” Lukman menepuk pipi adiknya berkali-kali.

   “Ya Allah Durrani..” Puan Yusnita tidak mampu menahan air mata dari mengalir apabila melihat anaknya sudah pengsan.

   “Mikhail.. Mikhail.. Mak dah sampai ni. Bangun nak.” Kedengaran suara mak kepada Mikhail iaitu Puan Rahimah. Dia terkejut sebaik saja melihat anaknya sudah terbujur kaku di atas katil. Air matanya terus menerus mengalir dan dia cuba untuk mengusap wajah anak lelakinya.

   “Auntie Imah, Mikhail dah tak ada. Doktor tak dapat selamatkan dia. Allah lebih sayangkan Mikhail.” Jawab Lukman sewaktu membantu memapah Dura ke  arah kerusi yang ada di situ.

   “Abang anak kita bang. Mikhail bang. Kenapa Mikhail tinggalkan mak? Abang kenapa begini sekali nasib anak kita bang?” Soal Puan Rahimah pada suaminya.

   “Imah awak kena banyak bersabar. Ini dugaan Allah untuk kita semua. Allah sayangkan Mikhail sebab itu dia ambil Mikhail dulu.” Pujuk Encik Ashlam suami kepada Puan Rahimah.

    “Abang kasihan dekat menantu kita bang? Dia hilang suami di hari perkahwinan mereka.” Ujar Puan Rahimah sebaik saja menoleh ke belakang melihat menantunya yang pengsan sebelum di bawa keluar oleh nurse yang bertugas.

   “Apa yang berlaku luar dari kawalan kita Imah. Kita tak mampu buat apa-apa melainkan redha dengan kepergiaan Mikhail. Kita kena terima ini semua walaupun payah.” Pujuk Encik Ashlam lagi.

   “Betul apa yang di katakan oleh Aslam tu. Apa yang berlaku ni luar dari kawalan kita. Suka atau tidak kita semua perlu menerimanya.” Balas Encik Idris pula.

   “Bang kasihan dengan Dura.” Luah Puan Yusnita. 

   “Kita kena bantu Dura di saat ini. Dia sangat perlukan sokongan dari kita. Dura orang yang paling sedih dan terluka ketika ini. “ Encik Idris mengusap bahu isterinya. Puan Yusnita menganggukkan kepalanya dengan payah sekali. 

   JENAZAH Mikhail telah selamat di kebumikan. Dura hanya mampu melihat jasad suaminya yang di bawa masuk ke dalam liang lahad sebentar tadi. Matanya sudah bengkak kerana menanggis sejak semalam. Malam tadi Dura langsung tidak tidur. Dia hanya duduk bersandar di dinding serta memandang jenazah suaminya yang di bawa balik ke rumah mak mertuanya. Ketika membaca yassin air matanya terus menerus gugur. Puas Lukman dan Liyana memujuk agar jangan menanggis lagi  tetapi air mata Dura terus mengalir tanpa henti.

   “Bawa banyak bersabar ya Dura.” Salah seorang saudara dari keluarga Mikhail mengusap bahu Durrani. Waktu ini Dura hanya mampu menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Suaranya bagaikan tidak keluar langsung. Dura memandang makam arwah suaminya. Kini dia telah berpisah dengan suaminya. Perpisahan dalam ikatan sebuah perkahwinan yang baru saja terbina. 

    Semoga Allah mencucuri roh Mikhail dan menempatkan Mikhail di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kematian itu pasti .

   “Dura..” Puan Rahimah memanggil menantunya. Mata Dura masih lagi melihat makam suaminya. Orang lain sudah mula bangun untuk meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

   “Dura mari kita balik.” Pujuk Puan Rahimah. Dia sebagai ibu yang melahirkan Mikhail sememangnya dia merasa sungguh kehilangan  namun melihat keadaan menantunya ketika ini dia dapat rasa yang Dura lebih merasa derita di atas kehilangan Mikhail.

    “Dura kita balik ya. Ada masa nanti Dura datang lawat Mikhail dekat sini ya.” Pujuk Lukman pula.

   “Nanti Kak Liyana akan temankan Dura. Kita balik dulu ya. “ Tambah Liyana pula. Puan Rahimah , Lukman dan Liyana memandang pada Durrani yang masih lagi leka memandang makam suaminya. Puan Yusnita dan suaminya menoleh ke belakang dan melihat anak mereka masih lagi berdiri di situ. Lukman mencapai tangan Durrani lalu menariknya dengan perlahan-lahan. Dura hanya mengikut saja.

    SEBAIK saja tiba di rumahnya, Dura keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Apabila pintu rumahnya terkuak mata Durrani terus terarah kepada pelamin sangat indah di suatu sudut. Barang-barang hantaran masih lagi berada di depan pelamin tersebut. Air mata Dura mengalir lagi. Dia mendekati dengan perlahan-lahan ke pelamin miliknya. Dura memejamkan matanya buat seketika.

   Lukman dan Liyana hanya melihat Dura seketika sebelum mereka menuju ke bilik . Puan Yusnita dan suaminya juga turut menuju ke biliknya. Mereka sudah penat berjaga malam tadi di rumah keluarga Mikhail.

   Dura melangkah naik ke pelamin lalu duduk di situ seketika. Dia melihat tempat duduk sebelahnya. Dia melihat wajah Mikhail yang sedang tersenyum padanya. Dura turut membalas senyuman tersebut dengan air mata.

   “Abang…” Dura memanggil Mikhail. Dia tetap tersenyum pada Durrani tanpa sebarang kata. Durrani kemudiannya cuba menggapai tangan suaminya namun bayangan suaminya terus hilang. Mata Dura mula mencari-cari suaminya.

   “Abang.. Abang… Abang nak pergi mana?” Soal Durrani apabila matanya dapat menangkap susuk tubuh suaminya yang berada di muka pintu utama. Mikhail menoleh seketika sebelum berlalu pergi. Durrani terus bangkit dari pelamin dan mengejar suaminya.
   “Abang tunggu…” Jerit Durrani. Pada ketika itu kakinya tersepak ke salah satu barang hantaran dari pihak suaminya.

   “Aduh..” Dura menunduk ke bawah dan memandang barang hantaran yang sudah terbalik. Barangan itu adalah sepasang kasut dan juga handbag.

   “Abang… Abang…” Jerit Durrani sewaktu matanya melilau kembali mencari kelibat suaminya. Dura terus berlari ke tangga mencari suaminya namun jelas sekali Mikhail tidak ada di situ. Dura menanggis lagi.

   Dura kemudiannya menuju kembali ke pelaminnya lalu mendekati barang hantaran yang jatuh sebentar tadi. Dia terus terduduk di situ. Tangan Durrani menggigil seketika sewaktu memegang kasut dan handbag yang di hadiahkan oleh suaminya. Air matanya tumpah lagi.

   “Abang kenapa tinggal Dura. Kenapa abang pergi ..” Esak Durrani sambil memeluk handbag dan kasut yang di pilih sendiri oleh Mikhail. Dura memandang pelamin sekali lagi. Dia kemudiannya menjerit dengan tiba-tiba bagaikan orang histeria.

   “Kenapa semua ni jadi pada aku. Kenapa? Kenapa? Kenapa aku tak ikut Mikhail sekali?” Jerit Durrani lalu mencabut bunga telur yang masih ada di atas pahar. Mendengar suara Durrani menjerit membuatkan Lukman tersedar . Dia baru saja terlelap sebentar tadi. Lukman terus bangun dan bergegas menuju ke ruang tamu.

   “Ya Allah Dura apa Dura buat ni?” Soal Lukman sewaktu melihat Dura mencabut bunga telur dan juga barang-barang hantaran. Semua perhiasan yang ada di barang hantaran di tariknya. Habis bertaburan bunga, riben , lace dan bunga yang berterabur.

   “Jangan macam ni Dura.” Pujuk Lukman lalu memeluk adiknya dengan erat. Dia memegang tangan Durrani dari terus merosakkan barang-barang hantaran. Dura meraung dalam pelukan abangnya.

   “Abang Dura nak ikut abang Mikhail.” Jelas Durrani.

   “Astagfirullah Al’azim  Dura bawa mengucap. Dura tak boleh cakap macam tu. Apa yang terjadi ni sudah tersurat Dura. Kuatkan semangat dik jangan macam ni. Abang tahu Dura seorang yang kuat dan tabah. Sabar Dura. Ini ujian Allah untuk Dura. Allah sayangkan Dura sebab tu dia uji Dura begini.” Pujuk Lukman lagi. 

   Puan Yusnita dan suaminya turut berada di ruang tamu. Dia terkejut mendengar Durrani menjerit. Puan Yusnita mengesat air matanya dengan perlahan. Sayu melihat nasib anaknya yang kini sudah bergelar janda. Dengan perlahan-lahan Puan Yusnita mendekati anak-anaknya.

   “Dura jangan begini nak. Arwah Mikhail terseksa nanti bila tengok Dura begini. Dura kena redha dengan pemergiaan dia. Sabar sayang.” Pujuk Puan Yusnita sambil mengusap kepala Durrani. Air mata Durrani terus jatuh membasahi pipi. Di kala ini dia hanya mampu menanggis untuk meluahkan rasa yang menyakitkan di dalam hatinya.

   “Dura perlukan rehat sekarang ni. Mari abang hantarkan Dura ke bilik. Abang nak Dura berehat. Semalaman Dura tidak tidur.” Lukman memimpin Dura menuju ke biliknya. Dura hanya mengikut. Dia tidak mampu berkata apa-apa ketika ini melainkan menanggis.

   Matanya semakin bengkak. Semakin dia menanggis semakin bengkak matanya. Puan Yusnita megekori dari belakang. Sebaik saja pintu biliknya terkuak langkah Durrani terhenti dan kaku. Dia melihat suasana bilik yang terhias indah. Durrani menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu masuk dan lihat biliknya yang terhias indah.

    Puan Yusnita dan Lukman saling berpandangan. Dia dapat rasakan yang Durrani tidak mahu melihat hiasan di dalam bilik tidurnya.

    “Biar Kak Yana kemas bilik ni dulu ya. Dura duduk di ruang tamu dulu ya.” Kedengaran suara Liyana yang baru tiba di situ. Dia tahu Dura tidak mampu untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Jikalau dia di tempat Dura sekarang ini dia pasti dia juga tidak mampu.

    “Biar ibu tolong Yana .” Ujar Puan Yusnita. Lukman membawa Dura kembali ke ruang tamu. Dia tahu buat masa ni Dura tak boleh terngok ini semua.

   “Ita oh Ita. Ini orang-orang yang buat pelamin tempoh  hari datang untuk ambil pelamin diorang.” Laung Encik Idris sebaik saja melihat sebuah van yang baru tiba di hadapan rumahnya. Puan Yusnita yang baru saja masuk bilik Dura terus keluar dan menuju ke pintu utama.

    “Baguslah korang dah datang. Jemputlah naik.” Puan Yusnita mempelawa mereka naik.
    “Mak Cik takziah ya di atas pemergiaan pengantin lelaki. Kami baru je tahu tadi itu yang kami terus datang ke mari dan juga untuk mengambil pelamin tu.” Ujar salah seorang dari mereka.

     “Mak cik minta korang jangan ganggu Dura yang ada dekat ruang tamu tu. Emosi dia tak stabil hari ni. Habis barang hantaran di kerjakan olehnya tadi. Dura masih tidak boleh terima hakikat tentang kehilangan Mikhail.” Terang Puan Yusnita kepada orang-orang dari Bridal House . Mereka menganggukkan kepala .

   “Kami turut bersimpati dengan Dura mak cik. Mudah-mudahan Dura dan keluarga mak cik tabah menghadapi ujian ini.”  

    “Harap-harap macam tu la. Pak cik pun tak tahu nak buat apa sekarang ni. Keadaan Dura hari ini memang tidak stabil. Menantu pak cik sedang kemaskan bilik dia. Dura tak nak masuk ke dalam bilik dia.” Terang Encik Idris pula.

     “Kami faham. Tak mengapalah biar kami uruskan semuanya. Mak cik dan Pak cik berehatlah. Kami tahu keluarga mak cik dan pak cik berjaga sepanjang malam. Urusan pelamin, bilik tidur dan juga khemah tu semua biar pihak kami uruskan. Janganlah risau.” Ujar salah seorang dari mereka. 
   “Terima kasihlah.” Encik Idris tersenyum pada mereka. 

   “Mak cik ke dapur dululah buatkan air minuman untuk korang.” Puan Yusnita meminta diri.  Sewaktu melintasi ruang tamu dia menoleh seketika pada Dura yang sedang bersandar di bahu anak lelakinya. Lukman mengusap kepala adiknya. Dura baru saja memejamkan mata.

   Lukman memandang wajah ibunya dengan pandangan yang sayu. Sedih dan pilu melihat keadaan adiknya ketika ini. Bukan mudah untuk Dura hadapi semua ini. Mungkin waktu saja yang boleh mengubati keadaan adiknya.

Bersambung...

NotaTersepit : Next week punya en3 akan kuarlah watak utama iaitu Ziyad. Seminggu sekali okey la kan cik writer update? ke nk seperti sebelum ni setiap isnin dan khamis?