Rabu, 26 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 17

Assalamualaikum u ollsss..


Ini dia sambungan entry isnin lepas. Sambungan majlis reunion Awa. Apa Farhan buat kali ini?Mekasih singgah dan baca :)


                                        


   BAB TUJUH BELAS




   “TERIMA Kasih bos sebab hantar saya balik. Sorry saya dah susahkan bos hari ni.” Ujar Awatif sebaik saja menanggalkan seatbelt. Awa memandang wajah bosnya lalu tersenyum.

   “Sama-sama.” Jawab Hadif lalu membalas senyuman dari Awatif.

    “Hati-hati bawa kereta ya bos. Jumpa esok.” Tingkah Awatif sebaik saja keluar dari kereta . Hadif hanya memandang setiausahanya itu sambil menganggukkan kepalanya. Sejurus selepas itu kereta Hadif hilang dari pandangan. Awa mula melangkah masuk ke dalam rumah.

   “Daddy kamu mana Awa?” Soal Puan Fauziah sebaik saja melihat anak gadisnya menutup pintu utama rumahnya.

   “Kereta daddy rosak mummy. Daddy balik sekejap lagi. Awa balik sendiri tadi.” Jawab Awa lalu menhenyakkan punggungnya di sofa.

   “Hah rosak . Rosak dekat mana? Awa balik naik apa?” Soal Puan Fauziah bertalu-talu. Awa memandang wajah mummy nya yang risau.

   “Kereta daddy rosak dekat university la mummy. Awa tunggu teksi tadi tapi tak ada . Alih-alih bos Awa Encik Hadif yang hantarkan.” Jawab Awa lalu bersandar. Di pejam matanya seketika.

   “Habis tu kenapa Awa tak jemput bos Awa masuk dulu?” Soal Puan Fauziah sambil bercekak pinggang. Betuah punya anak dara bukan nak jemput tetamu masuk rumah. Bebel Puan Fauziah di dalam hatinya.

  “Erkk Awa lupalah mummy.” Sengih Awa menggarukan dahinya .

  “Lain kali kalau bos Awa datang jemput masuk . Sudahlah pergi naik mandi dan sembahyang. Telefon daddy cakap yang Awa dah sampai rumah . Karang daddy risaukan Awa pula.” Arah Puan Fauziah sebelum berlalu ke dapur.

   Awa mengambil tas tangannya lalu mencari handphone miliknya. Sebaik saja dia menjumpai handphone nya terus dia menghubungi daddy nya untuk memberitahu yang dia sudah selamat sampai ke rumah.

   Selepas itu barulah Awa bangun dan melangkah menuju ke biliknya di tingkat atas. badanya sudah penat. Dia mahu menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum bersiram. Awa kalau mandi bukannya sekejap lama dia dok bertapa dalam bilik air.

   MALAM itu, selepas menunaikan solat maghrib Awa bersiap-siap. Malam ini dia ada majlis reunion bersama classmate nya di university dulu. Awa mengenakan dress labuh yang nampak bling-bling sana sini. Nama pun tema glamour haruslah ada bling-bling sikit. Awa membetulkan shawl yang di pakai olehnya. Dia mengenakan dress bewarna unggu kemudian shawl nya pula bewarna biru air. Awa mencalitkan sedikit gincu di bibirnya.

   Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya itu barulah Awa tersenyum di depan cermin. Awa melihat jam di tangannya.

   “Huyoooo lawanya Kak Awa malam ni. Perh ini abang Farhan tengok mahu dia tak jatuh tangga .” Dengan selamba Akid menjerit sewaktu masuk ke bilik kakaknya. Awa menoleh ke belakang.
   “Ok tak Akid Kak Awa begini?” Soal Awa sambil buat berjalan ala-ala model di depan Akid.
  “Perfect Kak. Lawa sangat.” Puji Akid. Awa tersenyum puas.

   “Kak Awa dah siapkan. Silalah turun sekarang. Putera kesayangan Kak Awa tu dah ada dekat bawah. Kak Awa suruh dia jemput ke? Bukan daddy yang hantarkan?” Soal Akid. Awa mengerutkan dahinya.

   “Putera kesayangan Kak Awa? Siapa?” Soal Awa dengan blur. Akid tersenyum penuh makna.
   “Siapa lagi kalau bukan abang Farhan. Dia ada dekat bawah bersembang dengan mummy dan daddy.” Jawab Akid. Awa terkejut.

   “Eh apasal pula dia datang jemput.Kak Awa tak janji dengan dia pun. Suka hati dia je.” Awa mengetap bibirnya dengan geram. Dia memang langsung tidak menghubungi Farhan tentang majlis reunion itu. Angin tak ada ribut tak ada selamba badak je dia datang rumah aku nak jemput aku ke majlis tu. Gerutu Awa sendirian.

   “Itu Akid tak tahu. Baik Kak Awa turun sekarang.” Tambah Akid lagi sebelum dia meninggalkan kakaknya itu .

 “Haaa tu pun Awa dah turun. Awa pergi dengan Farhan ya. Susah payah dia datang jemput Awa .” Tingkah daddy nya Encik Fathudin. Awa menghela nafasnya dengan berat sebelum memandang ke wajah Farhan yang sedang duduk di sofa.

   “Cantiknya Awa malam ni.” Puji Farhan.

    “Terima kasih.” Jawab Awa.

    “Oklah mummy daddy , Awa pergi dulu. Kalau pukul dua belas Awa masih tak balik lagi mummy dengan daddy call Farhan. Dia yang nak ambil dan hantar Awa.” Ujar Awa kepada kedua ibu bapanya dengan selamba. Akid yang baru saja muncul dengan segelas air terus tersengih. Dia tahu kakaknya itu tidak suka dengan perangai Farhan yang sekarang ini.

   “Uncle dengan auntie jangan risau. Farhan akan pastikan yang Farhan hantar Awa balik ke rumah sebelum pukul dua belas. Kami gerak dulu ya.Jom Awa.” Jawab Farhan dengan senyuman sebelum bersalaman dengan kedua orang tua Awa.

   “Yalah. Terima kasih ya Farhan.” Ujar Puan Fauziah pula. Farhan tersenyum pada mummy Awa.

   “Ok mummy daddy Awa pergi dulu.” Awa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mummy dan daddy nya sebelum mengekori Farhan dari belakang.

   “Jaga diri baik-baik Awa.” Pesan Puan Fauziah pada anak gadisnya. Awa menganggukkan kepalanya sewaktu memakai kasut sederhana tinggi di muka pintu utama.Farhan sudah pun berada di dalam kereta. Sebaik saja masuk ke dalam kereta Awa terus memakai seatbelt.

   Sebaik saja sampai di hotel tersebut, Awa dan Farhan berjalan seiringan masuk ke ballroom. Mereka melihat kawan-kawan sekelas mereka sudah pun berada di situ. Awa terus mendekati temannya. Farhan pula mendekati geng-geng yang rapat dengannya sewaktu belajar dahulu.

   “Awa kau cantik sangat malam ni. Amboi datang dengan bakal suami nampak.” Ujar teman Awa dengan senyuman. Siap mengusik Awa dengan Farhan lagi.

   “Terima kasih. Datang dengan bakal laki. Siapa pula bakal lagi aku ni cik  Fadila oii?” Soal Awatif dengan muka yang blur.

   “Eleh tu la Farhan. Aku nampak kau datang dengan dia tadi. Amboi bukan main segak lagi Farhan malam ni. Untung kau dapat Farhan. Dia memang sayangkan kau .” Ujar Fadila dengan selamba.

     “Eh dia bukan bakal laki akulah. Kau jangan nak mengarut. Aku dengan dia kawan sajalah. “ Jawab Awatif.

    “Kau ada nampak Fatin tak? Aku cari dia tapi tak jumpa pun?” Soal Awa. Matanya melilau mencari sahabatnya itu.

    “Aah la. Aku tak nampak lagi. Dekat facebook tempoh hari dia kata nak datang ni tak ada lagi maknanya tak sampai lagilah tu.” Jawab Fadila. Matanya juga mencari kelibat temannya lagi sorang yang bernama Fatin.

  “Kau kerja mana sekarang ni Awa?” Soal Fadila dengan tiba-tiba sewaktu mereka berada di meja makan.

   “Aku kerja dekat Aspirasi. Aku jadi setiausaha. Sekarang ni kerja mana boleh nak memilih sangat. Dapat kerja tu pun syukur Alhamdulilah dah.” Jawab Awa sambil menyuapkan desert ke dalam mulutnya.

   “Wow jadi setiausaha. Berat juga tu tanggungjawab kau. Handsome tak bos kau tu.?” Soal Fadila sambil tersenyum penuh makna.

   “Memang berat jugalah tanggungjawab aku dekat situ. Bos aku memang handsome.” Jawab Awa.

   “Ooo sebab kau dapat bos handsome la eh yang kau ignore Farhan?” Soal Fadila. Awa mengerutkan dahinya.

   “Apa kaitannya pula kau ni?” Soal Awatif dengan muka yang blur. Walaupun muka blur tapi tetap comel.

   “Hai girl. Korang berdua dah lama ke sampai. Makan tak tunggu aku pun ya.” Fatin sudah muncul. Awatif dan Fadila menoleh.

   “Haa muncul pun kau. Lama tau kitaorang tunggu kau. Pasal apa lambat?” Soal Awatif sambil memandang wajah Fatin yang sunggu ayu mala mini.

   “Sorry la korang. Aku ada tetamu tadi yang datang jadi kenalah sembang sekejap tak akan aku nak biarkan begitu je.” Jawab Fatin dengan selamba lalu menarik kerusi bersebelahan dengan Awa.

   Mereka bergelak ketawa dan makan sambil bercerita hal kehidupan masing-masing selepas tamat belajar. Ada yang sudah bergelar suami dan isteri dan ada juga di kalangan temannya Awa sudah bertunang.

   “Excusme you all.. Hari ni ada salah seorang antara kita mahu buat kejutan untuk insan tersayang .” Kedengaran suara Hakim yang menjadi MC malam ini. Kesemua mata memandang ke arah Hakim yang berada di atas pentas.

   “Siapa pula yang nak buat kejutan ni?” Soal Awa sendirian. Fatin dan Fadila memandang wajah Awa sambil menjungkit bahu.

   Selepas itulah muncullah Farhan di pentas. Dia membawa sejambak bunga rose merah . Farhan tersenyum kepada Hakim sebelum mengambil mic dari tangan Hakim. Rakan-rakan mereka mula memberi tumpuan kepada Farhan .

   “Assalamualaikum dan selamat malam korang semua. Malam ni adalah malam yang istimewa sekali buat saya kerana pada malam ini saya ingin melamar seorang gadis yang sudah bertahun terpahat di hati saya ini. Cik Nurain Awatif sila bangun boleh?” Soal Farhan. Awa terpinga-pinga seketika apabila Farhan menyebut namanya.

   “Awa , Farhan minta kau berdiri.” Bisik Fatin. Awa tayang muka blur. Apahal pula si Farhan ni. Gerutu Awa dalam diam. Tanpa berlengah Awa terus berdiri dan memandang Farhan dari jauh yang sedang tersenyum padanya. Awa kebingungan seketika.

    “Saya Farhan Redza ingin melamar Nurain Awatif untuk menjadi permaisuri dalam hidup saya. Adakah awak bersetuju Awa?” Luah Farhan. Awa mendengar setiap bicara yang keluar dari mulut Farhan. Kawan-kawan sekelasnya sudah tersenyum dan mengusik Awa dan menjerit menyuruhnya menerima lamaran Farhan. Awa mengetap bibir dengan geram.

   “Awa Farhan lamar kau .” Ujar Fatin.

    “OMG gentleman gila Farhan lamar kau Awa.” Kedengaran suara Fadila pula yang teruja. Awa merenung wajah Farhan.

   “Haa cik Nurain Awatif di persilakan naik ke pentas.” Hakim pula bersuara. Awa menarik nafas dengan dalam sekali sebelum melangkah.

   “Sudi tak awak menjadi permaisuri hidup saya?” Soal Farhan sekali lagi sambil menghulurkan sejambak bunga rose pada Awa.

   “Farhan .. Awak tak patut buat semua ini depan kawan-kawan kita. Saya tetap dengan keputusan saya Farhan. Awak sendiri sudah tahu keputusan sayakan. Maaf saya tak boleh terima bunga ini mahupun cinta awak. Saya minta maaf  Farhan. Tolonglah faham. Awak saya anggap sebagai kawan baik saja tak lebih dari itu. Kenapa awak buat saya macam ni Farhan. Awak tahu tak awak dah malukan diri awak malam ni?” Luah Awatif dengan perlahan. Namun apa yang mereka katakan ketika itu hanya Hakim saja yang mendengarnya . Hakim terlupa memberikan mic kepada Farhan.

   Hakim tergamam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Awa. Dia memandang rakan-rakannya yang lain sednag memandang Awa dan Farhan di atas pentas. Awa langsung tidak menyambut jambangan bunga tersebut.

   “Saya minta maaf Farhan. Saya nak balik sekarang juga.” Tingkah Awa lalu turun dari pentas. Teman sekelasnya mula berbisik. Awa tidak peduli itu semua. Farhan tak patut buat semua ini. Dirinya sendiri yang malu padahal dia sudah tahu yang Awa dah pun menolak pinangannya baru-baru ini.

   Awa terus ke mejanya lalu mencapai tas tangannya sebelum berlalu keluar dari ballroom tersebut. Fatin turut bangun dan mengejar Awa.

   “Awa kenapa ni?Kau nak pergi mana?” Jerit Fatin dari belakang. Awa berhenti lalu menoleh pada Fatin.

   “Aku nak balik.Farhan sengaja malukan diri dia dan aku. Dia dah tahu yang aku tolak pinangan dia baru-bari ini tetapi mengapa malam ini dia buat lamaran dengan kawan-kawan kita semua. Aku malu Fatin. Aku tak boleh paksa diri aku untuk terima lamaran dia. Aku sayangkan dia sebagai kawan tak lebih dari itu.” Luah Awa. Fatin menghela nafasnya.

   “Maknanya Farhan memang dah tahu jawapan kau?” Soal Fatin. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dekat dia supaya dia faham Fatin.” Luah Awa lagi.
   “Sabar Awa.” Pujuk Fatin sambil menepuk bahu teman baiknya itu.

    “Aku nak balik Fatin. Kau boleh tolong hantarkan aku tak? Aku tak nak balik dengan Farhan. Tolong aku Fatin.” Ujar Awa separuh merayu. Dalam kepalanya sekarang ini adalah nak balik rumah.

   “Yalah aku hantarkan kau balik. Jom.” Jawab Fatin lalu menarik tangan Awatif.
    “Awa.. Awa tunggu dulu. Awa nak ke mana tu? Awa balik dengan Farhan.” Jerit farhan sambil berlari ke arah Awa.

   “Farhan biar aku yang hantar Awa balik eh. Kitaorang gerak dulu.” Jawab Fatin. Awa langsung tidak memberikan apa-apa reaksi pada Farhan. Sebaik saja masuk kereta dia terus membatukan diri. Farhan melihatnya dari jauh sambil meraup wajahnya.. Fatin terus masuk ke dalam kereta.

  Farhan lagi sekali kecewa apabila Awa tetap menolak lamarannya itu. Awa langsung tidak mahu berinya peluang . “Awa kenapa awak buat saya begini? Kenapa awak tak boleh nak bagi ruang di hati awak untuk saya?” Soal Farhan sendirian .

   “Farhan. Jom masuk. Majlis kita belum tamat lagi.” Kedengaran suara Hakim memanggilnya.
   “Aku nak balik.Sorry Hakim.” Balas Farhan . Hakim hanya melihat saja Farhan menuju ke kereta sebelum dia masuk semula ke ballroom.

Bersambung....

NotaTersepit: Hilang fokus untuk menulis... Uwaaaaa... Sedihnya.. Bila nak siap cite ni asyik hilang fokus aja... Y_Y. Oh ya CST dah tukar tajuk kepada IKB - Ingin Kau Bahagia .Lepas IKB turn Footsteps bila ambil alih. Amboi kemain perancangannya entah jalan entah tidak..




Minggu, 23 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 16

Assalamualaikum u ollsss...


Sambungan AMB bab seterusnya . 

                                         



BAB ENAM BELAS


     AWATIF termenung di wardrobe miliknya. Dia melihat semua pakaian miliknya yang tergantung. Sesekali mata Awa berkedip dan dia menggarukan kepalanya. Otaknya sedang ligat berfikir sesuatu sambil merenung pakaian miliknya yang tergantung.

    “Ish aku nak pakai baju mana nanti? Susahlah macam ni.” Bebel Awa sendirian. Dia membawa keluar tiga empat helai pakaiannya lalu di suakan di badannya sambil mengadap cermin.Awa mengeluh kecil melihat wajahnya di cermin solek. Dia menggaru panggal lehernya sambil menayang salah satu pakaian di depannya.

  “Langsung tak sesuai untuk majlis tu.” Bebel Awa lagi.
   Apa yang si Awa tu cari sebenarnya. Dia nak ke majlis apa pula kali ni?
   Akid mengintai kakaknya yang blur sedang mengayakan pakaian di hadapan cermin. Tersungging senyuman di bibirnya melihat telatah kakaknya itu.

   “Kakak aku sorang ni nak cari baju apa ni? Bersepah atas katil dengan pakaian.” Akid menolak pintu bilik kakaknya .

   “Kak Awa ni kenapa buang tabiat ke malam-malam ni. Kak Awa cari baju apa ni?” Soal Akid sambil berpeluk tubuh . Dia melangkah masuk ke bilik kakaknya dengan perlahan-lahan.

   “Kak Awa carikan baju yang sesuai untuk pergi Majlis Reunion university Kak Awa. Diorang dah tetapkan tarih event tu. Kak Awa tak tahulah nak pakai apa nanti Akid. Peninglah kepala nak cari baju ni.” Luah Awatif sewaktu menoleh pada adiknya itu.

   “La nak cari baju pun susah ke Kak Awa oii.. Itu benda mudah je la..” Jawab Akid dengan selamba.

   “Akid cakap senang? Kak Awa dah pening kepala nak cari baju tau. Diorang buat majlis dekat hotel.” Jawab Awa sambil bercekak pinggang pada adiknya. Akid tersengih penuh makna.

   “Diorang ada buat tema-tema ke Kak Awa?” Soal Akid sewaktu menghenyakkan punggungnya di tilam kakaknya. Awa mengerutkan dahinya. Dia berfikir sejenak.

   “Tema?” Soal Awa sendirian. Akid menganggukkan kepalanya.
   “Yup tema. Kak Awa cuba tengok diorang buat tema apa.” Balas Akid . Terangkat kedua belah keningnya. Awa mencari laptopnya di meja belajar lalu dia menekan tetikus dan membuka laman social yang sungguh popular sekali zaman kini iaitu facebook.

  Awa melihat event yang telah di invite orang admin yang merancang majlis reunion tersebut. Dia membaca satu persatu yang tertulis di situ.

   “Ada tak kak?” Soal Akid sewaktu berdiri di belakang kakaknya.

   “Ada. Diorang tulis dekat sini tema glamour. Kalau tema rupa itu nak kena pakai apa Akid?” Soal Awa lalu mendongak kepala memandang adik lelakinya itu. Akid berfikir sejenak.

   “Tema glamour ye? Akid rasalah kan kak Awa pakai je baju yang bersinar-sinar . Dari jauh orang dah nampak Kak Awa tahu. “ Sengih Akid. Awa tayang muka blur.

   “Pakai baju yang bersinar-sinar? Ish tak naklah Kak Awa.” Balas Awa sambil menggelengkan kepalanya. 

   “Kak Awa pakai je la baju apa-apa pun asalkan baju tu menutup aurat.” Jawab Akid lagi. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Akid tadi mummy suruh Akid masuk tidurkan ? Ini pasal apa duduk melepak dekat bilik kakak kamu ni?” Soal Puan Fauziah dengan bercekak pinggang. Awa dan Akid menoleh ke belakang dengan serentak. Akid menggarukan kepalanya.

   “Saja je mummy nak kacau kakak.” Jawab Akid sambil tersengih pada mummy nya.
   “Sudah pergi tidur sekarang. Pukul berapa dah ni? Esok sekolahkan. Pergi tidur sekarang. Kalau kamu nak borak dengan Kak Awa kamu sampai subuh pun tak habis. Kak Awa kamu ni dah biasa tidur lambat. Dia boleh kawan dengan burung hantu suka berjaga malam.” Tu dia dengan Awa sekali yang terkena. Nasib kaulah Awatif oii..

   “Mummy Awa ni manusialah bukan burung hantu.” Jawad Awa dengan wajah yang tidak puas hati.

   “Yelah Akid nak masuk tidurlah ni mummy.” Tingkah Akid sambil muncung. Dia melihat jam di dinding bilik kakaknya itu yang sudah pun berada di agka dua belas tengah malam. Akid melangkah keluar dengan malas sekali. Bila sesi persekolahan sudah di buka maka dia tidak boleh tidur lambat melainkan study waktu nak ujian saja.

   “Awa yang pakaian Awa bersepah atas tilam tu kenapa pula?”Soal Puan Fauziah sebaik saja perasankan baju Awa di atas tilam.

   “Awa tengah cari baju yang sesuai mummy untuk majlis reunion dekat university nanti tapi Awa tak tahu nak pakai apa . Diorang cakap tema glamour.” Jawab Awa .Puan Fauziah mengerutkan dahinya.

   “Apa susah Awa pakai je dress labuh yang bling sana sini , lepas tu pakailah high heel . Itu dah ikut tema dah.” Jawab Puan Fauziah dengan selamba.

  “Mummy janganlah suruh kak Awa pakai high heel nanti dia jatuh buat malu je.” Dengan tiba-tiba Akid menyampuk. Puan Fauziah menoleh sambil merenung tajam anak bongsunya itu.

   “Tercegat lagi dekat sini. Pergi masuk tidur Akid.” Puan Fauziah memberikan arahan lagi. Akid menghela nafasnya lalu berlalu menuju ke biliknya. Tadi dia sememangnya sudah keluar dari bilik kakaknya namun dia  tidak menuju ke biliknya tetapi berada di tepi dinding sambil menadah telinga mendengar perbualan mummy dan kakaknya itu.

   “Mata mummy pun dah mengantuk nak tidur. Awa kamu tak reti nak tidur lagi ke? Esokkan kamu kerja. Jangan asyik mengadap laptop je nanti rosak mata kamu nanti.” Tambah Puan Fauziah lagi.

   “Mummy tidurlah dulu, sekejap lagi Awa tidurlah mummy.” Sengih Awa lalu bangun dan memeluk bahu mummy nya dengan mesra.

   “Errm yalah. Jangan nak jadi burung hantu. Ingat pesan mummy tu.” Puan Fauziah menitipkan pesanan sebelum melangkah keluar dari bilik anak gadisnya itu.

   “Mummy ni kan Awa dah cakap tadi yang Awa ni manusia bukannya burung hantu.” Awa menarik muncungnya.

   Sah si Awa ini tidak mengerti maksud mummy nya itu. Alahai Awa kenapalah lambat pick up betul. 

   Selepas itu Awa menyambung mengadap laptopnya kembali. Pakaiannya masih lagi bersepah di tilam. Dia mula melayan Running Man . Itulah kerja si Awa.Peminat tegar Running Man betul dia ni. Kalau dah si Awa ni mengadap running man dah tak ada maknanya dia nak fikir pasal hal baju yang tema glamour tu. Matanya sudah di fokus ke skrin laptop sambil memeluk bantal dengan erat sekali.

   FARHAN tersenyum puas apabila melihat event yang tertera di facebook miliknya itu. Ini adalah peluangnya untuk mendekati Awatif. Dia berharap sangat dapat pergi ke majlis reunion tersebut bersama Awatif. Selagi mampu Farhan akan cuba berusaha untuk dapatkan cinta dari Awa.

   “Aku tak akan lepaskan peluang ini. Aku akan buat satu kejutan buat Awa pada malam reunion tersebut di hadapan kawan-kawan sekelas nanti. Aku yakin Awa tak akan menolak.” Tingkah Farhan sambil tersenyum penuh makna. Dia akan buat kejutan istimewa buat Awatif. 

   “Awa saya sayangkan awak.” Luah Farhan lagi . Dia kemudiannya menutup akaun facebook miliknya sebelum menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Hari ni dia harus membuat persediaan untuk presentation di hadapan Datuk Megat. Farhan telah di pilih untuk membuat pembentangan itu.

   “Farhan jangan lupa presentation petang nanti dalam pukul tiga petang. Datuk Megat tu datang dengan anak perempuan dia tau.” Ujar seseorang pada Farhan yang di kala itu berdiri di hadapan meja milik Farhan.

   “Ya aku tahu. Aku tengah buat persediaan akhirlah ni. Kau ada tak dalam meeting room petang nanti Lan?” Soal Farhan .

   “Aku ada nanti. Aku dengar anak perempuan Datuk Megat tu lawa.” Tambah lelaki yang bernama Lan dengan selamba. Farhan mengerutkan dahinya.

   “Kau ni pantangkan kalau dapat client perempuan kan. Ada je. Aku peduli apa dia lawa ke cantik ke , aku tetap mahukan Awatif. Hanya dia sorang yang aku cinta dan sayangi.” Jawab Farhan. Lan merenung wajah teman baiknya itu.

   “Kau ni Farhan sampai bila kau nak kejar cinta Awa. Kau juga yang cakap yang Awa hanya anggap kau sebagai kawan . Kau tak boleh nak paksa dia sukakan kau Farhan.” 
   “Aku akan kejar sampai aku dapatlah.” Jawab Farhan dengan senyuman sambil menilik dokumen di hadapannya.

   “Kalau kau kejar dia tak dapat macam mana?” Soal Lan lagi.Farhan berfikir sejenak .
   “Kau ni Lan cubalah kasi aku semangat sikit. Kau tahukan yang aku memang sayangkan Awa sangat-sangat. Kau patut sokong aku tau.” Tingkah Farhan .

   “Ya aku sokong kau tapi satu je aku nak pesan. Kau jangan sesekali paksa Awa untuk terima cinta kau tau. Aku tak nak kau paksa dia . Jangan sampai Awa bencikan kau nanti.” Pesan Lan. Farhan tergelak kecil.

   “Awa tak akan bencikan aku . Lan aku dengan Awa tu dah lama kenal. Aku masak sangatlah dengan perangai Awa tu.” Jawab  Farhan dengan bangga.

    “Itu kata kau bukan kata Awa. Hello perasaan manusia ni boleh berubah dalam sekelip mata je Farhan. Kau kena ingat tu. Jangan cakap besar tau.” Lan bersuara lagi . Dia tidak suka sikap Farhan yang suka cakap besar tu.

   “Memanglah perasaan manusia boleh berubah sekelip mata tapi aku yakin Awa tak macam tu.Aku dan Awa dah lama kawan Lan.” Jawab Farhan dengan selamba lagi. Lan manarik nafasnya lalu menggelengkan kepalanya berkali-kali. 

   “Suka hati kau lah Farhan. Aku nak sambung kerja dulu.” Lan terus meninggalkan meja Farhan.
   “Kejutan istimewa buat Awa nanti. Aku pasti yang dia tidak akan menolak.” Farhan bersandar di kerusinya sambil tersenyum. Di dalam kepalanya sudah ada perkara yang perlu di buat untuk  Awa.

   “Farhan. Bos panggil kau. Dia nak jumpa kau sekejap.” Ujar seseorang pada Farhan yang sedang ralit dengan kerjanya.

   “Ok thanks.” Jawab Farhan dengan senyuman . Dia kemudiannya berdiri dan membawa satu dokumen untuk di serahkan kepada bosnya. Farhan melangkah menuju ke bilik pengarah urusan .

   AWATIF sendirian menunggu di luar Aspirasi.  Matanya memandang ke jalan raya lagi. Hampir sejam dia menunggu namun daddy nya masih belum datang mengambilnya di sini. Awatif mula tak senang duduk.

  “Mana daddy ni? Selalunya tak lambat macam ni.” Soal Awatif lalu menyeluk tangannya ke dalam tas tangan yang di pegangnya sejak tadi. Dia kemudiannya membawa keluar handphone miliknya lalu menghubungi daddy nya.

   “Kenapa daddy tak angkat phone ni?” Soal Awatif sendirian sambil merenung handphone yang berada di tangannya. Dia cuba menghubungi daddy nya sekali lagi. Kali ini panggilannya berjawab.
   “Daddy dekat mana? Sejam dah Awa tunggu daddy dekat sini.” Tingkah Awa sebaik saja mendengar suara daddy nya.

  “Sorry Awa. Kereta daddy ni tak nak hidup. Daddy tengah tunggu orang baiki ni. Daddy terlupa nak call Awa tadi. Beginilah hari dah makin gelap ni Awa balik dengan teksi ya. Lepas siap kereta ni baru daddy balik rumah.Jangan lupa bagitahu mummy sekali ya.” Pinta Encik Fathudin. Dia mengelap peluh yang memercik di dahinya.

   Sebaik saja keluar dari pejabatnya, Encik Fathudin terus menuju ke tempat parking kereta. Dia cuba menghidupkan enjin kereta namun langsung tak boleh. Sejurus selepas itu dia terus menghubungi teman baiknya yang bekerja sebagai mekanik.

   “Iye ke daddy. Errmm kalau begitu tak mengapalah. Awa balik naik teksi . Daddy cepat balik tahu. Kita jumpa dekat rumah.” Jawab Awatif dengan muka sedih.

   “Ok sayang. Kalau dah sampai rumah Awa call daddy tau. Ingat tu.” Pesan Encik Fathudin pada anak gadisnya.

   “Yes daddy. Awa akan call daddy nanti.” Jawab Awa . Setelah siap berbicara dengan daddy nya di telefon barulah Awa menyimpan telefonnya sebelum berjalan di tepi jalan raya untuk menahan teksi. Jam sudah berginjak ke angka enam lima puluh minit petang.

   Hadif Fakhri baru saja keluar dari Aspirasi. Hari ini dia pulang lewat dari biasa kerana ada kerja yang perlu di selesaikan. Dia memang tidak boleh bawa balik kerjanya dekat rumah. Mamanya Datin Khadijah memang tak suka anaknya itu membawa balik kerja di rumah. Baginya rumah adalah tempat untuk berehat . Kerja hanya selesai di pejabat.

   Dia kemudiannya memboloskan diri ke dalam keretanya sebelum dia menghidupkan enjin kereta. 
   Awa masih lagi berdiri di sisi jalan menunggu teksi. “Haish mana pula teksi ni? Susahnya nak dapatkan teksi.” Bebel Awa sendirian. Sekejap-sekejap matanya melihat arah jam tangan.

   Hadif Fakhri yang baru saja keluar dari simpang ternampak kelibat Awatif yang sedang berdiri di sisi jalan. Ketika itu Awa sedang melihat jam tangannya. Hadif mendekati Awa dan memberhentikan keretanya betul-betul depan Awa. Dia kemudiannya menurunkan cermin kereta.

   “Awa kenapa tak balik lagi?” Soal Hadif Fakhri. Awa mendonggak lalu memandang bosnya yang berada di dalam kereta.

   “Eh bos tak balik lagi?” Soal Awa sambil tersenyum.
   “Saya nak baliklah ni. Awa tu kenapa tercegat dekat sini?” Soal Hadif. Awa tersengih.
    “Tunggu teksi bos. Daddy saya tak dapat ambil hari ni,” Jawab Awa dengan jujur. 
     “Awak masuk sekarang.Biar saya hantar awak balik.” Arah Hadif Awa tayang muka blur.
    “Apa bos?” Soal Awa.

     “Masuk dalam kereta.” Arah Hadif lagi. Awa terus membuka pintu kereta dan duduk bersebelahan dengan Hadif.

    “Saya hantar awak balik. Hari dah gelap ni. Bahaya awak berdiri sorang-sorang dekat situ.” Tambah Hadif lagi. 

    “Erkk saya tak menyusahkan bos ke?” Soal Awa dengan wajah yang resah. Dia tidak mahu menyusahkan bosnya itu.

   “Tak pun. Awak kan setiausaha saya. Mana boleh saya biarkan awak sorang diri dekat sini.” Jawab Hadif lalu menekan minyak . 

    Baiknya bos aku ni. Hehehhe. Sayang bos lebihlah kalau begini. Gerutu Awa sambil tersenyum manis.

   “Terima kasih bos.” 

   “Sama-sama. Ayah awak ke yang datang jemput hari-hari?” Soal Hadif lalu menoleh pada Awa.
   “Aaah daddy datang ambil. Selepas dia habis kerja dia datang ambil sayalah dekat sini.” 
    “Daddy awak kerja apa?” Soal Hadif lagi.

    “Daddy saya kerjalah bos.” Haiyaaaa Awa , Hadif tanya lain kau jawab lain. Ish ada sondtrouble sungguh si Awa ni.

   “Memanglah kerja. Saya tanya daddy awak kerja apa? Sekali lagi saya ulang. Daddy awak kerja apa.?” Soal Hadif sambil menggelengkan kepalanya. Matanya di tumpukan pada jalan raya.

   “Ohh sorry sorry.. Daddy saya kerja sebagai pensyarah bos.” Jawab Awa sambil tersenyum. Hadif menganggukkan kepalanya.

   “Balik nanti awak vacuum telinga awa tu eh. Sedut semua sampah ke debu ke yang ada dalam telinga awak tu. “ Tingkah Hadif dengan selamba. Awa tayang muka blur sewaktu memandang wajah bosnya.

   “Vaccum buat apa? Bos mana orang guna vaccum untuk telinga.” Jawab Awa dengan selamba. Hadif tergelak kecil.

   “Tak apalah orang tak guna tapi awak guna.” Jawab Hadif dengan selamba. Awa terdiam sambil berfikir sejenak. 

   “Bos kenakan saya ya?” Soal Awa sambil mengetap bibirnya dengan geram. Hadif tersenyum manis.

    Ya Allah handsome nya bos aku kalau dia senyum begini. Hati Awa berbicara .

    “Yang awak percaya tu kenapa?” Soal Hadif. Amboi Hadif dah pandai dah kenakan orang sekarang ni. Mentang-mentanglah si Awa ni blur sukalah mengusik dia.

Bersambung....

NotaTersepit :  AMB dan sampai pertengahan dah tau. Arap2 kesihatan makin baik dan mood pun baik untuk menulis sambungan kisah ini ya. Hehehhe. 




Rabu, 19 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 15

Assalamualaikum u ollsss...

Pejam celik pejam celik dah ari khamis. Masa berlalu dengan pantas sekali tanpa kita sedari. Hari ini pula sambungan bab seterusnya . Apa pula yang Awa buat kali ini....


                                


BAB LIMA BELAS




    FARHAN tidak puas hati apabila Awa mengikut bosnya keluar siang tadi . Hatinya di pagut dengan perasaan cemburu yang meluap-luap.  Dia mundar mandir di dalam biliknya dengan hati yang resah dan gelisah.

   “Awa kenapa awak buat saya begini? Saya sayangkan Awa awak.” Luah Farhan . Bertahun lamanya dia memedam rasa namun dengan mudah sekali Awa menolak perasaannya itu. Farhan menggarukan kepalanya.

   “Bos Awa selamba badak je suruh Awa ikut dia. Apa dia ingat Awa tu wife dia ke?” Farhan tidak berpuas hati. Mengata orang bukan main si Farhan yang dia tu sedar ke tidak buat Awa begitu rupa. Main tarik tangan paksa ikut cakap dia je. Farhan kemudiannya keluar dari bilik. Dia mahu keluar mengambil angin. Kepalanya berserabut memikirkan tentang Awa yang  semakin hari semakin menjauh dengannya.

  “Kamu ni kenapa Farhan rupa seperti orang hilang bini?” Tegur Puan Hamidah sebaik saja melihat wajah anak lelakinya itu.

  “Tak ada apalah mak. Farhan fikirkan tentang Awa.” Jawab Farhan lalu bersandar di kerusi. Puan Hamidah mengerutkan dahinya.

   “Apa lagi yang kamu nak fikir Farhan oii.. Awa tu hanya anggap kamu sebagai kawan baik dia je tak lebih dari itu. Kamu kena terima hakikat tu Farhan.” Farhan hanya menadah telinga.

  “Mak tak faham perasaan Farhan. Mak tahu bertahun Farhan simpan perasaan ni. Bila tiba masa berterus-terang begini pula jadinya.” Jawab Farhan.

  “Farhan kamu mencintai seseorang tak bermakna yang kamu akan memilikinya. Kamu ingat tu. Kamu bukannya boleh paksa Awa sukakan kamu.”

   “Habis tu orang yang kahwin paksa macam mana pula. Bahagia je diorang.” Tambah Farhan lagi. Jelas sekali Farhan tidak boleh menerima hakikat tentang Awa.

   “ Farhan tak semua yang kahwin paksa tu bahagia. Mak tak nak kamu paksa Awa untuk terima kamu . Dia berhak untuk tentukan siapa yang dia pilih . Kalau korang berdua memang berjodoh lambat laun pasti akan bersatu juga tetapi kalau korang berdua memang tiada jodoh buat macam mana sekali pun tetap tak berjodoh.” Farhan menoleh kepada ibunya.

  “Entahlah mak, sukar bagi Farhan untuk melepaskan Awa. Dia adalah cinta pertama Farhan. Awa adalah gadis pertama yang membuka pintu hati Farhan. Mahu Farhan tak gila sayangkan dia tapi dia langsung tak faham perasaan Farhan.” Luah Farhan sambil memandang wajah ibunya.

  “Kamu suka macam mana sekalipun pada Awa , jangan sesekali kamu memaksa dia. Terima saja keputusan yang di buat olehnya.Mak tahu berat untuk kamu lepaskan Awa kan.”

   “Jadi mak nak Farhan putus asa begitu saja. Mak bukan sehari dua tau perasaan sayang ni untuk Awa tapi sudah bertahun lamanya. Tak mungkin Farhan buangkan perasaan itu mak.” Jawab Farhan lalu bangun dan meninggalkan ibunya di situ.

   Puan Hamidah hanya mampu menghela nafasnya dengan berat.  Dia sedar anak terunanya yang ini memang degil. Kalau dia mahukan sesuatu dia akan pastikan yang dia akan dapat.Farhan bukan yang jenis cepat mengaku kalah.

   “Jauhilah anak aku dari buat perangai yang bukan-bukan Ya Allah.” Ujar Puan Hamidah sambil berdoa.

   “Perlu ke aku lepaskan Awa begitu saja?” Soal Farhan sendirian. Dia meraup wajahnya berkali-kali sewaktu berada di dalam biliknya.

   Farhan kemudiannya menuju ke almarinya lalu membawa keluar album besar. Dia membelek satu persatu  yang di mana di dalamnya penuh dengan gambar dia bersama Awa dari zaman sekolah sehinggalah ke university. Bibir Farhan mengukir senyuman. Dari dulu sehingga sekarang wajah Awa sentiasa cantik dan juga comel. Telatahnya yang membuatkan sesiapa saja akan tersenyum dan ketawa.

   PAGI itu , hati Tasha sekali lagi membengkak apabila melihat Adam yang membawakan sarapan pagi untuk Awa. Sakit hatinya apabila melihat Adam sanggup belikan sarapan untuk Awatif .

   “Menyampah betul aku dengan budak blur tu. Si Adam pun satu kemain lagi kalau dengan budak tu. Saja nak menyakitkan hati aku la tu.” Marah Tasha sewaktu berada di bilik air. Kalau ikutkan hatinya yang geram ketika ini mahu je baling sesuatu pada cermin di hadapannya itu.

   “Yang kau bodoh sangat tak nak bagitahu pasal perasaan kau pada Adam tu kenapa?” Soal diri Tasha yang berada di cermin. Tergamam Tasha seketika sambil mengerutkan dahinya.

   “Kau jangan nak menyibuk . Jangan ganggu aku.” Jawab Tasha . Dirinya yang berada di dalam cermin itu tersenyum mengejek. Makin panas hatinya ketika ini.

  “Hoii perempuan kau buat apa dalam toilet lama sangat ni ?” Soal Ita sewaktu mengetuk pintu bilik air tersebut. Perutnya ketika ini sedang memulas. Tasha menoleh ke arah pintu yang terkunci.

   “Penyibuk betullah minah ni.” Bebel Tasha lalu berlalu dan memulas tombol. Wajah Ita sudah berkerut-kerut. Tasha hanya keluar dari situ lalu menghadiahkan satu jelingan buat Ita.

   “Yang kau jeling-jeling aku pagi ni pasal apa? Aku dahlah sakit perut ni.” Soal Ita dengan muka yang berkerut-kerut sebelum bergegas masuk ke dalam toilet. Tasha terus melangkah ke depan langsung tidak mengambil kira kata-kata dari Ita.

   “Kak Tasha nak makan tak? Ini Adam ada belikan roti canai. Awa dah sarapan dekat rumah. Kalau Kak Tasha tak sarapan lagi bolehlah Kak Tasha makan ni.” Pelawa Awa sewaktu bertembung dengan Tasha. Awatif ketika itu sedang menuju ke pantry manakala Tasha pula menuju ke meja kerjanya.

   Tasha hanya merenung wajah Awa dan juga plastik roti canai silih berganti. Awa pelik dengan karenah Tasha hari ini.

   “Kenapa Kak Tasha?” Soal Awa. Tasha mendiamkan diri lalu mengambil plastik dari tangan Awatif.

   “Hmmm thanks Awa.” Itu saja jawapan dari Tasha. Awatif hanya tersenyum. Tasha kemudiannya melangkah ke pantry dengan segaris senyuman di bibir.

   “Rezeki jangan di tolak, tambah-tambah kalau pemberian dari Adam.” Ujar Tasha dengan perlahan . Hatinya yang panas tadi kini menjadi sejuk  .

 “Sedap juga. Mana Adam beli ni eh?” Soal Tasha sendirian sambil tersenyum. Dia sedang leka menikmati sarapan pagi yang di berikan oleh Awa tadi. Kalau diikutkan perutnya memang kenyang lagi kerana dia sudah pun sarapan pagi di rumah tadi namun dek kerana pemberian dari Adam maka di paksa juga masuk ke dalam mulutnya.

    Amboi Tasha kalau dah suka Adam tu bagitahu sajalah. Jangan di simpan-simpan kelak merana diri.

   “Amboi Tasha kemain lagi kau berselera makan.” Tegur Safi sewaktu berada di pantry. Tasha tersenyum.

   “Haruslah.” Jawab Tasha dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Safi memandang Tasha dengan pelik.

   “Yang kau ceria semacam ni kenapa? Kau mimpikan putera raja ke apa malam tadi?” Soal Safi.
   “Adalah . Rahsia.” Jawan Tasha dengan selamba. Safi hanya menggelengkan kepalanya. Selepas itu Safi terus keluar dari pantry .

   AWA merenung wedges yang tersarung di kakinya. Dia menghela nafasnya dengan berat. Wedges hari ni sangatlah tinggi. Ini semuanya gara-gara Akid. Dia telah menyorokkan wedges yang Awa selalu pakai . Ini semua gara-gara cookie yang telah mencakar tangan Akid.

   “Aku dahlah tak berapa nak suka pakai yang tinggi- tinggi ni kan. Kalau pakai yang macam ni mulalah nak jalan terkangkang. Budak Akid ni manalah dia pergi sorokkan aku punya kasut. Geram betul aku dengan budak ni tahu.” Bebel Awa di meja kerjanya.

   “Baik aku jalan kaki ayam lagi bagus. Dalam office tak ada orang nak tengok pun.” Ujar Awa lagi lalu meletakkan wedges yang tersarung di kakinya di bawah mejanya. Dia tersenyum . Kakinya rasa selesa ketika itu. Awa mula meneruskan kerjanya.

   Sebentar tadi dia berjalan nak bawakan roti canai pun bukan main susah lagi. Awa merasakan tidak stabil kalau memakai kasut tinggi jenis apa sekalipun  yang tinggi melebihi tiga inci.

   “Awa makan tak sarapan yang Adam belikan tadi?” Soal Adam sewaktu singgah sebentar di meja Awa.

   “Erk.. Awa minta maaf  ya Adam. Awa tak makan pun sebab perut Awa dah kenyang jadi Awa bagi dekat Tasha yang makan. Kalau di biarkan sejuk nanti makan tak sedap pula.” Jawab Awa sambil tersengih pada Adam. Ketika itu Adam mengeluh kecil.Hampa seketika kerana sarapan itu di belikan untuk Awa.

   “Tak mengapalah Awa. Adam harap lain kali Adam belikan sarapan lagi Awa makan tahu jangan kasi orang lain eh.” Pinta Adam. Awa menganggukkan kepalanya.

   “InsyaAllah. Terima kasih ya Adam tapi kan tak perlulah nak belikan untuk Awa. Jangan susahkan diri Adam eh. Awa ni memang selalu sarapan pagi dekat rumah dengan family.” Tambah Awa lagi. Dia tidak mahu Adam membazir. Sudah menjadi kewajipan dia bersarapan pagi di rumah .
  Waktu belajar dahulu je yang Awa bersarapan pagi di luar. Bila balik ke rumahnya dia akan bersarapan bersama mummy, daddy dan juga Akid. Mummy nya sentiasa peka hal berkaitan dengan makanan ni.

   “Iye ke? Adam kalau boleh teringin nak sarapan pagi dengan Awa.” Dan seperti biasa Awa tayang muka blur.

   “Sarapan pagi dengan Awa? Maksudnya?” Soal Awa sambil merenung wajah Adam .
   “Tak ada apa-apalah. Adam sambung kerja dulu ya.” Pinta Adam lalu meninggalkan Awa di mejanya. Awa hanya memandang Adam dengan kerutan di dahi .

   “Awa tolong saya sekejap.” Hadif Fakhri sudah muncul di depannya.

   “Tolong apa tu bos?” Soal Awa sewaktu berdiri di hadapan bosnya . Hari ini dia agak rendah dari biasa kerana berkaki ayam. Awa terpaksa mendonggakkan kepalanya lebih sikit untuk memandang wajah kacak milik Encik Kreatif.

  “Hoi Awa banyak gila kau beli ayam kfc ni. Siapa yang nak makan semua ni?” Soal Diana sebaik saja melihat banyak ayam kfc bukan itu saja nugget , wedges , coleslaw , burger dan banyak lagi.

   “Bos yang belanja kita semua makan. Ada lagi dalam kereta . Kak Safi dengan Adam masih lagi dekat bawah.” Jawab Awatif sewaktu meletakkan makanan tersebut di pantry. Diana melihat semua yang ada di situ.

   “Wow Tuan Hadif belanja makan hari ni?”. Soal Diana seakan tidak percaya.
    “Sebelum ni bos tak pernah belanja ke Diana?” Soal Awa sambil mengelap peluh di dahinya. Kesemua plastik sudah pun di letakkan di atas meja.

    “Pernah tapi dia buat makan dekat luarlah.Aku rasa ni mesti dia tak sempat nak buat semua tu. Tuan Hadif tu memang sibuk ke sini ke sana . Kau tengok ajalah Awa minggu ni saja mana dia lekat dekat pejabat ni. Aku dengar nama Tuan Hadif sedang meningkat naik malahan siap ada wartawan lagi nak interview dia. Popularlah Tuan Hadif nanti.” Tingkah Diana lagi dengan senyuman.

   “Awa.. Sekarang ni Awa ambil yang Tuan Hadif punya dan bawa dekat bilik dia. Kalau dia dah suruh beli ni semua maknanya dia tak keluar makan tengahari la tu.” Arah Safi pula yang baru muncul dengan membawa plastik KFC.

   “Baik Kak Safi.” Jawab Awa lalu mencari plastik yang berisi dengan makanan milik bosnya.
   “Adam mana?” Soal Diana.

    “Sekejap lagi dia naiklah tu.” Jawab Safi.
    “Korang ni nak pergi berkelah ke apa?” Soal Tasha yang muncul di situ dengan wajah yang pelik. Mereka menoleh pada Tasha.

   “Bukan berkelah Tasha tapi Tuan Hadif yang belanja staff Aspirasi untuk makan tengahari ni. Kau tengoklah macam-macam ada.” Safi menunjukkan makanan yang masih lagi berada di dalam plastik.
   “Iye ke? Hari ni kita lunch awal la kiranya. Baiknya Tuan Hadif hari ni.  Jimat duit aku hari ni.” Sengih Tasha penuh makna lalu menolong Safi mengeluarkan makanan yang berada di dalam plastik. Diana juga turut membantu.

   Awa meletakkan plastik kfc di atas mejanya, kemudian dia menundukkan kepalanya memerhati wedges yang tersarung di kakinya. Lenguh kakinya tak usahlah cakaplah memakai wedges yang tinggi empat inci lebih.

   “Fuh nasib baik aku tak jatuh tadi.” Ujar Awa sendirian.

   Dia  kemudiannya mengambil plastik kfc itu semula dan menuju ke bilik bosnya. Awatif mengetuk pintu bilik bosnya dengan perlahan-lahan. Sebaik saja di suruh masuk Awa terus memulas tombol pintu tersebut dan membawa masuk dirinya dan juga kfc yang di pesan oleh Hadif Fakhri.

   “Bos ini kfc yang bos nak tu.” Ujar Awa lalu meletakkan plastik tersebut di meja Hadif.

   “Terima kasih Awa. Sekejap lagi awak pergilah makan dengan diorang ya.” Jawab Hadif lalu melihat plastik di depan matanya. Dia membelek-belek isi kandungan yang ada di dalam plastik tersebut.

   “Ok bos. Kalau begitu saya keluar dululah ya.” Awa memusingkan badannya ke belakang.

   “Eh sekejap.. Mana wedges saya?” Soal Hadif Fakhri apabila melihat tiada chezzy wedges yang di pesan olehnya. Awa tayang muka blur pada Hadif.

   “Apa bos?” Soal Awa.

   “Wedges saya mana?” Ulang Hadif lagi.

    “Wedges .. Wedges..”

    “ Ya Cik Nurain Awatif.” Hadif merenung setiausahanya itu. Awa berfikir sejenak. Wedges apa pula bos aku minta ni? Soal dirinya sendiri. Awa kemudiannya menundukkan kepalanya ke bawah dan memandang wedges yang berada di kakinya. Sejurus selepas itu Awa tersenyum lalu menangalkan wedges yang tersarung di kakinya. Mata Hadif pula ketika ini sedang ralit melihat ayam kfc. Apabila melihat ayam ini dia pasti akan teringat pada anak buah kesayangannya Syarif yang sangat suka makan ayam kfc .

  “Bos nak wedges yang ni ke?” Soal Awa lalu menunjukkan wedges yang di pegangnya. Hadif mendonggakkan kepalanya. Dahinya terus berkerut. Hadif menepuk dahinya apabila melihat Awa yang tersengih di depannya.

   “Awa saya minta wedges kfc bukan kasut wedges awak. Saya minta chezzy wedges saya bukan kasut awak. Pakai balik kasut awak tu.” Arah Hadif sambil menggarukan kepalanya.

   “Salah eh? Bukan yang ni eh? Bos lain kali cakap biar terang chezzy wedges. Saya ingatkan bos nak kasut wedges saya ni ” Jawab Awa tanpa perasaan bersalah. Hadif menggelengkan kepalanya. Sekali terkena daa dengan Awa. Gerutu Hadif sendirian.

   “Masuk.” Arah Hadif apabila terdengar pintu biliknya di ketuk dari luar. Awa menyarung semula wedges ke kakinya.

    “Maaf Tuan Hadif, ini Awa lupa nak ambil tadi chezzy wedges yang Tuan Hadif pesan.” Ujar Safi sambil menunjukkan plastik yang berisi dengan chezzy wedges kepada bosnya.

   “Thanks Safi. Panggil semua staff makan ya.” Pesan Hadif Fakhri sebelum Safi keluar dari biliknya setelah meletakkan chezzy wedges miliknya.

   “Baik Tuan Hadif.” Safi menutup pintu bilik majikannya itu. Awa masih lagi berada di dalam di hadapan Hadif Fakhri.

   “Saya nak wedges yang ni yang boleh di makan bukan wedges dekat kaki awak yang memang tak boleh makan tu.” Hadif menunjukkan chezzy wedges yang berada di kotaknya. Awa tersengih sambil menganggukkan kepalanya.

   “Sorry bos..” Jawab Awatif dengan selamba. Nasib kaulah Hadif dapat Miss Blur ni jadi setiausaha kau. Sabar je la dengan karenah Awa ni.

   “Pergilah makan.” Arah Hadif lagi. Awa hanya menganggukkan kepalanya.

    “Terima kasih daun keladi nanti belanjalah kami lagi bos.” Jawab Awatif lalu melangkah keluar dari bilik tersebut. Hadif tergelak kecil mendengar kata-kata Awatif.
   
    Bersambung....

NotaTersepit: Dapat idea gila nk compilacated kisah AMB ni. Ini baru nama kezutan. Hehehe.. Macam panjang je kisah AMB ni?baru ingat nk pendekkan sikit.. Hehhee. Tengoklah macam mana nanti...
 



Minggu, 16 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 14

Assalamualaikum u ollsss...

Terima kasih kerana setia menunggu sambungan kisah Alahai Miss Blur ni. Ok minggu ni lagi dua bab . Lupa cik writer nk bagitahu yang setiap hari jumaat cik writer akan bagi sedutan untuk dua bab yang akan berada di blog pada minggu berikutnya. Sedutan tu boleh di baca di fb page cik writer  Page Ayra Zahra   . Mekasih singgah dan baca ye :D


                                     




BAB EMPAT BELAS



      DATUK Rizman hari ini datang ke  Aspirasi. Dia tersenyum manis apabila melintasi meja pekerja wanita. Kebanyakan staff Aspirasi memang tidak suka dengan perangai Datuk Rizman yang agak miang sikit apabila berhadapan dengan perempuan.

   “Boleh saya jumpa Hadif?” Soal Datuk Rizman sebaik saja berada di hadapan meja Awatif. Sebaik saja Awatif mendengar suara itu dia mendongakkan kepalanya.

   “Ye. Boleh saya tahu encik ni siapa?” Soal Awatif dengan senyuman. Datuk Rizman tergamam melihat wajah comel di hadapannya itu.

   “Nama saya Datuk  Rizman. Saya nak jumpa Hadif boleh?” Soal Datuk Rizman. Awatif mengangguk faham.

   “Oh sekejap ya  saya bagitahu kedatangan Datuk dekat bos saya tu.” Tingkah Awa lalu bangun dan menuju ke bilik bosnya. Datuk Rizamn memandangnya dari atas sampai bawah.

   Datuk Rizman memang pantang nampak perempuan cantik. Kalau dulu Tan Sri Herman yang jadi playboy namun sejak Tan Sri Herman berubah giliran Datuk Rizman pula tunjuk belang tambahan pula selepas kematian isterinyan baru-baru ini akibat sakit kanser.

   “Bos ada orang nak jumpa. Dia kata nama dia Datuk Rizman.” Ujar Awa sebaik saja masuk ke bilik bosnya. Hadif mengerutkan dahinya.

   “Datuk Rizman? Mimpi apa pula dia datang kali ni.” Hadif berfikir seketika.

   “Dia datang nak jumpa boslah.” Jawab Awatif dengan selamba.Hadif merenung wajah comel setiausahanya itu. Mulut tu ada je nak menjawab. Gerutu Hadif.

   “Suruhlah dia masuk.” Jawab Hadif. Awa terus keluar dan menuju ke arah Datuk Rizman yang sedang menghadiahkan senyuman manis untuknya.

  “Silakan Datuk .” Pelawa Awa lalu mengiringi Datuk Rizman ke bilik bosnya.
   “Hai Hadif lama tak jumpa .” Tegur Datuk Rizman. Hadif bangun dari kerusinya dan mempamerkan sebuah senyuman plastik. Jujur dia memang tidak suka dengan Datuk Rizman. Dia tidak suka dengan perangai Datuk Rizman. Baru-baru ini dia ada mendengar yang Datuk Rizman mempunyai skandal.

   “Ye Datuk memang lama kita tak berjumpa selepas projek usaha sama kita selesaikan.” Jawab Hadif lalu duduk di sofa. Datuk Rizman juga turut melabuhkan punggungnya di situ.

   “Maaf bos. Ini air untuk bos dan juga Datuk . Silakan minum.” Ujar Awatif sebaik saja muncul dengan membawa air minuman untuk tetamu.

   “Terima kasih Awa.” Hadif tersenyum.

    “Ini PA kamu yang baru ya? Comel orangnya.” Puji Datuk Rizman. Aku dah kata dah orang tua ni mulalah nak buat perangai. Dulu masa Reen jadi PA aku pun dia ada hati gak nak try. Gerutu Hadif di dalam hatinya.

   “Saya keluar dulu bos.” Ujar Awa selepas dia menghidangkan air minuman untuk bosnya dan juga Datuk Rizman.

   “Eh janganlah keluar dulu. Kita borak-borak dulu.” Halang Datuk Rizman apabila melihat Awa ingin melangkah.

  “Borak? Saya banyak kerjalah Datuk. Lagi satu Datuk datang sini nak jumpa bos saya kan.” Awa menjawab.

   “Apa salahnya kalau awak ada sekali dekat sini.” Pujuk Datuk Rizman lagi.

   “Sorry Datuk , PA saya memang sibuk . Boleh saya tahu hajat Datuk ke mari?” Soal Hadif.

   “Saya sebenarnya nak tawarkan satu tender pada awak Hadif. Kepala saya dah pening fikir nak berikan pada siapa. Awak tengoklah rambut saya pun dah banyak gugur sebab banyak sangat fikir.” Ujar Datuk Rizman.

   “Apa susah Datuk kalau rambut banyak gugur Yu Nam Hair Care kan ada. Dia boleh bantu masalah datuk tu.” Dengan selamba Awatif membidas Datuk Rizman sambil tersenyum. Hadif menahan ketawa.

   “Awa awak pergi sambung kerja awak dulu ya.” Arah Hadif sambil menyembunyikan tawanya. Awatif tersenyum.

   “Ok bos. Saya keluar dulu. Jemput minum ya Datuk.” Pelawa Awatif sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Datuk Rizman hanya memandang Awa meninggalkan mereka.

    “Maafkan saya Datuk. PA saya tu mulut dia memang boleh tahan pedasnya.”
     “Tak mengapa. Saya tak marah pun. Apa yang dia kata tu  ada betulnya.” Jawab Datuk Rizman walaupun riak wajahnya sudah bertukar rupa ketika ini.

    Ambik kau Datuk sekali dah terkena dengan Awa. Terbaiklah PA aku yang ni dengan selamba badak je dia kenakan Datuk Rizman yang miang ni. Gerutu Hadif sambil menahan tawanya.

    SELESAI saja urusannya bersama Hadif Fakhri , Datuk Rizman keluar dari bilik tersebut dan Hadif mengiringinya dari belakang.

    “Terima kasih Datuk di atas tawaran tersebut. Saya kena fikirkan dahulu. Bila saya dah ada jawapannya saya akan menghubungi Datuk.” Tingkah Hadif dengan senyuman lalu bersalaman dengan Datuk Rizman di hadapan meja Awatif.

    “Saya harap awak fikir-fikirkanlah tawaran tu.” Jawab Datuk Rizman lalu membalas senyuman Hadif sebelum matanya beralih pada seraut wajah comel yang sedang leka membuat kerja.

   “Awa.. Jumpa lagi. Jikalau terjumpa saya dekat luar sana tegurlah.” Datuk Rizman cuba menarik perhatian Awa.

   “InsyaAllah Datuk . Itu pun kalau saya terjumpalah . Mana tahu selepas Datuk pergi ke Yu Nam Hair Care saya tak kenal datuk dah lepas ni. Datuk jangan lupa buat rawatan rambut tahu nanti makin teruk pula. Hilang kemanisan di wajah Datuk.” Ambil kau sekali lagi Awa membidas dengan selamba. Hadif menggarukan hidungnya lalu menoleh ke belakang. Dia cuba menahan tawanya.

   Ada beberapa staff Aspirasi yang mendengar kata Awatif itu cuba menahan gelak dan tawa mereka. Belum pernah lagi ada staff Aspirasi yang berani berkata sebegitu pada Datuk Rizman.

    Kembang setaman Datuk Rizman apabila mendengar yang  Awa mengatakan wajahnya manis. Ini bermakna dia masih di gilai oleh perempuan. Perasan habis Datuk Rizman ni.

   “Terima kasih Awa kerana mencadangkan untuk saya. Okeylah saya minta diri dulu. Saya harap dapat jumpa awak lagi selepas ni. Saya suka dengan karenah awak Awa.” Tambah Datuk Rizman sambil mengenyitkan matanya pada Awa.

    Hadif sudah merenung tajam pada Datuk Rizman. Amboi ada hati Datuk ni nak mengorat PA aku. Hadif ketap bibirnya. Adakah Hadif Fakhri mula merasa cemburu?

   “Bye Datuk.” Awa melambaikan tangan pada Datuk Rizman sambil tersenyum. Datuk Rizman menoleh ke belakang lalu memberikan flying kiss buat Awa. Hadif hanya melihat karenah Datuk miang ni. Awa tayang muka blur seketika . Sebaik saja Datuk Rizman sudah jauh darinya dia mencebik.

   “Tak padan dengan tualah Datuk tu. Makin tua makin menjadi.” Bebel Awa.
    “Flying kiss ? Yaksss mual tekak aku sekejap.” Tambah Awa dengan selamba. Hadif melihat karenah Awa.

    “Awa kemain lagi awak melayan karenah Datuk Rizman ya. Awak tak takut ke dengan perangai miang dia?” Soal Hadif sambil merenung tajam pada Awa.

    “Buat apa saya nak takut bos kan ada. Bos tak akan biarkan saya kesusahan kan kan kan?” Soal Awa dengan selamba. Hadif menggelengkan kepalanya . Awa tersengih. Hadif melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa menjawab pertanyaan Awatif.

   “Aku salah cakap ke?” Soal Awa sambil mengetuk dahinya dengan perlahan.

     “Weh Awa kau gila ke apa cakap dekat Datuk Rizman rupa itu . Sebelum ni mana lagi staff Aspirasi cakap macam tu dekat dia. Aku tabik spring dekat kau Awa.Kau kenakan Datuk tu baik punya.” Ujar Diana dengan senyuman sewaktu mendekati meja Awa.

   “Erk, aku cakap benda yang betul je. Aku bukan mengata dia pun.” jawab Awa dengan selamba.
   “Terbaiklah Awa.” Tambah Diana sambil menepuk bahu Awa dan seperti biasa Awa menayang muka blurnya.

   “Kak Safi  Awa ada buat salah ke dekat Datuk Rizman?” Soal Awatif apabila melihat Safi yang menghampiri mejanya.

   “Awa tak buat benda salah pun. Satu saja Kak Safi nak pesan pada Awa jangan sesekali layan karenah Datuk Rizman. Dia tu miang tambah-tambah lepas wife dia meninggal. Kalau nak tahu dulu si Diana ni pun pernah nak kena ushar dengan dia.” Jawab Safi. Awa membuntangkan matanya.

  “Hah ye ke?Serius kak? Habis tu apa jadi?” Soal Awa dengan teruja.
   “Apa lagi kenalah sound dengan laki aku.” Jawab Diana dengan selamba. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Lama tau dia tak muncul sini dan hari ni tiba-tiba dia datang lagi ke mari.” Balas Safi lalu berfikir sejenak. Sudah lama dia tidak melihat kelibat Datuk Rizman kebelakangan ni.

    TENGAHARI itu Awa keluar seorang diri untuk makan tengahari.  Safi dan Diana sudah keluar makan tengahari dengan suami masing-masing. Awa berjalan seorang diri keluar dari Aspirasi. Hajat di hatinya mahu membeli makanan di kedai yang berdekatan.

   Sebaik saja keluar dari pintu depan Aspirasi, Awa melihat Farhan Redza yang sudah menunggunya . Farhan bersandar di tiang .

   “Ish pasal apa pula Farhan ni datang jumpa aku dekat pejabat ni?” Soal Awa sendirian.
    “Awa..” Panggil Farhan sebaik saja ternampak Awa . Farhan terus melangkah mendekati Awa yang sedang berdiri di situ.

   “Farhan buat apa dekat sini?” Soal Awa sebaik saja Farhan berdiri di hadapannya.
   “Saya nak jumpa awaklah. Jom kita lunch sekali.” Pelawa Farhan.

    “Tak mengapalah Farhan. Lain kali sajalah ya.” Jawab Awa sambil menolak pelawaan dari Farhan. Dia sengaja mengelak dari Farhan.

   “Kenapa Awa dah lain sekarang ni? Awa dah tak suka kawan dengan Farhan lagi ke?” Soal Farhan. Awa menggelengkan kepalanya.

   “Eh bukan begitu. Awa suka berkawan dengan Farhan tapi Awa tak suka bila awak asyik paksa Awa untuk terima hal peminangan. Awak tahukan saya tak boleh terima. Farhan adalah kawan baik Awa tak lebih dari tu.” Jawab Awa dengan jujur. Dia lemas dan rimas apabila Farhan asyik menghubunginya supaya menerima pinangannya dan juga cintanya. Bagaimana Awa harus terima sedangkan dia langsung tidak mempunyai apa-apa pun perasaan pada Farhan Redza.

   “Awa cubalah faham perasaan Farhan. Nama Awa sudah terpahat dekat hati ini . Bertahun tau Farhan simpan perasaan ni pada Awa.” Jelas Farhan. Awa mengeluh seketika.

   “Awa pergi dulu ya.” Awa meminta diri namun Farhan terlebih dahulu bertindak. Dia terus menarik tangan Awa menghalang Awa pergi dari situ.

   “Apa ni main pegang-pegang. Awa tak sukalah macam ni. Farhan lepaskan tangan Awa.” Pinta Awa sambil menarik tangannya dari Farhan.

   “No way. Farhan tak akan lepaskan Awa kalau Awa tak nak lunch dengan Farhan.” Awatif mengerutkan dahinya. Dia menarik tangannya lagi tanpa memberikan sebarang jawapan.

    “Lepaslah. Awa nak pergi makan.” Pinta Awa lagi.
    “Tak apalah kita makan sekali. Jom.” Farhan menarik tangan Awa dan melangkah menuju ke kereta.

   “Awa cakap tak nak tak naklah.” Suara Awa mula tinggi.

    “Awa awak nak ke mana tu?” Soal Hadif Fakhri. Dia baru saja turun dan ingin menuju ke kereta namun sebaik saja sampai di pintu keluar dia ternampak kelibat Awatif dengan seorang lelaki. Sebaik saja mendengar namanya di panggil , Awa terus menoleh ke belakang. Farhan turut berhennti melangkah.

   “Eh bos.” Jerit Awa lalu merentap tangan Farhan dengan kasar. Dia berlari menuju ke arah Hadif. Farhan terkejut lalu mendekati Awa di samping Hadif. Awa menggosokkan tangan kananya yang sudah merah.

    “Bos nak ke mana?” Soal Awa sambil memandang wajah Hadif Fakhri.
    “Saya cari awaklah. Ikut saya sekarang.” Jawab Hadif.  Awa tayang muka blur. Bos cari aku?Pasal apa pula. Hari ini tak ada temujanji dengan client pun. Gerutu Awa sendirian.

   “Awa lunch kita macam mana?” Soal Farhan dengan wajah yang serius. Awa langsung tidak menjawab pertanyaan Farhan malah dengan pantas kakinya mengekori Hadif dari belakang walaupun dia masih lagi blur tidak tahu ke mana arah tuju bosnya itu.

    “Bos kita buat apa dekat sini?” Soal Awatif dengan pelik apabila Hadif membawa ke suatu tempat yang dia belum pernah lagi sampai ke mari.

   “Buat apa lagi. Kita makanlah. Perut saya dah lapar. Jom .” Jawab Hadif lalu keluar dari keretanya. Awatif yang blur turut keluar dari kereta milik bosnya itu.

   “Siapa lelaki tu tadi? Kekasih awak ke?” Soal Hadif sementara menunggu makanan mereka sampai.

   “Oh itu Farhan. Kawan saya masa sekolah rendah lagi. Bos terima kasih sebab tolong saya tadi.” Jawab Awa sambil tersenyum. Walaupun dia masih tidak tahu lagi apa motif dia berada di sini namun dia tetap berterima kasih pada bosnya itu kerana telah menolongnya dari makan bersama dengan Farhan.

   “Kawan apa main tarik tangan rupa itu?” Marah Hadif tanpa sedar.
   “Dia marah saya tolak pinangan dia.” Jawab Awa dengan jujur. Hadif terkejut .

Bersambung...

NotaTersepit : Rindu nak menulis AMB tetapi kesihatan masih tidak mengizinkan . Masih lagi demam selsema dan batuk2 x dapat nak fokus melainkan draft part seterusnya dlm nota...Y_Y





Rabu, 12 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 13

Assalamualaikum u olls...


Bab 13 AMB dah kuar. Mekasih singgah dan baca ..


                                     

BAB TIGA BELAS




   DATIN Khadijah membelek plastik pampers yang di belikan oleh anak lelakinya. Dia tersenyum puas.

   “Pandai juga Hadif beli ya.” Usik Datin Khadijah.
   “Dah boleh kahwin dah tu.” Tambah Datuk Ismail yang turut mengusik anak bujangnya yang baru je balik.

   “Bukan Hadif yang pilih. Si Awa tu. Hadif  bawa dia tadi pergi pilih. Hadif mana tahu yang mana bagus. Awa ni kan tahu kalau bab-bab iklan yang mana terbaik.” Jawab Hadif dengan selamba.

   “Kamu pergi dengan setiausaha kamu? Kenapa tak bawa Awa ke mari?” Soal Datin Khadijah.
   “Yup Hadif suruh dia ikut. Hari ni si Awa buat hal lagi. Pergi belikan pampers untuk Syifa dia ambil pampers ni lepas tu dia siap nyanyi whoopee. Sah dia suka sangat tengok tv. Ada je karenahnya mama.” Bebel Hadif. Datin Khadijah tersenyum lagi.

   “Tapi setiap karenahnya kamu sukakan?” Soal Datuk Ismail. Hadif menaikkan keningnya. Dia langsung tidak menjawab .

   “Hadif naik dululah mama papa. Hari ni Hadif ambil half day je.” Hadif mahu mengelak la tu. Dia bangun lalu bergegas menuju ke tingkat atas.

   “Daddy…” Jerit Syarif yang berada di tangga.
   “Syarif jangan main dekat tangga nanti jatuh. Main dekat bawah ya sayang.” Ujar Hadif lalu mengusap kepala anak buahnya.

   “Okey daddy..” Jawab Syarif dengan senyuman sebelum dia turun tangga menuju ke arah tok ma dan tok pa nya. Syarif membawa barang mainannya sekali. Syifa sudah tidur selepas di beri makan tadi.

  “Tok ma, bila mama dengan papa Syarif balik?” Soal Syarif dengan tiba-tiba. Dia mula rindukan mama dan papanya. Datin Khadijah menarik Syarif lalu di peluk dengan erat.

    “Lusa mama dengan papa Syarif baliklah. Sekarang Syarif dengan adik kena duduk sini dengan tok ma , tok pa dan juga daddy.” Jawab Datin Khadijah. Syarif menganggukkan kepalanya tanda faham.

   “Syarif nak ikut tok pa tak?” Soal Datuk Ismail.
   “Nak pergi mana tok pa?” Soal Syarif.

    “Tok pa nak bagi ikan dekat belakang makanlah.” jawab Datuk Ismail. Mendengar saja tok pa nya menyebut ikan terus Syarif melompat. Dia memang sukakan ikan.

   “Nak nak nak..”  Syarif bersorak dengan gembira. Datuk Ismail menggelengkan kepalanya lalu menghulurkan tangannya pada Syarif. Dengan sepantas kilat Syarif menyambutnya dan berjalan seiringan dengan tok pa nya itu. Datin Khadijah tersenyum dari jauh.

   “Datin. Ini Syifa sudah bangun.” Tingkah bibik yang tiba di situ sambil mendukung Syifa yang sedang menenyehkan matanya. Dia baru saja bangun dari tidur.

   “Cucu tok ma dah bangun ya.” Ujar Datin Khadijah lalu mengambil Syifa.

   “Whoopee.  Awa ni memang hantu tv gamaknya. Semua benda dia tahu. pelik betul aku dengan budak sorang ni. Ini dekat rumah mungkin kerjanya mengadap tv je kot.”  Ujar Hadif dengan perlahan. Ada saja adegan dari Awa yang berjaya mencuit hatinya. Hati ketawa seorang diri apabila mengenangkan sikap Awatif.

     AWATIF baru saja balik dari makan tengahari . Sebaik saja sampai di meja Awa melihat ada dua jambak bunga yang ada di depan matanya. Dia melihat kedua-duanya dengan pelik.

    “Siapa pula yang hantar bunga dekat aku ni?” Soal Awatif sendirian lalu dia mengambil jambangan yang pertama. Bunga ros bewarna pink di tenungnya dan Awa mula mencari-cari kad yang terselit. Awa membuka kad tersebut. Dia melihat nama yang tertera di situ pengirim yang sama iaitu Farhan Redza.

    Awa meletakkan jambangan itu lalu mengambil jambangan yang kedua pula. Dia melihat bunga rose yang bewarna pink dan juga merah.  Awa mencari kad yang terselit. Apabila kad tersebut di baca Awa terus mencari kelibat orang yang memberikannya bunga itu.

   “Adam bagi aku bunga? Buang tabiat ke apa si Adam ni?” Tingkah Awa dengan perlahan dan mencari kelibat Adam di meja kerjanya namun Adam tiada di situ.

   “Amboi Awa kemain lagi Kak Safi tengok. Hari ni Awa dapat dua jambak bunga tu. Ramai peminat Awa ye?” Usik Safi sewaktu mencuit bahu Awatif.

  “Ish Kak Safi mana ada peminat. Bunga yang ni kawan Awa yang hari tu bagi dan yang ni pula Adam yang bagi Kak Safi. Mimpi apa si  Adam tu bagikan bunga dekat Awa. Pelik betul.” Ujar Awa dengan jujur. Safi terkejut apabila mengetahui salah seorang pengirim bunga itu adalah Adam.

  “Pelik tu Awa. Sepanjang Kak Safi kenal Adam belum pernah lagi dia bagikan bunga pada perempuan. Entah-entah Adam suka dekat Awa tak?” Tembak Safi. Awa mengerutkan dahinya.

   “Ish Kak Safi ni mana mungkin la Adam suka dekat Awa. Malang sekali bagi orang yang sukakan Awa Kak Safi. Awa ni kan blur. Semua orang tahu tentang tu. “ Jawab Awa sambil tersenyum.

  “Eh blur blur pun Awa seorang gadis yang baik, paling utama Kak Safi suka dengan sikap terus terang Awa tau.” Puji Safi. Ya memang tidak di nafikan yang dia suka dengan sikap Awa yang jujur dalam apa saja keadaan.

   “Kak Safi ada nampak Adam tak?” Soal Awa .
    “Kak Safi rasa tadi dia keluar jumpa orang. Ada urusan syarikat yang dia perlu selesaikan hari ini.” Jawab Safi .

   “Untunglah kau kan ada peminat sana sini. Siapa yang bagi bunga ni?” Soal tasha dengan tiba-tiba. Awa dan Safi menoleh serentak.

   “Oh bunga ni kawan Awa yang bagi satu dan Adam bagi satu.” Jawab Awa dengan jujur. Sebaik saja mendengar nama Adam yang di sebut oleh Awa terus berubah wajah Tasha ketika ini.
   “Apa dia Adam yang bagi.Kau biar betul Awa. Gila ke apa si Adam nak bagi bunga dekat kau.” Soal Tasha seakan tidak percaya.

   “Betul Kak Tasha. Awa pun pelik kenapa Adam bagi bunga dekat Awa.” Jawab Tasha. Dia memberitahu perkara yang benar belaka pada Tasha.

   “Aku tak percayalah Adam yang bagi. Kau salah orang kot.” Tambah Tasha sambil menggelengkan kepalanya.

   “Kalau Kak Tasha tak percaya , cuba Kak Tasha tengok apa yang tertera dekat kad ini.” Ujar Awa lalu menyuakan kad yang di tulis oleh Adam pada Tasha. Dahinya berkerut sebaik saja membaca apa yang di tulis oleh Adam.

   Bunga yang cantik untuk si gadis cantik 
   Dari Adam 

   “Aku pergi sambung kerja dululah.” Tingkah tasha lalu memulangkan semula kad yang di pegangnya kepada Awa. Panas hatinya ketika ini.

   “Tak guna punya Awa, dia dapat bunga dari Adam. Apa yang budak ni bagi dekat Adam haa sampaikan Adam boleh cair dengan dia. Geramnya aku.” Ujar Tasha tidak puas hati sewaktu melangkah ke mejanya. Di ketap bibirnya dengan geram sekali. Hatinya rasa terbakar . Dia cemburukan pada gadis bernama Nurain Awatif.

   “Kak Safi kenapa dengan Kak Tasha tu?” Soal Awatif dengan pelik. Safi tersenyum pada Awa.
   “Tak ada apa-apa. Mungkin Kak Tasha tu terkejut kot.Yalah sebelum ni mana pernah Adam nak bagi bunga pada perempuan. Kami berdua dah lama kerja sini dah lama kenal si Adam tu.” Jawab Safi. Awa menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

   “Kita borak lagi nanti, ada kerja yang Kak Safi nak kena siapkan.” Tambah Safi lagi sebelum meninggalkan Awatif di situ.

   Sebaik saja selesai bercakap di telefon, Awa mematikan talian. Dia kemudiannya bangun dari tempatnya dan melangkah ke pintu bilik Hadif Fakhri.

   “Maaf bos saya ganggu. Saya ada sedikit pesanan untuk bos.” Ujar Awa di sebalik pintu sambil tersengih kepadanya. Hadif memandang wajah setiausahanya itu.

   “Pesanan apa?” Soal Hadif dengan pelik.

    “Begini bos sebentar tadi ada wartawan dari sebuah majalah yang ingin interview bos  untuk di muatkan dalam majalah mereka. Kalau bos bersetuju dia suruh saya bagitahu dia. Apa pendapat bos?” Soal Awatif . Dia menyampaikan pesanan dari wartawan yang menghubungi sebentar tadi.

    “Interview? Errmm .. Awak bagi nombor diorang pada saya biar saya cakap sendiri dengan mereka . Apa yang diorang nak sebenarnya.” Jawab Hadif. Awatif mendekati bosnya lalu menyuakan sticky note yang di situ telah tertera nombor telefon milik wartawan tersebut.

  “Ini bos. Famous juga bos ni ya sampaikan ada wartawan yang nak interview. Wah fefiling artislah bos lepas ni.” Dengan ringan sekali mulut Awatif berbicara sewaktu menghulurkan sticky note pada Hadif Fakhri.

   “Banyaklah awak punya famous. Awak ingat saya ni artis ke cik Awatif?” Soal Hadif . Awa tersengih.

   “Manalah tau bos jadi artis dalam diam . Bos ada rupa boleh je nak jadi artis.” Jawab Awa dengan selamba.

   “Awak ni kalau bab menjawab memang pandaikan.” Hadif merenung tajam pada Awatif dan seperti biasa Awa sering kali menunjukkan wajahnya comel.

   “Saya akan hubungi wartawan tu nanti. Awak pergilah sambung kerja.” Arah Hadif.
   “Hai bos menghalau ke?” Gurau Awa dengan selamba.

   “Bukanlah. Kalau awak nak buat kerja dekat bilik saya ni pun boleh je.” Giliran Hadif mengusik. Awa tayang muka blur.

   “Kerja dekat sini? Baik saya duduk tempat bos terus.” Sengih Awa dengan selamba.
   “Ok bos saya keluar dulu. Oh ya sebelum saya terlupa bos ada temujanji dengan Datuk Mukhriz sekejap lagi tau. Jangan lupa.” Pesan Awatif sebelum melangkah keluar meninggalkan Hadif.

   “Ok Thanks. Awak ikut sekali nanti.” Pesan Hadif sewaktu Awa berada di pintu.
    “Baik bos.” Jawab Awa lalu menutup pintu bilik Hadif Fakhri. Dia menuju semula ke meja kerjanya. Dia terkejut seketika apabila melihat coklat di atas mejanya.

    “Ini siapa pula punya kerja bagi aku coklat ni.” Soal Awatif lalu bercekak pinggang. Di tilik coklat yang berada di atas meja sebelum dia membaca kad kecil yang ada di situ.

   “Farhan Redza lagi. Apa tak ada orang lain ke nak bagi aku ?” Bebel Awa sendirian. Dia letakkan coklat tersebut di tepi. Awa mencari handphone miliknya lalu mendail nombor Farhan Redza.
    “Awa suka tak bunga yang Adam bagi?” Soal Adam dengan tiba-tiba sebaik saja Awa selesai berbicara dengan Farhan sebentar tadi. Adam muncul di mejanya.

    “Kenapa Adam bagi Awa bunga?” Soal Awa . Semenjak pagi tadi lagi dia mencari Adam.
    “Saja nak bagi pada Awa sebagai tanda persahabatan kita.” Jawab Adam dengan selamba.

     “Lain kali tak payah la bunga bagai. Awa ikhlas kawan dengan Adam dan juga staff yang ada di sini.” jawab Awa dengan senyuman.

    Tapi saya tak nak hubungan kita hanya sebagai kawan. Jerit hati Adam ketika ini. Bagaimanakah dia harus luahkan perasaannya itu. Dia sudah jatuh cinta dengan Awatif. Tasha makan hati lagi kali ini.

Bersambung..

NotaTersepit: Menunggu sebuah jawapan adalah satu penyeksaan. Y_Y . Cik Writer sedang bercuti sakit untuk seketika. Demam selsema .





Minggu, 09 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 12

Assalamualaikum u olllssss..

Diri ini masih lagi di berada dalam keadaan writer block.Hampir seminggu mss AMB x berjalan. Otak membeku agaknya. Nampak gayanya kenalah rehat seketika. Rehat berapa lama x pasti tetapi entry tetap berjalanlah sb dah byk bab yg siap . Ok ini sambungan bab seterusnya. Tengok apa pula kali ni si Awa buat. Mekasih singgah dan baca  :D

                                         



BAB DUA BELAS



     HADIF Fakhri sedang mengelamun di dalam biliknya. Dia melihat persekitaran biliknya yang sunyi dan sepi. Dia sedar rumah yang di diaminya itu sunyi sepi apabila keluarga Kak Huda dan juga Hayyan tiada di sini. Dia merasakan hidupnya kosong apabila kembali dari pejabat.

   “Rasanya sudah tiba masa untuk aku carikan seorang isteri. Hayyan dan Reen sudah bahagia dengan kehidupan mereka aku pula masih lagi begini. Masalahnya nak cari isteri bukannya senangkan.” Bebel Hadif sendirian.

   Sejurus selepas itu, Hadif tersenyum dengan tiba-tiba. Entah mengapa karenah Awatif bermain di ruang legar matanya.

   “Awa? Haish pelik juga aku. Dia selalu blur dan lambat pick up dalam sesetengah perkara tetapi bab belajar memang terbaik. Itulah kelebihan yang di miliki oleh Awa. Hari-hari ada saja telatah comelnya yang membuatkan aku ketawa.” Puji Hadif dengan perlahan. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman ketika itu.

   Encik Hadif Fakhri ni senyum kemain lagi, tak kan dah jatuh hati dengan Awatif kot. Siapa tahukan . Perasaan tu hadir tanpa kita sedari.

   “Daddy.. Daddy..” Kedengaran suara Syarif memanggil Hadif Fakhri. Terkejut Hadif mendengar suara Syarif ketika ini. Dia melangkah menuju ke pintu. Sebaik saja pintu biliknya terkuak  dia ternampak Syarif sudah tersengih.

  “Hey hero daddy datang dengan siapa?” Soal Hadif lalu duduk sama tinggi dengan anak sedaranya.

   “Syarif datang dengan mama, papa dan adik Syifa la.” Jawab Syarif. Hadif mencubit pipi anak buah kesayangannya.

   “Iye ke? Ok jom kita turun bawah.” Hadif menghulurkan tangannya pada Syarif. Dengan pantas Syarif menyambut tangan daddy nya sebelum mereka berdua melangkah menuju ke tingkat bawah.
   “Kak Huda nak pergi mana ni?” Soal Hadif sebaik saja melihat Kak Huda nya membawa keluar bagasi anak-anaknya dari kereta.

   “Kak Huda kena temankan abang Syah kamu outstation kali ni. Dioarang ada buat dinner apa entah. Kak Huda kenalah tinggal Syarif dengan Syifa dekat sini. Kak Huda pergi tiga hari dua malam je.” Jawab Huda sambil tersenyum.

   “Bagus juga tu Syarif dengan Syifa ada dekat sini tak adalah Hadif bosan .” Sengih Hadif sambil mengekori kakaknya dari belakang. Dia membawa bantal peluk Syarif dan juga Syifa . Mereka berdua tak boleh tidur lena kalau bantal peluk upin dan ipin tiada di sisi mereka. Kanak-kanak zaman sekarang dah pandai dah nak itu nak ini.

    “Syarif dengan Syifa dengar cakap tok ma dan tok pa tau. Mama dengan papa pergi tak lama. Jangan nakal-nakal tahu. Ingat kalau nakal mama dengan papa tak nak bawa korang pergi holiday.” Pesan Huda kepada anak lelakinya Syarif. Mereka sudah berada di depan pintu utama. Sekejap lagi Huda dan Syah manu bertolak ke Terengganu.

   “Okey mama. Papa jangan lupa belikan mainan untuk Syarif dan adik.” Tingkah Syarif . Syahiran menggelengkan kepalanya. Itu sajalah yang selalu Syarif minta apabila dia outstation.

   “Yalah nanti papa dan mama belikan. Ingat pesan mama tu.” Jawab Syahiran sambil menggosokkan kepalanya. Huda sudah mula sedih. Dia belum pernah lagi berjauhan dengan anaknya itu.

   “Kamu tak perlulah nak sedih Huda. Mama dengan Papa ada jagakan diorang. Korang pergi sana bukannya lama pun. Janganlah risau tentang Syarif dan juga Syifa.” Ujar Datin Khadijah sebaik saja melihat wajah keruh Huda. Dia tahu anaknya itu berat hati mahu tinggalkan buah hati kesayangannya.

   “Jomlah kita bertolak sekarang.” Syahiran memandang wajah isterinya. Huda menganggukkan kepalanya.

   “Okey sayang mama dengan papa nak gerak dulu. Jangan nakap-nakal tau. Mama papa kami gerak dululah. Kalau ada apa-apa mama telefon Huda tahu. Bukan apa takut Syifa demam . Syifa mudah sangat demam.” Sempat lagi Huda menitipkan pesan sewaktu bersalaman dengan mama dan papanya.

   “Syah hati-hati bawa kereta.” Pesan Datuk Ismail pula. Syahiran tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

   “Bye mama papa..” Syarif melambaikan tangannya sehinggalah kereta yang di pandu oleh papanya hilang dari pandangannya.

   “Jom masuk.” Datin Khadijah memaut bahu cucu kesayangan itu.

       PUAN  Fauziah sedang menyusun pakaiannya dan juga suaminya ke dalam almari. Dia menoleh sebaik saja mendengar pintu biliknya di tolak dari luar.

    “Awa dengan Akid ke mana bang? Sunyi je .” Soal Puan Fauziah kepada suaminya.
    “Diorang tu ada je dekat bawah tengah tengok tv. Adalah tu cerita yang best yang boleh diorang duduk diam tanpa bertekak.” Jawab Encik Fathudin dengan selamba.

    “Abang , Yah sebenarnya bimbangkan Awa.” Luah Puan Fauziah. Sejak akhir-akhir dia tidak tahulah kenapa hatinya merasa bimbang pada Awatif.

   “La awak nak bimbangkan apa? Awa tu kan dah besar dah kerja. Dia pandai jaga diri dia.” Encik Fathudin melabuhkan punggungnya ke tilam. Dia naik ke atas untuk mengambil komputer ribanya. Ada kerja yang perlu dia buatnya. Dia ingin menyemak assignment yang di buat oleh pelajarnya.

  “Yalah bang. Awa tu jenis yang lambat pick up untuk sesetengah perkara. Yah bimbang orang ambil kesempatan pada dia. Sekarang ni dia sudah bekerja. Dunia pekerjaan ni bukannya mudah. Awa berhadapan dengan manusia yang mempunyai pelbagai ragam.” Luah Puan Fauziah.

   “Itu yang awak bimbangkan? Yah Yah.. Awak kena percaya pada Awa. Awak tengoklah sewaktu dia belajar dekat university dulu bagaimana. Dia boleh hadapinya . Sekarang ni Awa akan banyak belajar lagi tentang kehidupan di dunia ni.” Puan Fauziah mengehela nafasnya dengan berat.

   “Apa yang Yah harapkan adalah Awa berjaya dalam kehidupan dia. Semoga Allah lindungi anak-anak kita bang.”

   “InsyaAllah. Sama-samalah kita berdoa untuk anak-anak kita tu. Abang tengok dia suka bekerja di situ. Biarlah dia cari pengalaman dan belajar benda yang baru.” Tambah Encik Fathudin.

   “Abang nak ke bilik bacaan. Ada assignment yang perlu di semak.” Encik Fathudin membawa komputer ribanya lalu melangkah menuju ke bilik bacaan yang terletak di sebelah bilik Akid.
   “Abang nak minum tak?” Soal Puan Fauziah.

   “Boleh juga tu.” Jawab Encik Fathudin sambil tersenyum.

    “Kak Awa , bos Kak Awa tu baik ke?” Soal Akid dengan tiba-tiba sewaktu televisyen sedang menayangkan iklan. Awatif menoleh pada adiknya.

   “Bos Kak Awa baik je.” Jawab Awa dengan senyuman.
   “Ramai tak kawan Kak Awa dekat situ?” Soal Akid lagi.

  “Nak kata ramai tu taklah. Kak Awa kenal beberapa orang je. Kak Safi , Kak Tasha lepas tu Adam.” Jawab Awatif dengan jujur.

   “Siapa Adam?” Soal Akid dengan teruja lalu membetulkan duduknya.
    “Kawan kerja Kak Awa la. Dia baik.”

   “Abang Farhan tak kata apa ke Kak Awa ada kawan laki?” Awatif mengerutkan dahinya.
   “Ni Akid tanya Kak Awa ni  Akid jadi spy Farhan ke?” Soal Awatif . Di sepetkan kedua matanya sambil merenung wajah Akid.

   “Eh mana ada. Akid tak campurlah urusan Kak Awa dengan abang Farhan.” Dalih Akid lalu menggarukan telinganya sebelum matanya berkalih semula ke skrin televisyen.

   “Iye ke? Baik Akid cakap betul-betul dengan Kak Awa.” Awa merenung adiknya lagi.
    “Betullah Kak. Akid tak jadi spy abang Farhan . Lagipun buat apa Akid nak jadi spy dia.” Dalih Akid lagi.

   “Akid kena tolong abang tau. Hari tu abang ada ternampak Kak Awa dengan seorang lelaki sebelum daddy Akid datang ambil Kak Awa. Akid tolong tanyakan pada Kak Awa ye siapa lelaki itu? Abang Farhan sayangkan Kak Awa. Abang tak nak orang lain potong jalan abang. Tolong abang eh?” Ujar Farhan sewaktu bertemu dengan Akid di taman berdekatan rumah mereka. Waktu petang Akid selalu berjogging di sini.

   “Ish abang Farhan ni kenapa pula Akid nak tanya Kak Awa. Sepatutnya abang Farhan sendiri yang tanya dia.” Jawab Akid bermalasan.

   “Kalau abang tanya nanti Kak Awa tahu la pula yang abang selalu ambil tahu gerak geri dia.” Ujar Farhan lagi.

   “Yang abang pun satu hal yang pergi mengekori Kak Awa pasal apa? Abang tak kerja ke? Kalau Kak Awa tahu abang intip dia  habislah.” Gertak Akid.

   “Janganlah bagitahu Kak Awa. Abang mana ada ekori dia abang cuma cari dia bila abang balik kerja. Abang nak pastikan tiada orang yang boleh kacau Kak Awa. Akid tahukan Kak Awa tu milik abang Farhan.” Tingkah Farhan lagi. Akid mengerutkan dahinya.

  “Abang kena ingat satu benda. Abang ni bukan siapa-siapa pun pada Kak Awa tau. Abang tak berhak nak halang Kak Awa nak berkawan dengan sesiapa pun.”

   “Abang tahu  tapi Akid pun tahukan yang abang memang sayangkan Kak Awa lebih dari segalanya. Abang nak Kak Awa jadi isteri abang tapi Kak Awa asyik menolak. Abang tak tahu dah nak buat macam mana Akid.” Luah Farhan.

   “Abang kita tak boleh nak paksa Kak Awa. Mummy dengan Daddy pun tak pernah nak paksa Kak Awa. Abang ingat hati dan perasaan ni boleh di paksa-paksa ke? Sudahlah bang. Hari dah petang ni. Akid nak balik dulu karang mummy cari pula.” Tingkah Akid lalu bangun dan meninggalkan Farhan di situ.

    “Kak Awa kenapa Kak Awa tak suka dekat abang Farhan tu. Dia tu sayangkan Kak Awa kot.” Soal Akid setelah lama mereka mendiamkan diri.

   “Bukan Kak Awa tak suka tapi Kak Awa tak ada apa-apa perasaan pun pada dia.Farhan pun satu hal tak juga faham-faham. Apa dia pun ada penyakit blur dan lambat pick up seperti Kak Awa juga ke?” Soal Awatif dengan geram. Akid hanya mendiamkan diri lalu memfokuskan matanya pada cerita yang sedang di tayangkan di skrin.

   “Meow.. Meow .. Meow..” Cookie sudah mula bersuara. Awa menoleh pada cookie yang berada di atas ribanya.

   “Yes sayang. Kenapa cookie?” Soal Awatif sambil membelai bulu cookie. Akid menggelengkan kepalanya.

   Dah mula dah kakak aku ni bercakap dengan kucing. Gerutu Akid .

   “Cookie nak tidur ya?” Soal Awatif lagi. Itu je la kerja kalau balik rumah. Awa ni memang tak boleh berenggang dengan cookie. Esok-esok kalau dah kahwin macam manalah agaknya ya.

     “AWA ikut saya sekejap.” Arah Hadif Fakhri sambil menggarukan kepalanya. Ini kak Huda punya pasal.

    “Kita nak ke mana bos?” Soal Awatif dengan pelik apabila melihat wajah bosnya yang berkerut semacam.

   “Jangan banyak tanya awak ikut je saya sekarang. Cepat sikit.” Arah Hadif. Awatif yang sedang binggung bangun lalu bergegas mengekori Hadif.

   “Awa nak ke mana tu?” Tegur Adam sewaktu berselisih dengan Awa namun Awa langsung tidak menjawab.Dia hanya menunjukkan jari pada Hadif Fakhri. Adam menganggukkan kepalanya. Di kejauhan Tasha melihat.

   “Adam ni seramai- ramai staff perempuan dekat Aspirasi ni si Awa juga yang dia selalu ambil berat. Menyampahnya aku.” Bebel Tasha sendirian. Dia melihat Adam yang masih lagi memandang Awa yang sedang berjalan di belakang Tuan Hadif.

   “Bos kita buat apa dekat shopping mall ni?” Soal Awatif dengan pelik apabila keluar dari kereta . Dia kemudiannya menoleh pada Hadif.

   “Saya nak beli barang sikit tapi saya tak tahu.” Terang Hadif dengan jujur lalu melanglah masuk ke dalam. Awatif mengekori dari belakang.

  “Bos nak beli barang apa ni?” Soal Awatif dengan pelik apabila melihat mereka berada di bahagian pampers kanak-kanak. Hadif menoleh pada Awatif.

   “Kakak saya ikut suami dia outstation.Anak-anaknya ada dekat rumah saya . Masalahnya sekarang ni Kak Huda saya tu lupa nak bawakan pampers untuk anak dia yang nombor dua tu. Saya manalah tahu nak beli pampers untuk kanak-kanak. Saya mana pernah kahwin lagi.” Ujar Hadif sambil melihat pelbagai jenis pampers yang terususn di rak.

    “La beli pampers rupanya. Habis tu boas bawa saya ke sini buat apa? Saya bukannya dah kahwin pun.” Soal Awatif

   “Memanglah awak tak kahwin lagi Awa tapi mesti awak tahukan sebab awak ni perempuan. Selalunya perempuan dia jenis alert sikit dengan benda –benda begini.” Jawab Hadif. Awa hanya tersenyum dan anggukan kepalanya. Sempat juga dia menggarukan kepalanya.

   “Pampers apa yang diorang guna. Kak Huda pun satu hal orang call langsung tak angkat.” Bebel Hadif sendirian. Mamanya yang menelefonnya sebentar tadi dan menyuruhnya belikan pampers untuk Syifa . Awatif memandang pelbagai jenis pampers yang ada di situ kemudian matanya menangkap sesuatu.

   “Bos saya rasa yang ni kot sesuai dengan anak buah bos tu. Saya tengok dekat iklan dia dekat tv. “ Sengih Awa lalu menunjukkan pampers yang di pegang olehnya.Dia memandang bosnya itu.
   “Pampers apa ni?” Soal Hadif.

    “ W H O O P E E .. Whoopee. “ Sengih Awa sambil meniru iklan pampers di televisyen. Hadif tergamam seketika. Hadif memandang ke kanan dan kirinya. Ketika itu ada seorang pekerja di situ. Dia hanya tersengih melihat kerenah Awatif.

   “Awak ni kan Awa banyak terpengaruh dengan tv tau tak. Sudahlah . Jom kita gerak sekarang.” Tingkah Hadif lalu mangambil pampers yang di pegang oleh Awatif. Dengan muka yang blur Awa hanya mengekori dari belakang. Sempat dia tersenyum kepada pekerja yang melihatnya itu.

    Aduhai Awatif sorang ni macam-macam karenah sungguh. Hadif terus menuju ke kaunter. Awatif hanya mengekori bosnya dari belakang.

    “Pengaruh tv? Ish aku tengok je tv tu.” Bebel Awatif sendirian .

Bersambung...

NotaTersepit: Otak membeku , fokus makin ilang.. Y_Y . Sampai bila nak bercuti nih?