Minggu, 30 Maret 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 26

Assalamualaikum u ollsss..

Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung bulan March. Manuskrip AMB ni pun dah hampir ke penghujung. Tak sabar nak noktahkan cerita ni. Hari ni sambungan di mana Awa sakit. Tengoklah macam mana gelabah Hadif kan. Mekasih singgah dan baca  :D


                                      




BAB DUA PULUH ENAM


   PAGI itu, Awa seperti biasa melangkah masuk ke Aspirasi. Daddy nya yang menghantar tadi sudah pun bergerak menuju ke kampus. Hari ini Awa hanya mengenakan seluar slack dan juga kemeja . Shawl yang di pakainya itu di lilit seperti biasa dan di kepitkan dengan brooch yang berbentuk love.

   Sebaik saja sampai di mejanya Awa terus menghenyakkan punggungnya dan meletakkan tas tangan ke tepi. Dia kemudiannya menekan butang on pada komputer di hadapannya dan ketika itu juga Awa terpandangkan satu sticky note yang bewarna biru terlekat di skrin komputernya. Dia mengerutkan dahi sebelum mengambil sticky note itu lalu di baca.

    Awa jumpa saya dekat site dalam pukul sepuluh pagi.

                     – Hadif Fakhri- 

    “Jumpa dekat site. Eh bos tak masuk pejabat ke hari ni.” Awa bercakap sendirian sebelum menampalkan sticky note tersebut pada diari office miliknya. Dia membelek-belek diari tersebut untuk melihat jadual Hadif pada hari ini.

   “Ermm patutlah hari ni tak ada benda penting. Jadi memang bos akan memantau kerja dekat site .” Tingkah Awa dengan perlahan. Dia kemudiannya bangun dan menuju ke pantry.

   “Selamat pagi Kak Safi, Kak Tasha.” Sapa Awa sewaktu melihat Safi fan juga Tasha sedang bersarapan pagi di pantry.

   “Selamat pagi. Awa dah sarapan belum?” Soal Safi sewaktu mendonggakkan kepalanya pada Awa.

   “Awa dah sarapan pagi dekat rumah.” Jawab Awa sebelum berlalu menuju ke cabinet. Dia ingin membancuhkan air untuk dirinya.

   “Awa buatkan air untuk Tuan Hadif ke?” Soal Safi.
   “Eh taklah Kak Safi. Awa buat untuk diri sendiri. Bos tak masuk pejabat kot. Dia minta Awa ke site nanti dalam pukul sepuluh pagi.” Jawab Awa.

   “Hah pergi site? Awa nak pergi naik apa?” Soal Safi.

   “La apa susah Kak Safi teksi kan ada.” Jawab Awa dengan selamba sambil mengacau airnya.
   “Selalunya Tuan Hadif tak akan bagi Awa pergi naik teksi. Biar betul Tuan Hadif ni. Agaknya dia sibuk sangatlah tu.” Safi mengerutkan dahinya. Tasha langsung tidak mempedulikan apa yang di bicarakan oleh Safi dan juga Awa.

   “Kalau Tuan Hadif dah arahkan Awa pergi ikut sajalah.” Akhirnya Tasha membuka mulut untuk menyampuk.

   “Dah nama pun arahan Kak Tasha. Awa mestilah kena ikut. Awa keluar dulu ya Kak Safi , Kak Tasha ada kerja sikit nak siapkan dekat depan.” Awa meminta diri sambil membawa mug yang berisi air nescaffe yang di buat olehnya sebentar tadi. Safi tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

   Awa sampai di site tepat-tepat pukul sepuluh pagi. Selesai saja membayarkan tambang teksi, Awa terus bergegas masuk ke site dan mencari kelibat bosnya. Awa berjalan seorang diri .

   “Nasib baik aku pakai kemeja dan seluar hari ni. Panjang sikit langkah.” Bebel Awa sendirian sewaktu mencari-cari kelibat bosnya. Di terjah setiap sudut tempat Hadif akan berada sewaktu di site namun kelibat Hadif langsung tiada di situ. Awa membetulkan shawl nya yang tiup angin. Awa memandang ke dada langit. Langit yang tadinya cerah kini mendung menandakan hujan bakal turun  bila-bila masa sahaja.

   “Mana bos ni? Kata nak jumpa aku dekat sini.” Awa menoleh ke kanan , kiri , depan dan belakang namun tidak juga di jumpainya.

   Sejurus selepas itu , Awa mengeluarkan handphone miliknya lalu di dail nombor Hadif . Percubaan demi percubaan namun panggilan darinya langsung tidak di jawab. Pada ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya. Awa berlari mencari tempat untuk berteduh. Dia berada di suatu kawasan yang sememangnya berbumbung . Awa memeluk tubuhnya.

   “Mana pergi semua orang dekat sini? Selalunya ramai je.” Awa pelik kerana tempat itu hari ni tidak bising seperti selalu. Tiada kedengaran bunyi mesin mahu pun suara orang. 

   “Bos cepatlah datang saya dah sejuk ni. Payung pun tak bawa. Inilah orang tua-tua selalu cakap sediakan payung sebelum hujan. Kita bukannya tahu bila hujan nak turun.” Awa membebel seorang diri. Dari berdiri dia duduk mencangkung. Lenguh kakinya berdiri lama. Awa menilik jam di pergelangan tangannya yang sudah pun berginjak ke angka dua belas tengahari. Hujan masih lagi lebat. Baju Awa mula basah terkena tempias air hujan. Hujan pada ketika itu di susuli dengan angin . Awa sudah mula kesejukkan .

   “Ya Allah lindungilah diriku ini dari bahaya.” Awa berdoa. Dia kemudiannya mengambil handphone miliknya semula lalu menghubungi bosnya itu lagi,. Hadif tidak pernah sesekali lambat. Kalau dia terkandas di perjalanan dia pasti akan menelefon Awa namun mengapa tidak hari ni. Awa sudah mula gelisah dan binggung tidak tahu untuk buat apa ketika ini.

   TASHA mencari-cari kelibat Awa di meja kerja namun tiada. Tasha kemudiannya menuju ke meja Safi untuk bertanyakan tentang Awatif.

  “Safi kau tahu tak Awa ke mana?” Soal Tasha .

   “La bukan ke dia pergi site ke dengan Tuan Hadif?” Jawab Safi sambil mengerutkan dahinya. Tasha tersengih.

   “Lupa pula aku.Errmm tak mengapalah.” Jawab Tasha lalu melangkah semula ke meja kerjanya. Dia menghenyakkan punggungnya dan termenung seketika. Sesekali matanya melirik ke arah meja Adam. Sudah dua hari Adam tidak masuk kerja kerana perlu menyelesaikan tugas di luar.

   “Bila Adam nak masuk office ni balik.” Keluh Tasha sambil menongkat dagu.

    Hadif masuk ke Aspirasi dengan bergaya sekali. Jam sudah menunjukkan ke angka dua petang. Sebaik saja ternampak kelibat Hadif kebanyakan staff mula menyibukkan diri dengan kerja masing-masing. Biasalah selepas waktu makan tengahari mereka sempat jugalah bersembang seketika.

   Tasha membuntangkan matanya apabila melihat Hadif berjalan masuk. Tasha yang ketika itu baru saja keluar dari tandas.

   “Alamak , Tuan Hadif masuk office la pula. Mati aku kalau dia tahu yang aku tak sampaikan pun pesanan dia pagi tadi pada Awa. Habis aku kalau dia tanya aku mana Awa.” Tingkah Tasha dengan gelisah. Dia memicitkan kepalanya.

   Sebaik saja sampai di meja Awa, Hadif terus berhenti dan mencari kelibat Awa. “Ke mana pula budak comel ni pergi?” Soal Hadif sendirian. 

   “Safi awak ada nampak Awa tak? Dia pergi mana?” Soal Hadif sewaktu Safi melintas di hadapannya. Safi yang baru saja keluar dari surau terus mendekati Hadif.
   “Ada apa Tuan Hadif?” Soal Safi.

   “Awa mana?” Soal Hadif sekali lagi.

    “Eh bukan ke Tuan Hadif minta Awa pergi site pukul sepuluh pagi tadi? Awa ada dekat sanalah. Bukan Tuan Hadif pun ada dekat site juga ke?” Soal Safi dengan pelik.

   “Apa dia Awa pergi site? Tasha tak bagitahu dia ke yang saya dah batalkan pergi site sebab pekerja dekat site hari ni bercuti. Barang tak sampai lagi jadi mereka tak boleh nak buat kerja tu lagi. Saya ada call pejabat tadi dan Tasha yang jawab.” Terang Hadif. Safi sudah melopong. 

   “Habis tu Tuan Hadif Awa macam mana?” Soal Safi dengan panik. Dia sudah mula rasa tidak sedap hati memikirkan tentang Awa yang berada di site seorang diri. Hadif mencari kelibat Tasha.
   “Tasha sinis sekejap.” Jerit Hadif. Tasha menoleh. Matilah aku kali ni . Alasan apa pula aku nak bagi dekat Tuan Hadif ni? Desis hati Tasha lalu melangkah dan mendekati bosnya dan juga Safi.

   “Ada apa Tuan Hadif?” Soal Tasha walaupun dia sudah tahu sebabnya di panggil.

   “Awak tak sampaikan pesan saya pada Awa ke? Bukan ke saya dah bagitahu pada awak supaya bagitahu Awa yang hari ni tak perlu ke site. Macam mana awak buat kerja ni Tasha. Kerja mudah tu awak tak boleh buat ke?” Soal Hadif dengan muka yang serius. Tasha menunduk dan berfikir sejenak.

  “Maafkan saya Tuan Hadif. Saya terlupa nak bagitahu Awa tentang pesanan Tuan Hadif sebab selepas Tuan Hadif call saya terus saya ke tandas . Perut saya asyik meragam saja hari ni. Saya tak sempat nak bagitahu pada Awa. Keluar dari bilik air saya terus terlupa nak inform pada Awa.” Tasha menciptakan alasan. Hadif menggelengkan kepalanya.

  “Awak ni memang tak boleh di haraplah Tasha.” Marah Hadif. Hatinya mula risau memikirkan tentang Awa.

   “Tuan Hadif cuba call handphone Awa. Saya risau ni.” Tingkah Safi. Dengan pantas Hadif mengelurkan handphone miliknya . Dia melihat banyak sekali miscall dari Awa. Hadif cuba menghubungi Awa namun langsung tidak di angkat.

   “Awa tolonglah jawab phone.” Ujar Hadif . Di cuba berkali-kali untuk menghubungi Awa namun langsung tidak di jawab.

   “Tuan Hadif macam mana ni. Hujan lebat dekat luar sana.?” Soal Safi dengan gelisah. Dia memicitkan kepalanya.

   “Saya keluar dulu pergi site cari Awa. Kalau dia ada hubungi awak tolong inform pada saya.” Ujar Hadif lalu bergegas keluar dari Aspirasi dengan wajah yang penuh kerisauan. Sebaik saja masuk ke dalam kereta Hadif cuba menghubungi Awa lagi namun masih lagi tidak berjawab.

   Hadif memandu dengan resah. Fikirannya hanya tertumpu kepada Awa. Sebaik saja sampai di hadapan lampu isyarat handphone miliknya berbunyi. Dia terus menjawab panggilan tersebut apabila melihat nama Awatif yang tertera.

   “Awa awak dekat mana. Saya call awak tak angkat.” Soal Hadif.

   “B…Bos.. Saya dekat site. Mana bos saya dah tak larat ni bos. Hujan lebat ni. Saya takut bos.” Kedengaran suara Awa yang serak. Hadif bertambah bimbang. 

   “Saya on the way ke sana Awa. Awak tunggu saya . Sekejap lagi saya sampai jangan pergi mana-mana.” Arah Hadif .

   “Bos cepat sikit. Saya dah tak tahan ni sejuk kena hujan.” Ujar Awa dengan perlahan sebelum talian termati dengan sendiri.

   “Ya Allah lindungi Awa.” Doa Hadif sebelu memecut keretanya dengan laju sekali. Dia perlu cepat sampai di situ. Suara Awa yang lemah tadi menambahkan kerisauan Hadif. Dadanya sudah berdegup dengan kencang.

   “Awa tunggu saya datang..” Hadif berkata dengan perlahan sebelum memotong kereta yang berada di hadapannya.

    Sebaik saja sampai dekat site, Hadif terus berlari mencari Awa. Pada ketika itu juga hujan sudah pun berhenti. 

   “Awa.. Awa .. Awak dekat mana?” Jerit Hadif sambil memandang ke kanan dan kiri.Dia berlari masuk ke lorong sebelah kanan.

   Awa mendengar suara yang memanggil namanya. Namun Awa tidak mampu menyahut ketika ini kerana kesejukan yang amat sangat. Awa berpeluk tubuh sambil bersandar. Matanya pula sudah terpejam.

   “Bos saya dekat sini.” Jerit Awa dengan perlahan dan Hadif memang tidak mendengarnya.Selepas itu Awa terus pengsan di situ.

   “Awa.. Awa..Awa..” Jerit Hadif lagi sambil berlari. Sebaik saja dia melangkah sedikit ke depan dia terus ternampak Awa yang sudah terkulai di situ. Baju Awa sudah basah kuyup. Hadif terus berlari mendapatkan Awa .

   “Ya Allah Awa… Awa bangun .. Awa saya ni bangun Awa..” Hadif memanggil Awa sambil menepuk pipi Awa dengan perlahan. Awa langsung tidak bersuara. Matanya sudah terpejam rapat.

    Hadif kemudiannya menanggalkan kot hitam yang berada di badannya lalu di sarungkan kepada Awa yang tidak sedarkan diri ketika itu.  Selepas itu Hadif terus mencempung Awatif dan membawanya ke kereta.

   Sebaik saja enjin kereta di hidupkan , Hadif terus memecut keretanya menuju ke hospital. Sesekali dia menoleh ke arah Awa yang langsung tidak sedarkan diri.

   “Awa maafkan saya.” Ujar Hadif dengan perlahan.

    Hadif menyalahkan dirinya . Apa yang terjadi pada Awa ketika ini memang salah dirinya. Hadif meraup wajahnya kerana silent kan handphone. Awa telah menghubunginya lebih dari dua puluh kali. Salahnya juga kerana tidak terus memberitahu Awa melalui handphone tetapi tinggal pesanan pada staffnya.

   “Kalau apa-apa terjadi pada Awa aku tak akan maafkan diri aku.” Tingkah Hadif. Dia kemudiannya membelok masuk ke pintu masuk hospital. Sebaik saja sampai di bahagian kecemasan Hadif terus keluar dari keretanya dan menuju ke pintu di mana Awa berada. Dia meletakkan tangannya ke dahi Awa . Dahi Awa ketika itu memang panas. Hadif terus mencempung Awa dan melangkah masuk ke pintu utama kecemasan. 

   “Nurse tolong saya.” Jerit Hadif . Dua orang nurse berlari mendapatkan Hadif dan juga Awa.

  “Encik tunggu dekat luar sekejap ya.” Ujar salah seorang nurse yang bertugas. Hadif menganggukkan kepalanya. Selepas iti Hadif mundar-mandir di luar . Dia kemudiannya menghubungi Safi untuk memberitahu keadaan Awa.

   Handphone milik Awa berbunyi. Sewaktu sampai di site tadi Hadif terus mengambil handphone Awa yang berada di tangannya lalu di masukkan ke dalam poket seluar. Hadif mengeluarkan handphone Awa dan melihat nama pemanggil yang tertera.

     “Daddy?” Soal Hadif lalu terus menjawab panggilan tersebut dan memberitahu keadaan Awa ketika ini. Agak lama juga Hadif berbicara dengan daddy Awa ketika itu.

   SETELAH mendapat panggilan dari Hadif, Safi terus bergegas pergi ke hospital. Dia menyambar tas tangannya sebelum melangkah.

   “Safi nak ke mana tu?” Soal Tasha.

    “Aku nak pergi hospital. Tuan Hadif call bagitahu aku tadi yang dia dah bawa Awa ke hospital. Awa tak sedarkan diri.” Jawab Safi.

   “Teruk ke?” Soal Tasha tanpa kerisauan. Safi menoleh.

    “Aku tak tahu. Aku pergi dulu.” Tingkah Safi lalu meninggalkan Tasha di situ. Safi menghubungi suaminya untuk memberitahu yang dia akan ke hospital.
    
Bersambung...

Nota Tersepit : Entry AMB mungkin akan sampai  bab 32-35 saja yang akan di publish dekat blog ni. Manuskrip ni pun dah menghampiri titik noktahnya. :)





Rebah Di Tirai Cinta ( Bab 18 )



“AWAK nak ke mana?” soal Syahid apabila melihat Laila yang kelihatan cantik dengan mengenakan gaun malam berwarna merah menyerlahkan lagi kulitnya yang putih kemerahan. Rambut gadis itu yang panjang disanggul tinggi membuatkan Laila kelihatan sangat cantik di mata Syahid. Tetapi seperti kebiasaannya, pakaian yang dikenakan oleh Laila sungguh menyakitkan matanya.
“Aku nak keluar sekejap,” balas Laila. Dia menuju ke pintu utama tanpa menghiraukan Syahid yang duduk menonton televisyen di ruang tamu.
“Tapi inikan dah malam. Bahaya awak keluar sorang-sorang. Awak duduk rumah jelah,” ujar Syahid cuba berlembut.
Sejak peristiwa ragut tempoh hari, dia lihat sikap Laila semakin positif. Gadis itu sudah jarang menengking malah setiap kali bertentangan mata, pasti Laila akan cuba mengelak.
“Aku kena keluar juga. Malam ni birthday party anak Datuk Hasyim, aku kena pergi. Kau duduk jelah rumah. Jangan kongkong aku boleh tak?” Laila mula meninggikan suara. Dia mendengus bosan.
Syahid melepaskan keluhan. Dia bangun dan mendekati Laila yang sudah berpeluk tubuh.
“Saya tak ada niat nak kongkong awak tapi saya cuma nak ingatkan yang awak tu isteri saya. Saya tak suka awak keluar malam, lepas tu balik sampai lewat pagi. Saya rasa partyni tak penting pun kan?”
“Bagi kau memanglah tak penting tapi penting pada aku. Anak kekasih aku nak sambut ulang tahun takkan aku tak pergi. Itulah kau, kampung sangat. Semua benda kau tak tahu,” tempelak Laila.
Syahid menahan rasa hati. Dia tetap mengukir senyuman dan terus bersabar dengan setiap patah yang terbit daripada mulut Laila.
“Memanglah saya tak tahu kalau awak tak bagitahu saya. Baiklah, kalau awak nak pergi sangat boleh. Tapi saya nak ikut sekali,” ujar Syahid memberi cadangan.
“Kau jangan nak merepek. Tangan kau tu tak sembuh lagi.” Halang Laila.
Syahid tersenyum kemudian dia menundukkan sedikit wajahnya dan merenung anak mata Laila yang coklat cair.
Pantas, Laila terus terdiam dipanah dengan renungan itu. Bulat matanya membalas pandangan Syahid. Hilang terus segala kata-kata yang ingin diungkapkan pada Syahid.
“Saya tak kisah tentang diri saya. Apa yang penting adalah awak. Kalau awak tak nak mengaku saya suami awak pun, saya tak kisah asalkan saya ikut awak. Awak nak cakap saya bodyguardawak pun tak mengapa,” ucap Syahid lembut.
Laila terkelu. Senyuman Syahid menganggu ketenangan hatinya. Dia ingin bersuara tetapi tiada apa yang terkeluar.
“Ikut suka kaulah. Tapi kau jangan nak ganggu aku dengan Datuk Hasyim.” Laila memberi amaran.
Syahid hanya menganggukkan kepala dan tersenyum. Dia meneliti penampilan Laila yang tidak berkenan di matanya.
“Awak tunggu sekejap,” halang Syahid sambil memaut lengan Laila.
Langkah Laila terhenti. Dia memandang wajah Syahid dengan dahi yang berkerut.
“Kau nak apa lagi ni? Aku dah lambatlah…” bebel Laila geram.
“Awak tunggu sekejap, nanti saya datang semula.” Ucap Syahid.
Dia berlalu ke dalam biliknya sebelum kembali dengan membawa satu beg plastik lalu dihulurkan pada Laila.
“Apa ni?” soal Laila pelik. Dia memandang beg plastik dan wajah Syahid silih berganti.
“Dah lama saya nak bagi awak ni. Tanggungjawab saya sediakan makan dan pakai awak. Saya harap awak suka,” ujar Syahid dengan senyuman mekar di bibirnya.
Laila mencebik namun tangannya tetap menyambut huluran daripada Syahid. Dia menyeluk ke dalam beg plastik tersebut sebelum tangannya terhenti apabila tersentuh sesuatu yang lembut. Perlahan-lahan, dia menarik barang tersebut.
Terlurut jatuh sehelai selendang berwarna merah daripada beg plastik tersebut membuatkan Laila sedikit terkelu. Namun, sebaik saja melihat selendang itu, tiba-tiba dadanya berombak. Dia nak perli aku ke apa ni? soal hati Laila marah.
“Apa maksud kau bagi aku selendang ni?” soal Laila sambil matanya melotot memandang wajah Syahid.
“Saya tak ada apa-apa maksud. Saya suka tengok awak pakai tudung macam awak pakai masa akad nikah kita dulu,” ujar Syahid jujur.
Laila tersenyum sinis. Sebelum senyumannya bertukar ketawa.
“Kau ni sedar diri tak? Kau sedar tak yang kau ni tak dapat nak bezakan antara realiti dan mimpi. Kau ingat dengan kau bagi aku selendang macam ni, hati aku akan cair? Fikir tu guna otaklah, Syah. Lelaki macam kau, tak ada seorang perempuan pun suka. Loser. Kau hidup pun atas ehsan waled. Sedar sikit!” ujar Laila tiba-tiba.
Syahid menahan rasa sakit hatinya. Apa lagi yang mampu dia lakukan sewaktu berhadapan dengan Laila selain kesabaran?
“Ya, saya sedar. Tapi salahkah kalau saya nak hadiahkan sesuatu untuk isteri saya?” soal Syahid pula.
“Hadiah? Ini kau cakap hadiah? Kau nak suruh aku pakai tudung, macam tu? Kau nak suruh aku ikut telunjuk kau? Kau silaplah, Syah. Memang aku terhutang budi pada kau sebab selamatkan aku hari itu tapi itu tak bermakna kau dapat menguasai aku!” bentak Laila marah. Wajahnya berubah merah.
“Tapi tak salah pun kalau awak pakai tudung. Itu kewajipan awak sebagai seorang wanita Islam,” balas Syahid dengan nada yang lembut.
Laila merengus. Dia mengetap bibir.
“Aku paling pantang kalau ada orang cuba nak tunjuk lagak dengan aku. Aku nak pakai ke tak nak pakai ke, itu hal aku. Kau jangan nak menyibuk!” tingkah Laila.
“Kau tahu tak, setakat selendang macam ni. Elok buat lap kaki je,” sambung Laila.
Lalu, dengan selamba dia menghempas selendang tersebut ke lantai dan memijak-mijak selendang tersebut di hadapan mata Syahid yang kelihatan tercengang-cengang.
Luluh hati Syahid melihat pemberiaannya diinjak-injak oleh Laila tanpa hati dan perasaan. Salah ke kalau hadiah kecilnya itu dihargai walaupun gadis itu tidak sudi menerima? Sungguh, hati Syahid cukup terluka. Sangat terluka dengan perbuatan Laila kali ini.
“Cukup, Laila! Saya tak sangka, awak gadis yang kejam! Saya sangka saya kenal awak tapi saya silap. Saya takkan pernah kenal awak. Baiklah, awak benci sangat tengok muka saya kan? Awak menyampah dengan saya kan? Lepas ni awak takkan tengok muka saya lagi!” ujar Syahid dengan suara yang meninggi.
Laila terdiam seketika. Dia kurang mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Syahid. Dia menunggu bicara Syahid yang seterusnya.
“Sudah cukup saya bersabar dengan kerenah awak selama ini. Sudah cukup perhatian yang saya berikan pada awak tapi awak tak pernah nak hargai saya. Awak tak pernah nampak kasih sayang yang saya cuba tunjukkan pada awak. Saya menyesal. Saya menyesal kerana kenal dengan perempuan yang ego kalahkan saya yang lelaki ini. Awak nak sangatkan berpisah dengan saya? Awak tentu gembira kalau saya tak ada kan? Baiklah, saya akan puaskan hati awak. Saya akan ikut kemahuan awak,” ujar Syahid lagi.
Laila terpempan. Kenapa hatinya cukup gusar dengan kata-kata yang bakal diungkapkan oleh Syahid? Bukankah sepatutnya dia gembira jika Syahid melepaskannya?
“Awak jangan risau, saya takkan ceraikan awak. Tapi awak takkan melihat wajah saya lagi dalam rumah ni. Ini kemewahan yang awak nak kan? Awak duduklah dengan kemewahan awak ni seorang diri. Awak bergembiralah sesuka hati awak. Awak pergilah ke mana saja yang awak nak pergi. Saya izinkan. Saya takkan sesekali kembali ke rumah ni lagi!” Syahid memberi kata putus.
Lantas, dia berlari-lari anak ke biliknya yang berada di bawah tangga. Dia mengemaskan segala pakaiannya. Dia sudah nekad. Dia sudah tidak mampu bertahan dengan keegoan Laila kali ini. Biarlah dia mengundur diri jika itu mampu membahagiakan gadis itu.
Syahid kembali. Dia berhenti sejenak di muka pintu. Dia melihat Laila yang tidak berganjak daripada tempatnya berdiri.
“Saya harap satu hari nanti awak sedar yang harta tidak mampu membeli kasih-sayang. Harta tidak mampu membeli cinta malah harta tidak mampu untuk membeli hati. Hiduplah sesuka hati awak kerana saya sudah tidak mampu untuk menjadi mimpi ngeri awak. Saya nak awak hidup bahagia dengan cara awak tanpa saya.” Ucap Syahid buat terakhir kalinya sebelum kakinya melangkah meninggalkan rumah mewah itu.
Laila tergamam. Tiada lagi suara Syahid. Tiada lagi bisikan romantis lelaki itu. Kini tinggallah dia keseorangan dalam rumah yang cukup besar. Sunyi dan sepi. Itulah yang dirasakan saat ini.

“APA Syah? Kau lari dari rumah?” soal Haraz sebaik saja Syahid melangkah masuk ke dalam rumah sewa miliknya.
Syahid hanya menganggukkan kepala dan meletakkan beg sandangnya di atas sofa. Dia menyandarkan belakang badannya di sofa sambil belakang tangannya diletakkan di atas dahi.
“Tuan haji tahu tak pasal ni?” soal Haraz lagi.
Syahid menggelengkan kepala. Kalau Haji Azhar tahu tentu lelaki itu kecewa dengan keputusannya. Tapi dia sudah pun membuat keputusan dan dia tidak akan sesekali berganjak dengan keputusannya.
“Tapi Cik Laila tu isteri kau. Takkan kau nak biarkan dia tinggal sorang-sorang dalam rumah tu?” soal Haraz tidak berpuas hati apabila Syahid hanya mendiamkan diri.
“Dah itu yang dia nak. Aku ada dalam rumah tu pun buat menyakitkan mata dia je. Biarlah aku keluar barulah hidup dia aman sikit. Aku tak tahan dengan perangai ego dia. Banyak kali aku cuba lembutkan hati dia, tapi dia tetap macam tu. Daripada hati aku sakit, lebih baik aku cabut. Lagipun dia takkan sedih kalau aku tinggalkan dia. Dia lagi suka sebab tak tengok muka aku ni,” ujar Syahid selamba.
“Kau tahu kan tanggungjawab kau untuk bimbing dia. Kalau kau biarkan dia begini terus, tentu dia akan terus hanyut.” Komen Haraz.
Satu keluhan terbit daripada mulut Syahid. Dia memicit dahinya yang terasa berdenyut.
“Hati dia sangat keras, Raz. Dia yang tidak mahu berubah. Dia yang tak mahu buka hati dia untuk aku bimbing dia. Sedangkan hidayah juga perlu dicari inikan pula nak berubah. Susah nak lenturkan orang yang keras kepala macam dia. Mungkin bila berjauhan macam ini adalah cara terbaik untuk aku dan dia. Aku pun ada ego. Takkan selamanya aku nak tunduk pada perempuan yang keras kepala macam tu. Aku ada maruah. Aku ada harga diri walaupun dia dah campakkan maruah aku dalam longkang,” tegas Syahid.
Haraz menganggukkan kepala. Memang selama ini dia melihat Syahid terlampau berlembut dengan Laila. Walau banyak mana Laila memarahinya, Syahid tetap tersenyum tapi sekarang Haraz tahu, kesabaran Syahid sudah sampai takatnya.
“Sekarang masa untuk kau junjung kembali ego kau, Syah. Jika dengan berjauhan macam ini mampu mengajar dia erti kasih-sayang kau, dia akan berubah dengan sendiri.” Ujar Haraz memberi semangat. Bahu Syahid ditepuk lembut.
Syahid tersenyum hambar. Dia meraup wajahnya. Sungguh, hatinya masih sakit. Jiwanya masih terluka. Sukar untuk melupakan, apatah lagi untuk memaafkan segala-galanya yang dilakukan oleh Laila terhadapnya. Setiap manusia diberi kesabaran tetapi setiap kesabaran pasti ada batasnya.
“Aku tak rasa dia akan berubah. Biarlah dia dengan cara dia dan aku dengan cara aku. Boleh tak kalau aku nak tinggal dekat sini? Aku nak sewa bilik dekat sini, boleh?” soal Syahid mengharap.
Haraz tersenyum senang. Dia menumbuk lembut bahu Syahid.
“Boleh sangat, Syah. Aku lagi suka bos aku sendiri menyewa dengan aku.” ucap Haraz sambil ketawa kecil.
Syahid ikut tertawa. Tetapi tawanya kedengaran sumbang. Dia ingin melupakan Laila daripada fikirannya. Biarlah dia teruskan hidup tanpa dibayangi dengan wajah gadis itu. Wajah yang cantik tapi sangat menyakitkan hatinya.
“Terima kasih, Raz. Aku bosan kalau sewa rumah lain. Bila ada kau bolehlah jadi teman untuk aku berbual. Kau tak kisah kan?” soal Syahid lagi.
“Kau ni tak payahlah nak buat drama air mata depan aku. Aku lagi suka kalau kau tinggal dengan aku lagipun baru bulan lepas kawan yang menyewa sekali dengan aku ni balik kampung ni. Jadi memang ada bilik kosong. Aku ingat esok nak buat iklan, tetapi kau dah masuk hari ni, kira rezekilah tu.” Jawab Haraz sambil tersengih.
Syahid tersenyum hambar. Dia cukup berhutang budi dengan Haraz saat ini.
“Terima kasih, Raz. Aku nak lupakan segalanya. Aku nak mulakan hidup baru,” ujar Syahid.
“Itulah yang seeloknya, Syah. Satu saja kelemahan kau ni, kau terlalu baik sampaikan orang senang nak pijak kepala kau. Sebagai lelaki kau kena tunjuk ego kau sikit. Kau kena berkeras. Kau kena tegas dan kau kena agresif. Tak salah jadi baik tapi jangan sampai orang ambil kesempatan,” nasihat Haraz.
Syahid termenung seketika. Apa yang dikatakan Haraz ada benarnya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia bertegas.
“Tapi kan, aku peliklah dengan kau ni. Selalunya perempuan je lari dari rumah tapi ini terbalik pulak. Kau pulak yang lari dari rumah. Kelakarlah!” sambung Haraz lagi cuba menceriakan suasana. Dia ketawa lepas.
Syahid menumbuk lembut perut Haraz. Dia turut ketawa.
“Dah nasib badan, Labu!” balas Syahid ketawa. Haraz ikut ketawa.

LAILA merenung kolam renang di rumah Datuk Hasyim yang dipenuhi dengan balon-balon yang berwarna-warni. Nampak cantik dengan dihiasi dengan lilin disekelilingnya. Tetapi keindahan hiasan itu tidak mampu memadamkan rasa gundah yang merantai hatinya sejak Syahid melangkah keluar dari rumahnya.
“Awak jangan risau, saya takkan ceraikan awak. Tapi awak takkan melihat wajah saya lagi dalam rumah ni. Ini kemewahan yang awak nak kan? Awak duduklah dengan kemewahan awak ni seorang diri. Awak bergembiralah sesuka hati awak. Awak pergilah ke mana saja yang awak nak pergi. Saya izinkan. Saya takkan sesekali kembali ke rumah ni lagi!”
Kata-kata Syahid kedengaran di telinganya menambah lagi rasa gusar dalam hatinya. Kenapa aku perlu rasa bersalah seperti ini? Bukankah ini yang aku mahukan? Aku mahu bebas daripada terus dikongkong oleh dia dan sekarang aku dah bebas. Dia dah keluar daripada hidup aku. Tak ada sesiapa yang akan ganggu aku lagi. Hubungan ini dah tamat. Detik hati Laila.
Tetapi kenapa rasa bersalah ini perlu ada? Soal hatinya. Lalu, Laila membuang pandangan ke langit yang gelap. Kelihatan bulan bersinar menerangi malam. Lama dia Laila merenung bulan itu sebelum bulan itu bertukar dengan wajah Syahid. Laila tersentak. Lantas dia menggosokkan matanya beberapa kali.
“Hai, sayang. Kenapa duduk kat sini sorang-sorang?” soal satu suara membuatkan Laila berpaling. Dia tersenyum hambar pada Datuk Hasyim yang semakin mendekat.
“You sibuk sangat layan tetamu dekat depan tu, sampai tak sempat nak layan I jadi I bawaklah diri ke sini,” jawab Laila dengan senyuman paksa terukir di bibirnya.
Datuk Hasyim tersenyum manis. Dia menjeling ke belakang sebelum kembali menatap wajah Laila yang kelihatan cukup cantik malam ini. Dia bimbang jika isteri pertamanya itu dapat mengesan ketiadaannya di ruang depan.
“Bagus juga you tunggu I dekat sini. Kat depan tu ramai orang. Tak dapatlah I nak bermanja dengan you,” ujar Datuk Hasyim mula menggatal. Dia mencapai tangan Laila lalu digenggam erat.
Laila hanya membiarkan perbuatan Datuk Hasyim.
“Isteri you tak tahu ke yang I datang? Isteri muda you datang tak?” soal Laila inginkan kepastian.
Masih segar diingatannya sewaktu dia diserang oleh isteri muda Datuk Hasyim. Mujur Syahid ada ketika itu kalau tidak pasti berbirat mukanya ditampar oleh isteri Datuk Hasyim yang garang itu. Laila mengeluh, kenapa harus Syahid juga yang diingatinya saat ini?
“Rasanya tak datang. Isteri tua I tak jemput pun. You jangan risaulah, isteri tua I ni taklah garang sangat. Dia takkan perasan yang you bakal madu dia. Mamatkampung tu mana? Dia tak ikut ke?” soal Datuk Hasyim sambil matanya melilau-lilau mencari kelibat Syahid.
“Dia tak ada. Dia dah keluar dari rumah I. Dia takkan kacau I lagi…” ujar Laila sambil pandangannya ditundukkan.
Bulat mata Datuk Hasyim memandang wajah Laila. Dia bagaikan tidak percaya dengan berita yang didengarinya ini.
“Serius? You tak bohong ke? Dia dah ceraikan you?” soal Datuk Hasyim teruja. Matanya kelihatan bersinar kegembiraan.
“Belum lagi. Tapi dia dah keluar dari rumah tu. Dia janji takkan kacau hidup I lagi,” ujar Laila dengan senyuman yang cukup hambar.
Namun tidak bagi Datuk Hasyim. Dia cukup gembira mendengar berita itu.
Thank God! I’m happy for you. This is a good news for us!” ucap Datuk Hasyim.
Lalu tanpa segan silu dia menarik Laila ke dalam pelukannya. Dia cukup gembira kerana tiada lagi halangan untuk dia berjumpa dengan Laila.
“Abang!!” jerit satu suara mengejutkan Datuk Hasyim dan Laila. Kedua pasangan itu berpaling. Kelihatan Datin Syima berdiri di hadapan mereka berdua dengan bercekak pinggang. Alamak! Mati aku! Jerit hati Datuk Hasyim.
“Ini kerja abang belakang saya, ya? Kalau Izah ni tak datang, saya takkan tahu yang abang ada skandal dengan betina lain!” tengking Datin Syima kuat.
Beberapa orang yang datang bersama Datin Syima memandang Laila dengan pandangan jijik.
“Kalau akak nak tahu betina tu dah kahwin tapi masih nak menggatal dengan suami kita. Memang dasar perempuan sundal!” jerit Puan Izah pula, isteri kedua Datuk Hasyim dengan bahasa yang kesat.
Laila menahan rasa perit apabila dihina sebegitu rupa.
“Syima, Izah, sudahlah tu malu orang tengok,” ujar Datuk Hasyim cuba menghentikan pertengkaran mereka bertiga.
“Malu? Abang tahu malu ke? Berpelukkan dengan perempuan murahan tu depan orang ramai. Abang ingat kami ni apa? Tak cukup lagi ke kami ni bang sampaikan abang simpan betina tu!” tambah Datin Syima dengan wajah yang garang kalahkan singa betina.
Laila menarik nafas menghimpun kesabaran. Berdesing telinganya dimaki sebegitu.
“I bukan perempuan murahan dan I bukan perempuan simpanan Abang Hasyim. I bakal isteri dia!” Laila bersuara dengan tegas. Dia memeluk tubuh.
“Bakal isteri?!” suara Datin Syima dan Puan Izah serentak. Darah sudah mula menyirap.
“Perempuan ni dah meroyan, Kak Syima. Kita kena ajar dia,” bisik Puan Izah dekat ke telinga Datin Syima.
Datin Syima menganggukkan kepala. Lalu dia menghampiri Datuk Hasyim dan Laila. Dia menarik cuping telinga Datuk Hasyim dengan kuat sebelum Puan Izah bertindak pantas menampar pipi Laila dan menolak tubuh gadis itu ke dalam kolam.
Argggghhh!!” Laila menjerit.
Manakala Datuk Hasyim hanya mampu memandang kerana telinganya dipulas kuat oleh Datin Syima.
“Makan pun saya yang tanggung, ada hati nak kahwin lagi satu. Sedar diri sikit Datuk Hasyim oiii. Kalau bukan disebabkan saya, awak takkan jadi datuk!” tempelak Datin Syima lalu menarik Datuk Hasyim ke dalam rumah.
“Sakit, yang. Sakit. Lepaslah. Malu orang tengok…” ujar Datuk Hasyim sambil cuba meleraikan tangan Datin Syima daripada terus memulas telinganya.
“Sakit telinga sikit je. Sakit hati saya ni lagi teruk. Ikut saya masuk sekarang!” tengking Datin Syima lalu menarik Datuk Hasyim sehingga ke dalam rumah.
Manakala itu, Puan Izah puas melihat Laila yang terkapai-kapai di dalam kolam renang. Habis lencun satu badan gadis itu tenggelam dalam kolam renang. Itulah padahnya kalau menggatal dengan suami orang.
“Kau dengar sini perempuan sundal. Aku tak nak tengok kau dekat dengan laki aku lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, aku tak teragak-agak nak simbah asid dekat muka kau tu!” ugut Puan Izah sambil meluruskan jari telunjuknya ke muka Laila.
Laila merengus. Sakit hatinya kerana dikena cukup-cukup oleh Puan Izah.
“Aku peduli apa!” balas Laila berani.
Melotot mata Puan Izah memandang wajah Laila yang merah. Amboi, melawan nampak. Detik hatinya. Lalu, Puan Izah menunduk. Dia melihat Laila semakin menghampiri tebing kolam, lalu dengan selamba dia menarik rambut Laila dengan kuat. Jeritan gadis itu tidak dipedulikan.
“Jangan cuba cari pasal dengan aku, perempuan. Kau tak kenal aku lagi. Aku boleh buat hidup kau menderita kalau kau cuba rapat dengan laki aku lagi. Kali ni aku lepaskan kau. Tapi tidak untuk lain kalinya. Kau perempuan, kau tentu faham perasaan perempuan macam aku. Jangan pernah kau sakiti hati orang lain, kalau kau tak nak hati kau sakit. Faham!” tengking Puan Izah lalu melepaskan cengkaman daripada rambut Laila.
“Ahhhh!!!” Laila menjerit sebaik saja Puan Izah berlalu meninggalkan dia yang terkial-kial untuk naik ke tebing.
“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang mandi kolam ke?!” tengking Laila pada beberapa orang yang masih memandang dia. Malu. Itulah yang dirasakan saat ini.
“Perempuan gila. Jomlah blah.”
Bunyi suara itu singgah di telinga Laila. Lantas dia menjeri bagaikan dirasuk. Dengan baju yang basah kuyup. Dengan solekan yang luntur, Laila berlari-lari anak ke keretanya. Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Stereng kereta ditumbuk dengan tangannya.
Arghhhh!!!” dia menjerit lagi sambil menekup wajahnya di stereng. Inilah kali pertama dia dimalukan sebegini rupa dalam hidupnya. Tanpa sedar dia sudah menangis teresak-esak.
Tiba-tiba, dia terasa bahunya disentuh lembut. Laila tersentak dan berpaling. Dia terpaku apabila melihat Syahid yang duduk di sisinya. Lelaki itu tersenyum manis malah wajah itu cukup tenang di mata Laila.
“Syah…macam mana kau boleh ada dekat sini?”  soal Laila sambil mengesat air matanya.
Namun, Syahid hanya mendiamkan diri. Hanya senyuman yang terukir di bibir.
“Syah, kenapa tak jawab soalan aku?” soal Laila sambil cuba memegang tangan Syahid. Tetapi tiba-tiba tubuh Syahid menghilang. Laila tersentak. Dia memandang ke depan dan belakang mencari kelibat Syahid. Ke mana lelaki itu pergi?
“Syah! Syah!” panggil Laila sambil meraba-raba tempat duduk di sebelah pemandu yang kosong. Ruang kereta itu sunyi sepi. Tiada orang lain selain dia apatah lagi Syahid. Laila melepaskan keluhan yang berat.
Adakah ini balasan untuk dosa aku pada kau, Syah? Soal hati Laila dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi. Dia kesunyian sekarang ini. Tiada sesiapa pun yang menemaninya apatah lagi ingin memujuk dirinya yang sedang kesedihan.
 “Saya nak awak hidup bahagia dengan cara awak tanpa saya.”
“Jangan pernah kau sakiti hati orang lain, kalau kau tak nak hati kau sakit.”
Kata-kata itu terus bermain di fikiran Laila seperti pita rakaman yang memutarkan lagu. Akhirnya, Laila menjerit. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk meluahkan rasa hatinya yang terluka.

Rabu, 26 Maret 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 25

Assalamualaikum u ollsss..


Sambungan AMB untuk hari ni sambungan yg cookie demam tu , ada kisah Tasha sikit dan juga kisah Akid yang takut pada cookie.Mekasih singgah dan baca :D


                                           



BAB DUA PULUH LIMA



    TASHA berjalan ke hulu- hilir . Panas betul punggungnya hari ni apabila tidak nampak Awa di pejabat. Dia menilik jam di tangan sudah pun berginjak ke angka sepuluh setengah pagi namun kelibat Awa masih lagi tidak kelihatan. Jangan-jangan Awa ni MC tak.Desis hatinya.

   Hai cik Tasha sejak bila pula kau ambil berat pasal Awatif? Kata benci tak suka tapi menyibuk nak ambil tahu. 

   Tasha melirikkan matanya ke meja Adam. Dia melihat Adam tengah khusyuk menguruskan kerjanya. Pasti Adam sudah tahu ke mana Awa pergi.Kalau tidak mana mungkin Adam boleh relax sebegitu rupa tanpa melihat Awa di depan matanya. Fikir Tasha lagi.

   “Buang masa sajalah kau fikirkan hal Awa dan Adam ni Tasha. Banyak benda lagi yang kau boleh buat.” Omel Tasha  memarahi dirinya sendiri.

   “Eh Tasha kau ni dah kenapa aku tengok ke hulur ke hilir. Ada yang tak kena ke? Pening mata aku tengok tau.” Tegur Safi . Tasha menoleh dan tersenyum pada Safi.

  “Mana ada aku ke hulu hilir Safi. Aku cari barang aku je. Sorry kalau buat mata kau berpusing-pusing. Kau tak pergi check up ke hari ni?” Soal Tasha.

  “Check up esoklah bukan hari ni. Esok aku masuk pejabat lambatlah sikit.” Jawab Safi sambil tersenyum. Dia berjalan menuju ke mejanya .

   “Eh Reen dah bersalin ke belum?” Soal Tasha lagi sebaik saja teringat pada teman dia yang pernah bekerja di Aspirasi dahulu yang di mana pernah memegang jawatan sebagai setiausaha Hadif Fakhri.

   “Belum lagi. Dia tengah sarat dah sekarang ni. InsyaAllah kalau dia bersalin nanti aku inform dekat kau. Alhamdulilah Reen bahagia bersama Hayyan.Orang kata tak kenal maka tak cintakan. Itulah cinta Hayyan dan Reen. Kalau di ikutkan Reen kahwin dengan Tuan Hadif tapi jodoh dari Allah tu sukar kita jangkakan. Kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menetukan segala-galanya.” Terang Safi lagi. Tasha menganggukkan kepalanya.

   “Safi aku nak tanya ni. Kau ada nampak Awa tak pagi ni. Aku tak nampak pun dia masuk pejabat lagi hari ni. Dia MC ke?” Soal Tasha sewaktu menoleh pada Safi .

    “Yang tu aku tak pasti. Mungkin juga dia  MC tak pun mungkin dia lewat masuk office hari ni. Kenapa?” Soal Safi dengan pelik.

    “Saja je tanya. Ya la kalau tak pagi-pagi dah dengar suara budak blur tu.” Jawab Tasha dengan selamba.

   “Tasha tak baik tau kau panggil dia budak blur. Dia ada namalah.” Tegur Safi. Dia tidak suka Tasha memanggil Awa dengan panggilan budak blur. Ya dia tahu Awa seorang yang blur tetapi tidak perlulah memanggil budak blur. Tasha mencebik.

   “Awa kenapa lambat hari ni?” Soal Adam sewaktu menahan Awa yang sedang melintasi mejanya. Awa berhenti melangkah lalu memandang Adam.

   “Awa ada hal kejap tadi. Awa pergi sambung kerja dulu. Kasihan bos .” Jawab Awa lalu mempercepatkan langkah menuju ke mejanya. Sebaik saja dia meletakkan tas tangannya , Awa terus bergegas menuju ke dapur untuk membuatkan air kopi untuk bosnya.

   Adam melihat Awa berjalan menuju ke pantry. Dia tahu Awa menyediakan air kesukaan Tuan Hadif.  Awa seakan-akan menjauhkan diri darinya, mungkin Awa tidak selesa dengannya selepas dia meluahkan perasaan terhadap Awa tempoh hari.

   “Good morning bos. Sorry saya lambat hari ni. Ini air untuk bos.” Ujar Awa sebaik saja masuk ke bilik Hadif.

   “So macam mana dengan cookie?” Soal Hadif sewaktu mendongakkan kepalanya.
    “Alhamdulilah cookie demam sikit je. Dua tiga hari nanti baiklah dia. Terima kasih ya bos bagi saya masuk lambat hari ni.” Awa tersenyum manis pada Hadif Fakhri. Sesiapa saja yang melihat senyuman Awa pasti turut tersenyum. 

   “Baguslah kalau begitu.” Jawab Hadif lalu menyambung semula kerjanya.
   “Bos saya keluar dulu ya.” Awa meminta diri . 

   “Okey. Thanks buatkan saya kopi ni.” Balas Hadif . Awa tersenyum lagi dan melangkah keluar dari bilik Hadif.

   “Hey budak blur , kau ke mana hah masuk pejabat lambat. Hey kau ni kan tak ada disiplin ke masuk kerja lambat. Kau ingat office ni kau yang punya? Macam tu?” Soal Tasha sambil bercekak pinggang di meja Awa. 

   “Kenapa Kak Tasha cari Awa ke?” Soal Awatif . Awa terkejut apabila di sapa oleh Tasha. Dia tengah ralit melihat dokumen yang harus dia periksa ketika itu.

   “Aku nak cari kau? Tak ada maknanya. Kau ingat kau tu orang penting ke dekat pejabat ni?” Soal Tasha.  Jelas sekali Tasha memang tidak menyukai Awatif.

   “Mestilah saya penting. Kalau Awa tak penting dekat Aspirasi ni kesianlah dekat bos kita tu.” Jawab Awa dengan selamba. Tasha mengigit bibirnya dengan geram.

   “Huh menjawab pula. Aku nak bagi amaran dekat kau. Jangan sesekali kau mendekati Adam . Kau faham tak arahan aku ni. Jangan sampai aku lakukan sesuatu pada kau.” Tasha cuba mengugut Awa . Bertaut kening Awa. Tasha terus meninggalkan Awa yang sedang menayangkan muka blurnya.

   “Kak Tasha ni asyik moody saja. Pelik betullah aku dengan dia ni. Moodnya memang tak menentu agaknya. Selalunya kalau orang moody macam tu dia tengah period tapi tak kan dia period sebulan kot. Hari-hari aku tengok rupa dia macam tu. Selalu tayang muka tak puas hati. Adam .. Adam .. Adam. Aku tak nak Adam lah. Pelik betul aku dengan perempuan ni.” Bebel Awa dengan perlahan. Awa menggelengkan kepalanya sebelum menyambung meneliti kerja di hadapannya.

   SEBAIK saja menutup pintu kereta daddy nya Awa terus berlari masuk ke dalam rumah. Dia mahu melihat keadaan kucing kesayangannya itu. Keadaan Awa bekerja di pejabat hari ni pun tidak tenang kerana hatinya gelisah memikirkan tentang kesihatan cookie. 

   “Cookie.. Cookie.. Mummy dah balik.” Jerit Awa lalu meletakkan tas tangannya di meja makan sebelum berlari dan menuju sangkar cookie. Dia melihat cookie yang masih terbarig. Dengan pantas Awa mendapatkan cookie. Dia kemudiannya membawa keluar cookie dari sangkar dan mendukung cookie menuju ke ruang tamu.

   “Anak mummy okey ke?” Soal Awa pada cookie. Dia memegang cuping telinga cookie. Selepas itu kedengaran suara cookie.

   “Meow.. Meow..” Awa memandang cookie dan menarik nafas lega.

   “Alhamdulilah cookie dah baik sikit dari pagi. Mummy risau tau. Mummy sayangkan cookie.” Awa mengusap kepala cookie. Pada ketika itu juga cookie memandang ke wajah Awa. Cookie seakan-akan memahami yang tuannya itu begitu risaukannya.

   “Cookie nak makan tak? Jom mummy bagi cookie makan dan juga minum susu eh? Lepas tu mummy bawa naik atas .” Awa bercakap dengan kucingnya lagi dengan senyuman. Encik Fathudin yang melihat kerenah anaknya menggelengkan kepala saja. Dia tahu Awa memang sayangkan cookie. Itulah teman baiknnya.

   “Awa janganlah risau. Balik dari klinik pagi tadi cookie dah sihat sikit. Ingat pesanan daddy jangan terlalu sayangkan cookie Daddy takut kalau apa-apa berlaku pada cookie nanti Awa tak boleh terima . Ingat tu.” Tegur Encik Fathudin.

   “Yes daddy Awa faham. Daddy jangan risau.” Jawab Awa. 

    “Good. Lepas ni pergi mandi nanti kita berjemaah sama-sama solat maghrib. Daddy nak naik dulu.” Ujar Encik Fathudin lagi sebelum meninggalkan Awa di ruang tamu.

   “Okey daddy.” Jawab Awa lalu bangun dan menuju ke dapur untuk memberikan cookie makan.
     Selepas makan malam , Akid masuk ke biliknya untuk menyiapkan homework. Tahun ini dia perlu bekerja keras untuk berjaya dalam SPM . Malam ini dia perlu siapkan dua subjek di mana melibatkan subjek biologi dan juga kimia. Akid memang pelajar yang pintar . Kalau dulu sewaktu dia menduduki PMR dia telah berjaya memperolehi 8A.

     Akid mengeliat kecil. Di angkat kedua belah tangannya ke atas. Kakinya pula di lunjurkan ke bawah meja. Lenguh duduk bersila di atas kerusi. Sewaktu meletakkan kakinya ke bawah Akid merasa pelik kerana ada objek yang berbulu-bulu di rasai oleh tapak kakinya. 

   “Eh mummy letak permaidani baru ke dekat bawah meja ni?” Soal Akid dengan pelik. Dia merasakan sekali lagi bulu-bulu di kakinya. Pada mulanya Akid membiarkan saja . Dia ingatkan bulu permaidani namun sewaktu dia ingin menyambung semula menyiapkan kerja rumah dia merasakan yang ibu jarinya di gigit manja sekali. Akid sudah merasa pelik. Dia dengan perlahan-lahan mengintai ke bawah meja.

   “Kak Awa….” Jerit Akid dengan lantang sekali.

    Awa yang berada di dalam biliknya sedang menonton cerita online di laptopnya terus terperanjat mendengar Akid menjerit.

     “Apa kena pula dengan si Akid ni? Menjerit tak tentu pasal.” Soal Awa sendirian.Sekali lagi dia mendengar Akid menjerit memanggil namanya. Dengan bermalasan sekali Awa bangun dari kerusinya lalu melangkah keluar dan menuju ke dalam bilik adiknya yang terletak bersebelahan dengan bilik tidurnya.

   “Akid apahal ni menjerit macam orang nampak hantu ni? Kak Awa nak tengok cerita pun tak senanglah.” Dengan selamba Awa menegur Akid sambil bersandar di pintu bilik Akid.

   “Banyaklah Kak Awa punya hantu. Kak Awa bagi cookie masuk sini kenapa. Cepat ambil cookie dia gigit jari Akid. Baik Kak Awa ambil cepat.” Tingkah Akid sewaktu menoleh pada kakaknya. Awa menayang muka blur.

   “Cookie. Eh tadi cookie ada dalam bilik Kak Awa la. Dia siap landing lagi haa dekat atas katil. Akid jangan nak mengarutlah.” Jawab Awa.

   “Ish Kak Awa ni cepatlah masuk ambil cookie tu. Akid nak buat kerja sekolah ni. Tolonglah Kak Awa.” Jerit Akid. Dia berdiri di atas kerusi sebaik saja menjerit memanggil nama Awa.

   “Cookie.. Cookie..” Panggil Awa sambil berlalu ke biliknya dan mencari cookie namun ternyata cookie tiada di situ. Awa bergegas semula ke bilik Akid. Dia melihat Akid masih lagi berdiri di atas kerusinya. Lagaknya seperti pelajar di denda oleh guru dekat sekolah.

   Awa mendekati meja belajar Akid lalu menundukkan kepala dan mengintai cookie di bawah meja. Awa mengetap bibirnya dengan geram apabila melihat dengan comel sekali cookie landing dekat bawah tu.

   “Cookie bila masa masuk sini. Mari sini keluar. Jangan ganggu Akid buat kerjalah. Deman-demam pun aktif . Kalau cookie sakit lagi macam mana mummy juga yang susah.” Bebel Awa pada cookie.  Awa menarik cookie dengan perlahan-lahan.

   “Mummy dah pesan jangan masuk bilik Akid kan.” Awa mengusap kepala cookie lalu bangun dan berdiri. Akid pula dengan perlahan-lahan turun dari kerusi.

    “Cookie ni suka sangat kacau Akid.” Bebel Akid.

     “Nak tahu sebab apa dia suka ganggu Akid?” Soal Awa pada adiknya sambil menaikkan kedua-dua belah keningnya.

   “Pasal apa?” Soal Akid dengan muka yang pelik.

   “Sebab cookie tahu yang Akid ni takut dekat dia. Lagi Akid takut dengan cookie lagi tu jugalah cookie nak ganggu Akid.” Jawab Awa sambil tersengih.

   “Ini apa hal bising-bising ni? Sampai ke bawah dengar Akid jerit. Kenapa ni?” Soal Mummy mereka Puan Fauziah sambil bercekak pinggang.

   “Tak ada apa mummy. Ini cookie ni bila masa entah dia selinap masuk ke dalam bilik Akid ni.” Jawab Awa.

   “Cookie ni la mummy dia gigit jari kaki Akid. Geram betul.” Tingkah Akid lalu memandang cookie yang berada di atas dukungan kakaknya.

   “Lain kali tutuplah pintu bilik. Awa pun satu hal. Awa kan tahu Akid tak suka kucing jadi bila cookie ada dekat bilik Awa kuncilah pintu barulah cookie tu tak menyelinap ke bilik orang lain.” Pesan Puan Fauziah. Awa menganggukkan kepalanya.

   “Yalah mummy. Awa minta maaf. Awa tahu Awa cuai terlupa nak tutup pintu tadi.” Jawab Awa. Puan Fauziah sudah tersenyum.

   “Sudahlah tu. Akid pergi siapkan kerja sekolah. Awa pergilah masuk bili jangan lupa tutup pintu tu.” Arah Puan Fauziah.

   “Yes mummy.” Jawab Akid dan Awatif serentak.

     Masuk saja ke biliknya Awa terus menutup pintu dan menguncinya. Dia membawa cookie ke katil lalu di letakkan cookie di situ. Awa ingin menyambung untuk melihat movie online di laptopnya. Dia membiarkan saja cookie di tilamnya. Baru saja ingin menhenyakkan punggungnya ke kerusi telefon miliknya sudah berdering. Awa menilik handphone nya dan melihat tertera nama Hadif. Awa mengerutkan dahinya terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan tersebut.

   “Assalamualaikum bos.” Soal Awa di talian.

   “Waalaikumusaalam. Awa sorry saya ganggu awak malam-malam ni. Esok terlupa nak bagitahu pada awak petang tadi yang esok saya tak masuk office. Saya ada urusan di luar. So kalau ada apa-apa yang penting nanti take note and inform pada saya okey?” Pesan Hadif.  Awa menghenyakkan punggungnya dengan perlahn-lahan ke kerusi.

  “Okey bos. Ermm bos ada meeting ke esok?” Soal Awa ingin tahu. Dia cuba mengingati  jadual kerja Hadif untuk esok.

   “Saya ada hal sikit dengan Datuk Rizman. Oklah itu saja saya nak bagitahu pada awak. Selamat malam.” Jawab Hadif. Awa mengerti.

   “Selamat malam bos. Oh ya bos jangan lupa ya.”

    “Lupa apa pula Awa?” Soal Hadif  sewaktu berada di katilnya.
    “Jangan lupa basuh kaki dan baca doa sebelum tidur nanti tak adalah bos mimpi merapu.” Ujar Awa dengan selamba. Hadif ketawa di sebelah sana.

   “Ada-ada je awak ni Awa. Yalah.” Jawab Hadif lalu mematikan talian. Dia menggelengkan kepalanya lalu meletakkan handphone miliknya di meja.

    “Budak Awa ni ada je kerenahnya yang buat aku ketawa.” Ujar Hadif sebelum menyandarkan kepalanya ke katil. Dia kemudiannya menyambung semula membaca. Itulah hobi Hadoif sebelum tidur. Dia akan menghabiskan masa dengan emmbaca buku terlebih dahulu sementara menunggu matanya mengantuk. 

Bersambung...

NotaTersepit: Bab minggu depan Awa sakit. Kenapa dengan Awa? Tunggu entry minggu depan dan lihatlah bagaimana nanti Hadif resah.Cik writer ni saja je kan nak kasi u oll tertunggu-tunggu kan. Jgn marah tau. Cik writer publish bab by bab jd tunggu ye jangan lupa baca sedutannya pd hari jumaat di page fb cik writer.