Jumat, 11 Mei 2012

Andai Ini Takdirnya...

            Aku tersenyum kecil. Masa zaman persekolahan ku memang indah. Sekolah rendah yer, bukan sekolah menengah.
            Apabila fikiranku hendak kembali ke masa itu, aku cepat-cepat menyedarkan diri. Sekarang ini kita tengah memandu, jangan fikir benda lain pula. Nantilah aku cerita. Bila aku dah sampai rumah nanti yer...
*_*
            Ah! Selesanya... Nak tidurlah... Oi! Adriana Yasirah! Kau dah janji dah nak cerita tentang cerita kau waktu di sekolah rendah. Ni apa pun tak ada! Nak tidur je, kerja! Daripada kecil sampai ke besar! Sama je perangai!
            Adoi! Dah kena perli dengan suara hati! Ni yang malas nak dengar ni... Jomlah kita flashback balik...
            Op! Op! Stop sat! 23 – 12 berapa eh? Ha! Tau dah! 11 tahun! Alamak perkara dah 11 tahun berlalu lah.. Macam mana nak ingat ni?
            Oi! Jangan main-main! Ingatlah cepat..! Tadi nak cerita sangat! Kau tanggunglah sendiri!
            Ish! Menyibuk jelah suara hati ini.. Yelah – yelah orang cerita, tapi apa yang orang ingat ajelah.. OK?
            Oklah..           
11 tahun yang lepas...
            “ Apalah nasibku, setiap pulang dari sekolah kena tinggal seorang diri, huh! ” kata aku lalu melangkah ke arah pokok kelapa. Kerjaku kalau waktu pulang sekolah pasti bertapa di bawah pokok kelapa lalu memerhati ke arah padang. Padang yang indah itu jugalah jadi tatapan aku, sedangkan tiada apa – apa pun di situ.
            “ Hai, Ana! Seorang je ka? Mana Farhana dengan Faqihah? ” tanya Laila. Kau orang nak tahu tak? Perempuan ini lah salah seorang yang aku meluat, sebabnya dia selalu berpaling tadah. Tak nak kawan dengan yang ni, kawan dengan  yang tu. Ish, meluatnya aku!
            “ Pergi mana lagi? Pergi belilah di tahap 1,” kata aku selamba. Sebab itulah aku kena tinggal hari-hari, sebabnya, aku tak nak ikut mereka ke tahap 1, sebabnya takut mak aku datang. Dan sudahnya aku kena marah sebab lambat. No way! Orang nak balik awal bukannya lambat!
            “ Hah! Tu mereka! ” kata-kata Laila membuatkan aku berpaling ke arah bawah bukit. Untuk maklumat semua, sekolah aku ni bawah bukit. Bawah bukit ke? Eh! Dia jenis kalau ini jalan raya dia di sebelah tapi bawah. Apabila kita lalu sebelah dia kita nampak bangunan je, tak nampak kereta cikgu. Kena tunduk pula tengok kereta cikgu. Tulah yang menyusahkan aku! Pagi, turun bukit. Balik, naik bukit. Tengok berat badan aku pun dah menurun dah ni! Dah jadi slim! Perasan!
            “ Kenapa hampa termengah-mengah ni? ” tanya aku pelik. Mereka ni kena kejar dengan anjing, ke mereka yang kejar anjing. Konfius aku!
            “ Kami kena kejar dengan Bushes dan Ameerrr...” kata Faqihah dalam nafas dia yang masih termengah-mengah tu.
            “ Hampa buat apa dengan mereka? Ni baru first time, aku tengok mereka kejar hampa tau! ” kata aku selamba.
            “ Mereka tiba-tiba je kejar kita orang, marah sangat lah tu. Orang ejek mereka! ” kata Farhana selamba.
            “ Tu mereka, ” kata Laila lalu menundung ke arah Ikhwan dan Azhar.
            Tiba-tiba Ikhwan menghampiri kami lalu bermain tolak-tolak dengan Faqihah sebelum aku menolaknya hingga jatuh tersembam. Ceit! Aku tolak dia punya perlahan.
            Bushes! ”ejek Faqihah.
            Doctor Chicken!! ” balas Ikhwan pula.
            Bushes! ”
            Doctor Chicken!! ”
            Bushes! ”
            Doctor Chicken!! ”
            Bushes!!!!!! ”
            “ Kau ni kan! ” marah Ikhwan.
            “ Lari!! ” Farhana dan Faqihah bertempiaran lari turun ke padang. Mereka ni tak penat ke? Tangga tu punyalah tinggi.
            Ikhwan dengan Azhar pun tak nak turun padang. Dia orang berani. Huh! Aku hanya berpaling ke padang dan menonton sketsa yang bakal dimainkan oleh mereka.
            Bush! Tak nak kejar kami lagi ke??!” tanya Faqihah dengan nada yang agak kuat.
            “Penat lah doctor chicken oi! Kau tak apalah dah nama pun ayam mestilah kerjanya lari daripada ditangkap serigala!Haha..!” ejek Ikhwan.
            Ikhwan berjalan dan terus berjalan melepasi aku lalu masuk ke penghadang. Kan ada penghadang, ni bukit ada longkang kat sebelah mesti ada penghadang la.. cam pagar tu.. tapi yang ni pendek.
            “ Ikh.. Hampa nak tau tak sebab apa mereka panggil hampa bush!” tanya aku selamba. Ikhwan hanya menjongket kening.
            “La.. Bush kan semak, hampa kan menyemak sebab tu mereka panggil hampa bush!” kata aku selamba.
            “Capati ni kan!” kata dia terjerit sedikit. Hello I’m not capati!
            “Ikhwan! Sini sat!” panggil Azhar. Azhar membisikkan sesuatu di telinga Ikhwan. Ikhwan hanya mengangguk. Aku semakin pelik. Kenapa dengan mereka ni? Apa yang mereka nak buat?
            Tiba-tiba Ikhwan dan Azhar ke bus stop. Aku tertanya – tanya, apa yang mereka nak buat di sana? Biar ajelah. Aku peduli apa.
            “ Faqihah, beg kau dah lunyai, ” Ikhwan dan Azhar tertawa manakala aku memandang ke arah bus stop tempat di mana aku letakkan beg aku. Rupa-rupanya bukan beg Faqihah yang lunyai beg aku yang lunyai.
            “ Ikhwan!! Tu beg aku lah bongok! ” aku pula yang mengejar Ikhwan namun tak lama sebab aku tak mampu berlari laju. Tambahan pula, aku seorang yang cepat penat. Dia pula berlari ke arah padang. Aku kembali semula ke atas. Kelihatan, Faqihah, Farhana, Ikhwan dan Azhar sedang memainkan filem hindustan.
            “ Alamak!Macam tengok cerita hindustan daa...”kata aku kepada Laila.
            “ Kuch Kuch Hota Hai lah.. ” balas dia pula.
            “ Bye, mak aku datang dah, ” kata aku meminta diri apabila melihat kedatangan ibu aku.
            “ Bye, ” balas Laila pula.
Sekarang..
            Hah! Itulah salah satu daripada cerita aku. Kau orang nak tahu tak?
            Tak nak tahu!
            Ish! Menyibuklah suara hati ni!
            Esoknya aku ke sekolah, aku duduk di sebelah Faqihah sebabnya orang yang duduk sebelah dia itu, Encik Iqbal tak ada! Pi main bola, mentang- mentang lah terpilih ke daerah.
            Aku bertanya kepada Faqihah, apa yang jadi lepas aku balik tu. Dia pun ceritalah. Tapi, aku dah tak ingat lah apa yang dia cerita. Problem! Problem! Whateverlah! Yang penting hidup...
            Dah bergema dah lagu Prasasti Cinta.. Mesej apa pula yang datang ni?
            ‘ Assalamualaikum, awk buka fb skrg, buka group 6 Nilam 2001, ada reunion bln dpn. Awk nk pergi x?      ---- tunangmu’
            Ada reunion? Bestnya!! Jangan tak tahu pula, aku dah bertunang tau! Dengan Iqbal... Hehe! Tersangkut dengan budak bola nak buat camna kan? Tak bercinta pun... Dia mai masuk meminang, terkejut juga. Last-last terima juga...
            Reunion eh? Aku tanya umi dululah...
            “ Umi! ” sergah aku. Aku ni main sergah je, tak ada lampu isyarat merah lansung..
            “ Opocot mak kau! Ana! Terkejut umi.. Ingatkan siapalah, kamu ni. Dah tolong umi lipat baju,” kan dah kena lipat baju, kau ni kan Adriana Yasirah, tegur tak kena masa. Elok tak ada kerja, jadi ada kerja pula.
            Aku pun duduklah. Anak mithali lah katakan. Ikut je cakap mak.
            “ Umi.. Ada reunion budak 6 Nilam, kalau Ana pergi boleh tak?” tanya aku dengan mata yang sengaja ku kerdipkan.
            “Pergilah, tapi, dengan Iqbal,” tegas umi menuturkannya.
            “Yelah-yelah, orang pergi dengan Iqbal,” kata aku dengan mood sedih yang sengaja ku buat.
            “Dah, call Iqbal dahulu,” arah umi
            “Yelah, yelah,” aku naik ke tingkat atas lalu masuk ke bilikku. Aku malaslah nak berhubung dengan encik Iqbal ni. Walaupun dia tunang aku, tapi kami jarang jumpa tau! Hehe..
            Nak call, tak nak. Nak call, tak nak. Nak call, tak nak. Call ajelah. Nanti terlepas pula nak pergi reunion.
            “ Assalamualaikum, Iq,” aku memberikan salam tatkala Iqbal mengangkat telefonnya. Memanglah! Takkanlah kau bagi salam dekat hantu kot! Teruk betul lah kau ni Ana!
            “Waalaikumussalam, kenapa Ana? Ada hal penting ka?” tanya Iqbal. Hah ! Ni yang aku suka pasal dia, baik dan lemah lembut kau orang pun dengar camna dia tanya aku kan.
            “ Yup! Umi suruh Ana pergi dengan Iq ke reunion nanti, boleh tak?” tanya aku dengan lemah lembut, biasalah Iqbal cakap pun camna, takkan nak jerit kut!
            “ Boleh, nanti Iq ambil Ana. Tak silap Iq reunion itu di Dewan Putra, 26.3 ni kot,” kata Iqbal.
            “La, lambat lagilah baru berangan nak jumpa kawan-kawan lama,” aku buat suara kasihan. Biasalah anak manja.
            “ Wahai cik Adriana Yasirah,simpanlah rindumu itu, 6 hari lagi pun chek!” perli Iqbal. Aku hanya tersengih.
            “ Apa-apaje lah, janji tau, ambil orang!” kata aku lagi.
            “Insya-Allah.. Assalamualaikum. Jumpa lagi ye,” kata Iqbal mengundur diri.
            “Waalaikumussalam,” aku menekan butang merah. Amacam? Sat tak perbualan aku dengan dia. Ingat kita orang tunang bukan sebab nak perhabis kredit. Kita orang tak bergayut macam couple-couple yang lain. Yang kata hubby, i will miss you lah apalah. Mereka ni tak fikir ke yang hubby tu stand for husband? Sesuka hati je panggil.
            Apa-apa ajalah Adriana Yasirah, pergi mandi sekarang ni dah pukul enam.
*_*
Nak pakai baju apa yer?  Yang merah ke yang hijau? Yang biru ke yang oren? Alamak habislah! Dah terlebih excited!
Sah budak ni gila!
Apa gila-gila? Kau ingat aku ni apa nak kata aku ni gila, kau just suara hati, doq terkurung dalam hati. Just shut up!
Shut up, shut up apa kau ingat ni lagu.
Ha’ alah! Teringin pula nak dengar lagu tu, jom bukak!
Aku mencapai laptop lalu menekan butang on.
Konsert akan bermula, let’s go!
*_*
Pon! Pon!
Alamak cepatnyer encik Iqbal ni sampai! Baru nak pakai kasut. Aku mengambil kasut lalu memakainya dengan cepat. Lantak kaulah Iqbal. Tunggu sat nah!
Aku melangkah ke arah kereta. Purdah ku yang bertiupan angin ku tarik, takut terkeluar. Tak pasal-pasal buat wayang free show. Tak sah lagi dah tunjuk muka asal aku yang di sebalik purdah ku ini.
“ Kenapa lambat sangat?” tanya Iqbal apabila aku menjejakkan kaki ke keretanya.
“ Assalamualaikum, encik Iqbal. Chek lambat tadi sebab chek tak sangka chek abang ni mai awal sangat!” perli aku sinis. Habis loghat Penang keluar, kau punya pasallah ni Iqbal!
“Waalaikumussalam, cik Adriana. Chek pun tak tau lah sebab apa chek mai awal sangat! Tak sabaq nak jumpa kawan agaknya,” balas Iqbal lalu memandu kereta menuju ke Dewan Putra.
“ Dahlah! Main-main pula dia ni,” kata aku seraya ketawa, dia pun ketawa bersama aku.
“ Eh! Seriuslah! Rindu lah nak jumpa kawan-kawan,” kata dia pula.
“Rindu, rindu juga! Yang awal-awal lagi dah terpacak kat rumah orang ni kenapa? Start pukul 11 sekarang ni baru pukul 10 lebih,” kata aku lagi.
“ La, mai awai sikit,”kata Iqbal. Dah keluar dah loghat Penang dia tu.
“ Nasib lah tak mai pukul 8, kalau mai pukul 8, kite katuk kepala dia,” kata aku selamba.
“Oh, nampaknya ada orang ada hati nak pukul orang, kena hati-hati lah gamaknya,” kata Iqbal pula. Aku jeling dia, dia jeling aku. Aku rasa macam ada juga yang kena hempuk pakai beg tangan aku ni!
*_*
“Selamat datang, ini nama apa nak check nanti senang nak tahu siapa yang mai dengan tak mai,” kata seorang lelaki di hadapan pintu dewan.
“Saya Mohd. Iqbal dan ni Adriana Yasirah,” terang Iqbal. Aku hanya memandang, tidak ambil kisah.
“Iqbal! Lama tak jumpa! Ni aku, Azhar!” Ek! Azhar! Wah! Patutlah tak perasan makin putih rupanya.
“La! Kau guna benda apa, makin putih aku tengok,”kata Iqbal selamba.
“Perli nampak?” ujar Azhar.
“Tapi, kan aku nak tanya sikit, kau serius ka budak ni Adriana? Aku rasa macam bukan je,” ujar Azhar selamba. Eh,budak ni nak kena dengan aku ni.
“Kau nak kena rimbuk tak? Hah? Annajmah!” ejek aku dengan gaya selamba. Sekadar hendak beritahu bahawa aku ini Adriana.
“ Betulkah ni Adriana,macam tak percaya je?” kata Azhar lagi. Budak ni deret tak percaya.
“Ah!Malas nak layan!”kata aku lalu berlalu pergi. Meluat dengan mereka tu! Tengok! Gelakkan aku dari belakang tu.
“ Adoih! Sakitnya! Eh, apatah malangnya nasibku ini,” kata aku lalu memandang ke depan. Lelaki mana pula ni. Setahu aku di dewan ini hanya ada budak 6 Nilam.Takkanlah tanpa diberitahu mereka jemput budak 5 Nilam. Ah! Meluat.
“Tulah jalan tak pandang depan, kan dah terhantuk,” perli lelaki itu.
Whatever!” kata aku lalu berjalan tanpa menghiraukan lelaki itu. Aku duduk di salah sebuah meja sambil menanti kehadiran Iqbal dan Azhar. Yelah! Hanya mereka yang aku kenal dalam dewan yang semergah ini.
“Hah!” Azhar menjerit di belakangku. Terkejutnya bukan kepalang. Azhar hanya ketawa di belakang diikuti dengan Iqbal dan orang yang aku langgar tadi dengan seorang perempuan, ini aku pelik. Dan aku tak faham, siapa mereka. Tapi, nanti mesti Azhar kenalkan juga.
Iqbal duduk di sebelah kananku manakala perempuan yang datang bersama dengan orang yang langgar aku tadi tu duduk di sebelah kiriku. Sekarang aku berasa duduk di kelompok yang asing.
“ Azhar kau tak nak kenalkan kita orang ke?” tanya perempuan itu.
Okey,then! Ad, ni kenalkan yang lelaki yang tak habis-habis main dari tadi tu, orang panggil dia buah pinggang. Dan lagi seorang ini, Sukimen!” selamba je Azhar berkata.
Otak aku mula memproses segalanya.
Buah pinggang, hanya seorang yang sakit buah pinggang, hanya seorang yang dimasukkan ke hospital 2 minggu, hanya seorang yang sering makan ubat. Hanya seorang yang bawa air botol besar, hanya seorang yang ibunya sering datang melawat, sebab ibunya cikgu. Hanya seorang yang digelar buah pinggang, iaitu Ikhwan ataupun digelar bush. Dia?! Biar betik!
Sukimen, hanya seorang yang digelar sukimen sebab atuk dia nama sukimen, hanya seorang yang paling tinggi dalam kelas. Hanya seorang yang digelar perempuan tua. Hanya seorang yang aku paling benci apabila terjadinya kejadian 11 tahun yang lepas. Nanti aku cerita. Dia Faqihah.
Aku bingkas bangun lalu melangkah ke bilik air. Dendam lama masih tidak tersurut. Makin lama ia makin mencengkam dada. Jangan ingat aku lemah.
*_*
            “Kenapa dengan dia? Buang tebiat!” rungut Ikhwan tanpa disengajakan.
            “Entah, apa jadi dengan dia hari ini? Dengan berjubahnya dengan berpurdahnya, iee.. Tolonglah,” perli Faqihah.
            “Sekurang-kurangnya dia ada kain yang banyak untuk membuat baju, bukan macam seorang tu, kain sikit sangat baru nak jahit lengan dah habis,” perli Iqbal dengan nada yang cukup sinis.
            “Hey! Kau jangan nak mengutuk aku yer!” bentak Faqihah lalu menghentakkan tangannya di atas meja.
            “Tolonglah, tutup sikit ketiak tu, busuk tahu,” perli Azhar pula.
            “Ah! Just shut up, kau orang ni memang kan!” bentak Faqihah lalu berlalu.
            “Iqbal! High Five!Haha.. Baru padan muka dia,” kata Azhar selamba.
            Ikhwan bangun lalu menuju ke tandas. Dia pasti gadis itu berada di situ. Gadis yang sejak dulu menghuni hatinya. Hatinya bergetar hebat apabila melihat gadis itu duduk di samping Iqbal. Dia merasakan ada sesuatu di antara Iqbal dengan gadis itu.
            Tuhan, berikan aku kesempatan untuk memiliki dia. Gadis yang selama ini ku cinta dan ku sayang.
            Tekaannya tepat apabila melihat gadis itu keluar dari bilik air perempuan.
            “Adriana,” panggil Ikhwan senada.
            “Ya, saya. Kenapa? Ada sesuatu yang pentingkah Encik Ikhwan?” tanya Adriana tanpa nada. Sesungguhnya dia berasa ingin lari ketika ini. Lari dari segalanya dan luahkan semuanya di dalam diari hidupnya.
            You’re crying,” mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Ikhwan membuatkan dia berpaling.
            “Macam mana awak tahu?” tanya dia terkedu sebentar. Macam mana lelaki ini boleh tahu isi hatinya.
            “Kerana saya tahu awak lemah,” kata Ikhwan.
            Am I that weak?Sampai orang perkecilkan diri ini,” luah dia tanpa sedar.
            “ Awak sendiri yang membiarkan mereka memperkecilkan diri awak,” kata Ikhwan.
            “Hah? Maksud awak bagaimana? Saya tak faham,” kata Adriana sambil memandang tepat ke arah mata Ikhwan.
            Tingkahnya membuatkan Ikhwan berpaling. Dia tak sanggup melihat tubir mata gadis itu. Dia takut yang dia akan jatuh cinta. Sekali lagi. Dengan gadis yang sama.
            Think it yourself,” ujar Ikhwan lalu berlalu. Tak betah berlama-lama di situ.
            Sedangkan Adriana masih berfikir dan terus berfikir.
*_*
            “Azhar! Boleh tolong perkenalkan aku dengan girls yang lain tak?” aku memandang Azhar dengan mata yang bersinar, mohon agar diperkenalkan dengan yang lain, kerana dia tahu dia takkan berkenalan sendiri. Tiba-tiba dia teringatkan akan kata-kata yang terbit dari mulut Ikhwan.
            “ Awak sendiri yang membiarkan mereka memperkecilkan diri awak,”
            “Tak pandai nak berkenalan dengan kawan-kawan sendiri ka? Orang juga kena jadi orang tengah,” rungut Azhar.
            membiarkan mereka memperkecilkan diri awak
            memperkecilkan diri awak
            Sama seperti sekarang, aku diperkecilkan.Tiba-tiba aku terpandang akan Ikhwan yang sedang tersenyum sinis sambil memerhatikan aku.
            “Woi! Kau berangan ke cik Adriana?” pertanyaan Azhar membuatkan aku tersedar daripada lamunan.
            “ Kau ada nombor Ikhwan?” pertanyaan yang tidak terduga keluar dari bibir aku. Sungguh, aku mahu dia berikan aku cara agar aku tidak diperkecilkan lagi.
            “Kenapa aku kena beri nombor dia?” tanya Azhar pula dengan dahi yang berkerut. Iqbal juga memerhatikan aku dengan dahi yang berkerut.
            “Kerana dia tinggalkan aku dengan soalan, soalan yang tak mampu aku jawab,”
*_*
            “Ni list nama budak kelas kita, dengan nombor telefon mereka sekali,jadi kalau kau nak call ke apa ke kau tengok je kat sini,” kata Azhar. Sebagai penganjur reunion ini, dia bertanggungjawab atas semuanya.
            Thanks! Aku ambil ye!” kata aku lalu memasukkan list nama itu ke dalam beg tangan.
            “ Habis itu aku!”
            “ Mintalah balik,” selamba je aku cakap. Bukannya aku tak tahu tentang susah payah mencari nombor telefon ini.
            “ Okey, kalau begitu...” Azhar berlari naik ke atas pentas.
            “Pengumuman! Pengumuman! Saya ada pengumuman tentang something. Boleh beri nombor telefon tak? Kertas tadi hilang lah!” kata Azhar dengan sengihan tak bersalah. Ah! Dia memang macam tu!
            “ALA!!Menyusahkan hidup betullah kau ni!” Ikhwan berkata kuat.
            Bush!” Serentak dengan itu suara Aizreen dan Akif kedengaran. Oh! Mereka ada rupanya. Tapi, aku tak tahu yang mana satu.
            Nak tahu tak apa maksud ALA tu? Meh aku nak cerita. Dekat sikit. Aku nak bisik ni.. ALA means :
A : Akif / Aizreen
L : Love
A : Aizreen / Akif
            Hehe.. bijak tak si Ikhwan tu? Macam-macam dia reka antaranya.
            Ada A, Ada B, ada segalanya..
            Tau tak dia ejek siapa? Dia ejek si Amsyar.. Kan mak dia nama Hajar Bee.. Kejam kan mereka. Untunglah aku bukan salah seorang.
            “Woi, jangan nak berangan!Ikut aku, kalau kau nak kenal mereka,” Azhar berkata lalu berlalu. Aku segera mengikut langkahnya. Rupanya dia ada cara sendiri nak perkenalkan aku dengan yang lain. Tidaklah aku terasa diperkecilkan.
            Berkat pertolongan Azhar, aku dapat berkenalan dengan seluruh hadirin. Gembiranya aku tak terkata. Tapi dalam kegermbiraan itu, aku dapat merasakan yang Iqbal menjadi diam. Diam tak terkata, kenapa dengan dia?
            Buat makluman semua, majlis pernikahan aku dan dia akan berlansung dua bulan lagi. Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh kami.
            Setelah selesai acara, aku dan Iqbal meminta izin untuk pulang.
*_*
            “Kenapa dengan Iq? Diam sahaja, Ana ada kecilkan hati Iq ka?” tanya aku dengan nada yang sangat lembut. Nak memujuklah katakan.
            “Tak ada apa-apa, mungkin Iq penat kut,” kata Iqbal namun aku tidak percaya. Terasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh dia.Namun aku cepat-cepat membuang prasangka. Takut akan merosakkan hubungan kami yang sudah lama terjalin.
            Aku memandang Iqbal. Dia memfokuskan pandangannya ke arah pemanduannya.Pemanduannya semakin laju. Aku semakin takut. Kenapa dengan Iqbal? Dia tak pernah memandu sebegini laju. YA ALLAH! Kau kurniakanlah dia kesabaran.
“Iqbal! Perlahan sikit Iq!” tegur aku. Namun dia buat endah tak endah. Aku memandang jauh ke hadapan. Takut apa-apa akan terjadi. Dugaanku benar. Ada sebuah lori di hadapan kami sekarang. Di haluan kami.
“Iqbal!!!! Awas!!!” Iqbal tidak sempat memperlahankan kereta lalu memusing stereng ke kiri, lalu terbabas ke cerum bukit. Pandanganku menjadi kabur dan seterusnya kelam.
*_*
Aku membuka tubir mata. Terasa terlampau berat. Kepalaku berpusing. Kenapa aku terasa seperti baru terjaga dari mimpi yang lama.
Doctor, she’s awake!” ujar satu suara. Aku masih keliru dengan segalanya, yang aku tahu, aku dan Iqbal accident.
Mata aku semakin memberat. Aku tidak mahu ingat akan peristiwa yang hampir meragut nyawaku itu. Tetapi, Iqbal. Dia okey ka?
Aku membuka mata luas. Walaupun terasa lenguh tapi aku tetap bangun.
“ Cik, cik baring dahulu, kami nak periksa cik,” ujar jururawat itu. Aku memandang jururawat itu dengan pandangan yang kosong. Aku betul-betul ingin bertanya akan keadaan Iqbal. Tetapi, mesti jururawat ini tidak tahu apa-apa. Lantas aku berbaring seperti yang diarahkan.
*_*
Umi menggenggam surat itu erat. Kebenaran akan dibongkar. Namun dia masih tidak sanggup melihat air mata yang akan mengalir di pipi anak gadisnya itu, tatkala mengetahui bahawa... Ah! Dia tak mampu untuk berbicara sedikit pun tentang berita itu.
Sedangkan dia sendiri tak mampu untuk menerima berita itu, bagaimana pula dengan puterinya?
“ Bagaimana keadaan dia mak cik?” ujar seorang pemuda dengan nafas yang termengah-mengah.
“ Mak Cik pun tak tahu. Doktor tak keluar lagi, tapi Arissa kata dia dah sedar,” jawab umi sambil melirik ke arah gadis yang sedang bermain telefon itu.
“ Kita tunggu ajelah, mak cik,” balas pemuda itu seraya melemparkan pandangan ke arah gadis itu. Gadis itu berpaling ke arah mereka seraya berkata.
“ Abang dengan umi tak percayakan Rissa ka? Tapi, serius Rissa tengok akak bukak mata dia. Kalau dia buka mata mestilah dia dah sedar takkanlah tak kot?” omel gadis itu.
“Abang bukan tak percaya. Tapi, bagaimana kita nak beritahu dia tentang semua ini,” balas pemuda itu pula.
“Nak bagitau, pakailah mulut. Takkanlah nak pakai tangan, akak bukannya pekak pun,” perli gadis muda itu.
“ Nurul Arissa Balqis, i’m serious!” kata pemuda itu sedikit kuat.
“Dah-dah jangan bergaduh, kamu berdua ni. Tak habis-habis,” umi meleraikan pergaduhan itu. Umi menarik lengan pemuda itu lalu mendudukkan dia. Dia tahu yang pemuda yang berada di hadapannya itu, pemuda yang akan membimbing anaknya ke syurga Jannah, kerana dia lihat akan kasih sayang lelaki itu kepada puterinya.
Pintu wad itu terbuka. Keluar seorang wanita yang berjubah putih. Ops!Nota kaki! Bukan hantu tapi doktor yer...
Umi bingkas bangun lalu berjalan ke arah doktor tersebut.
“ Bagaimana dengan dia?”tanya umi.
“ Dia semakin stabil dan  alhamdulillah dia tidak hilang ingatan,” ujar doktor itu sambil tersenyum.
“ Alhamdulillah,” ujar umi dengan penuh gembira.
“ Saya minta diri dahulu,” kata doktor itu lalu bergerak ke kamarnya.
“ Rissa masuk dulu, pakaikan dia tudung, nanti abang dengan umi masuk,”arah umi.Arissa hanya akur dengan kehendak uminya.
Umi memandang pemuda itu.
“Bagaimana kita hendak beritahu dia?” tanya umi. Pemuda itu memandang tepat ke matanya.
“Dengan surat itu,” kata pemuda itu lalu melangkah masuk ke dalam wad.
*_*
“Akak! Pakai tudung and pakai purdah ni dahulu, nanti ada boy nak masuk.”Arissa menyuakan sehelai tudung dan purdah kepadaku. Aku termangu. Boy?
Boy?” tanya aku pening. Apa yang budak ni cakap?
“Ada seorang lelaki dewasa nak masuk,” jelas Arissa sambil menekankan perkataan lelaki dewasa itu. Aku hanya tertawa kecil sambil memakai tudung dan purdah yang diberikan oleh Arissa.
“ Iqbal?” tanya aku pula. Muka Arissa sedikit berubah namun dia cuba untuk tersenyum.
Pintu terbuka dari luar. Tersembul wajah yang sangat ku inginkan jawapan dari kata-katanya sebelum ini.
“Ikhwan?” tanya aku blur. Mana tak blur, budak ni depan mata.
Yes, I am. Why? Awak kecewa kan? Lelaki yang ingin awak lihat tiada di depan mata awak?” perli Ikhwan. Aku memandang tepat ke arahnya. Dia tak patut berbicara begitu. Dan lagi satu, apa yang dia tahu tentang Iqbal? Tiada sesiapa tahu tentang hubungan kami.
“Sebab your dad tak datang lagi kan,” sambung Ikhwan. Hey! Budak ni! Lama-lama boleh buat aku sakit jantung. Kejutan sungguh.
He must busy!” Yup! Ayah aku seorang yang sangat sibuk. Dia merupakan pemilik kepada Shine Enterprise. Dia seorang peguam yang ternama di Malaysia.
Seketika kemudian, umi melangkah masuk ke dalam bilik. Di tangan umi ada satu surat. Umi memberikan surat itu kepada Ikhwan. Ikhwan mengambil surat itu lalu melangkah ke arah aku.
“Terimalah kenyataan, bukan awak sahaja yang sedih,” Ikhwan berkata seraya menyerahkan surat itu lalu berlalu pergi diikuti dengan Arissa dan umi. Aku mulai pelik. Kenapa dengan mereka ni? Buang tebiat ka apa?
Aku membuka surat itu.
Waktu seakan berbicara
Kau harus relakan pergiku..sayang…
Meski sakit….

Bukan..ku tak ingin bersamamamu
Tapi harus ku relakan hidupku..
Untuk hidupmu..

Cintaku..hanyalah padamu
Untuk selamanya...
Meski aku..tak lagi denganmu
Cinta ini hanyalah untukmu…

Maafkan..ku tak bisa menjaga dirimu
Hingga akhir menutup matamu
Kan ku tunggu di nirwana

Cintaku..hanyalah padamu
Untuk selamanya..
Meski aku..tak lagi denganmu
Cinta ini hanyalah untukmu

Cintaku..hanyalah padamu
Untuk selamanya..
Meski aku..tak lagi denganmu
Cinta ini hanyalah untukmu

Cintaku..hanyalah padamu
Untuk selamanya..

Lirik ini saya sudah tidak perlu jelaskan lagu apa, kerana awak sendiri sudah mengetahuinya. Prasasti Cinta. Awak tahu apa maksud prasasti? Maksudnya ialah  piagam atau dokumen yang ditulis pada bahan yang keras dan tahan lama. Seperti cinta saya pada awak yang kekal hingga ke akhir hayat saya. Ampunkan saya atas segala kekhilafan saya selama ini. Tolong minta maaf kepada Ikhwan bagi pihak saya. Saya rampas hak dia. Awak tak perlu tahu. Tapi, just minta maaf.

Teruskan pernikahan itu. Dengan pengantin lelaki yang berbeza. Awak pasti tak faham kan dengan apa yang saya cakap. Dengan pengangtin lelaki yang berbeza? Awak pasti blur dengan ayat itu.Jangan risau saya tak akan buat awak blur. Saya dah mati. Statistik kan? Kalau saya dah mati bagaimana saya nak tulis surat ni? Saya sakit sekarang ini. Dah teruk sehingga tidak boleh diubati. Dan apabila awak sedar dari koma saya pasti sudah tiada lagi di sisi awak kerna surat ini sampai di tangan awak. Apabila saya mati baru awak dapat surat ni,haha.. Awak pasti rasa saya teruk kan? Mengaku diri sendiri dah mati.

Gantikan tempat diri ini di hati awak dengan Ikhwan. Dia boleh menjaga awak dengan baik. Dan dia akan menjadi pelindung awak dan dia akan membimbing awak ke Jannah.

Dia mencintai awak sudah lama. Mungkin awak tak tahu. Tetapi saya tahu dan saya nampak cinta itu. Cinta yang tidak pernah berubah dari zaman kita sekolah rendah hingga sekarang. Awak tak tahu kan? Dia bukan BCN seperti  yang awak cakap tapi BCA atau lebih tepat ICA.

Saya mohon teruskanlah pernikahan itu dengan dia. Kerana awak lah pemilik hatinya yang selama ini terkunci rapat.

Awak pernah nampak dia cemburu? Oh, awak pernah nampak, tapi awak tak faham. Pergaduhan dia dengan Zahrin bukanlah sebuah permainan. Dia betul-betul marah apabila mengetahui yang Zahrin menyukai awak. Dan sebab itu dia hampir menumbuk Zahrin. Awak nampak tapi awak buat donno kerna awak tak mahu terlibat dalam pergaduhan lelaki yang akan membuatkan diri sakit semula.

Dia dah sihat! Dia dah sembuh! Dia tak seperti dulu yang sering bergantung pada ubat. Dia bukan lagi orang yang sering ponteng sekolah kerna hendak ke hospital. Dan dia bukan lagi orang yang membawa botol air yang bergelen-gelen ke sekolah.

He’s perfect now! He’s just like me! Tapi, dia mempunyai dugaan yang lebih hebat dari saya. Awak faham maksud saya.

Isn’t this proof enough for you? Or are you so blind?To push it all aside? No! You just have to open your eyes, your hearts and minds. If you just look bright to see the signs, you can’t keep hiding from the truth. That you love him!

Pesanan ikhlas : Nikahi dia!Ops bukan nikahi dia tapi setujulah untuk menikahi dia.

Yang benar
Mohd. Iqbal

Aku menangis tersedu-sedu. Iqbal! Dia dah tinggalkan aku! Tak mungkin! Tak mungkin! Iqbal! Kenapa awak tinggalkan saya?Awak dah janji takkan tinggalkan saya.
“Setiap manusia akan mati, Adriana,” kata-kata Ikhwan menyebabkan aku berpaling ke arahnya.Sejak bila dia berdiri di situ.
“Sejak awak start nangis lagi,”aku makin terkejut. Budak ni ada guna ilmu hitam ke? Semua dia tahu!
“Boleh tak jangan baca minda saya?!” tegur aku. Geram tahu tak!
“Tak baca, tapi saya dah faham awak! Sentiasa memahami awak!”kata Ikhwan lalu keluar dari bilik.Budak ni memang macam tu. Perangai tak boleh blah! Aku keluar dari bilik itu.
“Umi, tolong bawa Ana ke kubur Iqbal,” aku merayu.
“Boleh tapi anak umi kena sihat dulu, baru boleh ke sana,dah masuk! Petang nanti kita balik rumah. Esok baru umi bawa kamu,”kata umi lalu menolak aku masuk ke dalam wad.
*_*
            Tak sampai sebulan lagi dia akan menikahi gadis yang selama ini menjadi igauannya.Rasa macam tak percaya pula. Gadis itu bukanlah seperti si Faqihah yang gedik memanjang tetapi dia hanyalah seorang wanita yang berpurdah. Ajaib betul! Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan cik pengawas tu!Teringat balik apabila dia memakai tali leher SMK Taman Kenari.
            Tie tu bukan tie sekolah ni, kan?” ujar Adriana. Matanya memandang tajam ke arah  Ikhwan.
            “ Kau sibuk apa? Boleh blahlah!” ujar Ikhwan kasar. Adriana hanya mengangguk dan pergi. Dia bukan orang yang jenis suka paksa orang.
Dan lagi satu..
            “Ikhwan! Ke sini sat!” panggil Adriana.
            Tie tu! Nampak lambang sekolah lain warna kuning dan biru?” tanay Adriana semula.
            “Ish! Budak ni memang tak pernah puas hati dengan aku!” Ikhwan menarik tienya lalu menunjuknya di depan mata Adriana.
            “ Tak ada tie lain ka?”tanya Adriana pula.
            “Ops! Lupa tak  boleh sibuk hal peribadi encik Ikhwan!” perli Adriana.
Sekarang..
            Hei! Dah mabuk Adriana la pula. Dahlah tak boleh fikir pasal perempuan, dahlah aku nak solat.
*_*
            “Umi, betulkah ni kubur Iqbal?”aku memandang ke arah umi.
            “ Kenapa? Kamu masih tak percaya ka?” tanya umi semula.
            “Bukan tak percaya, tapi tak sangka dah sebulan hal ini berlaku. Dan tak lama lagi Ana akan bernikah dengan Ikhwan,”kata aku sambil tersenyum nipis.
            “ Bernikahlah dengan orang yang menyayangi kita, bukan kita yang menyayangi orang itu,” nasihat umi.
            Aku mengangguk. Ada benarnya kata-kata umi itu. Kita akan rasa lebih disayangi apabila kita menikahi orang yang menyayangi kita. Kerana apa? Kerana dia sukar untuk mendapatkan kita.Jadi dia akan lebih menghargai kita.
*_*
            “Aku terima nikahnya Adriana Yasirah binti Musa dengan mas kahwin senaskhah Al-Quran,”ucap Ikhwan penuh dengan keyakinan.
            “Sah?”
            “Sah!”
            “Sah?”
            “Sah!”
            “Alhamdulillah,”doa mula dibaca. Aku hanya tunduk menangis syahdu. Tak sangka sekarang aku sudah menjadi isteri orang.
            Terasa tangan kasar mengusap pipi aku membuatkan aku mengangkat muka. Kelihatan Ikhwan sedang tersenyum manis di hadapan ku kini.
            Aku tunduk mengucup tangannya. Setelah agak lama aku mengangkat mukaku lalu kucupan hangat di dahi menyapa.
            Setelah tamat upacara itu aku tunduk menyalami seluruh hadirin. Begitu juga dengan Ikhwan.
*_*
            “Wei! Aku terkejut betul bila aku tau kau nak kahwin dengan Ikhwan. Bukan kau tak rapat lansung ka dengan dia? Dan dia bukan dah ada Ira ke?” soalan bertalu-talu yang keluar dari mulut Aizreen membuatkannya hampir tersedak. Sejak pula budak ni ramah bercakap ni.
            “ Wahai Encik Akif oi! Banyaknya soalan aku kena jawab yang mana satu dahulu,” serentak dengan percakapan aku, tangan Aizreen mencubit lengan aku.
            “Auch! Ala..Kau ni sporting lah sikit. Tu pun nak marah,” aku berkata selamba. Tanpa diduga, Aizreen bangun lalu mengheret aku dan aku mengheret Nadreena. Sorry Nad. Ke.. Manalah aku tahu! Cik Aizreen ni tarik aku.
            Tiba-tiba Aizreen berhenti. Aku pandang depan. Si Ikhwan. Kening dia dah berkerut dah. Kening aku pun dah sekali berkerutlah.
            “Kau perlu tanggung semua ni!” kata Aizreen kepada Ikhwan. Aku dan Ikhwan pandang dia dengan mata yag terkebil-kebil.
            “Tanggung apa?”tanya aku dan Ikhwan serentak.
            “Padanlah, memang sesuai jadi laki bini pun, perangai copy paste! Sekarang ni kau kena tanggung, budak ni ejek aku ala dengan Akif! Ada ke patut? Aku perempuan bukan lelaki,” perli Aizreen sinis.
            Aku menepuk kepalaku.
            “Wahai cik Aizreen oi! Aku tak bermaksud nak ejeklah! Dah gaya aku cam tu nak buat macam mana?Nak tukar ala tu jadi apa?”balas aku. Nadreena kulihat dah sakit kepala dengan perangai cik Aizreen yang terlebih perasan ni.
            “Janganlah sebut. Sensitif tau!” rajuk Aizreen.
            “Alolo.. Dah merajuk dah? Tolong! Akif!” jerit Ikhwan tanpa diduga. Serentak dengan itu tangan Ikhwan ditampar kuat.
            “Adoih! Sakit la Aizreen oi!”kata Ikhwan sedikit kuat.
            “Kau tak payah mengadu kat aku! Mengadu kat bini kau je!” aku dan Nadreena menggeleng-gelengkan kepala. Macam-macamlah si Aizreen tu.
            “Ana, jom ikut aku!” Nadreena menarik lengan aku. Adoi! Rasa macam jadi anak patung pula dah.
            “ Kenapa, Nad?” tanya aku dengan perasaan yang berbaur-baur. Nak tau satu rahsia tak? Sebenarnya aku dengan Nadreena ni dianggap kembar. Sebab perangai 2 kali 5 sebijik je!
            “ Macam mana kau boleh terkahwin dengan Ikhwan?” tanya Nadreena. Kan aku dah cakap dia ni macam kembar aku. Semua tentang aku dia tahu.
            “Jom ikut aku!” aku tarik pula lengan dia. Kain pengantin yang meleret ni aku biar je.
            “Pi na?” tanya Nadreena pula.
            Just follow me!” arah aku. Aku menarik Nadreena ke bilik aku. Atau boleh dikatakan bilik aku dan Ikhwan.
            “Kenapa kau bawa aku masuk dalam bilik ni?” tanya Nadreena. Aku membuka laci yang menyimpan barang peribadiku lalu menarik surat yang diberikan oleh Iqbal kepada Nadreena.
            “Surat apa ni?” tanya Nadreena pula.
            “Baca ajelah!” arah aku.
            Surat itu dibaca oleh Nadreena dengan hati yang turut masuk ke dalam surat itu. Menghayatilah! Apalah teruk sangat?
            “Tragis!” komen Nadreena.
            “Tak sangka ada orang berminat dengan si Ana ni dari kecil. Selama ni tak tahu! Sekarang baru tahu! Tahniah!” aku menjongket kening. Dia kata tahniah. Tak patut! Tak patut!
            Whatever!” aku melangkah ke meja solek lalu membuka mahkota yang tersemat di kepalaku. Dah nak masuk Maghrib dah pun. Buat apa nak pakai lagi kan? Aku nikah lepas Asar. Dah berjam-jam benda ni duduk di kepala aku.
            “Kau ni kenapa buka?” tanya Nadreena.
            Look at the clock!” perli aku.
            “Ops! Dah nak masuk maghrib ke, wei, aku balik dululah. Tak pasal-pasal kena perli dengan mak dan ayah aku. Teruk pula dah kena nanti!” kata Nadreena sambil bersalaman dengan aku lalu keluar dari bilik aku.
            Bye!”
            Bye!”
            “Ops!Ikhwan! Hehe.. Nak tumpang keluar dululah yer!” kata Nadreena. Namun aku teringatkan something.
            “Nad, surat tu!”
            “Ops! Terambillah pula! Nah,” aku cuba untuk mencapai surat itu. Namun Nadreena menarik balik.
            “Kenapa?”tanya aku kembali.
            “Nah, Ikhwan. Baca dulu sebelum beri kat budak kinder junior ni!” perli Nadreena. Kinder Junior dipanggilnya aku. Aku ni nampak macam budak-budak ke? Seketika pintu ditutup.
            “Nah!” Ikhwan menyuakan surat itu kepada aku.
            “Cepatnya baca!” balas aku.
            “Dah baca sejak arwah ada lagi,” balas Ikhwan lalu masuk ke dalam bilik air. Aku termangu. Jadi betullah apa yang Iqbal tulis. Ya Allah! Aku tidak menduga bahawa aku akan memiliki orang yang sangat setia kepada aku. Tidak perlu diduga kerana dialah yang terbaik.
            Tetapi sebelum itu, ustazah ada pesan. First soalan tanya kepada suami ialah pandai baca Quran tak? Tapi mamat ni tau soalan tu. Tak apalah tanya je kan? Aku melangkah ke arah pintu lalu menguncinya. Aku memang jenis macam tu. Bebas nak buka tudung kalau kunci pintu. Aku buka kipas dan lampu. Dan aku buang segala perhiasan yang ada pada badan aku ini selain gaun ni. Ah! Lega!
*_*
            Apabila pintu itu terkuak, aku segera membolos ke dalamnya. Nak mandi lepas tu nak solat dan baca Quran.
            Sementara Ikhwan termangu melihat kan segala perhiasan yang sungguh berlambak di meja solek.
            “ Dia pakai semua ni ka? Banyaknya. Apa-apa ajelah lebih baik aku solat dahulu,” putus Ikhwan. Dia mengambil dua sejadah lalu membentangkannya. Dia duduk di atas katil sambil menunggu Adriana selesai mandi. Tanpa sedar dia terlelap.
*_*
            “Ya Rabbi! Hai! Apa-apalah!” aku terkejut apabila melihat sejadah terbentang elok sedangkan Ikhwan terlentang tidur di atas katil.
            “Abang! Abang! Bangun, bang!” aku mengejutkan Ikhwan dengan menggoyang-goyangkan kakinya namun rasanya tak berkesan. Aku menepuk lembut belakangnya sambil memanggil-manggil namannya. Beberapa minit kemudian barulah dia terjaga.
            “Abang solat tak lagi?” tanya aku lembut.
            “Belum lagi, tadi nak tunggu Ana tapi tertidur pula,” ujar Ikhwan pula.
            “Tak apalah, abang pergi ambil air sembahyang dahulu, Ana tunggu,” kata Adriana lalu memakai telekung sementara Ikhwan menuju ke bilik air.
*_*
            ‘Cantik!Tak sangka dia bertukar menjadi seorang yang sangat cantik seperti itu. Kan bagus kalau aku dapat menakluk hatinya itu’ Ikhwan mula berangan sendirian. Berangan dia ialah lelaki yang dicintai dengan sepenuh hati oleh Adriana. Berangan dia boleh menggantikan tempat Iqbal di hati Adriana. Dia berangan dan terus berangan..
*_*
            You ni! Tak bolehkah buat hari yang berbahagia ni you bukak purdah you ni! Bagi mereka tengok rupa perempuan yang dipilih oleh si Ikhwan tu!” ujar mak andamku. Nasiblah perempuan tapi mulut boleh tahan pedas.
            Just shut up and do your work!” suara Ikhwan bergema dari belakang. Mungkin dia tidak suka kalau aku mempermainkan cara pemakaian tudungku.
            Mak andam itu meneruskan kerjanya dengan mulut yang membebel sini sana. Eii!! Rimasnya aku!!
*_*
            “Sebentar ye, Ana!” ujar Ikhwan ketika kami sedang duduk bersama-sama dengan ahli keluarga dan kawan-kawan.
            “Abang pergi mana tu kak ?” tanya Arissa.
            “Kak pun tak tahu, kakak nak jawab macam mana,” balas aku selamba.
            “Ish!Ish!Ish! Dapat bini cantik pun nak merayau lagi,” perli Arissa.
            “Arissa! Kamu ni kan! Kakak katuk kepala kang!” balas aku sambil menjegilkan mata ke arahnya.
            “Alah! Akak ni sportinglah sikit,” balas Arissa.
            “Hati-hati Rissa perkataan ala tu jangan pakai sangat, nanti tak pasal-pasal biru paha kamu,” ujar aku memberi amaran.
            “Hah?Tak faham,”ujar Rissa blur.
            “Adriana Yasirah..”meleret namaku dipanggil oleh Aizreen.
            “Maksudnya...”serentak dengan itu pahaku ditepuk kuat.
            “Hah! Kan akak dah kata akan biru paha kamu,” perli aku.
            “Ana! Kenapa dengan si Ikhwan tu? Kenapa dia duduk atas pentas?” tanya Nadreena pening.
            Aku berpaling ke arahnya. Kemudian, aku berpaling ke arah mereka lalu menjongket bahu. Serius aku tak faham!
            “Lagu ini ditujukan khas buat my beloved wife, terimalah For The Rest Of My Life,” aku memandang ke arah Ikhwan. Dia mengenyit matanya ke arah aku. Aku mula blur. Kenapa dengan dia hari  ini?
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Finally now I've found myself I feel so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart


            Aku memandang ke arah dia. Kelihatan dia tersenyum manis. Orang ramai mula bertepuk tangan. Dan aku blur, budak ni boleh nyanyi ke? Sedap bukan main..
            Dia berjalan lalu duduk di sebelah aku.
            “ Sedap giler suara si Bush ni!” puji Azrieen. Si Ikhwan aku rasa dah kembang semangkuk dah ni.
            Well, don’t judge a book by it’s cover,” perli Ikhwan.
            “ Sudah ada orang yang dah perasan dah!” perli Aizreen pula. Ikhwan menjelirkan lidahnya. Begitu juga dengan Aizreen.
            “Wei! Berhentilah! Nanti ku potong lidah tu kang!” marah aku pula. Aizreen dan Ikhwan yang memang tak takut akan aku buat tidak kisah. Lantas aku cubit mereka berdua.
            “ Aduh! Masih berbisa malah tambah berbisa ni!” kata Ikhwan kepada Aizreen. Aku ni mereka buat tak kisah je.
            “ Tulah! Pergh! Sakit giler! Naya kau Ikhwan!” balas Aizreen pula.
            “ Dia bukan boleh buat selalu pun,” kata Ikhwan sambil tersenyum nakal. Tumpang tanya, boleh tak aku ambil kasut tumit tinggi ni katuk seorang demi seorang! Huh! Otak tak pernah merah! Blue je memanjang!
            “ Jom Nad, teman aku!” aku meminta Nadreena menemani aku ke tandas. Tapi, sebenarnya aku nak lari je dari mereka. Tak pasal-pasal aku pun miang sekali dengan mereka.
            “ Alamak! Sensitif lah pula, bini kau ni Ikhwan!” perli Aizreen.
            “ Ada juga yang makan kasut rini kang!” bentak aku.
            “Alamak! Dia dah marahlah!” balas Aizreen pula.
*_*
            Aku membuka pin-pin yang melekat di badan aku ni. Hish! Punyalah susah nak bukak butang di belakang ni. Yang lain dah buka tinggal gaun ni jelah. Terasa ada suatu tangan yang menolong aku merungkaikan semua ni. Siapa lagi kalau bukan si Ikhwan. Tapi, yang teruknya. Dia tari zip gaun ini sampai ke pinggang. Nasib tak terlucut. Kalau tak buat wayang free je.
            Terasa tangan dia mula mengelus lembut belakang aku membuatkan peluh dingin mula mengalir.
            That song is for you,” kata Ikhwan lalu memeluk aku dari belakang.
            “ Hah?”  Ya. Memang aku terkejut kerana lagu itu untuk aku. Kerana lirik dia amat bermakna. Dan aku sangat bertuah menjadi orang yang disayangi oleh Ikhwan.
            I love you,” kata dia lagi. Aku menjadi kaku. Kata-kata keramat itu tidak pernah aku dengar dari lelaki lain. Tapi, kali ini aku mendengarnya dari Ikhwan. Terkejut tak terkira.
            “ Abang faham, kalau Ana masih tidak dapat menyintai abang, tapi abang akan tunggu. Hingga ke akhir hayat abang!” ucap dia berkobar-kobar. Aku tidak dapat menahan air mata ku daripada mengalir. Hak dia sebagai seorang suami.Hak itu tiada pada Iqbal tapi ada pada dia.
            I love you,” tanpa diduga ayat itu keluar dari bibir aku. Secara tiba-tiba. Tanpa diduga. Aku melihat dari cermin. Dia.. Dia tersenyum.
            “ Terima kasih, kerana sudi menyayangi abang,” aku berpaling ke arahnya.
            “ Cinta Ana hanya untuk suami Ana, abang suami Ana jadi abang lah yang berhak untuk Ana cintai,” ucap aku. Aku pun tak tahu, ayat ini aku karag atau ikut suka hati aku je.
            Dia memeluk aku lalu membacakan doa itu. Sekarang aku tahu bahawa aku sudah menemui dia. Seseorang yang sangat mengasihi aku. Dia ialah Ikhwan.
*_*
Empat tahun berlalu..
            Dahulu aku pernah berjanji untu menceritakan tentang kenapa aku membenci Faqihah. Cukuplah untuk aku mengatakan bahawa dia telah berubah. Daripada menjadi matang, dia menjadi tak matang, daripada menghormati guru, jadi tak hormat. So, takkanlah aku nak buat dia jadi kawan kan? Lebih baik jadi lawan aku.
            Iqbal mati disebabkan barah otak. Lalu, dia mendermakan buah pinggangnya kepada Ikhwan. Kerana itu Ikhwan sembuh semula.
            Tak sangka empat tahun dah berlalu, aku sedang mengandung anak kedua yang lahir dari benih aku dan Ikhwan tapi aku masih tak beritahu Ikhwan sengan nak beri suprise jangan bagitau dia tahu. Anak pertamaku lelaki, namanya Adam.. Adam Aizriel bin Azad Ikhwan. Aku tersenyum sendiri.
            “Sayang menungkan apa itu,” suara sapaan dari Ikhwan membuatkan aku berpaling.
            Nothing,” balas aku. Aku bangun lalu mengambil beg tangan aku,Ikhwan hanya memerhatikan aku dari belakang.
            “ Nah,” aku memberikan dia sampul surat. Dia memandangku sengan wajah yang berkerut. Dia mengambil lalu membukanya. Seketika dia tersenyum lebar.
            “ Betulkah ni,sayang?” tanya Ikhwan teruja. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Tak diduga dia mendukung ku.
            Thank you sayang,” balas dia lalu mengucup wajahku dengan berulang kali. Seperti yang dilakukan oleh dia ketika aku memberitahu tentang kandungan pertamaku.
            Aku bahagia. Aku tidak kecewa kerana tidak dapat berkahwin dengan Iqbal kerana aku telah diberikan suami yang sangat baik seperti Ikhwan. Aku berharap kebahagian ini akan berterusan hingga ke akhir hayatku.


 p/s : Cerpen Ini Hanyalah Rekaan Semata-Mata..