Minggu, 30 Juni 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 23

Assalamualaikum u oll..

Maaf kerana terlambat update hari ini.Selalunya update pepagi lagi kan.Penat tak hilang lagi jalan jauh.Hhehehe.Ok ini sambungan ADU.Mekasih..=)


                            



BAB DUA PULUH TIGA



    SEMINGGU BERLALU……

    KEADAAN Dian Batrisya masih lagi sama.Sudah seminggu Dian koma .Sepanjang Dian koma  di hospital doktor Rafiqi yang di tugaskan untuk merawatnya.Sepanjang seminggu ini jugalah doktor Rafiqi menjadi peneman Dian di hospital.Doktor Rafiqi sering kali berbual dengan Dian bercerita tentang pesakitnya di wad kanak-kanak.Tidak pernah rasa erti penat dan putus asa doktor Rafiqi ni.Sesibuk macam mana sekalipun dia tetap akan mencari masa untuk berbual dengan Dian yang sedang terlantar di atas katil.

    Doktor Rafiqi sedang merenung wajah Dian Batrisya .Wajah Dian memberikan semangat untuk dirinya .Makin di pandang makin bertambah sayang tetapi doktor Rafiqi sering kali mengingatkan pada dirinya yang Dian bukan miliknya.Itu hakikat yang dia harus terima.Doktor Rafiqi mengeluh dengan perlahan.

   Bagaimanakah nanti keadaan Dian bila sedar?Boleh ke Dian terima hakikat yang kembarnya Dhiya’ sudah tiada?Perkara itu yang menganggu doktor Rafiqi di kala ini.Doktor Rafiqi memandang jam di pergelangan tangannya sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.Doktor Rafiqi menutup pintu bilik dengan perlahan dan melangkah untuk bertugas.

    Jari kanan Dian Batrisya bergerak –gerak namun masih lagi tanda-tanda untuk Dian Batrisya sedar dari koma.

    Dian Batrisya sedang berdiri di suatu tempat di mana dia sendiri tidak tahu di mana dia berada.Dian memandang sekeliling namun semuanya putih.Pusing kanan, kiri, depan , belakang semuanya bewarna putih.

    “Aku dekat mana pula ni?” Soal Dian sendirian sambil memandang berpusing tiga ratus enam puluh darjah.Dian mendongak kepalanya ke atas namun dia tidak nampak apa-apa melainkan putih.
    Dian berjalan dan cuba mendekati kawasan yang di kelilingi kabus putih.Dian melangkah dengan perlahan-lahan.Langkah demi langkah dan akhirnya Dian ternampak satu lorong di mana lorong tersebut di tutupi dengan kabus.Dian cuba meredah dalam kabus tersebut dan Dian ternampak kelibat seseorang.

    Dian cuba mengejar kelibat tersebut.Kelibat seorang gadis yang berpakaian serba putih.
    “Tunggu…..” Jerit Dian dengan sekuat hati.

     “Tunggu…” Laung Dian lagi.Kemudian gadis yang berpakaian serba putih tadi menoleh ke belakang.Dian terkejut melihat wajah gadis tersebut.

     “Dhiya’.Dhiya’ nak pergi mana.Kita dekat mana ni Dhiya’.Dian tak pernah datang pun tempat macam ni.” Tingkah Dian Batrisya sambil mendekati gadis tadi.Kembarnya Dhiya’ Batrisya.
    Dhiya’ Batrisya hanya tersenyum manis kepada Dian.Soalan Dian langsung tidak berjawab.Dian.
    “Dhiya’ kita dekat mana ni?” Soal Dian sambil mencapai tangan Dhiya’ lalu di genggam erat.Mata Dian melilau-lilau mencari jalan untuk keluar dari tempat yang begitu asing baginya.

    Dian tergamam seketika apabila badannya di tarik lalu di peluk dengan erat oleh Dhiya’.Dian pelik melihat Dhiya’ di kala ini.Soalannya tidak berjawab.Dhiya’ hanya tersenyum padanya.
    “Dhiya’ kenapa ni?” Soal Dian dengan pelik sewaktu di peluk erat.

     “Dhiya’ kenapa tak nak jawab soalan Dian.Jomlah kita keluar dari sini.”Tingkah Dian lagi sewaktu melepaskan pelukan dari Dhiya’.

    Di kala itu Dhiya’ hanya menggelengkan kepalanya namun di bibirnya masih lagi tersenyum manis.Dian keliru dan pelik.Berkerut-kerut dahinya memikirkan Dhiya’ yang langsung tidak mahu bercakap melainkan tersenyum.

    Kemudian Dhiya’ menarik tangan Dian dengan perlahan.Dian hanya membuntuti langkah Dhiya’.Ke mana mereka berdua hendak pergi Dian sendiri tidak mengetahui.Mata Dian melilau-lilau mencari jalan untuk keluar dari tempat itu.

    “Kita nak ke mana ni Dhiya’?Soal Dian lagi dengan kebinggungan.
     Mereka berdua terus berjalan sehinggalah Dhiya’ berhenti di suatu tempat di mana Dian sendiri tidak pasti di mana kakinya berpijak sekarang ini.Dhiya’ mengusap tangan Dian sebelum beralih ke pipi Dian.Dhiya’ menunjukkan satu lorong di mana di situ terdapat cahaya samar-samar dengan jari telunjuknya.Dian melihat lorong tersebut dengan penuh kebinggungan.

    “Kenapa Dhiya’.Lorong apa tu?Jalan keluar ke?” Soal Dian dengan pelik.Kemudian Dian mengalihkan pandangannya kepada  Dhiya’.Di kala itu juga Dhiya’ anggukan kepalanya menyatakan bahawa lorong itu adalah jalan keluar dari sini.

   “Jomlah kita keluar Dhiya’.Dian nak balik.” Tingkah Dian sambil menarik tangan Dhiya’ Namun Dhiya’ kaku di situ sambil menggelengkan kepalanya.Dian keliru melihat Dhiya’ ketika ini.
    “Kenapa Dhiya’.Jomlah ikut Dian balik.” Ujar Dian lagi sambil berusaha menarik tangan Dhiya’ supaya mengikutnya keluar dari tempat itu.

   Dhiya’ hanya diam seribu bicara.Jari telunjuk Dhiya’ terus menerus menunjukkan lorong cahaya itu kepada Dian.Dhiya’ menyuruh Dian pergi ke lorong cahaya tersebut.Dian keliru lagi.
   “Apa ni Dhiya’?Dian tak faham apa yang Dhiya’ cuba sampaikan.” tingkah Dian sambil melihat lorong tersebut.

   Dhiya’ menolak dengan perlahan-lahan badan Dian untuk masuk ke lorong tersebut.Dian yang masih lagi binggung dengan tindak tanduk Dhiya’ hanya menurut.Kaki Dian melangkah masuk ke lorong tersebut.Dian Manahan matanya dari silau dari lorong cahaya tersebut.

    “Dhiya’ dekat mana ni?” Soal Dian sewaktu berjalan .Kemudian Dian menoleh ke belakang namun kelibat Dhiya’ sudah tiada.Dian terkejut .

    “Dhiya’…Dhiya’ .Jangan tinggalkan Dian..” Jerit Dian sambil menjerit memanggil nama Dhiya’ berkali-kali.Dian menoleh ke semua sudut mencari eajah adik kembarnya namun hampa wajah Dhiya’ langsung tidak di temuinya.

    “Dhiya’.. Dhiya…’ “ Jerit Dian lagi.Selepas itu mata Dian dapat menangkap sesusuk tubuh perempuan yang sedang berjalan menuju ke lorong lain.
      “Dhiya’…” Jerit Dian dengan sekuat hati.Dian ingin melangkah untuk mengejarnya .

        “Dian…Dian…” Kedengaran suara-suara yang memanggil namanya sebaik saja Dian menganggkat kaki kanannya untuk melangkah.Dian terus menoleh ke belakang.Suara-suara itu datang dari lorong tersebut.Dian tidak jadi melangkah.

      “Dian..Dian..Dian..” Sayup-sayup kedengaran suara orang yang memanggil Dian.
         “Macam kenal je suara tu.” Tingkah Dian sendirian .Itu suara mak dan juga ayahnya. Mak dengan ayahnya buat apa di sini.Dian melangkah masuk ke lorong tersebut untuk mencari pemilik kepada suara yang menyeru namanya tadi.

    “Mak…Ayah…” Jerit Dian sewaktu memasuki lorong cahaya tersebut.
     “Dhiya’….” Laung Dian lagi namun tiada sahutan.Dian terus berjalan dengan perlahan-lahan..
      “Dhiya….” Jerit Dian dengan kuat.

       Di kala ini juga mesin yang menunjukkan graf naik turun bergerak dengan laju.Kedua-dua tangan Dian bergerak.Mata Dian masih lagi tertutup rapat.

      “Dhiya’…Mana Dhiya’…Dhiya’…Dhiya’…” Bibir milik Dian sudah bersuara memanggil nama kembarnya Dian.Air mata Dian mengalir .Matanya masih lagi terpejam rapat.

     “Dhiya’..tunggu…Dhiya’ pergi mana..” Tingkah Dian .Nafasnya mula turun naik di kala ini.Kepala Dian sudah berkalih dengan perlahan-lahan di belah kanan dan kiri.Mulutnya tidak lekang dengan nama Dhiya’.

     “Ya Allah abang..Kenapa dengan Dian ni?” Soal Puan Sakinah sebaik saja membuka pintu bilik yang menempatkan Dian.Puan Sakinah dan Encik Yusuf baru saja sampai  di hospital tersebut untuk melawat anaknya.

     Puan Sakinah terus berlari anak mendapatkan anaknya yang berada di atas katil.Puan Sakinah melihat mesin graf yang sedang berbunyi.Kepala Dian berkalih ke kanan dan kiri.Mulutnya sudah berhenti memanggil nama Dhiya’.

     “Dian..Dian…” Seru Encik Yusuf sebaik saja mendekati anak gadisnya.
       “Bang cepat bang panggilkan doktor.Anak kita bang.” Ujar Puan Sakinah dengan penuh kerisauan.

     Encik Yusuf hanya anggukan kepala lalu di tekan butang di dinding .Encik Yusuf melihat jari-jemari Dian bergerak dengan perlahan-lahan.Encik Yusuf bergegas untuk membuka pintu bilik untuk memanggil doktor yang berada di luar sana.Sebaik saja encik Yusuf membuka pintu itu terjengkul wajah doktor Rafiqi  yang cemas.

     “Hah Rafiqi .Cepat tengok keadaan Dian.jarinya bergerak.Kepalanya berkalih kanan dan kiri.Apa dah jadi dengan anak pakcik Rafiqi.” Tingkah Encik Yusuf dengan risau.Sebaik saja mendengar apa yang keluar dari mulut Encik Yusuf , doktor Rafiqi terus bergegas masuk.

    Sebaik saja doktor Rafiqi tiba di katil yang menempatkan Dian, sekali lagi Dian menjerit memanggil nama Dhiya’.Kemudian Dian tersedar.Terbuntang matanya dengan luas memandang ke atas syiling.

      “Dhiya’…Dhiya’…” Nama itu yang disebit Dian.Kemudian Dian memandang kiri dan kanan dengan penuh kebinggungan.

      “Ya Allah , bang anak kita dah sedar.” Jerit Puan Sakinah dengan linangan air mata.Encik Yusuf sudah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

      “Alhamdulilah Dian dah sedar..Dian..” Ujar Encik Yusuf sambil mengusap kepala ankanya.
     “Dian awak dah sedar.Alhamdulilah.” Ujar doktor Rafiqi pula sambil tersenyum sebelum memeriksa Dian.

     Dian hanya memerhati wajah-wajah di depannya.Wajah mak , ayah dan juga doktor Rafiqi silih berganti .Dian kebinggungan dan terpinga-pingga seketika apabila doktor Rafiqi memeriksanya.Dian memandang tangannya yang yang di cucuk dengan jarum dan wayar.Dian cuba memandang keadaan sekeliling dengan pelik.

     “Dian..mak ni Dian..” Tingkah Puan Sakinah sambil menunding jari ke dirinya.Dian hanya memerhati wajah maknya.

      “Abang kenapa dengan Dian ni.Senyap je.” Tingkah Puan Sakinah lagi sambil memandang wajah suaminya.

      “Dian..Dian kenal kami tak?” Soal Encik Yusuf kepada anak gadisnya yang sedang merenung dia dan juga isterinya.Kemudian mata Dian beralih pula pada doktor Rafiqi.
    “Dian…awak kenal saya tak?” Soal doktor Rafiqi dengan bimbang.

     Dian mengerdipkan matanya berkali-kali kepada doktor Rafiqi sebelum menoleh kepada mak dan juga ayahnya yang berada di sisinya.Selepas itu Dian hanya anggukan kepalanya.Doktor Rafiqi menarik nafas lega.Puan Sakinah dan Encik Yusuf memandang doktor Rafiqi dengan senyuman.

    Doktor Rafiqi bimbang jikalau Dian hilang ingatan atau pun amnesia di sebabkan oleh kemalangan yang menimpa dirinya.Pemeriksaan lanjut harus di jalankan bagi memastikan Dian benar- benar sihat.

     ZAFRAN Nufail sedang merenung frame gambar miliknya.Gambar dirinya bersama Dian yang di ambil sewaktu keluar bersama.Zafran Nufail termenung sendirian di meja kerjanya.Fikirannya hanya pada Dian.

    “Zafran kamu ok ke?” Soal Kak Hanim yang melintasi di meja Zafran Nufail.Kak Hanim mengeluh dengan perlahan melihat Zafran sedang memegang frame gambarnya bersama Dian.
      “Eh Kak Hanim..Saya ok saja.” Dalih Zafran Nufail lalu meletak kembali frame gambar tersebut di bucu meja kerjanya.

      “Kak Hanim tahu kamu susah hati.Sabarlah.Kak Hanim ingat petang ni nak pergi jenguk Dian dekat hospital dengan Suzie.Kamu tak pergi ke hari ni?” Ujar Kak Hanim sambil bersandar di meja Zafran Nufail.

     “Entahlah Kak Hanim.Dah seminggu Dian koma.Bilalah Dian nak sedar Kak Hanim.Petang ni saya ada hal sikit.Esok baru saya pergi melawat Dian.”Jawab Zafran sambil mendongakkan kepalanya kepada Kak Hanim.

     “Nak ke mana?” Soal Kak Hanim dengan pelik.
      “Tak ke mana pun Kak Hanim.Ada urusan sikit.” jawab Zafran.
       “Jangan kamu cari yang lain sudahlah.Manalah tahu kot-kot ada yang ambil kesempatan ke sewaktu Dian koma.” Ujar Kak Hanim lagi.

      “Maksud Kak Hanim?” Soal Zafran sambil mengerutkan dahinya.Apa yang Kak Hanim cuba sampaikan kepadanya.

    “Zafran, Kak Hanim tahu yang Hana suka dekat kamu kan.” Tembak Kak Hanim.Tersentak Zafran seketika.

      “Erk macam mana Kak Hanim tahu?” Soal Zafran pula.
       “Tengok gaya dia pun dah boleh tahu Zafran.Hati-hati sikit dengan Hana tu.Kak Hanim tengok dia sekarang ni tak seperti Hana yang dulu.Yang pemalu, peramah semua. tu.Jangan kamu tersunggkur sudahlah.” Tingkah Kak Hanim pula.

       “InsyaAllah Kak Hanim.” jawab Zafran Nufail sambil menarik nafasnya dengan perlahan-lahan.

       “Dian tahu yang Hana suka dekat kamu?” Soal Kak Hanim lagi .Zafran Nufail hanya menggelengkan kepalanya .Kak Hanim menggaru dahinya sambil mengeluh dengan perlahan.

         “Berterus-terang dengan Dian tentang Hana.Kak Hanim tak boleh nak campur sangat.Itu urusan kamu berdua.Jangan sampai Dian tahu dari mulut orang lain.Dian tu budak baik.,Jangan kamu sakiti Dian Zafran.”

    “InsyaAllah Kak Hanim.” Balas Zafran sambil merenung frame gambar tadi sepintas lalu.
    
     bersambung....

Nota Tersepit : Penat x terkata bila blk ke kg 17 jam.Baju2 byk lg x kemas haaaa..Esok atau lusa baru start menulis balik... Sekarang ni dah memulakan tugas sebagai penganggur terhormat dekat rumah.Hhahaha..
    
  

Selasa, 25 Juni 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 22

Assalamualaikum u oll..

Ok seperti yang di janjikan hari ni aku akan update awal sambungan ADU yang sepatutnya aku update esok.Minggu ni aku agak busy sikit dengan hal rumah dan sebagainya.Hehhehe.OK ini sambungannya.Terima kasih kerana singgah dan baca ADU.. =)



                            




BAB DUA PULUH DUA


    “SAYANG sedarlah..” Ujar Zafran Nufail sambil mengenggam erat tangan milik Dian.Namun masih lagi tiada jawapan.Dian terus menerus berkeadaan begitu.Tidur lena tanpa gangguan.Kedengaran mesin yang menunjukkan turun naik graf sahaja yang berbunyi di kala ini.
    Zafran Nufail melekapkan tangan Dian ke pipinya sebelum mengucup jari Dian.Wayar masih lagi berada di tangan Dian.Berhati-hati Zafran Nufail sewaktu memegang tangan Dian.

   Di kala itu juga Hana dan Tasha muncul di bilik itu.Hana hanya memerhati tingkah laku Zafran yang sedang mengusap tangan Dian.Hana dan Tasha terus mendekati katil yang menempatkan Dian.Sayu hari Tasha melihat keadaan Dian.Tasha juga turut mengiringi jenazah Dhiya’ hari itu.Hana Yasmin sahaja yang tidak menjelma alasannya adalah sibuk.Tasha tahu Hana Yasmin sengaja bagi alasan.

   “Dian ..Aku ni Tasha..Bangunlah Dian.Semua orang rindukan kau .” Tingkah Tasha sambil berbisik di teliga Dian.Zafran Nufail hanya memerhati gelagat Tasha.Hana Yasmin yang berada si sebelahnya langsung tidak di pandang.Zafran Nufail malas untuk mengambil tahu tentang Hana.
   “Dian bangunlah.Hana datang ni.” Begitu perlahan suara Hana Yasmin berkata-kata.Zafran Nufail hanya memandang Hana dengan pelik.

     Hana ni ok ke tidak? Desis hati Zafran Nufail.
    “Kenapa awak tengok saya macam tu Zafran?” Soal Hana Yasmin kepada Zafran Nufail.
     “Tak ada apa-apa.” Jawab Zafran dengan selamba sambil mengangkat kedua belah keningnya pada Hana Yasmin.Tasha hanya mendiamkan diri .Sekadar memerhati gerak geri Hana dan juga Zafran.

     Dhiya’ ..aku janji aku akan tengokkan Dian.Aku tak akan lupa pesanan kau pada aku hari tu.Dian beruntung kerana mempunyai adik kembar yang sangat menyanyanginya tetapi Allah lebih menyanyanginya.Tasha berbicara di dalam hatinya.

    Hana Yasmin terus memandang wajah Dian yang sedang koma itu.Tersungging satu senyuman di bibirnya.

    Inilah peluang untuk kau Hana.Maafkan aku Dian.Sekarang ni peluang untuk aku rampas kembali Zafran dari kau.Lepas ni kau rasalah macam mana aku rasa sakitnya.Lagipun sekarang ni kau dah jadi mayat hidup.Entah bila kau akan sedar pun aku tak tahu.Mungkin esok, lusa, seminggu, sebulan tak siapa tahu.Bebel Hana sendirian di dalam hatinya.

   Aku akan pastikan yang Zafran akan jatuh ke dalam tangan aku juga.Kau tolak cinta aku ya Zafran Nufail.Kau belum kenal lagi aku siapa.Kalau aku tak dapat apa yang aku nak aku bukan Hana Yasmin okey.Gumam hati Hana Yasmin lagi.

    Hana Yasmin tidakkah kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Mengetahui .Kamu hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan semuanya.

    “Dian bangunlah sayang.I miss you so much.” Tingkah Zafran sambil memandang wajah Dian lagi.Zafran berdoa supaya Dian cepat sedar dari komanya.

    “Sabar Zafran.Sama-samalah kita berdoa semoga Dian sedar dari koma.” Ujar Tasha sewaktu memandang Zafran yang sedang memerhati Dian.Tuluskan hati Zafran menyintai Dian?
   “Saya harap Dian akan sedar dari koma .” Balas Zafran pada Tasha.Di kala itu Tasha hanya anggukan kepala manakala Hana sudah membuat muka.

    Gila ke apa si Zafran ni bercakap dengan Dian rupa itu.Macamlah si Dian ni boleh dengar.Orang tengah koma kot.Bebel Hana Yasmin lagi sambil menjeling tajam pada Dian yang sedang terlantar di atas katil.

   Cik Hana Yasmin.Memanglah Dian Batrisya sedang koma tetapi dia boleh dengar .
    “Tasha jomlah balik.Aku nak kena balik pejabat ni.Banyak kerja dekat pejabat tu.” Ujar Hana Yasmin sambil mencuit bahu Tasha.

   “Eh sekejaplah.Aku nak borak dengan Dian.Bukan ke kau ambil half day hari ni dengan Datuk Khalid?” Soal Tasha.Hana Sudah mengeluh dengan perlahan.

   “Mana ada aku ambil half day.” Dalih Hana Yasmin.
    Ish si Tasha ni pun satu hal.Buat apa bagitahu depan Zafran.Marah Hana Yasmin di dalam hatinya.

   “Ye ke?Bukan tadi kau ke yang cakap dekat aku?”Soal Tasha dengan kebinggungan.
   “Kau salah dengar kot.Jomlah balik.” Hana Yasmin menarik tangan Tasha.
    “Balik dulu Zafran..Dian..” Ujar Tasha sewaktu tangannya di tarik oleh Hana.Tasha hanya mengikut saja langkah Hana Yasmin walaupun hatinya mendengus geram.

     “Kau ni kenapa? Tak menyempat betul.Tadi nak datang kemain nak cepat.Balik pun kemain nak cepat.” Bebel tasha kepada Hana sambil menarik tangannya.

    “Aku dah cakapkan yang aku ada kerja.Jangan banyak songehlah.” Balas Hana dengan geram lalu masuk ke dalam perut kereta sewaktu Tasha membuka alarm kereta miliknya.

    “Banyak songeh betullah minah sorang ni.Rimas aku.” Bebel Tasha di luar kereta sebelum tangannya membuka pintu kereta.Hana Yasmin sudah pun memakai tali pinggang keledar.

    PAGI itu doktor Rafiqi masuk ke bilik Dian untuk melihat perkembangan Dian.Dengan perlahan-lahan doktor Rafiqi memulas tombol pintu wad tersebut.Mata doktor Rafiqi terus terarah pada Dian.Keadaan Dian menghampakan doktor Rafiqi.Dian masih seperti semalam.Masih lagi tiada tanda untuk Dian sedar dari koma.

    “Assalamualaikum dan selamat pagi Dian.Bila awak nak sedar Dian.Semua orang rindukan awak.” Tingkah doktor Rafiqi sambil menyelak sedikit langsir yang menutupi cermin kaca di dalam bilik itu.

    Saya pun rindukan awak juga Dian.Desis hati doktor Rafiqi di dalam hatinya.Hanya mampu ucapkan perasaan di dalam hati.Rafiqi sedar Dian milik orang lain.Dian adalah tunang Zafran.Itu hakikat yang harus di telan oleh doktor Rafiqi.Pedih hatinya hanya Allah saja yang mengetahui.

   Sebaik saja bersarapan tadi terus doktor Rafiqi berjalan menuju ke bilik Dian di tempatnya.Adakah dia merindui Dian.Ya itu pasti.Sementara Dian masih lagi di hospital bolehlah dia melihat wajah Dian.Harapannya kini hanya satu semoga Dian cepat sembuh.Itu doanya.Kebahagian Dian adalah kebahagian dirinya.

    Doktor Rafiqi merenung wajah Dian yang polos.Terlukis satu senyuman di bibirnya melihat wajah itu .Dian kelihatan seperti baby..

    “Ya Allah.Sembuhkan Dian Batrisya.” Doa doktor Rafiqi .
     “Eh Rafiqi awal kamu datang hari ni.” Tersentak seketika doktor Rafiqi sebaik saja mendengar suara Encik Yusuf yang baru saja tiba di bilik tersebut.

    “Aah pak cik.Awal sikit hari ni.” Balas Rafiqi sambil bersalaman dengan Encik Yusuf.
      “Mana mak cik ?” Soal doktor Rafiqi .Pelik melihat Encik Yusuf yang datang seorang diri.
     “Mak cik kamu ada je.Sekejap lagi dia masuk.Tadi dia terserempak dengan kawan lama dia dekat pintu depan sana.” Terang Encik Yusuf sambil tersenyum kemudian berlalu menuju ke katil anaknya.Encik Yusuf mengusap kepala Dian.Rafiqi hanya tersenyum dan memerhati ayah Dian.

      Kasih sayang ibu bapa kepada anaknya tiada tolak bandingannya.Anak adalah anugerah untuk di jaga.
    “Eh Rafiqi awalnya hari ni.” Tingkah Puan Sakinah sambil memandang wajah anak muda di hadapannya.

   “Kamu dah bersarapan ke Rafiqi.” Soal Encik Yusuf pula.
     “Dah pak cik.Mak cik dengan pak cik dah sarapan ke?” Balas doktor Rafiqi.
     “Kami dah sarapan dekat rumah tadi.”Jawab Puan Sakinah sambil tersenyum.

     “ Saya minta diri dululah mak cik , pak cik.Ada kerja nak kena buat.” Doktor Rafiqi minta diri.
     “Ya lah.” Jawab Puan Sakinah dan Encik Yusuf sambil menganggukkan kepalanya kepada doktor Rafiqi.Kemudian doktor Rafiqi terus berjalan keluar dari bilik tersebut.Sempat lagi doktor Rafiqi menoleh pada Dian yang berada di atas katil.

    “Abang.Baikkan Rafiqi tu.Berkenan saya kalau nak buat menantu.” Tingkah Puan Sakinah sambil menepuk paha suaminya.

     “Memang baik budak tu.Abang pernah nampak dia bacakan yassin pada Dian.Ermm anak kita Dian dah bertunang Kinah.” Balas Encik Yusuf pula sambil menghela nafas.
     “Abang, Zafran tak datang jenguk Dian ke? Dian ni kan tunang dia.”Soal Puan Sakinah pada suaminya.

    “Entahlah Kinah.Saya pun tak pasti sama ada Zafran tu datang ke jenguk Dian di sini.Mungkin dia sibuk dengan kerja dia kot.” Ujar Encik Yusuf untuk menyedapkan hatinya dan hati isterinya.
   Memang susah Encik Yusuf melihat Zafran dekat hospital ni.Mungkin kerana kesibukan kot yang membuatkan Zafran tidak datang jenguk tunangnya di sini.

   “Agaknya bang.”Balas Puan Sakinah dengan perlahan lalu mengambil tuala kecil dan juga besen sambil menuju ke sinki yang berdekatan.Puan Sakinah ingin mengelap badan anaknya.

   ZAFRAN Nufail berteleku di meja kerjanya.Orang lain sudah pun keluar untuk makan tengah hari.Dirinya saja yang masih termenung di ruang kerjanya.Zafran Nufail menghela nafas lalu bersandar ke kerusi.Fikirannya kini hanya nampak Dian saja.Bilakah Dian akan sedar.Itu yang sering bermain di fikirannya.

    Zafran sangat terkejut apabila dapat khabar berita yang tunangnya accident.Zafran tidak sempat untuk melihat Dhiya’ buat kali terakhir .Hal itu memang buat dia terkilan, tetapi jika di fikir balik apa yang di rasa kini tak sehebat apa yang Dian akan rasa jikalau dia sedar dari koma.Bagaimanakah reaksi Dian apabila mengetahui yang kembarnya sudah meninggal.Boleh ke Dian terima hakikat itu.Zafran Nufail tahu yang Dian sangat menyanyangi Dhiya’.

   Semoga Dian boleh terima berita ini apabila dia sedar dari koma kelak.Desis hati Zafran Nufail sambil melonggarkan tali leher yang di pakai olehnya.Zafran Nufai memerhati tali leher yang di pakai olehnya.Itu adalah hadiah dari Dian.Zafran tersenyum sendirian bila melihat tali leher tersebut.

    “Zafran..Kamu tak keluar makan ke?”Soal Kak Hanim kepada Zafran.Tersentak Zafran apabila mendengar suara Kak Hanim yang baru saja masuk ke ruang pejabat.

    “Tak kak.Saya tak ada selera nak makan.” Tingkah Zafran Nufail sambil membetulkan duduknya.
    “Sabarlah Zafran.Kamu kenalah jaga kesihatan kamu juga.Sama-sama kita berdoa semoga Dian sedar dari koma.Kak Hanim dah pergi melawatnya semalam.Kesian Kak Hanim tengok keadaan Dian.” Keluh Kak Hanim.

    “Sekejap lagi saya makanlah kak.Saya ambil half day hari ni.Ingat nak pergi jenguk Dian dan juga family dia sekali.”Ujar Zafran Nufail pula.

    “Baguslah kalau macam tu.Jenguk bakal mertua kamu tu.Jangan pula kamu lupa.” Kak Hanim memperingati Zafran.

    “Ya kak.” Tingkah Zafran Nufail sambil tersenyum tawar.
    “Hai Kak Hanim, dah makan ke?” Soal Hana kepada Kak Hanim.Hana baru saja masuk di ruang legar pejabat.

   “Dah Hana.Kak Hanim baru saja lepas makan.” Jawab Kak Hanim dengan pelik.Berkerut dahinya melihat perangai Hana hari ni yang terlebih ceria dari biasa.

   “Zafran saya ada belikan awak nasi.Makanlah.Saya tahu awak tak makan lagi.Saya tahu awak risaukan keadaan Dian.Bersabarlah .Saya yakin Dian akan sedar nanti.” Tingkah Hana Yasmin sambil menghulurkan plastik bewarna merah di dalamnya pula terdapat satu bekas polisterin .
    “Hai ceria semacam je kamu hari ni Hana.Ada apa-apa ke?” Usik Kak Hanim .

     “Kak Hanim ni orang nak ceria sikit pun salah ke?” Jawab Hana dengan selamba sambil tersengih.Kak Hanim hanya menjungkit bahunya.

     “Ambillah saya belikan untu awak.” Ujar Hana Yasmin kepada Zafran Nufail.
     “Terima kasih sajalah.Awak makan je la.Saya nak keluar ni.” Balas Zafran Nufail lalu berdiri dan buat-buat sibuk.Malas dia nak melayan kerenah Hana Yasmin.

    “Awak nak pergi mana?” Soal Hana dengan pelik.Bungkusan nasi tadi di letakkan di atas meja Zafran.

    “Saya nak keluar makanlah.Kemudian saja nak pergi melawat buah hati saya di hospital.” Balas Zafran Nufail lagi dengan geram.

    Sibuk saja nak tahu aku nak pergi mana.Bebel Zafran Nufail di dalam hatinya.
     Sebaik saja mendengar Zafran berkata begitu , Hana terus menarik muka masam.Tak habis-habis dengan Dian.Entah bila Dian nak sedar pun tak tahu.Aku depan mata dia ni bukannya nak nampak.Dian juga yang dia nampak.Apa Dian bagi si Zafran ni minyak pengasih ke apa? Gumam hati Hana Yasmin.

   “Ermm ye la.” jawab Hana acuh tak acuh.Kak Hanim pelik melihat mood Hana Yasmin yang ceria tadi sudah berubah .

  “Kak Hanim saya pergi dulu.” Ujar Zafran Nufail lalu melangkah.Hana Yasmin yang berada di hadapannya memberikan laluan kepada Zafran Nufail yang ingin berlalu menuju ke pintu keluar.
   Hana Yasmin mendengus dengan geram tapi sempat juga di cover dari pandangan Kak Hanim.Selepas itu Hana Yasmin terus berjalan menuju ke jabatannya.Nasi yang di belikan untuk Zafran Nufail di biarkan saja di atas meja kerja Zafran.

  Asyik Dian..Dian ..Dian…Menyampah aku.Marah Hana di dalam hatinya.Berbakul-bakul dia memarahi Zafran Nufail.

    Mengapakah perlu cemburu melihat kebahagian orang lain?Sedangkan diri sendiri boleh bahagia juga.Mengapa perlu sberebut tunang orang padahal ramai lagi lelaki di luar sana.Sifat cemburu tidak akan bawa  ke mana.
  
   Bersambung...

NotaTersepit : Sibuk mengemas rumah.Hujung minggu ni dah berpindah balik ke kelantan.Jadi penganggur terhormat sementara menunggu kerja.Akan merindui melaka.7 tahun di sini banyak memorinya..huhuhu...Mood menulis aku dah kembali.Alhamdulilah.2 bab satu hari.Chayok2.

Minggu, 23 Juni 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 21

Assalamualaikum u oll..

Maaf selalunya pepagi buta aku dah update hari ni lambat sikit.Hhehehe.Ok seperti biasa hari ni di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu..Sebelum tu jaga kesihatan u oll sekarang musim jerebu..Hhehehe.Iklan jap.Sempat lagi tuh.Ok ni sambungannya selamat membaca dan terima kasih, =)


                           





BAB DUA PULUH SATU


     JENAZAH Dhiya’ Batrisya sudah selamat di kebumikan pada pagi itu.Cuaca yang mendung juga seakan-akan memahami perasaan keluarga arwah Dhiya’ Batrisya.Sebaik saja Puan Sakinah selesai menyiram dan menaburkan bunga di atas pusara anaknya, Encik Yusuf memeluk bahu isterinya.

       “Bang kita dah kehilangan Dhiya’ buat selama-lamanya.” Ujar Puan Sakinah sambil menyapu air matanya dengan sapu tangan.

      “Bersabarlah .Kita redha saja Dhiya’ pergi.Biarlah dia berehat di sana.Allah lebih menyanyanginya.”Pujuk Encik Yusuf sambil memimpin isterinya.Doktor Rafiqi juga turut berada di situ.Doktor Rafiqi hanya mampu melihat kesedihan di raut wajah Encik Yusuf dan juga  Puan Sakinah.

     “Abang..Macam mana kita nak bagitahu Dian nanti bila dia sedar dari koma?Abang tahukan Dian sangat-sangat menyanyangi Dhiya’.Kinah bimbang Dian tidak mampu menerima berita ini.” Uajr Puan Sakinah sambil mendongak pada suaminya.

    Kedengaran halus Encik Yusuf mengela nafasnya sambil meraup wajahnya.
    “Abang pun bimbangkan Dian nanti.Bimbang Dian tidak dapat terima yang Dhiya’ sudah tidak ada lagi di dunia ini.” Balas Encik Yusuf sambil memandang wajah isterinya.Memang dia bimbangkan keadaan anaknya Dian.

     “Sabar mak cik , pak cik.” Ujar doktor Rafiqi kepada kedua ibu bapa Dian dan juga arwah Dhiya’.

    “Doktor..Bagaimana keadaan Dian.Boleh ke dia sembuh seperti sedia kala?” Soal Encik Yusuf sewaktu mereka bertiga berada di depan keretanya.

     “InsyaAllah .Kita berdoa supaya Dian sedar.Keadaan dirinya kini kita tak boleh nak jangka.Sama-samalah kita berdoa.Pakcik tak payahlah panggil saya doktor.Panggil Rafiqi sudah cukup.” Balas doktor Rafiqi.Encik Yusuf hanya menganggukkan kepalanya.

    “Pak cik dengan mak cik tak sanggup untuk kehilangan Dian.Kini tinggal Dian sajalah anak kami.” Tambah Encik Yusuf lagi.Puan Sakinah memandang kubur anaknya dari jauh.
     “Bang ..Malam ni kita buat solat hajat untuk Dian.” Tingkah Puan Sakinah .

   “Baiklah.Marilah kita balik.Selepas tu abang nak singgah lawat Dian sekejap sebelum balik ke rumah.” Tingkah Encik Yusuf.Puan Sakinah hanya menurut sahaja.

    “Kita jumpa dekat hospital ye Rafiqi.” Ujar Puan Sakinah lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta.Doktor Rafiqi hanya anggukan kepala sebelum berjalan menuju ke keretanya.Sebaik saja doktor Rafiqi ingin memasukki keretanya sempat lagi dia menoleh melihat kubur Dhiya’ Batrisya.
     “Dhiya’ , saya berjanji pada awak yang saya akan tunaikan permintaan awak .Bersemadilah awak dengan tenang.Saya akan jaga Dian.” Ujar Doktor Rafiqi lalu memasuki ke dalam perut kereta.

     Encik Yusuf dan juga Puan Sakinah  melihat raut wajah Dian yang pucat.Wayar yang menyalurkan oksigen di letakkan di hidung anaknya. Mata Puan Sakinah berkalih pada mesin yang sedang berbunyi di tepi katil anaknya.Sungguh tenang wajah Dian di kala ini.

    “Dian bangun nak..” Ujar Puan Sakinah sambil mengusap-ngusap tangan Dian yang di penuhi dengan wayar .Pilu hati Puan Sakinah melihat penderitaan anaknya sulungnya di kala ini.Hanya mampu berdoa supaya Dian sedar dari koma.

    “Sabar Kinah..” Pujuk Encik Yusuf sambil mengusap bahu isterinya.Sebak dadanya melihat keadaan anaknya kini.

    “Bila Dian nak sedar bang? “ Soal Puan Sakinah sambil memegang tangan suaminya.
     “Entahlah.Abang pun tak pasti bila anak kita akan sedar.Kita berdoa semoga Dian akan sedar nanti.” Jawab Encik Yusuf sambil melihat wajah Dian.Puan Sakinah mengusap lebut kepala Dian yang berbalut.Ternampak tompok-tompok merah di pembalut di kepala Dian.

    “Abang..Zafran tak datang ke?Saya tak nampak dia pun sejak Dian dan arwah Dhiya’ berada di hospital.” Tingkah Puan Sakinah dengan tiba-tiba.

     “Ya tak ya juga.Abang dah telefon dia bagitahu keadaan Dian dan juga arwah Dhiya’.Nanti sampailah dia tu.” Balas Encik Yusuf.Baru dia teringat akan bakal menantunya .Mengapa Zafran tidak datang melawat Dian? Desis hatinya sendirian.

    “Assalamualaikum pak cik, mak cik..” Ujar Zafran Nufail yang baru saja sampai.Terus saja Puan Sakinah dan juga Encik Yusuf menoleh ke belakang.

    “Zafran ..Sampai pun kamu.Mana kamu pergi?” Soal Encik Yusuf.

     “Maafkan saya pakcik.Saya balik kampung jemput family saya datang sini.Family saya nak  lihat keadaan Dian.Saya terpaksa balik sana dulu jemput mereka.” Terang Zafran Nufail pula.
     “Oh ye ke.Habis tu mana family kamu?” Soal Puan Sakinah pada bakal menantunya itu.
     “Mereka ada dekat luar.Sekejap lagi diorang masuklah.” Balas Zafran Nufail.Puan Sakinah dan Encik Yusuf hanya anggukan kepalanya.

     “Pak cik, bagaimana keadaan Dian?” Soal Zafran Nufail sewaktu mendekati katil tunangnya.
     “Entahlah Zafran.Dian koma sekarang ini.Kita berdoa semoga Dian sedar dari koma.” Ujar Encik Yusuf.Zafran hanya menunduk melihat wajah buah hatinya.Sedih hatinya sewaktu menerima khabar dari Encik Yusuf tentang keadaan Dian dan juga arwah Dhiya’.

    “Dian bangun sayang..” Bisik Zafran Nufail ke telinga Dian.Namun Dian tetap kaku di pembaringan.Di kala ini mereka hanya senyap dan memandang Dian.Mesin di tepi kati Dian saja yang berbunyi menunjukkan graf turun naik .

    Di sebalik pintu doktor Rafiqi hanya memandang dari jauh.Doktor langsung tidak menjejakkan kakinya ke bilik di mana Dian di tempatkan kerana di kala ini tunang kepada Dian berada di situ.Doktor Rafiqi meletakkan kedua-dua tangannya ke dalam poket jubah putih yang di pakainya sambil mengela nafas.

    Hancur hatinya sewaktu mengetahui yang Dian sudah bertunang.Kecewa hatinya di kala itu.

     “What Dian dah bertunang?Bila?” Soal Doktor Rafiqi kepada  Dhiya’ yang berada bertentangan dengannya.

    “La awak tak tahu ke doktor Rafiqi?Kakak saya tu dah bertunang dengan Zafran Nufail.Kawan sepejabatnya.” Balas Dhiya’ sambil menghirup air di dalam gelasnya.Jelas sekali raut wajah Doktor Rafiqi yang kecewa mendengar perkhabaran itu.

    “Rafiqi saya nak minta tolong awak sesuatu boleh?” Soal Dhiya’ dengan tiba-tiba.
    “Awak nak saya tolong apa Dhiya’? Doktor Rafiqi sudah mengerutkan kening sambil bersandar pada kerusi di meja makan tersebut.

    “Kalau apa-apa jadi pada saya.Awak tolong jagakan Dian untuk saya .Please.” Tingkah Dhiya’ sambil memandang tepat pada rat wajah doktor Rafiqi.
   “Apa awak merepek ni Dhiya’? Kenapa saya kena jaga Dian.Bukankan awak cakap tadi yang Dian sudah bertunang.?” Soal Doktor Rafiqi dengan pelik.

    “Rafiqi.. please.Saya hanya boleh minta tolong pada awak sorang je.Saya tak percayakan pada Zafran.Saya tak yakin yang Zafran boleh jaga Dian.” Tingkah Dhiya’ sambil mengeluh.
    “Apa maksud awak Dhiya’? Saya tak faham.” Ujar Doktor Rafiqi sambil membetulkan duduknya.

    “Rafiqi ..Jauh termenung…” Tersentak seketika doktor Rafiqi sebaik saja bahunya di tepuk oleh seseorang.

   “Eh Doktor Ahmad.Tak adalah.” Dalih Doktor Rafiqi pula sambil tersenyum tawar.
    “Dian akan sedar nanti.Sama-samalah kita berdoa.” Ujar Doktor Ahmad sambil menepuk bahu Doktor Rafiqi.

      “InsyaAllah.Saya juga berdoa semoga Dian cepat sedar dari koma dia.” Balas Doktor Rafiqi sambil melihat Dian dari jauh.

      Dhiya’ saya akan berusaha untuk menjaga Dian sepenuh hati saya.Dian adalah cinta hati saya.Desis hati Doktor Rafiqi .

      Doktor Rafiqi kecewa dan terkilan kerana dia tidak sempat untuk memberitahu arwah Dhiya’ tentang perasaan pada Dian.Sebaik saja arwah Dhiya’ memberitahu yang Dian sudah bertunang , doktor Rafiqi terus berdiam diri dan tidak berdaya untuk meluahkan perasaannya.Hatinya sungguh kecewa di kala itu.Hanya Allah yang Maha Mengetahui di kala itu apa perasaannya.

    Doktor Rafiqi sudah berjanji pada arwah Dhiya’ dan juga dirinya bahawa dia akan berusaha menjaga Dian sebaik mungkin.Walau apa yang terjadi doktor Rafiqi berjanji tidak akan membiarkan sesiapa menyakiti hati Dian Batrisya walaupun hatinya sendiri yang bakal terluka.

    Sanggupkah Rafiqi berkorban untuk Dian gadis yang di cintainya dalam diam.Rafiqi memang menyintai Dian.Tuluskan cintamu wahai doktor Rafiqi Aryan.?

     Doktor Rafiqi masih lagi memerhati gerak geri tunang kepada Dian yang di panggil Zafran itu.Selepas itu doktor Rafiqi bergerak menuju ke wad lain.

     SATU malam doktor Rafiqi masuk ke bilik yang menempatkan Dian Batrisya.Doktor Rafiqi melihat mesin graf yang turun naik kemudian beralih pula pada tangan Dian sebelum beralih ke mata Dian yang sedang tertutup rapat.

   “Dian saya rindukan awak.Sedarlah wahai bidadari hatiku.” Tingkah doktor Rafiqi sambil menyelukkan kedua belah tangannya di dalam poket jubah putih.

    Sungguh ralit sekali doktor Rafiqi merenung wajah pujaan hatinya.Kemudian doktor Rafiqi melabuhkan punggungnya di kerusi yang bersebelahan dengan katil Dian.Selepas itu doktor Rafiqi mengambil surah yasin yang tersedia di atas meja di tepi katil belah kanan lalu di bacanya.Surah Yassin itu di bawa oleh Encik Yusuf.Tiap kali Encik Yusuf mahupun Puan Sakinah melawat anaknya pasti mereka akan membacakan surah Yassin.

   Sayup dan merdu sekali bacaan Yassin oleh doktor Rafiqi.Bergema bilik yang menempatkan Dian dengan suara lunak doktor Rafiqi.Sesekali doktor Rafiqi memandang wajah Dian yang kaku .Matanya terpejam rapat.Walaupun wayar oksigen berada di hidung Dian tidak langsung menampakkan wajahnya yang sakit.Di kala ini Dian umpama seorang puteri yang sedang tidur dengan lena sekali.

   Doktor Rafiqi berjalan di tepi koridor hospital sambil mengelamun.Entah bila Dian akan sedar.Desis hati doktor Rafiqi.

   “Zafran tunggu..Saya nak melawat Dian juga.” Tingkah seorang perempuan yang membuntuti langkah  Zafran yang sedang melangkah ke pintu masuk hospital.

    “Awak nak apa lagi Hana.Kalau nak pergi tengok Dian pergi sajalah.Tak payahlah nak mengekori saya.Dian masih koma awak jangan serabutkan kepala saya boleh tak.Saya tengah susah hati melihat keadaan Dian.Cubalah faham sikit.” Ujar Zafran Nufail dengan tegas sekali.

   Doktor Rafiqi hanya hanya memerhati dari jauh pasangan itu.Berkerut-kerut dahi doktor Rafiqi sebaik saja mendengar nama Hana dari mulut Zafran.

    “Zafran , saya datang sini nak jenguk kawan baik awak.Cubalah awak layan saya dengan baik sikit.”Marah Hana Yasmin sambil merenung tajam pada Zafran yang langsung tidak mengendahkannya.

   “Pergilah kalau awak nak melawat Dian.Jangan kacau saya boleh tak?” Marah Zafran Nufail.Sekarang ini keadaannya memang tidak terurus.Sukar untuk menumpukan perhatian pada kerjanya apabila melihat keadaan Dian yang koma.

   Kenapa kau layan aku begini Zafran? Kau tengoklah nanti  kaun akan jatuh juga ke tangan aku.Ini Hana Yasmin okey.Aku akan dapat apa yang aku nak.Gumam Hana Yasmin di dalam hatinya.Sakit hatinya melihat layanan dari Zafran Nufail.

   Ingatkan tunangnya dah sakit, akan cari lain.Rupa-rupanya sangkaannya meleset sekali.Aku tak akan mengaku kalah Dian.Kau rampas Zafran dari aku.Kali ni aku berhak untuk merampas balik hak aku yang kau ambil.Gerutu Hana Yasmin lagi di dalam hatinya.

   Zafran Nufail sudah pun berjalan jauh meninggalkan Hana Yasmin yang terkulat-kulat di pintu utama hospital.Hana Yasmin menggarukan dahinya lalu membetulkan beg sandangnya.
    “Yang kau tercegat lagi dekat sini kenapa Hana?” Soal Tasha yang baru saja tiba si tepi Hana Yasmin.Tersentak Hana Yasmin mendengar suara Tasha.

    “Errkk tak ada apa-apalah.Aku tunggu kau.” Dalih Hana Yasmin.Memang Hana Yasmin datang bersama Tasha.Tadi Tasha pergi untuk parking kereta jadi di suruhnya Hana masuk ke dalam terlebih dahulu.

    Namun dalam diam, Tasha sudah dapat agak.Dari kejauhan tadi dia ternampak yang Hana bercakap dengan Zafran.Apa yang mereka cakap itu Tasha sendiri tidak mengetahui.Tasha yakin yang Hana Yasmin membuat onar lagi.

   Perempuan ni senagaja mencari nahas betul.Berapa kali aku nak cakap Zafran tu tunang orang.Desis Tasha sendirian.

     “Aku nampak Zafran tadi.mana dia?” Soal Tasha .Sengaja dia ingin bertanya kepada Hana.
     “Entah aku tak tahu.Aku tak nampak dia pun lagi.Dia datang hospital juga ke?” Hana Yasmin berdalih.
   Sah perempuan ni menipu aku.Terang lagi bersuluh .Aku dah nampak tadi.Marah Tasha lagi di dalam hatinya.

    “Aku nak jenguk Dian dulu.Kau nak tercegat dekat sini atau kau nak ikut aku?” Soal Tasha sebelum melangkah menuju ke wad yang menempatkan Dian.

    “Huh banyak songeh pula minah ni.Aku dahlah tengah panas hati dengan Zafran.” Bebel Hana Yasmin dengan perlahan.Terus kakinya melangkah mengekori Tasha dari belakang dengan muka yang masam mencuka.

    Hana sedarkah kamu bahawa sahabat baikmu sedang koma.Tegakah kamu untuk mengkhianati kawan baikmu sendiri.Di mana perginya sifat baik hatimu dahulu.Janganlah buta kerana cinta sehingga sanggup menghancurkan kebahagian teman baik sendiri.Jangalah kamu menjadi musuh dalam selimut.
   
   bersambung...

NotaTersepit : Dah seminggu lebih aku x menulis rasanyakan.Tak ada mood.Hhahaha.InsyaAllah minggu ni berusaha untuk menyambung kembali menulis.Wish me luck.Hari ni nak membaca novek Pelakon CInta dan Mr. G