Rabu, 30 April 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 35

Assalamualaikum u ollsss..

Hari ni dah 1 Mei dan selamat datang bulan rejab .  Selamat bercuti pd yg bekerja. Cik writer jugalah yg masih lg x kerja. Tak ada rezeki lagi orang kata. Ok hari ni bab yang terakhir AMB dekat blog. Bab 35. Cerita ni masih pjg lg ini baru pertengahan . InsyaAllah seandainya ada rezeki cik writer akan war2 kan pada u ollsss. Terima kasih semua pembaca setia AMB. :D


                                    


BAB TIGA PULUH LIMA




   PAGI itu, Hadif masuk ke pejabat dengan muka bengang dan marah. Entah apa yang tak kena pada Hadif. Mukanya sungguh garang sekali masuk ke Aspirasi. Awa mengucapkan good morning pun langsung tidak di layan. Awa pelik melihat sikap bosnya pagi ini namun dia terus bangu dan menuju ke pantry. Seperti biasa air untuk bos kesayangannya.

  “Apasal muka bos aku tu masam je mengalahkan buah asam kecut je aku tengok. Apa yang tak kena ni?” Soal Awatif sendiri sewaktu sedang membancuhkan kopi untuk Hadif.

   “Awa kenapa bercakap sorang-sorang ni?” Tegur Safi yang baru muncul di situ.

    “Tak adalah Kak Safi. Hari ni Awa tengok muka bos masam je pastu nampak garang je. Ada yang tak kena agaknya .” Balas Awatif. Safi mengerutkan dahinya.

   “Erm ye ke. Kalau macam tu Awa hati-hatilah masuk bilik dia sekejap lagi. Kak Safi rasa perangai singa dia dah datang balik tu. Adalah tu yang tak kena hari ni.” Jawab Safi sambil berfikir.
   “Perangai singa? Siapa singa Kak Safi?” Soal Awa dengan blur.

    “Tak ada apa-apalah Awa. Maksud Kak Safi angin Tuan Hadif tak berapa baik agaknya hari ni.” Jawab Safi. Sudah lama dia tidak nampak wajah garang Hadif.

    “Mungkin kot. Awa pergi hantarkan air untuk bos dulu ya Kak Safi.” Awa meminta diri sambil membawa mug menuju ke bilik Hadif.

   “Bos ini air untuk bos.” Ujar Awa sewaktu meletakkan mug ke atas meja Hadif. Awa kemudiannya berpaling untuk keluar namun dengan tiba-tiba saja Hadif memanggilnya.

    “Awa, dua hari lepas saya ada bagi awak satu sampul suratkan yang dekat dalam dia tertera cek yang saya minta awak bagi pada client kita. Mana pergi cek itu. Cek yang bernilai dua puluh ribu ringgit?” Soal Hadif dengan muka serius sekali. Awa tidak pernah lagi melihat wajah Hadif setegang ini sebelum ini. Awa mengerutkan dahinya dan memikirkan tentang cek tempoh hari.

   “Oh cek tu? Saya dah bagi pada client kita bos seperti yang bos suruh tu la. Ada yang tak kena ke bos?” Soal Awa.

   “Masalahnya sekarang ni, diorang telefon saya yang diorang dapat sampul surat kosong. Mana pergi cek itu. Awak jangan main-main Awa. Saya dah letak cek tu dalam sampul mana awak letak?” Soal Hadif dengan garang sekali.

   “Sampul kosong? Eh bos mustahillah. Saya dah bagi cek tu pada diorang. Betul bos saya tak tipu.” Jawab Awa dengan jujur. Dia masih lagi ingat yang selepas keluar dari bilik bosnya dia meletakkan sampul cek di rak untuk di hantar pada client mereka.

   “Awak jangan tipu saya Awa. Saya paling pantang kalau orang bercakap bohong. Awak ada ambil ke cek tu?” Soal Hadif. Awa kebingungan seketika.

   “Bos betul. Saya tak tipu.Saya dah bagi pada mereka.”

   “Kalau awak dah bagi pada mereka kenapa cek itu tak ada dalam sampul? Ke mana cek tu pergi? Takkan cek tu ada kaki nak berjalan kot.” Soal Hadif.

   “Itu saya tak tahulah bos. Kalau betul cek itu ada kaki memang dia berjalanlah bos.” Jawab Awa dengan selamba.

   “Kalau awak ada ambil cek itu baik awak mengaku Awa.” Tingkah Hadif.

   “Bos tuduh saya ke ni? Bos buat apa saya nak ambil cek tu?” Soal Awa . Kalau saya ambil pun bukan boleh buat apa pun kan. Bos jangan-jangan cek tu terjatuh dekat mana-mana tak?” Soal Awa.

   “Awak jangan berdolak dalih dengan saya Awa. Diorang call saya pagi ni marah-marah cakap bagi diaorang sampul kosong jadi diorang tak nak hantar barang yang saya minta. Awak tahu tak di sebabkan cek itu kerja yang sepatutnya dah selesai hari ni dah jadi lain. Apa ni Awa. Kerja macam tu pun awak tak boleh nak buat ke? Sekarang ni saya nak cek tu balik. Mana awak simpan?” Soal Hadif sambil menghulurkan tangannya.

   “Bos cek tu saya dah bagi pada mereka. Saya tak ambil pun cek tu. Percayalah bos.” Selepas itu telefon milik Hadif berbunyi. Sekali lagi muka Hadif bengang. Awa hanya melihat saja wajah Hadif yang sudah bertukar warna merah.

   “Bos okey tak ni?” Soal Awa dengan resah sebaik saja Hadif mematikan talian. Mahu tak resah ini kali pertama dia melihat wajah Hadif sebegitu.

    “Kau rasa aku okey ke sekarang ni?” . Sudah berubah nada suara Hadif ketika ini. Awa tayang muka blur.

    Apa kena dengan bos aku ni? Kena sawan ke apa? Desis hati Awatif.

   “Bos saya minta maaflah kalau saya ada buat salah tapi kalau pasal cek itu saya berani bersumpah yang saya dah bagi pada mereka sampul surat tu.” Ujar Awa. Hadif merenung wajah Awa dengan tajam sekali.

   “Kau keluar sekarang. Aku tak nak tengok lagi muka kau dekat sini. Kenapalah aku boleh ada setiausaha yang blur macam kau ni. Aku suruh buat kerja senang pun kau tak boleh nak buat. Sekarang ni cek tu dah hilang buat banyak kerja tergendala kau tahu tak. Ini semua kau punya pasal. Salah kau. Kepala aku berserabut kau tau tak? Sekarang ni pula diorang tuduh company aku ni penipu kau tau tak? Geram betul aku. Lembab, bengap dan bodoh kau tau tak?” Marah Hadif. Awa tergamam. Gegendang telinganya juga terkejut mendengar kata-kata yang di hamburkan oleh Hadif.

   “Salah saya ke bos?” Soal Awa dengan sebak. Kata-kata Hadif bagaikan petir yang memanah hatinya.

   “Memang pun salah kau . Ini semua sebab kau cuai sangat. Kerja senang rupa itu pun kau tak boleh nak buat. Langsung tak boleh diharap. Kau keluar sekarang.” Arah Hadif. Awa masih lagi kaku. Terngiang-ngiang kata-kata Hadif.

   “Bos saya minta maaf kalau saya salah tapi saya dah buat kerja yang bos minta tu dengan baik .”
   “Baik kata kau. Baik apanya kalau macam ini. Suruh bagi cek pada orang pun kau tak boleh nak buat. Belajar bukan main tinggi lagi tapi nak buat kerja senang rupa itu langsung tak reti.” Marah Hadif lagi. Mata Awa sudah berkaca-kaca.

   “Kalau macam ni memang kau tak layaklah jadi setiausaha aku. Aku ingatkan kau ni pandai walaupun kau ni kadang-kadang blur tapi hampeh.” Air mata Awa mula menitis. Tiada lagi wajah Hadif yang sebelum ini. Hadif yang Awa jumpa hari ini beza sekali dengan Hadif yang dia kenal. Ini bukan bos aku. Desis hati Awa.

    “Saya minta maaf bos kalau saya silap.” Ujar Awa dengan perlahan. Matanya langsung tidak berkedip memandang wajah Hadif.

   “Dah kau pergi keluar sekarang. Hari ini juga aku pecat kau. Kau boleh berambus dari office aku ni.” Arah Hadif lagi lalu bangun dan berlalu ke sofa. Sebaik saja mendengar ayat pecat terus Awa melangkah keluar dari bilik Hadif. Air mata yang membasahi pipinya terus di kesat. Sebaik saja sampai di mejanya Awa terus mengemas semua baranganya sambil menanggis.

   “Awa kenapa menanggis ni?” Soal Safi namun Awa tak mampu berkata apa-apa melainkan menggelengkan kepalanya. Safi resah apabila melihat Awa mengemas barang-barang miliknya.

   “Awa berkemas ni nak ke mana? Apa dah jadi ni. Cuba bagitahu Kak Safi.” Soal Safi lagi. Awa menyapu air matanya.

   “Awa kena pecat.” Jawab Awa dengan perlahan.

   “Apa?” Soal Safi seakan tidak percaya. Ligat kepalanya berfikir apa sudah terjadi ni.
   “Kak Safi tak faham.”

    “Kak Safi akan tahu juga nanti cuma apa yang Awa boleh katakan sekarang ni Awa tak bersalah. Kak Safi Awa minta maaf kalau sepanjang Awa kerja sini ada buat salah silap dengan Kak Safi. Awa kena pergi dulu. Terima kasih ya Kak Safi untuk segala tunjuk ajar sepanjang Awa bekerja di sini.” Ujar Awa.

   “Eh Awa jangan pergi. Apa dah jadi ni?” Soal Safi sewaktu cuba menghalang Awatif namun Awa tetap melangkah pergi. Safi memicit kepalanya.

   “Ya Allah apa dah jadi antara Awa dengan Tuan Hadif ni?” Soal Safi sendirian. Dari kejauhan Tasha memandang dan bibirnya tersenyum penuh makna.

   “Awa nak ke mana tu?” Soal Adam sewaktu terserempak dengan Adam di pintu masuk Aspirasi namun Awa langsung tidak menoleh malahan langsung tidak menjawab pertanyaan Adam.

   “Apa kena dengan Awa? Mana dia nak pergi dengan kotak tu? Mata Awa merah dia menanggis ke?” Soal Adam sendirian sambil menggarukan kepalanya.

 
  HADIF Fakhri keluar dari pejabatnya lalu mencari kelibat Safi.  Matanya kemudian ternampak Safi sedang berada di mejanya yang waktu itu otak Safi sedang ligat memikirkan apa yang sudah berlaku antara Awa dan juga Tuan Hadif. Safi menongkat dagu di mejanya. Hadif mendekati meja Safi.

   “Safi masuk bilik saya sekejap. Ada hal sikit nak bincang.” Arah Hadif dengan wajah yang serius. Terkejut Safi bila mendengar Hadif menyapanya. Dengan perlahan-lahan Safi bangun lalu mengusap perutnya sebelum melangkah mengekori Hadif dari belakang.

   Apa kena dengan Tuan Hadif hari ni. Bad mood agaknya.Desis hati Safi .

   “Kenapa Tuan Hadif?” Soal Safi sebaik saja duduk di kerusi berhadapan Hadif.

    “Saya nak awak carikan setiausaha baru untuk saya.” Arah Hadif. Safi terkejut dan mengehla nafasnya. Aku nak tanya ke tidak ni? Soal hati Safi sambil memandang wajah bosnya itu.

    “Tuan Hadif boleh saya tahu kenapa Tuan Hadif nak setiausaha baru. Awa kan setiausaha Tuan Hadif. Apa yang tak kena pada Awa?” Soal Safi.

    “Saya dah pecat dia. Awak tahu tak dia dah hilangkan cek yang dia sepatutnya bagi kepada client kita. Disebabkan kecuaian dia itu  juga barang yang saya nak tu tak dapat di hantar hari ni. Awa ni langsung tak boleh diharap. Awak tahu tak semuanya tergendala disebabkan oleh satu cek tu.

Mereka tuduh company ni penipu.” Marah Hadif. Kini Safi sudah faham.

   “Tuan Hadif tahu dari mana yang Awa hilangkan cek itu?” Soal Safi.

   “Habis kalau bukan dia siapa? Dia orang last  yang pegang sampul tu sebelum bagi pada client kita. Jadi memang Awa yang hilangkan. Entah-entah dia dah sorokkan cek itu.” Tambah Hadif lagi dengan geram.

   “Astagfirullah Al’azim Tuan Hadif. Awa tu budak jujur Tuan Hadif mana mungkin dia nak ambilkan cek tersebut. Tuan Hadif cuba fikir sekejap. Kalau pun Awa yang ambil cek tu bukannya dia boleh tunaikan pun? Saya tak fahamlah dengan Tuan Hadif ni. Saya yakin bukan Awa yang hilangkan cek itu. Entah-entah client kita tu sendiri yang auta Tuan Hadif tapi Tuan Hadif salahkan Awa. Tuan Hadif sepatutnya siasat dulu jangan main tuduh Awa macam tu. Selama Awa kerja sini mana pernah dia hilangkan cek. Mustahil.Saya tak percaya Tuan Hadif. Kasihan Awa.” Balas Safi.

   “Maknanya awak menyebelahi budak blur tu? Awak nak tuduh client saya tu jahat macam tu? Saya dah lama berurusan dengan mereka dan saya juga yakin yang client saya tak akan buat saya begitu.” Balas Hadif sambil merenung Safi dengan tajam sekali.

   “Kalau Tuan Hadif boleh percayakan client Tuan Hadif macam tu kenapa Tuan Hadif tak boleh nak percayakan Awa. Saya harap Tuan Hadif selidik hal ini. Jangan biarkan orang lain yang terpaksa menanggung kesalahan dari orang lain. Jangan bertindak guna emosi semata-mata. Saya akan carikan Tuan Hadif setiausaha tetapi dengan syarat yang Awa tu memang betul bersalah. Saya yakin Awa tak bersalah. Jangan main tuduh saja Tuan Hadif perlu siasat terlebih dahulu.” Terang Safi lalu bangun dan meninggalkan bilik Hadif.

   “Bagaimana pula cek boleh hilang. Mustahil.Awa tak akan buat kerja macam tu. Walaupun Awa tu blur tapi dia seorang yang bijak. Hanya manusia berhati busuk saja yang mengambil cek itu sedangkan dia tahu yang dia tak akan dapatkan tunaikan cek tersebut.Siapa punya angkara ni? Aku akan siasat. Kak Safi akan siasat Awa.” Ujar Safi sewaktu berada di hadapan meja Awatif.

   “Maafkan saya cik. Mana cik Awatif. Ini ada bunga untuk dia hari ini.” Muncul seorang lelaki di tepi Safi.

   “Cik Awatif tak ada hari ni.” Balas Safi sambil melihat sejambak bunga yang baru sampai untuk Awa dan Safi juga tahu bunga itu dari siapa . Bunga dari peminat misteri Awa yang bernama Encik K.

   “Bagi pada sayalah bunga tu nanti saya bagi pada Cik Awatif.” Tambah Safi . Lelaki penghantar bunga itu terus tersenyum dan menghulurkan bunga tersebut pada Safi. Selepas itu Safi menurunkan tandatangan di bahagian nama penerima.

     “Terima kasih.” Ujar lelaki itu.

      “Sama-sama.” Balas Safi . Sebaik saja lelaki itu pergi , Safi meletakkan jambangan bunga ros di atas meja Awa sebelum dia berlalu menuju ke meja kerjanya. Tasha memandang dari jauh dengan mencebik.

     “Huh dapat bunga lagi perempuan blur tu. Untunglah kau kan.” Bisik Tasha dengan perlahan.

    Awa pulang dengan menaiki teksi. Di dalam teksi dia sudah menanggis teresak-esak. Kata-kata yang keluar dari mulut Hadif menyentapkan hatinya. Dia tak sangka yang bosnya itu memecatnya hanya kerana kehilangan cek yang dia sendiri tidak tahu menahu. Dia sudah menjalankan
tanggungjawabnya namun mengapa Hadif langsung tidak mempercayainya. Inikah Hadif Fakhri bos yang dia sayangi dan hormati selama dia bekerja di Aspirasi.

   “Kenapa bos tuduh aku sampai macam tu sekali. Aku tak hilangkan pun  cek tu.” Ujar Awa dengan perlahan sambil memandang ke cermin . Pemandu teksi yang sedang memandu hanya mampu melihat Awa menanggis. Sebaik saja sampai di traffic light pemandu teksi itu menghulurkan kotak tisu pada Awa.

   “Nak jangan menanggis . Nah tisu.” Hulur pemandu tersebut. Awa menoleh pada pemandu itu lalu mengambil kotak tisu.

   “Terima kasih pak cik.” Balas Awa. Pemandu teksi itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebelum menekan pedal minyak . Lampu isyarat ketika itu sudah pun bertukar warna hijau.
   
Bersambung...

NotaTersepit : Pasti u ollss tertanya-tanyakan apa yg akan jadi lepas tu. Ada masa free nanti cik writer kongsikan teasernya dekat sini atau page AZ. Terima kasih kepada semua pembaca setia AMB dan juga pengomen setia AMB  yg sentiasa singgah dan baca kisah AMB ni. Hehehe tak terkecuali juga adinda cik writer Mahanie yang sering menjadi mangsa cik writer .Tak lupa juga pada best friend cik writer cik Hanah Rishas a.k.a Salwati Haris kerana seringkali menjadi pendengar setia cik writer sepanjang menulis kisah Awa dan Hadif ni  :D 





Minggu, 27 April 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 34

Assalamualaikum u ollssss...

Seperti yang u olls tahu yang minggu ni adalah minggu last entry Alahai Miss Blur dekat blog. Cerita ni masih belum tamat lagi ya. Ianya tamat di blog saja. Ini dia sambungan bab yang ke 34 . Terima kasih :)

                                           




BAB TIGA PULUH EMPAT



   MAJLIS cukur jambul dan akikah untuk cucu baru Datuk Ismail yang bernama Hafiy Ifwat berjalan dengan meriah sekali. Ramai juga tetamu yang datang. Datuk Ismail dan Datin Khadijah sibuk melayan tetamu yang datang . Reen meletakkan Hafiy di dalam buaian yang telah di hias cantik. Ini semua mama dan papanya yang uruskan. Reen dan Hayyan hanya mengikut saja. Hafiy pula langsung tidak meragam pada hari ini. Reen sungguh gembira melihat anak kecilnya itu. 

Impiannya untuk mendapatkan zuriat sudah dimakbulkan Allah. Ini semua berkat kesabarannya.
    Reen dan Hayyan juga turut menjemput keluarga Puan Salmah yang merupakan bekas mertua kepada Reen. Kisah dulu sudah lama terlerai dan kini  tiada lagi sengketa antara mereka. Reen sudah bahagia dengan Hayyan manakala bekas suaminya Aqil juga hidup bahagia di samping isterinya Sarah. Mereka juga telah dikurniakan anak.

   “Tahniah Kak Reen . Comel sangat anak Kak Reen.” Tegur Sarah dan ketika itu Reen sedang merenung wajah Hafiy buah hati pengarang jantungnya. Reen menoleh lalu tersenyum.

   “Terima kasih Sarah . Kak Reen dengar Sarah nak dapat baby lagi ye? Tahniah.” Balas Reen. Sarah menganggukkan kepalanya dengan senyuman lebar. Syukur Alhamdulilah rezeki untuk keluarga mereka.

   “Kak Reen, mak kirim salam. Mak tak dapat datang dia tak berapa sihat dua tiga hari ni sebab demam. Biasalah sekarang ni musim demam.” 

   “Waalaikumussalam.Teruk ke demam mak? Dah pergi klinik? Kirim salam pada mak ya. Kak Reen tak sempat nak melawat lagi.” Pesan Reen.

     “Janganlah risau. Mak okey je.” 

     “Sarah dah makan belum ni?” Soal Reen dengan tiba-tiba.
     “Sekejap lagi Sarah makan. Sampai je tadi terus Sarah tanya abang Hayyan pasal Kak Reen.” Jawab Sarah.

     “Nanti makan tau.” Pesan Reen . Sarah menganggukkan kepalanya.

      “Ini buah tangan dari Sarah dan abang Aqil untuk baby Kak Reen .” Sarah menghulurkan satu hamper yang agak tinggi yang dimana isinya adalah barangan bayi.

      “Alahai susah-susah je. Terima kasih ya.” Reen menyambut hamper tersebut lalu letak ke tepi.

   AWATIF berjalan dengan perlahan-lahan masuk ke rumah milik Datuk Ismail. Awatif datang seorang diri hari ini. Mummy dan daddy nya ada urusan manakala adik lelakinya pula sibuk dengan kelas tuisyen.

    “Assalamualaikum Datuk.” Sapa Awatif. Dia kelambatan hari ini ke mari. Rumahnya pun tiada orang. Awatif datang dengan menaiki teksi saja. 

    “Waalaikumussalam . Eh Awa kenapa lambat dari tadi lagi bos awak cari dan tunggu awak datang.” Balas Datuk Ismail. Awa hanya tersengih.

     “Bos mana Datuk?” Soal Awa . Matanya melilau mencari kelibat bosnya.

     “Dia tadi ada dekat….” Belum sempat Datuk Ismail menunjukkan tempat duduk anaknya , Hadif terlebih dahulu mendekati mereka sambil tersenyum. 

      “Awa kenapa lambat?” Soal Hadif . 

      “Sorry bos. Rumah tak ada orang tadi. Saya datang naik teksi. Mummy dengan daddy kirim salam diorang tak dapat datang ada hal.” Awa tersenyum manis pada Hadif.

     “La ye ke. Tak mengapalah asalkan Awa datang. Jomlah masuk dalam boleh tengok baby.” Pelawa Hadif. Awa menganggukkan kepalanya. Datuk Ismail memandang gelagat anak lelakinya dengan senyuman. Dari mata kasarnya dia sudah tahu yang Hadif tu sukakan pada Awa.

   “Yang abang tersenyum sorang-sorang ni kenapa?” Soal Datin Khadijah dengan pelik sewaktu merapati suaminya.

    “Abang senyum tu pada anak lelaki kita. Tengoklah mereka berdua tu.” Datuk Ismail menunjukkan ke arah Hadif dan Awa. Datin Khadijah turut tersenyum.

    “Biarlah bang. Harap-harap hubungan mereka berdua tu bukan setakat majikan dan pekerjalah tapi lebih dari tu. Kalau Awa jadi menantu kita lagi Ijah suka bang.” Jawab Datin Khadijah sambil memerhati anak terunanya bergandingan dengan Awatif menuju ke dalam rumah.

   “Awa mari saya kenalkan dekat awak. Ini anak buah saya yang nombor tiga. Nama dia Hafiy. Ini pula ibu Hafiy Reen awak boleh panggil dia Kak Reen dan di sebelahnya pula papa kepada Hafiy iaitu Hayyan.” Hadif memperkenalkan sepupunya pada Awa. Reen menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Awa yang sedang tersenyum manis padanya.

   “Jadi inilah dia Awatif yang jadi setiausaha kau tu ya Hadif?” Soal Hayyan . Terangkat kedua belah keningnya. Hadif mengiakan.

   “Olololo comelnya baby Hafiy ni bos..” Awa mencuit pipi gebu Hafiy .
    “Tengoklah daddy dia macam mana rupa.” Seloroh Hadif.

     “Daddy? Eh bukan bos kata tadi Encik Hayyan ni papa Hafiy .Daddy apa pula?” Soal Awa kebingungan.

      “Kau tengok Hayyan perangai blur dia dah datang . Cik Nurai Awatif panggilan untuk Hayyan adalah papa tapi anak buah saya memanggil saya dengan panggilan daddy. “ Terang Hadif. Awa menganggukkan kepala tanda faham.

    “Oooo cakaplah biar terang baru saya faham.” Sengih Awatif.

    “Tapi bos dekat sini tak ada nampak pun rupa bos. Muka baby ni ada iras ibu dia la ermm mata dia pula sama macam papa dia kot.” Tambah Awatif lagi yang sedang leka menilik wajah si kecil. Hadif menepuk dahi. Hayyan dan Reen sudah tergelak kecil.

     “Memanglah dah nama pun anak mereka mestilah ada rupa mereka. Saya kata tadi baby Hafiy comel macam saya. Faham ke tidak?” Soal Hadif. Awa menoleh pada Hadif dan mendekati Hadif sambil memandang wajah Hadif. 

      “Kenapa awak tenung saya rupa itu?” Soal Hadif dengan pelik apabila melihat mata Awa tidak berkedip memandang wajahnya.

     “Saya tengah tengoklah ni bos ni comel tang mana.” Jawab Awa dengan selamba. Puas dia menilik Hadif di tilik pula wajah si kecil.

    “Sorry to say la bos, saya tengoklah kan yang baby Hafiy lagi comel dari bos. Bos sekarang ni tak sesuai kalau comel kalau handsome tu ya la. Kalau comel tu untuk orang-orang seperti saya dan juga baby ni bos.” Selamba badak je si Awa menjawab. Hayyan dan Reen ketawa.
    “Amboi awak ni bukan main lagi puji diri.” 

    “Awa dah makan ke belum ni? Kalau belum pergilah makan dulu.” Sola Reen. Awa menoleh pada Reen lalu menggelengkan kepalanya.

     “Sekejap lagi Awa makanlah Kak Reen.”
      “Haa Hadif kau temanlah Awa makan.” Tingkah Hayyan pula sambil tersenyum nakal.
     “Jom Awa saya temankan awak makan.” Pelawa Hadif.

      “AUNTIE.. auntie..” Seorang kanak-kanak lelaki menarik baju Awatif yang membuatkan Awatif menoleh ke belakang.

     “Ya.. Adik ni siapa?” Soal Awatif.

      “Nama saya Syarif. Mama Syarif nama Huda papa Syarif nama Syahiran.” Jawab Syarif. Awa tersenyum pada Syarif .

      “Syarif kenapa kacau auntie?” Tegur Hadif .

      “Daddy..” Jerit Syarif lalu berlari mendapatkan Hadif.

      “Siapa auntie tu daddy?” Soal Hadif lalu menunjukkan jarinya arah Awatif berdiri.
       “Ok mari sini daddy kenalkan. Ini auntie Awatif. Dia ni kawan daddy.” 

       “Awa kenalkan ini Syarif anak kepada kakak saya Kak Huda.Syarif ni ada adik perempuan namanya Syifa. Dia ada dekat atas kot dengan papa dia.” Awa menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.

     “Oh maknanya Syarif ni anak buah bos ya?” Soal Awa. Hadif mengiakannya.

     “Daddy temankan Syarif buat origami. Papa dengan mama tak tahu nak buat origami. Bosanlah.” Syarif mengoyangkan tangan daddynya.

     “Origami? eh daddy pun dah lupalah macam mana nak buat origami. Lagipun kita mana ada kertas origami.” Ujar Hadif.

    “Ada . Kertas origami tu papa yang belikan untuk Syarif. Ada dekat sana.” Syarif menunjukkan ke arah ruang tamu.

   “Syarif nak buat origami apa?” Soal Awa dengan tiba-tiba.

    “Syarif nak buat origami burung dengan swan tapi Syarif tak pandai buat auntie.” Jawab Syarif dengan wajah hampa.

   “Kalau Syarif tak tau buat tak apa. Auntie boleh ajarkan Syarif buat origami tu. Syarif nak tak?” Soal Awa sambil memandang wajah comel Syarif.

   “Nak nak nak..” Jawab Syarid dengan ceria sekali.

    “Awa awak tau ke nak buat origami?” Soal Hadif tidak percaya. Awa mengenyitkan matanya.
   “Mestilah bos. Kalau bos nak tau origami adalah salah satu hobi saya waktu lapang. Dekat rumah saya ada balang kaca yang besar lagi tau saya letakkan origami burung yang saya buat. “ Jawab Awa. Hadif mengerutkan dahi.

  “Boleh percaya ke ni?” Soal Hadif.

   “Ok kalau bos tak percaya boleh tengok. Jom Syarif auntie buatkan origami  burung dan swan untuk Syarif.” Awa menghulurkan tangannya pada Syarif dan dengan pantas sekali Syarif menyambut tangan Awa dan membawa Awa menuju ke ruang tamu tempat dia letakkan kertas origami. Hadif turut mengekori Awa dan Syarif dari belakang.

   “Ya Allah korang main origami dekat sini?” Huda bercekak pinggang. Syarif mendonggakkan kepalanya sambil tersengih pada mamanya.

    “Mama auntie Awa buatkan Syarif origami. Auntie Awa ni pandai buat origami burung dengan swan.” Ujar Syarif dengan teruja. Sudah banyak ekor mereka buat . Bukan setakat Awa dengan Syarif je yang buat Hadif pun join sekaki buatkan origami bewarna-warni untuk anak buahnya.

   “Hadif kamu pun join sekali dengan Syarif?” Huda geleng kepala berkali-kali melihat adiknya yang tengah khusyuk melipat kertas origami. Hadif tersenyum pada kakaknya .

    “Hey Hadif kau dah temankan Awa makan belum?” Soal Hayyan yang muncul bersama Reen. Pelik melihat Hadif dan Awa berada di ruang tamu. 

  “Ya Allah aku terlupa. Eh Awa awak belum makan lagi kan.?” Soal Hadif pada Awa sebaik dia menepuk dahinya.

   “Bertuah punya bos biarkan setiausaha dia lapar.” Bebel Kak Huda nya pula.
   “Tak apalah bos. Sekejap lagi saya makan.” Jawab Awa.

    “Dah-dah sekarang ni Kak Huda nak Hadif temankan Awa makan. Tinggallah kertas origami tu dulu. Isi perut dulu Awa. Pergilah makan.” Arah Huda. Hadif terus bangun.

    “Jom Awa saya temankan awak makan.” Arah Hadif pula.

    “Okey bos. Errm Syarif kita sambung buat origami sekejap lagi eh. Auntie Awa pergi isi perut dulu ya.” Ujar Awa pada Syarif yang sedang memandang kearahnya.

   “Okey auntie Awa.” Jawab Syarif. Awa tersenyum sambil mengusap kepala Syarif sebelum berdiri.

   Selepas itu Hadif dan Awa terus menghilangkan diri ke luar rumah untuk menjamu selera di bawah khemah yang telah di sediakan. Hadif turut makan bersama-sama Awa. Dari kejauhan ahli keluarga Hadif memandang ke arah mereka berdua yang sedang leka bersembang sambil makan. 

   “Tengoklah tu mama bukan main happy lagi Hadif kalau dengan Awa.” Ujar Huda. Matanya masih leka memandang adiknya.

   “Itulah. Mama pun berkenan dengan budak Awa tu. Dia comel, sopan- santun , hormat orang tua pula tu. Kalau jadi menantu mama lagi mama suka.” Jawab Datin Khadijah.

   “InsyaAllah. Kalau ada jodoh antara mereka tak ke mana Ijah. Abang pun gembira melihat Hadif . Abang dengar sejak Awa jadi setiausaha dia ni jarang dah dia naik angin dekat office tu. Kalau datang angin marah dia mulalah nak marah semua orang.” Datuk Ismail pula menyampuk.

   “InsyaAllah papa. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Hayyan tengok mereka berdua tu memang serasikan. Kalau orang lain tengok pun orang tak kata tu pekerja dan bos.” Tambah Hayyan pula. Mereka sekeluarga tersenyum dan bersetuju dengan kata-kata Hayyan itu.

   “Hadif dulu dan sekarang dah lain. Itu yang Reen nampak. Reen pernah jadi setiausaha dia Reen tahu macam mana kalau hari berangin dia. Masih Reen ingat lagi sewaktu Reen tertumpahkan air kopi pada kemeja dia. Kemain lagi dia marah sampaikan terkeluar gelaran Tuan Singa bang.” Ujar Reen pada suaminya. Hayyan memeluk bahu isterinya dengan mesra.

   “Tuan Singa? Sesuailah tu dengan perangai dia dulu sewaktu putus tunang dengan Khay .” Balas Huda pula.

   “Eh sebut pasal Khay dia sekarang dekat mana ye?” Soal Datin Khadijah dengan tiba-tiba. Teringat kisah lama tentang Khay menantu tak jadinya.

   “Entahlah.Dia dah bahagia dengan kehidupan dia kot ” Jawab Datuk Ismail.

Bersambung ...

NotaTersepit : Blog ni akan sepi untuk sementara waktu dan akan kembali aktif semula bila cik writer melancarkan E-Novel yang ke 5 yg sebelum ni cik writer bagi tajuk Ingin Kau Bahagia telah bertukar kepada BTW. Apa BTW tunggu nanti. Hehehe tak tahulah kot2 bertukar tajuk lagi. Tgklah macam mana nanti :D



Rabu, 23 April 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 33

Assalamualaikum u ollsss...

Ini dia sambungan kisah kaki Awa yang terpeleot tu. Sakit2 pun datang kerja demi bos kesayangannya. Untung Hadif ya. Mekasih singgah dan baca :)

                                     



BAB TIGA PULUH TIGA



   AWATIF jalan terhincut-hincut. Sudah di berikan cuti tapi masih juga nak ke office. Sebelum datang ke pejabat tadi mummy dia sudah bising .

   “Kaki tak elok lagi nak juga pergi kerja. Kamu ni Awa kenapa degil sangat. Semalam doktor dah bagi cuti sakitkan. Hadif pun suruh kamu berehat.” Bebel Puan Fauziah sambil bercekak pinggang apabila melihat Awa tersengih yang sudah siap untuk ke tempat kerja.

   “Awa bosanlah mummy . Kasihan bos Awa tu sekarang ni tengah banyak kerja.” Dalih Awa dengan selamba.

    “Amboi bukan main lagi risaukan bos kamu. Korang ada apa-apa ke?” Soal Puan Fauziah sambil mengerutkan keningnya. Awa tayang muka blur.

   “Ada apa-apa? Apa-apa mummy?” Soal Awa. Puan Fauziah menggelengkan kepalanya.
   “Tak ada apa-apalah. Dah pergi sarapan dulu.” Arah Puan Fauziah.

   “Apa yang bising ni mummy?” Soal Encik Fathudin sewaktu tiba di meja makan.

    “Anak kesayangan abang ni la . Degil kaki masih berbalut nak juga ke pejabat. Semalam doktor dah bagi cuti dan Hadif pun suruh dia berehat tapi nak juga pergi office.” Bebel Puan Fauziah sambil menarik kerusi.

   “Biarlah Awa tu. Kalau dia larat biarlah . Ini kalau dia tak larat abang suruh je si Hadif hantar dia ke hospital.” Seloroh Encik Fathudin. Awa sudah tersengih. Dia dah lali mendengar mummy kesayangannya itu membebel. Dia tahu mummy sayangkan dirinya.

   “Dia kasihan dekat Hadif katanya.” Usik Puan Fauziah lalu menoleh pada suaminya. Encik Fathudin tergelak.

   “Dia sayang dekat bos dialah tu.” Tambah Encik Fathudin. Awa pula tayang muka blur sambil mengunyah roti. Apa yang di katakan oleh mummy dan daddy nya itu di biarkan sepi.

   “Eh Awa pasal apa datang office hari ni? Kaki tu berbalut?” Soal Safi sewaktu ternampak kelibat Awa di pantry. Terkejut dia melihat Awa berdiri di belakangnya.

   “Awa bosanlah Kak Safi kalau duduk rumah baik Awa datang pejabat. Kaki Awa okey jangan risau. Awa nak buatkan air untuk bos. Dia dah datangkan tadi?” Soal Awa lalu mencapai mug bewarna merah putih.

   “Yup Tuan Hadif dah sampai tadi. Ini kalau dia tahu Awa datang kerja ni memang kena syarahan sekejap lagi.” Safi menggelengkan kepalanya.

   “Jangan risaulah Kak Safi. Kalau bos bagi syarahan saya bagi syair dekat dia.” Awa tergelak kecil.

   “Pandailah kamu nak bersyair Awa. Kak Safi keluar dulu. Jalan elok-elok kalau jatuh nanti makin melarat kaki tu .” Pesan Safi sebelum keluar dari pantry.

   “Yes madam.”

    Sebaik saja selesai membancuhkan air untuk bosnya , Awa melangkah dengan perlahan-lahan keluar dari pantry dan ketika ini juga dia bertembung dengan Tasha.

   “Kaki sakit tu duduk rumah je la. Ini tak gatal juga nak kerja.” Bidas Tasha dengan selamba sewaktu bertembung dengan Awa. Tasha mencebik . Awa hanya membiarkan saja dan terus melangkah menuju ke bilik Hadif Fakhri.

   “Good morning bos..” Awa tersenyum sebaik saja masuk ke bilik Hadif.

   “Yang awak datang kerja hari ni kenapa Awa? Awak dapat cuti sakitkan saya pun dah minta awak berehat di rumah. Buat apa awak datang pejabat?” Soal Hadif sebaik saja memandang Awa yang berdiri di mejanya.

   “Saja suka-suka datang.” Jawab Awa dengan selamba. Dia sudah agak yang bosnya itu pasti akan melenting melihat dia masuk pejabat hari ini.

   “Suka-suka?” Soal Hadif pelik. Bertaut keningnya. Matanya langsung tidak berkalih dari memandang Awa.

   “Bos saya bosanlah kalau duduk rumah. Kaki saya sakit nak main kejar-kejar dengan cookie pun tak dapat. Tak boleh nak kejar cookie. Lagipun saya buat kerja guna tangan bukan guna kaki. Kaki untuk berjalan. Tangan ni yang lincah buat kerja dan juga…

   “Mulut yang suka bercakapkan?” Soal Hadif tanpa sempat Awa menghabiskan kata-katanya.

   “Eh bos ni memang pandailah. Bijak bijak. Ini mesti masa kecil dulu minum susu ibu.” Sengih Awa.

   “Orang kata kalau minum susu ibu anak jadi pandai.” Tambah Awa .

    “Mana awak dengar macam tu. Jangan nak mengarutlah Awa. Awak ni kalau saya cakap ada saja mulut awak tu membalasnya.” Hadif geleng kepala.

    “Alahai bos ni, nama pun mulut. Mulut untuk bercakap jadi saya cakaplah. Salah ke apa yang saya cakap bos?” Soal Awa dengan mengerdipkan matanya berkali-kali.

   “Haish budak ni dah mula buat muka comel dia.” Bebel Hadif dengan perlahan.
    “Bos cakap apa tu? Saya tak dengar?” Soal Awa .

     “Saya cakap terima kasih buatkan saya kopi ni. Awak pergilah sambung kerja tapi kalau kaki awak tu sakit ke rasa tak berapa nak sihat bagitahu saya. Biar saya hantar awak balik.” Pesan Hadif.

   “Bos jangan risau. Kaki saya okey je seliuh sikit saja. Nanti semuanya akan pulih seperti sediakala.” Jawab mulut Awa lagi.

   “Hmmm yalah.” Hadif terus menyambung kerjanya. Kalau dilayan bercakap dengan Awa sampai ke lusa belum tentu selesai lagi.

   HADIF memandu keretanya dengan kelajuan biasa. Hadif menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Awa di sebelah sepi bertemankan celoteh dj radio di petang hari.

  “Bos saya boleh balik sendiri. Daddy saya boleh ambil. Bos tak payahlah susah payah hantar saya balik.” Ujar Awa sewaktu menoleh pada Hadif.

   “Sekarang ni awak dah berada dalam kereta saya kan? Jadi tak adanya daddy awak datang ambil. Kaki awak tu macam mana? Kalau tak okey kita pergi klinik lagi.” Soal Hadif sambil menoleh seketika ke kaki Awa yang berbalut.

   “Kaki saya ni akan baik bos. Esok lusa okeylah. Bos janganlah risau. Sayang juga bos dekat saya ye?” Dengan selamba Awa berbicara. Hadif berlagak selamba.
   “Tahu tak apa.” Jawab Hadif . Awa tersenyum. Bos mana yang tak sayang pekerjanya. Bisik hati Awa .
     “Oh ye sebelum saya terlupa saya nak bagitahu awak yang hujung minggu ni dekat rumah saya ada buat majlis sikit. Jadi saya nak jemput awak dan family awak datang sekali.” Ujar Hadif.

   “Hah majlis apa bos? Jap-jap biar saya teka. Bos nak kahwin ya?” Soal Awa sewaktu menoleh pada Hadif.

   “Kahwin apanya. Ini majlis cukur jambul dan kenduri akikah untuk anak buah saya yang baru tu. Awak ni merepek pula. Bila masa pula saya kata saya nak kahwin?” Hadif geleng kepala. Awa ni suka sangat buat spekulasi awal.

    “Manalah saya tahu kot-kot bos nak kahwin ke.” Jawab Awa dengan selamba.
    “Kalau saya nak kahwin awak orang pertama yang akan tahu.” Bidas Hadif. Awa tayang muka blur.

   “Eh apahal pula saya orang pertama yang tahu? Patutnya keluarga bos. Ish bos ni merepek je.” Awa geleng kepala tanpa memahami maksud dari kata-kata Hadif.

    TASHA memukul streng keretanya. Dia merasa sungguh geram sekali hari ini. Geram dengan Awa yang telah mencuri perhatian Adam . Bukan dia tidak tahu yang Adam bersungguh-sungguh menolong Awa. Setiap kali nampak Awa bangun je, Adam terus bangun dan ke meja Awa dan bertanya Awa nak buat apa?.

   “Sakit sikit rupa itu pun Adam memberikan perhatian lebih. Sakit hati aku.” Marah Tasha.
   “Adam pun satu kalau dengan Awa bukan main lagi layanannya. Layan Awa bagaikan puteri. Awa pun satu mengada je aku tengok.” Tamba Tasha lagi. Tasha terus bersandarkan kepalanya sambil memejamkan mata. Baru saja hatinya mahu kembali tenang ada orang mengetuk cermin keretanya.

   “Siapa pula yang kacau aku ni?” Soal Tasha dengan geram sambil membuka matanya. Terkejut dia bila melihat Adam yang mengetuk cermin keretanya. Dengan pantas Tasha menurunkan cermin kereta dan tersenyum pada Adam.

    “Tasha kenapa ada dekat sini lagi? Kereta rosak ke? Hari dah lewat ni.” Soal Adam. Dia pelik apabila melihat kereta Tasha masih lagi tersadai di tempat parking. Setahunya Tasha keluar awal darinya tadi.

    Kalau aku tipu kereta rosak ada baiknya juga ni? Desis hati kecil Tasha.

    “Erkk kereta Tasha rosak dia tak nak hidup . Tasha tak tahu nak buat apa jadi duduklah dalam kereta.” Jawab Tasha dengan bohong. Pandai sungguh si Tasha ni berlakon, boleh menang award ni.

   “Ye ke? Hari dah lewat ni. Apa kata aku hantar kau balik?” Soal Adam sambil menilik jam dipergelangan tangannya.

    “Eh boleh ke? Tak menyusahkan kau ke Adam?” Soal Tasha seakan-akan serba salah.

    “Tak susah pun. Habis tu tak akan aku nak tinggalkan kau sorang diri dekat sini. Jomlah. Aku pun dah lewat ni. Aku janji dengan budak rumah aku nak balik awal hari ni ada kerja sikit kitaorang nak buat.” Ujar Adam. Tasha apa lagi terus mencapai tas tangannya dan menarik kunci kereta. Sebaik saja menutup pintu kereta , Tasha terus menekan  punat keretanya. Dia kemudiannya mengekori Adam dari belakang dengan perasaan gembira yang sukar di ungkapkan dengan kata-kata.

   “Esok aku belanja kau makan tengahari ye tanda terima kasih kau tolong aku hari ni boleh tak?” Soal Tasha dengan senyuman sewaktu mereka berada di atas jalan raya. Adam menoleh pada Tasha.

   “Aku tolong kau dengan ikhlaslah Tasha. Janganlah sampai nak belanja makan ni.” Jawab Adam.
   “Bolehlah. Kau pun dah lama tak makan tengahari dengan aku kan. Dulu selalu juga kau makan tengahari sekali dengan aku, Safi dan Reen sekarang jarang sangat nak makan dengan kau tambah-tambah sejak Awa masuk kerja situ.” Ujar Tasha separuh cemburu.

   “Hai macam cemburu je bunyinya? Bukan aku tak nak makan dengan kau. Company kita sekarang ni tengah banyak projek kau tengoklah aku ni mana lekat sanagt dekat pejabat tu. Ada je waktu aku keluar.” Jawab Adam. Sebaik saja mendengar jawapan Adam , Tasha sudah tersenyum. Perasaan cemburu terus berlalu pergi.

   “Jadi esok bolehlah eh kita makan tengahari sama-sama?” Soal Tasha dengan wajah yang sungguh manis sekali.

   “Esok? tengoklah dulu macam mana. Kalau tak silap esok aku dengan Awa kena ikut Tuan Hadif. Kalau Tuan Hadif tak jadi pergi esok bolehlah aku temankan kau makan tengahari.” Jawab Adam. Tasha terus putus angin dan mendiamkan diri sejenak.

   Kata-kata Adam berlegar-legar di dalam kepalanya. Tasha terus tersenyum penuh makna lalu memandang Adam.

   “Okey. Aku harap diorang tak jadi pergilah esok.” Ujar Tasha . Adam turut tersenyum.
    “Tapi kalau aku jadi pergi dengan diorang kau jangan marah pula.” Pesan Adam. Tasha mengeluh seketika lalu menganggukkan kepalanya.

   Ingat aku ni bodoh sangat ke? Esok aku buatlah korang semua tak jadi keluar bersama. Ini peluang aku jadi aku tak boleh lepaskan begitu saja. Bukan senang nak ajak Adam keluar sekarang ni. Aku akan pastikan esok Adam akan makan tengahari dengan aku. Tasha tersenyum penuh makna.

   “Aku anggap ianya janji.  Kalau korang tak jadi pergi kau kena tunaikan janji kau makan tengahari dengan aku.” Pesan Tasha.

   “Ya aku janji.” Jawab Adam dengan senyuman dan akhirnya mereka sampai di rumah Tasha.
    “Bos terima kasihlah sebab dah hantar saya balik ni.” Ujar Awa sebaik saja Hadif membantunya keluar dari perut kereta.

    “Sama-sama. Awak kan setiausaha saya. Ingat pesanan saya tentang majlis hujung minggu ni. Tolong sampaikan pada mummy dan daddy awak sekali tau. Awak pergilah masuk dulu.” Ujar Hadif .
   “Yes bos. Saya akan sampaikan nanti. Hati-hati bawa kereta ya bos.” Pesan Awa sebelum melangkah masuk dengan perlahan-lahan. Hadif memerhati Awa dari belakang sampailah Awa berada di dalam halaman rumahnya. Hadif membalas lambaian dari Awa sebelum masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan perumahan itu. Awa terus menekan punat untuk menutup pagar rumahnya sebelum meneruskan langkah ke pintu utama.

 “Kak Awa kaki tu dah baik ke? Bukan main rajin lagi pergi kerja hari ni walaupun dapat cuti sakit.” Tu dia baik punya Akid membidas kakaknya. Sajalah tu dia nak mengusik Awa. Kalau satu hari tak berperang mulut dengan kakaknya memang tak sah.

   “Eh eh budak ni nak menyibuk pula dia. Suka hati Kak Awa la. Lagipun kaki Kak Awa yang sakit bukan kaki Akid.” Jawab Awa dengan selamba lalu duduk di ruang tamu menghilangkan penat lelahnya.

   “Eleh action je Kak Awa ni.” Cebik Akid lalu menyambung menonton televisyen.

    “Akid, Awa pergi naik mandi. Sekejap lagi azan maghrib dah nak masuk. Kamu berdua kalau mandi bukannya reti sekejap.” Kedengaran suara mummy mereka bergema. Akid dan Awa saling berpandangan lalu menjerit.

   “Yes mummy..” Awa dan Akid tergelak kecil sebelum kedua-duanya bangun dari sofa dan menuju ke bilik masing-masing.
 
   Bersambung...

NotaTersepit: Next week 2 bab terakhir AMB yang akan di publish utk di blog. Cik writer kongsikan sampai bab pertengahan saja. Tunggu kisah apa dalam 2 bab akhir minggu depan. :)
  



Minggu, 20 April 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 32

Assalamualaikum u ollsss..

Seperti biasa minggu ni lagu dua bab di publish dekat blog ni. Kali ni tengok apa Tasha buat pada Awa. Kasihan Awa. Mekasih singgah dan baca :)

                                          




BAB TIGA PULUH DUA



    TASHA mengambil mop yang selalu di gunakan oleh Kak Peah untuk mengelapkan lantai. Sebentar tadi dia telah menuangkan air ke lantai. Niat di hatinya adalah untuk mengenakan Awatif. Dia tahu segala gerak-geri Awa. Mahu tak tahu kalau hari-hari kerjanya menilik saja ke mana langkah Awa.

   “Kau rasakan sekejap lagi budak blur. Benci betul aku dengan budak blur tu kalau sehari tak menyakitkan hati aku dengan bercakap dengan Adam memang tak sah. Sakit hati aku tengok Adam bersembang dengan dia siap bergelak ketawa lagi. Adam kalau dengan aku sekarang ni bukan main action lagi. Aku nak ajak bersembang pun kemain susah lagi. Ini semua budak sengal tu punya pasallah. Bila datang sini semuanya dah berubah. Menyampah tau tak?” Bebel Tasha sambil menyental lantai di pantry.

   “Eh Tasha sejak bila pula kau jadi pembantu Kak Peah ni?” Soal Zulaikha sewaktu masuk ke pantry yang memandang Tasha dengan pelik sekali. Terpelanting batang mop yang di pegang oleh Tasha kerana  terkejut mendengar suara Zulaikha.

   “Kau ni buat aku terkejut je. Air tumpah jadi aku moplah habis tu tak kan nak biarkan macam tu je.” Jawab Tasha sambil menjeling tajam pada Zulaikha. Sempat dia mengurut dadanya seketika.

   “Sorry kalau aku buat kau terkejut. Kalau macam tu kau jangan lupa letak papan kuning tu dekat situ. Dibuatnya ada orang masuk sini jap lagi tak tahu lantai licin terus tergolek seperti buah nangka pula.” Zulaikha mendekati sinki dan membasuh mug miliknya sebelum meletakkan mug tersebut di tempat penyejat.

    “Yalah aku tahulah. Kau tak payahlah nak ajar aku.” Bidas Tasha dengan selamba. Sebaik saja selesai mengelap tangan Zulaikha terus keluar dari pantry. Banyak kerja yang berlambak di mejanya yang minta disiapkan secepat mungkin.

   “Kalau aku letak benda alah tu nanti tak la si Awa yang kena.” Tasha tersenyum puas sambil test lantai yang licin itu.

  “Padan muka kau Awa.” Tasha mengelap kedua belah tangannya sebelum keluar dari pantry.
   Awa melangkah menuju ke pantry. Seperti biasa dia perlu menyediakan air minuman untuk bosnya. Dari jauh Tasha sudah tersenyum. Masanya sudah tiba. Biar padan muka budak blur tu. Bisik hati Tasha dengan senyuman sinis.

  “Ya Allah. Sakitnya..” Aduh Awa sebaik saja dia terjatuh ke lantai. Kakinya sungguh sakit sekali.

  “Kak Peah..Kak Peah..” Awatif memanggil namun tiada sahutan. Sejurus selepas itu Awa memanggil pula Safi namun tidak juga datang. Awa cuba untuk bangun namun dia tidak mampu. Kakinya mungkin terseliuh . Awa melihat kakinya lalu menarik wedges yang di pakainya lalu di letakkan ke tepi.

  “Macam mana aku nak bangun ni? Kenapa diorang tak dengar aku menjerit?” Soal Awatif dengan pelik lalu melihat ke pintu pantry.

  “Bodohlah kau ni Awa. Macam mana diorang nak dengar aku panggil kalau pintu pantry tertutup.” Awa memarahi dirinya sendiri sambil mengetuk kepalanya. Dengan begitu payah sekali Awa cuba bangun namun dia memang tidak mampu untuk berdiri tambahan pula tempat dia jatuh berjauhan dengan dinding memang menyukarkannya untuk berpegang .

 “Mana pula si Awa ni? Lama pula dia buat air kali ni. Ini buat air ke bersembang ni?” Soal Hadif sendirian. Selalunya Awa seperti lipas kudung cepat saja dalam buat sesuatu yang di suruh olehnya.

  Hadif bangun dari kerusinya dan melangkah keluar. Dia yakin ini mesti Awa bersembang dekat pantry. Awa ni pantang kalau orang ajak bersembang dia memang suka. Hadif pernah terserempak sewaktu mereka bersembang dan ketika itu pada waktu makan tengahari. Awa dan Safi bersembang di pantry sambil menjamu selera dan ada lagi beberapa staff yang turut serta ketika itu.

   “Alamak Tuan Hadif. Habis aku kali ni.” Tasha sudah menggelabah apabila terlihat Hadif Fakhri berjalan menuju ke pantry. Panas terus punggung Tasha ketika ini.

   “Awa awak buat apa dekat pantry lama sangat?” Soal Hadif sewaktu menolak pintu pantry . Awa dan Hadif saling memandang antara satu sama lain.

   “Bos sorry. Saya tak boleh bangun . Saya jatuh tadi.” Ujar Awa yang membuatkan Hadif terus mendekatinya.

  “Macam mana awak boleh jatuh?” Soal Hadif.

   “Lantai licin. Bos hati-hati lantai licin ni nanti tak pasal-pasal bos pun join saya sekali duduk terconggok dekat sini tak boleh bangun.” Awa menahan tangannya supaya Hadif tidak mendekati lantai yang licin.

   “Habis tu awak nak suruh saya tengok je awak tergolek dekat situ. Mari sini saya tolong. Kenapa awak tak jerit?” Soal Hadif lagi lalu mendekati Awa dengan perlahan-lahan. Dia memerhati lantai yang masih lagu basah dan licin.

   “Saya dah jerit bos tapi tak ada sorang pun yang dengar. Ini pun nasib baik bos datang sini kalau tak saya tak tahulah berapa lama saya nak duduk tergolek atas lantai ni.” Seloroh Awa. Hadif menggelengkan kepalanya lalu menghulurkan tangannya pada Awa.

   “Mana Kak Peah. Kalau lantai licin dia kan selalu letak sign board ini kenapa pula tak ada?” Soal Hadif pelik. Awa menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

   Awa memegang tangan bosnya dengan erat sekali. Hadif membantu memapah Awa lalu di bawa ke kerusi yang berdekatan.

   “Kaki awak macam mana?” Soal Hadif sewaktu menunduk dan melihat kaki Awa.
   “Mungkin terseliuh sikit bos. Biasalah tergolek dekat atas lantai dengan pakai wedges. Sah-sahlah kaki saya ni terpeleot sikit bos.” Sengih Awa dengan selamba. Hadif menilik kaki milik Awa sesekali wajah Awa berkerut menahan sakit.

   “Bos bos jangan picit sakit kaki saya.” Awa menolak tangan Hadif dengan perlahan. Hadif mendonggakkan kepalanya memandang Awa.

   “Dah jom saya bawa awak ke klinik. Hari ni awak cuti sajalah . Macam mana awak nak buat kerja kalau kaki dah sakit rupa ni.” Awa tayang muka blur.

    “Bos saya buat kerja dengan tanganlah bukan dengan kaki.” Jawab Awa selamba.
    “Memanglah buat kerja pakai tangan tapi kaki awak pun kena pakai juga. Jangan nak banyak songeh. Sekarang ikut saya ke klinik.” Arah Hadif.

    “Hmmm Ya lah ya lah saya tak banyak songeh.” Cebik Awa . Hadif bangun lalu menghulurkan kasut wedges milik Awa sebelum dia memapah Awa membawa keluar dari pantry.

   “Eh Tuan Hadif kenapa dengan Awa ni?” Soal Safi dengan cemas apabila melihat Hadif memapah Awa.

   “Buah nangka jatuh Kak Safi.” Jawab Awa.

   “Buah nangka jatuh?” Soal Safi tidak faham.

    “Lantai dekat pantry licin , Awa jatuh kakinya terseliuh . Ini mana Kak Peah. Kenapa dia tak letak papan kuning tu?” Soal Hadif pada Safi.

   “Tuan Hadif , Kak Peah mana datang hari ni. Dia tak sihat. Siapa pula yang mopkan lantai dekat pantry?” Soal Safi kebinggungan.

   “Tak apalah Safi nanti awak tolong tanyalah siapa yang ambil alih kerja Kak Peah hari ni. Saya nak bawa Awa ke klinik dulu.” Terang Hadif lagi.

   “Bos saya kena ambil beg saya dulu.” Awa memandang bosnya.

   “Tak mengapa Awa biar Kak Safi tolong ambilkan.” Ujar Safi lalu menuju ke meja Awa dan mengambil tas tangan milik Awa.

   “Terima kasih Kak Safi. Ini Kak Safi jangan pergi dekat pantry ye. Bahaya. Kak Safi dahlah mengandung kalau jatuh macam-macam boleh jadi. Awa tak apa jatuh sebab Awa tak ada baby dalam perut. Kak Safi tak boleh nanti bahaya.” Sempat lagi tu Awa menitipkan pesanan pada Safi.

   “Ya Kak Safi tahu. Sudahlah Awa pergi klinik biar Kak Safi uruskan hal lantai licin tu.” Jawab Safi lalu melihat Awa dan Hadif melangkah keluar dari Aspirasi. Sebaik saja sampai di meja Adam terus wajah Adam berubah namun dia langsung tidak bersuara.

   “Siapa yang baik hati buatkan kerja Kak Peah hari ni ?” Soal Safi kepada staff Aspirasi. Masing-masing menggelengkan kepala.

   “Tasha yang mopkan lantai tadi. Dia kata air tumpah tadi.” Dengan selamba Zulaikha menjawab. Tasha sudah mencerlungkan matanya pada Zulaikha.

   “Tasha kau ke mopkan lantai? Kenapa kau tak letak papan tanda bahayalah kau buat rupa itu. Itu Awa yang masuk tadi kalau aku yang masuk tadi tak tahu apa yang akan jadi dengan aku dan anak aku.” Safi mengusap perutnya yang sudah memboyot.

  “Aku.. Aku lupalah nak letak papan tanda tu. Aku nak cepat tadi. Lepas mop aku terus keluar. Sepatutnya dah kering mustahillah basah lagi.” Dalih Tasha dengan resah. Dia langsung tidak terfikir seandainya Safi yang masuk sebelum Awa. Apakah yang akan berlaku pada Safi dan baby nanti?.

   “Lain kali kau kena hati-hati sikit. Jangan terlupa macam ni. Orang kata malang tidak berbau. Selagi kita boleh elak kita elaklah tetapi kalau dah tak boleh nak elak tu tak boleh nak kata apalah.”
   “Yalah. Aku tahu salah aku. Aku minta maaf.” Cebik Tasha. Safi menggelengkan kepalanya. Adam pula hanya menjadi pendengar sedari tadi.

   “Kasihannya Awa. Pasti sakit.” Ujar Adam dengan perlahan.

    PUAN Fauziah melangkah menuju ke pintu utama rumah. Dia terdengar bunyi loceng.
    “Siapa pula yang datang ni?” Soal Puan Fauziah sambil mengintai di sebalik tingkap. Dia melihat di pagar ada sebuah kereta . Puan Fauziah membuka pintu utama rumahnya lalu menuju ke luar rumah untuk melihat tetamu yang datang.

   Alangkah terkejutnya dia apabila melihat bos Awa sedang memapah Awa keluar dari kereta. Dengan pantas Puan Fauziah menekan punat pagar rumahnya.

   “Astagfirullah Al’azim kenapa ni Awa? Pasal apa kaki berbalut pula ni?” Soal Puan Fauziah sambil membantu memapah anak gadisnya.

   “Awa terjatuh dekat pantry auntie. Lantai dekat pantry tu licin. Saya dah bawa Awa ke klinik tadi.” Jawab Hadif bagi pihak Awa. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dan menuju ke sofa.

    “Kamu ni Awa cuai sangat.”

    “Mummy mana ada Awa cuai. Dekat situ tak ada papan tanda manalah Awa tahu lantai licin.” Jawab Awa sewaktu duduk di sofa.

    “Terima kasihlah Hadif sebab susah payah bawa Awa ke klinik dan hantar dia balik ke rumah. Awa ni memang cuai sikit .” Puan Fauziah mengalihkan pandangan pada bos Awa pula ketika ini.

   “Tak ada apalah auntie, lagipun ni tanggungjawab saya juga. Awa ni kan pekerja saya.” Jawab Hadif dengan senyuman. Awa turut tersenyum.

   “Terima kasih bos.”

    “Auntie saya minta diri dululah. Saya nak kena balik pejabat ada kerja yang perlu saya siapkan.”
   “Eh kot ye pun minumlah dulu. Hadif dah susah payah hantar Awa ke klinik.” Hadif tersenyum.

   “Betul tu bos. Dekat pejabat tadi bos tak sempat pun nak minum sebab saya dah terjatuh dekat pantry. Minumlah sini ya bos.” Pelawa Awa pula. Hadif menilik jam di pergelangan tangannya sebelum menganggukkan kepala.

  “Auntie ke dapur dulu. Korang bersembanglah dulu.” Ujar Puan Fauziah lalu bangun dan menuju ke dapur.

    “Tadi awak dah dapat cuti sakit jadi esok awa tak payahlah datang kerja. Biar kaki awak tu baik barulah awak masuk kerja.” Arah Hadif sewaktu memandang kaki Awa yang sudah berbalut.
   “Tengoklah macam mana bos. Kalau kaki saya okey saya masuk kerja esok.” Jawab Awa.

   “Awa jangan nak mengada. Kalau kaki tak baik lagi jangan datang pejabat. Berehat saja dekat rumah. Soal kerja tu boleh buat nanti.” Ucap Hadif. Awa memuncungkan bibirnya.

   MALAM itu ahli keluarga Hadif berkumpul di ruang tamu kecuali Reen yang sedang berehat di tingkat atas. Reen masih lagi berada dalam pantang. Hani juga telah sampai siang tadi. Dia memang gembira berjumpa dengan anak saudara yang baru. Bila Hayyan menghubunginya memberitahu yang Kak Reen nya melahirkan anak lelaki Hani terus keluar mencari hadiah untuk anak buah barunya sebelum balik ke Malaysia.

   “Papa dan mama nak bincangkan tentang kenduri cukur jambul dan akikah Hafiy.
Memandangkan Hani pun ada sekali ni papa dengan mama rancang nak buat kenduri cukur jambul dan akikah Hafiy pada hujung minggu nanti. Hayyan dan Reen sudah setuju bagaimana pula dengan korang?” Soal Datuk Ismail  lalu memandang wajah anak-anaknya.

   “Bagus juga tu papa. Minggu depan Hani dah nak kena balik sana dah. Kalau dah balik sana tak tahu bilalah dapat balik .” Sokong Hani.

   “Hadif setuju tu papa. Elok sangatlah tu kita buat majlis ni hujung minggu ni.” Giliran Hadif pula menyokong.

   “Huda dan Syah pun sama papa. Kami setuju tambahan pula hujung minggu ni kami semua free tak ada agenda lain .” Ujar Huda pula sambil memandang suaminya dengan senyuman.
   “Alhamdulilah . Kalau semua setuju bolehlah mama dan papa uruskan semuanya nanti.” Jawab Datin Khadijah dengan teruja.

   “Terima kasih mama papa untuk semuanya. Hayyan tak tahu macam mana nak balas jasa mama dan papa.” Tingkah Hayyan pula.

   “Hayyan kamu bukannya orang lain anak saudara kami juga. Hayyan dan Reen sebahagian dari keluarga ini. Sepatutnya mama dan papa yang ucapkan terima kasih pada Hayyan dan Reen sebab hadiahkan kami cucu baru.” Ujar Datin Khadijah dengan senyuman.

   “Betul apa yang mama katakan tu Hayyan. Kitakan sekeluarga. Tak payahlah kau nak fikir balas jasa semua tu.” Ujar Hadif sambil menepuk bahu sepupunya itu. Hayyan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum puas. Sejak kematian orang tuannya memang dia dapat kasih sayang secukupnya dari ibu dan bapa saudaranya itu. Mereka anggap dirinya seperti anak sendiri malahan tiada yang lebih dan kurang kasih sayang mereka untuk dirinya dan juga adik beradik Hadif. Hayyan  dan Reen memang beruntung dapat keluarga seperti Datuk Ismail.
 
Bersambung...

NotaTersepit : Doakan cik writer cepat sembuh ya dari demam selsema dan juga ulser mulut. Blog akan sunyi dari entry selepas AMB. Bulan 5 atau 6 baru cik writer publish cite IKB ya . Tak pasti lagi berapa haribulan  :D 




Rabu, 16 April 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 31

Assalamualaikum o llsss...

Lagi dua minggu entry akhir AMB dekat blog. Cik writer akan publish sampai bab 35 sahaja. Entry IKB akan di beritahu kelak bila akan start di publish dekat blog. Mekasih singgah dan baca :D


                                             




BAB TIGA PULUH SATU


  “GOOD morning .” Awa mendongakkan kepalanya sebaik saja mendengar satu suara . Awa tersenyum pada orang itu.

   “Good morning Datuk. Awalnya datuk sampai. Bukan ke appointment datuk dengan bos saya pada pukul sepuluh pagi. Ini baru pukul sembilan empat puluh lima Datuk dah sampai.” Jawab Awa. Datuk Rizman bersama dengan setiausahanya yang sememangnya cantik.

   “Saja saya datang awal. Boleh juga saya bersembang dengan awak sekejap walaupun lima belas minit.” Datuk Rizman mula ralit memandang wajah Awatif.

   “Datuk nak ajak saya bersembang? buang masa datuk je. Saya ni memang sentiasa sibuk datuk.” Jawab Awa dengan selamba.

    “Takkan awak sibuk dua puluh empat jam kot Awa. Mesti ada masa rehatkan.” Soal Datuk Rizman. Awa bangun dari tempat duduknya.

    “Silakan datuk. Kita terus jumpa bos saya ya.” Awa terus berlalu ke pintu bilik Hadif. Datuk Rizman dan setiausaha mengikut Awa dari belakang.

    “Bos maaflah ganggu. Datuk Rizman dah sampai ni.” Ujar Awa sebaik saja melangkah masuk ke bili Hadif Fakhri.

    “Dah sampai?” Soal Hadif dengan pelik lalu menilik jam di tangannya. Awa hanya menganggukkan kepalanya . Dalam pada itu juga Awa sudah memberikan isyarat pada bosnya. Hadif mengerutkan dahinya .

   “Datuk silakan masuk.” Pelawa Awa dengan muka sehabis manis walaupun hakikatnya dia memang tak suka.

  “Silakan Datuk Rizman.” Hadif bangkit dari kerusinya kemudian dia membetulkan kot yang di pakainya sebelum melangkah ke sofa. Datuk Rizman dan setiausahanya sudah pun duduk di sofa.
   “Terima kasih.”

    “Bos saya keluar sekejap ya nanti saya datang balik.” Awa meminta diri. Dia mahu ke pantry untuk menyediakan air untuk tetamunya. Hari ini adalah hari menandatangan kontrak projek tersebut. Projek besar ini sememangnya akan memberikan kesan yang amat besar sekali untuk Aspirasi terus berkembang maju di masa hadapan. Sekali lagi Hadif Fakhri akan beraksi dalam menyiapkan projek ini. Datuk Rizman tahu yang Aspirasi sememangnya layak dan mampu untuk menguruskannya. Datuk Rizman adalah salah seorang jutawan yang terkenal namun dia bukanlah jenis yang suka menghabiskan duit sesuka hati walaupun untuk perempuan. Secara luaran mungkin nampak dia miang tetapi kalau bab yang melibatkan duit dia tak mudah memberikan kepercayaan seratus peratus tambah-tambah kalau dengan perempuan.

   Datuk Rizman bukan seorang yang mudah untuk di kikis hartanya. Dia memang berhati-hati dalam hal melibatkan duit ini tetapi bukan kedekut ya. Sekiranya berkaitan dengan dunia perniagaan , dengan mudah sekali dia akan melaburkan duitnya.

   “Kontrak tu saya dah siapkan datuk. Sekejap lagi papa saya juga akan turut serta. Walaupun sekarang ni saya yang menerajui Aspirasi tetapi papa saya tetap pengerusi Aspirasi walaupun dia sudah bersara.” Datuk Rizaman menganggukkan kepalanya.

   “Saya pun dah lama tak jumpa papa awak Hadif. Baguslah kalau dia ada sama dengan kita.” Jawab Datuk Rizman. Beberapa ketika berlalu Awatif muncul di ruang itu dengan membawa air minuman untuk Datuk Rizman dan juga setiausahanya.

   “Jemput minum ya Datuk dan juga cik setiausaha datuk .” Pelawa Awa sewaktu meletakkan air minuman di hadapan Datuk Rizman.

   “Yang ni pula untuk bos.” Sengih Awa sewaktu menghulurkan air tersebut pada Hadif.
    “Thanks Awa.” Ucap Hadif dengan senyuman.

     “Errrm sedapnya air ni Awa.” Puji Datuk Rizman. Setiausahanya mula menjeling tajam pada Datuk Rizman.

   “Terima kasih.” Awa tersenyum lalu duduk bersebelahan dengan bosnya. Di kala itu juga pandangan Hadif di halakan pada Awa dan mereka berdua bertentang mata dan di bibir mereka pula tergaris satu senyuman .

   “Assalamualaikum..” Datuk Ismail memberi salam. Semua mata menoleh ke arah Datuk Ismail. Awa dan Hadif terus bangkit dari sofa.

   “Papa. Waalaikumussalam..”

 “Waalaikumussalam Datuk.” Awa tersenyum. Datuk Ismail mendekati anaknya lalu mengambil duduk di sebelah Awa. Kiranya Awa berada di tengah antara Hadif dan juga Datuk Ismail.

  “Datuk Rizman dah lama ke sampai?” Soal Datuk Ismail lalu menghulurkan tangan bersalam dengan Datuk Rizman.

  “Baru je lagi. Kau apa khabar?” Soal Datuk Rizman.

   “Alhamdulilah sihat. Kau pula bila nak bersara. Sudah cukuplah kau berhempas pulas menaikkan syarikat kau. Anak kau kan ada. Berikan saja pada dia untuk uruskan.” Ujar Datuk Ismail. Awa hanya menadah telinga.

  “Anak aku si Riyadh tu dua tiga bulan lagi baru balik ke mari. Kau tau sajalah dia suka sangat travel sana sini. Ada anak sorang pun pening kepala Ismail. Anak kau lain tak sama dengan Riyadh.” Jawab Datuk Rizman sambil menghela nafasnya dengan berat.

   “Biasalah anak muda zaman sekarang. Riyadh tu bukannya pergi berjoli pun dia pergi travel dia dapat pengalaman .”

   “Biarlah si Riyadh tu. Bila dia dah puas meronda nanti dia baliklah. So boleh kita teruskan dengan urusan tandatangan kontrak.” Soal Datuk Rizman. Datuk Ismail memandang ke arah anaknya dan Hadif terus menganggukkan kepalanya.

   “Silakan.” Datuk Ismail membetulkan duduk sewaktu Awa menyusunkan aggrrement di atas meja. Masing-masing mengambil dan membaca isi kandungan . Hanya Awa dan setiausaha Datuk Rizman je yang tidak perlu membaca isi kandungan tersebut. Sewaktu mata Awa bertembung dengan mata dengan setiausaha Datuk Rizman , dia mendapati yang pembantu Datuk Rizman itu langsung tidak senyum. Dia seolah-olah menyombongkan diri.

   Eleh nak menyombong la pula perempuan ni. Sempat lagi Awa mengutuk setiausaha Datuk Rizman dalam diam. Awa terus fokus mendengar perbincangan antara majikannya bersama Datuk Rizman sebelum mereka menandatangani kontrak tersebut. Kalau ikutkan hati memang Awa malas untuk turut serta dalam perbincangan ini namun apa pilihan yang dia ada. Hadif sendiri yang mengarahkannya. Sebagai pekerja yang berdedikasi dia hanya mengikut saja arahan bosnya itu.

   “TERIMA kasih. Sama-samalah kita berusaha dan bekerjasama untuk projek ini.” Ujar Hadif lalu berjabat tangan dengan Datuk Rizman.

  “Sama-sama.”

   “InsyaAllah semuanya akan berjalan seperti yang Hadif rancang.” Datuk Ismail menepuk bahu anak lelakinya dengan perlahan.

   “Datuk kita kena gerak sekarang. Datuk ada meeting sekejap lagi.” Setiausaha Datuk Rizman akhirnya membuka mulut.

   “Oh ya saya hampir terlupa tadi. Thanks Ina ingatkan saya. Oklah aku minta diri dululah Ismail. Ada masa free nanti kita keluar minum tak pun  main golf sekali.”  Datuk Rizman berjabat tangan dengan temannya .

   “InsyaAllah.” Jawab Datuk Ismail. Selepas itu Datuk Rizman dan Ina meninggalkan Aspirasi . Kalau bukan sebab ada meeting dia akan stay lagi di Aspirasi untuk bersembang dengan Awatif .

   “Bos saya sambung buat kerja dulu ya.” Ujar Awa sambil tersenyum.

    “Papa pun nak kena balik dah ni. Papa kan ada peneman baru dekat rumah.” Ujar Datuk Ismail dengan senyuman. Hadif sudah tersengih dia tahu siapa yang papanya maksudkan itu. Siapa lagi kalau bukan cucu barunya yang bernama Hafiy. Reen memang berpantang di rumah mereka. Datuk Ismail kemudian meninggalkan Aspirasi.

   “Eh bang awalnya balik. Sudah selesai ke urusan tandatangan kontrak dengan Datuk Rizman?” Soal Datin Khadijah apabila melihat wajah suaminya terjengkul di muka pintu bilik Hayyan. Reen mengalihkan pandangannya ke pintu bilik sambil tersenyum.

   “Semuanya dah selesai, jadi abang terus baliklah tak sabar nak tengok Hafiy .” Jawab Datuk Ismail dengan selamba. Datin Khadijah sudah agak. Sejak Reen bersalin memang Datuk Ismail dan dirinya gembira dengan kehadiran cucu baru mereka Hafiy. Datuk Ismail berjalan dan merapati ke katil. Hafiy sedang nyenyak sekali tidur sebaik saja selesai menyusu sebentar tadi.

   “Alahai comelnya cucu tok pa ni.” Datuk Ismail mencuit pipi merah milik Hafiy.

   “Eh papa bila balik? Hayyan tak perasan pun.?” Soal Hayyan sebaik saja muncul dengan membawa makan untuk isterinya tercinta. Mak Biah sudah menyiapkan makanan untuk Reen , Hayyan cuma tolong ambilkan dan bawa ke tingkat atas.

    “Eh Reen tak makan lagi? Dah nak masuk tengahari ni?” Soal Datuk Ismail sebaik saja terlihat Hayyan membawa makanan masuk ke bilik.

    “Mana Reen sempat nak makan tadi bang. Ni cucu kesayangan abang ni merengek bila dia lapar. Biasalah bang budak kecil macam ni.” Jawab Datin Khadijah bagi pihak Reen.

   “Sayang. Hafiy dah tidur jadi sekarang sayang makan okey. Sayang nak abang suapkan ke?” Soal Hayyan sebaik saja meletakkan makanan di meja sisi katil mereka. Reen sudah merah wajahnya .

   “Erk , tak mengapalah bang . Reen makan sendiri.” Jawab Reen. Datuk Ismail dan Datin Khadijah sudah tersenyum.

   “Alah Reen tak payah malu-malu. Bang kita keluar dululah. Hafiy sedang nyenyak tidur tu .” Ujar Datin Khadijah saja nak berikan privasi untuk menantunya itu. Hayyan sudah tersengih pada mama dan papanya.

   “Sayang meh abang suapkan.” Ujar Hayyan sambil menyuakan nasi ke  mulut isterinya yang di sayangi. Reen tersenyum malu.

   “Ish abang ni buat Reen macam budak-budak je tau.” Rungut Reen sambil mencuit pinggang suaminya. Hayyan tersengih.

   “Sayangkan baby kesayangan abang.”  Reen membuka mulutnya. Hayyan tersenyum puas.
    “Terima kasih bang.” Ujar Reen sebaik saja menelan nasi.

   “Sama-sama.” Sempat Hayyan mengenyitkan matanya pada Reen.

   AWATIF  duduk di mejanya sambil menongkat dagu. Dia pelik meihat setiausaha Datuk Rizman sebentar tadi yang langsung tak boleh nak senyum.

  “Kedekut senyuman betullah minah tu. Rupa cantik tapi sombong. Kasihan Datuk Rizman dapat setiausaha yang macam tu kan.” Soal Awa sendirian lalu di gelengkan kepalanya dengan perlahan-lahan.

   “Apasal dia jeling-jeling dekat aku tadi eh? Aku ada buat silap ke?” Soal Awa sendirian. Sewaktu keluar dari bilik Hadif tadi dia memang nampak yang setiausaha Datuk Rizman tu menjeling padanya. Awa menghela nafasnya seketika.

  “Eh yang aku fikir pasal dia tu pasal apa?” Soal Awa dengan blur lalu membetulkan duduknya.
   “Awa apa yang kamu bebelkan tu? Dari tadi Kak Safi tengok mulut  Awa terkumat-kamit tak kan baca mentera kot?” Tegur Safi lalu mendekati meja Awatif.

  “Mantera?” Soal Awa dengan blur. Awa menggarukan kepalanya .

   “Kak Safi mantera tu apa kebenda?” Soal Awatif sambil tersengih dan memandang wajah Safi dengan gaya comel sekali. Safi sudah menggelengkan kepalanya. Dia sudah agak apabila melihat wajah blur Awa yang comel itu.

   “Awa tak tahu ke mantera tu apa?” Terangkat kening Safi.

   “Awa pernah dengar tapikan Awa rasa Awa lupa maksud dia Kak.” Sengih Awa.
   “Itu maknanya kau ni pelupa . Jangan-jangan kau banyak makan semut tak?” Dengan tiba-tiba saja Tasha muncul dan mengata Awa.

   “Tasha..” Tegur Safi. Awa pula hanya diam.

   “Kak Safi cakaplah apa maksud mantera tu.” Soal Awatif.

   “Menurut kamus dewan edisi keempat mantera itu membawa maksud kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib. Jampi Awa tahu?” Soal Safi.

   “Kalau jampi Awa tahulah Kak Safi.” Jawab Awa dengan selamba.
   “Apa yang Awa bebelkan seorang diri tadi?” Soal Safi.

   “Oh tadi? Awa bebel pasal cik setiausaha Datuk Rizman tu yang cantik. Dia memang cantik Kak Safi tapi sayang dia sombong. Ish Ish Ish.” Awa geleng kepala. Tasha sudah mencebik sebelum berlalu ke mejanya.

   “Setiausaha dia? Siapa ya?” Soal Safi sambil berfikir sejenak. Awa menggelengkan kepalanya.
   “Entah Awa tak tahu pula nama dia.”

   “Biarlah dia Awa. Asalkan dia tak kacau kita sudahlah. Lunch dengan Kak Safi ya sekejap lagi eh.” Pinta Safi. Itu sebenarnya hajat dia ke meja Awa.

   “Boleh je Kak Safi.” Awatif tersenyum lebar terus bila sebut makan. Siapa tak kenal Awa antara bunga dan makanan dia akan pilih makanan dahulu.

   “Cantik.” Safi menaikkan ibu jarinya tanda thumbs up sebelum berlalu ke mejanya. Lagi Satu jam nak ke angka satu tengahari. Awa meneruskan kerjanya .
  
Bersambung...