Minggu, 01 September 2013

Cinta Si Gadis Kebun ( Bab 9 )


HAKIMI Danial menanggalkan T-shirtnya dan mencampaknya kedalam bakul yang disediakan disebelah bilik mandi. Ketika itu jugalah matanya terpandang pada sekeping coklat yang dihadiahkan oleh Aisya semalam.
Tangannya segera mencapai coklat tersebut. Senyuman manis terukir di bibir. Coklat itu dibelek-belek depan dan belakang.
“Macam-macamlah kau ni Isya. Ada ke kau bagi aku coklat. Lain kali kalau nak pujuk aku bagilah benda lain. Belanja aku makan ke, belikan aku baju ke, ini tak coklat yang aku tak makan nilah kau bagi aku. Tapi tak apalah memandangkan coklat ni kau hadiahkan dengan seikhlas hati pada aku..aku terima dengan ikhlas jugak.” Hakimi Danial berbicara sendiri sambil memegang coklat itu sebelum meletakkan ditempatnya semula.
Hakimi Danial membuka laci meja solek. Ditarik keluar sekeping kertas dan pen. Laju sahaja tangan lelakinya mencoretkan sesuatu di atas kertas itu. Dia tersenyum lebar apabila sudah siap menulis. Kemudian kertas itu ditampal pada cermin solek Aisya.
“Moga-moga kau nampaklah notes ni. Kalau tak nampak memang kau butalah Aisya.” Ujar Hakimi Danial sendiri. Pen disimpan semula ke dalam laci almari. Tuala berwarna biru yang tersangkut pada penyidai dicapai dan dia pun menghilangkan diri dalam bilik air untuk beberapa minit.
Tidak lama kemudian, Aisya muncul di sebalik pintu. Dia mengintai bayang Hakimi Danial yang menghilangkan diri begitu saja. Selagi lelaki itu tidak memaafkan dia, selagi itulah dia tidak tenang. Teruk juga kalau lelaki merajuk, mengalahkan perempuan lagaknya.
Namun, tiba- tiba pandangan Aisya terpaku pada secebis sticky note yang ditampal di cermin solek. Dahinya berlapis, siapa pulak yang nak main pesan- memesan dengan dia waktu begini tetapi langkahnya tetap dihayunkan ke meja soleh. Sticky note tersebut dicapai.
“Thanks untuk coklat semalam. Jangan risau saya dah maafkan awak..:)”Aisya membaca notis yang tertulis diatas sekeping kertas kecil yang berwarna hijau yang ditampal pada cermin soleknya. Tulisannya cantik, kemas dan bulat-bulat. Nampak macam tulisan perempuan tapi kenyataanya ia adalah tulisan Hakimi Danial.
Aisya tersenyum manis. Alhamdulillah. Dia sudah maafkan aku. Hilang sudah beban kat kepala otak aku ni. Desis Aisya.

HAKIMI Danial sedang leka membaca surat khabar di ruang tamu. Matanya langsung tidak berkalih dari surat khabar itu. Entah berita apa yang menarik perhatiannya.
Aisya mengambil tempat dihadapan Hakimi Danial. Dia duduk dengan penuh sopan persis wanita melayu terakhir gitu. Namun, Hakimi Danial buat derrkkk aje. Dia sibuk membaca surat khabar.
“Terima kasih sebab awak sudi maafkan saya.” Akhirnya suara Aisya memecah kebisuan yang melanda mereka berdua.
Hakimi Danial hanya berdehem kecil tanpa memandang sekilas pun pada Aisya.
‘Aiseyman…mamat ni dah buat balik dah perangai sengal dia ni. Boleh pulak dia buat bodoh aje bila aku cakap. Sekurang-kurangnya pandanglah wajah aku yang cantik jelita ni.’ Bebel Aisya dalam hati.
“Awak dengar tak apa yang cakap ni?Saya bercakap dengan awak bukannya bercakap dengan meja.”
“Saya dengarlah. Saya dengar dengan telinga bukannya dengan kepala lutut.” Balas Hakimi Danial. Dia tersenyum sumbing. Hatinya seronok apabila dapat mengenakan Aisya.
‘Nasib baik aku baru aje mintak maaf dengan kau tadi. Kalau tak memang dah lama aku berperang mulut dengan kau. Ada aje jawapan dari mulut kau ni Encik Hakimi Danial. Sabar ajelah Aisya ya. Ingat Encik Hakimi Danial tu suami kau yang sah.’ Monolog Aisya sendiri. Dia cuba untuk tersenyum manis dihadapan Hakimi Danial.
Surat khabar yang berada ditangan Hakimi Danial dilipat dan diletakkan di atas meja. Wajah Aisya ditenung lama. Aisya telan liur.
“Dah mamat ni kenapa tenung aku macam nak tembus? Muka aku cantik sangat ke? atau muka aku dah berubah jadi macam muka Preity Zinta?” Aisya perasan sendiri.
“Boleh tak awak tolong buatkan air untuk saya? Saya dahagalah.” Hakimi Danial bersuara lembut dan manja.
“Alahai…lembutnya suara. Cair aku.” Bisik Aisya.
“Okey. Awak nak air apa?” Suara Aisya kedengaran sedikit lembut.
“Awak buatkan saya milo ais ya. Buat sedap-sedap tau.” Ujar Hakimi Danial sambil tersenyum manis.
‘Kau janganlah senyum macam tu. Aku dah hampir cair melihat senyuman kau tu.’ Desis Aisya dalam hati.
“Okey beres. Awak tunggu sini tau. Nanti saya buatkan air untuk awak.”
Hakimi Danial hanya menganggukkan kepalanya dan mengenyit mata pada Aisya. Aisya terus terpana. Tanpa berkata apa-apa Aisya segera ke dapur untuk membancuh air buat suaminya.
Hakimi Danial ingin tergelak melihat telatah isterinya yang kelam kabut itu. Comel pula apabila melihat Aisya berada dalam keadaan yang kelam-kabut.
Tidak lama kemudian Aisya datang sambil menatang dulang. Gelas yang berisi milo ais dihulurkan kepada Hakimi Danial. Hakimi Danial menyambutnya. Namun entah bagaimana jari-jemari kasar Hakimi Danial tersentuh jari-jemari lembut milik Aisya.
‘Alahai..lembutnya tangan. Kalah tangan aku.’ Detik hati Hakimi Danial.
Aisya tertunduk malu saat jari-jemari Hakimi Danial menyentuh jemarinya.
“Maafkan saya. Saya tak sengaja.” Ucap Hakimi Danial.
Aikk…kenapa aku kena mintak maaf pulak sebab sentuh jari dia? Diakan isteri aku yang sah. Bukannya haram pun.’ Bisik hati Hakimi Danial.
“Tak apa. Awak minumlah air tu. Tadi cakap dahaga kan?”
“Hehehe…okey.” Gelas itu disuakan kebibir. Hanya dengan sekali nafas milo ais licin.
“Alhamdulillah. Sedap milo ais yang awak buat ni. Kawww gila. Saya suka. Nanti awak buatkan lagi untuk saya ya.” Puji Hakimi Danial ikhlas. Memang milo ais yang dibancuh oleh Aisya betul-betul kawww dan sedap. Dia tidak pernah minum milo ais yang sesedap Aisya bancuh. Cukup susu dan milo.
“Terima kasih. Tiap-tiap hari saya boleh buatkan milo ais untuk awak itu pun kalau awak sudi minumlah.”
“Kalau milo ais sedap macam ni mestilah tiap-tiap hari saya nak minum. Rugi kalau tak minum.”
“Yalah awak tu. Saya nak mintak izin keluar sekejap boleh tak?”
“Awak nak pergi mana tengah hari macam ni?”
Aisya tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersengih hingga menampakkan barisan giginya yang putih.
Apabila melihat senyuman Aisya yang lain macam itu tahulah Hakimi Danial yang tempat yang ingin ditujui oleh isterinya itu tidak lain dan tidak bukan adalah kebun buah-buahan arwah ayahnya.
Hakimi Danial sudah masak dengan perangai Aisya yang suka menghabiskan masa di kebun arwah ayah dan emaknya.
“Awak nak pergi kebun kan?” Soal Hakimi Danial sambil mengecilkan biji matanya yang besar itu. Aisya tersengih dan mengangguk kencang persis burung belatuk.
“Saya benarkan awak pergi tapi lepas sembahyang Zohor. Zohor pun dah nak masuk ni. Jom kita sembahyang jemaah lepas tu kalau awak nak pergi kebun, pergilah saya izinkan.”Ujar Hakimi Danial.
“Yessss….”Aisya bersorak riang.
“Jangan nak Yesss sangatlah. Jom kita pi sembahyang dulu.” Tanpa disedari tangan Aisya ditarik lembut oleh Hakimi Danial. Aisya terdiam. Dia hanya membuntuti langkah Hakimi Danial menuju ke bilik untuk berjemaah bersama-sama.
Setelah selesai berjemaah, Aisya bersiap sedia untuk ke kebun. Dia menyarungkan tudung ekspress ke kepalanya sambil matanya memandang Hakimi Danial yang sedang melangkah ke arah katil.
“Awak tak nak ikut saya ke kebun ke?” soal Aisya cuba berbasa basi.
Hakimi Danial berpaling pada Aisya. Dia tersenyum.
“Awak pergilah. Saya nak berehat dekat rumah lagipun saya nak tolong nenek buat kerja rumah,” balas Hakimi Danial.
Aisya terdiam. Lama dia merenung wajah Hakimi Danial, memang Hakimi Danial seorang lelaki yang baik malah semua kerja rumah dilakukan oleh Hakimi Danial sehinggakan dia tak ada kerja yang boleh dilakukan. Sebenarnya dalam hati Aisya sangat mengkagumi Hakimi Danial yang begitu rajin melakukan kerja- kerja rumah terutama memasak.
“Nama penuh awak apa ye?” soal Aisya tidak semena- mena.
“Muhammad Hakimi Danial bin Yusuf,” balas Hakimi Danial spontan. Dah dekat sebulan kahwin baru nak tanya nama penuh aku. Hampeh punya isteri. Detik hati Hakimi Danial tidak berpuas hati.
“Awak kerja apa erk?” soal Aisya lagi.
Dahi Hakimi Danial berkerut. Selama ini Aisya tak pernah ambil tahu apa pekerjaannya malah gadis itu langsung tidak mengendahkannya. Sekarang apa dah jadi? Soal Hakimi Danial dalam hati. Namun, bibirnya tetap mengukirkan senyuman.
“Kenapa awak nak tahu saya kerja apa?” soalan dibalas soalan.
“Yelah, saya tengok awak ni suka sangat mengemas rumah, memasak, saya rasa awak ni mesti kerja housekeeping,” balas Aisya sambil ketawa kuat.
Mata Hakimi Danial membulat. Housekeeping? Memang taklah!
“Awak tengok saya macam muka orang bekerja housekeeping ke?” soal Hakimi Danial sambil mengetap bibir.
Aisya terdiam. Kemudian dia menghampiri Hakimi Danial yang duduk di birai katil. Wajahnya didekatkan ke wajah Hakimi Danial. Hakimi Danial tersentak. Dadanya berdengup kencang apabila wajah Aisya menghampiri wajahnya.
“Awak ni kenapa?” soal Hakimi Danial dengan suara yang terketar- ketar.
“Tadi awak jugak yang suruh saya tengok muka awak jadi saya tengoklah. Boleh tahan ada jugak gayanya macam cleaner…” ucap Aisya selamba. Dia ketawa kuat.
Aisya berpaling untuk melangkah pergi dengan tawanya yang masih bersambung. Muka Hakimi Danial yang tidak berpuas hati itu dibiarkan saja.
“Kalau saya ni housekeeping dah lama saya cuci hati awak tu, biar saya je yang menetap dalam tu tapi apakan daya kerja saya ni chef takkan saya nak masak hati awak pulak kan…” balas Hakimi Danial membuatkan langkah Aisya terhenti.
Aisya tersenyum.
“Tapi awak boleh adunkan hati saya dalam adunan kasih sayang awak sehingga hati saya dapat rasakan setiap aroma kasih awak tu. Saya boleh tunggu sampai rasa itu empuk,” balas Aisya perlahan cukup untuk didengari oleh Hakimi Danial.
Hakimi Danial terdiam. Lama dia cuba menafsir kata- kata Aisya namun akhirnya dia tersenyum manis dan membiarkan bayang Aisya menghilang disebalik pintu.