Selasa, 30 April 2013

Jika Benar Kau Cinta ( Bab 5 )



HAMNA terhendap- hendap di sebalik  dinding. Sebaik saja menerima arahan daripada Encik Mohamad, Hamna terus menuju ke tandas. Hari ini dia terpaksa menjadi pencuci tandas yang berwibawa. Dia memandang ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat musuh nombor satunya itu. Maklumlah pagi tadi dia telah melancarkan perang telur pada lelaki itu dan pasti lelaki itu masih lagi berang dengannya. Hamna tergelak kecil. Suka betul hatinya dapat mengenakan lelaki yang perasan bagus tu.
“ Cari siapa tu?” soal satu suara dari arah belakang.
“ Cari mamat sewel tulah, kau ada nam..pakk..”
Kata- kata Hamna terhenti di situ. Dia berpaling dan…
“ Makkk!!” dia menjerit. Bulat matanya memandang wajah lelaki yang berada di hadapannya.
Dia menyandarkan belakang badannya di dinding apabila menyedari kedudukan lelaki itu begitu rapat dengannya. Walaupun renungan mata itu sungguh tajam tapi Hamna sedikit pun tidak merasa takut malah dia rasa gelisah pula.
“ Mamat sewel yang kau cari ni ada depan mata. Kau nak apa? Nak baling telur ayam lagi atau nak baling telur dinosaur?” sindir Isyraq geram.
Wajah Hamna yang dekat dengannya ditenung dengan rasa sakit hati yang mendalam. Tetapi apabila gadis itu tersengih, rasa sakit hati itu lenyap dengan sendirinya. Ke mana pergi agaknya? Hmmm…
“ Kalau dinosaur tu hidup zaman sekarang, kaulah orang pertama yang aku bagi makan dekat T- Rex,” omel Hamna dengan nada perlahan.
“ Apa kau cakap?” tengking Isyraq dengan mata yang hampir terkeluar.
“ Heeee…relax, relax..kau ni asyik nak melenting je, period erk?” selamba saja Hamna menutur kata tanpa memikirkan akibatnya. Dia tersengih.
Memang dalam keadaan tersepit seperti ini hanya itu yang mampu dia lakukan. Cakap saja tak takut dengan Isyraq tetapi bila berdua begini, sumpah dia kecut perut!
Sekali lagi mata Isyraq terjegil keluar apabila Hamna berkata begitu. Namun, dalam hatinya bagaikan digeletek Cuma wajahnya saja diketatkan.
“ Kenapa kau cakap dekat Encik Mohamad yang aku tak datang sebab cirit birit? Sesuka hati kau je ye? Kau memang suka naikkan darah aku!” Isyraq mengubah topik.
Hamna tersengih lagi. Dia menggarukan kepalanya yang bertudung.
“ Alah, kalau aku tak cakap macam tu pun, memang  darah kau selalu naik kan?” balas Hamna selamba.
Melotot Isyraq memandang Hamna yang jauh lebih rendah daripadanya. Betul- betul pendek perempuan ni. Dahlah pendek, tembam pula tu dah macam hamster aku tengok dia. Kutuk hati Isyraq.
“ Aku cakap kau menjawab, asal aku cakap, kau suka bangkang. Kau ni memang nak kena dengan aku…”
“ Kena apa Is?” satu suara menyoal dari arah belakang.
Isyraq berpaling. Hamna turut menjenguk. Kemudian kedua- duanya tersengih malu. Sebaik saja terpandang wajah Encik Mohamad, Isyraq terus berdiri di sisi Hamna dan keduanya menundukkan kepala.
“ Tak ada apa- apalah pak cik. Kami tengah berbincang tadi macam mana nak siapkan kerja dalam masa sejam. Betul tak, Na?” soal Isyraq pada Hamna. Sengaja dia memanggil nama manja Hamna untuk menunjukkan lakonan dia pada Encik Mohamad yang berdiri tegak di hadapan mereka.
Dengan baju pengawal keselamatan yang dipakai oleh Encik Mohamad, cukup membuatkan Hamna dan Isyraq berhenti bertengkar. Apa tidaknya, sekali kena libas dengan cota yang selalu dibawa, mahu demam seminggu mereka berdua. Encik Mohamad ni bukan boleh dikira sangat. Sekutu dengan Encik Fahri tu.
Encik Mohamad mengalih pandangan pada laman wajah Hamna yang terdiam kaku. Gadis itu seperti berada di tempat lain. Encik Mohamad menggelengkan kepala. Dalam keadaan macam ni pun kau boleh termenung, Hamna? Budak bertuah betul. Bisik hati Encik Mohamad.
“ Na?” panggil Isyraq. Dia mengerling Hamna yang berdiri di sisinya. Dia mendengus apabila gadis itu tidak mendengar apa yang disoalkan.
“ Hamna!” panggil Isyraq dengan kuat kemudian dengan selamba dia memijak kaki Hamna bertujuan untuk menyedarkan gadis itu.
“ Adoi!!” jerit Hamna. Dia tersedar daripada lamunan. Terhincut- hincut Hamna menahan rasa perit di kaki. Agak- agaklah nak pijak pun. Sakit gila! Jerit hati Hamna.
“ Sorry, tak sengaja. Siapa suruh kau tak dengar apa yang aku tanya? Padamlah dengan muka kau,” perkataan yang terakhir itu diperlahankan cukup untuk Hamna saja yang mendengar.
Hamna merengus. Tak guna!
“ Sudahlah, saya tak ada masa nak dengar awak berdua bergaduh. Sekarang, pergi ambil peralatan dan pergi buat kerja. Mak cik cleaner tak datang hari ni jadi awak berdua kena buat bereskan semua kerja mak cik cleaner sebelum pukul lima petang. Pergi cepat!” arah Encik Mohamad tanpa cakap panjang.
Jelas Hamna dan Isyraq terkejut. Sampai pukul lima? Matilah aku!
“ Takkan semua kerja kitaorang nak buat pakcik? Lagipun mak cik cleaner bukannya sorang, ramai lagi kan. Agak- agaklah nak bagi denda pun. Ingat kitaorang robot ke,” bantah Isyraq tak puas hati.
“ Ini arahan, buat jelah. Kalau tak nak kena denda, jangan buat salah!” balas Encik Mohamad. Suaranya sudah kedengaran tegang. Tidak suka dengan sikap Isyraq yang suka melawan.
“ Ni bukan denda, ni buli!” tambah Isyraq lagi dengan nada geram. Kemudian dia berlalu meninggalkan Hamna dan Encik Mohamad. Dia takut jika lama di situ, terjadi perbalahan dengan Encik Mohamad. Nantikan tak pasal- pasal dia berkurang ajar dengan lelaki separuh umur itu.
Encik Mohamad menggelengkan kepala apabila kelibat Isyraq hilang dalam stor. Inilah anak muda zaman sekarang, kira nak melawan cakap orang tua saja kerjanya. Padahal, denda yang dikenakan pada mereka berdua bertujuan untuk mendidik mereka juga.
“ Maaflah pak cik, memang perangai dia macam tu. Pak cik jangan ambil hati tau..” ucap Hamna dengan senyuman hambar.
Encik Mohamad hanya membalas senyuman Hamna sekadarnya saja.
“ Dahlah, kamu pergi buat kerja. Buat yang mana sempat je…” ujar Encik Mohamad sebelum berlalu.
Hamna hanya menganggukkan kepala.

“ KENAPA kau cakap kasar macam tu dengan Pak Cik Mad? Tak baik tau,” tegur Hamna sewaktu dia Isyraq yang duduk di dalam stor. Wajah itu kelihatan tegang. Alah, apa nak di hairankan, wajah Isyraq mana pernah tak tegang. Asyik mencuka 24 jam, tujuh hari seminggu.
Isyraq mendongak. Wajah Hamna dipandang sekilas sebelum matanya di halakan ke tempat lain. Sibuk jelah minah ni. Bebel hati Isyraq.
“ Eh, suka hati akulah!” balas Isyraq selamba.
Hamna menggelengkan kepala. Kalau nama pun dah gangster, dengan semua orang dia nak tunjuk gangster. Nasib baik kau bukan adik aku, kalau tak dah lama aku pulas- pulas telinga kau. Detik hatinya.

“ Memanglah ikut suka hati kau tapi dengan orang tua kenalah hormat sikit macam kau hormat mak ayah kau. Aku tak kisah kau nak kurang ajar dengan aku tapi dengan orang lain, kawal sikit rasa marah kau tu. Ni semua orang kau nak cari gaduh. Tak penat ke?” soal Hamna. Sempat lagi dia bagi ceramah percuma pada Isyraq.
Isyraq tersentak. Dia menjeling pada Hamna yang kelihatan sibuk mengambil mop dan penyapu yang tersusun di tepinya. Isyraq mendengus. Inilah kali pertama seorang gadis berani menasihatkannya, itu pun gadis yang dibencinya.
“ Jangan nak menyibuk hal aku, boleh tak? Aku paling pantang orang masuk campur dalam hal aku!”
“ Eleh, kau tahu kau punya pantang je. Pantang aku, kau tak nak tahu pulak?” bebel Hamna sambil mencekak pinggang.
“ Tak ada masa aku nak sibuk pasal kau. Tak penting langsung!”
“ Tahu pun tak penting, yang kau ganggu hidup aku sampai kita kena denda macam ni, apa cer, bro?” balas Hamna geram. Sekarang, tumpuannya hanya pada Isyraq yang sedang duduk dengan santai.
“ Kalau kau tak mulakan, aku takkan masuk campur hal kau!” jawab Isyraq bersahaja.
“ Dah memang apa yang kau buat dulu itu salah. Takkan aku nak menidakkan?”
“ Jangan nak tunjuk baiklah, perempuan!” Isyraq tersenyum sinis.
Nampaknya bunga- bunga pertengkaran akan meletus bila- bila masa. Hamna semakin bingit dengan sikap ego Isyraq yang tiada kesudahan. Manakala, Isyraq semakin bengang dengan Hamna yang suka menjawab dan melawan katanya.
“ Ini bukan masalah nak tunjuk baik atau tak, apa yang aku buat untuk kebaikan kau juga. Kalau kau lulus dengan meniru, sampai bila kau nak berjaya? Bila masa lagi kau nak berdikari. Tahu tak, dengan meniru ni boleh buatkan rezeki kau tak berkat yelah menirukan salah satu daripada menipu,” balas Hamna. Kali ini suaranya dikendurkan. Tak ada guna bertekak lagi, buat sakit anak tekak adalah bergaduh dengan Isyraq yang sememangnya tidak akan mengalah.
Isyraq mencebik. Buat untuk kebaikan aku konon, padahal dia memang suka tengok aku gagal. Mentang- mentanglah dia tu memang cerdik, nak sabotaj akulah tu. Dia ingat aku akan percaya kata- kata seorang perempuan? Eiiii…pleaseee!
Terkebil- kebil Hamna melihat wajah Isyraq yang mencebik. Nampak comel pula lelaki itu pada pandangannya. Sekali tengok mamat ni boleh tahan cutenya tapi bila berkali- kali tengok rasa macam nak bagi pelempang je. Desis hati Hamna.
“ Kenapa pandang aku macam tu?” sergah Isyraq tiba- tiba.
Hamna tersentak. Dia memandang ke tempat lain. Jantungnya berdenyut tiba- tiba.
“ Sebab muka kau lebih kacak daripada mop ni!” balas Hamna kemudian dia ketawa kuat.
Isyraq mengetap bibir. Cuba menahan rasa geli hatinya. Wajahnya terus dimasamkan. Ketawa Hamna yang nyaring tidak dipedulikan namun bunyi ketawa itu menenangkan hatinya. Kenapa ya?
Lalu dia bangun dan menghampiri Hamna. Mop yang dipegang oleh Hamna dirampas.
“ Kalau macam tu, kau bercintalah dengan mop ni sebab muka kau dengan mop ni, tak ada bezanya!” balas Isyraq selamba.
Hamna tersentak. Tawanya terhenti.
“ Kurang ajar!”
“ Sebab itu aku belajar!”

MEREKA berdua menjalankan kerjanya bermula daripada tandas. Walaupun berat hati namun Hamna dan Isyraq terpaksa melakukan kerjanya sehingga siap. Hamna yang sememangnya sudah terbiasa dengan semua kerja cuci- mencuci ni tidak kisah tetapi masalah timbul apabila Isyraq enggan untuk mencuci tandas.
“ Kau cuci tandas lelaki, aku cuci tandas perempuan,” Hamna membuat keputusan.
“ Tak naklah aku cuci tandas. Buat jatuh maruah aku je…”
“ Kau ada maruah ke?” soal Hamna selamba.
Isyraq tersentak. Dia menjeling marah.
“ Sekali lagi kau tanya macam tu, aku tak teragak- agak nak lempang muka kau!” balas Isyraq kasar.
Hamna hanya mencebik. Dia sudah lali dengan kata- kata kasar daripada Isyraq. Cakap je nak lempang tapi tak lempang- lempang jugak. Rungut hati Hamna.
“ Dah tu kalau kau tak nak cuci tandas lelaki, takkan kau nak cuci tandas perempuan? Buatnya kau nampak benda yang pelik- pelik, boleh pengsan kau nanti,” Hamna mengingatkan.
Padahala sebenarnya dia yang tidak mahu mencuci tandas lelaki. Segan kut, tandas lelaki dan dia seorang saja perempuan. Buatnya pelajar- pelajar lelaki dalam tu buat perkara tak senonoh, mahu tebal mukanya nanti.
“ Aku tak nak cuci dua- dua…” balas Isyraq selamba.
“ Banyak hodoh muka kau? Kau ingat aku sorang je ke yang kena denda? Kau pun terlibat sama,” jawab Hamna geram. Dia mengancip gigi. Sengal betul mamat ni sorang.
Isyraq tayang muka bosan. Apabila ada pelajar yang melintasi mereka, dengan pantas Isyraq menarik topi yang dipakai supaya menutupi mukanya. Haish, buat malu muka aku je.
“ Dah tu? senang cerita, kita cuci tandas ni sama- sama. Kau tak ingat apa yang Encik Fakhri dan Pak Cik Mad cakap? Kita kena buat kerja sama- sama jadi cuci tandas ni pun kena bekerjasama,” Isyraq melontarkan buah fikirannya.
Hmmm..betul juga. Desis hati Hamna. Akhirnya dia mengangguk.
Mereka berdua terpaksa melakukan kerja mencuci bersama- sama. Nasib baiklah, waktu sekarang ini pelajar kurang ke tandas jadi mereka dapat buat kerja dengan senang hati. Hamna mendengus apabila Isyraq hanya tahu memberi arahan sedangkan tangan lelaki itu rancak menekan butang- butang telefon bimbitnya. Main gamelah tu. Desis hati Hamna.
“ Boleh tak kau sental betul- betul. Kotor pun tak hilang ni,” kompelen Isyraq tanpa rasa bersalah. Sedangkan dia hanya duduk goyang kaki di atas singki.
“ Kau banyak bunyilah, satu kerja pun kau tak buat. Aku penatlah!” rungut Hamna.
Dia mengesat peluh di dahi kemudian cermin mata bulat yang tersungging di hidungnya di tanggalkan. Dia mengelap keseluruhan wajahnya dengan menggunakan sapu tangan yang sentiasa di bawa di dalam poket.
Tidak berkelip Isyraq memandang wajah Hamna yang tidak memakai cermin mata. Tak sangka wajah Hamna sungguh comel dengan matanya yang bulat dan bundar. Keningnya lebat manakala anak mata gadis itu hitam pekat dihiasi dengan bulu mata yang melentik cantik. Hidung gadis itu yang kecil dan comel itu sesuai dengan bibirnya yang mungil. Ada tahi lalat kecil di atas bibir gadis itu. Buat pertama kali dalam hidup Isyraq, dia meneliti wajah seorang gadis yang bergelar musuhnya. Ish, buang tebiat dah aku ni.
Hamna memakai kembali cermin matanya dan memandang Isyraq yang kelihatan seperti leka memandang wajahnya. Dia mengangkat kepala. Lalu lelaki itu menggelengkan kepala dan mengalih pandangan ke tempat lain.
Hamna mencebik. Kemudian dia melangkah menuju ke ruang depan. Baldi mop ditolak. Dia ingin mencuci mangkuk yang berada di ruang depan pula namun langkahnya kaku apabila terlihat sebatang tubuh yang sedang berdiri di hadapannya sedang menggunakan ruang depan. Gulppp! Air liur di telan kemudian…
“ Aaaaaaa!!” jerit Hamna nyaring. Dia menekup muka.
“ Aaaaaaa!!” lelaki itu turut berpaling dan menjerit. Cepat- cepat dia menarik zip seluarnya. Darah merah menyerbu ke muka.
Pada masa yang sama, Isyraq yang mendengar jeritan Hamna dengan pantas mendapatkan gadis itu. Sepantas kilat dia berdiri di hadapan Hamna bagi menghalang daripada Hamna melihat apa yang tidak patut di lihat.
“ Apahal perempuan ni buat dalam toilet lelaki ni? Nak skodeng ke apa ni?” soal pelajar lelaki itu dengan nada marah.
“ Relax bro. Dia kena denda dengan Encik Fakhri. Lu pun kalau nak kencing pandanglah sekeliling. Buat malu je kalau dia ternampak ‘harta’ lu tu…” ujar Isyraq menyebelahi Hamna
Pelajar lelaki itu menggarukan kepala kemudian beredar tanpa berkata panjang. Nasib baik maruahnya sempat diselamatkan hari ini.
Isyraq menghela nafas panjang. Kemudian dia tergelak saat berpaling ke belakang. Hamna masih lagi menutup wajahnya dengan telapak tangan.  Tak sangka Minah Gendut ni ada rasa malu.
“Dah, budak tu dah bla. Tak payahlah nak tutup muka lagi,” ucap Isyraq.
Dengan perlahan- lahan, Hamna menurunkan telapak tangannya dan membuka mata. Dia memandang ke kiri dan kanan. Lelaki tadi hilang entah ke mana akhirnya dia melepaskan nafas panjang. Fuhhh, lega!

Minggu, 28 April 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 5

Assalamualaikum u oll..

good morning dan selamat hari isnin.Ok hari ini akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih kerana baca dan komen karya ayra zahra...Bab 6 akan menyusul kemudian ok..Tunggu...










BAB LIMA




     DIAN sudah pun sampai di perkarangan Khalid Group.Dian sudah tersenyum sewaktu melihat bangunan Khalid Group.Kemudian Dian melangkah masuk ke dalam pejabat.Bercuti sakit dua hari membuatkan Dian bersemangat untuk bekerja hari ni., tambahan pula kerja dia masih lagi tidak siap.Kali ini Dian kena siapkan grafik untuk papan iklan.Dian di berikan masa dalam masa dua minggu untuk menyiapkan tiga grafik untuk papan iklan.

     Bukan mudah menjadi pereka grafik ni.Banyak benda nak kena fikir.Mula-mula design bukan main lepas tu padam balik sebab tidak puas hati dengan hasil kerja sendiri.,Itulah Dian.Nak kata cerewet tidak juga tapi Dian lebih menitikberatkan ketelitian dan juga kecantikan pada setiap grafik yang di buat olehnya.

   “Good morning Kak Hanim..”Sapa Dian sewaktu melalui meja di mana Kak Hanim berada.
    “Good morning Dian.Macam mana?Dah ok demam?” Soal Kak Hanim sambil tersenyum manis.
    “Alhamdulilah Dian dah sihat Kak Hanim.”Balas Dian pula.

    “Dian tak datang Kak Hanim rindu tahu.Bukan Kak Hanim saja tahu yang rindukan Dian tapi ada lagi sorang yang rindukan Dian.Tak senang duduk dia bila Dian tak masuk pejabat dua hari ni.” Ujar Kak Hanim sambil tersenyum penuh makna.

   “Siapa Kak Hanim?” Tanya Dian dengan lurus.Daginya turut berlapis-lapis.
   “Morning Kak Hanim..” Kedengaran suara Zafran Nufail yang baru saja muncul  di depan Dian dan juga Kak Hanim.

   “Morning..”Jawab Kak Hanim dan Dian serentak sambil menoleh ke arah Zafran.
    “Haaa dah sampai pun.”Usik Kak Hanim.Dian masih lagi terpinga-pinga.Zafran Nufail sudah tersengih-sengih.

  “Dian macam mana?Dah ok ke?”Soal Zafran Nufail sambil mempamerkan senyuman manis pada Dian.
    “Alhamdulilah.Dian dah sihat.kalau Dian tak sihat Dian tak datang la pejabat hari ni.”Jawab Dian dengan selamba.Kak Hanim sudah ketawa.
  “Dian orang tu bukan apa.Dia rindu sebab tak dapat lihat muka Dian yang comel tu la.Si Zafran ni Kak Hanim tengok dah rupa orang hilang bini tahu dua hari ni.Kepanasan je Kak Hanim tengok.Ke hulu ke hilir.” Sampuk Kak Hanim dengan selamba.Dian menoleh pada Zafran yang sedang menggarukan kepalanya.
   “Ish Kak Hanim ni tak boleh simpan rahsia betul la.Malulah Zafran dekat Dian macam ni.” Tingkah Zafran Nufail pula.

   “Eleh nak malu-malu kucing konon.Kalau dah suka tu cakap je la.Lagipun Dian ni pun masih solo.”Balas Kak Hanim dengan selamba.Dian sudah ketawa .

   “Ada-ada sajalah Kak Hanim ni.” Balas Dian dengan sengihan.
   “Dian awak jangan dengar cakap Kak Hanim ni.Saja nak kenakan kita berdua.”Tingkah Zafran Nufail .
    “Tak mengapa Zafran.Saya tahu Kak Hanim memang suka bergurau.Saya tak kisah pun.”Jawab Dian dengan selamba.Zafran Nufail Sudah tersenyum.Kak Hanim sudah mencebik pada Zafran.

     “Ya la tu Zafran.Macamlah Kak Hanim tak kenal kamu .” Usik Kak Hanim lagi.
       “Dian…” Sapa Hana Yasmin pula yang baru saja sampai di pejabat.
      “Dah ok?” Soal Hana Yasmin sambil menepuk bahu Dian.

       “Aku ok.Kalau aku tak ok tak adanya aku datang pejabat Hana.”jawab Dian sambil tersengih.
     “Baguslah.Kalau tak ada je orang yang susah hati tak nampak wajah kau dekat pejabat ni tahu.”Usik Hana Yasmin .Mata Hana Yasmin terus memandang raut wajah Zafran Nufail yang sedang tahan malu.Eleh malu kucing pula dia ni.Desis hati Hana Yasmin.

    “Haaa cuba Dian tengok.Bukan Kak Hanim je yang cakap.Hana pun cakap benda yang sama tahu.”Tambah Kak Hanim pula.Zafran Nufail sudah mencebik pada Kak Hanim.
     “Ish macam-macamlah Kak Hanim dengan Hana ni.Ok la Dian pergi sambung buat kerja dulu.Nanti kita borak lagi ya Kak Hanim.” Pinta Dian pula.

    “Ye la.Dah kamu berdua pun pergi buat kerja.Sekejap lagi Datuk Khalid sampai lintang pukang la korang berdua nanti.” Balas Kak Hanim lagi sambil membuang pandang pada Hana dan juga Zafran yang masih tidak bergerak.

    “Baiklah bos kecik.Kami jalan dulu ya.”jawan Zafran Nufail sambil tersengih.Suka sangat dia menyakat Kak Hanim yang sudah di anggap seperti kakaknya sendiri.

   “Hana sambung kerja dulu Kak Hanim.Jumpa nanti.”Balas Hana Yasmin pula sambil tersenyum sebelum melangkah menuju ke lorong yang jabatan yang di huni olehnya.

   Dian Batrisya terus saja membuka buku sketches miliknya.Sudah menjadi kemestian bagi Dian apabila ingin mereka sesuatu grafik dia akan melukis terlebih dahulu di atas kertas lukisan.Orang kata cari idea la.Dian juga mengumpul maklumat yang ada internet dalam membantunya dalam proses mereka grafik.
   Dian sedang ralit bekerja  dan tangannya sedang menggerakkan tetikus ke sana ke mari  sehingga Dian terlupa waktu lunch.Dian tersedar dari dunia kerjanya apabila di sapa oleh Hana.

   “Dian.Amboi kau kemain lagi fokus buat kerja.” Tingkah Hana .Tersentak dan terkejut  Dian seketika.
    “Ish kau ni buat aku terkejut je Hana.Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu.”Tingkah Dian sambil mengurut dadanya.

   “Aku panggil kau berkali-kali tahu tapi kau langsung tak dengar.Penat tahu aku jerit tadi memanggil nama kau dari meja Suzie tu haaaa..”Tingkah Hana Yasmin sambil menunjukkan meja yang di duduki oleh Suzie.Namun orang bernama Suzie tidak berada di situ.

   “Ye ke?Sorry la.Kenapa?” Soal Dian sambil mengerut kening.
   “Hello cik Dian Batrisya cuba tengok jam kau pukul berapa sekarang.Lunch hour ok.” Ujar Hana sambil bersandar di meja Dian.

    “Ya Allah.Cepatnya masa berlalu.Aku tak perasan langsung yang dah pukul satu tengahari.” Balas Dian sambil menepuk dahinya sebaik saja matanya melihat jam di pergelangan tangannya.
    “Haaa tau pun.Tu la buat kerja memang tak ingat dunia kan.Kau ni Dian dari zaman belajar sampailah zaman kerja kalau buat kerja dengan fokus sampai lupa masa makan kan.” Bebel Hana lagi.
    “Ish mana ada.Memandai je kau ni.”Dalih Dian sambil tersengih.

     “Dah tak payah nak buat muka sengih macam tu.Jom keluar makan.” Ajak Hana Yasmin pula.
    “Ok boleh juga.Aku pun dah lapar sangat ni.”Balas Dian lalu mencapai tas tangannya yang berada di bawah meja kerjanya.

    “Korang berdua nak pergi lunch ke?Jomlah lunch sekali dengan saya.” Zafran muncul di kalangan mereka berdua.Hana dan Dian memandang antara satu sama lain.
   “Eh tak apalah Zafran.Saya makan dengan Hana je la.”Dalih Dian .Dian sebenarnya segan dengan Zafran.Dian tahu niat Zafran tu baik tapi dia tak nak menyusahkan sesiapa termasuk Hana.
   “Bolehlah Dian.Kali ni saya belanja awak berdua makan ok?” Pujuk Zafran lagi.

    “Waaahhh best ni ada orang nak belanja.Jomlah Dian.Zafran nak belanja.Rugi tahu bukan senang si Zafran ni belanja orang.” Balas Hana Yasmin dengan teruja.

   Alahai si Hana ni pula yang teruja.Desis Dian sambil mengeluh dengan perlahan-lahan.
   “Baiklah.Kita lunch sekali.”Jawab Dian yang membuatkan Zafran dan juga Hana tersenyum manis.
   “Awak belanjakan Zafran?” Soal Hana pula kepada Zafran.

    “Yup.Saya belanja korang berdua.Jomlah.Naik kereta saya saja ok.” Jawab Zafran.Dian dan Hana hanya anggukan kepala saja.Kemudian Dian dan Hana membuntuti Zafran dari belakang.Mereka terus menuju ke pintu keluar Khalid Group.

    HUJUNG minggu itu Zafran Nufail pulang ke rumah keluarganya.Hampir dua bulan dia tidak pulang berjumpa mak dan ayahnya kerana kesibukan yang melanda.Tambahan pula sekarang ni projek tengah masuk memang susah la sikit untuk Zafran bercuti.

    “Assalamualaikum mak…” Zafran Nufail memberikan salam .Ketika ini Zafran sedang membuka kasut yang di pakainya.

   “Waalaikumussalam…Zafran masuklah.Mak dekat dapur ni.”Laung Puan Aishah .Puan Aishah sudah ternampak kereta anaknya Zafran memasuki pagar rumahnya.

    “Mak sihat?”Soal Zafran sebaik muncul di ruang dapur.Di tangan kanannya sudah di jinjitnya satu beg plastik yang terisi dengan barang makanan.Begitulah Zafran tiap kali balik ke rumah kedua ibu bapanya.Ada saja yang dibelikannya.

   “Alhamdulilah mak sihat.Kamu macam mana?Sibuk sangat ke kamu Zafran.Dah dekat dua bulan kamu tak balik rumah.” Balas Puan Aishah.
     “Zafran macam ni la mak.Bukan tak nak balik mak tapi sibuk sikit.”Ujar Zafran sambil bersalaman dengan maknya.

    “Kamu ni Zafran kalau bab kerja memang tak ingat dunia kan.Ingat sikit kerja sampai ke bila pun tak habis.Jangan asyik sibuk dengan kerja saja sampai lupa nak kahwin.Umur kamu tu makin hari makin meningkat.kawan-kawan kamu tu semua dah kahwin.Hah mak dengar bulan depan kawan kamu si Aiman tu nak naik pelamin.” Bebel Puan Aishah.

   Zafran Nufail sudah bersiap sedia dari awal.Begitulah reaksi Puan Aishah tiap kali Zafran  Nufail balik ke rumah.Dah lali telinga Zafran mendengarnya.Kadang-kadang siap boleh hafal satu persatu ungkapan dari maknnya.

    “Ya mak.Zafran tahu.Sampai jodoh nanti Zafran kahwinlah mak.Jangan la risau.Mak ayah ke mana?Zafran tak nampak pun.Adik-adik mana.Sorang pun tak nampak batang hidung.Keluar merayap ke apa.” Soal Zafran .Matanya melilau mencari kelibat ayahnya bersama dengan dua orang adiknya.

   “Dah mulalah tu nak alihkan topik.Ayah kamu tadi nak pergi pasaraya sekejap.Adik kamu dua orang tu apa lagi mengikutlah.Sekejap lagi baliklah tu.” Balas Puan Aishah sambil membawa keluar barang yang di bawakan oleh anaknya sebentar tadi.

    “Mak ni mana ada Zafran alihkan topic.Zafran tanya je.”Sengih Zafran kepada maknya Puan Aishah.
    “Kamu ni Zafran kalau bab menjawab memang laju je kan.Pergilah berehat dekat depan tu dulu.Sekejap lagi mak nak masak makan tengahari.” Tingkah Puan Aishah sambil bergerak menuju ke singki dengan membawa sayur kubis untuk di rendam.

   “Lamanya tak makan masakan mak.Rindunya,Mak masakkan makanan kegemaran Zafran ya?” Balas Zafran

    “Ye la.Kamu pergilah berehat dulu.Dah siap nanti bolehlah kita makan sama-sama.Sekejap lagi ayah kamu dengan Zarul dengan Firah.”Jawab Puan Aishah lagi.

   “Zafran ke depan dulu mak.”Balas Zafran lalu menuju ke ruang tamu.Zafran Nufail bersandar pada sofa lalu di capai remote televisyen yang berada di atas meja kecil di hadapannya.Dengan pantas tangannya menekan remote astro di tangannya.

   “Hey abang long bila sampai?” Ujar Zarul sewaktu muncul di pintu utama rumahnya.Tersentak Zafran bila mendengar suara adiknya.
    “Baru je sampai Zarul.Ayah dengan Fira mana?”Soal Zafran Nufail kepada adiknya yang bongsu Zarul Naashif.
    “Sekejap lagi dirang masuklah.Sekejap Zarul pergi hantar barang ni dekat dapur.”Balas Zarul sambil berjalan menuju ke dapur.
    “Hai along.Dah lama sampai.”Tegur Fira pula atau nama penuhnya Zafirah Nadia.
     “Baru je lagi.Banyak beli barang angah.” Tingkah Zafran Nufail sebaik terpandang wajah adinya yang kedua.

     “Biasalah kalau ayah shopping macam ni la.Ajak mak tapi mak malas nak ikut.” Bebel Firah sambil berlalu ke dapur.

      “Ayah apa khabar.?” Soal Zafran lalu bangun menuju ke arahnya yang sedang membawa plastik yang berisi dengan buah epal dan juga tembikai.

    “Alhamdulilah sihat.Lama dah sampai?” Soal Encik Sulaiman sewaktu buah bertukar tangan darinya sebaik saja Zafran bersalaman dengan ayahnya.
   “Baru je sampai tadi ayah.” Jawab Zafran lalu membuntiti langkah ayahnya encik Sulaiman yang menuju ke ruang dapur   

bersambung ...

NotaTersepit :Sejak bila aku tukar jd nota tersepit ni.Hahhaa..Lantaklah.Esok last day keje before bercuti.Pastu holiday tenangkan fikiran yang tengah berserabut.Hehhe.Ahaaa masihkah anda ingat Dirimu Satu Rafique dan Amani.Dlm Aku Ditakdirkan Untukmu ada kemunculan watak mereka.Tunggu ya kawan2..:D


Rabu, 24 April 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 4

Assalamualaikum  u oll..

selamat pagi semua .Pepagi buta dah update..Hehhehe ...Okeh hari ni akan di update bab 4 Aku Di Takdirkan Untukmu.Haaaa memberku aku sudah bising bila nak update.Hahahha.Nah ni dah update..Mekasih semua yang baca  dan komen ye..Hehhehe..Untuk pengetahuan korang semua cerita ini akan di update di blog dua kali seminggu...Next bab isnin depan ya.. =)






BAB EMPAT


    ZAFRAN NUFAIL mundar-mandir di ruang kerjanya.Sudah dua hari dia tidak melihat kelibat Dian Batrisya.Sudah di tanya kepada staf-staf lain ke mana Dian.Dian mengambil cuti sakit selama dua hari.Menurut kata Kak Hanim setiausaha kepada Datuk Khalid mengatakan bahawa Dian deman.

    “Teruk ke demam Dian.Agak-agak kalau aku call menganggu dia ke tak ya?” Soal Zafran sendirian.

     Bukan dia tidak mengetahui nombor telefon Dian , Cuma yang menjadi masalahnya Zafran bimbang akan menganggu Dian berehat di kala ini.Kalau tidak di tanya hatinya juga tidak tenang.Entah mengapa sejak mengenali Dian hatinya mula merasakan sesuatu.Adakah ini di namakan cinta?

    Walaupun perkenalan antara Zafran Nufail dan Dian Batrisya masih lagi awal namun entah mengapa hatinya merasakan yang dia menyukai Dian.Gadis yang sangat berbeza dan juga unik.

   Pekerja yang lain sedang tekun mengadap kerja masing-masing.Zafran kembali ke kerusinya sambil termenung.Dua hari tidak dapat melihat wajah Dian hatinya resah dan gelisah.Zafran Nufail menarik nafas dalam-dalam.Kemudian Zafran membuka fail yang harus di kajinya.Namun sebaik saja terpandangkan wajah Hana Yasmin yang baru saja keluar dari jabatannya terus dia bangun dan mengejar Hana Yasmin.

    “Hana..Hana..Sekejap.” Panggil Zafran Nufail sambil melambaikan tanganya.
    “Ada apa Encik Zafran.”Balas Hana Yasmin sebaik saja menoleh pada Zafran Nufail.
   “Saya nak tanya awak ni, Dian ok ke?Dua hari saya tak nampak dia dekat pejabat ni.”Tingkah Zafran Nufail dengan muka penuh kerisauan.

   “Oh Encik Zafran panggil saya ni nak tanya pasal Dian la ya?” Soal Hana dengan senyuman.
   “Lebih kuranglah.Dia ada contact awak tak Hana?”Soal Zafran Nufail sambil tersengih.
   “Dian ada call saya semalam.Dia baik-baik saja.Demam dia pun dah baik.InsyaAllah kalau kesihatan bertambah baik esok dia masuk kerjalah.”Jawab Hana Yasmin kepada Zafran Nufail.
   “Oklah Encik Zafran , saya minta diri dulu.Saya nak jumpa Datuk Khalid sekejap.” Tambah Hana lagi.

    “Hana tak payahlah berencik-encik dengan saya.Panggil saja Zafran .”Tingkah Zafran sewaktu Hana ingin melangkag ke depan.Hana menoleh kembali pada Zafran.

    “Baiklah Zafran.Saya pergi dulu.Kalau dah rasa rindu sangat pada Dian tu Zafran call la dia.” Usik Hana Yasmin dengan sengihan.

     “Seganlah saya nak call.” Balas Zafran dengan selamba.
     “Kalau segan Zafran juga yang rugi.Try la call .Belum cuba belum tahu kan.” Tingkah Hana Yasmin lagi lalu melangkah menuju ke bilik Datuk Khalid.

     Zafran berfikir  seketika.Ada benar juga kata Hana.Kalau dia tidak mencuba dia juga yang rugi.Orang kata belum cuba belum tahu.Selepas itu Zafran mengukirkan satu senyuman manis sambil menganggukkan kepalanya sebelum berlalu menuju ke ruang kerjanya.Zafran menyambung kembali kerja yang masih tergendala sejak dari tadi lagi.Di fikirannya hanya satu saja.Dian.Dian ohh Dian…

     Apabila waktu makan tengahari kebanyakan staf  di Khalid Group berpusu-pusu untuk keluar makan.Namun Zafran Nufail masih setia di kerusinya.Bukan perutnya tidak lapar tetapi dia tiada selera untuk makan.Adakah sebab tidak dapat berjumpa dengan Dian?Zafran menyandarkan badannya ke kerusi sambil memandang lampu .

     “Apa kena dengan aku ni?Serba serbi tak kena hari ni.” Bebel Zafran sendirian.
      “Hai Zafran tak keluar makan ke?” Soal Hana Yasmin yang sudah terpacak di depan meja Zafran Nufail.Zafran tersentak dan menoleh pada Hana.

     “Entah tak ada selera.Awak tak keluar makan ke Hana?” Balas Zafran Nufail.
     “Saya baru nak keluar makanlah ni.Zafran nak kirim apa-apa ke?”Soal Hana Yasmin pada Zafran.

    “Awak sorang je ke?” Soal Zafran Nufail sambil memandang ke arah pintu jabatan yang di huni oleh Hana Yasmin.

    “Aaah saya sorang je.Dian kan tak datang.Kak Farah pun tak datang.Saya nak pergi tapau makanan la ni lepas tu makan je dekat pantry.” Jawab Hana Yasmin dengan senyuman.
   “Kalau macam tu saya temankan awaklah.Saya ada benda nak tanya dekat awak ni.”Tingkah Zafran Nufail lagi.

    “Zafran nak tanya hal apa?”Soal Hana Yasmin dengan pelik .Dahinya berkerut-kerut.
    “Saya…saya nak tanya…pasal….ermmm…. pasal….”

    “Nak tanya tentang Dian ya?”Tembak Hana Yasmin sambil tersengih.
     “Yup..”Jawab Zafran Nufail sambil tersengih.

    “Boleh saja.Kalau saya boleh jawab saya jawablah.” Balas Hana lagi.
    “Thanks Hana.Hari ni saya belanja awak makan ok ?” Zafran sudah mengambil telefon bimbitnya di atas meja lalu di masukkan ke dalam poket seluar.

    “Sama-sama.Eh tak yah la sampai belanja makan.”Balas Hana Yasmin sambil melangkah seiringan dengan Zafran Nufail.

    “Alah sekali sekala orang kata.” Ujar Zafrul lagi sambil tersenyum.Selepas itu Zafran menarik pintu kaca lalu keluar dari Khalid Group.Zafran dan Hana sudah pun menuju ke tempat parkir kereta.Hana hanya tersenyum pada Zafran sebaik saja Zafran membukakan pintu kereta untuknya.
   Haiya Encik Zafran Nufail.Awak nak mengorat Dian ke awak nak mengorat Hana Yasmin ni.?Kalau hati dah suka ….

     MALAM itu Dhiya’ membawa semangkuk bubur ayam dan juga air suam untuk Dian.Sepanjang dua hari ni Dian banyak tidur.Berehat secukupnya.Demam Dian juga dah semakin pulih.Dhiya’ senang hati melihat kakak kembarnya pulih seperti sedia kala.Dhiya’ rindukan suara Dian dan juga sikap Dian.Apabila Dian jatuh sakit di sebabkan deman Dian lebih banyak mendiamkan diri, namun senyuman untuk adik kembarnya sentiasa ada.

    Dhiya’ membuka pintu bilik Dian dengan perlahan-lahan.Di kala itu Dian baru saja selesai menunaikan solat isyak.Sebaik saja mendengar orang memulas tombol pintu Dian terus menoleh .Satu senyuman di berikan kepada adiknya.

   “Dian makan dulu.Dhiya’ masak special tahu untuk Dian.Sedap tahu.” Tingkah Dhiya’ sambil melabuhkan punggungnya di birai katil Dian.

   “Terima kasih Dhiya’.Susah-susah saja.Kalau Dian lapar Dian pergilah ambil makanan dekat dapur.Janganlah menyusahkan diri Dhiya’.Seharian dah Dhiya’ penat bekerja.Dian dah sihat.Tengok Dian dah ok kan.” Balas Dian sambil menyidaikan telekungnya.

    “Dian kan sakit.Mak kata Dian tak ada selera nak makan siang tadi.Jadi tadi Dhiya’ buatkan bubur ayam untuk Dian.Selepas Dian makan bubur ni Dian makan ubat .”Tingkah Dhiya’ sambil tersengih.

    “Dian dah ok.Dah tak payahlah makan ubat.Dhiya’ pun tahukan yang Dian tak berapa suka nak makan ubat.Dian kan allergic sikit kalau bab makan ubat ni.Liat sangat nak makan ubat.”Balas Dian sambil tersengih.

    “Haa tengok.Ish Dian ni memang penakut betul dengan ubat.Tu belum lagi kena inject.Kalau kena inject mahu meraung gamaknya.”Usik Dhiya’ dengan selamba.

     “Dhiya’.Amboi sedap je mulut tu mengata Dian ya.Cakap orang yang Dhiya’ pun sama jugakan.Bezanya Dian makan juga ubat tu tapi Dhiya’ letak je bawah lidah .Lepas mak keluar dari bilik terus Dian masukkan dalam tong sampah kan.” Balas Dian dengan selamba.Dhiya’ sudah tersengih.

    “Syhhhh jangan kuat-kuat.Tu rahsia kita berdua je.Mak dengan ayah tak boleh tahu.Habis la Dhiya’ nanti Dian kalau mak tahu.” Dhiya’ memandang pintu bilik Dian.Bimbang juga jikalau mak dengan ayahnya dengar.

   “Ok..ok itu rahsia kita berdua.”Balas Dian sambil tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di birai katil bersebelahan dengan Dhiya’

  “Macam tu la.Sebab tu Dhiya’ sayang Dian .” Tingkah Dhiya’ lagi lalu menghulurkan mangkuk yang berisi dengan bubur ayam .Dian menyambut mangkuk dari tangan Dhiya’

   “Terima kasih Dhiya’ sebab susah payah buatkan bubur untu Dian.Dhiya’ makan la sekali dengan Dian.”Balas Dian pula.

  “Sama-sama.Eh itu Dhiya’ masakkan untuk Dian.Jadi Dianlah makan.” Jawab Dhiya; lagi sambil menolak mangkuk yang dui hulur oleh Dian.

   “Tak best la macam ni.No Dian tak kira.Dhiya’ mesti makan juga bubur ni.Mana boleh Dhiya’ makan sorang.Tak kan Dian nak biarkan adik Dian.Kalau Dhiya’ tak nak makan, Dian pun tak nak makan juga.” Tingkah Dian sambil menarik muka masam.

  “Ok ok .Dhiya’ makan sekali dengan Dian.Dian memang kakak Dhiya’ yang baik hati.Selalu Dian macam tu kan.Dhiya’sayangkan Dian tahu.” Balas Dhiya’ sambil tersenyum manis.Memang tidak di nafikan kakak kembarnya selalu dahulukan Dhiya’ dalam semua perkara.Kadang-kadang Dian akan mengalah dengan Dhiya’.

     Masih ingat lagi di kala mereka berdua masih kecil.Selalu berebut barang mainan.Padahal dapat mainan sorang satu dah.Bezanya hanya warna barang tersebut.Dhiya’ akan menanggis sebab nak barang mainan yang dipegang oleh kakaknya Dian.Dian memang selalu mengalah .Dian memang kakak yang baik.Satu-satunya kakak yang dia ada.

    “Dhiya’ sebenarnya kan Dian ada cerita nak kongsikan dengan Dhiya’ tahu.”Sengih Dian dengan penuh makna.

     “Hah cerita apa?cepatlah cerita” Balas Dhiya’ dengan teruja.
      “Janji jangan marah Dian tahu.”
      “Ok Dhiya’ janji yang Dhiya’ tak marah.”Balas Dhiya’ sambil menganggkat keningnya.
      “Sebenarnya kan..Sebenarnya kan..” Dian cuba main-mainkan Dhiya’
    “Sebenarnya apa ni Dian.Janganlah bagi Dhiya’ nervous.?” Dhiya’ sudah mengetap bibirnya dengan geram.Suka sangat Dian mempermainkan dirinya.

        “Ok Dian cerita.Sebenarnya Dian nak bagitahu yang waktu Dhiya’ deman kan Dian dengan mak selalu masukkan ubat dalam bubur yang Dhiya’ makan.Sebab Dhiya’ tak suka ubat.Puas pujuk tapi tetap tak nak.Jadi mak pun letaklah ubat dalam bubur Dhiya’ waktu tu.Jangan marah kami ya..”Tingkah Dian sambil tersengih.

    Memang itulah  hakikatnya.Walaupun dirinya sendiri sukar untuk makan ubat tetapi apabila di pujuk dan kena dengan caranya Dian akan makan ubat namun tidak Dhiya’.Kalau dia kata tak nak makan memang ke sudah dia tak makan.Dhiya’ agak degil sedikit.

   “Ohhh selama ni Dian tipu Dhiya’ la ya?” Soal Dhiya’ sambil mengetap bibirnya .
    “Sorry Dhiya’ ..”Jawab Dian dengan muka yang bersalah.
    “Sorry naik lori la.”Balas Dhiya’ dengan selamba sambil mencebikkan bibir pada Dian.
     “Dhiya’ maafkan Dian dengan mak ya.” Ujar Dian lagi
     “Ok Dhiya’ maafkan.Patutlah Dhiya’ pelik kenapa bubur rasa pelik je waktu Dhiya’ sakit rupa-rupanya Dian dengan mak letakkan ubat dalam bubur.Sampai hati.Nasib baik Dhiya’ ni baik hati tak letakkan ubat pun dalam bubur Dian tahu.”Tingkah Dhiya’ sambil menarik muncung.

   “Kita makan sama-sama bubur ayam ni eh?”Pujuk Dian sambil menyuakan sudu pada Dhiya’ yang masih lagi memuncungkan mulutnya.

   “Eh ni siapa yang demam sebenarnya?Dian ke Dhiya’?” Soal Dhiya’ sambil mengerutkan dahi.
    “Dua-dua.” Sebaik saja Dian berkata begitu terus Dhiya ketawa.
  “Ok jom kita makan.Kalau tak sedap jangan marah tahu.Dhiya’ tak pandai masak macam Dian.”Cebiknya Dhiya’ lagi sambil menyuapkan bubur ayam ke dalam mulutnya.Kemudian dia menghulurkan kembali bubur ayam pada Dian.

    “Sedaplah bubur Dhiya’ masak ni.Dah boleh kahwin la.”Usik Dian lagi sambil tersengih.
    “Ish apa kahwin-kahwin.Dian dulu kena kahwin.Dhiya’ tak boleh langkah bendul.” Jawab Dhiya dengan selamba.

    “Apa pula Dian.Dhiya’ dulu.Kena dahulukan adik dulu baru kakak.” Tambah Dian lagi sambil mengacau bubur ayam dan menyuapkan ke dalam mulutnya.

   “No ..No..No..Dian dulu baru Dhiya’.Muktamad.Dah tak ada talian hayat dah.Semua talian sudah Dhiya’ tutup dan kunci.Harap maklum.”Jawab mulut Dhiya’ dengan selamba.Dian sudah tergelak melihat gelagat Dhiya’.Dian kembali ceria seperti sedia kala.

   Alhamdulilah demam aku sudah kebah dan kembali sihat seperti biasa.Syukur padaMu  Ya Allah. Desis hati Dian.

     “Dian malam ni Dhiya’ nak tidur dalam bilik ni boleh?Dah lama la kita tak tidur sama.”Tingkah Dhiya’ lagi.Di kala itu Dian baru saja menghabiskan bubur ayam .

    “Boleh sangat Dhiya’ Ada teman Dian malam ni.Boleh kita sembang sampailah tertidur.”Balas Dian lalu mencapai gelas yang berisi air suam lalu di minumnya .

   “Ok Dian.Masa untuk makan ubat.No excuse ok.” Ujar Dhiya’ sambil mengangkat kening pada Dian.Dian sudah menggelengkan kepalanya melihat karenah Dhiya’.Kalau Dian tak makan mahu Dhiya’ paksa.Bukan boleh percaya sangat Dhiya’ ni.Kalau waktu dia susah nak makan ubat kemain lagi.Kalau tiba giliran  orang lain dialah yang paling laju menyuruh orang makan ubat.Dhiya’…Dhiya.’..

  “Terima Kasih Dhiya’.” Balas Dian sewaktu mengambil ubat dari tangan Dhiya’ .
    
    Bersambung....

NotaTersepit : By the way next week bakal bercuti.Balik kg. Mood holiday dah ni.Bab 5 Aku DiTakdirkan Untukmu akan diupadate pada hari isnin depan.Bersabar ye kawan2..Dua kali seminggu saja di update cerita ni.Selamat membaca , mekasih dan saranghae..... Gwiyomi gwiyomi..Sekarang tgh trend benda alah ni dengan aku sekali terikut nyanyi.adoyaiiii.....