Senin, 01 September 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 20 & 21

Assalamulaiakum u ollss...

Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57 kepada pembaca2 blog cik writer sekalian. Alhamdulilah seperti biasa hari ni lagi dua bab lagi. BTW mungkin akan ternoktah pada minggu ni.  Sekarang tinggal bab-bab yang terakhir dah. Terima kasih singgah dan baca ya. Mungkin cerita ni akan di publish sehingga bab 32- 34. Pasni cik writer nak menyambung menulis cerita yg dulunya bertajuk DIRIMU SATU versi baru yang kebanyakkan di ubah balik jalan cerita asal. Tajuk baru Bahagia Bersamamu tp mungkin akan berubah lg sehinggalah di publish di blog nanti.  :D



                                       


BAB DUA PULUH



   PETANG itu , Dura sangat teruja sekali apabila pulang dari kerja. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan anak buahnya yang baru saja di lahirkan pada dua hari lepas. Oleh kerana orang tua kakak iparnya tidak sihat dan baru saja keluar dari hospital maka Liyana mengambil keputusan untuk berpantang di rumah mertuanya. Tambahan pula ibu Lukman dan Dura sendiri yang meminta Liyana supaya berpantang di rumahnya.


    “Weh Dura apasal kau kelam kabut je ni? Ada kecemasan dekat rumah kau ke?” Soal Fifie . Dia pelik melihat Dura yang seakan-akan teruja untuk pulang hari ini. Dia sedar semenjak tadi lagi mata Dura sekejap-sekejap menoleh pada jam di dinding.

     “Aku nak balik rumahlah tak sabar nak tengok baby baru abang Lukman. Kak Yana akan berpantang dekat rumah aku. Seronoknya Fie dapat anak buah ni.” Dura sudah tersenyum gembira. Lincah tangannya mengemas meja kerjanya dan dengan pantas dia mencapai tas tangan miliknya.

    “Patutlah aku tengok kau excited je ni lepas tu mata tu asyik nak pandang jam. Rupanya Kak Yana kau dah bersalin. Bila dia bersalin dan diorang dapat baby boy or girl.” Soal Fifie. Dia turut gembira mendengarnya.

    “Dua hari lepas. Baby boy. Masa Kak Yana dekat hospital memang aku tak pergi tengok sebab abang aku tak kasi. Dia tak nak susahkan aku ke sana. Ibu dengan ayah aku pun dia tak bagi. Dia suruh kitaorang tunggu dekat rumah je. Abang aku cakap petang ni Kak Yana dah boleh keluar itu yang buat aku tak sabar nak tengok rupa anak buah aku tu.” Jelas Dura lagi.

   “Gembira-gembira  juga tapi hati-hati tau bawa kereta ya. Kita jumpa esok. Aku pun dah nak balik ni. Kirim salam dekat family kau eh. Ada masa nanti aku singgah sana tengok baby baru.” Fifie turut mengambil handbag miliknya. Dia menutup semua suis yang berdekatan dengan mejanya.

   “Okey. Aku gerak dulu ya Fie.” Dura terus melangkah keluar dari pejabatnya dan menuju ke tempat parking kereta.

    Dari jauh lagi Dura sudah nampak kereta milik abangnya. Bibirnya sudah mengulum senyum. Dura masuk ke halaman rumahnya dengan perlahan-lahan dan terus parking keretanya di tempat biasa.  Sebaik saja mengunci kereta terus dia melangkah dengan laju menuju ke rumah. Dia yakin yang kakak iparnya sudah pulang ke rumah.

    “Ya Allah comelnya baby abang dengan Kak Yana. Bulatnya pipi dia. Tahniah Dura ucapkan pada abang dan Kak Yana dan selamat menjalankan tugas sebagai ibu dan bapa.” Tingkah Dura dengan senyuman sebaik saja melihat wajah si kecil yang berada di atas katil. Sebaik saja dia membersihkan diri tadi terus dia ke bilik abangnya untuk melihat si kecil yang baru saja ingin mengenal duni.

    Jari Dura bermain-main dengan jari si kecil. Lukman dan Yana saling berpandangan melihat Dura yang sememangnya sangat sukakan pada kanak-kanak.

   “Ini mesti balik tadi ni bukan main terujakan.? Cuba Dura tengok wajah hero abang ni mirip siapa?” Soal Lukman dengan tiba-tiba. Liyana mencebikkan bibir pada suami. Sejak babynya lahir itu sajalah yang dia soal oleh Lukam. Dura mendonggakkan kepalanya memandang Lukman.

    “Errmm sekejap ya Dura tengok.” Mata Dura sekejap berkalih kepada si kecil lepas tu berkalih pula pada abangnya Lukman dan akhir sekali kakak iparnya Yana. Berkali-kali dia mengulangi situasi tersebut.

   “Rasanya baby ni mirip mak usu dia.” Jawab Dura dengan selamba. Liyana sudah tergelak kecil apabila melihat wajah suaminya yang masam dengan tiba-tiba. Dura pula dengan selamba tersengih. Tayang gigi pada abangnya.

   “Mana boleh macam tu . Mestilah ada iras abang dengan Kak Yana Dura.” Jawab Lukman tidak puas hati.

    “Haaaa tau pun abang ada iras abang dan kak Yana. Baby ni anak abang dengan Kak Yana mestilah ada iras mama dan papanya. Apalah abang ni.Baby ni kecil lagi tak nampak sangat rupa dia mirip pada siapa.” Jawab Dura dengan selamba. Sekali lagi Yana tergelak kecil.

    “Kan dah kena dengan Dura. Tanya lagi soalan pelik.” Bidas Yana dengan selamba. Suaminya terus mencebik pada adiknya sebelum dia menarik pipi isterinya dengan perlahan. Dura menggelengkan kepala.

    “Kak Yana nak bagi nama apa dekat baby ni?” Soal Dura. Dia membetulkan bantal kiri dan kanan baby tersebut. Lena sekali si kecil tidur.

    “Kak Yana pun tak tahu lagi nak letak nama apa. Hmmm apa kata kita sama-sama bagi cadangan nak letak nama apa pada baby ni. Macam mana bang? Okey tak?” Soal Yana pada suaminya.

    “Boleh juga tu. Mak usu dia pun boleh juga kasi nama lepas tu kita pilihlah yang mana sesuai.” Jawab Lukman sambil berpeluk tubuh.

    “Kot ya teruja dengan kehadiran orang baru jangalah sampai lupa dengan tanggunggjawab yang lain. Azan maghrib sudah kedengaran. Ayah dengan ibu kamu nak pergi surau ada ceramah malam ni. Dura nak ikut ke tak?” Soal Encik Idris. Dia berdiri di tepi pintu bilik anak lelakinya.

    “Ada ceramah. Siapa yang bagi ceramah malam ni ayah?” Soal Dura dengan teruja.

    “Ustaz Sheikh tu la. Nak pergi ke tidak? Kalau nak pergi cepatlah siap . Ibu dengan ayah nak turun dah ni.” Dura terus menganggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar dari bilik abangnya untuk bersiap ke surau. Pada setiap malam selasa surau tersebut sememangnya mengadakan ceramah agama.

    WASHFA baru saja keluar dari bilik puterinya. Anaknya sudah pun lena di ulit mimpi. Dia menutup pintu biliknya anaknya dengan perlahan-lahan sebelum bergerak ke biliknya. Zikri pula sedang mengadap laptop peribadinya.

   “Abang nak minum ke?” Sapa Washfa . Zikri mendonggakkan kepalanya sewaktu bahunya di sentuh dengan lembut. Zikri tersenyum.

   “Boleh juga. Puteri abang dah tidur?” Soal Zikri. Washfa membalas senyuman suaminya lalu menganggukkan kepala.

   “Sekejap ya Washfa turun bawah buatkan air.” Washfa terus menuju ke tingkat bawah .
   “Ini airnya bang.” Washfa meletakkan mug di atas meja. Suaminya menoleh. Sekejap saja Washfa sudah kembali ke bilik mereka.

    “Terima kasih sayang.” Ucap Zikri . Washfa kemudiannya menuju ke arah katil untuk berehat. Dia menepuk bantal miliknya lalu di sandarkan di kepala katil. Tanganya pula mencapai buku yang di belikan oleh suaminya.  Masa lapang Washfa banyak terisi dengan buku. Dia sememangnya menjadi suri rumah sepenuh masa.

    Bukan dia tidak mahu bekerja tetapi Zikri mahu dia menjadi suri rumah dan menguruskan keperluan mereka anak beranak. Zikri tidak mahu menyusahkan Washfa . Dia mampu untuk menanggung anak dan isterinya. Washfa yang taat pada perintah suami hanya mengikut saja. Dia tahu Zikri seorang yang bertanggungjawab.

   Baru saja buka muka surat yang ingin di baca terus Washfa menoleh pada suaminya. Fikirannya kini tetiba saja teringat pada Durrani.

  “Bang..”

   “Ya sayang.” Zikri merenung wajah isterinya.

   “Abang ingat tak pada budak Durrani tu yang datang masa kenduri arwah baru-baru ni?.” Soal Washfa .
    “Mestilah ingat. Kenapa dengan Dura?” Zikri menghirup air milo yang di bancuh oleh Washfa sebentar tadi.

   “Budak tu baikkan bang. Washfa tengok puteri pun suka dengan Dura tu. Washfa dapat rasakan ada sesuatu yang menarik tentang Dura tapi tak pasti apa bendanya. Bila bercakap dengan Dura tempoh hari Washfa rasa seolah-olah kami dekat je. Kenapa ya bang?” Soal Washfa.

    Sejak pertemuan tempoh hari, Washfa dapat rasakan sesuatu di antara dia dan Dura. Walaupun itu kali pertama mereka bertemu tetapi Washfa dapat rasakan yang dia sudah mengenali Dura.

   “Abang pun tak mengenali sangat Dura tu. Tapi mengikut dari pandangan abanglah kan , Dura tu budak baik. Tengok sajalah cara dia layan puteri dekat situ pun kita dah boleh tahu sikap dan sifat dia. Kalau kita balik kampung lagi , Washfa nak jumpa dialah ajak bersembang ke. Kalau dapat jadi best friend Washfa pun okey juga.” Jawab Washfa.

   “Dura lagi baik dari Efa.” Tambah Zikri dengan selamba.

   “Ish abang ni tak baik tau cakap macam tu. Janganlah samakan si Efa tu dengan Dura. Jauh benar bezanya. Bagai langit dan bumi.” Washfa menggelengkan kepalanya. Dia tahu suaminya memang sampai ke hari ni tidak sukakan perangai Efa yang makin lama makin mengada-ngada.

   “Dah memang betul pun sayang.”

    “Kita doakan saja semoga satu hari nanti Efa tu berubah dan tak lagi mengejar suami Washfa ni.”

    “Mudah-mudahan sayang..” Jawab Zikri. Dia juga sama mendoakan untuk Efa. Moga-moga Allah akan perkenankan doa mereka.

   ZIYAD keluar bersama-sama Epul . Kebosanan yang melanda menyebabkan Ziyad menelefon Epul dan ajak Epul keluar minum. Duduk di rumah sememangnya membuatkan dia merasa kesunyian. Walaupun dekat televisyen banyak sangat cerita yang di tayangkan namun satu pun tak menarik perhatian Ziyad. Adiknya Una pula sibuk berkurung dalam bilik melayan drama korea.

    “So macam mana kau dah cuba ingat ke dekat mana kau jumpa perempuan yang hadir dalam mimpi kau tu ?” Soal Epul sambil mengacau air minuman dengan straw.

     “Entahlah Epul. Sampai sekarang aku masih tak ingat dekat mana aku ternampak perempuan ni. Siapa dia ya?” Soal Ziyad dengan seribu persoalan. Sekarang ni hampir setiap malam wajah perempuan yang tidak di kenali oleh Ziyad tu muncul di dalam mimpinya.

   “Pelik betullah kau ni Ziyad. Jangan-jangan perempuan tu pernah jadi awek kau tak? Itu pasallah kau teringat dekat dia.” Dahi Ziyad berkerut.

   “Kau ni aku mana ada awek lain selain dari Nurul Jannah.” Jawab Ziyad dengan jujur.

   “Kau pasti? Sebelum Nurul dulu kau tak ada kenal mana-mana perempuan?” Ziyad menggelengkan kepala. Epul pula garu kepala memikirkan perihal Ziyad.

    “Macam ni la ada baiknya kau cari perempuan tu dan tanya dia sama ada di kenal kau ke sebelum ni kan. Yalah tetiba saja kau mimpikan dia. Entah datang dari mana pun kita tak tahu. Jangan-jangan kau ni suka berangan tak Ziyad?” Dengan selamba Epul berbicara.

   “Berangan apa kejadahnya Epul. Kau pun tahukan dalam kepala otak aku ni cuma ingat pada arwah Nurul saja. Dia isteri yang aku sayangi.” Bidas Ziyad tidak puas hati. Epul tersengih bila melihat wajah temannya itu sudah berubah.

   “Okey sorry. Janganlah buat rupa itu. Kau ni menakutkan aku je la bila tayang rupa marah tu.” Epul bersandar sambil memandang wajah Ziyad.

     “Mana aku nak cari perempuan tu? Dia tu ada dekat Malaysia ke atau tempat lain. Dahlah nama pun aku tak tahu. Macam mana aku nak siasat siapa perempuan ni.” Soal Ziyad dengan tiba-tiba.

    “Ya tak ya juga. Susah betullah nak mencari sebab kita tak tahu identiti perempuan yang kau jumpa tu. Dalam mimpi tu kau tak tanya dia ke nama apa? tinggal dekat mana? dekat mana kita kenal.”

    “Aku dah tanya tapi dia diam saja. Dia datang dekat aku lepas tu renung wajah aku dengan wajah yang muram dan sedih. Aku ni ada buat dia sedih ke?” Ziyad menghela nafasnya dengan berat.

    “Jangan-jangan kau pernah berdosa dekat dia tak?”

    “Dosa apa pula . Aku langsung tak mengenali dia Epul. Kau ni jangan buat spekulasi yang mengarut boleh tak. Pening kepala aku ni tau. Aku rasa nak hantuk dekat dinding je.”

   “Eh daripada kau nak hantuk dekat dindingkan ada baiknya kau bagi aku je ketuk kepala kau tu. Manalah tau kot-kot ada wayar dalam kepala kau tu problem.” Ziyad melihat Epul dengan renungan tajam. Kecil besar kecil besar je dia tengok rupa Epul saat ni.

   “Cakap dengan kau ni Epul makin aku sakit kepala.” Bidas Ziyad lalu bersandar ke kerusi dan melihat sekeliling. Ramai juga pelanggan di kedai ni bila waktu malam. Selepas itu mereka terus berdiam diri. Mata Epul terarah pada skrin televisyen. Kini sedang berlangsungnya perlawanan bola sepak.

   Mata Ziyad kemudiannya beralih ke satu sudut. Dia bagaikan teringat sesuatu di sudut itu. Namun baru saja dia menggali memorinya , Saiful sudah menepuk tangannya.

   “Weh kau mengelamun apa? Kau tengok apa?” Soal Epul. Ziyad mengurut kepalanya dengan perlahan-lahan.

   “Tak ada apa-apa. Aku tengok orang dekat sana.” Jawab Ziyad lalu menunjukkan ke arah meja yang di mana ketika itu ada sepasang couple yang sedang menjamu selera. Tidak pastilah sama ada pasangan tersebut adalah suami isteri atau tidak.

   “Daripada mata kau tengok sanakan ada baiknya kau alihkan mata kau dekat skrin ni. Tengok perlawanan bola sepak lagi bagus tau dari kau dok melayan perasaan kau yang tak menentu tu.” Ziyad memandang ke skrin.

    Dia terlupa yang malam ni ada perlawanan bola sepak. Saiful dan Ziyad sememangnya meminati bola sepak sejak dulu lagi.

   “Aku tak perasan pula ada game malam ni.” Jawab Ziyad. Matanya terus fokus apabila melihat separuh masa kedua yang baru saja bermula. Epul sudah tersengih. Mereka sama-sama menonton perlawanan bola sepak. Ingatan Ziyad yang menyapanya sekejap tadi sudah hilang dengan serta merta. Entah apalah yang agaknya yang Ziyad cuba ingat tadi.



************************************

BAB DUA PULUH SATU

     ZIYAD tersedar dari lena selepas dia bermimpi. Dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Di raup wajahnya berkali-kali. Mata Ziyad beralih pula ke arah tingkap. Hujan masih lebat di luar sana. Dia kemudiannya mengimbau kembali mimpi yang di alami olehnya sebentar tadi.

   “Awak ni siapa? kenapa awak muncul dalam mimpi saya? Kita saling mengenali ke sebelum ni?” Soal Ziyad kepada perempuan yang berpakaian serba putih yang berdiri di hadapannya. Perempuan itu menundukkan wajahnya dengan riak yang begitu sedih sekali.

   “Saya tak kenal awak. Tolonglah jangan ganggu dan masuk dalam mimpi saya lagi. Saya tak suka.” Tambah Ziyad lagi. Perempuan itu mendonggakkan kepalanya lalu melangkah pergi meninggalkan Ziyad di situ. Keruh sekali wajah yang putih berseri itu. Pasti perempuan tersebut bersedih hati.

   “Awak tunggu dulu. Saya tak habis cakap lagi.” Jerit Ziyad membuatkan langkah perempuan tersebut terhenti di situ. Dia menoleh ke belakang dan memandang Ziyad.

   “Saya nak tahu nama awak.”  Perempuan itu langsung tidak menjawab malah meneruskan kembali langkahnya tadi meninggalkan Ziyad dengan penuh persoalan. Ziyad garu kepalamya. Lepas itu dia dia terus tersedar akibat terkejut dengan bunyi guruh yang sangat kuat ketika itu.

    “Kenapa perlunya hadir seorang perempuan yang aku langsung tak kenali selepas pemergiaan Nurul. Sayang abang tak faham apa yang sedang abang alami sekarang ni.” Luah Ziyad . Jauh matanya merenung ke arah dinding yang samar-samar.

    Ziyad kembali merebahkan kepalanya ke bantal. Baru saja dia ingin memejamkan mata semula dia di kejutkan dengan bunyi deringan telefon pintarnya.

   “Makhluk mana pula yang call aku pepagi buta ni?” Ziyad meraba-raba di tepi bantalnya dan sebaik saja menemui telefon miliknya terus dia melihat nama yang tertera di situ.  

    “Good morning. Kau tidur ke Ziyad?” Soal Epul dengan selamba di talian.

    “Kau ni tengah mengigau ke Epul call aku pepagi buta ni. Waktu ni orang tidurlah. Kau nak apa ni call aku awal pagi ni?” Soal Ziyad . Pelik tidak pernah-pernah si Epul ni menghubunginya pepagi buta begini.

    “Aku tak boleh tidurlah. Aku nak minta tolong kau buatkan date aku dengan Wawa. Bolehkan. Aku nak sangat keluar dengan dia. Wawa tu suka sangat jual mahal dengan aku.”

   “Kau call aku semata-mata pasal ni je ke?” Soal Ziyad. Ziyad menguap.

   “Yalah..” Ziyad menguap lagi. Mengantuk sangatlah tu.

   “Aku ni dah jadi personal assistant kau yang tak bertauliah la ni? Yalah esok aku tolong bagitau dekat Wawa. Ini mesti kes teringat dekat Wawa sampaikan kau tak boleh tidur malam. Dah la pergi tidur aku nak sambung tidur ni. Mengacau je kau ni Epul.” Jawab Ziyad dengan selamba.  Mata Ziyad kembali terpejam.

   Tidak sampai dua minit Ziyad sudah kembali terlena. Telefon pintarnya masih lagi berada di telinga. Sah Ziyad sangat mengantuk waktu itu dan keletihan. Mana tak letih kalau di ganggu oleh mimpi.

   “Hello hello.. Ziyad kau dah terlelap ke?” Jerit Epul di talian namun sunyi sepi tanpa jawapan.

   “Sah si Ziyad ni dah terlelap.” Epul terus mematikan talian dan meletakkan kembali telefon miliknya di atas bantal. Epul cuba untuk melelapkan mata. Jam di tepi katilnya di tilik sudah berginjak ke angka tiga setengah pagi.

    “Ziyad kenapa dengan mata kamu tu? Tak tidur ke?” Soal Datin Huwaidah sebaik saja melihat Ziyad mendekati meja makan untuk sarapan pagi.

   “Tidur mama tapi entahlah susah nak cakap. Tidur ayam kot.” Jawab Ziyad dengan selamba. Dia menarik kerusi dengan perlahan-lahan lalu duduk di meja makan.

   “Ziyad papa cadangkan kamu ambil cuti dan pergi bercuti seketika. Tenang hati kamu dan fikiran kamu. Sekarang ni papa tengok kamu terlalu mendesak kepala kamu berfikir apa kaitan dengan apa yang berlaku ni.” Suara Datuk Zahir kedengaran. Ziyad menoleh pada papanya. Datin Huwaidah terus duduk di hadapan anaknya bersama suaminya.

   “Betul apa yang papa cakap tu Ziyad. Mama rasa kamu terlalu mendesak sangat kepala kamu tu berfikir itu dan ini. Jangan paksa diri Ziyad. Kesihatan kamu belum pulih sepenuhnya lagi. Memang kamu seperti orang lain normal tapi ada sesuatu yang kamu tak ingat sebelum ni. Apa yang kamu tak ingat itu mama dan papa tak pasti .” Tambah Datin Huwaidah.

   “Cuti? Nantilah Ziyad fikirkan. “ Ziyad mengambil roti yang di salut dengan telur.

   “Tak payah fikir sangat Ziyad.  Tak ada salahnya bercuti. Kalau kamu tak nak bercuti sorang diri kita pergi satu family. Apa susahnya.” Datuk Zahir memberikan cadangan.

    “Mama setuju dengan cadangan papa kamu tu Ziyad.” Saat itu Ziyad terdiam dan berfikir sejenak. Cadangan mama dan papanya sedang di kaji olehnya.

     EFA keluar dari keretanya. Sekarang ni dia betul-betul berdiri di hadapan rumah Tok Lang. Dia mahu ke mari sejak minggu lepas lagi tetapi ada saja halangan yang tidak dapat di elak. Pintu dan tingkap rumah Tok Lang tertutup rapat.

    “Ke mana pula orang tua ni? Waktu aku perlukan dia boleh pula dia tak ada. Tak kan dia duduk dalam rumah dalam gelap kot?” Soal Efa sendirian. Kepalanya di garunya seketika. Dengan pantas Efa mendekati anak tangga rumah itu.

    “Tok lang oh Tok Lang.” Panggil si Efa dari luar rumah. Namun tiada juga jawapan. Efa menunduk ke bawah rumah tetapi Tok Lang tiada juga di situ. Selalunya orang tua tu kalau tak duduk atas rumah pasti dia duduk dekat situ. Ini tak ada pula. Ke manalah dia pergi agaknya.

    “Tok lang bukalah pintu ni..” Sekali lagi Efa memanggil tok lang. Namun tiada sahutan. Efa berjalan ke tepi rumah pula mencari kelibat tok lang. Baru dia melangkah beberapa langkah ke depan dia ternampak kelibat orang . Dia yakin itu pasti tok lang.

    “Tok lang buat apa tu? Penat tau saya panggil dekat depan tapi tok lang tak menjawab. Pasal apa duduk dekat belakang ni?” Soal Efa sebaik saja ternampak tok lang yang sedang berdiri di suatu sudut . Tok lang menoleh dan memandang Efa. Wajahnya sungguh bengis sekali.

   “Apa hal kamu datang ke mari?” Soal Tok lang pada Efa.

   “Kedatangan saya ni pastilah berhajat tok lang.” Jelas Efa pula.

    “Kau nak buat dekat siapa pula kali ni? Mana kau menghilang lama tak datang rumah aku.?” Soal tok lang.

    “Saya sibuk dengan kerjalah tok lang. Saya nak buat dekat lelaki yang saya suka dah bertahun-tahun dulu tapi dia tu sombong betul sekarang. Dulu sebelum dia kahwin memang dia suka saya tok tapi bila dia dah kahwin dia tak layan dan pandang saya dah tok. Macam mana tok saya nak dia sukakan saya dan tinggalkan isteri dan anak dia.” Terang Efa pada tok lang.

    “Kau ni tak habis-habis nak suruh orang sukakan kau tapi perangai tu buruk sangat.” Bidas tok lang lalu melangkah naik ke rumahnya. Efa mengekori dari belakang.

   “Eleh cakap orang. Tok pun sama. Salah guna ilmu.” Bidas Efa selamba. Tok lang tersenyum sinis menuju ke tempat duduknya.

   “Kau datang salah hari Efa. Hari ni aku tak boleh nak buat apa-apa . Barang pun tak ada. Kau datanglah dua tiga hari lagi nanti aku buatkan apa yang kau minta tu. Kau nak yang sama aku buat pada sepupu kau yang dulu ke?” Tok lang memandang Efa. Dengan laju sekali kepala Efa mengangguk.

   “Saya tak kisah tok nak buat macam mana janji dia suka pada saya.”

   “Macam ni la kau baliklah dulu. Lusa kau datang semula ke rumah aku. Lagipun sekejap lagi aku nak keluar ada urusan sikit.”

   “Baiklah lusa saya datang ambil barang tu tok. Terima kasih ya. Ini duit pendahuluan untuk tok. Saya balik dulu.” Efa menolak sampul surat bewarna putih pada tok lang. Sebaik saja nampak sampul surat itu tok lang sudah mengukir senyuman manis. Dia hanya menganggukkan kepala dan melihat saja Efa meninggalkan rumahnya.

    Kereta Efa baru saja meninggalkan perkarangan rumah tok lang. Di pintu tok lang berdiri manakala kedua-dua tangannya pula di letakkan di belakang .

    “Lepas ni kau tunggu la Washfa . Kau akan kehilangan Zikri. Dulu aku guna cara baik korang menyombong dengan aku. Dulu aku tak guna cara ni sebab aku kesiankan puteri sebab dia masih kecil tetapi sekarang budak action tu dah besar dan mengada dengan aku. Lepas ni budak kecik  papa kau akan jadi milik aku. Padan muka kau dengan mama kau.” Efa bercakap sendirian di dalam kereta sambil gelak jahat.

    Kenapa kebanyakan manusia di atas muka bumi ini suka sangat salah guna ilmu dalam mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan? Mengapa perlunya guna cara sebegitu rupa sedangkan manusia di kurniakan akal untuk memikir yang mana baik dan buruk. Apabila hati dah gelap dan hitam dah tak nampak jalan lain melainkan cara ini.

   Efa apa yang kau lakukan hari ini akan memberikan kesan pada masa akan datang. Setiap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini ada balasannya. Yang berbuat baik pasti dapat dibalas baik manakala yang berbuat jahat akan mendapat balasan yang setimpal.

    “TERIMA Kasih di atas maklumat yang di berikan pada kami. Minta diri dulu ya.” Ujar puan Yusnita pada seseorang. Dura dan ayahnya pula sudah menuju ke kereta. Dura menarik nafas sedalam-dalamnya. Hari ni sekali lagi mereka hampa kerana pencarian mereka tidak berhasil.

    “Ayah dekat mana lagi kita nak cari keluarga angkat Kak Adah? Dari kata mereka tadi kawan mak tu dah berpindah ke tempat lain selepas tinggal di situ. Ke mana agaknya diorang berpindahkan. Kenapa suka sangat pindah randah ni? Bukan ke ibu kata kawan dia ni dulu kerja di rumah anak yatim?” Soal Dura pada ayahnya Encik Idris.

   “Entahlah Dura. Ayah pun tak tahulah. Ayah bukan kenal sangat dengan kawan ibu kamu tu.” Jelas Encik Idris. Buntu kepalanya memikirkan di mana keberadaan teman baik isterinya. Entah masih hidup entah tidak mereka. Bertahun-tahun mereka terputus hubungan.

   “Orang tu kata Yati pindah ke tempat baru dan dia dah buka rumah anak yatim tapi dia tak pastilah sama ada Yati betul ke buka rumah anak yatim. Lepas ni kita cuba cari rumah-rumah anak yatim yang ada dekat sekitar sini ya.” Tingkah Puan Yusnita sebaik saja masuk ke dalam kereta.

   “Ibu rumah anak yatim dekat negeri kita ni ada berapa banyak? Betul ke kawan ibu tu masih berada dalam negeri ni ke dia dah berpindah ke negeri lain?” Soal Dura. Puan Yusnita terdiam seketika.

   “Itu ibu tak pastilah Dura. Kita usaha cari ya nak. Ibu nak kena juga cari dan tunaikan janji ibu pada arwah Adah dulu. Ibu yakin kawan ibu tu juga sedang mencari kita.” Jawab Puan Yusnita.

   “Jikalau di takdirkan Allah pasti kita ketemu dengan mereka ibu tapi bagaimana nanti reaksi keluarga itu bila dapat tahu yang Kak Adah tiada lagi di dunia ini?”

    “Apa yang bakal terjadi nanti kita tak mampu nak jangka Dura. Kita usaha dan berserah pada Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Hari dah gelap ni marilah kita balik.” Encik Idris memandang wajah anak perempuannya. Dura menganggukkan kepalanya.

    Kereta Dura mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan yang mereka pergi. Mereka ke sini setelahh mendapat maklumat dari kawan Puan Yusnita yang lain yang pernah berjumpa dengan orang yang mereka cari pada suatu ketika dulu.

     “SAMPAI hati kau Efa buat aku macam ni. Sampai hati kau tipu aku selama ni. Kau orang yang aku percaya . Kau sepupu aku yang aku dah anggap sebagai adik aku sendiri tapi kau buat aku macam ni. Aku kecewa dengan kau Efa. Aku kecewa sangat.” Air mata Nurul mengalir membasahi pipi.

    Dia sungguh tidak sangka dengan apa yang di lakukan oleh Efa padanya. Dia sayangkan Efa tetapi Efa telah buat dia begini.

    “Nurul aku buat semua ni untuk kau. Aku sayangkan kau jadi aku nak tengok kau bahagia. Ini saja caranya. Aku perlu buat macam ni sebab aku tak nak kau menderita dan sedih apabila suami kau tu sembuh nanti. Aku buat semata-mata untuk kebahagian kau Nurul. Kau sepatutnya ucap terima kasih pada aku Nurul bukan marah aku macam ni.” Jelas Efa . Matanya merenung wajah Nurul yang basah dengan air mata. Nurul geleng kepala.

    “Ini bukan caranya. Kau ingat dengan apa yang kau lakukan ini aku akan bahagia? . Kau salah Efa. “ Marah Nurul lagi.

   “Habis tu kau nak suruh aku gunakan cara apa lagi?” Soal Efa pula.

   “Aku kecewa dengan kau Efa. Sangat kecewa. Aku akan berterus-terang dengan abang Ziyad tentang perbuatan kau itu. Aku tak nak hidup dalam rasa bersalah seumur hidup. Kau buat macam ni bukan sebab kau sayang aku tapi kau nak rosakkan masa depan aku sebenarnya Efa.” Nurul nekad untuk berterus terang dengan Ziyad.

    “No aku tak izinkan. Nurul kau jangan jadi gilalah. Kau nak ke Ziyad tinggalkan kau lepas ni?” Soal Efa. Nurul mendengus dengan geram.

    “Aku tak peduli. Aku tetap akan bagitahu abang Ziyad kebenaran yang sebenar. Apa pun keputusan dia aku akan terima dan aku yakin dia tak akan salahkan aku dalam perkara ini sebab aku sendiri baru tahu apa yang kau dah buat untuk aku dan dia. Kau memang manusia pentingkan diri Efa. Kalau kau nak tengok aku bahagia dengan Ziyad bukan begini caranya tapi kau buat macam ni pada dia. Aku sedih dan aku malu Efa.” Nurul terus mencapai handbag miliknya untuk pulang ke rumah.

     “Nurul nanti. Aku tak benarkan kau balik sekarang ni. Kau tengah marah macam ni tak elok pandu kereta. Kau dah janji dengan mama kan nak tidur sini dan Ziyad juga dah izinkan. Kau nak mama kecil hati dengan kau ke?” Ugut Efa. Dia tahu kelemahan Nurul iaitu mamanya Puan Suraya. Nurul terlalu sayang dan hormatkan mamanya kerana mamanya yang telah mendidik dan menjaganya.

    Nurul tidak jadi melangkah. Dia menarik tangannya dari pegangan Efa lalu dia melangkah dengan laju menuju ke biliknya. Dia tidak mahu mamanya syak apa-apa berlaku antara dia dan Efa. Dia tidak mahu buat mamanya susah hati. Efa tersenyum penuh makna.

   “Eh Efa kau buat apa dekat sini sorang diri petang-petang macam ni. Bahaya tau. Sini ramai peragutlah.” Tegur seseorang pada Efa yang sedang duduk di sebuah bangku. Efa mendonggakkan kepalanya. Lamunan sebentar tadi berlalu pergi.

    “Kau buat apa dekat sini Zila?” Soal Efa.

     “Aku jogginglah. Ini kan taman . Kau ni nak kata jogging tak sebab kau pakai skirt. Apa yang kau menungkan ni? Hari dah lewat ni aku pun nak balik dah ni. Kau tak nak balik ke?” Soal Zila.

    “Dah petang sangat ke?” Soal Efa terpinga-pinga lalu menilik jam di tangannya. Jarum sudah pun berginjak ke angka tujuh malam.

    “Aku pun nak balik juga ni. Tadi aku berhenti sekejap dekat sini ambil angin. Jomlah aku hantar kau balik.” Jelas Efa. Zila mengerutkan dahinya.

    “Eh tak payahlah susah-susah. Aku drive sendiri tadi datang sini. Aku balik dulu nanti bising pula mama aku nanti. Jumpa lagi. Bye.” Zila melambaikan tangannya sebelum berlalu. Zila teman Efa. Mereka tidaklah rapat mana pun tetapi selalu terserempak memandangkan mereka suka lepak di taman ini. Zila sibuk dengan jogging nya manakala Efa pula sibuk melihat orang dan mengelamun. Itulah penyakitnya sejak arwah Nurul tiada.

Bersambung.....

NotaTerkepit: Hari ni cik writer cuba menyiapkan bab-bab terakhir BTW nih. Pasni boleh fokus pada Amani dan Rafique pula. Yang mss ADU atau tajuk barunya Saat Harus Memilih tu akan di edit/tambah/baiki selepas selesai kisah Amani dan Rafique . Nak buat serentak kang tertukar nama2 watak lak. Kisah Amani dan Rafique mungkin akan berada di blog pertengahan oktober atau awal november 2014.