Rabu, 31 Juli 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU SPECIAL PART 2

Assalamualaikum u oll...


Selamat petang .Hari ini seperti yang aku war2 kan sebelum ni yang ADU last update.Hari ini ADU special part 2.Bab mana x di mention kan, cuma  nak bagitahu yang  selepas Dian mengalami kemurungan Dian mengalami Amnesia di sebabkan oleh Hana.So bab hari ni sambungan special part 1 isnin lepas .Mekasih semua baca ADU..Lepas ni tunggu BCIP pula ya..Mekasih semua yang baca ADU dari prolog sampailah special part 2 nih.


                       




TEASER SPECIAL PART 2




    MALAM itu seperti yang di janjikan mereka berdua bertemu di sebuah restoran untuk makan malam bersama.Kali ini Dian tidak mengikut Zafran kerana Dian sendiri tidak mengetahui yang Zafran keluar bersama Hana.Sewaktu Zafran sampai Hana sudah pun berada di situ.

    Zafran memang sengaja datang seorang diri.Zafran ingin berbincang dengan Hana tanpa Dian.Zafran tidak mahu Hana menganggunya lagi selepas ini.Zafran sudah tidak tahan dengan karenah Hana yang masih tidak mengerti bahawa cintanya hanya untuk Dian.Antara mereka berdua tak lebih dari seorang kawan.Tapi bagaimana dengan Hana?Tak semudah itu Hana akan menerimanya.

      “Dah lama sampai?”Soal Zafran dengan muka serius.
      “Baru saja lagi.Terima kasih Zafran kerana sudi keluar makan dengan saya.” Tingkah Hana dengan senyuman lebar di bibir.

     “Saya terima pelawaan awak pun bersebab.Saya ada hal penting juga nak bagitahu awak hari ini.” Tegas Zafran.

     “Kot ya pun nak berbincang.Kita makanlah dulu.Perut saya dah lapar ni.” Rengek Hana pula.
     “Awak nak cakap apa dengan saya?Serius saja muka awak malam ni Zafran.” Tingkah Hana .
       “Memang ada hal serius.Berkaitan dengan hal saya , awak dan juga Dian.”
        “Hal apa?” Soal Dian dengan muka berkerut.

     “Hana , saya harap lepas ni awak tak akan ganggu kebahagian saya dengan Dian.Cukuplah saya hampir-hampir kehilangan Dian sewaktu Dian kemalangan hari tu.Izinkan saya bahagia dengan Dian.Awak berhak untuk bahagia dengan orang lain Hana.Tak perlu awak nak mengejar saya.” Terang Zafran .Hana sudah diam tidak berkutik.

    “Kenapa?Apa kurangnya saya Zafran?Saya ikhlas mencintai awak dengan sepenuh hati saya.Selagi awak belum kahwin selagi itulah saya akan mencuba untuk dapatkan awak.” Jelas Hana pula.

    “Tolonglah Hana.Saya nak hidup aman damai dengan Dian.Boleh tak awak jangan ganggu hidup kami.Tak perlulah awak cuba menonjolkan diri semata-mata untuk dapatkan perhatian dari saya.Hati saya hanya satu Hana dan ianya milik Dian seorang.”

    “Mudahnya awak cakap.Saya tak boleh buat apa-apa sebab saya memang sukakan awak sejak dulu lagi.Awak kejam langsung tidak memandang saya kan.Dian juga yang awak pilih.Entah ilmu apalah yang di pakai oleh Dian sampaikan awak tergila-gilakan dia sangat.” Marah Hana  dengan muka tidak puas hati.

    Zafran Nufail sudah muak dengan sikap Hana Yasmin.Bukan Zafran tidak tahu sudah banyak kali Hana cuba menggodanya.Pelbagai cara yang telah di buat oleh Hana.Namun Zafran sengaja buat tidak tahu biarpun ada ketikanya imannya hampir tergugat .

    Hana Yasmin ini betul ke cintakan pada Zafran Nufail atau ianya sekadar obses dan juga sikap untuk memiliki.

    Selepas itu mereka berdua sama-sama mendiamkan diri sambil menghabiskan makanan.Telefon bimbit Zafran pula berbunyi.Tertera nama Dian , dengan pantas Zafran menjawabnya.

    “Hai sayang..Buat apa tu?” Soal Zafran.Sebaik saja mendengar panggilan sayang itu Hana sudah mengetap bibir dengan geram.Sakit hatinya bila Zafran bersayang-sayang dengan Dian.
     “Awak dekat mana?Dah makan belum?” Soal Dian di talian.

     “Saya tengah makan ni.Rindu saya ya.” Usik Zafran yang membuatkan Dian ketawa di sebelah sana.Kemudian Zafran bangun dari kerusinya lalu menuju ke satu tempat yang senyap untuk bersembang dengan Dian.Hana menahan perasaan saja melihatnya.

   “Awak makan dengan siapa?” Soal Dian yang membuatkan lidah Zafran terkelu seketika.
    Tak mungkin Zafran mengatakan yang dia sedang makan malam bersama Hana.Kalau boleh Zafran tidak mahu Dian mengetahui hal ini.Kalau boleh biarlah dia sendiri yang uruskan hal ini.
    “Zafran awak masih di sana lagi ke?” Soal Dian lagi.

    “Ya sayang..Saya makan sorang sajalah.Siapalah nak temankan saya.” Zafran cuba mengusik Dian.

    “Tak habis-habis dengan Dian.Menyampah aku.” Bebel Hana sendirian.Terus bersandar pada kerusi.Hilang seleranya untuk makan.Hana berfikir sejenak.

    Hana kau boleh jalankan operasi ini.Dah lama kau rancang benda ini.Malam ni kau tahulah nasib kau Dian.Ini Hana Yasmin ok.Aku akan dapat apa yang aku nak walaupun itu hak orang.Gerutu hati Hana sendirian.

    Hana melihat tas tangannya yang berada di kerusi sebelahnya dengan senyuman.Kemudian Hana mengambil tas tangannya lalu membawa keluar sesuatu.

    “Malam ini adalah malam penentu untuk korang berdua.” Tegas Hana sambil tersenyum sebelum tangannya mencapai air minuman milik Zafran Nufail  lalu di letakkan pil yang sudah di hancurkan ke dalam minuman tersebut sebelum di kacaunya.Hana meletakkan kembali gelas milik Zafran Nufail dengan segaris senyuman.

    “Sorry lah Hana.Saya nak kena balik dulu.Saya nak siapkan kertas kerja.” Tingkah Zafran sewaktu tiba di meja makan.

    “Eh habiskan dulu makanan ini.Susah payah saya belanja awak malam ni.Lagipun lepas ni saya dah tak boleh nak keluar dengan awak lagi.Awak dan Dian bakal berkahwin.Mungkin saya akan pindah kerja.”Tingkah Hana dengan perlahan.

   “Awak nak berhenti kerja ke Hana?” Soal Zafran dengan pelik.
    “Begitulah hajat di hati.Maafkan saya Zafran sebab saya paksa awak untuk menyukai saya.Saya tahu cinta awak untuk Dian.Beruntung Dian.Saya cemburu dengan Dian.” Tingkah Hana dengan sedih.

   Wah Hana  kemain lagi kamu berlakon ya.Pandai sungguh kamu Hana.Kalau kamu jadi pelakon mestilah memang award .Anugerah Pelakon Terbaik Watak Antagonis.

    Zafran terdiam seketika.Dalam diam Zafran gembira apabila mendengar Hana akan bertukar tempat kerja.Selepas ini bolehlah Zafran dan Dian hidup dengan aman damai.

     “Habiskan makanan awak tu.Lepas tu boleh la kita balik.” Tingkah Hana dengan senyuman di bibir.Zafran hanya tersenyum lalu menyambung semula makan malamnya.Hana tersenyum penuh makna sebaik saja Zafran menyedut air minumannya.

    Zafran menuju ke keretanya.Di seluk poket seluarnya untuk mengeluarkan kunci kereta.Sebaik saja dia ingin membuka pintu kereta kepalanya sudah pening .Hana sudah mengikut Zafran dari belakang.Hana sudah tersenyum apabila melihat Zafran memicit kepalanya.

   Pandangan mata Zafran juga kabur.Matanya terasa berat sekali ketika ini.Bagaimanakah Zafran ingin memandu dalam keadaan begini rupa.

    “Zafran kenapa ni?” Soal Hana dengan muka cemas kononnya lalu mendekati Zafran.
     “Tak ada apa-apa.Kepala saya pening dan mata saya sangat berat.Mengantuk sangat ni.” Terang Zafran Nufail.

    “Eh awak jangan memandu dalam keadaan mengantuk begini.Bahaya.Biar saya hantarkan awak.Jomlah.” Tingkah Hana sambil memegang lengan Zafran .Hana mengambil kunci kereta milik Zafran lalu di genggamnya.Zafran tidak berkata apa-apa.Sebaik saja masuk ke dalam kereta mata Zafran terus terkatup dan langsung tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

   DIAN sudah pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Doktor sudah membenarkannya pulang ke rumah.Sementara menunggu ayah dan mak nya sampai Dian duduk di birai katil sambil merenung lantai.

         “Sampai hati awak buat kerja terkutuk ini Zafran.Awak tunang saya.Awak boleh buat macam ni pada saya.Hana sanggup awak buat saya macam ni.Awak berdua memang pengkhianat.Saya bencikan awak berdua.”

      “Lupa aku kau tak boleh nak bercakap.Tak apa kau dengar apa yang aku nak cerita tahu.Aku sebenarnya kan baru balik dari dating dengan Zafran.Kau kenal tak Zafran?Alah Zafran tunang kau tu la.Ya la kau kan gila tak kan dia nak keluar dengan kau.Tak boleh kau kena duduk rumah berehat sehingga kau sembuh.Itu pun kalau kau sembuhlah.Kalau kau tak sembuh mesti tempat kau dekat nun sana.Dekat tanjung rambutan.” Jelas Hana pula

     “Dian tunggu aku.Kau nak pergi mana?” Soal Hana sambil menarik tangan Dian.

    “Dian saya Zafran Nufail ingin melamar awak menjadi teman hidup saya.Adakah awak bersetuju?” Tingkah Zafran Nufail sambil menghulurkan sejambak bunga ros kepada Dian Batrisya.
     “Sebenarnya..sebenarnya…..

     “Dhiya’ lori dekat depan..”Jerit Dian dengan tiba-tiba apabila melihat Dhiya’ hampir melanggar lori .Dhiya’ mengelak dari lori tanpa sedar ada sebuah van di sebelahnya yang ingin memotong.Kereta yang di pandu oleh Dhiya’ hilang kawalan lalu menyebabkan berlaku kemalangan.Dian dan Dhiya’ hanya sempat menyebut. Ya Allah sebelum mereka berdua menutup matanya

        Satu persatu peristiwa menerjah ke dalam fikiran Dian membuatkan dada Dian berombak dengan laju.Dian memejam matanya dengan rapat.Dian sudah ingat semuanya.Dalam diam ada air mata yang mengalir dari tubir mata Dian.

       “Bangkit Dian.Bangkit.Dian kuat.Jangan bersedih.Hadapainya dengan tabah.” Dian mendengar suara arwah Dhiya’ bermain di cuping telinganya.Kemudian Dian membuka matanya lalu mencari kelibat arwah Dhiya’.

     “Astagfirullah A’lazim.” Dian berisgtifar sambil menarik nafas dengan dalam.
     “Dian…are you okay? Soal Doktor Rafiqi yang baru saja muncul.Dari tadi lagi doktor Rafiqi memerhati keadaan Dian.

     “Saya ok.” Jawab Dian  dengan senyuman tawar.
     “Dian lain kali hati-hati ya.Terkejut saya tengok Dian masuk hospital lagi.”Tingkah doktor Rafiqi sambl berdiri di  hadapan Dian.

    “InsyaAllah Rafiqi.” Balas Dian lagi sambil mendongak melihat wajah doktor Rafiqi sebelum Dian mengalihkan pandangan ke sudut lain.

     “Rafiqi..Saya dah ingat semuanya..”Jelas Dian.

      “Alhamdulilah.Ini bermakna ingatan awak dah pulih semula.” Balas doktor Rafiqi dengan senyuman.

    “Saya ingat semuanya.” Tingkah Dian lagi sambil termenung.

    “Bersabar Dian.Awak kena tabah hadapi semua ini.Saya tahu awak kuat.” Pujuk doktor Rafiqi.Dian hanya  menganggukkan kepalanya.Dian kecewa dengan Zafran dan juga Hana.Hatinya bagaikan di hiris.

   “Awak dah ingat tunang awak?”Soal doktor Rafiqi.Dian hanya membisu seketika.
    “Ya saya dah ingat.Jangan sebut tentang tunang saya lagi.Saya bencikan dia.Saya benci dia.” Balas Dian.Sebut saja berkaitan dengan tunangnya Dian akan melenting kerana di ruang matanya terus terbayang sewaktu Zafran dan Hana tidur sekatil.Perkara itu benar-benar menyakitkan hatiny.Kepercayaan di berikan pada Zafran kini hancur.

     Doktor Rafiqi terkejut.Ingin bertanya pada Dian namun suaranya bagaikan tersekat.
    “Dian dah siap ke?” Soal Puan Sakinah yang baru saja muncul.
     “Dah mak.” Jawab Dian sewaktu menoleh kepada Puan Sakinah.

     “Kalau begitu marilah kita balik.Ayah tunggu dekat kereta.” Ujar Puan Sakinah.Dian menganggukkan kepalanya lalu ingin mencapai begnya namun doktor Rafiqi terlebih dahulu mencapai beg pakaian milik Dian.

    “Biar saya tolong awak.” Tingkah doktor Rafiqi.
    “Terima kasih.” Balas Dian dengan senyuman tawar.Dari wajah Dian doktor Rafiqi yakin yang ada sesuatu sudah berlaku antara Dian dan juga tunangnya.

    Dian terus berjalan sambil memeluk lengan Puan Sakinah.Doktor Rafiqi juga turut berjalan beriringan dengan mereka berdua.

    “Dian lupa mak nak bagitahu.Zafran ada dekat luar sana dengan ayah.” Ujar Puan Sakinah.Dian terus berhenti melangkah.

    “Dian tak nak jumpa Zafran mak.Tolong Dian mak.Dian tak nak jumpa dia.”Mohon Dian dengan muka penuh merayu.

    “Kenapa Dian tak nak jumpa dia.Zafran tu kan tunang Dian.Dia yang bawa Dian ke hospital waktu Dian di langgar hari itu.” Balas Puan Sakinah.

    “Tidak mak.Dia bukan tunang Dian.” Balas Dian.

     “Astagfirullah A’lazim.Kenapa ni Dian.Tak baik cakap begitu.” Pujuk Puan Sakinah.
    “Mak , Dian tak nak jumpa dia.Nanti mak dengan ayah akan tahu siapa sebenarnya Zafran dan siapa sebenarnya Hana.Dian bencikan mereka berdua.” Balas Dian .Puan Sakinah terkejut mendengar.

   Apa sudah jadi ni?Soal hati Puan Sakinah dan juga doktor Rafiqi..

   “Dian tak akan keluar dari sini kalau Zafran masih ada bersama dengan ayah.” Tingkah Dian.Puan Sakinah sudah melopong seketika.

   Dian terus berdegil tidak mahu keluar dari hospital.Kemudian Dian duduk di salah sebuah kerusi.
  “Dian..Maaf kalau saya campur tangan.Walaupun Dian bencikan tunang Dian  janganlah Dian buat ayah dan mak Dian susah hati.Kasihan ayah Dian dah tunggu Dian dekat luar.”Pujuk doktor Rafiqi pula.Diam hanya diam tidak berkutik.

    “Jom nak.Kita balik.Kasihan nenek sorang dekat rumah.” Pujuk Puan Sakinah pula.Dian menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dan melangkah.Puan Sakinah sudah tersenyum memandang doktor Rafiqi.

    “Dian..Dian..Bagi saya terangkan semua ini.” Tingkah Zafran Nufail sebaik saja melihat Dian berjalan bersama Puan Sakinah.Dian membatukan diri.Tangannya kejap memeluk lengan Puan Sakinah.Manakala doktor Rafiqi pula menjadi pemerhati.

    Dian terus membuka pintu kereta lalu memboloskan diri dalam kereta.Dian langsung tidak memandang pada wajah Zafran Nufail.Dian lebih selesa berdiam diri ketika ini.Encik Yusuf terkejut melihat anaknya langsung tidak mempedulikan tunangnya.

    “Pak cik , Mak cik..Ingatan Dian dah pulih.: Ujar doktor Rafiqi.Di kala itu Zafran juga turut terkejut namun dia gembira mendengar khabar itu.Ini bermakna Dian sudah ingat pada dirinya.Bagaimanakah dia harus menerangkan pada Dian tentang kejadian itu.Dia langsung tidak sedar bila Hana bawa balik dirinya ke rumah itu.

   “Alhamdulilah..” Ujar Puan Sakinah dan Encik Yusuf dengan penuh kesyukuran.
    “Pak cik saya nak jumpa Dian.”Tingkah Zafran Nufail.

    “Macam ni la, nanti kamu datang ke rumah.Kita bincang elok-elok.Biar Dian bertenang dulu.Pak cik dengan mak cik tak tahu apa yang dah terjadi antara kamu berdua.” Ujar Encik Yusuf.Zafran hanya menganggukkan kepalanya dengan lemah.Dian langsung tidak memandang wajahnya.
   “Baiklah pak cik.” Jawab Zafran.

   “Kami balik dulu.Terima kasih doktor.” Tingkah Puan Sakinah.
    “Sama-sama mak cik.” Balas doktor Rafiqi sambil tersenyum.Zafran terus bergerak menuju ke keretanya dengan lemah .


     Bagaimanakah caranya untuk memujuk Dian kembali.Desis hati Zafran Nufail.

NotaTersepit: Cerita ini belum ternoktah di sini...ADU sedang di nilai.InsyaAllah kalau ada rezeki ADU adalah kalau tak ada akan di sambung semula cerita ini di blog ni.Mekasih semua.. :)

Minggu, 28 Juli 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU SPECIAL PART 1

Assalamualaikum u oll...


Minggu ni akan di update teaser special dari 2 bab yang ada dalam ADU yang di mana x di mention bab berapa.Hehehhee..Hari Khamis ni last update ADU..Mekasih semua yang singgah dan baca cerita ni.. =)



                             




TEASER SPECIAL PART 1

    “SAYANG nanti  kita sambung lagi cerita , nak kena sambung buat kerja.Balik karang saya hantarkan awak seperti biasa ok.”Tingkah Zafran Nufail sambil tersenyum pada Dian.
    “Ok.Pergilah sambung kerja.Saya pun ada kerja nak kena buat.Petang nanti saya tunggu awak dekat pintu depan.”Balas Dian sambil membalas senyuman dari tunangnya.

    Sejak Dian bekerja semula di Khalid Group ni pergi dan balik memang di jemput oleh Zafran Nufail.Pada mulanya Dian ingin memandu sendiri namun sebaik saja Dian beritahu pada Zafran terus Zafran menghalangnya.Dian hanya mengikut saja.

    Kemudian Zafran terus menoleh menuju ke meja Suzie sambil mengambil sesuatu sebelum bergerak menuju ke ruang kerjanya.Dian pula sudah pun mengadap skrin komputer untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai sejak tadi.Pagi tadi sememangnya Dian sudah berkobar-kobar untuk membuat kerjanya tetapi di sebabkan dia tiada idea yang menarik jadi Dian banyak buat research dekat internet untuk mencari idea atau dapatkan sedikit gambaran.

    Zafran baru saja ingin melabuhkan punggungnya di kerusi namun tidak sempat kerana Zafran terpandangkan seseorang.Di kala itu Hana sedang melambaikan tangannya pada Zafran.Hana melambaikan tangannya pada Zafran supaya Zafran datang ke tempatnya.

    Apa helah Hana sebenarnya ni?Ada saja Hana ini.Jangan si Hana ni buat hal mengarut sudahlah.Terima sajalah kenyataan tu cik Hana Yasmin oii.Cinta itu bukannya boleh di paksa.

    Zafran tidak faham dengan lambaian tangang dari Hana.Zafran apa lagi tayang muka blur lah sambil mengerutkan dahinya.Si Hana ni melaung pun manalah Zafran nak dengar jikalau Hana berada di jabatannya yang di kelilingi cermin.Zafran membuat gaya tidak dengar sambil meletakkan tangannya di telinga.Hana mengeluh sekejap lalu mengangkat tangannya sambil buat aksi tunggu sekejap.

   Hana mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja lalu di dail nombor telefon Zafran.Terperanjat Zafran mendengar telefonnya berbunyi.Zafran mengerut dahi lagi sebelum menjawab panggilan dari Hana.

    “Perempuan ni nak apa pula?” Bebel Zafran sendirian .
    “Hello Hana .Kenapa?” Soal Zafran di talian.

    “Zafran.Sorry kacau you.Boleh datang dekat jabatan saya tak sekejap.” Soal Hana di sebelah sana.Zafran menoleh kembali kea rah jabatan yang di huni oleh Hana.

    “Awak nak apa?Saya banyak kerja ni.” Tingkah Zafran pula.Memang dia ada banyak kerja yang harus dibuat olehnya.

    “Sekejap saja.Ada hal sikit.” Pujuk Hana sambil melambaikan tangannya lagi.
     “Ada apa ni Hana?Saya banyak kerja nka buat dekat sana?” Soal Zafran sebaik saja tiba di depan Hana Yasmin.Di kala itu juga senyuman di bibir Hana sangat lebar.

     “Saja je.Zafran sebenarnya saya ingat nak ajak awak makan.Bolehlah.Saya belanja.Lagipun tak lama lagi awak dah nak kahwin dengan Dian.Lepas ni saya janji saya tak akan ganggu awak berdua lagi.” Tingkah Hana Yasmin sambil merenung Zafran Nufail.

     “Makan?Saya sorang atau saya dan Dian.” Sengaja Zafran tekankan nama Dian di situ.
      “Saya ingat nak buat party sikit , ala-ala bachelor party macam tu.” Jawab Hana dengan selamba.

     “What bachelor party.Hana awak sedar tak apa yang awak cakap ni.Yang awak nak ikut gaya barat sangat tu kenapa.Saya tak nak.Dah la saya nak pergi sambung buat kerja.Awak ni banyak terikut dengan gaya barat sangat ni.” Tingkah Zafran sambil menggelengkan kepalanya.

    Eh mamat ni.Aku ajak je.Tu dah nak melenting.Bebel Hana sendirian di dalam hatinya.
    “Ok sorry.Kalau awak tak nak macam tu jadi saya belanja awak makan sajalah.Kalau awak menolak bermakna saya ni bukan kawan awak.”Hana cuba menggugut Zafran Nufail.

     “Awak ugut saya ke Hana.Kalau setakat nak belanja makan boleh saja tapi saya kena datang dengan Dian lah.Dian kan tunang saya.”Balas Zafran Nufail dengan selamba.

     Sebaik saja mendengar nama Dian .Hana mengetap bibir tanda geram dan protes.
     Relax Hana.Tak mengapa.Biarkan Dian datang.Barulah best sikit orang kata.Gerutu Hana sendirian di dalam hatinya.

     “Ok memanglah awak patut datang dengan Dian.Dia kan tunang awak.Ok nanti awak bagitahu Dian sekali.Saya belanja .” Tingkah Hana dengan gembira.Jerat mengena kali ini.Zafran hanya mendiamkan diri sebelum berlalu nak menyambung kembali kerjanya.

    Hana peluang depan mata.Kau kenalah guna sepenuhnya.Desis hati Dian sendirian .Bibirnya terus saja tersenyum.

     TASHA baru saja balik dari outstation pagi ini.Dengan kepenatan Tasha memulas tombol pintu rumahnya.Tasha menarik beg berodanya lalu di bawa masuk ke dalam.Kali ini Tasha outstation di Perak.Sebaik saja ingin melangkah masuk ke dalam rumah Tasha pelik kerana melihat kasut lelaki bewarna hitam ada di lantai.Tasha menggarukan kepalanya.

    “Kasut siapa pula ni?Jangan kata si Hana bawa lelaki balik masa aku tak ada dekat rumah.Gila ke apa perempuan ni?” Bebel Tasha sendirian lalu melangkah masuk ke dalam ruamh.Sempat juga Tasha menjenggukkan kepalanya di ruang tamu namun tiada sesiaap di situ.Tasha meletakkan beg rodanya di tepi sofa sebelum bergerak ke dapur.

    “Hana..Kau dekat mana?” Panggil Tasha.Namun langsung tiada sahutan.Tasha ke ruang dapur jelas sekali tiada orang di situ.Tasha menoleh kanan dan kiri mencari kelibat Hana namun tidak juga kelihatan.

     “Mana pula minah ni?” Soal Tasha sendirian sambil bercekak pinggang.Entah kenapa hantinya tiba-tiba saja tidak merasa sedap hati.

    Tasha menapak semula ke ruang tamu lalu di labuhkan punggungnya di situ.Baru saja Tasha ingin merebahkan kepalanya tiba-tiba saja kedengaran loceng rumahnya berbunyi.
    “Assalamualaikum..”Kedengaran seseorang memberikan salam.

    “Waalaikumussalam..Eh Dian.Lama tak jumpa kau.Kau sihat?” Soal Tasha sambil memeluk erat Dian.
     “Awak kenal saya?” Soal Dian dengan terpinga-pinga sebaik saja pelukan di lepaskan.
     “Dian..Kau tak kenal aku.Tasha?Kawan serumah kawan baik kau Hana.Aku juga berkawan baik dengan arwah Dhiya’.” Terang Tasha dengan muka keliru.

      “Maafkan saya Tasha.Saya tak ingat.Selepas jatuh tangga saya di sahkan amnesia.Memang saya tak ingat.Bukan awak saja yang saya tak ingat malah Hana dan juga tunang saya Zafran juga saya tak ingat.” Terang Dian pula.Tasha melopong seketika.

     “Ya Allah Dian.Aku minta maaf sebab langsung tak tahu kau hilang ingatan.Aku melawat kau waktu kau sedang mengalami kemurungan dulu.Waktu tu kau langsung tak nak bercakap dengan aku.Selepas itu aku kena transfer ke Perak sekejap atas urusan kerja.Aku baru saja sampai pagi ini dekat rumah ni.Macam mana kau boleh datang ke mari?” Soal Tasha pula.

   “Tak mengapa Tasha.InsyaAllah nanti saya akan ingat kembali.Saya datang ke mari sebab Hana hantar mesej pada saya suruh datang ke mari.Dia send mesej tu malam tadi cakap dia tidak sihat.Dia minta saya datang pagi ni .Minta tolong saya hantarkan dia ke klinik.” Jawab Dian pula.Tasha menganggukkan kepalanya.

   “Ya ke.Aku pun cari dia.Tapi dia tak ada dekat ruang tamu.Mungkin juga Hana sedang tidur di bilik kot.Marilah kita masuk jengguk Hana di dalam.” Jawab Tasha lalu menarik tangan Dian masuk ke dalam rumah.Dian hanya tersenyum dan mengikut saja langkah Tasha.

      “Dian dapat dekat mana alamat?” Soal Tasha sebaik saja Dian menjejakkan kikinya di ruang tamu.
      “Hana hantar alamat rumah ni melalui sms.” Jawab Dian lagi.
      “Jomlah kita tengok Hana dekat bilik dia.” Tingkah Tasha lalu menarik tangan Dian sambil menuju ke arah bilik Hana.

       “Hana..kau dah bangun belum?” Soal Tasha sambil mengetuk pintu bilik Hana.Berkali-kali juga dia cuba memanggil dan mengetuk pintu bilik Hana namun tiada sahutan.Tasha cuba memulas tombol pintu.Tersenyum Tasha pada Dian apabila tombol pintu bilik Hana tidak berkunci.

    “Bukalah Tasha.Hana masih tidur kot.” Ujar Dian sambil menyuruh Tasha membuka pintu bilik Hana.Tasha hanya menganggukkan kepalanya sebelum membuka pintu bilik Hana dengan perlahan.

     “Hana bangunlah.Dian dah daaa…..” Tasha terkelu seketika apabila melihat Hana yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya pula ada seorang lelaki.Namun wajah lelaki yang sedang terbaring itu tidak dia tahu siapa.Dian menekup mulutnya sambil memandang Tasha.

    “Astagfirullah A’lazim ..Hana….Apa kau buat ni?Jerit Tasha dengan lantang sekali menyebabkan Hana tersedar.Hana membuka mata dengan perlahan-lahan seolah-olah tiada apa yang berlaku.Hana bangun dan duduk menampakkan dirinya yang sedang memakai baju tidur satin yang tersangat jarang.Terbeliak mata Tasha dan Dian melihat keadaan Hana ketika ini.

     “Kau ni nak apa bising pagi-pagi.” Marah Hana sambil menenyehkan matanya.
      “Banyak kau bising.Apa kau buat ni Hana?Siapa lelaki sebelah kau tu?” Jerit Tasha lagi.Nafasnya turun naik ketika ini.Sakit hati dengan perangai Hana.Tidak sangka Hana akan bawa balik lelaki di rumanhya sewaktu ketiadaanya.

    “Oh sebelah aku ni.Kawan aku.”Jawab Hana dengan selamba.
    “Hana apa semua ni?Hana mesej Dian cakap Hana tak sihat.Minta Dian datang bawa Hana ke klinik.” Tingkah Dian pula setelah berdiam diri.Mahu terkejut Dian melihat sahabatnya begini rupa.
    Lelaki tersebut tersedar sebaik saja mendengar suara perempuan sedang bising.Dengan payah sekali lelaki tersebut membuka mata.Kepalanya masih lagi pening.

    “Aku dekat mana ni?” Soal lelaki tu sambil membuka mata .Sebaik saja melihat  suasana bilik yang lain lelaki itu kelam kabut lalu bangun dan menoleh ke arah Dian dan juga Tasha.
    “Zafran.” Jerit  Dian dan Tasha serentak dengan muka yang terkejut.Zafran masih lagi kebinngungan di kala ini.Kepalanya di pegang kerana masih lagi terasa pening.

     “Dian macam mana awak ada dekat sini?” Soal Zafran dengan blur dan keliru.Kemudian Zafran memandang orang di sebelahnya.Sebaik saja melihat sesusuk tubuh di sebelahnya terus saja Zafran membuka mata seluas-luasnya.

     “Zafran apa semua ni?” Marah Dian. Wajah putih Dian sudah bertukar menjadi merah kerana menahan kemarahan.

      “Sampai hati awak buat kerja terkutuk ini Zafran.Awak tunang saya.Awak boleh buat macam ni pada saya.Hana sanggup awak buat saya macam ni.Awak berdua memang pengkhianat.Saya bencikan awak berdua.” Ujar Dian.Air matanya sudah gugur jatuh ke pipi.

    Jantung Dian hampir-hampir berhenti berdegup sebaik saja melihat wajah Zafran yang tidur dengan lena bersebelah Hana.Hati perempuan mana yang tidak sakit?Dian meraup wajahnya yang basah dengan air mata sebelum berlari keluar dari bilik tersebut.

    “Dian..Sayang tunggu dulu.Saya tak tahu bagaimana saya boleh ada di sini.Percayalah Dian.” Laung Zafran sambil berlari menuruni katil sebelum mengejar Dian.Tasha sudah mencerlungkan matanya pada Hana.Namun hati Hana sememangnya keras langusng tidak mengendahkan pandangan Tasha pada ketika ini.

   “Aku tak sangka perangai kau seteruk ni Hana.” Jerit Hana dengan marah.
     Dian berlari keluar menuju ke kereta.Dian mengambil sandle miliknya lalu di pegang,Dian berlari dengan berkaki ayam menuju ke kereta.Hancur luluh hatinya di kala ini.Tunangnya tidur dengan perempuan lain.Dian memejam mata seketika.

     “Sayang dengar dulu.” laung Zafran sambil mengejar Dian.Zafran berjaya mencerkup tangan kanan Dian.

     Dian meronta dan menarik tangannya dengan kasar dari cengkaman Zafran.Dian cuba untuk melintas jalan menuju ke keretanya .

     “Cukup Zafran.Awak khianati saya.I hate you very much.Saya tak akan maafkan awak.”Jerit Dian .Air matanya kala ini sudah mencurah-curah mengalir di pipi.

     “Bagilah peluang untuk saya terangkan semua ni.Percayalah Dian.Saya tak tahu bagaimana saya boleh berada di sini.” Zafran cuba membela dirinya.Dian menggelengkan kepala pada Zafran.

    Kepercayaan Dian pada Zafran sudah hilang dengan serta merta.Dian tetap membisu seribu bicara .Air matanya saja yang mengalir tanpa henti .Dian tidak mahu mendengar apa-apa lagi.Dian ingin pergi dari situ.

    Zafran cuba meraih tangan Dian kembali namun Dian menepisnya.Dian cuba untuk menuju ke keretanya yang terletak di seberang jalan berhadapan dengan rumah milik Hana.

     “Lepaslah.Saya benci awak.benci awak.” Marah Dian sambil menoleh lalu menuju ke keretanya, Zafran mencuba sekali lagi.Dian menepis lagi sekali sebelum berlari menuju ke keretanya.Namun malang tidak berbau apabila Dian langsung tidak menoleh kiri dan kanan sewaktu melintas lalu menyebabkan Dian di langgar lagi sekali.Dian di rempuh oleh sebuah kereta .Pemandu kereta tersebut menekan brek dengan mengejut.Dian sudah tidak sedarkan diri.Di kala itu juga Tasha dan Hana keluar dari rumahnya.

    “Dian..”Jerit Zafran dengan sekuat hatinya lalu berlari dan memangku kepala Dian.Tasha terus berlari mendapatkan Dian.

     “Dian..Ya Allah..Dian bangun.Zafran cepat kita bawa Dian ke hospital.” Jerit Tasha .Zafram terus memangku Dian lalu di bawa Dian ke kereta Tasha.

     Hana hanya melihat saja tanpa membantu.Hari ini puas hatinya apabila dia sudah berjaya dengan rancangannya.Terlukis satu senyuman di bibir Hana.Padan muka kau Dian.Gerutu Hana di dalam hatinya.


    Astagfirullah A’lazim Hana.Busuknya hatimu.Sanggup kau buat begini pada Dian.Ke manakah hilangnya hati budi mu .Kejam sungguh kamu Hana . 

Bersambung...

NotaTersepit: Sekarang sedang menyiapkan cerpen raya cristall ball vs almond london.Esok akan di update sambungan cerpen itu.


Sabtu, 27 Juli 2013

CERPEN - CRISTALL BALL VS ALMOND LONDON PART 1

Assalamualaikum u oll....

Seperti yang aku janjikan hari tu kan yang Dirimu Satu x da versi raya sebab aku gabung dalam novel Aku Ditakdirkan Untukmu. .Maaf ya.Oleh sebab itu aku ganti Cerpen  yang bertajuk Cristall Ball Vs Almond London..Hehehhee..Maaf kalau cerpen  ni ada kekurangannya.Terima kasih ya singgah baca dan tunggu sambungannya... :) 







PART   1

     MALAM itu semua warga kampung padi bunting sibuk menonton televisyen.Kebanyakan penduduk kampung tidak sabar mendengar pengumuman puasa untuk tahun ini.Sebaik saja di umumkan tarikh puasa mereka semua tersenyum gembira.Masing-masing memanjatkan kesyukuran.Semoga Ramadhan tahun ini memberikan seribu keberkatan pada mereka.

   “Opah lusa kita dah puasa.” Tingkah Sara Nisrina sambil menoleh kepada opahnya yang sedang mengelap cermin matanya.

   Sara Nisrina di besarkan di kampung bersama opahnya sejak kematian kedua ibu bapanya .Kemalangan tersebut telah meragut nyawa keluarga Sara.Sewaktu kemalangan itu hanya Sara saja yang terselamat .Kemalangan itu berlaku sewaktu umur Sara tiga belas tahun dan kini umur Sara sudah pun mencecah dua puluh dua  tahun.

    “Ya ke.Alhamdulilah.Bulan Ramadhan menjelma lagi. Malam esok dah mula berterawihlah kita.” Balas Opah dengan senyuman.

    “Ya opah.Alhamdulilah.Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.” Balas Sara sambil tersenyum.

    “Opah esok kita pergi rumah nek wan ya.Kasihan nek wan duduk rumah tu sorang-sorang.Suruhlah nek wan berpuasa di rumah kita ni nek wan.Opah pun ada juga kawan.” Tingkah Sara lagi.

    “Nek wan kamu tu bukannya nak duduk sini.Mana dia boleh tinggal rumah dia tu.Tiap-tiap tahun opah ajak dia duduk sini sepanjang bulan puasa tak mahunya.” Ucap opahnya pula.
    “Opah dengar cucu nek wan kamu yang belajar dekat ober apa ntah nek wan kamu cakap ober ..ober…” Opah menggarukan kepalanya sambil mengingati kembali tempat yang di sebut oleh temannya.

     “Oversea ke opah?” Soal Sara .

     “Haa betullah tu.Obersi .Opah tak tahulah dekat mana.Budak tu cuti katanya jadi dia nak temankan nek wan kamu dekat kampung.” Sara tergelak kecil mendengar opahnya menyebut oversea jadi obersi.

   “Boleh ke opah  budak Bandar duduk kampung?Cucu dia yang mana?Sara  kenal ke opah?”Soal Sara lalu mendekati opahnya.

   “Nek wan kamu tu sorang saja anaknya.Bila cucu dia sampai kampung ni nanti kenallah kamu Sara.Hari dah malam ni opah nak masuk tidur dululah.Mata opah pun dah mengantuk sangat ni.” Balas opah Sara lalu bangun dengan perlahan-lahan.Tangannya meraba-raba dinding untuk berjalan.

    “Opah ..biar Sara temankan opah sampai ke bilik.” Balas Sara lalu memimpin opahnya menuju ke bilik.

    “Kamu jangan tidur lambat pula Sara.Esok kita nak kena pergi pasar beli barang-barang untuk bulan Ramadhan ni.” Sempat lagi opahnya menitipkan pesanan sewaktu punggungnya berada di atas katil.

   “Opah janganlah risau.Sara akan tidur nanti.Sara nak kira orang-orang yang tempah biskut raya tahun ni opah.Kalau nak beli barang-barang tu nanti senang.” Balas Sara.
   “Ya la.Opah tidur dulu ya.” Ucap opah Sara.

   “Baiklah Opah.Selamat malam.” Balas Sara lalu mengucup dahi opahnya.Selepas itu Sara menutup pintu bilik opahnya lalu menuju ke ruang tamu untuk mengira tempahan biskut raya untuk tahun ini.

    “Alhamdulilah bertambah rezeki aku puasa ni.” Ujar Sara dengan senyuman.

     Sara memang tidak belajar tinggi bukan kerana dia tidak pandai tetapi dia sayang untuk tinggalkan opahnya sendirian.Opahnya yang bersusah payah membesarkannya.Bagi Sara opahnya adalah segala-galanya.InsyaAllah tiba masanya nanti Sara akan melanjutkan pelajarannya.Buat masa ini Sara tidak mahu menyusahkan opahnya.Walaupun umur makin hari makin tua namun Sara tidak akan berputus asa untuk sambung belajar satu hari nanti.

   HARI ini hari pertama umat islam seluruh dunia berpuasa.Sara baru saja pulang dari kedai runcit yang berdekatan dengan rumah nek wan.Di tangan Sara pula sudah terisi dengan plastik yang dimana di dalamnya sos cili, kicap dan juga gula.

    “Kereta mewah siapa pula dekat rumah nek wan tu?” Tingkah Sara sambil mengerut dahi.Kakinya tetap melangkah.Alang-alang melintasi rumah nek wan ada baiknya Sara singgah sebentar berjumpa nek wan.

    “Assalamualaikum nek wan.” Sara memberikan salam.
     “Waalaikumussalam.Eh Sara dari mana.Mari naik dulu.” Ujar nek wan pula sebaik saja melihat kelibat Sara.

  “Sara dari kedai runcit Pak Leman beli ni.” Sara menunjukkan barang-barang yang berada di dalam plastiknya.

    “Nek wan ada tikus..” Jerit seorang lelaki di atas rumah.Sara dan nek wan berpandangan sesama sendiri.

    “Mana pula datang tikus ni?” Soal nek wan lalu bergegas naik ke atas.Sara juga mengekori nek Wan dari belakang.

   “Mana tikusnya?” Soal nek wan.Mata Sara memandang seorang lelaki yang sedang memegang sebatang penyapu.

   “Bawah katil rasanya nek wan.” Tingkah Zakwan sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah katil.Sara menahan ketawa.

   Penakut tikus rupanya mamat ni.Muka kemain lagi macho dengan tikus pun takut ke?Gerutu Sara sendirian sambil gelak jahat di dalam hatinya.

   “Mana?Dah tak adalah Zakwan.Kamu ni dengan tikus pun nak takut ke?” Bebel nek wan pada cucunya.

  “Bukan takut nek tapi geli.” Jawab Zakwan .Akhirnya meletus juga tawa Sara yang di tahan sejak dari tadi.

   “Hoi yang kau ketawa macam pontianak tu kenapa?” Marah Zakwan pada Sara.
   “Oppss sorry..Tak sengaja ketawa.Mulut saya ni yang nak ketawa.” Bidas Sara sambil menekup mulutnya.Nek wan sudah tersenyum melihat gelagat Sara dan juga Zakwan.

  “Dah-dah jangan nak gaduh.Zakwan ni nek wan kenalkan Sara Nisrina cucu opah yang nek wan cerita tu.Sara ini cucu nek wan Zakwan Harith.” Ujar nek wan.

    “Oh cucu nek wan ke yang budak Bandar tu nek wan?” Dengan selambanya Sara berbicara.Zakwan sudah mengetap bibirnya.

   Aku rasa nak cekik saja pontianak ni.Desis hati Zakwan sambil buat aksi mencekik pada Sara.Pada waktu itu juga Sara terpandang pada Zakwan dan dengan selambanya Sara menjelirkan lidah pada Zakwan tanpa nek wan perasan.

   “Sibuk saja.Ya memang aku budak bandar .Kau tu budak kampung.” Ucap Zakwan sabil menjeling tajam pada Sara.

  Fuh jelingan maut kononnya.Apa kau ingat aku takut ke?Perasan betul .Sempat lagi Sara mengutuk Zakwan.

   “Eleh nama saja budak bandar tapi penakut dengan tikus.” Bidas Sara dengan selamba.Zakwan sudah mengepal tanganya.

   Perempuan ni aku nampak kecil besar kecil besar je.Memang nak kena.Gerutu Zakwan.
  “Dah tak elok bergaduh.Mari Sara ikut nek wan ke dapur.Alang-alang Sara datang nek wan nak bagi kuih yang nek wan buat untuk opah kamu.”Nek wan sudah menarik tangan Sara.Sewaktu melangkah sempat lagi Sara menoleh ke belakang .Zakwan merenung Sara dengan tajam.

   “Siap kau nanti pontianak.” Ujar Zakwan namun tidak di dengari oleh Sara.
  
  Bersambung....