Minggu, 01 September 2013

Cinta Si Gadis Kebun ( Bab 6 )


“Isyyy…kenapa benda ni tak nak masuk pulak. Biasa-biasa okey aje. Hari ni dia buat hal pulak.” Bebel Aisya. Tangannya masih mencuba untuk memasang langsir yang baharu sahaja dijahit oleh Mak Cik Zenab jiran disebelah rumahnya.
Terkial-kial Aisya diatas kerusi. Memandangkan dia seorang yang kementot maka terpaksalah guna bantuan kerusi. Kakinya terjinjit-jinjit sambil mulutnya dari tadi terkumat-kamit membebel.
Jauh ditepi sudut, Hakimi Danial asyik memerhatikan tingkah laku Aisya. Ada senyuman dibibirnya. Lucu barangkali melihat Aisya yang bersusah payah untuk memasang langsir. Dah tahu diri kontot tak nak mintak tolong orang yang tinggi ni. Ngomel Hakimi Danial.
Hakimi Danial menyandar ditepi dinding sambil berpeluk tubuh. Dia ingin lihat sejauh mana Aisya berusaha untuk menyiapkan kerjanya.
Namun, tiba-tiba kerusi yang dipijak oleh Aisya bergoyang-goyang dan kerusi itu tidak dapat lagi menampung berat badan Aisya. Tidak semena-mena kerusi itu patah dan bedebukkkkkkkkkkkkkk……Aisya menjerit sekuat hati kerana membayangkan dirinya sudah terjelepok di atas lantai.
“Yang awak menjerit sekuat hati bagai nak gila ni kenapa?”
Macam pernah ku dengar suara itu tapi dimana ya? Detik hati Aisya.
Aisya membuka mata yang terpejam rapat selepas mendengar suara Hakimi Danial.
Mulutnya sedikit ternganga kerana kini dia sedar bahawa dia berada atas dukungan Hakimi Danial. Serta-merta pipinya merona merah.
“Turunkan saya.”Pinta Aisya. Dia berdehem kecil untuk mengawal rasa malunya. Hakimi Danial segera menurunkan Aisya dari dukungannya.
“Awak ni kalau buat kerja tak boleh berhati-hati sikit ke? Kalau ada apa-apa yang terjadi pada awak tadi siapa yang susah kalau tak saya jugak.” Bebel Hakimi Danial.
“Saya manalah tahu yang kerusi tu dah nak patah. Kalau saya tahu kerusi tu nak patah sah-sah saya tak guna. Lagipun awak janganlah risaukan saya. Saya boleh jaga diri saya sendiri.” Balas Aisya.
“Boleh jaga diri sendiri konon. Tadi menjerit bukan main lagi. Macam orang gila. Nasib baik saya cepat sambut awak kalau tak memang patah pinggang awak tu tadi.” Hakimi Danial menguak rambutnya kebelakang.
“Siapa suruh awak susah-susah sambut saya. Saya tak suruh pun.” Ujar Aisya dengan nada selamba. Tangannya mengangkat kerusi yang telah patah itu.
Hakimi Danial mendengus kasar.
“Lantak awaklah.”Hakimi Danial berlalu pergi meninggalkan Aisya seorang diri disitu. Dia sedikit terasa hati dengan Aisya kerana niat baiknya itu langsung tidak dihargai.
Aisya duduk berteleku di atas lantai.
“ Mamat tu terasa hati dengan aku ke?Aku salah cakap ke?” Aisya berkata-kata sendiri. Langsir yang berada ditangannya dipintal-pintal.
“Mungkin salah aku kot. Sepatutnya aku kena ucapkan terima kasih pada dia sebab dah selamatkan aku. Isyyy…Aisya…Aisya.” Aisya mula menyalahkan dirinya sendiri sambil menepuk kepalanya sendiri.
“Tak apalah. Nanti aku ucap terima kasihlah kat dia. Moga-moga dia tak merajuk dah.” Ada senyuman dibibir Aisya.
Aisya menyudahkan kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Hatinya tidak sabar-sabar untuk menanti kepulangan Hakimi Danial. Dia ingin minta maaf dan mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkannya.

     HAKIMI Danial duduk seorang diri diatas buaian yang berbentuk bulat. Tangannya memegang kemas sebuah Ipad. Aisya hanya tersenyum sendiri melihat peluang yang terbentang luas didepan matanya.
Come on Aisya. Sekarang masa yang sesuai untuk kau mintak maaf dengan dia.” Bisik hati kecilnya.
“Isy…tak mahulah aku. Nanti kalau dia buat bodoh aje macam mana?Aku juga yang malu muka.” Bisik hati kecilnya yang lain.
Don’t be so negative lah Aisya. I know you can do it.” Hati kecilnya yang lain memberi kata-kata semangat.
“Ya Aisya. I know you can do it. Persetankan dengan semua rasa tu. Dalam hal ni kau yang salah bukan mamat tu.” Aisya bermonolog sendiri. Tangan dikepal ketat sebagai tanda bersemangat.
Aisya segera ke dapur untuk membancuh secawan air buat Hakimi Danial.
Dengan senyuman yang meleret dipipi Aisya berjalan dengan penuh berhati-hati ke arah Hakimi Danial. Hakimi Danial hanya memandang Aisya dengan ekor mata.
“Nah untuk awak.” Aisya tersenyum manis sambil menyuakan secawan milo ais kepada Hakimi Danial.
Hakimi Danial memandang cawan yang dihulurkan kepadanya tanpa berkata apa-apa. Tanpa mengendahkan huluran Aisya dia meneruskan kerjanya bermain permainan Angry Bird di Ipadnya. Hati Aisya mendidih.
“Isyy mamat ni aku nak pujuk dia pulak jual mahal. Aku curah milo ais ni atas kepala karang baru tahu langit ni tinggi ke rendah” Marah hati kecil Aisya.
“Sabar ya Aisya. Dalam pujuk memujuk ni perlukan kesabaran yang tinggi. Lagipun kau kan suka adventure. Anggap aje misi ni satu misi yang adventures.”Pujuk hati kecilnya yang satu lagi.
“Nah ambillah air ni. Saya buat milo ais khas untuk awak tahu sebab bukan senang saya nak buatkan air untuk orang lain.” Aisya mengambil tempat disebelah Hakimi Danial. Milo ais masih berada didalam tangannya.
“Ceh…muka nampak cool tapi main angry bird..hehehe” Hati Aisya gelak sakan apabila melihat Hakimi Danial bermain permainan angry bird. Macam budak-budak saja mamat ni.
“Awak minum aje air tu. Saya tak dahaga. Kalau saya dahaga saya boleh buat sendiri.” Akhirnya Hakimi Danial bersuara. Tangannya masih lagi galak melastik burung-burung merah yang berada didalam Ipadnya.
“Alaaa..awak janganlah macam ni. Saya penat-penat buatkan untuk awak. Takkan awak tak nak minum.”Aisya buat suara manja.
“Nak pujuk akulah tu. Ini Hakimi Daniallah. Tak mudah gentar dengan pujuk rayu wanita.” Desis Hakimi Danial dalam hati.
“Siapa suruh awak buat. Saya tak suruh pun. Awak minum ajelah air tu untung-untung boleh hilangkan penat awak buat air tu.” Tempelak Hakimi Danial.
Hakimi Danial tidak mahu mengaku kalah. Dia ingin melihat sejauh mana Aisya berusaha untuk memujuk dirinya. Sekali sekala bermain tarik-tarik tali dengan Aisya ni pun seronok juga. Detik Hakimi Danial.
Aisya mula membuat muka seposen. Dia cuba untuk memancing belas kasihan daripada Hakimi Danial. Namun usahanya itu sia-sia sahaja. Hakimi Danial langsung tidak tertarik dengan muka seposen Aisya.
“Hahahaha…kelakar betul muka seposen kau tu Aisya. Tapi sorry ya muka seposen kau tu tak laku.” Ngomel hati kecil Hakimi Danial.
“Isyyy…aku nak cakap apa lagi ni supaya dia terima maaf aku?” Hati Aisya masih lagi berkata. Aisya telan liur.
“Aisya nak mintak maaa…….” Sebelum sempat Aisya menghabiskan ayatnya Hakimi Danial sudah pun melangkah pergi meninggalkannya seorang diri disitu. Aisya mati kutu.
“Susah jugak nak pujuk mamat sengal ni. Kalah budak kecik. Kalau budak kecik senang aje nak pujuk. Bagi coklat dengan ais krim terus okey. Bapak budak ni susah pulak nak pujuk. Takkanlah kena bagi coklat dengan ais krim baru dia okey?” Aisya berkata-kata sendiri. Milo ais yang berada ditangannya disuakan kemulutnya.
“Erkkkk……leganya. Hilang haus aku.Sedap juga aku buat milo ais. Silap besar kau Hakimi Danial sebab jual mahal tak nak minum milo ais yang aku buat. Sedap tau.” Aisya puji diri sendiri.
“Lepas minum jangan lupa masuk dalam sembahyang Asar. Berdosa kalau tinggal solat dengan sengaja.” Laung Hakimi Danial didepan jendala sebelum menghilangkan diri entah kemana. Mungkin pergi sembahyang Asar barangkali.
Hampir tersedak Aisya dibuatnya.
“Isyyy…ada jugak ketinggalan mamat ni. Ingatkan dah blah tadi rupanya sempat lagi sound aku. Tapi dia sound benda yang baik. So tak adalah aku nak marah sangat.” Aisya masih lagi mengomel sendiri.
Aisya bergerak masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Asar. Nanti kalau dia ditangkap tidak bersolat tanpa alasan yang logik pasti dia akan diceramah bebas oleh Hakimi Danial dan Nek Timah.


AISYA membetulkan tudung dikepalanya yang agak senget. Kunci yang tersangkut didinding dicapai.
“Isya nak pergi mana tu?” Soal Nek Timah apabila melihat Aisya seperti ingin keluar.
“Isya nak pergi kedai Pak Leman sekejap. Ada barang nak beli.” Jawab Aisya. Lengan baju yang disingsing diturunkan.
“Dah malam ni. Tak boleh ke kalau Isya beli esok aje.” Tangan tua Nek Timah ligat melipat kain diruang tamu.
“Tak boleh nek. Barang ni penting sangat. Ini soal hidup dan mati Isya.” Aisya tidak mahu mengalah. Dia harus mendapatkan barang-barang tersebut malam itu juga.
“Banyaklah kamu punya soal hidup dan mati. Ini kamu nak keluar ni Kimi dah tahu belum?”
“Dah nek. Isya dah hantar mesej kat dia tadi. Isya malas nak call dia. Kalau Isya call dia nantikan takut menganggu dia tengah dengar ceramah kat masjid tu.” Ujar Aisya dengan nada lembut. Hakikatnya dia langsung tidak menghantar pesanan ringkas pada Hakimi Danial.
Aisya menyalami tangan tua Nek Timah sebelum keluar ke kedai. Enjin motor Yamaha Ego dihidupkan dan Aisya membelok keluar dari simpang rumahnya. Namun tanpa disedari dia telah berselisih dengan motor Hakimi Danial yang baharu sahaja pulang dari masjid.
“Eh2..tadi tu bini aku. Dia nak pergi mana pulak malam-malam buta macam ni?”Gumam Hakimi Danial sendiri. Motornya dibelok ke halaman rumahnya.
“Assalamualaikum nek.” Hakimi Danial menyalami tangan Nek Timah yang masih lagi melipat kain.
Hakimi Danial mengambil tempat disebelah Nek Timah. Tangannya juga bergerak untuk membantu Nek Timah melipat kain yang bertimbun itu.
“Ramai tak orang kat masjid tadi?”
“Alhamdulillah ramai jugak nek. Tapi sayang nenek dengan Isya tak ikut sekali. Kalau nenek dengan Aisya ikutkan best.”
“Insyaallah lain kali nenek pergi ya. Malam ni nenek rasa penat sangat. Nak berjalan pun tak larat dah.” Ujar Nek Timah sambil batuk-batuk kecil. Hakimi Danial terus menggosok belakang Nek Timah yang sedikit bongkok itu.
“Nek nak air ke?Kimi ambil air untuk nenek ya.”
“Tak payahlah Kimi. Nenek batuk aje ni.” Nek Timah mengurut-urut dadanya yang dirasakan sedikit sesak.
“Betul ni nek?”Hakimi Danial inginkan kepastian.
“Betullah. Kimi duduklah sini temankan nenek lipat baju ya.” Nek Timah tersenyum manis. Hatinya sejuk apabila terpandangkan wajah cucu menantunya itu. Bertuah Aisya. Detik hati Nek Timah.
Hakimi Danial membalas senyuman Nek Timah.
“Apa kata kalau baju-baju ni Kimi yang lipat. Nenek duduk rileks je tengok Kimi lipat kain ya.” Kain batik yang berada ditangan Nek Timah bertukar tangan.
“Kimi pandai ke lipat kain?”
“Gila tak pandai nek. Mestilah Kimi pandai. Ini Hakimi Daniallah nek. Semua benda Kimi boleh lipat. Setakat lipat kain ni small matter lah nek.” Hakimi Danial berseloroh sambil memetik jari.
Nek Timah tergelak kecil mendengar kata-kata dari mulut Hakimi Danial.
“Tadikan nek masa Kimi nak masuk simpang Kimi selisih dengan Isya. Dia pergi mana nek malam-malam buta macam ni?” Hakimi Danial mula melipat kain batik dengan kemas sekali
“Kamu tak tahu ke dia pergi mana?”
“Entah. Dia pergi mana nek?” Hakimi Danial semangat ingin tahu.
“Isya cakap dia dah bagi tahu yang dia nak keluar tadi.”
“Masa bila pulak dia cakap kat Kimi. Masa Kimi nak keluar pergi masjid tadi dia senyap aje tak cakap apa-apa.”Jelas Hakimi Danial. Muka Nek Timah sedikit berkerut sehingga menampakkan garis kedutan di dahinya.
“Dia cakap dia hantar mesej kat Kimi. Entahlah si Isya ni betul ke tidak. Kadang-kadang tu cakap tak pernah nak betul. Melencong sana melencong sini. kelentong aje kerjanya. Bila nak berubah budak bertuah tu.” Ujar Nek Timah dengan nada yang agak sedih.
Hakimi Danial mengeluarkan telefon bimbit dari poket baju melayunya.
“Yalah nek. Tadi Isya ada hantar mesej kat Kimi tapi Kimi je yang tak perasan mesej dia sampai sebab Kimi silent.” Tipu Hakimi Danial. Kenyataan dia langsung tidak menerima satu pun pesanan ringkas daripada Aisya.
“Ya ke?Lega sikit nenek dengar. Sekurang-kurangnya dia hormat kamu sebagai suami dia. Nenek kalau boleh tak nak dia belakangkan Kimi kalau nak melakukan sesuatu.”Ujar Nek Timah dengan penuh harapan.
Hakimi Danial hanya mengangguk dan tersenyum manis. Tangannya menghabiskan lipatan kain yang terakhir.
“Okey nek. Kain ni semuanya Kimi dah settle. Hebat tak Kimi lipat. Tak sampai lima minit Kimi dah dapat lipat semua kain.” Seloroh Hakimi Danial. Lima minit apa ke bendanya. Pada hal ambil masa lebih kurang setengah jam barulah kain itu settle.
“Bagusnya cucu nenek ni. Macam nilah baru dinamakan cucu menantu mithali.”
Cucu menantu mithali??Pandai juga nenek ni bergurau ya…hehehe…Gelak Hakimi Danial dalam hati.
“Nenek tak nak masuk tidur lagi ke? Dah pukul berapa ni?”Hakimi Danial melihat jam ditangannya telah menunjukkan jam sepuluh malam.
“Yalah. Nenek pergi masuk tidur dulu ya. Kamu tolong tunggu Isya ya. Nenek rasa dia keluar tadi tak bawa kunci rumah.” Nek Timah bangun perlahan-lahan dan membawa masuk baju-baju yang telah dilipat oleh Hakimi Danial.
“Baiklah nek.”Jawab Hakimi Danial ringkas. Matanya menghantar Nek Timah ke bilik.
Punggungnya dihenyak atas kusyen yang berbunga-bunga. Alat kawalan jauh dicapai. Skrin televisyen yang berwarna bertukar warna dan mula bersuara.
Hakimi Danial mengeluh.
“Tak ada cerita bestlah pulak. Asyik cerita yang sama aje.” Bebel Hakimi Danial sambil tangannya asyik menekan-nekan punat siaran di alat kawalan jauh Astro.
Mata Hakimi Danial terpaku pada siaran ulangan Maharajalawak Mega. Terkekek-kekek Hakimi Danial gelak. Gelak dengan lawak yang dilakukan oleh kumpulan Jozan. Kumpulan Jozan memang kumpulan yang terbaik dari ladang. Lawak mereka memang lawak yang asli dan tidak dibuat-buat.
Sesekali matanya melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. Dah hampir pukul 10 malam. Mana pulak Aisya ni pergi? Buat aku sakit hati jelah minah ni.Tak apa aku bagi masa dalam sepuluh minit lagi, kalau dia tak balik aku rantai pintu rumah ni. Huh!