Rabu, 29 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 9

Assalamualaikum u ollsss...

Sedar tak sedar dah masuk bab kesembilan ya. Heheheh..Ok ini pula kisah Awa tersalah gula dan garam. Bermulanya kisah Tasha untuk mengenakan Awa. Mekasih singgah dan baca :D



                                       





BAB SEMBILAN




   SEBAIK saja Hadif Fakhri menghirup air di dalam mug  yang di hulurkan oleh Awatif terus dia menyembur keluar. Wajah Hadif berubah ketika ini apabila merasa air kopi tersebut.

   “Awa air kopi apa ni? Masin yang amat. Awak ni dah kenapa dah tak kenal garam dan  gula ke?” Soal Hadif Fakhri sewaktu memandang wajah Awatif dan ketika itu seperti biasa Awatif menayangkan muka blurnya.

  “Masin? Bos gula mana masin. Saya letak gulalah dalam air tu.” Jawab Awa sambil membetulkan shawl yang di pakainya. Pada masa itu juga dia membaiki brooches yang berbentuk riben di kepala.

   “Tahu pun gula tak masin. Cik Nurain Awatif cuba awak rasa air ni sama ada awak letak gula atau awak letak garam. Minum sekarang.” Arah Hadif Fakhri sambil menghulurkan cawannya pada Awatif.

   Dengan selamba Awatif meneguk air kopi yang masin.

   “Yakkss  masinnya bos. Pelik ni bos bagaimana gula boleh jadi masin begini.” Tingkah Awatif sambil meletakkan cawan tersebut di situ. Berkerut-kerut dahinya sewaktu air kopi berada di dalam mulutnya.

   “Tahu pun masin. Ini bukan gula tapi garam. Mana awak dapat garam ni Awa?” Soal Hadif Fakhri dengan pelik.

   “Saya jumpa dekat pantry la bos. Sewaktu nak buat air untuk bos tadi saya tak jumpa pun balang gula lepas tu saya carilah tapi tak jumpa. Kak Tasha datang dia pun ambilkan balang berisi gula dan berikan pada saya.” Jawab Awa dengan jujur. Hadif Fakhri menggelengkan kepalanya.

   “Sudahlah Miss Blur. Saya nak awak buat air kopi yang lain untuk saya. Awak buat yang baru ni rasa dulu gula atau garam sebelum masuk ke dalam mug. Faham?” Arah Hadif Fakhri.

   “Yalah saya buat baru tapi kan bos nama saya Awatif kenapa bos panggil saya  miss blur pula?” Soal Awatif kebingungan . Hadif mengeluh seketika.

   “Nama tu lagi sesuai untuk awak. Jangan banyak tanya pergi buatkan air lain untuk saya. Nasib baik saya tak sembur dekat muka awak kalau tak habislah muka awak tu tadi.” Tambah Hadif lagi.

  “Alah bos kalau tersembur dekat muka saya pun tak mengapa sebab boleh di cuci dengan pencuci muka Fair & Lovely.” Sengih Awatif dengan selamba.

   “Awak memang patut jadi duta product tu.” Hadif mengambil tisu dan mengelap mulutnya terlebih dahulu sebelum dia mengambil beberapa helai tisu lalu di lapkan air yang tersembur di mejanya . Awatif tersenyum lalu mengambil mug tersebut dan di bawa keluar.

  Awatif membawa mug tadi menuju ke pantry. Ligat otaknya memikirkan bagaimana dia boleh letakkan garam dalam air minuman bosnya itu.

   “Apahal aku ni bodoh sangat pergi letakkan garam dalam minuman. Macam mana gula boleh tukar jadi garam. Kak Tasha dah bagi aku gula tadi.” Bebel Awatif sendirian sewaktu melangkah menuju ke pantry.

   Dari jauh Tasha melihat gerak geri Awatif dari jauh. Tasha tersenyum manis apabila melihat Awatif menuju ke pantry.

   “Padan muka , confirm kena marah dengan Tuan Singa tu.” Ujar Tasha dengan perlahan. Puas hatinya hari ini kerana dapat mengenakan Awatif si gadis yang comel tetapi blur dan lurus bendul.

   Awatif menuju ke sinki dan membasuh mug tersebut sebelum di bawa ke cabinet. Dia mencari gula . Dia mengambil balang tadi lalu di buka dan da mencubit sedikit alu di suakan kepada lidahnya. Jelas sekali masin.

   “Memang sah ini garam. Sampai hati Kak Tasha bagi aku garam tadi.” Tingkah Awatif sambil menutup semula balang tersebut. Dia kemudiannya menyimpan kembali balang itu dalam cabinet atas. Awatif mula menyelongkar dan mencari gula.

   “Awa cari apa tu?” Soal Safi yang muncul di pantry dengan membawa mug nya. Safi ingin membuat air untuk dirinya. Awatif menoleh lalu tersenyum.

   “Awa cari gula Kak Safi. Bos nak minum air tapi Awa tak jumpa. Kopi tadi Awa letak garam rupanya. Kak Tasha kata itu gula.” Jawab Awatif.

   “Garam? Mana Awa ambil garam tu?” Soal Safi lalu mendekati Awatif.
   “Dekat atas tu.” Jawab Awatif jujur. Safi mengeluh seketika.

    “Yang ni memang garam Awa. Gula ada dalam peti ais. Diorang letak dalam peti ais bimbang kalau semut masuk.” Ujar Safi lalu membuka peti ais dan mengambil balang yang berisi dengan gula.

   “La dalam peti ais rupanya. Patutlah Awa cari tak jumpa.” Sengih Awa.
    “Nah cepat buatkan air untuk Tuan Hadif tu nanti dia bising pula. Kasihan Awa mesti Tuan Hadif marahkan Awa tadi kan?”

   “Eh taklah Kak Safi. Bos tak marah pun pada Awa. Terima kasih Kak Safi .” Ucap Awatif lalu mengambil gula dan mula menyiapkan air kopi untuk Encik Kreatifnya.

    “Tasha kenapa kau bagi garam pada Awa?” Soal Safi sebaik saja tiba di meja Tasha dan ketika itu Tasha sibuk dengan menyiapkan kerjanya.

   “Eh bila masa pula aku bagi dia garam. Aku bagi dia gulalah.” Jawab Tasha dengan selamba.
   “Mana kau ambil gula bagi dekat dia?” Soal Safi.

    “Aku ambil dalam peti aislah.” Jawab Tasha . Sah Tasha menipu. Dia bagi balang yang ada dekat cabinet atas pada Awa tapi dia kata dia berikan balang yang ada dalam peti ais. Safi menggelengkan kepalanya.

   “Kasihan dekat Awa kena marah dengan Tuan Hadif.” Ucap Safi sambil memandang Awatif yang baru saja keluar dari bilik majikannya.

   “Dia yang salah sebab bodoh sangat tak tahu nak bezakan yang mana garam dan yang mana gula. Belajar bukan main tinggu tapi entahlah. Aku pelik macam mana budak tu boleh graduate.” Tingkah Tasha. Safi terkejut mendengarnya.

  “Tasha tak baik kau kata dia bodoh. Kau jangan nak hina dia. Aku tahulah si Awa tu jenis yang blur dan lambat pick up tapi kau tak boleh nak hina orang sesuka hati. Kalau kau dekat tempat dia apa kau rasa bila orang kata pada kau rupa itu?” Soal Safi dengan geram. Dia langsung tidak menyangka yang Tasha mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa pada Awatif.

   “Peduli apa aku. Dia yang cari pasal dengan aku dulu siapa suruh.” Marah Tasha. Safi menggelengkan kepalanya.

   “Cari pasal apa pula.Aku tengok dia ok je dengan kau.”
    “Dia kutuk aku pasal umur aku tu la. Kau ingat aku tak sakit hati ke?” Soal Tasha dengan geram.

   “Kau ni Tasha mengalahkan budak-budak kau tau tak? Benda rupa itu pun kau nak jadikan isu. Kau tahukan si Awa tu jenis yang jujur.” Jawab Safi.

   “Aku tengok kau asyik bela dia je. Aku memang tak suka dia bukan saja dia mengata aku malah dia juga baik dengan Adam.” Akhirnya terluah juga .

   “Adam? Kau suka dekat adam ke?” Soal Safi dengan muka yang terkejut. Tasha berdehem seketika.

   “Eh taklah. Kau gila ke apa nak suka dekat Adam tu. Bukan handsome pun.” Dalih Tasha. Mulut cakap lain , hati rasa lain. Sejak bila pula Tasha ni berubah .Dahulu tak ada pula perangai dia rupa itu. Manusia boleh berubah bila-bila masa saja.

   HADIF Fakhri baru saja keluar dari bilik tidurnya. Dia menuju ke tingkat bawah. Sejak tadi dia mendengar suara anak buahnya Syarif dan Syifa.

   “Daddy..Daddy..” Jerit Syarif sebaik saja ternampak daddy nya turun tangga. Bukan main lagi dia berlari mendapatkan Hadif.

   “Hey hero daddy kenapa lari nanti jatuh.” Tegur Hadif lalu memeluk Syarif. Dia kemudiannya memimpin tangan Syarif lalu di bawa ke ruang tamu.

   “Syarif berapa kali mama dah pesan jangan larikan.” Tegur Huda kepada anak lelakinya. Syarif hanya senyum pada mamanya.

   “Hadif , Kak Huda dengar Hadif dah ada PA yang baru . Betul ke? Macam mana PA baru Hadif?” Soal Huda sambil mengikat rambut Syifa yang berada di atas ribanya.

   “Haish pening kepala Hadif  di buatnya. Kak Huda tahu tak PA baru Hadif tu jenis yang blur dan lambat pick up tapi kalau bab siapkan kerja memang bagus. Itu memang boleh di puji cumanya tu la bila datang blur dan lambat pick up tu yang masalah.” Jawab Hadif lalu teringat seraut wajah comel milik Awatif. Hadif tersengih seorang diri.

    “Yang kamu tersengih tu pasal apa Hadif?” Soal Datuk Ismail dengan pelik apabila melihat anaknya tersengih sebaik saja bercerita tentang setiausaha yang barunya.

    “Macam mana Hadif tak tersengih papa. Tahu tak  pa si Awa buat pada hari first dia lapor diri dekat Aspirasi.  Ya Allah dia tiru iklan Fair and lovely.Kalau Kak Huda dengan papa ada confirm gelak punya.” Jawab Hadif.

   “Maksud kamu?” Soal Datuk Ismail dengan pelik. Hadif menceritakan apa yang berlaku pada dia dan Awatif pada hari itu dan keluarga Hadif turut tergelak sama.

   “Walaupun dia begitukan dia nampak comel sangat.” Puji Hadif dengan tiba-tiba.

    “Apa Hadif? Dia comel?” Soal Huda. Terangkat kedua belah keningnya. Jarang sekali nak dengar adiknya itu memuju kecantikan seseorang.

   “Yup dia sangat comel. Di tudungnya selalu di kepit dengan pelbagai jenis rupa ada lepas tu kulit yang licin dan bibir tak lekang dengan senyuman.” Puji Hadif lagi.

   “Wow .. Hadif puji kecantikan seseorang papa. Huda tak sangka sungguh.” Ujar Huda dengan selamba lalu menoleh pada papanya. Datuk Ismail juga turut tersenyum.

  “Anak siapa pula yang comel ni? Korang puji kecantikan siapa pula ni?” Soal Datin Khadijah yang baru saja muncul .

   “Ini haaa anak bujang mama ni la dia dok cerita pasal PA baru dia dan paling best sekali kan mama Hadif cakap PA dia comel. Mama tahukan Hadif ni payah nak puji kecantikan seseorang.” Jawab Huda dengan selamba.

   “Alah tak ada apa-apalah mama.” Dalih Hadif. Dia memeluk Syarif yang sedang memegang tab papanya . Syarif sedang bermain game . Hadif melihat ketangkasan jari Syarid bermain game subway Surf.

   “Ye ke. Jarang sekali mama dengar kamu puji perempuan Hadif. So macam mana dengan PA baru kamu okey ke tak? Boleh buat kerja ke tak dan paling utama dia tahan tak dengan kerenah kamu tu?” Soal Datin Khadijah. Hadif tersenyum.

   “Alhamdulilah setakat ini okey lagi mama. Rasanya dia tak ada masalah dengan Hadif tetapi Hadif yang akan pening dengan kerenah dia . Mama ingat lagi tak gadis yang langgar mama masa Hadif temankan mama shopping barang dapur tu?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Walaupun Awa sudah bekerja selama dua minggu di Aspirasi namun Hadif masih belum berkesempatan untuk menceritakan pada mamanya kerana bila pulang rumah saja dia akan terlupa tentang hal yang berlaku di pejabat kecuali di tanya.

  “Budak perempuan mana ni?” Soal Datin Khadijah sambil mengerutkan dahinya.
   “Budak perempuan yang langgar mama tu la. Selepas tu dia minta maaf dengan mama kan.” Datin Khadijah cuba mengingati sesuatu.

   “Haa mama ingat yang dia panggil kamu Encik Kreatif kan?” Soal Datin Khadijah. Huda dan Datuk Ismail sudah tergelak sebaik saja mendengar nama Encik Kreatif.

   “Betullah tu. Suka hati dia je panggil Hadif dengan nama kreatif. Hari first dia masuk Aspirasi pun dia panggil Hadif dengan panggilan Encik Kreatif. Ada masalah sound trouble agaknya tapi sekarang Hadif tak dengarlah dia panggil rupa itu. Dia panggil Hadif dengan panggilan bos saja.” Jawab Hadif.

   “Apa hal dia panggil Hadif Kreatif eh? Lawaklah budak tu. Teringin pula Kak Huda nak jumpa budak comel yang panggil Hadif dengan panggilan Encik Kreatif.” Sengih Huda pada adiknya.

   “Dif dan Tif tak jauh bezanya kan. Dia tersalah dengarlah tu waktu kamu bagitahu nama kamu pada dia.” Giliran Datuk Ismail menyampuk. Melalui dari kisah anaknya itu dia yakin yang PA anaknya kali ini adalah bukan sebarang gadis.

   “Best juga panggilan Encik Kreatif ni ya.” Usik Huda. Hadif mencebik pada kakaknya.
    “Best apa bendanya. Nama Hadif bukan main elok lagi tapi dia boleh pula tukar nama Hadif jadi Kreatif. Ada je karenah si Awatif dekat pejabat.” Bebel Hadif lagi.

   “Oh nama dia Awatif rupanya.” Huda menyampuk sambil tersenyum. Dia gembira apabila melihat Hadif tidak tertekan dengan bebanan kerja setelah mendapat PA yang baru. Dia tahu sebelum Hadif mendapat PA yang baru dia bergantung pada Safi .

   “Game Over dah..” Kedengaran suara Syarif apabila dia kalah bermain game subway tersebut. Syarif menggarukan kepalanya lalu memandang daddy nya.

   “Syarif kalah ya? Sekarang turn daddy pula yang main.” Ujar Hadif pula lalu menyambut tab dari anak buahnya. Syarif melihat ketangkasan jari daddy nya pula.

    “Ini sejak bila pula kamu main game ni Hadif?” Soal Datuk Ismail dengan pelik. Hadif selalu sibuk dengan kerja jarang sekali nak meliaht dia gamin game. Kalau game dekat luar pun jarang nak join apatah lagi game yang ada dalam tab.

     “Baru je papa. Ini semua Syarif punya pasallah. Dia yang ajar Hadif main kan Syarif.” Jawab Hadif. Matanya masih ralit memandang tab. Syarif tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Mulut Syarif tidak bersuara kerana ralit melihat daddy nya bermain game.

   “Boleh geng dengan abang Syah kamu.” Ujar Huda. Suaminya pun kaki game juga .Syarif tahu tentang game dari papa nya. Huda menggelengkan kepalanya apabila melihat anaknya dan adiknya ralit merenung tab. Dia , mama dan papa nya pula sedang menonton televisyen bersama. Suaminya meninggalkan dia dan anak-anak di rumah Datuk Ismail kerana outstation. Huda sudah biasa di tinggalkan. Perniagaan yang di laksanakan oleh suaminya itu makin maju. Syukur Alhamdulilah .

Bersambung...

NotaTersepit: Akhirnya setelah seminggu jd writer block  dapat juga menulis kembali.Fuh tarik nafas lega bila blh menulis kembali.. 




Minggu, 26 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 8

Assalamualaikum u ollss...

Hari ini sambungan Bab ke 8 pula. Bermulalah kisah Awatif dan Hadif di Aspirasi. Tengoklah apa si Awa buat sewaktu hari pertama masuk kerja ya.Cik writer sendiri pun geleng kepala sewaktu menulis part ni dan gelak sendiri. .Mekasih singgah dan baca :D


                                      




BAB LAPAN



   “SIAPA nama awak?” Soal Hadif sebaik saja melihat Awatif berdiri di mejanya. Awatif tersenyum .

   “Nama saya Nurain Awatif Encik Kreatif.” Jawab Awatif dengan selamba.

    “Nurain Awatif. Awak dengar baik-baik ya apa yang saya nak cakap dengan awak ni ya. Sekali lagi saya nak ingatkan awak yang nama saya bukan Encik Kreatif tetapi nama saya adalah Hadif Fakhri. Sekali lagi saya ulang nama saya adalah Hadif Fakhri. Awak faham tak?” Soal Hadif pada Awa dengan tegas.

   Dia ingat inilah budak perempuan yang dia dan mamanya pernah berjumpa di shopping mall hari itu. Ish budak ni pekak atau sewel. Hari tu aku dah cakap nama aku Hadif bukan kreatif. Gerutu Hadif sendirian di dalam hatinya.

   “Hadif Fakhri ?” Awatif menyebutnya . Hadif menganggukkan kepalanya.

    “Yup . Ingat nama saya faham. Ini tengok dekat sini bagaimana ejaan nama saya.” Tingkah Hadif Fakhri dengan geram lalu menunjukkan tanda namanya yang terletak di meja kerjanya. Awatif menundukkan kepalanya lalu melihat setiap abjad yang berada di situ.

   “Baik Encik Hadif Fakhri. Saya faham. Saya minta maaf ya.” Ujar Awatif dengan senyuman.

   “Baguslah kalau faham. Silakan duduk saya nak terangkan tentang kerja yang awak perlu buat. Buka telinga seluas yang mungkin dan dengar apa yang saya nak cakap.” Hadif membetulkan duduknya.Awatif duduk bertentangan dengan bosnya itu.

   “Telinga saya tak boleh nak luas dah. Lubang telinga saya kecil tu je bos. Saya minta maaf sebab memang saya tak boleh nak buka telinga saya ni.” jawab Awatif dengan selamba. Hadif menggarukan dahinya.

   Masak aku ada PA rupa ini. Manalah si Safi jumpa budak blur ni. Gerutu Hadif dengan selamba.
   “Ish awak ni kan Awatif .. Haish geram pula aku.” Bebel Hadif dengan perlahan.

   “Bos panggil saja saya Awa. Orang memang panggil saya dengan panggilan tu.” Jawab Awatif dengan senyuman.

  Hadif mengeluh kecil sebelum memberitahu Awatif tentang kerja yang perlu di lakukan olehnya sebagai setiausaha . Awatif merenung wajah bosnya di kala ini. Hadif yang baru saja selesai menerangkan perihal kerja sebentar tadi memandang wajah Awatif.

   “Yang awak tenung muka saya tu kenapa?” Soal Hadif Fakhri. Awatif tersengih apabila di soal sebegitu.

   “Sorry bos. Itu haaa dekat pipi bos tu ada jerawat kecil. Gunalah oxy bos?” Awatif memberikan idea. Alahai si Awatif ni ingatkan tenung muka handsome Hadif tetapi tenung jerawat di muka Hadif. Nampak je mata si Awa ni.

   Hadif membesarkan matanya lalu meraba pipinya. Ya dia merasakan pipinya berjerawat. Budak ni kan nampak je jerawat dekat muka aku ni. Ish. Gerutu Hadif sendirian.

   “Muka awak licin awak guna oxy ke?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Awatif tersengih sambil meraba pipinya yang licin.

   “Bos saya tak guna oxy tapi saya guna fair & lovely .” Jawab Awatif dengan selamba.
   “Fair & Lovely?” Hadif mengerutkan dahi.

    “Yalah Fair & Lovely yang iklan dia macam ni. Fair & Lovely pembersihan muka seminit bermula sekarang. Bulatan penuh sekali bulatan separuh sekali membersihkan kotoran dan sel mati , lepas ini kita silang silang silang bintik hitam pun hilang . Di wajah buatkan bulatan vitamin membersih dan mencerahkan . Pembersihan muka seminit selesai.” Ujar Awatif . Dengan selamba badaknya dia menyanyi dan menunjukkan aksi dari iklan fair and lovely. Hadif tergamam melihat kerenah PA barunya itu.

   Aduhai Awatif apahal dengan budak ni sorang. Suka hati dia je nak buat apa. Cik Nurain Awatif di depan awak tu pengarah Urusan Aspirasi bukan juri audition iklan.

   “Pening kepala saya dengan karenah awak ni Awa. Hari ni first day awak kerja dekat sini dah begini rupa awak. Awak jangan nak mengarut dekat sini. Sekarang ni saya nak awak pergi buat kerja awak dekat luar sana. Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak. “ Jelas Hadif sambil bersandarkan kepalanya di kerusi.

   Awatif menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Aku salah cakap lagi ke? Soal Awatif  sendirian. Dia kemudiannya bangun dan melangkah keluar dari bilik bosnya .

   “PA aku ni banyak terpengaruh dengan televisyen ni. Nasib baik comel kalau tak aku dah halau keluar dari bilik ni tadi.” Tingkah Hadif sendirian sebelum dia meneliti kerja di hadapannya.

   Ehem.. Hadif cakap Awatif comel. Amboi sejak bila pula pengarah urusan Aspirasi ni pandai memuji perempuan? . Hadif teringat gaya dan nyanyian Awatif tadi terus dia tergelak besar.

   “Lawak betul PA aku.” Tingkah Hadif sambil tersenyum seorang diri. Masih jelas karenah Awatif sebentar tadi di ruang matanya.

   TASHA memerhati gerak geri Awatif dari jauh. Dia tidak tahu kenapa dia tidak menyukai Awatif bekerja di situ. Sakit telinganya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Awatif dua hari yang lepas.

   “Menyampah pula aku tengok budak ni.” Bebel Tasha sambil merenung tajam pada Awatif yang sedang ralit membuat kerjanya.

   “Comelkan budak baru tu. Aku sukalah tengok muka dia. Kalau tak silap aku rupa dia tu ada iras-iras selebriti korea.” Ujar Adam dengan tiba-tiba sewaktu melintasi meja Tasha.

   “Apa kau cakap?” Soal Tasha lalu merenung Adam dengan tajam sekali.
    “Aku cakap PA baru Tuan Hadif tu comel.” Sengih Adam penuh makna.

    “Comel apa kebenda rupa itu.Aku lagi vogue dari dia.” Tasha memuji dirinya sendiri sambil mencebik pada Awatif dari jauh.

   “Hai kau cemburu ke aku puji dia comel?” Soal Adam lalu merenung Tasha.

    “Hello tak kuasa aku nak cemburukan dengan budak tu. Dia tu siapa aku ni siapa. Kau jangan nak bandingan aku dengan budak mentah tu.” Bebel Tasha .

   “Ye ke?” Soal Adam sengaja mahu menyakat Tasha. Dia tahu yang Tasha memang bengang dengan gadis yang bernama Awatif itu.

   “Kau jangan nak menyibuk dekat meja aku.Pergi buat kerja.” Tasha menghalau Adam yang berdiri di depan mejanya.

  “Uish marah nampak. Aku nak pergi buat kerjalah ni tapikan sebelum tu aku nak pergi tegur budak comel tu.” Sengih Adam penuh makna. Sengaja nak menyakitkan hati Tasha. Adam meninggalkan meja Tasha dan menuju ke meja Awatif.

   “Hai gadis comel. Sibuk ke?” Soal Adam sewaktu tiba di meja Awatif.
    “Awak ni siapa?” Soal Awatif sebaik saja mendongakkan kepalanya melihat seorang jejaka yang berdiri di mejanya.

   “Oh lupa pula saya nak kenalkan diri. Nama saya Adam.” Dengan senyuman manis Adam memperkenalkan dirinya.

    “Oh Adam. Nama saya Awatif panggil saja Awa.” jawab Awatif sambil membalas senyumann Adam.

   “Saya dah tahu nama awak. Safi yang bagitahu.” Tingkah Adam.
    “Awak nak apa ni?” Soal Awatif

     “Saya nak berkenalan dengan awaklah.” jawab Adam dengan selamba. Awatif anggukan kepalanya.

   “Awak nak berkenalan dengan saya ni tak ada kerja nak buat ke?” Soal Awatif namun tangannya lincah membuat kerja.

   “Ada je  tapi saja nak tegur awak yang comel ni.” Adam mula mengayat.
    “Terima kasih sebab cakap saya comel.”

     Tasha panas hati melihat Awatif tersenyum pada Adam. Apa yang di bualkan pun Tasha tidak pasti. Tasha kemudiannya mengambil cermin kecil yang berada di dalam kaci meja. Dia kemudiannya menunjukkan cermin kecil yang bulat itu ke arah wajahnya.

    “Apa wajah aku ni tua ke? Aku guna product mahal lagi tau nak kasi wajah ni cantik dan sentiasa muda dan berseri-seri. Suka hati budak tu je cakap rupa aku nampak tua.Huh” Bebel Tasha di cermin.

   “Hoii Tasha kau dah buang tabiat ke apa dok cakap dengan cermin?” Soal Safi mengejutkan Tasha.

   “Kau ni janganlah terkejutkan aku .” Marah Tasha apabila Safi menegurnya sebegitu rupa.Dia menoleh kanan dan kiri namun masing-masing sibuk dengan kerja. Safi ketawa mengekek melihat Tasha .

   “Bila masa aku kejutkan kau? Itulah cakap lagi sorang diri dengan cermin. Jangan nak berangan seperti kisah dongenglah. Kau ni tak habis nak berangan kan?” Safi menggelengkan kepalanya.

  “Diamlah kau. Buat kerja lagi bagus.” Jawab Tasha lalu menyambung semula kerjanya. Safi turut menyambung kerjanya.Sempat juga Safi menoleh pada meja Awatif yang sedang sibuk mengadap komputer.

   AWATIF menuju ke pantry sebaik saja menerima arahan untuk sediakan air kopi untuk bosnya. Sebaik saja sampai si pantry Awatif terus mencapai sebiji mug . Dia kemudiannya tercari-cari bekas gula namun dia langsung tidak menjumpainya.

   “Mana pula bekas gula ni? Semalam ada je dekat sini. Siapa pula yang ambil?” Soal Awatif sendirian . Dia menunduk mencari balang yang berisi gula. Di buka satu persatu laci namun langsung tidak di jumpainya.

   “Awa cari apa tu?” Soal Tasha sambil berpeluk tubuh di pintu pantry.
   “Kak Tasha.. Awa cari balang gula tapi tak jumpa.Kak Tasha ada nampak tak?” Soal Awatif pada Tasha.

   “Jangan panggil kakak , panggil Tasha saja cukup. Berapa kali Tasha nak ingatkan Awa?” Soal Tasha dengan wajah masam. Awatif tersengih.

   “Opss sorry tak sengaja tapi umur Kak Tasha lagi tua dari Awa sebab tu la Awa kena panggil Tasha dengan panggilan Kak Tasha.” Jawab Awa dengan jujur.Tasha bertambah bengang apabila di sebut tentang umur.

   Budak ni memang nak kena dengan aku. Gerutu Tasha dengan geram. Dia kemudiannya mendekati Awatif yang masih lagi tercari-cari balang gula.

   “Nah ini gula.” Tingkah Tasha lalu menghulurkan balang berisi gula kepada Awatif. Dia mengambil balang tersebut di laci atas . Awatif tersenyum lalu menyambut balang tersebut.

   “Terima kasih kak Tasha.” Awatif tersenyum lalu mengambil gula dan masukkan ke dalam mug. Tasha tersenyum penuh makna.

  “Sama-sama.” Jawab Tasha lalu dia meninggalkan Awatif seorang diri di pantry.
   “Kau rasalah jap lagi.” Ujar Tasha dengan perlahan sewaktu menoleh seketika kepada Awatif yang sedang mengacau air kopi.

   Selepas selesai menyediakan air kopi tersebut, Awa membawa mug itu menuju ke bilik Hadif Fakhri. Awa mengetuk pintu bilik bosnya terlebih dahulu sebelum di suruh masuk. Awa tersenyum manis sewaktu masuk ke bilik Hadif Fakhri.

Bersambung....

NotaTersepit : Harapan minggu ni kepala x blank lagi. Uwaaa mcm mn nk menulis kalau kepala blank ? 




Rabu, 22 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 7

Assalamualaikum u ollss...

Finally Awa sudah jejakkan kaki ke Aspirasi untuk bertugas. Apalah yang Awa buat mula2 masuk Aspirasi ya. Mekasih singgah dan baca :D



                                    





BAB TUJUH



    AWATIF dan Akid sudah pun memasukkan beg pakaian mereka di dalam bonet kereta. Hari ini mereka berdua sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur. Dua hari lepas Awatif mendapat panggilan telefon dari pihak Aspirasi yang mengatakan bahawa dia telah di terima bekerja. Awatif gembira yang dia sudah mendapatkan pekerjaan itu. Selepas ini dia tidak perlu lagi menjadi penganggur terhormat dekat rumah.

   “Awa ingat nasihat atok pesan tu.” Tingkah Haji Taib sewaktu Awatif menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.
   “Nasihat yang mana atok?” Soal Awatif dengan muka yang blur. Akid sudah menggelengkan kepalanya.

   “Haish dah mula dah perangai blur dia .” Akid menyampuk dari belakang Awa. Dengan geram Awa menoleh dan menyepetkan matanya sambil mengetap bibir pada Akid.

   “Bila kamu dah masuk kerja nanti buatlah kerja sebaik yang mungkin. Ingat jujur dalam melakukan sesuatu dan lagi satu atok nak pesan jangan nak blur sangat nanti. Kamu tu dah la blur lurus pula tu nanti mudah orang nak kenakan kamu Awa. Perut manusia ni macam-macam jenis ada dekat dunia ni.” Pesan Haji Taib pada cucunya. Awatif tayang muka blur sambil berfikir sesuatu.

   “Atok bukan ke perut manusia ni sama aja dekat dalam ni. Bentuk sama rupa pun samakan? Kenapa atok cakap yang perut manusia ada macam-macam jenis. Awa tak fahamlah tok.” Tu dia si Awa dah buat hal lagi. Akid menepuk dahinya. Haji Taib mengeluh dengan perlahan.

   “Wahai anak perempuan kesayangan mummy maksud atok kamu tu perangai manusia. Atok pesan bila dah kerja nanti berhati-hati sikit . Dalam dunia ni ada ramai pelbagai jenis karenah manusia. Ada yang baik ada yang jahat ada yang ambil kesempatan dalam kesempitan. Semua ada. Anak mummy faham tak?” Soal Puan Fauziah . Awa tersengih lalu berfikir sejenak. Sejurus selepas itu barulah Awa menganggukkan kepalanya tanda faham.

   “Abah tak tahulah kenapa anak kamu sorang ni macam ni . Risau hati abah memikirkan si Awa ni.” Luah Haji Taib kepada anak perempuannya.

   “Atok ni Awa bukannya budak kecil janganlah risau sangat. Awa tahu jaga diri Awa. Jangan bimbang eh.” Jawab Awa dengan senyuman.

  “Aaah tok, Kak Awa ni memang dah besar tapi kepala dia tu haaa yang kurang besar.Itu yang selalu blur.” Bidas Akid dengan selamba.

   “Eh kalau kepala Kak Awa besar nanti jadi tak stabillah.Kalau rupa itu memang Kak Awa langsung tak boleh berdirilah asyik jatuh ke belakang sebab kepala lagi besar dari badan.” Jawab Awatif dengan selamba. Akid menepuk dahinya lagi.

   “Masak aku ada kakak yang begini. Semoga Allah temukan jodoh yang baik untuk Kak Awa. Kalau dapat lelaki yang kurang baik habislah kakak aku ni.” Bebel Akid dengan perlahan .

   “Sudahlah tu. Akid pergi salam dengan atok , kita sudah nak gerak balik ni.” Arah Encik Fathudin pula. Akid menoleh pada daddy nya lalu mendekati atoknya dan menghulurkan tangan untuk bersalam .

   “Kamu jangan asyik nak buli Kak Awa kamu je.” Pesan Haji Taib pada cucu lelakinya. Akid hanya menganggukkan kepalanya sabil tersengih.

   “Daddy harap Awa buat kerja elok-elok nanti. Zaman sekarang ni susah nak dapat kerja. Kalau dah dapat tu gunalah peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin.” Encik Fathudin memberikan nasihat sewaktu mereka sekeluarga berada di highway.

   Awa yang sedang menoleh ke kiri terus memandang ke depan sambil tersenyum.
   “InsyaAllah daddy. Awa akan cuba buat yang terbaik . Mummy, Daddy Awa ingatkan bila dah kerja Awa nak kumpul duit lepas tu kan Awa nak sambung belajar lagi. Bolehkan Mummy, Daddy ?” Soal Awatif sambil memandang kedua orang tuanya yang berada di tempat duduk hadapan.

   Puan Fauziah dan Encik Fathudin memandang sesama sendiri dengan senyuman.
  “Mummy tak kisah Awa. Kalau Awa rasa nak sambung belajar lagi mummy dengan daddy akan sokong yang penting sekarang ni Awa kena kerja dulu cari pengalaman. Bila dah kerja banyak yang Awa akan belajar lagi.” Jawab Puan Fauziah.

    “Terima kasih mummy daddy kerana sentiasa sokong Awa dari belakang.” Jawab Awatif dengan senyuman manis. Itu memang impiannya. Dia ingin bekerja terlebih dahulu dan satu hari nanti dia ingin kembali menyambung pelajarannya .

  “Mummy bila nak shopping barang sekolah? Akid dah tak sabar nak masuk sekolah balik ni.” Soal Akid dengan tiba-tiba.

   “Esoklah kita pergi beli. Haa Akid dah tak boleh banyak main. Ingat Akid dah nak masuk tingkatan lima. Akid akan berdepan dengan SPM. Kalau Akid nak berjaya jangan main-main.” Pesan Daddy nya pula.

  “Mestilah daddy. Akid kan nak jadi doktor. Akid akan berusaha untuk jadikan impian Alid bergelar doktor akan tercapai satu hari nanti.” Jawab Akid dengan bersemangat. Itu adalah cita-citanya.

   “Boleh Kak Awa tahu kenapa Akid nak jadi doktor?” Soal Awatif dengan tiba-tiba. Akid menoleh sambil tersenyum penuh makna.

   “Kak Awa nak tahu kenapa?” Soal Akid. Awatif menganggukkan kepalanya sambil memandang wajah satu-satu adik yang dia ada.

   “Akid nak jadi doktor sebab Akid nak rawat otak Kak Awa tu yang selalu blur. Manalah tahu kot-kot ada wayar yang putus ke dekat kepala Kak Awa tu yang sampaikan Kak Awa selalu blur.” Jawab Akid dengan selamba sambil tergelak kecil. Awatif mengetap bibir sambil meluku kepala adiknya.

   “Amboi suka hati je mengata Kak Awa blur.” marah Awatif .
   “Akid tak baik cakap Kak Awa begitu. Dia blur ke sengal ke lembab ke lurus ke itu adalah sifat semulajadinya. Kurniaan Allah pada dia. Jangan sesekali kita mempertikaikan anugerah yang Allah bagi kerana setiap yang Allah bagi itu ada sebabnya.” Tegur Puan Fauziah. Akid yang baru ingin buka mulut untuk mengusik kakaknya terus diam.

   “Sorry Kak Awa.” Akid menundukkan kepalanya. Awatif hanya tersenyum pada adiknya sambil menggosokkan kepala Akid.

   “Mummy susah ke jadi setiausaha ?” Soal Awatif apabila teringat dengan jawatan setiausaha. Dia bukanlah belajar dalam jurusan itu , jadi sememangnya Awa tidak mengetahui tugas seorang setiausaha.

   “Jadi setiausaha ni boleh di katakan susah jugalah. Apa yang penting lakukan sesuatu kerja itu dengan jujur dan ikhlas.” Jawab Puan Fauziah.

   “Kak Awa bos dekat situ muda ke tua?” Soal Akid . Encik Fathudin yang mendengar pertanyaan Akid terus menggelengkan kepalanya. Adalah tu dia nak menyakat Awatif.

   “Manalah Kak Awa tahu. Hari tu masa interview bukannya bos dekat situ ada pun orang lain yang interview Kak Awa. Bila Kak Awa dah masuk kerja nanti Kak Awa tahulah siapa bos Kak Awa.” jawab Awatif. Akid menganggukkan kepalanya.

  AWAL pagi itu Awatif bersiap-siap di depan cermin. Hari ini dia mengenakan sepasang baju kurung bewarna biru air yang di taburi dengan bunga-bunga yang bewarna merah jambu. Dia membetulkan shawl yang di pakainya. Awatif kemudiannya mengambil brooches yang berbentuk bunga rose yang bewarna pink lalu di letakkan di bahagian tepi belah kanan shawl. Selepas itu dia mengambil lipstick lalu di calitkan sedikit di bibirnya.

   Setelah puas mengadap cermin dan melihat penampilan dirinya dia akhirnya berpuas hati. Awatif mengambil tas tangan yang di belikan oleh mummy nya semalam sebagai hadiah kerana telah dapat kerja. Awatif kemudiannya mencari kotak kasut yang tersusun di satu almari lalu di bawa keluar sebelum dia melangkah menuju ke tingkat bawah.

   “Good morning mummy daddy.” Tegur Awatif di meja makan.
    “Comelnya anak mummy.” Ujar Puan Fauziah sebaik saja melihat anak gadisnya yang sedang berdiri di meja makan. Encik Fathudin tersenyum gembira.

    “Cantik anak daddy hari ni.” Puji Encik Fathudin pula.
     “OMG  Kak Awa comel gila hari ini.” Sengih Akid yang baru saja muncul di depan Awatif. Apa lagi tersenyum gembiralah Awatif pagi ini.

   “Thank  you.” jawab Awatif lalu menarik kerusi dan bersarapan. Dia memang rasa teruja dan gementar untuk memulakan kerja barunya hari ini. Selesai mereka sekeluarga bersarapan Awatif menuju ke Aspirasi di hantar oleh daddy nya. Awatif merasa debaran di dadanya.

   “Relax Awatif. Mulakan dengan Bismillah.” Ujar Awatif dengan senyuman lalu melangkah masuk ke pintu utama Aspirasi.

    Mata Awatif melilau-lilau di sekitar Aspirasi.Dia melihat staff-staff Aspirasi sedang berada di meja masing-masing. Mereka sudah bersiap sedia menjalankan tugas agaknya. Fikir Awatif sebelum dia menoleh ke arah jam tangannya yang sudah pun berginjak ke angka lapan tiga puluh minit pagi. Awatif melangkah setapak demi setapak. Dia menghadiahkan senyuman manisnya pada staff Aspirasi yang bertembung mata dengannya.

   “Awatif kan?” Soal Safi sebaik saja melihat seorang gadis yang comel berdiri di tengah-tengah ruang Aspirasi. Awatif bingung tidak tahu ke mana arah ingin di tuju ketika itu. Awatif menoleh pada suara tersebut apabila mendengar namanya di panggil.

   “Ya saya Awatif. Kalau tak silap saya kakak ni yang interview saya hari tu kan?” Soal Awatif dengan senyuman. Safi menganggukkan kepalanya.

  “Yup . Sebelum tu biar kakak kenalkan diri dulu. Nama akak Saffiyah , Awatif boleh panggil Kak Safi.” Ujar Safi lalu menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Awatif.

   “Oh Kak Safi. Saya Nurain Awatif akak panggil saja saya Awa.” Sengih Awatif sewaktu menyambut tangan Safi.

   “Pertama sekali Kak Safi nak ucapkan tahniah dan juga selamat datang ke Aspirasi. Seperti yang Awa tahu yang Awa akan memegang tugas sebagai setiausaha Tuan Hadif Fakhri. Dia adalah pengarah urusan Aspirasi ni. Sekejap lagi dia masuk , Kak Safi akan kenalkan Awa dengan bos Awa tu.” Ujar Safi.

   “Safi.. Siapa ni?” Soal Tasha sambil memandang Awatif dari atas sampai ke bawah. Safi menoleh lalu memandang Tasha yang sedang melangkah ke arahnya dan juga Awa.

   “Aku kenalkan ini Nurain Awatif. Dia adalah orang yang akan memegang jawatan setiausaha kepada Tuan Hadif kita. Dia lapor diri hari ini.” Jawab Safi.

   “Oh ya , Awa ini Kak Safi kenalkan Tasha. Awa boleh panggil dia Kak Tasha.” Safi memperkenalkan Tasha kepada Awatif. Selepas itu Awa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tasha.

   “Hello kau ingat aku dah tua ke Safi nak suruh dia panggil aku kakak? Euuww kakak tua lah. Awak boleh panggil saya Tasha saja tak yah letak kakak di hadapan ya.” Ujar Tasha . Safi menggelengkan kepalanya.

   “Baiklah. Boleh Awa tahu umur Tasha berapa?” Soal Awatif. Tasha mengerutkan dahinya.
   “Umur Tasha sudah masuk dua puluh lapan tahun.” Jawab Tasha.

   “Umur Tasha muda lagi tu tapi kenapa Awa tengok wajah Tasha ni nampak tua sikit je.” Tingkah Awatif dengan selamba. Safi tergamam manakala Tasha mengetap bibir dengan geram.Belum pernah lagi orang mengatakan wajahnya tua. Berani sungguh Awatif berbicara.

   “Ish Awa mana ada muka Tasha nampak tua. Tasha ni belum kahwin pun lagi .” Jawab Safi apabila melihat wajah Tasha sedikit bengang ketika ini.

   “La tak kahwin lagi ke? Awa ingat Tasha dah anak sorang dua.” Lagi sekali mulut Awa menjawab.  Awatif  memang suka cakap banyak dan paling utama dia suka cakap jujur. Tasha cuba mempamerkan senyuman pada Awa. Safi menepuk dahinya dengan perlahan.

   “Okey jom Awa , Kak Safi tunjukkan tempat Awa. Tasha aku tunjukkan tempat duduk dia dulu.Sekejap lagi Tuan Hadif akan sampai susah pula nanti.” Ujar Safi lalu mengehret tangan Awatif dengan perlahan.

   “Ish tak guna punya budak , ada ke patut cakap aku dah tua lepas tu cakap aku dah ada anak sorang dua. Mulut budak ni boleh tahan juga. Geram pula aku dengan budak baru ni.” Tingkah tasha dengan tidak puas hati. Dia menghela nafasnya seketika sebelum menoleh ke belakang dan menuju ke meja kerjanya.

   “Ini tempat Awa.” Safi menunjukka ruang kerja Awatif.
    “Terima kasih . Errmm Kak Safi , Awa harapa Kak Safi sudi bagi tunjuk ajar pada Awa. Jujur Awa kata Awa tak pernah lagi buat kerja sebagai setiausaha ni. Awa tak tahu sangat. Awa belajar benda lain sewaktu belajar dulu. Kalau Awa ada buat salah ke Kak Safi jangan segan tegur tau. Awa ni memang blur dan lambat pick up sikit.” Ujar Awatif dengan jujur. Dia memberitahu kelemahan dirinya pada Safi.

   “Jangan bimbang, kalau Awa tak faham apa-apa Awa boleh tanya saja pada Kak Safi. Meja Kak Safi dekat depan sana tu. Dari sini pun boleh nampak tempat Kak Safi bekerja.Lagi satu Kak Safi nak pesan kalau Tuan Hadif nak minum kopi pastikan Awa buat kopi itu kurang manis tau. Tuan Hadif memang tak suka manis-manis.” Pesan Safi pada Awatif.

   “Ok Kak Safi , Awa faham. Kak Safi boleh Awa duduk dekat kerusi ni?” Soal Awatif sambil menunjukkan kerusinya .

   “Sudah tentulah boleh. Mulai hari ini tempat duduk ni milik Awa. Okeylah Kak Safi nak kena pergi buat kerja. Bila Tuan Hadif sampai nanti dia akan panggil Awa dan dia akan terangkan kerja yang Awa kena buat nanti.”

  Awa menganggukkan kepalanya tanda faham. Safi kemudiannya meninggalkan Awa di situ dan dia menuju ke meja kerjanya. Hari ini dia boleh menarik nafas dengan lega kerana dia tidak lagi perlu membuat dua kerja dalam satu masa.

   Awatif kemudiannya meletakkan tas tangannya di tepi . Dia kemudiannya menghenyakkan punggungnya di kerusi dan tangannya melihat sekeliling meja itu. Dia melihat sebuah diari yang terletak di situ. Awa membelek diari tersebut. Awa mengerti di dalam diari tersebut tercatatnya temujanji dengan client dan juga perkara-perkara penting yang lain.

    “Good morning Tuan Hadif.” Ujar guard yang bertugas di pintu utama Aspirasai. Hadif tersenyum pada pekerjanya itu.

   “Good morning.” Jawab Hadif lalu melangkah menuju ke pejabatnya.
   Sebaik saja ternampak kelinbat seorang jejaka tampan Awatif terus bangun. “Siapa pula mamat handsome ni?” Soal Awatif sendirian.

   Dia menilik lelaki tersebut. “ Aku rasa aku pernah nampaklah muka ni tapi dekat mana ya?” Soal Awatif sendirian lalu berfikir sejenak. Wajah itu seperti pernah di lihat sebelum ini .Awatif menggarukan kepalanya sambil berfikir. Hadif Fakhri makin dekat dengan dengan meja Awatif.

    “Awak ni PA baru saya ya?” Soal Hadif sebaik saja melihat seorang gadis di meja setiausaha. Awatif mendongakkan kepalanya lalu memandang wajah Hadif dengan muka yang berkerut-kerut.

   “Haaaa saya dah ingat.Kita pernah jumpa sebelum ini. Awak ni Encik Kreatif kan?” Soal Awatif dengan senyuman. Haish ingat pula si Awatif ni ya selalunya kepala dia lambat pick up sikit. Hadif tergamam.

   “Encik Kreatif awak panggil saya?” Soal Hadif Fakhri dengan pelik. Awatif menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

   “Betulkan nama awak Encik Kreatif?” Soal Awatif sekali lagi.Hadif merenung wajah polos di depan matanya. Selepas itu Hadif teringat sesuatu. Dia mengetap bibirnya dengan geram.

   “Banyaklah awak punya Encik Kreatif. Awak masuk bilik saya sekarang.” Arah Hadif Fakhri dengan tegas sekali. Terkejut Awatif lalu dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Hadif terus masuk ke pejabatnya.

   “Apa halnya? Aku salah cakap ke? “ Soal Awatif sendirian lalu melangkah menuju ke bilik Encik Kreatif.

Bersambung...

NotaTersepit : wah2 dalam sibuk buat AMB ada idea br datang. Itu cite projek 2015 la gamaknya. Tahun ni target 2 cerita aja yg siap iaitu AMB dan juga CST. 


Minggu, 19 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 6

Assalamualaikum u ollsss...


Sambungan dari bab minggu lepas yang Awa kuar tu kan. Inilah yang si Awa beli. Alahai miss blur kadangkala dia ni bukan setakat blur, lurus pun ya jgk . Mekasih singgah dan baca kisah AMB ni. :D

                                     





BAB ENAM



    AWATIF tersenyum gembira kerana akhirnya setelah berjalan jauh mencari dua tiga kedai semata-mata mencari cool fever.

   Si Awa ni nak buat apa pula dengan cool fever ni?
   “Atok tu pun Kak Awa dah balik.” Tingkah Akid lalu menunjukkan jarinya ke arah Awa yang sedang berjalan menuju pulang ke rumah.

   “Ke mana sajalah si Awa ni pergi.Apa yang dia cari dekat kedai tu. Dekat rumah ni penuh dengan makanan dah apa lagi yang tak cukup?” . Bebel Haji Taib sambil melihat cucu perempuannya yang sedang berjalan mendekatinya.

   “Atok nak pergi kebun eh?” Soal Awa dari jauh.
   “Yalah.Kamu nak ikut ke tak? Ini kamu ke mana ni Awa?” Soal Haji Taib.
    “Awa pergi beli cool fever la atok.” Jawab Awa dengan selamba. Haji Taib merenung pelik pada cucunya.

   “Kamu pergi beli cool fever untuk siapa pula? Siapa yang demam?” Soal Haji Taib. Akid menahan gelak.

   “Awa belikan cool fever untuk laptop Awa. Entah kenapa dia mati dengan tiba-tiba . Akid pula cakap laptop Awa demam itu yang Awa belikan cool fever.” Jawab Awa sambil tersenyum.

   “Astagfirullah A’azim  Awa. Apa yang kamu merepek ni? Eh bila masa pula laptop ada penyakit demam bagai. Cool Fever untuk oranglah Awa bukan untuk benda seperti laptop. Ya Allah apa dah jadi dengan cucu aku ni ? Apa halnya lurus bendul sangat kamu ni Awa?” Soal Haji Taib. Pening kepalanya memikirkan karenah cucu perempuannya itu. Akid sudah ketawa habis. Awa tayang muka blur pada atoknya.

   “Akid yang cakap jadi Awa nak try la atok.” Jawab Awatif dengan selamba badaknya.
   “Adoi pening kepala atok begini Awa. Apa yang mummy kamu makan sewaktu mengandungkan kamu dulu sampaikan kamu ni lurus, blur semua ada. Akid kamu pun satu hal suka sangat menyakat kakak kamu.” Haji taib memicitkan kepalanya.

   “Akid cakap je atok , Kak Awa yang nak cuba. “ Jawab Akid membela dirinya. Awa masih memandang wajah atoknya dan Akid silih berganti. Otaknya kemudian ligat berfikir tentang cool fever dan juga laptopnya.

   “Akid………….. “ Awatif sudah menjerit. Akid terkejut apabila Kak Awa nya menjerit namanya.
   “Akid mainkan Kak Awa ya. Budak ni kan semakin hari semakin nakal.Geramnya aku.” Awa sudah mula naik angin.Akid bangun untuk melarikan diri , Awa mula mengejar Akid. Haji Taib melihat saja karenah dua beradik itu.

   “Yang akak lambat pick up tu kenapa? Bukan salah Akid.” Jerit Akid sewaktu mereka berdua berkejaran.

   “Geram betul aku dengan budak ni. Saja tau buat Kak Awa malukan. Akid ni kenapa suka sangat buat Kak Awa marah hah?” Jerit Awatif lagi.Di tangannya pula sudah di pegang lidi yang dia jumpa di tepi pokok sewaktu berkejaran dengan adiknya.

  “Hahaha.. Padan muka Kak Awa. Siapa suruh blur sangat lepas tu ikut je cakap orang . Kepala Kak Awa yang lambat pick up tau . “ Jerit Akid lagi sambil tergelak.

   “Akid , Awa sudah jangan nak main lari-lari lagi. Korang ingat korang tu budak sekolah rendah ke nak main kejar sana sini. Sedar sikit umur dah berapa. Sekarang cepat siap ikut atok ke kebun. Cepat.” Arah Haji Taib. Sebaik saja mendengar suara Haji Taib terus Awa dan Akid berhenti dari berlari. Tercunggap-cunggap nafas Awa mengejar Akid.

  “Penatlah atok.” Jawab Awa dengan selamba lalu mendekati atoknya.
   “Yang korang main kejar-kejar tu siapa suruh.?” Bebel Haji Taib lagi. Awa menarik muka masam .

   “Akid , atok nak kamu minta maaf dengan Kak Awa kamu. Lain kali jangan buat Kak Awa kamu begini. Kalau nak bergurau pun jangan nak melebih sangat.” Tu dia Haji Taib sudah memberikan arahan dengan muka yang serius.

   “Yalah..Kak Awa Akid minta maaf.Akid saja je nak kenakan Kak Awa tadi. Bosan tak ada benda nak buatkan jadi Akid menyakatlah Kak Awa.” Ujar Akid.Awatif mencebikkan bibirnya pada Akid.

  Sakit hatinya di kala ini apabila di permainkan oleh adiknya. Sebelum ke kedai tadi dia sedang ralit menonton Running Man di laptopnya namun entah kenapa dengan tiba-tiba saja laptop kesayangannya itu mati , nak kata tak ada elektrik kipas biliknya bukan main ligat lagi berputar.

   “Kak Awa kenapa tu?” Soal Akid sebaik saja melihat kakaknya sedang melihat setiap sudut laptop kesayangannya itu.

   “Ini haa laptop Kak Awa tetiba saja mati.Pelik betul. Elektrik ada je, jangan-jangan rosak tak?” Soal Awatif pada adiknya.

   “Hmm bukan rosak tu kak. Akid rasa laptop akak tu demam panas sangatlah tu.” Jawab Akid sambil berpeluk tubuh.

   “Iye ke? Habis tu nak buat macam mana? Sebelum ni Kak Awa guna waktu belajar tak ada pula dia mati dengan tiba-tiba.” Soal Awa dengan muka blur. Akid mula terfikir sesuatu.

   “Akid rasa Kak Awa kena belikan cool Fever dan letak dekat bahagian belakang laptop Kak Awa tu.” Ujar Akid . Lagaknya seperti seorang doktor. Awa tayang muka blur . Cool Fever letak dekat laptop? Ish biar betul si Akid ni? Desis hati Awa sendirian.

   “Akid biar betul. Mana ada orang letak cool fever dekat laptop.” Awa menggarukan kepalanya.
   “Sebab tak ada orang letaklah Kak Awa kena try buat eksperimen. Mana tahu menjadi.” Sengih Akid. Awa terdiam sejenak.

   “Awa apa yang kamu menungkan lagi tu jomlah kita gerak.” Ujar Haji Taib lalu mematikan lamunan Awa.

   “Sekejap atok. Awa nak pergi ambil cookie. Awa nak bawa dia pergi kebun sekali dengan kita.” Jawab Awa lalu melangkah ke dalam rumah dan mencari cookie kesayangannya itu.

  “Tak habis-habis dengan cookie.” Bebel Akid tidak puas hati.
   “Akid.. Ingat kamu jangan nak menyakat Kak Awa kamu. Mentang-mentanglah Kak Awa kamu tu begitu kamu sukalah kan mengenakan dia. Ingat Akid dia tu kakak kamu .Hormat dekat kakak kamu tu.” Sekali kena syarah daaa.. Desis hati Akid sambil menganggukkan kepalanya.

   “Baiklah atok. Akid janji yang Akid tak akan kenakan Kak Awa lagi.” Jawab Akid lalu menundukkan kepalanya ke bawah.

   “Jom cookie kita pergi kebun. Mummy bawa cookie ronda kampung hari ni tau.” Ujar Awa kepada cookie. Dia terus mendukung cookie dan menuju semula ke luar rumah. Atok dan Akid sudah menunggunya di luar.

   “Kak Awa.. Akid minta maaf ya..” Tingkah Akid sebaik saja melihat kakaknya berjalan menuju ke arahnya . Awa hanya memandang Akid tanpa sebarang suara lalu mengekori atoknya dari belakang. Akid mengeluh seketika sebelum mengekori kakaknya dari belakang.

   AKID mencari-cari kelibat kakaknya .  Selepas menunaikan solat asar tadi kakaknya itu keluar sambil membawa cookie. Akid mencari di halaman rumah atoknya namun kelibat kakanya langsung tiada di situ.

   “Ke mana Kak Awa pergi ni?” Soal Akid sendirian.
    “Akid kamu cari apa tu?” Soal Haji Taib sebaik saja melihat cucunya seperti mencari sesuatu. Akid menoleh pada atoknya yang berada di jendela.

   “Atok ada nampak Kak Awa tak?” Soal Akid. Haji Taib tersenyum.
   “Kak Awa kamu pergi dekat sungai depan tu je. Dia jalan-jalan dekat situlah agaknya.” Jawab Haji Taib.

   “Akid pergi cari Kak Awa sekejap ye atok.” Ujar Akis lagi.Haji Taib membiarkan saja. Dia tahu Akid sedang meminta maf pada Awa. Selepas kejadian kelmarin Awa terus mogo tidak mahu bertegur sapa dengan adiknya. Hatinya masih lagi geram dek kerana di permainkan oleh Akid dengan mudah sekali.

   Akid mencari-cari kelibat kakaknya di tepi sungai.Dia berjalan di atas jambatan kayu dan akhirnya dia ternampak Kak Awa nya sedang duduk bersila di situ sambil membelai cookie. Akid mendekati kakaknya dengan perlahan-lahan.

   “Kak Awa..” Panggil Akid. Awa mendonggakkan kepalanya lalu memandang adiknya tanpa segaris senyuman.

   “Hmmm nak apa?” Soal Awatif . Akid kemudiannya duduk bersebelahan dengan Kak Awa nya.
   “Kak Awa masih marahkan Akid ke?” Soal Akid lalu memandang wajah satu-satunya kakak yang dia ada.

   “Entah.” Itu saja jawapan Awa ketika ini.
   “Kak Awa .. Akid minta maaf. Akid bukan nak kenakan Kak Awa cuma Akid nak bergurau saja dengan Kak Awa. Maafkan Akid ya.” Pinta Akid. Dia tahu dia salah kerana mempermainkan kakaknya.

   “Yalah yalah. Kak Awa maafkan. lain kali jangan buat lagi.Kak Awa tahulah Akid ni bijak dari Kak Awa tapi janganlah kenakan Kak Awa yang selalu blur dan bendul ni.” Ujar Awatif. Akid terdiam.

   “Akid minta maaf sangat-sangat Kak Awa. Maafkan Akid ya.?” Pinta Akid lagi. Awatif memandang wajah adiknya.

   “Kak Awa dah maafkan. Sudahlah salah Kak Awa juga sebab bendul sangat.” Jawab Awatif dengan selamba.

   “Kak Awa tak bendullah cuma Kak Awa ni lambat pick up sikit je. Walaupun Kak Awa blur dan lambat pick up Akid tetap sayangkan kak Awa sebab Kak Awa sorang saja kakak yang Akid ada.” Awatif menoleh pada adiknya dengan senyuman.

   “Kak Awa pun sayangkan Akid juga.” Balas Awatif lalu memeluk bahu adiknya. Akid juga turut berbuat demikian . Mereka sama-sama melihat keindahan alam dan air sungai yang sedang mengalir.

  Air di cincang tidak akan putus begitu jugalah hubungan adik beradik. Walaupun ada sedikit salah faham antara mereka namun pertalian darah  itu tetap utuh.

    “Lusa kita dah kena balik KL.”  Ujar Awatif dengan tiba-tiba.
    “Dah kena balik ke? Kenapa cepat sangat Kak Awa. Akid baru nak meronda kampung ni.” Akid sudah buat muka.

   “Kak Awa dah dapat panggilan semalam. Diaorang kata Kak Awa di terima bekerja di Aspirasi sebagai setiausaha. Kak Awa dah dapat kerja.” Tingkah Awatif dengan teruja dan ceria sekali. Akid terkejut mendengar.

    “Betul ke Kak Awa.?” Soal Akid tidak percaya. Awa menganggukkan kepalanya.
   “Wah tahniah Kak Awa. Gaji pertama bolehlah belanja Akid kan?” Soal Akid dengan senyuman penuh makna.

     “Ceh bab belanja laju je kan?” Cebik Awatif.
      “Meow..Meow..Meow..” Cookie menggesel di lengan Awatif. Cookie bangun dan cuba memanjat di riba Akid.

    “Eeee.. Kak Awa ambil cookie. Akid takut..” Jerit Akid sambil memejamkan matanya. Awatif tergelak kecil melihat Akid yang memejamkan matanya.

   “Cookie mari sini jangan ganggu Akid.” Ujar Awa pada cookie lalu di ambil cookie dan di bawa ke ribanya. Akid membuka matanya dengan perlahan-lahan .

   “Fuh .. Lega. Kak Awa jomlah kita jalan-jalan ke sana.” Ajak Akid sebaik saja ternampak kelibat anak-anak kampung ini sedang bermain di sebelah sana.

   “Ok jom lepas tu kita balik. Kalau lambat balik bising pula Tuan Haji Taib kita tu.” Dengan selambanya Awatif berbicara sambil bangun. Akid sudah tergelak kecil dan turut bangun.

Bersambung...

NotaTersepit : Arini bukan note tersepit tapi nota terkepit haaa. Cik writer tengah blank dan stuck dekat part Tasha yang nak mengenakan Awa buat kali ke 2 . Apa sebabnya tunggulah bila Awa dh jadi PA Hadif nanti.. 


Rabu, 15 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 5

Assalamualaikum u ollss...


Ahaaa hari ni bab kelima pula . Awa dan Akid berada  dikampung. Mekasih singgah dan baca :D


                                         




BAB LIMA




    SUASANA di kampung memang berbeza sekali dengan bandar. Awatif dan Akid berada di kampung atoknya. Mereka pulang ke kampung sehari selepas Awatif interview. Hari ini pula mummy dan daddy Awatif sudah pun bersiap-siap mahu pulang ke Kuala Lumpur.

   “Korang berdua duduk sini jangan nakal-nakal . Kalau mummy dapat tahu apa-apa dari atok siap korang berdua.” Puan Fauziah memesan kepada kedua-dua anaknya.Awatif dan Akid hanya tersengih.

     “Alright mummy.” Jawab Awatif dan Akid serentak.
    “ Abah.. Kalau budak berdua buat hal dekat sini abah call je Yah ya.” Tingkah Puan Fauziah sewaktu bersalaman dengan abahnya.

   “Iyelah.Kamu tak usahlah nak bimbangkan budak berdua ni.Kalau diorang ni bertekak ke apa tahulah abah nak buat apa.” Jawab Tuan Haji Taib.

   “Relax lah mummy, jangan risau. Akid dengan Kak Awa dah besar tak kan la nak gaduhkan . Betul tak Kak Awa.” Ujar Akid dengan selamba.

   “Korang berdua ni bukan boleh percaya sangat. Belakang mummy sukalah korang berdua berperang mulutkan?” Bebel Puan Fauziah pada anak-anaknya.

   “Yah janganlah risau sangat. Anak-anak kita sudah biasakan duduk dekat kampung ni.Jomlah kita gerak sekarang abang takut sampai malam pula dekat sana.” Ujar Encik Fathudin pula. Puan Fauziah menoleh pada suaminya lalu menganggukkan kepalanya.

  “Mummy dengan Daddy balik dulu. Ingat jangan nakal dan gaduh-gaduh pula. Lagi seminggu lebih daddy datang ambil korang berdua.” Tambah Encik Fathudin kepada Awatif dan juga Akid. Pada ketika itu Akid dan Awatif saling berpandangan dan membuat tabik hormat kepada daddy nya. Encik Fathudin tersenyum sebelum bersalaman dengan abahnya.

   “Hati-hati bawa kereta Din.” Pesan Tuan Haji Taib.

    “Baik abah.Kami gerak dulu.Assalamualaikum.” Ujar Encik Fathudin sebelum masuk ke dalam keretanya. Puan Fauziah juga turut memboloskan diri ke dalam perut kereta.Awatif dan Akid mula melambaikan tangan kepada mummy dan daddy nya. Kereta milik Encik Fathudin kemudiannya meninggalkan perkarangan rumah Tuan Haji Taib.

   “Jom naik ke atas.” Arah Tuan Haji Taib lalu melangkah dengan perlahan menuju ke tangga rumahnya.

   “Cookie.. Cookie.. Mari sini dekat mummy. Jangan nak merayap nak cari awek pula. Karang mummy pulas telinga baru tahu.” Bebel Awatif apabila melihat si cookie kesayangannya itu berjalan ke arah seekor kucing yang bewarna putih.

   “Ish Ka Awa nak bagi je la si cookie tu nak cari awek. Dia pun nak ada teman juga.Kak Awa bukannya nak carikan peneman buat cookie.” Akid menyampuk.Awatif menjeling tajam pada adik lelakinya itu.

   “Jom masuk, nanti mummy carikan calon menantu mummy ya tapi bukan sekarang ok.” Ujar Awatif dengan selamba lalu di dukung cookie kesayangannya itu.Akid menggelengkan kepalanya.

   “Korang berdua buat apa tu?” Soal Tuan Haji Taib kepada cucu-cucunya.

   “Ini haaa tok , Kak Awa tak bagi si cookie ni cari awek.” Jawab Akid dengan selamba.
   “Korang berdua ni ada-ada je.Sudah mari naik.” Arah Tuan Haji Taib. Awatif terus mendaki tangga dan Akif mengekorinya dari belakang.

     “Atok..Atok tak nak cari pengganti ke? Atok tak bosan ke duduk sorang diri dekat rumah ni?” Soal Akid dengan selamba sewaktu mereka bertiga berada di ruang tamu .

     “Cari pengganti? Ish Akid atok ni dah tua buat apa nak cari pengganti. Kamu jangan nak mengarutlah.Atok boleh je duduk sorang diri dekat rumah ni.” Jawab Tuan Haji Taib.

   “Atok ni orang ajak tinggal dekat KL tak nak, jual mahal.” Bebel Awatif dengan selamba sambil membelai cookie di atas ribanya.

   “Duduk rumah kamu ? tak naklah atok. Lemas tahu duduk dekat KL tu baik duduk kampung aman damai tak ada kesesakan.” Jawab Tuan Haji Taib. Sejak isterinya meninggal tiga tahun yang lalu , anaknya Fauziah menyuruhnya tinggal bersama di Kuala Lumpur tetapi bagi Tuan Haji Taib bandar bukanlah sesuai dengan dirinya yang sudah tua. Dia lebih selesa berada di kampung.

   “Atok ni orang lain kemain excited nak pergi KL tapi atok tak nak.” Tingkah Akid lagi sambil menonton televisyen.

   “Ini esok atok nak pergi kebun sekejap, korang nak ikut tak?” Soal Tuan Haji Taib dengan tiba-tiba.

    “Eh mestilah nak atok.” Jawab Awatif dan Akid serentak dengan senyuman.
    “Esok pagi atok bawa korang pergi kebun.”

    “Atok, Awa nak bawa cookie sekali tau. Bolehkan?” Soal Awatif sewaktu memandang wajah tua atoknya.

   “Bawalah Awa .” Jawab Tuan Haji Taib dengan senyuman.Awatif dengan kucing memang tak boleh nak di pisahkan.

   “Tak habis-habis dengan cookie, apalah Kak Awa ni.Kalau kahwin esok-esok janganlah Kak Awa lebihkan si cookie dari suami Kak Awa sudahlah .” Akid menyampuk . Awa tayang muka blur.

   “Whatever..” Jawab Awa dengan perlahan.Tangannya terus membelai bulu cookie yang lebat dan juga lembut.

   SAFI ulang alik dari meja asalnya ke meja setiausaha sejak dari tadi lagi. Hari ini dia agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang berlambak namun Safi tetap lakukan dengan baik walaupun dia merasa lelah dalam membuat dua perkerjaan.

   Safi melihat nama peserta yang datang pada hari interview pada tiga empat hari lepas. Hadif Fakhri telah menyerahkan tugas pemilihan calon setiausaha yang baru kepadanya. Sewaktu interview tempoh hari , Safi sudah pun memilih salah seorang dari mereka.

   “Safi awak dah jumpa ke calon yang sesuai untuk pegang jawatan setiausaha saya?” Soal Hadif Fakhri yang baru saja keluar dari biliknya. Safi mendonggakkan kepalanya memandang majikannya.

   “Saya dah pilih Tuan Hadif tapi saya tak tahulah sama ada Tuan Hadif suka ke tidak dengan pilihan saya tu?” Jawab Safi dengan senyuman.

   “Ok kalau begitu saya nak awak bagitahu pada orang itu esok atau lusa yang dia sudah di terima bekerja di Aspirasi. Saya tahu sekarang ni kita tengah sibuk saya tak nak bebankan awak dengan dua kerja. Kasihan awak Safi.” Ujar Hadif Fakhri.

   “Bila Tuan Hadif mahu dia laporkan diri di Aspirasi?” Soal Safi. Dia perlu tahu itu semua supaya senang kerjanya.

   “As soon as possible. Kalau boleh saya nak dia masuk kerja minggu depan.” Jawab Hadif.

   “Baiklah kalau begitu saya akan urusakan. “ Jawab Safi.

    “Saya keluar dulu sebab ada meeting dengan client. Hari ni awak tak perlu ikut saya tahu awak banyak kerja nak kena buat.” Tingkah Hadif. Safi menganggukkan kepalanya.

   “Baik Tuan Hadif.” Safi melihat saja Hadif melangkah pergi.Dia merasa lega kerana hari ini dia tidak perlu mengikuti Hadif Fakhri bertemu dengan client. Kalau ikutkan memang penat sebab terkejar ke sana dan ke mari. Safi menarik nafas lega seketika.

   “Safi, Tuah Hadif nak ke mana pula tu?” Soal Tasha dengan tiba-tiba. Semenjak dari tadi lagi dia menjadi pemerhati. Dia cemburu melihat Safi kerana Safi mampu memegang jawatan sebagai setiausaha Hadif. Dia sudah lama ingin dekat dengan Tuan Hadif dulu . Selepas perkahwinan Tuan Hadif dan Reen tidak menjadi dulu , Tasha masih lagi menyimpan perasaan pada Hadif namun sekarang dia sudah beralih arah pada lelaki bernama Adam. Salah seorang pekerja Aspirasi.

   “Jumpa client.” Jawab Safi dengan senyuman lalu menyambung kerjanya.

  “Kau tak ikut dia ke hari ini? Selalunya aku tengok kau asyik mengekor dia saja ke sini sana.” Tambah Tasha lagi. Safi memandang wajah Tasha dengan pelik.

   “Tuan Hadif kasi aku rehat hari ini.Dia tahu aku sibuk that why la aku tak perlu ikut dia hari ini. Kenapa?” Soal Safi.

   “Saja je aku tanya. Eh lupa pula aku nak tanya kau pasal Tuan Hadif cari setiausaha yang baru . Kau dah jumpa ke orang yang sesuai?” Soal Tasha . Safi menganggukkan kepalanya.

   “Dah jumpa dah. Esok pagi aku nak hubungi orang tu la untuk bagitahu yang dia berjaya bekerja bekerja di Aspirasi.” Jawab Safi . Tasha mendiamkan diri seketika. Dia melihat saja Safi yang sedang menyiapkan report.

   “Bila budak baru tu masuk kerja?” Soal Tasha lagi.

   “Tuan Hadif nak dia masuk kerja minggu depan. Kau pun tahukan sekarang ni kita tengah banyak kerja.” Jawab Safi namun matanya langsung tidak melihat pada Tasha yang berdiri di mejanya.

   “Budak mana pula yang jadi setiausaha Tuan Hadif ya .” Ujar Tasha dengan perlahan.

   “Kau cakap apa tadi?” Soal Safi dengan tiba-tiba.Telinganya seakan mendengar sesuatu dari mulut Tasha.

   “Erkk tak adalah. Aku cakap lepas ni kau boleh lepaskan tanggungjawab tu pada orang lain dah.Kau boleh fokus pada kerja kau .” Jawab Tasha sambil tersengih.

   “Aku harap begitulah.Sejak jadi setiausaha sementara Tuan Hadif baru aku tahu bukan senang jadi setiausaha ni.” Jawab Safi. Tasha menganggukkan kepalanya.

   “Errmm aku sambung buat kerja dululah ya.” Tasha meminta diri. Safi tersenyum dan membiarkan saja Tasha melangkah menuju ke mejanya. Dia meneruskan kerjanya .

    FARHAN Redza mendail nombor telefon Awatif. Sudah lenguh jarinya mendail nombor milik Awatif namun langsung tidak berjawab. Farhan sudah buntu apa yang patut dia lakukan lagi untuk dapatkan sekeping hati milik Awatif.

   “Awa angkatlah telefon.” Ujar Farhan dengan perlahan. Di tilik telefon miliknya itu. Dia mundar mandir di dalam bilik.

   “Ke mana awak pergi Awa?” Soal Farhan sendirian.
   “Farhan. Kamu tak nak makan ke? Cepat keluar makan. “ Kedengaran suara Puan Hamidah memanggil anak bujangnya.

   “Farhan tak lapar mak.” Sahut Farhan . Dia kemudiannya mencuba lagi untuk menghubungi Awatif. Kali ini nasib menyebelahinya apabila Awa menjawab panggilan darinya.

   “Awa awak pergi mana? Saya call awak tak jawab pun. Saya risau tahu.” Ujar Farhan sebaik saja Awa menjawab panggilannya.

   “Abang Farhan. Ini bukan Kak Awa tapi Akid. Kak Awa tertinggal telefon dekat rumah. Dia keluar sekejap ke kedai.” Jawab Akid.

  “Erk.. Akid , Kak Awa pergi kedai mana?” Soal Farhan. Akid sudah tersengih.
   “Kak Awa pergi kedai depan sana tu haa. Kedai ni tak jauh pun dari rumah atok kitaorang.” Jawab Akid  dengan selamba.

   “Hah korang ada dekat kampung ke? Bila korang balik kampung ni? Abang Farhan tak tahu pun?” Soal Farhan bertalu-talu.

   “La abang Farhan tak tahu ke yang kitaorang balik bercuti dekat rumah atok. Kak Awa tak bagitahu apa-apa ke pada abang?” Soal Akid pula. Farhan yang berada di sebelah sana sudah menggelengkan kepalanya.

   Farhan Redza kau geleng kepala tu bukannya si Akid nampak pun. Nama pun cakap dengan telefon.

    “Dia tak ada bagitahu abang apa-apa pun.” Jawab Farhan pula.
    “Akid lama ke dekat kampung?” Soal Farhan lagi. Akid menggarukan kepalanya.
    “Lama la juga . Kenapa abang?”

     “Oh ye ke. Tak mengapalah korang bercutilah dulu kalau dah balik sini suruh Kak Awa call abang Farhan ya.” Pesan Farhan.

    “Abang Farhan jangan risau nanti Akid sampaikan pesanan dari abang tu. Oklah abang Farhan , Akid nak ikut atok ni nak pergi kebun sekejap lagi.”

   “Yalah.Ingat tu bagitahu pada Kak Awa pesanan abang Farhan ya.”

    “Ya Ya Ya .. Akid ingat.” Jawab Akid .

    “Aduhai abang Farhan ni apalah yang dia syok sangat dengan kakak aku yang blur tu?  Nasib malanglah kalau siapa dapat kakak aku yang blur tu.” Sempat lagi Akid mengutuk kakaknya sejurus selepas mematikan talian. Dia kemudiannya meletakkan semula telefon kakaknya itu di meja. Akid terus keluar dari bilik tersebut dan mencari kelibat atoknya.

    “Atok jomlah pergi kebun lepas tu kita pergi tepi sungai ya tok. Akid nak tengok budak-budak kampung yang main dekat situ.” Ujar Akid sebaik saja ternampak atoknya yang sedang menyarungkan boots .

   “Nak pergilah ni. Kak Awa kamu ni pergi kedai ke pergi merayap.Bukan main lama lagi dia pergi. Dia nak ikut tak pergi kebun ni?” Soal Tuan Haji Taib pada cucunya. Akid menjungkit bahu sambil tersengih.

   “Awa pergi beli apa tadi Akid?” Soal Tuan Haji Taib lagi. Matanya melilau melihat ke jalan mencari kelibat cucu perempuannya itu.

   “Entahlah atok Akid pun tak tahu.” Sengih Akid penuh makna. Tuan Haji Taib menggelengkan kepalanya.

   “Kita tunggu Kak Awa kamu balik dululah baru kita pergi kebun.”

    “Baik atok.” Jawab Akid dengan senyuman. Matanya melilau-lilau mencari kelibat Kak Awa nya.

   Alahai Kak Awa ni bukan setakat blur tapi lurus bendul pun ya juga. Dia pergi beli benda alah tu untuk laptop dia. Lawak sungguhlah kakak aku ni. Gerutu Akid di dalam hatinya.

Bersambung...

NotaTerkepit: Pasti ramai yg nak tahu Awa pergi beli apa kan dekat kedai tu. Tunggu entry minggu depan. Cik writer akan bagi sedutan bab 6 dan 7 pada ujung minggu ni dekat page Ayra Zahra... 


Minggu, 12 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 4

Assalamualaikum u ollsss...

Minggu baru. Entry yang seterusnya pula. Giliran bab 4 pula yang berada di blog ni. Sambungan kisah Miss Blur kita ni. Mekasih singgah dan baca :D



                                     





BAB EMPAT



    NURAIN Awatif melompat kegirangan sebaik saja memutuskan talian. Dia baru saja mendapat khabar berita yang namanya tersenarai untuk di temuduga.

    “Alhamdulilah dapat temuduga jadi setiausaha.” Ujar Awatif dengan gembira sekali. Apabila di beritahu melalui panggilan telefon sebentar tadi Awatif tidak tahu nak kata apa melainkan melompat-lompat. Sekarang ini memang sukar sekali untuk dapatkan kerja walaupun ada kelulusan. Kebanyakannya bergantung kepada nasib dan hari ini merupakan nasib buat Awatif apabila namanya tersenarai untuk di temuduga nanti.

    Awatif  melangkah menuju ke tingkat bawah.Dia ingin menyampaikan berita gembira itu kepada mummy nya. Dengan laju sekali Awatif menuruni anak tangga. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu kepada mummy nya. Awatif mencari mummy nya di ruang tamu sebelum mencari di bahagian dapur.

   “Mummy.. Mummy..” Awatif memanggil mummy nya.
   “Ya.. Mummy dekat sini.” Sahut Puan Fauziah yang sedang berada di belakang dapur. Awatif terus menuju ke arah mummy nya.

   “Mummy.. Awa ada berita baik untuk di kongsikan dengan mummy.” Ujar Awatif sebaik saja berada di depan mummy nya. Puan Fauziah mengerutkan dahinya.

    “Berita apa?” Soal Puan Fauziah sambil merenung anak gadisnya.
     “Awa dapat panggilan untuk di temuduga untuk jawatan setiausaha dekat Aspirasi.” Jawab Awatif dengan teruja dan ceria sekali. Puan Fauziah terkejut.

     “Betul ke? Alhamdulilah. Bila  temuduga tu?” Soal mummy Awatif dengan gembira sekali.
      “Isnin depan mummy. Awa rasa happy sangat dan pada masa yang sama Awa rasa takut juga.Ini baru interview entah dapat entah tidak job tu. Bagaimanalah nanti diorang interview.” Ujar Awatif dengan gelisah.Walaupun hatinya melonjak kegembiraan namun dalam masa yang sama juga dia bimbang proses interview nanti.

   “Janganlah takut . Awa kena buat research sedikit tentang company tu. Mummy doakan anak mummy berjaya dalam interview tu nanti.” Ujar Puan Fauziah sambil mengusap kepala Awatif dengan senyuman.

   “Terima kasih mummy..” Balas Awatif.
    “Mummy dengan Kak Awa buat apa dekat belakang ni? Puas Akid panggil tahu tak ada sorang pun menyahut.” Bebel Akid yang muncul di situ dengan muka yang masam. Puan Fauziah dan Awatif memandang wajah Akid.

   “Bila masa Akid panggil? Mummy tak dengar pun.” Soal Puan Fauziah. Awatif menayang muka blur.

   “Mummy dengan Kak Awa kalau bersembang mana nak ingat dekat Akid.” Tetiba saja Akid merasa tersentuh.

   “Eh eleh sensitive pula budak ni. Jangan nak mengadalah Akid.Mummy dengan Kak Awa tak dengar tadi. Kenapa Akid?” Soal Awatif dengan selamba. Akid terus mencebik pada kakaknya itu.

   “Saja je panggil. Akid bosanlah mummy. Jomlah kita keluar jalan-jalan ke? makan-makan ke? shopping ke? “ Akid memberikan cadangan. Awatif sudah mengigit bibir lalu pura-pura mahu meluku kepala adiknya.

   “Mengada-ngada betullah Akid ni, main je la game dekat atas tu. Akid dengan game kan tak boleh di pisahkan.” Ujar Awatif. Akid buat muka pada kakaknya.

   “Akid dah bosan main game tu. Alahai bila sekolah nak buka balik ni? “ Soal Akid sendirian.
   “Eleh tetiba sibuk hal bila sekolah nak buka. Kalau hari bersekolah bukan main liat lagi nak bangunkan. Bila cuti sekolah mulalah merungut bosanlah apalah.” Bebel Awatif. Puan Fauziah menggelengkan kepalanya melihat karenah Awatif dan juga Akid.

   “Lagi dua minggu sekolah akan dibuka semulalah Akid.Kalau Akid bosan duduk rumah apa kata mummy suruh daddy hantarkan Akid balik kampung duduk dengan atok nak tak?” Soal Puan Fauziah dengan tiba-tiba. Akid menaikkan keningnya.

   “Betul juga tu mummy, ada baiknya kita hantar Akid dekat rumah atok.” Awatif menyokong kata-kata mummy nya sebentar tadi. Akid berfikir sejenak.

   “Balik kampung atok? best juga tu mummy.” Ujar Akid sambil berfikir . Fikirannya sudah melayang ke kampung atoknya.

   “Kalau Akid nak duduk dengan atok dekat kampung , mummy akan bagitahu daddy tapi kami tak duduk sanalah. Akid tahukan daddy kerja.”

   “Kak Awa kan ada ?” Ujar Akid dengan senyuman.
    “Sorry Akid, Kak Awa ada interview minggu depan tak boleh.” Jawab Awatif dengan selamba. Akid menggarukan kepalanya.

   “Interview ? Alah Kak Awa interview minggu depan nanti suruhlah daddy hantar Akid balik kampung minggu depan . Kak Awa ikutlah sekali balik kampung duduk sana dengan Akid baru best. Interview je kan belum kerja lagi.” Tingkah Akid sambil tersengih pada kakaknya. Awatif mengerutkan dahi.

   “Betul juga kata Akid tu, tak apalah nanti mummy bincang dengan daddy korang dulu.” Ujar Puan Fauziah. Awatif menggarukan kepalanya.
   “Mummy.. Kalau lepas interview Awa dapat kerja tu macam mana?” Soal Awatif dengan tiba-tiba.

   “Kalau dapat syukur Alhamdulilah.Kalau tak dapat maknanya bukan rezeki Awa.” Jawab Puan Fauziah. Awatif tersenyum menganggukkan kepalanya.

   “AWA kau dah ready ke nak pergi interview isnin ni?” Soal Fatin yang sedang berdiri setentang dengan Awatif ketika ini. Mereka berdua baru saja keluar dari panggung wayang. Fatin merupakan teman baik kepada Awatif.  Hubungan mereka berdua sememangnya akrab sejak dulu lagi.

   “Aku nervous tau Fatin. Apalah nanti yang diorang akan tanyakan?” Soal Awatif lalu memandang wajah Fatin.

   “Relax lah.Kau janganlah nervous semacam nanti susah pula masa interview tu.Kau buat macam biasa saja. Kau buat presentation dalam kelas dulu ok saja aku tengok so interview nanti pun kau ok jugalah.” Jawab Fatin. Awatif menayang muka blur kepada temannya.

   “Presentation? Eh interview kena buat presentation ke Fatin?” Soal Awatif dengan wajah yang blur.

   “Alahai dah mai dah muka blur kau tu. Hello cik Nurain Awatif a.k.a Miss Blur kau ingat interview tu tak ada presentation ke? Kalau dia suruh ceritakan latar belakang kau tu samalah macam presentation. Kau lupa ke macam mana presentation? Tak kan kau dah lupa kot masa belajar dulu?” Soal Fatin .

   Awatif memandang wajah Fatin. “Kau faham ke tidak apa yang aku cakap?” Soal Fatin sambil bercekak pinggang.

   “Oh kalau diorang tanya kita kena buat ala-ala presentation la eh?” Soal Awatif pada Fatin.
   “Yup miss blur.Kau masa interview nanti jangan pula kau tayang muka blur kau tu ya bila diorang tanya soalan ya. Aku pula yang runsing fikirkan kau.” Jawab Fatin.

   “Pasal apa pula kau nak runsingkan aku? Cik Fatin bukan kau yang nak kena interview tapi aku.” Ujar Awatif.

   “Memanglah kau yang kena interiview bukan aku tetapi aku runsingkan dengan sikap blur kau tu yang kadangkala tak bertempat. Aku kenal kau bukan sehari dua Awa dah bertahun tahu. Aku masak sangat dengan perangai blur dan sengal kau tu. Ingat eh kau jangan nak tanya soalan yang bukan-bukan nanti.” Pesan Fatin sebelum melangkah. Awatif menganggukkan kepala dan turut berjalan seiringan dengan Fatin.

   “Eh jap-jap Fatin. Aku ni blur sangat ke?” Soal Awatif dengan tiba-tiba sewaktu mereka berdua sedang menuruni escalator . Fatin tersengih pada Awatif.

   “Tak adalah blur sangat tapi kadangkala ada juga blur kau tu tahap tinggi.” Jawab Fatin dengan selamba.

     “Iye ke?” Soal Awatif.
     “Iye…” Awatif hanya tersenyum.

       Aah tak kisahlah blur ke apa . Ini adalah diri aku. Mummy selalu pesan supaya jadi diri sendiri jangan jadi seperti orang lain. Bisik hati Awatif.

    “Errmm , Fatin kau temankan aku beli baju eh? Aku nak cari baju untuk pakai pergi interview nanti.” Awatif mengajak Fatin sebaik saja ternampak salah satu butik pakaian yang ada di situ.

   “Ok je.Jomlah.” Jawab Fatin dengan senyuman. Selepas itu, Awatif menarik tangan Fatin dan menuju ke butik tersebut. Di situ penuh dengan pakaian formal untuk di pakai ke majlis formal. Awatif menilik satu persatu manakala Fatin pula mengekori Awatif dari belakang. Matanya mula melihat koleksi pakaian yang ada di dalam butik tersebut.

   Awatif memilih sehelai kemeja dan juga sepasang baju kurung.Dia sendiri tidak pasti mahu pakai apa pada hari interview nanti.

   “Kau ni Awa pilih baju kerja atau baju untuk interview?” Soal Fatin sewaktu melihat Awatif yang baru saja keluar dari fitting room.

   “Dua-dualah. Apalah kau ni Fatin.Kau kan dah kerja mesti ada pengalaman dari aku kan?” Soal Awatif sewaktu memandang Fatin.

    Selepas itu Awatif menuju ke kaunter untuk membayar pakaian yang ingin di belinya. Fatin mengekori dari belakang. Sementara menunggu Awatif berada di dalam fitting room sebentar tadi sempat juga dia mengambil sehelai kemeja . Fatin memang sudah bekerja. Dia bekerja bersama dengan abangnya di syarikat milik papanya. Keluarga Fatin memang keluarga koprat juga. Mereka adik – beradik menguruskan pekerjaa milik keluarga .

   “Kau ok tak kerja dengan abang kau Fatin?” Soal Awatif ingin tahu sewaktu mereka berehat di sebuah kerusi yang ada di sekitar itu.Kaki mereka sudah lenguh berjalan seharian.

   “Ok je. Abang aku yang banyak ajar aku. Selepas ini giliran kau pula merasa dunia pekerjaan. Kau tahu alam pekerjaan berbeza sekali dengan dunia belajar. Kalau zaman belajar kita hanya lihat karenah kawan-kawan kita je kan tetapi kalau bekerja kau akan jumpa pelbagai karenah manusia. Ada yang baik , angkuh, perasan,bangga diri, cerewet, mesra, peramah dan macam-macamlah. Orang kata pengalaman akan mematangkan kita. Yes aku setuju dengan statement tu.” Jawab Fatin. Awatif hanya menganggukkan kepalanya.

   “Kau senanglah Fatin nak dapatkan kerja sebab keluarga kau ada company sendiri .” Tambah Awatif.

   “Siapa kata senang bekerja dalam company keluarga. Kau tahu tak semua company keluarga tu akan maju kalau tak ada kerjasama dan juga sikap bantu membantu antara satu sama lain.” Tingkah  Fatin. Sekali lagi Awatif menayang muka blur.

   “Sah kau tak fahamkan?” Soal Fatin. Awatif tersengih.

    “Aku tak faham maksud kau tu.” Terang Awatif dengan jujur. Kadangkala kepala si Awatif ni lambat pick up sikit bukan lembab ya.

    “Kau ingat company keluarga ni senang ke? Susah weh tambah-tambah kalau dalam keluarga itu ada sikap cemburu dan iri hati pada saudara –mara sendiri. Contohnya keluarga pak cik aku. Kasihan dia. Kalau kita tamak dalam sesuatu perkara sah-sah kita mudah untuk lupa diri.” Terang Fatin. Awatif tayang muka blur lagi.

   “Sorry Fatin aku tak berapa nak faham cerita kau ni.” Jawab Awatif dengan jujur. Fatin terus menggelengkan kepalanya.

   “Tak apalah , bila kau dah bekerja nanti kau akan jumpa dan alami benda itu. “ Jawab Fatin pula.  
    Pengalaman tidak boleh di cipta tetapi pengalaman akan kita perolehi apabila kita menghadapinya.

    “Okey..” Jawab Awatif dengan senyuman.

     “Jomlah kita balik Awa. Kaki aku dah penat ni.Aku hantar kau balik .” Ujar Fatin.
     “Okey je. Aku pun dah penat. Thanks Fatin sebab sudi temankan aku hari ini.” Tingkah Awatif dengan gembira. Sejak Fatin bekerja memang sukar untuk mereka bertemu seperti selalu. Masing-masing dengan urusan sendiri.

     “Kita dah lama tak melepak sekali Awa. Bila kau dah dapat kerja nanti lagilah susah untuk kita berjumpa. Percayalah cakap aku.”  Fatin tersenyum. Awatif turut tersenyum. Mereka berdua mula melangkah menuju ke tempat parking kereta di bahagian bawah.

   “Goodluck Awa untuk interview nanti .”  Tingkah Fatin sebaik saja keretanya berhenti di hadapan rumah Awa. Di kala itu Awatif baru saja menanggalkan seatbelt yang di pakai.

    “Thanks Fatin. Kau doakan aku dapat kerja tu ya?” Pinta Awatif pula.
    “Aku doakan kau berjaya dapat kerja tu, kita jumpa nanti ya.” Jawab Fatin.
    “Kirim salam pada keluarga kau ya Fatin.” Pesan Awatif sewaktu keluar dari kereta Fatin.

    “Kau pun kirimkan salam aku pada mummy dengan daddy kau ya. Lain hari aku singgah jumpa mummy kau eh. Hari ni tak sempat aku  nak kena balik dah ni.” Ujar Fatin sebaik saja menurunkan cermin keretanya.

   “Tak ada hallah. Hati-hati bawa kereta tau.” Pesan Awatif lagi.Fatin tersenyum lalu menganggukkan kepalanya sebelum melambaikan tangan dan menekan pedal minyak. Sebaik saja kereta Fatin berlalu pergi , Awatif membuka pagar dan terus masuk ke dalam rumahnya.

Bersambung...

NotaTersepit : Target minggu ni dapat siapkan konflik fasa pertama. Fasa kedua akan pening kepala la cik writer haaaa.. Hehehe..


Rabu, 08 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 3

Assalamualaikum u ollss...

Hari ini sambungan bab yang ke 3 Alahai Miss Blur. Hadif mencari setiausaha yang baru.Errmm siapa agaknya yang menjadi setiausahanya ya? Rasanya semua orang dah tahukan melalui sedutan AMB . Hehehe.. Bab ni kisah Hadif aje . Kisah Awa bab minggu depan ya.. Mekasih singgah dan baca :D


                                    





    BAB TIGA



    HADIF Fakhri membelek-belek senarai resume yang di terima olehnya untuk di pilih. Dia perlu senaraikan pendek mereka yang layak untuk di temuduga. Hadif Fakhri mencari calon setiausahanya yang baru. Hadif termenung seketika melihat resume yang di terimanya.

  “Nak cari PA pun susah sekarang ni.” Bebel Hadif Fakhri sendirian. Dia kemudiannya menggarukan dahinya. Hadif bersandar di kerusinya sambil memandang ke atas.

   “Nak cari PA ni sama juga dengan nak cari calon isteri. Cari seorang yang boleh kita percayai dalam mengerjakan tugasnya.” Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata papanya Datuk Ismail baru-baru ini.

  “Pilih sajalah Hadif yang mana sesuai, tak payah nak peningkan kepala sangat.Kerja berlambak sekarang ni dan aku perlukan seseorang untuk menolong aku.” Hadif terus membelek satu persatu resume.Dia meneliti dari semua sudut.

  Beberapa ketika, pintu bilik Hadif di ketuk dari luar.Dia terus menoleh ke pintu.
   “Masuk.” Arah Hadif Fakhri.Pintu di tolak dengan perlahan-lahan.

   “Sorry Tuan Hadif , saya nak ingatkan yang Tuan Hadif ada meeting sekejap lagi bersama Encik Taufik dan juga Encik Hayyan.” Ujar Safi dengan senyuman.

   “Thanks Safi, sorry susahkan awak . Selagi saya tak dapat setiausaha baru selagi itulah awak akan terus buat dua kerja begini.Kasihan awak Safi.” Balas Hadif Fakhri.

   “Tak mengapa Tuan Hadif.InsyaAllah apabila ada orang yang sesuai dah jadi setiausaha Tuan Hadif saya tak kelam kabut lagi.Janganlah Tuan Hadif risau sangat.” Jawab Safi.

   “Thanks  Safi. Awak dah banyak tolong saya.Sekejap lagi saya akan bagi pada awak resume yang saya pilih untuk di interview nanti.” Ujar Hadif sambil menilik resume yang seterusnya.

   “Baiklah Tuan Hadif. Saya keluar dulu.” Safi meminta diri. Hadif hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman di bibir.

   Setelah di teliti , Hadif telah membuat keputusan untuk mengambil tiga orang dari mereka untuk di temuduga nanti. Hadif menilik jam di pergelangan tangannya.Waktu meeting sudah pun tiba dengan pantas dia bangun dari kerusinya dan menuju keluar dari biliknya.

   “Safi jangan lupa sediakan air untuk mesyuarat saya sekejap lagi.” Sempat Hadif memesan di intercom sebelum melangkah keluar dari pejabatnya dengan membawa dua buah fail dan juga diari kerjanya.
   Hadif Fakhri terus menuju ke bilik mesyuarat sebaik saja pintu di tolak , Hadif masuk lalu melihat tetamunya sudah pun sampai.Hayyan dan Taufik sedang bersembang di meja mesyuarat.

   “Eh korang dah lama ke sampai?” Soal Hadif lalu di tarik kerusinya. Hayyan dan Taufik tersenyum.

   “Kitaorang baru je sampai . “ Jawab Taufik.
   “Sorry aku lambat sikit , tadi aku pilih orang untuk di temuduga untuk jawatan setiausaha aku.” Tingkah Hadif sambil memandang sepupunya dan juga temannya Taufik.

   “Alahai sibuk betul cousin aku sorang ni.” Usik Hayyan.
    “Jemput minum ya.” Ujar Safi sebaik saja menghidangkan air minuman kepada Hadif Fakhri , Hayyan Azri dan juga Taufik.

   “Thanks Safi.” Ucap Hadif. Safi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sebelum dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

   “Ok kita mula sekaranglah.” Ujar Hadif. Hayyan dan Taufik mengiakan saja. Mereka bertiga mula berbincang tentang urusan projek usahasama antara tiga buah company.

    Selesai saja mereka bermesyuarat, Hadif Fakhri mengajak Hayyan dan juga Taufik untuk keluar makan tengahari bersama-sama. Mereka sudah lama tidak keluar makan bersama dek kerana kesibukan diri masing-masing. Mereka sibuk dengan mengendalikan urusan syarikat masing-masing.

   “Kau macam mana Hadif ? Bila nak kahwin?” Soal Taufik sewaktu mereka sedang menjamu selera. Hadif mendongakkan kepalanya.

   “Entahlah aku tak tahu. Kau ni Fik dah jadi seperti mama aku asyik tanya pasal jodoh saja.Kau tu bila pulak nak kahwin?” Soal Hadif pada Taufik yang sedang tersengih padanya.

   “Aku pun sama dengan kau bro. Actually mama aku pun dah bising soal kahwin ni.Aku ingatkan perempuan je yang selalu kena tanya soalan begini tapi lelaki juga tidak ketinggalan woo. Adik kembar aku Dania sudah kahwin , sekarang ni tinggal aku dan Dahlia saja yang belum kahwin.” jawab taufik dengan selamba.

   “Aku rasa korang berdua dah patut cari calon.” Hayyan menyampuk sambil tersenyum penuh makna.

   “Kau cakap senanglah sebab kau dah kahwin.” Tingkah Hadif dengan selamba.Taufik mengiakan saja kata-kata dari mulut Hadif.

   “Hadif kalau kau nak berkenalan dengan adik aku Dahlia pun boleh.” Tetiba Taufik memberikan cadangan.

   “Aaah la Fik, adik bongsu kau tu single lagi kan ?” Soal Hayyan lalu memandang wajah Taufik. Dia kemudiannya menyapu bibirnya dengan perlahan selepas menyedut air minuman. Hadif Fakhri sudah menjengkilkan matanya pada Taufik dan Hayyan.

   “Kau jangan Hayyan adik aku tu muda lagi dan lagi satu adik aku tu memang minat si Hadif ni. Dia kata muka kau handsome .” Sengih Taufik , terangkat kedua keningnya.

   “Haa elok sangatlah tu.” tambah Hayyan dengan selamba.
    “Amboi-amboi suka hati korang saja ye nak kenakan aku dengan Dahlia? Haa Fik kau kalau adik kau kata aku handsome memang betullah tu.” Jawab Hadif dengan selamba.

   “Kau tengok Fik perasan sungguh si Hadif ni.” Hayyan menggelengkan kepalanya. Hadif tersenyum manis.

   HADIF Fakhri melepak di port kesukaan Hayyan. Rumah Datuk Ismail sunyi sepi. Hayyan sudah berpindah ke rumah barunya bersama-sama Reen. Sekarang ini tinggal Hadif dan juga mama dan papanya di sini. Hani telah pun bertunang dengan Ariq pada bulan lepas dan kini Hani kembali semula ke UK untuk menyambung pengajiannya.

   Jika dahulu adanya Hayyan di dalam rumah ini ada juga teman untuk dia bersembang , kini nampak gayanya bercakap dengan persekitaran rumahnya. Hadif mendongakkan kepalanya memandang ke dada langit. Fikiran ketika ini juga tenang. Hadif ralit melihat keindahan malam hari di terangi bintang-bintang di langit.

   “Anak bujang mama ni buat apa dekat luar ni?” Soal Datin Khadijah sewaktu melangkah menuju ke arah Hadif.

  Sebaik saja mendengar suara mamanya, Hadif menoleh ke belakang lalu tersenyum.
  “Tak ada buat apa pun mama, Hadif ambil angin saja dekat luar ni.Bosanlah duduk atas tak tahu nak buat apa.” Jawab Hadif. Datin Khadijah menarik kerusi lalu duduk bersebelahan anaknya.

   “Rumah kita memang sunyi sebab tu mama nak Hadif cari calon isteri . Meriah sikit bila Hadif dan kahwin dan juga ada anak.” Tingkah Datin Khadijah pula.

   “InsyaAllah mama, tiba masa dan ketikanya Hadif pasti akan bertemu dengan jodoh yang Hadif cari.” Jawab Hadif dengan tenang.

   “InsyaAllah. Mama sentiasa mendoakan untuk Hadif .” Ujar Datin Khadijah sambil tersenyum kepada anak terunanya.

   Bagi Datin Khadijah kali ini dia tidak mahu lagi mencarikan jodoh untuk anak lelakinya itu. Dia tidak mahu perkara dahulu berulang kembali. Biarlah Hadif sendiri yang mencari pasangan hidupnya. Dia gembira melihat Hayyan dan Reen kini bahagia. Dia juga sedar bukan mudah untuk Hadif terima yang Reen berkahwin dengan Hayyan di kala perasaan sayangnya untuk Reen baru berputik ketika itu.

   Jodoh pertemuan itu dari Allah. Kita sebagai manusia di muka bumi ini tak mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku di kemudian hari.

   “Mama, Hani dan Ariq bila nak di satukan?” Soal Hadif dengan tiba-tiba.
   “Tarikh tu tak pasti lagi bila sebabnya Hani masih lagi berada di UK. Mama dan papa kalau boleh nak satukan mereka berdua dengan cepat. InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang tahun depan kahwinlah Hani dan juga Ariq.” Jawab Datin Khadijah dengan senyuman.Dia gembira dan bersyukur kerana anak bongsunya telah bertunang dengan Ariq anak kepada temannya.

   “Ye ke baguslah kalau begitu. Hadif lagi suka kalau mereka berdua di satukan awal mama.” Hadif tersenyum kepada mamanya.

   “Ijah sampai hati ya tinggalkan abang sorang-sorang dekat atas .” Ujar Datuk Ismail yang baru saja muncul di situ. Datin Khadijah dan Hadif menoleh ke belakang dengan serentak.

   “Bila masa pula Ijah tinggalkan abang ni? bukan ke  abang sudah terlelap tadi?” Soal Datin Khadijah . Suaminya itu sudah pun terlelap sebentar tadi di bilik tidur mereka.

   “Memanglah abang dah terlelap tapi lepas tu terjaga. Abang carilah Ijah.” Ujar Datuk Ismail lalu mendekati isteri dan anaknya. Hadif sudah tersenyum.

  “Papa cemburulah tu mama tengok mama ada dekat sini dengan Hadif.” Usik Hadif dengan selamba. Datuk Ismail tergelak  sambil duduk di kerusi.

   “Papa nak cemburu pada Hadif? tak ada maknanya.Papa kamu ni Hadif bukan apa kalau mama tak ada dekat sebelah dia memang begitulah.” Jawab Datin Khadijah. Suaminya hanya tersenyum.
   “Tahu tak apa.” Jawab Datuk Ismail pula.

    “Hadif bila nak dapat setiausaha  yang baru?” Soal Datin Khadijah dengan tiba-tiba apabila teringat tentang Hadif yang sedang mencari setiausaha yang baru. Anaknya memang cerewet nak pilih setiausaha. Datin Khadijah tahu sejak Reen berpindah di Astana ada beberapa orang yang menggantikan tempat Reen namun yang datang hanya boleh bertahan selama sebulan hingga kedua bulan lepas itu cabut kerana tak tahan dengan ketegasan Hadif dan juga perangai cerewetnya yang datang sekali sekala.

    “Dua tiga hari lepas , Hadif sudah pilih beberapa orang untuk di temuduga. InsyaAllah harap-harap adalah yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha Hadif.” Jawab Hadif.
   “Baguslah kalau begitu, papa kasihankan Safi. Dia pun sibuk dengan kerja dia lagi lepas tu nak handle jadual kamu lagi.” Tingkah Datuk Ismail.

   “Itulah papa. Hadif pun kasihankan Safi tu.” Jawab Hadif.
   “Mama harap , setiausaha baru Hadif nanti bolehlah tahan dengan kerenah anak mama ni.” Hadif tersengih. Hadif faham maksud kata-kata mamanya itu.

  “Hadif pun harap begitulah mama. Errm tegas sangat ke Hadif kalau bekerja mama?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Datin Khadijah dan Datuk Ismail berpandangan sesama sendiri.

   “Tegaslah juga kan papa?” Datin Khadijah menoleh pada suaminya.

    “Betul.Papa setuju dengan mama kamu  Hadif. Kita memang perlu ketegasan dalam bekerja tetapi jangan terlalu tegas sangat , kasihan orang lain. Manusia ni pelbagai ragam Hadif di buatnya dapat setiausaha yang sensitive alahai jawabnya selalu memendam rasalah.” Hadif menganggukkan kepalanya.

   Kena ubahlah ni ye? Soal Hadif di dalam hatinya. Hadif menghela nafasnya seketika dia masih ingat lagi salah seorang setiausahanya yang bernama Dylia yang bertahan bekerja dengannya selama sebulan. Dylia memang selalu kena marah kerana selalu sangat terlupa dengan kerjanya. Hadif pernah menegur Dylia berkait dengan hal itu dan selepas itulah Dylia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

   Bersabar sajalah Hadif Fakhri , bukan mudah untuk mencari seorang pekerja yang serasi dengan kita. Alam pekerjaan sememangnya mempunyai banyak cabaran di luar jangkaan.

     “Hari dah lewat malam ni , marilah kita masuk tidur.” Ujar Datin Khadijah mematikan lamunan Hadif seketika.

    “Jomlah mata abang pun dah mengantuk ni.” Jawab Datuk Ismail pula lalu bangun dari kerusi . Hadif dan Datin Khadijah juga turut bangun.

   “Selamat malam mama papa.” Ujar Hadif dengan senyuman sewaktu tiba di tingkat atas bersama mama dan papanya.

    “Selamat malam Hadif. “ Jawab Datin Khadijah dan Datuk ismail serentak sebelum mereka bertiga masuk ke dalam bilik masing-masing.


Bersambung ...

NotaTersepit: Tunggu kisah2 lucu karenah Awa yang blur. Cik writer sendiri pun pening kepala lakarkan blur si Awa ni haaa.. Jgn lupa entry minggu depan apa kisah si Awa lepas ni.. :D