Senin, 20 Oktober 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 32 & 33

Assalamualaikum u ollssss....


Lagi dua bab untuk minggu ni.  By the way minggu depan masuk dua bab terakhir untuk di blog. Blog cik writer akan sunyi sepi buat waktu sementara menunggu entry Dia Pemburu Cinta di publish. Paling awal pun bulan nov paling lambat bulan dis . Buat masa ni cik writer sedang sibuk mengedit kembali Alahai Miss Blur. Terima kasih singgah dan baca ya.. :)

Senin, 13 Oktober 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 30 & 31

Assalamualaikum u ollssss...


Minggu lepas tak ada entry BTW sebab semuanya sibuk sambut rayakan.  Alhamdulilah Raya AidilAdha sudah pun lepas . Di kesempatan ini cik writer nk ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha tuk pengunjung dan pembaca setia blog ini walaupun raya dah lepas. Hehehe. Okey minggu ni lagi dua bab sambungan kisah Ziyad dan Dura.  Lagi dua minggu akan tamatlah cerita ni dekat blog.  Terima kasih singgah dan baca :)

Senin, 29 September 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 28 & 29

Assalamualaikum u ollsss...


Lagi sambungan kisah Ziyad dan Durani.  Terima kasih ya singgah dan baca kisah mereka. Hanya tinggal lagi beberapa bab yang akan di publish dekat blog. Pasni kita tunggu cerita Dia Pemburu Cinta lak ya. :D

BAB DUA PULUH LAPAN


     MALAM itu Ziyad mencari barang-barang lama miliknya. Dia perlu cari sesuatu untuk membantu ingatannya. Jikalau bukan kerana mimpi itu sudah pasti dia tidak perlu menyusahkan dirinya begini. Ya wajah perempuan itu sememangnya menganggu lena Ziyad. Siapa dia itu yang hatinya terlalu ingin tahu. Dia juga ingin sekali tahu kenapa selepas arwah Nurul pergi barulah dia hadapi mimpi begini dan kaitannya dengan Durani . Adakah di sebalik semua ini ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan padanya.

Senin, 22 September 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 26 & 27

Assalamualaikum u ollssss....

Okey lagi dua bab untuk minggu ni. Mekasih singgah dan baca :)

BAB DUA PULUH ENAM



     “ABANG tunggu dalam kereta sajalah ya. Awak nak beli barang dapur sekejap je kan?” Soal Encik Idris pada isterinya. Ketika itu Puan Yusnita menanggalkan seatbelt yang di pakainya.