Rabu, 09 Oktober 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 17

Assalamualaikum u oll..

Bab seterusnya pula di update.Sambungan seterusnya BCIP.Rata2 dah tahukan Hero sebenar dlm BCIP adalah Hayyan tetapi watak Hayyan cik writer x keluarkan lagi.Sabar ya.Hadif memainkan peranan penting dalam menyatukan Reen dan Hayyan.Jgn bimbang kisah Hadif kerana kisah dia akan bersambung dalam Alahai Miss Blur.Harap2 pembaca blog Ayra Zahra berpuas atilah dengan hero dlm BCIP.Terima kasih kerana singgah dan baca..Cik writer x dpt nak buat sinopsis dan paparkan dekat blog kerana bimbang ianya berubah sewaktu menulis mahupun editing nanti.Hehehe. =)


  Bila ada depan mata tak nak hargai.Bila dah tak ada depan mata mula mencari dan merindui.


                 







BAB TUJUH  BELAS


      “HADIF .. mari makan.?” Panggil Datin Khadijah sebaik saja melihat wajah anak terunanya yang baru saja pulang dari kerja.Raut wajah Hadif jelas sekali kepenatan.Hadif menghenyakkan punggungnya di sofa.Tali leher yang di pakainya siang tadi terus di longgarkan dan di tariknya sebelum di letakkan di atas meja.

      “Papa mana mama?” Soal Hadif.

      “Sekejap lagi papa kamu turunlah.Mama tengok sejak dua tiga hari ni kerap kamu balik malam.Pukul lapan lebih baru sampai rumah.Banyak kerja sangat ke dekat pejabat?” Soal Datin Khadijah sambil menyusun lauk pauk di atas meja dan di bantu oleh Mak Biah dan juga bibik.

     “Aah ma.Banyak kerja dekat pejabat.Sekarang ini kan ada projek besar .Hadif cuba dapatkan projek itu dari saingan kitalah.”Balas Hadif sambil mengurut lehernya.

     “Hadif dah lama ke kamu balik?” Soal Datuk Ismail pula yang baru saja tiba di ruang tamu.
   “Baru saja papa.Pergilah mandi dulu pastu kita makan malam sama-sama.Kak Huda dengan abang Syah kamu nanti datanglah sekejap lagi.”Balas Datuk Ismail lagi.

   “Ye la.Hadif naik mandi dulu.” Balas Hadif lalu bangun dan menuju ke tingkat atas.Tali leher dan juga briefcase di bawa naik sekali.

     “Ijah kasihan tengok Hadif tu bang.Sibuk sangat dekat pejabat.” Ujar Datin Khadijah sewaktu menuju kea rah suaminya.

     “Nak buat macam mana.Kerja.Tambah-tambah ada projek macam ni memanglah akan sibuk.Hadif sedang berusaha buat yang terbaik untuk dapatkan projek ni.” Balas Datuk Ismail lalu duduk di sofa sambil menonton televisyen yang sedang menayangkan buletin utama di tv3.

     “Kali ni siapa pula pesaingnya?” Soal Datin Khadijah lalu duduk bersebelahan ddengan suaminya.

          “Tan Sri Herman.” Balas Datuk Ismail lalu melihat reaksi isterinya.

       “Tan Sri Herman?Patutlah anak teruna saya tu kelihatan tertekan dan patutlah si Khay tu datang pejabat datang cari anak abang tu.” Jawab Datin Khadijah.Datuk Ismail mengerutkan dahinya.

       “Khay datang pejabat?Bila?Dari mana awak tahu ni?” Soal Datuk Ismail  keliru.Isterinya pula tersenyum penuh makna.

      “Ijah pasang spy dekat pejabat abang tu.” Balas Datin Khadijah lalu tersenyum pada suaminya.
       “Spy?siapa yang jadi spy awak ni?” Soal Datuk Ismail.

        “Setiausaha Hadif.Budak yang nama Reen tu la.Dia sorang saja yang sesuai untuk saya jadikan spy sebab dia yang banyak mengetahui apa yang berlaku sehari-hari dekat anak abang tu.” Ujar Datin Khadijah.Datuk Ismail tersenyum.

     “Pandai awak pasang spy ya.Anak awak tu tahu ke tak?” Soal Datuk Ismail.

     “Mestilah dia tak tahu.Abang jangan bagitahu dia pula.Seperti yang saya katalah nak pantau Hadif .Saya tak percayakan si Khay tu.Mesti ada apa-apa dia nak baik semula dengan Hadif.Entah-entah pasal projek besar tu .” Datuk Ismail menoleh kepada isterinya.

       Datuk Ismail berfikir sejenak apa yang di katakan oleh isterinya itu.Sebelum ni tidak terfikir pula kenapa Khay cuba mendekati anaknya kembali.Apa benar tekaan isterinya tentang hal itu.Tidak mustahil kalau ianya melibatkan tentang projek.Jangan-jangan ini adalah rancangan Tan Sri Herman.

      “Assalamualaikum…”Kedengaran orang memberi salam di luar rumah.Bibik terus berjalan menuju ke pintu utama .

      “Waalaikumussalam..” Sahut Datuk Ismail dan Datin Khadijah serentak.Mereka menoleh ke arah pintu .

       “Huda dengan family dia dah sampai bang.” Ujar Datin Khadijah dengan senyuman.
       “Bibik tolong angkat beg ni ya bawa masuk.” Ujar Huda dengan senyuman.Huda mendukung anaknya.

      “Baik Puan Huda.” Balas bibik lalu mengambil beg pakaian milik anak Huda.
      “Syifa tidur ke Huda?” Soal Datin Khadijah .

      “Aaah mama.Bagi susu terus tidurlah si kecil ni.”Balas Huda pula lalu membawa anaknya ke sofa.

      “Tok ma..Tok pa..” Jerit cucu Datuk Ismail yang bernama Syarif di muka pintu.

       “Meh sini Syarif.Panggil Datuk Ismail .Syarif mendekati atuk dan neneknya lalu bersamalam .Sebaik saja selesai bersalaman Syarif di peluk dan di cium oleh datuknya.Syarif ketawa mengekek apabila Tok Pa nya menggeletek di perutnya.

       “Mama dengan Papa sihat?” Soal Syahiran lalu bersalaman dengan kedua-dua mertuanya.
       “Alhamdulilah.Kami sihat.Macam mana dengan business kamu?” Soal Datuk Ismail.

       “Alhamudlilah pa.Semuanya berjalan dengan lancar.” Balas Syahiran sambil tersenyum lalu duduk di sofa berhadapan dengan mertuanya.

      “Baguslah kalau macam tu.”Balas Datuk Ismail pula.
      “Abang ni , Kalau ada Syahiran mulalah nak bercakap hal business.” Bebel Datin Khadijah.Huda sudah tersengih.Faham benar dengan sikap mamanya.

      “Abang tanya saja Datin Khadijah oi..” Usik Datuk Ismail.
       “Ma ..Pa ..Mana Hadif?Huda tak nampak pun?” Soal Huda.

        “Sekejap lagi dia turunlah.Tadi dia naik mandi dulu.” Balas Datin Khadijah .Gilirannya pula memeluk Syarif yang kini sudah pun berusia empat tahun.

       “Datin..Makanan malamnya udah siap kok.” Panggil bibik sebaik saja dia mendekati ruang tamu.
      “Ok.Terima kasih bik.” Balas Datin Khadijah.

        “Kalau macam tu marilah kita makan dulu.Cucu Tok Pa ni lapar tak?” Soal Datuk Ismail kepada Syarif.Cucunya hanya menganggukkan kepalanya.

         “Anak mama lapar ye?Itulah tadi mama suruh makan dulu tak nak.” Ujar Huda pula sambil mengusap kepala anak lelakinya.

     “Syarif nak makan dengan Tok pa dan Tok ma.” Jawab Syarif dengan petah sekali.Datuk Ismail dan Datin Khadijah tergelak mendengar jawapan cucunya.

     “Cucu tok pa tak makan lagi ya.Jom kita makan dulu.” Balas Datuk Ismail.
      “Hadif mari turun makan.” Panggil Datin Khadijah pula dari tangga.

       “Ya ma.Hadif turun ni.” Balas Hadif.Rambutnya sudah bersikat.Hadif terus memulas tombol pintu biliknya lalu menuju ke tingkat bawah.

       “Daddy…”Jerit Syarif lalu berlari menuju ke arah Hadif sebaik saja melihat Hadif menuruni tangga.Hadif sudah tersenyum melihat anak buahnya.

     “Syarif jangan lari, nanti jatuh.” Syahiran menegur anak lelakinya  sewaktu menuju ke meja makan.

    “Hey hero daddy sihat?Jom kita makan dulu.” Balas Hadif lalu mendukung Syarif dan di bawa ke meja makan.

     Syarif sememangnya memanggil Hadif dengan panggilan daddy.Hadif yang ingin di panggil sebegitu.Menurut Hadif senang dan mesra.Hadif memang sayangkan anak-anak buahnya Syarif dan juga Syifa.

    “Kak Huda dengan abang Syah dah lama ke sampai?” Soal Hadif sewaktu menarik kerusi untuk makan malam.

     “Baru je sampai Hadif..” Balas Kak Huda nya lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya dan juga pinggan Hadif.

     “Cucu tok ma nak lauk apa?” Soal Datin Khadijah kepada cucunya.
      “Syarif nak ayam upin-ipin.” Jawab Syarif lalu menunjukkan paha ayam di dalam pinggan.

     “Ayam upin ipin yang di panggilnya.” Ujar papa kepada Syarif sambil tersenyum melihat keletah anaknya.

     “Ini mesti hero daddy ni banyak tengok cerita upin dengan ipin ni kan.” Usik Hadif pula sambil mencuit pipi Syarif.

    “Hantu upin dan ipin si Syarif ni.Suka sangat dia tengok cerita tu.Berapa puluh kali ulang pun tak apa.Sampaikan dia boleh hafal dah skrip dalam cerita upin dan ipin tu.” Balas Huda pula. Mereka yang ada di situ ketawa melihat keletah Syarif .

    PUAN Salmah mundar-mandir di ruang tamu menunggu kepulangan anaknya.Jam di dinding sudah berginjak ke angka sepuluh malam,namun kelibat Aqil masih lagi tidak kelihatan.

    “Ke manalah budak Aqil ni tak balik lagi.” Bebel Puan Salmah .Dia mundar-mandir di ruang tamu.Sekejap-sekejap matanya beralih pada jam yang tergantung di dining.

    Beberapa minit kemudian,kedengaran deruman enjin kereta di luar rumah.Puan Salmah terus menuju ke pintu lalu di bukanya.Puan Salmah menarik nafas lega apabila melihat wajah anak lelakinya yang baru saja keluar dari kereta.

    “Aqil ke mana?Pukul sepuluh malam baru balik?” Soal Puan Salmah.Aqil bermalasan masuk dan menghenyakkan dirinya ke sofa.

     “Banyak kerja.” Jawab Aqil dengan selamba.Padahal dia memang sengaja pun balik lambat.Telinganya sudah panas mendengar ibunya berbicara tentang hal kahwin yang bakal tiba.Aqil rimas sekali dengan hal itu.Dia tidak mahu berkahwin dengan Sarah.

    “Kalau ye pun banyak kerja telefonlah mak dulu.Tak adalah hati mak ni risau semacam Aqil.Kamu tu dah nak kahwin tak lama lagi.Janganlah kamu sibuk sangat sampai lupa hal nak kahwin.” Puan Salmah mengingatkan hal kahwin lagi.

    Asal balik rumah saja tak habis-habis hal kahwin yang berbangkit.Desis Aqil lalu membuat muka bosan depan maknya.

    “Kamu dengar tak  pa yang mak cakap ni Aqil.” Puan Salmah menepuk lengan anaknya.

     “Aqil dengar mak.Aqil naik dulu, nak rehat .Penat sangat ni.” Balas Aqil lalu bergegas naik ke tingkat atas.Ada baiknya dia naik atas dari terus mendengar ibunya bercakap tentang hal kahwin.

     Selagi Aqil tidak berkahwin dengan Sarah sekali itulah hati Puan Salmah tidak tenang.Dia bimbang Aqil akan mencari dan cuba mendapatkan bekas isterinya Reen.Bukan Puan Salmah tidak mengetahui yang Aqil terlalu sayangkan Reen.

      “Kamu tak nak makan ke?” Soal Puan Salmah sewaktu Aqil mendaki tangga.Aqil menoleh ke belakang.

       “Aqil dah kenyang mak.Aqil dah makan dekat pejabat tadi.” Balas Aqil dengan selamba lalu menapak semula menuju ke biliknya.Badannya terlalu letih bahkan kepalanya juga letih memikirkan cara untuk berbaik semula dengan Reen.Pening kepalanya bila fikir bagaimana cara yang harus di lakukan untuknya untuk dapatkan Reen semula.

     Sebaik saja masuk ke bilik Aqil terus merebahkan dirinya ke tilam.Setiap kali dia pulang kerja mahupun bangun pagi dia terbayang wajah isterinya yang sering ada di depan matanya.Aqil melihat kamarnya yang tidak seceria dulu.Suasana di dalam bilik ini membuatkan dia tidak boleh lupa raut wajah isterinya.Selama tiga tahun berkahwin mana pernah mereka berpisah.

    Sudahlah Aqil.Tak perlulah nak melayan perasaan sedih ke rindu ke.Ini semua kau sendiri yang pinta.Kau sendiri yang buat keputusan.Sekarang kau kena terimalah apa yang sudah berlaku.


    Aqil mengeluh dengan perlahan sebelum bangun dan mengambil tualanya lalu berlalu menuju ke bilik air.

Bersambung...

NotaTersepit : Cuba untuk buat kisah yang terbaik dalam BCIP.Semoga karya ke 3 ini juga berjaya di siapkan akhir tahun ini.InsyaAllah.. =)


Minggu, 06 Oktober 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 16

Assalamualaikum u oll..

Sambungan BCIP .Bab yang cik writer terpublish minggu lepas mungkin dah ada yg sempat baca dan juga tak.Ini dia bab 16.Mekasih singgah dan baca.. =)

Kerana dendam manusia sanggup lakukan apa saja


                              









BAB ENAM  BELAS


     PAGI itu Reen sibuk dengan kerjanya begitu juga dengan staf-staf yang lain masing-masing berada di meja sendiri mengadap kerja masing-masing.Reen sibuk meneliti laporan yang harus dia buat sebelum di berikan kepada Tuan Hadif.

     Pagi ni sekali lagi Reen terkejut kerana bekas tunang Hadif Fakhri muncul lagi di pejabat.Reen menoleh sebaik saja mendengar bunyi tapak kasut yang bergema di atas lantai.Khay masuk ke Aspirasi dengan bergaya sekali.Rambutnya di kibar-kibar ke belakang.Hari ni Khay mengenakan skirt paras lutut dengan blous yang berlengan pendek.Ketiak milik Khay jelas kelihatan dek kerana baju lengan pendek nasib baik ketiaknya licin dan putih.

    Sekali lagi mata staf lelaki di Aspirasi terbuntang melihat kecantikan milik Khay.Reen memandang dengan seribu persoalan.

    Apa kejadah pula si Khay ni datang ke mari.Hari tu bukan Tuan Hadif dah bagi amaran ke jangan datang ke mari.Tak faham bahasa gamaknya.Gerutu Reen sendirian.

    “I nak jumpa Hadif.” Ujar Khay lalu menapak masuk ke bilik pengarah urusan.Reen tidak sempat menjawab apa-apa lagi dia dah serbu masuk.

     “Eh eh eh..Cik Khay..Jangan masuk.Tuan Hadif tak ada.” Balas Reen cuba menghalang Khay dari masuk ke bilik Tuan Hadif.

     “Kau jangan nak tipu akulah.Aku tahu sayang aku ada dekat dalam.Tepi aku nak masuk jumpa dia.”Balas Khay lalu menolak badan Reen ke tepi.

    “Saya tak tipu.Tuan Hadif tak masuk pejabat lagi hari ni.” Jawab Reen dengan jujur.Memang betul pun Hadif tiada di dalam biliknya.Hari ni dia sudah bagitahu Reen yang dia akan masuk pejabat lambat sikit.

   Khay berdegil juga lalu memulas tombol pintu dan masuk ke dalam mencari kelibat Hadif Fakhri.Reen mengekori dari belakang.

    “Saya dah katakan Tuan Hadif tak ada.Cik Khay tak nak percaya.” Balas Reen.Khay menoleh ke belakang lalu mengetap bibir dengan geram.

     Kemana pula si Hadif ni.Gerutu Khay dengan geram.
     “Dia ke mana?” Soal Khay pada Reen.

     “Maaflah cik Khay.Saya tak tahu dia ke mana.Saya bukan isteri dia yang tahu semua ke mana dia pergi.”Dengan selamba Reen membidas.Wah Reen berani nampaknya.

    “Jangan nak perasan jadi isteri Hadif Fakhri lah.Dia tu hak aku.” Ujar Khay lalu menghadiahkan satu jelingan tajam pada Reen.Namun Reen hanya menjungkit bahu.

     “Saya pun tak nak jadi isteri dia cik Khay.Garang .Takut saya.” Bidas Reen lagi.
      “Hadif pun satu hal.Orang call tak nak jawab.Ke mana dia pergi.” Bebel Khay lalu bercekak pinggangnya.

       “Cik Khay nak tunggu Tuan Hadif juga ke?Saya tak tahu dia masuk office pukul berapa.”Balas Reen.Sekali lagi Khay merenung wajah Reen.Namun Reen buat seperti tiada apa-apa.

     Huh dok jeling rupa itu macamlah aku takut sangat.Aku dah tahu banyaklah hal kau cik Khay.Datin dah beritahu aku.Desis hati Reen pula.Memang dia sudah tahu sikap Khay datin sudah menceritakan segala-galanya padanya .

    “Ye la aku nak tunggu dia dekat dalam ni.Apa lagi kau pergilah keluar sambung kerja.Lagi satu tolong buatkan aku air.Tekak aku rasa haus pula.” Arah Khay dengan sombong sekali.Reen mengerut dahinya.

    “Baiklah cik Khay.Saya akan sediakan air minuman untuk cik Khay.” Ujar Reen dengan senyuman sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

    Datang sini asyik minta air saja dengan aku.Huh mengada betul perempuan ni.Gerutu Reen dalam hatinya.

   “Woi Reen kau kenapa muka masam je?” Soal Safi.
   “Tu haa..Perempuan gedik dekat dalam tu.Dia halau aku keluar lepas tu suruh aku buatkan air untuk dia.” Balas Reen dengan selamba.

    “Bukan Tuan Hadif tak ada ke?” Soal Safi dengan pelik.
    “Memang tak ada.Aku dah cakap tapi dia tu mana nak dengar cakap orang.Nak juga tunggu dekat dalam tu haa.Biarlah dia.Aku nak pergi buatkan air untuk dia.”Balas Reen.

   “Eh Reen apa kata kau letak sesuatu dalam air dia biar dia sakit perut.Baru padan dengan muka perempuan gedik tu.” Safi meberikan cadangan.

     “Kau jangan Safi tak baik kita aniaya orang.Dah aku pergi buat air dia dulu .Kang tak pasal-pasal dia mengamuk.Aku juga yang nak kena.” Ujar Reen lalu menghilangkan diri ke pantry.

     “Hah Reen awak buatkan untuk siapa?” Soal Hadif Fakhri yang baru saja sampai.Mereka bertembung di simpang masuk ke bilik pengarah urusan.Reen tersengih.

     “Air untuk cik puan besar dekat dalam tu Tuan Hadif.Dia ada dekat dalam tunggu Tuan.” Jawab Reen.Hadif mengerutkan dahinya.

     “Siapa?” Soal Hadif.
      “Cik Khay.Dia ada dekat dalam.Sekejap lagi saya buatkan Tuan Hadif punya kopi ya.” Balas Reen.

      “Perempuan tu datang lagi.Apa lagi yang dia nak?” Soal Hadif sendirian lalu melangkah dengan pantas ke biliknya.

      “You buat apa dekat sini?” Soal Hadif .

       “Hai sayang.I cari you la.” Balas Khay dengan gedik sekali.Sejurus kemudian Reen pula masuk .

       “Cik Khay jemput minum.” Balas Reen lalu di letakkan cawan di depan Khay.Selepas itu Reen terus keluar dari bilik Tuan Hadif.

        “I kata jangan datang sini lagi.You nak apa.Mana Tan Sir Herman?You dengan I dah tak ada apa-apa hubungankan.” Soal Hadif.Reen sempat mendengarnya sebelum menutup pintu bilik bosnya.

      “You ni janganlah marah.I dengan Tan Sri Herman mana ada apa-apa.” Pujuk Khay lalu bangun dan mendekati Hadif.Kemudian Khay meletakkan tangannya di atas dada Hadif Fakhri.

      “You tak payah nak goda I la Khay.Baik you keluar sekarang.I banyak kerja nak buat ni.Jangan ganggu I lagi.You pergi saja dekat mana-mana anak datuk atau anak Tan Sri dekat luar sana.I tak nak dekat you la.” Ujar Hadif dengan kasar sewaktu menepis tangan Khay yang melekap di dadanya.

     “I sayangkan you Hadif.”Pujuk Khay lagi.Hadif Fakhri menepis tangan Khay yang cuba memegang tangannya pula.

     “You jangan nak berlakon depan I sangatlah Khay.I kenal siapa you.You datang dekat I ni bukan sayangkan I tapi sayangkan harta I kan.” Ujar Hadif dengan sinis sekali dan sengaja dia menekan perkataan harta.Khay mengetap bibirnya.

    Benar apa yang di katakan oleh Hadif Fakhri.Dia bukan mahukan Hadif tapi sebenarnya harta Hadif.Ini semua dia buat semata-mata kerana wang.Khay buat baik dengan Hadif ini pun bersebab.Dia di suruh oleh Tan Sri Herman untuk berbaik dengan Hadif demi mendapatkan projek baru.Dia bimbang jikalau projek itu jadi milik Aspirasi.

   “I nak you baik semula dengan Hadif.You tahu sekarang ni dia dan I tengah berebut projek besar.Kalau jatuh ke tangan dia syarikat I akan rugi.Kalau you dapat pujuk dia maka I bolehlah dapat projek itu.” Ujar Tan Sri Herman pada suatu petang.

    “You gila ke.You nak suruh I berbuat baik dengan Hadif setelah apa I lakukan pada dia dulu.You tahu tak yang Hadif bencikan I.Marahkan I sebab I putus tunang dengan dia.”Balas Khay lalu duduk dengan manja sekali di tepi Tan Sri Herman.

    “Come on darling.You cantik.I yakin dia masih sayangkan you.Tak mungkin dia akan tolak cinta you.” Pujuk Tan Sri Herman lagi sambil mencuit pipi Khay.Geli geleman Khay di buatnya.Khay bukan suka sangat dengan Tan Sri Herman yang sudah tua itu.Apa yang dia inginkan adalah wang dari Tan Sri Herman.Khay tidak pernah serik walaupun pernah di serang oleh Puan Sri Ruby.

     “Kalau you berjaya , I akan bagi hadiah pada you untuk bercuti dan shopping di luar negara.I tahu you teringin nak bercuti ke luar negara kan.” Ujar Tan Sri Herman lagi.Khay terus tersenyum sebaik saja mendengar hadiah yang akan di perolehi olehnya.

    “Ok I akan cuba.” Balas Khay dengan manja sekali.

      Huh orang tua tak sedar diri.Dia ingat aku nak sangat dekat dia.Aku sayangkan Hadif lagi.Aku curang dengan Hadif pun bersebab.Aku nak balas dendam pada Tan Sri Herman yang telah buat arwah mama dan papa aku bankrupt.Dia belum kenal lagi siapa aku.Aku akan pastikan kau terima padahnya nanti wahai Tan Sri Herman.Di sebabkan kau juga aku kehilangan keluarga aku.Gerutu Khay sendirian di dalam hatinya sambil tersenyum sinis pada Tan Sri Herman.

     “That my girl.” Balas Tan Sri Herman dengan gembira.Dia tahu Khay akan buat apa saja deminya.Senang saja nak dapatkan Khay.Hanya dengan wang saja.

      Nampak gayanya bertemulah buku dengan ruas.Rupa-rupanya apa yang Khay buat bersebab.Khay ingin membalas dendam pada Tan Sri Herman.Khay sanggup tinggalkan Hadif demi membalas dendamnya.Tan Sri Herman pula memang lemah dengan perempuan.Kalau tidak tak adalah sampai beristeri dua.Tan Sri Herman memang terkenal dengan sikap playboy sejak zaman muda lagi.Bila umur dah semakin lanjut semakin menjadi-jadi perangainya.Sudah kerap kali Tan Sri Herman bertekak dengan Puan Sri Ruby tentang perempuan.

    “You pergi balik sekarang.I banyak kerja.” Tingkah Hadif sewaktu menuju ke kerusinya.Kemudian Reen pula mengetuk pintu biliknya dari Reen.Di tangan Reen sudah di bawa secawan kopi untuk Hadif.

    “Masuk..” Ujar Hadif.Khay masih lagi berdiri di depan sofa.
    “Tuan Hadif ini air Tuan.”Ujar Reen lalu meletakkan air di depan Hadif.

     “Ok Thanks.Reen tolong bawa cik Khay keluar dari pejabat saya.Semak dan sakit mata saya tengok.” Hadif memberikan arahan.

    “Hadif you halau I .Sampai hati you.I datang sini nak berbaik dengan you Hadif.” Ujar Khay dengan geram.Sukar untuk dia melembutkan hati Hadif kembali.

    “Maaf cik Khay.Tuan Hadif sibuk.Ada baiknya kita keluar.” Ujar Reen sambil tersenyum lalu membuka pintu untuk Khay.

    “I akan datang lagi Hadif.” Balas Khay lalu mencapai beg tangannya sebelum keluar dari bilik Hadif.Reen mnegekori dari belakang.

    “And you jangan nak berlagak sangat.” Khay menunding jari ke arah muka Reen sewaktu menoleh ke belakangnya.

    “Maafkan saya cik Khay.Saya hanya menjalankan tugas.” Balas Reen.Hadif hanya melihat sambil menggelengkan kepalanya.Malas dia mengambil kira.Dalam kepalanya sibuk memikirkan dengan kerja yang masih belum selesai.

    “Ingat aku akan datang lagi.Kau jangan nak berlagak sangat.Kau ingat kau setiausaha Hadif kau dah besar kepalalah?” Soal Khay tidak puas hati sewaktu Reen menutup pintu bilik Hadif.

   “Apa-apa sajalah cik Khay.” Balas Reen. Khay mendengus dengan geram lalu melangkah keluar dari Aspirasi.

    Patut ke aku bagitahu Datin tentang hal cik Khay hari ni?Soal Reen sendirian.
    “Bagitahu je la nanti.Lagipun aku dah janji dengan datin.Aku buat semua ni pun sebab datin dan juga Tuan Hadif.” Ujar Reen sendirian lalu menyambung semula kerjanya.

    “Ok Reen fokus pada kerja.” Ujar Reen sendirian sambil menekan papan kekunci.

    
Bersambung...

NotaTersepit : Bulan 10 bulan agak sibuk untuk cik Writer.Hmmm.Minggu cik writer konvo nanti mugkin autopublish.Itu akan di beritahu kelak di page Ayra Zahra dekat fb dan juga fb cik writer sendiri Siti Mahizan (Ayra Zahra)


Rabu, 02 Oktober 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 15

Assalamualaikum u oll...


Pejam celik pejam celik dah hari khamis.Seperti biasa hari ini di update sambungan BCIP bab seterusnya.Mekasih singgah dan baca..Maaf entry td cik writer dh delete. Yg td bab 16 bukan bab 15.Tersilap publish.Sorry sekali lagi.16 ari isnin ni ya.. 

 “Kadangkala apa yang kita suka dan sayang tak semestinya akan kekal dengan kita untuk selamanya."


                         






BAB LIMA  BELAS



   “KAU kenapa Reen.Aku tengok muka kau hari ni macam ayam berak kapur je.Ada masalah ke?Tuan singa marahkan kau ke hari ni?” Soal Safi bertalu-talu sewaktu mereka berdua makan tengahari bersama.

    Reen memandang wajah Safi yang sedang khusyuk makan.Safi kalau bab makan tak usah nak cakaplah.Laju yang amat.Tak peduli dah dekat orang lain .

    “Bukan pasal tuan singa la.Pasal Aqil.” Jawab Reen dengan perlahan.Selepas itu baru Reen menyuapkan makanan ke dalam mulut.

    “Aqil?Kenapa pula dengan si Aqil?Dia ganggu kau ke?” Soal Safi dengan pelik.

     “Semalam dia telefon aku.Dia cakap nak rujuk balik dengan aku.” Ujar Reen.Sebaik saja mendengar hal rujuk balik terus Safi tersedak.Di capai gelas air minumannya lalu di sedut dengan rakus sekali.

     “Apa dia.Kau ulang sekali lagi.Aku tak salah dengarkan?” Soal Safi.Matanya membuntang memandang Reen.

     “Aqil nak rujuk balik dengan aku.”Ulang Reen sekali lagi.

     “Habis tu kau terima?” Soal Safi dengan penuh debaran.Safi tahu hati Reen ni lembut.Kalau kena gayanya tak mustahil Reen akan rujuk balik dengan bekas suami dia.Bukan Safi tak suka kalau Reen rujuk balik tapi Safi tidak mahu Reen kecewa lagi dengan sikap Aqil.Reen memandang wajah Safi sambil menongkat dagu.

    “Mestilah tak.Aku tolak.Aqil kan dah nak kahwin.Kalau aku rujuk balik dengan Aqil mahu bekas mak mertua aku tu datang serang aku.Kau bukan tak tahu dia bencikan aku.” Balas Reen pula.Safi menarik nafas lega.

   “Baguslah kalau kau fikir macam tu.Aku nak tanya pada kau ni.Kau masih sayangkan Aqil ke?” Soal Safi.Reen terdiam seketika.

    “Tipulah kalau aku kata aku tak sayang dia.Aqil pernah jadi suami aku Safi.Mestilah perasaan sayang dan cinta tu masih ada.Kau ingat senang-senang ke aku nak buang perasaan sayang dan cinta tu.”Balas Reen sambil menghirup air.


     Siapa yang tidak sayangkan suami.Kalau hari-hari melihat wajah suami.Orang yang berkahwin secara paksa pun akan terbit perasaan sayang sama ada lambat atau cepat inikan pula  orang yang bercinta sebelum kahwin lagi.Safi hanya berdiam diri dan menyambung semula makan.  

    “Aku tak akan balik semula pada Aqil.Aku nak dia bahagia dengan orang lain Safi.Aku tak mampu buat dia dan juga mak dia bahagia.Lagipun mak mana yang tak mahu lihat anaknya bahagiakan.Aku tahu apa yang mak mertua aku buat untuk kebaikan anak dia juga pada masa hadapan.” Tingkah Reen setelah lama mereka berdua mendiamkan diri.

   “Aku bangga dengan kau sebab kau berfikiran positif.Kau berkorban untuk beri kebahagian kepada bekas suami kau Reen.Aku tahu bukan mudah kau nak buatkan.” Ujar Safi sambil tersenyum pada Reen.

   “Kadangkala apa yang kita suka dan sayang tak semestinya akan kekal dengan kita untuk selamanya.Ia sama dengan kehidupan kita di atas dunia ni yang di mana kita tak akan kekal pun di atas dunia ni tiba masanya kita semua akan pergi mengadap Pencipta kita.Safi kehidupan kita di atas dunia ini adalah bayangan belaka yang kekal adalah di akhirat sana.Aku selalu ingatkan diri aku dengan itu sebab tu la aku boleh hadapi benda ini walaupun aku rasa sakit.” Balas Reen dengan panjang lebar.

    “Aku setuju tu Reen.Kadang-kadang kita sebagai manusia sering kali terlupa tentang itu.Kita sering kali terbuai dengan nikmat dunia kadang kala lupa yang apa yang kita ada semuanya bersifat sementara.” Ucap Safi pula.Reen menganggukkan kepalanya.

     “Eh Reen lupa aku nak tanya kau.Pagi tadi Datin Khadijah datang kan.Dia cari anak bujang dia ke ?Aku tengok dia banyak soal siasat kau saja.Kau pergi mana dengan datin ?” Soal Safi.Tiba-tiba dia teringat yang dia nak tanya perkara itu pasa Reen.Dia melihat Reen mengekori Datin dari belakang menuju ke bilik meeting.

     “Aah dia datang cari Tuan Hadif tapi dia tak ada .Tuan Hadif ke putrajaya katanya ada hal.Aku pun tak tahulah hal apa.Lepas tu Datin ajak aku bersembang seketika di bilik meeting.” Ujar Reen .Masih teringat lagi pertemuan dengan ibu kepada Tuan Hadif.

    “Kamu ni Reen kan.Setiausaha Hadif Fakhri.?” Soal Datin Khadijah sebaik saja berdiri di meja milik Reen.

     “Ya saya Reen Puan.Setiausaha kepada Tuan Hadif.Puan ni siapa ya?Boleh saya bantu Puan?” Soal Reen dengan senyuman sambil mendongak kepada wajah Datin Khadijah.

      “Saya mama Hadif.” Jawab Datin Khadijah dengan senyuman.Sebaik saja mendengar perkataan Mama Hadif terus Reen berdiri dan riak wajahnya turut berubah.

      “Ma..Ma..Maafkan saya datin.Saya tak tahu Datin ni mama kepada Tuan Hadif.Maafkan saya datin: Ujar Reen dengan perasaan bersalah.

      Ish Reen apa nak jadi dengan kau ni langsung tak kenal Datin Khadijah.Isteri kepada Datuk Ismail dan juga mama kepada Tuan Hadif Fakhri.Gerutu Reen sendirian.Reen tidak tahu apa yang harus di lakukan ketika ini.Datin Khadijah pula memandang Reen dari atas ke bawah tanpa secalit senyuman.Sengaja nak buat Reen tak senang duduk.Hendak menguji Reen sebenarnya tu.

     “Tak mengapa.Saya tahu anak saya tak ada dekat dalam.So saya nak jumpa awak sekejap boleh Reen.Ada hal sikit saya nak bincang dengan awak.Boleh?” Soal Datin Khadijah sambil tersenyum melihat wajah Reen yang tertunduk.

    Reen ..Reen..sifat kamu mencuit hati saya.Desis hati Datin Khadijah .Dia tahu dia tidak silap orang kali ini.

   “Boleh Datin.Silakan.Kita ke bilik meeting la ya datin ke datin nak bincang dekat mana?” Soal Reen.

   “Ok dekat bilik meeting.Saya tunggu di sana sekarang ya.”Ujar Datin Khadijah lagi.
    “Baik Datin.Kalau macam tu datin pergi dulu saya buatkan datin air dulu.Sekejap lagi saya menyusul ke sana.”Balas Reen.Datin Khadijah menganggukkan kepalanya.

   “Ya la.”Balas Datin Khadijah lalu menuju ke bilik meeting.Staff di Aspirasi Berjaya Holding terkejut dengan kehadiran Datin Khadijah.Setahu mereka Datin Khadijah memang jarang sekali datang ke pejabat.Mereka tertanya-tanya juga mengapa Datin datang ke mari siap nak jumpa Reen lagi.

   “Reen kenapa tu?” Soal Tasha kepada Reen sewaktu Reen berada di pantry.
   “Datin nak bincang perkara penting.Tak tahulah hal apa.Mungkin hal kerja kot.”Balas Reen sewaktu menyediakan air untuk Datin Khadijah.

     “Pelik.Datin selalunya jarang nak datang dekat pejabat ni.” Ujar Tasha dengan pelik.

      “Ye ke.Reen pun tak tahulah dia nak bertanya hal apa.Takut juga Reen.” Ujar Reen dengan jujur.Memang itu yang dia rasa.Bimbang kalau-kalau dia ada buat salah dan silap yang dirinya sendiri tidak perasan.

      Reen membawa cawan yang sudah berisi air dan menuju ke bilik meeting di mana Datin Khadijah berada.

      “Reen pergi dulu ya Tasha.” Ujar Reen sebaik saja kakinya melangkah keluar dari pantry.Tasha anggukan kepalanya sambil berfikir apa motif Datin Khadijah datang ke pejabat hari ini.

      “Ish satu hal pula aku nak kena fikir.Tak payah nak menyibuk hal oranglah Tasha.”Ujar Tasha sendirian .

      Cik Tasha bimbang apa sebenarnya?Bimbang kalau-kalau Datin berkenan pada Reen untuk buat calon menantu.Kalau itu terjadi apa Tasha akan buat sebabnya Tasha memang ada menaruh hati pada bosnya.Siapa tidak tertarik dengan Hadif Fakhri yang kacak itu.

      “Jemput minum datin.” Pelawa Reen sewaktu dia meletakkan secawan the panas di hadapan Datin Khadijah.

     “Terima kasih.Duduk Reen.” Balas Datin Khadijah pula.Reen menarik salah sebuah kerusi lalu di duduknya.

     “Ada hal apa datin nak bincang dengan saya ya?” Soal Reen .Jantungnya berdebar-debar pula.

     “Macam mana ni baru-baru ni saya dengar Khay ada datang cari Hadif dekat pejabat ni.Jadi saya nak awak jadi saya punya assistant atau pun mata-mata saya untuk Hadif.Saya kalau boleh tak mahu Khay datang pejabat ni ganggu Hadif.Awak kenal siapa Khay yang saya maksudkan?” Soal Datin Khadijah.Reen menggarukan kepalanya cuba mengingati nama Khay di dalam memorinya.

     Pernah dengar je nama Khay tu .Dekat mana eh?Soal Reen sendirian.

    “Please Khay.You jangan nak mengada-ngada dekat office I.Lagi satu mana nak cari orange juice dekat sini?Reen awak keluar dulu.” Reen sudah ingat.

    “Oh cik Khay hari tu dia ada datang jumpa Tuan Hadif Datin.Saya tak tahulah cik Khay tu siapa dengan Tuan Hadif.” Balas Reen legas.Datin nak bertanya tentang Khay rupa-rupanya.

     “Khay tu sebenarnya bekas tunang Hadif.Saya tak suka dia ganggu Hadif lagi.Di sebabkan dia jugalah Hadif berubah .Kalau Khay ada datang lagi ke pejabat ni saya nak awak hubungi saya dan bagitahu saya.”Arah Datin Khadijah.

    “Tapi Datin.Ini melibatkan hal peribadi Tuan Hadif.Saya tak nak campur tangan.Kalau apa-apa jadi nanti saya yang kena marah dengan Tuan Hadif.Saya takut kalau dia naik angin nanti.” Balas Reen dengan jujur.

    Sejujurnya dia memang tidak ingin langsung campur tangan dalam urusan Hadif Fakhri.Dia datang ke pejabat ini adalah untuk mencari rezeki dan kumpul duit untuk sambung belajar lagi.

     “Hal itu awak jangan risau.Hal ini hanya kita berdua saja.Orang lain tak perlu tahu.Saya buat ini semua untuk anak saya Reen.Saya tak mahu Khay ganggu anak saya lagi setelah apa yang dia telah buat pada Hadif.Satu hari nanti awak juga akan kenal siapa sebenarnya Khay.Anak lelaki saya Hadif sorang saja Reen.Jadi saya tahu awak boleh tolong saya.” Balas Datin Khadijah.

           “Datin percayakan saya?” Soal Reen sambil mengerut dahi.
      “Ya saya percayakan awak Reen.Lagipun saya tahu semua latar belakang awak Reen.”Balas Datin Khadijah lagi lalu menghirup air teh yang di buat oleh Reen.

    “Datin tahu latar belakang saya?” Soal Reen dengan pelik
     “Ya saya tahu semuanya tentang awak termasuklah hal rumahtangga awak.”Balas Datin Khadijah .

      “Datin tahu?Kenapa datin nak suruh saya jadi mata-mata untuk Datin?” Soal Reen lagi.Tidak faham kenapa datin Khadijah memilihnya .

     “Sebab awak adalah setiausaha Hadif.Hal berkaitan dengan Hadif mesti awak akan tahu.Saya perlukan pertolongan awak Reen.Saya tak nak lihat anak saya terpedaya dengan bekas tunang dia dulu.Khay tu bukan sebarang gadis.” Ujar Datin Khadijah lagi.

      Sebagai seorang ibu dia juga mahukan yang terbaik untuk anaknya.Telinga Datin Khadijah sudah panas mendengar orang mengata yang bekas tunang anaknya tu sedang berusaha untuk berbaik semula dengan Hadif.Dia tahu Khay tidak akan balik pada Hadif kalau tiada sebab yang kukuh.

     Khay seorang gadis yang pentingkan harta benda.Dia akan pergi pada orang yang boleh memberikan dia kesenangan.Kalau dulu Khay tergila-gilakan Tan Sri Herman sebab Tan Sri Herman merupakan salah seorang jutawan.Khay pula pandai mengambil hati seorang lelaki.Dengan kecantikkan yang di miliki bukan payah untuk dia membuat lelaki tertawan padanya.Khay juga boleh di kategorikan dalam gadis pisau cukur.Apa yang ada dalam matanya adalah wang.Bagi Khay wang adalah segala-galanya dalam kehidupan ini.

     “Awak setuju?”Soal Datin Khadijah.Waktu itu Reen terdiam memikirkan apa yang harus di jawabnya nanti .

    “Saya takut datin.Kalau Tuan Hadif tahu saya jadi spy datin naya saya datin.Saya datang ke mari nak cari rezeki.” Ujar Reen dengan muka bimbang.

    “Hal itu awak jangan risau.Hadif tak akan tahu tentang hal itu.Saya buat ini untuk Hadif .Awak Cuma buat apa yang saya suruh saja.” Balas Datin Khadijah.

   Reen berfikir sejenak.Apa yang di minta oleh Datin Khadijah bukanlah kerja yang susah.Dia hanya minta pantau Tuan Hadif dan pastikan Khay tidak ganggu Tuan Hadif di pejabat.

    “Errmm..Baiklah Datin.Saya akan buat seperti mana yang datin suruh.” Balas Reen.Jawapan Reen membuatkan Datin Khadijah tersenyum lebar.

     “Bagus.Terima kasih Reen.” Balas Datin Khadijah dengan senyuman.Reen hanya menganggukkan kepalanya.

     “Hoi jauhnya kau termenung.Aku tanya pasal Datin kau senyap pula.” Sergah Safi.Tersentak Reen lalu memandang wajah teman baiknya di depannya.

     “Sorry..” Balas Reen sambil tersengih.
      “Kau sembang apa dengan Datin?” Soal Safi.

      “Tak ada apa.Dia tanya pasal aku.Ok tak kerja dekat sini.Dia katalah anak dia tu kepala angin sikit dia bimbang juga kalau Tuan Hadif buat hal.”Dalih Reen dengan selamba.Reen tidak boleh memberitahu Safi permintaan Datin.Dia bimbang nanti akan dapat di hidu oleh orang-orang lain di pejabat ini terutama Tasha.


       “Oh macam tu bagus Datin tu kan.Siap ambil berat pasal kau lagi.Cepatlah makan.Dah nak pukul dua ni .Kita nak kena masuk pejabat balik ni.”Ujar Safi lalu menyudahkan makanannya.Reen pula menilik jam di pergelangan tangannya lalu dengan cepat-cepat dia menghabiskan makanan di dalam pinggannya.

NotaTersepit :Haiyaaaa mcm mn blh tersalah publish tadi.Ada yg dah baca ke bab 16 td.heheeh.Sorry cik writer x perasan td fikiran melayang pasal konvo la ni.Muahaha..Y_Y