Rabu, 08 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 3

Assalamualaikum u ollss...

Hari ini sambungan bab yang ke 3 Alahai Miss Blur. Hadif mencari setiausaha yang baru.Errmm siapa agaknya yang menjadi setiausahanya ya? Rasanya semua orang dah tahukan melalui sedutan AMB . Hehehe.. Bab ni kisah Hadif aje . Kisah Awa bab minggu depan ya.. Mekasih singgah dan baca :D


                                    





    BAB TIGA



    HADIF Fakhri membelek-belek senarai resume yang di terima olehnya untuk di pilih. Dia perlu senaraikan pendek mereka yang layak untuk di temuduga. Hadif Fakhri mencari calon setiausahanya yang baru. Hadif termenung seketika melihat resume yang di terimanya.

  “Nak cari PA pun susah sekarang ni.” Bebel Hadif Fakhri sendirian. Dia kemudiannya menggarukan dahinya. Hadif bersandar di kerusinya sambil memandang ke atas.

   “Nak cari PA ni sama juga dengan nak cari calon isteri. Cari seorang yang boleh kita percayai dalam mengerjakan tugasnya.” Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata papanya Datuk Ismail baru-baru ini.

  “Pilih sajalah Hadif yang mana sesuai, tak payah nak peningkan kepala sangat.Kerja berlambak sekarang ni dan aku perlukan seseorang untuk menolong aku.” Hadif terus membelek satu persatu resume.Dia meneliti dari semua sudut.

  Beberapa ketika, pintu bilik Hadif di ketuk dari luar.Dia terus menoleh ke pintu.
   “Masuk.” Arah Hadif Fakhri.Pintu di tolak dengan perlahan-lahan.

   “Sorry Tuan Hadif , saya nak ingatkan yang Tuan Hadif ada meeting sekejap lagi bersama Encik Taufik dan juga Encik Hayyan.” Ujar Safi dengan senyuman.

   “Thanks Safi, sorry susahkan awak . Selagi saya tak dapat setiausaha baru selagi itulah awak akan terus buat dua kerja begini.Kasihan awak Safi.” Balas Hadif Fakhri.

   “Tak mengapa Tuan Hadif.InsyaAllah apabila ada orang yang sesuai dah jadi setiausaha Tuan Hadif saya tak kelam kabut lagi.Janganlah Tuan Hadif risau sangat.” Jawab Safi.

   “Thanks  Safi. Awak dah banyak tolong saya.Sekejap lagi saya akan bagi pada awak resume yang saya pilih untuk di interview nanti.” Ujar Hadif sambil menilik resume yang seterusnya.

   “Baiklah Tuan Hadif. Saya keluar dulu.” Safi meminta diri. Hadif hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman di bibir.

   Setelah di teliti , Hadif telah membuat keputusan untuk mengambil tiga orang dari mereka untuk di temuduga nanti. Hadif menilik jam di pergelangan tangannya.Waktu meeting sudah pun tiba dengan pantas dia bangun dari kerusinya dan menuju keluar dari biliknya.

   “Safi jangan lupa sediakan air untuk mesyuarat saya sekejap lagi.” Sempat Hadif memesan di intercom sebelum melangkah keluar dari pejabatnya dengan membawa dua buah fail dan juga diari kerjanya.
   Hadif Fakhri terus menuju ke bilik mesyuarat sebaik saja pintu di tolak , Hadif masuk lalu melihat tetamunya sudah pun sampai.Hayyan dan Taufik sedang bersembang di meja mesyuarat.

   “Eh korang dah lama ke sampai?” Soal Hadif lalu di tarik kerusinya. Hayyan dan Taufik tersenyum.

   “Kitaorang baru je sampai . “ Jawab Taufik.
   “Sorry aku lambat sikit , tadi aku pilih orang untuk di temuduga untuk jawatan setiausaha aku.” Tingkah Hadif sambil memandang sepupunya dan juga temannya Taufik.

   “Alahai sibuk betul cousin aku sorang ni.” Usik Hayyan.
    “Jemput minum ya.” Ujar Safi sebaik saja menghidangkan air minuman kepada Hadif Fakhri , Hayyan Azri dan juga Taufik.

   “Thanks Safi.” Ucap Hadif. Safi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sebelum dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

   “Ok kita mula sekaranglah.” Ujar Hadif. Hayyan dan Taufik mengiakan saja. Mereka bertiga mula berbincang tentang urusan projek usahasama antara tiga buah company.

    Selesai saja mereka bermesyuarat, Hadif Fakhri mengajak Hayyan dan juga Taufik untuk keluar makan tengahari bersama-sama. Mereka sudah lama tidak keluar makan bersama dek kerana kesibukan diri masing-masing. Mereka sibuk dengan mengendalikan urusan syarikat masing-masing.

   “Kau macam mana Hadif ? Bila nak kahwin?” Soal Taufik sewaktu mereka sedang menjamu selera. Hadif mendongakkan kepalanya.

   “Entahlah aku tak tahu. Kau ni Fik dah jadi seperti mama aku asyik tanya pasal jodoh saja.Kau tu bila pulak nak kahwin?” Soal Hadif pada Taufik yang sedang tersengih padanya.

   “Aku pun sama dengan kau bro. Actually mama aku pun dah bising soal kahwin ni.Aku ingatkan perempuan je yang selalu kena tanya soalan begini tapi lelaki juga tidak ketinggalan woo. Adik kembar aku Dania sudah kahwin , sekarang ni tinggal aku dan Dahlia saja yang belum kahwin.” jawab taufik dengan selamba.

   “Aku rasa korang berdua dah patut cari calon.” Hayyan menyampuk sambil tersenyum penuh makna.

   “Kau cakap senanglah sebab kau dah kahwin.” Tingkah Hadif dengan selamba.Taufik mengiakan saja kata-kata dari mulut Hadif.

   “Hadif kalau kau nak berkenalan dengan adik aku Dahlia pun boleh.” Tetiba Taufik memberikan cadangan.

   “Aaah la Fik, adik bongsu kau tu single lagi kan ?” Soal Hayyan lalu memandang wajah Taufik. Dia kemudiannya menyapu bibirnya dengan perlahan selepas menyedut air minuman. Hadif Fakhri sudah menjengkilkan matanya pada Taufik dan Hayyan.

   “Kau jangan Hayyan adik aku tu muda lagi dan lagi satu adik aku tu memang minat si Hadif ni. Dia kata muka kau handsome .” Sengih Taufik , terangkat kedua keningnya.

   “Haa elok sangatlah tu.” tambah Hayyan dengan selamba.
    “Amboi-amboi suka hati korang saja ye nak kenakan aku dengan Dahlia? Haa Fik kau kalau adik kau kata aku handsome memang betullah tu.” Jawab Hadif dengan selamba.

   “Kau tengok Fik perasan sungguh si Hadif ni.” Hayyan menggelengkan kepalanya. Hadif tersenyum manis.

   HADIF Fakhri melepak di port kesukaan Hayyan. Rumah Datuk Ismail sunyi sepi. Hayyan sudah berpindah ke rumah barunya bersama-sama Reen. Sekarang ini tinggal Hadif dan juga mama dan papanya di sini. Hani telah pun bertunang dengan Ariq pada bulan lepas dan kini Hani kembali semula ke UK untuk menyambung pengajiannya.

   Jika dahulu adanya Hayyan di dalam rumah ini ada juga teman untuk dia bersembang , kini nampak gayanya bercakap dengan persekitaran rumahnya. Hadif mendongakkan kepalanya memandang ke dada langit. Fikiran ketika ini juga tenang. Hadif ralit melihat keindahan malam hari di terangi bintang-bintang di langit.

   “Anak bujang mama ni buat apa dekat luar ni?” Soal Datin Khadijah sewaktu melangkah menuju ke arah Hadif.

  Sebaik saja mendengar suara mamanya, Hadif menoleh ke belakang lalu tersenyum.
  “Tak ada buat apa pun mama, Hadif ambil angin saja dekat luar ni.Bosanlah duduk atas tak tahu nak buat apa.” Jawab Hadif. Datin Khadijah menarik kerusi lalu duduk bersebelahan anaknya.

   “Rumah kita memang sunyi sebab tu mama nak Hadif cari calon isteri . Meriah sikit bila Hadif dan kahwin dan juga ada anak.” Tingkah Datin Khadijah pula.

   “InsyaAllah mama, tiba masa dan ketikanya Hadif pasti akan bertemu dengan jodoh yang Hadif cari.” Jawab Hadif dengan tenang.

   “InsyaAllah. Mama sentiasa mendoakan untuk Hadif .” Ujar Datin Khadijah sambil tersenyum kepada anak terunanya.

   Bagi Datin Khadijah kali ini dia tidak mahu lagi mencarikan jodoh untuk anak lelakinya itu. Dia tidak mahu perkara dahulu berulang kembali. Biarlah Hadif sendiri yang mencari pasangan hidupnya. Dia gembira melihat Hayyan dan Reen kini bahagia. Dia juga sedar bukan mudah untuk Hadif terima yang Reen berkahwin dengan Hayyan di kala perasaan sayangnya untuk Reen baru berputik ketika itu.

   Jodoh pertemuan itu dari Allah. Kita sebagai manusia di muka bumi ini tak mampu untuk menjangkakan apa yang akan berlaku di kemudian hari.

   “Mama, Hani dan Ariq bila nak di satukan?” Soal Hadif dengan tiba-tiba.
   “Tarikh tu tak pasti lagi bila sebabnya Hani masih lagi berada di UK. Mama dan papa kalau boleh nak satukan mereka berdua dengan cepat. InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang tahun depan kahwinlah Hani dan juga Ariq.” Jawab Datin Khadijah dengan senyuman.Dia gembira dan bersyukur kerana anak bongsunya telah bertunang dengan Ariq anak kepada temannya.

   “Ye ke baguslah kalau begitu. Hadif lagi suka kalau mereka berdua di satukan awal mama.” Hadif tersenyum kepada mamanya.

   “Ijah sampai hati ya tinggalkan abang sorang-sorang dekat atas .” Ujar Datuk Ismail yang baru saja muncul di situ. Datin Khadijah dan Hadif menoleh ke belakang dengan serentak.

   “Bila masa pula Ijah tinggalkan abang ni? bukan ke  abang sudah terlelap tadi?” Soal Datin Khadijah . Suaminya itu sudah pun terlelap sebentar tadi di bilik tidur mereka.

   “Memanglah abang dah terlelap tapi lepas tu terjaga. Abang carilah Ijah.” Ujar Datuk Ismail lalu mendekati isteri dan anaknya. Hadif sudah tersenyum.

  “Papa cemburulah tu mama tengok mama ada dekat sini dengan Hadif.” Usik Hadif dengan selamba. Datuk Ismail tergelak  sambil duduk di kerusi.

   “Papa nak cemburu pada Hadif? tak ada maknanya.Papa kamu ni Hadif bukan apa kalau mama tak ada dekat sebelah dia memang begitulah.” Jawab Datin Khadijah. Suaminya hanya tersenyum.
   “Tahu tak apa.” Jawab Datuk Ismail pula.

    “Hadif bila nak dapat setiausaha  yang baru?” Soal Datin Khadijah dengan tiba-tiba apabila teringat tentang Hadif yang sedang mencari setiausaha yang baru. Anaknya memang cerewet nak pilih setiausaha. Datin Khadijah tahu sejak Reen berpindah di Astana ada beberapa orang yang menggantikan tempat Reen namun yang datang hanya boleh bertahan selama sebulan hingga kedua bulan lepas itu cabut kerana tak tahan dengan ketegasan Hadif dan juga perangai cerewetnya yang datang sekali sekala.

    “Dua tiga hari lepas , Hadif sudah pilih beberapa orang untuk di temuduga. InsyaAllah harap-harap adalah yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha Hadif.” Jawab Hadif.
   “Baguslah kalau begitu, papa kasihankan Safi. Dia pun sibuk dengan kerja dia lagi lepas tu nak handle jadual kamu lagi.” Tingkah Datuk Ismail.

   “Itulah papa. Hadif pun kasihankan Safi tu.” Jawab Hadif.
   “Mama harap , setiausaha baru Hadif nanti bolehlah tahan dengan kerenah anak mama ni.” Hadif tersengih. Hadif faham maksud kata-kata mamanya itu.

  “Hadif pun harap begitulah mama. Errm tegas sangat ke Hadif kalau bekerja mama?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Datin Khadijah dan Datuk Ismail berpandangan sesama sendiri.

   “Tegaslah juga kan papa?” Datin Khadijah menoleh pada suaminya.

    “Betul.Papa setuju dengan mama kamu  Hadif. Kita memang perlu ketegasan dalam bekerja tetapi jangan terlalu tegas sangat , kasihan orang lain. Manusia ni pelbagai ragam Hadif di buatnya dapat setiausaha yang sensitive alahai jawabnya selalu memendam rasalah.” Hadif menganggukkan kepalanya.

   Kena ubahlah ni ye? Soal Hadif di dalam hatinya. Hadif menghela nafasnya seketika dia masih ingat lagi salah seorang setiausahanya yang bernama Dylia yang bertahan bekerja dengannya selama sebulan. Dylia memang selalu kena marah kerana selalu sangat terlupa dengan kerjanya. Hadif pernah menegur Dylia berkait dengan hal itu dan selepas itulah Dylia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

   Bersabar sajalah Hadif Fakhri , bukan mudah untuk mencari seorang pekerja yang serasi dengan kita. Alam pekerjaan sememangnya mempunyai banyak cabaran di luar jangkaan.

     “Hari dah lewat malam ni , marilah kita masuk tidur.” Ujar Datin Khadijah mematikan lamunan Hadif seketika.

    “Jomlah mata abang pun dah mengantuk ni.” Jawab Datuk Ismail pula lalu bangun dari kerusi . Hadif dan Datin Khadijah juga turut bangun.

   “Selamat malam mama papa.” Ujar Hadif dengan senyuman sewaktu tiba di tingkat atas bersama mama dan papanya.

    “Selamat malam Hadif. “ Jawab Datin Khadijah dan Datuk ismail serentak sebelum mereka bertiga masuk ke dalam bilik masing-masing.


Bersambung ...

NotaTersepit: Tunggu kisah2 lucu karenah Awa yang blur. Cik writer sendiri pun pening kepala lakarkan blur si Awa ni haaa.. Jgn lupa entry minggu depan apa kisah si Awa lepas ni.. :D


Selasa, 07 Januari 2014

Assalamualaikum...

Lama kan SK tak update apa2 entry...maaf SK sibuk sikit sejak kebelakangan ni...tapi insya-Allah SK cuba update RDTC bila ada kelapangan nanti...

Pada yang sudah buat pembayaran untuk mini novel DIGARI CINTA dan JIKA BENAR KAU CINTA, kedua2 novel tu masih lagi dalam printing...bila dah ada SK akan poskan secepat mungkin...insya-Allah...dan...sesiapa yang dah buat pembayaran melalui email pada SK, boleh check nama anda semua di group FB: Rindu Dalam Sepi: Siti Khadijah...kalau nama anda tak ada, boleh PM SK ye...SK takut terlepas pandang pulak nanti...ataupun yang dah buat pembayaran tu boleh tinggalkan nama dan tarikh pembayaran di CHATBOX...nanti SK check...

ok, terima kasih...SELAMAT TAHUN BARU 2014...

Minggu, 05 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 2

Assalamualaikum u ollsss...

Sambungan Alahai Miss Blur bab seterusnya. Sama seperti entry yang lepas2 gak yang cik writer akan update entry E- Novel karya cik writer setiap hari isnin dan khamis.Terima kasih singgah dnn baca karya ke 4 ini. Cuba buat cerita kelakar tetapi kelakar ada tidak masing-masing yang tentukan.Hehhhe. :D




                                    







    BAB DUA



    AKID menggosokkan perutnya yang sudah mendendangkan pelbagai jenis lagu. Jam di dinding sudah pun berginjak ke angka dua petang namun dia masih lagi belum makan tengahari.Akid bangun dari kerusi lalu menuju ke tingkat bawah. Masa untuk mengisi perut.

   “Haaa Akid dah pukul berapa ni baru nak makan tengahari.Kalau sakit mummy juga yang susah nanti.” Bebel Puan Fauziah apabila melihat Akid tersengih-sengih di muka pintu dapur.

   “Akid nak makanlah ni mummy. Perut Akid dan nyanyi ni.” jawab Akid lalu menarik kerusi lalu di buka tudung saji. Puan Fauziah yang sedang membersihkan rak hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah anak bongsunya.

   “Wah mummy banyak lauk hari ini. Mood apa hari ni mummy sampaikan masak dua tiga jenis lauk ni.Sedapnya bau.” Tambah Akid lagi sebaik saja tudung saji di angkatnya.Dia menelan air liur berkali-kali sebelum melompat dari kerusi dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan.

   “Makan saja Akid jangan nak banyak songeh.” Ujar Puan Fauziah.

    Akid terus saja mencapai pinggan dan juga gelas lalu di bawa ke meja makan.Dia sendukkan nasi ke dalam pinggan sebelum menuangkan sirap ais ke dalam gelas minumannya. Akid duduk lalu memilih lauk yang ada di depan matanya.Dengan berselera sekali Akid makan .

   “Errrmmm sedapnya mummy.. Terima kasih mummy.” Ujar Akid sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

   “Sedap tak Kak Awa masak? Berselera sekali Akid makan.” Awatif tersengih di pintu dapur bersama kucing kesayangannya Cookie. Akid menoleh sebaik mendengar suara kakaknya.

   “La Kak Awa ke yang masak patutlah tak berapa sedap.” Cebik Akid pada kakaknya.
   “Amboi tadi Kak Awa dengar bukan main lagi puji sedap sekarang dah tak sedap pulak?” Awatif sudah bercekak pinggang di depan adiknya.Cookie masih di keleknya.Ingatkan dah tak tahu nak turun makan.”

    “Perut lapar Akid turunlah makan.” Jawab Akid dengan selamba.
   “Eleh kalau lapar makan je game dekat dalam komputer tu haaa.. Akid kan suka sangat main game.Kalau lapar sangat telan je sekali dengan komputer tu confirm perut Akid kenyang gila nanti.” Ujar Awatif lalu di gosok kepala Cookie dan si Cookie pula diam tidak terkata apabila di belai oleh tuannya.

    “Mummy tengok Kak Awa ni..” Akid menarik muka masam .
     “Eleh tak payah nak suruh mummy tengok.Sejak Kak Awa di lahirkan sampai sekarang haaa mummy tengok.” Jawab Awatif lagi.Sengaja dia nak memanaskan suasana.Kalau sehari tak berperang mulut dengan adiknya memang tak sah.

   “Awa..Akid.. Korang ni tak ada kerja lain ke selain berperang mulut.Pening kepala mummy tahu dengan korang berdua ni.Ada saja yang tak kena.Nasib baik mummy ada dua orang anak kalau ada lagi mummy tak tahulah bagaimana rupa.Boleh huru hara rumah ni dengar korang berperang mulut.” Tingkah Puan Fauziah lalu bercekak pinggangnya pada Awatif dan Akid.

   Seperti biasa Akid dan Awatif hanya tersengih dan menjungkit bahu.Diaorang sudah masak dengan mummy nya itu.

   “Kak Awa bila nak kerja? Bosanlah Akid tengok muka Kak Awa duduk goyang kaki dekat rumah.” Soal Akid sambil menghabiskan nasi di dalam pinggannya. Awatif mengeluh seketika lalu di tarik kerusi dan duduk di sebelah adiknya.

   “Amboi Kak Awa tahu Akid bukan bosan tengok muka Kak Awa tapi Akid cemburu kan kan dengan Kak Awa sebab Kak Awa dah habis belajar.” Soal Awatif. Akid mencebik lagi pada kakaknya. Hakikatnya memang itulah. Dia cemburu melihat kakaknya sudah tidak perlu lagi berperang dengan pelajaran.

   “Eee perasan betul Kak Awa ni. Kalau Kak Awa tak nak kerja , Akid nak suruh mummy dengan daddy carikan calon suami untuk Kak Awa.” Awatif membesarkan matanya pada Akid yang tersengih penuh makna.

   “Heyyy kawen apanya.Kak Awa muda lagi tau.Kak Awa nak kerja dulu .” Jawab Awatif .

    “Akid bukan apa Kak Awa, Akid sebenarnyakan kesian sangat tengok Abang Farhan tu. Dia dah lama syok dekat Kak Awa tapi Kak Awa tu tak pernah nak layan dia.Kasihan dia tau.Kak Awa balaslah cinta dia.” Akid terus bangun dan menuju ke sinki.

   “Ish asyik-asyik nama Farhan . Apa ni Akid. Dia tu kawan Kak Awa zaman sekolah rendah lagilah. Kak Awa mana ada feeling pun dekat dia.” Bidas Awatif lalu mengingati seraut wajah lelaki yang bernama Farhan.

   “Eleh jual mahal konon sekali lepas ni tak ada orang nak dekat Kak Awa baru padan muka.” Akid menjelirkan lidahnya pada Awatif.

   “Haa alang-alang Akid sebut pasal Farhan , dua hari lepas mummy ada jumpa mak dia. Farhan tu suka sangat dengan Awa. Mak dia kata kalau Awa setuju mereka nak hantar rombongan meminang.” Tingkah Puan Fauziah.Awatif sibuk membelai kucingnya .

   “Hah elok sangatlah tu Mummy..” Jawab Akid.

    “Kak Awa  Oh Kak Awa.. Dengar tak mummy cakap apa tadi?” Akid mencuit bahu kakaknya.Awatif mendonggakkan kepalanya dengan wajah yang blur.

   “Mummy cakap apa?” Soal Awatif dengan blur. Mummy ada cakap sesuatu ke tadi? Desis hatinya lalu di garukan kepalanya.

   “Sah berangan. Ya Allah kenapalah aku ada kakak yang blur dan juga kuat berangan.” Akid menggelengkan kepalanya.

   “Awa.. Awa.. Apa nak jadi dengan kamu ni.” Giliran Puan Fauziah pula menggelengkan kepalanya sebelum berlalu menuju ke peti sejuk .

   “Mummy cakap apa tadi?” Soal Awatif lalu menoleh pada mummy nya.
   “Mummy cakap, mak nya abang Farhan nak masuk meminang Kak Awa..” Ujar Akid dengan senyuman penuh makna.

   “Ohhh nak masuk meminang rupanya  , ingatkan apa tadi.” jawab Awatif lalu menggosokkan kembali kepala Cookie. Puan Fauziah dan Akid memandang Awatif dengan pelik.

    “Kak Awa dengar sekali lagi Akid nak cakap ya. Buka telinga seluas yang mungkin. Abang Farhan nak masuk meminang Kak Awa. Setuju ke tidak” Soal Akid , Awatif mendonggakkan kepalanya dengan muka blur. Otaknya memikirkan sesuatu.Meminang? Ayat itu berulang kali bermain di dalam kepalanya.

   “Hah Farhan nak masuk meminang Awa.. Mummy mummy Awa tak nak..” Dengan pantas Awatif bingkas bangun dan berdiri di depan mummynya. Cookie di lepaskan di lantai.
   “Kenapa pula kamu tak nak?” Soal Puan Fauziah.

   “Mummy jangan buat kerja gila. Farhan tu kawan Awa je tak lebih dari tu.Awa tak nak kahwin lagi.Awa nak kerja dulu mummy.Si Farhan ni memang nak kena.Geram pula aku.”

  “Mummy..Mummy.. Cookie kejar Akid.Tolong mummy..” Jerit Akid sebaik saja cookie mendekatinya.Dia berundur ke belakang cookie mengikutnya. Apa lagi mulalah Akid berlari mengelilingi meja makan.

   “Awa ambil cookie tu. Berapa kali mummy pesan jangan lepaskan depan Akid. Awa tahukan Akid tak boleh dengan kucing?” . Arah Puan Fauziah.Awatif menggarukan kepalanya sambil melihat Akid yang berlari.

   “Hey cookie.. Mari sini dekat mummy.Jangan kacau Akid berapa kali mummy nak cakap?” Soal Awatif sewaktu mendukung cookie yang sedang menggeselkan mukanya ke wajah Awatif.

   “Kak Awa ni sengal ke apa cakap dengan kucing.Apa ingat cookie tu faham ke apa yang Kak Awa cakap?” Soal Akid dengan geram.

   “Hello Akid walaupun dia hanya seekor kucing tapi dia faham tahu apa yang Kak Awa cakap.Kak Awa cikgu dia.Akid apa tahu.Dia hanya dengar cakap Kak Awa je. Karang Kak Awa letakkan Cookie ni dekat bilik Akid baru tahu.” Gertak Awatif.

   “Huh tak habis-habis nak gertak orang, cubalah kak Awa letak kalau nak tahu apa yang akan jadi pada Cookie.” Bidas Akid lalu meninggalkan Awatif di situ.

   “Ish budak ni nak kena ni. Haa tu nak sambung main game lagi la tu.” Jerit Awatif dengan geram.

   “Awa, kamu jangan nak jadi tarzan pula dekat rumah ni.Kamu tu perempuan cuba slow sikit volume suara kamu tu, di buatnya ada orang datang nak meminang kamu macam mana? Mahu terkejut diorang dengar suara kamu tu.” Tegur Puan Fauziah. Awatif menarik nafasnya lalu menuju ke ruang tamu.

   “Jom cookie temankan mummy tengok Running Man dekat depan.” Ujar Awatif kepada cookie.
   “Itu je la kerjanya tak habis-habis tengok Running Man. Ada anak lelaki suka menghadap game tak ingat dunia anak perempuan pula tak habis-habis dengan cerita korea.” Bebel Puan Fauziah seorang diri di dapur.

     ENCIK Fathudin sedang menonton bulletin utama yang sedang di tayangkan di saluran tv3. Sebaik saja selesai menunaikan solat manghrib berjemaah sebentar tadi dia terus turun dan menuju ke ruang tamu untuk menunggu berita.

    “Ya Allah kasihan mereka bang.” Ujar Puan Fauziah yang baru saja muncul di sebelah suaminya.

   “Itulah. Sekarang ni musim banjir belah pantai timur. Kita tak boleh nak duga apa yang akan berlaku Yah. Semoga mereka tabah menghadapi musibah ini.” Ujar Encik Fathudin .Matanya ralit melihat keadaan banjir yang teruk melanda Kuantan.

  “Abang ni baru-baru ni saya ada terjumpa dengan mak Farhan Kak Midah dia sibuk dok bertanyakan hal Awa. Diorang kata nak masuk meminang Awa kalau Awa setuju.” Ujar Puan Fauziah. Encik Fathudin terus menoleh kepada isterinya.

   “Meminang Awa? Yah anak kita tu muda lagi baru je habis belajar. Umur pun baru dua puluh tiga. Awa tu bukannya matang lagi nak jadi isteri orang.Yah tengoklah perangai anak kita tu.” Balas Encik Fathudin.

  “Itulah bang, Yah pun kalau boleh tak naklah si Awa tu kahwin lagi.Banyak benda lagi yang dia kena belajar bang. Kahwin tu memang senang tapi tugas seorang isteri tu berat bang.Awa memang tak nak.Abang pun tahukan si Farhan memang tergila-gilakan Awa sejak dulu lagi.” Tambah Puan Fauziah pula.

   “Haa kalau Awa dah cakap begitu , Yah bagitahu sajalah pada Kak Midah yang Awa tak setuju.Abang bukan tak nak kahwinkan Awa tu tapi masanya belum tiba lagi.Kalau betul Farhan tu sukakan anak kita dia akan tunggu , kalau dia tak nak tunggu cari sajalah calon lain. Hal jodoh pertemuan ini bukan urusan kita Yah.”

   “Nantilah Yah bagitahu Kak Midah tu. “ Jawab Puan Fauziah pula lalu menyambung kembali melihat berita.

    Awatif baru saja keluar dari bilik air. Dia baru saja selesai mandi. Hari ini Awa mandi agak lambat kerana dia tidak turut serta sewaktu sembahyang jemaah kerana dia bercuti. Awa kemudiannya menuju ke tempat penyidai tuala lalu di sidai tualanya yang lembab . Selepas itu Awa menuju ke meja solekknya lalu mengambil penyikat dan menyikat rambutnya . Dia melihat Cookie sedang nyenyak tidur di atas katilnya.Awatif tersenyum sendirian.

   “Alahai cookie asyik tidur je.” Bebel Awatif sebaik saja membelai bulu cookie yang lebat.
   Tangan Awatif sibuk membelai bulu cookie sesekali dia membelek bulu kucing kesayangan itu bimbang kalau ada binatang lain yang berada di celah-celah bulu cookie yang lebat. Cookie pula langsung tidak bergerak , di biarkan saja apa tuannya lakukan . Pada ketika itu juga telefon milik Awatif berbunyi.Pada mulanya Awatif malas menjawab panggilan itu kerana mendengar saja nada dering yang itu dia sudah tahu siapa pemanggilnya.Siapa lagi kalau bukan Farhan Redza.

   “Farhan ni nak apa lagi ni.Kalau sehari tak call aku memang tak sah.” Bebel Awatif lalu mengambil telefonnya yang berada di  sebelahnya.Dengan bermalasan sekali Awatif menjawab panggilan tersebut.

   “Waalaikumussalam..” Jawab Awa sebaik saja Farhan memberikan salam kepadanya.
    “Kenapa Farhan call Awa ni?” Soal Awatif lalu berbaring di sebelah Cookie kesayangannya itu.

     “Saja sebab rindu nak dengar suara Awa. Sejak kita dah habis belajar ni susah dah Farhan nak jumpa Awa tau. Esok Awa free tak? Farhan nak ajak Awa keluar tengok wayang.” Pelawa Farhan Redza di talian.Awa mengerutkan dahinya.

    Aduh alasan apa pula aku nak bagi kali ni.Fikir-fikir.. Desis hati Awa.
   “Alamak sorry la Farhan. Awa ada hallah esok. Lain kalilah ya.” Jawab Awatif.
   “Awa tak sudi keluar dengan Farhan lagi ke?” Soal Farhan.Awatif menggarukan kepalanya.
   “Bukan begitu, Awa sibuk sikit.Lain kali ya .” Jawab Awatif.

     Farhan mengeluh seketika sebaik saja Awatif mematikan talian telefon.Dia rindu pada Awatif. Mereka berkenalan sewaktu sekolah rendah kemudian ke sekolah menengah sebelum melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dan juga university.Farhan memang sengaja memilih tempat belajar sama dengan Awatif kerana dia tidak mahu berjauhan dengan Awatif. Dia selesa berkawan dengan Awatif dan dari kawan terjalinlah  rasa cinta sewaktu mereka berada di tingkatan empat. Farhan sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu mengambil hati Awatif.

   “Awa kenapa Awa tak nak terima cinta Farhan?” Soal Farhan sendirian sambil memandang telefonnya.Dia kemudiannya membelek gambar mereka bersama  di dalam galeri telefonnya .Farhan tersenyum manis melihat wajah ceria Awatif.

   “Cookie, apa mummy nak buat ? Mummy memang tak ada apa-apa perasaan pun pada Farhan. Mummy tak pernah fikir untuk bercintalah cookie. Mummy nak kerja. Mummy harap mummy akan cepat dapat kerja.Bosanlah cookie jadi penganggur terhormat dekat rumah.” Ujar Awatif kepada Cookie nya selepas menamatkan talian telefon miliknya. Di kala itu Cookie hanya memandang wajah tuannya .

   “Meow..Meow..Meow ..”  Awatif tersenyum pada cookie.

Bersambung...

NotaTersepit : Bukan mudah untuk melakar kisah komedi si Awa yang blur nih. Hhehehe. Tapi inilah cabaran orang katakan. Ada orang request suh cik writer buat cerita thriller lak.. Hehhee. Hmm akan di pertimbangkan nanti..:D 



Rabu, 01 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 1

Assalamualaikum u ollsss..

Alhamdulilah. Kita sudah pun melangkah masuk tahun 2014. Cik writer ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua pembaca blog ini. Semoga taun 2014 ini lebih baik dari taun 2013  dan mudah-mudahan taun ni ada impian cik writer yang tercapai. InsyaAllah. Tahun baru entry dekat blog pun baru. Hari ni seperti sedia maklum kisah Alahai Miss Blur pula yang berada di blog.. Jom kita ikuti kisah Hadif dan juga Awatif. Mekasih singgah dan baca :D


                                 




BAB SATU



    “NURAIN AWATIF. Apa dah jadi dengan bilik kamu ni ?Apa punya anak dara bilik tidur dah macam tongkang pecah.Apa kamu buat ni Awa? Astagfirullah Al’ azim..” Tu dia suara nyaring Puan Fauziah sudah kedengaran dengan gaya cekak pinggang lagi.

    “Ish mummy ni, apa bising-bising ni.Orang nak makan dekat bawah pun tak senanglah.Apa yang mummy jerit-jerit ni terkejut tahu kucing Awa si Cookie tu ha.Kenapa mummy?” Soal Awatif dengan selamba sambil menyumbat mulutnya dengan roti gardenia yang sudah bersalut dengan nutella .

    “Kamu tanya kenapa? Ni bilik ke reban ayam? Kenapa tak kemas bilik?” Soal Puan Fauziah sambil berkerut-kerut keningnya.

    “Mummy ni bukan Awa yang buat, ni kerja anak bongsu mummy tu si Cookie..Dia suka sepahkan bilik Awa ni.” Dengan selamba Awatif menjawab tanpa melihat lagi biliknya.

    “Oh Cookie punya kerja ya.Mummy tak tahu pula yang cookie tu pandai sepahkan bilik kamu begini rupa.Dengan bantal bergelimpangannya .Sekarang mummy nak kamu kemas bilik ni.Kalau tidak mummy suruh daddy kamu hantar cookie ke tempat lain kamu nak?” Puan Fauziah sudah mengugut anak gadisnya.

    “Mummy mana aci macam ni.Main ugut pula.Mummy Awa dah kemas dah tadi ni mesti kerja si Akid ni tadi dia masuk bilik Awa cari apa entah.” Dalih Awatif lagi.

     “Akid…” Jerit Puan Fauziah memanggil anak keduanya.
     “Yes mummy..” Akid datang dengan gaya tersengih.
      “Kamu yang sepahkan bilik kakak kamu?” Soal Puan Fauziah.
      “Mana ada mummy.Akid tak masuk pun tadi.”Akid membela diri.

      “Akid…Cepat mengaku..Kalau tak lebam tangan tu nanti Kak Awa cubit.Cepat ngaku.” Awatif sudah mengetap bibirnya.

       Akid memang adiknya sangat nakal.Suka sangat cari pasal dengan kakaknya.Dia memang suka tengok rupa kakak dia apabila marah.

     “Cakap dengan mummy.Siapa yang buat?” Soal Puan Fauziah lagi.

      “Ya la..Ya la Akid ngaku , Akid yang sepahkan bilik kakak sebab semalam kakak buat Akid geram jadi Akid balas la dekat kakak pagi ni.” Ujar Akid sambil menunduk.

      “Mengaku pun.So mummy bukan salah Awa.Akid punya kerja.Cookie mummy jangan bagi pada daddy.” Balas Awatif pula.

      “Mummy nak korang berdua kemas sekarang.” Bebel Puan Fauziah lagi sebelum berlalu turun ke tingkat bawah.Pening kepalanya dengan karenah anak-anaknya.

      “Mummy apa yang bising-bising dekat atas tu?” Soal Encik Fathudin.
      “Anak-anak abanglah.Sakit tekak saya dok menjerit .” Bebel Puan Fauziah.Encik Fathudin tersenyum sambil membaca suratkhabar.

      “Ini semua Akid punya pasal. Kak Awa nak Akid kemas balik bilik ni. Sekarang.Kalau tak Kak Awa panggil cookie datang sini nak?” Awatif mengertak Akid dengan kucing kesayangannya cookie.

      “Huh mentang-mentanglah Akid takut kucing Kak Awa sukalah ugut Akid dengan cookie yang tak comel tu.” Akid terus masuk ke dalam bilik Awatif. Pagi ni dia sepahkan bilik kakanya juga di sebabkan hal kucing.Akid memang anti dengan kucing.Penakut dengan kucing.

    “Sekarang cookie kenalah duduk rumah ni sebab Kak Awa dah habis belajarkan.Jadi jangan nak usik cookie.Kalau tak siap Akid .” Ugut Awatif pula.Akid pula dengan selamba mengejek kakaknya dari belakang.

    “Siaplah kau cookie..” Akid gelak jahat sambil mengemas balik bilik kakaknya.Awatif tersenyum puas melihat adiknya yang sedang berkemas.

    “Cookie nak pergi mana tu?. Come here .. Mari mummy bagi makan.” Ujar Awatif lalu mendapatkan kucingnya yang sedang terkedek-kedek menuju ke arah tangga.

     “Tak habis-habis dengan kucing Kak Awa ni.” Bebel Akid yang berada di dalam bilik Awatif.
     “Olololo ciannya anak kesayangan mummy ni.Jom kita turun sarapan ya.” Awatif bercakap dengan kucing kesayangannya cookie.Kucing itu di berikan nama cookie.

   “Anak dara abang tu nama saja umur dua puluh tiga tahun tapi perangai mengalahkan budak-budak.Itu belum lagi datang muka blur dia.Ya Allah kalau waktu dia blur kan bang saya rasa menyirap saja darah ni tahu.” Bebel Puan Fauziah.Suaminya tersenyum.

    “Anak dara kita sorang tu je Puan Fauziah oii.. Kalau dia blur ke, apa ke  macam mana sekali pun dan berperangai seperti budak-budak tetap anak kesayangan awak kan?” Jawab Encik Fathudin dengan selamba.Puan Fauziah sudah mengetap bibir.

    “Awa kamu nak ke mana pula tu?” Soal Mummy Awatif ketika Awa mendukung kucing kesayangannya itu. Anaknya baru saja selesai bersarapan.

    “Awa nak naik ataslah mama. Sarapan dah sekarang Awa nak sambung tengok cerita korea dekat atas. Mama nak join tak?” Sengih Awatif dengan selamba.

   “Itu sajalah kerja kamukan sejak jadi penganggur ni.Hari-hari mengadap laptop tengok cerita korea.Cubalah buat benda lain sikit Awa.Kamu tu dah besar panjang Awa.” Bebel Puan Fauziah lagi.Awatif seperti biasa buat muka tak ada perasaan apabila mendengar mummy nya membebel.
   “Ya mummy Awa tahu.Sabar ya mummy.Kalau Awa dah dapat kerja nanti confirm Awa tak sempat nak mengadap benda tu semua.” Jawab mulut Awatif.

   “Mulut kamu ni Awa macam bertih jagung tahu tak.Ada saja benda yang di jawabnya.Sekarang mummy nak kamu naik atas bersiap dan ikut mummy dengan daddy beli barang dapur. No excuse. Panggilkan Akid sekali.” Tu dia Puan Fauziah sudah memberikan arahan kepada anak gadisnya.

   “Shopping mummy? Wah sukanya.Sekejap Awa siap.” Jawab Awatif dengan teruja.Daddy nya sudah menggelengkan kepalanya.Masak sangat dengan anak gadisnya pantang di ajak berjalan. Awa mula mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.Namun baru saja melangkah anak tangga ke empat Awa menoleh ke belakang.

   “Mummy.. Boleh tak kita bawa Cookie sekali.Kasihan cookie duduk sorang-sorang dekat rumah.” Soal Awatif sambil mengusap bulu Cookie. Apa lagi Puan Fauziah sudah menjengkilkan matanya pada Awa.

   “Kamu jangan nak mengada Awa. Mana ada orang bawa kucing nak pergi beli barang dapur.Tinggal saja cookie dalam sangkar dia. Cepat naik atas siap.”

Arah Puan Fauziah lagi. Pening kepala di buatnya dengan karenah Awatif sekarang ni.Encik Fathudin menahan gelak apabila melihat wajah anak gadisnya yang sudah buat muncung itik.

   “Ish mummy ni semua tak boleh?” Bebel Awatif lalu mendaki tangga menuju ke biliknya.
   “Abang tengoklah tu, ada ke patut nak bawa Cookie pergi mall.” Ujar Puan Fauziah dengan geram. Encik Fathudin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

   “Hahahaha …Padan muka Kak Awa..” Tingkah Akid sebaik saja melihat kakaknya mengurung Cookie di dalam sarangnya.

   “Apa hal Akid gelak ni?” Soal Awatif tidak puas hati.Sempat di jeling adiknya yang sedang bersandar di dinding. Mereka berdua sudah pun siap untuk mengikut mummy dan daddy mereka.

   “Ya la tak boleh bawa Cookie.Kak Awa ni kan memang sengal tahu tak? Mana ada orang bawa kucing pergi beli barang dapur.Buang tabiat namanya tahu.” Akid membidas. Awatif menahan sabar.Geram pula aku dengan budak ni haaa.. Gerutu Awa di dalam hatinya.

   “Kak Awa punya sukalah.Penyibuk je.Karang Kak Awa bagi Cookie ni dekat dengan Akid baru padan muka..” Marah Awatif pula lalu cuba membawa keluar kucing kesayangannya dari sangkar untuk di berikan kepada adiknya.

    Apa lagi dengan pantas Akid cabut larilah.Dia sememangnya takut dan alah dengan kucing.Kalau ikutkan dia tak nak bagi Cookie ada dalam rumah ini tetapi kakaknya itu memang pencinta tegar kucing. Inilah kawan dia di kala susah dan senang.

  “Tahu pula dia takut, mulut mengalahkan murai.Ada saja benda yang nak bertekak dengan aku.” Bebel Awatif sambil mengusap Cookie kesayangannya itu.

    “Cookie duduk rumah tau.Jangan nakal-nakal eh.Mummy nak kena  ikut tok mummy dengan tok daddy beli barang dapur.Mummy belikan makanan Cookie sekali ya..Bye sayang.” Ujar Awatif kepada Cookie miliknya.

   “Meow..Meow..” Cookie menggeselkan badannya di tangan Awatif sewaktu dia memasukkan kucing miliknya itu ke dalam sangkar.

   “Awa buat apa lagi tu? Cepatlah.” Jerit mummy nya di muka pintu.
   “Yes mummy.. “ Sahut Awatif lalu berlari-lari anak menuju ke pintu utama. Daddy nya dan juga Akid sudah pun berada di dalam kereta.

   “MAMA.. Apasal Hadif kena temankan mama pula hari ni?” Soal Hadif Fakhri dengan bermalasan sambil menolak troli.

   “Habis tu mama nak minta tolong siapa? Bibik dengan Mak Biah tak boleh ikut pula hari ini. Kalau nak ajak Reen memang tak boleh .Dia bukannya larat sangat nak ke hulu ke hilir.” Jawab Datin Khadijah dengan selamba. Hadif mengeluh sendirian.

    “ Itulah.. Mama suruh carikan menantu untuk mama ada saja alasannya .Kalau Hadif kahwinkan senang.” Tambah Datin Khadijah sambil menuju ke barangan basah.Dia selalu datang beli barang dapur dengan bibik dan juga Mak Biah tetapi kedua-dua mereka hari ini pula tiada di rumah.Bibik balik kampungnya melawat saudaranya yang meninggal manakala Mak Biah pula pulang ke kampung .Ada urusan katanya.

  “Alah mama.. Hadif  bukannya tak nak cari tapi Hadif tak jumpa lagi orang yang di cari.” Jawab Hadif dengan selamba lalu menilik ayam yang ada di depan matanya.

   “Ada saja jawapan kamu.” Jawab Datin Khadijah sambil menggelengkan kepalanya sebelum memilih beberapa ekor ayam untuk keperluan keluarganya .

   “Nah ini list barang  yang mummy dan tulis. Awa pergi cari barang ini semua.Mummy nak pergi ke tempat barang basah.” Arah Puan Fauziah. Awatif merenung kertas putih yang sudah berada di tangannya ketika ini.

   “Akid ikut mummy, karang kamu berdua jalan sama-sama mulalah nak bertegang urat.” Akid sudah tersengih lalu menganggukkan kepalanya.Awatif mencebik pada Akid.

   “Ok mummy. Awa pergi cari barang-barang ni semua lepas tu Awa cari mummy dekat barang basah ok.” Jawab Awatif sebelum berlalu dan menolak satu troli.

   Awa menolak trolinya dengan perlahan pada mulanya , namun dengan tiba-tiba saja dia menolak trolinya dengan laju dan  mencari setiap barang yang telah di tulis oleh mummy nya.

  “Mana kicap ni?” Bebel Awa seorang diri. Awa laju kemain lagi cari barang mengalahkan orang yang masuk game pula.Awa tak peduli dah orang tengok dia pelik dalam kepalanya hanya mencari saja isi kandungan  kertas putih tadi.

   “Tumpang lalu.. Tumpang lalu…” Riuh mulut Awa sewaktu melintasi orang yang sedang sibuk mencari barang keperluan mereka. Awa ni jadi running women ke apa?

    Tidak sampai setengah jam pun, troli yang di bawa oleh Awa hampir penuh dengan barang. Marathon si Awa ni boleh masuk games siapa cepat kalau begini caranya.Setelah selesai mencari kesemua barang yang di perlukan Awatif mula menolak troli menuju ke bahagaian barangan basah.Di sebabkan trolinya sudah di penuhi dengan barang maka trolinya tidak seligat seperti tadi.

    “Mana pula diorang ni?” Awatif mencari kelibat mummy nya..Matanya melilau-lilau mencari mummy nya di sebalik celahan orang yang sememangnya ramai di bahagian barangan basah.

    “Aduh…” Kedengaran suara seseorang mengaduh. Awatif menoleh ke depan.

    “Owh no… Auntie maaf maaf tak sengaja.Awa tak nampak auntie dekat depan.” Ujar Awatif sebaik saja melihat yang dia telah terlanggar seorang auntie yang sedang ralit memilih barang.Datin khadijah menggosokkan badannya akibat di langgar oleh troli Awatif.

   “Maaf auntie..” Awa mendekati Datin Khadijah lalu di capai tangan Datin Khadijah sebelum di kucupnya. Terkejut Datin Khadijah dengan perilaku si gadis itu.

   “Tak apalah, anak bukan sengaja pun.” Jawab Datin Khadijah sambil tersenyum.Awatif mula gabra sambil menggaruka kepalanya.

    “Maafkan Awa ya..” Ucapnya lagi.
     “Mama kenapa ni?” Soal Hadif Fakhri yang baru saja muncul .Dia pelik apabila melihat
mamanya yang mengerutkan dahi. Datin Khadijah mendonggakkan kepalanya  kepada anaknya.Awatif pula masih lagi berdiri membelakangi Hadif.

   “Tak ada apa pun . Accident sikit .” Jawab Datin Khadijah dengan senyuman.Hadif terus menggapai tangan mamanya lalu di tiliknya. Bimbang jikalau ada luka dekat mana-mana kot si Hadif tu.

    “Awak ni tak ada mata ke?” Soal Hadif kepada Awatif. Dia merenung Awatif dari atas ke bawah.

    “Mata saya ada je ni encik. Ini mata saya satu dua.” Bidas Awatif dengan selamba sambil menunjukkan mata kanan dan kirinya.

    “Ish budak ni loyar buruk pula dengan aku”. Ujar  Hadif Fakhri. Awatif mengerutkan dahinya.
 “Hadif..” Datin Khadijah sudah memanggil anak bujangnya.

  “Maaf ya auntie..” Sekali lagi Awatif meminta maaf. Dia membetulkan tudungnya .

   “Kak Awa… “Jerit Akid . Dengan pantas Awatif mencari suara itu.Akid mendekati kakaknya.

   “Kak Awa mummy dah bising cari kakak tak jumpa. Jom cepat.”  Tingkah Akid sebaik saja berdiri di depan kakaknya.Akid menarik tangan kakaknya.

   “Eh nanti-nanti.Akid tolak troli ni.” Ujar Awatif sambil menarik tangannya.Hadif dan mamanya hanya melihat saja karenah si  Awatif di saat ini.

   “Ish Kak Awa ni berapa kotak nak beli makanan cookie hah?” Soal Akid sebaik saja terpandang kotak makanan kucing di dalam troli .Awatif tersengih.

   “Jangan banyak songeh tolak cepat pergi bawa dekat mummy. Sekejap lagi Kak Awa datang.” Ujar Awatif lalu memberi troli kepada adiknya. Akid hanya mengikut saja lalu di tolak troli tersebut .
   “Maaf sekali lagi ya auntie dan juga Encik…?”
   “Hadif..”

    “Hah Encik Kreatif ?” Soal Awatif dengan muka blur.Hadif menepuk dahinya.

    “Bukan kreatif tapi Hadif.. Di ulang sekali lagi ya, Hadif..” Jawab Hadif dengan geram.Ish perempuan ni betul ke idak? Desis hati Hadif.Datin Khadijah menahan diri dari gelak.Awatif tersengih lalu menganggukkan kepalanya.

   “Maaf ya auntie dan encik Hadif. Minta diri dulu ya. Daaaa..” Jawab Awatif lalu melangkah meninggalkan Hadif dan juga Datin Khadijah.

   “Sewel ke apa budak ni?” Soal Hadif dengan pelik.Datin Khadijah tersenyum.

   “Hadif tak baik cakap orang begitu.Jom.” Ujar Datin Khadijah lalu melangkah.Hadif kemudiannya menolak troli dan berjalan seiringan dengan mamanya.

Bersambung ..

NotaTersepit : Sementara menjadi penganggur terhormat dekat rumah ni jadilah penulis tak berapa rasmi  dulu. Hehehehe.. Sekarang ni memang mood menulis AMB walaupun dah dua tiga ari tak menulis sebab kepala blank.. Y_Y