Rabu, 12 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 13

Assalamualaikum u olls...


Bab 13 AMB dah kuar. Mekasih singgah dan baca ..


                                     

BAB TIGA BELAS




   DATIN Khadijah membelek plastik pampers yang di belikan oleh anak lelakinya. Dia tersenyum puas.

   “Pandai juga Hadif beli ya.” Usik Datin Khadijah.
   “Dah boleh kahwin dah tu.” Tambah Datuk Ismail yang turut mengusik anak bujangnya yang baru je balik.

   “Bukan Hadif yang pilih. Si Awa tu. Hadif  bawa dia tadi pergi pilih. Hadif mana tahu yang mana bagus. Awa ni kan tahu kalau bab-bab iklan yang mana terbaik.” Jawab Hadif dengan selamba.

   “Kamu pergi dengan setiausaha kamu? Kenapa tak bawa Awa ke mari?” Soal Datin Khadijah.
   “Yup Hadif suruh dia ikut. Hari ni si Awa buat hal lagi. Pergi belikan pampers untuk Syifa dia ambil pampers ni lepas tu dia siap nyanyi whoopee. Sah dia suka sangat tengok tv. Ada je karenahnya mama.” Bebel Hadif. Datin Khadijah tersenyum lagi.

   “Tapi setiap karenahnya kamu sukakan?” Soal Datuk Ismail. Hadif menaikkan keningnya. Dia langsung tidak menjawab .

   “Hadif naik dululah mama papa. Hari ni Hadif ambil half day je.” Hadif mahu mengelak la tu. Dia bangun lalu bergegas menuju ke tingkat atas.

   “Daddy…” Jerit Syarif yang berada di tangga.
   “Syarif jangan main dekat tangga nanti jatuh. Main dekat bawah ya sayang.” Ujar Hadif lalu mengusap kepala anak buahnya.

   “Okey daddy..” Jawab Syarif dengan senyuman sebelum dia turun tangga menuju ke arah tok ma dan tok pa nya. Syarif membawa barang mainannya sekali. Syifa sudah tidur selepas di beri makan tadi.

  “Tok ma, bila mama dengan papa Syarif balik?” Soal Syarif dengan tiba-tiba. Dia mula rindukan mama dan papanya. Datin Khadijah menarik Syarif lalu di peluk dengan erat.

    “Lusa mama dengan papa Syarif baliklah. Sekarang Syarif dengan adik kena duduk sini dengan tok ma , tok pa dan juga daddy.” Jawab Datin Khadijah. Syarif menganggukkan kepalanya tanda faham.

   “Syarif nak ikut tok pa tak?” Soal Datuk Ismail.
   “Nak pergi mana tok pa?” Soal Syarif.

    “Tok pa nak bagi ikan dekat belakang makanlah.” jawab Datuk Ismail. Mendengar saja tok pa nya menyebut ikan terus Syarif melompat. Dia memang sukakan ikan.

   “Nak nak nak..”  Syarif bersorak dengan gembira. Datuk Ismail menggelengkan kepalanya lalu menghulurkan tangannya pada Syarif. Dengan sepantas kilat Syarif menyambutnya dan berjalan seiringan dengan tok pa nya itu. Datin Khadijah tersenyum dari jauh.

   “Datin. Ini Syifa sudah bangun.” Tingkah bibik yang tiba di situ sambil mendukung Syifa yang sedang menenyehkan matanya. Dia baru saja bangun dari tidur.

   “Cucu tok ma dah bangun ya.” Ujar Datin Khadijah lalu mengambil Syifa.

   “Whoopee.  Awa ni memang hantu tv gamaknya. Semua benda dia tahu. pelik betul aku dengan budak sorang ni. Ini dekat rumah mungkin kerjanya mengadap tv je kot.”  Ujar Hadif dengan perlahan. Ada saja adegan dari Awa yang berjaya mencuit hatinya. Hati ketawa seorang diri apabila mengenangkan sikap Awatif.

     AWATIF baru saja balik dari makan tengahari . Sebaik saja sampai di meja Awa melihat ada dua jambak bunga yang ada di depan matanya. Dia melihat kedua-duanya dengan pelik.

    “Siapa pula yang hantar bunga dekat aku ni?” Soal Awatif sendirian lalu dia mengambil jambangan yang pertama. Bunga ros bewarna pink di tenungnya dan Awa mula mencari-cari kad yang terselit. Awa membuka kad tersebut. Dia melihat nama yang tertera di situ pengirim yang sama iaitu Farhan Redza.

    Awa meletakkan jambangan itu lalu mengambil jambangan yang kedua pula. Dia melihat bunga rose yang bewarna pink dan juga merah.  Awa mencari kad yang terselit. Apabila kad tersebut di baca Awa terus mencari kelibat orang yang memberikannya bunga itu.

   “Adam bagi aku bunga? Buang tabiat ke apa si Adam ni?” Tingkah Awa dengan perlahan dan mencari kelibat Adam di meja kerjanya namun Adam tiada di situ.

   “Amboi Awa kemain lagi Kak Safi tengok. Hari ni Awa dapat dua jambak bunga tu. Ramai peminat Awa ye?” Usik Safi sewaktu mencuit bahu Awatif.

  “Ish Kak Safi mana ada peminat. Bunga yang ni kawan Awa yang hari tu bagi dan yang ni pula Adam yang bagi Kak Safi. Mimpi apa si  Adam tu bagikan bunga dekat Awa. Pelik betul.” Ujar Awa dengan jujur. Safi terkejut apabila mengetahui salah seorang pengirim bunga itu adalah Adam.

  “Pelik tu Awa. Sepanjang Kak Safi kenal Adam belum pernah lagi dia bagikan bunga pada perempuan. Entah-entah Adam suka dekat Awa tak?” Tembak Safi. Awa mengerutkan dahinya.

   “Ish Kak Safi ni mana mungkin la Adam suka dekat Awa. Malang sekali bagi orang yang sukakan Awa Kak Safi. Awa ni kan blur. Semua orang tahu tentang tu. “ Jawab Awa sambil tersenyum.

  “Eh blur blur pun Awa seorang gadis yang baik, paling utama Kak Safi suka dengan sikap terus terang Awa tau.” Puji Safi. Ya memang tidak di nafikan yang dia suka dengan sikap Awa yang jujur dalam apa saja keadaan.

   “Kak Safi ada nampak Adam tak?” Soal Awa .
    “Kak Safi rasa tadi dia keluar jumpa orang. Ada urusan syarikat yang dia perlu selesaikan hari ini.” Jawab Safi .

   “Untunglah kau kan ada peminat sana sini. Siapa yang bagi bunga ni?” Soal tasha dengan tiba-tiba. Awa dan Safi menoleh serentak.

   “Oh bunga ni kawan Awa yang bagi satu dan Adam bagi satu.” Jawab Awa dengan jujur. Sebaik saja mendengar nama Adam yang di sebut oleh Awa terus berubah wajah Tasha ketika ini.
   “Apa dia Adam yang bagi.Kau biar betul Awa. Gila ke apa si Adam nak bagi bunga dekat kau.” Soal Tasha seakan tidak percaya.

   “Betul Kak Tasha. Awa pun pelik kenapa Adam bagi bunga dekat Awa.” Jawab Tasha. Dia memberitahu perkara yang benar belaka pada Tasha.

   “Aku tak percayalah Adam yang bagi. Kau salah orang kot.” Tambah Tasha sambil menggelengkan kepalanya.

   “Kalau Kak Tasha tak percaya , cuba Kak Tasha tengok apa yang tertera dekat kad ini.” Ujar Awa lalu menyuakan kad yang di tulis oleh Adam pada Tasha. Dahinya berkerut sebaik saja membaca apa yang di tulis oleh Adam.

   Bunga yang cantik untuk si gadis cantik 
   Dari Adam 

   “Aku pergi sambung kerja dululah.” Tingkah tasha lalu memulangkan semula kad yang di pegangnya kepada Awa. Panas hatinya ketika ini.

   “Tak guna punya Awa, dia dapat bunga dari Adam. Apa yang budak ni bagi dekat Adam haa sampaikan Adam boleh cair dengan dia. Geramnya aku.” Ujar Tasha tidak puas hati sewaktu melangkah ke mejanya. Di ketap bibirnya dengan geram sekali. Hatinya rasa terbakar . Dia cemburukan pada gadis bernama Nurain Awatif.

   “Kak Safi kenapa dengan Kak Tasha tu?” Soal Awatif dengan pelik. Safi tersenyum pada Awa.
   “Tak ada apa-apa. Mungkin Kak Tasha tu terkejut kot.Yalah sebelum ni mana pernah Adam nak bagi bunga pada perempuan. Kami berdua dah lama kerja sini dah lama kenal si Adam tu.” Jawab Safi. Awa menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

   “Kita borak lagi nanti, ada kerja yang Kak Safi nak kena siapkan.” Tambah Safi lagi sebelum meninggalkan Awatif di situ.

   Sebaik saja selesai bercakap di telefon, Awa mematikan talian. Dia kemudiannya bangun dari tempatnya dan melangkah ke pintu bilik Hadif Fakhri.

   “Maaf bos saya ganggu. Saya ada sedikit pesanan untuk bos.” Ujar Awa di sebalik pintu sambil tersengih kepadanya. Hadif memandang wajah setiausahanya itu.

   “Pesanan apa?” Soal Hadif dengan pelik.

    “Begini bos sebentar tadi ada wartawan dari sebuah majalah yang ingin interview bos  untuk di muatkan dalam majalah mereka. Kalau bos bersetuju dia suruh saya bagitahu dia. Apa pendapat bos?” Soal Awatif . Dia menyampaikan pesanan dari wartawan yang menghubungi sebentar tadi.

    “Interview? Errmm .. Awak bagi nombor diorang pada saya biar saya cakap sendiri dengan mereka . Apa yang diorang nak sebenarnya.” Jawab Hadif. Awatif mendekati bosnya lalu menyuakan sticky note yang di situ telah tertera nombor telefon milik wartawan tersebut.

  “Ini bos. Famous juga bos ni ya sampaikan ada wartawan yang nak interview. Wah fefiling artislah bos lepas ni.” Dengan ringan sekali mulut Awatif berbicara sewaktu menghulurkan sticky note pada Hadif Fakhri.

   “Banyaklah awak punya famous. Awak ingat saya ni artis ke cik Awatif?” Soal Hadif . Awa tersengih.

   “Manalah tau bos jadi artis dalam diam . Bos ada rupa boleh je nak jadi artis.” Jawab Awa dengan selamba.

   “Awak ni kalau bab menjawab memang pandaikan.” Hadif merenung tajam pada Awatif dan seperti biasa Awa sering kali menunjukkan wajahnya comel.

   “Saya akan hubungi wartawan tu nanti. Awak pergilah sambung kerja.” Arah Hadif.
   “Hai bos menghalau ke?” Gurau Awa dengan selamba.

   “Bukanlah. Kalau awak nak buat kerja dekat bilik saya ni pun boleh je.” Giliran Hadif mengusik. Awa tayang muka blur.

   “Kerja dekat sini? Baik saya duduk tempat bos terus.” Sengih Awa dengan selamba.
   “Ok bos saya keluar dulu. Oh ya sebelum saya terlupa bos ada temujanji dengan Datuk Mukhriz sekejap lagi tau. Jangan lupa.” Pesan Awatif sebelum melangkah keluar meninggalkan Hadif.

   “Ok Thanks. Awak ikut sekali nanti.” Pesan Hadif sewaktu Awa berada di pintu.
    “Baik bos.” Jawab Awa lalu menutup pintu bilik Hadif Fakhri. Dia menuju semula ke meja kerjanya. Dia terkejut seketika apabila melihat coklat di atas mejanya.

    “Ini siapa pula punya kerja bagi aku coklat ni.” Soal Awatif lalu bercekak pinggang. Di tilik coklat yang berada di atas meja sebelum dia membaca kad kecil yang ada di situ.

   “Farhan Redza lagi. Apa tak ada orang lain ke nak bagi aku ?” Bebel Awa sendirian. Dia letakkan coklat tersebut di tepi. Awa mencari handphone miliknya lalu mendail nombor Farhan Redza.
    “Awa suka tak bunga yang Adam bagi?” Soal Adam dengan tiba-tiba sebaik saja Awa selesai berbicara dengan Farhan sebentar tadi. Adam muncul di mejanya.

    “Kenapa Adam bagi Awa bunga?” Soal Awa . Semenjak pagi tadi lagi dia mencari Adam.
    “Saja nak bagi pada Awa sebagai tanda persahabatan kita.” Jawab Adam dengan selamba.

     “Lain kali tak payah la bunga bagai. Awa ikhlas kawan dengan Adam dan juga staff yang ada di sini.” jawab Awa dengan senyuman.

    Tapi saya tak nak hubungan kita hanya sebagai kawan. Jerit hati Adam ketika ini. Bagaimanakah dia harus luahkan perasaannya itu. Dia sudah jatuh cinta dengan Awatif. Tasha makan hati lagi kali ini.

Bersambung..

NotaTersepit: Menunggu sebuah jawapan adalah satu penyeksaan. Y_Y . Cik Writer sedang bercuti sakit untuk seketika. Demam selsema .





Minggu, 09 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 12

Assalamualaikum u olllssss..

Diri ini masih lagi di berada dalam keadaan writer block.Hampir seminggu mss AMB x berjalan. Otak membeku agaknya. Nampak gayanya kenalah rehat seketika. Rehat berapa lama x pasti tetapi entry tetap berjalanlah sb dah byk bab yg siap . Ok ini sambungan bab seterusnya. Tengok apa pula kali ni si Awa buat. Mekasih singgah dan baca  :D

                                         



BAB DUA BELAS



     HADIF Fakhri sedang mengelamun di dalam biliknya. Dia melihat persekitaran biliknya yang sunyi dan sepi. Dia sedar rumah yang di diaminya itu sunyi sepi apabila keluarga Kak Huda dan juga Hayyan tiada di sini. Dia merasakan hidupnya kosong apabila kembali dari pejabat.

   “Rasanya sudah tiba masa untuk aku carikan seorang isteri. Hayyan dan Reen sudah bahagia dengan kehidupan mereka aku pula masih lagi begini. Masalahnya nak cari isteri bukannya senangkan.” Bebel Hadif sendirian.

   Sejurus selepas itu, Hadif tersenyum dengan tiba-tiba. Entah mengapa karenah Awatif bermain di ruang legar matanya.

   “Awa? Haish pelik juga aku. Dia selalu blur dan lambat pick up dalam sesetengah perkara tetapi bab belajar memang terbaik. Itulah kelebihan yang di miliki oleh Awa. Hari-hari ada saja telatah comelnya yang membuatkan aku ketawa.” Puji Hadif dengan perlahan. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman ketika itu.

   Encik Hadif Fakhri ni senyum kemain lagi, tak kan dah jatuh hati dengan Awatif kot. Siapa tahukan . Perasaan tu hadir tanpa kita sedari.

   “Daddy.. Daddy..” Kedengaran suara Syarif memanggil Hadif Fakhri. Terkejut Hadif mendengar suara Syarif ketika ini. Dia melangkah menuju ke pintu. Sebaik saja pintu biliknya terkuak  dia ternampak Syarif sudah tersengih.

  “Hey hero daddy datang dengan siapa?” Soal Hadif lalu duduk sama tinggi dengan anak sedaranya.

   “Syarif datang dengan mama, papa dan adik Syifa la.” Jawab Syarif. Hadif mencubit pipi anak buah kesayangannya.

   “Iye ke? Ok jom kita turun bawah.” Hadif menghulurkan tangannya pada Syarif. Dengan pantas Syarif menyambut tangan daddy nya sebelum mereka berdua melangkah menuju ke tingkat bawah.
   “Kak Huda nak pergi mana ni?” Soal Hadif sebaik saja melihat Kak Huda nya membawa keluar bagasi anak-anaknya dari kereta.

   “Kak Huda kena temankan abang Syah kamu outstation kali ni. Dioarang ada buat dinner apa entah. Kak Huda kenalah tinggal Syarif dengan Syifa dekat sini. Kak Huda pergi tiga hari dua malam je.” Jawab Huda sambil tersenyum.

   “Bagus juga tu Syarif dengan Syifa ada dekat sini tak adalah Hadif bosan .” Sengih Hadif sambil mengekori kakaknya dari belakang. Dia membawa bantal peluk Syarif dan juga Syifa . Mereka berdua tak boleh tidur lena kalau bantal peluk upin dan ipin tiada di sisi mereka. Kanak-kanak zaman sekarang dah pandai dah nak itu nak ini.

    “Syarif dengan Syifa dengar cakap tok ma dan tok pa tau. Mama dengan papa pergi tak lama. Jangan nakal-nakal tahu. Ingat kalau nakal mama dengan papa tak nak bawa korang pergi holiday.” Pesan Huda kepada anak lelakinya Syarif. Mereka sudah berada di depan pintu utama. Sekejap lagi Huda dan Syah manu bertolak ke Terengganu.

   “Okey mama. Papa jangan lupa belikan mainan untuk Syarif dan adik.” Tingkah Syarif . Syahiran menggelengkan kepalanya. Itu sajalah yang selalu Syarif minta apabila dia outstation.

   “Yalah nanti papa dan mama belikan. Ingat pesan mama tu.” Jawab Syahiran sambil menggosokkan kepalanya. Huda sudah mula sedih. Dia belum pernah lagi berjauhan dengan anaknya itu.

   “Kamu tak perlulah nak sedih Huda. Mama dengan Papa ada jagakan diorang. Korang pergi sana bukannya lama pun. Janganlah risau tentang Syarif dan juga Syifa.” Ujar Datin Khadijah sebaik saja melihat wajah keruh Huda. Dia tahu anaknya itu berat hati mahu tinggalkan buah hati kesayangannya.

   “Jomlah kita bertolak sekarang.” Syahiran memandang wajah isterinya. Huda menganggukkan kepalanya.

   “Okey sayang mama dengan papa nak gerak dulu. Jangan nakap-nakal tau. Mama papa kami gerak dululah. Kalau ada apa-apa mama telefon Huda tahu. Bukan apa takut Syifa demam . Syifa mudah sangat demam.” Sempat lagi Huda menitipkan pesan sewaktu bersalaman dengan mama dan papanya.

   “Syah hati-hati bawa kereta.” Pesan Datuk Ismail pula. Syahiran tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

   “Bye mama papa..” Syarif melambaikan tangannya sehinggalah kereta yang di pandu oleh papanya hilang dari pandangannya.

   “Jom masuk.” Datin Khadijah memaut bahu cucu kesayangan itu.

       PUAN  Fauziah sedang menyusun pakaiannya dan juga suaminya ke dalam almari. Dia menoleh sebaik saja mendengar pintu biliknya di tolak dari luar.

    “Awa dengan Akid ke mana bang? Sunyi je .” Soal Puan Fauziah kepada suaminya.
    “Diorang tu ada je dekat bawah tengah tengok tv. Adalah tu cerita yang best yang boleh diorang duduk diam tanpa bertekak.” Jawab Encik Fathudin dengan selamba.

    “Abang , Yah sebenarnya bimbangkan Awa.” Luah Puan Fauziah. Sejak akhir-akhir dia tidak tahulah kenapa hatinya merasa bimbang pada Awatif.

   “La awak nak bimbangkan apa? Awa tu kan dah besar dah kerja. Dia pandai jaga diri dia.” Encik Fathudin melabuhkan punggungnya ke tilam. Dia naik ke atas untuk mengambil komputer ribanya. Ada kerja yang perlu dia buatnya. Dia ingin menyemak assignment yang di buat oleh pelajarnya.

  “Yalah bang. Awa tu jenis yang lambat pick up untuk sesetengah perkara. Yah bimbang orang ambil kesempatan pada dia. Sekarang ni dia sudah bekerja. Dunia pekerjaan ni bukannya mudah. Awa berhadapan dengan manusia yang mempunyai pelbagai ragam.” Luah Puan Fauziah.

   “Itu yang awak bimbangkan? Yah Yah.. Awak kena percaya pada Awa. Awak tengoklah sewaktu dia belajar dekat university dulu bagaimana. Dia boleh hadapinya . Sekarang ni Awa akan banyak belajar lagi tentang kehidupan di dunia ni.” Puan Fauziah mengehela nafasnya dengan berat.

   “Apa yang Yah harapkan adalah Awa berjaya dalam kehidupan dia. Semoga Allah lindungi anak-anak kita bang.”

   “InsyaAllah. Sama-samalah kita berdoa untuk anak-anak kita tu. Abang tengok dia suka bekerja di situ. Biarlah dia cari pengalaman dan belajar benda yang baru.” Tambah Encik Fathudin.

   “Abang nak ke bilik bacaan. Ada assignment yang perlu di semak.” Encik Fathudin membawa komputer ribanya lalu melangkah menuju ke bilik bacaan yang terletak di sebelah bilik Akid.
   “Abang nak minum tak?” Soal Puan Fauziah.

   “Boleh juga tu.” Jawab Encik Fathudin sambil tersenyum.

    “Kak Awa , bos Kak Awa tu baik ke?” Soal Akid dengan tiba-tiba sewaktu televisyen sedang menayangkan iklan. Awatif menoleh pada adiknya.

   “Bos Kak Awa baik je.” Jawab Awa dengan senyuman.
   “Ramai tak kawan Kak Awa dekat situ?” Soal Akid lagi.

  “Nak kata ramai tu taklah. Kak Awa kenal beberapa orang je. Kak Safi , Kak Tasha lepas tu Adam.” Jawab Awatif dengan jujur.

   “Siapa Adam?” Soal Akid dengan teruja lalu membetulkan duduknya.
    “Kawan kerja Kak Awa la. Dia baik.”

   “Abang Farhan tak kata apa ke Kak Awa ada kawan laki?” Awatif mengerutkan dahinya.
   “Ni Akid tanya Kak Awa ni  Akid jadi spy Farhan ke?” Soal Awatif . Di sepetkan kedua matanya sambil merenung wajah Akid.

   “Eh mana ada. Akid tak campurlah urusan Kak Awa dengan abang Farhan.” Dalih Akid lalu menggarukan telinganya sebelum matanya berkalih semula ke skrin televisyen.

   “Iye ke? Baik Akid cakap betul-betul dengan Kak Awa.” Awa merenung adiknya lagi.
    “Betullah Kak. Akid tak jadi spy abang Farhan . Lagipun buat apa Akid nak jadi spy dia.” Dalih Akid lagi.

   “Akid kena tolong abang tau. Hari tu abang ada ternampak Kak Awa dengan seorang lelaki sebelum daddy Akid datang ambil Kak Awa. Akid tolong tanyakan pada Kak Awa ye siapa lelaki itu? Abang Farhan sayangkan Kak Awa. Abang tak nak orang lain potong jalan abang. Tolong abang eh?” Ujar Farhan sewaktu bertemu dengan Akid di taman berdekatan rumah mereka. Waktu petang Akid selalu berjogging di sini.

   “Ish abang Farhan ni kenapa pula Akid nak tanya Kak Awa. Sepatutnya abang Farhan sendiri yang tanya dia.” Jawab Akid bermalasan.

   “Kalau abang tanya nanti Kak Awa tahu la pula yang abang selalu ambil tahu gerak geri dia.” Ujar Farhan lagi.

   “Yang abang pun satu hal yang pergi mengekori Kak Awa pasal apa? Abang tak kerja ke? Kalau Kak Awa tahu abang intip dia  habislah.” Gertak Akid.

   “Janganlah bagitahu Kak Awa. Abang mana ada ekori dia abang cuma cari dia bila abang balik kerja. Abang nak pastikan tiada orang yang boleh kacau Kak Awa. Akid tahukan Kak Awa tu milik abang Farhan.” Tingkah Farhan lagi. Akid mengerutkan dahinya.

  “Abang kena ingat satu benda. Abang ni bukan siapa-siapa pun pada Kak Awa tau. Abang tak berhak nak halang Kak Awa nak berkawan dengan sesiapa pun.”

   “Abang tahu  tapi Akid pun tahukan yang abang memang sayangkan Kak Awa lebih dari segalanya. Abang nak Kak Awa jadi isteri abang tapi Kak Awa asyik menolak. Abang tak tahu dah nak buat macam mana Akid.” Luah Farhan.

   “Abang kita tak boleh nak paksa Kak Awa. Mummy dengan Daddy pun tak pernah nak paksa Kak Awa. Abang ingat hati dan perasaan ni boleh di paksa-paksa ke? Sudahlah bang. Hari dah petang ni. Akid nak balik dulu karang mummy cari pula.” Tingkah Akid lalu bangun dan meninggalkan Farhan di situ.

    “Kak Awa kenapa Kak Awa tak suka dekat abang Farhan tu. Dia tu sayangkan Kak Awa kot.” Soal Akid setelah lama mereka mendiamkan diri.

   “Bukan Kak Awa tak suka tapi Kak Awa tak ada apa-apa perasaan pun pada dia.Farhan pun satu hal tak juga faham-faham. Apa dia pun ada penyakit blur dan lambat pick up seperti Kak Awa juga ke?” Soal Awatif dengan geram. Akid hanya mendiamkan diri lalu memfokuskan matanya pada cerita yang sedang di tayangkan di skrin.

   “Meow.. Meow .. Meow..” Cookie sudah mula bersuara. Awa menoleh pada cookie yang berada di atas ribanya.

   “Yes sayang. Kenapa cookie?” Soal Awatif sambil membelai bulu cookie. Akid menggelengkan kepalanya.

   Dah mula dah kakak aku ni bercakap dengan kucing. Gerutu Akid .

   “Cookie nak tidur ya?” Soal Awatif lagi. Itu je la kerja kalau balik rumah. Awa ni memang tak boleh berenggang dengan cookie. Esok-esok kalau dah kahwin macam manalah agaknya ya.

     “AWA ikut saya sekejap.” Arah Hadif Fakhri sambil menggarukan kepalanya. Ini kak Huda punya pasal.

    “Kita nak ke mana bos?” Soal Awatif dengan pelik apabila melihat wajah bosnya yang berkerut semacam.

   “Jangan banyak tanya awak ikut je saya sekarang. Cepat sikit.” Arah Hadif. Awatif yang sedang binggung bangun lalu bergegas mengekori Hadif.

   “Awa nak ke mana tu?” Tegur Adam sewaktu berselisih dengan Awa namun Awa langsung tidak menjawab.Dia hanya menunjukkan jari pada Hadif Fakhri. Adam menganggukkan kepalanya. Di kejauhan Tasha melihat.

   “Adam ni seramai- ramai staff perempuan dekat Aspirasi ni si Awa juga yang dia selalu ambil berat. Menyampahnya aku.” Bebel Tasha sendirian. Dia melihat Adam yang masih lagi memandang Awa yang sedang berjalan di belakang Tuan Hadif.

   “Bos kita buat apa dekat shopping mall ni?” Soal Awatif dengan pelik apabila keluar dari kereta . Dia kemudiannya menoleh pada Hadif.

   “Saya nak beli barang sikit tapi saya tak tahu.” Terang Hadif dengan jujur lalu melanglah masuk ke dalam. Awatif mengekori dari belakang.

  “Bos nak beli barang apa ni?” Soal Awatif dengan pelik apabila melihat mereka berada di bahagian pampers kanak-kanak. Hadif menoleh pada Awatif.

   “Kakak saya ikut suami dia outstation.Anak-anaknya ada dekat rumah saya . Masalahnya sekarang ni Kak Huda saya tu lupa nak bawakan pampers untuk anak dia yang nombor dua tu. Saya manalah tahu nak beli pampers untuk kanak-kanak. Saya mana pernah kahwin lagi.” Ujar Hadif sambil melihat pelbagai jenis pampers yang terususn di rak.

    “La beli pampers rupanya. Habis tu boas bawa saya ke sini buat apa? Saya bukannya dah kahwin pun.” Soal Awatif

   “Memanglah awak tak kahwin lagi Awa tapi mesti awak tahukan sebab awak ni perempuan. Selalunya perempuan dia jenis alert sikit dengan benda –benda begini.” Jawab Hadif. Awa hanya tersenyum dan anggukan kepalanya. Sempat juga dia menggarukan kepalanya.

   “Pampers apa yang diorang guna. Kak Huda pun satu hal orang call langsung tak angkat.” Bebel Hadif sendirian. Mamanya yang menelefonnya sebentar tadi dan menyuruhnya belikan pampers untuk Syifa . Awatif memandang pelbagai jenis pampers yang ada di situ kemudian matanya menangkap sesuatu.

   “Bos saya rasa yang ni kot sesuai dengan anak buah bos tu. Saya tengok dekat iklan dia dekat tv. “ Sengih Awa lalu menunjukkan pampers yang di pegang olehnya.Dia memandang bosnya itu.
   “Pampers apa ni?” Soal Hadif.

    “ W H O O P E E .. Whoopee. “ Sengih Awa sambil meniru iklan pampers di televisyen. Hadif tergamam seketika. Hadif memandang ke kanan dan kirinya. Ketika itu ada seorang pekerja di situ. Dia hanya tersengih melihat kerenah Awatif.

   “Awak ni kan Awa banyak terpengaruh dengan tv tau tak. Sudahlah . Jom kita gerak sekarang.” Tingkah Hadif lalu mangambil pampers yang di pegang oleh Awatif. Dengan muka yang blur Awa hanya mengekori dari belakang. Sempat dia tersenyum kepada pekerja yang melihatnya itu.

    Aduhai Awatif sorang ni macam-macam karenah sungguh. Hadif terus menuju ke kaunter. Awatif hanya mengekori bosnya dari belakang.

    “Pengaruh tv? Ish aku tengok je tv tu.” Bebel Awatif sendirian .

Bersambung...

NotaTersepit: Otak membeku , fokus makin ilang.. Y_Y . Sampai bila nak bercuti nih? 




Rabu, 05 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 11

Assalamualaikum u ollsss...

 Seperti yang cik writer katakan yang bab ini adalah sambungan sedutan AMB yang pernah cik writer kongsikan di blog ini tahun lepas rasanya. Mekasih singgah dan baca :)

                                        




BAB SEBELAS



     NURAIN Awatif mengetuk pintu bilik bosnya terlebih dahulu. Hari ini dia telah bawakan sesuatu untuk bosnya itu.  Di keleknya cookie bersamanya ke bilik Hadif Fakhri.

   “Bos , hari ni saya dah bawakan cookie seperti yang bos minta semalam.” Dengan selambanya Awa berkata di depan bosnya yang sedang ralit mengadap skrin komputer.

   “Letak saja dekat situ , sekejap lagi saya makan.” Arah Hadif Fakhri tanpa menoleh sedikit pun pada Awatif. Dengan perlahan-lahan Awa meletakkan kucing kesayangannya itu di meja.

   “Ok bos, cookie duduk diam-diam tahu . Mummy keluar dulu jangan nakal-nakal eh.”  Tingkah Awatif. Hadif mengerutkan dahinya.

    “Awak ni kenapa Awa bercakap dengan makanan dah hilang akal ke apa? “ Soal Hadif lalu menoleh pada setiausahanya dan pada yang sama matanya terus terbeliak melihat seekor kucing berada di atas meja kerjanya. Hadif terus berdiri dari kerusinya manakala Awa pula pelik melihat bosnya itu.

   “Eh Awa saya suruh awak bawa cookie untuk saya makan bukannya saya suruh awak bawa kucing ni masuk sini. Awak tak faham ke? Apa ke blur sangat awak ni Awa?” Ujar Hadif sambil meletakkan kepalanya di dahi. Awa mengerdipkan matanya berkali-kali.

  Semalam minta dengan aku cookie , hari ni aku dah bawa cookie . Ish cerewet betullah Encik Kreatif ni. Gerutu Awatif di dalam hatinya. Dia menggarukan kepalanya sambil berfikir.

   “Awak dengar tak apa yang saya cakap ni Awa. Saya nak cookie a.k.a biskut . Awak faham tak biskut bukan kucing. Jauh benar bezanya biskut dengan kucing Awa.” Hadif menggarukan
kepalanya. Pening kepalanya dengan kerenah Awatif sorang ni. Hari-hari ada saja karenah blurnya.

   “Laaa mana saya tahu bos nak cookie yang tu saya ingatkan bos nak cookie ni.” Jawab Awatif sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kucing kesayangannya itu.

     “Bos comel tak kucing saya ni?” Soal Awatif dengan selamba tanpa rasa bersalah. Hadif merenung tajam PA nya itu sambil mengeluh dengan perlahan.

     “Jadi kucing awak ni nama cookie la ye?”

   “Yes bos. Comel tak dia?” Soal Awatif sambil menaikkan kedua belah keningnya pada Hadif sambil tersenyum. Dengan payah sekali Hadif mengukir senyuman di bibirnya.

  “Adoi pening kepala saya dengan awak ni Awa.” Tambah Hadif lagi. Awa melihat bosnya yang menekan dahinya berkali-kali.

   “Sekejap ya bos.” Awatif terus berlari keluar dari bilik Hadif. Beberapa minit kemudian Awatif muncul kembali. Hadif duduk termenung di mejanya sambil melihat cookie yang sedang merenungnya . Hadif dan cookie saling bertentang mata gitu.

   “Bos bos.. Makan panadol ni.” Awatif menyuakan dua biji penadol bersama segelas air masak. Hadif menepuk dahinya.

   “Ya Allah Awa. Awak bagi panadol dekat saya ni buat apa?” Soal Hadif kebingungan.
   “Laa bos juga kata tadi yang bos sakit kepala , jadi saya pergilah ambilkan panadol dan juga air. Bos makan ubat ni lepas tu sakit kepala bos pun legalah.” Sengih Awatif. Hadif mengetap bibirnya dengan geram.

   Apalah nasib aku dapat setiausaha yang blur macam si Awa ni.Mana Safi jumap budak ni? Gerutu Hadif sendirian.

   Sabar je lah Hadif Fakhri oii..  Memang sudah sikap Awatif begitu. Walaupun dia blur ke sengal ke  pa ke tapi dia tetap seorang manusia biasa seperti orang lain. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya . Tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.

  “Dah-dah sekarang ni saya nak awak bawa kucing awak yang bernama cookie ni keluar. Saya nak buat kerja. Lagi satu saya tak benarkan awak bawa kucing ni datang ke pejabat lagi ya. Ingat tu.” Arah Hadif.

   “ Okey bos.” Jawab Awa lalu di ambil cookie dan mendukungnya melangkah keluar. Hadif menggelengkan kepalanya lagi. Selepas pintu biliknya tertutup barulah dia menyambung semula kerjanya yang terbengkalai.

   “Cookie duduk diam-diam dekat dalam ni tau. Jangan bising nanti bos mummy marah pula. Mummy tersalah bawa cookie datang pejabat hari ini. Bos cakap nak cookie jadi mummy bawalah cookie tapi sekali salah daaa..” Bebel Awatif sendrian sewaktu memasukkan kucing kesayangannya itu ke dalam sangkar.

   “Eh Awa apasal kau bawa kucing dekat pejabat ni? Kau ingat pejabat ni tempat rawat kucing macam tu?”  Soal Tasha sambil berpeluk tubuh di meja Awatif.

   “Semalam bos minta cookie jadi hari ni Awa bawalah cookie Awa punya tapi bukan cookie ni yang bos nak.” Sengih Awatif sewaktu mendonggakkan kepalanya pada Tasha.

    “Cookie? Kau ni Awa nak kata bengap tak juga belajar tinggi tapi tak kan kau tak reti beza cookie yang Tuan Hadif tu minta . Aku peliklah macam mana kau ni belajar dulu kalau yang ini pun kau tak reti nak bezakan.” Ujar Tasha sambil mengetap bibir dengan geram. Dia memang tak suka dengan Awatif.

    Sejari tadi lagi dia memandang Awa sebaik saja dia membawa kucingnya masuk ke dalam Aspirasi. Ramai staff yang melihat namun mereka langsung tidak berkata apa-apa.
   “Kau ni kenapa Tasha? “ Soal Safi dengan tiba-tiba.

    “Ini haaa kau tengoklah PA yang kau carikan untuk Tuan Hadif ni   bengap tahu tak? Geram pula aku dengan budak ni.” Marah Tasha.

   Amboi Cik Tasha bukan main lagi dia mengata Awa bengap. Sesedap mulut dia je nak mengata kekurangan orang. Inilah manusia suka sangat menghina kekurangan seseorang.

   “Eh Tasha kot ye pun Awa ni ada buat salah sekalipun kau tak berhak nak berkata dia rupa itu. Kau ingat Awa ni tak ada hati dan perasaan ke?” Soal Safi sebaik saja melihat wajah keruh Awatif.

   Aku ni blur ke bengap? Soal Awatif sendirian di dalam hatinya. Perkataan bengap yang keluar dari mulut Tasha begitu menusuk ke dalam hati Awa. Sejahat-jahat teman kampusnya dulu tak ada seorang pun yang menggelarkan dia bengap . Semuanya memanggil dirinya dengan panggilan miss blur.

   “Peduli apa aku dengan dia ada hati perasaan ke tak. Aku cakap apa yang betulkan?” Soal Tasha. Safi memang tidak puas hati dengan kata-kata yang di keluarkan oleh Tasha ketika ini.

   “Erk Kak Safi , Kak Tasha janganlah gaduh sebab Awa. “ Tingkah Awa sambil berdiri. Beberapa orang staff menggelengkkan kepala melihat karenah Tasha sejak akhir-akhir ini. Tasha bukan lagi seperti dulu. Dia telah berubah.

   Manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja.
  “Apa yang bising-bising ni?” Soal Hadif sebaik saja pintu biliknya terbuka. Dia memandang wajah Safi, Tasha dan juga Awa. Mereka serentak menoleh kepada suara itu. Awatif tersengih pada bosnya.

   “Tak ada apa-apa bos.” Jawab Awatif dengan selamba. Tasha menoleh pada Awatif.
   “Tak ada apa-apa Tuan Hadif. Saya nampak kucing Awa tadi jadi singgahlah nak tengok kucing dia.” Jawab Safi pula hanya Tasha saja yang membisu.

   “Oh pasal kucing ke. Errmm hari ni bolehlah awak nak tengok Safi. Awa ingat ya jangan bawa cookie dekat pejabat lagi.” Pesan Hadif Fakhri dengan tegas.

   “Baik bos. Erk bos nak ke mana tu?” Soal Awatif sebaik saja melihat Hadif Fakhri melintasi mejanya.

   “Awak check balik jadual saya sekarang. Awak tahu ke mana saya nak pergi.” Itu jawapan yang di berikan oleh Hadif sewaktu di menoleh seketika pada Awatif.

   “Oh eh.. Ok bos..” Sengih Awatif sambil melambaikan tangannya pada Hadif Fakhri. Safi tersenyum. Belum pernah lagi ada PA seperti Awa yang selama dia kerja di Aspirasi ini.

   PETANG itu, Awatif menunggu daddy nya di luar Aspirasi. Di keleknya sangkar cookie. Dia duduk di sebuah bangku dan cookie berada di tempat duduk sebelahnya.

   “Kasihan cookie ya. Bosan temankan mummy dekat pejabat eh?” Soal Awatif pada cookie. Itulah kerja Awa kalau tak bercakap dengan cookie dia merasakan hidupnya kosong tak bermakna. Kasihnya dia pada seekor kucing.

   “Lepas ni cookie duduk rumah diam-diam okey. Mummy sibuk dengan kerja nanti . Kasihan hero mummy ni.” Tambah  Awatif lagi lalu memandang kereta yang lalu lalang.

   “Mana tok daddy ni tak sampai lagi? Jalan jamm ke?” Soal Awa sendirian. Dia mencari kereta milik daddy nya. Awa menghela nafasnya lalu bersandar di bangku tersebut sambil melihat dada langit yang sudah berubah warna. Awa kemudiannya menoleh ke jam tangannya sebelum dia mencari telefon miliknya di dalam beg.

   “Awa tak balik lagi?” Soal Adam yang muncul ketika itu. Dia baru saja keluar dari Aspirasi. Hari ini agak lewat sedikit dia keluar kerana ada kerja yang perlu dia siapkannya.
   “ Eh Adam .. Awak tak balik lagi?” Soal Awatif dengan senyuman sebaik saja melihat wajah Adam yang berdiri di tepi bangku.

   “Baru nak balik. Amboi comelnya kucing Awa ni. Kenapa Awa tak balik lagi ni?” Soal Adam sebaik saja melihat cookie yang diam .

   “Errm itulah. Awa tengah tunggu daddy Awa datang ambil. Sekejap lagi dia datanglah. Kucing Awa memang comel sebab tu la Awa sayang cookie.” Sengih Awa sebelum merenung cookie yang memandangnya di saat ini.

   “Tapi Awa lagi comel.” Puji Adam. Awa mengerutkan dahinya.
   “Awa comel ke? Orang kata Awak blur adalah.” Jawab Awatif dengan selambanya. Dia memegang kedua belah pipinya.

   “Bagi Adam , Awa tetap comel sangat. Adam suka.” Terang Adam. Dalam diam Adam cuba meluahkan perasaannya pada Awatif. Ya mungkin terlalu awal untuk jatuh cinta pada Awa tetapi entah kenapa sikap Awa telah mencuri hati dalam diam walaupun mereka baru saja kenal. Cinta datang dengan sendiri tanpa mengira waktu .

   Ada sesetangah orang yang jatuh cinta pandang pertama. Si Adam ni pun lebih kurang begitulah gamaknya.

   “Iye ke? Terima kasih sebab Adam cakap Awa comel.” Jawab Awa tanpa memahami maksud yang tersirat. Adam membalas senyuman dari Awatif.

   “Sama-sama. Selalunya daddy Awa datang lambat ke sini?” Soal Adam sambil menilik jam di pergelangan tangannya yang sudah pun berginjak ke angka enam lima belas minit petang.
  “Tak juga. Jalan jamm kot tak pun daddy keluar dari tempat kerja dia lambat kot.” Jawab Awatif. Matanya memandang ke arah jalan raya sekali lagi.

   “Haaa tu pun daddy Awa dah sampai. Awa balik dulu ya Adam.”  Awatif terus berdiri sebaik saja melihat kereta daddy nya. Adam menoleh pada kereta yang masuk di perkarangan Aspirasi.

    Awatif membawa cookie dan melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke kereta daddy nya. Sebaik saja masuk ke dalam kereta , Awa menurunkan cermin kereta dan melambaikan tangan pada Adam.

   “Awa balik dulu ..” Jerit Awa. Adam menganggukkan kepalanya sambil membalas lambaian dari Awatif.

   “Siapa tu Awa?” Soal daddy nya dengan pelik sewaktu memandu kereta.
   “Kawan sepejabat Awa.” Jawab Awa dengan jujur. Daddy nya tersenyum.

   “Haaa ini apa cerita sampai bawa cookie datang pejabat? Mummy bising tahu pagi tadi. Daddy tak sempat nak tanya Awa pagi tadi.” Soal  Encik Fathudin kepada anak gadisnya.

   “Itulah daddy. Awa salah info pula. Bos Awa minta Awa bawa cookie untuk dia hari ini tapi Awa ingat cookie yang ini.” Sengih Awatif pada daddynya.

   “Ish kamu ni Awa boleh pula salah info. Habis tu bos Awa tak marah ke?” Soal Encik Fathudin lagi.
  “Dia tak marah pun tapi dia terkejut jugalah masa tengok cookie ni. Salah Awa juga daddy sebab tak faham maksud bos Awa tu kan” Jawab Awa dengan jujur.

    “Awa.. Awa.. Kasihan bos Awa tu . Tak mengapalah Awa tak ada manusia yang tak lakukan kesilapan.” Encik  Fathudin menghela nafasnya dengan berat. Dia tahu kekurangan yang ada pada anak gadisnya itu. Walaupun Awa begitu dia tetap anak yang baik dan menghormati orang lain. Kadangkala pernah terlintas di fikirannya bagaimana anaknya boleh berjaya tamatkan pengajian. Dia tahu ramai yang memandang rendah pada kemampuan anak gadisnya . Mereka memang menggelarkan Awa dengan panggilan Miss Blur , lambat pick up lah, dan macam-macam lagilah.

    Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Usahlah menghina di atas kekurangan yang ada pada mereka dan usahlah bangga dengan kelebihan yang kamu ada. Ingatlah setiap kekurangan yang kita miliki itu merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Tidak semua orang memiliki kekurangan yang kita ada.

Bersambung...

NotaTersepit: Merenung masa depan sendiri.. Hahahha.. Sah cik writer tengah di landa writer block lagi. Ish Ish Ish ...





Minggu, 02 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 10

Assalamualaikum u ollsss...

Selamat hari isnin dan masih belum terlambatkan rasanya nk ucapka happy CNY pada kawan2 cik writer yang menyambutnya. Ok bab sepuluh alahai miss blur dah kuar. Sekarang u ollss dah tau kan kenapa Awa kasi kucing dia nm cookie . Hehehe..Mekasih singgah dan baca :D



                                      


BAB SEPULUH




  AWATIF sedang meriba cookie di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia menggosokkan kepala cookie berkali-kali . Sesekali matanya di tumpukan kepada skrin televisyen.

   “Cookie, nak tahu satu cerita tak? Bos mummy tu kan suka sangat marah  pelik mummy tau. Muka dia kemain handsome tapi tu la garang. Dia panggil mummy miss blur. Tak patutkan cookie.” Awa bercakap dengan kucing kesayangannya. Seperti biasa jawapan dari cookie adalah meow meow meow.

   “Setakat ni mummy suka kerja dekat situ. Staff dekat situ pun baik je dengan mummy.” Luah Awa lagi. Cookie setia mendengar .

   “Kak Awa ni suka sangat cakap dengan kucing. Bukan si cookie ni faham pun Kak Awa cakap.” Tingkah Akid sambil menggelengkan kepalanya. Awatif melihat adiknya yang baru saja duduk di sofa berjauhan dengannya. Dia tahu jikalau cookie ada bersamanya maka Akid tidak akan mendekatinya.

   Awa mencebik pada adiknya sebelum menjawab. “ Eleh biarlah Kak Awa nak cakap dengan dia sekalipun. Luahkan perasaan pada binatang lagi bagus dari luah pada manusia yang mulut berlubang.” Jawab Awatif dengan selamba.

   “Kak Awa malam ni tak tengok Running Man ke?” Soal Akid dengan tiba-tiba. Susah nak tengok Kak Awa tengok televisyen dekat ruang tamu dia lebih suka terperuk dalam bilik.

  “Running Man. Alamak Kak Awa lupalah.” Jawab Awatif lalu menepuk dahinya dengan perlahan. Dengan pantas dia bangun sambil membawa cookie menuju ke tingkat atas. Akid menggelengkan kepalanya.

  “Apalah Kak Awa ni minat sangat dengan cerita tu? Pelik betul aku.” Soal Akid dengan perlahan. Selepas itu dia mengambil remote tv lalu menukar channel.

   “Turn aku pula tengok tv.” Sengih Akid dengan lebar.
    Patutlah si Akid ni menyebut tentang rancangan Running man rupanya dia mahu tukar channel lain. Bijak ya guna taktik begitu.

  Sebaik saja masuk ke bilik , Awa terus menuju ke mejanya dan menekan butang on pada laptop kesayangannya itu.

  “Okey cookie malam ni temankan mummy tengok Running Man tau. “ Awatif memberitahu cookie yang berada di atas ribanya. Baru saja Awatif mahu menekan tetikus dengan selamba badaknya cookie memanjat meja dan duduk di atas laptop. Baik punya landing. Awatif menggelengkan kepalanya.

   “Sayang tak boleh duduk situ. Cookie duduk atas riba mummy okey.” Tingkah Awatif lalu mengambil cookie dan di letakkan di atas ribanya semula. Awatif terus membuka Running Man episode yang latest. Dia memang peminat tegar Running Man . Di kampus dahulu kawan-kawannya memang mengetahui yang Awatif ni memang minat gila pada salah seorang selebriti dalam Running Man iaitu Kim Jong Kook. Nama kucing kesayangannya itu pun di ambil dari Running Man jugalah.

   “Handsome kan Jong Kook oppa ?” Soal Awatif sambil bercakap dengan cookie.
    “Meow .. Meow ..” Cookie menjawab. Awa tersenyum pada cookie sebelum dia memfokuskan matanya pada skrin laptop kesayangannya itu. Sesekali terdengar Awa ketawa apabila melihat adengan yang melucukan.

    “Astagfirullazh Al’azim. Awa kamu ni tak reti nak tidur ke? Pukul berapa dah ni?” Soal Puan Fauziah apabila  melihat anak daranya sedang ketawa di dalam biliknya. Dia melintasi bilik anak gadisnya dan pintu bilik anaknya itu terbuka sedikit dan lampu di dalam bilik Awatif masih lagi terang benderang.

   “Sekejap lagi Awa tidurlah mummy. Malam masih muda lagi.” Jawab Awa dengan selamba.
   “Banyaklah kamu malam masih muda. Esok kamu kerja Awa, karang lambat pula pergi kerja. Kamu pun liat juga nak bangun pagi.” Puan Fauziah sudah mula membebel.

   “Janganlah risau. Awa nak habiskan episode ni je mummy lepas tu Awa janji Awa tidur. Okey mummy?” Ucap Awa sambil mengangkat tangannya. Dia menoleh kembali ke skrin laptopnya. Puan Fauziah hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenah anak daranya.

    “Ini lagi sorang tak reti nak tidur lagi. Esok mulalah liat nak bangun sembahyang subuhkan?” Soal Puan Fauziah kepada anak lelakinya pula  yang sedang mengadap komputer bermain game. Akid menoleh pada mummynya sambil tersengih. Selepas bilik Awatif bilik Akid pula yang di tujunya. Entah bila masa Akid naik ke biliknya dan mungkin juga tiada siaran yang menarik perhatian di kaca televisyen.

   “Alah mummy Akid main kejap je. Lepas ni Akid tidurlah. Esok mana sekolah lagi biarlah Akid lepas gian main game. Bila dah buka sekolah nanti Akid dah tak boleh nak main sangat. Akid akan sibuk dengan sekolah , tuisyen sana sini , dan sebagainya.” Dengan selambanya mulut Akid menjawab.

   “Kalau bab menjawab kamu memang juarakan Akid. Sudah mummy nak sekejap lagi tutup komputer tu dan tidur. Lagi sejam mummy tengok bilik kamu terang benderang lagi siaplah.” Puan Fauziah sudah memberi arahan.

   “Kak Awa tu tengok Running Man mummy tak marah pun.” Jawab Akid tidak puas hati. Puan Fauziah mengetap bibirnya dengan geram.

   “Haish budak ni kan ada je nak menjawabnya. Kak Awa kamu pun sama juga. Mummy tak kira kejap lagi mummy nak Akid tidur.” Tingkah Puan Fauziah lalu keluar dari bilik anak lelakinya.

      PAGI itu staff Aspirasi seperti biasa sibuk dengan menguruskan kerja masing-masing. Awatif sudah pun buatkan air kopi untuk bosnya itu. Sebaik saja keluar dari bilik bosnya Awatif terus menuju ke meja kerjanya. Baru saja dia ingin membuat kerja ada seorang lelaki yang muncul dengan tiba-tiba.

   “Maafkan saya. Cik ni Cik Nurain Awatif ke?” Soal lelaki tersebut . Awatif mendongakkan kepalanya dengan muka blur.

   “Cik Nurain Awatif ke?” Soal lelaki itu sekali lagi.
    “Ya ya saya Nurain Awatif. Kenapa ya?” Soal Awatif dengan pelik dan dia bertambah pelik apabila melihat di tangan lelaki tersebut ada sejambak bunga ros.

   “Ini ada orang minta saya serahkan bunga ini pada Cik Nurain Awatif.” Ujar lelaki tersebut dengan senyuman lalu di hulurkan sejambak bunga rose kepada Awatif. Dengan wajah blur Awatif menyambutnya. Dia melihat bunga tersebut.

   “Siapa bagi ni?” Soal Awatif.
   “Itu saya tak tahu. Saya hanya tolong hantarkan saja bunga ini pada Cik.” Jawab lelaki tersebut. Berkerut dahi Awatif memikirkan pengirim bunga tersebut.

   “Cik sila sign dekat sini ya.” Pinta lelaki itu lagi lalu menghulurkan sehelai kertas pada Awatif.
   “Pasal apa pula saya nak kena sign? Bukan aggrement pun.” Soal Awatif dengan selamba. Dia langsung tidak menyambut kertas yang di hulurkan padanya. Lelaki tersebut tersenyum pada Awatif.

   “Ini memang bukan sign aggrement cik. Ini Cik kena sign sebagai bukti yang Cik sudah pun terima bunga yang telah di tempahkan oleh seseorang buat Cik. Sila sign Cik.” Jawab lelaki itu. Kali ini barulah si Awa ni faham dan mengambil pen lalu menurunkan tandatangan.

   “Terima kasih Cik.” Lelaki itu bersuara lagi dan Awatif hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Lelaki tersebut terus melangkah pergi. Awatif menilik jambangan bunga rose. Dia melihat di setiap sudut jambangan bunga tersebut sehinggalah dia menemui kad yang terselit di situ.

   Dengan perlahan-lahan Awatif membuka kad tersebut dan dia membaca setiap perkataan yang tertulis di atasnya.

   Istimewa Buat Awatif
   Tahniah kerana sudah dapat kerja dan semoga berjaya.
   I miss you Awa…
   Farhan Redza

   “Farhan yang hantar rupanya.” Tingkah Awatif lalu menutup kad tersebut dan meletakkan jambangan bunga tersebut di tepi mejanya. Awatif menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memulakan tugas namun baru saja dia mahu membuat kerja handphone miliknya sudah berbunyi.

    Dengan bermalasan Awatif menjawab. Dia tahu Farhan menghubunginya .
   “Hai Awa. Bunga untuk awak dah sampai belum?” Soal Farhan.

   “Dah sampai. Thanks tapi tak perlulah susah payah bagi bunga. Mana awak tahu saya dah bekerja?” Soal Awatif . Setahunya dia langsung tidak memberitahu Farhan yang dia telah dapat kerja.

   “Hal berkaitan dengan awak mestilah saya akan tahu. Awa saya rindukan awak. Saya nak jumpa dengan awak. Kenapa awak asyik mengelak saja dari saya. Awak dah tak sudi ke nak kawan dengan saya?” Soal Farhan. Awa terdiam seketika.

   “Saya bukan tak nak kawan dengan awak tapi masalahnya saya tak suka awak nak pinangkan saya tu haa. Saya tak nak kahwin dengan awaklah Farhan sebab awak ni kawan saya.” Jawab Awa dengan jujur. Farhan terdiam seketika. Dia tahu tentang itu sudah acap kali Awatif memberitahu tentang perasaannya.

   “Awa berikan saya peluang. Saya sayangkan awak Awa.” Farhan masih lagi berusaha untuk memikat hati Awatif.

   “Peluang apa lagi Farhan?” Soal Awa kebingungan seketika.
   “Peluang untuk saya membuktikan kasih sayang saya pada awak.” Jawab Farhan. Awa menggarukan dahinya.

   “Saya sibuk ni Farhan banyak kerja. Lain kali ya kita borak. Bye..” Ujar Awatif lalu mematikan talian. Dia kemudiannya meletakkan handphone nya di tepi. Awatif termenung seketika.

   “Farhan ni nak suruh aku cakap bahasa apa lagi. Kenapalah dia suka sangat dekat aku yang blur ni.” Soal Awatif sendrian sambil berteleku di meja. Dia melihat bunga ros yang berada di sebelah kirinya. Dari jauh Tasha melihat perilaku Awatif.

  “Siapa pula yang bagi bunga pada Awatif? Adam ke?” Soal Tasha sendirian. Dia merasa sangat cemburu pada Awatif hari ini kerana ada orang telah menghadiahkan Awa sejambak bunga ros sedangkan dirinya langsung tidak pernah dapat walaupun sekuntum.

   “Budak blur macam dia pun ada peminat juga ke? Aku rasa mesti orang yang sukakan dia tu buta mata gamaknya. Budak yang lurus rupa itu pun ada orang nak.” Tambah Tasha lagi. Dia ralit melihat Awatif yang sedang buat kerja.

   “Ish kalau Adam yang bagi pada Awa parah . Aku tak rela .” Tingkah Tasha lagi.
   “Tasha kau ni kenapa aku tengok bercakap sorang diri dari tadi. Kau demam ke?” Soal Zulaikha dengan tiba-tiba.

   “Ish bila masa pula aku cakap sorang diri.” Marah Tasha sewaktu menoleh pada Zulaikha.
   “Ya la sangat. Aku tengok kau asyik tengok budak Awa tu kenapa?” Soal Zulaikha. Semenjak tadi lagi dia perasan yang mata Tasha sering kali terarah pada Awatif.

   “Tu kau tak tengok ke dia dapat bunga. Siapa yang bagi eh?” Tasha bertanyakan pada Zulaikha dan Zulaikha hanya menjungkit bahu tanda tidaj tahu.

   “Adalah tu peminat dia. Kau janganlah sibuk  hal dia buat kerja tu lagi bagus.”  Tasha buat-buat tidak dengar.

   “Ada juga ke orang minat dekat budak blur dan lurus tu?” Soal Tasha. Zulaikha menggelengkan kepalanya.

   “Kau ni Tasha aku tengok dari hari pertama Awatif bekerja dekat sini dan sampai sekarangkan hari-hari ada je yang kau tak puas hati dengan dia . Aku nak tanya apa yang tak kena dengan si Awa tu yang buatkan kau tak suka dia?” Soal Zulaikha sambil berpeluk tubuh di mejanya.Tasha memandang wajah Zulaikha.

  “Senang cerita aku tak sukakan dia. Kau tak perlu tahu sebab apa.” Jawab Tasha. Zulaikha hanya membiarkan saja Tasha . Dia terus menyambung kembali kerjanya. Dalam diam Zulaikha merasa pelik dengan sikap Tasha yang berubah dengan tiba-tiba saja sebaik Awatif masuk kerja di sini.

   “Wow Awa dapat bunga. Siapa bagi bunga tu Awa? Boyfriend ke? tunang ke? atau suami?” Soal Adam sewaktu berdiri di meja Awatif. Dia baru saja selesai perbincangan dengan team nya dan ketika melintasi meja Awa dia berhenti seketika  apabila ternampak ada jambangan bunga di atas meja.

   “Bunga?” Soal Awa dengan pelik sewaktu memandang wajah Adam.
   “Itu bukan bunga ke?Siapa yang bagi?” Soal Adam. Awatif menoleh ke tepi dan tersengih.
   “Oh bunga ni. Alien yang bagi.” Jawab Awatif dengan selamba.

    “Alien ? Alien mana pula ni Awa? Ish awak ni biar betul Awa.” Adam merenung wajah Awatif dengan pelik.

   “Betullah Alien yang bagi kenapa tak percaya ke?” Soal Awatif . Terangkat kedua-dua belah keningnya. Adam menggelengkan kepalanya. Awatif tersenyum.

   “Mana ada alien Awa. Awak ni saja nak kenakan saya ya.” Awatif tergelak kecil.
    “Haaa tahu pun tak ada. Oranglah yang bagi pada saya.”

    “Siapa?” Soal Adam ingin tahu. Awa mengerutkan dahinya.
    “Oranglah..” Jawab Awa.

     “Memanglah orang tapi siapa orangnya.?” Soal Adam. Awa blur .
     “Oranglah.” Adam menepuk dahinya.

     “Maksud Adam siapa nama orang yang hantar bunga ni pada Awa?”

     “Ohhh cakaplah nama orang yang bagi bunga ni. “ Barulah Awa faham . Adam menggelengkan kepalanya .

Bersambung...

NotaTersepit: Masihkan korang ingat yg cik writer pernah bg sedutan part cookie di blog dl. Haaa cite pasal Awa bawa cookie g opis ada dalam bab 11 nanti.