Rabu, 12 Maret 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 21

Assalamualaikum u ollsss...

Sambungan kisah Awa dan Hadif. Dalam bab ni Hadif demam selsema. Tengok apa Awa buat dekat bos kesayangan dia.Mekasih singgah dan baca ya :D


                                        



BAB DUA PULUH SATU




     HADIF Fakhri baru saja keluar dari bilik mesyuarat bersama client Aspirasi dari Singapura. Awatif pula mengekori bosnya dari belakang. Kepala Hadif sedari tadi lagi berdenyut-denyut namun di tahankan. Hidungnya pula sudah beberapa kali bersin. Hadif terus masuk ke dalam biliknya. Awa memandang bos dengan pelik. Dia melihat keadaan bosnya sepanjang di dalam bilik mesyuarat tadi. Matanya kerap memandang bosnya yang asyik mengelap hidungnya dengan tisu.

    “Bos aku selsema . Kasihannya.” Awa berhenti di mejanya sambil melihat pintu bilik Hadif. Dia kemudiannya membuka laci meja dan membawa keluar penadol. Dia menilik seketika pada ubat panadol yang berada di tangannya. Awa bergegas melangkah menuju ke pantry untuk mengambil segelas air masak untuk Hadif .

   Selepas itu barulah Awa bergerak menuju ke bilik bosnya. Dia mengetuk pintu dengan perlahan. Selepas mendapat arahan masuk barulah Awa masuk.

   “Bos, ini saya bawakan air dengan ubat panadol. Saya tak ada ubat lain. Lepas ni bos pergi klinik ye? Hidung bos dah merahlah.” Ujar Awatif sewaktu berada di depan meja Hadif. Dia melihat bosnya sedang duduk bersandar di kerusi sambil mengelap hidung dengan tisu.

  “Thanks Awa. Balik office nantilah saya jumpa doktor.” Jawab Hadif lalu mengambil ubat panadol dari Awa. Dia kemudiannya menelan ubat panadol tersebut sebelum di tolak dengan air masak. Suara Hadif juga sudah berubah.

   “Kalau bos mengantuk tidurlah eh dulu. Saya akan pastikan tak ada orang ganggu bos hari ni.” Tambah Awatif lagi.

    “Rasanya saya tak boleh tidur kot. Hidung saya tersumbat.” Jawab Hadif dengan selamba. Dia bersandar di kerusi sambil memandang Awatif.

    “Hidung tersumbat?” Soal Awatif sambil menggarukan kepalanya di sbealik tudung. Hadif hanya menganggukkan kepalanya.

    Hidung tersumbat nak buat macam mana? Soal Awa sendirian di dalam hatinya.
    “Habis tu nak buat macam mana bos?” Soal Awa dengan blur.

    “Macam mana apa?” Soal Hadif dengan kerutan di dahi.
 “Pasal hidung bos tersumbat tu la.”

 “Sekejap lagi okeylah tu.” Jawab Hadif dengan selamba.
  “Kalau bos tak selesa saya tahu nak buat macam mana nak kasi hidung bos tu clear balik.” Awa tersengih. Hadif memandang dengan Awa sambil berfikir.

   “Macam mana?” Soal Hadif.

    “Apa susah bos kita guna vacuum je la sedut. Saya yakin lepas tu hidung bos dah tersumbat lagi.” Awa memberikan cadangan dengan senyuman manis lagi. Hadif merenung setiausahanya itu.

   “Apa awak kata? Vacuum hidung saya. Awak ingat dalam hidung saya ni ada debu ke?” Soal Hadif. Apa punya setiausaha si Awa ni bagi cadangan yang tak masuk akal langsung. Adoyai masak kau Hadif nak layan karenah Awatif ni. Gerutu Hadif sendirian.

   “Oh tak boleh guna vacuum eh?” Soal Awa sambil menggarukan dahinya.
    “Kalau awak selsema dan hidung awa tersumbat apa yang awak buat?” Soal Hadif . Awa terdiam seketika dan berfikir. Dia cuba ingati balik apa yang dia lakukan ketika dia selsema.

   “Haaa bos saya tahu dah. Minyak angin.” Jawab Awatif lalu berlari keluar dari bilik Hadif dan menuju ke mejanya. Dia membuka laci meja satu persatu mencari minyak angin. Apabila dia terjumpa botol minyak angin terus bibirnya mengukir senyuman lalu dia berlari semula ke bilik Hadif.

   “Nah bos. Gunalah minyak ni ya.” Ujar Awa lalu menghulurkan minyak angin tersebut ke tangan Hadif.

   “Thanks. Awak boleh sambung kerja dulu. Jangan bagi sesiapa ganggu saya hari ini.” Arah Hadif.

   “Okey bos.” Awa meninggalkan Hadif. Dia keluar dan terus menuju ke mejanya untuk menyambung kerja.

    “Awa Awa kenapalah selalu blur. Sejak dia ada dekat pejabat ni aku rasa aku ni dah jadi orang lain.” Luah Hadif sambil memicitkan kepalanya. Hadif memejam matanya. Kepalanya sudah pening matanya pula sudah memberat ketika ini. Dengan mudah sekali Hadif terlelap di kerusinya.

     Tasha melangkah menuju ke meja Awa. Di keleknya fail bersama. Dia mahu menghantarkan report yang di buat olehnya kepada Hadif.

    “Kak Tasha nak ke mana tu?” Sapa Awatif sewaktu melihat Tasha melintasi mejanya. Tasha memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakang.

    “Kau tak nampak ke aku nak pergi bilik Tuan Hadif. Ada masalah ke?” Soal Tasha dengan angkuh sekali.

   “Erkk jumpa bos? Sorry la Kak Tasha. Bos tak nak di ganggu. Dia selsema sikit tadi dia dah pesan pada Awa yang jangan benarkan sesiapa ganggunya hari ini. Kalau Kak Tasha nak hantar report tu letak saja dekat meja Awa. Bila bos keluar sekejap lagi Awa bagi pada dia eh?” Ujar Awatif sambil memandang Tasha.

   “Tak nak di ganggu? Dia yang suruh aku siapkan report ni sebelum petang. Aku dah siap ni dia tak nak aku ganggu pula?” Soal Tasha dengan gaya tidak puas hati.

    “Yup Kak Tasha. Awa pun tak boleh nak masuk. Dia tak izinkan. Kita bagi dia rehat. Sekejap lagi bos keluarlah.” Jawab Awatif sambil tersenyum. Dia yakin yang Hadif sudah terlena. Dia tahu bosnya tahan sejak dari bilik meeting lagi. Tasha menarik nafasnya dengan dalam. Dia kemudiannya melangkah dan mendekati meja Awatif.

    “Nah nanti bagi pada dia report ni. Ingat tahu. Kau jangan tak ingat dan blur pula.” Arah Tasha dengan serius. Awatif tersenyum lalu menganggukkan kepalanya sambil menyambut fail tersebut lalu di letakkan di atas mejanya.

   Selepas itu Tasha terus berlalu menuju ke mejanya namun sampai saja di pertengahan jalan Tasha berhenti seketika dan menoleh pada Awatif yang sedang leka membuat kerja. Tasha kemudiannya tersenyum sinis.

   ADAM berjalan masuk ke dalam Aspirasi. Di tangannya pula si bawakan kek secret recipe .Dia mahu hadiahkan pada Awa. Adam tahu Awa memang suka dengan makanan. Sewaktu Adam memberikan dia bunga waktu hari lahir Awa , dia sudah merungut sebab bunga tak boleh makan dan tak boleh mengenyangkan perutnya.

   “Wah Adam kau belikan kek untuk siapa tu?” Soal Aiman apabila melihat Adam meletakkan  kotak  kek secret recipies di atas mejanya. Adam sudah tersenyum penuh makna.
   “Aku nak bagi dekat Awa.” Jawab Adam dengan jujur. Aiman ternganga.

   “Kau ni dah teruk sangat aku tengok. Kalau betul kau dah angau dekat Awa tu baik kau bagitahu perasaan kau tu. Jangan simpanlah bro. Kalau Awa tu tak ada perasaan dekat kau tak ke kau kecewa nanti.” Adam memandang Aiman dengan senyuman.

   “InsyaAllah Awa tak akan kecewakan perasaan aku. Aku akan cuba untuk luahkan perasaan aku pada dia nanti. Kau janganlah bimbang .” Jawab Adam dengan yakin. Amboi Adam jangan terlalu yakinlah. Bukan mudah untuk mendapatkan cinta Awatif.

   “Eh kau ada nampak tak Awa ke mana? Dia tak ada pun dekat meja dia.” Soal Adam lalun mencari kelibat Awa namun tiada di situ. Ke mana pula Awa pergi ni? Desis hatinya.
   “Dia keluar lunch tadi maybe dia tak masuk lagi la kot. Sekejap lagi dia lalu juga depan meja kau kan. Sabar je la.” Ujar Aiman dengan selamba.

    Awa menekan butang lif . Dia baru saja balik dari makan tengahari bersama Safi. Hari ini Awa menemani Safi makan. Sejak Safi di sahkan mengandung ni dia memang kuat makan. Ada saja yang dia mengidam. Hari ni mengidam nak makan laksa , semalam nak makan nasi kukus  esok entah apa pula yang di minta oleh Safi.

   “Sorry la Awa sebab Kak Safi dah banyak menyusahkan Awa minggu ni. Awa terpaksa temankan Kak Safi pergi makan tengahari.” Ujar Safi sewaktu pintu lif terbuka.

   “Tak apalah Kak Safi. Awa pun tak ada kawan. Kalau dapat makan tengahari dengan Kak Safi hari-hari pun Awa tak kisah. Diorang manalah nak makan sekali dengan Awa . Masing-masing tiba waktu lunch mulalah tak ada.” Jawab Awa pula.

   “Diorang memang macam tu Awa, tambah-tambah kalau yang dah kahwin. Waktu makan tengahari memang keluar makan dengan suami tak pun dengan kawan-kawan sepejabat. Ada yang rumah berdekatan sini pergi ambil anak dari sekolah. Biasalah Awa.” Tambah Safi pula. Awa menganggukkan kepalanya.
   “Kak Safi pun tak lama lagi nak dapat baby juga.” Sengih Awa. Safi memandang ke tangan Awa. Dia melihat ada bungkusan yang di bawa balik oleh Awa. Dia langsung tidak perasan tadi.

   “Awa beli apa tu?” Soal Safi dengan pelik. Awa melihat ke arah plastik yang di pegang olehnya.
   “Oh yang ni? Awa belikan untuk bos. Kasihan dia demam.Waktu Kak Safi berhenti dekat farmasi tadi Awa belikan ubat untuk bos.” Jawab Awa. Safi menepuk bahu Awa.

   “Bagusnya. Awa memang setiausaha dia yang perihatin.” Jawab Safi. Dia akui Awa merupakan pekerja yang berdedikasi walaupun dia selalu blur. Sebaik saja sampai di ruang legar pejabat, Awa dan Safi terus melangkah menuju ke meja masing-masing.

   “Awa.. Sini sekejap.” Adam sudah memanggilnya. Awa menoleh dan mengerutkan dahinya.
   “Ada apa Adam?” Soal Awa.

   “Ini untuk Awa. Adam tahu Awa suka makan jadi Adam belikan kek ini untuk Awa.” Jelas Adam lalu menghulurkan kek tersebut pada Awa.

   “La buat susah je. Terima kasih. Sekejap lagi Awa letak dekat pantry kita makan  dengan Kak Safi dan Kak Tasha sekali ya. Awa pergi dulu ya. Awa nak jumpa bos sekejap.” Tingkah Awa lalu melangkah pergi.

   “Erkk Awa.. Itu kek untuk Awa bukan untuk orang lain.” Ujar Adam namun ketika itu Awa langsung tidak mendengar kerana suasana ketika itu agak bising sedikit.

   Sebaik saja meletakkan kek yang di berikan oleh Adam di atas mejanya, Awa terus bergegas masuk ke dalam bilik bosnya. Awa mengetuk pintu dengan perlahan-lahan namun tiada sahutan. Awa menolak pintu dengan perlahan-lahan dan melihat Hadif yang masih lagi terlena di kerusinya.

   “Alahai comelnya rupa bos aku tidur ni.” Sengih Awa sewaktu menutup pintu bilik Hadif. Awa merapati meja Hadif .Setibanya di depan Hadif , Awa menilik wajah bosnya itu.  Dia menarik kerusi di hadapan bosnya dengan perlahan-lahan lalu duduk sambil menongkat dagu dan melihat segenap wajah Hadif Fakhri.

   Hadif mengeliat kecil namun matanya masih lagi terpejam rapat. Awa masih lagi merenung Hadif dengan senyuman manis. Dia bagaikan terpukau dengan wajah lena Hadif ketika ini. Dengan berat sekali Hadif membuka kelopak matanya. Sebaik saja matanya terbuka , Hadif terperanjat melihat Awa yang berada di depannya sambil menongkat dagu.

   “Yang Awa tenung muka saya tidur pasal apa?” Soal Hadif lalu membetulkan duduknya.Awa tersengih.

   “Comellah muka bos bila tidur .”
    “Banyaklah awak punya comel. Ini berapa lama awak tenung muka saya ni?” Soal Hadif .Malu pada Awa. Belum pernah lagi ada orang menilik wajahnya ketika tidur. Hadif menggarukan dahinya.

   “Baru je bos. Sebenarnya bos waktu keluar makan tengahari tadi saya ada belikan bos makanan sikit. Bos makan tahu nanti sakit perut pula. Ini saya ada belikan ubat sekali . Bos boleh ke depan sikit tak?” Soal Awa sambil menggamit Hadif untuk dekat .

   “Kenapa?” Soal Hadif dengan pelik.

    “Ish bos ni banyak songeh macam adik saya.” Rungut Awa lalu bangun dan mendekati Hadif. Dengan selamba badaknya Awa meletakkan tangannya ke dahi Hadif.

   “Panas ni bos. Errmm ini saya ada belikan juga kool fever.” Ujar Awatif lalu membawa keluar kotak kool fever dan dengan selamba badaknya si Awa ni menampalkan kool fever tersebut ke dahi Hadif. Terperanjat Hadif dengan perbuatan Awa.

   “Bos makan eh. Saya keluar dulu. Kalau bos nak apa-apa jerit je eh. Jerit macam ni. Awa sini sekejap.” Kemain lagi Awa memberikan arahan. Hadif hanya menggelengkan kepalanya. Awa terus melangkah keluar.

   “Macam-macamlah si Miss Blur ni.” Ujar Hadif sambil meraba dahinya dengan senyuman. Hadif kemudiannya membuka bungkusan yang Awa letakkan tadi.

   “Bagus betul ada setiausaha seperti Awa ni.” Sengih Hadif lagi. Ya memang tidak di nafikan Awa adalah setiausaha yang menyenangkan hatinya.  Amboi bukan main senyuman di bibir Hadif tu haaa. Sukalah tu .

   Tasha melihat Awa membawa kotak kek secret recipe ke pantry. Safi juga turut berjalan seiringan dengan Awa. Tasha bangun dengan perlahan-lahan lalu melangkah menuju ke pantry.

   “Rezeki kita Kak Safi hari ni. Adam bagi kek pula.” Ujar Awa lalu membuka kotak kek tersebut. Dia melihat chocolate Indulgence . Salah satu kek kesukaan Awa.

   “Wah coklat indulgence. Sedapnya Awa. Adam tu sebenarnya sukakan Awa .” Usik Safi. Awa tayang muka blur.

     “Awa nak bagi kek untuk bos sikit. Kak Safi potonglah la eh. Sekejap lagi Awa datang lagi.” Ujar Awa. Tasha memerhati si sebalik dinding. Hatinya sakit apabila mendengar nama Adam lagi.
    Awa melangkah sambil membawa kek yang berada di dalam piring serta garfu untuk di berikan kepada bosnya. Sewaktu keluar dari pantry Awa bertembung dengan Tasha.

   “Kak Tasha dekat pantry ada kek. Adam yang bagi. Jangan lupa makan ya. Awa nak bagi dekat bos jap.” Pelawa Awa dengan senyuman . Tasha pula membuat senyuman plastik biarkan hatinya ketika ini tengah panas.

   “Erk Awa nak bawa ke mana tu?” Soal Adam dengan tiba-tiba. Dia bertembung dengan Awa sewaktu  di pertengahan menuju ke pantry.

   “Awa nak bagi dekat bos sikit. Yalah. Kek tu kan besar jadi bolehlah kita bagi sikit sorang makan ya tak? Adam pergilah ambil dekat pantry ya.” Jawab Awa lalu berlalu. Adam menghela nafasnya dengan berat.

   “Mengapa Hadif yang dapat bukan aku yang dapat kek yang di potong oleh Awa?” Soal Adam sendirian . Dia hanya mampu melihat Awa yang sudah pun melangkah masuk ke dalam bilik Hadif Fakhri.
 
 
bersambung...

NotaTersepit: Misi bulan ni dapat siapkan banyak bab kalau boleh. Dalam pada itu juga sama-samalah kita terus berdoa untuk MH370. Usaha, Doa dan Tawakal. Allah Maha Mengetahui Yang Tersurat Dan Tersirat.



Minggu, 09 Maret 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 20

Assalamualaikum u ollsss...


Minggu lepas cik writer bercuti dari menulis sebab ada urusan yang perlu di selesaikan. Minggu ni cuba untuk menulis kembali. Ok ni sambungan kisah Awa untuk minggu ni. Mekasih singgah dan baca ya..:D

                                     



BAB DUA PULUH



     TASHA duduk di balkoni apartment miliknya. Dari jauh dia melihat panorama malam di Kuala Lumpur yang di terangi dengan cahaya lampu. Pandangan Tasha jauh sekali merenung kawasan sekitarnya. Sesekali rambutnya yang panjang beralun-alun di tiup angin malam.

   Semakin hari hati Tasha merasa tidak senang sekali dengan kehadiranAwatif di Aspirasi. Semuanya berkaiatan Adam. Hatinya bagaikan di siat siang tadi apabila melihat jambangan bunga rose sempena birthday Awa. Sepanjang dia bekerja di bawah satu bumbung dengan Adam belum pernah sekali pun Adam berikan dia hadiah sempena hari lahirnya. Malahan Adam langsung tidak mengetahui bila hari lahirnya. Tasha agak terkilan dengan sikap Adam yang memang pilih kasih.

  Beberapa hari yang lepas, Tasha ada cuba untuk memikat hati Adam namun percubaannya itu boleh di katakan gagal. Pagi itu dia bersungguh-sungguh menyediakan air minuman untuk Adam. Sebaik Adam sampai saja di pejabat terus Tasha berlari ke pantry.

   “Adam nah air untuk kau. Aku buat air lebih tadi jadi bagi kaulah.” Tingkah Tasha dengan senyuman lalu menghulurkan air yang di buat olehnya sebentar tadi. Adam yang kelam kabut mengemas mejanya yang agak berterabur sikit. Adam mendonggakkan kepalanya.

   “La Tasha buat susah-susah je. Aku boleh buat sendirilah.” Jawab Adam lalu menyambut cawan tersebut. Tasha sudah tersenyum puas.

   “Tak apalah. Kebetulan aku buatkan air untuk aku jadi jadi aku  buatkan untuk kau sekali. Jemput minum ya.” Ujar Tasha dengan wajah yang begitu ceria dan gembira.

   “Terima kasih Tasha. Eh Awa dah sampai ke belum? Aku ada hal sikit nak bincang dengan dia.” Soal Adam . Dia kemudiannya menghirup air yang di buat oleh Tasha. Sebaik saja mendengar nama Awa mula Tasha tarik muka.

   “Aku  tak tahulah Adam. Aku ni bukan penjaga si Awa tu. Dia dah datang ke belum aku tak sempat nak ambil tahu.” Jawab Tasha . Adam menganggukkan kepalanya. Adam terus menyemak sesuatu. Tasha di depannya tidak di endahkan. Makinlah Tasha terasa hati dengan layanan Adam padanya.

     “Kau dah sarapan ke Adam?” Soal Tasha lagi. Adam mendonggakkan kepalanya pada Tasha.
   “Aku dah sarapan tadi. Tasha aku nak minta tolong dari kau sikit boleh tak?” Soal Adam. Tasha memandang Adam dengan pelik.

   “Kau nak minta tolong apa? Amboi sejak bila pula nak minta tolong dengan aku minta izin ni?” Seloroh Tasha dengan senyuman.

   “Aku nak minta tolong kau, Kalau Awa dah masuk nanti suruh dia jumpa aku sekejap. Ada hal penting. Aku ni kalau dah buat kerja tak perasan dah Awa masuk office.” Terang Adam. Mendengar saja nama Awa , terus mati senyuman di bibir Tasha. Dia memejamkan matanya seketika. Adam masih dengan kerjanya.

   “Errmm yalah. Kalau aku ingat aku bagitahulah Awa nanti. Aku sambung kerja dulu.” Tingkah Tasha lalu membelakangi Adam.

   “Ok . Tolong tau. By the way Terima kasih sekali lagi ya untuk air ni.” Ujar Adam. Tasha hanya mengangkat tangannya saja . Laju kakinya melangkah menuju ke meja.
    “Nama Awa je yang dia sebut. Sakit hati aku.” Tasha menghentakkan tangannya ke pagar besi di balkoni.

    Tasha kemudiannya beralih tempat ke sebuah kerusi untuk bersantai di situ. Tasha menghenyakkan punggungnya ke kerusi tersebut lalu bersandar. Kakinya di lunjurkan lurus.Tasha terus berpeluk tubuh dan berfikir.

    “Aku akan lakukan apa saja untuk dapatkan Adam. Aku sayangkan Adam tapi aku tak mampu untuk luahkan. Adam tak boleh suka pada Awa.” Ujar Tasha dengan perlahan. Selepas itu dia terus berdiam diri. Memang dia diam tetapi kepala otaknya sedang berjalan memikirkan strategi apakah yang perlu dia lakukan untuk mengenakan si Awatif budak blur itu.

    ADAM keluar minum bersama dengan teman-temannya. Teman yang tinggal serumah dengannya memang selalu ajak keluar makan dan minum bersama. Adam mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan televisyen. Mereka mahu menonton rancangan bola sepak sekejap lagi.

   Adam dan teman-temannya terus order makanan dan minuman. “Eh Adam betul ke kau nak pindah?” Soal salah sorang dari temannya itu.

   “Aah.Aku ingat nak beli rumahlah lepas tu aku nak kahwin.” Jawab Adam dengan sengihan.
    “Pergghh kau nak kahwin Adam? Dengan siapa? Kau mana ada awek Adam tiba-tiba je kau nak kahwin ni. Kau biar betul Adam.Jangan-jangan kau ada buat benda yang tak senonoh tak?” Soal teman Adam dengan kerutan di dahi.

    “Ish Kau ni Joe janganlah fikir yang bukan-bukanlah. Aku bukannya nak kahwin esok atau lusa. Aku tak tahu bila nak kahwin cumanya aku naklah beli rumah sendiri. Bila dah kahwin nanti senang dah ada rumah sendiri.Aku sebenarnya ada berkenan dekat seseorang ni.”

   “Siapa siapa?” Soal Joe dengan penuh keterujaan. Adam sudah tersenyum penuh makna.
    “Budak dekat tempat kerja aku. Nama dia Awatif.” Jawab Adam dengan wajah yang berseri. Terserlah wajah orang yang di lamun cinta di situ.

    “Wow budak baru ke? Setahu aku kau dulu balik kerja selalu bercerita tentang perempuan yang bernama Tasha . Sekarang ni hati kau beralih arah ke apa?” Soal Amri pula.

   “Aah dia budak baru. Actually Awa ni setiausaha bos aku. Dia sangat comel dan aku suka dengan sikap dia. Korang nak tahu tak budak comel ni kan sebenarnya blur sikit tapi aku suka.Tasha tu kawan sepejabat aku je.” Sengih Adam . Amri dan Joe berpandangan sesama sendiri.

   “Blur?” Soal mereka berdua serentak sambil memandang Adam.
    “Yup blur. Dia ni adakalanya lambat pick up sikit suka sangat tayang muka blur tapi dia sweet dan comel itu pasallah buat aku jatuh cinta dekat dia.” Jawab Adam.

    “Kau dah luahkan perasaan kau pada dia?” Soal Amri. Adam menggelengkan kepalanyanya.
     “Aku ada juga cuba tapi Awa ni tak dapat tangkap kot maksud aku.” Luah Adam lalu menghela nafasnya dengan berat. Dia ada cuba untuk meluahkan rasa di hatinya namun Awa seperti tidak berminat dan tidak memberikan apa-apa reaksi positif pun padanya.

     “Adam Adam. Kau ni mudah sangat jatuh cintakan. Kau jangan nak jadi playboy sudahlah Adam. Aku tak nak kau mainkan perasaan perempuan je.” Joe mengingatkan Adam.

   “Bila masa aku jadi playboy ni? Korang berdua tahukan aku ni pencinta yang setia. Aku tak akan permainkan hati perempuan sesuka hati. Sekarang ni aku dah bersedia nak bagi komitmen untuk berkahwin.” Jawab Adam sambil menyedut air minumannya yang sampai sebentar tadi.

   “Kalau kau dah ready kau kenalah bertindak. Luahkan perasaan kau tu. Jangan kau syok sorang diri nanti sudahlah. Kau juga yang merana nanti.” Amri memandang Adam .

   “Aku setuju dengan kata-kata kau tu Amri. Adam aku rasa kau bertindaklah cepat . Bukan apa aku takut kau sorang je yang bertepuk sebelah tangan. Naya tu kau juga yang frust menonggeng nanti.” Tambah Joe pula. Adam memandang wajah kedua-dua teman serumahnya itu sambi berfikir .
    Adam sedar bukan mudah untuk menawan hati Awatif. Adam juga tidak pasti sama ada Awa pura-pura tidak mengerti atau memang dia langsung tidak dapat tangkap maksud yang tersirat di sebalik layanannya.

     HARI minggu itu , Awa keluar bersama teman baiknya Fatin. Selepas kejadian di majlis reunion hari itu dia tak berjumpa dengan Fatin kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya . Awa menunggu di ruang tamu. Fatin sudah menelefonnya semalam yang dia akan mengambil Awa di rumah.

    “Kak Awa nak pergi mana?” Soal Akid yang baru saja pulang dari kelas tuisyen.
     “Jalan-jalan. Eh apasal Akid balik awal sangat ni. Baru pukul sebelas pagi. Bukan selalunya habis pukul dua belas lebih ke?” Soal Awa dengan pelik apabila melihat adiknya tercegat di pintu utama . Akid berjalan mendekati Awa yang berada di ruang tamu.

   “Hari ni ada cikgu yang tak datang jadi kelas minggu ni cancel jadi Akid bolehlah balik awal.” Jawab Akid lalu meletakkan beg galasnya di tepi. Dia kemudiannya mengambil remote tv lalu di tekan.

    “Awa .. Kamu dah bagi cookie makan belum?” Jerit Puan Fauziah dari dapur. Dia mendengar cookie suara cookie.

     “Ya Allah.. Kak Awa lupa nak bagi cookie makan. Kasihannya cookie.” Dengan pantas Awa bangun dan berlari ke dapur mencari kucing kesayangannya itu. Dia hampir-hampir terlupa tentang cookie.

   “Sorry mummy, Awa terlupa nak bagi cookie makan.” Puan Fauziah menggelengkan kepalanya.
   “Kamu ni Awa muda-muda lagi tapi pelupa .” Bebel Puan Fauziah. Awa terus mengambil makanan cookie yang berada di dalam cabinet khas yang telah daddy nya belikan untuk barang keperluan cookie.

   “Sayang mummy.. Sorry sayang.. Mummy lupa bagi cookie makan. Sorry sangat. Kasihannya cookie mummy. Ini makanan cookie. Makan ya sayang.. Mummy nak keluar sekejap lagi jumpa kawan. Petang nanti mummy peluk cium cookie tau. Sayang cookie.. Muah muah..” Ujar Awatif sambil menuangkan makanan untuk cookie yang berada di dalam sangkar.

   Sebaik bangun dari tidur pagi tadi Awa terus membawa cookie keluar dari biliknya dan letakkan ke dalam sangkar. Selepas bersarapan Awa terus naik ke tingkat atas untuk bersiap selepas itu dia terus terlupa untuk bagi cookie makan.

   “Mummy minta maaf ya sayang sebab lambat bagi makan. Mummy janji lain kali mummy tak akan lupa lagi.” Awa bercakap dengan kucingnya sambil duduk bertinggung di depan sangkar cookie.

    Cookie pula ngiau-ngaiu sambil memandang tuannya sebelum makan . Awa sudah meletakkan makanan dan juga air untuk cookie. Mata Awa terus ralit memandang cookie yang sedang makan. Tanpa sedar bibir Awa mengukir satu senyuman manis.

   Akid mendengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya. Dia terus bangun dan melihat kereta siapa yang tersadai di depan pintu pagar rumahnya.

   “Kak Awa.. Kawan Kak Awa dah sampai.” Jerit Akid. Awa yang tengah ralit melihat cookie ketika it uterus terperanjat mendengar suara Akid.

   “Sekejap.” Laung Awa lalu bangun meninggalkan cookie yang sedang menjilat bulu-bulunya. Awa tersenyum melihat cookie yang sudah pun kekenyangan. Senang hatinya untuk tinggalkan cookie.

   “Mummy.. Awa pergi dulu.” Ujar Awa lalu bersalaman dengan mummy nya sewaktu bertembung dengan mummy nya di ruang tamu.

   “Yalah. Hati-hati.Jaga diri baik-baik.” Pesan Puan Fauziah. Itulah yang seringkali di pesan oleh Puan Fauziah setiap kali anak-anaknya keluar.

   “Kak Awa jangan lupa belikan Akid coklat ya..” Jerit Akid. Sempat lagu tu Akid mengirim makanan segera untuk dia.

   “Ya kalau Kak Awa ingat Kak Awa belikan.” Jawab Awa lalu menyarungkan sandle dan melangkah menuju ke pagar. Dia tersenyum pada Fatin yang sedang menunggunya di dalam kereta. Fatin melambaikan tangannya pada Awa sambil tersenyum.

   “Awa.. Jangan balk lambat ya..” Pesan daddy nya pula . Awa menoleh dan tersenyum sambil menaikkan ibu jarinya. Encik Fathudin tersenyum melihat karenah anak gadisnya itu.
   “Awa , Farhan ada ganggu kau ke lepas kes malam tu?” Soal Fatin sewaktu di jalan raya. Awa menoleh pada teman baiknya.

   “Tak ada pula tapi kan dia ada hantarkan aku bunga masa birthday aku minggu lepas. Itu je la.” Jawab Awa.

    “Kau tak kasihan ke dekat Farhan tu?” Soal Fatin lagi.Awa mengeluh seketika.
     “Aku memanglah kasihan dekat dia Fatin tapi aku ni anggap dia best friend aku je tak lebih dari itu. Biarlah dia. Aku harap satu hari nanti dia terimalah hakikat tentang itu . Kepala aku ni tak terfikir pun lagi nak kahwin. Kalau betul dia sayangkan aku dia akan tunggu aku sampailah aku bersedia untuk kahwin tapi kalau dia asyik memaksa aku memang boleh jalanlah. Aku tak suka orang paksa-paksa aku.” Ujar Awa . Fatin tersenyum.

   “Cuba kau cerita dengan aku kau nak lelaki yang macam mana?” Soal Fatin lagi.
   “Kau nak tahu. Aku nak yang simple saja. Aku perlukan seorang lelaki yang boleh bimbing aku, terima segala kekurangan dan kelebihan aku . Dia kena terima yang aku ni selalu blur .” Fatin sudah tergelak kecil apabila mendengar perkataan blur yang keluar dari mulut Awa.

   “Itu aku setuju. Orang yang nak kahwin dengan kau haruslah menerima diri kau seadanya. Blur kau tu bukan kekurangan cik Awa tapi ianya adalah kelebihan untuk kau yang tak ada pada orang lain.” Tambah Fatin.

   “Kawan-kawan dekat pejabat kau okey ke tak?” Soal Fatin lagi.
    “Setakat ni semua okey. Haa cakap pasal pejabat kau tau tak aku kan tiap-tiap minggu akan terima sejambak bunga dari seseorang yanga hanya di kenali sebagai Encik K. Misterikan? Pelik aku. Mana dia kenal aku pun tak tahu.”

   “Serius? Wah rupanya kau ada secret admirer ya.” Usik Fatin. Awa tayang muka blur.
    “Secret admirer ?” Soa Awa. Fatin menganggukkan kepalanya.

     Hai cik Awatif tak kan tak tahu kot apa secret admirer tu. Awa ni kalau dah datang perangai blur dia yang simple pun jadi complicated. Melihat saja wajah Awa Fatin sudah tahu yang Awa tengah blur sekarang ni.

   “Awa.. Awa..” Awa menoleh pada Fatin dan Fatin menoleh pada Awa .
    “Kau tahu kan apa secret admirer tu kan?” Soal Fatin.

    “Erkk secret admirer tu apa dah eh? Aku lupa.” Sengih Awa . Fatin tergelak kecil. Dia sudah agak .

    “Kau buka phone kau kan lepas tu kau google apa kebenda secret admirer tu.” Balas Fatin dengan selamba. Awa tersengih.

Bersambung...

NotaTersepit: Cuba fokus untuk menyambung semula mss AMB ni. Hehhee.




Rabu, 05 Maret 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 19

Assalamualaikum u ollsss...

Sambungan birthday Awa. Selain dari cupcakes Awa juga terima jambangan bunga dari 3 orang peminatnya. Heheheh. U ollss mesti tertanya-tanya kan siapa sebenarnya Encik K. Semuanya akan terjawab nanti. Buat masa ni biarlah dia jadi peminat misteri untuk Awa. Terima kasih singgah dan baca ya :)

                                       


BAB SEMBILAN BELAS




    PAGI itu selepas Awa bersiap dia terus bergegas turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke meja makan untuk sarapan pagi bersama family nya.

   Sebaik saja tiba di meja makan Awa melihat ada kotak hadiah. Dia melihat kad yang ada di situ. Hadiah dari adik lelakinya Akid.  Awa membuka kotak tersebut dengan perlahan-lahan. Malam tadi dia masih ingat lagi ulang tahun kelahirannya yang di mana dia selalu lupa tarikh keramat itu. Awa sendiri tidak pasti mengapa dia akan terlupa setiap kali tiba tarikh hari lahirnya.

   “Haroro.. Akid..” Jerit Awa dengan penuh teruja. Dia gembira sekali melihat patung pororo yang sederhana besar yang berada di dalam kotak tersebut.

   “Hah kenapa Kak Awa jerit ni?” Soal Akid yang sedang membetulkan kolar baju sekolahnya.
   “Ini mana Akid beli haroro ni?” Soal Awa sambil menunjukkan patung pororo yang di pegangnya.
   “Kak Awa ini bukan Haroro tapi ini patung pororo. Faham. Akid tahulah Kak Awa ni peminat tegar Running Man sebab itulah Akid bagi hadiah tu dekat Kak Awa. Tahun lepas Akid dah bagi giraffe kan yang Kwang Soo punya jadi kali ini Akid bagi yang Haha punya pulalah.” Jawab Akid dengan selamba.

   “Omooo Akid.. Sayang Akid lebih. Terima kasih Akid.” Jerit Awa lalu memeluk adiknya itu. Akid tersengih. Dia sudah agak dah yang kakaknya itu pasti akan suka dengan hadiah yang dia berikan.

   “Pagi-pagi dah menjerit ni kenapa Awa?” Soal Puan Fauziah yang muncul dengan air minuman untuk sarapan pagi.

   “Kak Awa jerit hadiah yang Akid bagi ni mummy.” Sengih Akid.

    “Astagfirullah Al’azim. Akid kamu berikan anak patung dekat kakak kamu lagi. Hey kamu ni Akid tak ada benda lain ke nak bagi. Mummy rasa bilik Awa penuh dengan bear je kan.” Bebel Puan Fauziah. Akid memandang kakaknya sambil tersenyum. Awa tersengih. Mereka berdua terus menarik kerusi lalu duduk di situ.

    “Mummy apa yang riuh pagi-pagi ni?” Soal Encik Fathudin kepada isterinya. Dia yang baru saja tiba di meja makan . Encik Fathudin menarik kerusi lalu duduk di hadapan meja makan bersama Awa dan juga Akid.

   “Alah daddy, mummy kan selalu riuh pagi-pagi ni.” Jawab Akid dengan selamba sambil mencapai roti bakar di hadapannya.

   “Amboi budak bertuah bukan main lagi ya.” Ujar Puan Fauziah sambil menarik telinga Akid dengan perlahan.

    “Sorry mummy. Akid Cuma cakap je.” Jawab Akid dengan senyuman. Puan Fauziah menggelengkan kepalanya.

   “Mulut tu ada je yang nak jawabnya.Sudah makan cepat karang lambat pula nak ke sekolah.” Ujar Puan Fauziah lagi lalu menarik kerusi dan duduk bersarapan pagi bersama dengan suami dan anak-anaknya.

   “Daddy bila Awa boleh bawa kereta sendiri pergi kerja?” Soal Awa dengan tiba-tiba. Dia teringin bawa kereta sendiri ke tempat kerja . Dia tidak mahu menyusahkan daddy nya.

   “Kak Awa nak bawa kereta? Boleh ke Kak Awa bawa? Bawa kereta macam kura-kura slow yang amat. Kalau bawa atas jalan mahu orang marah tau.” Akid menyampuk dengan selamba. Awa menjeling tajam pada adiknya itu.

   “Bukan daddy tak nak bagi Awa bawa kereta tu .Hmmm beginilah apa kata Awa bawa kereta tu di kawasan dekat –dekat je dulu. Bila betul dah mahir dan cekap Awa bawa pergi kerja . Boleh?” Soal Encik Fathudin kepada anak gadisnya.

   “Boleh sangat daddy. Terima kasih.” Jawab Awa dengan senyuman manis.
    “Haaa daddy suruh je Kak Awa bawa kereta keliling taman kita ni dulu . Lesen dah ada bawanya tak.” Sampuk Akid lagi sambil mengunyah roti. Awa sudah mencebik geram pada adiknya.

   “Sibuk je dia ni. Bila Kak Awa dah cekap nanti kita tengok siapa yang akan minta tolong Kak Awa hantar ke sana sini.” Jawab Awa  sambil mencebik.

   “Itu sudah semestinya. Bolehlah Kak Awa hantar Akid pergi kelas tuisyen.” Sengih AKid dengan selamba.

   “Dah agak dah.” Awa meneruskan suapan ke dalam mulutnya. Awa sarapan dengan mee goreng. Dia mahu perutnya kenyang sebelum mengadap kerja. Bila perut kenyang buat kerja pun hati senang.

   AWATIF sampai di Aspirasi hari ini agak awal sikit. Awal dalam sepuluh minit .Awa terus masuk ke Aspirasi dan melangkah menuju ke meja kerjanya. Sampai saja di mejanya Awa tidak terus duduk kerana ada sesuatu yang dia lihat di atas mejanya. Awa mengerutkan dahinya.

   “Kotak apa pula ni?” Soal Awa sendirian. Dia melihat sebuah kotak bewarna biru yang di ikat riben. Awa memegang kotak tersebut lalu melihat kad yang tertera di situ. Awa kemudiannya membuka kotak tersebut dan sebaik saja melihat isi dalamnya Awa terkejut.

   “Waaa comelnya cup cake ni. Eh kejap siapa yang bagi ni?” Soal Awa sendirian lalu mengambil semula kad yang tertampal di situ. Sebaik saja membaca nama yang tertera terus mata Awa membesar.

   Happy Birthday Awa – Hadif Fakhri-

      “Bos yang pagi. Dia dah masuk office ke?” Awa menutup kotak  yang berisi cup cakes yang di hias cantik sekali. Sesiapa yang lihat pasti akan terliur . Awa terus menuju ke bilik bosnya. Dia teragak-agak mahu mengetuk pintu bilik tersebut

   “Nak ketuk ke tak nak?” Soal Awa sendirian di depan pintu. Dia masih ragu-ragu untuk mengetuk. Bos aku ni ada ke tak dekat dalam ni? Ish tak pernah-pernah bos aku awal begini rupa . Apa bos ada hal yang urgent ke hari ni? Fikir Awa lagi. Lama juga dia duduk berdiri di depan bilik Hadif Fakhri.

    “Dah lama dah awak tercegat depan ni?” Soal Hadif sambil merenung Awa yang berdiri di depan muka pintunya dengan senyuman , manakala tangan kanannya sudah bersedia untuk mengetuk pintu bilik Hadif Fakhri.

    “Eh bos sihat.” Tanya Awa sambil menggarukan kepalanya si sebalik tudung.
    “Kalau tak sihat tak adalah saya masuk office hari ni Awa. Awak tercegat depan pintu bilik saya ni kenapa?” Soal Hadif sambil bersandar di bahagian tepi pintu. Awa tersengih lagi .

    “Ermmm bos.. Ermmm.. Nak tanya ni…” Ujar Awa dengan ragu-ragu.
   “Awak tanya apa?” Soal Hadif Fakhri.

    “Itu cupcakes tu bos yang bagi eh?” Soal Awa. Entah apa punya soalan yang di tanya oleh Awa ni. Sudah terang lagi bersuluh yang cupcakes yang ada di mejanya itu adalah pemberian dari Hadif.
   “Awak rasa?” Soal Hadif kembali. Saja nak permainkan Awa la tu.

    “Entah. Kalau ikutkan dalam kad tu memang ada nama bos.” Sengih Awa lagi.
    “Kalau dah ada tertera nama saya tu memang sayalah yang bagi cik Nurain Awatif.” Jawab Hadif dengan selamba. Matanya leka memandang wajah comel Awatif.

    “Tapikan.. Mana bos tahu hari ni birthday saya eh?” Soal Awa dengan muka famousnya yang sentiasa blur.

   “Saya bos awak saya tahulah. Lagi satu awak ni setiausaha saya memang saya akan tahulah. Dah sekarang buatkan kopi untuk saya.” Arah Hadif menoleh menuju ke mejanya. Awa mengerdipkan matanya berkali-kali.

   “Awa tercegat apa lagi tu. Buatkan saya kopi dan jangan lupa tutupkan pintu sekali.” Arah Hadif lagi. Awa yang binggung terus menganggukkan kepalanya dengan laju dan bergegas menuju ke pantry untuk buatkan kopi kesukaan Hadif.

   Setelah siap menyediakan air kopi yang di pesan tadi, Awa terus melangkah menuju ke bilik bosnya. Sebaik saja masuk ke bilik Hadif dia terus menuju ke meja dan meletakkan secawan kopi di atas meja. Hadif sedang  sibuk di kala itu.

   “Bos nah ini air kopi yang bos nak. Jemput minum. Oh ya bos sebelum saya terlupa saya nak ucapkan terima kasih sebab bagi hadiah cupcakes tu. Saya suka. Terima kasih ya.” Ujar Awa dengan senyuman. Hadif terus memandang wajah Awa.

   “Sama-sama. Saya harap awak sukalah dengan cupcakes tu.” Jawab Hadif lalu menghirup air kopi yang di buat oleh Awa.

   “Mestilah suka . Makanan tu siapa yang tak suka makan. Saya keluar dulu bos.” Jawab Awa dengan selamba . Hadif tersenyum apabila mendengar yang Awa suka dengan pemberiannya itu. Semalam puas juga dia berfikir nak bagi apa pada setiausahanya itu. Kebetulan bibik ada membelikan cupcakes petang semalam terus dia bertanyakan bibik di mana tempat bibik membeli cupcake tersebut. Dengan sepantas kilat Hadif membuat tempahan nasib baik cupcakes yang di tempahnya itu siap.

    “CIK Awatif  ada bunga untuk cik .” Ujar seorang lelaki yang seringkali menghantarkan bunga di Aspirasi. Ketika itu ada staff yang memandang ke arah Awa apabila ada tiga jambangan bunga yang di hantarkan untuknya. Awa kebinggungan seketika.

   “Eh apasal sampai tiga ni ?” Soal Awa kepada lelaki tersebut.

   “Yang itu saya kurang pasti Cik Awatif. Sila sign dekat sini.” Arah lelaki itu dengan senyuman. Awa terus menurunkan tandantagan .

    “Terima kasih.” Ujar Awa. Lelaki tersebut tersenyum sambil menganggukkan kepala sebelum beredar dari situ.

     Awa melihat setiap kad di setiap jambangan bunga rose yang dia terima tadi. Kad pertama tertera nama teman baiknya Farhan Redza.

    Happy Birthday Awa . I miss you – Farhan Redza

     Awa meletakkan kad pertama tadi lalu di baca pula kad yang kedua dan yang ke tiga. Selepas kejadian malam itu Awa tidak lagi berjumpa mahupun menjawab panggilan dari Farhan Redza.


   Happy Birthday Awa – Adam 

  Happy Birtday My Miss Blur . Semoga Allah memberkati hidupmu. – Encik K   

   Encik K hantar bunga lagi ? Minggu ni dua kali dia hantarkan bunga dekat aku. Mana dia tahu birthday aku hari ni? Soal Awatif sendirian. Memang misteri Encik K ni.


    “Amboi Awa sampai tiga jambak bunga dapat hari ni. Ada hari special ke hari ni?” Soal Safi dengan senyuman.  

    “Awa .. Kak Safi tanya ni. Ada yang special ke hari ni sampaikan Awa dapat tiga jambak bunga?” Tingkah Safi lagi. Kali ini barulah Awa menoleh pada Safi.

    “Apa Kak Safi tanya tadi?” Soal Awa .

    “Kak Safi tanya ada something yang special ke hari ni sampai Awa dapat tiga jambak bunga rose?” Soal Safi sekali lagi. Awa tersenyum.

    “Oh pasal bunga ni. Diorang bagi sempena birthday Awa hari ni kak. Sorang dari kawan Awa, lepas tu dari Encik K yang memang Awa tak kenal dan lagi satu Adam yang bagi.” Jawab Awa dengan jujur sambil menunjukkan satu persatu jambangan bunga yang di kirimkan oleh tiga pengirim.

   “Birthday Awa ke? Sorry Kak Safi tak tahu pun. Happy birthday Awa. Semoga panjang umur murah rezeki dan berjaya dalam kerjaya Awa.” Ujar Safi dengan senyuman .

    “Terima kasih Kak Safi.” Jawab Awa dengan senyuman.

    “Wah Adam tahu pula ya birthday Awa hari ni, tapi dia tak ada dekat pejabat hari ni. Dia ada urusan di luar.”

   “Itu yang Awa pelik Kak Safi. Mana dia tahu pun Awa tak pasti.” Ujar Awa .

    Tasha menjeling tajam pada Awatif. Hatinya sakit sebaik saja mendengar nama Adam sebentar tadi. Bertambah sakit hatinya apabila mendapat tahu yang Adam memberikan Awa bunga lagi.

   “Dapat bunga dari Adam lagi budak blur ni. Apa yang dia dah buat dengan Adam sampaikan Adam boleh bagi bunga pada dia? Sakit betul hati aku.” Marah Tasha dengan geram. Dia menekan tin air minumannya dengan geram.

   “Kau siap nanti Awa. Aku akan pastikan kau berambus dari Aspirasi ni suatu hari nanti. Kau jangan ingat kau boleh bersenang lenang selepas ini.” Tambah Tasha dengan perlahan sambil merenung tajam pada wajah Awa yang sedang bersembang dengan Safi. Jaraknya dengan mereka bukanlah jauh sangat. Dia baru saja keluar dari pantry untuk mengambil air tin yang di belinya pagi tadi.

   Apa pula rancangan si Tasha ni lepas ini.? Kes cemburulah ni. Manusia memang tak boleh lari dengan sifat cemburu sesama sendiri yang di mana akan merugikan diri sendiri kelak.

   HADIF mengambil kotnya lalu di sarungkan ke badan. Dia melihat jam di tangannya. Dia ada temujanji dengan Hayyan dan juga Taufik tentang projek usahama mereka bertiga. Setelah mencapai handphone miliknya dan juga fail yang perlu di bawa  Hadif terus melangkah keluar dari biliknya.

    Sampai saja di meja Awa di terus berhenti. Sempat lagi dia membetullkan kotnya itu.
   “Awa saya nak keluar sekejap ada hal.” Ujar Hadif. Awa mendonggakkan kepalanya .
   “Baik bos.” Jawab Awa. Baru saja Hadif ingin melangkah dia melihat jambangan bunga di meja Awa.

    “Banyak bunga awak dapat Awa. Siapa yang bagi ? Hadiah birthday ye?” Soal Hadif dengan pelik.

    “Bunga-bunga tu ada orang bagi sempena birthday saya. Sorang dari kawan saya yang nama Farhan, lepas tu yang ni si Adam yang bagi dan yang last sekali ni saya tak kenal siapa dia. Dekat kad hanya tertera nama Encik K. Siapa Encik K saya tak tahulah bos. Daripada diorang bagi bunga ni ada baiknya bagi saya makanan. Kenyang juga perut saya ni bos.” Jawab Awa dengan selamba. Hadif tersenyum .

   “Ada je awak ni Awa. Saya dah bagi awak makanan kan. Awak makanlah puas-puas.Saya pergi dulu.” Jawab Hadif pula lalu melangkah pergi. Awa tersenyum sambil melambaikan tangannya pada Hadif dari belakang.

    “Bagus betul bos aku ni.” Awak menongkat dagunya sambil memandang kotak yang berisi cupcakes yang sangat cantik.


Bersambung....

NotaTersepit: Pejam celik pejam celik dah bulan 3. Sedang berusaha untuk menyiapkan AMB . Pasni kisah IKB pula. minggu ni rest dari menulis. Ada urusan yang perlu di selesaikan :D




Minggu, 02 Maret 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 18

Assalamualaikum u ollsss...

Minggu ni lagi dua bab kisah AMB di blog. Ada sesiapa rindukan Hayyan dan Reen tak? Kisah mereka dalam IACM .Dalam bab ni ada sedikit kisah mereka. Terima kasih singgah dan baca.. :D


                                    




   BAB LAPAN BELAS




    HARI ini genap tiga bulan Awa bekerja di Aspirasi. Pejam celik pejam celik dah tiga bulan dia menjadi setiausaha kepada Hadif Fakhri. Awa sungguh selesa bekerja di bawah Hadif Fakhri. Dia tersenyum melihat kalendar yang berada di atas mejanya. Siap ada bulatan kecil lagi di angka tersebut yang di tandakan oleh Awatif.

   Selepas kejadian majlis reunion hari itu , Awa tidak lagi di ganggu oleh Farhan malahan dia langsung tidak menghubungi Awa. Mungkin juga Farhan malu dengan Awa. Bagi Awa pula ketiadaan Farhan membuatkan hidupnya kembali tenang .

   Kawan-kawan yang datang di majlis reunion hari itu juga langsung tidak campur tangan hal peribadi Awa dan juga Farhan. Mereka langsung tidak bertanyakan soal itu. Awa pun tak perlu pening kepala nak melayan karenah manusia yang jenis jaga tepi kain orang.Dia yakin yang kawan-kawannya itu memahami situasi yang di hadapi olehnya.

   “Cik Nurain Awatif?” panggil seseorang. Awa memandang wajah lelaki yang berdiri di hadapannya kala ini.

   “Ya saya. Kenapa ya?” Soal Awa dengan pelik apabila lelaki tersebut menghulurkan jambangan bunga rose pada Awa.

   “Ini ada bunga untuk Cik Nurain Awatif.” Jawab lelaki tersebut dengan senyuman.
    “Kali ni dari siapa pula?” Soal Awa dengan pelik. Dia kenal lelaki ini . Dari awal dia masuk kerja sampailah sekarang ada saja bunga yang dia terima.

    “Dari orang yang sama juga. Peminat rahsia Cik Nurain Awatif kot.” Jawab lelaki tersebut dengan selamba sambil senyum. Awa menurunkan tandatangan pada helaian kertas yang di hulurkan oleh lelaki tersebut.

    “Terima kasih ya.” Ujar Awa  sambil membalas senyuman lelaki tersebut. Sebaik saja penghantar bunga itu pergi Awa menilik bunga di hadapannya. Dia membaca kad yang ada di situ.

    Untuk Miss Blur yang sentiasa buat saya ketawa..

    Dari

    Encik K

    “Siapalah agaknya encik K ni. Pelik betul aku. Sejak aku masuk Aspirasi adalah yang hantar bunga. Dulu Farhan yang dengan Adam yang bagi bunga . Selepas dua orang tu muncul encik K ni pula. Aku rasa semua warna bunga rose yang dia bagi aku ada kot. Kalau tiap-tiap minggu bagi memang aku boleh buka kedai bunga dekat rumah tu nanti.” Bebel Awa sendirian.

      “Hai bunga kalaulah kau boleh bercakap dan bagitahu aku siapalah pengirim ini. Jangan-jangan kawan-kawan aku tak? Encik K ? Mesti nama dia bermula dengan huruf K ni.” Awa menongkat dagunya sambil melihat bunga tersebut. Setelah puas di tilik dia meletakkan jambangan bunga itu ke tepi.

    “Awa bunga dari Encik K lagi ke?” Soal Safi sewaktu singgah si meja Awa. Di tangannya pula sudah di keleknya beberapa buah fail yang bewarna putih.

  “Aaah Kak Safi. Bunga dari Encik K. Siapa agaknya Encik K ni ya Kak Safi. Awa nak juga tahu siapa orangnya dan apa motif dia hantarkan bunga dekat Awa. Pelikkan. Awa bukan kenal pun.” Jawab Awa sambil memandang wajah Safi.

   “Awa mungkin tak kenal dia tetapi dia kenal Awa. Manalah tahu kot-kot kawan Awa ke yang suka pada Awa dalam diam. Kita tak tahu.” Jawab Safi.

   “Entahlah Kak Safi , Awa pun tak tahu. Semoga satu hari nanti Awa akan tahulah siapa yang mengirimkan bunga ini.” Jawab Awa.

   “InsyaAllah. Lambat laun nanti Awa pasti akan tahu juga siapa orang yang mengirimkan bunga ini pada Awa. Kak Safi nak minta tolong Awa sikit ni. Tolong bagi fail ni pada Tuan Hadif bila dia masuk nanti.” Pesan Safi.

   “Oh fail ni eh? Ok nanti kalau bos dah masuk Awa bagi pada dia.” Jawab Awa dengan senyuman lalu menyambut fail tersebut lalu di letakkan di hadapannya.

   “Thanks Awa.” Ujar Safi sebelum berlalu meninggalkan meja kerja Awa. Safi terus melangkah masuk ke dalam bilik meeting. Dia terlibat dengan meeting kecil yang melibatkan team nya untuk menyiapkan kerja yang telah di arahkan oleh Hadif Fakhri. Awa meneruskan dengan kerjanya.

    “Nah ini yang kau mintak tadi.” Ujar Tasha yang muncul di meja Awatif lalu mencampakkan kertas A4 yang di minta oleh Awa. Tadi dia mencari kotak kertas A4 namun tidak di jumpai jadi dia bertanyakan kepada Tasha.

   “Terima kasih Kak Tasha.” Ujar Awatif dengan senyuman sewaktu mendonggakkan kepalanya pada Tasha. Mata Tasha ketika ini memandang pada jambangan bunga rose yang ada di tepi meja Awa.

   “Errmm.. Sama-sama. Ini bunga dari siapa pula?” Soal Tasha . Jarinya di tuju pada bunga rose tersebut.

   “Oh ini dari orang yang sama juga Kak Tasha. Awa pun tak tahu siapa yang mengirimkan bunga ini.” Jawab Awa . Tasha mencebik.

   Rasanya dalam seramai-ramai staff Aspirasi Tasha adalah orang yang sering kali bertanya itu ini apabila Awa menerima bunga tidak kiralah dari siapa pun. Apa yang Tasha bimbangkan jikalau bunga itu adalah pemberian Adam. Dia tidak boleh terima kalau melibatkan dengan Adam.

   Dengan selamba badaknya , Tasha mengambil kad yang berada di dalam jambangan tersebut lalu di baca tanpa meminta izin dari Awatif. Setelah membaca isi kandungan dalam kad tersebut dia meletakkan kembali ke tempat asal. Awatif hanya melihat saja tingkahlaku dari Tasha tanpa sepatah kata.

    Awatif merenung wajah Tasha dengan blur. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Tasha berperangai begitu setiap kali dia dapat bunga dari seseorang. Apa yang di cari oleh Tasha pun Awa tidak tahu. Selepas itu Tasha terus melangkah ke mejanya. Awa hanya menggelengkan kepalanya. Makin hari makin pelik perangai Tasha.

    “Ermm siapa Encik K tu? Aku harap bunga tu bukan dari Adam.” Tasha berfikir sendirian.
    “Ada juga lelaki yang suka dekat minah blur tu. Buta agaknya mamat tu.” Tambah Tasha lagi sambil mengacau air di pantry. Semenjak Awa berada di Aspirasi otaknya hanya fikirkan pasal Awa saja. Dia memang anti sunggu dengan Awatif padahal Awa langsung tak ada buat salah mahu pun menyibuk halnya.

   Inilah sifat manusia dalam dunia ini ada saja yang tidak kena depan mata. Ada yang tak boleh tengok orang lain senang sikit. Dalam hati tu agaknya dah sarat dengan sifat cemburu dan irihati dengan orang lain.

   DATIN Khadijah menjenguk anak bujangnya yang berada di dalam bilik. Semenjak balik tadi Hadif masih belum turun. Sebaik saja mengetuk pintu bilik anak bujangnya itu dia mendengar suara Hadif yang sedang bernyanyi kecil.

   “Hadif boleh mama masuk.” Soal Datin Khadijah . Hadif terus berhenti menyanyi.
    “Ya mama masuklah. Pintu tak berkunci pun.” Jawab Hadif lalu duduk di birai katil dengan mengambil handphone nya lalu di buka games.

    “Amboi anak mama ni tak lapar ke? Mama dengar suara Hadif nyanyi tadi. Ada apa-apa ke hari ni?” Soal Datin Khadijah. Hadif tersenyum.

   “Ish mama ni mana ada Hadif nyanyi. Itu suara dekat laptop Hadif, tadi  pasang lagu. Papa mana mama?” Soal Hadif , sengaja nak alihkan topic.

   “Papa ada dekat bawah. Hadif buat apa terperap dalam bilik. Makanan malam dah terhidang. Jom turun makan.”

   “Hadif main game mama.” Sengih Hadif.

     “Main game ? Kamu ni Hadif mengalahkan si Syarif tau main game.” Datin Khadijah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

    “Sudahlah tu mari turun makan.” Hadif meletakkan handphone di atas katil lalu bangun dan mengekori mamanya dari belakang. Hadif tersenyum gembira. Sejak dua menjak ni Hadif memang suka sangat tersenyum sorang-sorang. Entah apalah yang mencuit hatinya tu.

    Sebaik saja sampai di ruang tamu , Hadif ternampak sepupunya sedang menonton televisyen bersama Reen. Hadif terus mengukir senyuman.

   “Hayyan bila kau sampai?” Soal Hadif. Hayyan yang sedang memeluk bahu Reen ketika itu menoleh pada Hadif.

    “Aku baru je sampai. Kau buat apa dekat atas?” Soal Hayyan sewaktu Hadif duduk di sofa. Datin Khadijah sudah pun berlalu ke dapur.

   “Aku tak ada buat apa pun. Korang sihat?” Soal Hadif dengan teruja. Dia melihat wajah Reen yang semaki hari semakin berseri tambah-tambah sejak berbadan dua ni.

   “Alhamdulilah kami sihat.” Jawab Hayyan. Reen tersenyum manis di samping suaminya.
   “Wah bila due date Reen ni?” Soal Hadif apabila matanya melorot ke perut Reen.

     “InsyaAllah lagi dua bulan lagi.” Jawab Reen. Hadif tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

    “Reen nanti berpantang di rumah mama ok. Biar mama jaga Reen.” Ujar Datin Khadijah yang muncul di situ.

   “Mestilah mama. Reen nak berpantang dekat mana lagi kalau bukan dekat sini. Opah pun sudah tiada lagi. Reen hanya ada keluarga mama saja .” Jawab Reen.
    “Sayang janganlah sedih. Abang tahu sayang masih rindukan opah .” Hayyan mengenggam erat tangan isterinya.

    “Memanglah Reen rindukan opah abang. Opah tak sempat nak tengok cicit dia kan bang.” Ujar Reen lagi. Hayyan terus memeluk bahu isterinya dengan erat.

   “Sabar Reen. Kita doakan opah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. Mak Dah tak dapat tengok cicitnya pun tak apa yang penting dia tahu yang dia akan dapat cicit nanti. Sudahlah mari kita makan malam. Papa kamu tu dah tunggu dekat meja makan. Bukan main lagi dia tunggu nak makan dekat meja tu. Jom.” Ujar Datin Khadijah. Reen menoleh pada mamanya sambil tersenyum.

   Selepas itu mereka bertiga terus bangun dan membuntuti Datin Khadijah dari belakang. Reen berjalan sambil berpimpin tangan dengan suaminya. Hayyan memang menjaga Reen sebaik yang mungkin . Arwah opahnya sempat menitipkan pesanan terakhir supaya jagakan Reen dan lindungi Reen.

   Opahnya pergi kerana sakit tua. Seminggu dia terlantar di hospital apabila darahnya tinggi dan kencing manis juga makin kronik. Reen yang menjaga opahnya sakit di hospital di kala itu walaupun dirinya tidak sihat kerana alahan namun Reen gagahi juga menjaga opahnya. Makin melimpah ruah kasih sayang Hayyan kepada isterinya itu.

   “Banyaknya mama masak malam ni.” Tegur Hadif apabila melihat beberapa jenis lauk yang berada di atas meja makan.

   “Mestilah banyak Hadif. Bila mama kamu tahu yang Hayyan dengan Reen nak datang ke mari dia mulalah masak banyak.” Jawab Datuk Ismail. Datin Khadijah mencubit manja lengan suaminya.

   “Abang ni mulalah nak kenakan Ijah. Sekali sekala anak menantu datangkan. Reen mama ada masakkan lauk kegemaran Reen .” Ujar Datin Khadijah lalu menghulurkan lauk asam pedas ke tangan Reen. Sebaik saja terpandangkan asam pedas Reen sudah menelan air liurnya berkali-kali.

   “Reen memang suka asam pedas yang mama buat ni . Sedap sangat. Terima kasih mama.” Jawab Reen dengan senyuman.

    “Haa lauk asam pedas ni la yang dia nak makan sangat masa awal-awal mengandung. Dalam seminggu mesti nak kena ada lauk ni atas meja kalau tak mama merajuklah Reen ni tak dapat makan asam pedas.” Hayyan mengusik isterinya.

   “Ish abang ni  mana ada Reen merajuk.” Tingkah Reen lalu mencucuk pinggang suaminya. Mereka yang ada di situ melihat telatah Reen yang mengetap bibir dengan geram sambil memandang wajah Hayyan.

   “Hayyan dah mulalah tu nak mengusik Reen. Pedulikan dia Reen. Marilah kita makan. Sejuk pula lauk ni semua tak sedap pula.”  Datin Khadijah bersuara lagi. Selepas Hadif membacakan doakan makan mereka sekeluarga mula menjamu selera.

   JAM di dinding sudah pun berginjak ke angka sebelah lima puluh tujuh minit malam. Awa mendengar namanya di panggil sewaktu dia sedang sibuk melihat Running Man. Awa mengerutkan dahinya.

   “Siapa pula yang panggil aku malam-malam ni. Akid dah masuk tidur tadi. Mummy atau daddy yang panggil ni?” Soal Awa sendirian. Dia menekan butang pause di laptopnya sebelum menadah semula telinganya untuk mendengar suara yang memanggil namanya tadi.

   “Awa turun sekejap.” Kedengaran pintu bilik Awa di ketuk dan juga suara mummy nya.
   “Kenapa mummy?” Soal Awa dengan pelik.

   “Jangan banyak tanya, turun bawah sekejap. Mummy ada hal nak cakap sikit. Turun sekarang ya.” Pesan Puan Fauziah sebelum melangkah menuju ke tingkat bawah. Awa yang berada di dalam bilik menggarukan kepalanya. Rambutnya yang panjang terus di kepit sebelum bangun dan menuju ke pintu.

   “Haish apasal pula gelap gelita je dekat bawah ni? Mummy kata dia ada dekat bawah.” Awa menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan.”

   “Mummy.. Daddy… Akid… Kenapa gelap ni? Mummy dekat mana ?” Awa memanggil ahli keluarganya itu. Matanya melilau mencari kelibat mummy nya dalam gelap. Jam di dinding sudah berbunyi menandakan pukul dua belas .

    “Happy birthday to you .. Happy birthday to you… Happy birthday to Awa… Happy birthday to you.” Kedengaran lagu hari jadi yang di nyanyikan oleh ahli keluarganya. Awa melihat wajah keluarganya melalui biasan cahaya lilin yang menyinari keknya.

   Awa tergamam seketika sebelum lampu ruang itu dibuka oleh Akid. Dia melihat wajah mummy , daddy dan juga Akid silih berganti.

   “Happy birthday sayang.” Ujar Puan Fauziah sambil mendekati anak gadisnya. Dia memeluk Awa lalu menghadiahkan kucupan di pipi anaknya itu.

   “Kak Awa cepat tiupkan lilin tu.” Ujar Akid. Kek di pegang oleh daddynya .Awa yang masih kebingungan dan blur ketika itu hanya menurut saja . Dia meniup lilin yang bercahaya di depan matanya.

   “Hari  ini hari lahir Awa ke?” Soal Awa dengan blur. Sah Awa lupa lagi tarikh lahirnya. Puan Fauziah dan suaminya sudah masak dengan karenah Awa. Tiap-tiap tahun Awa mesti lupa hari lahirnya.

   “Mummy daddy tahun ni pun Kak Awa lupa lagi tarikh lahir dia. Ish Ish Ish.” Ujar Akid sambil menggelengkan kepalanya. Awa menggarukan dahinya sambil berfikir sejenak.

Bersambung...

NotaTersepit : Tiada apa yang harus di katakan melainkan ucapan Alhamdulilah.. :)