Kamis, 19 April 2012

Number One For Me!

Number One For Me (Maher Zain)
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day
And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me

Kamis, 12 April 2012

Novel : Hana Syafika ( Part 6 )

Bab 6
  “Hey!Siapa pula yang ganggu hidup aku ni?”Aku mengeluh.Lantas ku ambil telefon bimbitku dan menjawab ala kadar.
  “Hello!”
  “Hello,cik Hana Syafika!!Masih tidurke?Woi!Bangunlah!Macam mana lah budak ni nak kerja kalau perangai dia macam ni!Tak berubah-ubah,”Raihanah mengeluh di hujung talian.
  “Ana!!Menganggu hidup aku yang amanlah kau ni!”aku mengeluh sendiri.Pasti selepas ini aku dah tidak boleh tidur.
  “Okay,kalau kau tak nak kerja!”
 “Okey!Okey!Aku bangun!Aku bangun!Kerja apa?!Aku dah excited sangat dah ni”
  “Ermm..Kerja apa ye…”Raihanah ni!Aku cepuk kang!Selalu buat macam ni!Buat aku tertanya-tanya!Geramnye!!
  “PA!”kata Raihanah sepatah.
  “PA!!!PERSONAL ASISSTANT!!Kau giler ke?”naik semput aku dengar perkataan PA.
  “Yup!Why?”tanya Raihanah.
  “Di mana?”tanya aku dua patah.
  “Di tempat kerja aku!”
  “Hah!Bestlah kalau macam tu!Aku nak lah!”kata aku.
  “Bagus.Nanti aku call balik,”
  ‘Klik!’
  Eh!Dah tutup!Tak patut betul!Kurang asam kau Raihanah!Dahlah ganggu tidur aku!Lebih baik aku bangun!Mandi!Boleh masak ayam kicap yang aku idam!Ermm..Slrp!
*_*
  “Bos!Saya dah ada orang yang akan menjadi setiausaha,bos.Dia pun sudah setuju untuk menjadi setiausaha bos,”kata Raihanah.
  “Please knock the door first,Raihanah!”Adam berkata penuh geram.
  “Ops,sorry bos!Saya excited sangat ni!”Raihanah berkata penuh girang.
  “But,still!Kamu masih kena ketuk pintu dahulu Raihanah!”tegur Adam.
  “Yalah!Apa dia Raihanah?!”dingin suara Adam.
  “Saya dah jumpa orang yang akan jadi setiausaha bos,”kata Raihana satu nafas.
  “Siapa?”
  “Hana Syafika binti Ismail!Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan,”jawab Raihanah.
  “Bagus,tapi macam mana kamu boleh cari orang dalam masa yang sangat pantas macam ni?Kamu buat macam mana,”Adam memandang Raihanah dengan pandangan yang berbaur curiga.
  “Err..Bos..Sebenarnya dia kawan saya,”akui Raihanah jujur.
  “Tak apalah..Kawan pun kawanlah..Janji dah ada pengganti,”kata Adam.
  “Saya keluar dulu ya bos,”Raihanah meminta diri untuk keluar.
  “Baik,”
*_*
  “Walid!!!!!”aku turun dari tangga lalu mendapatkan walid.
  “Erm..Kanak-kanak ribena dah turun dah!!”perli Hafiz.Aku menjelirkan lidah ke arahnya.
  “Haha..Kenapa Ika?Ada something yang walid tak tahu ke?”tanya walid sambil memandang ke arah aku.
  “Dia dapat kerja lah walid,”Hanif menyelit di antara perbualan walid dan aku.Eh mana dia tahu aku dah dapat kerja.Jangan kata dia mengintip aku.
  “Hanif!!!!Kurang asam kau!!!”aku mengetap bibir lalu mengejar Hanif.
  “Hanif!Ika!Jangan lari!”marah umi.Namun aku tidak pedulikan kata-kata umi.Aku terus berlalu.
  Hanif terus berlari.Aku nak ke mana ni!Hah!Luar rumah!First kita kena dapatkan kunci kereta.Kunci kereta dalam bilik.Go!Hanif!Caiyo!
  Eh!Kenapa mamat ni masuk dalam bilik dia!Ish!Whateverlah.Jangan dia kunci sudah.
  Pap!
  Adoi!Terhantuk pintulah pula!Kurang asam kau Hanif.
  Huh!Huh!Penat!Nasiblah otak Hanif yang clever ni berjalan.Hanif berjalan ke arah piano miliknya.Dia duduk lalu memainkan piano miliknya.
  Berkumandang di biliknya lagu Auntumn In My Heart –Prayer.Nyanyian yang syahdu itu menyentap hati aku.Aku duduk kesedihan.Keluarga aku mempunyai kacukan Jepun dan Korea yang menyebabkan kami berempat fasih berbahasa Jepun ataupun Korea.
  Kesian Hanif.Adakah hatinya terluka?Siapakah yang melukakan hati abangku?Dia pasti akan mendapat balasannya.
  Nanti aku cuba risiklah.


Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)

Selasa, 10 April 2012

Novel : Hana Syafika ( Part 4 )



Bab 4
  “Macam mana boleh jadi macam ni!Saya tak kira!Saya nak kau orang cari pengkhianat tu!Sekarang!Amri!Awak pergi cari seseorang yang boleh tolong kita!Cepat!”Adam meramas-ramas rambutnya.Kusut?Ya!Itulah yang dihadapinya sekarang.
  Bukan sikit duitnya yang terbang.Hampir sejuta.Puas dicari siapa pengkhianat tersebut.Namun ,tidak dapat dikesan kerana jejak yang ditinggalkan sungguh bersih.
  “Maaf menganggu.Keputusan cap jari dah keluar.Cap jari itu menunjukkan bahawa pengkhianat yang kita sedang cari sekarang merupakan Khairul Fahmi,28 tahun,bekerja sebagai seorang accountant di syarikat kita,”dengan tenang Raihanah itu bersuara.Adam terkesima.Dia terduduk.Dia tidak sangka bahawa kawan yang sering berada di sisinya itu merupakan seorang pengkhianat.Mujur dia tidak lansung membocorkan rahsianya kepada Fahmi.Kalau tidak pasti jadi topik hangat di Internet.
  “Itulah Adam!Sebab tu lah aku tak benarkan kau terlalu rapat dengan si Fahmi tu.Look!What happens now?!”Aidil memberanikan diri untuk berbicara.Temannya sejak di tadika itu perlu diajar untuk tidak percaya kepada orang sesuka hati.
  “Thanks,Aidil.Kau lah sahabat aku yang sejati.Raihanah,awak laporkan hal ini kepada pihak polis.Fahmi perlu ditangkap!”dengan tegas Adam menuturkannya.Aidil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.
*_*
  “Wei!Ana!Apa kes sekarang?!Dapat cari kerja kat aku tak?”aku duduk di hadapan Raihanah yang asyik menyuapkan kek ke mulutnya.Emm..Nyummy!Nampak sedap tapi aku tak makanlah kek warna-warni umpama pelangi tu..Tak pasal-pasal aku jadi pelangi..Huh!Minta simpang.
  “Ana!Asyik makan je dari tadi!Dahlah aku yang belanja!Seronok sungguh kau perhabis duit aku!”aku mencebik geram.Nasiblah sekarang ni pagi!Kalau malam mesti si Ana ni makan sambil control ayu.Almaklumlah!Pakwe hensem depan mata.Nak tahu tak siapa?La..Siapa lagi..?Abang penyibuk aku lah..Si Hanif tu..
  “Ops!Sorry girl!”Raihanah menyapu coklat di mulutnya.
  “I’m not your girl,okay?!”dengan tegas aku menuturkannya.Geram ni!
  “Ok!Oklah Cik Hana Syafika!”aku menjeling ke arahnya.Nak juga aku baling kasut aku kat minah ni.
  “Syarikat yang aku kerja sekarang ni ada jawatan kosong!Kau nak tak?Tapi syarikat ini ada masalah kewangan sikit lah.Hampir sejuta kot duit syarikat yang hilang,”Raihanah bersuara.
  “Boleh juga!Aku tak kisah pasal gaji..hehe,”aku berfikir sendirian.That’s mean dia orang tengah cari orang yang  boleh tolong mereka.Aku boleh suggest syarikat ayah aku.Hehe..
  “Apalah yang minah ni fikir ni?Oit!Ika!Syafika!Hana Syafika!!!”aku terus tersedar.Eh!Minah ni!Aku doq elok-elok berangan dia boleh kacau!Satu jelingan tajam aku hadiahkan ke arah Raihanah.
  “Ala-ala takutnyer dengan jelingan mata dia tu!Woi!Ika!Nak ke tak?”aku tersenyum sinis.
  “Bolehlah!Untuk isi masa kosong aku!But,aku kerja di situ 3 bulan 4 bulan cam tu je tau!Kau kena cari kerja lain kat aku nanti!”putus aku.Raihanah aku tengok macam dah tercekik je..Alamak!Dia tercekik betul!Sat aku tepuk belakang dia!
  “Uhuk!Uhuk!Aku tercekik bukan nak bagi air!Tepuk belakang aku pula!Adoi!”aku buat muka selamba.Siapa suruh main-main.Kan dah kena!
   “Harap je tudung labuh tapi perangai!MasyaAllah!”sengaja lah budak ni!Cakap kuat-kuat pula dah!Nak bagi semua orang dengar lah tu!Ish!Benci!
  “Kau bayar sendiri!Aku nak blah!”aku terus melangkah keluar meninggalkan Raihanah yang terkulat-kulat.Aku peduli apa?Siapa suruh buat aku sakit hati!
  Adoi!Aku rasa inilah kot balasan sebab kutuk orang dalam hati. Hey!Mamat manalah pula yang aku langgar ni..Nak pandang muka dia takut..Tak pandang kata kurang ajar pulak..Adoi!Apa aku nak buat ni?
  “Maaf!”aku tunduk lalu meminta maaf.
  “Ah!Lepas satu-satu!Macam-macamlah!”terus lelaki itu blah.La!cepatnya dia blah!Aku ingat nak marah kat aku ke apa ke?Rupa-rupanya dia blah cam tu je.Tak patut-tak patut!
  “Oit!Kau pi langgar bos aku tu pasai pa!Kau tau tak dia ada masalah!”marah Raihanah.Ek eleh budak ni!Aku kisah apa!Eh!Bos!La..mamat tadi ke bos si Raihanah ni!Tak patut-tak patut.
  “Entah!Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlanggar dengan dia!Yang aku tahu aku jalan dan tup!Accident!”aku beria-ia menceritakannya kepada Raihanah!Tapi dia buat don’t know je..Dia lebih kisahkan bos dia je..Ish!Geramnya aku!
  “Nasiblah kau tak accident dengan kereta.Kalau tak mungkin kau dah tak de..”selamba je minah ni kutuk aku.Ni yang aku geram ni.Tak pasal-pasal pinggan yang ada di atas meja sebelah ni aku baling ke muka dia kot..Aku balik lagi bagus..Huh!Tak mahu kawan Ana..
  “Ek eleh minah ni merajuk la pula!”Raihanah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sikap Hana Syafika yang seperti budak-budak itu.Nasiblah kawan dengan anak bongsu.


Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)

Novel : Hana Syafika ( Part 5 )



 “Umi!”aku memeluk belakang umi.
  “YA ALLAH!Ika!Jangan buat umi terkejut boleh tak?Kamu ni!”umi membebel dah macam orang tua lagaknya.
  “Umi!Umi!Umi!Berhenti membebel buat sehari boleh tak?Kesian taik telinga Ika ini asyik cair je tiap-tiap masa,”aku berkata-kata.Umi aku apa lagi.Ditamparnya tangan aku yang putih bersih cantik dan meletup ni!Eh!Terperasanlah pula!
“Hana Syafika!Kalau kamu tak nak taik telinga kamu cair sentiasa,kamu dengar petua ni!Ehem-ehem!Yang pertama,bangun awal setiap hari.Yang kedua,jangan buat umi terkejut.Yang ketiga,rajin-rajinkan diri tu tolong umi di dapur.Yang keempat,jangan sekali-kali buat loyar buruk.Yang kelima,jangan jirus air kat abang kamu.Dan,yang itu sajalah!Boleh buat tak?Umi tanya ni!Boleh buat tak?”adoi!Aku dah mula garu kepala.
  “Umi!Maafkan Ika!Sebab satu yang umi nak semua Ika tak nak tunaikan.Malaslah nak bangun pagi.Lepas tu,Ika suka bagi umi terkejut.Dah memang dah terlekat dah sikap tu dengan Ika.Selain itu,Ika malas masuk dapur,Seterusnya,Ika tetap nak buat loyar buruk.Sebab abang buat boleh.Akhir sekali,sekarang juga Ika nak jirus air kat abang!”aku terus berlalu naik ke atas.Aku ambil baldi dan baru aku nak jirus..
  Bush!
  Oit!Aku tak sempat lagi nak jirus air dekat Hafiz yang kerja dia ni asyik melukis.Tiba-tiba aku terpandang diri aku.Eh!Kenapa aku basah?Maknanya!Aku yang kena jirus!Oh!Ini tidak adil!Tidak adik!Bagiku!Ini tidak adil jika kamu bertanya jika aku menyintaimu juga…Eh!Awat aku melalut lagu Yuna ni?Ish!
   “HAFIZ SHAFIQ TAN SRI ISMAIL!!!!ARE YOU KIDDING ME?!Sesedap hati je nak jirus air dekat orang!!”aku menjerit sepenuh tenaga yang aku ada.Oit!Benda apa yang tutup pandangan aku ni.Bila aku raba-raba!Alamak!Ni kan baldi?!Ish!Kejamlah mamat ini!Dahlah jirus air dekat orang!Lepas tu letak baldi atas kepala orang!
  Tapi aku pun kejam juga!Nak jirus air dekat Hafiz.Biarlah!
  “Ya Allah Syafika!Kenapa kamu pula yang basah!Kata kamu nak jirus kat abang kamu!”aku hanya tersengih buat peace jer..Hailah umi!
  “Piece,mi!Ika tak sempat nak jirus!Dah basah!Hehehe..”tiba-tiba aku ternampak Hafiz ke mari.Kenapa dia bawa mop?Dia nak jadi orang gaji ke?
  Kalau dia jadi orang gajilah..
  “Cik!Cik Ika!Bangunlah cik!”aku bangun dengan penuh bergaya menuju ke bilik air.
  “Cik nak kasut yang mana satu?Pink ke biru?”aku memilih biru.Oh!I hate pink!Its too girly!
  “Silakan duduk cik,”aku duduk dengan penuh bergaya.Makanan aku dia siapkan garfu sudu!Oh!Indahnya dunia!
Reality life..
  “Ika!Ika!Hana Syafika!Nah batang mop!Kau mop lantai ni sekarang!”lamunanku hancur berkecai!Ish!Hafiz ni!Aku ambil mop itu dan aku mop.Sedangkan Hafiz berlalu ke bawah.Umi pun berlalu ke biliknya.
  “Wait a minute!Apa yang aku pegang?!Mop!Sejak bila aku ambil?!Jangan kata benda yang Hafiz hulur tadi tu mop!Hah!Aku tertipu!Tipah tertipu!Hafiz!!!Sampai hati kau suruh aku mop lantai?!!Kau ni memang nak kena!Nanti kau!Eh!Rambut aku kan basah!Kalau aku turun lagi banyak yang aku kena mop!!Huh!”
  Aku terduduk.Hafiz memang suka perangkap aku!Perangkap samar betul!Huh!Aku bangun dan terus berlalu ke bilik.Aku memandang ke arah cermin.
  Segala tubuh aku  basah..Aku pergi mandi dululah..
*_*
  “Adam!Jom clubbing!Release stress!”ajakan dari Aiman lansung tak membuatkan Adam ingin keluar.Fikirannya masih buntu dengan apa yang terjadi pada syarikat yang baru 3 bulan berada di bawahnya.
  “Aku buntulah Aiman!Aku dah tak tahu dah apa yang dah jadi dengan syarikat ni!Masalah pelbagai!Ish!Tension aku!!”kata Adam keras dan tegas.
  “Alah!Sebab tulah aku ajak kau ke club!Kita release stress sikit!”Aiman ni tak sudah-sudah mengajak Adam ke club.Tak penat kot?
  “Lagi stress aku kalau pergi sana!Boleh tak kau tenangkan aku,jangan bagi kepala aku lagi kusut boleh,tak!!”tengking Adam.
  Aiman tersentak!Adam tidak pernah menengkingnya!Mesti sekarang Adam sedang tension sangat!Lebih baik aku cabut!
    Adam terduduk dia atas kerusi.Masalahnya masih belum selesai.Raihana masih belum dapat cari syarikat yang boleh membantu mereka.Pekerja!Ya!Dia masih belum mencari pekerja yang boleh membantunya.
  “Raihanah,masuk bilik saya sekejap,”arah Adam.
  “Baik,bos,”
  Ketukan di pintu disambut dengan perkataan masuk.
  “Ada apa yang boleh saya bantu?”tanya Raihana sopan.
  “Awak kelulusan account kan?Tapi,awak terpaksa jadi setiausaha,betul tak?”tanya Adam.Raihanah yang masih tertanya-tanya hanya menganggukkan kepalanya.
  “Awak ganti tempat Khairul,dan sebelum setiausaha baru diupah.Awak terpaksa menggalas dua tugasan ini.Boleh?”fikiran Raihanah rasa macam nak terbang.Terpaksa menggalas dua tugasan!Banyaklah kerja aku nanti!!
  “Raihanah!Raihanah!Are you listening to me?Raihanah!”Raihanah tersedar dari lamunannya.Aduh!Malunya aku!Terkantoi!
  “Ops!Sorry,bos.Saya terberangan,”kata Raihanah menutup malu.
  “Kenapa berangan?Berangan dapat gaji double!Pleaselah!Gaji tetap sama,”sengaja Adam membuat Raihanah takut.
  “Mana ada!Bos ni!Sengaja buat saya takut!”kata Raihanah perlahan.
  “Tak adalah!Ingat!Buat apa yang saya suruh tau!Sudah,awak boleh keluar,”arah Adam.
  “Baik,bos,”Raihanah keluar dengan langkah yang perlahan.Perasaan segannya kepada bosnya amat tinggi.Biarpun sudah beberapa bulan bekerja di bawah Adam,rasa segannya masih bersisa.Seperti lagu Kalau Berpacaran ‘Biar Malu-Malu,Biar Segan-Segan’.Eh!Apa yang aku merepek ni!Dah kacau!Aku kena telefon Ika!Dia saja yang boleh tolong aku!
*_*

Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)