Assalamualaikum u oll... Lambat lak update .Mentang2lah cutikan.Holiday sakan.Selamat membaca...
BAB 14
ROMBONGAN dari pihak aku dan keluarga sampai ke rumah Kak Raisya dalam pukul tiga setengah petang.Aku menaiki kereta dengan Maya dan Kak Sofea.Manakala abang aku naik kereta sekali dengan ibu dan ayah aku.Mak Long, Pak Long dan abang Shah sebuah kereta .Selepas itu Mak Ngah dengan Pak Ngah naiki kereta bersama anaknya Firdaus.Nasib baik sepupu aku yang lagi sorang iaitu kakak kepada firdaus tidak hadir.Menurut kata Mak Ngah , Mazlyn pergi bercuti ke Langkawi dengan kawan baiknya.Aman sikit majlis hari ni.Kalau dia ada aku tak tahulah apa yang jadi.Ribut taufan kot.Entahlah.Ada lagi dua buah kereta yang mengikut ke rombongan ini.Dua buah kereta lagi milik jiran kami merangkap kawan baik ibu dan abah aku.Owh ye Mak Som pun ada sekali Cuma abang Am je yang tak ada.
Majlis di mulakan dengan upacara doa yang di bacakan oleh family Kak Raisya.Selepas itu bermulah perbincangan antara kedua-dua pihak keluarga.Kemain lagi diorang berpantun.Aku hanya melihat dari jauh.Kesian abang aku ada dekat luar seorang diri.Ibu kata jangan masuk lagi sebelum di panggil.Orang suruh duduk rumah tak nak .Mengada betul abang aku ni.Tak sabar nak tengok kak Raisya keluar.
Setelah selesai upacara menyarung cincin kepada Kak Raisya , aku dan Maya terus melangkah menuju ke atas pelamin kecil yang menempatkan kak Raisya lalu aku memeluknya sambil tersenyum.
“Tahniah kak Sya.Selamat bertunang.” Ujar aku selepas melepaskan pelukan .
“Selamat bertunang dan tahniah Kak Raisya.” Maya pula mengucapkan tahniah sambil memeluk kak Raisya.
“Thanks korang berdua.Jangan lupa makan tau.Banyak yang akak sediakan untuk korang berdua.” Usik kak Raisya.
“Haa ni yang Amani sayang akak ni.” Luah aku pula sambil tersengih.
“Eh abang Amani mana? Mari kita ambil gambar sekali.” Kedengaran suara seorang wanita yang bertanyakan kepada aku.
“Kenalkan ni mak Su Kak Sya.” Kak Raisya memperkenalkan mak Sunya.
“Panggil je Mak Su.” Balas Mak Su sewaktu menyambut huluran dari aku untuk bersalam
“Abang ada dekat luar.Sekejap ye Amani panggilkan dia.” Aku melangkah menuju ke luar rumah untuk memanggil abang aku yang berada di kereta yang di parking di bawah pokok.
“Abang , diorang panggil abang masuk untuk bergambar.Jomlah.” Ujar aku sewaktu aku berada di depan abang aku.
“Ye ke.Dah selesai ke upacara sarung cincin?” Soal Abang aku
“Dah semua dah selesai.Jomlah masuk.” Aku menarik tangan abang aku.
“Kejaplah dik , abang tunggu member abang datang ni.” Balas abang Amar lagi sambil matanya melilau ke jalan raya.Aku mengerut dahi.
“Kawan abang?Siapa?” Soal aku dengan pelik.
“Assalamualaikum..Sorry lambat sikit.Jalan jamm.” Kedengaran suara seorang lelaki aku terus menoleh.
“Awak Rafique?” terkejut aku melihat si Rafique ada di depan mata.
“Yup saya,kenapa pelik ke?” soal Rafique.Aku mengalihkan pandangan aku kepada abang aku.Aku memandang muka abang aku dengan keliru.
“Sejak bila abang kawan dengan Rafique ni?” Soal aku tidak puas hati.Setahu aku abang aku jumpa Rafique sewaktu aku meminta pertolongannya untuk memberikan baju yang aku gantikan sewaktu accident kecil dengan rafique ni.
“Adik sebenarnya, Rafique ni member lama abang masa sekolah.Kitaorang dah lama terputus hubungan selepas tamat sekolah.Tup-tup jumpa balik masa adik minta abang bagi baju dekat dia hari tu la.” Terang abang aku.Aku mengerut dahi.Apa mereka ni berkawan dah lama.Aku sudah terlopong memandang muka mereka berdua.
“Thanks Amani.Kalau bukan sebab accident hari tu saya pun tak kan kenal awak dan saya juga tak kan jumpa kembali member baik saya waktu sekolah dulu.” Tingkah Rafique sambil menepuk bahu abang aku..Aku pula hanya mendiamkan diri.Aku tak tahu nak kata apa.Hanya tersenyum je la.Biar pun dekat kepala terselit seribu persoalan kan.
“Sama-sama.Errmm abang jomlah masuk Kak Sya dah panggil tadi.” Aku menarik lengan abang aku.
“Jom Rafique masuk sekali.” Abang aku menepuk bahu si Rafique .Kami bertiga terus menuju ke dalam rumah Kak Raisya.
“Oit macam mana si Rafique boleh ada sekali dekat majlis ni?” Soal Maya dengan tiba-tiba sewaktu aku duduk termenung jauh.Termenung fikirkan pasal abang aku dengan mamat perasan tu la.Satu kerja pula aku nak kena fikir.Aku ni kalau nak tahu sesuatu sampai ke lubang cacing aku gali.
“Tu la, kau tahu tak si Rafique tu member abang Amar sewaktu sekolah Menengah.Adoyai masak aku macam ni.” Bisik aku dengan perlahan.
“Korang berdua ni mengumpat siapa?” Kedengaran suara Kak Sofea yang sudah bercekak pinggang di meja makan kami.
“Gosip baru kak.Rafique ada dekat sini.” Ujar Maya denga perlahan.
“Hah ye ke?Mana-mana?akak nak tengok rupa dia sikit.” Balas Kak Sofea matanya sudah melilau memadang ke kiri dan kanan mencari orang yang bernama Rafique.Haish Kak Sofea ni coverline la sikit.
“Ish akak ni perlahanlah sikit.Karang mamat perasan tu nampak kita naya je.” Tingkah aku sambil mengangkat jari telunjuk ke bibir.,
“Yang mana satu Amani?” Soal Kak Sofea lagi.
“Tu yang pakai T-Shirt biru muda tu haaa.Sebelah abang Amar tu kak.”
“Owh handsome juga si Rafique tu ye.” Tingkah Kak Sofea sambil menoleh semula ke arah aku sambil tersengih.
“Sepadankan Kak dengan Amani.” Maya pula yang menyampuk sambil tersengih.
“Korang semua ni dah makan belum?Kemain lagi bersembang akak tengok.” Kedengaran Kak Raisya yang cantik berbaju kurung modern bewarna coklat cream dan berselendang coklat cair.
“Baru je lepas.Kak Sya dah makan ke?” Soal aku pula sambil tersengih.
“Akak tuan rumah tak apa.Korang ni jangan tak makan pula.Family akak masak special lagi tau.” Balas Kak Raisya lagi.
“Terima kasih kak , perut Amani dah full ni.” Ujar aku lagi sambil tersenyum.
“Hai korang…” Muncul abang aku dengan tiba-tiba dan di sebelahnya pula si Rafique a.k.a mamat perasan.
“Dah abang dah makan dengan Rqfique.Oh ye lupa abang nak kenalkan dekat Sya , kenalkan ni Rafique member abang masa sekolah menengah.” Abang Amar sudah memperkenalkan Rafique.
“La ye ke.Nice to meet you Rafique.” Ujar Kak Sya lagi sambil tersenyum.Aku hanya diam seribu bicara.
“ Eh adik abang ni kenapa senyap je,selalunya mulut adik bukan main kepoh lagi macam murai tercabut ekor.” Kedengaran abang aku bersuara untuk mengenakan aku.
“Perut dah kenyang sebab tu mulut pun dah diam .” jawab aku sambil tersengih pada abang aku namun langsung tidak memandang muka Rafique.Karang kalau buka mulut mahu je mulut aku ni bertekak dengan mamat perasan ni.
“Kuat makan juga ye Amani ni Amar.” Tu dia mulut si mamat perasan ni dah berbunyi.Aku cili baru tahu.
“Kuat tak kuat jugalah.Kalau setakat dua pinggan boleh je.” Balas aku sambil memandang Rafique.Dia boleh senyum tengok muka bengang aku memang tak patut betul.
“Amani kenal ke dengan Rafique ni?” Soal Kak Sya dengan pelik .
“Errmm diorang ni memang dah kenal, tapi barulah lagi kot.Nantilah ada masa abang cerita dekat Sya.” Tingkah abang aku.Rafique pula sudah tersenyum manis.Aku pula buat muka tak ada perasaan.Malas nak melayan.
“Kak Sofea , mana abang Shah?” Soal aku dengan tiba-tiba.
“Entah tadi ada, mana dah hilangnya.” Balas Kak Sofea sambil melilau matanya mencari kelibat abang Shah.
“Mazlyn kenapa tak datang Amani?” Soal Maya pula sambil tersengih.
“Entahlah.Bagus juga dia tak datang , aman sikit hidup aku ni.Cukup-cukuplah aku tahan telinga dekat kampus dengan kerenah dia.Bosan.” Aku membebel sambil mendengus.
“Mazlyn ada kacau adik ke?” Soal abang Amar aku pula.Alamak terlepas cakap pula tadi.
“Errk..”
“Kalau abang nak tahu kitaorang dengan geng Mazlyn memang tak sekepala.Ada je benda yang dia nak kecohkan.Lagi satu Mazlyn ni suka dekat pensyarah kelas diorang ni apa dah nama dia.Haaa Encik Kamarul.Masalahnya Encik Kamarul ni pula ada hati dengan Amani.” Sudah Maya dah membuka cerita hal Encik Kamarul.
“Kenapa adik tak bagitahu abang?” Tingkah abang aku.
“Sorry, adik malas nak kecohlah bang.Lagipun setakat ni semuanya ok lagi.One more thing adik dengan Encik Kamarul tu tak ada apa-apa .Adik hormatkan dia sebagai pensyarah adik je tak lebih dari tu.” Balas aku pula.
“Famous juga ye cousin akak ni.” Usik Kak Sofea.
“Memang famous kak ..Amani ni..Adoii…” Belum sempat Maya menyudahkan kata-katanya aku sudah hadiahkan dia penyepit ketam.Padan muka.
“Orang cantik mestilah ramai yang berkenan..” Sampuk Rafique.Terus mata aku memandang ke arahnya.Sempat lagi dia mengenyitkan mata dekat aku.Wah-wah aku cungkil biji mata tu baru tahu.Siap dia nanti.!
PADA malam itu seluruh family aku berkumpul di ruang tamu.Family Mak Long dan Mak Ngah bermalam di rumah aku untuk dua tiga hari ni.Bila family berkumpul macam gini banyaklah ceritanya.Aku dengan Kak Sofea lepak di dapur sambil buat air .Manakala abang aku, abang shah dan juga Firdaus duduk melepak di luar rumah sambil berborak.Abah dan ibu aku pula di ruang tamu berbual bersama Mak Long, Pak Long, Mak Ngah dan Pak Ngah.
“Bila kamu nak bagitahu dia Sham?” Soal Pak Long aku pada abah aku sewaktu aku membawa dulang yang berisi air teh dan juga biskut .Aku melangkah menuju ke arah mereka.
“Jemput minum semua..” Aku menyusun cawan yang berisi air teh di depan mereka.
“Terima kasih Amani.” Pak Long aku bersuara.
“Sama-sama.Amani minta diri dulu ye nak pergi dekat luar.Mereka yang lain ada dekat luar tu.” Ujar aku sambil berdiri semula dan mula melangkah ke pintu utama.
“Entahlah abang Long, tak tahulah dari mana nak mula.Risau pun ada.” Aku terdengar abah menjawab sewaktu aku melangkah tadi. Telinga lintah betul aku ni kan.Apa yang abah risaukan?abah ada masalah ke?tapi tak ada pula aku dengar.Errmm.Eh cik Amani hal orang tua jangan nak masuk campur.
Aku pantas berjalan menuju ke luar rumah.Apalah yang abang aku dan sepupu-sepupu aku tu borak malam –malam gini.Kalau dah semua lelaki berkumpul kalau bukan hal bola mesti hal kereta yang mereka bincangkan, tak pun hal perempuan.Apa ingat orang lelaki ni tak tahu bergosip ke.Ada tau yang suka bergosip ni sekali diorang buka cerita kalah perempuan gossip ok.
“Ehem..Kemain borak.Bergosip ke mengumpat ni?” Soal aku sewaktu melabuhkan punggung di atas kerusi batu.
Kak Sofea sudah pun ada di ada di situ sewaktu aku tiba tadi.Dia sedang menghulurkan cawan ke arah mereka bertiga.
“Aah kitaorang bergosip tentang hal adik.” Balas abang aku dengan selamba.
“Eh apasal pula nak gosip hal adik?Adik ni bukannya retis.” Tingkah aku pula sambil mencebik bibir pada abang aku.
“Ala Amani ni hal orang lelaki, mestilah bergosip hal lelaki.” Kedengaran suara Firdaus pula.
“Ye la tu.Kak jomlah kita borak dua.Kita dua je perempuan kat sini.Jom kita lepak berdua.”
“No hal.Kalau diorang bergosip hal lelaki , kita berdua gosip hal perempuan.” Tingkah Kak Sofea sambil tersngih.
“Ala jangalah merajuk pula.Duduklah sekali.Lagipun bukan senang kita nak berkumpul begini.” Tingkah abang Shah pula.
“Tengok abang Shah je yang sayangkan kitaorang.” Usik aku sambil tersengih.
“Jangan di layan kepala si Amani ni.Kau tak tahu Sofea budak ni makin besar makin kuat loyar buruknya.” Abang aku pula bersuara sempat lagi tangannya membuat aksi edisi menyekeh kepala aku.Dengan pantas aku mengelak.
“Kak jangan dengar.Itu semua spekulasi nak menjatuhkan Amani.Jangan percaya tau.” Tingkah aku sambil mencebik bibir pada abang aku.
“Berapa lama lagi Amani bercuti ni?” Soal abang Shah dengan tba-tiba.
“Ada dalam dua minggu lagi lepas tu dah masuk semester baru.” Balas aku lagi sambil mengeluh.
“Hai mengeluh je bila sebut semester baru?kenapa?” Kak Sofea mula menyoal.
“Tak ada apa-apalah kak.”
“Amani , Mazlyn kacau kau ke dekat kampus?” Soal Firdaus sambil mengerut dahi
“Eh taklah.Aku dengan dia ok je”. Tingkah aku sambil tayang gigi.Biarpun aku dengan si Mazlyn tu tak penah nak sebulu.
“Habis tu yang adik mengeluh je kenapa?” Tu dia abang aku mula menembak lagi.
“La tak ada apa-apalah.” Tingkah aku lagi.
“Ke Amani risau Encik Kamarul ganggu Amani ?” Tembak Kak Sofea.Tembakan dia memang mengena.Walawei macam mana aku nak jawab ni.Abang Amar,abang Shah dan Firdaus sudah memandang muka aku tanpa bekelip.
“Encik Kamarul.” Soal abang aku
“Mana akak tahu ?” Soal aku pada Kak Sofea.
“Alia ada cerita pada akak sewaktu korang datang ke Melaka .” Jawab Kak Sofea jujur.
“Ish Alia ni tak boleh simpan rahsia langsung.” Bebel aku sendirian.
“Adik abang tanya ni.?” Soal abang aku dengan serius.
“Erk ...Dia pensyarah adik ala yang adik cerita siang tadi.” Jawab aku jujur .
“Then..?” Soal abang Amar lagi.
“Dia suka dekat adik tapi adik taklah layan.Adik hormatkan dia as my lecturer. That all.”
“Encik Kamarul?...Dia orang yang Kak Mazlyn sukakan? Tembak Firdaus.
“Mana kau tahu?” Soal aku pelik.
“You know what Kak Mazlyn tampal gambar Encik Kamarul tu dalam bilik dia.Di gambar tu tertera nama tu.” Ujar Firdaus ,aku sudah ternganga.Gila ke apa Mazlyn ni?
“Jadi selama ni adik tak sebulu dengan Mazlyn sebab Encik Kamarul la?” Abang aku pula menambah.
“Akak tak tahu pula yang Amani dengan Mazlyn tak sebulu.” Sampuk Kak Sofea sambil mengerutkan dahi.
“Amani dengan dia dari dulu lagi tak sebulu kak bukan sebab Encik Kamarul.” Balas aku.
“Kak Mazlyn bukan apa, dia jeleskan kau je Amani.Aku tahu kakak aku tu, tapi aku pelik apa yang dia dengki dengan kau pun aku tak tahu.Aku pun tak faham dengan perangai dia.Sekejap mood dia ok sekejap mood dia tak ok.” Ujar Firdaus.
“Masalahnya aku sendiri pun tak tahu.Aku ada buat salah ke dengan dia.Kalau dia nak Encik Kamarul tu bagus juga aman hidup aku tanpa ganguan.” Balas aku lagi.
“Macam ni la, kalau dia kacau Amani lagi kan, Amani cakaplah yang Amani dah bertunang ke dah berpunya ke mesti dia tak kacau punya.” Kak Sofea memberikan idea.
“Ish akak ni tu idea mengarut tu.Kalau cakap rupa itu nanti dia tanya mana orangnya mana Amani nak cari.Cari nahas namanya tu.” Tingkah aku .Mereka yang lain tersenyum penuh makna.
“Abang rasa abang tahu siapa yang boleh jadi tunang atau buah hati adik?” Jawab abang Amar selamba sambil mengenyitkan mata pada aku.Haa sudah abang aku dah bagi idea gila.
“Siapa?” Mereka menyoal serentak dengan aku.
“Abang rasa tak perlu kot menyamar.Terima je orang tu.Lagipun abang tengok dia dah suka dekat adik.” Balas abang aku lagi.
“Siapa Amar?” Soal abang Shah pelik.
Siapa yang abang maksudkan ? takkanlah abang Am kot.Ish mustahillah takkan la abang Am ada hati dekat aku kot.Mengarut je semua ni.Mengarut.
“Siapa pun pilihan Amani , kitaorang sokong.” Kak Sofea pula menyampuk.
“Yup aku pun sokong Amani.Tak adalah si Mazlyn tu meroyan nanti kalau kau tak pilih encik Kamarul.” Firdaus pula menambah sambil tersenyum.
“Kau mengata kakak kau sendiri Firdaus?” Soal aku
“Sebab aku tahu dia kakak akulah , aku setuju kau buat macam tu.Aku kenal kak Mazlyn tu.Dia akan pastikan dapat apa yang dia inginkan.Aku tak nak tengok kau susah .Dia kakak aku , kau pula sepupu aku.Dua-dua aku sayang .” Balas Firdaus dengan panjang lebar.Walaupun beza umur aku dengan Firdaus beza setahun je tapi dia ni lagi matang dari kakak dia.Jauh bezakan perangai diorang berdua.Errmm entahlah belalang…
Aku memarkirkan kereta agak jauh dari restoran itu. Aku memandang ke arah jam. 2.30 petang. Fuh! Nasib baik sempat!
Aku melangkah keluar dari kereta BMW M5 kepunyaanku. Aku memandang ke arah Zafri yang berjalan ke arahku.
“Sorry bang sebab lambat, tadi Zalfa kena jumpa dengan presiden,” ujarku dengan membuat riak wajah simpati.
“Okey, kesalahan anda dimaafkan tetapi mana hadiah?” tanya Zafri. Seperti baru sahaja terbangun dari mimpi yang panjang, aku terkedu.
“Macam mana ni abang?! Zalfa terlupa beli hadiah! Alamak! Matilah Zalfa kalau begini..” aku mundar-mandir di hadapan Zafri. Zafri hanya menggelengkan kepala melihat telatah adiknya itu.
“Jangan risau, abang ada spare satu hadiah bagi pihak adik. Adik abang ni.. Pelupa betul!” ujar Zafri sambil mencuit hidungku.
“Betul? Abang!! Sayang abang!” aku mengucup pipi Zafri. Perbuatan yang selalu ku lakukan apabila aku berterima kasih kepadanya.
*___*
“Suprise!!! Happy anivesary bonda, ayahanda!” ujarku, Zafri dan Qaireen serentak. Terpana Tengku Zainal dan Tengku Zainab seketika.
“Wah! Banyaknya makanan, buat ke order?” ujar Tengku Zainab.
Bonda ni! Kerja perli aje! Tahulah orang tak pandai masak!
“Order lah.. Nak harapkan si Qaireen dan si Zalfa ni? Alamatnya, tak berasaplah dapur itu,” ujar Zafri selamba.
“Abang ni! Suka perli orang! Ingat orang ni apa? Nak merajuklah kalau macam ni!” ujarku sambil memuncungkan bibir.
“Alolo, adik abang ni! Manjanya.. Dah, bonda, ayah, Qaireen. Kita makan dahulu. Tak payah nak pedulikan minah yang suka merajuk ni,” ujar Zafri selamba. Aku menjeling ke arahnya tajam. Aku menyiku perut Zafri.
“Aduh!! Sakit siot!”
“Jom, ayah, bonda, Qaireen. Kita makan dahulu. Tak payah pedulikan mamat cengeng ni!” balasku selamba.
Tengku Zainal, Tengku Zainab dan Qaireen hanya menggelengkan kepala apabila melihat teletah adik beradik ini.
*___*
Penyelia Anisa terkedu apabila melihat gambar-gambar yang terpapar di laman web itu. ‘Ah! Zalfa! What are you doing?!’
Tiba-tiba seorang pembantunya masuk ke dalam pejabatnya.
“Habislah kita, Penyelia Anisa. Reporter sedang berkerumun di pejabat dan di rumah Zalfa,” ujar pembantunya yang bermana Fariz.
“Mana Zalfa?” tanya Penyelia Anisa. Dia mengurut kepalanya yang terasa berpusing. Untuk pertama kalinya Zalfa mempunyai skandal dan sangat sukar untuk mereka melepaskan diri daripada skandal ini kalau tiada penjelasan Zalfa tentang hubungan dia dengan lelaki itu.
“Cik Zalfa tiada di rumahnya sekarang. Dia beritahu yang dia ambil cuti esok, dia nak spend time dengan family dia,” ujar Fariz.
Penyelia Anisa mencapai telefon bimbitnya.
“Tiada gunanya, cik Anisa. Cik Zalfa sudah pun mematikan telefon bimbitnya,” ujar Fariz selamba.
“Argh! Kita ada masalah besar sekarang ni sebab dia tapi dia senang-senang aje nak bercuti! Nak off phone!Ergh! Fariz, kau pergi cari alamat family Zalfa sekarang juga. Pastikan dia ke pejabat esok!” ujar Penyelia Anisa.
“Kalau saya tak jumpa?”
“Kalau kau tak jumpa, aku dan kau mungkin kehilangan pekerjaan tahu!” ujar Penyelia Anisa. Fariz yang kecut terus berlalu turun.
“Cik Zalfa ni kan? Sombongnya kemain! Sejak bila pula dia bercinta diam-diam dengan VIP ni?” rungut Fariz sambil menggelengkan kepalanya.
“Fariz!” Fariz memberhentikan langkahnya apabila namanya dipanggil.
“Ya, encik Zayyan. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”
“Kau tahu nombor Zalfa tak? Budak ni memang nak kena dengan aku lah! Nama aje lagu berduet dia hilang entah ke mana!” getus Zayyan geram.
“Oh, cik Zalfa dengan encik Zayyan akan berduet lah nanti? Hati-hati sikit encik. Cik Zalfa tu encik tak tahu angin dia. Dia tu boleh kata anti dengan lelaki lah! Tapi, macam mana pula dia boleh bercinta dengan VIP pula?” Fariz menggaru kepalanya.
“Encik Fariz. Saya minta awak nombor telefon Zalfa bukannya minta kau merepek yang bukan-bukan di sini!” ujar Zayyan tegas.
“Dia off telephonedia. Tiada siapa boleh connect dia sekarang,” balas Fariz.
“But why?”
“Entah, dia minta cuti separuh hari dan esok dia ambil leave. Dia tak tahu ke yang kita orang tengah sakit kepala fikirkan hal dia!”
“Sebab apa pula kau orang sibuk-sibuk fikirkan pasal dia?” tanya Zayyan.
“Iyelah! Tadi, dalam laman web tiba-tiba aje ada gambar Zalfa tengah cium pipi seorang lelaki yang kita orang pun tak tahu siapa. Di luar pejabat ni penuh dengan wartawan! Di rumah Zalfa lagilah! Nasib dia ada di rumah parents dia sekarang!” ujar Fariz.
Tiba-tiba, telefon bimbit Fariz berbunyi.
“Alhamdulillah, akhirnya kau on phone juga yer Zalfa,” Fariz segera menyentuh punat hijau.
“Kenapa ramai sangat wartawan di rumah aku ni, Fariz?” ujar Zalfa kasar.
“Dah kau pergi buat skandal murahan pagi tadi,” balas Fariz selamba.
“What?! Hello, Fariz. Mulut kau tu jaga sikit! Aku pergi jumpa family aku tahu!” ujar Zalfa.
“Hello cik Zalfa. Sekarang ini di laman web ada gambar kau tengah cium pipi seorang lelaki okay?”
“What?”
“Iye.. Mem.. Aik dah putus? Cepatnya!”
*___*
Aku mengetap bibir. Bagaimana gambar aku dengan Zafri boleh masuk dalam laman web? Ah! Pasti Anisa bengang sangat-sangat ni!
“Pergi ke pejabat, siapkan pengawal,” arahku. Pemandu ku hanya mengangguk.
Seperti yang dijangka, di hadapan pejabat penuh dengan wartawan. Apa lagi, mereka menyerbu ke arah keretaku. Siapa yang tak kenal dengan kereta ku? NUR 1234! Pasti mereka dah cam sangat. Nasib bawa pemandu sebab malas drive. Kalau tak, nayalah aku seorang diri!
“Cik, pengawal akan tiba dalam beberapa minit lagi,” ujar pemanduku.
Selang beberapa minit, 7 kereta mewah berhenti di sekitar keretaku. Kira-kira 35 orang pengawal berdiri menghalang aku dari dihampiri oleh pengawal itu.
Aku keluar dari kereta apabila pemanduku membukakan pintu.
“Cik Zalfa! Apa hubungan cik Zalfa dengan lelaki itu?”
“Kononnya lelaki itu merupakan seorang VIP, adakah itu benar?”
“Ada orang mendakwa cik Zalfa datang ke situ untuk berjumpa dengan ayah dan ibu lelaki itu, adakah itu benar?”
Ah! Banyaknya soalan!! Aku menolak daun pintu itu. Suara yang bingit untuk kelamaan hilang.
Aku menekan punat naik. Tidak lama kemudian, lif dibuka. Belum sempat pintu lif itu tertutup ada sepasang tangan yang menghalang.
Lelaki itu segera melangkah masuk ke dalam lif.
“Bukan awak patut cuti ke hari ini? Kenapa datang pula? Adakah disebabkan gambar itu? Huh, selambanya awak cium pipi lelaki. Agaknya lebih dari itu pun awak pernah buat,” aku mengetap bibir.
Aku menekan tumit kakiku di kasutnya sebelum berlalu keluar. Terdengar suaranya mengaduh sakit namun ada aku kisah?
Yang penting, aku perlu berjumpa dengan Penyelia Anisa sekarang juga.
*___*
“Aduh! Celaka punya perempuan! Mahu bengkak habis kaki aku macam ni!” Zayyan merungut perlahan.
“Adeih! Muka cantik! Tapi sombong! Sayang betullah! Macam manalah lelaki itu boleh sangkut dengan perempuan ini?” Zayyan cuba menggerakkan kakinya yang terasa sakit. Pergh! Kuatnya penangan Zalfa Nur Afruz!
*___*
“Siapa dia dengan kamu?” tanya Penyelia Anisa.
“Abang..” balasku sepatah.
“Abang? Kenapa perlu cium pipi dia segala? Ingat! Kamu itu artis! Jangan samakan kehidupan kamu sekarang dengan yang dahulu! Sekarang bagaimana kita perlu jelaskan hubungan kamu dengan that guy.. what is his name?”
“Zafri.. Tengku Zafri Muhammad Aisy,” ujarku.
“Nanti, kita akan buat jelaskan soal skandal ini, bawa abang kamu sekali. Kalau boleh bawa bukti yang kau orang adik beradik sebab reporter tak akan percayakan kita dengan mudah,” ujar Penyelia Anisa. Aku menganggukkan kepala.
*___*
Aku berjalan ke arah puluhan wartawan yang sedang menanti penjelasanku tentang skandalku. Aku menarik kerusi perlahan lalu duduk. Kerusi di sebelah sengaja dikosongkan kerana tempat itu dikhaskan untuk Zafri.
“Mana Zafri?” bisik Penyelia Anisa di telingaku.
“Dia mesej kata dia lambat sikit sebab jam,” ujarku berbisik.
“Bila kita nak mula ni?” tanya seorang wartawan.
“Sebentar, masih ada orang belum sampai,” ujarku. Penyelia Anisa mencuit tanganku.
“Pergi call dia,” aku mengangguk lalu bangun. Belum sempat aku membuka langkah, Zafri sudah muncul di hadapanku.
“Sorry,lambat..” ujarnya. Aku duduk semula di kerusi dan Zafri duduk di sebelahku.
Para wartawan mula berbisik sesama sendiri apabila melihat kelibat Zafri.
“Semua dah sedia? Kita mulakannya sekarang,” ujar seorang wartawan.
“Cik Zalfa, apa hubungan cik dengan lelaki yang berada di dalam foto tersebut?”
“Dia.. Abang saya,”
“Abang ke sampai kucup pipi segala?”
“Itu cara saya apabila saya berterima kasih kepadanya. Daripada kecil, saya kucup pipi abang saya sebagai tanda terima kasih,”
“Siapa lelaki yang di sisi cik Zalfa sekarang?”
“Dia ialah.. Abang saya,”
“Boleh tunjukkan bukti sebab muka kalian berbeza sangat?”
Aku dan Zafri mencapai kad pengenalan masing-masing lalu diletakkan di atas meja.
“Adakah ini cukup untuk kalian?” tanyaku.
Mereka melihat ic tersebut lalu mengangguk-anggukkan kepala mereka.
“Kami mendapat tahu bahawa abang cik Zalfa merupakan seorang VIP. Adakah itu benar?”
“Saya bukannya VIP,saya hanya pewaris kepada syarikat ayah saya sahaja,” balas Zafri.
“Cik Zalfa, di dalam IC cik menunjukkan bahawa cik adalah anak orang kaya dan berpangkal Tengku di hadapan nama. Kenapa cik lansung tidak mendedahkan keluarga cik kepada umum?”
“Saya ingin orang kenal saya sebab diri saya. Saya berdiri di atas kejayaan saya hasil titik peluh saya sendiri. Saya bukannya tidak mahu mendedahkan keluarga saya kepada umum. Tapi, saya tak nak orang cakap saya di puncak kejayaan ini kerana kemewahan harta. Saya tak nak sebegitu.. Tapi, tak sangka pula rahsia saya ini menyebabkan berlakunya skandal di antara saya dan abang saya sendiri. Kerana itu, saya ingin mendedahkan foto keluarga saya. Mudah-mudahan, saya tidak akan digosipkan bersama ayah sendiri atau abang sendiri nanti,” ujarku selamba.
Aku berjalan ke sebuah gambar yang ditutupi oleh kain lalu membukanya. Jelas, gambarku bersama keluargaku di situ.
Penyelia Anisa menepuk tangannya perlahan. Akhirnya, skandal berjaya diselesaikan dan nama Zalfa Nur Afruz bersih kembali.
*___*
Aku berlalu ke bilik tarian. Aku harus berlatih tarian lagu I Will Show Youkerana nanti aku ada konsert dan aku harus berlatih menari tarian yang sudah lama aku tinggalkan itu.
Aku membuka radio lantas mencari laguku. I found it!
You’re probably wearing the clothes I bought you You probably put on the cologne I bought you And right now, you’re probably meeting her and laughing
Did you like her that much that you had to leave me? How much more do I have to be better?
No matter how much I try to erase you We spent so many days together The past times are so regrettable that tears keep flowing but…
I will show you a completed changed me I will show you a way prettier me I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left
I will meet a hotter guy and I will show you for sure A me who is happier than you I won’t be sad without you, I won’t break down Boy you gotta be aware
I neatly change my hairstyle and carefully apply my makeup With my high heels and short skirt, everyone turns to look at me
If I ever run into you, I will give a dazzling smile Pass by your surprised face and click clack go on my way
I will show you a completed changed me I will show you a way prettier me I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left
I will meet a hotter guy and I will show you for sure A me who is happier than you I won’t be sad without you, I won’t break down Boy you gotta be aware
I will throw away the ring you gave me I will erase the letters you wrote me Without lingering attachment, without regret, I’ll forget you I wanna forget you, I wanna erase you
I will show you a completed changed me I will show you a way prettier me I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left
I will meet a hotter guy and I will show you for sure A me who is happier than you I won’t be sad without you, I won’t break down Boy you gotta be aware
Tiba-tiba terdengar tepukan dari arah belakang. Aku menutup radio lantas memandangnya.
“Jangan ganggu aku, Zayyan,” ujarku keras. Zayyan hanya tersenyum.
“Aku ingin pergi, tapi aku tak boleh. Lagu kita, kau lansung tak bekerjasama,” ujarnya.
“Lantaklah! Kau uruskanlah lagu itu sendiri! Janji ada part aku!” ujarku.
“Aku nak tuntuk ganti rugi dari kau,” ujarnya. Aku memandang ke arahnya. Apa pula ni?!!
“Kenapa pula?! Jangan ganggu hidup aku boleh tak? Pergi main jauh-jauh! Jangan ganggu aku!” aku mencapai botol air lalu meminumnya.
“Kau pijak kaki aku tahu, perempuan! Bengkak pula tu! Lepas tu, kau selamba aje blah!” ujar Zayyan.
“Eh! Kau pula fitnah aku macam-macam kau ingat aku boleh tahan? Padan muka kau!” ujarku selamba.
“Tapi, betul ke lelaki itu abang kau. Mungkin betul, itu abang kau. Tapi, orang yang kau cium itu orang lain. Boleh jadi kan?” ujar Zayyan.
“Kau nak rasa penampar tak?” ujarku keras.
“Amboi! Garangnya! Padanlah tiada kekasih, manakan tidak. Lelaki pun tak berani datang dekat,” aku mengetap bibir. Nanti, tak pasal-pasal je Zayyan makan penampar aku ni!
“You better shut up and get out!!” jeritku. Zayyan mengangkat kening. Tak kisah!
Dia berlalu ke radio lagu membuka lagu Crying. Sudah lama dia tak menari lagu itu.
Cuz I can’t see you no more Cryin’ cryin’ cryin’ (x4)
Oh! Baby listen to me for the last time I know that I can’t do anything but I will sing this song for the last time right here, to you baby
(Above my eyes) The scars remain, what to do? (The tears flowing in my eyes) Can’t you come back to me?
You’re my baby don’t go away You remain in my heart In this place that I met you I still wait only for you
Cuz I can’t see you no more Cryin’ cryin’ cryin’ (x4)
I go back to the time when we walked on Garosut road I didn’t know anything and I was happy but On this path I walk by myself, the only thing remaining is me without you
(Above my eyes) The scars remain, what to do? (The tears flowing in my eyes) Can’t you come back to me?
You’re my baby don’t go away You remain in my heart In this place that I met you I still wait only for you
Cuz I can’t see you no more Cryin’ cryin’ cryin’ (x4)
This last moment, this last day So that I won’t be in pain or sad tonight
Cuz I can’t see you no more Cuz I can’t see you no more Baby you’re breakin’ my baby you’re breakin’ my heart
You’re my baby don’t go away You won’t ever come back to me but In this place that I met you I still wait only for you
Cuz I can’t see you no more Cryin’ cryin’ cryin’ (x4)
Baby you’re breakin’ my heart Cuz I can’t see you no more
Aku menjeling ke arahnya. Crying.. Lagu Zayyan yang paling disukainya. Jangan uji hati aku Zayyan! Aku tak nak jatuh cinta!
Aku duduk di atas lantai. Penat yang ada masih bersisa.
Zayyan mencapai beberapa keping kertas lalu dilemparkan kepada Zalfa.
“Apa ini?” aku mengutip kertas-kertas itu.
“Lirik lagu Love Day. Aku dah atur,” ujar Zayyan. Aku mencapai lirik itu.
( I'm very curious, I'm curious about everything Why can't I go to sleep and can only see your face? ) - Zalfa ( I'm curious too, I'm curious about this heart Why is it that when I see you, laughter comes out first? ) -Zayyan
( When my friends are together and they mention you Why do I get so excited and want to hear more? ) - Zalfa ( If only you are there, I become someone else And I make random, awkward jokes ) - Zayyan
( Honestly, this feeling is so strange Is this what it feels like to be on top of a cloud? ) - Zalfa ( Is it like this, are we like this? If you feel the same way, have we already started? ) - Zayyan
( I like you very very much ) – Zalfa dan Zayyan ( I think I came to love you ) - Zayyan ( I want to say the same thing But is it okay if I do that? Should I wait a bit more? ) - Zalfa
( I also like you very very much ) – Zayyan dan Zalfa ( Honestly, this is the first time I'm feeling like this ) - Zalfa ( I will wait more (will you wait more- Zalfa) I will be here (will you be here- Zalfa) We are already feeling the same way ) - Zayyan
( What do you like about me? That's what I'm curious about Since when did I live in your heart? ) - Zalfa ( I'm curious too, I'm curious about your heart Whether you really like me and not hate me? ) – Zayyan
( There are so many pretty girls So is it true that you really only see me? ) - Zalfa ( Many handsome guys (who? - Zalfa) are by your side (where? - Zalfa) So how are you coming to me girl? ) - Zayyan
( Honestly, I keep imagining us This kind of feeling is so suspicious ) - Zalfa ( Underneath the same sky (underneath the same sky - Zalfa) We're thinking the same thoughts ) - Zayyan ( I think we can say the same things too ) – Zalfa dan Zayyan
( I like you very very much ) – Zalfa dan Zayyan ( I think I came to love you ) - Zayyan ( I want to say the same thing But is it okay if I do that? Should I wait a bit more? ) - Zalfa
( I also like you very very much Honestly, this is the first time I'm feeling like this ) – Zalfa dan Zayyan ( I will wait more (will you wait more - Zalfa) I will be here (will you be here - Zalfa) We are already feeling the same way ) - Zayyan
( Who likes who more? Do I like you more? ) - Zalfa ( That's not important to me ) - Zayyan ( If I extend my hand, will you never let go? ) - Zalfa ( I won't let go of your hand forever ) - Zayyan
( I like you very very much ) - Zalfa ( Honestly, I already love you ) - Zayyan ( I can say the same thing but ) - Zalfa ( Why do I keep shaking, why am I keep hesitating? ) – Zayyan dan Zalfa
( No I love you, you Now I will tell you everything of my heart ) – Zayyan dan Zalfa ( Will you believe in me (I'll believe in you - Zalfa) In my love ) - Zayyan (in this love - Zalfa) (Let's walk together side by side The two of us ) – Zalfa dan Zayyan
Aku melemparkan kertas itu ke tepi. Terkejut Zayyan dibuatnya.
“Kau ni kenapa? Elok-elok aku dah buat kau kata geli geleman pula? Esok, kita kena practise lagu ni! Datang tepat pukul 9 pagi!” ujar Zayyan seraya berlalu.
Aku mencapai lirik lagu itu. Mak oi!! Romantik sih!!
*___*
“Gila! Qaireen! Serius! Memang gila!!” ujarku sambil mundar-mandir di hadapan Qaireen.
“Kau ni kenapa? Duduk boleh tak? Pening kepala aku tengok kau mundar-mandir ni!” ujar Qaireen sambil makan keropok.
“Kau pun tahu ini pertama kali aku berduet kan?” Qaireen menganggukkan kepalanya.
“Memanglah! Tahniah la wei! Sebab kau berduet dengan Zayyan Rayyan yang handsometerlebih tu!!” Qaireen mula membuat suara gediknya. Aku mencebik.
“Handsomememang handsome! Tapi, aku geram sangat-sangat dengan sikap dia itu!” ujarku geram.
“Dia buat apa kat kau?” tanya Qaireen sambil duduk di sofa lalu menghidupkan tv.
“Dia tak makan saman!” ujarku geram. Kening Qaireen berkerut.
“Memanglah dia tak makan saman, kau pun tahu manusia tak makan kertas,” ujar Qaireen.
“Qaireen Nur Imtinan! Ish! Sakitnya hati aku dengan kau!!” aku duduk di sofa.
“Dia.. Zayyan! Lansung tak nak dengar cakap aku,”
“Memanglah, dah kau bukan wife dia,” potong Qaireen. Aku menjeling ke arah Qaireen.
“Aku dah beri warning kat dia, jangan ganggu aku. Jangan kacau aku atau aku beri penampar. Tapi, dia buat muka semberono je nyanyi dan menari depan aku,” ujarku.
“Wah!! Dia nyanyi lagu apa? Fuh! Dia mesti nyanyi lagu jiwang-jiwang kan! Wah, Zayyan nyanyikan aku lagu di depan semua.. Wah! Indahnya dunia!”
“Hentikan angan kau itu. Dia nyanyi dan menari lagu Crying. Dan kita orang di bilik tarian okay?” aku menjeling ke arahnya.
“Hampeh!”
“Ish! Dia dah cerebohi hak privasi aku tahu! Kalau dulu, aku masuk je bilik tarian tiada siapa berani masuk. Dia pula! Sesedap hati dia aje guna bilik tarian itu waktu aku ada! Geramnya!” aku mencapai keropok yang dipegang oleh Qaireen lalu berlalu ke balkoni.
Qaireen hanya mengangkat bahu sambil menonton berita.
Aku memandang keindahan alam. Ah! Huru hara hidup aku selepas dia muncul! Argh!! bencinya!
“Zalfa! Tengok ni!” panggil Qaireen. Aku berlalu ke arah Qaireen.
“What?!! It is impossible! Sejak bila aku makan-makan dengan Zayyan ni?!”
Terbuntang mataku apabila melihat tajuk itu. Zalfa dan Zayyan bercinta?
“Kau tengok ni.. Mereka kata kau dengan Zayyan bercinta sebab Zayyan tak pernah berduet tiba-tiba dia ingin berduet dengan kau! Lepas tu mereka kata lelaki yang sebenarnya kau kucup pipi tu Zayyan tapi kau sembunyikan dengan mengatakan yang kau cium pipi Zafri.Selepas itu, seorang pekerja kata kau dengan Zayyan dalam bilik tarian bersama-sama sedangkan tiada siapa pernah masuk bilik tarian sewaktu kau ada. Lepas itu, ada yang mendakwa kau makan bersama dengan Zayyan di restoran mewah. Fuh! Sejak bila pula kau bercinta dengan Zayyan?” Qaireen memandang ke arahku.
“Aku tak pernah bercinta dengan dia lah! Sejak bila pula aku cium pipi Zayyan ini?! Sejak bila pula aku pergi restoran mewah dengan Zayyan ni? Kenapalah sekarang aku penuh dengan skandal pula ni? Ingatkan dah selesai!” aku duduk di atas sofa lemah.
Aku terpana apabila melihat gambar aku dan seorang lelaki yang didakwa mereka Zayyan itu masuk ke dalam restoran mewah. Bukan baju ini aku pakai bila.. aku dan Zafri pergi ke restoran untuk sambut annivesary bonda dengan ayahanda ke? Sejak bila pula aku pergi dengan Zayyan? Baju yang sama dengan Zafri tapi wajahnya Zayyan? Sah! Ini editoryang buat ni!
“Baju ini baju Zafri.. Tapi kenapa mukanya Zayyan?” Qaireen merenungku.
“Dia orang edit,” ujarku.
“Habis macam mana kau nak selesaikan ni?” tanya Qaireen. Aku mengetap bibir. Macam mana ni?
“Aku tak tahu..” aku menggeleng lemah.
*___*
Aku mengetap bibir sambil memandang penyelia Anisa. Zayyan di sebelah terpana.
“Sejak bila pula aku keluar dating dengan minah ni?” ujar Zayyan. Dia meraup wajahnya. Susahlah mereka nak survive dalam skandal ni!
“Apa kata kamu, Zalfa? Mereka akan lebih kata macam-macam bila syarikat nak buat konsert kamu dan Zayyan bersama. Macam mana ni Zalfa?” tanya Penyelia Anisa. Dia pun turut terpaku apabila membaca tajuk itu. Setahunya, Zayyan dan Zalfa tak pernah berjumpa sebelum ini.
“Zalfa.. Zalfa tak tahu! Setahu Zalfa, Zalfa tak pernah ke restoran mewah dengan mamat senget ni! Baju yang lelaki ini pakai baju abang Zafri. Tapi, kenapa wajahnya Zayyan?” Aku tunduk menekur lantai. Zayyan meraup mukanya.
“Zayyan, Zalfa.. Kita diamkan dahulu tentang perkara ini. Sekarang kamu berdua tumpukan perhatian dengan single kamu berdua dahulu. Nanti, saya try fikirkan,” ujar Penyelia Anisa. Aku dan Zayyan mengangguk lemah.
*___*
Aku berlalu ke tempat penggambaran. Aku sudah dimaklumkan dengan tema yang diberikan. Dalam lagu ini, aku seorang pelajar kolej telah jatuh cinta dengan seorang lelaki.
Pengakhirannya, aku bahagia hidup bersama dengan Zayyan.
Hari ini, hari terakhir penggambaran dan aku kena berlakon dengan Zayyan. Argh! Geram di hati jangan dikata. Aku tak sangka pula single terbaru aku bersama Zayyan telah menimbulkan gosip dan skandal.
Iyelah! Sesedap hati gambar abang aku dia orang edit jadi gambar Zayyan. Geram betullah! Nasib ayah faham! Kalau tak, aku dah kena bersara dari dunia seni tahu!
“Zalfa!” panggil jurugambar. Aku bergerak ke arahnya.
“Nanti, kau orang berdua main air di laut ini, buat macam happy ok?” aku hanya mengangguk lemah.
Perlahan-lahan aku menapak ke arah laut. Zayyan turut mengikut jejak langkah aku dari belakang.
“1! 2! 3! Action!”
Aku menolak air di tanganku kepada Zayyan. Terbuntang mata Zayyan. Dia membalasnya kembali. Basahlah badan aku nanti!
Aku membalasnya semula dengan senyuman yang terukir di bibir. Plastik ya amat! Huh! Kalau diberi pilihan, aku pun tak nak shooting dengan mamat ni! Menyeksa hidup tahu!
Hati Zayyan tiba-tiba berdetak kencang apabila melihat Zalfa. Argh! Perasaan yang sama hadir ketika bersama Zuyyin dahulu. Ya Allah, setelah beberapa bulan aku menyendiri, inikah cinta kedua ku? Mungkinkah, ini penghujung cintaku?
*___*
Hari ini aku akan record lagu dengan Zayyan. Fuh! Nasib lirik ini ada.. Kalau tak pengsanlah aku!
“Woi minah! Kau hafal tak lagi lirik lagu itu?” tanya Zayyan. Aku memegang dada. Terkejut kot!
“Jangan sibuk hal aku boleh tak? Kau lah orang yang paling busy body dalam kehidupan aku! Jangan ganggu aku faham?!” ujarku sebelum berlalu. Nasibku tidak baik kerana tiba-tiba kakiku terpelecok.
“Aduh! Sakitnya!” aku terduduk. Argh! Tiada hari lain ke nak terkehel pun?
Aku memandang Zayyan yang sedang mentertawakanku. Bangang betul mamat ni!
“Tolong! Angkat aku!” aku membuat mimik kasihan.
“Tak takut skandal ke cik Zalfa oi?” aku mengetap bibir. Kureng punyer Zayyan. Aku memandang sekeliling. Kosong. Tiada orang.
“Mana ada orang!” ujarku sambil mengetap bibir.
“Tolonglah Zayyan! Sakit ni!” ujarku manja.
Tersirap darah Zayyan. Hatinya berdebar tidak menentu. Perasaannya ketika mebuat shooting mv bersama dengan Zalfa kembali untuk sekali lagi. Inikah cinta kedua ku? Mungkinkah, ini penghujung cintaku?
“Manja betul!” Zayyan duduk di hadapanku. Dia memegang pergelangan kakiku.
“Auch! Sakitlah!” ujarku geram.
“Kau punya kaki terkehel ni,” ujar dia lantas memperbetulkan kembali kakiku. Aku cuba menggerakkan kakiku. Eh! Dah tak sakit!
“Thank you, Zayyan. Jasa kau akan aku kenang!” ujarku selamba lalu berlalu pergi. Zayyan memandang dengan kerutan di dahi. Yang itu aje? Ingatkan nak kissaku macam dia kiss abang dia..
*___*
Aku mencapai telefon bimbit yang berdering.
‘Penyelia Anisa’
Hish! Apa lagi lah yang andartu ni nak kat aku ni? Cuti-cuti pun kacau lagi ke? Geramnyer!!
“Cik Anisa, hari ini Zalfa cuti, so kalau nak suruh Zalfa datang kerja, suruh lain kali yer? Sebab Zalfa perlukan cuti. Cuti Zalfa pernah kena Zalfa cancel sebab skandal. So, let me rest today, can you?” ujarku panjang berjela.
“Nope! You can’t! Datang ke pejabat sekarang Zalfa!” arah Penyelia Anisa.
“I’m tired Cik Anisa and I need rest!” ujarku lemah.
“Ada foto terbaru tentang Zayyan dengan kamu!” ujar Penyelia Anisa. Aku terasa seperti jantungku hendak terkeluar. Foto lagi?
“I’m coming!” ujarku. Aku mengganti seluar trackshot dengan seluar slack. Baju t-shirt ku ditukar dengan blouse dan kotku dicapai. Rambutku yang separas pinggang itu diikat.
Aku mencapai kunci kereta lalu memandu BMW M5 aku kepejabat. Sejurus sampai di pejabat, aku terlihat wartawan di hadapan pintu pejabat. Aku mencapai Samsung SIII milikku.
“Hello, Nisa. Zalfa ada di luar sekarang dan wartawan tengah kerumuni pintu pejabat. Macam mana Zalfa nak masuk?” tanya ku.
“Err.. Nanti saya hantar pengawal. Kamu duduk dalam kereta dahulu,” ujar Penyelia Anisa lalu mematikan panggilan.
Selang beberapa minit pengawal keluar lalu menghadangwartawan. Belum sempat aku keluar, Zayyan terlebih dahulu membuka pintu kereta.
“What are you trying to do?” soalku geram. Makin banyaklah spekulasi tentang aku dan Zayyan nanti.
“Awak akan tahu nanti,” ujarnya selamba. Aku makin pelik. Lelaki ini cakap saya-awak dengan aku? Biar betul!
Dengan jiwa yang membara, aku keluar dari kereta. Aku mengunci pintu lalu berjalan beriringan dengan Zayyan masuk ke dalam pejabat.
“Kau cuba nak buat apa Zayyan? Kau nak buat orang percaya yang kita ni kekasih? Macam tu?!” tanyaku keras.
“Penyelia Anisa yang suruh aku jemput kau, okay? Sekarang kita kena jumpa Penyelia Anisa dahulu,” ujarnya sambil berlalu. Ish! Geramnya!
Sampai di pejabat Penyelia Anisa, tanpa ketukan aku terus membuka pintu.
“Duduk, Zalfa, Zayyan,” pelawa Penyelia Anisa.
“Perkenalkan penyanyi baharu kita, Dhia Delisha,” aku memandang sekilas ke arah Delisha lalu memandang ke arah Penyelia Anisa semula.
“I came here because that picture! Kalau bukan disebabkan gambar itu, Zalfa tak akan datang sini tahu!” ujarku geram.
Penyelia Anisa mencapai beberapa keping gambar lalu ditunjukkan kepada aku.
“What are these? Ergh! Siapa lah yang pandai-pandai tangkap gambar ni? Ergh!” aku meraup wajah. Gambar aku dan Zayyan sewaktu aku terkehel hari itu diperhatikan semula.
“Can both of you explain me?” Penyelia Anisa memandang ke arah Zayyan dan Zalfa tajam.
“Kaki Zalfa terkehel. Itu saja! Dah kebetulan dia ada di situ, dia tolong lah Zalfa!” ujar aku. Ish! Geramnya aku dengan orang yang pandai-pandai tangkap gambar ini. Of course, orang yang tangkap gambar ini orang dalam. Wartawan tak akan terlepas masuk ke dalam pejabat.
“Masalahnya sekarang, takkan kamu tak perhati orang dahulu?” tanya Penyelia Anisa geram.
“Dah, Zalfa dah perhati dah! Tiada orang! Zalfa pun tak tahu sejak bila orang yang tangkap ni muncul!” ujarku lagi. Geram di hati usah dikata.
“Sekarang, satu sahaja penyelasaiannya! Kau orang berdua mengaku tentang hubungan kau orang berdua,” ujar Penyelia Anisa.
“Mengaku kita orang ni sekadar berkawan ke?” tanya Zayyan.
“Tak! Mengaku yang kau orang kekasih,” ujar Penyelia Anisa.
“What?! Saya dengan dia?! Impossible!!”ujarku dan Zayyan serentak. Penyelia Anisa serta Delisha menutup telinga mereka.
“Boleh tak jangan menjerit? Yang itu sahaja yang terbaik untuk kau orang berdua untuk sekarang.. Nanti, beberapa bulan nanti kau orang putuslah,” ujar Penyelia Anisa selamba.
“Tetap tak boleh! Kalau couple dengan dia, mesti kena date dengan dia, masalahnya sekarang apa Zalfa nak jawab dengan family Zalfa? Nanti tak pasal-pasal ayah suruh Zalfa quit jadi penyanyi, sambung belajar dalam bisnes dan urus syarikat. Zalfa tak nak!” ujarku tegas.
“Zalfa! Kamu boleh terangkan sebab apa kamu terpaksa buat begini kepada keluarga kamu. Tolonglah! Kalau kamu tak nak tengok syarikat muflis kamu berdua teruslah buat begini,” ujar Penyelia Anisa. Aku mengetap bibir.
“Nantilah Zalfa fikirkan,” ujar ku lalu mencapai beg tangan dan berlalu.
Delisha memandang ke arah Zalfa yang berlalu. ‘Perempuan ni tak kenal aku ke? Ataupun, memang tak pandang aku lansung?’
*___*
“Tiada cara lain ke selain nak umumkan kau orang ni pasangan kekasih?” tanya Zafri. Aku meraup muka.
“Tak tahu.. Mungkin tiada, sebab tu mereka suruh buat macam ni,” ujarku.
“Nanti, kalau umumkan kau orang pasangan kekasih, dia orang akan tanya bila nak kahwin dan sebagainya,” ujar Zafri lagi.
“Penyelia Anisa kata semua ini hanya untuk sementara.. Beberapa bulan nanti kita orang umumkan yang kita orang dah putuslah,” ujarku selamba.
“Ayah dan bonda setuju tak?” tanyaku lagi. Pendapat mereka lebih penting dari segalanya.
“Bawa Zayyan jumpa ayah dahulu,” ujar ayah dan aku tahu keputusan itu muktamad. Zayya, aku harap kau sudi untuk berkompromi.
*___*
“Bagaimana dengan penerimaan keluarga kamu Zalfa?” tanya Penyelia Anisa sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas sofa. Aku memandang Delisha yang sedang memandangku. Sekarang, aku ingat! Dia ialah kekasih Danish.Tapi, kenapa dia di sini?
“Dia orang nak jumpa Zayyan,” ujarku. Automatik mata Zayyan memandang ke arahku.
“Mereka nak jumpa aku untuk apa?” tanya Zayyan. Aku hanya mengangkat bahu.
“Pergi je lah, bukannya nak jumpa bakal mertua pun jumpa bapak aku je,” ujarku selamba.
“Kot-kotlah boleh jadi mertua ke,” ujar Zayyan selamba. Aku menjeling ke arahnya.
“Tiada maknanya!”
“Aku tak kata kau, aku kata kakak kau,” balas Zayyan. Aku mengetap bibir. Ceit! Mamat ni ada hati dekat Qaireen rupanya.
“Tetap tak boleh,”balasku.
“Kenapa pula?”
“Qaireen itu abang Zaf punya!” balasku. Sorry,Qaireen! Tapi, memang dia mak we abang Zaf pun!
“Woi! Haramlah! Mana boleh adik beradik bercinta!” ujar Zayyan.
“Dia kakak angkat aku je,” balasku.
“Ceh! Padanlah manja! Dia seorang je ke anak perempuan?” ujar Zayyan selamba. Aku mengetap bibir. Aku mencapai bantal lalu dibaling kepada Zayyan sebelum berlalu pergi.
“Erk! Aku just cakap je..” Penyelia Anisa menggelengkan kepalanya manakala Delisha merenung Zayyan tanpa berkelip.
“Hati perempuan.. Memang sensitif!”
*___*
Aku memandu masuk ke dalam Villa Mahligai. Kereta Zayyan mengikuti keretaku. Aku memarkirkan kereta di hadapan Villa lalu berlalu masuk ke dalam Villa Mahligai.
“Zalfa! Tunggulah dahulu!” jeritan Zayyan mematikan langkahku. Aku berpaling ke arahnya.
“Mana ayah kau?” tanya Zayyan. Aku melambai ke arah seorang pekerja. Dia menghampiriku.
“Tolong bawa Encik Zayyan untuk berjumpa dengan Tengku Zainal yer dan tolong maklumkan yang perjumpaan di antara Encik Zayyan dan Tengku Zainal perlu dirahsiakan. Siapa yang didapati memberitahu hal ini kepada paparazi akan dipecat serta merta, faham?” arahku. Aku berlalu ke bilik Qaireen meninggalkan Zayyan sendirian.
Zayyan mengikut jejak langkah pekerja itu. Apabila tiba di hadapan bilik Tengku Zainal, pekerja itu mengetuk pintu. Selepas mendengar perkataan masuk, pekerja itu memberikan arahan kepada Zayyan untuk menunggu terlebih dahulu.
Setelah pekerja itu keluar, dia menyuruh Zayyan masuk.
Zayyan melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Zainal.
“Jemput duduk,” ujar Tengku Zainal. Zayyan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Tengku Zafri Muhammad Aisy. Dia menundukkan kepala kepada Zafri.
“Kamu tahu sebab apa saya panggil awak ke sini?” tanya Tengku Zainal. Zayyan menggelengkan kepalanya. Jujur dia tak tahu apa sebabnya dia dipanggil ke sini.
“Kalian merancang untuk memberitahu bahawa kau orang ni kekasih padahalnya bukan kan?” Zayyan menganggukkan kepalanya. Masih tidak faham dengan tujuan Tengku Zainal untuk berjumpanya.
“Kalau boleh, saya nak awak dan Zalfa berkahwin. Iyalah, kalau kamu berdua umumkan yang kau orang berpisah pastinya Zalfa akan dicerca. Saya tidak mahu begitu! Saya nak hubungan awak dan Zalfa akan berkekalan hingga ke akhirnya,” ujar Tengku Zainal. Zayyan terpana.
“Bagaimana Tengku tahu?” soalnya perlahan. Dia mengetap bibir.
“Zayyan. Kita lelaki. Saya faham perasaan awak. Awak cintakan Zalfa tetapi awak ego. Tidak mahu ungkapkan cinta,”
“Dah, layanan dia kepada saya pun macam musuh aje. Macam mana saya nak cakap?” balas Zayyan.
“Zalfa. Dipermainkan oleh lelaki merupakan mimpi buruknya. Kerana itu, sikapnya menjadi dingin terhadap lelaki. Jangan risau! Kalau kau sentiasa menemaninya dan mengubah persepsinya terhadap lelaki, dia akan cintakan kau. Satu sahaja. Sentiasa menemaninya dan sentiasa menyintainya. Lama kelamaan dia akan menyintai kau semula,” ujar Zafri. Zayyan hanya mengangguk.
“Nanti kamu hantar rombongan meminang. Hal-hal lain saya akan uruskan,” ujar Tengku Zainal. Zayyan hanya mengangguk.
*___*
Aku duduk di kerusi, di sisiku Zayyan dan juga Penyelia Anisa. Kamera berkelip tanpa henti. Pinau mata dibuatnya.
“Apakah hubungan yang terjalin di antara Encik Zayyan dan Cik Zalfa?”
“Kami.. Pasangan... Kekasih,” lambat-lambat perkataan itu keluar dari bibir Zayyan.
“Kenapa perlu rahsiakan hubungan ini kepada umum?”
“Kerana kami tak pernah sangka umum akan tahu hubungan kami ini,” tutur Zayyan. Aku hanya berdiam diri. Biar dia sahaja yang berbicara. Aku lebih rela membatukan diri.
“Sudah berapa lama Encik Zayyan dan Cik Zalfa berkenalan?”
“Baru 5 bulan. Masih terlalu baru untuk kami dedahkan hubungan kami kepada umum,” ujar Zayyan lagi.
“Pernah atau tidak kalian berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat?”
“Acap kali juga saya berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat tetapi saya rasa saya perlu seimbangkan kewangan saya dahulu sebelum mengahwini Zalfa, tetapi In Shaaa Allah, jika Tengku Zainal, ayah Zalfa merestui saya akan mengahwini Zalfa dalam masa terdekat,”
Aku termangu. Biar betul mamat ni? Hey, apalah yang ayah aku dengan mamat ni bincang hari itu?
“Encik Zayyan sudah beberapa tahun dalam bidang seni. Tidak akanlah kewangan Encik Zayyan belum stabil?”
“Saya berharap untuk membuat perkahwinan yang grand agar perkahwinan saya digelar wedding of the year. Oleh sebab itu, saya perlu menyimpan duit lagi,” balas Zayyan. Macamlah perkahwinan kita akan terjadi, Zayyan?
“Apakah tema yang akan Cik Zalfa pilih untuk perkahwinan ini?”
Terkedu aku seketika. Tema?
“Saya harap perkahwinan saya akan menggunakan tema royalty. Sebab saya pun kerabat diraja kan?” ujarku yakin. Memang aku berharap untuk menggunakan tema royaltypun!
Zayyan menjeling sekilas ke arah Zalfa. Royalty? Wah! Pasti menelan belanja yang banyak ini! Aku perlu kumpul duit lagi!
*____*
Aku duduk termangu di balkoni. Kahwin? Dengan Zayyan? Teringat aku dengan kata-kata yang terbit dari bibir ayah.
‘Zayyan hantar rombongan meminang pagi tadi dan ayah dah terima. Kamu dan Zayyan akan ditunangkan minggu hadapan. Dan, akan bernikah seminggu selepas itu. Keputusan ayah muktamad’
Zayyan, apa yang jejaka ini fikirkan? Hendak mengahwini aku yang tidak pernah berlaku baik terhadapnya. Ah! Lelaki ini menambahkan masalah aku yang sedia ada!
Huhu, konsert aku hari Khamis minggu depan means sehari sebelum pernikahan aku! Argh! Aku tak nak batalkan konsert!! Nayalah aku kalau begini terus!
*___*
Zayyan menghulurkan sekeping kad kepada Penyelia Anisa. Penyelia Anisa menyambutnya perlahan bersama kerutan di dahi. Dia membukanya perlahan.
“What? You and Zalfa?! I can’t believe this! Sejak bila you all bercinta?” tanya Penyelia Anisa. Zayyan hanya mengukir senyuman tipis.
“Ada sesuatu yang kita boleh beritahu, dan ada sesuatu yang kita tidak boleh beritahu kepada orang lain. Jadi, percintaan saya dan Zalfa. Biarlah rahsia..” ujar Zayyan.
“Oh yeah? But, I just wonder. Kau orang selalu bergaduh and tak nampak pun macam orang yang dilamun cinta. That is why I’m being confused,” ujar Penyelia Anisa.
“Like what I have said. Biarlah rahsia. Saya pergi dahulu. Jangan lupa datang tahu!” ujar Zayyan seraya berlalu.
Penyelia Anisa mengangguk lalu meneruskan semula kerjanya. Tiba-tiba, pintunya diketuk sekali lagi.
“Come in,” ujarnya. Delisha melangkah masuk perlahan lalu duduk di hadapan Penyelia Anisa.
“What is that card?” tanya Delisha. Dia mencapai kad itu. Macam kad kahwin.
“Try to open it,” ujar Penyelia Anisa selamba. Delisha membuka perlahan kad itu bersama kerutan di dahinya.
“Zayyan with Zalfa?!” kuat lontaran suaranya. Dia memandang Penyelia Anisa dengan pandangan yang tidak dimengertikan.
“Yup! Saya pun tak tahu sejak bila mereka bercinta. Tup-tup, tadi Zayyan beri kad,” ujar Penyelia Anisa.
Delisha mengetap bibirnya. Sekali lagi, hati orang yang dicintainya menjadi milik Zalfa!
*___*
Aku memandang tanganku yang kini ditambah dengan kehadiran cincin yang bertakhta berlian. Kini, aku sudah sah menjadi tunangan Zayyan. Cincin di jari direnung untuk kesekian kalinya. Rasa macam tidak percaya sahaja. Biar betul aku sudah bertunang?
Apalah tanggapan wartawan apabila memandang cincin di jari manis ku ini? Sudahkah Zayyan memberitahu tentang perkahwinan kami kepada Penyelia Anisa? Apakah tanggapannya terhadap aku?
Bunyi mesej berbunyi menyentakkan aku.
‘Selepas konsert nanti, tolong umumkan tentang perkahwinan kamu berdua. – Penyelia Anisa’
Mak! Hampir terjatuh aku dari katil! Zayyan! Kau dah beritahu penyelia Anisa?! Argh! Geramnya aku!!
“Zalfa!!!”
Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Now what?!
“Wei, gambar kau dahulu dibocorkan dan kini reporter tengah kejar kau tahu?! Mereka nakkan penjelasan dan persoalan paling penting yang mereka nak tanya ialah. Kau buat pembedahan plastik ke?”
“What?!! Ah! Aku tak boleh keluar rumah lah lepas ni!! Macam mana boleh terbocor?” tanyaku. Aku tahu yang pekerja aku setia kerana tidak pernah lagi mereka mengkhianati kepercayaan kami.
“Aku tak tahu.. Yang aku tahu bukan pekerja kita atau sesiapa yang dalam rumah ini sebab gambar dia nampak ditangkap secara sembunyi-sembunyi,” ujar Qaireen.
Satu demi satu hal berlaku kepada aku. Kenapalah tahun 2012 ni banyak konflik sangat?!
Bunyi telefonku berdering sekali lagi. Of course Penyelia Anisa. Mesti dia baru tahu tentang hal ini.
“I know what are you trying to say but Zalfa akan jelaskan semuanya selepas tamat konsert, okay?” aku mematikan panggilan. Kusut!!
*___*
Aku mengetap bibir. Sebentar lagi, aku akan berduet bersama dengan Zayyan. Zayyan? Dah lama aku tak nampak kelibat lelaki itu, atau dia sengaja menyembunyikan diri dariku.
“Zalfa. It’s your show time!” ujar seorang pekerja. Aku berlalu ke pentas. Wajah Zayyan di atas pentas aku renung, seolah mendapat semangat baharu aku berjalan dengan penuh yakin.
“It is our first duet. Terimalah, Love Day,” Zayyan merenung ke arahku.
Bunyi muzik berkumandang perlahan.
( I'm very curious, I'm curious about everything Why can't I go to sleep and can only see your face? ) - Zalfa ( I'm curious too, I'm curious about this heart Why is it that when I see you, laughter comes out first? ) -Zayyan
( When my friends are together and they mention you Why do I get so excited and want to hear more? ) - Zalfa ( If only you are there, I become someone else And I make random, awkward jokes ) - Zayyan
( Honestly, this feeling is so strange Is this what it feels like to be on top of a cloud? ) - Zalfa ( Is it like this, are we like this? If you feel the same way, have we already started? ) - Zayyan
( I like you very very much ) – Zalfa dan Zayyan ( I think I came to love you ) - Zayyan ( I want to say the same thing But is it okay if I do that? Should I wait a bit more? ) - Zalfa
( I also like you very very much ) – Zayyan dan Zalfa ( Honestly, this is the first time I'm feeling like this ) - Zalfa ( I will wait more (will you wait more- Zalfa) I will be here (will you be here- Zalfa) We are already feeling the same way ) - Zayyan
( What do you like about me? That's what I'm curious about Since when did I live in your heart? ) - Zalfa ( I'm curious too, I'm curious about your heart Whether you really like me and not hate me? ) – Zayyan
( There are so many pretty girls So is it true that you really only see me? ) - Zalfa ( Many handsome guys (who? - Zalfa) are by your side (where? - Zalfa) So how are you coming to me girl? ) - Zayyan
( Honestly, I keep imagining us This kind of feeling is so suspicious ) - Zalfa ( Underneath the same sky (underneath the same sky - Zalfa) We're thinking the same thoughts ) - Zayyan ( I think we can say the same things too ) – Zalfa dan Zayyan
(I like you very very much ) – Zalfa dan Zayyan ( I think I came to love you ) - Zayyan ( I want to say the same thing But is it okay if I do that? Should I wait a bit more? ) - Zalfa
( I also like you very very much Honestly, this is the first time I'm feeling like this ) – Zalfa dan Zayyan ( I will wait more (will you wait more - Zalfa) I will be here (will you be here - Zalfa) We are already feeling the same way ) - Zayyan
( Who likes who more? Do I like you more? ) - Zalfa ( That's not important to me ) - Zayyan ( If I extend my hand, will you never let go? ) - Zalfa ( I won't let go of your hand forever ) - Zayyan
( I like you very very much ) - Zalfa ( Honestly, I already love you ) - Zayyan ( I can say the same thing but ) - Zalfa ( Why do I keep shaking, why am I keep hesitating? ) – Zayyan dan Zalfa
( No I love you, you Now I will tell you everything of my heart ) – Zayyan dan Zalfa ( Will you believe in me (I'll believe in you - Zalfa) In my love ) - Zayyan (in this love - Zalfa) (Let's walk together side by side The two of us ) – Zalfa dan Zayyan
Aku memandang ke arah Zayyan. Zayyan memandang ke arahku semula.
Degupan jantung ini mula tidak teratur. Seperti bersama Danish dahulu, mungkinkah dia cinta keduaku? Mungkinkah, ini penghujung cintaku?
*____*
Aku memandang ke hadapan. Berpuluh-puluh wartawan menanti penjelasanku berkenaan skandalku.
“Benarkah wajah Cik Zalfa dahulu sebegitu?” aku mengetap bibir perlahan. Suara Zafri seolah-olah terdengar di corong telingaku.
‘Zalfa tak buat salah. Tiada apa yang perlu Zalfa takutkan. Zalfa tak buat pembedahan plastik. Ini wajah Zalfa yang sebenar! Don’t be afraid and stay strong!’
Aku mengangguk perlahan.
“Benarkah Cik Zalfa melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan jelita?”
“Saya tak pernah melakukan pembedahan plastik. Ya, dahulu saya memang begitu. Namun, ada satu kejadian yang membuatkan saya rasa saya perlu berubah. Saya meminta pertolongan Qaireen, kakak angkat saya aka bakal kakak ipar saya untuk ubah diri saya menjadi cantik dan bergaya. Sepanjang hari itu, kami keluar shopping dan akhirnya bil meningkat sampai berpuluh-puluh ribu. Nasib ayah tak marah, kalau tak habislah dia tarik kereta Mazda saya,” ceritaku.
“Encik Zayyan, jika wajah Cik Zalfa sekarang masih seperti dahulu. Adakah Encik Zayyan akan menyintainya?”
Tersirap darahku mendengar soalan itu. Soalan yang memerangkap Zayyan. Aku memandang ke arahnya.
“Saya akan tetap menyintainya kerana saya menyintai dia kerana dirinya bukannya disebabkan wajah atau hartanya,” ujar Zayyan dengan penuh keyakinan.
Aku memandang ke arah wajah itu. Wajah yang penuh dengan kejujuran dan keyakinan itu memerangkap aku. Dia ikhlas mencintaiku. Mungkin, tiba saatnya untuk aku membalas cintanya.
“Cik Zalfa, sebenarnya ada sesuatu yang saya nak tanya kepada cik Zalfa. Cincin di jari manis cik Zalfa itu cincin apa? Sebelum ini Cik Zalfa tak pernah memakai walau sebentuk cincin,” ujar seorang wartawan.
“Ini cincin.. Pertunangan kami,” perlahan aku menyebutnya sambil menyentuh perlahan cincin itu.
“Tahniah! Bila majlis perkahwinan Encik Zayyan dan Cik Zalfa?”
“Mungkin dalam masa terdekat kerana perkahwinan kami dilansungkan bersama dengan perkahwinan abang Zalfa dengan pasangannya. Tengku Zainal yang hendakkan perkahwinan kami dilansungkan bersama,” ujar Zayyan.
Aku hanya mendengar. Jujur, aku tak pernah lansung ambil kisah tentang perkahwinan ini. Semuanya diuruskan oleh Tengku Zainab dan Tengku Zainal.
*___*
Dengan sekali lafaz, aku menjadi milik Zayyan Rayyan. Aku kini menjadi hak milik mutlaknya dan aku wajib menyintainya.
Cincin di jari ditenung lama. Tiga berlian di atasnya, dan ia menandakan Islam, Iman dan Ihsan. Credit to penulis Suami Aku Ustaz sebab beritahu aku soal ini.
“Afruz?” panggil Zayyan. Aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Keningku berkerut.
“You look weird in t-shirt,” ujarku. Serius! Aku tak pernah tengok dia pakai t-shirt, kerana Zayyan orang yang smart.
“Maybe, I’m looking weird but I still handsome, right?” ujarnya lalu melabuhkan punggung di sisiku.
“Perasan!” ujarku selamba. Tanganku bermain-main dengan cincin itu. Tiba-tiba dia menangkap tanganku. Spontan mataku beralih kepadanya.
“Cantik sangat ke cincin tu sampai lansung tak pandang abang, hm?”
“Mungkin,” balasku selamba. Tangannya jatuh ke pahaku.
“Oh, mungkin ye?” Dia mencapai tanganku lalu mengambil cincin itu. Terbuntang mataku melihatnya.
“Pulangkanlah balik!” arahku.Dia menjongket kening lalu mengangkat cincin itu dengan lebih tinggi. Aku mengetap bibir geram. Aku menghampiri Zayyan yang sedang berdiri berdekatan dengan katil.
“Give it to me, Zayyan!” Aku tahulah tinggi aku ni setakat hidung dia aje, tapi janganlah buat aku macam ini!
“Can you adress me abang?” ujarnya dengan riak wajah serius. Aku mengetap.
“Fine, I will call you, abang!” ujarku sambil memanjat katil.
“Yes! I caught it!” aku memakaikan semula cincin itu di jari manisku.
“Mana aci! Main tipu!” ujarnya. Aku membuat muka selamba lalu turun dari katil. Dia mengejar aku laju. Hingga akhirnya, aku terperangkap di dinding. Kedua-dua tangannya diletakkan di dinding bagi mengelakkan aku untuk lari.
“I got you, girl,” ujarnya menggoda. Tangannya merangkul pinggangku untuk mendekatkan aku kepadanya. Dia menguraikan rambutku yang sedikit serabut.
Semakin lama semakin dekat jaraknya dengan aku dan akhirnya bibir kami bersentuhan mesra.
“I love you and always loving you, girl,” ujarnya setelah melepaskan pautan bibir kami. Tangannya menjalar ke belakangku dan aku hanya merelakannya. Senyuman lebar terukir di bibirnya.
Pertama kali dilukai oleh cinta pertama, hatiku berfikir. Mungkinkah aku untuk jatuh cinta lagi? Mungkinkah aku untuk menemui cintaku untuk kedua kalinya?
Zayyan Rayyan, lelaki yang lansung tidak mengendahkan amaran dan laranganku dan akhirnya memerangkap kami ke arah skandal yang tidak ada noktahnya. Dia ialah lelaki pertama yang menyintaiku kerana diriku. Bukannya rupa ataupun harta. Dan, aku akan menyintainya kerana dirinya sendiri dan bukan kerana harta atau rupa parasnya.
Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya. Berikanlah kami cahaya mata yang menyejukkan hati dan jiwa. Berkatilah kehidupan kami ini Ya Allah. Hanya padaMu, kami meminta dan memohon..
Oh ya! Lupa pula! Tentang gambar lama itu, rupa-rupanya Delisha yang bocorkannya. Abang Zafri ada tanya aku apa aku ingin Delisha ditangkap atau tidak? Aku menggelengkan kepala. Biarlah Delisha hidup sendiri, jangan ganggu aku sudah!
Sekrang Delisha bekerja di syarikat lain. Rupa-rupanya kehadiran dia di pejabat aku itu hanya kerana dia merupakan sepupu kepada Penyelia Anisa. Padanlah pelik semacam.
Ya Allah, kini aku bahagia! Bahagia hidup di samping keluarga tercinta! Berkatilah hidup kami Ya Allah...
*___TAMAT___*
p/s: LAST cerpen by Lia. Lia harap readers puas hati dengan pengakhiran cerita yg pnjang berjela ini. Lastly, novel Peperangan Cinta akan dipost setiap 2 minggu oleh my dearest sister, Ayiz bermula minggu hadapan.
Enjoy this cerpen.. I'll miss my laptop, handphone and novel. Lastly, Lia minta maaf sangat-sangat kalau ada kesalahan Lia sepanjang Lia berkarya. Assalamualaikum semua..