Sabtu, 31 Agustus 2013

Cinta Si Gadis Kebun ( Bab 3 )


“AKU terima nikahnya Aisya Batrisya Binti Hamdan dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz Aisya kini sah bergelar isteri kepada seorang jejaka yang segak mengenakan baju melayu satin putih.
Sejak dari tadi Aisya asyik menunduk memandang lantai masjid. Nasib baik tak tembus lantai masjid itu. Lamunannya terhenti apabila Diana menyiku tangannya mengarahkannya untuk menadah tangan mengaminkan doa.
Mata Aisya terpandang sesusuk tubuh yang duduk membelakangkannya. Macam manalah rupa mamat ni? Tapi dari belakang macam aku pernah tengok tapi dimana ya? Monolog Aisya sendiri.
Aisya kembali menundukkan kepalanya apabila melihat lelaki itu berpusing untuk menuju kearahnya. Tiba-tiba hati berdegup kencang. Alahai hati janganlah macam ni. Aku takut tercabut aje jantung ni. Tenang ya hati. Desis Aisya yang cuba menenangkan hatinya yang sedang dilanda pelbagai rasa.
Aisya telan air liur. Haruman daripada jejaka yang sah menjadi suaminya itu menusuk tajam ke dalam lubang hidungnya. Wanginya bau perfume dia. Perfume apalah yang mamat ni guna? Detik Aisya dalam hati.
Si Jejaka menghulurkan tangan untuk menyarungkan cincin dijari manis Aisya. Namun Aisya masih lagi membeku disitu.
“Aisya..Tangan kau. Abang Hakimi nak sarung cincin tu.” Diana menyiku lengan Aisya. Aisya tersedar dari lamunannya. Tapi Diana ada sebut nama abang Hakimi tadi? Hakimi yang mana satu ni? Desis Aisya.
Dengan gaya yang lambat mengalahkan kura-kura Aisya menghulurkan tangan kanannya. Si jejaka memegang jari manis Aisya dengan lembut dan menyarung sebentuk cincin berlian ke jari manis Aisya. Berkilau-kilau cincin itu dimata Aisya.
“Salamlah tangan Hakimi tu. Dia tunggu lama dah tu.”  Ujar Nek Timah kepada Aisya tatkala melihat Aisya keras seperti patung cendana.
Aisya segera menyalami tangan si jejaka tanpa melihat wajahnya. Tangan Aisya dijabat erat. Berderau darah Aisya dibuatnya. Maklumlah itulah kali pertama dia menyentuh kulit lelaki. Aisya ingin menarik jari jemari namun tangan lelaki itu tidak mahu melepaskannya. Aisya mendongakkan pandangannya.
Anak mata hitam Aisya terlekat pada anak mata coklat milih Hakimi Danial, jejaka yang baharu sahaja sah menjadi suaminya. Aisya terpaku. Matanya tak berkelip melihat Hakimi Danial.
“ehem..ehem…” Hakimi Danial berdehem dan melepaskan genggamannya. Diana dan Nenek Timah tersenyum melihat reaksi Aisya yang seperti orang yang dipukau. Siap ternganga mulut.
Tidak semena-mena muka Aisya membahang merah. Malu siot. Isyyy..kenapa aku boleh jadi macam ni? Macam mana mamat ni boleh jadi laki aku pulak. Tak ada orang lain ke? Nenek ni kalau nak cari suami untuk aku pun pilihlah yang best sikit macam Lee Min Ho ke, Daniel Wu ke, Salman Khan ke, ini tak mamat sengal ni jugak yang dipilih. Masaklah aku. Bebel Aisya dalam hati.
“Kau?” Aisya bersuara dengan nada yang agak tinggi. Semua hadirin disitu agak terperanjat dengan nada suara Aisya yang tinggi itu. Nenek Timah juga terkejut monyet. Cucu aku ni dah mula dah perangai tak betul dia ni. Desis Nek Timah.
“Isya, Kenapa kasar macam tu dengan Hakimi? Hakimi tu suami Isya sekarang. Hormat sikit.” Marah Nek Timah tetapi dengan nada yang perlahan. Dia tidak mahu memalukan cucunya di hadapan hadirin yang lain.
“Tapi nek kenapa dia?” Aisya terus membentak. Neneknya menjengilkan mata sebagai isyarat menyuruh Aisya hentikan karenah kebudak-budakannya.
Hakimi Danial hanya diam membisu. Dia tidak berkata apa-apa. Diana kemas mengenggam erat jari-jemari abangnya. Diana hanya menggeleng kepala melihat perangai kawan baiknya itu.
“Kau tak boleh cakap macam tu Isya. Abang Hakimi ni sekarang dah jadi suami kau. Suka atau tak suka kau kena terima dia sebagai suami kau. Ingat, syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami.” Tempelak Diana. Dia sudah tidak boleh bersabar melihat Aisya asyik membentak kerana tidak dapat menerima Hakimi Danial sebagai suaminya yang sah..
“Arghhh….Isya bencilah semua ni.” Aisya bingkas bangun dan keluar dari masjid itu meninggalkan semua orang disitu terkulat-kulat. Nenek Timah hanya mendengus perlahan.
“Isya nak pergi mana tu?. Isya jangan kurang ajar.” Nenek Timah cuba menghalang Aisya di tangga masjid.
“ Isya tak nak. Isya nak pergi dari sini. Lantaklah nak jadi apa pun. Isya tak suka dengan perkahwinan ni.”Aisya memeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya.
“Isya kena terima dengan takdir Allah ni. Inilah yang terbaik untuk Isya dan kehidupan Isya.” Nada suara nek Timah mulai kendur.
“Isyyy..bencinya. Kenapalah Isya kena hadapi semua ni.” Aisya membentak dan terus bergegas turun dari masjid itu tanpa berkasut. Nenek Timah menggeleng kepala. Ada air mata jernih tumpah dari birai matanya. Diana mengusap lembut bahu Nenek Timah dan menyeka air mata itu.
“Sabarlah nek. InsyaAllah nanti berubahlah tu perangai Isya. Sampai bila dia nak berperangai macam tu.” Diana cuba menenangkan hati Nek Timah.
“Nenek jangan risau Kimi janji yang Kimi akan jaga Isya baik-baik. Nenek jangan risau ya.” Setelah sekian lama membisu akhirnya Hakimi Danial bersuara. Nenek Timah hanya tersenyum mendengar janji yang dilafazkan dari mulut Hakimi Danial.



AISYA menguak pintu dari luar. Hampir gugur jantungnya apabila terlihat sekujur tubuh sedang tidur baik punya atas katil kesayanganya. Kakinya melangkah perlahan-lahan menuju ke katil. Diperhatikan wajah Hakimi Danial sedang lena diulit mimpi. Kacak jugak dia ni. Puji Aisya dalam hati.
“Wei, bangun. Kenapa awak tidur atas katil saya. Kalau nak tidur pergilah balik rumah awak. Ini rumah saya.” Aisya menggoncang-goncang bahu Hakimi Danial.
Lena Hakimi Danial terganggu. Dengan perlahan-lahan dia membuka mata. Dia bingkas bangun apabila bertembung mata dengan Aisya.
“Dah lama awak balik?” Hakimi Danial menggosok-gosok matanya.
“Saya dah lama balik ke? Tak balik-balik ke? Awak sibuk apa. Sekarang yang penting saya nak tahu awak buat apa dalam bilik saya ni?” Soal Aisya dengan nada yang agak kasar.
“Kalau dah ada dalam bilik ni buat apa lagi? Tidurlah. Takkan main bola pulak.” Perli Hakimi Danial.
Aisya mengetap bibir. Kurang asam mamat cekeding ni. Berani dia jawab main-main macam tu. Bebel Aisya dalam hati. Mata Hakimi Danial dipandang tajam. Hakimi Danial membalas tenungan tersebut. Akhirnya Aisya yang mengalah.
Aisya mendengus kasar sambil menjeling tajam kepada Hakimi Danial. Hakimi Danial hanya tersenyum halus. Tuala di tempat penyidai dicapai dan kemudian Aisya menghilangkan diri dalam bilik air.
Aisya keluar dari bilik air sambil mengesat rambutnya yang basah. Matanya agak terbeliak apabila melihat Hakimi Danial masih lagi terlentang atas katil sambil memandangnya tanpa berkelip-kelip. Aisya telan liur.
“Apa pandang-pandang?”
“Salah ke kalau saya pandang isteri saya sendiri.” Hakimi Danial menghadiahkan senyuman kepada Aisya.
“Banyaklah awak punya isteri. Malaslah saya nak layan awak mengarut ni. Saya nak keluar sekejap. Rimas pulak duduk lama-lama dalam bilik ni dengan awak.” Aisya merapikan rambutnya dan menyapu sedikit losyen ditangan.
“Bagus jugak kalau awak keluar. Sekurang-kurangnya bolehlah saya sambung tidur. Lagipun saya tak puas lagi tidur sebab awak kacau saya tadi.” Tempelak Hakimi Danial.
Kau ingat kau seorang saja boleh bermulut laser. Aku pun bolehlah. Desis Hakimi Danial dalam hati.
Tanpa berkata banyak Aisya mengatur langkah dengan kasar dan menghempas pintu bilik dengan kasar. Hatinya panas dengan kata-kata Hakimi Danial sebentar tadi.
“Isya pergi mana tadi?” soal Nek Timah apabila Aisya duduk dimeja makan. Aisya menarik nafas dalam-dalam. Sekejap lagi panaslah telinga aku dengar nenek membebel. Nasib kaulah Aisya. Gumam Aisya dalam hati. Telinganya yang penuh dengan tahi telinga itu dikorek-korek.
“Nenek tanya ni tadi Isya pergi mana? Kenapa tinggalkan majlis perkahwinan Isya tadi macam tu aje. Kasihan Kimi. Malu nenek dengan Kimi tahu tak.” Suara Nenek Timah kedengaran agak tegang dan serius.
“Isya pergi kebun sekejap. Rindu sangat kat kebun tu. Lagipun masa Isya tinggalkan majlis semua dah settle kan. Akad nikah pun dah selesaikan. Nak malu apanya.” Jawab Aisya dengan wajah yang tak bersalah. Nenek Timah menggelengkan kepala.
“Isya ni bila nak berubah? Nenek harap sangat Isya berubah. Kamu nak tengok nenek mati dulu ke baru kamu nak berubah? Isya tu bukannya budak-budak lagi dah boleh jadi mak budak dah pun. Kalau tak boleh nak berubah seratus peratus cubalah berubah perlahan-lahan. Ini tak dari dulu sampai sekarang macam tu aje perangainya. Langsung tak nak berubah. Nasihat orang lain tak didengarnya.” Leter Nek Timah. Aisya hanya menunduk memandang kain alas meja. Tangannya asyik bermain dengan kain alas meja.
“Tengoklah nanti Insya-Allah akan berubah.”Jawab Aisya pendek. Dia malas hendak menjawab lebih-lebih dengan neneknya. Kalau jawab lebih-lebih nantikan boleh dapat senduk atas kepala. Tak ke naya tu.
“Sekarang kamu pergi panggilkan Kimi makan. Lauk dah siap ni.” Arah nek Timah. Ikan goreng diletakkan di atas meja.
Dengan rasa yang malas, Aisya bergerak perlahan menuju ke bilik tidurnya. Pintu bilik dikuak dari luar dan hampir-hampir kepalanya berlanggar dengan dada bidang Hakimi Danial yang juga menguak pintu dari dalam.
“Awak ni kalau nak buka pintu pun agak-agaklah. Terkejut saya tahu tak.” Marah Aisya.
“Manalah saya tahu yang awak pun nak buka pintu.” Jawab Hakimi Danial ringkas sambil tersenyum manis pada Aisya.
Mamat ni kenapalah suka sangat senyum manis kat aku. Mesti nak pikat aku ni. Aisya perasan sendiri.
“Yang awak tersengih-sengih macam kerang busuk depan saya ni kenapa? senget ek?” Tempelak Hakimi Danial.
Serta-merta lamunan Aisya terhenti.
“Nenek panggil awak makan. Jomlah.” Ajak Aisya dengan selamba untuk menutup rasa malu kerana asyik merenung wajah kacak milik Hakimi Danial.
“Jomlah. Saya pun dah lapar sangat dah ni.” Ajak Hakimi Danial. Tanpa disedari tangan Aisya ditarik lembut oleh Hakimi Danial. Aisya terkedu seribu bahasa. Hakimi Danial buat muka selamba badak.
“Kalau ya pun lapar janganlah tarik tangan saya beria sangat.” Sinis Aisya. Seraya itu Hakimi Danial pantas melepaskan tangan Aisya daripada genggamannya. Mukanya tiba-tiba merona merah kerana terpegang tangan Aisya tanpa sedar.
“Opppsss…sorry terlebih sudah. Tapi awak tak payahlah nak buat muka bengang sangat. Lagipun kalau saya pegang tangan awak bukannya berdosa pun. Awak tu isteri saya yang sahkan. So tak salahlah kalau saya pegang tangan awak bukan?” Ujar Hakimi Danial sambil mengangkat-angkat kening yang lebat itu.
“What ever.” Balas Aisya. Dia malas hendak bertikam lidah dengan Hakimi Danial. Dia kemudian berjalan laju meninggalkan Hakimi Danial dibelakang. Hakimi Danial hanya mencebik bibir dan mengekori Aisya dari belakang.
“Duduk Kimi. Ini aje lauk yang boleh nenek masakkan untuk Kimi. Makanlah ya.” Pelawa Nek Timah apabila melihat Hakimi Danial duduk di kerusi yang berhadapan dengan Aisya. Aisya hanya menjeling tajam pada Hakimi Danial.
“Tak apa nek. Ini pun dah kira best dah ni.” Ujar Hakimi Danial sambil mencuci tangan.
Eleh..berlagak baik konon. Pegi dahhh….Getus Aisya dalam hati.
“Apa lagi yang kau menungkan tu Isya. Tolonglah sendukkan nasi untuk Kimi. Kau tu kan dah jadi isteri dia. Kau kenalah layan dia elok-elok. Barulah boleh jadi isteri solehah.” Tegur Nek Timah apabila melihat Aisya seperti sedang termenung. Hakimi Danial hanya tersenyum ketika mendengar kata-kata itu dari mulut Nek Timah.
“Suruhlah dia senduk sendiri. Bukannya dia tak ada tangan.” Jawab Aisya dengan berani. Nenek Timah menjengilkan matanya. Terus Aisya menyendukkan nasi untuk Hakimi Danial.
Hakimi Danial mengucapkan terima kasih setelah Aisya menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Aisya langsung menjawab apa-apa hanya dengusan halus kedengaran.
Mamat ni ingat dia raja ke nak kena layan bagai. Bukannya tak ada tangan. Nenek ni pun satulah bagi muka sangat kat mamat sengal ni. Bebel Aisya dalam hati kecilnya.
Nenek Timah meletakkan ayam goreng ke dalam pinggan Hakimi Danial. Aisya hanya memerhatikan tingkah laku neneknya itu.
“Isya pun nak jugak ayam goreng tu nek.” Pinta Aisya sambil menghulurkan pinggannya.
“Ambillah sendiri. Isya kan ada tangan.” Tempelak Nek Timah. Nasi disuakan ke dalam mulut.
Aisya mencebik bibir. Tanda tak puas hati dengan layanan neneknya yang berat sebelah itu.
Tidak semena-mena Hakimi Danial mengambil seketul ayam goreng dan meletakkannya ke dalam pinggan Aisya.
“Terima kasih.” Ucap Aisya perlahan namun masih mampu didengari oleh Hakimi Danial.
“Sama-sama.” Balas Hakimi Danial sambil tersenyum manis.
Mereka sekeluarga makan dengan penuh berselera. Sesekali Nek Timah akan menceritakan perihal Aisya ketika waktu kecil-kecil dahulu. Naik malu Aisya dibuatnya. Hakimi Danial hanya tergelak kecil apabila mendengar cerita Nek Timah. Dia khuatir kalau dia gelak besar nanti dia akan disepak oleh Aisya. Maklumlah bini dia tu ahli gusti yang tak bertauliah.



Cinta Si Gadis Kebun ( Bab 2 )


“ISYA pergi mana tadi? Kenapa baru sekarang nak balik? Zohor dah sembahyang belum?’ Bertubi-tubi soalan muntah dari mulut Nek Timah apabila Aisya menjengah di pintu masuk.
“Isya pergi kebun sekejap. Makan rambutan. Dah sembahyang dah nek.” Jawab Aisya acuh tak acuh. Dia memang tak suka kalau neneknya banyak bunyi. Sakit telinga.
“Isya ni bilalah nak berubah? Suka sangat buang masa kat kebun tu. Kalau Isya pergi cari kerja kat bandar tu kan ada jugak faedah. Nenek ni bukannya larat sangat nak tanggung Isya lama-lama. Entah esok, entah lusa nenek pergi jumpa Tuhan macam mana? Nenek risau kalau fikirkan Isya. Isya tak sayang nenek ke?” Ujar Nek Timah dengan suara yang sedikit sebak.
Aisya duduk bersimpuh dihadapan neneknya.
“Nenek jangan cakap macam tu. Isya tahu yang Isya ni banyak menyusahkan orang lain. Isya mintak maaf ya nek. Insya-Allah nanti Isya akan cuba untuk berubah tapi nenek jangan halang untuk Isya pergi ke kebun. Kebun tu ajelah tempat Isya tenangkan fikiran Isya. Isya janji minggu depan Isya pergi cari kerja.” Ujar Aisya sambil mengangkat tangannya persis seorang yang sedang berikrar.
Walaupun neneknya suka berleter namun dia tetap menyayangi neneknya sepenuh hati. Setelah permergian kedua ibu bapanya sepuluh tahun lalu, Nek Timah sahajalah tempatnya untuk bergantung dan berkongsi kasih.
“Baiklah. Nenek pegang janji Isya tu. Kalau Isya gagal dapatkan kerja, nanti nenek carikan seorang suami untuk Isya ya.” Ugut Nek Timah. Mukanya serius memandang Aisya.
Aisya telan liur. Ini kes berat. Takkanlah sebab tak dapat kerja aku kena kahwin? Ini bukan zaman dahulu kalalah nek. Jangan ugut macam tu. Gunalah ugutan lain. Isya muda lagi nak kahwin pun. Bebel Aisya sendiri.
“Takkanlah kalau Isya tak dapat kerja nek nak kahwinkan Isya. Tak bolehlah macam ni.” Bantah Aisya. Mulutnya dimuncungkan sebagai tanda membantah.
“Tak ada tapi-tapi. Rule is a rule.”
Wahhh…nek Timah pandai speaking Londonlah.
Aisya merengek supaya nek Timah membatalkan hasratnya untuk mencari seorang suami buatnya jika dia tidak berjaya mendapatkan kerja dalam masa sebulan.
“Kalau ya pun nek carikanlah Isya kereta Honda ke, rumah banglo ke, ini ada ke nek nak carikan suami untuk Isya. Isya tak kahwin lagilah nek.” Aisya masih meneruskan pembantahannya.
Neneknya hanya menggelengkan kepala.
“No..no…no…” Jari telunjuk digoyang-goyangkan dihadapan muka Aisya. Mata Aisya ke kiri ke kanan mengikut goyangan jari telunjuk neneknya.
“Sekarang jangan banyak bunyi. Isya cubalah cari kerja sampai dapat. Kalau tak dapat dalam masa sebulan ni tahu-tahulah sendiri ya.” Neneknya mengangkat kening sambil tersenyum manis.
Aisya memuncungkan mulutnya. Hatinya cukup bengkak dengan keputusan neneknya itu. Kuku besi betul nenek nilah. Tak boleh langsung nak counting. Ermmm….Gumam hati Aisya.
“Jangan nak muncung sangatlah. Pergi masuk sembahyang Asar. Nanti asar habis pulak. Lepas sembahyang jangan lupa doa supaya cepat-cepat dapat kerja kalau tak nak kahwin.” Sinis Nek Timah. Tangannya masih ligat melipat kain batik.
Aisya berdengus. Dia berdiri dengan gaya yang tidak bermaya.
“Isya masuk sembahyang dulu ya nek.” Aisya minta diri. Nada suaranya agak mendatar. Nek Timah hanya mengangguk.
“Maafkan nek Isya. Nek bukan berniat nak hancurkan hidup Isya tapi itu sahajalah cara yang nek boleh buat supaya hidup Isya lebih terjamin. Nek ni dah tua. Bila-bila masa aje nek boleh pergi menghadap Allah. Kalau Isya kahwin lega sikit nek. Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang akan jaga Isya bila nenek tak ada nanti.” Luah Nenek Timah dalam hati. Dia tidak berdaya untuk meluahkannya kepada Aisya. Biarlah keputusannya nampak seperti kejam tapi itu semua adalah untuk kebaikan cucunya sendiri.

“JANGAN ku dipandang hina…..Hanya kerna aku penganggur….Jangan pula ku dilupa….Hanya kerna aku penganggur…Aku hanya insan biasa…Ingin juga hidup bahgia…Ohoo...nasibku…Aku penganggur…Ohoo...nasibku….Aku penganggur…Puas sudah mencari kerja..Memang nasib aku penganggur…Masih belum diterima…Memang nasib aku penganggur” Aisya menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman sambil menyapu bedak dipipi. Sesekali sikat rambut dijadikan mikrofon.
Nenek Timah yang sedang menggoreng nasi didapur hanya menggeleng kepala apabila mendengar suara Aisya yang sumbang lagi menyakitkan telinga itu.
Aisya merapikan tudung dikepala. Dia mencalitkan sedikit gincu dibibir agar tidak kelihatan pucat. Maklumlah nak pergi temuduga mestilah berseri dan bermaya. Kalau muka pucat lesi macam mayat sah-sah tak ada majikan yang hendak ambil kerja. Aisya melihat wajahnya sendiri dicermin. Cantik juga aku ni.Pujinya sendiri. Dia kemudian mencapai fail dan beg tangan yang berada di atas katil.
“Amboi, cantiknya cucu nenek pagi ni? Nak pergi mana?” Soal Nenek Timah sambil meletakkan pinggan atas meja.
“Nak pergi interviewlah nek. Hari ni Isya nak cari kerja. Isya tak nak kahwin awal.” Sinis Aisya.
“Baguslah kalau macam tu. Nenek doakan Isya cepat-cepat dapat kerja tapi ingat kalau Isya masih tak dapat kerja jugak dalam masa sebulan ni tahu-tahulah ya.” Nenek Timah mengingatkan Aisya pasal perjanjiannya tempoh hari.
“Isya ingatlah nek. Isya akan pastikan yang Isya akan dapat kerja jadi tak perlulah kahwin.” Aisya tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih. Nenek Timah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Aisya.
“Okey. kita tengok siapa yang kena.” Ujar Nenek Timah sambil mengangkat-angkat kening. Sebijik macam Ziana Zain.
Aisya memandang jam ditangan. Dia menghabiskan sisa milo suamnya.
“Isya dah lewat ni nek. Nanti terlepas bas pulak. Isya pergi dulu ya. Nenek doakan supaya Isya dapat kerja ek.” Nenek Timah hanya mengangguk. Aisya menyalami dan mencium tangan neneknya.
Insya-Allah Isya akan dapat kerja. Nenek sentiasa doakan apa sahaja yang terbaik buat Isya. Bisik hati nenek Timah.
Langkah Aisya terhenti dihadapan Syarikat Ah Chong Sdn.Bhd. Tangannya menyeluk poket baju kurungnya dan mengeluarkan alamat syarikat yang memanggilnya untuk ditemuduga.
“Syarikat Ah Chong Sdn. Bhd. Betullah ni alamatnya.” Kertas tersebut dimasukkan semula ke dalam poket baju kurungnya.
Sebelum melangkah masuk, Aisya menadah tangan dan berdoa.
“Ya Allah, Kau permudahkanlah temuduga pada hari ni. Aku berharap semoga aku dapat kerja ni. Aku tak mahu kahwin lagi. Amin…” Aisya meraup tangan kemukanya. Aisya menarik dan menghembus nafas. Ada sedikit debaran didada. Maklumlah ini adalah temuduganya yang pertama setelah dua bulan menganggur.
“Cik Aisya ada apa-apa pengalaman kerja tak?” Soal penemuduga yang hanya dikenali sebagai Encik Johari. Matanya menentang anak mata Aisya. Gugup Aisya dibuatnya apabila matanya bertembung dengan anak mata coklat Encik Johari.
Encik Johari, tolonglah jangan pandang aku macam tu. Aku ni gugup sikit kalau tengok lelaki kacak macam Encik Johari ni. Gumam Aisya dalam hati.
“Saya tak ada pengalaman kerja lagi maklumlah baru habis belajar.”Jawab Aisya pendek tapi dengan nada yang agak gugup. Encik Johari tersenyum manis.
Alahai…comelnya dia senyum. Puji Aisya.
“Sebenarnya syarikat kami ni memerlukan calon yang mempunyai pengalaman kerja. Jadi, saya minta maaf banyak-banyak.” Ringkas sahaja kata-kata Encik Johari. Aisya hampa.
“Kalau macam tu tak apalah Encik Johari. Terima kasih sebab sudi panggil saya untuk ditemuduga.” Agak lirih nada suara Aisya.
“Saya harap awak tak lemah semangat untuk terus mencari kerja. Saya tahu awak boleh dapat kerja yang lebih baik dari ni sebab awak seorang calon yang bagus tapi saya tak boleh nak buat apa-apa sebab syarikat ini memang memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman kerja. Kalau syarikat tak meletakkan apa-apa syarat saya pasti akan mengambil awak kerja di syarikat ni.”
“Tak apalah Encik Johari. Mungkin tak ada rezeki saya kat sini. Kalau macam tu saya keluar dululah ya. Terima kasih kerana sudi menemuduga saya.Assalamualaikum.” Aisya meminta diri. Hatinya sedikit kecewa. Kecewa kerana tidak berjaya mendapat jawatan sebagai Penolong Pengurus Sumber Manusia. Jawatan itulah yang menjadi idaman Aisya selamai ini.
Aisya melangkah keluar dari syarikat itu dengan retak seribu dihatinya.
“Asyik nak yang ada pengalaman aje. Habis tu macam mana dengan nasib orang yang tak pernah ada pengalaman kerja macam aku ni? Diskrimasi betul. Masaklah aku kalau macam ni. Macam mana aku nak dapatkan kerja dalam masa sebulan ni.” Bebel Aisya sendiri.
Aisya menghempaskan punggungnya atas pangkin yang berada dibawah pokok mempelam. Fail dan resume diletakkan ditepi.
“Oittt..jauh termenung. Ingat kat siapa tu?” Sergah Diana dari belakang.
‘Ceh..kau rupanya. Terkejut aku. Aku ingatkan siapa tadi.”
“Kenapa?Kau tunggu seseorang ke?” Gurau Diana. Diana menghenyak punggung disebelah Aisya. Wajah sahabatnya yang kuyu itu dipandang.
“Aku tunggu Lee Min Ho datang. Kau ni datang ni nak apa?”
“Tak ada apa. Saja je datang nak borak-borak dengan kau. Aku tengok kau ni macam ada masalah besar aje?” Mata Diana masih lagi melekat pada wajah cemberut Aisya.
Aisya menghela nafas panjang.
“Tadi aku pergi interview. Tapi sayang tak dapat.”
“Ooo pasal tu je. Kau janganlah frust macam ni. Insya-Allah nanti adalah tu rezeki kau. Jangan give up okey.” Diana memberi semangat kepada Aisya. Bahu Aisya diusap lembut.
“Pasal kerja tu memang aku frust pun dan ada lagi yang lebih besar yang telah menyemakkan kepala otak aku ni.” Luah Aisya. Mukanya serius. Tiada langsung senyuman dibibir mungilnya.
“Pasal apa? Nek Timah nak jual kebun buah kau ke?” Diana meneka.
Aisya menggeleng kepala sambil mencebik bibir. Diana menggaru kepala.
“Kalau bukan pasal kebun kau pasal apa lagi?”
“Nenek nak carikan aku calon suami kalau dalam masa sebulan ni aku tak dapat kerja.” Luah Aisya dengan nada yang agak kecewa. Mulut Diana ternganga luas namun mulut itu segera ditutup oleh Aisya.
Minah ni overacting betul. Statement aku bukannya suspen sangat pun. Lainlah kalau Lee Min Ho masuk minang aku barulah sesuai nak terlopong macam tu. Leter Aisya dalam hati.
“Wauuu..bestnya kau.”Diana tersenyum sumbing sambil kening terangkat-angkat.
Aisya menjengilkan matanya yang bulat itu.
“Apa yang bestnya?”
“Bestlah sebab dapat kahwin awal.” Diana makin galak menyakat Aisya.
Tidak semena-mena peha Diana dicubit oleh Aisya. Terus ketawa Diana terhenti secara automatik.
“Sakitlah wei. Aku gurau je tadi. Kau ni sejak bila pandai serius-serius ni?”
“Padan muka kau. Siapa suruh gelakkan aku. Aku cakap serius kau boleh gurau-gurau pulak. Nek Timah tu serius je nak kahwinkan aku kalau aku tak dapat kerja. Aku serabut sangat sekarang ni. Aku tak tahu dah kat mana lagi nak cari kerja. Kerja sekarang bukannya senang nak dapat. Bukannya macam cari gula-gula kat kedai.” Ujar Aisya panjang lebar. Apa yang terbuku di relung hatinya diluahkan kepada teman baiknya.
“Kalau nek Timah dah cakap macam tu aku dah tak boleh nak tolong apa dah. Apa yang mampu aku tolong adalah aku akan tolong doakan agar kau bahagia dengan siapa sahaja lelaki yang nek Timah pilihkan untuk kau…hahahaha” Diana masih lagi tidak berhenti menyakat Aisya. Apalagi tapak tangan Aisya mendarat baik punya di bahu Diana.
“Kau ni memang langsung tak boleh tolong akulah. Macam ni kawan.”
“Habis tu kau nak aku tolong kau macam mana lagi? Ce kabor?” Soal Diana. Wajah kawannya yang kusut itu dipandang.
“Kau tolong carikan kerja untuk aku boleh?” Aisya tersengih.
“Boleh..boleh blahhhh….aku nak cari kerja untuk kau kat celah mana? Kau ingat kerja tu boleh dapat kat celah kaki, celah kuku. Senang-senang kau ikut aje cakap nek Timah tu. Mungkin itu yang terbaik untuk kau kot. Lagi satu kau kena ingat tak semesti yang kita rasa buruk itu teruk untuk kita dan tidak semestinya yang kita nampak baik itu elok untuk kita. Kita tak tahu entah-entah yang buruk itu adalah yang terbaik untuk kita.” Dengan sekali nafas sahaja Diana menuturkan kata-kata tersebut.
 Tidak berkelip-kelip mata Aisya memandang Diana ketika menyampaikan kata-kata tersebut.
Wah..pandai jugak si Diana ni berkata-kata. Sampai aku pun pening dengan kata-kata dia ni. Haishhh…..Desis Aisya.
“Entahlah. Aku buntu sekarang ni. Aku tak tahu dah nak buat apa. Nenek aku tu bukannya boleh counting-counting. Kalau aku bagi rasuah pun dia bukannya terima. Susahlah kalau macam ni. Aku tak nak kahwin lagi. Aku ada impian aku sendiri.”Keluh Aisya.
“Mungkin nek Timah buat semua ni ada sebab. Mungkin dia tengok kau asyik melepak kat kebun tu aje buang masa. Siapa suruh kau buang masa kat kebun tu. Aku rasa kalau awal-awal dulu kau cari kerja pasti nek Timah tak ambil keputusan macam tu.”
“Aku bukan buang masa kat kebun tu tapi kebun tu ajelah tempat untuk aku menenangkan fikiran. Lagipun kebun tu hak milik arwah mak ayah aku. Bila aku duduk kat kebun tu aku rasa macam arwah mak ayah aku ada sekali. Rindu aku pada dia orang akan terubat kalau aku rindukan dia orang.” Mata Aisya sedikit berkaca apabila terkenang arwah mak dan ayahnya.
Suatu ketika dahulu Aisya selalu mengikuti arwah ayah dan ibunya membersihkan kawasan kebun buah-buahan itu. Dia selalu juga dimarahi oleh ayahnya kerana gemar memanjat pokok rambutan. Kadang-kadang tu Aisya ada juga cuba-cuba untuk memanjat pokok durian. Setiap kali dia cuba untuk memanjat pokok durian telinga kecilnya akan ditarik oleh Pak Cik Hamdan.
Selepas itu dia terus mematikan niatnya untuk memanjat pokok durian. Sekarang dia hanya gemar memanjat pokok rambutan sahaja.
Aisya segera menyeka air mata yang hampir tumpah dari tubir matanya. Nasib baik Diana tidak perasan yang matanya berair kalau tidak kantoilah dia. Dia tidak mahu dipanggil budak cenggeng. Dia harus tabah dan kuat.
“Kalau macam tu den tak dapek nak nolongnya. Okeylah aku balik dulu. Nanti mak aku cari pulak.” Diana bangun dari pangkin itu dan menyarung selipar.
“Nanti kalau kau kahwin jangan lupa jemput aku tau. Biar aku jadi pengapit kau ya.” Sakat Diana. Aisya membaling kulit pisang kepada Diana. Ketawa Diana meletus kerana dapat menyakat Aisya.
“Banyaklah kau punya kahwin. Aku tak nak kahwinlah.” Jerit Aisya. Diana ketawa berdekah-dekah melihat Aisya tercegat bercekak pinggang.
Isyyyy…aku tak nak kahwinlah. Bencinyaaaaaa….Batin Aisya menjerit kuat.
“Macam mana Isya? Dah dapat kerja belum?” Tegur Nenek Timah. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Aisya sambil mengipas-ngipas mukanya dengan hujung selendang.
Aisya yang sedang berlunjur membaca komik Ujang bingkas bangun. Hatinya memang tidak suka dengan soalan yang diutarakan oleh Nenek Timah.
“Tak dapat lagilah nek. Nenek kan tahu yang sekarang bukan senang nak dapat kerja. Dia orang semua nak calon yang ada pengalaman. Isya ni mana pernah kerja.” Keluh Aisya. Nenek melirik senyum.
“Kenapa nenek senyum pulak? Nenek senyum macam tu ada gaya macam nenek lampir pun ada. Takut pulak Isya dibuatnya.” Gurau Aisya sambil tergelak kecil.
“Nampak gayanya nanti nenek dapat cucu menantulah ya?” Kening Nek Timah terangkat-angkat.
“Cucu menantu?” Aisya buat muka poyo.
“Cucu menantulah. Nenekkan pernah cakap kalau Isya tak dapat kerja dalam masa sebulan, nenek akan kahwinkan Isya. Lupa ke?”
Aisya tepuk dahi sendiri.
“Ala nek..kita batal ajelah perjanjian tu. Bukan senang nak cari kerja sekarang ni. Nenek janganlah seksa Isya macam ni nanti Isya larikan.” Ugut Aisya.
“Tak ada alasan lagi. Apa yang nenek cakap kamu kena ikut. Kamu nak lari kemana? Setakat lari ke kebun tu apalah sangat. Nenek boleh carilah.” Balas Nek Timah.
Alamak kantoi aku. Macam mana nenek tahu yang aku rancang nak lari ke kebun ni? Haisshh kacaulah kalau macam ni..Bisik hati kecil Aisya.
“Sekarang apa yang nenek nak Isya ikut cakap nenek. Nenek buat semua ni untuk masa depan Isya jugak. Nenek nak hidup cucu nenek ni terjamin lepas nenek mati nanti. Nenek ni bukannya muda lagi. Kata orang tu rumah kata pergi, kubur kata lai-lai…” Ujar Nek Timah. Kemudian dia mencapai tudung yang diletakkan atas meja dan berlalu pergi dari situ.
Aisya terkulat-kulat sendiri disitu. Otaknya sedang mencerna apa yang dikatakan oleh Nek Timah sebentar tadi.
“Matilah aku macam ni. Haisshhh…stress betul.” Bentak Aisya sendiri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia melangkah masuk ke dalam bilik untuk memakai tudung dan kemudian keluar dari rumah itu tanpa meminta izin daripada Nek Timah.
“Nenek dah jumpa dah calon suami yang terbaik untuk Isya.”
Tersembur nasi yang dikunyah oleh Aisya. Dia terbatuk-batuk.
“Isyy..kamu ni Isya makan tu biar senonoh sikit. Jangan asyik nak menyembur aje.” Tegur Nek Timah. Dihulurkan segelas air suam kepada Aisya. Gelas itu bertukar tangan.
“Nenek cakap apa tadi?” Soal Aisya inginkan kepastian sebab dia takut entah-entah telinga dia salah dengar.
“Isya ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar. Tadi nenek cakap yang nenek dah jumpa calon yang baik punya untuk jadi suami Isya.”Ujar Nek Timah tenang. Ada senyuman terukir dibibir tuannya.
Mata Aisya terbuka luas dan berkelip-kelip memandang wajah tua neneknya.
“Nenek ni biar betul? Jangan buat wakenabeb kat sini?” Aisya menyuap nasi ke dalam mulut dengan sedikit gelojah. Nak tunjuk proteslah tu.
“Betullah. Ingat nenek buat main-main hal kahwin. Nenek seriuslah. Budak laki tu baik. Nenek berkenan dijadikan cucu menantu.” Senyum Nek Timah. Tiba-tiba muncul wajah bakal cucu menantunya dibenaknya. Sejuk mata memandang bila terkenangkan wajah bersih calon cucu menantunya itu.
“Alaaaa..tak sukalah macam ni. Isya tak nak kahwin lagi. Isya nak enjoy dulu. Nenek batalkanlah perkahwinan ni. Kalau nenek batalkan perkahwinan ni Isya janji Isya tak akan degil lagi. Semua yang nenek cakap Isya akan buat.” Janji Aisya sambil mengangkat tangan persis orang yang sedang berikrar.
“Tak ada alaaa..alaaa…Nenek dah terima pinangan dia orang. Bulan depan Isya kena kahwin dengan budak laki tu. Kalau Isya sayangkan nenek, Isya kena ikut cakap nenek. Anggaplah ini permintaan terakhir dari nenek. Lepas ni nenek tak akan minta apa-apa lagi dari kamu.”Ada nada tegas dalam bicara Nek Timah.
Aisya mendengus tanda tidak puas hati dengan neneknya. Tangannya dicuci kasar. Dia terus bangun dan angkat kaki dari situ meninggalkan neneknya seorang diri. Nek Timah hanya mampu menggeleng kepala melihat kedegilan cucu tunggalnya itu.
“Nenek buat semua ni untuk kebaikan Isya. Suatu hari nanti Isya akan mengerti kenapa nenek lakukan semua ni.” Gumam Nek Timah sendiri.