Rabu, 05 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 11

Assalamualaikum u ollsss...

 Seperti yang cik writer katakan yang bab ini adalah sambungan sedutan AMB yang pernah cik writer kongsikan di blog ini tahun lepas rasanya. Mekasih singgah dan baca :)

                                        




BAB SEBELAS



     NURAIN Awatif mengetuk pintu bilik bosnya terlebih dahulu. Hari ini dia telah bawakan sesuatu untuk bosnya itu.  Di keleknya cookie bersamanya ke bilik Hadif Fakhri.

   “Bos , hari ni saya dah bawakan cookie seperti yang bos minta semalam.” Dengan selambanya Awa berkata di depan bosnya yang sedang ralit mengadap skrin komputer.

   “Letak saja dekat situ , sekejap lagi saya makan.” Arah Hadif Fakhri tanpa menoleh sedikit pun pada Awatif. Dengan perlahan-lahan Awa meletakkan kucing kesayangannya itu di meja.

   “Ok bos, cookie duduk diam-diam tahu . Mummy keluar dulu jangan nakal-nakal eh.”  Tingkah Awatif. Hadif mengerutkan dahinya.

    “Awak ni kenapa Awa bercakap dengan makanan dah hilang akal ke apa? “ Soal Hadif lalu menoleh pada setiausahanya dan pada yang sama matanya terus terbeliak melihat seekor kucing berada di atas meja kerjanya. Hadif terus berdiri dari kerusinya manakala Awa pula pelik melihat bosnya itu.

   “Eh Awa saya suruh awak bawa cookie untuk saya makan bukannya saya suruh awak bawa kucing ni masuk sini. Awak tak faham ke? Apa ke blur sangat awak ni Awa?” Ujar Hadif sambil meletakkan kepalanya di dahi. Awa mengerdipkan matanya berkali-kali.

  Semalam minta dengan aku cookie , hari ni aku dah bawa cookie . Ish cerewet betullah Encik Kreatif ni. Gerutu Awatif di dalam hatinya. Dia menggarukan kepalanya sambil berfikir.

   “Awak dengar tak apa yang saya cakap ni Awa. Saya nak cookie a.k.a biskut . Awak faham tak biskut bukan kucing. Jauh benar bezanya biskut dengan kucing Awa.” Hadif menggarukan
kepalanya. Pening kepalanya dengan kerenah Awatif sorang ni. Hari-hari ada saja karenah blurnya.

   “Laaa mana saya tahu bos nak cookie yang tu saya ingatkan bos nak cookie ni.” Jawab Awatif sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kucing kesayangannya itu.

     “Bos comel tak kucing saya ni?” Soal Awatif dengan selamba tanpa rasa bersalah. Hadif merenung tajam PA nya itu sambil mengeluh dengan perlahan.

     “Jadi kucing awak ni nama cookie la ye?”

   “Yes bos. Comel tak dia?” Soal Awatif sambil menaikkan kedua belah keningnya pada Hadif sambil tersenyum. Dengan payah sekali Hadif mengukir senyuman di bibirnya.

  “Adoi pening kepala saya dengan awak ni Awa.” Tambah Hadif lagi. Awa melihat bosnya yang menekan dahinya berkali-kali.

   “Sekejap ya bos.” Awatif terus berlari keluar dari bilik Hadif. Beberapa minit kemudian Awatif muncul kembali. Hadif duduk termenung di mejanya sambil melihat cookie yang sedang merenungnya . Hadif dan cookie saling bertentang mata gitu.

   “Bos bos.. Makan panadol ni.” Awatif menyuakan dua biji penadol bersama segelas air masak. Hadif menepuk dahinya.

   “Ya Allah Awa. Awak bagi panadol dekat saya ni buat apa?” Soal Hadif kebingungan.
   “Laa bos juga kata tadi yang bos sakit kepala , jadi saya pergilah ambilkan panadol dan juga air. Bos makan ubat ni lepas tu sakit kepala bos pun legalah.” Sengih Awatif. Hadif mengetap bibirnya dengan geram.

   Apalah nasib aku dapat setiausaha yang blur macam si Awa ni.Mana Safi jumap budak ni? Gerutu Hadif sendirian.

   Sabar je lah Hadif Fakhri oii..  Memang sudah sikap Awatif begitu. Walaupun dia blur ke sengal ke  pa ke tapi dia tetap seorang manusia biasa seperti orang lain. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya . Tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.

  “Dah-dah sekarang ni saya nak awak bawa kucing awak yang bernama cookie ni keluar. Saya nak buat kerja. Lagi satu saya tak benarkan awak bawa kucing ni datang ke pejabat lagi ya. Ingat tu.” Arah Hadif.

   “ Okey bos.” Jawab Awa lalu di ambil cookie dan mendukungnya melangkah keluar. Hadif menggelengkan kepalanya lagi. Selepas pintu biliknya tertutup barulah dia menyambung semula kerjanya yang terbengkalai.

   “Cookie duduk diam-diam dekat dalam ni tau. Jangan bising nanti bos mummy marah pula. Mummy tersalah bawa cookie datang pejabat hari ini. Bos cakap nak cookie jadi mummy bawalah cookie tapi sekali salah daaa..” Bebel Awatif sendrian sewaktu memasukkan kucing kesayangannya itu ke dalam sangkar.

   “Eh Awa apasal kau bawa kucing dekat pejabat ni? Kau ingat pejabat ni tempat rawat kucing macam tu?”  Soal Tasha sambil berpeluk tubuh di meja Awatif.

   “Semalam bos minta cookie jadi hari ni Awa bawalah cookie Awa punya tapi bukan cookie ni yang bos nak.” Sengih Awatif sewaktu mendonggakkan kepalanya pada Tasha.

    “Cookie? Kau ni Awa nak kata bengap tak juga belajar tinggi tapi tak kan kau tak reti beza cookie yang Tuan Hadif tu minta . Aku peliklah macam mana kau ni belajar dulu kalau yang ini pun kau tak reti nak bezakan.” Ujar Tasha sambil mengetap bibir dengan geram. Dia memang tak suka dengan Awatif.

    Sejari tadi lagi dia memandang Awa sebaik saja dia membawa kucingnya masuk ke dalam Aspirasi. Ramai staff yang melihat namun mereka langsung tidak berkata apa-apa.
   “Kau ni kenapa Tasha? “ Soal Safi dengan tiba-tiba.

    “Ini haaa kau tengoklah PA yang kau carikan untuk Tuan Hadif ni   bengap tahu tak? Geram pula aku dengan budak ni.” Marah Tasha.

   Amboi Cik Tasha bukan main lagi dia mengata Awa bengap. Sesedap mulut dia je nak mengata kekurangan orang. Inilah manusia suka sangat menghina kekurangan seseorang.

   “Eh Tasha kot ye pun Awa ni ada buat salah sekalipun kau tak berhak nak berkata dia rupa itu. Kau ingat Awa ni tak ada hati dan perasaan ke?” Soal Safi sebaik saja melihat wajah keruh Awatif.

   Aku ni blur ke bengap? Soal Awatif sendirian di dalam hatinya. Perkataan bengap yang keluar dari mulut Tasha begitu menusuk ke dalam hati Awa. Sejahat-jahat teman kampusnya dulu tak ada seorang pun yang menggelarkan dia bengap . Semuanya memanggil dirinya dengan panggilan miss blur.

   “Peduli apa aku dengan dia ada hati perasaan ke tak. Aku cakap apa yang betulkan?” Soal Tasha. Safi memang tidak puas hati dengan kata-kata yang di keluarkan oleh Tasha ketika ini.

   “Erk Kak Safi , Kak Tasha janganlah gaduh sebab Awa. “ Tingkah Awa sambil berdiri. Beberapa orang staff menggelengkkan kepala melihat karenah Tasha sejak akhir-akhir ini. Tasha bukan lagi seperti dulu. Dia telah berubah.

   Manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja.
  “Apa yang bising-bising ni?” Soal Hadif sebaik saja pintu biliknya terbuka. Dia memandang wajah Safi, Tasha dan juga Awa. Mereka serentak menoleh kepada suara itu. Awatif tersengih pada bosnya.

   “Tak ada apa-apa bos.” Jawab Awatif dengan selamba. Tasha menoleh pada Awatif.
   “Tak ada apa-apa Tuan Hadif. Saya nampak kucing Awa tadi jadi singgahlah nak tengok kucing dia.” Jawab Safi pula hanya Tasha saja yang membisu.

   “Oh pasal kucing ke. Errmm hari ni bolehlah awak nak tengok Safi. Awa ingat ya jangan bawa cookie dekat pejabat lagi.” Pesan Hadif Fakhri dengan tegas.

   “Baik bos. Erk bos nak ke mana tu?” Soal Awatif sebaik saja melihat Hadif Fakhri melintasi mejanya.

   “Awak check balik jadual saya sekarang. Awak tahu ke mana saya nak pergi.” Itu jawapan yang di berikan oleh Hadif sewaktu di menoleh seketika pada Awatif.

   “Oh eh.. Ok bos..” Sengih Awatif sambil melambaikan tangannya pada Hadif Fakhri. Safi tersenyum. Belum pernah lagi ada PA seperti Awa yang selama dia kerja di Aspirasi ini.

   PETANG itu, Awatif menunggu daddy nya di luar Aspirasi. Di keleknya sangkar cookie. Dia duduk di sebuah bangku dan cookie berada di tempat duduk sebelahnya.

   “Kasihan cookie ya. Bosan temankan mummy dekat pejabat eh?” Soal Awatif pada cookie. Itulah kerja Awa kalau tak bercakap dengan cookie dia merasakan hidupnya kosong tak bermakna. Kasihnya dia pada seekor kucing.

   “Lepas ni cookie duduk rumah diam-diam okey. Mummy sibuk dengan kerja nanti . Kasihan hero mummy ni.” Tambah  Awatif lagi lalu memandang kereta yang lalu lalang.

   “Mana tok daddy ni tak sampai lagi? Jalan jamm ke?” Soal Awa sendirian. Dia mencari kereta milik daddy nya. Awa menghela nafasnya lalu bersandar di bangku tersebut sambil melihat dada langit yang sudah berubah warna. Awa kemudiannya menoleh ke jam tangannya sebelum dia mencari telefon miliknya di dalam beg.

   “Awa tak balik lagi?” Soal Adam yang muncul ketika itu. Dia baru saja keluar dari Aspirasi. Hari ini agak lewat sedikit dia keluar kerana ada kerja yang perlu dia siapkannya.
   “ Eh Adam .. Awak tak balik lagi?” Soal Awatif dengan senyuman sebaik saja melihat wajah Adam yang berdiri di tepi bangku.

   “Baru nak balik. Amboi comelnya kucing Awa ni. Kenapa Awa tak balik lagi ni?” Soal Adam sebaik saja melihat cookie yang diam .

   “Errm itulah. Awa tengah tunggu daddy Awa datang ambil. Sekejap lagi dia datanglah. Kucing Awa memang comel sebab tu la Awa sayang cookie.” Sengih Awa sebelum merenung cookie yang memandangnya di saat ini.

   “Tapi Awa lagi comel.” Puji Adam. Awa mengerutkan dahinya.
   “Awa comel ke? Orang kata Awak blur adalah.” Jawab Awatif dengan selambanya. Dia memegang kedua belah pipinya.

   “Bagi Adam , Awa tetap comel sangat. Adam suka.” Terang Adam. Dalam diam Adam cuba meluahkan perasaannya pada Awatif. Ya mungkin terlalu awal untuk jatuh cinta pada Awa tetapi entah kenapa sikap Awa telah mencuri hati dalam diam walaupun mereka baru saja kenal. Cinta datang dengan sendiri tanpa mengira waktu .

   Ada sesetangah orang yang jatuh cinta pandang pertama. Si Adam ni pun lebih kurang begitulah gamaknya.

   “Iye ke? Terima kasih sebab Adam cakap Awa comel.” Jawab Awa tanpa memahami maksud yang tersirat. Adam membalas senyuman dari Awatif.

   “Sama-sama. Selalunya daddy Awa datang lambat ke sini?” Soal Adam sambil menilik jam di pergelangan tangannya yang sudah pun berginjak ke angka enam lima belas minit petang.
  “Tak juga. Jalan jamm kot tak pun daddy keluar dari tempat kerja dia lambat kot.” Jawab Awatif. Matanya memandang ke arah jalan raya sekali lagi.

   “Haaa tu pun daddy Awa dah sampai. Awa balik dulu ya Adam.”  Awatif terus berdiri sebaik saja melihat kereta daddy nya. Adam menoleh pada kereta yang masuk di perkarangan Aspirasi.

    Awatif membawa cookie dan melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke kereta daddy nya. Sebaik saja masuk ke dalam kereta , Awa menurunkan cermin kereta dan melambaikan tangan pada Adam.

   “Awa balik dulu ..” Jerit Awa. Adam menganggukkan kepalanya sambil membalas lambaian dari Awatif.

   “Siapa tu Awa?” Soal daddy nya dengan pelik sewaktu memandu kereta.
   “Kawan sepejabat Awa.” Jawab Awa dengan jujur. Daddy nya tersenyum.

   “Haaa ini apa cerita sampai bawa cookie datang pejabat? Mummy bising tahu pagi tadi. Daddy tak sempat nak tanya Awa pagi tadi.” Soal  Encik Fathudin kepada anak gadisnya.

   “Itulah daddy. Awa salah info pula. Bos Awa minta Awa bawa cookie untuk dia hari ini tapi Awa ingat cookie yang ini.” Sengih Awatif pada daddynya.

   “Ish kamu ni Awa boleh pula salah info. Habis tu bos Awa tak marah ke?” Soal Encik Fathudin lagi.
  “Dia tak marah pun tapi dia terkejut jugalah masa tengok cookie ni. Salah Awa juga daddy sebab tak faham maksud bos Awa tu kan” Jawab Awa dengan jujur.

    “Awa.. Awa.. Kasihan bos Awa tu . Tak mengapalah Awa tak ada manusia yang tak lakukan kesilapan.” Encik  Fathudin menghela nafasnya dengan berat. Dia tahu kekurangan yang ada pada anak gadisnya itu. Walaupun Awa begitu dia tetap anak yang baik dan menghormati orang lain. Kadangkala pernah terlintas di fikirannya bagaimana anaknya boleh berjaya tamatkan pengajian. Dia tahu ramai yang memandang rendah pada kemampuan anak gadisnya . Mereka memang menggelarkan Awa dengan panggilan Miss Blur , lambat pick up lah, dan macam-macam lagilah.

    Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Usahlah menghina di atas kekurangan yang ada pada mereka dan usahlah bangga dengan kelebihan yang kamu ada. Ingatlah setiap kekurangan yang kita miliki itu merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Tidak semua orang memiliki kekurangan yang kita ada.

Bersambung...

NotaTersepit: Merenung masa depan sendiri.. Hahahha.. Sah cik writer tengah di landa writer block lagi. Ish Ish Ish ...





Minggu, 02 Februari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 10

Assalamualaikum u ollsss...

Selamat hari isnin dan masih belum terlambatkan rasanya nk ucapka happy CNY pada kawan2 cik writer yang menyambutnya. Ok bab sepuluh alahai miss blur dah kuar. Sekarang u ollss dah tau kan kenapa Awa kasi kucing dia nm cookie . Hehehe..Mekasih singgah dan baca :D



                                      


BAB SEPULUH




  AWATIF sedang meriba cookie di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia menggosokkan kepala cookie berkali-kali . Sesekali matanya di tumpukan kepada skrin televisyen.

   “Cookie, nak tahu satu cerita tak? Bos mummy tu kan suka sangat marah  pelik mummy tau. Muka dia kemain handsome tapi tu la garang. Dia panggil mummy miss blur. Tak patutkan cookie.” Awa bercakap dengan kucing kesayangannya. Seperti biasa jawapan dari cookie adalah meow meow meow.

   “Setakat ni mummy suka kerja dekat situ. Staff dekat situ pun baik je dengan mummy.” Luah Awa lagi. Cookie setia mendengar .

   “Kak Awa ni suka sangat cakap dengan kucing. Bukan si cookie ni faham pun Kak Awa cakap.” Tingkah Akid sambil menggelengkan kepalanya. Awatif melihat adiknya yang baru saja duduk di sofa berjauhan dengannya. Dia tahu jikalau cookie ada bersamanya maka Akid tidak akan mendekatinya.

   Awa mencebik pada adiknya sebelum menjawab. “ Eleh biarlah Kak Awa nak cakap dengan dia sekalipun. Luahkan perasaan pada binatang lagi bagus dari luah pada manusia yang mulut berlubang.” Jawab Awatif dengan selamba.

   “Kak Awa malam ni tak tengok Running Man ke?” Soal Akid dengan tiba-tiba. Susah nak tengok Kak Awa tengok televisyen dekat ruang tamu dia lebih suka terperuk dalam bilik.

  “Running Man. Alamak Kak Awa lupalah.” Jawab Awatif lalu menepuk dahinya dengan perlahan. Dengan pantas dia bangun sambil membawa cookie menuju ke tingkat atas. Akid menggelengkan kepalanya.

  “Apalah Kak Awa ni minat sangat dengan cerita tu? Pelik betul aku.” Soal Akid dengan perlahan. Selepas itu dia mengambil remote tv lalu menukar channel.

   “Turn aku pula tengok tv.” Sengih Akid dengan lebar.
    Patutlah si Akid ni menyebut tentang rancangan Running man rupanya dia mahu tukar channel lain. Bijak ya guna taktik begitu.

  Sebaik saja masuk ke bilik , Awa terus menuju ke mejanya dan menekan butang on pada laptop kesayangannya itu.

  “Okey cookie malam ni temankan mummy tengok Running Man tau. “ Awatif memberitahu cookie yang berada di atas ribanya. Baru saja Awatif mahu menekan tetikus dengan selamba badaknya cookie memanjat meja dan duduk di atas laptop. Baik punya landing. Awatif menggelengkan kepalanya.

   “Sayang tak boleh duduk situ. Cookie duduk atas riba mummy okey.” Tingkah Awatif lalu mengambil cookie dan di letakkan di atas ribanya semula. Awatif terus membuka Running Man episode yang latest. Dia memang peminat tegar Running Man . Di kampus dahulu kawan-kawannya memang mengetahui yang Awatif ni memang minat gila pada salah seorang selebriti dalam Running Man iaitu Kim Jong Kook. Nama kucing kesayangannya itu pun di ambil dari Running Man jugalah.

   “Handsome kan Jong Kook oppa ?” Soal Awatif sambil bercakap dengan cookie.
    “Meow .. Meow ..” Cookie menjawab. Awa tersenyum pada cookie sebelum dia memfokuskan matanya pada skrin laptop kesayangannya itu. Sesekali terdengar Awa ketawa apabila melihat adengan yang melucukan.

    “Astagfirullazh Al’azim. Awa kamu ni tak reti nak tidur ke? Pukul berapa dah ni?” Soal Puan Fauziah apabila  melihat anak daranya sedang ketawa di dalam biliknya. Dia melintasi bilik anak gadisnya dan pintu bilik anaknya itu terbuka sedikit dan lampu di dalam bilik Awatif masih lagi terang benderang.

   “Sekejap lagi Awa tidurlah mummy. Malam masih muda lagi.” Jawab Awa dengan selamba.
   “Banyaklah kamu malam masih muda. Esok kamu kerja Awa, karang lambat pula pergi kerja. Kamu pun liat juga nak bangun pagi.” Puan Fauziah sudah mula membebel.

   “Janganlah risau. Awa nak habiskan episode ni je mummy lepas tu Awa janji Awa tidur. Okey mummy?” Ucap Awa sambil mengangkat tangannya. Dia menoleh kembali ke skrin laptopnya. Puan Fauziah hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenah anak daranya.

    “Ini lagi sorang tak reti nak tidur lagi. Esok mulalah liat nak bangun sembahyang subuhkan?” Soal Puan Fauziah kepada anak lelakinya pula  yang sedang mengadap komputer bermain game. Akid menoleh pada mummynya sambil tersengih. Selepas bilik Awatif bilik Akid pula yang di tujunya. Entah bila masa Akid naik ke biliknya dan mungkin juga tiada siaran yang menarik perhatian di kaca televisyen.

   “Alah mummy Akid main kejap je. Lepas ni Akid tidurlah. Esok mana sekolah lagi biarlah Akid lepas gian main game. Bila dah buka sekolah nanti Akid dah tak boleh nak main sangat. Akid akan sibuk dengan sekolah , tuisyen sana sini , dan sebagainya.” Dengan selambanya mulut Akid menjawab.

   “Kalau bab menjawab kamu memang juarakan Akid. Sudah mummy nak sekejap lagi tutup komputer tu dan tidur. Lagi sejam mummy tengok bilik kamu terang benderang lagi siaplah.” Puan Fauziah sudah memberi arahan.

   “Kak Awa tu tengok Running Man mummy tak marah pun.” Jawab Akid tidak puas hati. Puan Fauziah mengetap bibirnya dengan geram.

   “Haish budak ni kan ada je nak menjawabnya. Kak Awa kamu pun sama juga. Mummy tak kira kejap lagi mummy nak Akid tidur.” Tingkah Puan Fauziah lalu keluar dari bilik anak lelakinya.

      PAGI itu staff Aspirasi seperti biasa sibuk dengan menguruskan kerja masing-masing. Awatif sudah pun buatkan air kopi untuk bosnya itu. Sebaik saja keluar dari bilik bosnya Awatif terus menuju ke meja kerjanya. Baru saja dia ingin membuat kerja ada seorang lelaki yang muncul dengan tiba-tiba.

   “Maafkan saya. Cik ni Cik Nurain Awatif ke?” Soal lelaki tersebut . Awatif mendongakkan kepalanya dengan muka blur.

   “Cik Nurain Awatif ke?” Soal lelaki itu sekali lagi.
    “Ya ya saya Nurain Awatif. Kenapa ya?” Soal Awatif dengan pelik dan dia bertambah pelik apabila melihat di tangan lelaki tersebut ada sejambak bunga ros.

   “Ini ada orang minta saya serahkan bunga ini pada Cik Nurain Awatif.” Ujar lelaki tersebut dengan senyuman lalu di hulurkan sejambak bunga rose kepada Awatif. Dengan wajah blur Awatif menyambutnya. Dia melihat bunga tersebut.

   “Siapa bagi ni?” Soal Awatif.
   “Itu saya tak tahu. Saya hanya tolong hantarkan saja bunga ini pada Cik.” Jawab lelaki tersebut. Berkerut dahi Awatif memikirkan pengirim bunga tersebut.

   “Cik sila sign dekat sini ya.” Pinta lelaki itu lagi lalu menghulurkan sehelai kertas pada Awatif.
   “Pasal apa pula saya nak kena sign? Bukan aggrement pun.” Soal Awatif dengan selamba. Dia langsung tidak menyambut kertas yang di hulurkan padanya. Lelaki tersebut tersenyum pada Awatif.

   “Ini memang bukan sign aggrement cik. Ini Cik kena sign sebagai bukti yang Cik sudah pun terima bunga yang telah di tempahkan oleh seseorang buat Cik. Sila sign Cik.” Jawab lelaki itu. Kali ini barulah si Awa ni faham dan mengambil pen lalu menurunkan tandatangan.

   “Terima kasih Cik.” Lelaki itu bersuara lagi dan Awatif hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Lelaki tersebut terus melangkah pergi. Awatif menilik jambangan bunga rose. Dia melihat di setiap sudut jambangan bunga tersebut sehinggalah dia menemui kad yang terselit di situ.

   Dengan perlahan-lahan Awatif membuka kad tersebut dan dia membaca setiap perkataan yang tertulis di atasnya.

   Istimewa Buat Awatif
   Tahniah kerana sudah dapat kerja dan semoga berjaya.
   I miss you Awa…
   Farhan Redza

   “Farhan yang hantar rupanya.” Tingkah Awatif lalu menutup kad tersebut dan meletakkan jambangan bunga tersebut di tepi mejanya. Awatif menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memulakan tugas namun baru saja dia mahu membuat kerja handphone miliknya sudah berbunyi.

    Dengan bermalasan Awatif menjawab. Dia tahu Farhan menghubunginya .
   “Hai Awa. Bunga untuk awak dah sampai belum?” Soal Farhan.

   “Dah sampai. Thanks tapi tak perlulah susah payah bagi bunga. Mana awak tahu saya dah bekerja?” Soal Awatif . Setahunya dia langsung tidak memberitahu Farhan yang dia telah dapat kerja.

   “Hal berkaitan dengan awak mestilah saya akan tahu. Awa saya rindukan awak. Saya nak jumpa dengan awak. Kenapa awak asyik mengelak saja dari saya. Awak dah tak sudi ke nak kawan dengan saya?” Soal Farhan. Awa terdiam seketika.

   “Saya bukan tak nak kawan dengan awak tapi masalahnya saya tak suka awak nak pinangkan saya tu haa. Saya tak nak kahwin dengan awaklah Farhan sebab awak ni kawan saya.” Jawab Awa dengan jujur. Farhan terdiam seketika. Dia tahu tentang itu sudah acap kali Awatif memberitahu tentang perasaannya.

   “Awa berikan saya peluang. Saya sayangkan awak Awa.” Farhan masih lagi berusaha untuk memikat hati Awatif.

   “Peluang apa lagi Farhan?” Soal Awa kebingungan seketika.
   “Peluang untuk saya membuktikan kasih sayang saya pada awak.” Jawab Farhan. Awa menggarukan dahinya.

   “Saya sibuk ni Farhan banyak kerja. Lain kali ya kita borak. Bye..” Ujar Awatif lalu mematikan talian. Dia kemudiannya meletakkan handphone nya di tepi. Awatif termenung seketika.

   “Farhan ni nak suruh aku cakap bahasa apa lagi. Kenapalah dia suka sangat dekat aku yang blur ni.” Soal Awatif sendrian sambil berteleku di meja. Dia melihat bunga ros yang berada di sebelah kirinya. Dari jauh Tasha melihat perilaku Awatif.

  “Siapa pula yang bagi bunga pada Awatif? Adam ke?” Soal Tasha sendirian. Dia merasa sangat cemburu pada Awatif hari ini kerana ada orang telah menghadiahkan Awa sejambak bunga ros sedangkan dirinya langsung tidak pernah dapat walaupun sekuntum.

   “Budak blur macam dia pun ada peminat juga ke? Aku rasa mesti orang yang sukakan dia tu buta mata gamaknya. Budak yang lurus rupa itu pun ada orang nak.” Tambah Tasha lagi. Dia ralit melihat Awatif yang sedang buat kerja.

   “Ish kalau Adam yang bagi pada Awa parah . Aku tak rela .” Tingkah Tasha lagi.
   “Tasha kau ni kenapa aku tengok bercakap sorang diri dari tadi. Kau demam ke?” Soal Zulaikha dengan tiba-tiba.

   “Ish bila masa pula aku cakap sorang diri.” Marah Tasha sewaktu menoleh pada Zulaikha.
   “Ya la sangat. Aku tengok kau asyik tengok budak Awa tu kenapa?” Soal Zulaikha. Semenjak tadi lagi dia perasan yang mata Tasha sering kali terarah pada Awatif.

   “Tu kau tak tengok ke dia dapat bunga. Siapa yang bagi eh?” Tasha bertanyakan pada Zulaikha dan Zulaikha hanya menjungkit bahu tanda tidaj tahu.

   “Adalah tu peminat dia. Kau janganlah sibuk  hal dia buat kerja tu lagi bagus.”  Tasha buat-buat tidak dengar.

   “Ada juga ke orang minat dekat budak blur dan lurus tu?” Soal Tasha. Zulaikha menggelengkan kepalanya.

   “Kau ni Tasha aku tengok dari hari pertama Awatif bekerja dekat sini dan sampai sekarangkan hari-hari ada je yang kau tak puas hati dengan dia . Aku nak tanya apa yang tak kena dengan si Awa tu yang buatkan kau tak suka dia?” Soal Zulaikha sambil berpeluk tubuh di mejanya.Tasha memandang wajah Zulaikha.

  “Senang cerita aku tak sukakan dia. Kau tak perlu tahu sebab apa.” Jawab Tasha. Zulaikha hanya membiarkan saja Tasha . Dia terus menyambung kembali kerjanya. Dalam diam Zulaikha merasa pelik dengan sikap Tasha yang berubah dengan tiba-tiba saja sebaik Awatif masuk kerja di sini.

   “Wow Awa dapat bunga. Siapa bagi bunga tu Awa? Boyfriend ke? tunang ke? atau suami?” Soal Adam sewaktu berdiri di meja Awatif. Dia baru saja selesai perbincangan dengan team nya dan ketika melintasi meja Awa dia berhenti seketika  apabila ternampak ada jambangan bunga di atas meja.

   “Bunga?” Soal Awa dengan pelik sewaktu memandang wajah Adam.
   “Itu bukan bunga ke?Siapa yang bagi?” Soal Adam. Awatif menoleh ke tepi dan tersengih.
   “Oh bunga ni. Alien yang bagi.” Jawab Awatif dengan selamba.

    “Alien ? Alien mana pula ni Awa? Ish awak ni biar betul Awa.” Adam merenung wajah Awatif dengan pelik.

   “Betullah Alien yang bagi kenapa tak percaya ke?” Soal Awatif . Terangkat kedua-dua belah keningnya. Adam menggelengkan kepalanya. Awatif tersenyum.

   “Mana ada alien Awa. Awak ni saja nak kenakan saya ya.” Awatif tergelak kecil.
    “Haaa tahu pun tak ada. Oranglah yang bagi pada saya.”

    “Siapa?” Soal Adam ingin tahu. Awa mengerutkan dahinya.
    “Oranglah..” Jawab Awa.

     “Memanglah orang tapi siapa orangnya.?” Soal Adam. Awa blur .
     “Oranglah.” Adam menepuk dahinya.

     “Maksud Adam siapa nama orang yang hantar bunga ni pada Awa?”

     “Ohhh cakaplah nama orang yang bagi bunga ni. “ Barulah Awa faham . Adam menggelengkan kepalanya .

Bersambung...

NotaTersepit: Masihkan korang ingat yg cik writer pernah bg sedutan part cookie di blog dl. Haaa cite pasal Awa bawa cookie g opis ada dalam bab 11 nanti.




Rabu, 29 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 9

Assalamualaikum u ollsss...

Sedar tak sedar dah masuk bab kesembilan ya. Heheheh..Ok ini pula kisah Awa tersalah gula dan garam. Bermulanya kisah Tasha untuk mengenakan Awa. Mekasih singgah dan baca :D



                                       





BAB SEMBILAN




   SEBAIK saja Hadif Fakhri menghirup air di dalam mug  yang di hulurkan oleh Awatif terus dia menyembur keluar. Wajah Hadif berubah ketika ini apabila merasa air kopi tersebut.

   “Awa air kopi apa ni? Masin yang amat. Awak ni dah kenapa dah tak kenal garam dan  gula ke?” Soal Hadif Fakhri sewaktu memandang wajah Awatif dan ketika itu seperti biasa Awatif menayangkan muka blurnya.

  “Masin? Bos gula mana masin. Saya letak gulalah dalam air tu.” Jawab Awa sambil membetulkan shawl yang di pakainya. Pada masa itu juga dia membaiki brooches yang berbentuk riben di kepala.

   “Tahu pun gula tak masin. Cik Nurain Awatif cuba awak rasa air ni sama ada awak letak gula atau awak letak garam. Minum sekarang.” Arah Hadif Fakhri sambil menghulurkan cawannya pada Awatif.

   Dengan selamba Awatif meneguk air kopi yang masin.

   “Yakkss  masinnya bos. Pelik ni bos bagaimana gula boleh jadi masin begini.” Tingkah Awatif sambil meletakkan cawan tersebut di situ. Berkerut-kerut dahinya sewaktu air kopi berada di dalam mulutnya.

   “Tahu pun masin. Ini bukan gula tapi garam. Mana awak dapat garam ni Awa?” Soal Hadif Fakhri dengan pelik.

   “Saya jumpa dekat pantry la bos. Sewaktu nak buat air untuk bos tadi saya tak jumpa pun balang gula lepas tu saya carilah tapi tak jumpa. Kak Tasha datang dia pun ambilkan balang berisi gula dan berikan pada saya.” Jawab Awa dengan jujur. Hadif Fakhri menggelengkan kepalanya.

   “Sudahlah Miss Blur. Saya nak awak buat air kopi yang lain untuk saya. Awak buat yang baru ni rasa dulu gula atau garam sebelum masuk ke dalam mug. Faham?” Arah Hadif Fakhri.

   “Yalah saya buat baru tapi kan bos nama saya Awatif kenapa bos panggil saya  miss blur pula?” Soal Awatif kebingungan . Hadif mengeluh seketika.

   “Nama tu lagi sesuai untuk awak. Jangan banyak tanya pergi buatkan air lain untuk saya. Nasib baik saya tak sembur dekat muka awak kalau tak habislah muka awak tu tadi.” Tambah Hadif lagi.

  “Alah bos kalau tersembur dekat muka saya pun tak mengapa sebab boleh di cuci dengan pencuci muka Fair & Lovely.” Sengih Awatif dengan selamba.

   “Awak memang patut jadi duta product tu.” Hadif mengambil tisu dan mengelap mulutnya terlebih dahulu sebelum dia mengambil beberapa helai tisu lalu di lapkan air yang tersembur di mejanya . Awatif tersenyum lalu mengambil mug tersebut dan di bawa keluar.

  Awatif membawa mug tadi menuju ke pantry. Ligat otaknya memikirkan bagaimana dia boleh letakkan garam dalam air minuman bosnya itu.

   “Apahal aku ni bodoh sangat pergi letakkan garam dalam minuman. Macam mana gula boleh tukar jadi garam. Kak Tasha dah bagi aku gula tadi.” Bebel Awatif sendirian sewaktu melangkah menuju ke pantry.

   Dari jauh Tasha melihat gerak geri Awatif dari jauh. Tasha tersenyum manis apabila melihat Awatif menuju ke pantry.

   “Padan muka , confirm kena marah dengan Tuan Singa tu.” Ujar Tasha dengan perlahan. Puas hatinya hari ini kerana dapat mengenakan Awatif si gadis yang comel tetapi blur dan lurus bendul.

   Awatif menuju ke sinki dan membasuh mug tersebut sebelum di bawa ke cabinet. Dia mencari gula . Dia mengambil balang tadi lalu di buka dan da mencubit sedikit alu di suakan kepada lidahnya. Jelas sekali masin.

   “Memang sah ini garam. Sampai hati Kak Tasha bagi aku garam tadi.” Tingkah Awatif sambil menutup semula balang tersebut. Dia kemudiannya menyimpan kembali balang itu dalam cabinet atas. Awatif mula menyelongkar dan mencari gula.

   “Awa cari apa tu?” Soal Safi yang muncul di pantry dengan membawa mug nya. Safi ingin membuat air untuk dirinya. Awatif menoleh lalu tersenyum.

   “Awa cari gula Kak Safi. Bos nak minum air tapi Awa tak jumpa. Kopi tadi Awa letak garam rupanya. Kak Tasha kata itu gula.” Jawab Awatif.

   “Garam? Mana Awa ambil garam tu?” Soal Safi lalu mendekati Awatif.
   “Dekat atas tu.” Jawab Awatif jujur. Safi mengeluh seketika.

    “Yang ni memang garam Awa. Gula ada dalam peti ais. Diorang letak dalam peti ais bimbang kalau semut masuk.” Ujar Safi lalu membuka peti ais dan mengambil balang yang berisi dengan gula.

   “La dalam peti ais rupanya. Patutlah Awa cari tak jumpa.” Sengih Awa.
    “Nah cepat buatkan air untuk Tuan Hadif tu nanti dia bising pula. Kasihan Awa mesti Tuan Hadif marahkan Awa tadi kan?”

   “Eh taklah Kak Safi. Bos tak marah pun pada Awa. Terima kasih Kak Safi .” Ucap Awatif lalu mengambil gula dan mula menyiapkan air kopi untuk Encik Kreatifnya.

    “Tasha kenapa kau bagi garam pada Awa?” Soal Safi sebaik saja tiba di meja Tasha dan ketika itu Tasha sibuk dengan menyiapkan kerjanya.

   “Eh bila masa pula aku bagi dia garam. Aku bagi dia gulalah.” Jawab Tasha dengan selamba.
   “Mana kau ambil gula bagi dekat dia?” Soal Safi.

    “Aku ambil dalam peti aislah.” Jawab Tasha . Sah Tasha menipu. Dia bagi balang yang ada dekat cabinet atas pada Awa tapi dia kata dia berikan balang yang ada dalam peti ais. Safi menggelengkan kepalanya.

   “Kasihan dekat Awa kena marah dengan Tuan Hadif.” Ucap Safi sambil memandang Awatif yang baru saja keluar dari bilik majikannya.

   “Dia yang salah sebab bodoh sangat tak tahu nak bezakan yang mana garam dan yang mana gula. Belajar bukan main tinggu tapi entahlah. Aku pelik macam mana budak tu boleh graduate.” Tingkah Tasha. Safi terkejut mendengarnya.

  “Tasha tak baik kau kata dia bodoh. Kau jangan nak hina dia. Aku tahulah si Awa tu jenis yang blur dan lambat pick up tapi kau tak boleh nak hina orang sesuka hati. Kalau kau dekat tempat dia apa kau rasa bila orang kata pada kau rupa itu?” Soal Safi dengan geram. Dia langsung tidak menyangka yang Tasha mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa pada Awatif.

   “Peduli apa aku. Dia yang cari pasal dengan aku dulu siapa suruh.” Marah Tasha. Safi menggelengkan kepalanya.

   “Cari pasal apa pula.Aku tengok dia ok je dengan kau.”
    “Dia kutuk aku pasal umur aku tu la. Kau ingat aku tak sakit hati ke?” Soal Tasha dengan geram.

   “Kau ni Tasha mengalahkan budak-budak kau tau tak? Benda rupa itu pun kau nak jadikan isu. Kau tahukan si Awa tu jenis yang jujur.” Jawab Safi.

   “Aku tengok kau asyik bela dia je. Aku memang tak suka dia bukan saja dia mengata aku malah dia juga baik dengan Adam.” Akhirnya terluah juga .

   “Adam? Kau suka dekat adam ke?” Soal Safi dengan muka yang terkejut. Tasha berdehem seketika.

   “Eh taklah. Kau gila ke apa nak suka dekat Adam tu. Bukan handsome pun.” Dalih Tasha. Mulut cakap lain , hati rasa lain. Sejak bila pula Tasha ni berubah .Dahulu tak ada pula perangai dia rupa itu. Manusia boleh berubah bila-bila masa saja.

   HADIF Fakhri baru saja keluar dari bilik tidurnya. Dia menuju ke tingkat bawah. Sejak tadi dia mendengar suara anak buahnya Syarif dan Syifa.

   “Daddy..Daddy..” Jerit Syarif sebaik saja ternampak daddy nya turun tangga. Bukan main lagi dia berlari mendapatkan Hadif.

   “Hey hero daddy kenapa lari nanti jatuh.” Tegur Hadif lalu memeluk Syarif. Dia kemudiannya memimpin tangan Syarif lalu di bawa ke ruang tamu.

   “Syarif berapa kali mama dah pesan jangan larikan.” Tegur Huda kepada anak lelakinya. Syarif hanya senyum pada mamanya.

   “Hadif , Kak Huda dengar Hadif dah ada PA yang baru . Betul ke? Macam mana PA baru Hadif?” Soal Huda sambil mengikat rambut Syifa yang berada di atas ribanya.

   “Haish pening kepala Hadif  di buatnya. Kak Huda tahu tak PA baru Hadif tu jenis yang blur dan lambat pick up tapi kalau bab siapkan kerja memang bagus. Itu memang boleh di puji cumanya tu la bila datang blur dan lambat pick up tu yang masalah.” Jawab Hadif lalu teringat seraut wajah comel milik Awatif. Hadif tersengih seorang diri.

    “Yang kamu tersengih tu pasal apa Hadif?” Soal Datuk Ismail dengan pelik apabila melihat anaknya tersengih sebaik saja bercerita tentang setiausaha yang barunya.

    “Macam mana Hadif tak tersengih papa. Tahu tak  pa si Awa buat pada hari first dia lapor diri dekat Aspirasi.  Ya Allah dia tiru iklan Fair and lovely.Kalau Kak Huda dengan papa ada confirm gelak punya.” Jawab Hadif.

   “Maksud kamu?” Soal Datuk Ismail dengan pelik. Hadif menceritakan apa yang berlaku pada dia dan Awatif pada hari itu dan keluarga Hadif turut tergelak sama.

   “Walaupun dia begitukan dia nampak comel sangat.” Puji Hadif dengan tiba-tiba.

    “Apa Hadif? Dia comel?” Soal Huda. Terangkat kedua belah keningnya. Jarang sekali nak dengar adiknya itu memuju kecantikan seseorang.

   “Yup dia sangat comel. Di tudungnya selalu di kepit dengan pelbagai jenis rupa ada lepas tu kulit yang licin dan bibir tak lekang dengan senyuman.” Puji Hadif lagi.

   “Wow .. Hadif puji kecantikan seseorang papa. Huda tak sangka sungguh.” Ujar Huda dengan selamba lalu menoleh pada papanya. Datuk Ismail juga turut tersenyum.

  “Anak siapa pula yang comel ni? Korang puji kecantikan siapa pula ni?” Soal Datin Khadijah yang baru saja muncul .

   “Ini haaa anak bujang mama ni la dia dok cerita pasal PA baru dia dan paling best sekali kan mama Hadif cakap PA dia comel. Mama tahukan Hadif ni payah nak puji kecantikan seseorang.” Jawab Huda dengan selamba.

   “Alah tak ada apa-apalah mama.” Dalih Hadif. Dia memeluk Syarif yang sedang memegang tab papanya . Syarif sedang bermain game . Hadif melihat ketangkasan jari Syarid bermain game subway Surf.

   “Ye ke. Jarang sekali mama dengar kamu puji perempuan Hadif. So macam mana dengan PA baru kamu okey ke tak? Boleh buat kerja ke tak dan paling utama dia tahan tak dengan kerenah kamu tu?” Soal Datin Khadijah. Hadif tersenyum.

   “Alhamdulilah setakat ini okey lagi mama. Rasanya dia tak ada masalah dengan Hadif tetapi Hadif yang akan pening dengan kerenah dia . Mama ingat lagi tak gadis yang langgar mama masa Hadif temankan mama shopping barang dapur tu?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Walaupun Awa sudah bekerja selama dua minggu di Aspirasi namun Hadif masih belum berkesempatan untuk menceritakan pada mamanya kerana bila pulang rumah saja dia akan terlupa tentang hal yang berlaku di pejabat kecuali di tanya.

  “Budak perempuan mana ni?” Soal Datin Khadijah sambil mengerutkan dahinya.
   “Budak perempuan yang langgar mama tu la. Selepas tu dia minta maaf dengan mama kan.” Datin Khadijah cuba mengingati sesuatu.

   “Haa mama ingat yang dia panggil kamu Encik Kreatif kan?” Soal Datin Khadijah. Huda dan Datuk Ismail sudah tergelak sebaik saja mendengar nama Encik Kreatif.

   “Betullah tu. Suka hati dia je panggil Hadif dengan nama kreatif. Hari first dia masuk Aspirasi pun dia panggil Hadif dengan panggilan Encik Kreatif. Ada masalah sound trouble agaknya tapi sekarang Hadif tak dengarlah dia panggil rupa itu. Dia panggil Hadif dengan panggilan bos saja.” Jawab Hadif.

   “Apa hal dia panggil Hadif Kreatif eh? Lawaklah budak tu. Teringin pula Kak Huda nak jumpa budak comel yang panggil Hadif dengan panggilan Encik Kreatif.” Sengih Huda pada adiknya.

   “Dif dan Tif tak jauh bezanya kan. Dia tersalah dengarlah tu waktu kamu bagitahu nama kamu pada dia.” Giliran Datuk Ismail menyampuk. Melalui dari kisah anaknya itu dia yakin yang PA anaknya kali ini adalah bukan sebarang gadis.

   “Best juga panggilan Encik Kreatif ni ya.” Usik Huda. Hadif mencebik pada kakaknya.
    “Best apa bendanya. Nama Hadif bukan main elok lagi tapi dia boleh pula tukar nama Hadif jadi Kreatif. Ada je karenah si Awatif dekat pejabat.” Bebel Hadif lagi.

   “Oh nama dia Awatif rupanya.” Huda menyampuk sambil tersenyum. Dia gembira apabila melihat Hadif tidak tertekan dengan bebanan kerja setelah mendapat PA yang baru. Dia tahu sebelum Hadif mendapat PA yang baru dia bergantung pada Safi .

   “Game Over dah..” Kedengaran suara Syarif apabila dia kalah bermain game subway tersebut. Syarif menggarukan kepalanya lalu memandang daddy nya.

   “Syarif kalah ya? Sekarang turn daddy pula yang main.” Ujar Hadif pula lalu menyambut tab dari anak buahnya. Syarif melihat ketangkasan jari daddy nya pula.

    “Ini sejak bila pula kamu main game ni Hadif?” Soal Datuk Ismail dengan pelik. Hadif selalu sibuk dengan kerja jarang sekali nak meliaht dia gamin game. Kalau game dekat luar pun jarang nak join apatah lagi game yang ada dalam tab.

     “Baru je papa. Ini semua Syarif punya pasallah. Dia yang ajar Hadif main kan Syarif.” Jawab Hadif. Matanya masih ralit memandang tab. Syarif tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Mulut Syarif tidak bersuara kerana ralit melihat daddy nya bermain game.

   “Boleh geng dengan abang Syah kamu.” Ujar Huda. Suaminya pun kaki game juga .Syarif tahu tentang game dari papa nya. Huda menggelengkan kepalanya apabila melihat anaknya dan adiknya ralit merenung tab. Dia , mama dan papa nya pula sedang menonton televisyen bersama. Suaminya meninggalkan dia dan anak-anak di rumah Datuk Ismail kerana outstation. Huda sudah biasa di tinggalkan. Perniagaan yang di laksanakan oleh suaminya itu makin maju. Syukur Alhamdulilah .

Bersambung...

NotaTersepit: Akhirnya setelah seminggu jd writer block  dapat juga menulis kembali.Fuh tarik nafas lega bila blh menulis kembali.. 




Minggu, 26 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 8

Assalamualaikum u ollss...

Hari ini sambungan Bab ke 8 pula. Bermulalah kisah Awatif dan Hadif di Aspirasi. Tengoklah apa si Awa buat sewaktu hari pertama masuk kerja ya.Cik writer sendiri pun geleng kepala sewaktu menulis part ni dan gelak sendiri. .Mekasih singgah dan baca :D


                                      




BAB LAPAN



   “SIAPA nama awak?” Soal Hadif sebaik saja melihat Awatif berdiri di mejanya. Awatif tersenyum .

   “Nama saya Nurain Awatif Encik Kreatif.” Jawab Awatif dengan selamba.

    “Nurain Awatif. Awak dengar baik-baik ya apa yang saya nak cakap dengan awak ni ya. Sekali lagi saya nak ingatkan awak yang nama saya bukan Encik Kreatif tetapi nama saya adalah Hadif Fakhri. Sekali lagi saya ulang nama saya adalah Hadif Fakhri. Awak faham tak?” Soal Hadif pada Awa dengan tegas.

   Dia ingat inilah budak perempuan yang dia dan mamanya pernah berjumpa di shopping mall hari itu. Ish budak ni pekak atau sewel. Hari tu aku dah cakap nama aku Hadif bukan kreatif. Gerutu Hadif sendirian di dalam hatinya.

   “Hadif Fakhri ?” Awatif menyebutnya . Hadif menganggukkan kepalanya.

    “Yup . Ingat nama saya faham. Ini tengok dekat sini bagaimana ejaan nama saya.” Tingkah Hadif Fakhri dengan geram lalu menunjukkan tanda namanya yang terletak di meja kerjanya. Awatif menundukkan kepalanya lalu melihat setiap abjad yang berada di situ.

   “Baik Encik Hadif Fakhri. Saya faham. Saya minta maaf ya.” Ujar Awatif dengan senyuman.

   “Baguslah kalau faham. Silakan duduk saya nak terangkan tentang kerja yang awak perlu buat. Buka telinga seluas yang mungkin dan dengar apa yang saya nak cakap.” Hadif membetulkan duduknya.Awatif duduk bertentangan dengan bosnya itu.

   “Telinga saya tak boleh nak luas dah. Lubang telinga saya kecil tu je bos. Saya minta maaf sebab memang saya tak boleh nak buka telinga saya ni.” jawab Awatif dengan selamba. Hadif menggarukan dahinya.

   Masak aku ada PA rupa ini. Manalah si Safi jumpa budak blur ni. Gerutu Hadif dengan selamba.
   “Ish awak ni kan Awatif .. Haish geram pula aku.” Bebel Hadif dengan perlahan.

   “Bos panggil saja saya Awa. Orang memang panggil saya dengan panggilan tu.” Jawab Awatif dengan senyuman.

  Hadif mengeluh kecil sebelum memberitahu Awatif tentang kerja yang perlu di lakukan olehnya sebagai setiausaha . Awatif merenung wajah bosnya di kala ini. Hadif yang baru saja selesai menerangkan perihal kerja sebentar tadi memandang wajah Awatif.

   “Yang awak tenung muka saya tu kenapa?” Soal Hadif Fakhri. Awatif tersengih apabila di soal sebegitu.

   “Sorry bos. Itu haaa dekat pipi bos tu ada jerawat kecil. Gunalah oxy bos?” Awatif memberikan idea. Alahai si Awatif ni ingatkan tenung muka handsome Hadif tetapi tenung jerawat di muka Hadif. Nampak je mata si Awa ni.

   Hadif membesarkan matanya lalu meraba pipinya. Ya dia merasakan pipinya berjerawat. Budak ni kan nampak je jerawat dekat muka aku ni. Ish. Gerutu Hadif sendirian.

   “Muka awak licin awak guna oxy ke?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Awatif tersengih sambil meraba pipinya yang licin.

   “Bos saya tak guna oxy tapi saya guna fair & lovely .” Jawab Awatif dengan selamba.
   “Fair & Lovely?” Hadif mengerutkan dahi.

    “Yalah Fair & Lovely yang iklan dia macam ni. Fair & Lovely pembersihan muka seminit bermula sekarang. Bulatan penuh sekali bulatan separuh sekali membersihkan kotoran dan sel mati , lepas ini kita silang silang silang bintik hitam pun hilang . Di wajah buatkan bulatan vitamin membersih dan mencerahkan . Pembersihan muka seminit selesai.” Ujar Awatif . Dengan selamba badaknya dia menyanyi dan menunjukkan aksi dari iklan fair and lovely. Hadif tergamam melihat kerenah PA barunya itu.

   Aduhai Awatif apahal dengan budak ni sorang. Suka hati dia je nak buat apa. Cik Nurain Awatif di depan awak tu pengarah Urusan Aspirasi bukan juri audition iklan.

   “Pening kepala saya dengan karenah awak ni Awa. Hari ni first day awak kerja dekat sini dah begini rupa awak. Awak jangan nak mengarut dekat sini. Sekarang ni saya nak awak pergi buat kerja awak dekat luar sana. Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak. “ Jelas Hadif sambil bersandarkan kepalanya di kerusi.

   Awatif menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Aku salah cakap lagi ke? Soal Awatif  sendirian. Dia kemudiannya bangun dan melangkah keluar dari bilik bosnya .

   “PA aku ni banyak terpengaruh dengan televisyen ni. Nasib baik comel kalau tak aku dah halau keluar dari bilik ni tadi.” Tingkah Hadif sendirian sebelum dia meneliti kerja di hadapannya.

   Ehem.. Hadif cakap Awatif comel. Amboi sejak bila pula pengarah urusan Aspirasi ni pandai memuji perempuan? . Hadif teringat gaya dan nyanyian Awatif tadi terus dia tergelak besar.

   “Lawak betul PA aku.” Tingkah Hadif sambil tersenyum seorang diri. Masih jelas karenah Awatif sebentar tadi di ruang matanya.

   TASHA memerhati gerak geri Awatif dari jauh. Dia tidak tahu kenapa dia tidak menyukai Awatif bekerja di situ. Sakit telinganya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Awatif dua hari yang lepas.

   “Menyampah pula aku tengok budak ni.” Bebel Tasha sambil merenung tajam pada Awatif yang sedang ralit membuat kerjanya.

   “Comelkan budak baru tu. Aku sukalah tengok muka dia. Kalau tak silap aku rupa dia tu ada iras-iras selebriti korea.” Ujar Adam dengan tiba-tiba sewaktu melintasi meja Tasha.

   “Apa kau cakap?” Soal Tasha lalu merenung Adam dengan tajam sekali.
    “Aku cakap PA baru Tuan Hadif tu comel.” Sengih Adam penuh makna.

    “Comel apa kebenda rupa itu.Aku lagi vogue dari dia.” Tasha memuji dirinya sendiri sambil mencebik pada Awatif dari jauh.

   “Hai kau cemburu ke aku puji dia comel?” Soal Adam lalu merenung Tasha.

    “Hello tak kuasa aku nak cemburukan dengan budak tu. Dia tu siapa aku ni siapa. Kau jangan nak bandingan aku dengan budak mentah tu.” Bebel Tasha .

   “Ye ke?” Soal Adam sengaja mahu menyakat Tasha. Dia tahu yang Tasha memang bengang dengan gadis yang bernama Awatif itu.

   “Kau jangan nak menyibuk dekat meja aku.Pergi buat kerja.” Tasha menghalau Adam yang berdiri di depan mejanya.

  “Uish marah nampak. Aku nak pergi buat kerjalah ni tapikan sebelum tu aku nak pergi tegur budak comel tu.” Sengih Adam penuh makna. Sengaja nak menyakitkan hati Tasha. Adam meninggalkan meja Tasha dan menuju ke meja Awatif.

   “Hai gadis comel. Sibuk ke?” Soal Adam sewaktu tiba di meja Awatif.
    “Awak ni siapa?” Soal Awatif sebaik saja mendongakkan kepalanya melihat seorang jejaka yang berdiri di mejanya.

   “Oh lupa pula saya nak kenalkan diri. Nama saya Adam.” Dengan senyuman manis Adam memperkenalkan dirinya.

    “Oh Adam. Nama saya Awatif panggil saja Awa.” jawab Awatif sambil membalas senyumann Adam.

   “Saya dah tahu nama awak. Safi yang bagitahu.” Tingkah Adam.
    “Awak nak apa ni?” Soal Awatif

     “Saya nak berkenalan dengan awaklah.” jawab Adam dengan selamba. Awatif anggukan kepalanya.

   “Awak nak berkenalan dengan saya ni tak ada kerja nak buat ke?” Soal Awatif namun tangannya lincah membuat kerja.

   “Ada je  tapi saja nak tegur awak yang comel ni.” Adam mula mengayat.
    “Terima kasih sebab cakap saya comel.”

     Tasha panas hati melihat Awatif tersenyum pada Adam. Apa yang di bualkan pun Tasha tidak pasti. Tasha kemudiannya mengambil cermin kecil yang berada di dalam kaci meja. Dia kemudiannya menunjukkan cermin kecil yang bulat itu ke arah wajahnya.

    “Apa wajah aku ni tua ke? Aku guna product mahal lagi tau nak kasi wajah ni cantik dan sentiasa muda dan berseri-seri. Suka hati budak tu je cakap rupa aku nampak tua.Huh” Bebel Tasha di cermin.

   “Hoii Tasha kau dah buang tabiat ke apa dok cakap dengan cermin?” Soal Safi mengejutkan Tasha.

   “Kau ni janganlah terkejutkan aku .” Marah Tasha apabila Safi menegurnya sebegitu rupa.Dia menoleh kanan dan kiri namun masing-masing sibuk dengan kerja. Safi ketawa mengekek melihat Tasha .

   “Bila masa aku kejutkan kau? Itulah cakap lagi sorang diri dengan cermin. Jangan nak berangan seperti kisah dongenglah. Kau ni tak habis nak berangan kan?” Safi menggelengkan kepalanya.

  “Diamlah kau. Buat kerja lagi bagus.” Jawab Tasha lalu menyambung semula kerjanya. Safi turut menyambung kerjanya.Sempat juga Safi menoleh pada meja Awatif yang sedang sibuk mengadap komputer.

   AWATIF menuju ke pantry sebaik saja menerima arahan untuk sediakan air kopi untuk bosnya. Sebaik saja sampai si pantry Awatif terus mencapai sebiji mug . Dia kemudiannya tercari-cari bekas gula namun dia langsung tidak menjumpainya.

   “Mana pula bekas gula ni? Semalam ada je dekat sini. Siapa pula yang ambil?” Soal Awatif sendirian . Dia menunduk mencari balang yang berisi gula. Di buka satu persatu laci namun langsung tidak di jumpainya.

   “Awa cari apa tu?” Soal Tasha sambil berpeluk tubuh di pintu pantry.
   “Kak Tasha.. Awa cari balang gula tapi tak jumpa.Kak Tasha ada nampak tak?” Soal Awatif pada Tasha.

   “Jangan panggil kakak , panggil Tasha saja cukup. Berapa kali Tasha nak ingatkan Awa?” Soal Tasha dengan wajah masam. Awatif tersengih.

   “Opss sorry tak sengaja tapi umur Kak Tasha lagi tua dari Awa sebab tu la Awa kena panggil Tasha dengan panggilan Kak Tasha.” Jawab Awa dengan jujur.Tasha bertambah bengang apabila di sebut tentang umur.

   Budak ni memang nak kena dengan aku. Gerutu Tasha dengan geram. Dia kemudiannya mendekati Awatif yang masih lagi tercari-cari balang gula.

   “Nah ini gula.” Tingkah Tasha lalu menghulurkan balang berisi gula kepada Awatif. Dia mengambil balang tersebut di laci atas . Awatif tersenyum lalu menyambut balang tersebut.

   “Terima kasih kak Tasha.” Awatif tersenyum lalu mengambil gula dan masukkan ke dalam mug. Tasha tersenyum penuh makna.

  “Sama-sama.” Jawab Tasha lalu dia meninggalkan Awatif seorang diri di pantry.
   “Kau rasalah jap lagi.” Ujar Tasha dengan perlahan sewaktu menoleh seketika kepada Awatif yang sedang mengacau air kopi.

   Selepas selesai menyediakan air kopi tersebut, Awa membawa mug itu menuju ke bilik Hadif Fakhri. Awa mengetuk pintu bilik bosnya terlebih dahulu sebelum di suruh masuk. Awa tersenyum manis sewaktu masuk ke bilik Hadif Fakhri.

Bersambung....

NotaTersepit : Harapan minggu ni kepala x blank lagi. Uwaaa mcm mn nk menulis kalau kepala blank ?