Senin, 23 Juni 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 4

Assalamualaikum u ollsss..

Moh le kita baca sambungan BTW ya. Ziyad dah keluar dan watak perempuan yang penuh dengan rahsia sudah pun di perkenalkan. Terima kasih singgah dan baca. :)


                                      



BAB EMPAT



    “ZIYAD lambat kamu balik . Pergi mana?” Soal Datin Huwaidah. Ziyad yang baru saja sampai di ruang tamu terus menghenyakkan punggungnya ke sofa. Jelas sekali dia nampak keletihan hari ini. Selepas melawat pusara isterinya Ziyad pulang ke rumahnya.

   “Ziyad pergi kubur Nurul selepas tu Ziyad balik rumah sekejap. Ziyad ingat nak sewakan rumah tu mama. Ziyad tak boleh duduk sana. Ziyad akan nampak Nurul di semua sudut. Hati Ziyad terseksa mama. Bukan mudah untuk Ziyad terima kehilangan Nurul dalam sekelip mata macam ni.” Luah Ziyad jujur.

   Datin Huwaidah mendekati anak lelakinya. “ Terpulanglah pada Ziyad. Mama tak kisah . Ziyad duduk sajalah dengan mama dan papa di sini. Lagipun rumah ni tinggal mama dan papa saja. Abang kamu Zikri jarang benar balik sini. Dia seringkali sibuk dengan kerjanya di Kuala Lumpur sana. Adik kamu Husna pun sama balik bila ada cuti saja. Dia sibuk dengan kelas. Hari minggu  dia pergilah rumah abang long kamu.” Jawab Datin Huwaidah.

   “Betul cakap mama kamu tu Ziyad. Tinggal sajalah dekat sini. Kamu nak ulang-alik pergi kerja pun senang. Papa dan mama pun bukan pergi mana.” Kedengaran suara Datuk Zahir yang baru muncul di hujung tangga. Ziyad menoleh pada papanya.

   “Kamu dah makan belum Ziyad?” Soal Datin Huwaidah dengan tiba-tiba. Ziyad menggelengkan kepalanya.

   “Belum lagi mama. Ziyad tak ada selera nak makan.” Jawab Ziyad lalu menyandarkan badannya ke sofa dan kemudian dia terus menutup matanya dengan perlahan-lahan. Sejak kehilangan Nurul  tidur malam Ziyad tidak lagi seindah dan lena seperti dulu. Ziyad makin sukar untuk melelapkan matanya.

   Selalunya bila dia ingin tidur dia akan memandang dan merenung wajah isterinya dahulu namun kini kebiasaan yang di lakukan sepanjang enam bulan yang lalu telah pergi dan hilang dalam sekelip mata. Bagaimanakah dia harus hadapi keadaan sekarang ini.

   “Ziyad tak boleh macam tu nanti sakit mama dengan papa juga yang susah hati. Ziyad pergilah naik mandi dulu sekejap lagi Ziyad turun kita makan sama-sama ya.” Datin Huwaidah menepuk bahu anaknya dengan lembut.

   “Ziyad kesihatan kamu harus di utamakan. Jangan nak seksa diri kamu dengan kehilangan Nurul. Kamu juga yang sakit nanti.” Tegur Datuk Zahir. Ziyad membuka matanya dengan perlahan. Dia memandang wajah papanya yang telah pun duduk di sisi mamanya.

   “Ziyad tahu tu mama papa.” jawab Ziyad dengan wajah yang keruh. Bukan mudah untuknya. Masa saja yang mampu mengubati kedukaan Ziyad di kala ini. Mungkin secara luarannya nampak Ziyad kuat namun dia tidaklah sekuat itu. Kasih sayang pada isterinya menggunung tinggi. Suka atau tidak Ziyad perlu menerima kehilangan Nurul dan teruskan hidup tanpa Nurul di sisi.

   “Sudahlah tu pergi naik atas mandi dan solat.” Pesan Datin Huwaidah. Ziyad menganggukkan kepalanya sebelum berusaha bangun dengan lemah. Matanya sememangnya mengantuk namun untuk tidur seperti biasa bukannya mudah. Bayangan Nurul seringkali bermain di ruang matanya.

    “Janganlah awak risau . Anak kita tu tabah orangnya. Dia pasti boleh hadapi semua ni.” Ujar Datuk Zahir lalu mengusap bahu isterinya. Mata Datin Huwaidah terarah pada anak lelakinya yang sedang mendaki tangga.

   “Saya harapkan macam tu la bang. Risau saya tengok Ziyad bang. Sejak Nurul tak ada ni dia dah menjadi pendiam sikit.” Luah Datin Huwaidah. Hati ibu mana yang yang tidak tersentuh  melihat keadaan anaknya sebegitu rupa.

   “Abang pun perasan tentang tu. InsyaAllah suatu hari nanti Ziyad kita yang dulu pasti akan kembali. Masa yang boleh mengubati keadaan dia.”

   “Tapi bila bang masa tu akan tiba?” Soal Datin Huwaidah tidak puas hati.
   “Itu abang sendiri tak pasti. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Sekarang ni Allah sedang menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi dugaan ini. Percayalah semuanya akan kembali sedia kala nanti.”  Pujuk Datuk Zahir. Datin Huwaidah menghela nafasnya dengan berat.

   Sebaik saja masuk ke dalam biliknya, Ziyad terus menuju ke katilnya. Dia terus terbaring di situ sambil meletakkan tangannya di atas dahi. Ziyad memandang ke sebelah kanannya. Dia melihat gambar yang tergantung. Gambar yang di ambil sewaktu hari pernikahannya dengan Nurul Jannah enam bulan yang lalu.

    “Sayang abang rindukan sayang..” Luah Ziyad sewaktu merenung wajah isterinya yang sedang tersenyum manis di dalam gambar tersebut. Ziyad kemudiannya bangun dengan perlahan-lahan lalu membawa keluar dompet, kunci kereta dan juga handphone dari poket seluarnya lalu di letakkan di atas meja yang berada di tepi katilnya.

    Sebaik saja tangannya menyeluk poket yang lagi satu , dahi Ziyad terus berkerut sebelum dia membawa keluar objek yang di sentuhnya. Ziyad melihat gelang tangan yang di jumpai olehnya.
   “Durrani Mikhail .” Ziyad membaca nama yang terukir di gelang tersebut.  Nama mereka di ukir dengan tulisan jawi yang halus dan sangat cantik sekali.

   “Errrmmm aku akan serahkan gelang ini kembali pada tuannya apabila aku berjumpa dengannya. Aku yakin dan pasti gelang ini milik gadis itu. Gadis yang bermata bengkak akibat menanggis. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keyakinan itu namun hatinya berkata begitu. Ziyad kemudiannya meletakkan gelang tersebut di atas meja sebelum dia bangun dan mencapai tuala.

    Dia perlu segarkan badannya kembali dan juga menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim iaitu solat. Dia masih lagi belum menunaikan solat isyak.  Ziyad terus mengunci pintu bilik air.

   ALIFAH mundar mandir di dalam bilik tidurnya. Semua benda yang dia lakukan dalam seminggu ini semuanya tidak kena. Ada saja yang membuatkan hatinya resah dan gelisah. Alifah mengigit jari kukunya sambil berjalan ke hulu ke hilir. Fikirannya seakan-akan runsingkan sesuatu.

   “Aku tak akan berdiam diri. Aku mesti tuntut bela di atas kematian sepupu aku Nurul Jannah. Dia tak bersalah dalam hal ini tapi aku tak sangka yang Nurul akan menjadi mangsa. Mengapa bukan Washfa? Dia tu perampas. Aku bencikan Washfa. Dia rampas Zikri dari aku.” Luah Alifah.

    “Ini semua salah Washfa. Aku tak akan lepaskan kau Washfa. Sampai bila pun aku tetap akan mengejar korang dan aku juga akan pastikan yang kau dengan Zikri tak akan hidup bahagia.” Tambah Washfa lagi dengan emosi yang marah.

   Kemarahannya memang membuak-buak setiap kali teringat pada wajah Washfa yang telah menjadi isteri kepada Zikri sejak beberapa tahun yang lalu.

   “Efa.. Jangan asyik berkurung macam ni. Mama risaulah tengok kamu macam ni Efa. Buka pintu ni sayang.” Kedengaran suara Puan Suraya mengetuk pintu bilik anak gadisnya. Sejak anak saudaranya Nurul Jannah pergi Alifah lebih suka terperap di dalam bilik. Entah apa yang di lakukakan oleh anaknya itu.

   Alifah tersentak apabila mendengar suara mamanya. Dengan perlahan-lahan Alifah mendekati pintunya sebelum memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan. Pintu terkuak dan Puan Suraya terus tersenyum.

   “Anak mama tak lapar ke?” Soal Puan Suraya . Alifah cuba mengukir senyuman buat mamanya.
   “Sekejap lagi Efa turun makan ya mama.” Alifah menjawab.

   “Efa rindukan Nurul ya?” Puan Suraya cuba memancing anaknya. Dia tahu yang Alifah kini berdepan dengan emosi yang kurang stabil sejak Nurul tiada. Puan Suraya sedar yang Alifah dan Nurul sememangnya rapat. Walaupun hubungan mereka hanyalah sepupu tetapi keakraban mereka seperti adik beradik.

   “Ya mama. Kenapa Nurul tinggalkan kita dulu.” Soal Efa dengan wajah yang sungguh sedih.
   “Sebab Allah sayangkan dia .” Jawab Puan Suraya.

   “Kasihan pada abang Ziyad kan mama. Pasti dia susah nak terima kehilangan Nurul sama seperti kitakan.” Puan Suraya menganggukkan kepalanya.

   “Kita doakan saja semoga roh Nurul tenang di sana dan semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman.”  Puan Suraya memeluk anak gadisnya. Alifah membalas pelukan dari mamanya. Dagunya pula di berada di atas bahu mamanya.

    Aku akan pastikan Washfa menerima balasan yang setimpal. Sebabkan dia aku dan keluarga kehilangan Nurul. Aku sayangkan kau Nurul tapi …. Aku janji aku akan pastikan Washfa menderita nanti. Aku juga akan dapatkan Zikri kembali. Dia hak aku dari dulu sampailah sekarang.  Desis hati Alifah . Di bibirnya pula tersungging satu senyuman yang penuh dengan misteri.

   Puan Suraya mengusap rambut anak gadisnya. Dia juga rindukan arwah Nurul. Anak saudaranya itu langsung tidak menyusahkan dirinya . Nurul telah menganggap yang dirinya adalah ibu. Malahan Nurul turut memanggilnya dengan panggilan mama seperti mana Alifah. Dia tidak membezakan langsung antara anak dan anak saudara. Dia melayan Nurul seperti anak sendiri dan dia juga sedar yang Nurul dan Alifah seperti kembar selama ini. Mereka membesar bersama malahan usia mereka juga sama.

   “Oh ya sebelum mama terlupa, esok mama dan papa nak ke rumah auntie Huwaidah.  Efa nak ikut tak?” Soal Puan Suraya sewaktu melepaskan pelukan. Alifah terus tersentak sebaik saja mendengar nama Datin Huwaidah.

   “Mestilah nak mama. Efa pun nak jumpa Auntie Huwaidah juga.” Jawab Alifah dengan teruja. Dia sememangnya suka bila pergi ke rumah Datin Huwaidah kerana dia tahu yang dia akan menemui Zikri di sana. Kali terakhir dia jumpa dengan Zikri adalah pada hari pengebumian Nurul.

    Alifah sudah tersenyum penuh makna. Dia sudah tidak sabar untuk menanti hari esok. Dia akan berjumpa dengan buah hati kesayangan.

   “Baguslah kalau macam tu. Tak adalah mama tengok Efa berkurung macam ni lagi. Alang-alang pergi sana bolehlah kita lawat ke pusara Nurul Jannah sekali.  Mama rindukan anak mama yang tu.” Luah Puan Suraya dengan sebak.

    “Mama janganlah sedih. Esok kita semua lawat pusara Nurul ya.” Alifah memeluk bahu mamanya dengan mesra sebelum dia melentokkan kepalanya di bahu Puan Suraya. Sejurus selepas itu Puan Suraya terus mengusap rambut milik Alifah dengan perlahan-lahan.

   Arwah Nurul Jannah di kebumikan di kampung Ziyad dan majlis tahlil untuk arwah Nurul juga di lakukan di kampung. Ziyad yang mahu isterinya di kebumikan di sana memandangkan dia dan Nurul memang sudah menetap di sana. Ziyad telah bangunkan business sendiri .

    DURRANI masuk ke biliknya dan terus menuju ke meja solek. Dia membuka laci meja solek dengan perlahan-lahan. Dia teringat pada kunci yang di terimanya tempoh hari. Kunci yang di jumpa di tempat suaminya kemalangan. Kunci itu memang milik arwah Mikhail. Kunci tersebut berada di dalam kereta yang di pandu oleh arwah Mikhail.

     “Kunci apa sebenarnya ni? Apa yang abang nak sangat balik ke rumah mak tempoh hari tanpa sempat menunggu hari esok. Kunci ini ke kejutan untuk aku?” Soal Durrani seorang diri. Dia menilik kunci tersebut. Di garukan kepalanya. Dia langsung tidak mengerti kunci apa yang sedang di pegangnya itu namun kalau di ikutkan dengan mata kasar boleh di katakan kunci itu adalah kunci rumah.

   “Abang apa makna kunci ini ?” Soal Durrani lagi sebelum dia meletakkan kunci tersebut ke dalam laci kembali. Dura kemudiannya mengusap tangan dan lengan miliknya.  Dia mengerutkan dahi apabila perasankan sesuatu. Dengan pantas mata Dura terus terarah pada pergelangan tangannya. Dia melihat gelang yang di pakaikan oleh arwah Mikhail sewaktu majlis pembatalan air sembahyang telah tiada .

   Dura meraba-raba ke dalam laci dan mencari barang kemas tersebut. Dia masih belum menanggalkan gelang yang di pakaikan oleh Mikhail tempoh hari. Dura mula panik. Dia terus bangun dan menuju ke katilnya untuk mencari gelang tersebut.

   “Tak kan tercicir.” Luah Durrani. Dia terus mencari di sekitar dalam biliknya. Bukan itu saja Dura juga mencari gelang tersebut sampai ke dalam bilik air namun dia langsung tidak menjumpainya. Dura memicit dahinya.

   “Mana gelang aku?” Soal Dura. Riak wajahnya sudah bertukar keruh dan matanya mula berkaca-kaca. Dia telah hilangkan pemberiaan Mikhail.

    “Aku kena cari gelang tu. Itu satu-satunya kenangan dari Mikhail untuk aku . Mana perginya gelang tu. Ya Allah.”  Kepala Dura mula pening apabila barang yang di carinya itu langsung tidak di jumpai.

    Durrani kemudiannya berlari ke luar . Dia ingin mencari gelang perkahwinan itu di ruang tamu. Sebaik saja tiba di ruang tamu terus dia mencari di sofa. Bimbang sekiranya gelang tersebut tercicir dekat sofa namun hampa. Dura tidak menjumpainya. Air matanya mula menitis.

    “Abang…” Dura terus menghempaskan badannya ke sofa . Dia meraup wajahnya.,
    “Dura kenapa tak tidur lagi ni?” Tegur  Lukman apabila melihat adiknya duduk seorang diri di ruang tamu.

     “Abang.. Gelang Dura hilang. Itu gelang perkahwinan Dura bang. Mana Dura nak cari ni bang?”  Soal Dura sebaik saja mendonggakkan wajahnya ke arah Lukman.

   “Hah gelang? Gelang kahwin? “ Soal Lukman. Dura mendiamkan diri. Buntu bila tidak menjumpai barang tersebut.

   “Dalam bilik dah cari?” Soal Lukman. Dura hanya anggukkan kepalanya. Matanya terus meliar sana sini mencari gelang tersebut. Dura menyambung kembali mencari gelang tersebut.

   “Kalau tercicir dalam rumah ni mesti kita akan jumpa nanti.” Pujuk Lukman sambil membantu Dura mencari gelang tersebut.

   “Tak ada bang. Macam mana ni? Gelang tu berharga buat Dura. Itu kenangan yang Dura ada dengan Mikhail di hari perkahwinan kami. Lepas satu satu yang jadi.” Luah Dura  sambil mengelap air matanya yang mula menitis.

    “Sabar Dura. Kita cari dulu. InsyaAllah kita akan jumpa nanti.” Lukman terus memujuk Durrani.

   Hati Durrani mula sebak bila mengenangkan gelang tersebut. Adakah ini kecuaian dirinya sendiri? Dura mula menyalahkan dirinya.

   “Kalau tak jumpa?” Soal Dura. Lukman menghela nafasnya .

   “Kalau tak jumpa tu maknanya bukan rezeki Dura la. Apa yang berlaku pasti ada hikmah Dura.” Jawab Lukman. Mendengar saja apa yang di katakan oleh abangnya Dura terus bergegas masuk ke dalam bilik. Dia terus menyembamkan wajahnya ke bantal.

    “Abang…” Rintih Durrani seorang diri.

NotaTersepit: Dalam sibuk pening kepala tentang cerita ini cik writer dapat idea baru untuk cerita seterusnya. Aisey nampak gayanya cite footstep tu x tau tahun bila la nak gerak. Kali ni cerita sengal pula ya. Tajuknya cik writer dah dapat . Tamaknya BTW ni pun belum siap lagi haaaa dah dapat jalan cite baru tuk mss CJM. Hehehhe. 



Senin, 16 Juni 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 3

Assalamualaikum u ollsss...


Ini dia sambungan bab seterusnya Bila Tiba Waktunya. Jejaka yang di nanti sudah pun keluar. Rasanya u oll pun dah tau kan nama jejaka itu. Hehehe. Terima kasih singgah dan baca. Teruskan menunggu sambungannya. Apa kaitan di antara mereka. :D



                                  


BAB TIGA



    SEMINGGU berlalu. Keadaan Dura masih seperti hari pertama dia kehilangan  suaminya. Dalam tempoh seminggu ni Dura banyak menanggis untuk  Mikhail. Puas Liyana memujuk namun bukan mudah untuk Dura menerima ini semua. Hanya mereka yang merasainya saja yang akan memahami perasaan Dura kala ini.

   Liyana menutup surah yassin. Dia menoleh ke sebelah melihat Dura yang baru saja menutup surah yassin. Tangan Dura kemudiannya menyentuh tanah dengan perlahan-lahan. Sewaktu membaca surah yassin sebentar tadi air matanya umpama hujan membasahi pipi.

   “Dura tak boleh terus menanggis macam ni. Kasihan dekat arwah Mikhail. Dia lagi sedih bila tengok keadaan Dura macam ni.” Pujuk Liyana sewaktu menyentuh bahu adik iparnya. Dura menoleh pada Liyana.

   “Kak Yana tak faham perasaan Dura. Cuba Kak Yana letakkan diri Kak Yana di tempat Dura apa yang Kak Yana rasa dan apa yang Kak Yana akan buat?” Soal Dura. Liyana menghela nafasnya dengan berat sekali.

   “Kak Yana dapat rasa apa yang Dura rasa di saat ni. Bukan mudah Dura bila kehilangan suami tapi tak bermakna Dura perlu terus bersedih sebegini rupa. Yang pergi tetap pergi kita yang hidup kena teruskan hidup. Kalau Dura betul sayangkan Mikhail janganlah terus menyeksa diri begini.
Janganlah terus menanggis begini rupa. Dura kena tabahkan hati kuatkan semangat. Dura kena ingat yang Dura bukan keseorangan kami ada untuk Dura.” Terang Liyana lagi. Dura mendiamkan diri.

   Durrani mengambil bekas air yang telah terisi dengan bunga-bunga. Dia kemudiannya menyiram air ke pusara suaminya.

   “Abang.. Dura rindukan abang. Kenapa abang pergi tinggalkan Dura seorang diri. Kenapa Dura yang perlu tanggung semua ini?” Soal Durrani dengan perlahan lalu menyentuh pusara suaminya. Liyana menggelengkan kepalanya .

   “Dura jangan cakap macam tu. Ini semua dah tertulis untuk kita . Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat Dura.” Ucap Liyana.

   “Sudahlah tu Dura. Kita balik ya. Dah lama kita duduk dekat sini.” Liyana terus memujuk adik iparnya. Dura menggelengkan kepalanya.

   “Dura nak duduk sini sekejap lagi Kak Yana.” Balas Dura. Liyana menghela nafasnya dengan berat sebelum menganggukkan kepalanya. Dura terus memandang pusara arwah suaminya.

   “Dura kalau abang tak ada nanti , Dura kena kuatkan semangat tahu. Jangan sedih jangan menanggis. Abang sayangkan Dura selama-lamanya.” Ujar Mikhail sewaktu mereka membeli barang hantaran kahwin .

   “Apa abang cakap ni? Abang nak pergi mana pula. Abang nak tinggalkan Dura ke?” Soal Durrani dengan kerutan di dahi. Mikhail tersengih.

   “Tak adalah. Abang cuma cakap je. Lagipun kita tak tahu apa yang akan berlaku pada hari esokkan?” Jawab Mikhail dengan tenang.

   “Dura tak suka abang cakap macam tu. Abang tahukan Dura terlalu sayangkan abang. Dura tak nak kehilangan abang.” Wajah Dura sudah keruh. Mikhail menggapai tangan Dura lalu di genggam erat.

   “Abang cuma cakap je sayang. Janganlah sedih macam ni. Jom kita sambung shopping lagi. Abang dah tak sabar nak tunggu kita berdua di satukan.” Mikhail terus mengalihkan topik. Dia tidak mahu lagi melihat wajah keruh Durrani ketika ini.

   “Senyumlah sikit janganlah sedih macam ni. Kitakan bakal pengantin mana boleh sedih-sedih.” Pujuk Mikhail lagi. Dura memandang wajah bakal suaminya itu.

   “Janji dengan Dura yang abang tak akan cakap macam tu lagi. Dura tak sanggup kehilangan abang.” Pinta Durrani dengan penuh pengharapan.

   “Ya abang janji sayang.” Jawab Mikhail sewaktu mengangkat tangan sebagai tanda janji. Sejurus selepas itu barulah Dura kembali tersenyum sebelum mereka kembali melangkah menuju ke kedai yang lain.

   “Dura.. Dura. Jom kita balik.” Liyana mengejutkan lamunan Dura.
    “Apa dia Kak Yana?” Soal Durrani terpinga-pinga.

    “Kita balik ya.” Ulang Liyana . Dura menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Mereka terus berdiri. Liyana sudah menoleh ke belakang untuk melangkah namun mata Dura pula masih lagi memandang pusara suaminya.

     “Abang.. Dura balik dulu. Esok lusa Dura datang lagi jumpa abang.” Ucap Durrani . Liyana menoleh memandang adik iparnya. Dura menoleh ke belakang dan menuju ke arah kakak iparnya.

    “Sabar ya Dura.” Liyana memeluk bahu Dura dengan erat sewaktu mereka berjalan seiringan menuju keluar dari tanah perkuburan tersebut.

    Bibir mudah mengucap kata sabar tapi hakikatnya hati kita yang terseksa dan menderita . Hanya waktu yang mampu mengubati hati Durrani.

    Sebaik saja tiba di pintu pagar tanah perkuburan tersebut Dura dan Liyana berselisih dengan seorang jejaka . Liyana tersenyum pada lelaki tersebut manakala Dura pula hanya memandang tanpa sebarang senyuman. Hanya mata saja yang berbicara. Lelaki tersebut membalas senyuman dari Liyana. Kemudian lelaki tersebut melihat saja Dura dan Liyana berlalu pergi.

   “Assalamualaikum sayang. Abang datang ni.” Ucap lelaki tersebut sebaik saja duduk mencangkung di hadapan pusara yang masih lagi baru. Sejurus selepas itu lelaki tersebut membuka surah yassin yang di bawa olehnya. Selepas membaca surah Al-Fatihah dia kemudiannya mula membaca surah yassin untuk di sedekah kepada orang yang di panggil sayang sebentar tadi.

    “Sayang bersemadilah dengan tenang di sana. Abang redha dengan ketentuan ini sayang. Abang akui yang abang rindukan sayang tapi abang sedar Allah lagi menyanyangi sayang . Sayang tetap berada di dalam hati abang di dunia dan akhirat.” Ucap lelaki itu lagi sebaik saja selesai mengaminkan doa.

    Ya Allah tempatkan isteriku di kalangan orang-orang yang beriman dan tabahkan aku menghadapi dugaan ini . Doa lelaki tersebut di dalam hatinya sebelum dia bangun dan meninggalkan pusara isterinya.

    Lelaki itu kemudiannya menuju ke arah keretanya  dan sewaktu melangkah dia ternampak sesuatu yang berkilauan di atas tanah. Dia kemudiannya merapati objek tersebut. Lelaki itu menunduk dan melihat seutas gelang tangan emas yang berada di atas tanah. Dia mengambil gelang tersebut lalu meniliknya.

    “Siapa punya ni? Ini emas tulen.” Soalnya sendirian. Dia terus memerhati gelang tersebut sebelum dapat menangkap sesuatu yang ada di gelang tersebut.

    “Durrani Mikhail .” Lelaki tersebut menyebut nama yang terukir di atas gelang emas tersebut. Nama yang di ukir dengan tulisan jawi.

     “Siapa Durrani?” Soal lelaki tersebut . Fikirannya mula terlintas pada dua orang gadis yang dia berselisih di sini tadi. Mungkinkah ini milik salah seorang dari perempuan tadi? Soal hati lelaki tersebut.

      DURRANI memandang kehijauan yang ada di depan matanya. Sawah padi yang terbentang luas di tambah pula dengan angin yang agak kuat pada petang itu. Matanya terarah ke depan seakan-akan mampu menembusi ke mana saja. Dura duduk dengan kaki berjuntai ke bawah. Sesekali Dura membetulkan tudung yang berada di kepalanya yang di tiup angin.

    Di saat ini bayangan suaminya terus menerjah ke dalam kotak fikirannya. Segala memori yang tersimpan di dalam kotak fikirannya terus berputar satu demi persatu. Kenangan manis dan pahit yang mereka lalui bersama sedang bermain di ruang matanya.

    Sejak perginya arwah Mikhail tiada lagi senyuman yang dulunya sentiasa mekar di bibir Durrani. Yang ada kini hanya wajah suram Durrani untuk di tatapi.

   “Macam tu la Imah Durrani. Siang malam asyik termenung dan menanggis. Sejak arwah Mikhail pergi dia banyak mendiamkan diri dan seakan-akan berada dalam dunianya. Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Makan pun tak berapa nak apatah lagi nak bercakap.” Ujar Puan Yusnita kepada besannya ibu kepada arwah Mikhail. Puan Rahimah memandang menantunya itu dengan hati yang sedih.

   “Kita tak boleh biarkan Dura terus meratapi pemergian Mikhail. Saya bimbang kalau-kalau Dura akan jatuh sakit nanti. Saya sebagai ibu Mikhail memang sedih dan susah nak terima  kehilangan yang tak di jangka tapi saya sedar semua itu adalah ujian Allah.” Jawab Puan Rahimah sambil memerhati menantunya dari jauh.

   “Itu jugalah yang saya bimbangkan Imah. Apa perlu kita buat untuk Dura kembali seperti dulu?” Soal Puan Yusnita. Kedengaran Puan Rahimah menghela nafasnya dengan berat.

    “Macam ni la biar saya cuba bercakap dengan Dura ya.  Saya pun susah hati tengok menantu saya tu. Saya faham perasaan Dura ketika ini tapi suka atau tidak kita semua kenalah redha dengan pemergiaan Mikhail. Tipulah kalau saya kata yang saya tak rasa sakit bila hilang Mikhail tapi hanya Allah saja yang mampu mengetahui apa seorang ibu rasakan di saat kehilangan anak yang di sayanginya.”

    “Saya faham Imah perasaan awak. Saya juga pernah merasai apa yang awak rasai hari ni. Mikhail tu anak yang awak kandung dan jaga dia dari kecil sampailah dia dewasa. Hati ibu mana yang tak rasa sakit .” Jawab Puan Yusnita.

    “Ita biar saya bercakap dengan Dura sekejap ya.” Pinta Puan Rahimah lalu menyarungkan sandle nya sebelum melangkah menuju ke arah Durrani yang masih duduk termenung di situ.  Puan Yusnita hanya membiarkan saja sebelum naik semula ke rumahnya.

    “Mana Imah?” Soal Encik Aslam apabila melihat Puan Yusnita sorang saja yang naik. Di waktu ini Encik Aslam dan Encik Idris berada di ruang tamu. Mereka datang untuk menjengguk menantu mereka.

    “Imah pergi depan sana jumpa Dura.” Jawab Puan Yusnita sebelum melabuhkan punggungnya ke sofa. Encik Aslam menganggukkan kepalanya.

    “Dura masih belum mampu terima kehilangan Mikhail.” Encik Idris memulakan bicara.
    “Bukan mudah Idris. Kami pun sukar nak terima apatah lagi Dura. Dia kehilangan Mikhail pada hari persandingan mereka.” Balas Encik Aslam.

   “Dura..” Puan Rahimah menyentuh bahu menantunya. Dura menyapu air matanya yang mengalir di pipi.

    “Mak..” Jawab Dura lalu bersalam dengan ibu mertuanya. Puan Rahimah mengusap kepala menantunya.

   “Bila mak sampai?” Soal Durrani sewaktu mendonggakkan wajahnya selepas selesai mengucup tangan ibu mertuanya.

    “Dah lama dah mak dengan ayah sampai. “ Jawab Puan Rahimah lalu duduk bersebelahan dengan Durrani.

     “Dura.. Janganlah menanggis sampai macam ni sekali. Mak tengok mata Dura dah bengkak. Tak elok Dura meratapi orang yang dah pergi. Kalau Dura terus menanggis macam ni arwah Mikhail akan terseksa nak.” Pujuk Puan Rahimah sewaktu mengenggam jari Durrani.

   “Mak…. Dura rindukan abang Mikhail. Dura nak abang.” Jawab Durrani sebelum melentokkan kepalanya ke bahu Puan Rahimah.

   “Ya mak tahu Dura. Mak juga rindukan Mikhail. Dia adalah anak mak. Kalau Dura sayangkan arwah Mikhail dan sayangkan mak tolonglah jangan terus bersedih dan menanggis begini. Mak tak nak Dura sakit lagi. Dura dah macam anak mak sendiri. Mak sayangkan Dura. Jangan seksa diri begini Dura. Mak tak sanggup lihat Dura terus menerus bersedih begini.”

   “Dura tak mampu mak. Segala memori tentang abang Mikhail sentiasa berada di ruang mata Dura.” Luah Durrani.

   “Mak faham nak. Mak bukan suruh Dura lupakan Mikhail tapi mak nak Dura terima hakikat yang Mikhail dah tinggalkan kita. Walaupun sedih, sakit, perit macam mana sekalipun kita dengan kehilangan Mikhail kita tak boleh terus begini. Kita perlu teruskan hidup Dura. Setiap insan yang bernyawa di atas muka bumi ini akan mati suatu hari nanti.” Tambah Puan Rahimah lagi.

    Dura hanya diam dan memikirkan apa yang di ucap oleh ibu mertuanya.  Puan Rahimah mengusap bahu menantunya. Dalam diam hati Puan Rahimah menanggis . Dia sedar dia juga bukanlah kuat mana pun namun apa pilihan yang dia ada, meratapi kesedihan tidak membawa apa-apa kesudahan malah ianya akan terus menyakitkan.

   “Leha kau tengoklah budak Dura tu. Sejak suami dia meninggal aku tengok budak tu asyik menanggis dan termenung.” Luah seseorang yang sedang berjalan melintasi rumah Durrani.

   “Aku kasihan dekat budak Dura tu. Aku tak sangka yang dia akan menerima nasib begini. Moga-moga Dura tabahlah hadapi dugaan ini.” Balas perempuan yang bernama Leha.

   “Pelikkan bila diorang berdua kahwin terus jadi begini.” Ujar perempuan itu lagi. Leha menoleh sambil mengerutkan dahi. Dia dapat agak apa yang sedang bermain di fikiran temannya sekarang ini.
   “Cik Nab oiii apa yang nak di pelikkannya? Kau sedar tak apa yang berlaku ni semua adalah aturan dari Allah. Dah sampai ajal Mikhail pada hari persandingannya. Siapa kita nak menidakkannya. Kalau anak kau jadi macam Dura apa kau rasa?” Soal Leha. Dia tidak suka dengan pertanyaan temannya itu. Dia menggelengkan kepala dengan perlahan.

   “Aku cuma cakap je Leha. Apa pula kau nak kaitkan dengan anak aku? Anak aku tu kalau ada jodoh tahun depan baru nak kahwinlah.” Jawab perempuan bernama Nab.

   “Aku cakap kalau kan. Kalau.” Bidas Leha sambil menggelengkan kepala. Dia kemudiannya meneruskan langkahnya menuju ke rumah. Dia baru saja pulang dari rumah orang kaya di kampung mereka.

    “Eh kau nak ke mana pula tu Leha?” Soal Nab.

    “Aku nak balik rumahlah. Anak menantu aku sekejap lagi nak balik.” Jawab Leha lalu meneruskan langkah dan meninggalkan Nab di situ. Dia ingin lekas pulang ke rumah. Anak menantunya akan tiba nanti. Mereka baru saja pulang dari honeymoon.

    “Kot ya pun tunggulah aku.” Jerit Nab lalu memanjangkan langkah mengekori Leha dari belakang. Rumah mereka memang bersebelahan. Leha terus melangkah dia tidak sabar untuk mendengar kisah anak menantunya yang pergi honeymoon.

Bersambung...

NoteTerkepit: Sekarang ni baru satu konflik yang di leraikan. Byk lg konflik lain yang saling berkait antara satu sama lain dalam kisah mereka. Cik writer sendiri pun rasa pening. Hahhaha..Teruskan berusaha cik writer walaupun tekanan mula di rasai.. Hwaiting....




Sabtu, 14 Juni 2014

Rebah Di Tirai Cinta (Bab 21)


SELESAI saja mandi, Syahid terus mendapatkan ibunya yang masih berada di ruang tamu. Dia tersenyum pada Mak Cik Sarimah yang kelihatan sedang  memicit dahinya sendiri.
“Ibu nak Syah picitkan kepala ibu ke?” soal Syahid dengan lembut. Dia melabuhkan punggung di sisi Mak Cik Sarimah.
“Tak payahlah, Syah. Kamu tentu penat kan? Mana Laila?” soal Mak Cik Sarimah perlahan.
“Ada dalam bilik, ibu.”
“Kamu pergi temankan dia. Kesian dia tak biasa dengan rumah kita ni. Tentu dia tak selesa.”
“Biarkan dia, ibu. Tak penting pun pada Syah. Sekarang ni, ibu lebih penting daripada segala-galanya…” balas Syahid sambil jari-jemarinya lincah memicit dahi Mak Cik Sarimah walaupun sudah puas dihalang oleh ibunya itu.
“Ish, tak baik cakap macam tu. Laila tu isteri kamu. Kamu patut layan dia dengan baik walaupun kamu dengan dia ada masalah. Ingat, nabi tak suka kalau suami yang layan isterinya dengan buruk. Walaupun perangai dia tak menyenangkan kamu, itu sudah menjadi tanggungjawab kamu untuk membimbing dia,” nasihat Mak Cik Sarimah.
Syahid mengeluh berat. Membimbing Laila? Sungguh, dia rasakan sudah terlalu penat untuk membawa Laila kembali ke pangkal jalan. Jelas, Syahid sudah berputus asa. Dia sendiri tidak tahu sampai bila ikatan ini dapat bertahan.
“Kalau isteri yang layan suami dengan teruk macam mana pulak, ibu?” soal Syahid.
Mak Cik Sarimah tersenyum nipis.
“Tentu ada sebabnya kenapa seorang isteri layang suami dengan teruk. Kamu tahu kan fitrah perempuan ni lembut. Walaupun dia mempamerkan kekerasan tapi dalam hatinya tetap lembut. Kamu kena pandai ambil hatinya. Kena pandai bermain dengan situasi. Kalau dia keras, kamu kena lembut. Kalau dia kasar, kamu kena berhemah. Takkan selamanya seorang perempuan tu dapat berkeras, Syah. Kalau kena dengan cara kamu, dia pasti akan tunduk pada kamu,” jawab Mak Cik Sarimah sambil mengusap ubun-ubun Syahid.
“Entahlah, ibu. Syah dah mengalah nak pikat dia. Hati dia keras. Kepala dia keras. Susah nak lunturkan apatah lagi nak cairkan. Syah ni tak ada harga pun di mata dia,” balas Syahid.
“Kalau macam tu, kamu jadikan diri kamu berharga di matanya. Jangan jadi cikgu disiplin tapi jadi seorang suami yang penyayang, jadi seorang kawan yang rapat dan jadi seorang kekasih yang setia. Insya-Allah, dia akan nampak kamu…” jawab Mak Cik Sarimah.
Syahid menggelengkan kepalanya. Dia yakin Laila tidak akan termakan dengan semua itu kerana bagi gadis seperti Laila, harta itu lebih penting daripada segala-galanya.
“Tapi Syah dah buat semua tu, ibu. Tak berhasil jugak…” balas Syahid dengan suara yang lirih.
“Hmmm…kalau macam tu, Syah lihat semula apa niat Syah kahwin dengan Laila. Syah betul-betul terima dia sebagai isteri ke atau pun bersebab…” ucap Mak Cik Sarimah.
Syahid terdiam. Memang aku mengahwini Laila kerana bersebab dan sebab itu adalah Haji Azhar. Kalau bukan Haji Azhar yang merayu, aku takkan terima perempuan sombong itu sebagai isteri tapi sekarang sudah terlambat, dia dah menjadi isteri aku. Tapi betul ke hati aku sudah dapat menerima dia sebagai isteri? Monolog Syahid sendirian.
“Dalam semua perkara yang kita lakukan, kita harus ikhlas, Syah. Barulah kita takkan menyesal satu hari nanti. Kalau Syah berkahwin dengan Laila kerana harta contohnya, bila Laila tak ada harta tentu Syah pun lari dari dia kan? Tapi kalau Syah menikahi Laila kerana Allah nescaya Syah akan kuat untuk merubah Laila menjadi lebih baik kerana Allah kekal untuk selamanya.” Nasihat Mak Cik Sarimah lagi dengan lembut.
Syahid menundukkan wajah. Jadi selama ini aku tak ikhlas mengambil Laila sebagai isteri aku. Aku lakukan semata-mata kerana simpati pada Haji Azhar. Ya Allah, kau bantulah aku untuk ikhlaskan hati aku ni. Detik hati Syahid.
“Syah masuk bilik dululah, ibu…” ucap Syahid tanpa mengulas kata-kata Mak Cik Sarimah.
“Baiklah,” balas Mak Cik Sarimah.
Dia hanya memandang Syahid yang melangkah dengan perlahan menuju ke biliknya. Dia tahu fikiran anaknya itu kusut dengan masalah Laila.
Syahid mengetap bibir memikirkan kata-kata Mak Cik Sarimah sebentar tadi. Bagaimana dia hendak ikhlaskan hati kalau perangai Laila masih tak berubah? Satu keluhan dilepaskan. Dia ingin menolak daun pintu namun tiba-tiba langkah terhenti apabila dia melihat susuk Laila yang sedang mencuba untuk memakai kain batik.
Dia tersenyum sambil mengintai isterinya itu. Kelihatan gadis itu memulas kain batik tersebut ke kanan dan ke kiri. Kadang-kadang, gadis itu mengilas kain batik itu seperti memakai kain pelekat. Hampir terhambur ketawa Syahid melihat gelagat Laila yang menggarukan kepala. Lantas, dia menolak daun pintu.

“CANTIK kain batik awak pakai. Awak belajar dekat mana pakai kain batik macam tu?” soal Syahid selamba. Dia menahan tawa yang ingin pecah.
Laila menjeling. Dia menghentikan perbuatannya.
“Kau ingat aku ni jahil sangat ke bab-bab kain batik ni? Aku tahulah nak pakai macam mana…” ujar Laila tidak mahu mengaku yang dia sememangnya tidak tahu apa-apa tentang kain batik ini.
“Oh, jadi awak pandailah ya pakai kain batik? Awak rasa cara yang awak guna ni betullah ya?” soal Syahid sambil mengurut dagunya.
“Of courselah. Kau bukannya tahu pun sebab kau pakai kain pelekat bukan kain batik…” balas Laila penuh yakin.
Syahid menggosok hidungnya. Sedaya upaya dia menahan daripada ketawa. Melihat wajah Laila yang penuh keyakinan membuatkan hatinya bagaikan digeletek.
“Cuba awak tengok kain pelekat yang saya pakai dan kain batik yang awak pakai, ada beza tak?” soal Syahid sambil memandang Laila dari atas hingga ke bawah.
Laila tersentak. Lalu, anak matanya memandang kain pelekat yang dipakai oleh Syahid memang sama dengan cara kain batik yang dipakainya. Bezanya, kain pelekat Syahid lebih kemas berbanding dengan kain batik yang dipakai olehnya. Alamak!
“Awak tahu tak, cara yang awak pakai tu, cara untuk pakai kain pelekat. Bukan kain batik! Dah macam tok mudim saya tengok awak pakai macam tu….” Balas Syahid. Serentak tawanya pecah berderai sambil jarinya menunjuk ke arah Laila.
Laila mengetap bibir. Spontan, darah merah menyerbu ke wajahnya. Dia malu saat ini. Perlahan-lahan, dia menanggalkan bonjolan kain batik yang dipakainya. Dia memegang hujung kain itu tanpa berbuat apa-apa. Sakit hatinya ditahan saja apabila melihat Syahid yang mengekek ketawa. Tak apa, kali ini kau gelakkan aku. Tengoklah nanti, aku kenakan kau semula. Benak hati Laila berbicara.
Tawa Syahid terhenti apabila tiada balasan daripada Laila. Dia mengesat air mata yang bersisa kerana tidak henti-henti ketawa. Dia tersenyum lalu menghampiri Laila. Dia berdiri di belakang Laila.
“Mehsini saya tunjukkan cara yang sebenar pakai kain batik. Kalau awak pakai macam tadi tu, nanti terlondeh pulak. Kalau terlondeh depan saya, tak apalah juga. Boleh saya cuci mata tapi buatnya terlondeh depan Aidil. Malu awak nanti…” ucap Syahid dengan lembut.
Laila mencebik.
“Aku tak perlukan pertolongan kau…”
“Tapi kali ini awak memang perlukan pertolongan saya…” pintas Syahid.
“Angkat baju awak sikit,” pinta Syahid.
“Hah? Nak buat apa? Kau jangan nak buat benda yang tak senonoh!” marah Laila dengan pandangan yang melotot memandang Syahid yang tersenyum nipis. Dia memegang bajunya dengan kejap.
“Saya tak inginlah nak buat benda-benda tak senonoh dengan awak. Awak tu bukan tastesaya. Tak selera langsung!” balas Syahid tidak mahu mengalah.
“Kau…”
“Syhhhhh…sekarang saya tak nak bergaduh. Saya nak tolong pakaikan kain batik ni untuk awak. Awak duduk diam-diam…” ujar Syahid.
Perlahan-lahan, dia menghulurkan kedua tanganya dari celah lengan Laila. Hujung kain batik yang tersarung di pinggang Laila diambil lalu dia melipat sedikit kain batik tersebut sebelum hujung kain batik itu diselitkan dicelah pinggang Laila.
Laila menahan rasa. Sungguh saat ini dia berdebar-debar apabila terasa bahang tubuh Syahid menempel di belakangnya. Tapak tangan lelaki itu yang menyentuh kulitnya perutnya membuatkan hati Laila bergetar.
“Errr…dah siap ke belum?” soal Laila dengan suara yang tenggelam timbul.
“Hah, dah siap. Macam inilah pakai kain batik. Kan nampak ayu je awak ni…” balas Syahid sambil merenung isterinya daripada atas hingga bawah.
Baju kurung kedah kepunyaan Aulia yang tersarung di tubuh Laila bersama kain batik yang dipakai oleh Laila membuatkan gadis itu kelihatan manis di mata Syahid. Berdengup jantungnya apabila Laila membalas pandangannya. Dia tersenyum manis.
“Tapi saya rasa macam ada yang tak kenalah…” ujar Syahid tiba-tiba sambil mengurut dagunya.
“Hah? Apa yang tak kena?” soal Laila pelik. Dahinya berkerut.
Syahid tidak menjawab sebaliknya dia menghampiri Laila. Rambut Laila yang bersanggul, dilepaskan dengan selamba sebelum rambut itu dibelai lembut.
“Awak cantik, Laila. Awak sempurna di mata saya tapi sayangnya saya bukan lelaki sempurna di mata awak. Kalaulah saya mampu meminta, saya akan pinta untuk lahir dengan harta yang banyak supaya saya dapat memiliki cinta awak tapi sayangnya, Allah telah takdirkan saya begini tapi saya tak menyesal jadi miskin kerana saya yakin dengan kemiskinan saya ni, saya takkan sombong. Dengan kemiskinan saya ni telah menyatukan saya dengan awak walaupun hati awak masih tidak dapat menerima saya.” Ucap Syahid sambil menundukkan wajahnya.
Tersentuh hati Laila mendengar luahan hati Syahid. Wajah yang mendung itu mengusik hati Laila dengan tiba-tiba.
“Kalau awak ada pengganti lebih baik daripada saya, awak bagitahu. Mungkin saya boleh yakinkan waled supaya terima lelaki lain selain saya untuk jadikan menantu. Kalau perpisahan yang awak inginkan, apa yang perlu saya katakan lagi? Saya langsung tak bererti di mata awak. Saya langsung tak berharga di hati awak sedangkan awak…sudah lama berada di sini…” ucap Syahid.
Perlahan-lahan dia mencapai tangan Laila, lalu tapak tangan itu dilekapkan di dadanya sambil matanya merenung tepat ke anak mata Laila. Hatinya sebak apabila mengenangkan dirinya gagal untuk merubah Laila menjadi yang lebih baik seperti yang diinginkan oleh Haji Azhar.
“Hati saya berdegup tapi degupannya tak senada dengan degupan hati awak. Degupan yang awak rasakan ini adalah degupan hati yang terluka. Hanya awak yang dapat ubati luka hati saya. Tapi itu mustahil kan, Laila? Mustahil sangat…” sambung Syahid lagi.
Laila mengetap bibir. Entah mengapa hatinya tersentuh dengan setiap perkataan yang muntah daripada mulut Syahid sehingga membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Kejam sangat ke aku ni? soal hatinya. Perlahan-lahan, Laila menarik tangannya kembali.
“Aku mengantuk, aku nak tidur…” balas Laila tanpa menjawab setiap kata-kata Syahid.
Syahid mengeluh kecil. Dia meraup wajahnya yang keletihan.
“Baiklah, awak tidurlah atas katil tu…” ucap Syahid tidak lama kemudian.
Laila memberanikan diri membalas pandangan Syahid. Wajah itu benar-benar kusut.
“Habis tu kau nak tidur dekat mana?” soal Laila.
Syahid tersenyum nipis mendengar suara Laila lembut.
“Pertama kali awak risaukan saya…” ujar Syahid.
Laila terdiam. Ya ke pertama kali aku risaukan dia?
“Awak tak payah bimbang pasal saya, ini rumah saya. Pandai-pandailah saya tidur nanti. Tidur bawah katil pun boleh jugak,” gurau Syahid dengan tawa kecil meletus di bibirnya.
Laila mencebik. Dia menjeling.
“Janganlah jelling macam tu, saya ni lelaki. Iman saya bukannya kuat mana, kan tak pasal-pasal tidur awak berteman malam ni,” balas Syahid lagi dengan tawa yang meledak.
Laila membuntangkan matanya. Spontan tangannya menampar lembut lengan Syahid.
“Kau ni memang gatal kan?”
“Dengan awak sorang je…”
“Boleh percaya ke? Entah-entah dekat restoran tu bersusun perempuan simpanan kau..” balas Laila sambil berpeluk tubuh.
Syahid mengulum senyum. Dia dapat mengesan sesuatu daripada intonasi suara Laila. Mungkinkah gadis itu cemburu?
“Haah, lupa pulak saya. Sejak saya jadi pengurus Restoran Al-Azhar tu, ramai betul yang datang nak mengurat saya. Ada sekali tu sampai sanggup tunggu saya dating kerja, barulah nak makan. Ada tu yang datang pagi, malam baru balik semata-mata nak jumpa saya. Kacak sangat ke saya ni?” gurau Syahid.
“Wekkkkk!!!” Laila buat-buat ingin muntah.
“Tak payah nak perasanlah, Syah. Muka macam rumah hantu tak siap, kacak apanya?” nafi Laila.
Syahid ketawa.
“Tapi Sabrina cakap saya kacak, baik, berbudi bahasa dan kalau saya tak kahwin, dia nak memasuk meminang saya. Sabrina tu memanglah kuat betul bergurau…” bohong Syahid sambil anak matanya mengerling ke arah Laila yang sudah berubah wajah apabila dia menyebut nama Sabrina.
“Boleh jalanlah dengan Sabrina kau tu. Aku nak tidur!” tegas Laila lalu melangkah naik ke atas katil. Dia cuba untuk tidak mempedulikan kata-kata Syahid tetapi nama Sabrina yang meniti di bibir Syahid membuatkan hatinya terbakar.
“Sabrina tu cantik kan? Kalaulah saya jumpa dia dulu, tentu saya mengurat dia…”
“Apa?!” terjerit suara Laila apabila mendengar kata-kata Syahid. Dia bercekak pinggang memandang wajah Syahid yang kelihatan bersahaja.
“Saya cakap Sabrina tu cantik, sopan santun, lemah lembut, budi bahasa pun cantik. Kalau boleh saya nak ambil dia jadi isteri nombor dualah…” ucap Syahid sengaja menyakiti hati Laila.
Dada Laila berombak. Berdesing telinganya mendengar omelan Syahid tentang Sabrina. Macam bagus sangat budak tu, cantik aku lagi. Syah ni sengaja nak cari pasal dengan aku. Lalu, Laila mencapai bantal lalu dibalingkan tepat ke wajah Syahid.
“Itu balasan untuk orang gatal macam kau. Langkah mayat aku dulu kalau kau nak kahwin dua,” marah Laila lalu menyelubungkan tubuhnya di dalam selimut.
Syahid ketawa lepas. Dia mencapai bantal tersebut lalu dia mendekati Laila yang membungkus di dalam selimut.
“Awak cemburu, Laila?” soal Syahid sambil tersenyum penuh makna.
“Aku tak cemburu!” jerit Laila dari dalam selimut.
Syahid ketawa. Dia menarik selimut yang menutupi wajah Laila. Dia merenung wajah Laila yang sudah mencemik benci.
“Awak cemburu kan?”
“Tak!”
“Ya, awak cemburukan Sabrina…”
“Never!” tegas Laila.
“Okey, kalau macam tu bolehlah saya kahwin dengan dia kan?”
“No!!” jerit Laila pantas. Dia bingkas bangun dari pembaringan.
Syahid terdiam. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.
Laila menggigit bibir. Dia sudah tersasul. Melihat wajah Syahid yang tersenyum mengejek membuatkan wajah Laila terasa berbahang. Kenapalah hari ni aku asyik terkena saja dengan mamat ni?
“Awak….”
Belum sempat Syahid berkata apa-apa, dengan pantas Laila kembali menyelubungkan dirinya di dalam selimut. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Syahid ketika ini. Tentu lelaki itu menganggap dia cemburu pada Sabrina sedangkan dia tidak bermaksud seperti itu. Ya ke aku tak cemburu?
“Saya tahu awak malu nak mengaku. Tak mengapa saya takkan paksa awak mengaku. Saya faham, perempuan kalau setuju mesti diam. Jadi awak diam ni maknanya awak betul-betul cemburu…” balas Syahid tidak mahu mengalah.
“Stop it!” jerit Laila di bawah selimut.
“Okey, saya stop. Good night, baby…” ucap Syahid dengan tawanya.
Laila mendengus dari dalam selimut. Selepas dia merasakan Syahid sudah berlalu, perlahan-lahan dia membuka selimut. Kelihatan kelibat Syahid menghilang dari sebalik pintu. Laila menarik nafas lega. Namun, tidak lama kemudian bibirnya pula yang mengukir senyuman. Dia kembali merebahkan kepalanya di bantal.
“Selamat malam, mamat sengal…” desis Laila sebelum terlena dengan senyuman yang masih terlakar di bibirnya.



Senin, 09 Juni 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 2

Assalamualaikum u ollsss...

Hari ni sambungan bab kedua untuk cerita ini. Apa terjadi pada Dura dan juga Mikhail ? Jawapannya ada di bawah. Terima kasih singgah dan baca :D

                                 



BAB DUA 


    DURRANI ke hulu hilir di depan pintu kecemasan. Air mata yang jatuh ke pipi di sapunya. Sesekali matanya melirik pada pintu kecemasan yang masih lagi tertutup rapat. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang sekali. Durrani mengusap dadanya dengan perlahan sambil berdoa.

   Ya Allah selamatkan suami aku. Lindungi dia Ya Allah. Doa Dura di dalam hatinya.

   “Dura duduklah dari tadi ibu tengok Dura ke hulu ke hilir. Banyakkan berdoa. InsyaAllah semuanya akan selamat.” Pujuk Puan Yusnita. Dura langsung tidak mengendahkan kata-kata dari Puan Yusnita ketika ini. Dalam fikirannya hanya ada seraut wajah milik Mikhail.

   Berkali-kali Dura meraup wajahnya , malahan bibirnya juga di ketap berkali-kali. Perasaan bimbang mengatasi segala-galanya. Dura tidak mampu mendengar nasihat dari orang lain buat masa ini. Dia hanya mahukan Mikhail selamat. Itu sudah mencukupi buat dirinya. Dura terus berdiri di hadapan pintu kecemasan apabila ternampak pintu tersebut terbuka. 

   “Doktor macam mana keadaan suami saya?” Soal Dura tanpa berlengah lagi. Doktor yang merawat Mikhail memandang wajah penuh harapan dari Dura. Doktor tersebut memandang teman seperjuangannya di sebelah. Dia memberikan isyarat mata pada doktor tersebut.

   “Maafkan saya. Allah lebih menyanyangi dia. Kami tak dapat selamatkan dia.” Jelas doktor tersebut. Sebaik saja mendengar ayat yang keluar dari mulut doktor tersebut Dura menggelengkan kepala.

   “Doktor tipu sayakan? Mana boleh macam tu. Doktor tau tak yang kami baru saja berkahwin hari ni.” Jelas Durrani sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

   “Maafkan saya Puan. Encik Mikhail tak dapat di selamatkan. Keadaan dia sangat-sanagt kritikal sebaik saja sampai di sini tadi. Kami sudah berusaha untuk selamatkan dia. Banyakkan bersabar ya.” Pujuk doktor tersebut.

   “Dura jangan macam ni. Kita kena terima.” Pujuk abang Dura Lukman sambil mengusap bahu adiknya.

   “Abang diorang tipu kitakan. Abang Mikhail masih hidupkan bang.” Dura sudah mula menanggis lagi . Dia mengoyangkan badan Lukman .

   “Sabar dik. Sabar.” Pujuk Lukman lagi.

   “Dura sabar nak. Jangan begini.” Pujuk Puan Yusnita pula. Durrani beralih ke dalam pelukan ibunya. Encik Idris diam sedari tadi. Dia tahu anak gadisnya tidak mampu untuk menerima berita ini. Dura kehilangan Mikhail di hari perkahwinan mereka. Bukan sesuatu yang mudah untuk di terima.

   “Dura nak jumpa abang Mikhail ibu.” Pinta Durrani. Puan Yusnita mengusap kepala anak gadisnya lalu menemani Dura masuk ke dalam untuk melihat Mikhail.

   Sebaik saja Durrani menarik kain yang menutupi wajah suaminya terus dia kaku . Wajah suaminya banyak sangat calar dan juga luka yang dalam. Durrani tidak mampu lagi untuk berdiri ketika itu. Air matanya terus menerus mengalir dan Duraani terus pengsan di situ namun sempat di sambut oleh Lukman dan juga Liyana yang baru saja tiba di bilik tersebut.

   “Dura..” Lukman menepuk pipi adiknya berkali-kali.

   “Ya Allah Durrani..” Puan Yusnita tidak mampu menahan air mata dari mengalir apabila melihat anaknya sudah pengsan.

   “Mikhail.. Mikhail.. Mak dah sampai ni. Bangun nak.” Kedengaran suara mak kepada Mikhail iaitu Puan Rahimah. Dia terkejut sebaik saja melihat anaknya sudah terbujur kaku di atas katil. Air matanya terus menerus mengalir dan dia cuba untuk mengusap wajah anak lelakinya.

   “Auntie Imah, Mikhail dah tak ada. Doktor tak dapat selamatkan dia. Allah lebih sayangkan Mikhail.” Jawab Lukman sewaktu membantu memapah Dura ke  arah kerusi yang ada di situ.

   “Abang anak kita bang. Mikhail bang. Kenapa Mikhail tinggalkan mak? Abang kenapa begini sekali nasib anak kita bang?” Soal Puan Rahimah pada suaminya.

   “Imah awak kena banyak bersabar. Ini dugaan Allah untuk kita semua. Allah sayangkan Mikhail sebab itu dia ambil Mikhail dulu.” Pujuk Encik Ashlam suami kepada Puan Rahimah.

    “Abang kasihan dekat menantu kita bang? Dia hilang suami di hari perkahwinan mereka.” Ujar Puan Rahimah sebaik saja menoleh ke belakang melihat menantunya yang pengsan sebelum di bawa keluar oleh nurse yang bertugas.

   “Apa yang berlaku luar dari kawalan kita Imah. Kita tak mampu buat apa-apa melainkan redha dengan kepergiaan Mikhail. Kita kena terima ini semua walaupun payah.” Pujuk Encik Ashlam lagi.

   “Betul apa yang di katakan oleh Aslam tu. Apa yang berlaku ni luar dari kawalan kita. Suka atau tidak kita semua perlu menerimanya.” Balas Encik Idris pula.

   “Bang kasihan dengan Dura.” Luah Puan Yusnita. 

   “Kita kena bantu Dura di saat ini. Dia sangat perlukan sokongan dari kita. Dura orang yang paling sedih dan terluka ketika ini. “ Encik Idris mengusap bahu isterinya. Puan Yusnita menganggukkan kepalanya dengan payah sekali. 

   JENAZAH Mikhail telah selamat di kebumikan. Dura hanya mampu melihat jasad suaminya yang di bawa masuk ke dalam liang lahad sebentar tadi. Matanya sudah bengkak kerana menanggis sejak semalam. Malam tadi Dura langsung tidak tidur. Dia hanya duduk bersandar di dinding serta memandang jenazah suaminya yang di bawa balik ke rumah mak mertuanya. Ketika membaca yassin air matanya terus menerus gugur. Puas Lukman dan Liyana memujuk agar jangan menanggis lagi  tetapi air mata Dura terus mengalir tanpa henti.

   “Bawa banyak bersabar ya Dura.” Salah seorang saudara dari keluarga Mikhail mengusap bahu Durrani. Waktu ini Dura hanya mampu menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Suaranya bagaikan tidak keluar langsung. Dura memandang makam arwah suaminya. Kini dia telah berpisah dengan suaminya. Perpisahan dalam ikatan sebuah perkahwinan yang baru saja terbina. 

    Semoga Allah mencucuri roh Mikhail dan menempatkan Mikhail di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kematian itu pasti .

   “Dura..” Puan Rahimah memanggil menantunya. Mata Dura masih lagi melihat makam suaminya. Orang lain sudah mula bangun untuk meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

   “Dura mari kita balik.” Pujuk Puan Rahimah. Dia sebagai ibu yang melahirkan Mikhail sememangnya dia merasa sungguh kehilangan  namun melihat keadaan menantunya ketika ini dia dapat rasa yang Dura lebih merasa derita di atas kehilangan Mikhail.

    “Dura kita balik ya. Ada masa nanti Dura datang lawat Mikhail dekat sini ya.” Pujuk Lukman pula.

   “Nanti Kak Liyana akan temankan Dura. Kita balik dulu ya. “ Tambah Liyana pula. Puan Rahimah , Lukman dan Liyana memandang pada Durrani yang masih lagi leka memandang makam suaminya. Puan Yusnita dan suaminya menoleh ke belakang dan melihat anak mereka masih lagi berdiri di situ. Lukman mencapai tangan Durrani lalu menariknya dengan perlahan-lahan. Dura hanya mengikut saja.

    SEBAIK saja tiba di rumahnya, Dura keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Apabila pintu rumahnya terkuak mata Durrani terus terarah kepada pelamin sangat indah di suatu sudut. Barang-barang hantaran masih lagi berada di depan pelamin tersebut. Air mata Dura mengalir lagi. Dia mendekati dengan perlahan-lahan ke pelamin miliknya. Dura memejamkan matanya buat seketika.

   Lukman dan Liyana hanya melihat Dura seketika sebelum mereka menuju ke bilik . Puan Yusnita dan suaminya juga turut menuju ke biliknya. Mereka sudah penat berjaga malam tadi di rumah keluarga Mikhail.

   Dura melangkah naik ke pelamin lalu duduk di situ seketika. Dia melihat tempat duduk sebelahnya. Dia melihat wajah Mikhail yang sedang tersenyum padanya. Dura turut membalas senyuman tersebut dengan air mata.

   “Abang…” Dura memanggil Mikhail. Dia tetap tersenyum pada Durrani tanpa sebarang kata. Durrani kemudiannya cuba menggapai tangan suaminya namun bayangan suaminya terus hilang. Mata Dura mula mencari-cari suaminya.

   “Abang.. Abang… Abang nak pergi mana?” Soal Durrani apabila matanya dapat menangkap susuk tubuh suaminya yang berada di muka pintu utama. Mikhail menoleh seketika sebelum berlalu pergi. Durrani terus bangkit dari pelamin dan mengejar suaminya.
   “Abang tunggu…” Jerit Durrani. Pada ketika itu kakinya tersepak ke salah satu barang hantaran dari pihak suaminya.

   “Aduh..” Dura menunduk ke bawah dan memandang barang hantaran yang sudah terbalik. Barangan itu adalah sepasang kasut dan juga handbag.

   “Abang… Abang…” Jerit Durrani sewaktu matanya melilau kembali mencari kelibat suaminya. Dura terus berlari ke tangga mencari suaminya namun jelas sekali Mikhail tidak ada di situ. Dura menanggis lagi.

   Dura kemudiannya menuju kembali ke pelaminnya lalu mendekati barang hantaran yang jatuh sebentar tadi. Dia terus terduduk di situ. Tangan Durrani menggigil seketika sewaktu memegang kasut dan handbag yang di hadiahkan oleh suaminya. Air matanya tumpah lagi.

   “Abang kenapa tinggal Dura. Kenapa abang pergi ..” Esak Durrani sambil memeluk handbag dan kasut yang di pilih sendiri oleh Mikhail. Dura memandang pelamin sekali lagi. Dia kemudiannya menjerit dengan tiba-tiba bagaikan orang histeria.

   “Kenapa semua ni jadi pada aku. Kenapa? Kenapa? Kenapa aku tak ikut Mikhail sekali?” Jerit Durrani lalu mencabut bunga telur yang masih ada di atas pahar. Mendengar suara Durrani menjerit membuatkan Lukman tersedar . Dia baru saja terlelap sebentar tadi. Lukman terus bangun dan bergegas menuju ke ruang tamu.

   “Ya Allah Dura apa Dura buat ni?” Soal Lukman sewaktu melihat Dura mencabut bunga telur dan juga barang-barang hantaran. Semua perhiasan yang ada di barang hantaran di tariknya. Habis bertaburan bunga, riben , lace dan bunga yang berterabur.

   “Jangan macam ni Dura.” Pujuk Lukman lalu memeluk adiknya dengan erat. Dia memegang tangan Durrani dari terus merosakkan barang-barang hantaran. Dura meraung dalam pelukan abangnya.

   “Abang Dura nak ikut abang Mikhail.” Jelas Durrani.

   “Astagfirullah Al’azim  Dura bawa mengucap. Dura tak boleh cakap macam tu. Apa yang terjadi ni sudah tersurat Dura. Kuatkan semangat dik jangan macam ni. Abang tahu Dura seorang yang kuat dan tabah. Sabar Dura. Ini ujian Allah untuk Dura. Allah sayangkan Dura sebab tu dia uji Dura begini.” Pujuk Lukman lagi. 

   Puan Yusnita dan suaminya turut berada di ruang tamu. Dia terkejut mendengar Durrani menjerit. Puan Yusnita mengesat air matanya dengan perlahan. Sayu melihat nasib anaknya yang kini sudah bergelar janda. Dengan perlahan-lahan Puan Yusnita mendekati anak-anaknya.

   “Dura jangan begini nak. Arwah Mikhail terseksa nanti bila tengok Dura begini. Dura kena redha dengan pemergiaan dia. Sabar sayang.” Pujuk Puan Yusnita sambil mengusap kepala Durrani. Air mata Durrani terus jatuh membasahi pipi. Di kala ini dia hanya mampu menanggis untuk meluahkan rasa yang menyakitkan di dalam hatinya.

   “Dura perlukan rehat sekarang ni. Mari abang hantarkan Dura ke bilik. Abang nak Dura berehat. Semalaman Dura tidak tidur.” Lukman memimpin Dura menuju ke biliknya. Dura hanya mengikut. Dia tidak mampu berkata apa-apa ketika ini melainkan menanggis.

   Matanya semakin bengkak. Semakin dia menanggis semakin bengkak matanya. Puan Yusnita megekori dari belakang. Sebaik saja pintu biliknya terkuak langkah Durrani terhenti dan kaku. Dia melihat suasana bilik yang terhias indah. Durrani menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu masuk dan lihat biliknya yang terhias indah.

    Puan Yusnita dan Lukman saling berpandangan. Dia dapat rasakan yang Durrani tidak mahu melihat hiasan di dalam bilik tidurnya.

    “Biar Kak Yana kemas bilik ni dulu ya. Dura duduk di ruang tamu dulu ya.” Kedengaran suara Liyana yang baru tiba di situ. Dia tahu Dura tidak mampu untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Jikalau dia di tempat Dura sekarang ini dia pasti dia juga tidak mampu.

    “Biar ibu tolong Yana .” Ujar Puan Yusnita. Lukman membawa Dura kembali ke ruang tamu. Dia tahu buat masa ni Dura tak boleh terngok ini semua.

   “Ita oh Ita. Ini orang-orang yang buat pelamin tempoh  hari datang untuk ambil pelamin diorang.” Laung Encik Idris sebaik saja melihat sebuah van yang baru tiba di hadapan rumahnya. Puan Yusnita yang baru saja masuk bilik Dura terus keluar dan menuju ke pintu utama.

    “Baguslah korang dah datang. Jemputlah naik.” Puan Yusnita mempelawa mereka naik.
    “Mak Cik takziah ya di atas pemergiaan pengantin lelaki. Kami baru je tahu tadi itu yang kami terus datang ke mari dan juga untuk mengambil pelamin tu.” Ujar salah seorang dari mereka.

     “Mak cik minta korang jangan ganggu Dura yang ada dekat ruang tamu tu. Emosi dia tak stabil hari ni. Habis barang hantaran di kerjakan olehnya tadi. Dura masih tidak boleh terima hakikat tentang kehilangan Mikhail.” Terang Puan Yusnita kepada orang-orang dari Bridal House . Mereka menganggukkan kepala .

   “Kami turut bersimpati dengan Dura mak cik. Mudah-mudahan Dura dan keluarga mak cik tabah menghadapi ujian ini.”  

    “Harap-harap macam tu la. Pak cik pun tak tahu nak buat apa sekarang ni. Keadaan Dura hari ini memang tidak stabil. Menantu pak cik sedang kemaskan bilik dia. Dura tak nak masuk ke dalam bilik dia.” Terang Encik Idris pula.

     “Kami faham. Tak mengapalah biar kami uruskan semuanya. Mak cik dan Pak cik berehatlah. Kami tahu keluarga mak cik dan pak cik berjaga sepanjang malam. Urusan pelamin, bilik tidur dan juga khemah tu semua biar pihak kami uruskan. Janganlah risau.” Ujar salah seorang dari mereka. 
   “Terima kasihlah.” Encik Idris tersenyum pada mereka. 

   “Mak cik ke dapur dululah buatkan air minuman untuk korang.” Puan Yusnita meminta diri.  Sewaktu melintasi ruang tamu dia menoleh seketika pada Dura yang sedang bersandar di bahu anak lelakinya. Lukman mengusap kepala adiknya. Dura baru saja memejamkan mata.

   Lukman memandang wajah ibunya dengan pandangan yang sayu. Sedih dan pilu melihat keadaan adiknya ketika ini. Bukan mudah untuk Dura hadapi semua ini. Mungkin waktu saja yang boleh mengubati keadaan adiknya.

Bersambung...

NotaTersepit : Next week punya en3 akan kuarlah watak utama iaitu Ziyad. Seminggu sekali okey la kan cik writer update? ke nk seperti sebelum ni setiap isnin dan khamis?