Senin, 14 Juli 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 8 & 9

Assalamualaikum u ollsss...

Sedar tak sedar dah separuh Ramadhan pergi. Cepatnya masa berlalu.  Dalam cite BTW ni ada juga scene bulan ramadhan tetapi dalam bab 30 ke ataslah. Okey untuk minggu ni cik writer kasi dua bab sekaligus juga ya. Terima kasih sudi singgah dan baca ya. Watak Adah dah keluar.Siapakah Adah sebenarnya tunggu nanti ya.. Satu persatu akan di leraikan...

BAB LAPAN

Beberapa bulan berlalu…

     DURRANI kini sudah pun bertugas di salah sebuah syarikat swasta sebagai akauntan. Dia baru saja bekerja di syarikat tersebut. Dura kini lebih yakin dengan dirinya dan dia juga dah mampu untuk biasakan dirinya tanpa arwah Mikhail.

     Dura pernah mimpikan arwah Mikhail di mana suaminya datang dengan wajah yang tersenyum , berseri berdiri di hadapannya. Dura juga pernah mengatakan ingin mengikut suaminya di dalam mimpi tersebut namun suaminya menggelengkan kepala tanpa sepatah kata. Hanya wajahnya saja yang berubah menjadi sedih melihat air mata isterinya. Masanya belum tiba lagi? mungkin itu maksud gelengan Mikhail.

    Dia juga turut menanggis di dalam mimpi tersebut untuk mengikut suaminya namun Mikhail tetap menggelengkan kepala dengan riak yang sedih. Hampir saban malam Dura mimpikan arwah Mikhail waktu itu namun selepas dia memberitahu tentang mimpinya itu , ibunya telah menasihatnya agar melepaskan Mikhail pergi.

    “Kenapa ya ibu?” Soal Dura pada malam itu. Puan Yusnita dan suaminya saling berpandangan.

    “Ayah rasa Dura kena kena lepaskan Mikhail . Jangan seksa diri Dura dan arwah Mikhail. Dia nak Dura bahagia di dunia ini. Banyakkan sedekahkan doa untuknya. Semoga dia tenang di sana. Kalau Dura terus menerus membiarkan perasaan Dura tu makin Dura menyakitkan diri sendiri. Ayah tahu walaupun luaran Dura nampak gembira tetapi dalam hati ayah tahu macam mana susahnya untuk Dura lepaskan Mikhail pergikan? .” Jelas Encik Idris.

    Dura berfikir sejenak. Apa yang di katakan oleh ayahnya sememangnya betul. Mungkin kini dia mampu tersenyum namun di hatinya sukar untuk melepaskan Mikhail pergi. Hatinya seringkali merindui arwah Mikhail. Dura menghela nafasnya dengan berat.

    “Adakah mimpi Dura tu seolah-olah arwah Mikhail bersedih hati melihat keadaan Dura?” Soal Dura.
   “Mungkin juga. Memang mimpi tu mainan tidur tapi adakalanya mimpi kita tu menjadi realiti. Dura kena lepaskan arwah Mikhail seperti mana Dura mampu lepaskan arwah Kak Adah dulu. Masih ingat pada Kak Adah?” Soal ibunya Puan Yusnita.

    Mendengar saja nama Adah terus Dura tersentak dan terus matanya membulat memandang ibu dan ayahnya. Adah satu nama yang cukup sinonim dengan Dura. Kakak yang di sayangi olehnya telah pun kembali ke pencipta setahun setengah yang lalu di sebabkan sakit. Dia tidak akan lupakan bagaimana menderitanya arwah kak ngahnya dulu.

    “Dura dengar tak apa yang ibu cakap tadi?” Soal Puan Yusnita. Dura memandang wajah ibunya lalu menganggukkan kepalanya.

    “Dura dengar ibu dan Dura faham maksud ibu dan ayah tu. Dura akan cuba ibu. Dura sayangkan arwah Kak Adah dan juga arwah abang Mikhail.” Jawab Dura.

    “Baguslah kalau begitu. Sekarang ni Dura dah dapat kerja tumpukan sepenuhnya pada kerjaya Dura. Hal yang dah berlalu pergi biarlah pergi. Kita perlu teruskan hidup .” Encik Idris menasihati Dura lagi.

    “InsyaAllah ibu ayah. Dura akan tumpukan pada kerja lepas ni tapi tak bermakna Dura akan lupakan arwah Mikhail.”

    “Ibu tak minta Dura lupakan arwah Mikhail tapi terima hakikat yang dia dah tak ada.” Sampuk Encik Idris lagi. Dura memandang ayahnya lalu menganggukkan kepalanya tanda faham.

   “Amboi Dura jauhnya berangan. Apa yang kau menungkan tu?” Sapa seseorang menyedarkan Dura dari lamunan. Dura tersengih pada rakan sekerjanya.

   “Kau ni kacau betul. Aku baru nak berangan sikit tau.” Jawab Dura dengan selamba.
   “Berangan tak berangan. Tu Puan Haslina cari kau. Baik kau pergi jumpa dia sekarang. Aku tengok dia bad mood je hari ni. Karang naya je kau kena marah dengan dia. Kau tahu sajalah kalau dia bad mood semua orang akan jadi mangsa.” Dura mengerutkan dahinya sebelum meneguk semula air yang dibancuhnya tadi.

    “Ye ke. Aku ada buat salah ke?” Dura bangun lalu membetulkan bajunya yang sudah renyuk.
    “Itu aku tak tahulah kan. Cepatlah pergi.” Dura menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.
    “Okey terima kasih ya Fifie.” Dura terus melangkah menuju ke bilik big bos. Gadis yang bernama Fifie itu menggelengkan kepalanya dengan sebuah senyuman sebelum dia bergerak semula ke meja kerjanya.

    ALIFAH sakit hati lagi hari ni kerana sekali lagi Zikri menolak untuk makan tengahari bersamanya. Alifah keluar dari pejabat Zikri dengan gaya muncung itik. Sakit hatinya. Pelbagai cara yang dia telah gunakan untuk memikat hati Zikri namun sebelah mata pun Zikri tidak pandang.

    “Huh menyampah aku tak habis-habis balik makan tengahari dekat rumah. Apa sedap sangat ke perempuan tu masak dekat rumah? Asyik-asyik isteri tak pun anak. Itu sajalah alasan si Zikri ni bagi pada aku. Ish kepala aku dah buntu dah ni tak tahu nak pikat cara apa . Arrggghh tension betul aku dibuatnya.” Marah Alifah sebaik saja menutup pintu bilik Zikri dengan kuat. Terkejut setiausaha Zikri yang sedang leka menyiapkan kerja.

    “Astagfirullah Al’azim terkejut saya.” Ujar setiausaha Zikri lalu memandang Alifah yang sedang berdiri di depan pintu. Alifah menoleh lalu merenung setiausaha Zikri dengan tajam sekali.

   “Apa tengok-tengok? Aku tahulah aku ni lawa dari kau. Huh kau pun sama suka menyakitkan hati aku.” Hentam Alifah. Setiausaha Zikri mengerutkan dahinya dengan pelik. Alifah terus meninggalkan pejabat milik Zikri.

   “Eh apa kena dengan perempuan ni. Aku tengok dia sebab terkejut bukan sebab dia cantik. Hah dia kata dia cantik. Huh perasan gila perempuan ni. Aku tengok dia pun dah sakit mata . Perempuan ni asal datang jumpa Encik Zikri je mesti keluar dengan muka meroyan. Tak habis-habis nak kejar laki orang. Bukan hari ni je dia datang tapi sejak Encik Zikri kahwin dengan Puan Washfa lagi perempuan ni tetiba datang umapama angin dan balik umpama ribut.” Bidas setiausaha Zikri dengan selamba sambil melihat lenggok Alifah dari jauh. Sempat dia mencebik pada Alifah yang sudah menjauh.

    “Apa aku nak buat lagi ni? Come on Efa fikir-fikir macam mana aku nak buat Zikri tu bencikan Washfa lepas ni. Kalau boleh aku nak sangat diorang tu bercerai berai. Biar padan dengan muka Washfa tu . Biar dia bergelar janda. Benci betul aku dengan perempuan tu. Aku ni kenal Zikri lagi lama dari dia tapi tup-tup Zikri pilih perempuan tu dari aku untuk di buat isteri. Mahu aku tak sakit hati. “ Alifah memukul stereng keretanya dengan geram.

     Haiya Cik Efa ni nak meroyan pasal apa? Boneka? Bukan ke dia sendiri yang menolak cinta Zikri dulu. Cinta yang di cari oleh papanya sekarang baru nak kata sayang sedangkan dulu tak ada pun rasa sayang nak pandang Zikri pun macam tak nak je.

     “You nak apa lagi ni Efa. I ni dah jadi suami orang hari ni. Boleh tak you jangan nak duduk rapat-rapat dengan I macam ni? Orang tengok tak manislah Efa.” Tegur Zikri sewaktu dia ingin melangkah mendekati isterinya yang sedang bersembang dengan sanak saudaranya yang datang di hari penuh bermakna buat mereka. Hari ni bersatulah Zikri dan Washfa.

    “Sampai hati you kahwin dengan perempuan tu. You dah tak sayangkan I ke Zikri?” Soal Efa sambil mengelap air matanya. Dia memang tak boleh terima bila dapat tahu yang Zikri sudah berkahwin. Balik saja dari bercuti dia terkejut melihat kad jemputan ke Majlis Perkahwinan Zikri dan Washfa.

    “I sayangkan you sebagai kawan Efa. Tak lebih dari tu. Lagi pun sebelum ni you sendiri cakap yang I ni bukanlah lelaki idaman you so kenapa pula hari ni you nak sedih dan marahkan I?” Soal Zikri.

    “I… I….”

    “Abang…” Sapa Washfa pada ketika itu. Zikri menoleh lalu mendekati isterinya dengan senyuman paling manis.

    “Sayang. Abang nak kenalkan ini kawan abang Alifah. Efa ini isteri I Washfa.” Zikri memperkenalkan Washfa kepada Efa.

     “Hai salam perkenalan.” Tegur Washfa lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Alifah namun dia langsung tidak menyambut salam dari Washfa. Ketika itu juga Washfa menoleh pada suaminya dengan pelik.

     “Tak mengapalah sayang nanti abang cerita pada sayang malam nanti ya. Sekarang jom temankan abang jumpa tetamu kita.” Jelas Zikri lalu mengenggam tangan Washfa sebelum menarik  Washfa dengan perlahan menuju ke arah saudara-mara belah keluarga Zikri.

    “Tak mengapa hari ni kau dapat Zikri aku tapi kau kena ingat satu masa nanti aku akan dapatkan Zikri kembali. Dia tu hak aku tau. Aku memang sayangkan dia cuma aku terlambat untuk menyedari perasaan aku pada dia.” Luah Alifah dengan geram. Sakit matanya melihat kemesraan yang di tunjukkan oleh Zikri kepada isterinya. Hati Efa ketika ini mengelegak semacam.

    “Efa kamu buat apa lagi tu? Dari tadi mama panggil kenapa mengelamun saja ni?” Soal Puan Suraya sewaktu menyentuh bahu anaknya. Efa menoleh pada mamanya.

    “Tak ada apa-apa mama. Efa tengok Zikri dengan wife dia tu.” Jawab Efa dengan jujur. Puan Suraya tersenyum.

    “Sama cantik sama padankan diorang tu. Mama tengok auntie Huwaidah kamu gembira betul dapat menantu sulung.” Tambah Puan Suraya lagi. Makinlah mendidih hati Efa ketika ini. Di ketap bibirnya dengan geram sekali. Kalau ikutkan rasa nak gigit je bibirnya sendiri sampai percah akibat geram tahap gaban melihat Ziyad dan Washfa di tambah pula dengan pujian dari mamanya.

    “Anak mama ni tak cantik ke?” Soal Efa dengan senyuman paksa.

    “Of course anak mama cantik. Jom makan lepas tu bolehlah kita balik. Bukan ke tadi Efa cakap dengan mama yang Efa tak sihat?” Soal Puan Suraya. Efa menggarukan kepalanya sebelum membetulkan anak rambutnya yang jatuh .

    “Eh tak adalah mama. Efa dah sihat dah. tadi cuma pening kepala sikit je.” Jawab Efa.
    “Kalau begitu baguslah. Jom makan.” Puan Suraya sudah menarik tangan anaknya. Dari tadi lagi keluarga Datin Huwaidah menyuruhnya makan .

    Bunyi hon dari belakang mengejutkan Efa yang berhenti di traffic light. Dia melihat lampu isyarat sudah pun bertukar ke warna hijau. Patutlah kereta belakang hon. Efa meneruskan semula perjalanannya. Dia ingin pulang ke rumah dan memikirkan cara apa yang harus dia gunakan untuk dapatkan Zikri . Cara halus atau cara kasar.

    “Kau tunggu Washfa. Kau tunggu . Masanya akan tiba juga nanti untuk kau. Aku akan berusaha pisahkan kau dengan Zikri.” Efa mengetap bibirnya dengan geram. Matanya terarah pada jalan raya yang agak sesak ketika ini.

     ZIYAD menyedut air minuman.  Malam itu dia keluar minum bersama dengan sahabat baiknya Saiful. Sejak Nurul tiada Ziyad selalu keluar lepak bersama Saiful. Pada Saiful lah tempat dia meluahkan perasaannya.

      “Eh Ziyad. Aku dah lama nak tanya kau pasal arwah wife kau .” Ziyad memandang wajah sabahat baiknya.

   “Kau nak tanya berkaitan apa?” Soal Ziyad ingin tahu.

   “Pasal kes accident tu la. Salah siapa sebenarnya? Salah kereta lelaki tu atau kereta wife kau?” Soal Saiful. Soalan yang bersarang dalam kepalanya akhirnya terluah juga. Sebelum ni dia bimbag untuk bertanya pada Ziyad kerana dia tahu Ziyad masih lagi bersedih dan sukar menerima kehilangan isterinya.

    “Itu aku pun tak pasti. Sewaktu kejadian itu berlaku tiada saksi yang nampak. Kereta yang wife aku naik tu teruk juga. Mungkin dua-dua kereta sama laju.” Jawab Ziyad.

    “Kau tak terfikir ke apa yang menyebabkan kemalangan tu?” Soal Saiful ingin tahu. Entah mengapa hatinya mengatakan pasti ada sesuatu yang terjadi di sebaliknya.

    “Maksud kau?” Soal Ziyad dengan wajah yang pelik. Dia tidak faham apa yang Saiful cuba katakan.
    “Yalah . Ini pendapat aku je tau kau jangan marah pula. Setahu akulah jalan yang wife kau accident tu keras. Banyak dah berlaku accident dekat jalan tu. Aku rasa mungkin itu juga menjadi penyebabnya accident tu berlaku.”

     “Kau ni Saiful suka sangat percaya benda-benda macam tu. Benda dah nak jadi Saiful. Siapa kita yang nak menghalangnya. Aku dah boleh terima semua tu. Nurul akan tetap berada di dalam hati aku dan aku bersyukur kerana Allah pinjamkan dia untuk aku seketika untuk di jaga. Dia memang seorang isteri yang sangat baik. Aku memang beruntung dapat dia Saiful.” Jawab Ziyad . Terus ruang matanya terbayangkan wajah yang sentiasa di rinduinya. Ziyad tersenyum seketika .

    “Haa sudah yang kau senyum dengan tiba-tiba ni pasal apa pula. Kau ni jangan nak wat aku seram malam-malam ni boleh tak? Cara kau senyum macam kau nampak arwah Nurul tau.” Marah Saiful dengan tiba-tiba. Aisey rupanya si Saiful ni penakut orangnya. Boleh pula dia fikir macam tu.

   “Kau ni kenapa Saiful? Salah ke aku senyum bila terbayangkan wajah arwah isteri aku?” Soal Ziyad dengan pelik apabila Saiful berkata sebegitu. Ziyad menggelengkan kepala dengan perlahan-lahan. Otak si Saiful ni suka sangat fikir yang bukan-bukan.

   “Salah eh?” Saiful garu kepala.

   “Kau nak tahu tak kenapa sampai sekarang kau tak kahwin-kahwin?” Soal Ziyad dengan tiba-tiba.
     “Kenapa? Kau tahu ke sebabnya?” Soal Saiful dengan teruja. Teringin juga dia nak tahu kenapa susah sangat dia nak dapatkan jodoh.

    “Sebabnya otak kau tu la yang suka fikir benda-benda macam tu. Perempuan mana nak dekat dengan kau.” Dengan selamba Ziyad mengutuk sahabat baiknya.

    “Ceh podah ada ke sebab tu. Hello aku ni tak kahwin sebab jodoh je tak sampai lagi. Ini alang-alang cakap pasal jodoh aku nak juga tanya kau ni. Tak teringin ke nak cari pengganti Nurul?” Soal Saiful. Terangkat kedua-dua belah keningnya.

    “Pengganti?” Soal Ziyad kembali.

    “Tak mungkin kot.” Jawab Ziyad tanpa ragu-ragu. Saiful mencebik.

    “Jangan kata tak mungkin. Mana tahu ada jodoh lagi buat kau lepas ni.” Ziyad diam dan memandang sahabatnya dengan pandangan kosong. Cintanya hanya untuk Nurul Jannah bukan untuk orang lain. Tiada perempuan yang boleh gantikan tempat Nurul di dalam hatinya dan Ziyad juga belum bersedia untuk menerima mana-mana perempuan dalam hidupnya buat masa ini.
   
BAB SEMBILAN

     DURRANI baru saja keluar dari pejabat pos. Barang yang di pesan oleh abangnya telah pun di sediakan oleh ibunya dan sekarang tunggu masa barang tersebut sampai di Melaka. Abangnya mengirim barang makanan. Kakak ipar Dura iaitu Liyana sedang hamil anak sulung. Usia kandungan baru saja melangkah masuk tiga bulan. Sekarang ni kakak iparnya tu tengah mabuk-mabuk dan mengidam nak makan itu dan ini.

    Barang yang di minta dari kampung adalah serunding daging. Dura menemani ibunya beberapa hari lepas ke bandar untuk mencari serunding yang Liyana inginkan. Puan Yusnita memang gembira tak terkata dengan perkhabaran dyang menantunya sedang hamil. Dura juga turut gembira.  Saat menerima berita itu dari telefon hati Dura bagaikan di jentik seketika.

    Sudah pasti dalam kegembiraan mendapat tahu berita itu dia pasti turut merasakan sesuatu di hatinya. Yalah mereka bersanding pada hari yang sama. Jikalau arwah Mikhail masih hidup mungkin dia juga berpeluang untuk menjadi ibu seperti mana kakak iparnya. Namun sebaik saja perasaan itu hadir Dura cepat-cepat beristigfar di dalam hati.

    Siapa dia nak menentukan semua itu. Apa yang berlaku sesungguhnya sudah tertulis buat Durrani. Di situ bermula takdir hidupnya.

    “Dura kau pos barang apa tadi?” Soal Fifie teman sepejabat merangkap teman baik Dura.
    “Aku kirimkan serunding untuk abang aku. Kakak ipar aku mengidam nak makan serunding katanya.” Jawab Dura dengan wajah yang sungguh ceria. Fifie turut tersengih.

   “Wah tak lama lagi kau bakal dapat anak buah barulah ya. Bestnya.” Jawab Fifie.
   “Alhamdulilah Fie. Rezeki orang kata. Tak sabar aku nak tengok anak buah aku nanti.” Balas Dura pula. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kereta.

   Ziyad baru saja keluar dari bangunan bersebelahan dengan pejabat pos. Dia mengorak langkah menuju ke keretanya. Di saat dia memandang ke arah keretanya, Ziyad ternampak wajah Durrani. Langkahnya terus kaku di situ. Dura yang sedang tersenyum sewaktu membuka pintu kereta.

    Sebaik saja Ziyad yakin itu adalah perempuan yang dia pernah terserempak di tanah perkuburan dulu terus dia melangkah dengan pantas menuju ke arah kereta Dura. Kebetulan pula di waktu itu kereta Dura parking bersebelah dengan kereta Ziyad.

  Apabila Ziyad tiba di situ, kereta Dura sudah pun keluar dari tempat parking. Dia sempat melihat Dura sedang bersembang dengan teman sebelahnya. Sekali lagi Ziyad hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.

    “Haish Ziyad kalau macam ni macam mana kau nak serahkan balik gelang hari tu. Aku yakin gelang tu milik perempuan ni.” Ziyad berbicara seorang diri sambil mengetuk pintu keretanya dengan perlahan. Dia bersandar seketika di keretanya sambil menunduk. Namun dengan tiba-tiba Ziyad mendonggak.

   “Aduh apasal aku tak tengok nombor kereta dia tadi. ?” Ziyad memarahi dirinya sendiri. Selagi dia tidak memulangkan gelang emas itu pada pemiliknya selagi itulah hatinya tidak tenang. Telefon pintar Ziyad berdering .

   Tak mengapalah Ziyad mungkin belum masanya lagi untuk korang berdua bertembung antara satu sama lain. Setiap pertemuan itu pasti bersebab.

      “Hello bro kau dekat mana? Tadi kau juga suruh aku datang office kau tapi bila aku datang kau tak ada pula. Apa cer ni?” Soal Saiful di sebelah sana. Ziyad garu dahi .

    “Sorry la Saiful. Aku ada dekat luar ni dah nak balik office la ni. Kau tunggu sana ya sekejap lagi aku sampai.” Giliran Ziyad pula menjawab sebelum memboloskan dirinya ke dalam kereta.

    “Okey aku tunggu sini cepat sikit eh. Kau tahulah aku tak suka bab menunggu orang ni . Kalau menunggu macam gini mudah sangat aku nak…..”

      “Nak tidur. Aku dah tahu lama dah pasal penyakit kau yang satu tu Saiful. Kau tunggulah sekejap. Dalam dua puluh minit lagi aku sampai. Okey aku nak drive ni. Jumpa di sana. Bye.” Ziyad terus mematikan talian dan fokus pada pemanduan. Kalau di layan Saiful ni maknanya lambatlah dia nak sampai dekat office.

    “Eh cepat betul matikan talian si Ziyad ni.” Saiful geleng kepalanya sebelum memasukkan kembali ke dalam poket seluar.  Saiful sedang duduk di ruang menunggu di depan meja setiausaha Ziyad.

     Mata Saiful melilau ke sana ke mari. Tak sampai lima belas minit menunggu dia mula menguap. Sah sekejap lagi mamat ni akan lentok. Alahai mudah betul si Saiful nak lelap.

    “Encik Saiful jemput minum.” Pelawa setiausaha Ziyad. Saiful menoleh dengan senyuman.
  “Terima kasih ya Wawa.” Saiful tersenyum manis pada setiausaha Ziyad yang sungguh comel. Wawa turut membalas senyuman Saiful sebelum berlalu menuju ke meja kerjanya. Saiful pula terus mengambil cawan tersebut sebelum menikmati air yang di sediakan oleh Wawa. Ketika itu juga sempat mata Saiful melirik ke arah Wawa yang sedang leka menyiapkan kerja.

    Makin pandang makin berkenan ke Encik Saiful? Kalau berkenan tu cakap saja terus-terang jangan main tarik tali. Bukan hari ni dia mengenali Wawa tapi dah beberapa bulan yang lalu. Dia selalu singgah ke pejabat Ziyad ni pun sebabnya untuk melihat Wawa. Apabila Ziyad memberitahu yang Wawa ni masih belum berpunya lagilah menjadi-jadi Saiful bertandang ke pejabatnya.

       HUJUNG minggu itu, Dura pulang ke rumah yang di hadiahkan oleh arwah Mikhail. Sudah dua minggu dia tidak bertandang ke mari. Hari ini dia keseorangan. Ibu dan ayahnya tidak dapat ikut kerana ada urusan lain. Dura membuka pintu utama rumahnya. Sebelum melangkah masuk Dura memberikan salam terlebih dahulu.

      Sebaik saja masuk ke dalam , Dura terus membuka tingkap supaya udara luar dapat masuk. Dua minggu rumahnya ini di biarkan. Malam ni Dura akan menginap di sini namun dia tidaklah keseorangan. Ibu dan ayahnya mana benarkan Dura bermalam seorang diri di sini. Dura meminta Fifie menemaninya. Sekejap lagi pasti Fifie tiba ke sini.

    Dura melihat sekeliling. Dia kemudiannya bergerak ke dapur untuk mengambil penyapu serta mop. Dia ingin bersihkan rumahnya. Setiap kali datang ke sini , itulah perkara yang akan di lakukan oleh Dura sebelum dia duduk dan bersantai. Dura menekan suis televiyen untuk menghilangkan rasa sunyi.

    “Assalamualaikum Dura.. Oh Dura…” Panggil Fifie dari luar rumah. Sebaik mendengar suara Fifie terus Dura meletakkan batang penyapu sebelum bergegas menuju ke pintu pagar . Fifie sudah melambaikan tangan dari luar. Dura tersenyum lalu membuka pintu pagar .

    “Waalaikumussalam. “ Jawab Dura sebaik saja Fifie terpacak di hadapanya. Fifie sudah tersengih.
    “Waaa cantiknya rumah kau Dura. Ini ke rumah yang kau ceritakan pada aku tempoh hari?” Soal Fifie dengan teruja sebaik saja melangkah masuk ke rumah milik Dura.

    “Yalah . Inilah rumahnya. Ini sajalah kenangan yang aku ada bersama arwah abang Mikhail. Gambar kahwin dan persandingan pun aku dah letakkan di situ sebaik saja aku dapat dari photographer. Lepas kahwin sepatutnya aku tinggal di sinilah dengan Mikhail.” Jawab Durrani. Sempat matanya menangkap gambar di hari bahagia mereka. Gambar pada hari persandingannya yang merupakan hari dia kehilangan Mikhail buat selama-lamanya.

    “Sabar ya Dura. Kau janganlah sedih. Aku faham apa yang kau rasakan saat ni. Aku respect dengan kau Dura. Kau memang perempuan yang tabah. Kalau aku di tempat kau belum tentu lagi aku mampu untuk melihat gambar-gambar kenangan ini semua.” Fifie memeluk bahu temannya. Walaupun dia baru saja mengenali Dura tetapi mereka rapat.

    “Aku okey. Aku dah dapat biasakan diri dengan semua ni. Apa pun aku nak ucapkan terima kasih dekat kau sebab sudi temankan aku tidur dekat sini malam ni. Sorry tau susahkan kau Fie.” Dura memandang wajah Fifie.

     “Tak ada hallah . Aku pun bosan dekat rumah tak ada buat apakan. Jadi apa salahnya kalau aku temankan kau lagipun family aku dah berikan kebenaran. So kau buat apa tadi?” Soal Fifie.

    “Aku nak mengemas rumah sikit. Nampak berhabuk sikit.” Jawab Dura sebelum kembali mengambil penyapu. Fifie menganggukkan kepalanya.

    “Okey kalau macam tu aku tolong kau okey? Lepas tu kita keluar cari makan macam mana? Setuju?” Soal Fifie . Terangkat kedua belah keningnya. Dura menganggukkan kepala tanda setuju . Dura dan Fifie sama-sama memngemas rumah dari bawah sampailah dapur dan juga tingkat atas. Petang nanti baru mereka mengemas bahagian halaman rumah pula.

    “Wah rumah kau dah bersih dan berkilat dah Dura.” Fifie menoleh ke semua sudut sambil bercekak pinggang. Puas hati apabila melihat kebersihan rumah tersebut. Dura mengelap peluh yang menitik. Dia turut membetulkan sanggul rambutnya .

     “Alhamdulilah. Dah selesai. Sekarang ni kita berdua rest dulu sekejap ya sebelum kita bersiap dan keluar cari makan. Alang-alang tu bolehlah kita shopping untuk diri sendiri juga. Aku dah lama tak pergi shopping ni. Kau boleh temankan aku tak?” Soal Dura sewaktu mereka sama-sama melabuhkan punggung ke sofa.

     “Aku dah katakan aku tak kisah. Aku datang sinikan sebab nak temankan kau. Aku memang suka kalau bab shopping ni tambah-tambah kalau window shopping. Orang kata kalau tak dapat beli tengok pun jadilahkan.” Sengih Fifie dengan selamba.

     “Terima kasih Fie. Ini yang buat aku sayangkan kau ni.” Fifie mencebik pada Dura.

     “Sayang untuk hari ni je ke?”

     “Mestilah tak. Aku naik atas dulu siap okey. Kalau kau nak mandi dekat bilik lagi satu tu pun ada bilik air. Guna je tapi malam ni kau temankan aku tidurlah. Ada juga geng untuk borak.”

    “Tak ada hal. Okey kalau macam tu kita dah boleh siap-siap ni. Perut aku pun dah rasa lapar ni. Sekejap lagi dah nak masuk waktu zohor. Lepas solat nanti kita geraklah.” Dura menganggukkan kepalanya sebelum bangun dan melangkah ke tingkat atas. Fifie bersandar seketika di sofa sebelum dia bangun dan mengambil beg pakaiannya sebelum naik ke tingkat atas.

    “DURA dalam sebulan berapa kali kau akan datang ke mari?” Soal Fifie sewaktu mereka lepak di sofa sambil menonton televisyen. Dura menoleh pada teman baiknya.

     “Sebulan adalah 2 atau 3 kali aku datang sini. Aku datang bila hari minggu je la.”
     “Kenapa kau tak duduk je sini terus. Tak payah nak datang pada hari minggu. Dari sini nak ke pejabat pun dekatkan.” Sekali lagi Fifie menyoal Dura.

    “Kalau ikutkan hati memang aku nak duduk rumah ni tapi tak kan aku nak duduk seorang diri. Ibu dengan ayah aku mana nak bagi aku duduk sorang diri dekat sini. Aku pun kalau boleh nak sangat duduk rumah ni sekurang-kurangan aku boleh mengimbau kenangan aku dengan arwah Mikhail.” Jelas Durrani jujur.

    Sebelum ni dia pernah minta untuk terus tinggal di sini namun di halang oleh Puan Yusnita dan Encik Idris. Mereka risaukan Durrani tinggal seorang diri di sini. Memang betul ibu bapa mana yang tak risaukan jikalau biarkan anak perempuannya tinggal seorang diri di rumah besar. Bahaya ada di mana-mana saja tanpa di duga. Selagi kita mampu mengelak kita elak tetapi kalau tidak dapat di elak nak buat macam mana. Allah saja yang tahu apa yang akan berlaku pada setiap hambanya.

    “Betul juga tu. Kalau mak aku pun memang dia tak kasi juga. Kita ni perempuan memang bahaya kalau tinggal sorang diri dalam rumah besar macam ni.” Fifie setuju dengan kata-kata teman baiknya itu.

    “Kau tak nak cerita ke kisah kau dengan arwah Mikhail dulu? Maksud aku sewaktu korang mula-mula bercinta dulu. Teringin juga aku nak dengar cerita kau Dura. Aku ni manalah pernah bercinta sebelum ni so aku memang tak tahulah macam mana rupa orang di lamun cinta ni.” Sengih Fifie dengan selamba.

     “Kau tak pernah bercinta ke sebelum ni?” Soal Dura dengan pelik. Fifie menganggukkan kepalanya dengan jujur.

    “Kenapa?” Soal Dura lagi dengan tidak puas hati. Mustahil Fifie tak pernah jatuh cinta. Tak kan cinta monyet pun tak ada kot. Desis hati Dura.

    “Bapak aku garang. Takut weh . Dia mana suka kalau bercinta cintun bagai ni.” Jawab Fifie dengan selamba sambil mengunyah keropok . Dura mengerti maksud Fifie.  Tetiba dia teringat wajah ayah Fifie. Sebelum ni dia pernah bertandang ke rumah Fifie dan dia telah mengenali ahli keluarga Fifie. Saat ini juga Dura teringat pada misai ayah Fifie yang lentik. Memang sekali tengok orang akan kata ayahnya sungguh garang malahan ada juga kalangan anak muda yang takutkan ayah Fifie.

Bersambung....

NotaTerkepit:  Mss ADU masih lagi di edit . Bila nak siap pun tak pastilah. Banyak nak kena baiki dan touch up apa yg patut. Maybe lepas raya kot baru siap edit  . By the way mss BTW dah siap 50% . Alhamdulilah. Target siap bulan 10 . Kalau dapat siap awal lagi bagus. Hehehe. Boleh mengadap mss seterusnya CJM. Tamaknya. Selagi ada minat nak menulis cik writer akan teruskan menulis. :)

Senin, 07 Juli 2014

Rebah Di Tirai Cinta (Bab 23)

MAK Cik Sarimah mundar mandir di dalam rumah. Sesekali matanya memandang ke luar rumah. Jam di dinding entah berapa kali dikerling oleh matanya. Kelibat Syahid dan Laila yang tidak kelihatan di mana-mana membuatkan hati tuanya bertambah resah. Mak Cik Sarimah memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Kepala sakit ditambah pula dengan hati yang semakin risau membuatkan Mak Cik Sarimah terasa lemah. Akhirnya dia terduduk di atas kerusi rotan.
“Aulia, abang kamu ni mana? Hujan lebat ni. Kenapa Syah dan Laila tak balik-balik lagi ni?” soal Mak Cik Sarimah pada Aulia yang berjalan ke arahnya.
“Lia pun risau juga ni, ibu. Tadi abang cakap nak ke laut. Mungkin Kak Laila pun ikut sekali. Tapi sekarang hujan lebat tentu ombak kat laut pun besar. Ya Allah, janganlah apa-apa terjadi pada abang,” ujar Aulia kerisauan. Dia meraup wajahnya.
Bertambah risau hati Mak Cik Sarimah mendengar kata-kata Aulia. Dia bangun semula lalu menuju ke pintu rumah. Hujan yang lebat ditambah dengan guruh yang berdentum-dentam meresahkan hati tuanya. Dia berisghtifar setiap kali cahaya kilat menyuluh. Keadaan ini mengingatkan Mak Cik Sarimah pada kejadian yang meragut nyawa suaminya.
“Lia, kamu tolong pergi jumpa Muaz. Mintak tolong dia carikan abang kamu. Ibu risau kalau dia terkandas dekat laut sana. Hujan-hujan macam ni mana nak nampak jalan balik,” ujar Mak Cik Sarimah.
Aulia bangun menghampiri Mak Cik Sarimah. Dia memegang bahu ibunya itu.
“Kita tunggu hujan reda sikit lagi ibu. Lebat sangat ni. Lia pun tak tahu sama ada Abang Muaz ada dekat rumah ke tak,” balas Aulia.
“Kalau Lia tak nak pergi, biar ibu pergi cari abang kamu sendiri!” tegas Mak Cik Sarimah mengejutkan Aulia.
“Jangan macam itu, ibu. Ibu tak sihat lagi. Baiklah, Lia pergi. Ibu duduk dekat rumah. Nanti Lia ajak Aidil temankan Lia jumpa Abang Muaz…” pujuk Aulia.
Mak Cik Sarimah terdiam. Dia membiarkan Aulia berlalu memanggil Aidil yang berada di dalam bilik.
Dalam fikirannya saat ini bermacam-macam gambaran yang menyinggah. Dia benar-benar risau jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada anak dan menantunya itu. Kasih sayangnya pada Syahid sudah melebihi kasih ibu angkat pada anak angkatnya. Bagi Mak Cik Sarimah, Syahid tak ubah seperti Aulia dan Aidil. Kasih sayangnya juga tidak berbelah bahagi.

PERLAHAN-LAHAN mata Laila yang tertutup terbuka. Dia terasa tubuhnya dipeluk sesuatu lantas Laila berpaling ke sisi. Kelihatan Syahid memeluk erat tubuhnya sedangkan bibir lelaki itu kelihatan bergetaran. Dia juga dapat merasakan yang Syahid menggigil-gigil.
Lalu, Laila menolak perlahan tangan Syahid membuatkan Syahid tersedar. Lelaki itu membuka mata sebelum dia melekapkan tangannya di dahi Laila. Syukur, dahi gadis tu sudah tak panas.
“Hujan dah reda,” ujar Laila dengan suara yang serak.
Syahid menghela nafas panjang. Dia kembali memeluk tubuhnya yang terasa dingin. Tubuhnya yang basah kuyup menjadi bertambah sejuk apabila ditiup dengan bayu pantai yang menghembus. Walaupun hujan sudah reda tetapi cuaca masih lagi sama. Langit masih lagi kelam. Ombak masih lagi bergelora.
“Sejuk ke?” soal Laila sambil memandang wajah Syahid dengan lama.
Syahid tidak menjawab sebaliknya dia hanya menganggukkan kepala.
Laila terdiam lalu dia menanggalkan kain pelekat yang membalut tubuhnya lalu diselimutkan di tubuh Syahid yang sudah menggigil.
Syahid tersentak. Dia berpaling ke tepi. Pantas, satu senyuman manis terukir di bibirnya untuk Laila. Dia tidak menyangka, Laila masih lagi bersimpati terhadap dirinya.
“Terima kasih…” ucap Syahid dengan senyuman.
Laila hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba saja lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Syahid. Dia terpaku dengan renungan anak mata Syahid yang redup.
“Nak peluk boleh? Saya sejuk ni…” gurau Syahid sambil tersengih. Dia menolak bahu Laila dengan bahunya.
Merona merah wajah Laila dengan permintaan Syahid. Entah kenapa dia jadi malu sendiri. Sedangkan selama ini dia memang jenis yang tak tahu malu apatah lagi dengan Syahid.
“Apa kau merepek ni?” soal Laila dengan gelabah.
Syahid ketawa dalam kepayahan. Walaupun tubuhnya terasa sedikit lemah tetapi dia terhibur dengan reaksi Laila. Dia mendekatkan tubuhnya pada tubuh Laila.
Laila mula tak senang duduk, lalu dia berganjak ke tepi. Syahid turut mengesot. Laila terus menjarakkan diri. Apabila Syahid cuba memeluk tubuh Laila, dengan pantas, Laila bangun sehingga membuatkan Syahid jatuh ke atas pasir pantai.
Laila berpaling. Dia ketawa melihat Syahid yang jatuh tersembam.
“Itulah gatal sangat. Dah tahu diri tu sakit janganlah nak menggatal!” tempelak Laila dengan tawa yang masih bersisa.
Syahid menepuk pasir kemudian dia berpaling memandang Laila yang berdiri di hadapannya. Rambut gadis itu berterbangan ditiup angin membuatkan gadis itu kelihatan cantik di matanya. Syahid tersenyum. Nampaknya, Laila tidak sedingin dulu.
“Awak cantik bila ketawa…” ucap Syahid.
Mati terus ketawa Laila. Dia mencebik.
“Ayat lelaki semuanya sama. Sweet talker,” tempelak Laila.
“Tapi saya pasti saya tak sama macam Datuk Hasyim kesayangan awak tu kan?” ujar Syahid.
Laila terdiam. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita daripada Datuk Hasyim semenjak peristiwa di rumah lelaki itu. Bukan Datuk Hasyim tidak cuba menghubunginya tetapi Laila yang tidak mengendahkan panggilan daripada lelaki itu. Entah kenapa dia tawar hati dengan apa yang berlaku.
“Hujan dah reda, jadi kita boleh balik. Jomlah balik,” ucap Laila tanpa menjawab soalan daripada Syahid. Dia memusingkan badannya menghadap laut. Satu keluhan dilepaskan.
Syahid mengulum senyum. Dia tahu Laila cuba mengelak apabila soal Datuk Hasyim dibangkitkan. Kenapa? Sedangkan Datuk Hasyim cinta hati isterinya itu. Sudah berubahkah Laila? Pelbagai soalan bermain di benak Syahid lalu dia bangun dan mendapatkan Laila.
“Sebanyak mana cinta awak pada Datuk Hasyim, Laila? Takkan tak ada peluang untuk saya menetap dalam hati awak?” bisik Syahid rapat di telinga Laila.
Laila tersentak. Dia berpaling ke sisi. Anak matanya berlaga dengan anak mata Syahid membuatkan bibirnya beku seketika.
“Pada hari pertama perkahwinan kita, kau dah tahu tempat kau di mana kan? Tak perlu aku ulang kembali…” balas Laila sambil melarikan pandangannya ke tempat lain.
“Tapi itu tiga bulan yang lepas. Sekarang ni takkan tempat itu tak berubah? Hina sangatkah saya pada pandangan awak, Laila?” soal Syahid. Suaranya berubah sayu.
Laila terdiam. Dia tidak memandang wajah Syahid sebaliknya di hanya melebarkan pandangannya ke dada laut. Ombak makin kuat menghempas pantai sedangkan angin semakin kuat bertiup menyelak rambutnya yang panjang mengurai. Satu keluhan dilepaskan.
“Sejak kecil aku dibesarkan oleh waled. Segala kasih sayang yang waled berikan pada aku buatkan aku rasa bahagia. Segala apa yang aku nak, waled tunaikan. Tak pernah sekali pun waled hampakan aku, tapi semenjak kau datang, waled seolah-olah tak endahkan aku. Paling menyakitkan hati aku, bila waled suruh aku kahwin dengan kau. Siapa kau pun aku tak kenal. Tapi disebabkan harta waled, aku terima kau jadi suami aku. Dan sekarang aku dapat tahu yang waled bukan ayah kandung aku. Apa semua ini? Drama apa yang berlaku dalam hidup aku? Kau tak faham apa yang aku rasa, Syah…” ucap Laila. Tanpa sedar dia meluahkan perasaannya.
Syahid tersenyum nipis. Dia berdiri di sebelah Laila sambil matanya juga menghadap laut yang terbentang luas. Langit kelihatan mendung, semendung hatinya saat ini.
“Pada mulanya memang saya tak menyangka yang waled akan pinangkan saya untuk awak sedangkan waktu itu saya tahu awak bencikan saya. Malah awak sangat bencikan saya. Tapi bila tengok wajah waled yang penuh pengharapan, saya jadi serba salah. Apatah lagi waled banyak berjasa pada saya. Dia berikan saya kehidupan yang baru saat saya tak tahu ke mana harus saya tuju jadi atas alasan budi, saya terima awak sebagai isteri saya walaupun saya terpaksa menanggung kebencian awak. Tapi percayalah, saya tak pernah bencikan awak Laila semenjak nama awak yang saya sebut sewaktu akad nikah,” balas Syahid perlahan.
Laila terkelu seketika. Kata-kata Syahid menyentuh tangkai hatinya. Dia berpaling sejenak pada Syahid yang tertunduk memandang pasir pantai yang memutih.
“Tapi aku bukan perempuan baik, Syah. Aku perempuan jahat. Tak sesuai dengan lelaki macam kau. Kau lelaki masjid tapi aku perempuan kelab. Kita jauh berbeza…” ujar Laila dengan suara yang turut perlahan.
“Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Menjadi baik atau jahat itu pilihan kita, Laila. Memang senang nak jadi jahat tapi payah untuk menjadi baik. Semuanya ada dalam tangan kita sendiri. Pada saya awak bukanlah sejahat yang awak sangkakan Cuma jiwa awak memberontak. Awak tidak mahu dikongkong sampaikan awak jadi gadis yang kasar seperti sekarang. Hadir saya bukan untuk mengubah hidup awak Laila tapi hadir saya hanya untuk melengkapi jalan cerita hidup awak.” Balas Syahid dengan tenang.
“Kenapa kau boleh jadi sebaik ni, Syah? Aku selalu berkasar dengan kau. Aku selalu hina kau tapi kenapa kau tetap berlembut dengan aku?”
Syahid menarik nafas kemudian melepaskannya dengan perlahan. Dia berpaling menghadap Laila. Kedua belah bahu gadis itu dipusingkan. Mata mereka bertentangan.
“Rasulullah ada berpesan, sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (isteriku). Saya hanya ingin mencontohi Rasulullah. Itu saja. Walaupun saya tahu awak mesti cakap saya ni berlagak alim tetapi memang itu tujuan saya berkahwin dengan awak. Bukan
kerana benci jauh sekali kerana harta…” ujar Syahid.
“Aku tak percaya. Selepas apa yang aku lakukan pada kau, takkan kau langsung tak benci aku? Kalau betul kau tak bencikan aku kenapa kau keluar dari rumah? Kenapa kau tinggalkan aku sendirian dalam rumah tu?” soal Laila bertubi-tubi sambil menggelengkan kepalanya tidak percaya.
Syahid tersenyum lagi. Rambut Laila yang dituip angin diselitkan dicelah telinga.
“Saya tinggalkan awak untuk bagi awak ruang. Ruang untuk awak sedar tentang kewujudan saya. Tapi sekarang saya sedar….” Syahid mematikan ayatnya. Dia menelan liur.
“Sedar apa?” pintas Laila.
“Saya sedar yang awak tak pernah nampak kewujudan saya. Saya sedar yang saya tak penting dalam hidup awak. Walau berkali saya berlembut dengan awak, walau berjuta kali kebaikan yang saya taburkan pada awak, awak tetap takkan nampak saya. Jadi saya kena berpijak pada bumi yang nyata. Gadis cantik dan kaya macam awak takkan pandang lelaki miskin macam saya…” jawab Syahid dengan suara yang agak lirih. Dia menahan rasa sayu yang mula menyerang dadanya.
Laila terkaku seketika. Entah mengapa hatinya sebak mendengar kata-kata Syahid. Melihat wajah Syahid yang keruh itu cukup menyentuh hatinya.
“Mungkin kalau saya mati pun awak tak kisah kan…” sambung Syahid lagi dengan senyuman yang hambar.
Laila tersentak. Dahinya berkerut apabila Syahid melepaskan genggaman di tangannya.
“Apa yang kau merepek ni?” soal Laila dengan suara yang agak meninggi.
“Itu kenyataannya kan? Saya tahu jauh dalam hati awak tentu awak gembira kalau saya pergi jauh dari hidup awak kan? Bolehlah awak hidup gembira dengan Datuk Hasyim sebab dia pilihan awak. Dia ada segalanya dan bukannya saya. Hari ini saya akan kabulkan impian awak tu…” ujar Syahid tiba-tiba.
Lantas, dia berpaling daripada Laila. Dia melangkah kaki menuju ke pinggir pantai. Kakinya sudah pun mencecah gigi air.
Laila panik. Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Syahid. Bila masa aku nak dia mati? Soal hati Laila.
“Syah!” panggil Laila kuat.
Namun, Syahid tidak berpaling sebaliknya lelaki itu meneruskan langkah tanpa sedikit pun berpaling pada Laila yang sudah tidak keruan.
“Syah! Kau jangan jadi gila!” tempik Laila lagi. Hatinya berdebar hebat tatkala melihat Syahid sudah berada di tengah laut. Separuh tubuh lelaki itu sudah ditenggelami air laut.
“Syah! Jangan tinggalkan aku!” jerit Laila. Dia turut melangkah mengharung air untuk mendapatkan Syahid.
Jantungnya berdebar hebat. Dia takut. Dia takut jikalau Syahid benar-benar meninggalkannya keseorangan di pulau yang terpencil ini.
Syahid tidak mengendahkan Laila sebaliknya dia meneruskan langkah walaupun langkahnya semakin berat. Air laut sudah berada di paras dadanya. Fikirannya kosong saat ini dan sekelip mata tubuhnya tenggelam dihempas ombak yang kuat.
“Syahhhh!!!” jerit Laila. Langkahnya terhenti apabila melihat tangan Syahid terkapai-kapai. Serentak air matanya gugur membasahi pipi.

“LAILA!!!”
Jeritan suara lelaki mengejutkan Laila. Matanya menangkap tangan Syahid yang terkapai-kapai meminta tolong dalam air laut yang bergelora.
“Apa aku nak buat ni?” soal Laila gelisah.
Lantas, tanpa berfikir panjang Laila berlari ke arah laut untuk mendapatkan Syahid. Dia meredah air laut yang dingin. Dalam fikirannya hanyalah untuk menyelamatkan Syahid. Laila mengerah semua tenaganya yang ada untuk mencapai tubuh Syahid yang hampir tenggelam. Dia memaut lengan Syahid lalu tubuh Syahid ditarik dengan kuat untuk dibawa ke tepi pantai.
Dengan kepayahan, akhirnya Laila dapat menyelamatkan Syahid tetapi malangnya Syahid tidak sedarkan diri. Matanya terpejam rapat. Hal itu membuatkan Laila cemas. Dia menarik tubuh Syahid lalu dibaringkan di tepi pantai. Pakaiannya yang basah kuyup tidak dipedulikan. Nyawa Syahid lebih penting padanya saat ini.
Laila gelabah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia hanya mampu menggoncangkan tubuh Syahid yang kelihatan kaku. Laila menepuk-nepuk pipi Syahid namun Syahid tetap kaku.
“Syah, bangunlah. Jangan main-main dengan aku…” rintih Laila sambil menggoncang-goncangkan tubuh Syahid.
Tetapi Syahid masih lagi sama. Tubuh itu terbaring kaku dengan mata yang terpejam rapat.
“Syah! Bangunlah!” jerit Laila dengan air mata yang berderaian.
Lalu, Laila menekan perut Syahid. Berkali-kali dia menekan tetapi masih tiada tindak balas daripada Syahid. Hati Laila semakin resah. Takut, cemas dan panik bercampur baur. Lantas, dia memandang wajah Syahid dengan lama sebelum matanya terhenti di bibir Syahid yang kelihatan pucat.
Laila menelan air liur. Takkanlah aku kena….hati Laila mula berbelah bahagi terhadap apa yang berada di fikirannya saat ini.
Tapi kalau aku tak buat, dia akan mati. Kalau dia mati, macam mana aku nak balik. Detik hati Laila kembali.
Lalu, tanpa berfikir panjang, Laila menarik nafas kemudian dihembuskan ke mulut Syahid. Proses pernafasan dari mulut ke mulut dilakukan dengan harapan Syahid akan sedar kembali.
Namun, tanpa Laila sedar, Syahid sudah pun sedarkan diri. Dia membuka matanya sebelah sedangkan dalam hatinya tersenyum bahagia sebelum lalu membiarkan Laila melakukan CPR. Tetapi apabila kali ketiga Laila ingin menghembuskan nafas ke dalam mulutnya, Syahid sudah bersedia. Saat wajah Laila mendekati, dengan selamba Syahid menarik kepala Laila sehingga bibir mereka bersentuhan.
Laila tersentak, lalu dia meronta untuk melepaskan diri. Dengan tenaga yang masih bersisa, dia menolak tubuh Syahid sehingga lelaki itu kembali jatuh terlentang di atas pasir pantai sedangkan dia jatuh terduduk di atas pasir. Laila menekup mulutnya sambil matanya melotot memandang Syahid.
“Tak guna! Kau nak ambil kesempatan!” marah Laila dengan wajah yang sudah merona merah.
Syahid ketawa. Lalu dia meraup rambutnya ke belakang. Dia mengesat mulutnya dengan senyuman nakal masih terukir di bibirnya.
“Awak rasa saya betul-betul lemas ke?” soal Syahid selamba.
Bulat mata Laila mendengar soalan daripada Syahid. Apa maksud lelaki itu?
“Kau…kau…kau tipu aku kan?” soal Laila tergagap-gagap. Dia merenung wajah Syahid yang kelihatan bersahaja. Langsung tidak menunjukkan yang lelaki itu sedang sakit.
“Dah bertahun saya jadi nelayan, untuk lemas itu memang tak mustahil tapi untuk pengetahuan awak saya ni taklah bodoh sangat. Setakat berenang tu saya pandai…” jawab Syahid bersahaja.
Laila tersentak. Terasa dirinya dipermainkan oleh Syahid. Dia mengetap bibir. Tak guna punya lelaki. Hidup-hidup aku dikenakan, jadi apa yang aku buat tadi tu maknanya dia sedar? Ya Tuhan, malunya! Jerit hati Laila.
“Kau penipu! Kau jahat!” jerit Laila lalu bangun lantas menerpa ke arah Syahid. Dia memukul-mukul dada Syahid bagi melepaskan geram.
“Adoii, sakitlah! Saya main-main jelah. Saya Cuma nak tengok sejauh mana awak boleh pertahankan sikap ego awak tu tapi saya tengok awak ni tak adalah ego sangat…” ujar Syahid sambil mengelak daripada dipukul oleh tangan Laila yang halus.
“Tapi aku tak suka! Kau jahat!” jerit Laila lagi. Dia terus memukul dada Syahid.
Tetapi kali ini Syahid tidak membiarkan, sebaliknya dia menarik kedua belah tangan Laila lalu tubuh isterinya itu ditolak ke atas pasir pantai. Kedua belah tangan Laila dicengkam kuat sementara anak matanya tajam menentang pandangan Laila.
“Diam!” sergah Syahid.
Laila terdiam. Hanya anak matanya saja berpandangan dengan anak mata Syahid. Dia terkelu sekali lagi dengan renungan anak mata itu. Jantungnya kembali berdetak kencang.
Sementara Syahid juga turut terkedu. Anak matanya kini merayap ke bibir Laila yang merekah. Lama anak matanya menatap bibir yang indah itu. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Laila. Dekat semakin dekat.
Laila tidak keruan. Hembusan nafas Syahid menggetarkan jiwanya. Namun, Laila tidak membiarkan rasa itu terus mengganggu hatinya. Sepantas kilat dia merentap tangannya daripada pegangan Syahid lalu tubuh itu ditolak.
“Dalam mimpi pun kau takkan dapat sentuh aku!” ujar Laila lantas berdiri. Dia mengibas bajunya yang penuh dengan pasir pantai.
Syahid tersenyum simpul. Dia mendekati Laila yang membelakanginya.
“Tapi tadi, laut, pantai dan ombak telah menyaksikan yang awak dah sentuh saya dan sentuhan itu bukan sentuhan biasa tau…” bisik Syahid rapat di telinga Laila.

Laila menelan air liur. Serentak darah merah menyerbu ke mukanya. Cis, terkena lagi aku kali ni!