Tampilkan postingan dengan label BTW 28 & 29. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label BTW 28 & 29. Tampilkan semua postingan

Senin, 29 September 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 28 & 29

Assalamualaikum u ollsss...


Lagi sambungan kisah Ziyad dan Durani.  Terima kasih ya singgah dan baca kisah mereka. Hanya tinggal lagi beberapa bab yang akan di publish dekat blog. Pasni kita tunggu cerita Dia Pemburu Cinta lak ya. :D

BAB DUA PULUH LAPAN


     MALAM itu Ziyad mencari barang-barang lama miliknya. Dia perlu cari sesuatu untuk membantu ingatannya. Jikalau bukan kerana mimpi itu sudah pasti dia tidak perlu menyusahkan dirinya begini. Ya wajah perempuan itu sememangnya menganggu lena Ziyad. Siapa dia itu yang hatinya terlalu ingin tahu. Dia juga ingin sekali tahu kenapa selepas arwah Nurul pergi barulah dia hadapi mimpi begini dan kaitannya dengan Durani . Adakah di sebalik semua ini ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan padanya.