Jumat, 11 Januari 2013

RYT (Bab 23)


CAHAYA pagi mula menampakkan sinarnya. Bunyi burung- burung berkicauan menemani pagi yang hening itu. Ternyata bunyi burung yang bernyanyi riang mengejutkan Ryan daripada lenanya. Perlahan- lahan dia membuka mata. Aku di mana ni? Hatinya bertanya. Lantas dia bingkas bangun daripada pembaringan dan memandang ke kiri dan kanan.

Spontan matanya tertacap pada sekujur tubuh yang terlena sambil bersandar di dinding yang usang. Lama Ryan merenung wajah Balqis yang masih nyenyak di buai mimpi. Teringat peristiwa semalam di mana Balqis sanggup meminjamkan pangkuannya untuk dia tidur dengan selesa. Sungguh Ryan cukup terharu dengan sikap ambil berat Balqis. dia dapat rasakan ada perasaan halus mula menyelinap ke dalam sanubarinya dan menyentuh tangkai hatinya apatah lagi bila melihat wajah mulus itu yang sedang tidur.

 Ryan tersenyum. dia merenung anggota wajah Balqis yang masih belum sedarkan diri. Dari kening gadis itu yang lebat, matanya turun ke mata gadis itu yang tertutup rapat. Kemudian hidung gadis itu yang sederhana mancung direnung penuh minat sebelum matanya singgah di bibir Balqis yang merah merekah. Ryan tersenyum lagi. Kalaulah Balqis sedar yang dia sedang diperhatikan mesti gadis itu akan mengamuk kerana Balqis memang tidak suka wajahnya ditenung lama apatah lagi kalau yang merenungnya adalah Ryan.

Perlahan- lahan Ryan mengangkat tangan untuk menyentuh pipi Balqis. namun, saat tangannya ingin mendarat di pipi mulus itu, tiba- tiba kepala Balqis tergerak- gerak sebelum mata bundar itu terbuka luas. Dengan pantas Ryan menjatuhkan tangannya dan duduk berpeluk lutut di sebelah Balqis. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“ Lamanya kau tidur tak nak sambung sampai pagi besok ke?” tanya Ryan selamba.

Balqis menggosokkan matanya berkali- kali. Dah pagi ke? Soalnya sendirian. Dia berpaling ke sisi, kelihatan Ryan sedang merenungnya lantas Balqis melarikan pandangan ke arah lain.

“ Dah pagi ek? Jomlah kita gerak nanti mesti umi risau.” Balas Balqis tiba- tiba. Dia menggeliat sedikit.

“ Dah. Jomlah kita cari public phone kat hujung jalan sana. Mesti umi ingat kita sesat.” Ryan menyokong Balqis. dia berdiri dan menggeliatkan badannya yang terasa sengal. Baju sejuk Balqis di sangkutkan di bahunya.

Balqis cuba untuk bangun tetapi tiba- tiba dia rasa kakinya seakan tidak boleh bergerak. Mungkin kebas kerana terlampau lama bersila. Namun, Balqis cuba untuk berdiri sekali lagi tetapi gagal dia jatuh kembali.

Ryan terkejut lantas dia mendapatkan Balqis yang sedang menahan sakit. Tetapi yang peliknya gadis itu tergelak walaupun dahinya berkerut seribu.

“ Kenapa Qis?” tanya Ryan risau.

Balqis menggelengkan kepala. Dia ketawa kerana kakinya terasa geli seperti ada sesuatu yang menjalar di segenap tapak kakinya. Kemudian, dia meluruskan kakinya agar rasa kebas hilang.

“ Kaki kau kebas ek?” Tanya Ryan lagi.

Kemudian dia mendapat satu akal untuk mengenakan Balqis. Spontan, tanpa amaran tangan Ryan mencuit kaki Balqis yang kebas. Dia tergelak bila Balqis menjerit.

“ Ryan, janganlah!” marah Balqis. dia cuba mengelak namun Ryan lebih pantas mengetuk kakinya membuatkan Balqis menjerit lagi.

“ Ryan, kalau kau buat lagi, aku tak nak kawan dengan kau.” Ugut Balqis.

Ryan menghentikan perbuatannya. Lama dia merenung wajah Balqis sebelum tubuh isterinya itu di angkat lalu dicempung. Perbuatannya itu cukup membuatkan Balqis terpana.

“ Ryan apa ni?” Balqis mula kelam- kabut.

“ Ish, diamlah. Kau bukannya ringan sangat. Kalau aku tak dukung, entah pukul berapa kebas kau tu boleh hilang. Kita dah lambat ni.” Balas Ryan. dia mula mengatur langkah untuk meneruskan perjalanan.

“ Tapi Ryan, kau kan tak sihat lagi. Tolong turunkan aku. Aku boleh jalan sendiri.” Pinta Balqis. Dia jadi tidak keruan dengan gelagat Ryan yang di luar dugaan.

“ Qis, jangan bising boleh tak. Aku dah nak berjalan ni. Kau jangan risau, aku dah sihat.” Jawab Ryan.

   Balqis terdiam. Dia hanya membiarkan Ryan mendukung tubuhnya. Balqis kehilangan kata- kata. Mulutnya terkunci rapat. Hatinya mula berdetak laju. Ryan memang pandai membuat hatinya menjadi tidak keruan.Akhirnya dia hanya membiarkan Ryan mencempung tubuh genitnya.

 

“ QIS, awak tak apa- apa?” Tanya Daniel sewaktu Ryan dan Balqis sampai di villa keluarga mereka.

Tidak lama kemudian Pak Din masuk untuk menghantar beg pakaian pasangan suami isteri itu. Balqis tersenyum dengan pertanyaan Daniel. Nasib baik waktu itu hanya Ryan, dia dan Daniel sahaja yang ada di kawasan taman itu kalau tidak apa pula kata umi Ryan. Daniel seolah- olah mengambil berat pasalnya. Hati Balqis sedikit berbunga bahagia.

“ Saya okey je Dani. Awak jangan risau.” Balas Balqis tersenyum manis.

“ Macam mana saya tak risau, banyak kali saya call awak dengan Ryan semua tak dapat. Nak cari awak dengan Ryan, semalam hujan lebat. Nasib baik awak okey je.” Ucap Daniel. Cermin mata yang hampir terlucut, ditolak sedikit.

“ Dani, mana yang lain?” sampuk Ryan. Wajahnya kelihatan tegang. Sakit betul hatinya bila kewujudannya seolah- olah tidak kelihatan di situ. Balqis begitu lembut dalam melayani Daniel malah senyuman tidak lekang daripada bibirnya buat Daniel. Menyampah Ryan dibuatnya. Hai, Ryan cemburu ke?

“ Mak ngah dengan yang lain ada dalam rumah. Dah lama mereka tunggu korang berdua. Jomlah masuk.” Ajak Daniel lembut. Dia tersenyum ramah. Kemudian matanya beralih pada laman wajah Balqis. satu senyuman dilemparkan.

Akhirnya mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah. Balqis sedikit kekok berada di dalam rumah banglo dua tingkat yang besar bagaikan istana itu. ruang tamu rumah rehat itu cukup mewah dengan pelbagai jenis perabot yang tersusun rapi. Rumah rehat yang berkonsepkan Inggeris kontemporari ini menarik minat Balqis.

Balqis tidak pernah tahu Ryan sekaya ini. Dahulu semasa bersekolah di kampung, Ryan biasa- biasa sahaja orangnya walaupun semua rakan- rakan sekelas selalu mengatakan yang Ryan adalah pelajar paling kaya di dalam kelas mereka. namun, Balqis tidak mengambil pusing semua itu kerana baginya dia berkawan dengan Ryan disebabkan Ryan yang ingin berkawan dengannya bukan atas sebab lain. Tetapi persahabatan mereka selalu disalah anggap oleh peminat Ryan sampaikan ada yang memfitnah Balqis. Mereka mengatakan yang Balqis ingin menggoda Ryan dan ingin mengikis duit Ryan. Ada ke patut? Balqis tak hingin langsung harta yang ada pada Ryan.

“ Akhirnya sampai jugak kamu berdua. Risau umi dibuatnya. Kamu ke mana semalam Ryan, Qis?” Tanya Puan Rahina menyentakkan lamunan Balqis. Pantas kepalanya di arahkan kepada Puan Rahina yang sedang duduk di ruang tamu bersama Tuan Razlan serta kakak dan abang Ryan.

“ Kami tersangkut dalam hujan lebat semalam umi. Masa perjalanan nak datang sini, Ryan ikut shortcutyang selalu Ryan gunakan tapi entah macam mana tiba- tiba kereta rosak. Ryan nak call umi tapi telefon Ryan masuk air, telefon Qis pulak tak ada bateri sebab itulah Ryan terpaksa tunggu waktu pagi dahulu sebelum cari telefon awam. Ryan mintak maaf sebab buat umi dengan abah risau.” Ryan menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf. Kepalanya ditundukkan.

“ Qis pun mintak maaf umi, abah.” Sampuk Balqis.

Puan Rahina tersenyum. “ Umi tak marahkan kamu berdua. Cuma umi risau je.” Balas Puan Rahina lembut. Dia mengenggam tangan Balqis yang duduk di sebelahnya.

“ Terima kasih umi. Ryan janji Ryan tak buat lagi.” Ujar Ryan sambil mengangkat tangannya seolah- olah berikrar.

Serentak kedengaran ketawa meletus di dalam Villa Bougenvilla itu.

“ Alah umi, sebenarnya adik tu saja je buat- buat kereta rosak padahal nak cari alasan nak duduk berdua- duaan dengan Qis. Maklumlah masih dalam mood pengantin baharu.” Sampuk Rasya cuba menceriakan sesuasana.

“ Sibuklah kak ngah ni. Mana ada Ryan nak buat- buat kereta rosak. Tak ada kerja namanya tu.” Balas Ryan tidak mahu mengaku kalah. Dia mencebik pada Rasya sambil matanya melirik pada Balqis yang sudah tertunduk malu.

“ Eleh, tak nak mengaku pulak. Kau bermalam dekat mana semalam?” Tanya Rasya lagi. dia belum puas menyakat adik bongsu kesayangannya itu.

“ Dalam hutan kak ngah sambil ditemani dengan binatang- binatang buas. Puas hati? sibuknya dia.” balas Ryan sedikit geram.

Kemudian Rasya ketawa melihat wajah Ryan yang sudah mula memerah. Dia tahu adiknya itu sedikit malu bila diasak dengan soalan sebegitu.

“ Rasya sudahlah tu, kesian mak long tengok Qis dengan Ryan. Biarlah mereka rehat dahulu. Kan semalaman tak dapat rehat.” Puan Suhaila menyampuk setelah agak lama menjadi pemerhati anak beranak itu berbual.

Ryan tersenyum kemenangan kerana mak long berpihak kepadanya. Dia menjelirkan lidah kepada Rasya yang sedang menunjukkan penumbuk. Balqis hanya mendiamkan diri sahaja. Sekali sekala dia menjeling ke arah Daniel yang tenang duduk di sisi ibunya, Puan Suhaila. Argh, Daniel memang seorang yang tenang. Disebabkan itulah Balqis suka melihat wajah Daniel yang berkaca mata itu.

Dup! tiba- tiba jantung Balqis berdetak apabila Daniel membalas pandangan dengan satu senyuman yang cukup manis. Balqis tersentak lantas mengalihkan pandangan ke tempat lain. Kemudian tanpa diduga bibirnya mengukir senyuman tanpa dipaksa.

 

RYAN merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk. Badannya betul- betul keletihan kerana semalaman dia tidak dapat tidur dengan sempurna. Apatah lagi semalam dia hanya tidur beralaskan pangkuan Balqis sahaja. Walaupun dia tidur ditempat yang tidak selesa namun tidurnya tetap lena kerana ada Balqis yang menemani. Dia tersenyum sendirian.

Ryan bingkas dan duduk di birai katil. Pandangannya dibiarkan terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring di atas sofa. Gadis itu diam membisu hanya matanya sahaja yang terbuka.

“ Qis, kau nak tidur kat situ ke?” Tanya Ryan memecah kesunyiaan antara mereka berdua.

Balqis berpaling ke arah Ryan. “ Yelah, takkan aku nak tidur sekatil dengan kau pulak.” Balas Balqis selamba. Kepalanya ditegakkan ke hadapan semula.

“ Marilah tidur sekali dengan aku. Aku bukan nak apa- apakan kau pun. Aku kan dah janji dengan kau.” Ucap Ryan pula.

Balqis hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu tidur sekatil dengan Ryan. Muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan. Pantas dia memejamkan mata. Namun, sebaik sahaja dia ingin melelapkan mata, Balqis dapat rasakan ada seseorang duduk di sebelahnya di sofa yang sama membuatkan mata Balqis terbuka luas.

“ Kau nak apa lagi Ryan? Aku dah cakap aku tak nak tidur atas katil tu. Takkan itu kau tak faham.” Gerutu Balqis. dia turut bingkas bangun. Tudung yang berada di kepalanya ditarik dan diletakkan di atas riba. Rambutnya yang sedikit kusut dibiarkan lepas hingga ke bahu.

“ Kau mesti tak selesa tidur atas sofa ni kan. Dahlah kau pergilah tidur atas katil biar aku tidur atas sofa ni sepanjang kita ada kat sini.” Ujar Ryan tiba- tiba.

Balqis tersentak. Biar betul Ryan ni?

“ Apa kau merepek ni Ryan? Aku selesalah tidur atas sofa ni. Kau jangan risau. Kau yang patut tidur atas katil itu ni rumah kau. Aku tetamu je.” Balas Balqis perlahan. Dia merenung wajah Ryan yang sedang merenung wajahnya. Mata mereka bertautan. Ryan tersenyum dan melarikan pandangan ke tempat lain.

“ Kenapa aku rasakan kau dah lain Qis? Kau marahkan aku ke atau aku ada buat salah dengan kau? Kalau ada aku mintak maaf.” Soal Ryan. dia dapat rasakan Balqis semakin dingin dengannya malah sudah tiada lagi tawa gembira yang terbit dari bibir comel itu. 24 jam hanya tayang muka tak ada perasaan. Itu yang menggusarkan Ryan.

Balqis mendengus. Lantas dia berdiri. Malas mahu melayan pertanyaan Ryan. Sendiri buat salah, sendirilah sedar. Bisik hati Balqis.

“ Aku nak mandi dulu. Kejap lagi zohor dah nak masuk.” Balas Balqis tanpa menjawab soalan Ryan. Dia berkira- kira untuk melangkah namun ada tangan Ryan yang menghalang. Balqis berpaling.

“ Kau nak apa lagi ni?” tanya Balqis bengang. Dia menarik kembali tangannya daripada genggaman tangan Ryan.

“ Terima kasih sebab kau jaga aku semalam. Aku takkan lupakan apa yang terjadi.” Ucap Ryan lembut seakan berbisik. Dia tersenyum pada Balqis sebelum berlalu meninggalkan gadis itu yang terpinga- pinga.