Rabu, 04 September 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 7

Assalamualaikum u oll...

Ini dia sambungan bab seterusnya biarkan cinta itu pergi.Bab kali ini pula kemunculan hero yang seterusnya.Kalau bab 5 dan 6 kemunculan jejaka bernama Hayyan Azri bab ini pula muncul Jejaka yang bernama Hadif Fakhri pula. Terima kasih singgah dan baca karya ini.. =)



                          





BAB TUJUH


    HADIF Fakhri keluar dari kereta BMW miliknya dengan bergaya sekali.Kot hitam di sarung ke badannya.Selepas itu dia terus menekan butang lift menuju ke tingkat enam .Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam office milik papanya Datuk Ismail.Kebanyakan mata staff- staff yang bekerja di situ terkejut dengan kehadiran Hadif Fakhri yang tiba-tiba.

    “Good morning Tuan Hadif.” Ujar salah seorang staff yang bekerja di dalam company keluarga Hadif.Aspirasi Berjaya Holding syarikat yang di bina oleh Datuk Ismail suatu ketika dulu kini makin meninggkat naik .Hadif Fakhri adalah anak lelaki tunggal kepada Datuk Ismail dan juga Datin Khadijah.Selain itu juga Datuk Ismail dan juga Datin Khadijah mempunyai dua orang anak gadis yang bernama Huda Khalisah dan juga Hani Nazirah.

   “Good morning..” Balas Hadif lalu melangkah menuju ke arah bilik Pengarah Urusan.
    “Assalamualaikum papa..” Hadif memberikan salam sebaik saja pintu bilik papanya di buka.
   “Waalaikumussalam.Masuk Hadif.”Ujar Datuk Ismail lalu menanggalkan cermin matanya dan bangun dari kerusi miliknya menuju ke sofa yang sudah tersedia ada di ruang pejabatnya.Hadif juga turut sama duduk di sofa berkenaan.

     “So Hadif dah ready ke nak bekerja di Aspirasi Berjaya Holding.Papa nak bersara dah nak luangkan masa dengan mama kamu pula.Papa harap kamu dah bersedia untuk mengambil alih jawatan sebagai pengarah urusan pada bulan depan.” Ujar Datuk Ismail.

      “Hadif dah ready papa.Lagipun sudah jadi tanggungjawab Hadif untuk menerajui company papa ni.Papa Hadif nak tanya jadi ke Hayyan nak uruskan company arwah daddy dia yang ada di sini?” Soal Hadif.

      “InsyaAllah jadi.Hayyan pun tiada sesiapa di sana .Granny dia pun dah meninggal .Kalau ada pun adik beradik arwah daddy dia sajalah itupun masing-masing tinggal jauh.Ada keluarga dan juga ada kerjaya masing-masing.” Tingkah Datuk Ismail.Hayyan adalah anak saudara tunggal yang dia ada.

      “Dekat luar tadi Hadif tengok tak ada setiausaha pun.Mana dia pergi papa?” Soal Hadif lagi .
    “Oh setiausaha papa si Aida dah berhenti .Dia ikut suami dia.Mungkin dalam dua minggu lagi adalah penganti Aida.Dia jugalah yang akan menjadi setiausaha kamu nanti selepas papa menyerahkan syarikat ini kepada kamu bulan depan.” Balas Datuk Ismail lagi.Hadif hanya menganggukkan kepalanya.

    “Bila kamu dah kerja sini jangan nak ikut kepala angin kamu pula.Bukan papa tak tahu kamu ni selalu sangat berangin kalau ada benda yang tak kena di mata kamu.” Tingkah Datuk Ismail lagi.Hadif tersengih.

     Memang itu sifat yang sukar di buang olehnya.Kalau bab bekerja Hadif sangat serius dan mudah naik angin kalau kerjanya serba serbi tidak kena.

    “InsyaAllah tak papa.Kalau semua perkerja buat kerja masing-masing tak adalah Hadif naik angin papa.” Jawab Hadif dengan selamba.

     “Maaf menganggu datuk.Ini air yang datuk pesan tadi.” Ujar seseorang di sebalik pintu.Datuk Ismail tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

     “Thanks Tasha.” Balas Datuk Ismail.Hadif Fakhri saja yang senyap.Tasha yang berada di depan matanya langsung tidak di pandang.

      “Jemput minum Datuk, Tuan Hadif.” Ujar Tasha dengan senyuman paling manis pada Hadif.
      “Terima kasih.” Balas Hadif dan Datuk Ismail serentak.Selepas itu Tasha terus saja keluar dari bilik tersebut.

       “Omg handsome giler Tuan Hadif tu.” Ujar Tasha sebaik saja berada di meja Zulaikha .

       “Memanglah Tuan Hadif tu handsome, tapi kau kena ingat dia tu bukan sebarang orang.Boleh tahan cerewetnya.” Tingkah Zulaikha dengan selamba.Tangannya lincah mengadap keyboard.
        “Iya ke?Takkan la muka handsome macam tu cerewet.” Soal Tasha lagi.

         “Cerewet.Kalau tak percaya kau tengok sajalah nanti.Aku dengar Tuan Hadif yang akan mengambil alih syarikat ini.Datuk Ismai kan dah nak bersara.Tuan Hadif la satu-satunya anak lelaki dia.” Tambah Zulaikha lagi.

          “Mana kau tau Zu?” Soal Tasha dengan teruja.
         “Eh kau ni Tasha ketinggalan betul.Semua orang dekat pejabat ni dah tahulah hal Datuk Ismail nak bersara.Apalah kau ni.” Bidas Zulaikha lagi.

         “Kalau macam tu aku nak apply jadi setiausaha dialah.” Sengih Tasha.
          “Perasannya kau ni.Habis tu kerja kau siapa nak buat.Yang hari ni kau terlebih rajin pergi buatkan air dekat Datuk tu kenapa?”.Soal Zulaikha lagi.

         “Setiausaha Datuk kan dah tak ada.Aida kan dah berhenti jadi tadi sewaktu aku nak ke pantry Kak Lyn minta aku hantarkan air yang dia buat tadi sebab dia nak ke tandas.Perutny a memulas dengan tiba-tiba.” Balas Tasha pula.

          “Amboi korang borak sakan nampak.” Tingkah Safi yang baru saja melintasi meja Zulaikha.
         “Haruslah Safi.Kau tahu tadi aku jumpa anak Datuk Ismail.Handsome giler weh.” Ujar Tasha dengan teruja.Safi menggelengkan kepalanya.Zulaikha pula mencebik pada Tasha.

         “Kau ni Tasha, pantang nampak lelaki kacak sikit mulalah nak cair , nak lentok bagai.Aku pergi buat kerja dulu.Malas nak layan kau.Sekali datuk keluar jap lagi mahu lintang pukang.” Sengih Safi lalu berlalu dan menuju ke arah mejanya yang terletak di sebelah sana.

       “Cik Tasha kau pun di persilakan sambung kerja.Di buatnya Tuan Hadif keluar sekejap lagi naya kau kalau dia tengok kau tak buat kerja.” Tambah Zulaikha pula.

       “Ya la ya la.Aku nak pergi buat kerjalah ni.Bising je kau ni Zu.” Cebik Tasha lalu menuju ke meja kerjanya.Zulaikha menggelengkan kepalanya.

       “OPAH.. Reen ke pantai sekejap ya.” Tingkah Reen di sewaktu menjengguk opahnya yang berada di beranda rumah.

        “Ya la.Pergi tu jangan lama-lama sangat.Hari dah petang ni.” Pesan opah pada cucunya.
         “Ya opah.Reen pergi sekejap saja dekat tepi pantai tu.Reen nak tengok matahari terbenam.” Balas Reen sambil tersenyum kemudian terus kakinya menyarung selipar dan menuju ke arah pantai.Reen hanya mengenakan baju kurung dan juga kain batik.Di kepalanya pula sudah tersarung dengan selendang .

         Sudah seminggu Reen kembali ke kampung semula selepas menyelesaikan urusan di Kuala Lumpur.Kini Reen menanti panggilan untuk bekerja semula.InsyaAllah kalau ada rezeki Reen akan kembali bekerja semula.

         Reen menyusuri di persisiran pantai.Selipar yang di pakai tadi terus di pegang.Reen bermain air laut sambil melihat pemandangan indah di kala petang hari.Angin laut sungguh menyamankan.Reen tersenyum sendirian.

        “Acik Reen jomlah temankan Balkis main bola ni.” Laung si kecil.Reen terus menoleh ke belakang.

        “Balkis datang dengan siapa?Ibu mana?” Soal Reen pada anak kepada kawannya.
         “Tu ibu dengan adik.” Ucap Balkis lalu menunjuk jarinya ke  arah ibu dan juga adiknya.
         “Reen bila kau balik?” Soal Auni teman kepada Reen dan juga Safi.

          “Dah seminggu aku balik.Kau sihat?” Soal Reen sambil tersenyum pada Auni.
          “Aku macam ni la Reen.Petang-petang bawa anak-anak berjalan.Si Balkis ni suka sangat jalan.” Tingkah Auni.

          “Biasalah budak-budak.” Balas Reen sambil mencuit pipi tembam Irfan .Anak kedua Auni.
        “Reen betul ke apa yang aku dengar baru-baru ni?” Soal Auni.
        “Dengar apa?” Soal Reen denga pelik.

          “Baru-baru ni aku ada dengar yang orang kata kau dah bercerai dengan Aqil?Betul ke?” Soal Auni.Reen tersenyum sambil menunduk.

          “Ermm betullah tu.Aku dengan Aqil dah bercerai dah.”Balas Reen.
           “Aku minta maaflah Reen kalau soalan aku mengguris hati kau.” Ujar Auni pula.Reen mengusap pipi Balkis yang sedang ralit memandang laut.

            “Tak apa.Aku tak kisah.Lagipun benda dah jadi dan benda betulkan .Buat apa aku nak sorok.”Balas Reen lagi.

             “Pasal apa korang bercerai?” Soal Auni lagi.
        “Biasalah Auni.Kehidupan rumahtangga ni banyak cabarannya.Hal anak pun boleh jadi isu yang besar.” Jawab Reen.

         “Itu maknanya orang tak boleh sabar.Hal anak bukan kita yang tentukan Reen.Semuanya kerja Allah.Inilah sikap manusia kalau tak dapat anak nak salahkan kaum perempuan saja.”Ujar Auni tidak puas hati.

         “Tak apalah .Bukan rezeki aku lagipun dah tertulis jodoh aku dengan Aqil sampai di situ saja.Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.Betul tak?” Soal Reen pula.

         “Betul.Aku setuju yang tu.Lama ke kau balik ni?” Soal Auni lagi.
         “Tak tahu lagi.Kalau aku dapat kerja aku kena balik sanalah.” Balas Reen dengan senyuman.
       “InsyaAllah aku doa kau dapat kerja Reen.” Ucap Auni pula sambil membalas senyuman dari Reen.

       “Ibu..Balkis nak main bola “ Tingkah si kecil Balkis yang sudah berusia empat tahun lebih.
        “Ok sayang.Main sekejap saja tau.Lepas tu kita balik.Kasihan ayah balik sekejap lagi cari Balkis dengan adik.” Pujuk Auni pula.

        “Ok ibu.Balkis main kejap aja.” Tingkah Balkis dengan petah sekali.Tanpa sedar segaris sebuah senyuman di bibir Reen melihat keletah si kecil Balkis yang bijak berkata-kata.

          Alanglah indahnya hidup ini kalau ada anak seperti Balkis .Desis hati kecil Reen sambil mencuit pipi Balkis.

        Bersabarlah Reen.InsyaAllah ada jodoh untuk kamu lagi selepas ini yang jauh lebih baik dari Aqil.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya apa yang tersurat dan juga tersirat.

       “Reen dah selesai solat belum?” Tingkah opah yang sudah berada di meja makan dapur.
        “Ya opah.Reen dah siap dah.Sekejap ya opah .” Balas Reen yang sedang melipat kain telekung miliknya lalu di letakkan di atas katil.Reen keluar dari biliknya lalu menuju ke tangga dapur .
       “Marilah kita makan dulu.” Ujar opahnya sebaik saja melihat kelibat Reen yang sedang menuruni anak tangga.

       “Opah ..Mak dengan ayah tak datang ke?Siang tadi mak kata nak makan malam dekat sini.” Ujar Reen lalu menarik kerusi bersebelahan opahnya.

        “Sekejap lagi sampailah tu.Rumah diorang pun bukan jauh.” Tingkah opah.Reen menganggukkan kepalanya sambil menyusun pinggan.

        “Assalamualaikum..”
        “Waalaikumussalam..” Jawab Reen dan opahnya serentak.
         “Itu mak dengan ayah kamu dah sampai.Panjang umur.Reen pergilah buka pintu.” Tingkah opahnya.Reen terus menuju ke pintu dapur lalu di bukanya.

         “Mak ..Ayah..Semua dah hidang.Marilah masuk makan.” Tingkah Reen sebaik saja mak dan ayah Safi masuk ke dapur rumah opahnya.

         “Anak ayah masak apa malam ni.Sedap je bau ni.” Tingkah ayah Safi pila.Reen sudah tersengih.

         “Masak biasa-biasa saja ayah.Marilah makan.” Ujar Reen.
          “Banyaknya Reen masak.” Tingkah mak Safi pula.


          “Tak adalah mak.Sikit je.Duduklah kita makan sama-sama.” Balas Reen .Selepas itu mereka sama-sama menjamu selera.

Bersambung ...

NotaTersepit : Mood menulis kelaut.Kenapa ye susah sangat nak menulis sekarang ni.Minggu depan nak kena pergi perak dah.Cik Writer sila rajinkan diri anda menulis .. Y_Y