Sabtu, 09 Maret 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 18

Assalamualaikum u oll...

Selamat berhujung minggu .Selamat membaca bab seterusnya...Tq kerana membaca DMS .




NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.




BAB 18



HARI minggu datang lagi.Cepat je kan seminggu berlalu.Seperti biasalah minggu ni aku balik rumah aku.Aku ajak Alia ikut sekali.Ye la tak kan lah aku nak tinggal si Alia sorang-sorang dekat rumah sewa bahaya kot, tapi Alia ikut Maya balik rumahnya.Kata Alia gilir-gilirlah.Aku mengiakan je.Asal dia tak duduk sorang dekat rumah sewa kami tu sudahlah.

Aku bersiap ala kadar saja petang ni.Sekarang tunggu abang aku sampai je ni.Dekat sebulan juga aku tak jumpa family aku.Rindunya.Aku memeluk beruang koala yang di hadiahkan oleh abang Am pada aku.Apa khabar agaknya abang Am dan keluarganya ye? aku tersenyum.Aku tersentak apabila terdengar lagu sahabat nyanyian najwa latif.Aku mengambil handphone milik aku lalu menekan punat bewarna hijau.

“Assalamualaikum abang.Dah sampai ke?” Soal aku di talian sebaik saja aku menekan punat yang bewarna hijau.

“Waalaikumussalam .Adik sorry abang tak dapat ambil adik petang ni.Bos abang call ada hal penting.Abang minta tolong Rafique ambil adik tahu.Abang dah call dia tadi.Sekarang ni dia dah on the way ke rumah adik.” ujar abang disebelah sana.

“Pulak dah.Kenapa abang suruh Rafique.Kalau abang tak boleh ambil adik balik naik bas je la.Apa susah.” jawab aku pula.Ish abang aku ni dah kenapa suruh mamat perasan yang datang ambil aku.
“Jangan nak mengada-ngada.Abang dah suruh Rafique datang ambil.Sekejap lagi dia sampai dia call adik.Abang dah bagi no handphone adik dekat dia.” Tingkah abang aku lagi.

“Hah abang bagi no handphone adik dekat dia buat apa.?” Ujar aku tidak puas hati.Adoyai abang aku ni sesuka hati dia je nak bagi no telefon aku dekat mamat perasan tu.Dah tak ada orang lain ke yang boleh ambil aku selain dia?

 “Laa kalau tak bagi macam mana dia nak contact adik.Jangan bagi banyak  alasan.Abang dah minta tolong dia.Abah tak boleh ambil adik .Kalau abang nak minta tolong Am pun dia baru je sampai rumah.Baru balik.Kesian pula dia  tu yang abang minta tolong Rafique.Alah macamlah adik tak biasa dengan Rafique.Bukannya adik tak kenal dia pun.” Bebel aku panjang.Boleh tahan juga telinga aku ni nak mendengar dia membebel.

“Erm ye la..ye la.Suka hati abanglah.Adik ikut je.” Jawab aku sambil mengeluh.Ikutkan je la karang makin berjela pula abang aku tu membebel.Kalah mulut aku membebel.Aku tersenyum sendirian.
“Oklah adik nanti kita jumpa dekat rumah.Assalamualaikum..” Ujar abang aku sebelum mematikan talian.

“Errmm waalaikumussalam .” Ujar aku lalu aku menekat punat bewarna merah.
“Cik Koala , nampak gayanya hari ni aku kena balik dengan mamat perasan tu je.Eee tak suka betullah aku.” Ujar aku pada beruang Koala.

Hello cik Amani kau dah gila ke apa cakap dengan patung.Jangan nak buang tabiatlah cik Amani oit.

“Amani abang kau mana?Aku dah nak gerak balik ni.” Suara Maya mematikan lamunan aku.
“Sekejap lagilah dia datang.kalau kau dengan Alia nak gerak dulu pergilah.Abang aku pun dah nak sampai dah tu.” Dalih aku.Sengaja aku tak cakap bukan abang aku yang ambil tapi si mamat perasan tu.Kalau aku cakap si Rafique ambil mahu dua orang tu tercegat menunggu .Dua orang ni kalau  pasal Rafique memang laju je.Baik aku diamkan je.
“Betul ni?”Ujar Maya lagi sambil memandang aku.

“Ye betul.Kau jangan risaulah.Abang aku dah nak sampai dah pun.” Tingkah aku lagi.
“Kalau abang kau lambat lagi biarlah aku dengan Alia temankan kau dulu.” Tambah Maya lagi.
“La tak apalah.Kau dengan Alia pergi la dulu, nanti lambat pula sampai.Kesian atok kau dah tunggu dekat rumah tu.” Tokok aku lagi.Kebetulan minggu ni atok Maya datang ke rumahnya.Sebab tu lah si Maya ni excited nak balik.

“Sure ?” Soal Maya lagi.
“Yes Sure.Dah jangan risaulah.” Ujar aku sambil mengenyitkan mata pada Maya.Akhirnya Maya mengangguk juga.

“Ok kalau ada apa-apa nanti cepat-cepat tahu call aku.”
“Iye.Jangan risaulah.” Ujar aku sambil tersenyum.Maya pula sudah tersengih.
“Alia kau dah siap belum?Aku nak gerak dah ni?” Laung Maya pada Alia yang masih lagi berada di dalam biliknya.

“Jap weh.Aku tengah  pinkan tudung.Bagi aku dua minit.” Alia pula yang melaung dari dalam biliknya.

“Si Alia kalu bersiap kemain lama.Kalah aku.” Aku memandang ke arah pintu bilik Alia yang terbuka luas.Dari sudut tempat aku duduk aku nampak kelibat Alia yang sedang bediri di depan cermin.

“Biasalah dia.Kau macam tak tahu si Alia tu.” Maya menambah secukup rasa.
“Amboi mengumpat aku ke tu?” Kedengaran suara Alia baru saja muncul di depan aku dan maya sambil tersengih.

“Eh tak mengumpatlah cuma aku mengata je.” Aku sudah tergelak memandang Alia yang sudah bercekak pinggang.

“Amboi amboi korang berdua ni.” Alia sudah mengigit bibirnya.Aku dengan Maya sudah menjungkit bahu sesama sendiri.

“Oklah Amani kitaorang gerak dululah.Apa-apa hal call aku tahu.” Ujar Maya sewaktu ingin membuka pintu utama rumah sewa kami.

“Ok hati-hati tahu bawa kereta.” Aku juga melangkah ke arah pintu utama rumah.Alia juga turut mengikut langkah aku di belakang.

Setelah bersalaman dengan mereka berdua aku kembali menutup pintu lalu berjalan semula ke tempat duduk tadi.Aku mencapai cik Koala lalu aku rebahkan diri di atas permaidani sambil menonton TV.Bilalah agaknya si Rafique ni nak sampai.Aku dah la lapar.Baru ingat nak paw abang aku tadi tapi begini pula jadinya.

Sedang aku ralit menonton iklan di TV , kedengaran telefon aku berbunyi lagi menandakan ada mesej baru masuk.Dengan pantas aku mencapai lalu membuka peti masuk telefon milik aku.Siapa pula yang hantar mesej dekat aku ni.?

Salam Amani                                                               
saya tunggu awak dekat bawah  - Rafique

Hah mamat ni dah sampai ke? Aku mula bermonolog sendirian , dengan sepantas kilat aku bangun dan berlari menuju ke bilik untuk memakai tudung.

Tunggu sekejap boleh?
Saya tengah pakai tudung.

Sempat lagi aku membalas mesej Rafique tadi.Aku mencapai tudung yang telah siap aku gosok lalu aku menyarung ke kepala..

Boleh je.
Dah siap nanti turunlah.

Aku membaca mesej yang telah dibalas oleh Rafique tadi.Akhirnya setelah siap pinkan tudung, aku tersenyum memandang cermin lalu mengambil beg dan juga cik koala aku.Aku mencapai kunci rumah yang terletak di atas meja belajar aku lalu bersiap sedia untuk keluar dengan Rafique atau lebih mesra dengan panggilan mamat perasan.

“Sorry lah kalau awak tunggu lama tadi.” Ujar aku sewaktu berada di dalam kereta Rafique.
“Eh tak apalah.Tak ada hal.Awak dah makan belum ni?” Ujar Rafique sewaktu berhenti di traffic light.

“Terima kasihlah sebab tolong ambilkan saya di sini.Abang saya tu memang selalu je ada hal.Mestilah lapar, ingat tadi nak makan dengan abang Amar.Sekali dia ada hal pula.Sabar je la wahai perut.” Jawab aku dengan selamba.Rafique tersenyum ke arah aku.

“Sama-sama.Kalau macam tu apa kata kita pergi makan dulu nanti awak lapar nanti tak pasal-pasal awak kena gastric pula.Siapa yang susah?Saya juga kan.”  Tingkah Rafique sambil memandu .
“Erkk boleh ke?” Tanya aku lagi.Haish sejak bila aku baik dengan mamat perasan ni.Amboi cik Amani mentang-mentanglah mamat perasan tu sebut hal makanan kau laju je eh. Aku membebel seorang diri .

“Untuk awak apa pun boleh.” Jawab Rafique dengan selamba.Aku apa lagi kan tergamam sekejap.
“Awak nak makan dekat mana ni?” Soal Rafique lagi sambil berpaling ke arah aku.
“Bukan makan dekat mulut ke?” Tu dia aku sudah mula dah  buat perangai gila-gila.
“Memanglah makan dekat mulut takkan makan dekat hidung pula.” Tingkah Rafique sambil tesengih.Aku ada salah cakap ke?Kemain lagi mamat ni tersengih.
“Kenapa?” Soal aku dengan pelik.

“Kenapa apa pula ni?” Rafique memandang aku dengan muka blur.
“Erm tak ada apa-apalah.Saya tak kisah makan dekat mana janji perut saya kenyang .”
Aku menjawab dengan selamba.Mata aku tertumpu pada jalan di depan aku di mana berbarisnya banyak kereta sewaktu tiba di persimpangan lampu isyarat.
“Betul ni?” Soalnya lagi.Aku hanya mengiakan saja.

SEWAKTU sedang menikmati makanan yang terhidang di atas meja ni aku langsung tidak berkutik.Lapar sangat gamaknya.Makan pun kemain lagi berselera.Jangan tak tahu si Rafique ni belanja aku makan chicken cop.Haaaa lepas ni boleh la aku paw dia bab makan.Kau mampu nak buat gitu Amani.Aku sudah tersenyum sendirian.

“Hai kemain lagi awak senyum.Kenapa?” Soal Rafique.
“Tak kan saya tak boleh senyum kot.” balas aku dengan selamba sambil menyuap ayam ke mulut.
“Bukan tak boleh, cuma pelik je.Sedap tak makanan ni.Saya selalu lepak sini dengan abang awak.” Ujar Rafique lagi .

“Ye ke?Maknanya awak dengan abang saya selalu keluar lepaklah eh?” Tingkah aku lagi.Mata Rafique terus memandang ke mata aku.Dah kenapa mamat ni tenung aku.Dengan pantas aku melarikan mata memandang  ke arah makanan.

“Kenapa awak tunduk?malu ke  saya tenung awak?” Soal mamat perasan  tu lagi sambil tersenyum penuh makna.

“Hah tak ada maknanya saya nak malu.Kalau saya malu dengan awak saya tak adalah makan semeja dengan awak.” Ujar aku lalu mencebik bibir namun mata aku masih lagi memandang chicken chop yang terhidang di atas meja. Chicken chop yang aku makan ni lagi handsome dari mamat ni kot.Ahaks.

“Eleh ye la tu.By the way mak su saya yang awak panggil auntie Zalida kirim salam .”Rafique sudah meletakkan garpu dan pisau .Terus matanya memandang pada aku di mana di kala itu aku mendongak melihatnya.Sekali lagi kami berdua berbalas pandangan.

“Ye ke.Waalaikumussalam.Nanti awak kirim salam dekat auntie Zalida dan juga Zarith.Lama tak jumpa diorang.” Tambah aku sambil tersenyum manis pada Rafique.Kali pertama kami duduk berdua begini tanpa bertengkar.Terasa pelik sikit bila tak ada bertekak mulut dengan mamat perasan nih.

“Nanti saya sampaikan.Dekat saya tak ada apa-apa pesanan ke?” Rafique sudah tersengih.
“Hah pesanan apa?” Dengan blur aku bertanya sambil membetulkan duduk.
“Ye la dekat mak su saya awak kirim salam.Untuk saya kirim apa pula?”  Tingkah Rafique sambil menyambung semula makan.

“Dekat awak saya kirim jalanlah.” Mulut aku ni kemain lagi kalau bab menjawab.
“Kirim jalan je?Kenapa tak kirim sekali beruang koala awak tu.” Usik Rafique lagi.
“Eh beruang koala tak boleh.Itu abang Am yang bagi hadiah dekat saya.Jauh tu dia beli.” Jawab aku dengan selamba.Terus saja Rafique meletakkan kembali garpunya.

“Siapa Am?” Soal Rafique dengan pelik.Berkerut wajahnya.
“Owh abang Am tu jiran sebelah rumah saya.Dia tu kerja pilot.Terbang sana terbang sini.Hari tu dia belilah beruang koala untuk saya.” Ujar aku lagi sambil tersenyum.Rafique terus senyap dan menganggukkan kepalanya.Wajah Rafique tak seceria tadi.Kenapa pula mamat ni?

“Awak..awak…” Aku melambaik-lambai tangan pada Rafique.
“Haa kenapa?” Soal Rafique.
“Awak ok ke?” Soal aku.

“Saya ok je.So Am tu pakwe awaklah eh?” Soal Rafique sambil tersenyum tetapi bukan senyuman yang manis tadi.Mana perginya senyuman manis dia.Handsome juga si mamat perasan ni kalau dia senyum.Kau dah kenapa ni Amani.Jangan nak beranganlah.Aku menggelengkan kepala pada Rafique.

“Eh taklah.Dia tu pun dah macam abang saya, tapi kalau nak jadi calon suami saya pun boleh juga tu.” Aku tersenyum sendirian .

“Kalau saya kata tak boleh macam mana?” Tingkah Rafique.Dengan automatiknya mata aku terus memandang dia.

“Kenapa tak boleh ?” Soal aku pelik.
“Suatu hari nanti awak akan tahu sebabnya.” Ujar Rafique sambil membalas pandangan mata aku.Dari matanya aku dapat rasakan si Rafique cuba menyampaikan sesuatu pada aku tapi masalahnya aku ni haaa yang blur tak faham apa yang Rafique cuba sampaikan.
“Apa maksud awak?Saya tak fahamlah .” Tokok aku lagi tidak puas hati.

“Awak nak tahu ke?” Soalnya lagi pada aku sambil tersenyum penuh makna.Aku hanya mengiakan saja.Mata aku tidak berkalih memandang muka mamat perasan ni.Alahai dah kenapa aku asyik nak tenung muka dia ni.
“Sebab saya…”

“Eh Rafique lama tak jumpa kau.” Belum sempat si Rafique nak bagitahu aku ada pula orang yang datang menyibuk dekat sini.Aku sudah mencuka.

“La kau ke Aryan.Lama tak jumpa kau.Sihat?” Soal Rafique sambil berdiri lalu bersalam dengan lelaki yang bernama Aryan tu.Aku hanya senyum saja memandang orang yang bernama Aryan.
“Alhamdulilah aku sihat je.Kau apa cerita.Ni siapa?Tak nak kenalkan ke?” Soal Aryan tu lagi.
“Aku macam ni la.Kenalkan ni Amani.My future wife.” Aku tersedak lalu mencapai jus oren yang berada di atas meja.Gila ke apa si Rafique ni kata aku bakal isteri dia.Ada juga nak kena hempuk dengan aku.

“Are you okay sayang.” Rafique bersuara lagi .Aku tersedak lagi sekali.Si Aryan dah tersenyum manis.Cis dia panggi aku sayang?tetiba aku rasa nak pengsan dekat meja ni.Gila punya Rafique.
“Saya ok je.” Jawab aku .Mata aku terus terarah pada Rafique sambil melepaskan amarah melalui mata.

“Cantik Amani.By the way korang berdua memang sepadan.Oklah aku kena gerak dulu.Aku nak kena jumpa orang ni.” Jawab Aryan sambil terssengih pada Rafique.
“Cepatnya.Kau nak jumpa awek ke?” Soal Rafique sambil menepuk bahu sahabatnya yang bernama Aryan.

“Banyaklah kau punya awek.Ni haa aku ada dapat pesakit baru, tapi orang yang aku nak jumpa ni family dia.Biasalah jadi doctor kesana kemari la.”.Ujar Aryan lagi.
Huyooooo doktor rupanya si Aryan ni.Dr Aryan.

“Biasalah la beb dah namanya doktor.Jangan asyik kerja je ye.Doktor pun nak kena kahwin ada keluarga juga.” Usik Rafique pada temannya.

“Aku tahulah.Sampai masa nanti aku kahwinlah.Aku tunggu kau dengan Amani kahwin dulu.” Jawab si doktor yang boleh tahan kacaknya.Cuci mata aku hari ni boleh tengok orang kacak ye.Aku tersenyum dalam hati.

“Doakanlah kami berdua cepat kahwin ye.”Tingkah Rafique sambil membuang pandang  arah aku.Sempat lagi dia hadiahkan aku kenyitan mata yang agak nakal .Siapa nak kahwin dengan dia entah.Perasan betul.Jaga kau encik perasan.

“Aku minta diri dululah ye.Bye Amani.” Lambai Dr Aryan sewaktu melambaikan tangan pada aku.
“Bye Dr Aryan.” Jawab aku dengan senyuman manis di bibir.

“Encik Rafique kenapa awak cakap dekat Dr Aryan yang saya ni bakal isteri awak?” Ujar aku sewaktu Rafique melabukan punggungnya di kerusi tadi.Aku mengetap bibir.Dari tadi lagi aku geram nak marah mamat perasan ni.Suka hati dia je .

“La betullah tu.Awak tak nak ke jadi isteri kepada lelaki kacak seperti saya ni.” Jawab Rafique dengan selamba.

“Eee perasannya..” Aku sudah buat aksi tangan dekat bahu.
“Eleh saya tahulah awak suka saya kan.” Usik Rafique sambil tenung ke mata aku.
“Hello jangan nak perasan ye Encik Rafique.Tak kuasa saya nak suka dekat awak yang bajet kacak tu.” Aku mengetap bibir sambil menjeling geram pada mamat perasan ni.Ada juga mamat perasan dalam dunia ni ye.Over betul si Rafique ni.

“Betullah tu.” Usiknya lagi sambil tersengih nakal.Sempat lagi aku hadiahkan satu penumpuk padanya tapi tak adalah aku nak tumbuk dia.Gila ke apa karang tak pasal-pasal pula orang tuduh aku minah gangster.

“Dah-dah.Jangan awak nak mengarut lagi.Tolong hantar saya balik sekarang.” Tingkah aku dengan serius.Makin lama aku dekat sini makin panas hati melayan karenah si mamat perasan yang terlebih mesra hari ni.Mimpi berjumpa puteri gunung ledang gamaknya semalam.

“Habiskan makan dulu, lepas tu saya hantar awak balik.Cik Amani tak elok membazir.” Tu dia si Rafique dah bagi ceramah percuma dekat aku.Aku hanya diam lalu mencapai semula garpu dan menyudahkan makan chicken chop tadi yang tinggal lagi sikit dalam pinggan aku.Si Rafique apa lagi tersenyum nakal la melihat aku tarik muncung.Lantak kau la encik perasan.Cepatlah aku nak balik ni.

 Bersambung....

NotaHujungKaki : Minggu lepas aku sibuk dan juga kesihatan tak berapa nak baik.Sob-sob.Apa2 pon hari ni sudah ada mood kembali untuk menulis.By the way aku dh lepas gian membeli 9 biji novel baru dan juga beberapa lagi buah buku agama.Apabila aku mula mengadap buku2 tu bermaknanya aku x menulis.Hheheh.Apa2 pon baru 2 buah aku baca.Sekarang ni nak menumpukan pada manuskrip....

SaLaM KaSiH

Sabtu, 02 Maret 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 17

Assalamualaikum u oll..

Selamat berhujung minggu.Sambungan DMS ..Hehhehe.Selamat membaca.. :D


NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.




BAB 17




SELESAI sudah kuliah untuk pagi ni.Aku menarik nafas lega.Sudah dua minggu kuliah bermula.Sepanjang dua minggu ni semuanya berjalan dengan lancar.Subjek sem ni pun boleh tahan berat juga.Susah payah macam mana sekalipun aku harus berusaha.Usaha itu kan tanda kejayaan.
“Hoi yang kau dok termenung lagi kenapa?” Aku tersentak apabila Alia menepuk bahu aku.

“Mana ada termenung.” Tingkah aku sambil mengemas nota dan buku .
“Ye la sangatkan.Macamlah aku tak kenal kau.Kau fikir apa?Encik Kamarul ke?Am or Rafique?” Soal Alia bertalu-talu.

“Apa kaitan mereka bertiga dengan aku?” Soal aku dengan pelik.
“Eleh kura-kura dalam perahu pula kau ni.Mari aku teka mesti kau teringat dekat mamat perasan tu kan.Rafique.” Alia sudah mula membuat andaian yang bukan-bukan.Suka hati dia je.

“Kau jangan nak buat spekulasi macam abang aku pula.Apa kejadahnya aku nak ingat mamat perasan tu.Dah jom.” Ujar aku lalu bangun untuk keluar dari dewan kuliah .

“Manalah tahu.Ada  cerita sensasi ni aku nak cerita ni.Kau tahu tadi aku dengar si Mazlyn tu dok sebut pasal Encik kamarul.”  Tambah Alia lagi.

“Amboi sejak bila kau jadi reporter bergerak ni cik Alia?” Soal aku.
“Ala baru je aku dapat job jadi reporter bergerak ni.” Dengan selamaba je si Alia ni menjawab.

“Kau jangan nak jadi reporter sangatlah.Baguslah kalau Mazlyn dengan Encik kamarul tu.Aman hidup aku ni.Lega aku sem ni sebab encik kamarul tak mengajar kita.Perhh aman hidup aku.” Jawab aku sambil tersenyum puas.

“Ye tak ye juga ye.Kau kan dah ada si Am dengan si Rafique.Buat apa nak fikir encik Kamarul.Eh kejap kelas kita dah habiskan untuk hari ni.?”

“Amboi kemain.Ye la kelas hari ni kan dua je.So dah habislah.Jom balik rumah.” Aku sudah menarik tangan Alia.

“Amani nak ke mana tu?” Kedengaran suara memanggil nama aku.
“Weh Amani..Itu bukan encik Kamarul ke?” Ujar Alia sewaktu menoleh  ke kirinya.
“Adoyai.Ni masalah dah datang dah.”Aku berbisik pada Alia sambil memicit dahi.

“Eh encik Kamarul, lama tak nampak.” Tegur aku sambil memaniskan muka.Ini semua plastik betul.Senyum paksa nama ni.

“Ye la sem ni saya tak mengajar korang memanglah jarang nampak.So awak berdua apa khabar?Ada kelas lagi ke?Kalau dah tak ada kelas boleh la kita borak sekejap.”Ujar Encik Kamarul .Alia sudah menyiku aku.

“Erk ..encik Kamarul……”
“Eh eh encik Kamarul.Lama tak nampak.Encik Kamarul sihat?” Tu dia dari mana minah ni muncul ni.Tetiba saja dah terpacak di depan aku ni.

“Saya sihat je Mazlyn.Awak apa khabar?” Soal Encik Kamarul sambil tersenyum.
“Eh saya macam biasa je , sihat.” Balas Mazlyn.Ohoi fesyen apa pula ni si Mazlyn pakai ni.Bila masa pula minah ni pergi make over jadi gini ni.Alahai Mazlyn.Dengan mekap yang tebal.Berapa lapis foundation dia pakai pun aku tak tahulah.

“Lain muka awak sekarang Mazlyn.” Tegur encik Kamarul lagi sambil membuang pandang pada Mazlyn dengan pelik.

“Ye ke.Nampak cantik ke encik Kamarul.”
“Cantiklah sangat.Tebal berapa inci entah mekap dia.Buang tabiat betul la sepupu kau ni Amani.” Bisik Alia perlahan.

“Syhhh..diamlah .Karang minah tu dengar mahu haru biru kita.” Aku menyiku Alia.Dengan selamaba si Alia hanya mencebik  bibir.

“Erk boleh tahan la.” Jawab encik Kamarul .Dahi kemain lagi berkerut.
“Oklah encik Kamarul saya minta diri dulu ye.Saya dengan Alia ada hal.Ok Mazlyn jumpa lagi.” Ujar aku pada mereka berdua.

“Bye Amani. Alia..” Mazlyn sudah melambaikan tangan.
“Eh Amani nanti dulu..”

“Lain kali ye encik Kamarul.Saya nak cepat ni ada hal penting.” Dalih aku  sambil melangkah.Lagi lama aku kat sini memang cari nahas.karang tak pasal-pasal si Mazlyn ni mengamuk.Kata-kata Firdaus tempoh hari masih lagi terngiang di cuping telinga aku.Parah juga ye kalau dah jatuh hati dekat seseorang ni ye.Aku harap Mazlyn tak mengharap sangatlah.Dibuatnya encik Kamarul memang tak ada hati dengan dia macam mana.Patah hati la nanti.

“Eh kita ada hal penting ke hari ni?” Soal Alia sewaktu berjalan beriringan dengan aku.
“Luruslah kau ni.Bab lain kemain laju lagi kepala kau ni tangkap.Aku tipulah.Tak kuasa aku nak layan dua orang tu.Aku tak nak cari pasal dengan diorang.” Ujar aku.

“Owh pandai menipu ye sekarang “. Usik Alia pada aku.
“Tipu sunat beb.Kalau aku tak buat macam tu aku tak tahulah nak dalih apa.Kau tahu je la perangai encik Kamarul macam mana, tambah pula karenah si Mazlyn yang sejak masuk sem baru ni aku tengok lain macam je.Pelik pon ada.Buat baik dengan aku ada makna je.” Balas aku lagi sambil menarik nafas panjang.

“Yang tu aku perasan.Apa pun kita tengoklah macam mana nanti.” jawab Alia.
“Pin..pin….” kedengaran bunyi hon kereta di belakang kami berdua .
“Eh Maya..” Ujar Alia sambil melambaikan tangan pada Maya.

“Korang jom balik.Kelas aku pagi ni dah setel.Petang nanti baru ada kelas.” Terjengkul muka Maya di  tingkap kereta .

“Aku baru nak mesej kau tanya.Ok jom balik.” Tingkah aku dengan senyuman sewaktu memandang Maya.Aku dan Alia terus memasuki kereta Maya .
“Kau ok ke Amani?” Tanya Maya sewaktu dalam kereta.
“Kenapa Maya?” Soal aku pelik.

“Muka kau muram je.Ada apa-apa yang terjadi ke hari ni?” Soal Maya lagi.
“Alah Maya kalau muka si Amani muram macam orang hilang laki ni mestilah pasal encik Kamarul tu haa .” Sampuk Alia .

“La kenapa.Encik Kamarul bukan tak ajar korang ke sem ni?” Maya bertanya lagi.Matanya terarah pada jalan di hadapan.

“Memanglah dia tak ajar , tapi adalah terserempak dengan dia.Rimaslah aku Maya macam ni.” Tingkah aku sambil berpaling pada Maya yang sedang memandu.
“Susah juga ye kau Amani.Kalau aku dekat tempat kau pun aku rimas juga kot.” Tingkah Maya lagi .
“Tu la pasal.Encik Kamarul tu syok sangat kat Amani kot.” Usik Alia sambil ketawa.
“Banyklah kau punya syok Alia.Aku yang rimas adalah.Huh bosan betul la.Pergilah kacau Mazlyn,yang dia nak kacau aku tu kenapa.” Aku mula membebel.

“Nak buat macam mana.Kalau hati dah suka.” Jawab Maya pula.Aku hanya mendiamkan diri saja.

“AMANI ….sekejap aku nak cakap dengan kau.” Mazlyn tetiba muncul di depan aku sewaktu aku berada di tepi koridor dewan kuliah.

“Kenapa Mazlyn?” Soal aku pula.Alia dah cabut lari ke toilet.Entah apa yang dia makan sampaikan asyik sakit perut je hari ni.

“Erm tak ada apa-apa.Takkanlah aku tak boleh bercakap dengan sepupu aku kot.” Tingkah Mazlyn.

“Bukan tak boleh Cuma aku pelik.Kau kan jarang sangat cari aku.Ni mesti ada hal penting ni kan.” Tambah aku lagi.

“Haaa kau memang bijak Amani.Aku sebenarnya ada hal penting ni nak minta tolong kau.” .Tingkah  Mazlyn lagi.

“Kau nak tanya pasal apa?” Aku sudah mula mengeluh.Aku dah kata dah kalau tak ada benda penting takkan la si minah ni  nak mencari aku.

“Macam mana eh.Aku nak minta tolong kau satu benda ni.” Jawab Mazlyn lagi.Dari riak mukanya aku pasti mesti nak minta benda yang bukan-bukan ni.
“La cakaplah kau nak aku  tolong apa?”

“Kau tolong cakap dengan family aku yang aku tak boleh balik minggu ni.”
“Dah kenapa pula aku nak kena bagitahu mereka.Kau bagitahu sendirilah.Ni yang kau nak suruh aku bagitahu diorang tu kenapa?” Soal aku pelik.

“Aku sebenarnya dah janji dengan seseorang nak keluar.Aku cakap dekat family aku yang kelas kita ada buat majlis.Kalau kau yang cakap confirm mak aku percaya”

“Oooo kau nak suruh aku menipu?macam tu?” Soal aku.Mazlyn sudah tersengih dan anggukan kepala.

“Tak nak aku.Kau sendiri cari pasal kau settle la sendiri.Aku tak nak masuk campur.”
“Eh kau ni aku suruh tolong cakap je kot, tu pun susah sangat ke?Kau ni memang sepupu yang tak boleh di harap langsunglah.Patutlah mak kau bu….

“Amani jomlah , kata nak pergi library tadi.” Belum sempat si Mazlyn makin hamun aku Alia sudah tiba di sebelah aku.

“Kau cakap apa tadi?” Soal aku dengan pelik.
“Erk tak ada apa-apa.Dahlah aku pergi dululah.Minta tolong sikit pun susah.Huh.” Mazlyn terus beredar.

“Weh kenapa minah tu datang jumpa kau?” Soal Alia sambil megerut dahi.
“Entahlah.Dia nak minta tolong aku.” Mata aku sudah terkebil-kebil pada Alia.
“Tolong apa?” Soal Alia lagi.

“Tolong call mak cik aku cakap yang kelas kita ada buat majlis,Mazlyn tak boleh nak balik.”
“Eh kelas kita ada buat majlis ke?” Ujar Alia sambil menggarukan kepalanya.

“Majlis apanya.Dia nak suruh aku menipu mak cik aku .Dia tak nak balik rumah hujung minggu ni , katanya nak jumpa seseorang.Aku tak tahulah siapa.” Tambah aku lagi sambil menghela nafas.
“Pelik aku tengok Mazlyn sekarang ni.” Tingkah Alia lagi

“Haaaa kan.Kau nampak dia pelikkan.Aku ni lagilah pelik tengok dia sejak akhir-akhir ni.” Tingkah aku lagi.Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku.Apa yang Mazlyn cuba sampaikan tadi.Kenapa dia sebut pasal mak?kenapa dengan ibu aku?

“Hoi berangan lagi.Kau ni kenapa?” Alia menepuk aku lalu tangannya meraba-raba dahi aku.
“Aku tak sakitlah.Mana ada aku berangan.Kau ni ada-ada je.Dah jomlah kita pergi library.Aku nak pinjam buku.” Tingkah aku sambil menepis tangan Alia yang meraba dahi aku tadi.

“Ye la tu.Entah-entah kau dah mula di serang penyakit angau.” Usik Alia lalu ketawa.
“Amboi tak sayang mulut nampak.” Aku cuba untuk menepuk bahu Alia namun cepat je dia elak.
Aku dan Alia menghabiskan masa di perpustakaan.Kelas kitaorang belah  petang pula.Daripada aku balik rumah baik aku lepak dekat perpustakaan ni .Bolehlah juga aku baca buku dan buat assignment sikit.Tak adalah aku buang masa nanti.Masa itu ibarat emas dan paling penting kita memang tak sempat nak mengejar masa sebabnya masa bergerak dengan pantas tanpa menunggu kita walaupun sesaat.

Sedang aku dengan Alia ralit dengan mengadap assignment ada sekuntum bunga ros merah beserta kad di letakkan di atas kertas assignment milik aku.Dengan pantas aku mendongakkan kepala melihat siapakah yang memberi bunga ros ni.

“Faizal apa ni?” Soal aku pelik.
“Eh jangan salah faham pula.Bukan aku yang bagi.Aku tolong sampaikan je ni.” Ujar Faizal sambil mengeluh.

“Siapa yang bagi?” Soal Alia pula dengan pelik.
“Korang berdua ni macamlah tak tahu siapa yang bagi bunga ni.” Faizal sudah mula main teka tekuk.Memang aku ketuk baru tahu.Main-main pula mamat ni.
“Siapa yang bagi ni?” Soal aku lagi dengan mengerut dahi, lalu aku mengambil bunga ros itu lalu tangan aku membelek kad yang ada di situ.

“Sekuntum je bagi.Kedekutnya.Kalau nak bagi bunga bagilah sejambak.” Tingkah Alia sambil tersengih.

“Ish kau ni Alia boleh tahan juga mulut tu.” Balas Faizal sambil tersenyum.
Aku membaca isi yang ada dalam kad tersebut.Dah buang tabiat gamaknya pensyarah aku ni.Kenapalah suka sangat kacau hidup aku.Bebel aku sendirian dalam hati sewaktu membaca kad yang di tulis oleh encik Kamarul.
Amani..
Sehingga kini ku masih terbayang wajahmu
yang sentiasa di hati .
Encik K

“Bak sini aku nak baca apa benda yang di tulis dalam kad tu.” Tingkah Alia sambil meminta kad itu dari aku.

“Wow ayat kemain lagi ye.Jiwang juga pensyarah kita ni ye.So Amani ko nak buat apa?” Soal Alia sewaktu membaca kad tersebut.

“Entahlah Alia.Aku tak tahu.Rimaslah.” Tingkah aku tidak puas hati.
“Amani aku rasakan baik kau hati-hati sikit dengan encik Kamarul tu.Si Mazlyn pun syok sakan dekat dia.Aku takut Mazlyn buat hal je dekat kau nanti.Kau juga yang susah Amani.”  Ujar Faizal.
“Betul aku setuju tu Faizal.Kau kena hati-hati Amani.” Tokok Alia lagi.

“Thanks korang berdua.” Jawab aku sambil menghela nafas lalu aku menongkat dagu.Edisi termenunglah ni .

“Aku pergi dululah.Aku nak pergi jumpa awek aku jap.” Jawab Faizal sambil tersengih.Aku dengan Alia terkejut

“Hah awek?Siapa?sejak bila kau ada awek ni Faizal?” Soal Aku lagi.Terus tak jadi nak termenung.
“Aaah la siapa ?” Ujar Alia sambil berkerut dahi.

“Ala budak kelas kita jugalah.Aku dengan Yati sekarang.”Jawab Faizal sambil tersenyum manis.Amboi melalui senyuman dia pun aku boleh tahu yang hati Faizal sudah di curi .Dalam hati ada bunga-bunga yang sedang mekarlah tu.Aku sudah tersenyum pada Faizal.

“Ececece…Berseri muka bila sebut nama Yati.By the way congrat ye.” Tingkah aku sambil mengusik Faizal.

“Wah class kau Faizal.Dalam diam main cinta dengan Yati.” Usik Alia pula sambil tersengih.Kedengaran pula telefon aku bergetar di atas meja .Ada mesej masuk.Aku mencapai telefon lalu membuka .

Amani awak dah terima ke  bunga ros merah?
Boleh saya jumpa awak petang ni?

“Alia masak aku kali ni encik Kamarul mesej aku.”Aku menayangkan mesej dari encik Kamarul pada Alia dan kemudian Alia menghulurkan pada Faizal pula yang turut duduk di kerusi bersebelah dengan Alia.

“Mak aih.Biar betik encik Kamarul ni.” Ujar Alia.Aku sudah memicit dahi.
“Kau cakap je yang kau ada hal Amani.Jangan di layan sangat.” Tingkah Faizal pula sewaktu menghulurkan semula telefon kepada aku.

“Kalau aku tak balas mesej dia tak apakan.” Ujar aku dengan cuak.
“Ala tak apa.Kau biarkan je mesej tu.” Tingkah Alia.Faizal pula hanya mengiakan saja cadangan Alia.

“Oklah korang.Aku pergi dulu.Kesian pula nanti Yati tunggu aku.” Ujar Faizal sambil bangun dari kerusi tadi.

“Ok nanti kau kirim salam dekat Yati ye.” Ujar aku sambil tersenyum.Faizal turut tersenyum .
“InsyaAllah.Aku gerak dulu.”. Ujar Faizal sambil melambaikan tangan pada aku dan 

Bersambung....

NotaHujungKaki : Semalam sudah berehat menulis.hari ni kembali menulis.Moga2 DMS siap awal dan tak lari tarikh yang Ayra Zahra rancang. 

SaLaM KaSiH