Selasa, 03 Juni 2014

Rindu Dalam Sepi Istimewa Ramadan - Mengintai Rindu ( Bab 2 )


DATINZarina kelihatan resah memandang jam di dinding yang sudah berganjak ke angka 4.30 pagi. Walaupun masih awal tetapi dia tetap risau jika menantunya itu tidak datang. Dia benar- benar berharap Mardiyah sudi bersahur dengan mereka sekeluarga.
Lamunan Datin Zarina terganggu apabila terdengar loceng rumah dibunyikan. Dia tersenyum. Itu pasti Diya. Bisik hatinya. Lalu dia mengesat tangan dan berlalu menuju ke pintu utama. Mak Mah hanya tersenyum melihat gelagat Datin Zarina. Dia tahu Datin Zarina amat menyayangi Mardiyah cuma Ammar saja yang masih dingin dengan gadis itu.
Datin Zarina membuka pintu. Dia tersenyum lebar apabila melihat Mardiyah yang berdiri di hadapannya dengan menjinjit beg plastik di tangannya. Gadis itu kelihatan santai dengan t-shirt labuh dan seluar jeans tersarung di badannya.
“Alhamdulillah, sampai jugak Diya akhirnya. Mama ingat Diya tak sudi datang,” ucap Datin Zarina sambil menyambut huluran tangan Mardiyah untuk bersalaman.
Mardiyah tersengih. Kalau diikutkan rasanya, memang dia tidak akan datang apabila terkenangkan Ammar tetapi apabila difikirkan tentang Datin Zarina dan Datuk Zainal, dia mengalah. Biarlah sengketanya hanya dengan Ammar tanpa melibatkan keluarga Datin Zarina yang lain. Dia amat bersyukur dengan penerimaan Datin Zarina dan Datuk Zainal sepanjang dia menjadi isteri rahsia pada Ammar.
“Maaf, Diya lambat sikit. Diya ada masakkan lauk, bolehlah makan masa sahur nanti, yang lain mana, mama?” soal Mardiyah sambil melangkah masuk ke dalam rumah Datin Zarina. Matanya melilau- lilau mencari kelibat Aryani dan Akhil yang tidak kelihatan.
“Am tidur lagi dalam bilik tu. Yani dengan Akhil pun sama, papa kamu lagilah. Mama kejutkan bukannya nak bangun. Makin berdengkur adalah. Nasib baik Mak Mah ada temankan mama masak,” ujar Datin Zarina.
Mardiyah hanya tergelak mendengar bebelan Datin Zarina namun tawanya mati apabila Datin Zarina menyebut nama Ammar. Lelaki itu masih belum bangun? Maknanya lelaki itu ada dalam rumah ini sekarang? Mardiyah mula dilanda keresahan. Dia takut untuk berdepan dengan Ammar apatah lagi apabila teringatkan apa yang berlaku sewaktu makan malam pertamanya dengan Datin Zarina sekeluarga dulu. Dia serik apabila diherdik di hadapan Datin Zarina dan Datuk Zainal.
“Diya…Diya…” panggil Datin Zarina sambil mengawang- awangkan tangannya di hadapan wajah Mardiyah.
Mardiyah tersentak. Dia berpaling pada  Datin Zarina. Dia tersengih malu.
“Sorry, mama. Diya mengelamun pulak. Tak apalah mama, Diya boleh temankan mama masak,” balas Mardiyah.
Datin Zarina tersenyum. Tiba- tiba dia mendapat satu akal.
“Eh, Diya tak payah tolong mama masak. Diya tolong kejutkan Am kat tingkat atas boleh tak? Mama nak pergi kejut papa, Yani dan Akhil. Dah nak imsak ni,” ujar Datin Zarina.
Erk? Mardiyah rasa tercekik dengan permintaan Datin Zarina. Takkan aku nak pergi masuk bilik mamat tu? Buatnya dia tendang aku keluar bilik, tak ke naya aku nanti? Ish, tak naklah! Bentak hatinya.
“Errr…Diya rasa mesti Encik Am tak suka kalau Diya yang kejutkan dia. Nak tengok muka Diya pun dia menyampah, inikan pula Diya yang pergi kejutkan dia. Memang Diya dapat tendangan percuma nanti, mama,” balas Mardiyah perlahan.
Datin Zarina ketawa. Dia tahu Mardiyah masih lagi segan dengan anak lelakinya itu. Tapi sampai bila hubungan mereka dingin begini. Sebagai orang tua dia perlu lakukan sesuatu untuk menyatukan hati dua insan yang hambar ini. Itulah tekad Datin Zarina dan anak- anaknya lain. Walaupun perkahwinan Mardiyah dan Ammar berlaku kerana peristiwa yang mengaibkan tetapi pernikahan yang mereka jalani ini adalah satu hubungan yang suci jadi kenapa perlu diingkari jika itu yang telah ditetapkan sejak azali lagi?
“Mama yakin Am takkan berani. Pergilah, mama tunggu dekat meja makan,” arah Datin Zarina.
Mardiyah gelisah. Dia serba salah. Nak tolak, ini arahan Datin Zarina. Kalau dia terima maknanya dia terpaksa menadah telinga mendengar makian dan tohmahan daripada Ammar. Argghh, susahnya.
“Pergilah, nanti terlepas sahur pulak. Mengamuk lagi suami kamu tu. Bilik Am belah kanan,” Datin Zarina mengulang kembali arahannya membuatkan Mardiyah semakin tertekan.
Akhirnya, dia berlalu selepas menyerah beg plastik yang dibawanya pada Datin Zarina. Dengan langkah yang berat dia berlalu ke tingkat dengan perasaan yang berdebar.

LAMAMardiyah merenung pintu coklat yang berada di hadapannya itu. Dia mengangkat tangan untuk mengetuk pintu tetapi dia membatalkan niat. Mardiyah takut Ammar akan mengamuk jika tidurnya diganggu. Aduh, apa yang aku nak buat ni? soal hati Mardiyah sambil menggigit kuku.
Lalu, Mardiyah membuat keputusan untuk membuka pintu bilik tanpa mengetuk terlebih dahulu. Mungkin ini cara yang paling selamat. Apabila pintu sudah terbuka, Mardiyah melangkah masuk dengan lafaz bismillah. Dia menelan air liur apabila melihat bilik Ammar yang gelap, hanya lampu tidur saja yang dipasang dihujung kepala katil lelaki itu.
Mardiyah menarik nafas lega apabila Ammar masih lagi berbungkus dalam selimut tebal. Tiba- tiba Mardiyah terasa seram sejuk kerana inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik anak teruna orang selain bilik adik lelakinya.
“Nak buka lampu ke tidak? Nak buka? Tak nak buka?” Mardiyah berkira- kira. Jarinya sudah pun berada di suis lampu utama. Namun, dia menjatuhkan tangannya.
“Argh, tak payahlah buka. Kalau dia marah tak nampaklah sangat muka dia yang garang tu,” Mardiyah berkata sendirian.
Lantas, dia merapati katil. Dia duduk di birai katil sambil merenung wajah Ammar yang sedang mengiring.
“Nyenyak betul kau tidur sampai langsung tak sedar hari ni start puasa. Apa nak jadi dengan anak orang kaya macam kau kan?” bebel Mardiyah perlahan.
Dia mengangkat tangan untuk menyentuh bahu Ammar namun perbuatannya terhenti. Dia teringat sesuatu.
“Mesti kau tak suka aku sentuh kau. Yelah, aku kan perempuan kotor. Perempuan kotor mana layak sentuh aku, huh!” Mardiyah mengajuk cara Ammar bercakap. Kemudian dia mencebik.
Mardiyah mencapai jam loceng yang berada di atas meja sisi. Dia membelek jam loceng berbentuk kepala katak berwarna hijau. Nampak comel saja. Muka ganas tapi simpan benda alah macam ni. Agak- agak siapalah yang bagi pada dia? bisik hati Mardiyah. Sedang asyik dia meneliti jam loceng tersebut tiba- tiba dia tertekan satu punat yang menyebabkan jam tersebut berbunyi nyaring.
Mardiyah terkejut. Habis melambung jam tersebut dengan bunyi yang tidak sempat ditutup. Mardiyah mengurut dada. Dia benar- benar takut saat ini apatah lagi jam tersebut telah jatuh dekat dengan kepala Ammar.
Dia melihat Ammar sudah bergerak- gerak. Dengan pantas, Mardiyah memanjangkan tangannya untuk mencapai jam tersebut yang berada di atas katil.
“Mama, jangan kacau Am tidur…” suara Ammar kedengaran perlahan sambil menepis tangan Mardiyah yang cuba untuk mencapai jam loceng tersebut.
Mardiyah menelan air liur. Pasti lelaki itu masih belum sedar kehadirannya. Jantung Mardiyah sudah berdetak tidak menentu. Janganlah dia sedar. Janganlah….bisik hatinya.
Namun harapan Mardiyah punah apabila sewaktu dia cuba untuk mencapai jam loceng tersebut, tiba- tiba tangan Ammar menarik pinggangnya menyebabkan Mardiyah jatuh dalam pelukan lelaki itu. Mardiyah benar- benar tergamam. Perkara itu berlaku dengan pantas, tanpa sempat untuk Mardiyah menepis. Kini jantungnya bagaikan ingin melompat keluar apabila dia berada kemas dalam pelukan Ammar!
Ammar yang masih lagi mamai agak berang apabila bunyi jam loceng itu masih lagi memekak di telinganya. Mama ni saja je kan nak bagi aku hangin satu badan. Dahlah mengantuk tahap kritikal ni. Jam ni pula bising. Aduhhh…bebel hati Ammar.
Dia mengeratkan lagi pelukan pada bantal peluk. Keadaan bilik yang sejuk membuatkan Ammar makin selesa memeluk bantal peluk yang terasa hangat.
‘Eh, kenapa bantal peluk aku rasa macam panas semacam pulak ni. Dah tu asyik bergerak- gerak je, takkanlah bantal peluk aku hidup kut,’ monolog Ammar.
Lantas Ammar membuka mata. Dia memandang ke kiri dan kanan. Biliknya masih lagi gelap, dia pelik kerana bayang mamanya tidak kelihatan dalam bilik. Bukan ke mama yang tekan jam loceng aku tadi? Soal hati Ammar.
Lantas dia berpaling ke kanan untuk menyambung tidur. Sebaik saja tangannya cuba memeluk bantal yang berada di sebelah, dia terdengar bunyi esakan di sisinya. Ammar mencelikkan matanya seluas.
Dia tergamam apabila melihat seorang gadis dalam samar- samar cahaya lampu berada disisinya. Ya Allah, apa aku dah buat tadi? Siapa perempuan ni? soal hati Ammar. Tanpa berfikir panjang dia bingkas bangun dan memetik suis lampu.
Pandangannya terpaku pada figura seorang gadis yang berada di atas katilnya. Dia mengerutkan dahi. Lama dia mengamati wajah itu barulah dia tersedar. Perempuan tu?!!
“Kau?!!” jerit Ammar kuat. Dia benar- benar terkejut dengan kehadiran Mardiyah di dalam biliknya. Melihatkan Mardiyah yang teresak menangis, barulah Ammar menyedari yang dia sudah terpeluk gadis itu. Alamak, kenapalah aku boleh tersalah langkah pulak? Tapi bukan salah aku pun dia yang masuk bilik aku sesuka hati dia je. Padam mukalah kena peluk. Hati Ammar tergelak jahat.
“Macam mana kau boleh masuk bilik aku? Siapa yang benarkan?” soal Ammar bertalu- talu. Suaranya yang kedengaran tinggi akhirnya berubah menjadi perlahan apabila melihat wajah Mardiyah yang merah. Mata gadis itu bersinar dengan air mata yang bergenangan.
Namun, Mardiyah masih membisu. Dia bagaikan kehilangan kata-kata. Lidahnya seolah- olah kelu untuk menjawab pertanyaan Ammar. Apa yang dirasakan sekarang ini adalah malu. Ya, malu apabila teringatkan kejadian sebentar tadi.
“Aku tanya kau ni, dah pekak ke?!” jerkah Ammar lagi.
Terhinjut bahu Mardiyah apabila terdengar jerkahan Ammar. Dia menelan air liur yang terasa kelat. Perlahan- lahan dia mengesot dan duduk di birai katil. Air mata yang masih bersisa dikesat dengan jari.
“Mama suruh saya kejutkan encik untuk bangun sahur…” ucap Mardiyah dengan suara yang lemah. Dia menundukkan wajah. Takut untuk bertentang mata dengan Ammar yang kelihatan bengis.
“Sahur??” soal Ammar.
Mardiyah mengangguk lemah.
Sahur? Hari ni puasa ke? Eh, betullah hari ini hari pertama puasa. Semalam mama jemput perempuan ni sahur sama.Ya Allah, macam manalah aku boleh lupa? Jerit hati Ammar.
“Sekarang pukul berapa?” soal Ammar lagi. Dia mula mundar- mandir. Dia sudah lambat untuk bersahur.
“Dah pukul lima, encik…” balas Mardiyah.
“Pukul lima? Aduh, dah lambat ni!” keluh Ammar.
Lalu, dia menuju ke almari. Tuala yang tersangkut di penyidai dicapai. Dia kena mandi secepat mungkin kalau tidak pasti akan terlepas waktu sahur. Sedang dia tergopoh- gopah untuk ke bilik mandi dia melemparkan pandangan pada Mardiyah yang masih berteleku di birai katil. Langkah Ammar terhenti. Dia berdiri sambil bercekak pinggang.
“Yang kau termenung panjang lagi tu, kenapa? mama suruh kau kejutkan aku dan sekarang aku dah bangun, apa lagi yang kau tunggu!” bentak Ammar garang. Mencerlang matanya menikam wajah Mardiyah yang terkulat- kulat.
Mardiyah tersentak. Serentak dia bingkas berdiri sambil wajahnya ditundukkan.
“Saa..saaa..ya…”
“Saya apa? Kalau kau ingat aku nak mintak maaf atas apa yang terjadi tadi kau silap. Perempuan murah macam kau memang sukalah masuk bilik lelaki. Tambah- tambah lagi kena peluk kan? Bukan luak pun bagi perempuan yang tak ada maruah macam kau!” herdik Ammar lagi. Agak sinis.
Hati Mardiyah tersiat. Dia memegang dadanya yang terasa sakit. Inilah hadiah hari pertama dia berpuasa. Cukup sakit dan memedihkan segala kata hinaan yang Ammar lemparkan.
“Saya bukan macam tu, encik…” Mardiyah cuba membalas.
“Arghh, sudah. Tak ada masa aku nak dengar cakap kau. Lebih baik kau keluar sekarang. Berambus!!” halau Ammar. Wajahnya kelihatan garang dan bengis.
Mardiyah tersentak. Dia akur dan berlalu dari bilik Ammar. Air matanya menitis tanpa sekatan apabila teringatkan kata- kata Ammar.

“LEPAS sahur ni Diya nak ke mana?” soal Datin Zarina sewaktu mereka sedang menjamu selera. Pandangannya terarah pada Mardiyah yang duduk berhadapan dengan Ammar. Kedua insan itu hanya membisu. Ammar juga tidak bercakap walaupun sepatah. Nak proteslah tu. Bisik hati Datin Zarina.
Mardiyah mendongak dan terus memadang wajah bersih milik Datin Zarina. Dia tidak sanggup untuk memandang ke hadapan kerana bila- bila masa saja wajahnya akan bertentangan dengan wajah Ammar yang masam mencuka. Dia kecut perut apabila lelaki itu menghadiahkan jelingan tajam.
“Diya rasa Diya balik rumahlah. Lagipun hari ni cuti, Diya tak rancang nak pergi mana- mana pun, mama,” balas Mardiyah lembut. Dia kembali memandang nasi yang berbaki separuh di dalam pinggan.
Datin Zarina tersenyum manis. “Alah, Diya tak payahlah balik rumah. Diya solat subuh dekat sini. Lepas tu Diya teman mama dekat rumah. Mama bosanlah tak ada teman nak bersembang. Yani pulak, cuti ke tak cuti ke sama je. Kerja 24 jam. Diya temankan mama, ya?” pinta Datin Zarina lembut.
Dia memandang Datuk Zainal dengan senyuman penuh makna. Datuk Zainal mengangguk. Kemudian, Datin Zarina mengalih pandangan pada wajah Aryani yang telah tersenyum simpul. Datin Zarina tersenyum nipis. Semua anak- anaknya sudah bersetuju. Mereka perlu lakukan sesuatu untuk merapatkan hubungan Ammar dan Mardiyah. Mungkin dengan keberkatan bulan Ramadhan ni, Ammar dan Mardiyah akan berbaik.
Mardiyah sedikit terkejut dengan permintaan Datin Zarina. Dia mendongak memandang Ammar yang sudah merengus benci.
“Diya rasa tak bolehlah mama. Nanti kawan Diya cari Diya, Diya tak tahu nak bagi alasan apa…” Mardiyah mencipta alasan. Bukan niat untuk menipu tetapi hanya itu saja yang boleh dilakukan agar Ammar tidak terus menwujudkan sengketa antara mereka.
“Tak apalah kalau Diya tak sudi, mama tak nak paksa. Yelah, siapalah mama ni kan…” Datin Zarina memulakan lakonannya. Suaranya dilembutkan sehingga kedengaran begitu sayu di telinga Mardiyah.
Mardiyah serba salah. Dia bimbang kata- katanya telah melukakan hati Datin Zarina yang selama ini begitu baik melayaninya.
“Mama, jangan cakap macam tu…Diya..Diya…” Mardiyah kehilangan kata.
“Kalau mama suruh tu, ikut jelah. Banyak pulak songehnya,” Ammar bersuara tetapi kedengaran agak kasar.
Mardiyah bungkam. Dia menguis-nguis nasi yang bersisa di dalam pinggan.
“Bolehlah Diya? Am dah bagi izin tu. Alah, nanti kita boleh bincang pasal raya. Diya dah tempah baju raya belum?” soal Datin Zarina bersemangat. Sebenarnya dia juga tidak menyangka yang Ammar boleh bersuara, fikirnya Ammar akan terus mendiamkan diri tetapi ternyata anak lelakinya itu bukanlah berhati kering.
“Okeylah, Diya temankan mama. Err..baju raya Diya tak prepareapa- apa pun. Biasanya ibu yang jahitkan tapi tahun ni tak tahulah sama ada Diya balik kampung ke tidak…” ujar Mardiyah sayu.
Sebak hatinya apabila terkenangkan kampung halaman. Rasa sedih apabila memikirkan ibunya yang masih belum dapat menerima dirinya lagi walaupun sudah sebulan peristiwa itu berlalu. Bukan dia tidak cuba menghubungi Puan Kamariah malah semalam dia cuba untuk bercakap dengan ibunya tetapi hati Puan Kamariah masih lagi keras.
Mardiyah cuba mengawal air matanya yang hampir menitis. Ya Allah, kuatkan semangat aku. Doanya dalam hati.
“Kak Diya okey ke?” soal Akhil apabila melihat wajah akak iparnya sedikit berubah keruh.
Mardiyah tersenyum hambar dan menganggukkan kepala.
Walaupun tersenyum namun Ammar dapat membaca garis kedukaan yang terpancar di wajah yang tenang itu. Dia tahu Mardiyah sedang kesedihan namun Ammar hanya keraskan hatinya untuk menyelami ke dasar hati isterinya itu.
“Mama, Diya ke dapur dululah ya. Nanti Diya tunggu dekat bilik solat,” ujar Mardiyah. Lalu dia bangun dan mengangkat pinggan kotor menuju ke dapur.
Ammar hanya memerhatikan lenggok tubuh Mardiyah yang hilang di sebalik ruang dapur. Kesian pulak aku dengan dia ni. Dahlah berpuasa dengan keluarga orang lain, ayah pulak meninggal. Tentu merana hidup dia. bisik hati kecil Ammar.
“Apalah nasib Kak Diya kan mama, dahlah ayah meninggal. Kena buang keluarga pulak tu. Sekarang ni pulak bulan puasa. Tentu Kak Diya rindukan keluarga dia kat kampung. Kesian betul Yani tengok Kak Diya,” Aryani bersuara membuatkan semua mata memandang ke arahnya.
“Sebab itulah mama nak dia berpuasa dan raya dekat rumah kita. Kesian sepatutnya di saat hari bahagia ni kita sambut dengan orang yang tersayang bersama- sama dengan familytapi Kak Diya kau? Berseorangan je. Mama berharap sangat dia dapat beraya dengan kita kalau ibu Kak Diya masih tak dapat terima dia. Tapi nak buat macam mana kan, kita je yang beria tapi orang tu tak suka kalau Kak Diya ada dalam rumah ni,” sindir Datin Zarina sambil menjeling pada Ammar yang sedang leka mengunyah nasi.
Ammar tersedar semua mata yang memandang wajahnya. Dia mengeluh. Air putih dicapai lalu diteguk perlahan.
“Itu janji mama dulu, takkan mama lupa,” balas Ammar selamba.
Datin Zarina mengeluh berat. Pasal janji itu juga yang diungkit oleh Ammar. Susah betul nak melembutkan hati Ammar yang keras untuk membenci Mardiyah. Hampir setiap hari dia mendoakan agar Ammar menerima Mardiyah sebagai isteri dengan rela hati tapi sampai sekarang anak lelakinya itu masih menunjukkan tanda negatif.
“Kenapa hati Am keras sangat untuk terima Diya sebagai isteri? Diya perempuan yang baik Am, cubalah Am kenal hati dan budi dia dulu,” jawab Datin Zarina lembut.
Akhil dan Aryani hanya mampu mendengar segala nasihat Datin Zarina yang diberikan pada Ammar. Nak menyampuk, rasa macam tak sesuai pulak.
“Bila Am dah buat keputusan, Am takkan ubah, mama,” balas Ammar. Walaupun mendatar tapi kedengaran tegas.
Dia mengangkat pinggan lalu menuju ke dapur. Datin Zarina hanya mampu menggelengkan kepala melihat kedegilan Ammar.
“Ina jangan paksa sangat untuk Ammar terima Diya. Biar dia terima Diya dengan kerelaan hati dia sendiri. Kalau kita paksa, lain pulak jadinya nanti. Apa yang perlu kita lakukan adalah tolong mereka secara senyap- senyap. Abang ada idea,” ucap Datuk Zainal dengan senyuman penuh makna.
Akhil dan Aryani berpandangan dengan Datin Zarina.
“Idea apa, bang?” soal Datin Zarina teruja.
“Adalah. Tapi idea abang ni perlukan Ina, Akhil dan Yani,” ucap Datuk Zainal.
Akhil, Aryani dan Datin Zarina sudah mengangguk setuju.

MARDIYAHberdiri di tepi tingkap di dalam bilik solat yang sunyi sepi. Sementara menunggu subuh masuk dia lebih selesa memandang dada langit yang kelihatan kelam. Rasa tenang menyapa saat dia menarik nafas menghirup udara segar di pagi pertama bulan Ramadhan. Saat ini dia teringatkan arwah ayahnya yang telah pergi menemui Ilahi. Rindunya pada arwah Encik Yasir memang tidak terkata begitu juga rindunya pada Puan Kamariah dan adik- adik. Sepatutnya hari ini dia pulang ke kampung untuk menyambut awal Ramadhan di sana. Kebiasaannya itulah yang Mardiyah lakukan setiap tahun. Tapi kali ini semua berbeza. Hidupnya berubah dengan sekelip mata mujur ada Datin Zarina yang sudi menerima dirinya.
Mardiyah menyeka air mata yang sudah tumpah mengenangkan nasib dirinya yang dibuang keluarga. Sampai bilakah Puan Kamariah akan bersikap dingin dengannya? Sampai bilakah Ammar terus membenci dirinya? Mardiyah begitu inginkan kehidupan seperti orang lain apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tapi masihkah ada bahagia untuk dirinya?
“Ehem-ehem…” bunyi dehaman membuatkan Mardiyah kembali ke dunia realiti. Dia mengesat sisa air mata sebelum berpaling.
Kelihatan Ammar berdiri di muka pintu. Wajah lelaki itu basah dengan air wuduk menyebabkan Mardiyah sedikit terpana memandang wajah kacak milik Ammar. Tidak lama kemudian barulah dia menundukkan pandangan.
“Buat apa termenung sorang- sorang dalam bilik ni?” soal Ammar mendatar.
Mardiyah beku. Lambat- lambat dia mendongak membalas pandangan Ammar.
“Tengah tunggu mama, kata nak solat sama…” jawab Mardiyah takut- takut.
Ammar terdiam. Dia menjeling sekilas pada wajah Mardiyah yang kelihatan basah. Baru lepas menangis ke minah ni? soal hati Ammar.
“Kau dah ambil wuduk belum?” soal Ammar lagi. Kali ini kedengaran lembut.
Dengan pantas Mardiyah menganggukkan kepala.
“Dah tu mana telekungnya? Kenapa tak pakai lagi? Subuh dah masuk ni,” ujar Ammar. Dia memandang Mardiyah yang kelihatan kelam kabut mencari telekung. Dia menghela nafas panjang.
Mardiyah berpusing- pusing mencari telekung di dalam bilik itu. Namun, dia tidak menemui satu pun telekung sembahyang. Dia menggarukan kepalanya yang beralas tudung. Kemudian dia terpandangkan almari yang terletak di satu sudut. Dengan pantas kakinya dihayunkan ke tempat itu.
Dia cuba membuka pintu almari untuk mengambil telekung. Namun, belum sempat dia mengambil, Ammar terlebih dahulu memotong langkahnya. Lelaki itu mencapai sepasang telekung berwarna putih dan dihulurkan kepada Mardiyah.
Walaupun sedikit terkejut, Mardiyah tetap menyambut huluran tangan Ammar. Dia tersenyum nipis.
“Terima kasih…” ucap Mardiyah lembut.
Lalu dia menyarungkan telekung tersebut ke tubuhnya. Ammar masih lagi berdiri di hadapan Mardiyah sambil memandang isterinya memakai telekung. Dia memerhatikan setiap tindak tanduk Mardiyah.
“Senget tu…” tegur Ammar.
Mardiyah tersentak. Dia mendongak meminta penjelasan daripada Ammar.
“Kat mana sengetnya?” soal Mardiyah selamba. Dia membetulkan pelapik telekung di bawah dagu.
“Bukan dekat situ,” ujar Ammar. Dia memandang telekung Mardiyah yang senget di bahagian kepala.
“Habis tu dekat mana?” soal Mardiyah lagi. Sudah habis dipusing telekung yang dipakai tapi Ammar tetap mengatanya senget.
“Meh sini aku tolong betulkan. Pakai benda ni pun boleh senget padahal tiap- tiap hari pakai,” bebel Ammar sambil menarik lengan Mardiyah yang beralaskan telekung.
Mardiyah kaget. Dia mengeraskan diri sebaik saja Ammar berdiri dekat dengannya. Dia dapat rasakan Ammar membetulkan telekung yang berada di bahagian kepalanya sebelum menarik sedikit pelapik dagu bagi menutup dagunya. Mardiyah cuba mengawal debaran yang melanda hatinya.
Ammar tersenyum puas melihat wajah Mardiyah yang lengkap bertelekung. Barulah kemas, tak menyerabutkan mata. Bisik hatinya. Namun, tiba- tiba senyumannya mati apabila anak matanya bertembung pandang dengan anak mata Mardiyah yang bulat bundar. Terkedip- kedip gadis itu merenungnya. Hati Ammar mula berdenyut.
Klik!
Bunyi sesuatu mengejutkan Ammar dan Mardiyah. Dia memandang ke arah muka pintu. Kelihatan Akhil memegang kamera DSLR di tangan sambil menangkap gambarnya. Datin Zarina dan Datuk Zainal hanya tersengih. Aryani pula hanya memainkan keningnya dengan senyuman simpul.
“Sweetnya along, tolong betulkan tudung Kak Diya sebijik macam suami mithali,” usik Akhil disambut dengan gelak tawa keluarganya yang lain.
Ammar menayang muka selamba sedangkan dalam hatinya sudah berdetak tidak menentu. Malu benar- benar malu saat ini. Sekilas dia mengerling pada Mardiyah yang menundukkan wajah. Merona merah muka gadis itu apabila diusik oleh Akhil. Dalam hati Ammar, dia tersenyum.
“Dahlah, tak nak solat ke?” soal Ammar mengalih topik.
“Alah, alih topik pulak along ni. Kami memang nak solat tapi bila tengok drama sebabak tadi rasa macam bahagia je. Tak gitu, mama?” Aryani menyampuk.
“Sudah-sudah, jom kita jemaah sama. Akhil pergi simpan kamera tu. Takkan nak solat pakai kamera,” sindir Datin Zarina.
Akhil tersengih dan mengangguk.
“Am jadi imam ye,” ucap Datuk Zainal sambil menepuk perlahan bahu anak lelakinya itu.
Ammar menganggukkan kepala. Dia mengerling sekilas ke arah Mardiyah yang sudah berdiri di sisi Datin Zarina sebelum dia berlalu menuju ke hadapan.





Rindu Dalam Sepi Istimewa Ramadan : Mengintai Rindu ( Bab 1 )


"AMtak setuju, mama. Berapa kali Am nak cakap yang Am tak suka tengok muka dia ada dalam rumah ni. Kalau mama nak jugak dia datang rumah kita, Am balik apartment. Am tak nak tengok muka perempuan tu!” keras suara Ammar kedengaran di telinga Datin Zarina.
Datin Zarina mengeluh. Sukar sangatkah untuk Ammar melupakan apa yang telah berlaku? Masuk hari ini sudah hampir sebulan peristiwa itu berlaku. Mardiyah pun sudah berjanji akan keluar dari kehidupan lelaki itu dalam jangka enam bulan ini. Sudahlah esok hari pertama bulan Ramadan. Dia teringin bersahur dengan Mardiyah yang juga merupakan menantu rahsianya.
“Am, kalau Am tak jumpa dia dekat rumah ni, Am tetap akan jumpa dia dekat ofis kan? Kenapalah Am ni teruk sangat?” marah Datin Zarina. Dia menyandarkan tubuhnya di sofa.
Datuk Zainal hanya diam mendengar segala perbualan mereka berdua. Ammar mendengus kasar. Dia berpeluk tubuh.
“Mama tahu kan yang Am ni menyampah, benci dan meluat tengok muka dia tu. Serabut, mama tahu tak,” balas Ammar masih lagi membangkang kata- kata Datin Zarina.
Dahlah suruh aku kahwin on the spot dengan minah tu. Sekarang nak suruh aku terima dia pulak? Eh, memang taklah kan aku nak terima perempuan yang dah musnahkan masa depan aku tu. Tak cukup ke mengadap muka dia dekat ofis, takkan nak kena tengok muka dia dekat rumah ni jugak? desis hati Ammar. Dia menarik muka masam.
“Sudah- sudahlah tu kamu marahkan si Diya tu, Am. Tak guna kamu terus membenci Diya yang sah- sah jadi isteri kamu sekarang ni sebab benci kamu tu takkan ke mana. Jodoh dah mengikat kamu dengan dia, terimalah kenyataan,” sampuk Datuk Zainal. Matanya masih fokus di televisyen. Siaran berita di TV3 tidak berjaya mengalihkan perhatiannya untuk turut serta dalam perbincangan antara Datin Zarina dan anak sulungnya ini.
“No way, papa! Mama kan dah janji takkan biarkan dia tinggal dalam rumah ni. Mama dah lupa ke atau mama memang nak tengok Am seksa dia,” balas Ammar tegang.
Datin Zarina tersentak. Datuk Zainal berpaling dan memandang wajah anak lelakinya itu.
“Kebencian yang Am tanamkan untuk Diya itu tidak berasas. Kalau Am tak bersalah pada malam tu, kenapa Am benci sangat pada Diya? Sedangkan kamu berdua memang tak buat apa- apa? Kenapa? cuba Am jelaskan pada mama dan papa,” Datin Zarina membalas.
Ammar terdiam seketika.
“Sebab dia dah menjadi halangan untuk Am berkahwin dengan Lydia. Mama tahu kan hubungan Am dengan Lydia. Mama memang saja nak tengok Am putus dengan Lydia, kan?” balas Ammar.
Datin Zarina tersenyum sinis. Hubungan konon. Nak cakap perkataan cinta pun payah inikan pula nak ada hubungan. Am, Am kenapalah hati anak mama ni buta untuk buat penilaian?
“Kalau dengan putus hubungan itu, dapat menjadikan Am orang yang lebih baik. Mama akan lebih gembira kalau Am tak ada apa- apa hubungan dengan Lydia,” balas Datin Zarina selamba.
“Mama! Am cin…..” lidah Ammar kelu. Dia tidak mampu untuk melafazkan perkataan itu. Suaranya terhenti tiba- tiba membuatkan Ammar bingung. Apa dah kena dengan aku sebenarnya ni? Sumpahan apakah yang memakan diri aku?
Datin Zarina dan Datuk Zainal hanya tersenyum sinis. Mereka sudah dapat mengagak pasti Ammar akan kelu untuk melafazkan tiga perkataan itu. Susah sangat ke?
“Sudahlah Am tak payah nak paksa diri sendiri. Papa tak suka anak papa berdendam dengan orang lain apatah lagi isteri sendiri. Ingat, esok dah masuk bulan Ramadan, bulan yang mulia jadi apa salahnya sebelum kita melakukan ibadat puasa, kita bermaaf-maafan sesama kita. Am banyak buat salah pada Diya dan papa rasa lebih baik Am mintak maaf dengan dia,” Datuk Zainal pula yang bersuara menasihati anak lelakinya yang tercinta.
Ammar tersentak. Aku nak mintak maaf dengan Mardiyah? Bayar sepuluh ribu pun aku takkan mintak maaf. Dia dah perangkap aku untuk kahwin dengan dia, takkan semudah itu untuk aku maafkan dia. Tidak sesekali. Jangan harap! Jerit hati Ammar. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Rasulullah itu seorang yang amat pemaaf, Am. Walaupun pelbagai cacian dan makian yang diterima oleh baginda, namun Rasulullah tetap memaafkan orang lain kerana dengan memaafkan kesalahan orang lain, hati kita akan jadi tenang. Papa tahu Am anak yang baik malah Am bukannya seorang yang pendendam, jangan sampai kebencian dan kemarahan Am ini akan menimbulkan titik- titik hitam dalam hati Am. Tak salah pun kalau Am ajak Diya bersahur dekat rumah kita esok. Dia baru saja kehilangan ayah takkan Am sanggup tengok Diya bersedih pada hari pertama berpuasa. Am jaga anak- anak yatim piatu dekat rumah Nur Cahaya tetapi isteri Am tu, Am abaikan. Itu ke contoh yang Am nak tunjukkan pada anak- anak Nur Cahaya?” Datuk Zainal cuba memujuk.
Ammar terdiam. Wajahnya kembali tenang. Apa yang dikatakan oleh papanya itu ada benarnya juga tapi dia masih belum dapat menerima Mardiyah dalam hidupnya. Dia masih tidak dapat menerima hakikat, setiausahanya menjadi isterinya yang sah.
Datin Zarina tersenyum melihat Ammar yang sudah mendiamkan diri. Tentu anaknya itu sedang berfikir. Lantas, Datin Zarina mencapai I Phone miliknya. Nombor telefon Mardiyah didail. Tidak sampai beberapa saat, taliannya bersambut.
“Assalamualaikum, Diya sihat?” soal Datin Zarina lembut.
Ammar tersentak. Lantas dia berpaling pada mamanya yang sudah tersenyum penuh makna. Kalau tak silap, mama bercakap dengan Diya erk?
“Selamat berpuasa, Diya. Ni Am nak cakap dengan Diya sekejap,” ucap Datin Zarina.
Ammar tersentak lagi. Aikk, aku pulak yang kena? Tak naklah aku bercakap dengan perempuan pembawa malang tu. Detik hatinya.
Namun, Datin Zarina tetap menyuakan telefonnya pada Ammar. sepantas kilat menggelengkan kepala tetapi jengilan mata Datin Zarina sudah cukup menggerunkan Ammar. lalu dia menyambut huluran Datin Zarina. Telefon dilekapkan di telinga.
“Hello!” dengusnya kasar.
“Hee..hel..lo, Encik Am?” suara di hujung talian kedengaran bergetar.
“Ya aku. Mama ajak kau sahur rumah esok. Jadi jangan tak datang pulak!” ucap Ammar kasar.
“Insya- Allah saya datang,” jawab Mardiyah takut- takut.
“Hmmmm…” balas Ammar lalu mematikan talian. Telefon diserahkan kembali pada Datin Zarina yang sudah pun tersenyum puas. Suka betul dera anak sendiri.
Ammar bingkas bangun untuk menuju ke tingkat atas. Memang kalau berdebat dengan kedua orang tuanya ini, pasti dia yang akan menyerah kalah. Tak mengapa Diya, kali ni aku biarkan kau menang tapi tengoklah apa yang bakal aku lakukan pada kau. Bisik hati Ammar dengan senyuman penuh makna terukir di bibirnya.
“Am, nak ke mana pulak tu? Jangan cakap nak balik apartment. Papa tak benarkan kamu balik apartment selama sebulan sampailah raya nanti,” tegas Datuk Zainal memberi arahan.
Langkah Ammar terhenti. Dia mengeluh.
“Baiklah, papa,” jawab Ammar mengalah.
                                                       
“SIAPAyang call?” tanya Quraisya sambil matanya masih tertancap pada skrin televisyen.
Mardiyah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Nak cakap macam mana erk?
“Err…bos aku yang call,” jawab Mardiyah tergagap- gagap. Dia cuba meredakan debaran di hati saat mendengar suara Ammar di telefon. Memang itu bukan kali pertama dia mendengar suara Ammar tetapi kali ini suara itu mampu membuatkan dadanya berdebar.
Quraisya berpaling memandang wajah Mardiyah.
“Bos kau yang muka dia macam Lee Min Ho tu?” soal Suraya sedikit teruja.
“Taklah, bos aku yang macam muka Harun Salim Bachik,” balas Mardiyah sambil ketawa apabila melihat wajah Quraisya yang tidak puas hati.
“Sukalah kau kenakan aku. Tapi buat apa dia call kau? Bukan ke kau cakap dia tak suka kau?” Quraisya menyoal lagi.
Mardiyah menarik nafas sedalam- dalamnya. Memang Ammar tak pernah sukakan aku. Apa yang dia buat semua atas paksaan daripada Datin Zarina dan Datuk Zainal. Mardiyah juga dapat merasakan pelawaan untuk bersahur di rumah lelaki itu pasti atas gesaan Datin Zarina. Mardiyah mengeluh. Sampai bila lelaki itu akan membenci dirinya? Sedangkan dia sudah penat dalam sandiwara yang lelaki itu ciptakan.
“Diya, aku tanya kau ni. Kau boleh termenung pulak. Teringat dekat boslah tu,” bebel Quraisya sambil mencuit lengan Mardiyah.
Mardiyah tersentak. Kemudian dia tersengih menyembuyikan rasa sedih yang berlagu di hati.
“Esok kan nak puasa jadi dia ucap selamat berpuasalah,” bohong Mardiyah dengan suara yang sengaja diceriakan.
“Macam pelik je bos kau tu. Tapi lantak dialah kan. Kau dah mintak maaf ke belum dengan dia? Yelah, kita ni nak berpuasa, jadi lebih afdal kalau kita bermaaf- maafan sebelum menjalani ibadat puasa. Barulah puasa kita akan tenang,” balas Quraisya.
Mardiyah terdiam seketika. Betul juga apa yang dikatakan oleh Quraisya. Selama ini dia banyak buat salah pada Ammar dan sekeluarga kerana kedatangannya dalam hidup lelaki itu membuatkan hidup Ammar menjadi kelam kabut. Perlukah aku minta maaf? Soal hati Mardiyah masih lagi sangsi.
“Tengoklah macam mana nanti. Lebih baik aku mintak maaf dengan mak aku daripada aku mintak maaf dengan mamat perasan bagus tu. Eh, kau tak kerja ke malam ni? Bukan ke minggu ni syif kau waktu malam?” Mardiyah mengubah topik.
Quraisya tersengih.
“Kejap lagi aku pergilah. Tapi sorrylah aku tak dapat nak teman kau bersahur. Kau bersahur soranglah nampak gayanya. Ataupun apa kata kalau kau pergi bersahur dengan bos kau yang perasan bagus tu,” Quraisya cuba bergurau.
Mardiyah hanya menjeling. Kau ni macam tahu- tahu je memang aku kena pergi bersahur dekat rumah mamatyang perasan bagus tu. Isya, macam mana agaknya kalau kau tahu sebenarnya aku dah kahwin dengan Ammar? Kau marah aku tak? Soal hati Mardiyah.
“Tak apalah, nak buat macam mana kan, nampaknya aku kena sahur dekat kedai mamaklah,” balas Mardiyah sambil ketawa kecil. Quraisya turut ketawa.
                                                    
AMMARberguling ke kiri dan ke kanan. Hatinya terasa resah apabila memikirkan esok dia harus berhadapan dengan gadis yang sudah memusnahkan masa depannya. Walaupun dia selalu bersua muka dengan Mardiyah di pejabat tetapi kali ini dia terasa lain. Jika di pejabat bolehlah dia membuli gadis itu tapi bila di rumahnya, jangan haraplah mama dan papa akan menyebelahinya. Entah apa yang bagusnya minah tu pun aku tak tahu. Gumam hati Ammar.
Lamunannya terhenti apabila telefon Blackberrynya berdering. Dia merengus apabila melihat nama yang tertera di skrin. Dia ni nak apa entah malam- malam buta ni. Dengus Ammar tapi punat hijau tetap di tekan.
“Hah, kau nak apa?” jerkah Ammar kasar.
“Assalamualai…kumm, encik…” ucap Mardiyah tergagap- gagap.
“Waalaikummusalam. Kau nak apa?” ulang Ammar lagi dengan nada yang serupa.
“Maaf menganggu encik malam- malam ni, saya cuma….”
“Cuma apa? Eh boleh tak cakap tu straight to the point. Tak ada masa aku nak melayan kerenah kaulah. Sakit je hati aku ni bila dengar suara kau. Kalau kau ada depan aku, dah lama kau dapat pelempang. Menyerabutkan betul!” bentak Ammar keras.
Mardiyah menelan air liur. Gerun dia mendengar kata- kata Ammar. Terbayang segala seksaan yang telah lelaki itu lakukan sebaik saja dia menyandang gelaran isteri rahsia Ammar Mukhriz.
“Saya cuma nak minta maaf atas kesilapan saya pada encik selama ni. Esok dah nak puasa saya harap sangat encik lupakan sengketa yang pernah terjadi antara kita. Itu saja,” balas Mardiyah takut- takut.
Ammar terdiam. Dia nak aku lupakan sengketa? Senangnya cakap.
“Kau ingat apa yang berlaku dalam hidup aku ni macam kunyah gula- gula getah. Bila puas kunyah, buang macam tu je. Kau yang datang dalam hidup aku, lepas tu huru harakan hidup aku, kau suruh aku lupakan? Kau tu yang patut lupakan hasrat kau untuk suruh aku lupakan apa yang kau dah buat. Sekali aku cakap aku benci, selamanya kau akan dapat kebencian aku, bukannya kemaafan!” balas Ammar.
Mardiyah terkedu di hujung talian. Air mata mula bergenang. Niatnya baik tapi Ammar bagaikan sudah buta untuk menilai kebaikannya.
“Tapi semua itu bukannya salah saya….”
“Habis tu kau nak cakap itu salah akulah? Siapa yang masuk bilik aku? Siapa? Kalau bukan kau. Aku tahu kau sengaja nak perangkap aku, aku dah bosan dengan perangai perempuan murah macam kau ni!” maki Ammar lagi.
Berdarah hati Mardiyah mendengar tohmahan Ammar yang tidak berasas. Apa yang berlaku bukan salahnya. Ammar juga tahu tentang itu. Kebetulan saat itu ada pemeriksaan daripada jabatan agama di hotel- hotel yang terpilih. Dia sendiri tidak menyangka menjadi salah satu mangsa daripada pemeriksaan itu.
“Saya minta maaf, encik…” hanya itu yang mampu Mardiyah ungkapkan. Pilu hatinya dengan penerimaan Ammar.
“Argh, sudahlah!” bentak Ammar lantas mematikan telefon. Dia merengus.




Rindu Dalam Sepi Istimewa Ramadan : Mengintai Rindu

Memandangkan mini novel ini akan SK terbitkan sendiri tak lama lagi..Jadi SK update kembali entry untuk MENGINTAI RINDU...


 PROLOG
MATANYAyang bundar masih lagi merenung tanah kubur yang merah. Batu nisan yang berwarna putih itu digosok perlahan dengan rasa yang amat pilu. Jasad insan tersayang telah tersemadi di dalam liang lahad yang sunyi sepi ini. Hatinya bagaikan diremuk apabila mengenangkan pemergiaan insan itu kerana kesilapan dirinya sehingga dia merasakan dirinya yang membunuh insan itu.
Air mata mengiringi lekuk pipi tidak diendahkan malah diseka dengan kasar menggunakan tapak tangan. Betapa hatinya cukup terseksa dengan hukuman yang diberikan sehingga dia terpaksa datang secara senyap dan sembunyi bagi melepaskan rindu pada pusara yang tidak bernyawa ini.
“Ayah, Diya datang ni. Diya rindu pada ayah. Tadi Diya ada pergi rumah, tapi Diya mampu tengok dari jauh jelah ayah. Diya tak mahu ibu tahu yang Diya datang ke sini. Diya tak mahu hati ibu terluka bila ternampak Diya kat kampung ni. Diya rindu sangat kat ibu, ayah tapi Diya tahu Diya tak mungkin dapat peluk ibu macam dulu dah. Ibu benci sangat pada Diya sama seperti suami Diya bencikan Diya tapi ayah jangan bencikan Diya ye,” rintih hati gadis itu sambil mengenggam tanah dengan telapak tangannya.
Satu persatu peristiwa yang berlaku dalam hidupnya kembali berputar di fikiran. Malam yang telah memusnahkan hidupnya kembali terlayar ke ruang mata. Disebabkan malam itu, dia kehilangan ayahnya, disebabkan malam itu, dia dibuang keluarga, dan disebabkan malam itu, dia dibenci tanpa sebab oleh suaminya sendiri. Dia cuba untuk tabah tapi hatinya masih lagi lemah untuk menerima ujian yang sehebat ini. Atau memang dia tak layak untuk menerima kasih sayang daripada sesiapa pun?
Satu keluhan dilepaskan. Air putih disiramkan ke atas pusara ayahnya yang sepi itu sebelum kelopak bunga ditabur di atas tanah merah itu.
“Ayah, esok dah mula puasa. Diya ralat sangat sebab tak dapat puasa dengan ayah, dengan ibu dan adik- adik. Diya nak sangat keluarga kita bersatu macam dulu tapi itu tak mungkinkan, ayah? Ayah dah tenang di sana tinggallah Diya seorang dekat sini. Kalaulah Diya dapat ikut ayah ke sana juga kan lebih bahagia lagipun dekat sini tak seorang pun yang sayang pada Diya. Tak ada seorang pun yang peduli pada Diya lebih baik Diya ikut ayah,” ngongoi gadis itu lagi. Dia memeluk lutut. Tersedu-sedan dirinya menahan tangis yang semakin merasuk dirinya.
“Diya tahu Diya anak yang tak guna Diya dah conteng arang ke muka ayah dan ibu tapi itu semua berlaku bukan kerelaan Diya, ayah. Maafkan Diya kerana dah kecewakan ayah. Tapi Diya berjanji, Diya akan kembalikan harga diri Diya yang tercalar itu. Mungkin berkat bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni, Diya akan temui semangat Diya yang baru meskipun tanpa ayah di sisi Diya tapi Diya harap ayah selalu temani Diya walaupun Diya tahu kita tak mungkin dapat bersua kembali,” ucap gadis itu lagi sambil mengesat air mata yang bersisa.
Angin yang bertiup lembut petang itu mendamaikan hatinya yang keresahan. Tanah perkuburan yang sunyi sepi itu menjadi peneman hatinya yang turut sepi. Di sinilah tempat dia meluahkan segala kekecewaan yang bermukim di hati.
“Diya dah nak balik, ayah. Nampaknya Diya tak ada peluang untuk berpuasa dan beraya dengan ayah tahun ni. Diya pun tak tahu bila lagi Diya dapat datang jenguk ayah dan ibu. Tapi yang pasti Diya tetap akan datang walaupun Diya cuma memandang dari jauh je. Maafkan kesalahan Diya, ayah. Maafkan anak ayah ni. Insya-Allah kita akan bersatu kembali, ayah. Tunggu Diya di sana,” ucap gadis itu penuh perasaan.
Dia menggosok dan mencium batu nisan itu buat kali terakhir sebelum dia berdiri dan mula mengorak langkah meninggalkan kawasan perkuburan yang sepi itu.

Senin, 02 Juni 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 1

Assalamualaikum u ollsss....

Apa khabar pembaca blog cik writer kasihi semua? Rasanya dah sebulan blog ni sepi tanpa entry kan kan. Kali ini cik writer dah kembali  aktif. Okey hari ni seperti yang cik writer bagitahu entry baru akan berada di blog. Jemput baca dan terima kasih singgah ya. :D




BAB SATU



   “DURA kamu dah siap ke belum? Majlis akad nikah bakal berlangsung sekejap lagi. Kamu jangan lama-lama sangat. Sekejap lagi rombongan pihak lelaki akan sampai .” Jerit ibu Dura. Khemah di depan rumah sudah terpacak dari semalam lagi. Pagi ini majlis akad nikah Durani dan jejaka pilihannya Mikhail.

    “Ya ibu..Dura dah siap pun.Sekejap lagi Dura keluar.” Sahut Durani yang sedang melihat cermin.Wajahnya lain benar apabila di mekap. Pakaian akad nikah yang bewarna putih menjadi pilihannya dengan Mikhail.

   Pertemuan dari zaman sekolah akhirnya menemukan mereka ke jinjang pelamin. Kalau dah jodoh memang tak ke mana. Durani membetulkan sedikit selendang di kepalanya. Durani mengambil tisu di sebelahnya lalu di lap sedikit pada bibirnya.Lipstik yang di pakai oleh mak andam tersangatlah merah.Durani memang tidak suka memakai gincu.

   “Eh Dura ..Janganlah lap.Kak Ani buat untuk kau nampak cantik dan meletop pada hari ini.Kau kan ala-ala princess hari ni, tak sangka Kak Ani bersatu juga ya kau dengan Mikhail. Punyalah lama korang berdua kenal dari zaman sekolah lagi tu.Alhamdulilah hari ni kamu akan di satukan dengan dia.” Ujar Kak Ani merangkap mak andam untuk Dura pada hari yang begitu bersejarah buat dirinya.

   “Dura tak biasalah Kak Ani pakai gincu ni. Rasa tebal semacam je bibir Dura ni Kak Ani.” Tingkah Dura sewaktu menoleh pada Kak Ani.

    “Sudahlah. Jangan sapu lagi. Kau kena cantik hari ni.Jom kita keluar.Sekejap lagi majlis akad nikah. Kita dah kena pergi masjid ni karang lambat pula.” Ujar Kak Ani pula. Durani hanya tersenyum lalu mengangguk. Dia bangun dan melangkah dengan perlahan menuju ke luar rumah.

    “Lawanya anak ibu hari ni. Abang cuba tengok Dura hari ni cantik sangat.” Puji ibu Durani.Ayah Dura menoleh pada anak gadisnya di muka pintu bilik.

    “Cantik anak kesayangan ayah hari ni.” Puji ayah Dura pula.

     “Jadi selama ni anak ibu dengan ayah ni tak cantiklah ya?” Tingkah Durani sambil mempamerkan wajah yang sedih.

    “Kesitu pula kamu ni. Hari ni kamu lagi cantik. Dah pergi masuk kereta. Kita kena gerak ke masjid ni.” Tingkah ibu Durani lagi.

   “Itu yang moleknya Puan Yusnita. Karang menunggu pula tok kadi dekat masjid tu haa. Dengar kata hari ada ada dua pasangan lagi yang akad nikah sekali.” Seloroh Kak Ani pula.

    “Betullah tu. Anak si Leha pun akad nikah hari ini juga. Sudahlah mari kita gerak ke sana.” Ujar Puan Yusnita lalu menyarung selipar di tangga.

    Durani menuruni tangga rumahnya dengan perlahan-lahan. Kainnya yang agak labuh menyukarkan dia berjalan dengan laju. Durani kemudian menuju ke kereta abangnya Lukman. Esok bukan saja majlis persandingan Durani dengan Mikhail malahan juga majlis menyambut menantu.Abangnya Lukman akan membawa isterinya kemari esok.

    “Dura apa lagi tu. Masuklah dalam kereta. Ayah duduk depan biar ibu dengan Dura dekat belakang.” Arah Lukman. Durani hanya tersengih ketika di tegur abangnya. Dia sibuk membetulkan pakaian. Selepas itu mereka sekeluarga dan juga beberapa lagi suadara yang terdekat terus menuju ke masjid yang berdekatan.

    Hanya dengan sekali lafaz saja Durani kini bergelar isteri kepada Mikhail. Durani tersenyum kegembiraan impiannya untuk bersatu dengan  Mikhail akhirnya bersatu pada hari ini.Tiada kata-kata yang dapat di gambarkan oleh Durani ketika ini. Bertahun-tahun mereka saling mengenali hati budi masing-masing kini sudah tiba masanya untuk mereka menjalani kehidupan suami isteri.

    Selepas selesai urusan di dalam masjid , Durani dan suaminya keluar dari masjid tersebut lalu menuju ke arah keluarga masing-masing. Ibu bapa mereka juga sangat gembira kerana hajat mereka untuk menyatukan Durani dan Mikhail akhirnya kesampaian. Mikhail telah tamat pelajarannya di luar negara. Dia anak muda jati kampung yang bertuah kerana dapat menyambung pelajarannya di luar negara dalam bidang kedoktoran.Selepas ini Mikhail bakal berkhidmat untuk orang ramai pula. Bertahun Durani menunggu buah hati kesayangannya belajar di luar negara.

   Durani juga sudah bekerja beberapa bulan yang lalu sebagai akauntan di salah sebuah syarikat swasta. Pulang dari masjid keluarga pengantin lelaki dan juga perempuan mula menjamu selera.

    “Ita bertuah kamu dapat menantu doktor.Bersatu juga Durani dengan Mikhail tu ya.” Ujar seseorang pada Mak Ita.

    “Alhamdulilah Kak Yah.Syukur sangat. Akhirnya impian saya nak lihat Dura kahwin sudah termakbul.” Ujar Puan Yusnita penuh kesyukuran. Ketika itu mereka sedang sibuk menyiapkan barang-barang untuk kenduri esok pagi. Hidup di kampung beginilah apabila ada kenduri kendara.Saling tolong menolong antara satu sama lain.

   “Esok kamu sambut dua menantu sekaligus Ita. Seronoknya.” Tingkah salah seorang dari saudara terdekat keluarga Durani.

    “Alhamdulilah Kak Yam.Orang kata rezeki.” Tingkah Puan Yusnita dengan senyuman.

     MAJLIS persandingan Durani dan Mikhail berjalan dengan lancar. Bunyi paluan kompang memeriahkan suasana. Abangnya Durani juga segak hari ini tambahan pula di temani oleh isteri yang tercinta yang di nikahinya seminggu yang lalu. Lukman melemparkan senyuman manis buat isteri tercinta.

   “Abang cantiklah Dura hari ni. Terkejut Yana tengok dia tadi.” Bisik Liyana ke telinga suaminya.
    “Isteri kesayangan abang ni apa kurangnya.Cantik sangat .” Ujar Lukman sambil mencuit pipi isterinya yang tercinta.

     “Ehem..Ehemm..Amboi abang dengan Kak Yana kemain lagi main-main cuit pipi.” Usik Durani dengan selamba. Mikhail di sebelahnya sudah tersenyum pada abang dan kakak iparnya.

    “Sayang.. Mulalah tu nak mengusik abang Lukman.” Giliran Mikhail pula mencuit pipi isterinya.
     “Itulah mengata abang sangat. Dura pun sama.” Balas Lukman dengan sengihan.Durani mencebikkan bibirnya. Alih-alih Dura yang terkena balik.

    Dura  dan Mikhail sudah pun menukar kepada pakaian biasa. Hari kian gelap. Mikhail mula mencari sesuatu di dalam bilik Durani namun dia tidak menjumpainya.

   “Abang cari apa?” Soal Durani sewaktu memasuki bilik pengantin mereka.

    “Abang cari beg pakaian abang lagi satu.Ini baju abang ambil dari beg yang kecil ni. Jangan-jangan diorang terlupa bawa keluar tak beg lagi satu. Dalam tu ada hadiah untuk sayang dan juga abang Lukman dan Kak yana.” Balas Mikhail .

    “Pulak dah.Tertinggal agaknya tu.Tak mengapalah bang. Esok abang baliklah ambil , rumah abang pun bukan jauh mana lima belas minit saja dari rumah Dura ni.” Balas Durani pula lalu mendekati suaminya.

   “Tak apalah. Abang pergi balik sekejap ambil barang tu ya.” Ujar Mikhail dengan senyuman.
    “Abang tak yah la pergi hari dah senja ni. Barang tu esok-esok boleh ambil tak lari ke mana pun bang.” Pujuk Durani .Mikhail mengusap kedua belah pipi isterinya.

    “Sayang.. Mana boleh. Itu hadiah kejutan untuk sayang. Abang tak boleh nak tunggu esok. Abang teruja sangat nak bagi pada sayang.” Tingkah Mikhail.

    “Esok pagi ya abang ambil.” Pujuk Durani lagi.

    “Abang pergi sekejap saja ya sayang..” Ucap Mikhail lalu mengambil kunci keretanya yang terletak di atas meja solek. Durani mengeluh seketika. Perangai Mikhail masih tidak berubah seperti dulu  lagi. Durrani tersenyum.

    “Hati-hati bawa kereta bang.” Ujar Durani dengan senyuman. Mikhail menghulurkan tangan untuk bersalam kemudian Mikhail mengucup dahi isterinya sebelum beralih kedua-dua belah pipi milik Durani. Selepas itu Mikhail memeluk erat Durani bagaikan tidak mahu melepaskan isterinya ketika ini.

    “I love you sayang..” Ucap Mikhail sebelum berlalu pergi meninggalkan isterinya .Durani melambaikan tangan pada suaminya yang sudah berada di dalam kereta.

    “Dura.. Mikhail mana?” Soal ayah Durani iaitu Encik Idris.

   “Abang Mikhail balik ke rumah dia sekejap. Ada barang yang tertinggal dia kata.” Ujar Durani.Encik Idris menganggukkan kepalanya.

    “Pergi bersiap. Sekejap lagi dah nak maghrib. Kita jemaah sama-sama.” Arah Encik Idris .

     “Baik ayah.” Jawab Durani.

   JAM di dinding sudah berginjak ke angka sembilan setengah malam namun kelibat suaminya masih lagi tidak kelihatan. Durani menjengguk ke arah jalan namun hampa jalan di hadapan rumahnya kosong saja tanpa kenderaan. Durani mula gelisah.

    “Mana abang ni. Lama sangat balik sana. Perginya sebelum maghrib lagi .” Luah Durani sedirian. Dura mundar mandir di tangga.

    “Dura kenapa tu?” Soal Lukman apabila terlihat adik kesayangannya di tangga.
    “Dura tunggu abang Mikhail. Dia tak balik lagi ni. Risaulah Dura.” Jelas Dura. Terpamer riak kerisauan di wajahnya ketika ini.

   “Apa susah. Dura telefon sajalah dia tak pun telefon mak mertua Dura tanya Mikhail ada di sana lagi atau dah balik.” Lukman memberikan cadangan.

   “Ya tak ya juga.” Jawab Dura lalu bergegas menuju ke biliknya dan mencapai telefonnya yang berada di meja solek. Selepas itu Dura keluar kembali menuju ke tangga dan cuba mendail nombor telefon suaminya. Beberapa kali mencuba namun panggilan langsung tidak berjawab.

   “Dapat tak Dura?” Soal Lukman. Dura menggelengkan kepalanya.

    “Kenapa ni bang?” Soal Yana yang baru saja tiba di situ.

    “Ni haa. Mikhail tak balik-balik lagi. Katanya sekejap je nak balik rumah dia .” Jawab Lukman.Isterinya menganggukkan kepalanya.

   Sejurus selepas itu , Dura mendail pula nombor telefon mak mertuanya.

    “Assalamualaikum mak Dura ni… Errmm abang Mikhail ada dekat sana lagi ke?” Soal Durani dengan gementar.

    “Mikhail tak sampai rumah lagi ke? Selepas maghrib tadi dia terus saja balik ke sana. Kamu dah cuba telefon dia Dura.” Soal mak mertua Dura dengan pelik.

   “Dah call tapi tak berjawablah mak. Dia ke mana tak balik lagi. Kalau lepas maghrib tadi dia terus ke mari sepatutnya dia dah sampai.” Jelas Dura dengan gelisah.

    “Janganlah risau sekejap lagi dia sampai. Kalau dia dah sampai Dura telefon mak ya.” Pesan Puan Rahimah sebelum mereka menamatkan talian.

   “Sabarlah Dura. Kak Yana rasa sekejap lagi dia sampailah tu.Mana tahu dia singgah kedai ke sekejap handphone pula tinggal dalam kereta.” Yana memujuk adik iparnya.

   “Dura risaulah Kak Yana.” Tingkah Durrani lagi sambil memandang abang dan kakak iparnya.
    “Bang macam mana ni?” Soal Yana pada suaminya.

     Selepas beberapa ketika, telefon milik Durani berdering. Dia melihat nama yang tertera dia terus senyum dengan gembira. Dengan pantas Durrani menjawab panggilan dari suaminya itu. Lukman dan Yana juga turut tersenyum .

    “Abang dekat mana? Kenapa tak sampai rumah lagi?” Soal Durrani. Namun bukan suara suaminya yang di dengar. Suara orang lain. Tangan Durrani terus melepaskan telefon yang di pegangnya sebaik saja orang tersebut memberitahunya tentang Mikhail.

   “Dura..Dura kenapa ni?” Soal Lukman dengan cepat dia mengambil semula telefon Dura lalu di letakkan di telinganya..

    “Hello..Mikhail..Mikhail..” Panggil Lukman. Tergamam dan terkejut Lukman selepas mendengarnya apa yang di katakan oleh pemanggil tersebut.

     “Abang……” Jerit  Durani. Air matanya sudah membasahi pipi. Puan Yusnita dan Encik Idris terus menuju ke tangga apabila terdengar anaknyanya menjerit.

     “Dura kenapa ni?” Soal Puan Yusnita. Yana sudah memeluk Dura. Dia masih kebinggungan seketika.

    “Ibu .. abang Mikhail .. Ayah abang Mikhail..” Jerit Durani. Puan Yusnita dan Encik Idris tidak faham di pandang anak lelaki mereka.

   “Lukman apa dah jadi?” Soal Encik Idris

    “Ayah.. Ibu.. Mikhail kemalangan.” Jawab Lukman. Yana serta kedua ibu bapa mertuanya terkejut besar.

    “Apa? Astagfirullah al’azim..” Ujar Encik Idris mengurut dada. Puan Yusnita terdiam. Lukman dan Yana saling berpandangan dan  Durrani sudah meraung sekuat hati di dalam pelukan kakak ipar dan ibunya.

Bersambung...

NotaTerkepit: Entry Bila Tiba Waktunya akan di update seminggu sekali ya. Pada setiap hari isnin. Terima kasih.