Jumat, 21 Juni 2013

Cinta Karma ( Teaser II )

“ Mak Yam tolong jangan sebut nama dia lagi. Fiya dah tak nak dengar apa- apa yang berkaitan dengan dia. Fiya dah tak ada suami!” tegas Wafiya.
Mak Yam terkesima sebentar. Dia memandang wajah Wafiya. Mata bundar itu memancar sinar kebencian yang tidak dapat diungkapkan dengan kata- kata namun wajah itu basah dengan air mata. Mak Yam tahu gadis itu terseksa.
“ Mak Yam tahu cinta kamu pasti terhalang kerana pangkat dan keturunan. Mak Yam pernah melalui semua itu. Tapi Fiya kena ingat, cinta itu tidak pernah mengenal pangkat atau keturunan. Cinta itu buta untuk membezakan taraf seseorang. Fiya kena kuat. Kembalikan semangat Fiya yang dulu,” nasihat Mak Yam.
Mak Yam menghampiri Wafiya. Tangan gadis itu disampai kemudian digenggam kemas seolah- olah menyalurkan secebis semangat pada anak gadis itu yang kelihatan lemah. Air mata Wafiya diseka dengan hujung jari. Dia sudah menganggap Wafiya seperti anaknya sendiri malah umur gadis itu sebaya dengan Haq. Itu yang membuatkan Mak Yam melayan Wafiya seperti anaknya sendiri.
“ Tapi cinta tu kejam Mak Yam. Cinta itu menyakitkan. Kalau Fiya tahu dia cuma berpura- pura mencintai Fiya, membiarkan Fiya larut dengan sikap ambil beratnya, Fiya takkan sesekali jatuh cinta pada dia. Tapi Fiya dah terlanjur sayang pada dia…” rintih Wafiya meluahkan rasa hatinya yang sebenar. Dia teresak- esak. Dia memeluk lutut.
“ Mak Yam yakin, suami Fiya mempunyai rasa yang sama dengan Fiya cuma pasti ada sesuatu yang menghalang cinta kamu berdua bersatu. Mak Yam yakin suatu hari nanti pasti dia akan datang cari kamu…”
“ Fiya dah tak perlukan dia, Mak Yam. Fiya nak hapuskan segala perasaan yang Fiya simpan pada dia. Buat apa Fiya terhegeh- hegeh pada orang yang tak pernah terima Fiya. Dia berjaya mencuri hati Fiya tapi dia juga yang berjaya menghancurkan perasaan Fiya sedangkan selama ini hati Fiya tak pernah terisi dengan sesiapa pun. Tetapi dia dah merobek hati Fiya. Fiya tak dapat terima Mak Yam. Fiya tak kuat untuk maafkan dia…” luah Wafiya lagi.
........................................................................................................................................


“ Demi Mu yang Allah, hati aku terasa sakit sejak ketiadaan dia. Masih adakah peluang untuk aku bertemu dengan dia? Tolong jagakan dia untuk aku ya Allah kerana dia yang mampu menakluk hati aku,” bisik Syed Aryan. Dia menahan rasa sebak yang mula menghurung dada.
Syed Aryan meraup wajah. Tiba- tiba dia teringatkan sesuatu. Dia menunduk dan memandang ke bawah katil. Sehelai sapu tangan kecil di keluarkan daripada bawah katil. Lama Syed Aryan merenung sapu tangan tersebut sebelum dicium penuh perasaan.
Segala kenangan bersama dengan Wafiya seolah- olah bermain di kotak fikirannya sehingga menjelma di ruang mata. Abang rindukan Fiya. Terlampau rindukan Fiya…rintih hati Syed Aryan. Tanpa disedari setitis air mata menitis dari mata Syed Aryan yang jernih.
Syed Aryan bangkit, dia menuju ke penyidai lalu dia mencapai sejadah putih pemberian Wafiya suatu ketika dahulu dan di bawa bersama ke katil. Syed Aryan merebahkan badannya sambil memeluk sejadah tersebut seolah- olah dengan cara itu dia dapat mengubati rindunya pada Wafiya.
Syed Aryan memejamkan mata mencuba untuk melelapkan mata. Namun, air mata terus- terusan mengalir seakan menceritakan tentang batinnya yang cukup terseksa dengan perpisahan ini. Tiada siapa yang mengetahui isi hatinya, tiada siapa yang mengambil peduli terhadap perasaannya hanya malam- malam yang sepi menemani Syed Aryan setiap hari. Benarlah bagai di kata, soal hati hanya hati dan Allah sahaja yang mengetahui betapa sakitnya apabila mencintai seseorang yang tiada di hadapan mata.

Kamis, 20 Juni 2013

SINOPSIS AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU

Assalamualaikum u oll..

Aku Ditakdirkan Untukmu dah pun memasuki bab 20..Jalan cerita ini masih lagi panjang .Terima kasih semua yang baca dan komen.Untuk petang ini aku share sedikit sinopsis cerita ni.Sebenarnya aku tak reti nak tulis sinopsis ni.So aku tak tahulah ok ke x.Maaflah kalau tak berapa nk ok eh.Ini sinopsisnya..Heheheh..Mekasih.. :D

                             

SINOPSIS AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU



  DIAN BATRISYA dan juga DHIYA’ BATRISYA adalah pasangan kembar yang sememangnya rapat.Mereka saling melengkapi antara satu sama lain.Pertemuan Dian bersama rakan sekerjanya telah mengikat Dian menjadi tunang kepada Zafran Nufail.Orang kata dalam bertunang ini banyak cabarannya.Itu jugalah terjadi pada Dian. Satu kemalagan yang berlaku telah meragut nyawa kembar Dian iaitu Dhiya’, manakala Dian pula koma.Sebaik Dian sedar dari koma dan mendapat tahu yang Dhiya’  Batrisya telah meninggal Dian berubah menjadi murung. Sepanjang Dian mengalami penyakit kemurungan ini dia telah di rawat oleh seorang doctor yang bernama  Doktor Rafiqi Aryan.Dalam diam doctor Rafiqi jatuh cinta dengan Dian Batrisya.

   Hana Yasmin teman rapat Dian  dalam diam rupanya mencintai tunang Dian sejak dulu lagi.Hana tidak puas hati apabila melihat lelaki idamannya menjadi milik sahabatnya .Bagi Hana Dian adalah perampas.Hana Yasmin akan dapatkan apa saja yang dia impikan termasuklah musnah sebuah ikatan.Hana akan lakukan apa saja asalkan dia puas hati. Oleh kerana sifat cemburu yang mengusai dari segalanya telah membuatkan Hana melakukan sesuatu pada Dian yang di mana telah membuatkan Dian mengalami Amnesia.Dian langsung tidak menginggati tunangnya Zafran Nufail.Di waktu Dian mengalami kemurungan dan juga amnesia itulah Hana mengambil peluang yang ada.

    Percubaan Hana seterusnya telah menyebabkan Dian  hilang percaya pada tunangnya sendiri di mana peristiwa itu jugalah yang mengembalikan ingatan Dian kembali.Selepas peristiwa itu jugalah Dian mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya sekaligus membatalkan perkahwinannya .

    Kehadiran doctor Rafiqi sebenarnya mengubat luka di hati Dian. Lamaran dari doctor Rafiqi membuatkan Dian serba salah untuk menerimanya.Zafran Nufail pula tidak henti-henti untuk dapatkan Dian kembali walaupun sudah terang-terangan Dian menolak.  Hana pula tak habis-habis nak perondakan hidup Dian.

     Dian…..Bunga ini untuk awak.Saya sayangkan awak Dian.Tolong beri saya peluang sekali lagi.” – ZAFRAN NUFAIL.

    “Saya sayangkan awak Dian.Saya akan tunggu jawapan awak nanti.Coklat tu pesan pada saya suruh awak makan dia.Makan tahu nanti coklat tu sedih.Hehhehe..I miss you Dian..”  - RAFIQI ARYAN

    “Siapa yang harus aku pilih.Rafiqi atau Zafran ? ” – DIAN BATRISYA


NotaTersepit : Aku bukanlah seorang penulis yang pandai.Aku juga masih baru dalam bidang ini..Terima kasih yang membaca karya ini..Hehehhe..


Rabu, 19 Juni 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 20

Assalamualaikum u oll..

Pejam celik pejam celik dah hari khamis..Hari ini di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu bab seterusnya..Hehehhe.Waaa dh masuk bab 20..Starting bab 20 dan ke atas ni ada peristiwa yg menyedihkan buat Dian.Selamat membaca dan mekasih...=)

                             



BAB DUA PULUH



    DIAN BATRISYA sudah pun keluar dari pejabatntya.Jam dipergelangan tangannya sudah berginjak jam enam petang.Namun bayangan Dhiya’ Batrisya masih lagi tidak kelihatan.

   “Ke mana Dhiya’ ni?Tak sampai-sampai lagi.” Tingkah Dian sendirian.Matanya melilau-lilau kearah jalan raya yang sesak di kala ini.Dian menarik nafas dengan perlahan.

   “Dian marilah Zafran hantarkan.Jomlah.”Tingkah Zafran Nufail dari tingkap kereta yang membuatkan Dian tersentak.

   “Eh Zafran tak balik lagi?” Soal Dian sambil tersenyum pada tunangnya .
   “Mana boleh saya balik, kalau tunang saya masih lagi tak balik.Tak senang hati saya tengok Dian sorang diri .Jomlah biar Zafran hantarkan Dian hari ni.” Pujuk Zafran Nufail lagi.

    Zafran menghela nafasnya sambil membuang pandang pada buah hati kesayangannya Dian Batrisya.Zafran memang respect Dian.Dian bukan jenis yang suka berkepit ke sana sini.Menurut Dian walaupun mereka sudah bertunang , batasan haruslah di jaga.Zafran Nufail memang beruntung dapat Dian.Sungguh Dian berbeza dengan gadis lain.Semenjak bertunang ni adalah beberapa kali Zafran menghantar Dian balik ke rumah selepas waktu pejabat.

   Dian banyak kali menolak.Pertama Dian tidak suka orang mengata di belakangnya.Cukuplah orang mengetahui dirinya sudah bertunang.Biasalah mulut orang boleh kata apa saja.Mereka punya hak untuk bersuara tapi kadang kala tak perlulah sampai menjaga tepi kain orang tapi itulah lumrah kehidupan.

   “La tak apalah.Dian dah biasalah.Zafran baliklah dulu.Sekejap lagi Dhiya’ sampai.” Ujar Dian Batrisya lagi sambil memujuk tunangnya.Senyuman manis untuk Zafran sentiasa ada .

   “Beginilah.Apa kata Zafran tunggu sini dengan Dian sampai Dhiya’ datang okey?” Tingkah Zafran lalu keluar dari keretanya dan menuju ke tempat Dian sedang berdiri.Dian sudah menggelengkan kepala.

   Sejak bergelar tunang kepada Zafran Nufail ni dia memang begitu.Sentiasa mengambil berat.Dian terasa dirinya disayangi dan dihargai.

   “Dian tak nak menyusahkan Zafran.” Tingkah Dian pula sambil memandang Zafran sambil membetulkan beg sandangnya di atas bahu.

   “Apa susahnhya Dian.Lagipun Dian kan tunang Zafran kan.” Balas Zafran Nufail sambil tersenyum .Matanya memandang tunangnya yang ayu di sebelah.

   “Ish janganlah tengok macam tu.Malulah Dian..” Tingkah Dian  sewaktu melihat Zafran merenung wajahnya.Wajah Dian sudah memerah menahan malu.Makin galak Zafran mengusik .
   “Alah tengok sikit je, nak lepaskan rindu.Tengoklah kita berdua masing-masing sibuk.Bosanlah macam ni.Nama saja satu bumbung tapi masing-masing dengan kerja masing-masing.” Tingkah Zafran sambil mengeluh.

   “Laa nak buat macam mana.Kerja kita macam ni.Lagipun kita selalu jumpakan.Hari minggu kita keluar berdua kan.Dian takut Zafran jemu saja melihat muka Dian selalu.” Tingkah Dian sambil mengusik Zafran.

   “Ish mana boleh jemu.Muka Dian tu memberikan Zafran ketenangan , kedamaian semualah.” Balas Zafran sambil tersengih.Dian sudah menjeling tajam sambil tersipu malu.
  “Mulalah tu nak usik Dian.” Ujar Dian sambil mencebikkan bibirnya.

   “Betullah.Dian I miss you so much.” Tingkah Zafran sambil tersengih penuh makna.Dian hanya tersenyum .Wajahnya sudah berona merah menahan malu.

   Sewaktu Zafran Nufail dan juga  Dian Batrisya sedang ralit bertentang mata antara satu sama lain mereka di kejutkan dengan bunti hon yang agak kuat.Tersentak kedua-duanya.
   “Amboi korang berdua.Kemain lagi.Dian jom balik.” Jerit Dhiya’ di dalam kereta.

   “Erk bila Dhiya’ sampai?” Soal Dian sambil cover malunya pada Dhiya’.Zafran sudah tersengih.Dhiya’ sudah ketawa mengekek melihat muka Dian yang sudah memerah.
    “Relax la Dian, Zafran.baru je sampai .Saja nak kejutkan korang berdua.” Ujar Dhiya’ lagi sambil ketawa.Dian sudah mempamerkan muka geram pada Dhiya’.

     “Dhiya’ ni nak kena…” Marah Dian sambil menghentakkan kaki kananya tanda protes pada Dhiya’ yang masih lagi berada di dalam kereta .Bukan main lagi Dhiya’ ketawa kenakan Dian.Sabar je la Dian oit..

   “Tak apalah Dian.Dhiya’ sudah sampai tu .Zafran minta diri dulu.”Ujar Zafran Nufail sambil menggarukan kepalanya.Malu pada Dhiya’ sebenarnya Zafran ni.
   “Hai bakal abang ipar dah nak balik ke?” Usik Dhiya’ lagi.Dian sudah mencerlung matanya pada Dhiya’ namun tidak diendahkan.

  “Aaah bakal adik iparku.Bakal abang iparmu minta diri dululah ya.Hati-hati ya bawa kereta.” Tingkah Zafran Nufail.

  Amboi dua orang ni memang suka menyakat…
  “Ok jumpa lagi bakal abang iparku.” Jerit Dhiya’ sewaktu Zafran Nufail membuka pintu keretanya.
  “Ok bye Dian , Dhiya’.” Tingkah Zafran Nufail sambil melambai pada Dian dan juga Dhiya’.Dian sudah tersenyum manis sambil melambai pada tunangnya.Dhiya’ hanya memerhati tingkah laku Dian.

   “Jom Dian kita balik.” Ujar Dhiya’ sambil menghela nafasnya.
    Dhiya’ menumpukan sepenuh perhatian pada jalan raya.Jam di dashboard sudah berginjak ke enam setengah petang.Dian juga menyepi di sebelah Dhiya’.Di saat ini hanya kedengaran suara dari corong radio saja.Walaupun Dhiya’ bagi sepenuh perhatian pada jalan raya namun di fikiran berlegar-legar satu masalah .Dhiya’ bimbang dan tidak tahu dari mana harus dia mula untuk menceritakan pada Dian.

   Dhiya’ menoleh pada Dian seketika sewaktu berhenti di traffic light.Dian tidak menyedari yang dirinya sedang di pandang oleh Dhiya’.

   Apa harus aku buat ni?Sampai bila aku nak merahsiakan yang Hana juga menyintai Zafran Nufail ?Bagaimana pula reaksi Dian.Makin aku simpan makin aku rasa bersalah.Makin aku tidak tenteram.Desis hati Dhiya’ sambil memandang ke depan.Sempat lagi Dhiya’ termenung seketika.
   “Dhiya’ kenapa tak gerak?Orang belakang dah bunyikan hon.” Dian menepuk lengan Dhiya’ .Terpinga-pinga Dhiya’ seketika.

   “Hah apa dia?” Soal Dhiya’ dengan pelik.
    “Lampu dah hijau.Orang belakang dah bunyikan hon.” Tingkah Dian sambil berkerut kening.Pelik melihat  perangai Dhiya’ ketika ini.

   “Dhiya’ ok ke?Kalau tak ok biar Dian yang drive.” Ujar Dian lagi.
   “Eh Dhiya’ ok saja.Tak ada apa-apalah.” Balas Dhiya’ sambil tersenyum sebelum memfokuskan semula matanya pada jalan raya.

   “Betul ke?Dian rasa Dhiya’ ada sembunyikan sesuatu dari Dian kan?” Tembak Dian dengan tiba-tiba.Matanya masih lagi memandang Dhiya’ dengan pelik.

   “Ermmm Dian..Sebenarnya kan Dhiya’ ada perkara sangat penting nak beritahu Dian, tapi Dhiya’ tak tahu dari mana harus Dhiya’ mula sekarang ni.” Tingkah Dhiya’ sambil mengerut keningnya.Sempat  dia menoleh pada Dian seketika.

   “Apa maksud Dhiya’?Dian tak faham.Apa yang Dhiya’ cuba sampaikan ni?” Soal Dian dengan pelik.Jantungnya mula berdegup dengan kencang.

   “Dhiya’ nak beritahu tentang hal Zafran Nufail?” Tingkah Dhiya’ lagi.
    “Kenapa dengan Zafran?” Soal Dian dengan pelik.Mengapa nama Zafran yang disebut oleh adik kembarnya di kala ini.Apa yang Dhiya’ cuba sampaikan ini?Desis hati Dian sendirian.
    “Sebenarnya..sebenarnya…..

     “Dhiya’ lori dekat depan..”Jerit Dian dengan tiba-tiba apabila melihat Dhiya’ hampir melanggar lori .Dhiya’ mengelak dari lori tanpa sedar ada sebuah van di sebelahnya yang sedang memotongnya.Kereta yang di pandu oleh Dhiya’ hilang kawalan lalu menyebabkan berlaku kemalangan.Dian dan Dhiya’ hanya sempat menyebut. Ya Allah sebelum mereka berdua menutup matanya.

   Kereta yang di pandu oleh Dhiya’ sudah berasap.Dian dan Dhiya’ cedera parah di dalam kereta.Darah mengalir dengan laju sekali di kepala mereka berdua.Beberapa buah kereta berhenti dan cuba menolong Dian dan juga Dhiya’ yang berada di dalam kereta.Mereka yang berada di situ bertungkus lumus menyelamatkan Dian dan Dhiya’ bimbang akan kereta itu meletup.Minyak kereta sudah mula keluar namun ketika itu mereka yang berada di situ sudah pun berjaya mengeluarkan Dian dan Dhiya’.Mereka berdua tidak sedarkan diri.

    Beberapa minit kemudian tiba ambulans lalu membawa mereka berdua.Polis dan bomba juga turut berada di kawasan kemalangan.Pemandu van juga turut cedera dan di kejarkan di hospital.
    Jalan raya menjadi sesak dan pihak berkenaan sedang berusaha mengalihkan kenderaan milik Dhiya’ dan juga van ke tepi.Di dalam ambulans keadaan Dhiya’ sangat kritikal.Dhiya’ banyak kehilangan darah.Manakala keadaan Dian pula cedera parah.

     Keadaan jalan yang sesak di kala petang itu menyukarkan ambulan untuk bergerak namun mereka berusaha untuk menyelamatkan mereka yang terlibat dengan kemalangan.Keadaan Dhiya’ bertambah kritikal.

    “Cepat Man..Keadaan dia makin kritikal.Darah di kepala tak berhenti-henti keluar ni.” Jerit salah sorang yang berada di dalam ambulan tersebut.Ambulan tersebut cuba memecut untuk menyelamatnya semua nyawa.Dua orang pois trafik mengiringi mereka di hadapan menuju ke hospital.

   Keadaan makin genting apabila nafas Dhiya’ semakin turun naik .Mereka yang berada di dalam ambulans berusaha sedaya upaya mereka.Sebaik saja ambulans menghampiri pintu masuk hospital denyutan nadi Dhiya’ semakin lemah.Sebaik saja sampai di pintu kecemasan terus saja mereka menolak masuk ke bahagian ICU .Kemudian di ikuti pula Dian yang hanya kaku di atas stretchers .Mereka bertiga terus di bawa masuk ke unit rawatan rapi.

    Dikala itu juga doktor Rafiqi melihat wajah-wajah yang berada di atas stretchers.Terkejut bukan kepalang melihat wajah Dian dan juga Dhiya’ yang berlumuran dengan darah.Terus doktor Rafiqi berlari dan menuju ke rawatan rapi.

     “Ya Allah.Dian dengan Dhiya’.Apa yang berlaku.” Tingkah doktor Rafiqi sebelum berlari masuk ke unit rawatan rapi.

       “ABANG…..” Jerit Puan Sakinah sebaik saja mendengar khabar berita tentang keadaan anak kembarnya.Terhampas telefon yang di pegang olehnya.

      “Kenapa Kinah?” Soal Encik Yusuf dengan pelik.Dia berlari masuk ke dalam rumah sebaik saja mendengar jeritan isterinya.Encik Yusuf sedang menyiram pokok bunga yang di tanamnya di halaman rumah.

     “Dian..Dhiyaaa….Bang….Di..Dian…Dhi..Dhiya’ bang.Anak kita bang.” Puan Sakinah sudah terjelepok ke bawah.
     “Kenapa dengan Dian dengan Dhiya’? Soal Encik Yusuf sambil membantu Puan Sakinah berdiri.

    “Anak kita kemalangan bang.Jom abang kita ke hospital.Dian dengan Dhiya’ tengah kritikal sekarang ni bang..” Puan Sakinah sudah teresak.Air mata terus menerus mengalir di pipinya.
    “Ya Allah anak aku.Cepat Kinah.Kita gerak sekarang.” Tingkah Encik Yusuf sambil  mengurut dada lalu bangun dan memimpin isterinya ke keretanya.Encik Yusuf terus membawa keluar kunci kereta dari poket seluarnya.

    “Ya Allah selamatkan anak-anak aku.” Ujar Encik Yusuf sewaktu menghidupkan kereta miliknya.

    “Maafkan saya Mak Cik , Pak Cik salah seorang anak pak cik dan makcik tidak dapat di selamatkan.Maafkan saya pak cik.Dhiya’ tidak dapat di selamatkan.Allah lebih menyanyanginya.Manakala Dian pula sekarang ni koma.” Ujar salah sorang doktor yang di bajunya tertera nama Ahmad.

     Encik Yusuf dan Puan Sakinah terkaku dan tergaman.Air mata makin menitis dari tubir mata Puan Sakinah dan juga suaminya.

     “Ya Allah Dhiya…..”Tingkah Puan Sakinah lalu terduduk di kerusi yang tersedia di situ.

      “Innalilah…..”Ujar Encik Yusuf sambil bersandar pada dinding.Anak keduanya sudah meninggalkan mereka.Encik Yusuf meraup muka berkali-kali sambil beristighfar .Encik Yusuf merasakan dirinya di hempap dengan batu sebaik saja mendengar Dhiya’ meninggal manakala Dian pula koma.

    “Doktor macam mana dengan Dian?Adakah dia akan sembuh?” Soal Encik Yusuf.Puan Sakinah tidak mampu bersuara apa-apa di kala ini.Puan Sainah hanya menunduk memegang dadanya sambil menanggis.Hati ibu mana tidak merasa sedih apabila anaknya kini sudah tiada lagi.

    “Buat masa ni kita berdoalah semoga Dian akan sedar.Kecederaan yang di alami oleh Dian juga serius.Bersabar pak cik , mak cik.” Ujar doktor Ahmad pula.Doktor Rafiqi yang berada di sebelah doktor Ahmad hanya mendiamkan diri.Sebak kerana mereka tidak berjaya menyelamatkan nyawa Dhiya’ sahabatnya .Keadaan Dian yang koma ketika ini lagi memberi kesan pada doktor Rafiqi.Di kala ini mereka hanya mampu berdoa supaya Dian sedar.

   Doktor Ahmad menepuk bahu Encik Yusuf sebelum berlalu.Kemudian doktor Rafiqi menghampiri Encik Yusuf lalu menepuk bahu Encik Yusuf.Maafkan kami pak cik kerana tidak dapat menyelamatkan Dhiya’.Encik Yusuf terus berpaling kepada doktor muda itu.

    “Tak mengapalah nak.Pak cik redha.Allah lagi sayangkan dia.Pak cik harap Dian akan sedar.Pak cik hanya ada mereka berdua saja.Kini tinggal Dian saja.”Tingkah Encik Yusuf sambil menyapu air mata yang mengalir di pipinya.Di pandang sayu isterinya sedang menanggis .

    “InsyaAllah pakcik.Sama-sama kita doakan Dian.Saya akan berusaha untuk membantu Dian.” Tingkah doktor Rafiqi.Hatinya rasa amat sakit sekali melihat keadaan arwah Dhiya’ dan juga Dian yang sedang koma.

     “Terima kasih nak.” Tingkah Encik Yusuf pada doktor Rafiqi yang hanya anggukan kepala.

      Ya Allah selamatkan Dian Batrsiya.Dia adalah cahaya dalam hidupku.Aku tidak sanggup untuk kehilanganya.Doktor Rafiqi berdoa di dalam hatinya.Matanya turut berkaca di kala ini.

 Bersambung....

NotaTersepit: Jumaat last day kerja dekat danau.Selesai kerja aku di sana dan aku akan jadi penulis sepenuh masa selepas ini sementara menunggu kerja.So dapatlah aku menyiapkan manuskrip ini.InsyaAllah.


Senin, 17 Juni 2013

Rasa Yang Tertinggal ( Teaser )


“ Apa mimpi kau semalam bagi aku bunga kat aku hari ini? Tak pernah seumur hidup kau bagi aku bunga. Buang tabiat ke?” Balqis memulakan bicara.
Ryan tersentak. Dia memandang ke kiri ke kanan dan ke belakang, cuba mencari suara yang didengari tadi. Macam suara Balqis. Takkanlah.
“ Kau tak payah buat muka peliklah Ryan. Menyampah tahu tak.” Balas Balqis geram.
Ryan tersenyum. Akhirnya Balqis bersuara juga. Dia meraup wajahnya. Kemudian dia memfokuskan pandangan pada wajah Balqis yang bersih tanpa alat solek. Gadis itu kelihatan segar.
“ At lastdengar juga suara kau. Ingatkan nak lancarkan perang tanpa suara terus.” Balas Ryan.
“ Kalau ikutkan hati memang tak nak cakap dengan kau sampai bila- bila tapi bila fikirkan balik berdosa kalau aku ikutkan rasa marah. Jadi kau jangan fikir, aku baik dengan kau sebab kau bagi bunga.” Ujar Balqis masih dengan egonya. Jari telunjuk diluruskan.
Ryan tersenyum manis. Dia mengangkat punggung dan melabuhkan duduk di sebelah Balqis.
“ Kau suka tak bunga tu?” Tanya Ryan. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Malah tangan kanannya dibiarkan melingkari bahu Balqis.
Balqis terdiam. Dia membiarkan Ryan dalam tanda tanya. Tidak lama kemudian baharulah dia mengangguk membuatkan Ryan menarik nafas lega.
“ Kau dah maafkan aku?” soal Ryan lagi inginkan kepastian. Wajah Balqis direnung sedalamnya.
“ Tak.” Jawab Balqis pendek. Dia berbohong. Dia ingin melihat sejauh mana Ryan mampu melayan kerenahnya. Serentak Balqis menjeling sekilas ke arah Ryan yang sudah bersandar.
“ Qis, aku betul- betul mintak maaf. Aku sedar malam itu aku terlampau ikut emosi sampai aku sanggup tinggikan suara pada kau. Aku tahu kau terasa dengan aku malah aku tak terniat pun nak ungkit soal keikhlasan kau semua tu terjadi sebab aku rasa kau selalu beri perhatian pada Daniel padahal aku pun kawan baik kau jugak. Aku rasa kau lebih suka Daniel daripada aku.” ucap Ryan. Dia meluahkan isi hatinya yang dipendam tempoh hari.
“ Kan aku dah cakap hari itu kau dan Daniel tak ada bezanya. Kau dan dia adalah kawan baik aku. Aku harap kau faham Ryan.” pinta Balqis penuh pengertian.
Balqis pelik sebenarnya kenapa Ryan tidak suka dia berkawan dengan Daniel sedangkan Daniel adalah sepupu lelaki itu. Mungkinkah Ryan cemburu dengan Daniel? Hati Balqis meneka. Tapi tidak mungkin Ryan cemburu kerana mereka hanya kawan baik dan tidak lebih daripada itu.
Ryan terdiam sejenak kemudian mengangguk. Kalau itu yang Balqis mahukan terpaksa dia mengikut memandangkan mereka bukan seperti suami isteri yang lain jadi tidak perlu Ryan mengongkong Balqis.
“ Jadi kau dah maafkan aku atau belum?” Ryan mengalih tajuk perbualan mereka.
“ Aku akan maafkan kau tapi dengan satu syarat.”
“ Syarat apa?” Dahi Ryan berkerut.
“ Kau jangan cuba- cuba nak persoalkan keikhlasan aku menolong kau. Kalau aku tak ikhlas, dah lama aku bagitahu umi pasal perkahwinan kita ni.”
“ Baiklah aku janji…” Ryan mengangkat tangannya seolah- olah berikrar.
“ Dan satu lagi, kau jangan cuba-cuba nak…..”
Balqis tidak dapat meneruskan kata. Dia malu hendak meluahkan. Dia berharap Ryan akan faham dengan apa yang cuba dia sampaikan. Dia memandang tepat ke dalam mata Ryan yang masih lagi dihantui persoalan.
“ Nak apa Qis? Aku tak fahamlah.” Ryan mengerutkan dahi.
Balqis mengetap bibir. Wajahnya sudah merona merah bila teringatkan apa yang Ryan lakukan pada malam itu.
“ Alah, takkan kau tak ingat apa yang kau buat malam tu. Kau cuba nak..nak..” Balqis kehilangan kata. Dia menjadi tidak keruan. Dia gelisah.
Perlahan- lahan Balqis mengangkat jari telunjuk dan diletakkan di bibirnya. Dia berharap dengan cara itu Ryan dapat memahami apa yang hendak dikatakan tanpa perlu dia menyebut perkataan itu. Dia malu.
Lama Ryan berfikir kemudian dia teringat insiden di mana dia mencium isterinya itu secara paksa. Patutlah muka Balqis merah rupa- rupanya gadis itu malu untuk menerangkan apa yang terbuku di hati. Serentak ketawa Ryan pecah berderai. Lucu dia melihat wajah Balqis yang merona merah. Tak sangka Balqis pemalu orangnya.
“ Kenapa kau gelak?” Balqis pelik.
“ Aku rasa malam itu, aku tak cuba tapi aku dah…kau fahamlah maksud aku.” Ryan tersenyum nakal. Mata dikenyitkan pada Balqis.
Cepat- cepat Balqis menunduk. Wajahnya berbahang panas apabila Ryan berkata seperti itu. Cis, Ryan sengaja nak buat aku malu. Balqis merungut dalam hati.
“ Sebab itu aku nak kau janji yang kau takkan ulangi apa yang kau buat tu. Aku tak suka.” Tegas Balqis masih menunduk.
Ryan ketawa kecil. Dia menggelengkan kepala.
“ Apa yang berlaku malam itu tak sengaja tetapi aku tak janji sama ada boleh ikut cakap kau atau tak maklumlah aku kan lelaki.” Jawab Ryan masih dalam sisa tawanya. Sesekali kenakan Balqis apa salahnya.
“ Gatal lah kau ni!” Bentak Balqis sambil mencubit lengan Ryan.
Ketawa Ryan terhenti. Berkerut wajahnya menahan bisa cubitan Balqis.
“ Sakitlah!” Marah Ryan tetapi dengan nada lembut.
“ Padam muka kau!”