Rabu, 24 Juli 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 30

Assalamualaikum u oll...

Selamat petang.Hari ini akan di update bab seterusnya Aku Ditakdirkan Untukmu.Lagi dua bab akan di update next week.2 Bab minggu depan x akan di bagitahu bab berapa . Teaser special 1 dan 2.Lepas tu dah x da dah ADU..Tunggu BCIP lak ye..Mekasih singgah baca...:)



                      





BAB TIGA PULUH


     DIAN sudah pun siap dan kini Dian berada di sofa sambil memeluk teddy bear unggu.Hari ini hari di mana Dian akan kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit kemurungannya. Dian hanya duduk di sofa sambil mengusap telinga teddy bear unggu itu.Hari ni hanya Encik Yusuf yang akan membawa Dian ke hospital.Puan Sakinah tidak dapat ikut kerana ingin menemani nenek Dian di rumah.

       “Anak ayah dah siap .” Soal Encik Yusuf pada Dian.Kemudian Dian menoleh dan tersenyum.Gembira hati Encik Yusuf melihat senyuman di bibir anaknya itu.

       “Jom kita pergi sekarang.?” Encik Yusuf mengambil kunci kereta yang tersangkut di dinding.
        “Ke mana?” Soal Dian.Terus Encik Yusuf menoleh pada Dian,Tidak sangka yang Dian akan bertanya padanya.Kemudian Encik Yusuf mendekati anak gadisnya .Mata Dian hanya terkebil-kebil melihat wajah Encik Yusuf.

       “Kita nak pergi jumpa doktor Rafiqi.” Balas Encik Yusuf dengan senyuman.Dian berfikir sejenak.Kemudian Dian menganggukkan kepala.Dian sudah menunjukkan tanda-tanda positif.Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.Kemudian dua beranak itu terus berlalu menuju ke kereta.Dian tetap membawa penemannya siapa lagi kalau bukan teddy bear unggu yang di hadiahkan oleh doktor Rafiqi.Sejak ada teddy bear itu Dian tidak lagi memeluk teddy bear milik arwah Dhiya’.Puan Sakinah sudah menyimpan kembali teddy bear milik arwah Dhiya’ ke dalam almari di dalam bilik arwah Dhiya’.

     “Hai Dian..Dah makan?” Soal doktor Rafiqi sebaik saja masuk ke dalam bilik rawatan itu.Dian ketika itu hanya bersandar pada kerusi sambil memeluk teddy bear unggu.Doktor Rafiqi tersenyum melihat Dian memeluk teddy bear yang di berikan olehnya.

     Dian hanya tersenyum pada doktor Rafiqi sebelum menggelengkan kepalanya.Encik Yusuf sudah memberitahu yang Dian tak nak makan hari ni.Puas di pujuk oleh neneknya langsung tidak di endahkan oleh Dian.Sudahlah Dian ada gasterik .Dian hanya makan oat dan segelas susu.Nasi di tolaknya mentah-mentah.

     “Dian kena makan tahu.Dia ada gasterik.Kalau Dian tak makan Dian nak jadi seperti hari itu yang Dian muntah tak berhenti sebab lambat makan.Kalau Dian tak makan lagi teruk.Dian makan ok selepas ini.Kalau Dian tak makan saya tak nak kawan dengan Dian lagi tahu.” Gertak doktor Rafiqi.Dian hanya merenung bebola mata Rafiqi.Mata Dian sudah berkaca.Memang tidak di nafikan Dian mudah sensitive pada sesetengah perkara.Itu adalah perkara biasa di mana ianya juga salah satu tanda atau sewaktu mengalami penyakit kemurungan.

    Melihat mata Dian yang sudah berkaca.Rafiqi merasa bersalah.Rafiqi menarik nafas dalam –dalam sebelum menarik tangan Dian yang berada di atas meja.

    “Maafkan saya ya Dian.Bukan saya marah Dian.Tapi saya buat ni sebab nak suruh Dian makan.Cuba Dian tengok diri Dian sekarang ni susut.Janji dengan saya yang lepas ni Dian nak makan seperti biasa.Seperti Dian yang saya kenal dulu.Boleh?” Soal doktor Rafiqi sambil merenung lembut ke dalam mata Dian.

    Dian hanya membatukan diri sebelum menunduk dan menggangukkan kepala dengan perlahan.Kemudian Dian menarik tangannya dari pegangan doktor Rafiqi.

    “Sorry …” Balas doktor Rafiqi.Dian memandang ke arah lain.
    “Hari ni kita buat rawatan seperti biasa.Selepas itu saya belanja Dian makan nak?” Pelawa doktor Rafiqi.Mudah-mudahan Dian tidak menolak.Kalau boleh doktor Rafiqi mahu Dian kembali makan dan bertenaga seperti dulu.

    “Ok.” Balas Dian dengan senyuman.
     Alhamdulilah..Saya sayangkan awak Dian..Desis hati doktor Rafiqi sebelum memandang cermin kaca di mana Encik Yusuf berada di luar sana melihat Dian.Doktor Rafiqi tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya Encik Yusuf.Lega hati Encik Yusuf melihat keadaan anaknya pada hari ini.
    Selesai saja rawatan hari ni, Dian di bawa ke satu bilik.Dian terpinga-pinga seketika apabila masuk ke bilik itu.Dian memeluk teddy bear dengan erat.Doktor Rafiqi dan ayahnya berada di belakangnya.Dian memandang suasana bilik itu.

    “Hah dah sampai pun anak angkat Umi ni.Marilah duduk dulu.” Ujar seorang perempuan yang lebih kurang sebaya Puan Sakinah.

    “Maaflah menganggu Umi .Rafiqi datang bawa seseorang untuk perkenalkan pada Umi.Orang yang Rafiqi ceritakan pada Umi hari itu.Inilah dia.Kenalkan ini Dian Batrisya.Ini pula ayah Dian , Pak cik Yusuf.” Ujar Rafiqi kepada Umi nya.

    “Oh inilah Dian ya.” Balas Uminya Rafiqi sambil menarik tangan Dian dengan perlahan.Kemudian Dian berdiri betul-betul bersebelahan dengan orang yang Rafiqi panggil Umi.

    “Pak cik.Ini ibu angkat saya.Puan Kalsom.Dia memang akan datang ke mari setiap hari Rabu.Melawat anak-anak kecil yang sakit.Kadanng kala Umi akan membantu memberikan pertolongan pada mereka yang mengalami masalah .Umi ni pemilik rumah anak yatim .Umi selalu bawa salah seorang dari anak yatim yang sakit seperti Dian.”Terang doktor Rafiqi dengan panjang lebar.

    “Sakit seperti Dian?” Soal Encik Yusuf dengan keliru.
     “Ya pak cik.Adik Qaisara menjadi seperti Dian selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.Umur adik Qaisara tu dua belas tahun.Sekarang ni Qisara menjadi penghuni di rumah anak yatim milik Umi.” Ujar Doktor Rafiqi lagi.

      “Dia tiada ahli keluarga yang lain ke?” Soal Encik Yusuf lagi.Terdetik di hatinya untuk melihat adik Qaisara.Kasihan budak itu.

     “Qaisara ada keluarga.Ada mak cik dan juga pak cik tetapi tiada sorang pun yang nak jaga Qaisara.Jadi mereka hantar dirumah anak yatim tu.Bukan mereka kejam tapi mungkin juga sebab kewangan untuk membesarkan Qaisara.” Balas Puan Kalsom pula.

     “Mana Qaisara sekarang?” Soal Encik Yusuf lagi.Puan Kalsom sudah tersenyum .
     “Qaisara sedang berada di bilik doktor Fatimah.Sekejap lagi dia akan datang ke mari.Jemputlah duduk dulu.” Balas Puan Kalsom lagi.

      Dian duduk bersebelahan dengan Umi.Dian merenung wajah Umi sebelum tersenyum.
     “Dian boleh panggil Umi juga.” Tingkah Puan Kalsom sambil mengusap kepala Dian.Encik Yusuf dan doktor Rafiqi tersenyum.

    Beberapa minit kemudian, seorang gadis memulas tombol pintu dengan perlahan lalu masuk ke dalam bilik tersebut.

     “Umi…” Panggil gadis itu.
      “Qiasara..Mari dekat umi.Mari Umi kenalkan.Ini Kak Dian, dan ini ayah Kak Dian.” Ujar Puan Kalsom sewaktu mengusap kepala Qaisara.Kemudian Qiasara terus bersalam dengan Dian dan juga Encik Yusuf.Sayu hati Encik Yusuf melihat Qaisara.

       “Qaisara nak kawan dengan Kak Dian tak?” Soal doktor Rafiqi kepada Qaisara.Kemudian Qaisara memandang wajahn umi nya dan juga wajah Dian.

       Qaisara mengangguk dengan perlahan.Qaisara duduk bersebelahan dengan Dian.
       “Qaisara..” Dian menyebut nama Dian sambil tersenyum.
       “Ya..” Balas Qaisara sambil memandang Dian.Waktu ini bibir Qaisara mengulum dengan senyuman.

       “Sejak Qiasara kehilangan ibi bapanya.Inilah pertama kali umi tengok dia senyum begitu.”Ujar Puan Kalsom kepada Rafiqi.

      Encik Yusuf merasa gembira melihat Dian tersenyum.Melihat wajah Qaisara pula  ada iras Dian dan juga arwah Dhiya’ waktu kecil dulu.

      SELEPAS itu, doktor Rafiqi membawa Dian untuk makan di café hospital.Doktor Rafiqi sudah berjanji untuk belanja Dian makan.Encik Yusuf turut serta mengikut anaknya ke café.Kemudian encik Yusuf duduk bersebelahan Dian.

   “Pak cik dengan Dian duduk dulu.Saya tolong orderkan makanan.Pak cik nak makan apa?” Soal Rafiqi .

    “Apa-apa sajalah.Ikut kamulah Rafiqi.” Balas Encik Yusuf sambil tersenyum.Doktor Rafiqi tersenyum sebelum melangkah.

     Zafran Nufail mengambil cuti setengah hari.Hajat di hatinya untuk melawat Dian.Sebentar tadi dia sudah menelefon ke rumah Dian.Puan Sakinah sudah memberitahu yang hari ni Dian ke hospital.Jadi Zafran mengambil keputusan untuk berjumpa Dian hospital .Zafran memandu keretanya sempat juga dia singgah si kedai membeli sejambak bunga ros.

    Sebaik saja parking keretanya, Zafran terus melangkah masuk ke dalam hospital mecari tempat di mana Dian akan berada apabila menerima rawatan seperti yang telah di beritahu oleh Puan Sakinah tadi.Zafran melangkah sambil membawa sejambak bunga di tangannya.Sebaik saja pergi ke tempat yang Dian berada Zafran mendapati Dian tidak berada di situ .Melilau-lilau matanya mencari kelibat Dian.

   “Nurse..Boleh saya tahu pesakit yang menerima rawatan di bilik ini tadi pergi ke mana?” Soal Zafran kepada salah sorang jururawat yang kebetulan lalu di situ.

    “Oh pesakit doktor Rafiqi ke?” Soal jururawat itu.Zafran menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

    “Ya kot.” Jawab Zafran dengan selamaba.Padahal dirinya langsung tidak tahu nama doktor yang merawat Dian.

     “Erm rasanya dah balik kot.Kalau tak pun cuba cari dekat café.Saya pun tak pasti.Tadi diorang masih berada di dalam kawasan hospital ni.” Balas jururawat itu lagi.
    “Oh ..Terima kasih nurse..” Balas Zafran pula.

     “Sama-sama.” Ujar jururawat tersebut sebelum berlalu pergi.
     Zafran mencari sign board yang tertera café.Akhirnya dia jumpa juga lalu melangkah menuju mengikut anak panah yang telah tunjukkan.Sebaik saja sampai di café mata Zafran melilau-lilau mencari kelibat Dian.Dari satu sudut ke satu sudut Zafran mencari dan akhirnya Zafran nampak Dian.Zafran tersenyum.

    Belum sempat Zafran ingin melangkah ke meje tersebut, Zafran melihat seorang doktor yang lengkap dengan jubah putih menghulurkan air kepada Dian.Zafran hanya melihat dari jauh.

     “Dian ni air untuk awak.Sekejap lagi makanan sampai.” Ujar doktor Rafiqi sambil menghulurkan gelas kepada Dian.

     “Terima kasih.” Balas Dian dengan senyuman.
      Hati Zafran terasa cemburu melihat Dian yang sedang tersenyum dan berbicara bersama dengan doktor itu.Zafran mengeluh dengan perlahan.

    “Dian dengan saya awak tak nak bercakap mahu pun senyum . tapi kenapa dengan doktor tu awak boleh cakap dan senyum.” Tingkah Zafran Nufail dengan perlahan.Jambangan bunga yang di pegang terus jatuh ke lantai.

     Zafran memandang dengan hati yang terguris.Terguris sebab Dian boleh tersenyum dan bercakap dengan doktor itu sedangkan dia? Sukar sekali untuk mendengar sepatah perkataan dari Dian .

    Sampai hati awak Dian..Saya sayangkan awak Dian.Bilakah awak akan baik seperti dulu.Desis hati kecil Zafran Nufail.Sedih hatnya melihat tunangnya berdua-duaan dengan doktor itu.
    Zafran Nufail jangan fikir yang bukan –bukan. Apa yang nampak tak selalunya betul.Jangan buat andaian sendiri.

    Zafran menarik nafas dalam –dalam.Sakit hatinya melihat Dian bersembang.Entah apa yang mereka bualkan Zafran sendiri tidak tahu.Kemudian Zafran menoleh ke belakang dengan hati yang remuk lalu melangkah pergi.Jambangan bunga  tadi masih berada di atas lantai.

    “Best tak cerita saya tu?” Ujar doktor Rafiqi kepada Dian.Kemudian Dian tersenyum dan menganggukkan kepala.Geli perutnya mendengar cerita kelakar yang di ceritakan oleh doktor Rafiqi.

    “Pak cik kemana?” Soal  doktor Rafiqi sebaik saja Encik Yusuf melabuhkan punggungnya di kerusi.

    “Pak cik ke tandas sekejap.Tiba-tiba perut pak cik memulas.Nasib baik Dian tak merayap.Risau juga.Nak panggil kamu tapi kamu tengah order makanan.Pak cik pergilah tandas sekejap .Dian pun tahu.Pak cik dah pesan suapaya duduk sini diam-diam.Risau jugalah tinggal Dian.Bukan kamu tak tahu Dian ni macam mana kesihatannya.” Balas encik Yusuf.

    “La ye ke.Pak cik sakit perut ke?Kalau begitu sekejap lagi saya tolong rawat  macam mana?” Soal doktor Rafiqi dengan cemas.

     “Ish kamu ni.Pak cik tak apa-apalah.Mungkin pak cik ada salah makan kot.” jawab Encik Yusuf.Dian menyuakan gelas yang berisi air sirap ke dalam mulutnya.Rafiqi memandang dengan senyuman.

    “Kalau pak cik cirit –birit nanti saya bagikan ubatnya.” Balas doktor Rafiqi sewaktu memandang wajah ayah Dian.

   “Ya lah.Ikut suka kamu.Pak cik ikut saja.Kamu doktor.Kamu tahu la apa yang terbaik untuk pak cik.” Balas encik Yusuf dengan senyuman.

    Kalau doktor tu memang doktor jugalah.Pantang nampak orang sakit sikit.Bagus kamu Rafiqi.Doktor yang berdedikasi.Desis hati Encik Yusuf sambil tersenyum.
   
    bersambung...

NotaTersepit : sekarang tengah mencari mood balik.Aku nk kena susun blk plot cerita BCIP.Ada perubahan sikit..Hehehe..:D




Minggu, 21 Juli 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 29

Assalamualaikum u oll...

Selamat petang.Hari ni seperti biasa akan di update sambungan ADU.By the way minggu depan adalah minggu last update cerita ADU dekat blog ni.ADU sudah pun di hantar ke pihak penerbitan untuk di nilai.Kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada maknanya cuba mss yang seterusnya.Hehehhe..Terima kasih singgah dan baca..

                       



BAB DUA PULUH SEMBILAN


    SUATU hari , Zafran Nufail datang ke rumah Dian Batrisya.Hajat di hatinya untuk melihat keadaan Dian.Sudah seminggu lebih Zafran tidak menjenguk Dian.Zafran Nufail cuba merapati Dian namun Dian cuba melarikan diri .

     Entah mengapa Dian berasa jangkal sekali apabila berhadapan dengan lelaki ini.Jarang-jarang sekali baru muncul depan matanya.

    “Sayang awak tak nak bercakap dengan saya ke?” Soal Zafran Nufail.Rasanya sejak Dian sakit itulah soalan yang sering di tanya.Jawapan tetap sama .Dian hanya merenungkan Zafran dan berdiam diri tanpa sepatah kata.Sedih hati Zafran itu memang tak usah di cakaplah.

    “Zafran, pak cik dengan  mak cik nak bagitahu yang sekarang ni Dian sedang sakit.Dian mengalami penyakit kemurungan.” Tingkah Encik Yusuf sewaktu menepuk bahu Zafran Nufail.
    “Hah penyakit kemurungan pak cik?” Soal Zafran Nufail tidak puas hati.

    “Ya.Penyakit kemurungan. Dian mengalami tekanan perasaan di kala ini.Kami sedang berusaha untuk mengubati penyakit kemurungan ini.Kamu selalulah jenguk Dian.Dia juga perlukan perhatian kamu.Kalau kamu  datang jarang-jarang makinlah Dian cuba melarikan diri pada kamu Zafran.” Jelas Encik Yusuf kepada Zafran lagi.

    Zafran hanya melihat Dian dari jauh. Waktu ini Dian sedang duduk di atas buaian sambil  membuang kelopak bunga yang di pegangnya.

    “Pak cik bukan saya tak nak datang tapi saya sibuk dengan kerja.”Balas Zafran Nufail.
     “Ya pak cik tahu..Kalau boleh luangkan sikit masa dengan dia .” Tambah Encik Yusuf lagi.Bukan niatnya untuk mendesak Zafran Nufail tapi sekadar untuk mengingatkan saja.Sememangnya Dian memerlukan sokongan  dari orang di sekelilingya itu.

     “InsyaAllah pak cik.Saya akan cuba luangkan masa untuk Dian.” Balas Zafran .Encik Yusuf tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
      “Baguslah kalau macam tu.Mungkin kamu boleh membantu Dian untuk pulih seperti sedia kala.” Tambah Encik Yusuf lagi.

       ZAFRAN masuk ke pejabat hari ini dengan muka kusut.Pening kepala memikirkan keadaan Dian yang sedang sakit.Zafran cuba mencari jalan untuk memulihkan keadaan Dian kembali.
     “Zafran kenapa kamu hari ni.Kak Hanim tengok kusut sangat kamu hari ni.” Tegur Kak Hanim sewaktu Zafran melintasi mejanya.

     “Entah la kak.Risau saya memikirkan keadaan Dian.” Balas Zafran lalu bersandar di meja Kak hanim.

      “Haa sebut nama Dian Kak Hanim lupa nak tanya, bila Dian masuk kerja balik?” Soal Kak Hanim pada Zafran lagi.Sudah lama Dian bercuti.Adakah Dian masih sakit.

      “Kak Hanim.Tak mungkin Dian boleh bekerja sekarang ni.Dian sedang sakit.” Keluh Zafran sendirian.

      “Hah sakit?sakit apa?Bukan Dian dah sihat ke?” soal Kak Hanim dengan pelik.Dia juga sudah lama tidak menjengguk  Dian.

        “Kak Hanim , sebenarnya Dian sedang mengalami kemurungan.Tekanan perasaan sedih.Dian tidak boleh menerima hakikat yang kembarnya arwah Dhiya’ sudah tiada.Dian seolah-olah berada dalam di dunianya sendiri.” Terang Zafran Nufail.

      “Ya Allah.Sampai macam tu sekali.Kasihan Dian.Kalau Kak Hanim di tempat dia pun Kak Hanim sendiri tak tahu bagaimana nak menghadapinya.”.Keluh Kak Hanim .Teringat seraut wajah Dian yang sentiasa ceria.

       Hana yang baru saja masuk ke ruang pejabat itu tersenyum sendirian apabila mendengar yang Dian di landa penyakit kemurungan.Hana melangkah masuk tanpa menyapa Kak Hanim dan juga Zafran.Pelik Kak Hanim melihat kelakuan Hana pada pagi ini namun Kak Hanim memandang Zafran yang sedang menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

     “Oklah Kak Hanim saya nak pergi buat kerja dulu.” Balas Zafran lalu melangkah menuju ke mejanya.Sebelum sampai ke mejanya dia akan melintasi meja Dian.Zafran Nufail berhenti seketika di hadapan meja Dian yang kini  berhabuk sedikit.

     “Sabar Zafran .Aku doakan semoga Dian cepat sembuh.” Tingkah Suzie yang baru saja sampai di belakang Zafran.Sebaik mendengar suara Suzie , Zafran terus menoleh ke belakang.
     “Aku pun nak Dian sembuh Suzie..Aku rindu Dian yang dulu.” Balas Zafran.Suzie tersenyum tawar.Faham apa yang di rasai oleh Zafran Nufail ketika ini.Mereka hanya mampu berdoa supaya Dian cepat sembuh dan kembali semula bekerja di sini.

     Datuk Khalid langsung tidak memberhentikan Dian  walaupun ayah Dian sudah menghantarkan surat berhenti.Bagi Datuk Khalid , Dian adalah pekerja yang terbaik di Syarikat dia.Sukar untuknya memberhentikan Dian.Sekarang ini jawatan yang di pegang oleh Dian bakal di ambil alih oleh seseorang yang bakal melaporkan diri esok.Pekerja sementara yang akan berkhidmat di bawah naugan Khalid Group.

     Di ruangan kecil Hana tersenyum riang sebaik saja menghenyakkan punggungnya di atas kerusi.Hana bersandar kepada kerusinya lalu di pusing-pusing kerusi yang di dudukinya.Gembira sungguh dirinya bila mengetahui keadaan Dian begitu.

     “Padan muka kau Dian.Sekarang ni kau jadilah orang gila.Bolehlah nanti kau masuk Tanjung Rambutan.Kasihan kau Dian.” Bebel Hana sendian sambil tergelak kecil.

      “Kau ni kenapa?Pagi-pagi lagi dah tersengih tergelak sorang-sorang.Ada benda yang mencuit hati kau ke?”Soal Rita.Terkejut Hana seketika.

      “Ish kau ni Farah, buat aku terperanjat sajalah.” Marah Hana Yasmin.Farah hanya menggelengkan kepalanya.

     “Tak ada maknanya aku nak terkejutkan kau.Aku panggil kau berkali-kali boleh pula kau tak dengar.Tu la berangan je kerja kan.Kau ni tak ada kerja lain ke Hana?” Soal Rita lagi.

     “Biarlah kalau aku nak berangan pun .Kenapa?Kau cemburu ke?” Soal Hana pula.
      “Tak kuasa aku nak melayan karenah kau pagi-pagi buta ni.Aku nak minta file kau yang aku jumaat lepas.Mana?”Farah  sudah menghulurkan tangannya pada Hana.Malas mahu bertekak dengan Hana .Bukan tidak tahu perangai Hana ni.Sekejap ok sekejap tak.

      “Oh lupa aku nak bagi.Nah ini file nya.” Hana mengambil file yang terselit di atas mejanya.
      “Ok terima kasih.Aku sambung buat kerja dulu.Selamat menyambung berangan kembali.” Usik Farah  selepas file berada di tanganya lalu menapak ke ruang kerjanya.Hana yang mendengarnya terus mencebik pada Farah.

      Hana mula berfikir sejenak.Dia sedang memikirkan strategi baru untuk mendapatkan Zafran.Aku akan rampas kembali hak aku Dian..Padan muka kau Dian..Desis hati Hana dengan senyuman penuh makna.

     Busuk sungguh hatimu Hana Yasmin.Sanggup kau menghancurkan kebahagian kawan baik sendiri.Hebat sungguh api dendam di dalam hatimu.Septutnya sebagai seorang kawan kamu membantu Dian ini tidak kamu cuba untuk menghancurkan kebahagian Dian.Inilah nilai persahabatan yang sebenar?

    SATU hari selepas habis waktu pejabat , Hana memandu keretanya untuk pulang ke rumah.Namun hatinya kuat mengatakan untuk melawat Dian.Hana membelokkan keretanya menuju ke jalan menuju ke rumah Dian.

    “Hari ni aku terasa nak melawat kau Dian.Nak juga aku tengok orang yang sedang di landa kemurungan ni.Mana tahu kot-kot boleh jadi sakit mental ke nanti.” Bebel Hana sendirian sewaktu membelokkan keretanya ke satu simpang.

      Sebaik saja sampai di rumah Dian.Hana mematikan enjin keretanya lalu keluar dari kereta.Hana membuang pandang rumah milik keluarga Dian.Kemudian Hana menoleh ke sebelah kiri di mana di situ Hana ternampak kelibat Dian sedang berehat .Dian sedang berada di atas buaian sambil memegang teddy bear bewarna unggu.Hana tersenyum sendirian.

    “Assalamualaikum…” Hana member salam .Namun tiada sahutan dari Dian.

    “Waalaikumussalam..Eh Hana rupanya.Marilah masuk.” Pelawa Puan Sakinah sewaktu menjengguk keluar dari pintu utama rumahnya.

     “Mak cik sihat.Dian macam mana?” Soal Hana pada Puan Sakinah.
      “Dian macam tu la Hana.Dia ada dekat atas buaian tu.Petang-petang begini di situlah tempat dia.Pergilah kamu jumpa dia.Biar mak cik buatkan air untuk kamu.” Tingkah Puan Sakinah.

    “Mak cik tak payahlah susah-susah.Saya datang nak jenguk Dian.Zafran ada bagitahu saya yang Dian sekarang ni sedang mengalami kemurungan.Saya nak jumpa Dian sekejap boleh mak cik?” Soal Hana dengan senyuman manis.

     Sungguh plstik sekali senyuman yang kau hadiahkan Hana Yasmin.
   “Pergilah kamu jumpa Dian dekat sana.” Balas Puan Sakinah dengan senyuman.Hana menganggukkan kepalanya lalu meminta dirinya untuk berjumpa Dian..

    “Hai Dian…” Ujar Hana sambil melabuhkan punggungnya di atas buaian bertentangan dengan Dian.Di kala itu Dian hanya memeluk erat teddy bear bewarna unggu.Teddy bear yang di hadiahkan oleh doktor Rafiqi sewaktu rawatan terapinya pada beberapa hari yang lepas.

    Melihat keadaan Dian yang membisu , Hana tersenyum lagi.Hana memerhati tingkah laku Dian.Melihat Dian , Hana dapat memberikan kesimpulan yang Dian bakal sakit mental tidak lama lagi.

     Dian hanya membisu tanpa bicara.Hana yang berada di depannya langsung tidak menarik minatnya.Dian memandang pokok bunga di tepi buaian tersebut.

     “Kasihan kau Dian.Aku harap kau tak akan sembuh Dian.Biar padan muka kau.Inilah balasan yang patut kau terima selepas rampas hak aku.” Ujar Hana dengan selamba.Dia yakin walaupun cakap apa pun dengan Dian di kala ini tak memberikan apa-apa kesan.

    Dian langsung tidak melayan apa yang di katakan oleh Hana..Dian memeluk erat teddy bear miliknya sambil mengayunkan buaian itu supaya bergerak.Hana sekadar memerhati tingkah laku Dian di kala ini.

    “Dian kau nak tahu cerita tak?Tempat kau dah ada orang yang ganti tahu.Pada mulanya Datuk Khalid nak suruh aku gantikan sementara.Ya la aku kan mahir juga dalam bidang ni tapi tu la aku ni malas nak buat.Aku lebih senang dengan kerja aku yang sekarang.Lagipun aku dah lama tinggal kemahiran aku yang tu setelah aku putus dengan Arman dulu.Kau pun tahukan.Sebab  Arman tu aku hampir-hampir terkandas dalam pelajaran.” Ujar Hana lagi.Namun langsung Dian tidak memberikan respon.

      “Hoi Dian ..Mulut kau tu ada emas ke apa?Aku cakap langsung kau tak bagi respon pada aku ya.” Marah Hana .Dian hanya mendiamkan diri sambil memandang langit biru yang kini berubah ke warna oren.Mentari bakal terbenam sekejap lagi.

     “Hana marilah masuk minum dulu, ajak Dian masuk sekali .Hari dah petang ni .” Laung Puan Sakinah di pintu utama.Tersentak Hana seketika.

    Hana menarik nafas lega.Fuh nasib baik mak Dian tak dengar apa-apa tadi.Kalau tak habis kau Hana Yasmin.Gerutu Hana sendirian di dalam hatinya.

    “Baiklah mak cik.Sekejap lagi Hana masuk dan bawa Dian sekali.” Balas Hana Yasmin dengan senyuman.Di kala itu Hana menarik tangan Dian lalu mengajak Dian masuk ke dalam rumah.

    “Mari Dian kita masuk dalam.Hari dah nak gelap ni.” Tingkah Hana dengan perlahan dan tersenyum manis pada Dian.Puan Sakinah sudah tersenyum di pintu.Dian hanya mengikut saja langkah Hana.Kemudian Hana memeluk bahu Dian dengan erat sekali.

    Amboi Hana, kemain kamu ya.Depan mak Dian kemain lagi kamu buat baik.Belakang diorang kau buat jahat ya.Hebat sungguh permainan mu Hana Yasmin..

      “Mari Dian masuk.Dian pergi naik atas dulu ya.Pergi mandi ya.Mari nenek temankan Dian.” Ujar Nenek Dian sewaktu Dian berada di ruang tamu.Dian duduk bersebelahan dengan Hana.
    “Eh nenek pun ada sini.” Tegur Hana Yasmin sebaik melihat wajah nenek Dian.

      “Aah ..Nenek tinggal sini.”Balas nenek Dian dengan senyuman.Kemudian nenek Dian berjalan ke arah Dian lalu menarik tangan Dian dengan perlahan.

     “Nenek….Nak pergi mana?” Soal Dian.Terkejut beruk muka Hana bila mendengar suara Dian.Terus Hana menoleh pada Dian.Tidak berkelip matanya memandang Dian.

     “Nenek temankan Dian.Pergi mandi dulu.Lepas tu kita solat dan mengaji.” Tingkah nenek Dian.Mata Dian terkebil-kebil lalu tersenyum dan mengikut langkah neneknya .Tangannya di genggam erat oleh neneknya manakala tangannya sebelah lagi memegang teddy bear unggu.

   “Mak cik Dian bercakap?Saya bercakap dengan Dia langsung Dian tak bagi respon.”Wajah Hana kini sudah berubah sedikit.Tidak sangka yang Dian akan bercakap.Semenjak tadi apa yang dia cakap langsung Dian tidak memberikan apa-apa respon.

     “Aah Hana.Kalau dengan nenek dia , Dian akan bercakap tapi taklah banyak cakap seperti selalu.Dengan kami jarang sangat Dian nak bercakap.Kalau nenek dia tak ada susah juga mak cik dengan pak cik.Dian langsung tak nak makan.Kalau dengan nenek dia Dian akan makan walaupun sikit.Kamu tengoklah badan dia makin kurus.” Jelas Puan Sakinah.

    “Dian tu tengah sakit Hana.Kadang-kadang dia langsung tak tahu yang kita ni sedang bercakap dengan dia.Dian tak menumpukan sepenuhnya pada orang yang bercakap dengan dia kecuali dengan orang –orang tertentu saja Dian akan bagi respon.” Terang Encik Yusuf pula.Hana sudah menganggukkan kepalanya.

    “Dengan Zafran pun Dian tak bercakap?” Soal Hana walaupun dia sudah tahu.Mungkin inginkan kepastian.
    “Tak.Langsung tak.Kadang-kadang Dian cuba melarikan diri dari Zafran.Kesian Zafran.Alhamdulilah Zafran memahami keadaan Dian sekarang ni,.” Balas Encik Yusuf lagi.
    “Oh begitu.Kasihan Dian.” Balas Hana pula.Puan Sakinah dengan Encik Yusuf hanya mendiamkan diri.

    “Mak cik , pak cik , hari pun dah gelap ni.Saya minta diri dulu ya.” Balas Hana lalu bangun .
    “Ya la.Terima kasih sebab sudi lawat Dian.Lain kali singgah la lagi ke mari jenguk Dian.Mana tahu bila kamu datang Dian akan bagi respon ke.”Balas Puan Sakinah lalu yang turt bangun.

    “Baiklah.Saya balik dulu.” Hana meminta diri kemudian berlalu menuju ke pintu utama.Di bibir Hana tercalit satu senyuman penuh makna.Apa yang sedang bermain di fikiran Hana ketika ini.?
  
    
 Bersambung....

NotaTersepit : Bila ADU dah siap berehat seketika.BCIP akan di update selepas raya nanti.InsyaAllah.Berehat dan cari mood menulis balik. =)





Rabu, 17 Juli 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 28

Assalamualaikum u oll..

Selamat tengahari dan selamat berpuasa .Ok hari ini akan di update sambungan ADU..Di ingatkan lagi 2 bab dan 2 teaser lg yg akan di share /update di sini.Selepas ni dah x da lagi ADU..Tunggu BCIP muncul ya..Mekasih singgah baca..





                       



BAB DUA PULUH LAPAN


     ENCIK Yusuf melihat anak gadisnya yang termenung di ruang tamu.Dian meletakkan kepalanya di sofa.Televisyen yang terpasang di hadapannya langsung tidak menarik minatnya.Dian seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.Matanya berkelip-kelip memandang syiling rumah.Televisyen yang sedang bising tu langsung tidak diendahkannya.

    “Abang tengok apa tu?” Soal Puan Sakinah sewaktu membawa keluar pinggan untuk makan tenghari.

    “Ermm..Tengok anak kita yang sorang tu la.Dari pagi asyik termenung sana sini..Rumah ni dah tak seceria dulu.Sekarang ni susah sangat nak dengar suara Dian Kinah.”Balas Encik Yusuf.Puan Sakinah yang berdiri di sebelahnya sudah menarik nafas dalam-dalam.Pandangan juga terarah pada Dian.

     “Itulah bang.Saya pun tak tahu nak buat macam mana.Esok bermula rawatan kemurungan Dian kan?” Soal Puan Sakinah pada suaminya.

    “Aaah doktor Rafiqi ada call pagi tadi ingatkan kita tentang rawatan esok.Abang harap Doktor Rafiqi dengan doktor Ahmad boleh membantu dan menyembuhkan penyakit anak kita tu.Paling utama jangan putus berdoa pada Allah semoga anak kita cepat sembuh.” Balas Encik Yusuf lagi.
    “Baguslah bang.Mudah-mudahan Dian sembuhlah.Abang duduklah dulu.Kinah nak pergi panggil mak makan.Boleh mak pujuk Dian makan sekali.Abang pun tahukan Dian tak nak makan.” Tingkah Puan Sakinah lagi lalu melangkah .

    “Dian…Dian…” Encik Yusuf memanggil Dian namun Dian langsung tidak menyahut.Dian sedang memintal-mintal rambutnya. Encik Yusuf menggelengkan kepalanya.
    Hati ibu bapa mana yang tak susah hati melihat anaknya yang sakit begini rupa.Kalau keadaan Dian berterusan boleh menyebabkan Dian mengalami tekanan jiwa.

      Selesai mereka bertiga makan, barulah nenek Dian menuju ke arah Dian untuk memujuk Dian agar makan.Keadaan Dian memang semakin susut.Berat badan makin turun.Dian  sedang memejamkan matanya sambil memeluk teddy bear milik Dhiya’.Entah bila Dian masuk ke bilik Dhiya’ untuk mengambil teddy bear tersebut pun tak tahu.Alih-alih dah ada di tangan Dian.

   Kalau begini bagaimanakah harus Dian sembuh.Bukan mahu Dian melupakan kembarnya tapi ianya menjadi keadaan Dian makin teruk dan makin sukar untuk menerima kenyataan bahawasanya Dhiya’ sudah tiada.
     “Dian..Makan cu .Sikit pun jadilah.” Tingkah nenek Dian yang sedang duduk di tepi Dian, diusap kepala Dian.Turun dari biliknya tadi sudah memujuk Dian untuk makan namun di tolaknya.Dian terus membatukan diri.
      “Dian tak sayangkan nenek ya?” Soal Nenek Dian lagi.Sengaja untuk memerangkap Dian.Mungkinkah taktik ini akan berjaya?

       Terus Dian membuka mata dan merenung wajah tuah neneknya.Mata Dian terus berkaca sebaik mendengar ungkapan dari neneknya.Dian menggelengkan kepalanya.

      “Kalau sayangkan nenek.Dian makan sikit ya.Nenek suapkan Dian nak?” Soal neneknya Dian lagi sambil menyambut pinggan nasi yang di hulurkan oleh Puan Sakinah.Dian hanya menganggukkan kepalanya.Puan Sakinah sudah tersenyum lalu menoleh ke belakang memandang suaminya yang sedang duduk di atas kerusi yang dimana turut memandang Dian.

    Dian membuka mulutnya dengan perlahan-lahan .Neneknya terus menyuapkan nasi ke dalam mulut Dian dengan senyuman.Dian hanya memandang sayu neneknya.

    “Makan sayang.Kami semua sayangkan Dian.” Pujuk Puan Sakinah sambil membetulkan rambut Dian yang terjuntai .Dian hanya menoleh memandang wajah Puan Sakinah yang tersenyum padanya.

    “DIAN mari ikut saya..” Pelawa doktor Rafiqi  di kala itu Dian sedang memandang orang yang lalu lalang di hospital tersebut.Encik Yusuf dan juga Puan Sakinah tetap setia menanti di sisi anaknya.

     “Dian bangun nak.Ikut doktor  Rafiqi.Dian sayang ayah dengan mak kan.” Tingkah Encik Yusuf sambil memandang wajah anaknya.Lingkaran gelap bawah mata Dian makin menonjol.Mata Dian juga sembab .Dian juga turut mengalami kesukaran untuk tidur malam.

       “Dian kenapa tak tidur lagi.Dah lewat ni sayang.Pukul tiga pagi dah ni.” Ujar Puan Sakinah,.Terkejut dirinya sewaktu keluar dari biliknya untuk menuju ke dapur.Tekaknya haus pula di kala ini.Dian di kala itu berada di sofa sambil memeluk teddy bear milik arwah Dhiya’.

     “Dian tunggu Dhiya’ balik.” Tingkah Dian.Terkejut besar Puan Sakinah mendengarnya.Sebelum ini belum pernah lagi Dian turun ke ruang tamu pagi-pagi buta begini.
    “Sayang.Mari mak hantarkan masuk bilik.Dhiya’ tak ada sayang.Mari mak temankan Dian tidur ya.” Pujuk Puan Sakinah sambil menarik tangan Dian dengan perlahan.Dian hanya menurut.Matanya melilau kanan dan kiri.Mungkinkah Dian cuba mencari kelibat Dhiya’.?

    “Mari Dian…” Pujuk doktor Rafiqi sambil menghulurkan tangannya pada Dian.Mata doktor Rafiqi terus merenung Dian dengan senyuman.Sedaya upaya dia memujuk untuk merawat Dian.Tidak sanggup hatinya melihat Dian berterusan begini.

     “Pergilah nak.Mak dengan ayah temankan Dian di sini.” Pujuk Puan Sakinah pula sambil mengusap bahu anaknya.Dian terkebil-kebil memandang wajah Encik Yusuf, Puan Sakinah dan juga doktor Rafiqi.

    “Mari…ikut saya..” Pujuk doktor Rafiqi lagi.Kali ini Dian hanya merenung wajah doktor Rafiqi .Entah bila masa tangannya di hulurkan pada doktor Rafiqi.Dian langsung tidak sedar.Doktor Rafiqi mengenggam erat tangan Dian kemudian dengan automatiknya Dian berdiri.

    “Pak cik, mak cik saya bawa Dian ke bilik kaunseling.Mak cik dengan Pak cik juga boleh tengok dari luar.Silakan mak cik  , pak cik..” Ujar doktor Rafiqi pula.Puan Sakinah dan juga Encik Yusuf terus bangun lalu membuntuti langkah doktor Rafiqi dari belakang.Tangan Dian di genggam dengan erat .

    Saya akan berusaha sembuhkan awak Dian.Saya rindukan Dian yang dulu.Dhiya’ saya akan sembuhkan Dian.Desis hati doktor Rafiqi sewaktu merenung wajah di sebelahnya.Dian hanya memandang ke hadapan.

     Selain dari ubat-ubatan, penyakit kemurungan juga boleh di rawat dengan menggunakan terapi Psychological di mana  ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang di hadapinya ketika ini.

    Doktor Rafiqi cuba menggunakan terapi ini untuk mengubati penyakit kemurungan yang melanda diri Dian.Doktor Rafiqi membawa Dian ke dalam bilik kaca lalu menarik kerusi dan menyuruh Dian duduk.Dian hanya mengikut saja sambil melilau matanya memandang suasana bilik tersebut.Kemudian doktor Rafiqi menarik kerusi lalu didik bertentangan dengan arah Dian.

    “Dian..kita mulakan terapi kita ya.Saya nak Dian buka mulut dan kongsikan apa yang Dian rasa di dalam hati Dian.Anggap saja saya kawan baik Dian.” Pujuk doktor Rafiqi.

      Pada mulanya Dian hanya membisu tetapi sebaik saja melihat doktor Rafiqi membawa keluar anak patung beruang yang sederhana yang bewarna unggu itu terus terlukis satu senyuman di bibir Dian.Doktor Rafiqi sudah menggagak yang Dian akan suka dengan beruang ini.Keluarga Dian sudah memberitahu yang Dian sering memeluk teddy bear milik arwah Dhiya’.

      “Cantikkan teddy bear ni.Ini saya hadiahkan untuk Dian tapi dengan sati syarat.Dian kena bercakap dengan saya.Boleh?” Soal doktor Rafiqi.Dian hanya terkebil-kebil.

      “Sama macam Dhiya’ punyalah.Nak peluk boleh?” Balas Dian sambil menghulurkan tangannya pada Rafiqi.Sebaik saja mendengar bicara dari Dian terus Rafiqi tersenyum lalu menghulurkan teddy bear unggu itu pada Dian.

     Sewaktu teddy bear unggu itu berada di dalam pelukan Dian jelas sekali Dian kelihatan ceria.Dian mengusap-ngusap telinga teddy bear bewarna unggu.

    “Dhiya’ suka warna unggu.” Ujar Dian yang membuatkan doktor Rafiqi tersenyum.Dian sudah mula bercerita,Doktor Rafiqi menumpu sepenuh perhatiannya pada Dia.
     “Habis tu Dian pula suka warna apa?” Soal doktor Rafiqi.

      “Ermmm Dian suka warna …warna…warna pink…” Tingkah Dian sambil tersenyum.Sudah lama doktor Rafiqi merindui senyuman manis Dian.Terpukau seketika doktor Rafiqi sewaktu melihat Dian senyum di mana terselah kedua-dua belah lesung pipitnya.

       “Iya..Lagi apa yang Dian suka.Ceritalah saya nak dengar.” Ujar doktor Rafiqi .Dian merenung ke dalam mata doktor Rafiqi.Tangannya masih mengusap telinga teddy bear unggu.
      “Banyak yang Dian suka..” Jawab Dian dengan selamba.

       “Haaa kalau banyak Dian kenalah kongsikan dengan saya.Nanti saya belanja Dian makan nak tak?” Soal doktor Rafiqi lagi.Dian mendongakkan kepalanya kearah doktor Rafiqi sambil menganggukkan kepalanya.

        “Dian suka makan coklat sama macam Dhiya’.” Tingkah Dian lagi dengan senyuman.Puan Sakinah dan Encik Yusuf yang melihat di luar cermin tersenyum pada doktor Rafiqi.Mereka tahu Dian sedang bercakap dengan doktor Rafiqi cumanya mereka tidak mendengar apa yang di bincangkan oleh doktor Rafiqi dan juga Dian.

      “Abang…Tengok Dian tu.Dia senyum bila dapat teddy bear unggu tu tadi.Lega hati saya tengok Dian senyum bang.” Tingkah Puan Sakinah sambil  menoleh pada suaminya yang berada di sebelahnya.

     “Aaah abang pun nampak.Alhamdulilah.Lama tak tengok Dian senyum macam tu.Abang tengok Dian buka mulut bila dengan doktor Rafiqi.Mudah-mudahan doktor Rafiqi boleh menolong kita untuk sembuhkan Dian.” Balas Encik Yusuf pada isterinya.

    “Itu Kinah setuju bang.Bukan mudah kita nak nampak Dian bercakap.Dengan tunang dia si Zafran tu pun Dian langsung tak mahu bercakap.Kinah pelik juga kalau dengan Rafiqi , Dian nak pula bercakap.” Ujar Puan Sakinah dengan kerutan di dahi.

    “Awak ni.Rafiqi tu kan doktor.Mestilah dia tahu caranya yang boleh menarik minat Dian untuk bercakap.Kita sama-samalah berdoa semoga Dian kembali sihat seperti sedia kala.Saya rindukan gelak tawa Dian di rumah kita.” Balas Encik Yusuf pula.

   “Lupa pula Kinah bang..”
    “Lagi apa yang Dian dengan Dhiya’ suka buat di waktu lapang?” Soal doktor Rafiqi lagi,Tangan kanannya juga lincah mencatatkan sesuatu di atas kertas.Sesekali pandangannya di arahkan pada Dian yang sedang bersandar di kerusi.Teddy bear unggu masih lagi dalam pelukannya.

    “Kitaorang suka berjalan-jalan.Saya sayang sangat dengan Dhiya’ Dia satu-satunya adik yang saya ada..” Balas Dian lagi.
    “Dian tahu tak Dhiya’pergi mana? Saya rasa nak jumpa Dhiya’ jugalah.” Tingkah doktor Rafiqi.Mata Dian terkebil-kebil.

     “Saya tak tahu Dhiya’ dekat mana.Puas saya cari dekat rumah tapi Dhiya’ tak ada.Saya cari dalam bilik dia tak ada.Semua tempat Dhiya’ sembunyi saya dah cari tapi saya tak jumpa.” Balas Dian.Kali ini  mata Dian sudah mula berkaca-kaca.Doktor Rafiqi menarik nafas dengan perlahan.Di sini dia harus bijak bermain dengan emosi Dian yang masih tidak stabil.

    “Dian rindukan Dhiya’ ya?” Soal Doktor Rafiqi lagi.Dian hanya menganggukkan kepalanya.
    “Awak tahu  Dhiya’ dekat mana?” Soal Dian dengan tiba-tiba.Tersentak doktor Rafiqi seketika lalu mendiamkan diri sejenak.

    “Kalau saya cakap yang saya tahu Dhiya’ dekat mana macam mana?” Soal doktor Rafiqi.Dian sudah mendekatkan dirinya sambil menongkat dagu di meja.
     “Dhiya’ dekat mana?” Soal Dian dengan teruja.

     “Dhiya’ akan selalu berada di dalam hati awak Dian.Dia pun sayangkan awak sepenuh hati dia.” Jawapan Rafiqi mematikan senyuman Dian seketika.Namun selepas itu bibir  Dian terus mengukir senyuman.

      Adakah Dian sudah lupa yang Dhiya’ sudah tiada.Bukan ke Dian sendiri pergi ke kubur arwah Dhiya’.Apa sudah jadi?Adakah kemurungan boleh membawa seseorang yang menghidapnya hilang daya ingatan.?

      Tanda-tanda biasa bagi kemurungan meliputi gangguan tidur, hilang selera makan, gelisah , hilang minat, mempunyai masalah konterasi atau  daya ingatan  .Sekarang ini tanda-tanda itu sudah menyerang pada diri Dian.

     “Dhiya’…Dhiya’.Jangan tinggalkan Dian dekat sini.” Jerit Dian dengan tiba-tiba.Doktor Rafiqi tersentak apabila melihat Dian bangun dari kerusi dengan tiba-tiba dan mencari kelibat Dhiya’.Doktor Rafiqi terus bangun dan cuba untuk memujuk Dian .

     “Dian..Sini..Jangan macam ni.Duduk.Saya ada coklat nak bagi awak.” Pujuk doktor Rafiqi menarik tangan Dian dengan perlahan.Puan Sakinah dan Encik Yusuf bangun dari kerusi sebaik saja melihat Dian yang gelisah memandang kiri dan kanan.

     “Come Dian…” Pujuk doktor Rafiqi lagi.Dian merenung ke dalam mata doktor Rafiqi kemudian mengikut doktor Rafiqi untuk duduk semula.Dian melihat doktor Rafiqi membawa keluar coklat Cadbury lalu di tayangkan pada Dian.Coklat Cadbury yang diikat dengan reben yang bewarna pink .Dian sengetkan sedikit kepalanya .Dengan perlahan-lahan tangan Dian cuba untuk memegang coklat Cadbury reben pink itu.Sebaik saja melihat Dian kembali seperti tadi Encik Yusuf dan Puan Sakinah menarik nafas lega lalu duduk semula di kerusi.

    “Kinah harap Dian tak apa-apalah bang.” Tingkah Puan Sakinah .
    “InsyaAllah.Sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk menyembuhkan Dian.” Balas Encik Yusuf sambil menggenggam erat tangan isterinya.Puan Sakinah menganggukkan kepalanya sebelum matanya beralih kembali ke cermin kaca.Di kala ini mereka melihat Dian sedang makan coklat Cadbury tersebut.

       Doktor Rafiqi yang turut memandang cermin  memandang ibu bapa Dian dengan senyuman sambil menganggukkan kepalanya.
  
     
   Bersambung....

NotaTersepit : InsyaAllah dalam hujung minggu ni atau awal minggu depan akan di anta ke publisher untuk proses penilaian.Ada rezeki ke tak x tau lagi.Mudahan-mudahan adalah rezeki.InsyaAllah..