Selasa, 25 September 2012

Peperangan Cinta ( Sinopsis )



Ariana Yusrina.. Gadis yang terlampau memegang prinsip hidup hingga mengakibatkan hati lelaki itu terluka. Fikirnya, dia tidak akan berjumpa kembali dengan musuhnya a.k.a. lelaki yang pernah ditolaknya dahulu, tetapi segalanya sudah tersurat di lohmahfuz yang dia akan berkahwin dengan lelaki itu.
“Aku akan mengakhiri semua ini. Mungkin, perpisahan ialah jalan yang terbaik buat kami berdua? Lagipun, jika aku masih di sini. Aku akan membuatkan Haikal makin bencikan aku. Jika aku berpisah dengan dia, mommy dan daddy aku akan terluka. Aku buntu, Nis. Aku tersekat! Aku akan bertahan sejauh mana aku boleh bertahan,” – Ariana Yusrina
Di dalam kekalutan, Asyraf Muhaimin datang menghulurkan salam cinta. Sikapnya yang mesra membuatkan hati Ariana Yusrina yang gundah gulana menjadi tenang.
Eryna Irdina, gadis yang sudah lama mencintai Haikal. Dia sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan cinta Haikal termasuklah melakukan pembunuhan. Cintanya yang amat mendalam kepada Haikal membuatkan dia tidak lagi mengenal erti dosa dan pahala.
Lelaki yang selama ini membenci kewujudan Farriel Aizriel, abang kepada Ariana Yusrina mula melancarkan dendam. Dendamnya kepada Farriel Aizriel mesti dibalas dengan cara apa pun. Yang penting, Farriel Aizriel mestilah merasai erti kesakitan kehilangan insan tersayang, seperti yang pernah terjadi kepada dirinya.
Akibat kecewa, Tengku Haikal Izhar berjanji tidak akan jatuh cinta lagi. Akibat prinsip, Ariana Yusrina menghancurkan sekeping hati yang menyintainya.
Mampukah mereka mengharungi badai yang melanda rumah tangga mereka? Adakah dendam itu akan terbalas? Mampukah mereka berbahagia?