Minggu, 30 September 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 1

BAB 1

PUKUL 8:00 pagi, pendaftaran pelajar baharu dibuka. Kelihatan sebuah kereta Toyota Alphard masuk ke sebuah parking. Keluar 4 orang gadis yang bergaya dan cantik. Tudung mereka yang ala-ala Waheeda itu diperbetulkan. Walaupun tiada secalit mekap di wajah mereka namun mereka masih cantik dan menawan hati si pemuda. Mereka mendaftar sebagai pelajar baharu di Universiti Kebangsaan Malaya dalam bidang perniagaan. Setelah selesai mendaftarkan diri, mereka ke café yang terdapat di universiti itu. Mereka duduk di salah sebuah meja yang terdapat di situ.
“Akhirnya, dapat juga belajar di sini,” kata Nisrina lalu duduk. Ariana, Azzalea dan Arani tersenyum gembira.
“ Ermm.. Alhamdulillah,” ucap Ariana, Azzalea dan Arani serentak. Kemudian, mereka memandang sesama sendiri lalu ketawa mereka pecah. Ariana bangun untuk membeli air namun sebelum itu…
“Wei.. Ulat buku lebih baik kau berhenti baca atau aku siram kau dengan buku kau ni dengan air sirap yang ada kat depan kau,” Ariana memarahi Azzalea yang sedang asyik membaca. Laju , Azzalea menurunkan bukunya serta-merta oleh sebab takut akan ugutan Ariana. Ariana terus pergi membeli air jus laici. Sedang Ariana berjalan tiba-tiba seorang lelaki bangun dan melanggar Ariana.
Papp..
“Aduh!!!” Ariana terdorong ke belakang sementara tudungnya basah akibat airnya terjatuh. Ariana memandang lelaki itu. Bajunya turut basah dan mukanya kemerahan kerana marah. Ariana memandang lelaki itu tajam.
“Woi, minah!!! Kau ni mata letak kat lutut ke apa, hah?!” tengking Haikal kepada Ariana. Ariana menutup telinganya akibat suara Haikal yang terlalu nyaring dan kuat.
“Nama aku bukan Aminah. Lagi satu, mata aku ada kat muka aku lah. Takkan ada kat lutut kot!” Ariana membalas kembali. Haikal rasa tercabar, belum pernah ada wanita yang berani melawannya.
Azzalea, Arani dan Nisrina mengalihkan pandangan ke belakang apabila terdengar suara orang bergaduh. Mata mereka membulat apabila melihat Ariana bergaduh. Serta-merta mereka bangun dan menuju ke arah Ariana dan Haikal.
Akif, Ikram dan Daiyan terlopong apabila Ariana melawan cakap Haikal tadi. Akif dan Daiyan bangun untuk menuju ke arah Haikal manakala Ikram masih tetap duduk di situ, tidak peduli dengan apa yang berlaku.
“Woi, minah! Baju aku siapa nak basuh?!”Haikal mengetap bibir kegeraman. Boleh pula perempuan ini melawannya. ‘Tercabar maruah, den’ kata Haikal di dalam hati.
“Ya Allah, pak cik oii… Berapa kali aku nak cakap nama aku bukan Aminah? Lagi satu, tudung aku siapa nak basuh?” Ariana membalas kata-kata Haikal dengan memutar belitkan ayat Haikal.
Tersentak Haikal mendengar kata-kata Ariana.  ‘ Aku yang muda, kacak dan bergaya, dia panggil pak cik! Rabun ke apa budak ini?! ’ marah Haikal di dalam hati.
“ Basuh sendirilah…” balas Haikal geram.
“ Kau punya baju basuh sendirilah. Ada hati nak suruh orang. Pigidah!!!” Haikal mengetap bibir kemarahan. Tak pernah lagi wanita menengkingnya. Yang ada hanya yang cair kepadanya . Perempuan ini betul-betul menguji kesabarannya.
“Tak apa kau! Tengoklah, nanti kau akan terima balasannya,” Haikal terus berlalu pergi diiringi Akif dan Daiyan di belakangnya.
“ Bla! Bla! Bla! I don’t care!” kata Ariana lalu berlalu keluar dari kawasan kantin. Pelajar – pelajar yang lain meneruskan kembali kerja mereka yang tertangguh akibat drama swasta yang ditayangkan sebentar tadi.

“ HISH!! Bencinya aku dengan mamat tu,” Ariana meluahkan rasa geramnya kepada Arani, Azzalea dan Nisrina. Tangannya dikepal. Arani, Azzalea dan Nisrina hanya tersenyum sinis.
“ Kau orang boleh tersenyum lagi… Dah tepi! Yang bertenggek kat bonet tu buat apa? marah Ariana  lagi.
“Ariana… Ariana… Watch out my friend ! Nanti perasaan benci itu menjadi sayang baru kau tahu,”Arani berkata. Ariana yang sudah menggapai tudung itu terhenti .
“ Tak ada maknanya,” Terus Ariana menutup pintu bonet.

“TAK GUNA betullah minah tu, boleh tengking-tengking aku,” marah Haikal. Eryna yang berada di sebelah tersenyum sinis.
“ Berapa kali perempuan tu nak bagitau nama dia bukan Aminah?” Akif dan Daiyan berkata serentak. Haikal mendengus. Eryna mencebik.
“Yang kau orang bela dia tu apasal!” Haikal membentak.
“Woi! Ik! Kau nak tahu taka pa yang terjadi?” tanya Akif dengan mata yang bersinar–sinar.
I don’t want to know. Lebih baik baca buku,” kata Ikram selamba.
“Dia ni! Memang tak boleh lepaskan buku lah! Kalau dia ada adik mesti adik dia pun berperangai begini juga kot!” getus Akif.
“Memang aku ada adik,” balas Ikram pula.
“Siapa? Ik, beritahulah!” pujuk Akif. Riak muka miang mula terpancar di wajahnya.
“Buat apa? Supaya kau boleh ngorat dia? Lebih baik tak payah,” kata Ikram selamba. Akif memuncung namun Ikram buat tak kisah.
“ Carl! Teman I shopping boleh tak?” pinta Eryna dengan mata yang berkelip–kelip.
‘ Sudah! Habis lagilah duit aku! Perempuan ni kikis! Hancur!’ kutuk Haikal. Namun dia tetap mengangguk. Kalau tak angguk, budak ni beritahu kat mama aku! Naya hidup!
“ Jom, I nak beli macam–macam. Handbag, Make up, dan macam–macam lagi lah!” kata Eryna. Haikal hanya mengangguk–angguk. Terbang duit aku hari ini. Haikal bangun diikuti dengan Eryna di belakangnya. Dan perempuan itu tidak sudah-sudah bercerita itu dan ini.
“ Aku rasa macam nak lempang je muka si gedik tu!” luah Daiyan tak puas hati.
“ Kesian si Haikal tu! Kena layan pula BFF mak dia yang terlebih BFF tu!” kata Ikram lemah. Namun apabila Akif dan Daiyan mendengar ayat itu, mereka tergelak. Ikram memang tak boleh jadi orang yang bersedih. Dengan muka dia yang dingin tu camna nak sedih? Boleh buat aku lagi tergelak adalah.
“ Kenapa?” tanya Ikram, namun soalannya tidak mendapat balasan dari yang lain. Akhirnya, dia mengeluh.

“ ARA, Azza, Nis, aku pergi Popular sat,” Ariana terus berlalu ke Popular. Sedang leka, memilih buku. Tiba-tiba, datang seorang lelaki lalu melanggarnya. Pap! Kedengaran buku-buku yang dipegang Ariana jatuh bertaburan.
Ariana memejam mata sambil berkata di dalam hati.  ‘Aduh! Sakitnya kepala aku.Awat badan aku terasa berat?’ Ariana membuka mata.
Mata Ariana membulat… “ Aaaahhh!!!”Ariana menjerit. Ariana memandang tepat ke anak mata Haikal. Hati Ariana berdebar-debar. ‘Apa yang patut aku buat?’ Namun persoalannya menemui jalan buntu. Tiba-tiba..
Hey! What are you doing with my boyfriend?! ” soal Eryna yang muncul entah dari mana. Haikal terkejut. Tangannya tidak dapat ditahan lagi daripada terjatuh. Bibirnya hampir mengenai bibir Ariana.
Arani, Azzalea dan Nisrina yang sudah lama menunggu di luar masuk ke dalam Popular untuk mencari Ariana. Sedang leka mencari, mata Azzalea terpaku kepada satu sketsa.
“Wei.. wei.. Tengok ini,” Azzalea memanggil kawan-kawannya lalu menunujukkan ke arah sesuatu tempat. Arani dan Nisrina menoleh. Mata mereka terbeliak. Eryna membeliakkan matanya seraya berkata “Oh, no! My boyfriend…
Arani, Azzalea dan Nisrina menekup mulut mereka apabila mengenali kedua-dua insan di hadapan mereka.
Ariana yang menyedari kehadiran rakan-rakannya segera menolak Haikal daripada berada di atas badannya. “ Ehemm.. ehemm.. ” Arani berpura-pura batuk . Muka Ariana merah padam. Begitu juga Haikal. ‘Aduh malunya.Kenapalah aku ni bodoh sangat,  kenapalah aku tak bangun awal-awal lagi. Kan sekarang dah malu,’ kata Haikal di dalam hati.
“ Engkau!!! Berani kau buat macam tu pada boyfriend aku! Engkau ni buta! Perempuan tak sedar diri! Eh, aku tersilap! Kau bukan perempuan! Kau BETINA! Betina gatal!” Eryna menjerit kepada Ariana. Beberapa pasang mata melihat kejadian itu. Haikal hanya diam. ‘Lantak kat kaulah minah, kau nak lawan ke, nak senyum ke, nak perli ke. Kau buatlah!’ getus Haikal.
Ariana melangkah keluar dari kedai itu. Haikal rasa pelik kenapa Ariana tak melawan. Dia memandang kawan-kawan Ariana. Semuanya kelihatan tersenyum sumbing. ‘Apalah yang bakal minah ni buat?’ Haikal berteka-teki di dalam hati.
“ Huh, penakut!” kata Eryna sinis.
“ Kau tunggu sebentar, jangan ke mana – mana. Tunggulah beberapa minit dulu,” ujar Nisrina sinis. Arani tersenyum sinis. Azzalea pula leka membelek novel. Haikal bingung.
“ Okey, fine,” Eryna mengalah.
Tidak beberapa lama kemudian, Ariana kembali dengan membawa air yang diseludupnya. Dia terus mencurah air itu ke arah Eryna. Muka Eryna merah menahan perasaan malu dan amarah. Ariana tidak peduli. Janji hatinya puas. Arani dan Nisrina ketawa terbahak-bahak di belakang. Ariana tersenyum sinis. ‘Gila betullah bebudak ini’ monolog Haikal sendirian.
“ Sedap?” kata Ariana lalu berlalu.

p/s : First bab! Semoga terhibur..