Minggu, 10 November 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 26 & 27

Assalamualaikum u oll..

Entry hari ni ada dua bab ya.Cik writer tahu ramai yang x sabar nak tahu kisah Hayyan.Akhirnya Hayyan kembali juga ke tanah air..Terima kasih singgah dan baca ya...Cite ni masih pjg lg.Konflik Hadif dgn Khay, Hani dgn Reen, Hadif dgn Reen, Hadif dgn Hayyan, Hayyan dgn Reen..Makin nak ke penghujung makin payah nak noktahkannya.Hehehhe..:D


                        






BAB DUA PULUH ENAM



     HARI minggu itu Hadif tidak keluar ke mana-mana lagi.Selepas keluar berjoging Hadif terus saja terperap dekat rumah.Matanya kini sedang di fokus pada skrin televisyen.Hadif sedang bersantai di sofa sambil menonton televisyen.

    Hani pula baru saja menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.Hani terpandangkan abangnya yang sedang menonton televisyen.Hani menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sebelum menuju ke arah abangnya.

    “Abang Hadif.Jauhnya termenung..Abang ni tengok tv ke mengelamun?” Soal Hani sebaik saja kakinya memijak karpet baldu di sofa di mana abangnya berada.Hadif menoleh pada Hana sebaik saja terdengar suara adiknya itu.

   “Tengok tv lah Hani, tak keluar ke?” Soal Hadif lalu membetulkan duduknya.Hani melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan abangnya.
    “Tak kot tapi tengoklah kalau Hani rasa bosan sangat Hani keluarlah.Abang Hadif pula tak ke mana ke hari ni?” Soal Hani pula.

   “Nak keluar ke mana.Hari minggu kan hari untuk berehat.” Jawab Hadif dengan selamba.
    “Abang Hadif, Hani nak tanya sikit boleh?”Soal Hani lalu membetulkan kedudukkannya supaya setentang dengan abangnya.

    “Hani nak tanya apa?” Soal Hadif dengan pelik.
    “Betul ke Kak Khay ganggu abang ke sekarang ni dekat pejabat?” Soal Hani Hadif pula mengerut dahinya.

    “Mana Hani tahu ni?” Soal Hadif pula.
     “Alah mama yang bagitahu.Mama pernah terserempak dengan Kak Khay dekat pejabat abang hari tu.”Tingkah Hani.Hadif menganggukkan kepalanya.

     “Entahlah dia tetiba muncul.Buang tabiat gamaknya.”Balas Hadif dengan selamba.Hani tersenyum .

    “Dia nak tackle abang balik kot.Dia dah putus dengan Tan Sri Herman ke?” Soal Hani.
    “Tackle abang?Huh ada makna tu kalau dia datang kembali dekat abang.Biarlah dia malaslah nak fikir.”Ujar Hadif lagi.

    “Abang tak teringin ke nak cari pengganti?” Hani bertanya lagi.
   “Cari pengganti.Errm entahlah Hani.Sekarang ni abang sibuk uruskan Aspirasi dan Astana so abang tak ada masa nak mencari lagi.Biarlah dulu.”Jawab Hadif dengan selamba.Itulah hakikatnya.Sekarang ini memang Hadif sibuk menguruskan Aspirasi dan dalam masa yang sama juga dia turut memantau Astana milik Hayyan buat sementara waktu.

   “Kalau mama carikan abang calon macam mana?Agak-agaknya abang terima tak pilihan mama?” Soal Hani lagi.

     “Ish apa pula mama nak carikan abang calon.Jangan merepeklah Hani.” Hadif menggelengkan kepalanya.

     “Alah Hani Cuma cakap saja.” Balas Hani sambil menjuihkan bibirnya.
     “Hani nak keluar tak?Abang nak pergi rumah Kak Huda.Abang nak jumpa anak sedara kita Syifa dengan Syarif.Rindulah dekat diorang.” Tingkah Hadif dengan tiba-tiba setelah mereka berdiam diri dan melayan televisyen.Sebaik saja mendengar nama anak sedaranya terus Hani tersenyum dengan lebar sekali.

   “Eh mestilah nak.Jomlah bang.Hani pun lama tak jumpa diorang.Rindunya dekat budak kecil dua orang tu.Kak Huda dengan abang Syah mesti sibuk ni kalau tak hari minggu mereka datang je sini.” Ujar Hani pula.Hadif menganggukkan kepalanya.

   “Ok kalau macam tu Hani pergi siap dulu.Abang tunggu dekat bawah.Jangan lupa bagitahu dekat mama dengan papa sekali.Kalau mereka nak ikut sama lagi bagus.” Ujar Hadif pula.Kalau kena anginnya Hadif memang seorang yang penyanyang.Tengoklah bagaimana dia melayan adiknya dan juga anak sedaranya sebelum ini.

   “Hani naik bersiap dulu.” Hani terus bangun dan melangkah menuju ke tangga , tetapi sampai di pertengahan jalan Hani berhenti melangkah dan memanggil bibik.
    “Bik oh bik..”

    “Hani bibik tak ada hari ni.Dia cuti.Kenapa Hani?”Sahut seorang wanita separuh abad .Hani tersenyum.

    “La bibik cuti ke.Tak mengapalah.Hani nak minta tolong bibik ambilkan kek yang Hani buat semalam.Hani nak bawa pergi rumah Kak Huda.” Tingkah Hani.

     “Tak apa biar Mak Biah masukkan kek tu dalam bekas.Dah siap mak Biah letak dekat atas meja ni nanti Hani ambillah ya.”Balas Mak Biah pula.Hani sudah tersenyum.

     “Terima kasih Mak Biah.Hani naik bersiap dulu.” Ujar Hani lalu melangkah menuju ke tangga.Hadif juga mula bangun ketika itu dan menuju ke tingkat atas untuk bersiap.Lelaki kalau bersiap memang cepat.Kalau perempuan bersiap jawabnya lambatlah sedikit.Biasalah dah nama pun perempuan mestilah nak touch up sana sini.

    “Abang Hadif dah call Kak Huda belum yang kita dah on the way ke rumah dia?” Soal Hani sewaktu mereka berdua berada di atas jalan raya.Hadif memberhentikan keretanya apabila melihat lampu isyarat bertukar merah sebentar tadi.

    “Abang dah call dah.Diaorang ada dekat rumah tak pergi mana-mana sebab abang Syah tak ada.Dia outstation.”Jawab Hadif pula.Hani hanya menganggukkan kepalanya.Mama dan papanya tidak dapat ikut kerana pergi kenduri yang  di adakan oleh teman papanya.

   Keadaan jalan raya pada hari minggu boleh tahan sesaknya.Ya la dah nama pun hari minggu ramai yang ambil masa untuk berjalan bersama keluarga.Meluangkan masa dengan anak-anak.

   “DADDY ..Mak Sue..”Jerit Syarif sebaik saja ternampak kelibat ibu dan bapa saudaranya yang baru saja sampai di halaman rumah mereka.Syarif melompat-lompat keriangan sambil bertepuk tangan.

   “Syarif…Mak sue dengan Daddy datang ni.” Tingkah Hani pula sebaik saja menutup pintu kereta abangnya.Di tangan Hani pula sudah di bawa bekas yang terisi dengan kek yang di buat semalam.Hani memang suka buat kek dan juga biskut.Kiranya bab buat desert ni memang kesukaan Hani.

   Walaupun di mana Hani berada hobi membuat desert  memang tidak pernah di tinggalnya.Kalau melihat kepakaran Hani tu memang boleh buka kedai tapi minatnya lebih mendalam dalam bidang rekaan fashion.

   “Daddy..”Jerit Syarif lalu berlari kea rah Hadif sebaik saja mama nya membuka pagar .Huda sudah tersenyum gembira melihat Syarif melompat kegirangan apabila melihat daddy nya di depan mata.Syarif memang rapat dengan daddy nya itu.

   “Rindunya Daddy dengan Syarif.” Tingkah Hadif lalu memeluk Syarif.
   “Kak Huda apa khabar?Sihat?” Soal Hani lalu memeluk kakaknya.Hadif pula mendukung Syarif .
    “Alhamdulilah Kak Huda sihat.Jomlah masuk dulu.Syifa tengah main dekat ruang tamu tu.Dia baru bangun dari tidur .” Ujar Huda pula.Hani dan juga Hadif terus masuk ke dalam rumah untuk bertemu dengan anak sedara mereka yang lagi sorang.

    “Olololo…Anak buah mak sue ni main sorang-sorang ya.Errm wanginya Syifa.”Tingkah Hani lalu peluk dan mencium pipi Syifa bertalu-talu.Si kecil hanya tersengih apabila di agah oleh mak suenya.

    “Hai my princess.” Tegur Hadif pula lalu mencuit pipi Syifa.Rambut Syifa di ikat kiri dan kanan .Sungguh comel sekali.Syifa menghulurkan tangannya pada Hadif.

   “Amboi anak daddy sungguh.Jealous mak sue tau.” Tingkah Hani dengan selamba lalu menghulurkan Syifa kepada abangnya.

   “Mestilah.Anak sedara kesayangan daddy kan.” Balas Hadif dengan selamba pada Hani sebelum dia mencium pipi Syifa.Si kecil ketawa mengekek apabila terasa geli di pipinya.

  “Korang berdua makan sini tau.Kak Huda dah masak tadi.” Tingkah Huda pula yang muncul dengan membawa dulang air untuk adik-adiknya.

  “Boleh je Kak Huda.Mama dengan papa kirim salam.” Jawab Hani sewaktu duduk di sofa sambil memeluk Syarif yang sedang leka bermain dengan patung upin dan ipinnya.

   “Kenapa tak bawa mama dengan papa sekali datang ke mari?” Soal Huda lalu menuangkan air minuman ke dalam gelas.

    “Mama dengan papa pergi kenduri.Kalau tak ada kenduri memang sah-sahlah diorang ikut nak jumpa cucu-cucunya ni.” Jawab Hadif pula.Syifa masih lagi di atas dukungnya.

     “Patutlah.Ada kenduri rupanya.Kak Huda memang nak balik tapi minggu ni abang Syah kamu tu pergi outstation.Ada hal penting dekat Terengganu.Kalau Kak Huda nak balik bawa kereta sorang-sorang tu payahlah sikit.Budak berdua ni bukan boleh duduk diam dalam kereta kalau papanya tak ada.” Tingkah Huda pula .

   “Alah tak apa Kak Huda.Sekali sekala kitaorang pula yang datang ke mari.” Hani menghirup air sebelum menyuakan gelasnya pada Syarif pula.

   “Hani cuti lama jugakan.Tak ada plan ke?” Soal Huda.
    “Setakat ni tak ada lagi Cuti ni rehat je la Kak Huda.Lagipun tak lama lagi abang Hayyan dah balik sini.Adalah geng nak pergi jalan-jalan.Abang Hadif bukan boleh ajak selalu dia selalu sibuk tambah-tambah sekarang ni bila ambil alih kerja papa.Betul tak abang?” Soal Hani sambil tersengih pada Hadif.

    “Yang tu betul, tapi abang rasa kalau Hayyan balik sini nanti dia pun tak boleh nak teman Hani berjalan sangat.Astana tu baru meningkat naik sah-sahlah dia sibuk nanti.Jadi pandai-pandailah Hani nanti.” Usik Hadif pula.

    “Abang Hayyan tak ada tak apa.Kak Huda boleh temankan.Ya tak ?” Soal Hani pada Kak Hudanya.

    “Mestilah boleh.Asalkan Hani yang drive.Senang sikit dengan budak berdua ni.
 Balas Huda pula sambil tersenyum.

     “Mama..Syarif nak makan.” Tingkah Syarif sewaktu memandang wajah mamanya.
      “Hero daddy dah lapar ya.” Usik Hadif sambil mencuit dagu Syarif .

       “Ok jom kita makan.Ajak daddy dengan mak sue makan sekali.” Ujar Huda kepada Syarif.
     “Jom daddy..Mak sue makan.” Syarif mula menarik tangan daddynya.Syifa sudah beralih tangan dari Hadif ke Hani.

      “ABANG jemput minum.” Tingkah Sarah lalu menghulurkan segelas air sejuk kepada suaminya.Tersentak Aqil sedang mengelamun pada ketika itu.

     “Terima kasih.” Balas Aqil lalu menghirup air sejuk tersebut selepas gelas bertukar tangan.Sarah melabuhkan punggungya di sisi suaminya dengan senyuman.

     “Abang nak makan tak?Sarah dah siapakan semuanya di atas meja sana.” Ujar Sarah lagi.Aqil menoleh pada isterinya.

     “Ermm..Mak mana?” Soal Aqil lalu mencari kelibat ibunya.Namun dia langsung tidak nampak kelibat ibunya itu.

   “Oh mak pergi rumah jiran kita yang duduk dekat belakang ni.Esok rumah dia ada kenduri cukur jambul dan aqiqah cucunya.Mak pergi menolonglah kot.”Balas Sarah .Aqil hanya menganggukkan kepalanya.

   “Abang nak ke mana ?” Soal Sarah sebaik saja melihat suaminya bangun dari tempat duduknya.
    “Abang nak naik atas.Mandi dan sembahyang.” Jawab Aqil lalu menuju ke tangga.Sarah mengeluh kecil.Mata Sarah terus memandang suaminya yang sedang mendaki anak tangga.

    Begitulah Aqil sejak berkahwin ni.Jarang sangat dah nak lihat mereka berdua bersembang seperti dulu.Aqil selalu sibuk dengan kerja.Adakalanya dia sengaja menyibukkan diri dengan kerja.Fikirannya tidak pernah sesaat berhenti memikirkan tentang bekas isterinya Reen.Rindu pada isterinya hanya Allah saja yang tahu.

   “Mak ..Sarah susah hatilah tengok abang Aqil macam tu.” Tingkah Sarah pada suatu hari.Puan Salmah yang sedang ralit menyiram pokok bunganya terus menoleh.
   “Susah hati kenapa pula?” Soal Puan Salmah dengan pelik.

    “Yalah.Mak tak perasan ke lepas kahwin dengan Sarah abang tu macam pendiam semacam saja.Susah nak dengar dia cakap banyak seperti dulu.Sarah cuba ambil hati dia tapi semuanya tak berapa menjadi.”Luah Sarah sambil bersandar di pintu utama rumah milik Puan Salmah.
    Puan Salmah menarik nafasnya dengan perlahan.Dia berhenti seketika dari menyiram pokok bunga.Pili air di tutup .

    “Kamu  kena sabar Sarah.Ambil hati dia.Lama-lama nanti oklah tu.Kamu berdua cepat-cepatlah dapat anak.Mak rasa kalau korang berdua ada anak mesti Aqil akan gembira.” Ujar Puan Salmah dengan senyuman.Namun apa yang di cakap oleh Puan Salmah membuatkan Sarah rasa tercekik.

    Macam mana nak dapatkan cucu mak kalau abang Aqil langsung tak sentuh Sarah.Desis hati Sarah sendirian.Ya memang Sarah tahu yang Aqil terlalu sayangkan bekas isterinya.Sebagai seorang isteri Sarah rasa sedih dan terkilan dengan tingkah laku suaminya , namun Sarah hanya mampu berdiam diri.Puan Salmah sendiri tidak mengetahuinya.Sarah langsung tidak bercerita soal itu dengan ibu mertuanya.

   “Maafkan abang Sarah.Abang tak mampu untuk terima Sarah lagi.Cinta abang hanya untuk Reen lagi.Abang harap Sarah faham.” Ujar Aqil pada malam pertama mereka berdua.Sarah hanya berdiam diri.Dari awal memang dia sudah menjangkakan hal itu.

    “Sarah faham bang.Sarah akan tunggu cinta abang untuk Sarah berputik.Sarah harap abang mampu lupakan Kak Reen.Dia bukan lagi isteri abang tapi Sarah sekarang ini yang menjadi isteri abang.”Jawab Sarah dengan perlahan.Aqil hanya membisu seribu bicara.

   Tak perlulah nak merasa sedih mahupun terkilan Sarah.Kau sudah tahu dari awalkan cinta Aqil untuk Reen namun kerana fitnah yang kau dan Puan Salmah reka menyebabkan Aqil melepaskan isterinya dengan mudah sekali.Bukan mudah untuk bahagia di dalam rumahtangga.


BAB DUA PULUH TUJUH

   PENGUMUMAN penerbangan dari London sudah selamat tiba.Sebaik saja mendengar pengumuman tersebut Hani sudah tersenyum lebar.Hari ini abang sepupunya Hayyan telah pulang ke tanah air.Selepas ini Hayyan akan selalu berada di Malaysia.Hani gemnira tak terkata.Rindu pada abang sepupunya hanya Allah saja yang tahu.

    Hani menunggu dibalai ketibaan bersama mama dan papanya.Abangnya Hadif turut serta menunggu kepulangan Hayyan.Hadif sedang leka menilik Handphone di tangannya.
   “Abang.Itu bukan Kak Khay ke?” Soal Hani sebaik saja terpandang seseorang yang di kenalinya.Hadi menoleh pada Hani sambil mengerutkan dahi.

   “Betullkan itu Kak Khay?” Soal Hani sambil menunjukkan jarinya pada Khay yang sedang berjalan dengan Tan Sri Herman.Siap peluk bagai.Hadif hanya melihat dengan pandangan yang kosong.

    “Betullah tu.Dia nak pergi holiday dengan Tan Sri la kot.” Jawab Hadif dengan selamba.Datin Khadijah dan Datuk Ismail turut melihat Khay dan Tan Sri Herman sedang berjalan.Mereka berdua langsung tidak sedar akan kehadiran keluarga Hadif di situ.

    “Apa nak jadi dengan budak Khay tu bang.Tan Sri tu pun satu hal.Kalau dah suka sangat dengan Khay kahwin sajalah.Tak payahlah nak bawa budak tu ke hulu ke hilir berkepit macam belangkas.” Bebel Datin Khadijah sambil menggelengkan kepalanya.

   “Tan Sri Herman mana boleh kahwin sesuka hati.Teruklah dia nanti kalau si Ruby tu tahu.Biarlah dia.Asalkan mereka berdua tidak menganggu keluarga kita sudahlah.” Jawab Datuk Ismail.Mata Hadif sudah berkalih mencari kelibat Hayyan.Hani masih setia memandang Khay sempat lagi Hani mencebik pada pasangan merpati yang tak seberapa nak sejoli.

    “Hayyan.” Jerit Hadif lalu melambaikan tangannya pada sepupunya yang baru saja muncul.Hayyan mendengar namanya di panggil terus mencari suara tersebut.Sebaik saja terpandang wajah Hadif terus Hayyan menaikkan tangan lalu melambai kembali.

   “Abang Hayyan..” Panggil Hani pula.Mata Hayyan beralih pula pada Hani sebelum beralih ke arah Datuk Ismail dan Datin Khadijah.Hayyan tersenyum manis.Sebaik saja sampai di depan mereka Hayyan terus menghulurkan tangan bersalaman dengan Papa dan Mamanya sebelum bersalam dengan Hadif dan akhir sekali dengan Hani.

    “Mama dengan papa sihat?” Soal Hayyan dengan senyuman.
    “Alhamdulilah kami berdua sihat.Kamu pun papa tengok sihat dan makin handsome ya.”Usik Datuk Ismail pada anak sedaranya.

    “Aaah la abang Hayyan makin handsome.” Balas Hani dengan senyuman penuh manis.Hayyan tersengih malu.

    “Welcome back bro.” Ujar Hadif pula lalu menepuk bahu sepupunya.
    “Dahlah jom kita balik sekarang.Kalau nak sembang pun kita sambung dekat rumah.” Tingkah Datin Khadijah .Hayyan menarik beg pakaian lalu melangkah menuju ke kereta bersama keluarganya.

    “Kau nak naik kereta dengan mama atau dengan aku?” Soal Hadif.Mereka datang dengan dua buah kereta.Kereta papanya di pandu oleh Pak Ayob manakala Hadif memandu sendirian.

   “Aku naik dengan kau lah.”Balas Hayyan sambil memasukkan beg ke dalam bonet kereta Hadif.
   “Ala Hani pun nak naik dengan abang Hadif juga.”Balas Hani pula dengan muka tidak puas hati.
   “Hani balik dengan mama dengan papa.Abang kamu follow dari belakang.Jom naik.Kasihan dekat Kak Huda dah tunggu dekat rumah.”Ujar Datin Khadijah sambil menarik tangan Hani dengan lembut.Hani mengeluh lalu mengikut saja mamanya.

   “Alah mama..” Ucap Hani.Hayyan dengan Hadif yang melihat karenah Hani yang berhenti seketika dari masuk ke dalam kereta  hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
  “Kita jumpa dekat rumah nanti Hani.Abang follow dari belakang ok.” Pujuk Hayyan pula dengan lembut.Hani sudah tersenyum sambil mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta.

   “Good girl.” Balas Hayyan sebelum masuk ke dalam kereta.Hadif juga turut masuk ke dalam kereta.

    “Hani tu , kalau kau balik mulalah nak mengada sikit.Adik bongsu ni manja kemain.” Tingkah Hadif dengan selamba sewaktu keretanya mula bergerak di atas jalan.

    “Biasalah dah nama pun bongsu tambah-tambah pula duduk jauh dengan family.Sekali sekala balik Malaysia dia nak la bermanja dengan ahli keluarganya.” Balas Hayyan pula.

        “Adik siapa?” Soal Hadif dengan selamba sambil menoleh pada Hayyan.
    “Adik kitalah.” Jawab Hayyan dengan sengihan sebelum matanya di alihkan ke arah depan.Melihat suasana di Malaysia.Hayyan tersenyum simpul.

   “ABANG Hayyan.Jom kita keluar jalan-jalan nak tak hari ni?” Soal Hani dengan ceria sekali.Hayyan pada ketika itu baru saja menutup laptop peribadinya.Dia baru saja selesai buat semakan tentang kerja-kerjanya di Astana.

    “Keluar?Nak pergi mana?” Soal Hayyan.
     “Errmm ..Kita keluarlah pergi mana-mana.Jalan-jalan ke.Bosanlah duduk dekat rumah.Abang Hadif pula tak ada sibuk outstation.Ada urusan kerja.Kak Huda pula balik rumah mertuanya minggu ni.Bosanlah.Mama dengan papa pula keluar dating berdua.Jealous lah macam ni.”Hani merungut dengan manja sekali.

   “Ok .Kerja abang Hayyan pun dah siap.Bolehlah abang temankan Hani keluar jalan-jalan.Hani nak tengok wayang ke?” Soal Hayyan sambil menyusun kertas yang berselerak di atas meja.

   “Boleh juga tu kalau kita tengok wayang.Hani pun dah lama tak keluar tengok wayang .”Balas Hani dengan senyuman.Hayyan menganggukkan kepalanya sambil memasukkan laptop miliknya ke dalam begnya.

   “Jomlah.Hani pergilah siap.Abang Hayyan pun nak cari barang komputer sikit.Ada barang rosak nak kena ganti baru yang dekat bilik abang.”Balas Hayyan.

    “Tunggu tau.Hani naik siap sekejap.”Balas Hani lalu berlari menuju ke tangga.Hayyan menggelengkan kepala melihat Hani yang berlari mendaki tangga.
   “Hani hati-hati naik tangga.Kalau jatuh susah nanti.” Jerit Hayyan .
    “Ya..Hani tahu.” Laung Hani pula.

  “Hayyan dengan Hani nak keluar ke?” Soal Mak Biah yang baru saja muncul .
   “Ya Mak Biah.Kami nak keluar sekejap .Kenapa Mak Biah?” Soal Hayyan.
    “Mak Biah nak tanya korang berdua nak makan apa tengahari.Kalau korang berdua nak keluar maknanya Mak Biah masak lambat la sikit.Datuk dengan Datin petang baru balik.”Tingkah Mak Biah dengan senyuman.Hayyan sudah mengerti.

   “Mak Biah masak je la apa-apa untuk Mak Biah dengan Bibik.Kami makan malam nanti sajalah.Ini keluar pun tak mungkin petang baru balik.” Jawab Hayyan.
    “Baiklah kalau macam tu.Mak Biah ke dapur dulu ya.” Ujar Mak Biah .Hayyan hanya tersenyum pada Mak Biah.Selepas itu Hayyan mendaki ke tingkat atas dan menuju ke biliknya untuk bersiap.

     “Hoi Reen kau ni ajak aku keluar semata-mata nak pergi kedai buku je ke?” Soal Safi tidak puas hati.Mereka berdua berhenti melangkah.
    “Aku nak beli buku.Bahan bacaan aku dah habislah.Bosan aku kalau tak ada buku yang nak di baca.” Jawab Reen dengan selamba.

    “Kau memang, tapi kali ni kau tak boleh lama-lama dalam kedai buku ni ya.Aku nak kau temankan aku beli barang untuk majlis pertunangan aku minggu depan.Kau jangan nak bagi alasan malas eh.Kau kena juga temankan aku.Zuhairi tak boleh temankan aku hari ni.Dia kena pergi kursus pula.Kemain lagi dia marah semalam tak puas hati kena pergi kursus.”Ujar Safi dengan panjang lebar.

     “La mestilah aku temankan kau.Tak payah kau nak tension bagai.Selepas aku pilih buku-buku yang aku nak kita pergilah cari barang kau pula.Aku janji aku masuk kedai buju sekejap saja.” Tingkah Reen lalu menganggkat tangan kanannya tanda sebagai janji.

    “Ye ke ni.Macamlah aku tak tahu kau kalau dapat masuk kedai buku satu hari suntuk kau boleh duduk sini.Dok tilik buku satu persatu kan.” Balas Safi dengan selamba.Reen hanya tersengih.
    “Tahu tak apa.Jangan risau kali ini sekejap saja.Alahai kasihan kawan aku ni nak beli barang-barang pertunangan.Tak sangka kau dengan Zuhairi akan  diikat selepas ni.Seronoknya.” Ujar Reen dengan teruja.

    “Jomlah masuk beli buku kau dulu nanti lambat pula aku nak cari barang-barang aku.” Ujar Safi lalu menarik tangan Reen dan menjejakkan kaki mereka ke dalam kedai buku Popular.
     “Ya aku nak masuklah ini.Ya Allah Safi ni semuanya nak cepat.” Sempat lagi Reen membebel pada Safi namun Safi hanya buat muka selamba badaknya saja.Reen terus menuju ke rak yang menempatkan buku yang ingin di carinya.

    Sepanjang setengah jam di dalam kedai buku Safi saja yang berjalan ke hulu ke hilir menilik buku-buku yang di susun.Reen memang berhenti di setiap rak mencari buku yang du carinya.Rak pertama yang Reen tuju tadi adalah rak di mana koleksi novel-novel melayu yang popular masa kini.Reen tersenyum riang apabila menlihat banyak novel di depan matanya.Rambang mata jadinya tak tahu nak ambil yang mana.

   “Kau ni tilik-tilik je ke.Bila nak belinya?” Soal Safi sambil bersandar.
   “Aku tengah baca sinopsis dialah.Kalau tak tahu sinopsis macam mana aku nak beli cik Safi oii.Kalau kau bosan sangat apa kata kau cari buku gubahan dekat rak sebelah sana.Boleh juga kau guna untuk buat gubahan barang tunang atau barang kau nak kahwin nanti.Buat sendiri lagi puas hati cik Safi.” Reen memberikan idea.Safi berfikir sejenak.

    “Haaa kau memang pandai Reen.Bagus juga tu idea kau.Sekejap aku pergi cari rak dekat sana.” Tingkah Safi lalu melajukan langkah menuju kea rah rak yang di tunjukkan oleh Reen tadi.
    “Tengok dah selalu sangat datang kedai buku sampaikan si Reen ni tahu je dekat mana orang kedai ni letak buku.Kawan aku sorang ni memang ulat buku.”Bebel Safi dengan selamba.Ada dua tiga orang adik remaja melihat karenah Safi.Dengan muka selamba Safi hanya tersengih malu.

    Padan muka .Cakap sorang-sorang lagi.nasib baik orang tak cop aku gila saja.Gerutu Safi di dalam hatinya.Matanya terus mencari buku di rak tersebut.Di belek satu persatu.
  “Diam pun si Safi ni.Kalau tak ke hulu ke hilir selagi aku tak siap beli buku.”Bebel Reen sendirian sambil mengintai Safi yang sedang membelek buku.Reen tersenyum sambil menggelengkan kepala.Reen mendapatkan dua biji novel dan juga dua lagi buku motivasi.

    “Bestkan abang Hayyan cerita tadi.”Soal Hani sewaktu keluar dari panggung wayang.
   “Itulah .” Balas Hayyan dengan senyuman.Mereka baru saja selesai melihat cerita yang bertajuk Bercinta yang di lakonkan oleh Farid Kamil dan juga Nora Danish.
   “Kita nak kemana pula ni?” Soal Hani
   “Mana-mana saja .Hani nak pergi mana?” Soal Hayyan pada adik sepupunya.Hani sudah tersenyum.
   “Kita jalan-jalan dulu lepas tu Hani nak cari kain sikit.Ada projek sikit Hani nak buat.” Sengih Hani penuh makna.Hayyan mengerutkan dahinya.
    “Projek apa?” Soal Hayyan.
     “Projek rahsialah.Ala berkaitan dengan kos fashion lah.”Balas Hani lalu memaut lengan Hayyan dengan manja.Hayyan hanya membiarkan saja.Hani sudah di anggap seperti adik kandungnya sendiri.Dia memang tiada adik.Hayyan menggosokkan kepala Hani .

    “Apa-apa sajalah Hani.Abang Hayyan akan temankan.”Balas Hayyan.
    “Today is our date.” Hani tersenyum penuh makna.Hayyan pula menggelengkan kepala namun di bibirnya turut tersenyum.
    “Apa-apa sajalah Hani.”Balas Hayyan .Mereka berdua berjalan seiringan.
     Reen dan juga Safi baru saja keluar dari sebuah kedai yang menjual pakaian lelaki.Safi telah membeli sehelai kemeja termasuk dengan seluar sekali untuk bakal tunangnya.Reen hanya mengekori di bahagian belakang.

    “Kau tahu je eh saiz Zuhairi?” Soal Reen dalam nada mengusik.
     “Mestilah aku tahu.Aku kan pernah belikan baju untuk dia dulu.” Balas Safi dengan selamba.
    “Yang part gubahan tu kau nak buat sendiri atau nak tempah.Ada masa lagi ke nak tempah ni?” Soal Reen.

     “Kau jangan risau.Ini untuk tunang saja.Aku nak buat sendiri.Kau tolong aku eh.” Tingkah Safi sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

     “Masalahnya aku ni tak pandai nak menggubah cik Safi oii..”Balas Reen sambil menggarukan dahinya yang tidak gatal.

    “Kau jangan risau.Inikan ada.Kita boleh buat sebagai rujukan tak pun balik rumah nanti kita carilah dekat internet.” Ujar Safi sambil menunjukkan plastik popular yang di dalamnya sudah terisi dengan buku gubahan.

     “Kau beli buku tu?” Ujar Reen dengan senyuman.Safi menganggukkan kepalanya.
      “Jomlah kita pergi cuci mata ke kedai lain pula.” Safi menarik lengan Reen untuk menoleh ke belakang.Sekali terlanggar orang yang sedang berjalan di belakang mereka.
     “Ohh Sorry sorry sorry.” Tingkah Reen dengan muka serba salah .

      “Sorry encik.Eh macam kenal je.” Ujar Safi sebaik saja mendongak melihat wajah orang yang di langgar olehnya.Giliran Reen pula mendongak.Reen tayang muka blur.
      Macam pernah jumpa , tapi dekat mana?Desis Reen .Dia berfikir sejenak.
    “Qaireen Imanina.” Hayyan menyebut nama penuh.Uish ingat tu nama Reen.

   “Haa baru ingat.Awak ni yang tolong kitaorang tempoh hari.Kalau tak silap nama awak Ha..Ha..Hayyan kan?” Soal Reen dengan senyuman sebaik saja teringat nama Hayyan.
    “Ah betul-betul.Dia yang tolong kita hari tu Reen.” Tingkah Safi pula sambil tersenyum.


     “Awak buat apa dekat sini?” Soal Reen dan Hayyan serentak sebelum mereka berdua saling membalas senyuman.

Bersambung...

NotaTersepit : Jalan cerita  novel Cinta Sudah Terlambat sudah berubah.Hehehe.Mungkin entry hari khamis akan di update sedutan CST.Projek 2014.Hehehhe..