Rabu, 20 November 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 29 @ INDAH ANUGERAH CINTAMU

Assalamualaikum u oll..

Sambungan bab seterusnya bcip.Bab ini pula si Hani tak nak mengaku perasaannya pada Hayyan sebaik saja di soal oleh Mamanya..Yang pasti satu hari nanti Hani akan menyesal kerana tidak mengaku dan akan berdendam dengan seseorang yang dia memang tidak suka.Terima kasih singgah dan baca...



                           






BAB DUA PULUH SEMBILAN




     HAYYAN Azri termenung di  pejabatnya.Kerja yang menimbun di atas meja langsung tidak di usik.Fikirannya melayang .Hayyan tersenyum sendirian.Tidak sangka pulang saja Malaysia dia akan bertemu kembali dengan Reen.

    “Ish Hayyan kau ni pun satu hal bukan nak minta nombor telefon dia.Kalau dapat nombor telefon dia kan senang sikit.” Hayyan menepuk dahi.Dia langsung tidak ingat tentang nombor telefon.

   Hayyan menyalahkan diri sendiri.Kalau tak sudah tentu dia dapat berjumpa semula dengan Reen.Ini entah bila pula dia akan bertemu dengan Reen.
   “Hello bro..Jauh mengelamun.” Terjengul muka Hadif di muka pintu.Terperanjat Hayyan tengok Hadif di pejabatnya.

   “Eh bila masa kau sampai Hadif?” Soal Hayyan.
   “Kau tu berangan tak ingat dunia.Aku ketuk pintu bilik kau pun tak sedar jadi aku masuklah hendap kau dekat dalam ni.”Jawab Hadif dengan selamba.

   “Buruk punya perangai menghendap orang.” Tingkah Hayyan dengan selamba.Hadif hanya tersengih lalu masuk ke dalam dan menarik kerusi lalu duduk di hadapan Hayyan.

   “Kau free tak?Jomlah pergi lunch sekali.Jauh tahu aku datang ke mari semata-mata nak lunch sekali dengan kau.” Ujar Hadif sewaktu menilik jam di pergelangan tangan yang sudah berginjak ke angka satu tengahari.

  “Free tak la juga .Kerja aku berlambak dekat atas meja ni.Perut pun nak kena isi dulu ni.Kalau tak aku tak boleh buat kerja dengan tenang.Kau nak pergi makan mana?” Soal Hayyan sambil menyusun fail yang berselerak di atas mejanya.
   Hadif berfikir sejenak.

  “Dekat tempat biasalah.Ok?” Soal Hadif .Keningnya sudah terangkat .Hayyan menganggukkan kepala tanda setuju.

   “Ok boleh je.Aku pun dah lama tak makan dekat favourite kita.” jawab Hayyan lalu bangun dari kerusinya.

   “Bro kau belum cerita lagi dengan aku pasal Khay?” Soal Hayyan sewaktu mereka berdua sedang menjamu selera.

  “Pasal Khay?Pasal apa?Bukan menarik pun.” Tingkah Hadif dengan selamba.Kalau boleh memang dia mahu mengelak dari di ajukan soalan tentang Khay kerna dia sememangnya tidak suka.Baginya Khay sudah tidak ada dalam kamus hidupnya.

  “Ye la, dia datang cari kau dengan tiba-tiba.Dia nak rujuk balik dengan kau eh?” Usik Hayyan.Hadif berhenti menyuapkan nasi ke dalam mulut.

   “Rujuk apa ke bendanya, tak nak aku dengan perempuan macam tu.Perempuan macam tu tak layak untuk di jadikan isteri.Kau ni suka sangat tanya Khay kau terpikat dekat dia ke Hayyan?” Soal Hadif.Terangkat keningnya.

   Tak kan Hayyan suka Khay kot.Agak-agaklah Hayyan kalau nak tersuka pada perempuan seperti Khay yang langsung tidak tahu menghargai cinta.

  “Kau gila.Bagi free pun aku tak nak tahu.Baik aku cari orang lain.Minta jauhlah dari si Khay tu.” Tingkah Hayyan lalu di gelengkan kepalanya berkali-kali.

   “Haa tau pun kau.Kau tak nak aku ni berjuta kali tak nak tahu.” Balas Hadif dengan selamba.
   “Kau tak nak cari pengganti ke Hadif.” Soal Hayyan sebaik saja selesai menghirup air minumannya.

   “Entahlah.Sekarang ni aku tak rasa nak cari pengganti.Hati aku ni belum terbuka lagi untuk terima mana-mana perempuan.” Jawab Hadif sambil menguis-nguis nasi di dalam pinggannya.

   Bukan kerana dia fobia dengan perempuan atau disebabkan kecurangan Khay tetapi sejak putus tunang hati Hadif sudah tertutup untuk mana-mana gadis.Bukan dia tidak tahu ada yang cuba mendekatinya namun Hadif tidak melayan.Hadif menjadi lebih berhati-hati dalam mencari pasangan.

  Siapa yang tidak mahu kahwin.Setiap orang mengimpikan sebuah perkahwinan yang boleh memberikan kebahagiaan begitu juga dengan Hadif.Buat masa ini hatinya belum di takluki oleh mana-mana perempuan.Yang pasti dia tidak suka perempuan yang menipunya.Perkara itu memang pantang sekali buat dirinya.Perkara itu juga menjadikan benda paling utama dalam sesebuah hubungan.

    HANI duduk bersantai di luar rumah pada petang itu.Hani sedang memikirkan siapakah gadis yang di jumpainya hari itu.Macam mana abang Hayyan nya boleh kenal perempuan itu.Setahu Hani abang sepupunya itu susah juga untuk dekatkan diri dengan perempuan.

   “Siapa Reen sebenarnya?Kenapa abang Hayyan layan dia mesra je aku tengok.” Soal Hani sendirian .

   “Hani kamu buat apa dekat luar ni?” Soal Datin Khadijah yang baru muncul.Dia mencari kelibat anak bongsunya dari tadi lagi, rupa-rupanya duduk terconggok dekat sini.

  “Ambil angin mama.”Jawab Hani sambil tersenyum kepada mamanya yang sudah pun melabuhkan punggungnya di kerusi hadapannya.

   “Hani ada nak share dengan mama something ke?” Soal Datin Khadijah.Melihat wajah anak bongsunya dua sudah tahu pasti ada yang tidak kena antara mereka.

  “Eh mana ada mama.Hani ok saja Cuma rasa bosan sikit.”Jawab Hani.
   “Mama cari Hani dari tadi lagi.Ada hal sikit mama nak cakap dengan Hani.” Tingkah Datin Khadijah.Hani menaikkan keningnya.

   “Ada hal apa mama?Penting ke?” Soal Hani dengan teruja lalu membetulkan anak rambutnya yang jatuh menjuntai mengenai matanya.

  “Mama nak tanya sesuatu ni jadi mama nak Hani jawab dengan jujur dengan mama ok.” Hani sudah tidak senang duduk.

   “Ya mama.Hani akan jawab dengan jujur.”Balas Hani sambil tersenyum walaupun hatinya gelisah.

   “Hani suka Hayyan ke?” Soal Datin Khadijah.Sudah lama dia ingin bertanya pada anaknya.Terkejut Hani mendengar pertanyaan dari mamanya.

    Aduh apa aku nak jawab ni.Kalau aku cakap ya  nanti malu pula.Kalau cakap tak nanti aku menipu diri aku sendiri pula.Hani menggarukan kepalanya.

   “Mama tanya ni sayang.Mama bukan marah pun.Just tanya saja.” Tingkah Datin Khadijah sambil mengusap pipi anak bongsunya.

   “Mama memanglah Hani suka dengan abang Hayyan diakan sepupu Hani  dan juga abang Hani.” Jawab Hani.

    Sah Hani cakap bohong.Bukan ke dia memang menyimpan perasaan sayang pada abang sepupuna itu.

   “Baguslah kalau macam tu.Lega hati mama dengar.Ya la kamu berdua dan seperti adik beradik dah, tetapi kalau memang kamu berdua berjodoh mama dengan papa tak akan halang.Kalau Hani sayangkan Hayyan lebih Hani kena terus terang.Jangan simpan sorang-sorang.Susah nanti.Kalau suka mama dengan papa boleh bincang dengan abang Hayyan kamu” Ujar Datin Khadijah.Hani tersenyum lega.Masih ada peluang untuknya.Kalau mereka berjodoh mama dan papanya tidak akan menghalang.

   Kenapa Hani tidak mahu berterus terang saja perasaannya pada Hayyan pada ketika ini.?
   “Mama Hani kan masih belajar lagi.Kalau Hani nak kahwin pun lepas habis belajar nanti.Mama suruh abang Hadif dulu yang kahwin eh.” Hani sudah tersengih penuh makna.Sengaja menukar topik.Datin Khadijah sudah menggelengkan kepala.

   “Soal abang Hadif tu mama dan papa akan uruskan.Mama tahu abang kamu tu sibuk dengan kerja jadi mama dan papa dah carikan calon untuk dia.Cuma nanti tunggu jawapan dari abang kamu dan juga gadis itu.”Jawab Datin Khadijah.

   “Mama siapa calon mama tu?Hani kenal ke?” Soal Hani dengan teruja.Wah abang aku kahwin pilihan mama dengan papa lah ni.Excited pula.Desis hati Hani .Dia sudah membayangkan abangnya naik pelamin.

   “Mama dan papa dah ada calon.Abang kamu pun kenal dia.Mama suka dekat perempuan tu sebab dia jujur.Dia bukan seperti Khay.” Balas Datin Khadijah lagi.

   “Siapa nama dia mama?” Soal Hani dengan teruja.Tidak sabar ingin mengetahui siapakah gerangan yang menjadi pilihan mama dan papanya.

   “Ermm nama dia Re…”
    “Tok ma…Tok pa..” Jerit Syarif yang baru saja keluar dari pintu kereta.Datin Khadijah tidak sempat memberitahu nama gadis pilihannya.

  Datin Khadijah dan Hani menoleh dengan serentak sebaik saja mendengar suara Syarif.Hani sudah tersenyum melihat wajah anak buahnya yang berlari-lari mendapatkannya.
   “Syarif jangan lari.” Tegur Syahiran pada anak lelakinya.

   “Eh cucu tok ma dah sampai.” Ujar Datin Khadijah lalu memeluk Syarif sebelum menghadiahkan ciuman di pipi Syarif.

   ROMBONGAN dari pihak lelaki sudah pun bersedia untuk pulang.Hari ini majlis pertunangan antara Safi dan Zuhairi berjalan dengan lancar sekali.Safi kini sudah menjadi tunang Zuhairi dan tidak lama lagi mereka akan bergelar suami isteri pula.

   Safi yang mengenakan baju kurung berwarna biru muda.Sungguh ayu dan anggun sekali pada hari ini.Reen turut gembira kerana majlis pertunangan Safi sudah selamat di jalankan.Safi dan keluarganya melambaikan tangan kepada tiga buah kereta yang datang pada hari ini.

   “Alhamdulilah semuanya dah selesai bang.”Ujar Mak Timah dengan senyuman.Pak Leh yang berada di sisi isterinya tersenyum.

   “Alhamdulilah.Marilah kita naik.Safi , Reen mari naik makan dulu.” Ujar Pak Leh lalu melangkah menuju ke tangga.

  “Tahniah Safi kau dah bertunang dengan Zuhairi.Serius kau cantik sangat hari ni.” Ujar Reen lalu mencuit pipi Safi.Sengaja nak mengusik Safi.

   “Terima kasih.Alhamdulilah.Ini baru selamat bergelar tunang orang Reen lepas ini dalam perjalanan menuju bergelar isteri orang pula.”Balas Safi dengan gembira.Wajahnya sungguh ceria sekali.

   “Jom makan.Aku laparlah.Tengok rombongan lelaki makan tadi kemain lagi aku terliur tahu.”Ujar Reen lalu di usap perutnya yang sudah berbunyi.

   “Kenapa kau tak makan tadi?”Soal Safi dengan pelik.Sewaktu rombongan lelaki dalam perjalanan tadi Safi sudah menyuruh Reen makan.

    “Aku segan.Aku nak makan sekali dengan kau.” Jawab Reen sambil tersengih.
   “Ah poyolah kau.Segan konon.Sejak bila kau segan nak makan.Setahu aku kau kalau makan kemain laju.” Bidas Safi pula sewaktu mereka berdua mendaki tangga.

   “Sejak kau bertunang hari ni.” Jawab Reen dengan selamba.
    “Amboi sajalah kan nak kenakan aku.Dah jom kita pergi melantak dulu.” Safi sudah pun melangkah menuju ke ruang makan di ruang tamu rumahnya.

    Petang itu Reen dan Safi berjalan-jalan di tepi pantai .Tiap kali mereka balik kampung memang wajib untuk mereka berdua berjalan sekitar pantai menghirup udara dan juga melihat keindahan alam.

    “Reen aku terlupa nak tanya kau .Hari tu datin ajak kau keluar ke mana?” Soal Safi sewaktu mereka berdua sedang duduk di atas kayu besar yang tersadar di atas pasir pantai.

    “Datin ajak aku keluar minum sambil bersembang.”Jawab Reen dengan jujur.

    “Korang bersembang apa?Pelik aku?Dulu waktu Aida jadi setiausaha Datuk tu tak ada pula Datin datang ajak Aida pergi minum .Dia tak datang sangat office tapi bila kau jadi setiausaha Tuan Hadif aku tengok Datin tu selalu la jengguk office.Musykil aku.” Balas Safi dengan pelik.

   Mahu tak pelik.Sebelum ni mana pernah datin datang ke pejabat dan mengajak staff untuk keluar bersamanya.

    Reen menoleh pada Safi lalu berdiam diri.Selepas itu Reen asyik merenung awan biru di langit dan juga deruan ombak memukul pantai .Soalan dari Safi tidak di jawab.

Bersambung...

NotaTersepit : Apa perbincangan antara Reen dan datin Khadijah bakal terjawab dalam bab 30 minggu hadapan.Tunggu ya.Hujung bulan ini cik writer akan kembali semula ke ipoh untuk meneruskan urusan yang tergendala.InsyaAllah entry akan sentiasa di update seperti biasa demi u oll.Hehehhe..:D