Sabtu, 06 April 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 24

Assalamualaikum u oll..

Selamat berhujung minggu .Ini sambungan Dirimu Satu.Terima kasih kerana baca karya yang serba serbi kekurangan ini.Alhamdulilah manuskrip penuh Dirimu Satu sudah siap.Tarik nafas lega tapi nak kena review and check balik.Hhehehe..Lepas tu baru boleh mengadap mss yang kedua iaitu Tak Cuba Kembali.Yang ke tiga pun dah ada idea tunggu masa nak menaip juga.



Apakah ini yang di namakan cinta.


BAB 24




      SELEPAS solat zohor dan juga makan tengahari aku dan Alia kembali menuju ke kelas yang seterusnya.Kalau ikutkan memanglah penat namun sebagai pelajar kenalah tabah harungi setiap cabaran.Tinggal kelas ni satu je lagi lepas ni boleh balik rumah dan berehat.Petang ni kelas Dr Farah.

   Aku dan Alia mempercepatkan langkah menuju ke dewan kuliah yang terletak tidak berapa jauh dari surau yang kami berhenti tadi untuk menunaikan solat zohor.Walau sesibuk mana pun kita jangan sesekali lupa untuk solat .

    “Amani kau agaklah kan Dr Farah tu kan jadi ke eh dia nak buat kuiz hari ni?” Soal Alia sewaktu kami berdua sedang menaiki tangga menuju ke tingkat dua dewan di mana bilik kuliah kami berada di situ.

   “Entahlah aku tak pasti.Minggu lepas dia ada cakap nak buat kuiz.Kau ni macamlah tak tahu Dr Farah kan suka buat pop kuiz ni.Kus semangat suka wat kuiz kejutan.” Tingkah aku.

     Memang tak di nafikan pensyarah aku yang ni baik orangnya namun dalam baik itu ada tegasnya.Aku selesa dengan cara yang di ajar oleh Dr Farah.Mudah fahamlah orang kata.
   “Betul-betul aku setuju.Dia suka buat pop kuiz ni.” Tambah Alia lagi .

     Akhirnya sampai juga kami ke dewan kuliah.Aku menarik nafas lega lalu memulas tombol pintu dan masuk ke dalam dewan lalu mengambil tempat di bahagian depan.Bahagian tengah dan belakang memang dah penuh.Biasalah nama pun pelajar memang dah jadi kemestian dan juga tabiat bila berada dalam kelas suka sangat duduk di bahagian tengah dan belakang.

      Kalau dah duduk tercorok dekat belakang tu maknanya adalah mesyuarat ahli tingkap.Maklum sajalah kuliah dua jam.Sejam pertama memang boleh lagi bagi tumpuan tapi apabila jam bergerak menunjukkan masuk ke jam kedua semua dah rasa panas punggung.Mulalah mengantuklah, nak bergosiplah apalah.Semua adalah.

    “Amani apa cerita kau dengan encik Kamarul?” Soal Faizal yang muncul depan aku.
    “Nantilah ada masa aku cerita dekat kau.Ni kau dengan yati apa cerita?” Usik aku pula lalu mengeluarkan nota untuk bab yang akan dia ajar hari ni.

     “Aku dengan dia ok saja.” Tingkah Faizal sambil menaikkan ibu jarinya kearah aku.
    “Woit Faizal kau dah study ke untuk kuiz hari ni?” Soal Alia dengan tiba-tiba.

     “Dah study dah sikit malam tadi.Macam biasalah aku ni kalau mengadap nota round pertama ok lagi masuk round ke dua aku tidurlah.” Ujar Faizal yang membuat aku dan Alia tergelak.Aku dan Alia dah masak benar dengan perangai Faizal.Dia memang macam tu tapi aku tengok result dia gempak juga.

   Setiap orang ada cara belajar yang berlainan .Ada yang suka belajar secara senyap dan sunyi dan juga ada yang lebih selesa belajar dalam keadaan yang bising.Itu semua terpulang pada setiap individu.

    “Huyooo rajinya cik Amani kita ni mengadap nota.” Kedengaran satu suara di belakang aku.Aku buat tidak dengar.malas nak layan.Tak perlu menoleh ke belakang pun aku dah tahu suara siapa tu hah.Suara sepupu aku tu la si Mazlyn.

     “Oit Mazlyn kau nak study ke.Hari ni Dr farah nak bagi kuiz.” Kedengaran teman  Mazlyn yang bernama Fiqa yang bertanya.

   “Ala relax lah kuiz je pon.Tak payahlah nak study sangat.” Ujar Mazlyn dengan angguh.
    “Kau ni Mazlyn langsung tak risau apa-apa kan.Dahlah sekarang ni kau dah malas nak buat assignment.Semuanya nak harapkan aku je.” Rozi pula menambah.

    “Hah kau jangan nak mengungkit pula.Dengan kawan baik pun berkira ke?” Tingkah Mazlyn lagi .Aku menoleh ke belakang sewaktu itu Mazlyn sedang mengadap compact powder .Entah apa yang dia nak buat pun aku tak tahu.Selepas itu aku terus menoleh ke depan kembali.

   “Oit Amani sepupu kau tu kenapa?Aku dengar si Rozi yang buat assignment dia?Untungnya dia ye.” Bisik Alia pada aku.

    “Aku pun tak tahulah.Sejak bila pula dia jadi malas buat assignment ni?Pelik juga aku.Setahu aku walaupun perangai dia macam tu tapi dalam belajar mesti dia dahulukan.” Bisik aku pada Alia pula.

      Ye memang pelik.Sebelum ni Mazlyn tak pernah lagi menyuruh orang lain buatkan kerja dia.Kenapa Mazlyn jadi macam tu ye.Sejak bila Mazlyn berubah menjadi begitu.Dah satu kerja pula aku nak memikirkan karenah Mazlyn.Kalau pak ngah tanya aku  nanti macam mana aku nak jawab? Ish masalah betul la si Mazlyn ni.Kalau tak menyusahkan aku tak apalah juga.Buruk-buruk pun tu sepupu aku juga.Aku mengeluh sendirian.

     Suasana dewan kuliah yang sebentar tadi mengalahkan pasar kini kembali sunyi sepi apabila ternampak kelibat Dr Farah yang baru saja muncul di muka pintu utama dewan.Dengan automatiknya pelajar senyap lalu membuka nota.Dr Farah terus masuk dan menuju ke mejanya.

    “Assalamualaikum dan Selamat petang.Dah ready ke untuk topic kita hari ni?” Ujar Dr Farah sewaktu tangannya lincah di skrin computer.Sekejap lagi sesi kuliah bakal bermula.
   “Kami dah ready .” Kedengaran suara-suara kami semua dengan serentak.

    “Ok Good.” Tingkah Dr Farah sambil tersenyum lalu memulakan kuliah pada petang ini.Tidak dinafikan kelas petang memang mengantuk.Sebab itu jugalah aku dan Alia sudah siap sedia dengan gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk.

      Selesai pun kuliah untuk hari ni.Ya Allah penatnya tak terkata.Kelas dari jam lapan pagi sampailah pukul empat petang.Rehat satu jam.Penat , lenguh kaki tangan semu adalah.Aku dan Alia sudah pun berjalan keluar dari dewan kuliah untuk balik.

     “Amani..sekejap.” Aku mendongak ke depan melihat siapakah gerangan yang memanggil aku.
   “Amani aku tak salah nampakkan?” Alia sudah menggosokkan matanya berkali –kali.
    “Aduhai bala apa pula yang datang ni Alia.” Aku menoleh pada Alia di sebelah.Alia hanya menggelengkan kepalanya.

    “Encik Kamarul ada apa ye?Saya nak balik ni.” Dengan sopan aku menyapa encik Kamarul.
 “Dah nak balik ke?Mari saya hantarkan .” Ujar encik kamarul.

     “Maaflah encik Kamarul.Saya balik dengan Alia dan juga housemate saya sorang lagi.Terima kasih ye.”  Aku mula menarik tangan Alia untuk berlalu dari tempat itu.

     Encik Kamarul ni dah kenapa.Dah lupa ke aku ni tunang orang.Di ulang ye tunang orang.Jangan cakap yang mamat penyibuk ni tak percaya.Naya aku macam ni.

   “Eh tunggulah dulu.” Halang encik Kamarul.
     “Encik Kamarul kami ni dah penat nak balik rumah.Amani jap lagi nak jumpa tunang dia.Encik Kamarul tak perlulah nak kacau Amani lagi.Dia ni kan tunang orang.” Tingkah Alia dengan geram dan sengaja dia tekankan perkatan tunang tu pada encik Kamarul.

      Melihat air muka Alia pun memang dia nampak bengang.Mahu tak bengang kalu sehari suntuk dah penat tetiba pula muncul orang ni.Kalau sebelum ni boleh lagi la dia tahankan dengan kerenah mamat ni tapi tidak hari ni.Sejak tadi lagi Alia mengadu pada aku yang dia rasa sakit kepala.Mungkin sebab cuaca yang agak panasa hari ni.

      “Saya tak percayalah Amani awak dah bertunang.Awak jangan tipu sayalah Amani.” Tingkah Encik Kamarul tidak puas hati.

     “Ya Allah.. Encik Kamarul nak suruh saya cakap bagaimana lagi?Kalau encik Kamarul tak percaya sekejap ye saya call dia suruh datang sini.” Bidas aku dengan geram .Haish kalau dah selalu begini mahu aku tak angin.Janganlah bagi aku hilang hormat pada dia ni! .

       Aku terus mendail nombor Rafique.Wahai Rafique tolonglah angkat telefon.Saya perlukan khidmat awak sekarang ni.Terkejut encik Kamarul melihat reaksi aku.Baru dia tahu aku tak menipu biarpun hakikatnya memang itu satu penipuan.Terpaksalah aku guna cara begini.

      “Assalamualaikum Rafique.Boleh datang kampus saya tak?Encik Kamarul ni masih tak percaya yang saya ni tunang awak.”

     “Hah mamat tu kacau awak lagi ke.?” Soalnya disebelah sana.
    “Ye la.Datang ye.” Ujar aku separuh merayu.Alia sudah tersenyum pada aku .
    “Ok  sekejap lagi saya sampai.” balas Rafique pula.

     “Saya tunggu awak dekat sini.Saya dengan Alia.Ok jumpa nanti.” Ujar aku lagi lalu mematikan talian.
     “Encik Kamarul sekejap lagi tunang saya sampai.Puas hati encik Kamarul?” Soal aku sambil tersenyum.
     Oh Rafique awaklah hero saya.Cepatlah awak sampai Rafique.

       “Encik Kamarul nak tunggu dekat sini atau encik Kamarul nak suruh tunang saya tu jumpa dekat bilik encik kamarul?” Tokok aku lagi.

   “Erm tak apalah.Lain kalilah saya jumpa dia.Saya pergi dulu ada hal.”  Tingkah encik kamarul lalu berlalu pergi.

    “Weh habis tu sekejap lagi Rafique sampai macam mana?” Soal Alia pada aku sewaktu  melihat encik kamarul yang sedang berlalu pergi menuju ke keretanya.

     “Aah la kan.Menyusahkan dia pula ,tadi dia dah kata sekejap lagi dia sampai.Errm tak apalah biarlah dia datang nanti aku pergi jumpa dia.” Ujar aku pada Alia yang sedang memicitkan kepala.
    “Eleh cakap je la yang kau nak dating dengan Rafique.” Usik Alia.Sempat lagi tu dalam sakit kepala mengusik aku.

    “Sakit kepala kau dah ok ke?” Soal aku lagi pada Alia.
     “Mestilah sakit lagi dan makin berdenyut-denyut bila aku tengok muka encik Kamarul tadi.Aku rasa nak lempang je.Ye la menyibuk betul halang laluan kita.Pelik betul aku dengan encik Kamarul tu tak pernah berputus ada tu tackle kau.” Tokok Alia lagi.

  “Amboi sakit-sakit pun mulut kemain lagi.” Aku menepuk bahu Alia.
   “Kepala yang sakit mulut tak.” kemain lagi si Alia ni menjawab.
   “Hah Amani kat sini rupanya kau.Dari tadi lagi aku cari kau.” Tersentak aku dengan Alia apabila di sergah oleh Mazlyn.

   “Kau ni Mazlyn tak reti nak bagi salam dulu ke?” Marah Alia pada Mazlyn.
    “Aku nak cakap dengan kau Amani.Tadi aku nampak encik kamarul bercakap dengan kau.Apa dia nak.Patutlah tadi aku panggil encik Kamarul dia buat tak dengar je..Sakit betul hati aku .” Ujar Mazlyn tidak puas hati.

    “Kau ni dah kenapa Mazlyn tetiba muncul depan aku nak naik angin je.Kau tolong cakap dengan encik kamarul tu jagan kacau aku lagi boleh tak?Rimas dan lemas aku dengan dia.” Aku membidas pada Mazlyn.

     “Yang kau pergi layan mamat tu kenapa.Kau kan tahu yang aku ni memang suka sangat dengan encik kamarul.Aku tak sukalah tengok dia asyik kejar kau sana sini.Aku yang depan mata dia ni tak pula dia nampak.Apa aku ni tak cukup bagus ke dekat mata dia?” Soal Mazlyn pada aku.

      “Kau tanya aku ?manalah aku tahu.Kau tanyalah dia sendiri.Aku tak kuasa la nak melayan dia.Serabut kepala aku ni haaa.Dah la aku nak balik.Jom Alia.” Aku sudah menarik tangan Alia namun dengan pantas Mazlyn menghalang laluan aku dan Alia.

      “Mazlyn apa lagi ni?Aku dahlah sakit kepala ni.Tepilah kitaorang nak balik ni.” Tingkah   Alia.Kesian pula aku tengok muka Alia yang dari tadi menahan sakit kepalanya.
      “Aku bukan nak bercakap dengan kau Alia.Aku nak bercakap dengan sepupu aku Amani.Kalau dah sakit kepala tu pergilah balik.” Tingkah mazlyn lagi.

     “Memang kitaorang nak balik pun.So kau janganlah halang laluan kitaorang ni.Aku nak hantar Alia balik rumah.Dahlah Mazlyn.Tak perlu la kau nak jealous aku dengan encik kamarul tu.Aku seribu kali tak nak dekat dia.Aku rimaslah macam ni.Kalau kau suka sangat pergilah dekat dia ambil hati dia ke apa ke.Jangan kacau aku.” Ujar aku dengan panjang lebar.

     Si Mazlyn ni tak faham bahasa lagi ke?Dia nak suruh aku cakap bahasa apa lagi ni?Berapa kali aku nak cakap yang aku tak suka encik kamarul.Diulang lagi sekali tak suka.

     “Amani kau dengar sini.Selepas ni aku tak nak tengok lagi kau jumpa encik kamarul.Aku tak suka.Jangan sampai aku bongkarkan rahsia kau nanti.” Ugut Mazlyn pada aku.
    “Hah bongkarkan rahsia?Rahsia apa pula ni Mazlyn.Sejak bila aku ada rahsia dengan kau ni?” Soal aku sambil mengerut dahi.

    “Eh Amani rahsia apa kebenda pulak ni?” Soal Alia.Aku sudah menggelengkan kepala pada Alia.
   “Aku pun tak tahu Alia.Mazlyn apa maksud kau?” Soal aku lagi.

    “Kalau kau nak tahu sangat kau ni sebenarnya anak……”
    “Amani…”Aku menoleh ke belakang.Rafique dah sampai.
      “Eh Amani, Rafique dah sampailah.” Ujar Alia sambil menyiku aku.Sempat lagi dia tersengih dekat aku.

     Aku melambaikan tangan pada Rafique yang sedang berjalan ke arah aku.Terukir satu senyuman manis di bibir aku.

     “Kau cakap sebenarnya apa tadi Mazlyn?” Soal aku kembali pada Mazlyn.
   “Erkk..erkk tak ada apa-apalah.Ingat pesan aku.Selagi lagi aku nampak kau jumpa encik Kamarul aku tak teragak-agak bocorkan rahsia lama kau.” Mazlyn memberi amaran keras pada aku.
   “Rahsia lama?Aku tak faham.” Tingkah aku pada Mazlyn.

     “Dahlah aku pergi dulu.Ingat !!!...” Sekali lagi Mazlyn memberi amaran kerasa pada aku lalu dia berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil memandangnya dengan seribu kerutan di dahi.Apa yang Mazlyn cuba sampaikan ni?.

       “Sorry lama ke tunggu?Mana Kamarul?” Soal Rafique yang baru saja tiba di depan aku sambil melalilau matanya mencaei kelibat encik Kamarul.

      “Eh taklah.Kitaorang baru habis kelas tadi.” Aku mendongak pada muka Rafique.
       “ Encik Kamarul dah blah la Rafique.Awak lambat sampai.” Dengan selamba saja si Alia ni membidas.  

       “Ye ke?Sorry jalan sesak tadi.Awak ok tak Amani?” Soal Rafique lagi.Alia di sebelah aku sudah tersengih.Alia nak mengusik aku lah tu.Aku mengetap bibir pada Alia.

    “Tak apalah.Sorry saya buat awak kelam kabut petang ni.Tak pasal-pasal awak kena datang sini.Maafkan saya Rafique.” Tingkah aku dengan serba salah.

      “La tak apalah.Kebetulan tadi saya jumpa client.Waktu awak call tu saya dah ada dalam kereta nak balik.” Ujar Rafique sambil tersenyum lalu membuka kaca mata hitam miliknya.Wow handsomenya Rafique.Tidak berkelip aku memandangnya.

     “ So awak berdua nak kemana ni?” Soal Rafique lagi.Aku dengar tapi mata masih lagi tidak berganjak memandang Rafique.

       “Weh Amani..Rafique tanya kau tu.Boleh pula kau berangan masa ni.” Alia menyiku aku.
     “ Hah apa  dia?” Soal aku dengan terkejut.

    “Tu la berangan lagi.Adoyai member saya ni Rafique memang kuat berangan.” Tokok Alia lagi sambil memicit kepalanya.Aku menepuk bahu Alia.

   “Saya tanya awak berdua nak kemana ni?” Soal Rafique lagi sekali.
     “Oh saya dengan Alia nak bali rumah sewalah.Awak nak jumpa encik kamarul ke?” Ujar aku lagi.
        “Kalau nak balik mari saya hantarkan.Lain kalilah saya jumpa encik Kamarul.Nanti saya bagi warning dekat dia jangan ganggu tunang saya lagi.” Ujar Rafique dengan selamba.

      “Apa kata korang hantar aku balik.Lepas tu Amani kau temanlah cik abang kau ni merangkap ‘tunang’ kau tu pergi makan ke sekejap.Susah payah dia datang tadi.” Dalam sakit sempat lagi aku mengenakan aku dengan Rafique.

    “Bagus juga cadangan awak tu Alia.” Tingkah Rafique pula sambil tersenyum pada Alia.
    Haaaa sudah Rafique ni pun satu ikut je apa cadangan si Alia ni. Ish Alia ni pula sengaja nak kenakan aku dengan Rafique.Kemain lagi dia ketawa semalam bila aku cakap yang aku minta tolong Rafique jadi tunang palsu aku depan encik Kamarul.Pelbagai idea muncul dalam kepala si Alia ni bila tahu aku kononya jadi tunang Rafique.

    “Jomlah saya hantarkan awak berdua bailik.” Ujar Rafique lagi.
    “Terima kasih.Maaf sebab saya susahkan awak petang ni.” Tingkah aku lagi.
  “Tak apa.Awak kan tunang saya.Apa saja untuk awak Amani saya sanggup.” Jawab Rafique lagi Alia tersengih manakala aku pula terkedu.

  “Untung kau Amani dapat tunang macam ni.” Bisik Alia dengan perlahan sempat aku hadiahkan satu cubitan kecil di lengan Alia.Nasib baik Rafique tak dengar tadi.Kalau tak malu aku.Akhirnya kami bertiga terus bergerak menuju ke kereta milik Rafique .

     “Ish Diamlah kau.Nanti Rafique dengar.” Bisik aku pada Alia.Dengan selambanya Alia sengih dan mengenyitkan mata pada aku.Aku cubit lagi lengan tu baru tahu.

Bersambung...

NotaHujungKaki :Manuskrip Penuh Dirimu satu sudah selesai.Lega rasanya.DMS mungkin akan di update sampai bab sampai 30 sahaja di blog ini.Lepas ni menumpukan perhatian pada mss Tak Cuba Kembali pula.. :D

SaLaM KaSiH

Senin, 01 April 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 23

Assalamualaikum u oll...

Entah mood rajin apa yang tengah melanda aku ni yang gatal tangan nak update sambungan Dirimu Satu dekat sini.Hehhehe.Sementara nak menunggu kerja ni kan so aku updatelah sambungannya.Terima kasih ye kerana baca karya yang serba kekurangan ini.




Cemburu tanda cinta Marah tandanya sayang Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu Jadi serba salah, buatku dilema Tapi aku selalu aishiteru 

BAB 23




   SEPERTI yang telah aku janjikan hari ni aku perlu berjumpa dengan Rafique.Hanya Rafique sahaja yang boleh tolong aku kali ni.Abang Am  tak ada di Malaysia.Kalau ada abang Am lagi senang.Ye la aku dengan abang Am kan memang kamcing sikit.

        Tak apalah Amani.Nasib baik Rafique ada.Kalau tak hari juga aku nak mencari tunang palsu ni hah.Kalau ibu dengan abah tahu habislah aku.Tujuh hari tujuh malam pun belum tentu lagi habis ceramah percuma.Aku sudah berteleku atas meja sementara menunggu Rafique .

   “Terima kasih .” Ujar aku sewaktu seorang pelayan menghantarkan Fresh Orange pada aku.
   “Sama-sama.” Balas pelayan wanita sambil tersenyum manis.

     “Manalah mamat perasan ni.” Gerutu aku sendirian sambil mengacau fresh orange yang sebelum menyedut fresh orange tersebut.

     “Dah lama tunggu?” Soal Rafique  yang baru tiba di depan meja yang aku sedang duduk.
    “Uhukk..” Tersedak aku.Ish mamat ni bukan nak bagi salam dulu main terjah je.
    “Awak ok tak ni?” Soalnya lagi.

      “Assalamualaikum Encik Rafique .” Bidas aku padanya.Si Rafique apa lagi tersengihlah.
         “Waalaikumussalam.Eh terlupa pula saya nak bagi salam tadi.Sorry kalau saya terkejutkan awak.” Ujarnya lagi sambil tersengih.Amboi kemain lagi sengih dekat aku.

        “Haaa tau pun.Dah satu jam jugalah saya tunggu.” Tingkah aku dengan selamba.
     “Hah satu jam.Lamanya.Bukan ke kita janji nak jumpa pukul 3.00 petang?” Soalnya lagi sambil melihat jamnya.Giliran aku pula tersengih.

      “Amani…awak main-mainkan saya eh?” Ujarnya lalu memandang tepat mata mata aku.
       “Saja je nak kenakan awak.” Ujar aku sambil tergelak kecil.
      “ Amboi sejak bila awak pandai kenakan saya ni?” Tingkah Rafique
    “Errmm…”

    “Bagi saya fresh orange ye.” Ujar Rafique pada pelayan yang baru tiba tadi.Belum sempat aku nak menjawab pelayan tadi sampai untuk mengambil order.
   “Awak nak cakap apa tadi?” Soal Rafique lagi
   “Ohh tadi saya nak cakap yang saya belajar dari awaklah.” Aku sudah tersengih.
     “Dah pandai sekarang ye.Ok awak nak bincang apa hari ni?”Soalnya sambil tersenyum pada aku.
      “Haaa soalan yang bagus sekali.Awak tahukan yang Encik Kamarul tu selalu ganggu saya kan.Saya dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni.Buntu .”

     “Encik Kamarul.Macam pernah dengar je nama tu.Awak ada sebut sewaktu majlis pertunangan abang awak Amar kan?” Aku anggukan kepala.

     “Yup .Mamat ni dah buat hidup saya kacau bilau tahu.Kenapalah suka sangat kacau saya.Dah banyak kali saya terangkan dekat dia yang saya  hormatkan dia sebagai pensyarah saya.Awak tahu tak saya rimaslah macam ni.Pergi sana sini orang mengata saya ada skandal dengan pensyarah sendiri.Pelbagai cara dah rasanya saya buat untuk mengelakkan diri.Ingatkan semester ni dia tak mengajar saya tak adalah dia kacau tapi nampak gayanya lain pula jadinya.Rimaslah macam ni.Stress pun ada.” Dengan panjang lebar aku terangkan.

     “Amani tarik nafas dulu.Ok sekarang ni awak nak saya buat macam mana?” Soal Rafique sambil menyedut  fresh orange yang baru saja sampai di meja kami.

     “Saya nak minta tolong awak menyamar jadi tunang saya.Ini juga cadangan abang saya, tapi saya tak cakaplah saya nak guna cara ni dan juga saya tak bagitahu abang saya yang saya minta tolong awak.”

     “Menyamar  je?Kenapa tak suruh saya jadi tunang betul je senang.Saya ok je nanti saya suruhlah Mummy dengan Daddy saya masuk pinang awak.Tak perlulah nak menyamar bagai ni.” Ujarnya dengan selamba.Aku apa lagi terkejut.

     “Rafique jangan nak main-mainkan saya.Saya tengah serius ni.Kepala saya dah berserabut dengan mamat penyibuk tu.” Ujar aku sambil mengeluh dengan perlahan.

    “Hah mamat penyibuk?Siapa?” Rafique sudah tayang muka blur.Alahai Rafique ni.
    “Encik Rafique for your information mamat penyibuk tu Encik Kamarul la.” Tingkah aku lagi.Rafique hanya tergelak sambil menganggukkan kepalanya.

     “Awak boleh tolong saya tak?” Ujar aku dengan muka yang agak keruh.Lagi keruh dari Ayer Keroh dekat Melaka tu hah..

    “Apa saja untuk awak cik Amani.Awak kan bakal isteri saya.” Rafique sudah mengenyitkan mata apada aku.

      “Ish awak ni.” Aku bagi jelingan tajam padanya.Tak habis-habis nak mengusik aku.Padahal dalam hati aku kemain lagi melonjak kegembiraan.Gatal juga cik Amani ni.Kenapa aku gembira semacam je ni.Gembira Rafique nak jadi tunang palsu aku atau kata-kata Rafique yang aku ni bakal isteri dia.Wake up cik Amani.Jangan berangan..Aku menggelengkan kepala sendirian.

     “Ni kenapa gelengkan kepala.?” Soal Rafique dengan tiba-tiba.
     “Erk tak ada apa-apa.So awak setuju kan.Lepas ni kita akan mulakan edisi penggambaran cerita ni.” Ujar aku sambil tersengih.
   “Hah cerita apa pula ni?”
     “La cerita kita berdua ni la.Pasal penyamaran tu la.Disebabkan tu saya namakan penggambaran kita ‘Tunang Palsu’.Sesuaikan tajuk dia.” Aku sudah tersenyum sendirian sambil berteleku depan Rafique sempat lagi aku menggangkat kening aku padanya.

    “Saya ok saja.Kalau betul-betul pun apa salahnya.Lagi saya suka.” Ujar Rafique dengan perlahan namun telinga aku ni boleh lagi dengari kata-katanya sebentar tadi.Ish mamat ni sengajalah tu nak usik aku.

    Dekat dua jam jugalah aku melepak dengan si Rafique dekat sini.Pelbai cerita yang dia kongsikan dengan aku.Ye memang tak dinafikan sekarang ni aku rasa ada keselesaan sedikit apabila berdepan dengan dia.Mungkin sebab dia sanggup tolong aku kot.Tapi satu je yang selalu buat aku angin apabila si Rafique ni suka sangat mengusik aku.

     Dari kejauhan aku ternampak Encik Kamarul yang sedang berjalan menuju ke salah sebuah kedai yang berdekatan dengan restoran yang aku makan.Macam mana encik Kamarul boleh ada sini.Agak-agak dia ternampak aku ke tak tadi.Tak boleh jadi ni nak kena sembunyi ni.

    “Amani awak kenapa ni?Gelisah je saya tengok?” Soal Rafique apabila aku tidak memfokuskan padanya.
     “Awak ..awak ..Encik Kamarul ada dekat sini.Habislah saya.” Ujar aku sambil menundukkan kepala dan cuba berselindung di sebalik Rafique yang duduk bertentangan dengan aku.
   “Mana dia?” Soal Rafique lalu dia menoleh ke belakang.

    “Yang pakai baju  t-shirt hitam  tu yang pakai cap sekali.” Tingkah aku lagi sambil menunjukkan encik Kamarul pada Rafique.

     “Amani dengar sini.Apa yang awak nak takutkan.Saya ada dekat sini kan.Awak buat biasa je.Biar dia nampak awak dengan saya.”. Tingkah Rafique sambil memandang tepat pada aku.
    “Tiba-tiba je saya rasa takut.” Ujar aku dengan gelisah.

     “Listen..Saya ada bersama awak.Janganlah takut sampai macam ni.” Tingkah Rafique sambil menarik tangan aku.

     “Saya bukan takut tapi entahlah sejak akhir-akhir ni saya dah tak selesa dengan encik Kamarul.”Ujar aku sambil menarik nafas dengan perlahan dengan pantas aku menarik tangan aku dari genggaman Rafique.

     Macam mana aku boleh tak perasan mamat ni  pegang tangan aku.Ayoyo Amani buat malu diri sendiri saja.
    “Opss sorry terpegang pula tangan awak.” Tingkah Rafique sambil tersengih.
    “Awak jangan nak ambil kesempatan ye.Ingat batasan antara kita.” Tngkah aku dengan malu dan geram.Muka aku sudah berona merah.

     “Baik cik Amani ku sayang, tapi kalau awak dah jadi hak saya jangan harap saya lepaskan awak.” Usik Rafique lagi.Aku sudah menjelingnya tajam.

     “Amani buat apa dekat sini?” Entah bila masa encik Kamarul sudah terpacak depan meja aku.Masalah dah datang dah,Aku menarik nafas .

   “Eh encik Kamarul.Buat apa dekat sini.” Soal aku pula.
   “Saya keluar jumpa kawan.Ada hal sikit.Ni siapa Amani?” Soal encik Kamarul.
       “Ingatkan mamat ni tak nampak aku dekat sini.” Ujar Rafique dengan perlahan namun sempat di dengari oleh aku.Aku tersenyum melihat muka Rafique.

      “Lupa pula saya nak kenalkan pada encik Kamarul.Kenalkan inilah tunang saya Rafique.” Aku mula memperkenalkan Rafique pada encik Kamarul.

    “Syed Kamarul.”Ujar encik Kamarul sambil bersalaman dengan Rafique.
     “Syed Rafique Iskandar.Tunang Amani Qaleesya.” Ujar Rafique pula.Aku sudah tersenyum manis melihat Rafique .Selepas itu aku memandang muka encik Kamarul pula yang mempamerkan senyum kelat.Haaa baru nak percaya ke aku ni dah bertunang.

    Aku rasa nak melompat kegirangan apabila melihat betapa kelatnya muka encik Kamarul pamerkan.
   “Encik Rafique ni kerja mana?” Soal encik kamarul lagi.

     “Tak perlulah nak berencik –encik dengan saya .Panggil saja Rafique.” Tingkah Rafique sambil tersenyum manis.Wow handsomenya muka Rafique.

      “Saya kerja dengan company daddy saya di Mega  Engineering and you encik Kamarul? .”Ujar Rafique lagi dengan senyuman.

     “Saya pensyarah UITM.” Tingkah encik Kamarul sambil tersenyum.Mata encik Kamarul beralih pada aku.Terus aku mematikan senyuman manis aku tadi lalu memandang pada Rafique.Dikala itu juga Rafique memandang aku dengan satu senyuman sambil mengenyitkan mata yang membuatkan bibir aku juga tersenyum.Aku memandang encik Kamarul dari ekor mata aku.Baru dia tahu yang aku ni dah bertunang.

    “Sayang jom.Mummy dengan Daddy dah tunggu nak jumpa sayang.” Ujar Rafique dengan selamba.Aku mengerutkan dahi namun apabila mengenangkan encik Kamarul masih lagi berada di meja aku memulakan lakonan drama aku sendiri ‘ Tunang Palsu’.

    “Ok jomlah.Kesian mummy dengn daddy tinggu kita .”Ujar aku sambil bangun lalu aku mencapai beg aku yang terletak bersebelahan dengan aku.Rafique juga turut bangun.

      “Oklah encik Kamarul.Minta diri dulu ye.Saya nak bawa tunang saya ni jumpa mummy dengan daddy saya.Maklum sajalah sayang sangat parents saya dekat tunang saya ni Amani.Jom sayang.” Ujar Rafique sambil bersalaman dengan encik kamarul lalu menggamitkan tanganya arah aku.

    “Minta diri dulu ye encik Kamarul.” Ujar aku lalu berjalan seiringan dengan Rafique sambil mempamerkan senyuman manis.

     “Sayang nak beli apa-apa tak sebelum kita pergi rumah mummy ni?” Ujar Rafique.Aku memandang encik Kamarul dari ekor mata aku.Teruskan lakonan kamu Amani.

      “Boleh juga tu.Amani nak belikan buah-buahan kot untuk mummy.” Jawab aku sambil tersenyum manis lagi .Rafique menganggukkan kepala sambil tersengih.Mesti pelik je bila aku sebut mummy.Sejak bila aku kenal mummy dengan daddy si Rafique ni.Semoga seleaps ni encik Kamarul tidak lagi menganggu aku.Korang agak macam mana?Encik kamarul tu ganggu aku lagi tak lepas ni.

     “ADIK…” Kedengaran satu suara memanggil dari belakang.Aku menoleh.Alamak abang Amar dengan Kak Raisya la.Macam mana diaorang boleh berada di sini?

      “Abang buat apa dekat sini?” Ujar aku lalu bersalam dengan abang Amar dan juga kak Raisya.
      “Abang dating dengan tunang abanglah.Ni adik dengan Rafique buat apa dekat sini?Korang berdua dating ye?” Usik abang aku lagi.Kak Raisya di sebelah sudah menepuk habu abang Amar.

   “Amar sihat.Amboi kemain dating.” Usik Rafique sambil bersalaman dengan Rafique pula.
    “Apa abang ni.Mana ada adik dating.”Aku sudah manrik muncung.

     “Fiq apa cerita ni?Macam mana adik kesayangan aku ni boleh keluar dengan kau.Bukan ke korang berdua ni kalau berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan?” Soal Abang Amar dengan pelik.Ye tak ye juga.Memang logik pun soalan abang Amar tu.

        Ye la selamanya aku dengan Rafique kan memang mesra.’Mesra’ sangatkan.Asal jumpa je ada je yang tak kena.

      “Kalau kau nak tahu apa ceritanya, kau kena tanya adik kesayangan kau ni.Dia yang culik aku hari ni.” Usik Rafique sambil tersengih.

     “Eh bila masa saya culik awak ni?Awak jangan nak buat cerita eh?” Ujar aku sambil mencerlung mata padanya.

    “Cuba adik cerita dekat abang apa dah jadi ni?” Soal abang aku tidak puas hati.
      “Amani kenapa ni?Cuba cerita dekat Kak Sya.” Ujar Kak Sya sambil memegang tangan aku.

      “Jomlah kita lepak mana-mana dulu.Lepas tu kau tanyalah adik kesayangan kau kenapa dia culik aku hari ni.” Tingkah Rafique sambil menepuk bahu abang aku.Abang aku tayang muka blur.

   “Nanti adik ceritakan dekat abang.” Ujar aku sambil memandang muka abang aku.

   “Ni dah kes parah ni  adik?Kenapa tak bagitahu abang?” Soal abang aku selepas aku selesai bercerita tentang drama lakonan aku dengan Rafique .

    “Bukan tak nak bagitahu.Adik ingat balik nanti baru adik nak cerita dekat abang.Tak sangka jumpa abang dating dekat sini.” Ujar aku sambil menunduk.

   “Abang ,kesian dekat Amani.” Tingkah Kak Sya pula.
    “Bukan apa Sya, abang pelik dengan Kamarul tu.” Tingkah abang aku pula sambil memandang muka tunangnya.

      “Adik dah tak tahu nak buat apa.Lepas tu adik teringat abang cakap pasal hal menyamar tu yang adik minta tolong Rafique.” Tingkah aku.

   “Kau ok ke Fiq?” Soal abang aku pada Rafique yang sejak tadi mendiamkan diri .
     “Aku ok je.Kalau jadi tunang aku betul lagi bagus.Lagi aku suka.” Tingkah Rafique sambil tersengih pada abang aku.Dengan selambanya abang aku ketawa.

     “Betul juga tu.Boleh kau jadi adik ipar aku.” Usik abang aku pula.Aku sudah membuntang mata pada mereka berdua.

     “Abang ..Eee bencilah macam ni…” Tingkah aku pula.Kak Sya yang berada di sebelah aku sudah ketawa.

      “Kak Sya setuju tu kalau Amani dengan Rafique tunang betul-betul.Manalah tahu kot-kot kita boleh naik pelamin sekali ke?tak gitu abang?” Tokok  Kak Sya pula sambil menyiku aku.

     “Akak ..” Aku sudah mempamerkan muka sedih.Ini dah masuk edisi membuli aku ni.
    “Kau macam mana Fiq?” Soal abang aku pada Rafique.

       “Eh aku boleh je.Nanti aku hantar rombongan meminang ke rumah kau.” Ujar Rafique dengan selamba.
    “Adik macam mana?” Soal abang aku dengan tersenyum penuh makna.

    “Apa abang ni.Kan adik dah bagitahu itu semua lakonan je.” Aku menarik muka masam lagi tanda protes.

      “Kalau betul apa salahnya dik.Abang suka sangat kalau adik dengan Rafique.” Sengih abang aku lagi.Aku hadiahkan satu jelingan tajam pada abang aku.Mereka yang lain ketawa apabila melihat muka aku yang sudah berona merah.Marah ke malu cik Amani?


Bersambung ...

NotaHujungKaki : Pheewww tarik nafas lega.Mss DMS sudah pun sampai bab 50.Ada lagi beberapa bab untuk aku habiskan.InsyaAllah pertengahan April Siap sepenuhnya.Cabaran tuk menyiapkan part2 akhir dengan kesibukan yang melanda .Mudah-mudahan berjalan dengan lancar.

SaLaM KaSiH