Senin, 01 April 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 23

Assalamualaikum u oll...

Entah mood rajin apa yang tengah melanda aku ni yang gatal tangan nak update sambungan Dirimu Satu dekat sini.Hehhehe.Sementara nak menunggu kerja ni kan so aku updatelah sambungannya.Terima kasih ye kerana baca karya yang serba kekurangan ini.




Cemburu tanda cinta Marah tandanya sayang Kalau curiga itu karena ku takut kehilangan Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu Jadi serba salah, buatku dilema Tapi aku selalu aishiteru 

BAB 23




   SEPERTI yang telah aku janjikan hari ni aku perlu berjumpa dengan Rafique.Hanya Rafique sahaja yang boleh tolong aku kali ni.Abang Am  tak ada di Malaysia.Kalau ada abang Am lagi senang.Ye la aku dengan abang Am kan memang kamcing sikit.

        Tak apalah Amani.Nasib baik Rafique ada.Kalau tak hari juga aku nak mencari tunang palsu ni hah.Kalau ibu dengan abah tahu habislah aku.Tujuh hari tujuh malam pun belum tentu lagi habis ceramah percuma.Aku sudah berteleku atas meja sementara menunggu Rafique .

   “Terima kasih .” Ujar aku sewaktu seorang pelayan menghantarkan Fresh Orange pada aku.
   “Sama-sama.” Balas pelayan wanita sambil tersenyum manis.

     “Manalah mamat perasan ni.” Gerutu aku sendirian sambil mengacau fresh orange yang sebelum menyedut fresh orange tersebut.

     “Dah lama tunggu?” Soal Rafique  yang baru tiba di depan meja yang aku sedang duduk.
    “Uhukk..” Tersedak aku.Ish mamat ni bukan nak bagi salam dulu main terjah je.
    “Awak ok tak ni?” Soalnya lagi.

      “Assalamualaikum Encik Rafique .” Bidas aku padanya.Si Rafique apa lagi tersengihlah.
         “Waalaikumussalam.Eh terlupa pula saya nak bagi salam tadi.Sorry kalau saya terkejutkan awak.” Ujarnya lagi sambil tersengih.Amboi kemain lagi sengih dekat aku.

        “Haaa tau pun.Dah satu jam jugalah saya tunggu.” Tingkah aku dengan selamba.
     “Hah satu jam.Lamanya.Bukan ke kita janji nak jumpa pukul 3.00 petang?” Soalnya lagi sambil melihat jamnya.Giliran aku pula tersengih.

      “Amani…awak main-mainkan saya eh?” Ujarnya lalu memandang tepat mata mata aku.
       “Saja je nak kenakan awak.” Ujar aku sambil tergelak kecil.
      “ Amboi sejak bila awak pandai kenakan saya ni?” Tingkah Rafique
    “Errmm…”

    “Bagi saya fresh orange ye.” Ujar Rafique pada pelayan yang baru tiba tadi.Belum sempat aku nak menjawab pelayan tadi sampai untuk mengambil order.
   “Awak nak cakap apa tadi?” Soal Rafique lagi
   “Ohh tadi saya nak cakap yang saya belajar dari awaklah.” Aku sudah tersengih.
     “Dah pandai sekarang ye.Ok awak nak bincang apa hari ni?”Soalnya sambil tersenyum pada aku.
      “Haaa soalan yang bagus sekali.Awak tahukan yang Encik Kamarul tu selalu ganggu saya kan.Saya dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni.Buntu .”

     “Encik Kamarul.Macam pernah dengar je nama tu.Awak ada sebut sewaktu majlis pertunangan abang awak Amar kan?” Aku anggukan kepala.

     “Yup .Mamat ni dah buat hidup saya kacau bilau tahu.Kenapalah suka sangat kacau saya.Dah banyak kali saya terangkan dekat dia yang saya  hormatkan dia sebagai pensyarah saya.Awak tahu tak saya rimaslah macam ni.Pergi sana sini orang mengata saya ada skandal dengan pensyarah sendiri.Pelbagai cara dah rasanya saya buat untuk mengelakkan diri.Ingatkan semester ni dia tak mengajar saya tak adalah dia kacau tapi nampak gayanya lain pula jadinya.Rimaslah macam ni.Stress pun ada.” Dengan panjang lebar aku terangkan.

     “Amani tarik nafas dulu.Ok sekarang ni awak nak saya buat macam mana?” Soal Rafique sambil menyedut  fresh orange yang baru saja sampai di meja kami.

     “Saya nak minta tolong awak menyamar jadi tunang saya.Ini juga cadangan abang saya, tapi saya tak cakaplah saya nak guna cara ni dan juga saya tak bagitahu abang saya yang saya minta tolong awak.”

     “Menyamar  je?Kenapa tak suruh saya jadi tunang betul je senang.Saya ok je nanti saya suruhlah Mummy dengan Daddy saya masuk pinang awak.Tak perlulah nak menyamar bagai ni.” Ujarnya dengan selamba.Aku apa lagi terkejut.

     “Rafique jangan nak main-mainkan saya.Saya tengah serius ni.Kepala saya dah berserabut dengan mamat penyibuk tu.” Ujar aku sambil mengeluh dengan perlahan.

    “Hah mamat penyibuk?Siapa?” Rafique sudah tayang muka blur.Alahai Rafique ni.
    “Encik Rafique for your information mamat penyibuk tu Encik Kamarul la.” Tingkah aku lagi.Rafique hanya tergelak sambil menganggukkan kepalanya.

     “Awak boleh tolong saya tak?” Ujar aku dengan muka yang agak keruh.Lagi keruh dari Ayer Keroh dekat Melaka tu hah..

    “Apa saja untuk awak cik Amani.Awak kan bakal isteri saya.” Rafique sudah mengenyitkan mata apada aku.

      “Ish awak ni.” Aku bagi jelingan tajam padanya.Tak habis-habis nak mengusik aku.Padahal dalam hati aku kemain lagi melonjak kegembiraan.Gatal juga cik Amani ni.Kenapa aku gembira semacam je ni.Gembira Rafique nak jadi tunang palsu aku atau kata-kata Rafique yang aku ni bakal isteri dia.Wake up cik Amani.Jangan berangan..Aku menggelengkan kepala sendirian.

     “Ni kenapa gelengkan kepala.?” Soal Rafique dengan tiba-tiba.
     “Erk tak ada apa-apa.So awak setuju kan.Lepas ni kita akan mulakan edisi penggambaran cerita ni.” Ujar aku sambil tersengih.
   “Hah cerita apa pula ni?”
     “La cerita kita berdua ni la.Pasal penyamaran tu la.Disebabkan tu saya namakan penggambaran kita ‘Tunang Palsu’.Sesuaikan tajuk dia.” Aku sudah tersenyum sendirian sambil berteleku depan Rafique sempat lagi aku menggangkat kening aku padanya.

    “Saya ok saja.Kalau betul-betul pun apa salahnya.Lagi saya suka.” Ujar Rafique dengan perlahan namun telinga aku ni boleh lagi dengari kata-katanya sebentar tadi.Ish mamat ni sengajalah tu nak usik aku.

    Dekat dua jam jugalah aku melepak dengan si Rafique dekat sini.Pelbai cerita yang dia kongsikan dengan aku.Ye memang tak dinafikan sekarang ni aku rasa ada keselesaan sedikit apabila berdepan dengan dia.Mungkin sebab dia sanggup tolong aku kot.Tapi satu je yang selalu buat aku angin apabila si Rafique ni suka sangat mengusik aku.

     Dari kejauhan aku ternampak Encik Kamarul yang sedang berjalan menuju ke salah sebuah kedai yang berdekatan dengan restoran yang aku makan.Macam mana encik Kamarul boleh ada sini.Agak-agak dia ternampak aku ke tak tadi.Tak boleh jadi ni nak kena sembunyi ni.

    “Amani awak kenapa ni?Gelisah je saya tengok?” Soal Rafique apabila aku tidak memfokuskan padanya.
     “Awak ..awak ..Encik Kamarul ada dekat sini.Habislah saya.” Ujar aku sambil menundukkan kepala dan cuba berselindung di sebalik Rafique yang duduk bertentangan dengan aku.
   “Mana dia?” Soal Rafique lalu dia menoleh ke belakang.

    “Yang pakai baju  t-shirt hitam  tu yang pakai cap sekali.” Tingkah aku lagi sambil menunjukkan encik Kamarul pada Rafique.

     “Amani dengar sini.Apa yang awak nak takutkan.Saya ada dekat sini kan.Awak buat biasa je.Biar dia nampak awak dengan saya.”. Tingkah Rafique sambil memandang tepat pada aku.
    “Tiba-tiba je saya rasa takut.” Ujar aku dengan gelisah.

     “Listen..Saya ada bersama awak.Janganlah takut sampai macam ni.” Tingkah Rafique sambil menarik tangan aku.

     “Saya bukan takut tapi entahlah sejak akhir-akhir ni saya dah tak selesa dengan encik Kamarul.”Ujar aku sambil menarik nafas dengan perlahan dengan pantas aku menarik tangan aku dari genggaman Rafique.

     Macam mana aku boleh tak perasan mamat ni  pegang tangan aku.Ayoyo Amani buat malu diri sendiri saja.
    “Opss sorry terpegang pula tangan awak.” Tingkah Rafique sambil tersengih.
    “Awak jangan nak ambil kesempatan ye.Ingat batasan antara kita.” Tngkah aku dengan malu dan geram.Muka aku sudah berona merah.

     “Baik cik Amani ku sayang, tapi kalau awak dah jadi hak saya jangan harap saya lepaskan awak.” Usik Rafique lagi.Aku sudah menjelingnya tajam.

     “Amani buat apa dekat sini?” Entah bila masa encik Kamarul sudah terpacak depan meja aku.Masalah dah datang dah,Aku menarik nafas .

   “Eh encik Kamarul.Buat apa dekat sini.” Soal aku pula.
   “Saya keluar jumpa kawan.Ada hal sikit.Ni siapa Amani?” Soal encik Kamarul.
       “Ingatkan mamat ni tak nampak aku dekat sini.” Ujar Rafique dengan perlahan namun sempat di dengari oleh aku.Aku tersenyum melihat muka Rafique.

      “Lupa pula saya nak kenalkan pada encik Kamarul.Kenalkan inilah tunang saya Rafique.” Aku mula memperkenalkan Rafique pada encik Kamarul.

    “Syed Kamarul.”Ujar encik Kamarul sambil bersalaman dengan Rafique.
     “Syed Rafique Iskandar.Tunang Amani Qaleesya.” Ujar Rafique pula.Aku sudah tersenyum manis melihat Rafique .Selepas itu aku memandang muka encik Kamarul pula yang mempamerkan senyum kelat.Haaa baru nak percaya ke aku ni dah bertunang.

    Aku rasa nak melompat kegirangan apabila melihat betapa kelatnya muka encik Kamarul pamerkan.
   “Encik Rafique ni kerja mana?” Soal encik kamarul lagi.

     “Tak perlulah nak berencik –encik dengan saya .Panggil saja Rafique.” Tingkah Rafique sambil tersenyum manis.Wow handsomenya muka Rafique.

      “Saya kerja dengan company daddy saya di Mega  Engineering and you encik Kamarul? .”Ujar Rafique lagi dengan senyuman.

     “Saya pensyarah UITM.” Tingkah encik Kamarul sambil tersenyum.Mata encik Kamarul beralih pada aku.Terus aku mematikan senyuman manis aku tadi lalu memandang pada Rafique.Dikala itu juga Rafique memandang aku dengan satu senyuman sambil mengenyitkan mata yang membuatkan bibir aku juga tersenyum.Aku memandang encik Kamarul dari ekor mata aku.Baru dia tahu yang aku ni dah bertunang.

    “Sayang jom.Mummy dengan Daddy dah tunggu nak jumpa sayang.” Ujar Rafique dengan selamba.Aku mengerutkan dahi namun apabila mengenangkan encik Kamarul masih lagi berada di meja aku memulakan lakonan drama aku sendiri ‘ Tunang Palsu’.

    “Ok jomlah.Kesian mummy dengn daddy tinggu kita .”Ujar aku sambil bangun lalu aku mencapai beg aku yang terletak bersebelahan dengan aku.Rafique juga turut bangun.

      “Oklah encik Kamarul.Minta diri dulu ye.Saya nak bawa tunang saya ni jumpa mummy dengan daddy saya.Maklum sajalah sayang sangat parents saya dekat tunang saya ni Amani.Jom sayang.” Ujar Rafique sambil bersalaman dengan encik kamarul lalu menggamitkan tanganya arah aku.

    “Minta diri dulu ye encik Kamarul.” Ujar aku lalu berjalan seiringan dengan Rafique sambil mempamerkan senyuman manis.

     “Sayang nak beli apa-apa tak sebelum kita pergi rumah mummy ni?” Ujar Rafique.Aku memandang encik Kamarul dari ekor mata aku.Teruskan lakonan kamu Amani.

      “Boleh juga tu.Amani nak belikan buah-buahan kot untuk mummy.” Jawab aku sambil tersenyum manis lagi .Rafique menganggukkan kepala sambil tersengih.Mesti pelik je bila aku sebut mummy.Sejak bila aku kenal mummy dengan daddy si Rafique ni.Semoga seleaps ni encik Kamarul tidak lagi menganggu aku.Korang agak macam mana?Encik kamarul tu ganggu aku lagi tak lepas ni.

     “ADIK…” Kedengaran satu suara memanggil dari belakang.Aku menoleh.Alamak abang Amar dengan Kak Raisya la.Macam mana diaorang boleh berada di sini?

      “Abang buat apa dekat sini?” Ujar aku lalu bersalam dengan abang Amar dan juga kak Raisya.
      “Abang dating dengan tunang abanglah.Ni adik dengan Rafique buat apa dekat sini?Korang berdua dating ye?” Usik abang aku lagi.Kak Raisya di sebelah sudah menepuk habu abang Amar.

   “Amar sihat.Amboi kemain dating.” Usik Rafique sambil bersalaman dengan Rafique pula.
    “Apa abang ni.Mana ada adik dating.”Aku sudah manrik muncung.

     “Fiq apa cerita ni?Macam mana adik kesayangan aku ni boleh keluar dengan kau.Bukan ke korang berdua ni kalau berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan?” Soal Abang Amar dengan pelik.Ye tak ye juga.Memang logik pun soalan abang Amar tu.

        Ye la selamanya aku dengan Rafique kan memang mesra.’Mesra’ sangatkan.Asal jumpa je ada je yang tak kena.

      “Kalau kau nak tahu apa ceritanya, kau kena tanya adik kesayangan kau ni.Dia yang culik aku hari ni.” Usik Rafique sambil tersengih.

     “Eh bila masa saya culik awak ni?Awak jangan nak buat cerita eh?” Ujar aku sambil mencerlung mata padanya.

    “Cuba adik cerita dekat abang apa dah jadi ni?” Soal abang aku tidak puas hati.
      “Amani kenapa ni?Cuba cerita dekat Kak Sya.” Ujar Kak Sya sambil memegang tangan aku.

      “Jomlah kita lepak mana-mana dulu.Lepas tu kau tanyalah adik kesayangan kau kenapa dia culik aku hari ni.” Tingkah Rafique sambil menepuk bahu abang aku.Abang aku tayang muka blur.

   “Nanti adik ceritakan dekat abang.” Ujar aku sambil memandang muka abang aku.

   “Ni dah kes parah ni  adik?Kenapa tak bagitahu abang?” Soal abang aku selepas aku selesai bercerita tentang drama lakonan aku dengan Rafique .

    “Bukan tak nak bagitahu.Adik ingat balik nanti baru adik nak cerita dekat abang.Tak sangka jumpa abang dating dekat sini.” Ujar aku sambil menunduk.

   “Abang ,kesian dekat Amani.” Tingkah Kak Sya pula.
    “Bukan apa Sya, abang pelik dengan Kamarul tu.” Tingkah abang aku pula sambil memandang muka tunangnya.

      “Adik dah tak tahu nak buat apa.Lepas tu adik teringat abang cakap pasal hal menyamar tu yang adik minta tolong Rafique.” Tingkah aku.

   “Kau ok ke Fiq?” Soal abang aku pada Rafique yang sejak tadi mendiamkan diri .
     “Aku ok je.Kalau jadi tunang aku betul lagi bagus.Lagi aku suka.” Tingkah Rafique sambil tersengih pada abang aku.Dengan selambanya abang aku ketawa.

     “Betul juga tu.Boleh kau jadi adik ipar aku.” Usik abang aku pula.Aku sudah membuntang mata pada mereka berdua.

     “Abang ..Eee bencilah macam ni…” Tingkah aku pula.Kak Sya yang berada di sebelah aku sudah ketawa.

      “Kak Sya setuju tu kalau Amani dengan Rafique tunang betul-betul.Manalah tahu kot-kot kita boleh naik pelamin sekali ke?tak gitu abang?” Tokok  Kak Sya pula sambil menyiku aku.

     “Akak ..” Aku sudah mempamerkan muka sedih.Ini dah masuk edisi membuli aku ni.
    “Kau macam mana Fiq?” Soal abang aku pada Rafique.

       “Eh aku boleh je.Nanti aku hantar rombongan meminang ke rumah kau.” Ujar Rafique dengan selamba.
    “Adik macam mana?” Soal abang aku dengan tersenyum penuh makna.

    “Apa abang ni.Kan adik dah bagitahu itu semua lakonan je.” Aku menarik muka masam lagi tanda protes.

      “Kalau betul apa salahnya dik.Abang suka sangat kalau adik dengan Rafique.” Sengih abang aku lagi.Aku hadiahkan satu jelingan tajam pada abang aku.Mereka yang lain ketawa apabila melihat muka aku yang sudah berona merah.Marah ke malu cik Amani?


Bersambung ...

NotaHujungKaki : Pheewww tarik nafas lega.Mss DMS sudah pun sampai bab 50.Ada lagi beberapa bab untuk aku habiskan.InsyaAllah pertengahan April Siap sepenuhnya.Cabaran tuk menyiapkan part2 akhir dengan kesibukan yang melanda .Mudah-mudahan berjalan dengan lancar.

SaLaM KaSiH