Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 35

BAB 35

AZZALEA, Nisrina dan Arani terjelopok di atas jeti itu. Mereka hanya berdiam diri apabila melihat pistol di tangan anak buah Farhan Mukhriz itu.
            Farhan Mukhriz merenung jam di tangannya. Where are you, Aizriel? Takkan tak sampai lagi kot? Dia menanti dengan sabar. Tidak lama kemudian, dia terlihat kelibat Aizriel datang bersama dengan 4 orang lelaki.
            “Hello Aizriel. Long time no see.. So apa perasaan kau sekarang ni? Sedih, marah, kecewa atau kesemuanya sekali?” tanya Farhan Mukhriz.
            “Aku dah bawa duit yang kau nak. Sekarang lepaskan mereka. Jangan jadikan mereka alat untuk kau menghancurkan aku,” ujar Aizriel tegas. Tertawa Farhan Mukhriz mendengarnya..
            “Tapi, kenapa kau boleh? Kenapa kau boleh menghancurkan aku dengan menggunakan Nadreena? Kau tahu yang aku dah lama cintakan Nadreena tetapi kau rampas dia daripada aku!” ujar Farhan Mukhriz. Bengis.
            “Kau hanya bertepuk sebelah tangan Farhan tapi aku dan Nadreena saling mencintai!” ujar Aizriel. Farhan Arsyad memandang ke arah Aizriel.
            “Abang Riel cakap pasal Han ke?” serentak dengan itu kepala Farhan Arsyad diketuk oleh Daiyan.
            “Kalau kau lelaki itu dah lama aku tumbuk kau! Sesuka hati je culik bini aku!” ujar Daiyan keras. Farhan Arsyad terkedu. Alamak! Abang Daiyan ni betul ke nak tumbuk aku? Lebih baik aku diam..
            “Tetapi kau dah rampas kebahagiaan aku! Selama ini aku anggap kau kawan aku, tak sangka kau sanggup rampas Nadreena dari aku!” ujar Farhan Mukhriz kasar.
            “Selama ini aku anggap kau kawan aku tetapi tak sangka kau sanggup tikam belakang aku! Sanggup kau buat adik aku accident? Satu-satunya adik kandung aku, kau memang tak guna!” Ikram memegang bahu Aizriel. Dibuatnya Aizriel tumbuk si Farhan Mukhriz tu. Naya aje!
            “Woi! Bila masa kau nak lepaskan aku ni? Dah penat aku duduk ni!” ujar Azzalea Mariah kasar.
            “Ops! Lupa pula aku dengan adik-adik angkat kau ni Riel. Kau rasa aku nak lepaskan mereka tak?”
            “Woi! Kau jangan main-main! Lepaskan adik aku bro!” Ikram bersuara.
            “Fine! Mana duitnya Aizriel?” Aizriel melemparkan sebuah beg hitam yang terkandung duit, serentak dengan itu bunyi 3 das tembakan kedengaran. Arani menutup matanya kemudian membukanya kembali. Kelihatan Farhan Mukhriz dan konco-konconya terbaring di tanah.
            Aizriel segera mendapatkan Azzalea, Arani dan Nisrina. Dia membuka ikatan yang mengikat mereka bertiga.
            “Thanks abang, we appreciate it very much. Thank you for saving us,” ujar Azzalea. Dia ingin memeluk tubuh Aizriel namun dia sedar bahawa antara dia dan Aizriel tiada pertalian darah. Dia berjalan menuju ke arah Ikram lalu memeluk tubuh abangnya itu.
            Aizriel menghela nafasnya. Sejuta penghargaan dia ucapkan kepada kawannya yang merupakan seorang polis. Mereka telah mengatur rancangan dengan sebaik mungkin, dan kini Farhan Mukhriz sudah tiada lagi di atas bumi yang fana ini...

BUNYI deringan telefon mengejutkan Haikal yang sedang tidur. Dia segera mengangkat panggilan telefon itu.
            “Hello abang! Mama.. Mama..” suara Husna tersekat-sekat menahan esak yang kian berpanjangan.
            “Kenapa dengan mama? Dia ugut nak bunuh diri lagi ke?” tanya Haikal cemas.
            “Mama dah tiada..” terkedu Haikal apabila menerima berita dari adiknya.
            “Bila? Kenapa?” tanya Haikal.
            “Baru je tadi, mama kena serangan jantung. Abang balik rumah sekarang, please..” ujar Husna perlahan. Haikal menghela nafas.
            “Abang balik sekarang,” Haikal mematikan panggilan. Dia memandang ke arah Ariana kemudian dia bangkit lalu mengucup dahi Ariana sebelum berlalu keluar dari hospital.
Haikal bergegas keluar dari hospital. Fikirannya hanya mengingati ibunya yang terbujur kaku di rumah. Dia berjalan laju ke arah keretanya. Tanpa diduga, sebuah kereta memecut laju ke arahnya.

ERYNA terkedu apabila melihat bampar keretanya berlumuran darah. Tidak! Tak mungkin! Dia tak akan mati kan? Aku tak bunuh orang kan? Haikal tak mati! Haikal tak akan mati!
            Dia mengesat darah dengan hujung tangan. Darah Haikal! Bagai terbayang wajah Haikal yang berlumuran darah di atas cerminnya tadi. Seketika kemudian, air matanya menitis.
            “Aku sayangkan dia, kenapa dia buat aku begini?” air mata yang bercucuran diseka dengan jarinya. Dia tersenyum sinis.
‘Serve him right!Siapa suruh dia malukan aku?’ bagaikan terbayang-bayang wajah orang ramai yang memandang sinis ke arahnya apabila dia diberitahu bahawa pernikahan itu dibatalkan.
“Ah! Aku benci mereka! Benci! Benci!” Dia menampar pintu kereta. Dia bangun lalu mengambil tuala dan mengelap darah Haikal di atas keretanya hingga tiada setitik pun yang tertinggal. Kemudian, dia membakar kain itu menjadi cebisan kecil.
Dia masuk ke dalam kereta lalu memandu pulang ke rumah. Hatinya puas kini namun dia takut. Apa akan terjadi jika Husna melaporkan kepada polis? Apa akan terjadi kalau ada saksi yang melihat dia melanggar Haikal?
“Tidak!! Aku tak sengaja! Aku tak bersalah!” jeritnya seorang diri di dalam kereta. Sejurus tiba di rumah, dia masuk ke bilik lalu mengunci pintu.

“Arrgghh!! Aku tak nak masuk penjara! Aku tak sengaja!” dia masuk ke bilik air lalu membuka pili air. Dia menggosok badannya kasar seolah-olah membasuh segala kesilapan yang dia lakukan.

Novel : Peperangan Cinta : Bab 34

BAB 34

HAIKAL melajukan langkahnya apabila melihat kelibat abang iparnya itu.
            “Abang. Bagaimana dengan keadaan Ann?” Aizriel menggelengkan kepalanya. Haikal bertambah cemas.
            “Abang! Kenapa dengan Ann abang?!” tanya Haikal lagi.
            “Haikal, bukan kamu patut bernikah hari ini ke?” tanya Puan Sri Sukainah.
            “The wedding is over, mommy. Carl tak nikah pun dengan Eryna,” ujar Haikal. Dia memandang ke arah Aizriel semula.
            “Abang! How’s Ariana?!”
            “She’s in coma. Doktor pun tak tahu bila dia akan sedar. Peratus untuk dia terus hidup sikit sangat. Semuanya hanya bergantung kepada harapan dia untuk terus hidup,” ujar Aizriel perlahan. Puan Sri Sukainah sudah mula menangis. Haikal terduduk.
            ‘Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Tolong kirimkan salam cinta hamba kepada isteri hamba yang terlantar di hospital ini. Berikanlah dia harapan agar terus hidup. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon,’

NISRINA melambaikan tangan kepada Azzalea dan Arani yang menanti di luar hospital.
            “Tunggu aku!” Nisrina melajukan langkahnya. Akhirnya dia tiba di hadapan Azzaleaa dan Arani.
            “Thanks tunggu..” Nisrina tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila mulutnya ditutup dengan sesuatu. Akhirnya, dia pengsan di situ juga.
            “Cepat angkat mereka sebelum orang nampak!” ujar seorang lelaki. Mereka mengangkat tubuh Azzalea, Nisrina dan Arani ke dalam sebuah van hitam yang setia menunggu.

TELEFON bimbit Aizriel tiba-tiba bergetar. Dia mengangkat panggilan itu dengan kening yang berkerut.
            “Hello,”
            “Hello, Aizriel! Apa khabar? Lama tak jumpa. How’s Ariana? Hidup atau mati? Haha..” Aizriel mengetap bibirnya.
            “Kau siapa? Apa motif kau libatkan adik aku dalam kemalangan?” suara Aizriel bergetar akibat menahan rasa amarah di dalam hatinya.
            “Motif aku? Dendam.. Haha.. Sekarang kau dirundung kesedihan kan? Yelah, adik kau accident.. Adik-adik angkat kau pun aku dah culik. So, apa perasaan kau sekarang. Kau marah ke? Relaxlah dude! Nanti kau boleh jumpa dengan adik-adik angkat kau lagi kan? Tapi, adik kau tu.. Aku tak jamin kau boleh jumpa dia lagi. Teruk juga keadaan adik kau tu,”
            Aizriel termangu sendiri. Adik-adik angkat aku kena culik. But why? Kenapa dia buat semua ini kepada aku?
            “Kenapa kau buat semua ini kepada aku? Setahu aku, aku tak pernah berdendam dengan sesiapa pun,”
            “Kau dah rampas kebahagiaan aku! Sekarang, kau tanya kenapa aku buat semua ini kepada kau?! Kau ni memang tak guna!”
            “Kau ni siapa sebenarnya?!”
            “Aku? Aku Farhan Mukhriz! Orang yang pernah kau malukan di ketika dahulu,”
            “Farhan Mukhriz! Kau tak puas lagi ke hancurkan hidup Nisrina dahulu! Kenapa mesti kau culik mereka dan libatkan adik aku dalam kemalangan?!”
            “Aku tak akan puas selagi kau tak kenal erti derita! Ops! Lupa pula! Tolong siapkan duit 2 juta untuk mereka tiga orang yer? Bye! Bye! Nanti kita jumpa lagi tau!” ujar Farhan Mukhriz lalu mematikan panggilannya.
            Aizriel menendang dinding. Tak guna!
            “Kenapa dengan kamu Aizriel?” tanya Tan Sri Mansur.
            “Farhan Mukhriz! Dia culik Azza, Nis dengan Ara,” ujar Aizriel.
            “Apa?! Kamu biar betul Riel?!”
            “Dia called Riel tadi, dan dia beritahu yang Ann accident sebab dia. Tak guna betullah mamat tu!” ujar Aizriel geram.
            “Astaghfirullah! Dia minta dengan kamu duit tebusan tak Aizriel?” tanya Tan Sri Mansur.
            “Dia minta 2 juta,” Aizriel duduk di kerusi sambil meramas kepalanya.
            “Daddy akan uruskan hal duit, sekarang kamu beritahu family mereka yang anak mereka kena culik,” arah Tan Sri Mansur. Aizriel menganggukkan kepalanya.

HAIKAL memegang erat tangan Ariana seakan tidak mahu melepaskannya lagi.
            “I’m truly sorry, dear.Tolong, teruskan hidup demi saya? Kalau bukan demi saya pun demi keluarga awak. Tolong sayang.. Saya menyesal sayang.. Saya menyesal kerana tolak cinta awak. Saya menyesal sangat-sangat.. Please, sayang.. Wake up! For me..” air mata seorang lelaki akhirnya jatuh kerana cinta.
            Dia melelapkan matanya di sisi Ariana dengan tangannya yang masih memegang erat tangan gadis itu.

AZZALEA menguis kaki Nisrina dan Arani. Itu sahaja yang mampu dia lakukan dalam keadaan mulut yang tertutup dan tangan yang terikat.
            Perlahan-lahan mata Nisrina terbuka. Terkejut! Itu semestinya. Kenapa mereka dikurung di dalam sebuah bilik yang amat teruk keadaannya ini?
            “Dah bangun?” suara yang amat familiar di telinga Nisrina itu menyentakkan mereka. Farhan Mukhriz! getus mereka di dalam hati.
            “Jangan risau, aku tak tahan kau orang lama.. Petang nanti aku lepaskan kau orang kepada Aizriel. Ah! Cepatnya dia kumpulkan 2 juta. Lain kali, aku minta dia kumpulkan 200 juta pula,” ujar Farhan Mukhriz selamba.
            Dia bernyanyi-nyanyi kecil lalu melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Nisrina, Azzalea dan Arani.

            Azzalea mendengus. Sekurang-kurangnya bukalah ikatan mulut ini! Ini tidak! Menonong aje keluar!

Novel : Peperangan Cinta : Bab 33

BAB 33

“WOI! Bangunlah dah pukul 7 pagi dah!” Haikal menolak kaki Ariana.
            “Dah pukul berapa?” tanya Ariana kepada Haikal.
            “7 pagi dah pun,” Ariana membulatkan matanya. 7 pagi?! Mak oi! Dah terlepas subuh! Argh! Nayalah aku!
            Ariana keluar dari bilik air dengan tubuh yang berbalut kain tuala separas peha.
            Haikal menjeling sekilas kelibat wanita itu. Sekilas, dadanya berdebar apabila melihat keadaan wanita itu.
            “Semalam tu hanya nafsu bukan cinta,” ujar Haikal lalu melangkah keluar meninggalkan Ariana sendiri.
            ‘Semalam hanya nafsu dan bukan cinta? Huh? Kalau macam tu dengan orang gila tengah jalan pun dia buatlah! Bongok!’ Ariana menggumam sendiri.

ARIANA menekan pedal. Air mata yang mengalir dikesat kasar. Dia tidak tahu hala tujunya ketika ini. Hari ini! Hari yang paling dibenci. Hari di mana kesakitannya akan bermula. Dia akan menerima seorang madu atau dengan kata lainnya, Haikal akan berkahwin lain.
            Ya Allah! Sakitnya hati ini! Lelaki yang dia cintai selama ini mungkin akan mencintai madunya itu. Dan mungkin, dia akan diketepikan. Mungkin, dia akan diceraikan.
            Hatinya sebak apabila memikirkan kemungkinan itu. Dia menekan pedal. Semakin lama semakin kuat. Jalan raya yang lengang itu seolah menyuruh dirinya itu untuk memandu dengan lebih laju. Dia menumpukan perhatian walaupun matanya kabur dek air mata.
            Dia perasan sebuah kereta yang seolah ingin melanggar keretanya. Namun, tak mungkinlah orang hendak melibatkan diri di dalam kemalangan. Tak mungkinlah!
            Kereta itu memintas keretanya. Dia mengeluh lega. Namun, dia terkejut apabila kereta itu berhenti tidak jauh di hadapannya. Dia memusing stereng dan akhirnya..
            Crash!

HAIKAL mengeluh perlahan. Hari ini dia akan berkahwin dengan Eryna, gadis yang tidak pernah dicintainya.
            Bunyi ketukan di pintu membuatkan Haikal tersentak dari lamunannya.
            “Boleh papa masuk?” Tengku Helmi menjenguk. Haikal tersenyum lantas mengangguk.
            “Yes pa. Why?”
            “Mama kamu cuma berlakon Haikal,” Haikal memandang tepat ke wajah Tengku Helmi. Tengku Helmi menganggukkan kepalanya.
            “Yes, dia berlakon. Lagipun siapa yang hendak bunuh diri? Tambah-tambah bunuh diri itu haram di sisi agama,” ujar Tengku Helmi.
            “Kalau mama berlakon pun Carl dah tak boleh buat apa-apa. Carl dah berjanji.” ujar Haikal.
            “Kamu masih ada masa untuk membatalkan perkahwinan ini Haikal. Lari atau berkahwin dua, pilih antara dua itu Haikal. Ingat, keputusan kamu itu melibatkan masa depan kamu,” Tengku Helmi menepuk bahu Haikal sebelum berlalu.
            Haikal terduduk. Apakah pilihannya sekarang ini? Dia teringat dengan luahan berani mati Ariana terhadapnya.
            Gadis itu mencintainya. Tetapi, bukankah selama ini gadis itu memusuhinya? Ah! Perdajalkanlah semua itu!
            Ketukan sekali lagi kedengaran.
            “Masuk!” arah Haikal.
            “Hey, dude!” sapa Akif.
            “Hai!”
            “Kau betul ke nak kahwin dua Haikal? Kau tak terfikirkan Ann ke? Bolehkah dia untuk hidup dengan musuh dalam selimut dia itu?” tanya Ikram.
            “Aku pun musuh dia. Okey je dia tinggal dengan aku,” ujar Haikal selamba.
            “Aku nak tanya kau satu soalan dan aku harap kau jawab dengan betul,” ujar Daiyan.
            “Tanya ajelah, sejak bila pula kau pandai minta izin ni?”
            “Kau cintakan Ariana?” Haikal tersentak.
            “Kan aku dah kata, perasaan cinta aku pada dia dah hilang,” ujar Haikal menepis rasa cinta yang mulai bermukim di hatinya.
            “Tolong! Kau lupakan aje kejadian 8 tahun lepas. Bina hidup baru! Hilangkan perasaan benci kau kepada dia. She loves you!” ujar Daiyan.
            “Buka buku baru, Carl. I believe, Ann is the best for you!” ujar Akif pula.
            “Haikal! Ann accident! Dia tenat sekarang!” Aizriel tiba-tiba muncul di muka pintu. Haikal terkedu.
            “What?! Hospital mana?!”
            “H. K. L. Abang pergi dulu,” Aizriel berlalu ke keretanya. Dia memecut keretanya ke hospital.
            “See.. Betapa cemasnya kau apabila dia accident. Kalau kau bencikan dia, kau hanya akan membuat muka selamba. Tapi, kau lebih cemas daripada abang dia sendiri,” ujar Ikram.
            “Remember Haikal. Keputusan di tangan kau, kalau kau cintakan Ann batalkan pernikahan yang akan mendera perasaannya lagi. Kalau kau bencikan dia, teruskanlah penikahan yang akan membuatkan jiwa kau lagi terseksa ini,” ujar Daiyan lalu berlalu. Ikram dan Akif menepuk bahu Haikal perlahan sebelum berlalu.
            Haikal mengetap bibirnya.
            Keputusan di tangan kau, kalau kau cintakan Ann batalkan penikahan yang akan mendera perasaannya lagi. Kalau kau bencikan dia, teruskanlah penikahan yang akan membuatkan jiwa kau lagi terseksa ini.
Kamu masih ada masa untuk membatalkan perkahwinan ini Haikal. Lari atau berkahwin dua, pilih antara dua itu Haikal. Ingat, keputusan kamu itu melibatkan masa depan kamu
            Haikal meramas rambutnya. Keputusan sudah dibuat, dia mencapai kunci kereta sebelum berlalu.
            “Haikal, kamu nak ke mana tu?” suara Tengku Sofea mematikan langkah Haikal.
            “The wedding is over, ma,” ujar Haikal lalu memecut keretanya. Husna tersenyum mendengarkan kata-kata yang terbit dari mulut Haikal itu.
            “What?! Haikal! You can’t do this to me! Haikal!” jerit Tengku Sofea.
            Husna mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Eryna.
            “The wedding is over, bakal kakak ipar tak jadi,” ujar Husna sinis.
            “What do you mean, Husna?Jangan nak buat cerita boleh tak? Haikal dah janji nak kahwin dengan aku,” ujar Eryna di hujung talian.
            “Alamak! Nak buat macam mana ni? Abang aku dah larilah, Cik Eryna. I’m sorry,” ujar Husna lalu mematikan panggilan.
            “Kenapa Husna?” pertanyaan yang keluar dari mulut Akif membuatkan Husna berpaling.

            “The wedding is over. Abang Haikal dah pecut entah ke mana,” ujar Husna sambil tersenyum. Akif tersenyum girang. Pergilah Haikal! Carilah kebahagiaan kau!


Novel : Peperangan Cinta : Bab 32

BAB 32

DIA memandang tasik yang terbentang di hadapan matanya itu. Kepalanya kusut sekarang.
            “Hai, Ann.” Asyraf mengambil tempat di hadapan Ariana.
            “Awak siapa?” Ariana mengerutkan keningnya. Siapa lelaki ini? Adoi! Waktu aku ada masalah pula lelaki itu nak menguji mindanya.
            “Saya pernah merawat Farhan dan saya pernah menyelamatkan awak 4 tahun lepas. Clear?”
            “Saya tak ingat, dan saya tak nak dera otak saya untuk fikir hal-hal macam ni. Cukuplah! Saya dah ada banyak masalah sekarang ini,” ujar Ariana. Dia mengeluh lemah.
            “Awak perlukan kawan untuk meluahkan perasaan awak. Kalau awak simpan sendiri masalah itu, awak mungkin akan jadi gila. Mind to tell me your problem?” Asyraf menongket keningnya.
            “Entahlah, saya dah penat dengan semua ni. Mula-mula saya dipaksa kahwin. Okey, saya terima. Sekarang tak sampai 2 bulan kahwin, dia nak kahwin dua pula. Saya tak tahan! Saya terima ibu mertua saya benci saya. Saya terima semua tu. Tapi, siapa yang tahan kalau akan dimadukan,” air mata mengalir deras di pipi Ariana. Asyraf terkedu. Dia tidak sesekali menduga yang wanita di hadapannya kini bersuami. Dia mencintai isteri orang! Ya Allah! Dia mengucap syahadah.
            “Awak bertahan ye.. Kerana saya pasti awak akan menemui kebahagiaan awak. Selepas turunnya hujan lebat, pasti pelangi akan menanti kan, lagipun mendung tidak beerti hujan,” pujuk Asyraf.
            “Saya minta diri dahulu, lagipun dah petang ni. Takut nanti suami saya marah pula balik lambat,” ujar Ariana lalu berlalu pergi.
            ‘Ariana, aku redha apabila cintaku selama ini tidak berbalas. Kerana aku pasti kau mencintai suamimu itu, jika tidak.. Kau tidak akan menitiskan air mata kerananya,’ ujar Asyraf di dalam hatinya.
            Tanpa diduga, pertemuan yang terjadi di antara Asyraf dan Ariana diperhatikan oleh sepasang mata. Dia mengetap bibir.

ARIANA melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang pelik ke arah Haikal yang duduk di atas sofa. Apa yang lelaki ini buat? Nak kata tengok tv, tv tak buka pun. Ariana menjongket bahu lalu berjalan menuju ke tingkat atas.
Haikal memandang ke arah Ariana tajam. Hatinya panas sekarang.
            “Apa hubungan kau dengan lelaki itu?” tanya Haikal keras. Serta-merta langkah Ariana terhenti. Lelaki mana pula ni? Lelaki yang dia jumpa hari ini adalah Asyraf. Takkan dia kot? Mungkinlah kot. Sebab dia sahaja lelaki yang dia jumpa hari ini.
            “He’s just my friend,” balas Ariana perlahan. Hatinya gentar apabila melihat wajah Haikal yang menyinga.
            “Kawan ke kekasih? Cakap je kalau dah ada kekasih, senang aku nak lepaskan kau! Tak usah aku tanggung dosa kerana dayus!” lancang kata-kata yang keluar dari bibir Haikal. Ariana terduduk di atas sofa. Tidak menyangka yang suaminya sendiri mampu mengeluarkan kata-kata yang sebegitu rupa. Tanpa disedari, air matanya menitis.
            Ariana menarik nafasnya. Kini, dia terpaksa membongkar segalanya supaya lelaki itu memahami dirinya. Dia menyusun kata-katanya.
            Haikal bangkit dari duduknya. Dia ingin berlalu pergi namun kata-kata yang terbit dari bibir Ariana menyentak kalbunya.
            “Bagaimana mungkin aku mampu mencintai lelaki lain selain kau, Haikal? Setiap helaan nafasku, aku hanya menyebut nama kau. Hati yang selama ini aku tutup pintunya, aku buka untuk mencintai kau. Hati yang selama ini kosong tanpa sebarang ukiran, kini terukir nama kau. Bagaimana mungkin aku mampu mencintai lelaki lain? Sedangkan aku hanya mencintai kau,”
            Haikal terkedu. Hatinya ingin mengungkapkan kata cinta namun akalnya menghalang. ‘Bukankah dia yang menolak cinta kau dahulu? Bukankah dia yang mengatakan cinta kau umpama sampah? Dia dah hina kau, takkan kau hendak terima dia dengan sesenang hati kau? Lagipun kau akan berkahwin dua,’
            “Aku takkan terima cinta dari perempuan yang pernah menghina aku dahulu,” Haikal melangkah pergi.
            Ariana terpana sendiri. Air mata makin laju menuruni pipinya. ‘Ya Allah, aku buntu di ketika ini. Tolong berikan aku jalan keluar. Aku sedikitpun tidak pernah menyangka yang lelaki yang pernah aku hina cintanya ketika dahulu merupakan jodohku. Ya Allah, andai dapatku putar masa, aku tidak akan pernah menghancuri hatinya. Aku tidak akan pernah membuatkan dia membenci diri ini. Ya Allah, bukakanlah pintu hati suamiku, untuk memaafkan diriku yang banyak berdosa kepadanya. Bukakanlah pintu hatinya, untuk mencintai aku seperti mana aku mencintainya. Ya Allah, hanya kepadaMu tempat aku memohon,’

HAIKAL tersungkur di tanah akibat menerima tumbukan padu daripada Aizriel. Dia mengesat darah yang mengalir di bibirnya.
            “Itu kerana engkau sakitkan hati adik aku. Dan ini..” Aizriel menumbuk pipi Haikal lagi sekali.
            “Kerana kau tergamak memadukan adik aku!” ujar Aizriel lalu berlalu pergi.
            Haikal memegang bibirnya. Sakit gila mamat ni tumbuk aku! Macam nak patah gigi dah rasanya.

ARIANA menyimpan tekad. Hari ini dia akan menggoda lelaki itu habis-habisan. Agar lelaki itu jatuh di tangannya. Biarlah lelaki itu menganggap dia apa pun, yang penting misinya itu sukses!
            Dia tak mungkin biarkan Haikal jatuh di tangan bakal madunya itu. Jadi, biarlah dia menggoda lelaki itu dulu. Agar, mudah untuk dia mengikat lelaki itu.

ARIANA menerpa ke arah Haikal. Pipi Haikal yang lebam itu dipegangnya.
            “Auch! Sakitlah! Pergi ambil ketul ais untuk aku!” arah Haikal kepada Ariana. Ariana segera pergi ke dapur, namun dia berasa aneh. Siapa yang tumbuk Haikal? Don’t saya he is Aizriel!
            Ariana membawa ketul ais itu ke bilik Haikal. Kelihatan lelaki itu sedang lena tidur di atas katil. Ariana duduk bersimpuh di sebelah lelaki itu.
            ‘Sanggupkah aku untuk berkongsi lelaki ini dengan wanita lain? Sanggupkah aku untuk melihat lelaki ini bersama wanita lain? Sanggupkah aku untuk melihat wanita lain memeluk, mengucup dan mengusap Haikal sedangkan aku tidak mampu melakukan semua itu? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melihat lelaki ini mengusap wanita lain. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu yang teramat lemah ini. Kuatkanlah diri ini, tabahkanlah hati ini, berikanlah kekuatan kepada diri ini untuk berkongsi kasih lelaki ini dengan orang lain. Hanya kepadaMu aku memohon,’
            Ariana mencapai ketul ais lalu menuam pipi lelaki itu.
            Kesejukan di pipi Haikal membuatkan dia tersedar. Dia tersentak apabila melihat wajah Ariana yang teramat dekat dengannya. Serentak dengan itu hatinya berdebar. Namun, dia pantas tersedar yang dia tidak boleh mencintai gadis yang merupakan musuhnya itu. Meskipun, gadis itu menyintainya.
            “Aku buat sendiri, kau boleh keluar dari bilik ini,” arah Haikal kasar. Ariana buat muka selamba.
            Haikal menelan liurnya. Tambah-tambah lagi, gadis itu memakai baju tidur satin yang tiada lengan dan amat pendek. Nanti ada juga yang kena terkam!
            Ariana yang menyedari pandangan penuh bermakna dari lelaki itu membuat muka selamba sedangkan hatinya berdebar kencang. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Haikal, sengaja ingin menggoda lelaki itu.
            “Aku boleh buat sendiri, Anna!” tekan Haikal.
            “Tapi, saya tak boleh biarkan awak buat semua ini sendiri. Lagipun, awakkan suami saya,” Ariana berbisik lembut di teling Haikal. Haikal pantas bangun dari pembaringannya.
            “Just lie down. Saya tolong tuamkan,” ujar Ariana lalu membaringkan tubuh Haikal di atas katil. Dia membuka perlahan butang baju lelaki itu.
            Tiba-tiba tangannya dipegang oleh Haikal. Dia memandang tepat ke dalam mata Haikal.
            “Kenapa?” dia menjongket kening. Haikal bangun lalu menindih tubuh Ariana.

            “Kau nak goda aku kan? Fine, aku akan tunaikan permintaan kau itu,” Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajah Ariana sebelum mengucup lembut bibir gadis itu.