Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 34

BAB 34

HAIKAL melajukan langkahnya apabila melihat kelibat abang iparnya itu.
            “Abang. Bagaimana dengan keadaan Ann?” Aizriel menggelengkan kepalanya. Haikal bertambah cemas.
            “Abang! Kenapa dengan Ann abang?!” tanya Haikal lagi.
            “Haikal, bukan kamu patut bernikah hari ini ke?” tanya Puan Sri Sukainah.
            “The wedding is over, mommy. Carl tak nikah pun dengan Eryna,” ujar Haikal. Dia memandang ke arah Aizriel semula.
            “Abang! How’s Ariana?!”
            “She’s in coma. Doktor pun tak tahu bila dia akan sedar. Peratus untuk dia terus hidup sikit sangat. Semuanya hanya bergantung kepada harapan dia untuk terus hidup,” ujar Aizriel perlahan. Puan Sri Sukainah sudah mula menangis. Haikal terduduk.
            ‘Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Tolong kirimkan salam cinta hamba kepada isteri hamba yang terlantar di hospital ini. Berikanlah dia harapan agar terus hidup. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon,’

NISRINA melambaikan tangan kepada Azzalea dan Arani yang menanti di luar hospital.
            “Tunggu aku!” Nisrina melajukan langkahnya. Akhirnya dia tiba di hadapan Azzaleaa dan Arani.
            “Thanks tunggu..” Nisrina tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila mulutnya ditutup dengan sesuatu. Akhirnya, dia pengsan di situ juga.
            “Cepat angkat mereka sebelum orang nampak!” ujar seorang lelaki. Mereka mengangkat tubuh Azzalea, Nisrina dan Arani ke dalam sebuah van hitam yang setia menunggu.

TELEFON bimbit Aizriel tiba-tiba bergetar. Dia mengangkat panggilan itu dengan kening yang berkerut.
            “Hello,”
            “Hello, Aizriel! Apa khabar? Lama tak jumpa. How’s Ariana? Hidup atau mati? Haha..” Aizriel mengetap bibirnya.
            “Kau siapa? Apa motif kau libatkan adik aku dalam kemalangan?” suara Aizriel bergetar akibat menahan rasa amarah di dalam hatinya.
            “Motif aku? Dendam.. Haha.. Sekarang kau dirundung kesedihan kan? Yelah, adik kau accident.. Adik-adik angkat kau pun aku dah culik. So, apa perasaan kau sekarang. Kau marah ke? Relaxlah dude! Nanti kau boleh jumpa dengan adik-adik angkat kau lagi kan? Tapi, adik kau tu.. Aku tak jamin kau boleh jumpa dia lagi. Teruk juga keadaan adik kau tu,”
            Aizriel termangu sendiri. Adik-adik angkat aku kena culik. But why? Kenapa dia buat semua ini kepada aku?
            “Kenapa kau buat semua ini kepada aku? Setahu aku, aku tak pernah berdendam dengan sesiapa pun,”
            “Kau dah rampas kebahagiaan aku! Sekarang, kau tanya kenapa aku buat semua ini kepada kau?! Kau ni memang tak guna!”
            “Kau ni siapa sebenarnya?!”
            “Aku? Aku Farhan Mukhriz! Orang yang pernah kau malukan di ketika dahulu,”
            “Farhan Mukhriz! Kau tak puas lagi ke hancurkan hidup Nisrina dahulu! Kenapa mesti kau culik mereka dan libatkan adik aku dalam kemalangan?!”
            “Aku tak akan puas selagi kau tak kenal erti derita! Ops! Lupa pula! Tolong siapkan duit 2 juta untuk mereka tiga orang yer? Bye! Bye! Nanti kita jumpa lagi tau!” ujar Farhan Mukhriz lalu mematikan panggilannya.
            Aizriel menendang dinding. Tak guna!
            “Kenapa dengan kamu Aizriel?” tanya Tan Sri Mansur.
            “Farhan Mukhriz! Dia culik Azza, Nis dengan Ara,” ujar Aizriel.
            “Apa?! Kamu biar betul Riel?!”
            “Dia called Riel tadi, dan dia beritahu yang Ann accident sebab dia. Tak guna betullah mamat tu!” ujar Aizriel geram.
            “Astaghfirullah! Dia minta dengan kamu duit tebusan tak Aizriel?” tanya Tan Sri Mansur.
            “Dia minta 2 juta,” Aizriel duduk di kerusi sambil meramas kepalanya.
            “Daddy akan uruskan hal duit, sekarang kamu beritahu family mereka yang anak mereka kena culik,” arah Tan Sri Mansur. Aizriel menganggukkan kepalanya.

HAIKAL memegang erat tangan Ariana seakan tidak mahu melepaskannya lagi.
            “I’m truly sorry, dear.Tolong, teruskan hidup demi saya? Kalau bukan demi saya pun demi keluarga awak. Tolong sayang.. Saya menyesal sayang.. Saya menyesal kerana tolak cinta awak. Saya menyesal sangat-sangat.. Please, sayang.. Wake up! For me..” air mata seorang lelaki akhirnya jatuh kerana cinta.
            Dia melelapkan matanya di sisi Ariana dengan tangannya yang masih memegang erat tangan gadis itu.

AZZALEA menguis kaki Nisrina dan Arani. Itu sahaja yang mampu dia lakukan dalam keadaan mulut yang tertutup dan tangan yang terikat.
            Perlahan-lahan mata Nisrina terbuka. Terkejut! Itu semestinya. Kenapa mereka dikurung di dalam sebuah bilik yang amat teruk keadaannya ini?
            “Dah bangun?” suara yang amat familiar di telinga Nisrina itu menyentakkan mereka. Farhan Mukhriz! getus mereka di dalam hati.
            “Jangan risau, aku tak tahan kau orang lama.. Petang nanti aku lepaskan kau orang kepada Aizriel. Ah! Cepatnya dia kumpulkan 2 juta. Lain kali, aku minta dia kumpulkan 200 juta pula,” ujar Farhan Mukhriz selamba.
            Dia bernyanyi-nyanyi kecil lalu melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Nisrina, Azzalea dan Arani.

            Azzalea mendengus. Sekurang-kurangnya bukalah ikatan mulut ini! Ini tidak! Menonong aje keluar!