Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 35

BAB 35

AZZALEA, Nisrina dan Arani terjelopok di atas jeti itu. Mereka hanya berdiam diri apabila melihat pistol di tangan anak buah Farhan Mukhriz itu.
            Farhan Mukhriz merenung jam di tangannya. Where are you, Aizriel? Takkan tak sampai lagi kot? Dia menanti dengan sabar. Tidak lama kemudian, dia terlihat kelibat Aizriel datang bersama dengan 4 orang lelaki.
            “Hello Aizriel. Long time no see.. So apa perasaan kau sekarang ni? Sedih, marah, kecewa atau kesemuanya sekali?” tanya Farhan Mukhriz.
            “Aku dah bawa duit yang kau nak. Sekarang lepaskan mereka. Jangan jadikan mereka alat untuk kau menghancurkan aku,” ujar Aizriel tegas. Tertawa Farhan Mukhriz mendengarnya..
            “Tapi, kenapa kau boleh? Kenapa kau boleh menghancurkan aku dengan menggunakan Nadreena? Kau tahu yang aku dah lama cintakan Nadreena tetapi kau rampas dia daripada aku!” ujar Farhan Mukhriz. Bengis.
            “Kau hanya bertepuk sebelah tangan Farhan tapi aku dan Nadreena saling mencintai!” ujar Aizriel. Farhan Arsyad memandang ke arah Aizriel.
            “Abang Riel cakap pasal Han ke?” serentak dengan itu kepala Farhan Arsyad diketuk oleh Daiyan.
            “Kalau kau lelaki itu dah lama aku tumbuk kau! Sesuka hati je culik bini aku!” ujar Daiyan keras. Farhan Arsyad terkedu. Alamak! Abang Daiyan ni betul ke nak tumbuk aku? Lebih baik aku diam..
            “Tetapi kau dah rampas kebahagiaan aku! Selama ini aku anggap kau kawan aku, tak sangka kau sanggup rampas Nadreena dari aku!” ujar Farhan Mukhriz kasar.
            “Selama ini aku anggap kau kawan aku tetapi tak sangka kau sanggup tikam belakang aku! Sanggup kau buat adik aku accident? Satu-satunya adik kandung aku, kau memang tak guna!” Ikram memegang bahu Aizriel. Dibuatnya Aizriel tumbuk si Farhan Mukhriz tu. Naya aje!
            “Woi! Bila masa kau nak lepaskan aku ni? Dah penat aku duduk ni!” ujar Azzalea Mariah kasar.
            “Ops! Lupa pula aku dengan adik-adik angkat kau ni Riel. Kau rasa aku nak lepaskan mereka tak?”
            “Woi! Kau jangan main-main! Lepaskan adik aku bro!” Ikram bersuara.
            “Fine! Mana duitnya Aizriel?” Aizriel melemparkan sebuah beg hitam yang terkandung duit, serentak dengan itu bunyi 3 das tembakan kedengaran. Arani menutup matanya kemudian membukanya kembali. Kelihatan Farhan Mukhriz dan konco-konconya terbaring di tanah.
            Aizriel segera mendapatkan Azzalea, Arani dan Nisrina. Dia membuka ikatan yang mengikat mereka bertiga.
            “Thanks abang, we appreciate it very much. Thank you for saving us,” ujar Azzalea. Dia ingin memeluk tubuh Aizriel namun dia sedar bahawa antara dia dan Aizriel tiada pertalian darah. Dia berjalan menuju ke arah Ikram lalu memeluk tubuh abangnya itu.
            Aizriel menghela nafasnya. Sejuta penghargaan dia ucapkan kepada kawannya yang merupakan seorang polis. Mereka telah mengatur rancangan dengan sebaik mungkin, dan kini Farhan Mukhriz sudah tiada lagi di atas bumi yang fana ini...

BUNYI deringan telefon mengejutkan Haikal yang sedang tidur. Dia segera mengangkat panggilan telefon itu.
            “Hello abang! Mama.. Mama..” suara Husna tersekat-sekat menahan esak yang kian berpanjangan.
            “Kenapa dengan mama? Dia ugut nak bunuh diri lagi ke?” tanya Haikal cemas.
            “Mama dah tiada..” terkedu Haikal apabila menerima berita dari adiknya.
            “Bila? Kenapa?” tanya Haikal.
            “Baru je tadi, mama kena serangan jantung. Abang balik rumah sekarang, please..” ujar Husna perlahan. Haikal menghela nafas.
            “Abang balik sekarang,” Haikal mematikan panggilan. Dia memandang ke arah Ariana kemudian dia bangkit lalu mengucup dahi Ariana sebelum berlalu keluar dari hospital.
Haikal bergegas keluar dari hospital. Fikirannya hanya mengingati ibunya yang terbujur kaku di rumah. Dia berjalan laju ke arah keretanya. Tanpa diduga, sebuah kereta memecut laju ke arahnya.

ERYNA terkedu apabila melihat bampar keretanya berlumuran darah. Tidak! Tak mungkin! Dia tak akan mati kan? Aku tak bunuh orang kan? Haikal tak mati! Haikal tak akan mati!
            Dia mengesat darah dengan hujung tangan. Darah Haikal! Bagai terbayang wajah Haikal yang berlumuran darah di atas cerminnya tadi. Seketika kemudian, air matanya menitis.
            “Aku sayangkan dia, kenapa dia buat aku begini?” air mata yang bercucuran diseka dengan jarinya. Dia tersenyum sinis.
‘Serve him right!Siapa suruh dia malukan aku?’ bagaikan terbayang-bayang wajah orang ramai yang memandang sinis ke arahnya apabila dia diberitahu bahawa pernikahan itu dibatalkan.
“Ah! Aku benci mereka! Benci! Benci!” Dia menampar pintu kereta. Dia bangun lalu mengambil tuala dan mengelap darah Haikal di atas keretanya hingga tiada setitik pun yang tertinggal. Kemudian, dia membakar kain itu menjadi cebisan kecil.
Dia masuk ke dalam kereta lalu memandu pulang ke rumah. Hatinya puas kini namun dia takut. Apa akan terjadi jika Husna melaporkan kepada polis? Apa akan terjadi kalau ada saksi yang melihat dia melanggar Haikal?
“Tidak!! Aku tak sengaja! Aku tak bersalah!” jeritnya seorang diri di dalam kereta. Sejurus tiba di rumah, dia masuk ke bilik lalu mengunci pintu.

“Arrgghh!! Aku tak nak masuk penjara! Aku tak sengaja!” dia masuk ke bilik air lalu membuka pili air. Dia menggosok badannya kasar seolah-olah membasuh segala kesilapan yang dia lakukan.