Minggu, 09 Juni 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 17

Assalamualaikum u oll..

Hari ni lambat sikit aku update..Maaf ya kerana menunggu cerita ini..Hhehehe..Ok ini sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu..Selamat membaca dan terima kasih..Sini juga aku nak kenalkan E-Novel ke 3 aku BIARKAN CINTA ITU PERGI .Nak baca bab satu boleh terjah BCIP BAB 1

                     


BAB TUJUH BELAS


    DHIYA’ mundar mandir di dalam biliknya.Persoalan yang bermain di fikirannya selama ini sudah pun di temuai jawapannya.Dhiya’ tidak sangka hasil penyiasatanya  berjaya membuahkan hasil.Dengan pertolongan dari seseorang kawannya Dhiya’ berjaya menyelidik dengan siapakah Zafran berjumpa pada hari itu.

    Memang tidak salah lagi.Zafran Nufail tunang kepada kembarnya keluar bersama kawan baik mereka berdua sendiri.Siapa lagi kawan baik mereka berdua kalau bukan Hana Yasmin.Sungguh Dhiya’ tidak menyangka yang Zafran menemui Hana pada hari itu.

    Dhiya’ pelik mengapa Zafran langsung tidak memberitahu Dian yang dia keluar bersama dengan Hana pada hari tu.mengapa Zafran menipu Dian.Apa motifnya?Bagaimana pula dengan Hana? Apa hubungan mereka berdua.Mustahil kalau sebagai kawan.Kalau mereka sekadar kawan Zafran Nufail tidak sama sekali merahsiakan pertemuannya dengan Hana Yasmin.Sangat pelik tingkah laku mereka.Persoalan demi persoalan bermain di fikiran Dhiya’ ketika ini.

    “Siapa agaknya boleh tolong aku di kala ini ya?”Bebel Dhiya’ sendirian sambil  duduk bersila di atas katilnya sambil berfikir.Selagi tidak mendapat jawapan yang tepat Dhiya’ tidak akan berhenti .

    “Tasha? Mungkin aku boleh bertanyakan hal ini pada Tasha.Mungkin Tasha boleh tolong aku.” Tingkah Dhiya’ sendirian sambil menganggukkan kepalanya.

    “Dhiya’ turun makan.” Jerit Dian yang membuatkan Dhiya’ terkejut.
     “Ya sekejap nanti Dhiya’ turun.” Laung Dhiya’ pula sambil mengarukan kepalanya.
     Dhiya’ bangun lalu menuju ke cermin lalu menyanggul rambutnya dengan kemas sebelum keluar menuju ke tingkat bawah untuk makan malam bersama keluarganya.

    Setelah selesai makan malam itu giliran Dian dan Dhiya’ mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk yang digunakan.Dian dengan lincahnya ke hulu ke hilir mengemaskan meja di dapur.Setelah selesai Dian dan Dhiya’ bergerak menuju ke ruang tamu.Pada ketika ini Encik Yusuf dan Puan Sakinah sedang menonton televisyen.Sekarang ini astro sedang menayangkan siaran Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.Mereka sekeluarga memang suka menonton pertandingan memasak ini.Banyak benda boleh di pelajari.

     “Mak dah lama ke main masterchef ni?” Soal Dian sambil melabuhkan punggungnya do sofa .Bantal kecil yang berada di atas sofa di ambilnya lalu di letakkan di atas ribanya.Dian bersandar di sofa sambil menonton masterchecf selebriti Malaysia musim kedua episode yang ke tiga.

   Dhiya’ juga melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Dian.Dhiya’ juga turut fokus pada skrin televisyen waktu ini.

   “Dhiya’ ok tak ni?Dari tadi Dian tengok Dhiya’ senyap saja.” Tingkah Dian sambil menileh kepada adik kembarnya.

   “Dhiya’ ok saja.Perut kekeyangan ni sebab tu diam.” Dalih Dhiya’ dengan sengihan.Bukan sebab kekenyagan dia mendiamkan diri tapi sedang berfikir hal lain.Hal berkaitan dengan Zafran dan juga Hana.
   “Dian kamu ni macam tak kenal adik kamu yang sorang ni.Kalau dia kenyang maka senyaplah Dhiya’ kalau perut dia lapar memang riuhkan mulut dia tu nak menyakat orang.Makan memberi bertenaga dia menyakat orang.” Tingkah maknya mereka berdua iaitu Puan Sakinah.

    “Mak ni mana ada Dhiya’ menyakat.Dhiya’ dengan Dian kan anak yang baik betul tak ayah.?” Soal Dhiya’ pula kepada Encik Yusuf.

    “Betullah tu apa yang mak cakap.Dian dengan Dhiya’ memang anak ayah yang baik.” Balas Encik Yusuf sambil tersenyum kepada anak gadisnya Dian dan juga Dhiya’.Dian dan Dhiya’ apa lagi tersenyum lebarlah mereka berdua .

    HARI itu , Dhiya’ sudah bersiap sedia untuk keluar berjumpa dengan Tasha tanpa pengetahuan dari kakak kembarnya Dian.Dhiya’ memberitahu Dian yang dia keluar untuk berjumpa kawan lama .Dian hanya membiarkan saja.Dian malas untuk keluar hari ni.Jadi Dian banyak menghabiskan masanya dengan menonton televisyen dan juga membaca buku yang baru sampai dua hari lepas.Buku yang di beli secara online.Sekarang senang saja.Jikalau tidak sempat atau malas untuk keluar mencari buku , Dian akan belilah secara online.Itulah gunanya teknologi , tapi jangan di salah guna sudahlah.

     Dhiya’ mematikan enjin keretanya lalu membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta.Dhiya’ sudah menasihati Tasha agar tidak memberitahu pertemuannya dengan Tasha dari pengetahuan Dian dan juga Hana.Tasha hanya mengikut saja.Sudah lama Tasha ingin menceritakan kepada Dhiya’ apa yang berlaku kepada Hana sejak akhir-akhir ini.

     “Sorry Tasha.Dah lama ke kau tunggu?” Soal Dhiya’ sambil tersenyum.Dhiya’ menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Tasha.Mereka berdua di KFC saja.Tasha sudah tersenyum sebaik saja melihat Dhiya’ yang sudah tiba di mejanya.

    “Taklah.Aku pun baru je sampai ni.” Tingkah Tasha pula.
     “Jomlah kita makan dulu.Aku belanja kau hari ni ” Balas Dhiya’ pula.
      “Ok boleh juga .Aku pun tengah lapar ni.” Ujar Tasha pula lalu bangun bersama-sama dengan Dhiya’ dan menuju ke kaunter untuk order makanan.Mereka berdua beratur di barisan tengah.Biasalah apabila tiba hujung minggu orang-orang dekat KFC ni memang ramailah.

   “Tasha aku nak tahu pasal Hana.Aku pelik sangat Hana yang aku dengan Dian kenal dulu berbeza dengan Hana yang sekarang.” Tingkah Dhiya’ apabila mereka berdua sedang menjamu selera.

    “Aku dapat tahu yang Zafran jumpa Hana tanpa pengetahuan Dian.Aku dapat tahu pun sebab aku selidik.Hari tu aku ada terserempak dengan Zafran dengan seorang perempuan Cuma aku tak pasti siapa perempuan itu.Selepas aku selidik aku dapat tahu yang perempuan itu adalah Hana.Kau tahu apa-apa tentang Hana?” Soal Dhiya’ lagi.Tasha membeliakkan matanya.

   “Hah biar betul si Hana pergi jumpa Zafran.Aku tak sangka pula sampai diorang bertemu di luar.Dah parah dah si Hana ni aku rasa,” Tingkah Tasha .

    “Apa maksud kau Tasha?Aku tak faham.” Ujar Dhiya’ pula lalu berhenti makan dan cuba fokus pada Tasha.

    “Sebenarnya , kalau kau nak tahu Hana dah lama menyimpan perasaan pada Zafran.Sebelum Dian bekerja di situ lagi tetapi Zafran tidak pernah pun bertegur sapa dengan Hana.Sebaik saja Dian bekerja di situ dia berjumpa dengan Hana.Bermula dari situ jugalah Zafran menyukai Dian.Zafran pun tegurlah Hana sebab Hana adalah kawan kepada Dian.Dari Hana jugalah Zafran tahu mengenai Dian.

      “Apa?Hana menyukai Zafran?You mean Hana menyintai Zafran dalam diam?” Soal Dhiya’ dengan tidak puas hati.

    “Yup memang Hana menyintai Zafran tapi Zafran hanya menyintai Dian Batrisya sahaja.Aku sudah berkali-kali menasihati Hana agar melepaskan rasa cintanya pada Zafran .Kelak dia juga yang rasa sakit.Aku dah cakap dengan dia biarkan Zafran bahagia dengan Dian.Dah memang bukan jodoh Hana dengan Zafran, tetapi Hana tu degil.Cakap aku bukan dia nak dengar.Yang makan hati kecewa frust menonggengnya dia.” Balas Tasha lagi.Dhiya’ terdiam seketika.

    “Habis tu buat apa Zafran jumpa Hana hari tu tanpa pengetahuan Dian?Itu yang aku tak puas hati.Nampak sangat Zafran tidak jujur disitu.”Marah Dhiya’ .

     “Hal itu aku tak pasti pula.Hana tak ada bercerita pada aku pula.Dah berbuih mulut aku ni nasihat tapi langsung tak nak dengar cakap orang.Dia saja yang betul.Apa  yang orang cakap semuanya salah.” Jawab Tasha lagi.Tasha tidak menyangka yang Hana berjumpa dengan Zafran tanpa pengetahuan Dian.

    Buntu kepala Dhiya’ memikirkan hal Zafran dan Hana.Benda yang paling di risaukan di kala ini adalah hati Dian.Bagaimana kalau hati Dian di lukai.Mampukah Dian menghadapi semua ni.Jikalau Zafran betul-betul meyayangi Dian sepenuh hati dia tidak akan buat begini pada Dian.Dhiya’ tidak tahu bagaimanakah caranya nanti untuk dia memberitahu Dian tentang hal Hana yang menyukai Zafran dalam diam.

    “Aku tak tahu Tasha bagaimana kalau Dian mengetahui hal Hana menyukai Zafran.Aku takut Dian akan tarik diri.Aku kenal sangat kakak kembar aku.Dia akan berkorban untuk orang yang dia sayangi.Aku bimbang kalau itu terjadi.Aku tak tahu bagaimana nanti untuk memulihkan hati Dian kalau dia terluka.Sekali dia buat keputusan Dian tidak akan menoleh ke belakang lagi.” Ujar Dhiya’ sambil berteleku di atas meja.
    “Sabarlah Dhiya’.Janganlah kau fikir yang bukan-bukan.Aku yakin Zafran amat menyayangi Dian.Dia tak akan buat Dian terluka.Datanglah orang seperti Hana macam mana sekalipun aku yakin Zafran tidak akan sama sekali tersungkur.” Balas Tasha untuk menyedapkan hati Dhiya’.Hati Tasha di kala itu juga turut risau.Hal ini melibatkan hati dan perasaan dan paling utama adalah kepercayaan pada pasangan.

    “Jikalau Dian terluka aku juga turut merasa sakinya Tasha.Aku harap sangat yang Zafran tetap utuh menyayangi Dian sepenuh hatinya.Kalau Zafran buat Dian terluka aku tak tahu apa yang aku akan buat nanti.Aku hanya risaukan Dian.” Ujar  Dhiya’ lagi.Cheezy wedges yang berada di depan Dhiya’ msaih lagi belum di jamah.Entah mengapa hilang selera makannya seketika memikirkan hal Dian dan juga Zafran.

   Perlu ke aku merahsiakan hal ini dari pengetahuan Dian?Kalau aku bagitahu Dian tentang hal Hana bagaimana pula penerimaan Dian.Sampai bila aku nak simpan.Yang nak kahwin dengan Zafran nanti adalah Dian bukan aku.Dian yang akan merasa sakitnya nanti.Rintih Dhiya’ di dalam hatinya.Dhiya’ memicit kepalanya yang pening dengan tiba-tiba.

    “Aku tahu Dhiya’ .Sebab aku kesiankan Dian la aku ceritakan hal ini pada kau.Aku tak nak Dian terluka di kemudian hari.Kau rasa aku patut ke menceritakan pada Dian semua ni?Aku serba salah sekarang ni.Hana tu kawan baik aku.Dian juga dah jadi kawan aku.” Tingkah Tasha dengan keliru.

    “Jangan..Jangan bagitahu Dian tentang hal ni.Aku nak kita rahsiakan dulu sementara waktu.Aku akan fikir caranya nanti untuk memberitahu Dian akan hal ini.Aku juga bimbang.Dian tu satu-satunya kakak yang aku ada di dalam dunia ni Tasha.Kebahagian dia adalah kebahagian aku juga.” Balas Dhiya’ lagi.Tasha hanya anggukan kepalanya saja.Dhiya’ pula hanya mendiamkan diri sambil berfikir.

   Utuhnya kasih sayang pasangan kembar ini.Dhiya’ amat menyayangi kakak kembarnya Dian.Keakraban mereka berdua yang menyebabkan mereka saling menjaga antara satu sama lain.Mungkin juga sebab mereka tiada adik yang lain.Hanya mereka berdua membesar di rumah milik Encik Yusuf dan juga Puan Sakinah.

   ZAFRAN NUFAIL  melepaskan kepenatannya di ruang tamu.Di tekan butang on pada remote televisyen.Kemudan Zafran meletakkan kepalanya di atas sofa bertentangan dengan televisyen.Kawan serumahnya masih lagi belum pulang.Biasalah kalau hari minggu begini semua keluarlah jumpa awek dan tunang masing-masing.

    Hari ni Zafran tidak ke mana.Diajak Dian untuk keluar tetapi Dian malas untuk keluar.Dian kata nak membaca.Maka Zafran keluarlah sorang diri sambil tenangkan kepalanya yang sedang berserabut ketika ini.Semuanya gara-gara Hana Yasmin.Zafran memejam mata seketika.

    “Ada apa Hana nak jumpa saya ni tanpa pengetahuan Dian.Ada hal penting sangat ke?” Soal Zafran Nufail sebaik saja tiba di meja yang di duduki oleh Hana Yasmin.

    “Terima kasih Zafran sebab sudi datang jumpa Hana.Memang Hana ada hal penting untuk beritahu Zafran.Sudah lama Hana nak  bagitahu namun Hana tak ada kekuatan untuk bercakap dengan Zafran.” Ujar Hana Yasmin lalu menyedut air epal yang sedang di minumnya.Dahi Zafran Nufail berkerut seribu.
   “Hana nak cakap hal apa.?Macam penting je?Hal berkaitan dengan Dian ke?” Soal Zafran Nufail.Sebaik saja mendengar nama Dian hati Hana terus terasa panas.
     “Awak ni kalau tak sebut nama Dian satu hari tak boleh ke?Saya dekat depan mata awak ni tak nampak pula.” Marah Hana dengan tiba-tiba.

    “Awak ni kenapa Hana.Dah sah-sah la saya selalu menyebut nama Dian, dia kan buah hati pengarang jantung saya.” Balas Zafran lagi sambil bersandar si kerusi.
    “Apa lebihnya Dian dari saya Zafran?” Soal Hana lagi .Matanya memandang tepat ke mata Zafran Nufail.
     “Apa maksud awak ni Hana?Saya tak faham.” Jawab Zafran Nufail lagi.

      Dah kenapa perempuan ni tiba-tiba angin begini rupa.Aku ada buat salah ke?Ke dia tengah period yang mood asyik kelaut saja.Gerutu Zafran di dalam hati.Dia keliru apa yang Hana cuba sampaikan padanya.
    “Biarlah saya berterus terang dengan awak.,.” kemudian Hana menarik nafas dengan perlahan.

    “Saya dah lama menyukai awak Zafran.Sebelum Dian masuk kerja di Khalid Group lagi.Kenapa sebelum ni awak tak pernah nak tegur saya?Awak tahu tak yang saya dah lama sukakan awak tapi kenapa awak langsung tak nampak saya?Bila Dian datang barulah awak tegur saya.Awak tahu tak betapa gembiranya hati saya.Sudah lama saya ingin bercakap dengan awak.Hati saya kecewa bila dapat tahu yang awak sukakan Dian.Awak langsung tak nampak saya di depan mata awak kan.Apa kurangnya saya Zafran?”Balas Hana dengan panjang lebar.Terkejut Zafran seketika.Tergamam mendengar sesi luahan perasaan Hana kepadanya.

    “Hana ini melibatkan soal hati.Saya tidak ada jawapan mengapa saya menyukai Dian.Saya rasa awak perlu tahu sesuatu.Saya hanya mencintai dan menyayangi Dian Batrisya.Awak carilah orang lain Hana.Hati saya ni hanya ada satu dan hati saya sudah di takluk oleh Dian.Janganlah awak menyeksakan diri sayang pada orang macam saya ni.Tolonglah Hana.Awak sedar tak yang Dian tu kawan baik awak sendiri.” Soal Zafran Nufail kepada Hana.

   “Tak ..Awak boleh terima Dian kenapa awak tak boleh beri peluang untuk saya menyanyangi awak?Saya boleh bahagiakan awak sepeti mana Dian bahagiakan awak Zafran.” Balas Hana lagi.
    Hana Yasmin apa yang kamu cuba buat ni.Jangan meruntuhkan hubungan yang baru saja terbina.Jangan kamu butakan mata sebab cinta yang belum pasti kesudahannya…

    “No Hana.Walau apa pun kasih , sayang dan cinta saya hanya untuk Dian.Jangan sesekali awak ganggu saya lagi selepas ini.Carilah orang lain.Jangan sama sekali runtuhkan hubungan saya dengan Dian.Saya tak akan maafkan awak kalau itu terjadi satu hari nanti.” Tingkah Zafran dengan geram lalu bangun dan berlalu meninggalkan Hana Yasmin di situ.

   Dah kenapa perempuan ni.?Dalam ramai-ramai lelaki aku juga yang dia nak.Aku tak boleh menyintai orang lain melainkan Dian Batrisya.Desis hati Zafran Nufail sambil melangkah pergi.Hana menoleh ke belakang dan hanya memandang Zafran meninggalkannya.
  
   Bersambung...

NotaTersepit : Aku Ditakdirkan Untukumu sudah pub berginjak ke 60% InsyaAllah kalau tak aral bulan puasa atau pun raya nanti siapkan mss penuh.Doa2 kan ya....Mekasih baca.. muaaahh 3 combo..:D