Rabu, 30 Oktober 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 23

Assalamualaikum u oll...


Alhamdulilah majlis konvo cik writer berlangsung dengan sempurna.Syukur semuanya sudah selesai.Ok hari ini seperti biasa bab seterusnya BCIP.Cik writer pun dah banyak hari ni x menulis .Arap2 berjalan seperti biasalah menulis sementara menunggu kerja nih.Terima kasih singgah dan baca bcip :D



                     









BAB DUA PULUH TIGA


  REEN membawa segelas air mineral dan juga ubat demam kepada opahnya.Di kala ini Reen berada di kampung.Balik menjengguk opahnya yang demam.Pada mulanya Reen memang tak tahu yang opahnya demam apabila di usul pada mak angkatnya di dalam telefon tempoh hari barulah Reen mengetahui keadaan opahnya.

   Reen tahu opahnya sengaja tidak mahu memberitahunya.Opahnya tidak mahu menyusahkan dirinya.

   “Opah..Makan ubat ni dulu.” Ujar Reen yang baru saja muncul dari dapur.
   “Opah dah sihatlah Reen.Tak payahlah nak makan ubat.” Tingkah opahnya sebaik saja melihat ubat di tangan Reen.

   “Tak boleh.Opah kena makan.Kalau tak nanti demam opah makin teruk.Reen tak nak opah sakit.Makan ya.?” Pujuk Reen lagi lalu menghulurkan ubat ke atas tangan opahnya.Reen melihat wajah opahnya yang sedang mengeluh kecil.

  “Ya la opah makan.” Balas opahnya lalu memasukkan ubat demam ke dalam mulutnya lalu di telan bersama-sama air mineral .Sejurus selepas itu, opahnya menghulurkan gelas kepada Reen.Sudah tentu Reen tersenyum apabila melihat opahnya sudah menelan ubat demam.

   “Macam tu opah Reen.Opah rehat dulu ya.Reen nak kemas rumah ni sekejap.Opah jangan nak buat kerja sangat .Berehat saja.Serahkan pada Reen saja ya.” Ujar Reen dengan senyuman.
   “Habis tu kerja kamu dekat Kuala Lumpur macam mana?” Soal opahnya.

   “Janganlah risau.Reen dah minta cuti tiga hari opah.Kalau di kira sekali dengan hari minggu Reen cuti lima harilah opah.Opah rehat ya.” Balas Reen.

   “Bos kamu tak marah ke Reen?” Soal Opahnya lagi .Opahnya bimbang jikalau Reen bersusah payah untuknya.Reen tersenyum lagi.

   “Bos Reen dah tahu.Janganlah risau.Reen pergi mengemas sekejap.Kalau opah nak apa-apa panggil Reen ya.” Ucap Reen lalu menghilangkan diri ke dapur.Opahnya terus meletakkan kepalanya di atas bantal lalu di pejam matanya.Beberapa minit kemudian opahnya sudah pun lena kesan dari ubat.

    Reen  menyapu di ruang dapur.Selepas menyapu Reen mencuci pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki.Reen ralit dengan kerjanya.Namun begitu sempat juga Reen menjengguk opahnya yang sedang tidur di ruang tamu.Reen memang bimbangkan kesihatan opahnya.

    “Assalamualaikum..” Mak angkat Reen yang baru saja sampai memberikan salam di pintu dapur.Reen menoleh.

   “Waalaikumussalam mak..Masuklah..”Reen menutup paip air lalu di lap tangannya sebelum menuju ke arah mak angkatnya.
    “Opah mana Reen?” Soal mak Timah lalu menarik kerusi di meja makan.Mangkuk tingkat di letakkan di atas meja.

    “Opah tidur.Selepas makan ubat tadi dia tidur.Mak bawa apa ni?” Soal Reen sewaktu melabuhkan punggungnya di kerusi.Di tilik mangkuk tingkat yang berada di atas meja.
    “Ni mak ada masakkan bubur untuk opah kamu.Semalam dia cakap nak makan bubur jadi mak buatlah hari ni.”Ujar Mak Timah dengan senyuman.

    “La kenapa opah tak cakap je dengan Reen.Kalau tak Reen masakkan untuk dia.Tak adalah menyusahkan mak.” Balas Reen pula sambil membuka mangkuk tingkat yang terisi dengan bubur dan juga buah-buahan yang siap di potong.

   “Tak menyusah pun Reen.Bubur bukannya payah nak buatnya.Kamu ni tak apa ke cuti lama-lama ni?” Soal mak Timah lagi.
   “Reen dah minta cuti mak, jadi tak ada hallah.Lusa Safi pun nak balik ke mari.Kalau ikutkan Safi dia nak ikut balik sekali tapi kerja dia tengah banyak.Lusalah baru dia boleh balik.”Balas Reen lalu bangun semula menuju ke cabinet.

   “Kamu nak buat apa pula tu Reen?” Soal mak Timah dengan pelik .Reen menoleh sambil tersengih.

   “Nak buatkan air untuk mak lah.” Jawab Reen dengan senyuman.
   “Ish kamu ni tak payahlah susah-susah.Mak dah minum dengan ayah kamu dekat rumah tadi.”Balas mak Timah sambil menggelengkan kepalanya melihat karenah Reen.
   “Itu mak minum dekat rumah, sekarang mak kena minum dekat sini pula.” Balas Reen yang sedang mengacau air teh yang di buatnya.

   “Reen mak nak tanya sesuatu boleh?” Soal Mak Timah sejurus selepas menghirup air teh yang di hidangkan oleh Reen.
   “Mak nak tanya apa?” Soal Reen dengan pelik.Ketika itu Reen sudah kembali semula ke kerusi dan duduk bertentangan dengan maknya.

   “Mak dengar cerita yang Aqil dah kahwin.Betul ke?” Soal Mak Timah.Reen tersenyum tawar.
   “Aah mak , dia dah kahwin dah dengan Sarah.Dia kahwin dengan orang yang mak dia pilih.Mudah-mudahan bahagialah dia mak.Reen tumpang gembira .” Balas Reen dengan tenang.
   Bagi Reen tiada apa lagi yang patut di kenangkan.Apa yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.

  “Baguslah kalau macam tu.Biarlah Aqil dengan kehidupan dia.Reen pun ada kehidupan sendiri.Cuma satu je buat mak rasa terkilan Reen.Terkilan dengan sikap bekas mertua kamu.Safi ada ceritakan pada mak.” Balas mak Timah.

   Reen tersenyum lalu menjawab dengan tenang.
   “Mak..Biarlah .Reen dah malas nak fikir.Sekarang ni Reen dah ada kehidupan Reen.Apa yang Reen perlukan adalah sokongan dari opah, mak , ayah dan juga Safi.Itu sudah memadai buat Reen mak.” Balas Reen.

   “Mak tahu anak mak yang ni kuat dan tabah.Jangan mudah mengalah.Di hadapan banyak lagi Reen akan tempuhi.”Ujar Mak Timah lalu mengusap lengan Reen sewaktu Reen menghidangkan air untuknya .Mereka  sama-sama tersenyum.

     DATIN Khadijah baru saja keluar dari bilik air.Dia berjalan menuju ke tempat penyidai lalu di sidai tuala kecil yang di gunakannya tadi untuk mengelap mukanya.Datuk Ismail pula sedang ralit membaca buku di sofa. Televisyen di dalam biliknya juga terpasang.

    “Abang baca buku ke tengok tv?” Usik Datin Khadijah.Datuk Ismail tersenyum lalu menoleh kea rah isterinya yang sedang berjalan ke meja solek.

    “Dua-dua sekali.” Balas Datuk Ismail sebelum menyambung membaca buku kembali.Sejak bersara ni memang Datuk Ismail banyak menghabiskan masa dengan membaca buku.Ada saja bahan bacaan yang di bawa baliknya.Bukan saja dia yang baca malahan Datin Khadijah juga serta dengannya.

   “Abang..Ijah ingat nak carikan calon menantu untuk Hadif .Hari tu Ijah terserempak dengan Khay dekat Aspirasi.Dia baru saja keluar dari pejabat Hadif.Ijah tak sukalah dengan budak Khay tu.Perangai rupa itu lepas tu seksi pula tak seperti yang kita kenal dia dulu.” Ujar Datin Khadijah dengan panjang lebar.

   Datuk Ismail menutup buku yang di bacanya lalu membetulkan duduknya mengadap isterinya.
   “Dulu lain sekarang lain.Masa boleh merubah keperibadian seseorang Ijah.Awak nak cari calon menatu ni Hadif tahu ke tak?” Soal Datuk Ismail.

   “Dia tak tahu.Saya tak bagitahu dia lagi bang.Hadif tu dah patut kahwin dan ada keluarga.Rasanya saya dah ada calon untuk dia bang.” Tingkah Datin Khadijah lalu menoleh pada suaminya dengan senyuman di bibir.Datuk Ismail mengerutkan keningnya.

   “Dah ada calon?Siapa?” Soal Datuk Ismail dengan teruja.
    “Saya sebenarnya kan bang berkenan sangat dekat budak Reen tu.Kalau kita jodohkan Hadif dengan Reen macam mana?Apa pendapat abang?” Soal Datin Khadijah sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan suaminya.

    “Awak biar betul Ijah.Awak tahukan yang Reen tu baru saja bercerai.Hadif pun tak tahu yang setiausaha dia tu janda.Nak ke anak teruna awak yang cerewet tu?” Soal Datuk Ismail.Dia masak sangat dengan perangai Hadif.

    Hadif mana suka kalau dengar perempuan bercerai berai ni.Bagi Hadif perempuan yang bergelar janda adalah perempuan yang curang.Entah kenapa fikiran si Hadif ni sempit sangat.Apa yang berlaku kepada kawan baiknya dulu menyebabkan Hadif berhati –hati tambah-tambah selepas putus dengan Khay lagilah .

   “Saya tahu bang.Budak Reen tu bercerai bukan sebab dia curang ke apa.Itu semua fitnah dari bekas mertua dia.Kasihan Reen bang.Langsung tak dapat nak bela diri sendiri.” Ujar Datin Khadijah dengan perlahan.Jauh di lubuk hati Datin Khadijah memang dia sedih dengan apa yang berlaku pada Reen.Baginya Reen adalah seorang yang baik.

   “Mana awak tahu cerita pasal Reen ni?Sejak bila pula awak jadi reporter ni Datin Kahdijah oii..” Soal Datuk Ismail.
    “Nak seribu cara tak nak seribu alasan bang.” Jawan Datin Khadijah dengan selamba.Datuk Ismail menggelengkan kepalanya.

   “Kalau awak rasa baik untuk Hadif, abang ikut saja tapi ingat apa-apa pun dapatkan persetujuan dari Hadif.Jangan buat ikut suka hati awak pula.” Datuk Ismail memandang wajah isterinya.
   “Saya tahu bang,Alah kalau Hadif tak nak saya jodohkan dia dengan Hayyan la pula.Anak abang lagi sorang tu pun sama juga nak kena cari calon.Kalau nak tunggu dia yang cari memang taklah.Abang tahu sajalah perangai Hayyan sibuk dengan kerja saja.” Balas Datin Khadijah.Teringat pada nak sedaranya yang masih lagi berada di London.

   “Tak lama lagi Hayyan akan kembali menetap di sini.Awak janganlah risau Ijah.Bincang dulu dengan Hadif atau Hayyan kalau nak carikan jodoh untuk diaorang.Abang bukan apa bimbang kalau mereka tak suka.Anak muda zaman sekarang ni mana suka kalau kita yang carikan.” Balas Datuk Ismail dengan panjang lebar.

    “Saya tahu bang.Niat saya nak tengok mereka bahagia .Saya tak nak Khay terus menerus ganggu hidup Hadif.”Ucap Datin Khadijah lagi.Datuk Ismail pula menganggukkan kepalanya.
   Ada benar apa yang di katakan oleh isterinya.Kalau Hadif kahwin , bekas tunangnya Khay pasti tidak menganggunya.

   Boleh ke Khay terima kalau Hadif berkahwin dengan orang lain.Khay memang menyanyangi Hadif Cuma hatinya sudah di penuhi dengan api dendam yang masih belum padam.
   “Lupa pula Ijah nak bagitahu abang.Semalam Hani ada call bagitahu nak balik.Dia dah mula bercuti.” Tetiba Datin Khadijah teringat akan anak bongsunya yang berada di luar negara .
   “Bila Hani nak balik ke mari?” Soal Datuk Ismail.

   “Kalau tak silap Ijah minggu depan.Flight dia hari selasa .Kita ambil Hani dekat airport nanti ya bang.Lama dah tak jumpa Hani.Raya hari tu pun dia tak balik.Rindu betul Ijah dengan Hani.” Datin Khadijah sudah tersenyum.Terbayang-bayang wajah anak bongsunya di ruag matanya.

   “Abang pun rindu Hani juga.Anak kita ke sana bukannya untuk suka-suka Ijah.Dia ke sana  pun sambung belajarkan.Tahun depan habislah dia belajar dekat sana tapi tak tahulah kalau anak bongsu kita nak sambung lagi pelajarannya tu..” Datuk Ismail juga terkenangkan anak bongsunya.

   “Hani tu suka berdikari bang.Kalau dia nak sambung belajar lagi pun Ijah tak kisah lagi suka.Anak abang tu minat sangat dengan fesyen. Cita-cita Hani kan nak jadi pereka fesyen.” Ucap Datin Khadijah.Masih terngiang-ngaing lagi di telinganya akan cita-cita anaknya itu.

    “Mama..Hani nak sambung belajar dalam bidang fashion boleh tak ma?Hani nak jadi pereka fashion ma.” Ujar Hani sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SPM.

     “Boleh sayang.Mama dengan Papa tak kisah.Hani berhak untuk pilih sendiri.Mama lagi suka kalau Hani buat apa yang Hani minat.” Balas Datin Khadijah dengan senyuman.
      “Terima kasih mama.Hani sayang mama dengan papa.” Ucap Hani lalu memeluk mamanya dengan erat sekali.

      “Mengelamun dah sampai ke bintang ke sayang oii..” Usik Datuk Ismail sambil melambaikan tangannya ke wajah isterinya.

    “Ish abang ni mana ada.Ijah teringatkan Hani je.Jomlah tidur.Mata pun dah mengantuk ni.” Balas Datin Khadijah sambil menepuk paha suaminya lalu bangun dan menuju ke katil.Datuk Ismail tersenyum.

   “Siapa yang tak nak tidur Ijah , tambah-tambah awak sebelah saya.”Usik Datuk Ismail.Sengaja nak menyakat isteri tercinta.


   “Apa dia bang?Amboi kemain.”Balas Datin Khadijah.Sempat jarinya mencubit manja lengan suaminya.Datuk Ismail ketawa melihat wajah isterinya yang merah dengan tiba-tiba.Datin Khadijah pula menggelangkan kepalanya.Suaminya memang suka menyakat .

bersambung ....

NotaTersepit :Banyak hari dah ni bercuti dari menulis.Nak kena cari mood menulis kembali untuk menyiapkan manuskrip BCIP ni.