Minggu, 13 Oktober 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 18

Assalamualaikum u oll..

Hari ni di update sambungan BCIP bab seterusnya.Oh ye sebelum tu cik writer nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha esok kepada pembaca setia blog ini dan juga yang mengenali cik writer.Lagi satu entry hari khamis adalah autopublish kerana ari khamis cik writer sibuk tiada di rumah urusan korban di kampung belah abah cik writer.Jadi bab 19 blh baca  bermula 12 tengahari.Hehehe.Mekasih singgah dan baca karya cik writer.Sebelum terlupa cik writer juga ada kongsikan sedikit sedutan Alahai Miss Blur yang akan  di publish di blog bermula awal tahun depan.InsyaAllah.Kepada yang belum baca lagi boleh terjah sini untuk mengetahui sambungan Kisah Hadif yg dalam BCIP ini SEDUTAN ALAHAI MISS BLUR atau pun klik saja pada image Alahai Miss Blur dekat bawah ini.



                              








BAB LAPAN BELAS


     REEN berjalan seorang diri di luar pejabatnya.Hari ni Safi tidak keluar makan bersama dengannya kerana ada urusan kerja yang perlu di siapkan olehnya, jadi Reen keluar untuk membeli makanan untuk dirinya dan juga Safi.

     Sebaik saja sampai di kedai Reen terus membelikan dua bungkus nasi .Di ambil lauk kesukaan dia dan juga Safi.Setelah siap Reen ke kaunter lalu membayarnya sempat juga Reen memesan air minuman.Cuaca yang panas terik begini memang akan terasa untuk minum air yang sejuk.

    Aqil pula baru saja keluar dari perut kereta .Selepas mengunci kereta miliknya Aqil terus bergerak menuju ke restoran yang berada di situ untuk makan tengahari.Sebenarnya Aqil selalu makan tengahari di sini selepas dia mengetahui yang Reen sering kali berkunjung ke mari untuk makan tengahari.

    Aqil sering kali makan di tempat yang tercorot semata-mata mahu melihat bekas isterinya.Sepanjang mereka makan di sini, Aqil masih lagi tidak terkantoi dengan mereka.Bagi Aqil dapat tengok bekas isterinya dari jauh sudah memadai.

    “Terima kasih.” Ujar Reen lalu mengambil bungkusan air.Reen bangun dari tempat duduknya dan mahu kembali semula ke pejabat.Reen menuju keluar dari restoran tersebut.

     Pada masa itu juga Aqil muncul.Hari ni hari yang kurang baik kot untuk Aqil apabila bertembung dengan Reen di depannya.Selalunya dia sempat menyorok namun tidak pada hari ini.Mereka hampir-hampir berlanggar antara satu sama lain di mana pada ketika itu Reen menunduk ke bawah melihat plastik yang di pegangnya.

     “Ops..sorrry..” Ujar Reen lalu mendongak dan memandang orang yang hampir di langgarnya.
      “Reen..” Ujar Aqil dengan perlahan.Reen terkejut melihat wajah bekas suaminya ketika ini.
    “Abang..Buat apa dekat sini?” Soal Reen dengan pelik.Setahunya bekas suami kerja di tempat lain kenapa boleh berada di sini.

    “Oh abang datang makan tenghari.Jumpa kawan abang sekali.Reen nak ke mana ni?” Soal Aqil .Reen menganggukkan kepalanya.

     “Oh ya ke.Reen datang beli makanan tengahari.Errmm Reen pergi dululah ya.” Balas Reen lalu meminta diri, namun Aqil terlebih dahulu menghalangnya.

    “Reen sekejap..Abang sebenarnya ada hal nak cakap dengan Reen.Boleh abang jumpa Reen lepas waktu kerja?” Soal Aqil.Reen mengerutkan dahinya.

    “Hal apa?” Soal Reen.
    “Errmm..Berkenaaan dengan hal kitalah.” Balas Aqil dengan senyuman.Reen mengerutkan dahinya sekali lagi.

    “Hal kita?Maksud abang?” Soal Reen lagi. Hal apa lagi.Semua urusan cerai dah selesaikan.Desis hati Reen.

   “Hal kitalah.Abang kan ada cakap hari tu yang abang nak rujuk balik dengan Reen.” Ujar Aqil dengan senyuman.Reen melopong seketika.

   “Apa dia?Rujuk balik?buat apa?” Soal Reen dengan keliru.
    “Sebab abang sayangkan Reen.Abang nak Reen jadi isteri abang semula.” Balas Aqil.Reen tersenyum penuh makna.

   “Sayangkan Reen?Kalau abang sayangkan Reen abang tak akan ceraikan Reen dengan begitu mudah sekali.” Balas Reen dengan selamba.Giliran Aqil pula tersentak.

    Betul kata Reen itu.Aqil sedar memang dia silap kerana membuat keputusan yang terburu-buru dan kini dia merasai sesalannya.

    “Abang tahu abang salah Reen.Abang nak betulkan keadaan semula.Tolonglah Reen .Abang sayangkan Reen.” Pujuk Aqil lagi.Hari ini dia nekad untuk terus berusaha dan memujuk Reen kembali padanya.Selama Reen tiada di sisinya jiwanya terasa kosong.

    “Abang tak kisah ke yang Reen ni perempuan curang selepas tu pula Reen ni kan mandul tak boleh beri abang anak.?” Soal Reen dengan senyuman sinis.Aqil terdiam seketika.Begitu perit sekali Reen untuk menyebut perkataan mandul.

    “Sudahlah bang..Reen minta diri dulu kasihan Safi lapar pula dia nanti.”Balas Reen lalu melangkah pergi.

   “Reen tunggu dulu..Reen..Reen..” Panggil Aqil namun Reen langsung tidak menoleh.Bukan Reen tidak mendengar Aqil memanggilnya namun dia sengaja tidak mahu menoleh.Buat apa?Semua dah tiada makna lagi buat Reen.Tiap kali menyebut perkataan mandul hati Reen sering kali terusik.

    Hati perempuan mana yang tidak terusik dengan perkataan mandul.Seseorang perempuan akan merasa rendah diri apabila mereka tidak mampu untuk memberi zuriat kepada suaminya.Kadangkala kita tidak faham apa yang di rasai oleh mereka namun mereka boleh hadapinya walaupun orang mengata dan menghina.

   Sudahlah Reen.Tak perlu nak kenang .Fikirkan masa depan sudah tak perlu lagi nak ingat kenangan yang dah pun berlalu kerana masa itu tidak sesekali akan kembali semula. Bisik Reen mengeluh dengan perlahan .

    Aqil masih lagi berdiri di situ sambil memerhati gerak geri bekas isterinya.Sekarang ini Aqil hanya mampu melihat Reen dari jauh sahaja.Aqil menunduk kepalanya ke bawah.Kesal.Ya memang jelas Aqil kesal dengan perbuatannya dan kini dia merasai sakitnya.Aqil melangkah dengan longlai ke restoran tersebut untuk makan tengahari.Entah dia makan entah tidak.

     REEN baru saja selesai menunaikan solat zohor .Sebaik saja selesai mengemas telekung dan juga selesai memakai tudung Reen menuju semula ke meja kerjanya.

    “Psssttt Reen..Reen..” Panggil Tasha dengan perlahan.Reen menoleh .
    “Tasha panggil Reen ke?” Soal Reen

    “Meh sini sekejap.” Panggil Tasha.Reen mendekati Tasha.
    “Kenapa Tasha?” Soal Reen

    “Dekat bilik bos kita tu ada orang masuk.” Ujar Tasha.Reen apa lagi terkejutlah dia.
    “Siapa?Pencuri ke?Kenapa semua orang diamkan saja?” Soal Reen dengan panik.

     “Hoi Reen mana ada pencuri masuk pejabat siang-siang buta macam ni.Perempuan gedik hari tu datang lagi .” Ujar Tasha .Reen ternganga seketika.

     “Hah perempuan gedik.Cik Khay?” Soal Reen.Tasha menganggukkan kepalanya .
   “Ye la.Dia la siapa lagi yang berani masuk bilik Tuan Hadif macam dia.”Balas Tasha.

    “Tuan Hadif tak ada kan.Dia tu suka redah sesuka hati saja.”Bebel Reen.Memang Reen tidak berkenan dengan perangai cik Khay yang ikut suka hati dia saja apa nak buat.Cik Khay seperti tidak mahu menghormati Tuan Hadif.

   “Tak mengapalah.Biar Reen tengokkan.Thanks sebab bagitahu Reen..” Ujar Reen dengan senyuman sebelum berlalu ke mejanya.

    “Ish perempuan gedik ni tak serik betul.” Bebel Reen lalu membuka pintu pejabat Tuan Hadif.
    “Hah kau pergi mana?Makan gaji buta ke?” Soal Khay dengan sinis sekali.Khay sedang duduk bersilang kaki di atas sofa sambil membelek handphone nya.Reen terkejut baru saja buka pintu dah kena sembur dengan perempuan gedik.

    “Cik Khay, saya ni bukan makan gaji buta.Saya pergi solat tadi.By the way cik Khay tu datang ke mari dah solat ke belum?One more thing Tuan Hadif tak ada dekat pejabat ni.” Balas Reen dengan selamba di sebalik pintu.Khay apa lagi bagi jelingan mautlah pada Reen.

    “Kau jangan nak mengajar aku pula.Aku solat ke tak ke kau peduli apa.Jangan nak tunjuk baik sangatlah.Aku nak tanya mana Hadif?” Soal Khay lalu merenung Reen dengan tajam sekali.

    “Maaflah cik Khay.Saya ni tak tahu ke mana Tuan Hadif pergi.Selepas lunch dia belum masuk ke pejabat lagi.Cik Khay kan ada telefon gunalah telefon dia tanya dia dekat mana.” Jawab Reen dengan berani.Apabila berdepan dengan Khay , Reen tidak rasa takut pun.

    “Masalahnya nak berpuluh kali aku call tapi dia tak nak jawab panggilan aku.” Jawab Khay lagi dengan muka geram sambil menilik telefonnya.Dari tadi lagi dia cuba call Hadif namun langsung tidak berjawab.Reen tersengih penuh makna tetapi Khay langsung tidak perasan.

    “Itu maknanya Tuan Hadif tak nak dekat cik Khay la.” Bidas Reen dengan perlahan.
    “Apa kau cakap” Soal Khay lalu menoleh pada Reen.

    “Saya ada cakap sesuatu ke pada cik Khay?” Soal Reen dengan selamba pula.Khay jeling lagi pada Reen.

     Huh apa ingat aku takut sangat ke tengok kau jeling rupa itu.Boleh blah la.Ish harapkan muka saja cantik tapi hati kelaut.Gerutu Reen sambil menggelengkan kepalanya.

     “Dah jangan banyak songeh.Sekarang kau pergi buatkan air untuk aku.Dahaga pula tekak aku dok cakap dengan kau ni.” Khay memberi arahan.Reen mencebik.

      “Ya lah cik Khay.Saya pergi buatkan air.” Balas Reen lalu menutup pintu bilik Tuan Hadif .Reen menoleh ke belakang.

     “Oh kau nak air..” Reen melatah apabila terpandang wajah Tuan Hadif di depannya.Sewaktu menoleh wajah bosnya , mahu Reen tak terkejut.

     “Eh Tuan Hadif.Kus semangat.Terkejut saya..” Ujar Reen sambil mengurut dadanya.
      “Awak buat apa ni Reen menghendap bilik saya?” Soal Hadif dengan pelik.Reen tayang muka sengih.

      “Tu haa cik Khay ada dekat dalam.Dia minta saya buatkan air untuk dia macam biasa.Pergi dulu Tuan Hadif.Oh ya Tuan Hadif nak minum apa-apa ke?” Soal Reen.

      “Perempuan tu datang lagi?Saya tak nak air tadi saya dah minum.” Balas Hadif lalu menuju masuk ke biliknya.

      “Baik Tuan Hadif.” Reen terus menuju ke pantry untuk membuat air minuman kepada cik gedik.

     “Apa hal you datang ni ?” Soal Hadif sebaik saja memasukki biliknya.Khay apa lagi tersenyum manjalah pada Hadif.

     “I datang nak jumpa you la sayang.” Balas Khay lalu bangun dan mendekati Hadif.

      “You boleh tak jangan datang office I? “ Soal Hadif sebaik saja Khay cuba memegang tangannya.

      “Apa salahnya I datang ke mari.I nak jumpa you sayang.” Balas Khay dengan manja lalu duduk bertentangan dengan Hadif.

       “Masalahnya I ni langsung tak nak jumpa you.Tak faham bahasa ke?”Soal Hadif dengan geram.Lemas dia dengan Khay sejak akhir-akhir ini .Sengaja datang menyusahkan dia.

      “Sampai hati you cakap I macam tu sekali.I kan dah minta maaf dengan you.I tahu dulu salah I sebab tinggalkan you.I dah berubahlah Hadif.Please sayang.I sayangkan you.” Ujar Khay.Memang itu hakikatnya yang dia sayangkan pada Hadif namun dia tidak boleh berbuat apa-apa selagi misi balas dendamnya masih belum lagi terbalas.

    “Eh I tak akan terima you balik.Sudahlah.Pergi balik pada Tan Sri Herman.By the way kalau dia hantar you ke sini semata-mata untuk dapatkan projek besar itu lupakan saja.I tak akan mengalah dengan Tan Sri Herman tu.Tolong cakap dengan dia kalau nak dapatkan business sila guna cara yang berhemah jangan nak guna cara yang kotor.” Sempat lagi tu Hadif membidas Khay .Tersentak Khay.

    Macam mana Hadif boleh tahu misi aku.Gerutu Khay sendirian.
    “Cik Khay ini airnya.Jemput minum ya..” Balas Reen lalu meletakkan cawan di atas meja.
     “Reen lain kali awak jangan bagi perempuan ni masuk ke pejabat saya lagi.Saya tak suka dan tak ingin nak lihat muka dia.Ingat tu.Ini amaran untuk awak.” Ujar Hadif dengan tegas sekali.Reen menggaru dahinya.

     Aku pula yang kena.Nasib kaulah Reen.Ini semua perempuan gedik punya pasal.Tak faham-faham bahasa sungguh.Gerutu Reen di dalam hatinya.

    “Maaf Tuan Hadif, tadi saya pergi solat sekejap.Bila saya datang ke mari diorang bagitahu yang Cik Khay sudah pun berada di dalam bilik Tuan.Saya minta maaf Tuan Hadif.”Ujar Reen untuk membela diri.Sejurus kemudian Reen menundukkan kepalanya.Khay sudah menjeling tajam padanya.

    “Awak keluar dulu dan sambung kerja.” Ujar Hadif sebaik saja mendengar alasan dari Reen.
    “I berhak datang sini Hadif.I kan tunang you.” Ujar Khay sebaik saja Reen menutup pintu .
     “Apa dia.Ulang sekali lagi.Telinga I kurang jelas tadi.” Balas Hadif lalu memandang Khay.
    “I cakap I ada hak sebab I tunang you.” Ulang Khay lagi seklai.Hadif tersenyum sinis.


     “Jangan mimpi di siang hari cik Khay.You bekas tunang I ok.You kena sedar yang you bukan tunang I.Lagi satu I tak akan terima you lagi setelah apa yang you buat pada I dulu.So I rasa ada baiknya you balik.” Ucap Hadif lagi.Khay menarik nafas dengan dalam sekali.

Bersambung...

NotaTersepit : Selamat Hari Raya Aidiladha.Jangan makan kuat sangat daging ya..Hehhehe..:)