Rabu, 27 November 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 31 @ INDAH ANUGERAH CINTAMU

Assalamualaikum u oll..

Ini sambungan BCIP bab seterusnya..Boleh ke Reen dengan Hadif ini bersatu agaknya?..Hmmm..bagaimana pula dengan Hayyan lepas ni..Hehehe..Semuanya bakal terjawab nanti.Mekasih singgah dan baca .. :D



                         


 






BAB TIGA PULUH SATU




   DATIN Khadijah memandang suaminya sambil menghantar isyarat mata .Datuk Ismail pula menganggkat keningnya .Datin Khadijah menunjukkan supaya suaminya memandang anak terunanya Hadif yang sedang ralit memandang laptop miliknya.Hadif bawa kerja balik rumah.Hadif sedang meneliti sesuatu di depan laptopnya.Hadif berada di meja manakala mama dan papanya pula berada di sofa.

   “Kenapa?” Soal Datuk Ismail tidak faham dengan isyarat mata yang di berikan oleh isterinya.Datin Khadijah mengeluh denga perlahan.

   “Abang tengoklah anak abang tu.Dia bawa balik kerja dekat rumah.Apa nak jadi dengan Hadif ni bang.Dalam kepala dia hal kerja saja yang di fikir.Hal diri sendiri dia tak mahu ambil peduli.” Balas Datin Khadijah tidak puas hati.Datuk Ismail menoleh pada anak bujangnya yang sedang ralit dengan laptopnya.

   “Adalah tu kerja penting dia kena buat.”Jawab Datuk Ismail.

    “Hal kerja cukup-cukuplah bang dekat pejabat.Rumah ni tempat nak berehat.” Tambah Datin Khadijah tidak puas hati.Datuk Ismail menggelengkan kepalanya melihat isterinya.

   “Hadif.Mari sini sekejap.Papa nak cakap sikit.” Tingkah Datuk Ismail sewaktu menoleh pada Hadif.Datin Khadijah diamkan diri.

   “Sekejap ya papa.” Balas Hadif.
    “Abang tengoklah tu.” Tegur Datin Khadijah apabila melihat anak bujangnya langdung tidak bergerak lagi.

    “Ada apa papa?” Soal Hadif sebaik saja bangun dan berjalan menuju ke arah mama dan papanya berada.Selepas itu Hadif terus melabuhkan punggungnya di sofa dengan senyuman.

   “Kenapa bawa balik kerja dekat rumah?” Soal Datuk Ismail .
    “Oh sikit je papa.” Balas Hadif dengan selamba.

     “Mama tak suka Hadif bawa kerja balik rumah.Hadif tahukan rumah tempat untuk berehat.Cukup-cukuplah dari pagi sampai ke petang duduk pejabat.Hadif patut fikir hal keluarga .”Jawab Datin Khadijah.Hadif memandang wajah papanya.

   “Kita ada masalah keluarga ke mama papa?” Soal Hadif sambil menggarukan kepalanya.
   “Itu kamu tanyalah mama kamu.”Jawab Datuk Ismail dengan selamba.Bertaut kening Hadif.
   “Apa masalahnya mama?” Soal Hadif .Datuk Ismail pula sudah tersenyum pada isterinya.
    “Masalah sekarang ni Hadif bukan mama atau papa.”Balas Datin Khadijah.

     “Hadif?” Soal Hadif sambil menunjukkan jari telunjuknya pada diri sendiri.
      “Maksud mama?” Tambah Hadif lagi.

      “Mama rasa dah tiba masanya untuk Hadif kahwin.” Datin Khadijah melihat reaksi anaknya.Hadif mengerutkan dahinya.

     “Kahwin mama?Hadif nak kahwin dengan siapa.Hadif tak ada calon lagi.Tiba masa dan waktunya nanti Hadif kahwinlah mama.Janganlah risau.”Jawab Hadif dengan selamba.

    “Kalau mama kata mama dah ada calon untuk Hadif macam mana?”Soal Datin Khadijah sambil tersenyum penuh makna.Jelas sekali Hadif terkejut.

    “Mama dah ada calon?Siapa?” Soal Hadif .
     “Qaireen Imanina.”Jawab Datin Khadijah dan Datuk Ismail serentak.Apa lagi terkejut beruklah Hadif mendengar nama Reen.

    “Reen?Setiausaha Hadif?” Soal Hadif
    “Ya la.Berapa orang nama Qaireen Imanina yang kamu kenal?” Soal Datin Khadijah pula.Hadif termenung seketika.

    “Kenapa termenung Hadif?”Soal Datuk Ismail pula.
    “Kenapa Reen mama, papa?” Soal Hadif seperti tidak puas hati.

    “Simple saja jawapannya.Mama dengan papa sukakan Reen.Dia budak baik lagipun dia tu setiausaha Hadif jadi senanglah dia nak jaga Hadif dekat pejabat.Mama tak sukalah Khay datang cari Hadif.Hubungan korang berdua dah lama putus.Mama nak Hadif kahwin kelak Khay tak akan lagi mendekati Hadif.”Jawab Datin Khadijah.Hadif kebinggungan seketika.

    “Reen tahu ke hasrat mama ni?”Soal Hadif dengan tiba-tiba.
    Kenapa mama aku memilih Reen?Apa istimewanya Reen tu?Aku tengok biasa saja seperti perempuan-perempuan yang lain .Gerutu Hadif sendirian.

   “Hadif mama kamu ni memang express.”Balas Datuk Ismail sambil tersenyum.
    “Maksud papa?” Soal Hadif tidak mengerti.

    “Reen dah tahu dah tentang hasrat mama kamu tu.Baru-baru ni mama kamu dah pergi jumpa Reen untuk berbincang.”Jawab Datuk Ismail.Datin Khadijah menganggukkan kepalanya.Hadif melopong mendengarnya.

    “Mama tak boleh buat macam ni.Hadif tak bersedia lagi.Hadif tak ada apa-apa perasaan pada Reen dan Hadif yakin Reen juga tidak menaruh apa-apa perasaan untuk Hadif.Dia tu bekerja sebagai setiausaha Hadif mama , tak terfikir pun untuk Hadif berkahwin dengan dia.”Balas Hadif.

   “Hadif memandang Reen pada kerjaya mahupun darjat macam tu?” Soal Datin Khadijah .Riak wajahnya juga berubah.

    “Bukan itu maksud Hadif.”Dalih Hadif sambil berselindung.Hadif sebenarnya lebih berhati-hati untuk mencari cinta.Dia tidak mahu kecewa seperti dulu.Dia tidak sanggup melihat wanita yang mendekatinya hanya di sebabkan duit.

   “Reen jawab apa?” Soal Hadif.

    “Reen juga mengatakan yang dirinya tidak layak untuk kamu dan juga keluarga ini.Dia kata akan mencemarkan nama keluarga kita saja, tetapi mama tahu Reen adalah wanita yang baik.Mama suruh Reen fikir dahulu.” Balas Datin Khadijah.

    Aduh ini kerja gila ni mama buat.Bagaimana aku nak berdepan dengan Reen nanti?Kahwin dengan Reen.Ini tak masuk akal langsung.Desis hati Hadif Fakhri.

  “Kamu fikir-fikirkanlah cadangan mama ni.Mama tak paksa kalau tak suka tapi kamu sendirilah yang kena bagitahu Reen kalau kamu tak suka.”Balas Datin Khadijah selamba.Hadif mengerdipkan matanya tanpa sebarang senyuman.Sengaja Datin Khadijah membuat anaknya merasa serba salah.Datuk Ismail sudah mengerling pada isterinya dengan senyuman penuh makna.

   Mereka cuba untuk menyatukan Reen dan Hadif.Sekiranya ada jodoh antara mereka pasti akan bersatu  tetapi kalau itu bukan jodohnya tidak perlulah menyalah sesiapa kerana jodoh itu rahsia Allah.Dia yang menentukan segala-galanya di dunia ini.Tidak semua pertemuan itu berakhir dengan kegembiraan.Adakalanya suatu pertemuan itu adalah petunjuk kepada sesuatu yang kita sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah kita menyedarinya.

   QAIREEN Imanina duduk bersila di atas katilnya , di ribanya pula di letakkan sebiji bantal.Reen meraupkan mukanya berkali-kali.Sesak fikirannya memikirkan hasrat Datin Khadijah.

   “Macam manalah aku nak berdepan dengan Tuan Hadif nanti?Tetiba aku rasa janggal..” Ujar Reen sendirian lalu menarik nafasnya dengan perlahan. Sesiapa saja yang berada di tempat Reen pasti merasa janggal.

   “Reen..Oh ..Reen..” Sayup-sayup kedengaran suara Safi memanggil Reen.
    “Macam mana eh?” Soal Reen sendirian.Suara Safi yang memanggilnya langsung tidak di dengarinya.

    “Reen..Oh..Reen..Apa di buat Reen dekat dalam bilik tu?Betapa agaknya.Orang panggil pun tak di jawab.”Bebel Safi yang sedang mendaki tangga menuju ke bilik Reen.

    “Macam mana dengan Tuan Hadif?”. Reen bercakap seorang diri lagi.
     “Cik Qaireen Imanina .Kau betapa ke apa dekat dalam bilik ni?” Soal Safi sambil mengetuk pintu bilik Reen.Apalagi tersentaklah Reen lalu di pandang pintu biliknya.

       “Masuklah Safi.Pintu tak berkunci pun.” Balas Reen lalu di betulkan duduknya.Safi menolak pintu dengan perlahan-lahan.

     “Kau ni kenapa Reen.Aku panggil dari tadi tapi kau tak menyahut.Kau fikir apa ni?” Soal Safi lalu melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke katil Reen.

    “Ye ke.Sorry lah Safi aku betul-betul tak dengar kau panggil aku.Kenapa kau panggil aku?” Soal Reen sambil tersengih.

    “Kau boleh tanya kenapa?Hallo cik Reen kau lupa ke yang kita nak keluar sekejap lagi.Kau jugakan yang ajak aku keluar nak makanlah apalah.Lupa ke.Perut kau tak terasa lapar ke?” Soal Safi sambil bercekak pinggang.

   “Terlupa pula aku.Sekejap biar aku bersiap dulu.”Jawab Reen dengan selamba lalu bangun menuju ke almari pakaian.

   “Aku tunggu kau dekat bawah.Jangan lambat pula.”Balas Safi lalu berlalu keluar dari bilik Reen dan menutup pintu bilik Reen sebelum dia bergerak te tangga.Reen hanya bersiap ala kadar sahaja.

   Mereka berdua hanya makan di Mc Donald yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka.Sebaik saja dapat apa yang di pesan mereka berdua terus berjalan dan mencari meja untuk di duduk.Pada malam hari suasana di Mc Donald sememangnya ramai.

   Selalunya dekat sini bolehlah tengok segelintir pelajar university yang melepak di sini membuat assignment bersama atau membuat study group bersama sambil makan-makan.Reen menoleh ke kiri memandang satu meja yang di penuhi dengan pelajar yang sedang berbincang sesuatu mungkin berbincang kertas kerja mahupun projek .Reen tersenyum pada mereka.Rindu rasanya untuk belajar kembali.

    InsyaAllah Reen kalau ada rezeki kau nanti dapatlah kau sambung belajar kembali.Desis hati Reen lalu duduk di kerusi.Safi pula ke tempat mengambil sos cili dan juga straw.

   “Reen kau ok tak ni?” Soal Safi apabila melihat Reen mendiamkan diri dari tadi.
    “Aku ok saja.”Balas Reen.

    “Ya la tu.Kau jangan nak tipu akulah Reen Aku kenal sangat kau ni.Apa yang merunsingkan kepala kau sekarang ni sampaikan kau boleh senyap je kalau tak mulut kau tu mulalah potpet potpet sana sini.”Dengan selamba Safi  berkata sambil membuka mulutnya seluas yang boleh untuk makan burger.

   “Kau ni tahu je kan Safi.Ermm.Aku fikir pasal Datin lah.” Jawab Reen dengan jujur.
    “Aku dah agak dah.Ini mesti pasal hal hari tu kan.Sesuai apa kau dengan Tuan Hadif tu.” Safi cuba mengusik Reen.

    “Banyak  kau punya sesuai.Aku ni mana layak untuk dia.Kau tau tak kita ni tak setaraf dengan dia lepas tu pula aku ni janda.Tuan Hadif tu majikan kita Safi.”Balas Reen sambil mengunyah fries.

    “Kau tu je yang kata tak layak.Datin ok saja.Janda itu hanya status Reen.Zaman sekarang ni orang dah tak kisahlah janda ke anak dara ke semuanya sama je.Manusia biasa yang ada hati dan perasaan.”Jawab Safi dengan selamba.

   “Kau ni Safi kalau bab menjawab memang nombor satu.” Balas Reen.Safi menjungkit bahunya.
    “Tahu tak apa.” Sengih Safi.Reen sudah menggelengkan kepalanya sambil makan burger.

     “Abang Hayyan kita drive tru sekejap dekat McD.Hani nak makan aiskrim Mc Flurry .” Ujar Hani sebaik saja ternampak papan tanda Mcd.

    “Ok boleh saja.” Jawab Hayyan lalu membelokkan keretanya.Mereka berdua menuju pulang ke rumah.Hayyan menemani adik sepupunya malam ni.

     “Terima kasih abang Hayyan.”Jawab Hani dengan manja.Hayyan hanya menganggukkan kepalanya .Kemudian kereta milik Hayyan terus menuju ke bahagian drive thru.

   Sebaik saja selesai mengambil asikrim , Hayyan terus memandu keretanya dengan perlahan untuk keluar dari kawasan Mcd .Namun tidak semena-mena matanya ternampak wajah Reen dan juga Safi yang sedang menjamu selera.Hayyan melihat mereka dari cermin kaca.

    “Eh abang Hayyan buat apa berhenti dekat parking ni?Kitakan nak balik rumah?” Soal Hani dengan pelik lalu di suapkan aiskrim ke dalam mulutnya.

   “Abang Hayyan ternampak Reen dengan Safi dekat dalam tu.Kita jumpa diorang sekejap ya.”Ujar Hayyan lalu mematikan enjin kereta.

    “Alah abang jomlah kita balik, nanti mama bising lambat balik.”Dalih Hani .Matanya mencari-cari juga kelibat Reen dan juga Safi.

   “Kita jumpa sekejap saja.Susah tahu nak jumpa diorang.Ini kebetulan terserempak di sini jadi tak salah kalau abang Hayyan nak pergi tegur mereka.”Jawab Hayyan lalu membuka pintu kereta.Hani mendengus geram lalu membuka pintu kereta di sebelahnya.

   “Ish macam manalah boleh terserempak dengan mereka berdua dekat sini.Kalaulah tak singgah Mcd tak akan jumpa mereka.Abang Hayyan pun satu kalau terserempak dengan Reen tu mulalah.”Bebel Hani lalu menutup pintu kereta.

     “Hani cakap apa tadi?” Soal Hayyan apabila terdengar Hani bercakap sebentar tadi namun dia tidak berapa jelas mungkin juga suasana bising ketika itu memandang ada sebuah kereta yang boleh tahan bunyinya.

   “Tak ada apa-apa.”Sengih Hani dengan selamba lalu mengekori Hayyan dari belakang.

    Ini semua salah aku sebab gatal sangat nak singgah sini.Kalau aku tahu Reen ada dekat sini memang aku tak singgah tadi.Gerutu Hani sambil menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.Aiskrim yang sejuk itu pun belum tentu boleh meredakan perasaan Hani ketika ini.

NotaTersepit : Errmm cik writer dapat idea untuk buat lagi satu cerita.Kali ini cerita realiti bukannya fantasi..Tak pasti lagi berjalan atau tidak cite tu.Tengoklah macam mana nanti..


Minggu, 24 November 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 30 @ INDAH ANUGERAH CINTAMU

Assalamualaikum u oll...

Hari ini sambungan BCIP bab seterusnya..Inilah jawapannya .. Jangan salah faham dengan jalan cerita ini ya...Terima kasih singgah dan baca...Tunggu apa yang akan berlaku pada Hadif, Reen, Hayyan, Hani, Khay.Kisah ini masih panjang lagi..:D


                     





BAB TIGA PULUH




   REEN hanya mengekori saja jejak langkah Datin Khadijah.Sebaik saja keluar dari kereta Datin Khadijah terus membawa Reen menuju ke sebuah cafĂ© .Reen mengerutkan dahinya.
Kenapa Datin bawa aku ke sini?Soal Reen di dalam hatinya.

   “Duduk Reen.”Pelawa Datin.Setelah membuat pesanan masing-masing berdiam diri.Reen tidak senang duduk di buatnya.

   “Datin kenapa kita ke sini?” Soal Reen dengan muka pelik.Reen terfikir mengapa mereka berada di sini.Datin Khadijah sudah tersenyum melihat wajah Reen yang sedang resah gelisah.
    “Saya nak bincang dengan awak sikit.” Balas Datin Khadijah.

     “Datin nak bincang pasal apa tu?” Soal Reen.
      “Ini mengenai soal Hadif.” Jawab Datin pula.

      “Kenapa dengan Tuan Hadif Datin?” Soal Reen dengan gelisah.Tidak mengerti apa yang cuba Datin sampaikan padanya.

     “Sebenarnya saya nak carikan calon isteri untuk Hadif.Saya  memang nak Hadif kahwin dengan cepat supaya dia tidaklah sendirian dan juga tidak mahu lagi Khay menganggunya.” Tingkah Datin Khadijah.Reen sudah mengerti.

   “Datin dah jumpa ke calonnya.?” Soal Reen.Dalam pada itu sempat juga Reen berfikir kenapa Datin carinya kalau nak carikan jodoh untuk Hadif.Jelas Reen tidak faham apa sebenarnya.
   “Yup.Saya dah jumpa calonnya.” Datin Khadijah tersenyum.

    “Siapa Datin?Saya kenal ke?” Soal Reen dengan teruja.Selepas itu air minuman yang di pesan oleh mereka tiba.

    “Terima kasih.”Ujar Reen kepada pelayan yang menghantarkan air untuk mereka.
     “Awaklah calonya.” Ujar Datin Khadijah.Reen yang sedang menyedut air minuman terus tersedak.Reen terbatuk kecil.Datin Khadijah terkejut dan menghulurkan tisu kepada Reen.

     “Awak ok ke Reen ?” Soal Datin Khadijah dengan bimbang.Reen menganggukkan kepalanya sambil mengelap bibirnya.

   “Saya ok Datin.Saya?Kenapa saya Datin?” Soal Reen tidak puas hati.Terkejut beruk dia apabila datin mengatakan dia adalah calon untuk Hadif.

    Ini kerja gila namanya.Apa kejadah pula aku termasuk dalam senarai calon isteri Hadif Fakhri a.k.a Tuan Singa.Ini kes naya ni.Gerutu Reen sendirian.

   “Sebab saya berkenan dengan awak.Reen awak memiliki ciri-ciri calon menantu yang saya impikan.”Jawan Datin Khadijah.

   “Datin.Saya ni tak layak nak jadi menantu Datin apatah lagi nak jadi isteri kepada Tuan Hadif tu.Saya datang Kuala Lumpur ni nak kerja cari rezeki bukan nak cari suami datin.Saya ni dah la janda.Orang tak suka.Saya memang tak layak masuk dalam senarai calon menantu pilihan datin tu.” Jawab Reen dengan panjang lebar.Dahinya sudah berpeluh.Walaupun aircond terpasang kiri kanan namun Reen merasakan suhu panas ketika ini.

   “Reen saya tahu awak ni janda.Saya tak kisahkan dengan status awak tu.Itu hanya status.Lagipun bukan awak yang minta untuk di ceraikan.Saya tahu semua latar belakang awak Reen.” Ujar Datin Khadijah lagi.

   “Datin carilah orang lain.Saya ni tak layak langsung datin.Cemar nanti nama keluarga datin.” Tambah Reen.

   “Siapa kata awak tak layak.Awak juga seorang perempuan yang punya hati dan perasaan.Siapa kita nak menilai layak atau tidak.Kita semua manusia biasa di atas muka bumi ni Reen.Apa yang saya miliki dan awak miliki hanyalah pinjaman dari Allah .”

   “Datin ..Saya..Saya..” Reen sudah tidak tahu nak cakap apa.Wajahnya ketika sangat gelisah
    “Awak fikirlah dulu Reen.Saya tak paksa awak untuk terima Hadif.Saya Cuma bagitahu hasrat saya saja.”Ujar Datin dengan senyuman.

    “Tuan Hadif tahu tak tentang ni?” Soal Reen.Datin Khadijah menggelengkan kepalanya.
    “Hal itu awak tak perlu bimbang.Saya sendiri akan selesaikan.” Ujar Datin.Reen sudah pening kepala.

    Ya Allah.Datin kenapalah aku juga yang dia pilih.Aku ni memang tak layak untuk berdampingan dengan keluarga mereka.Aku hanya makan gaji saja.Pening kepala aku macam ni.Macam mana pula reaksi Tuan Hadif nanti. Gerutu Reen lagi.Kusut kepalanya ketika ini.

    “Hoi yang kau mengelamun jauh sangat ni kenapa?Aku tanya kau tak jawab?” Safi menyiku Reen yang duduk di sebelahnya.Matanya Reen ralit melihat ke hadapan namun fikiran melayang entah ke mana.Reen tersentak.

    “Apa dia?” Soal Reen.
    “Kau ni sejak bila suka berangan ni?Aku tanya Datin jumpa kau sebab apa?” Soal Safi.Di ulang lagi soalannya.

   “Ajak aku minum.Eh Safi macam mana Datin boleh tahu tentang latar belakang aku.Dia tahu semua kisah penceraian aku.Peliklah.”Ujar Reen .

   “Sebenarnya aku ada jugalah bagitahu tentang kau pada Datin.Sorry.Datin tanya aku jawablah.”Balas Safi dengan muka serba salah.

   “Bila masa kau jumpa datin?” Soal Reen dengan muka terkejut.
    “Lama dah.Dia tanya aku jawablah.Aku pelik kenapa Datin nak tahu sangat tentang kau.Aku ceritalah sikit-sikit.Maafkan aku Reen.Aku tak bagitahu kau tentang ni.” Tingkah Safi .Reen hanya merenung tajam.

    “Kau marahkan aku ke?” Soal Safi lagi apabila Reen hanya mendiamkan diri.
    “Taklah.Aku tak marah Cuma aku pelik kenapa Datin tu nak tahu kisah aku.” Reen mengeluh dengan perlahan.

    “Entah-entah dia nak jadikan kau calon menantu dia tak?” Tembak Safi sambil tersengih.Reen menaikkan keningnya.
    “Aku tak tahulah Safi.Malaslah aku nak fikir.” Jawab Reen lalu menguis-nguis kakinya di atas pasir pantai.

     “Kau ada sorokkan apa-apa ke dari aku ?” Soal Safi dengan muka ingin tahu.
     “Aku tak tahulah macam mana nak cerita dekat kau Safi.” Ujar Reen.
      “Apa susah kau cakap guna mulut je.Cerita je dekat aku.”Sempat lagi si Safi buat loyar buruk ketika ini.Reen dah merenung tajam pada Safi.

     “Kau ni orang serius dia main-main pula.” Reen menepuk paha Safi.
    “Alah gurau sikit je.Ok kau ceritalah aku dengar ni.Siap tadah telinga dah ni.” Usik Safi lagi.Reen tersenyum melihat gelagat Safi .Di gelengkan kepalanya berkali-kali.

    “Macam ni , Datin jumpa aku hari tu sebab…” Reen menceritakan semuanya pada Safi.Jelas sekali Safi terkejut apabila mengetahui yang Reen menjadi calon menantu Datin Khadijah.

    KHAY baru saja keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah.Khay terus mengelap rambutnya di depan cermin solek.Kini dia sudah pun berada di rumahnya.Dia baru saja pulang dari bercuti dengan Tan Sri Herman.Sepanjang bercuti banyak jugalah duit yang telah di kikis oleh Khay.Apa yang dia nak beli Tan Sri Herman pasti membayarnya.Tan Sri  tu sanggup berhabis duit kerana perempuan.

     Kalau dah dasar mata keranjang memang macam tu la.Tak kisah habis banyak duit janji puas hati .

   “Khay kau dah siap mandi belum?” Kedengaran suara Camelia sedang mengetuk pintu bilik Khay.

   “Dah siap dah mandi.Masuklah.” Jawab Khay .Tangannya masih ligat mengelap rambutnya.
    “Best holiday dengan Tan Sri?” Soal Camelia sebaik saja memasuki ruang kamar Khay.

     “Mestilah best.Aku paw duit dia banyak sikit kali ni.Padan dengan muka dia.Aku akan pastikan syarikat dia akan jatuh ke tangan aku pula lepas ni.Aku tak sabar dah nak blah dari dia.Bosan melayan orang tua tu.” Ujar Khay.Camelia sudah tergelak.

    “Kau tak ada bawa balik ole-ole ke untuk aku?” Soal Camelia dengan sengihan.
    “Of course la ada .Tu haa dalam beg plastik tu coklat tu untuk kau.Aku beli khas untuk kau.”Ujar Khay lalu menunjukkan beg plastik tersebut pada Camelia.

    “Wah thanks Khay.Sayang kau.” Tingkah Camelia dengan senyuman lalu mendekati beg plastik tersebut.

    “Kau kan kawan baik aku.Mestilah aku belikan untuk kau sekali.Bila lagi aku nak paw duit orang tua tu kan kalau bukan time holiday macam ni.”Ujar Khay.Camelia menganggukkan kepalanya.Matanya membuntang melihat evening dress dan juga hand bag yang di belikan oleh Khay untuknya.

    “Cantiknya.Thanks .”Ujar Camelia lagi.Tidak puas menatap pakaian dan beg di depan matanya.
    “Weh Puan Sri tak tahu ke kau pergi holiday dengan Tan Sri?” Soal Camelia apabila teringat tentang Puan Sri Ruby.

    “Tak tahulah kot.Kalau dia tahu dah sah-sahlah dia datang serang aku dekat airport lagi.Dia tak tahulah tu.Tan Sri pun tak ada cakap apa pun pasal bini dia.Dia dah manjakan bini-bini dia dengan duit la tu agaknya.”Jawab Khay dengan selamba.

    “Puan Sri Ruby tu tak pandanglah duit Tan Sri.Dia lebih pentingkan status saja kau tahu tak?” Soal Camelia.

    “Aku tahu.Puan Sri Ruby tu bukan mata duitan seperti madunya dan juga aku ni.”Bidas Khay dengan selamba.

    Eh tahu pula dia tu mata duitan ya.Apalah nak jadi dengan Khay ni.Berubahlah Khay.Buangkan saja perasaan dendam tu.Tak akan bawa ke mana pun perasaan tu.
   “Kau dengan Hadif macam mana?” Soal Camelia.Khay memandang wajah Camelia sambil menjungkit bahu.

     Khay sudah tidak tahu bagaimana cara nak menambat kembali hati Hadif Fakhri yang sudah tertutup baginya.Hadif pula tak habis-habis halaunya setiap kali dia ke Aspirasi.

    “Sorry sayang I dah gagal tolong you dapatkan projek tu.I dah cuba tapi Hadif langsung tak layan I.” Rengek Khay dengan manja sekali.Tan Sri Herman mengeluh dengan perlahan apabila Khay memeluk erat lengannya.

   “Tak mengapalah.I akan cuba dapatkan projek yang lain pula.”Luah Tan Sri Herman sambil melihat pokok-pokok yang di tiup angin.

   “You tak marahkan?” Soal Khay .
   “Kalau I marah tak ada la pula I bawa you datang holiday .”Ujar Tan Sri Herman sambil mengusap manja pipi Khay.Kalau ikutkan hati Khay mahu saja di tepis tangan itu namun di sabarkan saja hatinya.Demi misi membalas dendam Khay cuba mengukir senyuman paling manis buat Tan Sri.

   Huh kalau bukan sebab aku nak balas dendam pada kau tak ingin aku nak menggedikkan dengan kau.Sabar Khay.Orang tua ni pasti akan terima balasan di atas apa yang telah di lakukan pada aku dan keluarga aku.Lepas ni company dia akan jadi company aku balik.Gerutu Khay sambil mempamerkan senyuman plastik pada Tan Sri Herman.

   “Thanks sebab bawa I holiday.” Ujar Khay.Tan Sri Herman tersenyum pada Khay.
     Hadif Fakhri kenapa susah sangat kau nak bagi peluang untuk aku terus terang tentang aku kecurangan aku dulu.Aku terpaksa lakukan ini demi mendapatkan kembali harta yang sepatutnya menjadi milik aku kembali.Bersiap sedialah wahai Tan Sri Herman .Desis hati Khay .

    Kenapalah perlu ada sifat dendam dalam diri manusia di atas muka bumi ini.Kenapa manusia suka sangat mengikut hati dan perasaan.?

    “Khay..Oh ..Khay..” Camelia mencuit bahu Khay.
    “Kau ok tak ni? .Senyap dengan tiba-tiba je.” Camelia memandang Khay dengan pelik.
    “Aku ok lah.” Jawab Khay.

    “Are you sure.?” Soal Camelia.
    “Very sure.” Khay mengatur langkah menuju ke penyidai untuk menyidai tualanya yang lembab.
   “Ok .Errmm Khay aku nak keluar ni kau nak ikut tak?” Soal Camelia
    “Keluar ke mana?” Soal Khay.

     “Keluar jumpa buah hati akulah.”Camelia mengenyitkan matanya.

    “Kau sajalah yang keluar.Aku malas.Aku rehat saja dekat rumah.” Tambah Khay.Selepas itu Camelia terus melangkah keluar dari bilik Khay.Dia perlu bersiap-siap untuk keluar dating bersama teman lelakinya.

   Camelia memang begitu.Ada masa free saja mulalah dia keluar untuk berkepit dengan teman lelakinya.

Bersambung...

NotaTersepit :Sejak balik dari Shah Alam ni mood menulis dah terbang entah ke mana. Kalau semuanya berjalan dengan lancar BCIP akan siap bulan disember ini.Doakan ya kawan2..Lepas ni blh fokus pada AMB atau CST pula.. :D


Ingkar Cinta ~ teaser


“Apabila membicarakan soal jodoh ni, kita tak mampu untuk mengatakan dia jodohku atau dia bukan jodohku. Ianya rahsia Allah yang tak mampu kita rungkaikan. Seringkali cinta membawa kepada jodoh tapi kebanyakannya jodoh itu yang menghadirkan cinta. Bila dia bukan ditakdirkan untuk anta, maknanya Allah telah menyediakan seseorang yang terbaik menurut pandangan-Nya buat anta. Anta kena yakin dengan janji itu,” balas Ustaz Mustakim memujuk.
Zafran menghela nafas panjang. Wajahnya diraup.
“Ana yakin janji Allah itu pasti malah tiada keraguan pun dalam hati ana tentang itu tetapi hati ana ini rapuh sangat. Ana tak mampu lupakan dia walaupun sudah empat tahun ana tak jumpa dengan dia. Dia mengajar ana tentang cinta dengan caranya tersendiri. Dia banyak mengubah ana menjadi yang lebih baik. Ana sayangkan dia bukan sekadar seorang sahabat tetapi lebih daripada itu. Tetapi ana sedar, ana mungkin tak dapat bersama dengannya lagi…” luah Zafran dengan rasa sebak.
“Kalau begitu jadikan dia sebagai sahabat kerana persahabatan itu satu ikatan yang tidak boleh diputuskan begitu saja…”
“Malangnya, ana bukan sahabatnya lagi. Kesilapan yang ana lakukan dulu membuatkan dia memutuskan persahabatan kami. Ini hukuman yang ana perlu terima sebagai balasan mempermainkan perasaannya,” pintas Zafran.
Ustaz Mustakim terdiam. Lama dia menatap wajah keruh Zafran.
“Tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan, Zafran dan tiada orang baik yang tak punya masa lalu. Zafran yang ana lihat depan ana sekarang ini jauh berbeza dengan Zafran yang dulu. Inilah dikatakan ujian, Zaf. Dia sedang menguji sejauh mana keikhlasan anta dalam menghadapi cabaran yang diberikan-Nya. Ana harap anta dapat bersabar,” balas Ustaz Mustakim memujuk.
Zafran mendiamkan diri. Dia mengetap bibir. Memang dia sedang bersabar. Tidak guna dia menyalahkan takdir kerana yang nyata Wardah tetap tidak akan menjadi miliknya kerana dia tahu lumrah manusia lebih mengingati orang yang sering melukakannya daripada orang yang menyayanginya. Zafran redha tentang itu.
“Bukan ana tak cuba untuk lepaskan perasaan ini, ustaz. Malah berkali-kali ana cuba buang perasaan ini daripada hati dan fikiran ana tetapi semakin ana buang semakin kerap ia ganggu fikiran ana. Ana tak tahu apa lagi yang perlu ana lakukan agar cinta ana untuk dia dapat dihapuskan. Sakitnya hati ana hanya Allah yang tahu. Memang sakit apabila mencintai orang yang tak pernah mencintai kita sedangkan hati kita hanya menyebut nama dia,” balas Zafran setelah agak lama mendiamkan diri.
“Ana faham apa yang berlaku pada anta Zaf, cinta itu adalah unsur yang berasal daripada emosi dalaman manusia, ia tidak dapat dinafikan walaupun mampu disembunyikan. Ia tidak dapat diubah walaupun mampu dinasihati. Keteguhan terhadap cinta itu mampu mengubah sejarah tetapi tidak mampu mengubah takdir yang Allah tetapkan.” Ujar Ustaz Mustakim menasihati Zafran.
Simpatinya tertumpah saat melihat wajah Zafran yang muram. Sudah hilang sinar kebahagiaan pada wajah yang sentiasa tenang itu. Hanya kerana cinta manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Detik hati Ustaz Mustakim.
Zafran menghela nafas panjang mengakui kata-kata Ustaz Mustakim di dalam hati.
‘Wardah, cinta ini sudah tertanam dalam hati, telah menyatu dengan jiwa malah telah bersatu dengan jiwa mengalir dalam aliran darahku sehingga melahirkan nafas cinta yang takkan pernah mati. Semoga kau bahagia buat selama-lamanya.’ Bisik hati Zafran.
....................................................................................................................................

WARDAH duduk tenang bersimpuh di atas bantal di ruang tamu rumahnya sambil sabar menunggu ketibaan pengantin lelaki. Sesekali kakaknya mengelap peluh yang memercik di dahi Wardah. Dia tersenyum pada Kak Wardeena yang berada di sisinya.
“Ada, kenapa Emir ni lambat sangat? Patutnya dah sampai ni…” keluh Kak Wardeena sambil menjeling jam di tangan.
Wardah tersenyum hambar. Hatinya gelisah mengenangkan bayang Emir Rehan yang tak kunjung tiba. Ramai tetamu yang sudah berbisik-bisik bertanyakan kelewatan Emir Rehan tetapi tiada apa yang boleh dilakukan selain berdoa agar perjalanan Emir Rehan selamat.
Tadi ayahnya sudah menelefon Encik Husin malah katanya mereka sekeluarga sudah dalam perjalanan dan sepatutnya mereka sudah sampai ke sini. Tetapi kenapa sampai sekarang masih belum muncul? Soal hati Wardah.
Tiba- tiba, kelihatan Puan Syifa yang berada di luar rumah berlari-lari anak mendapatkan Wardah yang masih setia menanti. Dia melihat Puan Syifa menangis lantas Wardah berdiri.
“Ada, Ada, Emir!” Jerit Puan Syifa termengah-mengah.
Hati Wardah mula dipagut resah lantas dia terus memegang lengan Puan Syifa dan cuba menenangkan Puan Syifa yang kelihatan termengah-mengah.
“Kenapa dengan Emir, ibu?” Soal Wardah kegelisahan. Suasana dalam rumah Wardah menjadi tegang. Semua mata memandang Wardah dan Puan Syifa.
“Emir, Emir, Ya Allah, macam mana ibu nak cakap ni….” keluh Puan Syifa sambil meraup wajahnya.
“Ibu, bawak bertenang. Apa dah jadi pada Emir? Mana Emir ibu? Patutnya Emir dah datang. Emir tak apa-apakan ibu?” soal Wardah cuba menyakinkan hatinya bahawa tiada apa-apa yang berlaku pada Emir Rehan.

Sabtu, 23 November 2013

PENGUMUMAN!!!

TEMPAHAN untuk mini novel kedua SK ( JIKA BENAR KAU CINTA ) sudah DIBUKA sekarang... Ada sesiapa yang berminat x? hihi..Sesiapa BERMINAT boleh berikan NAMA dan NO.TEL untuk tempahan terlebih dahulu sebab terhad kepada 100 buah sahaja...HARGA akan dimaklumkan kemudian...boleh PM SK di FB ataupun beri nama dan no phone kat email mujahidah_khadijah25@yahoo.com


Rabu, 20 November 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 29 @ INDAH ANUGERAH CINTAMU

Assalamualaikum u oll..

Sambungan bab seterusnya bcip.Bab ini pula si Hani tak nak mengaku perasaannya pada Hayyan sebaik saja di soal oleh Mamanya..Yang pasti satu hari nanti Hani akan menyesal kerana tidak mengaku dan akan berdendam dengan seseorang yang dia memang tidak suka.Terima kasih singgah dan baca...



                           






BAB DUA PULUH SEMBILAN




     HAYYAN Azri termenung di  pejabatnya.Kerja yang menimbun di atas meja langsung tidak di usik.Fikirannya melayang .Hayyan tersenyum sendirian.Tidak sangka pulang saja Malaysia dia akan bertemu kembali dengan Reen.

    “Ish Hayyan kau ni pun satu hal bukan nak minta nombor telefon dia.Kalau dapat nombor telefon dia kan senang sikit.” Hayyan menepuk dahi.Dia langsung tidak ingat tentang nombor telefon.

   Hayyan menyalahkan diri sendiri.Kalau tak sudah tentu dia dapat berjumpa semula dengan Reen.Ini entah bila pula dia akan bertemu dengan Reen.
   “Hello bro..Jauh mengelamun.” Terjengul muka Hadif di muka pintu.Terperanjat Hayyan tengok Hadif di pejabatnya.

   “Eh bila masa kau sampai Hadif?” Soal Hayyan.
   “Kau tu berangan tak ingat dunia.Aku ketuk pintu bilik kau pun tak sedar jadi aku masuklah hendap kau dekat dalam ni.”Jawab Hadif dengan selamba.

   “Buruk punya perangai menghendap orang.” Tingkah Hayyan dengan selamba.Hadif hanya tersengih lalu masuk ke dalam dan menarik kerusi lalu duduk di hadapan Hayyan.

   “Kau free tak?Jomlah pergi lunch sekali.Jauh tahu aku datang ke mari semata-mata nak lunch sekali dengan kau.” Ujar Hadif sewaktu menilik jam di pergelangan tangan yang sudah berginjak ke angka satu tengahari.

  “Free tak la juga .Kerja aku berlambak dekat atas meja ni.Perut pun nak kena isi dulu ni.Kalau tak aku tak boleh buat kerja dengan tenang.Kau nak pergi makan mana?” Soal Hayyan sambil menyusun fail yang berselerak di atas mejanya.
   Hadif berfikir sejenak.

  “Dekat tempat biasalah.Ok?” Soal Hadif .Keningnya sudah terangkat .Hayyan menganggukkan kepala tanda setuju.

   “Ok boleh je.Aku pun dah lama tak makan dekat favourite kita.” jawab Hayyan lalu bangun dari kerusinya.

   “Bro kau belum cerita lagi dengan aku pasal Khay?” Soal Hayyan sewaktu mereka berdua sedang menjamu selera.

  “Pasal Khay?Pasal apa?Bukan menarik pun.” Tingkah Hadif dengan selamba.Kalau boleh memang dia mahu mengelak dari di ajukan soalan tentang Khay kerna dia sememangnya tidak suka.Baginya Khay sudah tidak ada dalam kamus hidupnya.

  “Ye la, dia datang cari kau dengan tiba-tiba.Dia nak rujuk balik dengan kau eh?” Usik Hayyan.Hadif berhenti menyuapkan nasi ke dalam mulut.

   “Rujuk apa ke bendanya, tak nak aku dengan perempuan macam tu.Perempuan macam tu tak layak untuk di jadikan isteri.Kau ni suka sangat tanya Khay kau terpikat dekat dia ke Hayyan?” Soal Hadif.Terangkat keningnya.

   Tak kan Hayyan suka Khay kot.Agak-agaklah Hayyan kalau nak tersuka pada perempuan seperti Khay yang langsung tidak tahu menghargai cinta.

  “Kau gila.Bagi free pun aku tak nak tahu.Baik aku cari orang lain.Minta jauhlah dari si Khay tu.” Tingkah Hayyan lalu di gelengkan kepalanya berkali-kali.

   “Haa tau pun kau.Kau tak nak aku ni berjuta kali tak nak tahu.” Balas Hadif dengan selamba.
   “Kau tak nak cari pengganti ke Hadif.” Soal Hayyan sebaik saja selesai menghirup air minumannya.

   “Entahlah.Sekarang ni aku tak rasa nak cari pengganti.Hati aku ni belum terbuka lagi untuk terima mana-mana perempuan.” Jawab Hadif sambil menguis-nguis nasi di dalam pinggannya.

   Bukan kerana dia fobia dengan perempuan atau disebabkan kecurangan Khay tetapi sejak putus tunang hati Hadif sudah tertutup untuk mana-mana gadis.Bukan dia tidak tahu ada yang cuba mendekatinya namun Hadif tidak melayan.Hadif menjadi lebih berhati-hati dalam mencari pasangan.

  Siapa yang tidak mahu kahwin.Setiap orang mengimpikan sebuah perkahwinan yang boleh memberikan kebahagiaan begitu juga dengan Hadif.Buat masa ini hatinya belum di takluki oleh mana-mana perempuan.Yang pasti dia tidak suka perempuan yang menipunya.Perkara itu memang pantang sekali buat dirinya.Perkara itu juga menjadikan benda paling utama dalam sesebuah hubungan.

    HANI duduk bersantai di luar rumah pada petang itu.Hani sedang memikirkan siapakah gadis yang di jumpainya hari itu.Macam mana abang Hayyan nya boleh kenal perempuan itu.Setahu Hani abang sepupunya itu susah juga untuk dekatkan diri dengan perempuan.

   “Siapa Reen sebenarnya?Kenapa abang Hayyan layan dia mesra je aku tengok.” Soal Hani sendirian .

   “Hani kamu buat apa dekat luar ni?” Soal Datin Khadijah yang baru muncul.Dia mencari kelibat anak bongsunya dari tadi lagi, rupa-rupanya duduk terconggok dekat sini.

  “Ambil angin mama.”Jawab Hani sambil tersenyum kepada mamanya yang sudah pun melabuhkan punggungnya di kerusi hadapannya.

   “Hani ada nak share dengan mama something ke?” Soal Datin Khadijah.Melihat wajah anak bongsunya dua sudah tahu pasti ada yang tidak kena antara mereka.

  “Eh mana ada mama.Hani ok saja Cuma rasa bosan sikit.”Jawab Hani.
   “Mama cari Hani dari tadi lagi.Ada hal sikit mama nak cakap dengan Hani.” Tingkah Datin Khadijah.Hani menaikkan keningnya.

   “Ada hal apa mama?Penting ke?” Soal Hani dengan teruja lalu membetulkan anak rambutnya yang jatuh menjuntai mengenai matanya.

  “Mama nak tanya sesuatu ni jadi mama nak Hani jawab dengan jujur dengan mama ok.” Hani sudah tidak senang duduk.

   “Ya mama.Hani akan jawab dengan jujur.”Balas Hani sambil tersenyum walaupun hatinya gelisah.

   “Hani suka Hayyan ke?” Soal Datin Khadijah.Sudah lama dia ingin bertanya pada anaknya.Terkejut Hani mendengar pertanyaan dari mamanya.

    Aduh apa aku nak jawab ni.Kalau aku cakap ya  nanti malu pula.Kalau cakap tak nanti aku menipu diri aku sendiri pula.Hani menggarukan kepalanya.

   “Mama tanya ni sayang.Mama bukan marah pun.Just tanya saja.” Tingkah Datin Khadijah sambil mengusap pipi anak bongsunya.

   “Mama memanglah Hani suka dengan abang Hayyan diakan sepupu Hani  dan juga abang Hani.” Jawab Hani.

    Sah Hani cakap bohong.Bukan ke dia memang menyimpan perasaan sayang pada abang sepupuna itu.

   “Baguslah kalau macam tu.Lega hati mama dengar.Ya la kamu berdua dan seperti adik beradik dah, tetapi kalau memang kamu berdua berjodoh mama dengan papa tak akan halang.Kalau Hani sayangkan Hayyan lebih Hani kena terus terang.Jangan simpan sorang-sorang.Susah nanti.Kalau suka mama dengan papa boleh bincang dengan abang Hayyan kamu” Ujar Datin Khadijah.Hani tersenyum lega.Masih ada peluang untuknya.Kalau mereka berjodoh mama dan papanya tidak akan menghalang.

   Kenapa Hani tidak mahu berterus terang saja perasaannya pada Hayyan pada ketika ini.?
   “Mama Hani kan masih belajar lagi.Kalau Hani nak kahwin pun lepas habis belajar nanti.Mama suruh abang Hadif dulu yang kahwin eh.” Hani sudah tersengih penuh makna.Sengaja menukar topik.Datin Khadijah sudah menggelengkan kepala.

   “Soal abang Hadif tu mama dan papa akan uruskan.Mama tahu abang kamu tu sibuk dengan kerja jadi mama dan papa dah carikan calon untuk dia.Cuma nanti tunggu jawapan dari abang kamu dan juga gadis itu.”Jawab Datin Khadijah.

   “Mama siapa calon mama tu?Hani kenal ke?” Soal Hani dengan teruja.Wah abang aku kahwin pilihan mama dengan papa lah ni.Excited pula.Desis hati Hani .Dia sudah membayangkan abangnya naik pelamin.

   “Mama dan papa dah ada calon.Abang kamu pun kenal dia.Mama suka dekat perempuan tu sebab dia jujur.Dia bukan seperti Khay.” Balas Datin Khadijah lagi.

   “Siapa nama dia mama?” Soal Hani dengan teruja.Tidak sabar ingin mengetahui siapakah gerangan yang menjadi pilihan mama dan papanya.

   “Ermm nama dia Re…”
    “Tok ma…Tok pa..” Jerit Syarif yang baru saja keluar dari pintu kereta.Datin Khadijah tidak sempat memberitahu nama gadis pilihannya.

  Datin Khadijah dan Hani menoleh dengan serentak sebaik saja mendengar suara Syarif.Hani sudah tersenyum melihat wajah anak buahnya yang berlari-lari mendapatkannya.
   “Syarif jangan lari.” Tegur Syahiran pada anak lelakinya.

   “Eh cucu tok ma dah sampai.” Ujar Datin Khadijah lalu memeluk Syarif sebelum menghadiahkan ciuman di pipi Syarif.

   ROMBONGAN dari pihak lelaki sudah pun bersedia untuk pulang.Hari ini majlis pertunangan antara Safi dan Zuhairi berjalan dengan lancar sekali.Safi kini sudah menjadi tunang Zuhairi dan tidak lama lagi mereka akan bergelar suami isteri pula.

   Safi yang mengenakan baju kurung berwarna biru muda.Sungguh ayu dan anggun sekali pada hari ini.Reen turut gembira kerana majlis pertunangan Safi sudah selamat di jalankan.Safi dan keluarganya melambaikan tangan kepada tiga buah kereta yang datang pada hari ini.

   “Alhamdulilah semuanya dah selesai bang.”Ujar Mak Timah dengan senyuman.Pak Leh yang berada di sisi isterinya tersenyum.

   “Alhamdulilah.Marilah kita naik.Safi , Reen mari naik makan dulu.” Ujar Pak Leh lalu melangkah menuju ke tangga.

  “Tahniah Safi kau dah bertunang dengan Zuhairi.Serius kau cantik sangat hari ni.” Ujar Reen lalu mencuit pipi Safi.Sengaja nak mengusik Safi.

   “Terima kasih.Alhamdulilah.Ini baru selamat bergelar tunang orang Reen lepas ini dalam perjalanan menuju bergelar isteri orang pula.”Balas Safi dengan gembira.Wajahnya sungguh ceria sekali.

   “Jom makan.Aku laparlah.Tengok rombongan lelaki makan tadi kemain lagi aku terliur tahu.”Ujar Reen lalu di usap perutnya yang sudah berbunyi.

   “Kenapa kau tak makan tadi?”Soal Safi dengan pelik.Sewaktu rombongan lelaki dalam perjalanan tadi Safi sudah menyuruh Reen makan.

    “Aku segan.Aku nak makan sekali dengan kau.” Jawab Reen sambil tersengih.
   “Ah poyolah kau.Segan konon.Sejak bila kau segan nak makan.Setahu aku kau kalau makan kemain laju.” Bidas Safi pula sewaktu mereka berdua mendaki tangga.

   “Sejak kau bertunang hari ni.” Jawab Reen dengan selamba.
    “Amboi sajalah kan nak kenakan aku.Dah jom kita pergi melantak dulu.” Safi sudah pun melangkah menuju ke ruang makan di ruang tamu rumahnya.

    Petang itu Reen dan Safi berjalan-jalan di tepi pantai .Tiap kali mereka balik kampung memang wajib untuk mereka berdua berjalan sekitar pantai menghirup udara dan juga melihat keindahan alam.

    “Reen aku terlupa nak tanya kau .Hari tu datin ajak kau keluar ke mana?” Soal Safi sewaktu mereka berdua sedang duduk di atas kayu besar yang tersadar di atas pasir pantai.

    “Datin ajak aku keluar minum sambil bersembang.”Jawab Reen dengan jujur.

    “Korang bersembang apa?Pelik aku?Dulu waktu Aida jadi setiausaha Datuk tu tak ada pula Datin datang ajak Aida pergi minum .Dia tak datang sangat office tapi bila kau jadi setiausaha Tuan Hadif aku tengok Datin tu selalu la jengguk office.Musykil aku.” Balas Safi dengan pelik.

   Mahu tak pelik.Sebelum ni mana pernah datin datang ke pejabat dan mengajak staff untuk keluar bersamanya.

    Reen menoleh pada Safi lalu berdiam diri.Selepas itu Reen asyik merenung awan biru di langit dan juga deruan ombak memukul pantai .Soalan dari Safi tidak di jawab.

Bersambung...

NotaTersepit : Apa perbincangan antara Reen dan datin Khadijah bakal terjawab dalam bab 30 minggu hadapan.Tunggu ya.Hujung bulan ini cik writer akan kembali semula ke ipoh untuk meneruskan urusan yang tergendala.InsyaAllah entry akan sentiasa di update seperti biasa demi u oll.Hehehhe..:D


Jadikan Aku Yang Kedua ( Bab 30 ) ~ Last Entry


“KENAPA baru sekarang umi perasan pasal diari ni? Kalaulah umi dapat dahulu diari ni, pasti semua ini takkan jadi serumit ini…” keluh Hajah Latifah sambil tangannya memeluk diari usang milik arwah Waheeda.
Selepas membaca coretan tangan daripada anak sulungnya itu barulah Hajah Latifah sedar yang anaknya itu terlalu menderita Cuma penderitaan itu disembunyikan daripada pengetahuan semua orang. Sekarang semunya sudah terbongkar. Mampukah untuk dia merealisasikan impian terakhir Waheeda untuk menjadikan Wazirah sebagai ganti untuk menjaga cucu-cucunya?
Haji Lokman hanya mendiamkan diri. Ayah mana yang tak sedih apabila mengetahui isi hati anaknya selepas tubuh anaknya itu sudah dimamah bumi? Tipulah jika dia mengatakan yang dia sedikit pun tidak tersentuh dengan luahan hati Waheeda. Namun, takdir Allah sudah tertulis mampukah dia untuk mengingkarinya?
“Umi setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Mungkin kakak pun nak kita tahu semuanya selepas dia tak ada. Mungkin dia tak nak kita sedih bila kita tahu dia menderita,” ucap Wazirah bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
“Tapi permintaan dia tu terlalu berat untuk kita tunaikan. Kalau Thaqif belum berumah tangga pasti senang untuk kita turuti permintaan terakhir dia itu tapi sekarang ni Qif dah ada isteri dan umi yakin isteri Qif tu takkan setuju kalau Qif kahwin dengan Wawa,” balas Hajah Latifah.
Wazirah tersentak. Lama matanya terpaku pada laman wajah Hajah Latifah. Apa maksud umi ini? Detik hatinya.
“Umi, Wawa tak pernah terfikir nak kahwin dengan Abang Qif. Cinta kakak pada Abang Qif dan cinta Abang Qif untuk kakak tak mampu untuk Wawa gantikan walaupun muka Wawa seiras dengan kakak,” bantah Wazirah.
Hajah Latifah terkedu. Dia memandang wajah Wazirah yang begitu tegas dengan pendiriannya.
“Wawa sedar tak apa yang Wawa cakapkan ni?” soal Hajah Latifah dengan wajah yang sudah berubah merah. Menahan rasa marah dengan sikap acuh tak acuh Wazirah.
“Sedar. Memang Wawa sedar umi. Wawa sedar yang Wawa takkan mungkin dapat menggantikan tempat kakak dalam hati Abang Qif. Kalau isterinya sendiri tidak mampu untuk membuatkan Abang Qif lupa pada kakak apatah lagi Wawa kan? Cinta dan kesetiaan Abang Qif pada kakak terlalu tinggi, umi sampaikan tiada mana-mana perempuan yang dapat merobohkan cinta dan kesetiaan itu,” balas Wazirah sambil menundukkan wajah.
Hajah Latifah terdiam seketika. Nafasnya dihelakan perlahan sebelum dia memandang sekilas pada suaminya yang lebih suka mendiamkan diri.
“Tapi Wawa lebih sesuai untuk mendidik Dani dan Dania. Kakak pun percayakan Wawa untuk jaga anak dia dan umi rasa Qif juga akan setuju apatah lagi Wawa ni kembar Wahi pasti kerinduan dia pada Wahi akan terubat bila Wawa sentiasa berada di samping dia,” pujuk Hajah Latifah lagi.
Wazirah kian gelisah dengan kata-kata Hajah Latifah. Hatinya menjerit tidak setuju dengan kata-kata Hajah Latifah tetapi bibirnya bagaikan digam untuk menidakkan permintaan ibunya. Terbayang wajah Nuha yang lembut di hadapan mata. Walaupun usia gadis itu masih mentah tetapi gadis itu tetap tabah berusaha untuk menjadi seorang ibu yang sempurna. Hal itu makin membuatkan Wazirah yakin yang dia takkan pernah mendapat tempat dalam hidup Thaqif.
“Wawa tak nak bina kehidupan atas kesedihan dan penderitaan orang lain. Abang Qif dah berkahwin dan dia sendiri yang pilih perempuan yang layak untuk ganti arwah kakak dan Wawa rasa itu sudah cukup. Tak perlulah kita kacau rumah tangga dia orang,” akhirnya Wazirah membuka mulut.
“Wawa! Wawa tahu tak semua ini kehendak kakak! Umi tak rasa yang isteri Qif tu sesuai untuk mendidik cucu-cucu umi. Wawa lebih layak bukan dia dan umi rasa kalau Qif baca permintaan terakhir isterinya ini pasti dia setuju. Umi yakin!” ujar Hajah Latifah penuh keyakinan.
“Ifah, jangan terlampau memaksa. Ini soal masa depan Wawa. Jangan dibuat main,” tegur Haji Lokman lembut.
“Umi, Wawa tahu umi sayangkan Abang Qif. Dia menantu kesayangan umi tapi kita tak boleh bermain dengan kehidupan dia, umi. Dia berhak tentukan masa depan dia sendiri. Dia dah pilih Nuha jadi kita kena terima. Wawa tak sanggup nak rampas kasih sayang Abang Qif dengan cara sebegini. Wawa balik ke Malaysia ini nak jenguk umi dan abi. Nak kenal dengan anak-anak saudara Wawa bukannya nak merumitkan fikiran Wawa,” balas Wazirah masih lagi teguh dengan pendiriannya.
Hajah Latifah mendengus marah. Dia paling tak suka jika kata-katanya dibantah. Inilah beza antara Wazirah dan Waheeda. Wazirah lebih suka membantah dan membangkang cakapnya, berbeza pula dengan Waheeda. Anaknya itu lebih suka menuruti segala kemahuan malah anaknya itu tidak pernah sekali pun membangkang kata-katanya.
“Ikut suka kamulah, Wawa. Tapi umi tetap nak bincangkan perkara ini dengan Qif. Sekurang-kurangnya Qif perlu tahu apa yang Wahi nak sampaikan pada dia. Kalau Qif setuju nak kahwin dengan kamu, umi nak kamu juga terima keputusan ni!” tegas Hajah Latifah tanpa sempat memberi Wazirah peluang.
“Umi!”
“Ifah!”
Wazirah dan Haji Lokman menjerit serentak. Wazirah bingkas bangun. Dia rasa perbincangan antara dia dan Hajah Latifah tidak akan berkesudahan.
“Ifah, awak perlu redha dengan apa yang berlaku pada keluarga kita. Jangan terlampau memaksa kalau kita tak tahu apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Mungkin jodoh untuk Qif jadi menantu kita hanya setakat ini saja, jadi awak kenalah terima ketentuan Allah. Cara awak memaksa Wawa menunjukkan awak tak redha dengan apa yang berlaku sedangkan keredhaan itu amat penting dalam hidup kita, Ifah.” Nasihat Haji Lokman.
“Bukan Ifah tak redha, bang. Tapi Ifah rasa nasib cucu-cucu kita lebih baik kalau Wawa yang gantikan tempat Wahi. Ifah tak percayakan isteri baru Qif tu untuk didik cucu-cucu kita. Dia tak layak!” jawab Hajah Latifah selamba.
“Astaghfirullah-al-azim, siapa awak untuk mengatakan yang dia tak layak? Awak kena ingat tiada satu pun yang terjadi atas dunia tanpa keizinan-Nya. Daun yang nak gugur ke bumi pun atas izin-Nya inikan pula hal hidup dan jodoh seseorang. Cuba awak bawa muhasabah diri. Jangan diikutkan sangat rasa tak puas hati awak tu. Bawa isghtifar banyak-banyak,” sambung Haji Lokman lagi.
Wazirah terduduk kembali. Dia tersenyum mendengar nasihat yang dilontarkan oleh Haji Lokman yang ternyata berpihak padanya.
“Abang ni kenapa? Dulu bukan abang ke yang tak suka isteri Qif yang baru tu? Sekarang abang nak sebelahkan dia pulak…” rungut Hajah Latifah sambil menarik mulut muncung.
“Abang bukan nak sebelahkan sesiapa. Memang dulu abang terkilan sebab Qif tak pilih Wawa untuk jadi pengganti arwah tapi taklah sampai abang nak membenci isteri Qif tu. Abang redha kalau itulah pilihan Qif yang terbaik buat dia dan cucu-cucu kita. Sejak Qif kahwin, abang tengok Qif tu dah boleh tersenyum semula. Anak-anak dia pun lebih terurus. Tak pernah pula abang dengar yang isteri Qif tu dera cucu-cucu kita, makin gemuk adalah cucu-cucu kita tu,” jawab Haji Lokman cuba menyedarkan isterinya itu.
Hajah Latifah merengus. Dia tetap tidak berpuas hati dengan kata-kata Haji Lokman. Dia tetap dengan keputusannya untuk menjodohkan Wazirah dengan Thaqif.
“Betul tu, umi. Wawa pernah jumpa isteri Qif. Memang dia seorang yang baik dan lemah lembut. Cara dia layan Dani dan Dania pun Wawa tak nampak pun cacat celanya malah sayang dia pada Dani dan Dania macam anak sendiri. Wawa kagum dengan Nuha. Dalam usia muda macam tu dia boleh pikul tanggungjawab seberat macam ni,” puji Wazirah dengan penuh rasa kagum.
Hajah Latifah tidak membalas sebaliknya hanya cebikan yang terzahir di bibirnya. Sakit telinganya mendengar pujian yang cukup menyakitkan hati itu.

PUAN Aminah tersenyum melihat anak gadisnya yang termenung di sofa. Walaupun tangan gadis itu bergerak-gerak mengelus lembut rambut Dania tetapi fikiran anaknya itu entah melayang ke mana. Mungkin rindukan Thaqif. Detik hati Puan Aminah lalu dia mengorak langkah menghampiri Nuha.
Peha Nuha ditepuk lembut sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Nuha. Wajah terkejut Nuha membuatkan Puan Aminah ketawa kecil. Memang jauh menung anak aku ni. Desis hati Puan Aminah.
“Jauhnya anak mak ni termenung. Ingatkan encik suami ke?” perli Puan Aminah sambil ketawa kecil.
Nuha menarik muka. Dia menggaru pipinya yang terasa gatal. Rasa malu menyapa apabila perbuatannya ditangkap oleh Puan Aminah.
“Mana ada Nuha termenung. Nuha tengah fikir nak sambung belajar dekat mana,” jawab Nuha petah memberi alasan.
“Eleh, dengan mak pun nak tipu. Mak yang mengandungkan Nuh sembilan bulan tau, mak jugak yang lahirkan Nuha jadi mak tahu sangat perangai anak mak yang sorang ni. Bukan fikir pasal sambung belajar tapi fikir pasal Qif kan?” teka Puan Aminah lagi sambil memandang wajah anak gadisnya itu.
Wajah Nuha mula berona merah. Ish, mak ni macam tahu-tahu je aku tengah teringatkan Thaqif. Ketara sangat ke aku rindu dekat dia? Soal hatinya pula.
“Mana ada, mak. Nuha okey ni…” ucap Nuha sambil tersengih membariskan giginya yang tersusun rapi.
Puan Aminah hanya ketawa melihat gelagat anaknya itu. Rambut Nuha yang hitam pekat dibelai lembut.
“Mak, apa pendapat mak tentang Abang Qif?” soal Nuha setelah agak lama mendiamkan diri. Tubuh Dania diangkat lalu diletakkan di atas pehanya.
“Pendapat tentang apa pulak? Okey je mak tengok suami kamu tu,” balas Puan Aminah sambil merenung wajah Nuha.
“Yelah, okey. Apa-apalah pendapat mak tentang Abang Qif. Mak suka tak Abang Qif jadi menantu mak?” soal Nuha lagi.
Puan Aminah terdiam seketika. Dia memicit dahi cuba mengingati sesuatu.
“Mak tak suka…” balas Puan Aminah dengan wajah yang sengaja diseriuskan.
Nuha tersentak. Wajahnya berubah kelat. Dia cuak tiba-tiba.
“Mak tak suka?”
Puan Aminah mengulum senyum. Dia mengerling pada wajah Nuha yang keruh. Baru gertak dan menggelabah anak aku ni. Bisik hati Puan Aminah.
“Mak tak suka kalau dia tak jadi menantu mak….” Ucap Puan Aminah dengan ketawa lepas.
Nuha mengerutkan kening namun tidak lama selepas itu dia juga turut ketawa apabila otaknya sudah dapat menangkap apa yang ingin dikatakan oleh Puan Aminah. Mak ni buat saspen aku je. Detik hatinya.
“Mak ni saja je tau buat Nuha lemah semangat. Ingatkan mak memang tak suka Abang Qif…” balas Nuha sambil menepuk lembut peha ibunya itu.
“Memang mulanya mak was-was bila Nuha cakap Nuha nak kahwin. Dengan duda anak dua pulak tu. Mak mana yang tak risau dengan masa depan anaknya kan? Tapi kehendak Nuha takkan mak nak halang pulak tapi bila mak kenal dengan Qif dengan ibu Qif mak tak rasa rugi terima pinangan ini untuk Nuha. Lagipun mak tahu Nuha mesti sayangkan Qif kan?” ujar Puan Aminah lembut.
Nuha menganggukkan kepalanya. Sayang sangat, mak. Dia cinta pertama Nuha. Detik hatinya.
“Bila dia datang selamatkan kita tempoh hari, hati mak bertambah yakin yang dia akan jaga anak mak dengan sebaik-baiknya jadi mak tak kisah kalau Allah jemput mak bila-bila masa saja sebab mak tahu anak mak ni dah boleh hidup bahagia dengan suami dan anak-anak yang comel ni,” ucap Puan Aminah sambil mencubit pipi Dani yang sedang mencuba untuk berdiri.
Terharu hati Nuha mendengar kata-kata Puan Aminah. Lantas, dia memeluk bahu Puan Aminah. Sebuah ciuman kecil hinggap di pipi Puan Aminah.
“Mak jangan cakap macam tu. Nuha ada untuk jaga mak.”
Puan Aminah menggelengkan kepala.
“Tanggungjawab Nuha pada mak dah habis. Sekarang tanggungjawab Nuha pada suami Nuha. Bila Qif balik daripada camping nanti, mak nak balik rumah mak semula. Lagipun lelaki tu dah kena penjara. Tak ada siapa lagi yang boleh kacau mak,” ucap Puan Aminah sambil mengelus lembut kepala anak perempuannya itu.
“Tak payahlah mak balik ke rumah tu lagi. Mak tinggal jelah dengan Nuha. Nuha yakin Abang Qif pun suka kalau mak tinggal dekat sini,” bantah Nuha sambil menggenggam tangan ibunya.
Puan Aminah tersenyum lebar.
“Kamu dah berumah tangga, takkanlah mak nak kacau daun pulak. Biarlah kamu berdua ada privasi lagipun kamu tak payah risau pasal mak. Kalau mak bosan, mak boleh jalan-jalan kat rumah kakak-kakak kamu tu. Nuha tak payah risaulah ya,” ucap Puan Aminah cuba menyakinkan Nuha.
Nuha mengeluh berat. Lama dia menatap wajah Puan Aminah.
“Baiklah kalau itu yang mak nak tapi biar Nuha tanya Abang Qif dulu. Kalau Abang Qif setuju mak pindah rumah lama, mak boleh pindah tapi kalau Abang Qif tak setuju, mak kena duduk dengan Nuha, tau…” balas Nuha.
Puan Aminah ketawa kecil. Dia menarik hidung Nuha.
“Yes, mem!” ucap Puan Aminah. Mereka berdua ketawa akhirnya.

THAQIF memandang unggun api yang berada di hadapan mata. Jam sudah menunjuk ke angka sebelas, namun matanya masih lagi segar. Hari ini merupakan malam pertama dia berada di dalam hutan dengan pelajar-pelajar yang menyertai pasukan pengakap. Walaupun baru sehari tetapi dia rasakan masa bagaikan tidak bergerak. Telinganya asyik terngiang-ngiang suara Nuha yang gemersik.
“Saya takut saya akan rindukan awak…” gemersik suara itu mengganggu fikiran Thaqif lantas mengacau jiwanya.
‘Kenapa dengan kau ni, Qif? Baru beberapa jam kau tinggalkan dia, takkan dah rindu kut?’ soal hatinya menyentakkan Thaqif.
Thaqif mengeluh berat. Wajahnya diraup. Lama dia merenung api yang sedang marak itu. Namun, tidak semena-mena muncul wajah Nuha yang tersenyum manis daripada dalam api tersebut.
“Ya Allah!” Thaqif terjerit kecil. Hampir dia terjatuh daripada kerusi yang didudukinya kerana terkejut. Dia menggosok-gosok matanya yang bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Dia membetulkan duduknya sebelum menarik nafas lega apabila apa yang dilihatnya adalah khayalan semata-mata. Dia menepuk dahinya sendiri.
“Kau dah angau, Qif. Kes kau dah berat ni!” omel Thaqif sendirian.
Dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya. Gambar skrin tersebut direnung sebelum dielus lembut. Jika dahulu gambar Waheeda yang menjadi penghias skrin telefonnya tetapi entah kenapa sejak kebelakangan wajah Waheeda sudah mula menghilang daripada kotak fikirannya. Hanya yang tinggal sebujur wajah yang cukup lembut menemani hari-harinya.Thaqif tersenyum lagi.
‘Nuha…Nuha Saqeena…’ desis hatinya.
Tiba-tiba, nama Nuha terpapar di skrin telefon. Thaqif tersentak. Dadanya bergetar secara tiba-tiba lalu dengan pantas di menekan punat jawab.
“Assalamualaikum…” ucap Thaqif cuba mengawal nada suaranya agar tidak bergetar.
“Waalaikummusalam, awak buat apa tu?” Suara lembut Nuha bertanya.
Thaqif melekap tangannya ke dada. Dup dap, dup dap. Bunyi jantungnya. Ya Allah kenapa pula dengan jantung aku ni. Selama ni dia ada depan mata, tak ada mula rasa macam nak meletup. Haih, dah tak betul agaknya aku ni. Detik hati Thaqif.
“Awak…awak ada tak tu?” soal Nuha menyedarkan Thaqif.
“Aaa..ada..saya ada ni…” balas Thaqif dengan suara yang bergetar. Haih, suara ni takkan dah gagap kut. Bebel hati Thaqif lagi.
“Awak tak tidur lagi?” soal Nuha lembut.
Thaqif mengetap bibir. Dia menggelengkan kepala tanda jawapan. Bibirnya bagai terkedu untuk menjawab tiap soalan yang diajukan oleh Nuha. Tiba-tiba saja dia bagaikan terkelu untuk bercakap panjang dengan gadis itu.
“Awak…awak tak suka ke saya telefon ni?” soal Nuha lagi apabila soalanya tidak dijawab oleh Thaqif.
Thaqif tersentak.
“Eh, saya suka…”
Tut! Tut! Tut!
Talian terputus. Thaqif terkebil-kebil lalu dia memandang skrin telefonnya yang sudah kelam. Dia membuka kembali telefon bimbitnya. Nombor telefon Nuha didail berkali-kali tetapi sayangnya tetap gagal. Thaqif mendengus.
“Alah, kenapa tak dapat pulak ni?” Thaqif mula tidak keruan.
Matanya kemudiannya memandang di sudut atas telefonnya. Dia menepuk dahi apabila line telefonnya kosong.
“Patutlah mati tak ada coverage. Time inilah line nak buat hal pulak…aduhhh…” Thaqif gelisah. Dia menggoncang-goncang telefon bimbitnya bersama langkah yang ke hulu dan ke hilir. Tangannya pula diletakkan di dahi. Lagak gayanya persis seperti dilanda masalah yang besar.
“Mesti dia terasa hati sebab aku tak jawab soalan dia tadi. Aduh, macam mana ni? Aku pun rindu nak bercakap dengan dia,” Thaqif bercakap sendirian.
Dia memandang ke sekeliling, kemudian matanya tertancap pada pokok yang meninggi. Tiba-tiba idea datang menerjah ke kotak fikirannya. Cermin mata yang disangkut di poket baju dikeluarkan sebelum disarungkan ke wajah. Dia tersenyum penuh makna.
Lalu, langkahnya diatur untuk mencari rangkaian. Dengan bertemankan lampu suluh, dia merayau-rayau di sekitar tapak perkhemahan untuk mencari tempat yang lebih tinggi. Mungkin apabila di tempat tinggi rangkaian lebih jelas. Fikir Thaqif.
Langkahnya terhenti di hadapan pokok rambutan yang merimbun. Di memandang pokok itu seketika sebelum dia menyuluh dahan pokok itu yang agak rendah. Dia tersenyum. Lalu tanpa berfikir panjang, Thaqif memanjat pokok tersebut dan duduk di celah dahan. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket seluar.
Dia tersenyum melihat line telefon yang penuh. Lalu, nombor telefon Nuha didail sekali lagi. Tidak sampai beberapa saat, taliannya bersambung. Thaqif tersenyum sendirian.
“Nuha, saya mintak maaf pasal tadi. Line tak berapa jelas dekat sini. Nuha tak tidur lagi ke?” soal Thaqif lembut.
Nuha sudah tersenyum di hujung talian. Hatinya yang pada mulanya terasa dengan sikap acuh tak acuh Thaqif akhirnya terubat juga apabila dapat mendengar suara Thaqif yang garau tetapi lembut itu. Jiwanya kembali berbunga-bunga.
“Saya tak boleh tidur…” jawab Nuha.
“Tak boleh tidur? Kenapa? Apa yang Nuha fikirkan?” soal Thaqif prihatin. Dia menggoyangkan kakinya yang terjuntai ke bawah. Sesekali tangannya menampar nyamuk yang mula menghinggap di lengan dan lehernya yang terdedah.
“Entahlah, mungkin saya rindukan orang kut. Sebab daripada tadi saya asyik fikirkan dia je…” ucap Nuha dengan senyuman yang mekar di bibirnya. Di fikirannya saat ini terbayangkan wajah Thaqif yang tersenyum manis.
Berderau darah Thaqif apabila Nuha menyebut tentang seseorang. Siapa agaknya yang dirinduinya tu? Soal hati Thaqif.
“Nuha rindu siapa?” soal Thaqif. Suaranya kedengaran tegang. Ranting rambutan dipatahkan lalu dicampakkan ke tanah. Cuba mengawal rasa cemburu yang menyelinap masuk ke dalam hatinya.
“Saya rindu dekat Taufiq…”
“Taufiq?!” pintas Thaqif dengan pantas. Hampir menjerit suaranya apabila mendengar nama Taufiq yang meniti di bibir Nuha. Apa kejadahnya rindu dekat adik aku? Bentak hati Thaqif. Tetapi tawa Nuha menghairankan Thaqif. Keningnya bercantum.
“Kenapa Nuha ketawa pulak ni? Kalau rindukan Taufiq pergilah telefon ibu, buat apa telefon saya,” rengek Thaqif seakan berjauh hati.
“Awak ni saya tak habis cakap tau. Saya rindukan Taufiq punya abanglah…” balas Nuha dengan tawa yang masih bersisa.
Thaqif terdiam sejenak sebelum bibirnya mengulum senyum. Hatinya kembali tenang dengan kata-kata Nuha. Dia menarik nafas lega.
“Taufiq ada abang ke?” Tanya Thaqif dengan nada gurauan.
Nuha ketawa kecil. Dia menggumam.
Hmmm…ada. Abang Taufiq tu kan…handsome orangnya tapi sayang egonya, masya-Allah kalah Gunung Everest,” balas Nuha mengikuti rentak Thaqif.
Thaqif ketawa lepas. Egokah aku? Soal hatinya.
“Mesti ada sebab kenapa abang Taufiq tu ego kan? Saya rasa abang Taufiq tu taklah ego sangat,” balas Thaqif membela abang Taufiq yakni dirinya sendiri.
“Dia tu dahlah ego. Keras hati pulak tu. Entah macam mana saya nak lembutkan hati dia lagi. Mungkin lepas saya tak ada, baru hati dia lembut kut,” balas Nuha dengan niat bergurau. Dia ketawa kecil.
Namun, senyuman Thaqif mati apabila Nuha menyebut perkataan ‘tak ada’. Inikah anggapan Nuha padanya selama ini? Sedangkan dia masih cuba untuk menyayangi gadis itu selayaknya. Cuma hatinya masih lagi rapuh, masih lagi keliru dengan rasa hatinya sendiri.
“Saya tak suka Nuha cakap macam tu…” suara Thaqif kembali tegang.
Nuha menggigit bibir. Alamak, dia dah marahlah. Desis hati Nuha. Dia menepuk mulutnya sendiri.
“Maaf, saya tak bermaksud pun nak cakap macam tu…saya mintak maaf…” ucap Nuha.
Thaqif hanya mendiamkan diri. Pedih hatinya apabila Nuha berkata seperti itu. Bukan dia tidak cuba untuk menerima Nuha, dia cuba dan sehingga sekarang pun dia berusaha untuk hidup dalam realiti bukannya fantasi antara dia dan Waheeda. Sedikit sebanyak kehadiran Nuha sudah mula mewarnai hidupnya Cuma dia perlukan sedikit masa lagi untuk mengungkapkannya pada Nuha.
“Awak, janganlah diam macam ni. Awak maafkan saya tak ni? Nanti tak lena tau tidur saya,” rengek Nuha dengan suara yang manja.
Tersenyum Thaqif dibuatnya. Hatinya terbuai mendengar suara Nuha yang manja.
“Kalau saya tak nak maafkan Nuha, macam mana? Apa yang Nuha nak buat?” soal Thaqif menguji.
Nuha menggigit jari. Hmmm…apa aku nak buat ni ya? Merajuklah pula sayang aku ni. Benak hatinya berkata-kata.
“Saya sayang awak, awak jangan marah. Saya suka awak. Sayang, sayang, sayang. Saya rindu awak. Awak jangan marah. Saya suka awak. Cinta hati saya…”
Serangkap lagu yang dipopularkan oleh Han dinyanyikan oleh Nuha dengan suara yang kedengaran ceria. Dia ketawa apabila terdengar Thaqif juga turut ketawa.
“Nuha ni memanglah….”
“Amboi, Qif. Tinggi benar kau bergayut. Bukan main risau lagi aku cari kau tapi baik betul kau bergayut atas pokok ni. Apa nak jadi dengan kau ni, Qif?!” sergah satu suara mengejutkan Thaqif yang sedang asyik bersembang.
“Awak siapa yang membebel tu?” soal Nuha pelik.
“Nanti saya callsemula. Selamat malam…assalamualaikum.” ujar Thaqif tergesa-gesa kemudian dia mematikan talian.
Dia menutup wajahnya apabila disuluh oleh Cikgu Rashid. Dia hanya mampu tersengih pada Cikgu Rashid yang sudah berdiri sambil tangannya mencekak pinggang.
Heee…kau tak tidur lagi, Rash? Rasanya masa aku datang ke sini, semua orang dah tidur…” ucap Thaqif sambil tersengih malu.
“Eh taklah. Aku tengah tidurlah ni. Ada ke tanya soalan macam tu? Tak nampak aku berdiri depan kau ni, maknanya aku tak tidur lagilah. Yang kau menghilangkan diri macam tu je, kenapa? Nasib baik Ustaz Kamal suruh aku cari kau kalau tak, aku tak tahu yang kau tengah sibuk bergayut atas pokok ni,” bebel Cikgu Rashid lagi. Dia mendongak memandang Thaqif yang masih duduk di atas dahan pokok rambutan.
“Aku buat panggilan. Panggilan kecemasan. Line tak ada, itu yang aku panjat pokok tu…” dalih Thaqif. Dia tersengih lagi.
“Panggilan kecemasan ke panggilan sayang? Kau jangan nak kelentong akulah, Qif. Aku tak pernah tengok perangai kau sampai macam ni sekali. Tak cinta konon, tapi perangai mengalah budak remaja bercinta. Aku pun ada isteri jugak Qif oooiii…tapi tak adalah teruk macam kau ni. Kalau student nampak, malu besar kau. Cikgu disiplin yang digeruni bergayut atas pokok dengan isteri tercinta…” ujar Cikgu Rashid dengan tawa yang besar.
Wajah Thaqif mula berbahang. Berpeluh-peluh dahinya apabila mengenangkan kata-kata Cikgu Rashid.
“Rash, kau janganlah hebohkan perkara ni dekat cikgu lain. Malulah wei. Aku pun tak tahu apa yang tak kena dengan aku ni…” balas Thaqif seakan merayu.
“Tak tahu apa ke bendanya? Kau tu dah jatuh cinta. Dah jatuh cinta dengan isteri kau tu kalau tak, takkan adanya kau buat perangai budak-budak macam ni!” tempelak Cikgu Rashid.
Thaqif terdiam seketika. Aku jatuh cinta? Soal hatinya. Bibirnya sudah pun melebarkan senyuman.
“Yang kau duduk bergoyang kaki lagi dekat atas tu, kenapa? Cepatlah turun!” panggil Cikgu Rashid lagi.
Thaqif tersentak. Dia menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Serentak dia memandang ke bawah. Macam mana aku nak turun ni? Soal hatinya.
“Hah, yang kau termenung tu kenapa?” sergah Cikgu Rashid lagi sambil menggelengkan kepalanya.
Heee…aku tak tahu macam mana nak turun.”
Terjengil mata Cikgu Rashid mendengar kata-kata Thaqif. Serentak, satu ketawa besar meletus daripada bibirnya. Dia ketawa sambil menekan-nekan perutnya.
“Cikgu Thaqif Aswad, memang hilanglah macho kau. Pandai naik tapi tak pandai nak turun? Hah, kau terjun jelah. Apalah sangat sakit jatuh pokok daripada pengorbanan kau yang sanggup panjat pokok semata-mata nak bersembang dengan Nuha..” seloroh Cikgu Rashid lagi.
Thaqif mengetap bibir. Sakit pula hatinya dengan usikan Cikgu Rashid. Kalau bukan disebabkan Nuha, dia takkan nekad panjat pokok rambutan ni. Betul kata Cikgu Rashid, buat hilang macho je. Detik hatinya. Aku nak buat apa ni? Nak terjun ke?
‘Terjun jelah….’hatinya membuat keputusan.
Lantas tanpa berfikir panjang, Thaqif terjun ke tanah.
“Aduh!!!” jeritnya apabila punggungnya terhentak ke tanah.
Cikgu Rashid yang melihat hanya ketawa berdekah-dekah apabila melihat wajah Thaqif yang berkerut disimbahi dengan cahaya lampu suluh.
“Seronok kau ketawa kan? Bukannya nak tolong aku..” bebel Thaqif geram. Dia berdiri dan menstabilkan dirinya. Seluarnya dikibas-kibas bagi menghilangkan kotoran.
“Kalau orang jatuh pokok aku bolehlah tolong tapi kalau orang jatuh cinta aku memang tak dapat tolong!” balas Cikgu Rashid dengan sisa tawa yang masih berbaki.
Thaqif menjeling. Cermin matanya dibetulkan sedikit.
“Mana ada aku jatuh cinta. Merepeklah kau ni…” nafi Thaqif lagi. Dia berjalan melepasi Cikgu Rashid.
“Kau kalau nak berbohong, kau pergi bohong anak-anak kau yang kecil lagi tu. Aku kawan kau tau. Aku tahulah perangai kau macam mana. Orang cakap kalau orang jatuh cinta ni dia akan buat perkara yang tak terlintas dalam fikiran. Jadi betullah, semua tu dah berlaku pada kau…” ujar Cikgu Rashid yang masih berdiri di belakang Thaqif.
Thaqif mencebik.
“Mengarutlah, Rash. Dah, jom balik khemah. Tadi bising aku hilang. Sekarang kau pulak yang duk memekak dalam hutan ni…” bebel Thaqif sambil melangkah lagi.
“Orang ada cakap lagi, kalau orang jatuh cinta ini hidup dia macam berada atas awang-awangan. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Sampaikan jalan balik ke khemah pun tak tahu yang mana satu…” laung Cikgu Rashid lagi.
Langkah Thaqif terhenti. Dia memandang ke kiri dan kanan.
‘Sampaikan jalan balik ke khemah pun tak tahu yang mana? Apa maksud Rash ni?’ soal hati Thaqif. Kemudian matanya menangkap tulisan TOILET tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Thaqif menepuk dahi. Dia menggelengkan kepala apabila terdengar hilai tawa Cikgu Rashid dari arah belakang. Memang masak aku kali ni! detik hatinya.
Dia berpaling dan menghayunkan langkah mendapatkan Cikgu Rashid yang masih rancak ketawa. Dia mengetap bibir. Malunya pada Cikgu Rashid hanya Allah yang tahu. Tak pernah dia mendapat malu seumur hidupnya seperti yang dirasakan sekarang ini.
“Seronoknya gelakkan aku. Tak sayang nyawa ke?” soal Thaqif sambil menumbuk lembut perut Cikgu Rashid. Serta-merta tawa Cikgu Rashid terhenti. Kemudian dia ketawa lagi.
“Izinkan hamba tunjukkan jalan yang sebenarnya, tuan hamba. Jalan yang tuan hamba ambil tadi sudah jauh menyimpang. Itulah padahnya kalau hati bersarang cinta…” seloroh Cikgu Rashid lagi.
Thaqif sudah tidak mampu menahan perasaannya. Akhirnya dia turut ketawa dengan kata-kata Cikgu Rashid. Bahu sahabatnya itu ditumbuk lembut.
“Aku gembira tengok kau bahagia macam ni, Qif. Tak sia-sia kau ambil Nuha jadi isteri kau. Dia mampu kejutkan kau daripada lena yang panjang. Inilah Qif yang aku kenal. Sentiasa tersenyum dan ketawa bukannya Qif yang tak ada perasaan dan dingin dengan semua orang. Aku harap kau akan kekal macam ni,” sambung Cikgu Rashid dengan suara yang serius. Mereka berdua berjalan menuju ke tapak perkhemahan.
“Kau rasa aku akan bahagia ke dengan Nuha kalau aku beri peluang pada dia untuk ganti tempat Waheeda?” soal Thaqif kemudiannya.
“Qif, Allah tak jadikan kesedihan itu berpanjangan. Apabila Dia mengambil sesuatu yang kau sayang maknanya Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Kau kena yakin dengan janji-Nya. Dia tak pernah zalim pada hamba-hamba-Nya, Qif. Percayalah, Nuha gadis yang terbaik untuk kau, kalau tak, tak adalah kau angau sampai panjat pokok, kan?” sempat lagi Cikgu Rashid mengusik dalam nasihatnya. Dia ketawa kecil.
“Satu saja nasihat aku untuk kau, Qif. Don’t wait until it’s too late to tell someone how much you love, because when they are gone no matter how loud you shout and cry they won’t hear anymore,” nasihat Cikgu Rashid sambil menepuk lembut bahu Thaqif.
Thaqif terdiam sebentar. Kata-kata Cikgu Rashid ada benarnya juga. Mungkin hati ini dah terpaut padanya. Mungkin betul, aku sudah jatuh cinta padanya. Ya, memang aku cintakan Nuha. Hati ini dah tertawan padanya. Nuha Saqeena, tak mungkin aku dapat padamkan sebaris nama ini dari hati ku.