Sabtu, 06 Oktober 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 2

BAB 2

“YA ALLAH, kereta mana yang parking belakang kereta  aku ini? Depan belakang sume ada kereta. Ish! Sesedap hati dia je dia parking belakang kereta aku ye! Jaga dia satgi!” Ariana membebel sendirian. Nisrina membelek kereta itu. Hampir beberapa kali dia mengelilingi kereta itu.
“Nisrina! Yang kau asyik tawaf kereta itu buat apa?! Tak ada faedahnya. Kalau kau tawaf Kaabah tak apalah juga! Dapat pangkat Hajah,” tempelak Arani. Nisrina mengurut dadanya.
‘Fuh! Semangat! Nasiblah aku ni jenis yang tak melatah! Kalau tak habis dah keluar semua perkara yang ada dalam otak aku ni’ bebel Nisrina dalam hati.
Nisrina memandang tepat ke arah Arani dengan pandangan yang cukup tajam.
“Ikut suka hati akulah nak tawaf benda apa pun! Kau sibuk apa?! ” Tempelak Nisrina. Walaupun mereka asyik bergaduh namun persahabatan mereka tetap rapat. Ariana dan Azzalea tidak peduli dengan mereka. Mereka berdua tetap setia menunggu kelibat manusia itu.Azzalea yang tidak tahan lagi  untuk menunggu berkata…
“Ann, bak kunci kereta, ” Azzalea menyuakan tangan seperti orang yang kelaparan meminta nasi. Tapi, dia bukan minta nasi tapi minta kunci. Pelik betullah budak ini. Ariana hanya memberikan kuncinya dengan selamba badaknya. Kalau orang lain pasti ditanya nak buat apa atau apa-apa sajalah. Ni, tidak selamba ja bagi.
Azzalea terus berlalu ke kereta Alphard milik Ariana. Dia menghidupkan enjin kereta itu. Setelah stabil, dia menghonkan kereta itu. Setelah beberapa lama mencuba. Tidak kelihatan tuan kepada kereta BMW hitam itu. Ariana mula berang. Dia mencatat nombor plat dan jenis kereta itu.Selepas itu, Ariana berlalu ke pondok pengawal UKM lalu..
“Encik tolong panggil pemilik kereta ini,” kata Ariana lalu tersenyum hambar. ‘Kau memang mencabar aku, wahai si pemilik kereta,’ kata Ariana di dalam hati.
“Baik,” kata penjaga kaunter lalu membuat pengumuman. Azzalea, Arani dan Nisrina menghampiri Ariana.
“Ann, apa yang kau buat?” tanya Azzalea pelik. Arani dan Nisrina mengangguk tanda mereka bersetuju dengan cakap Azzalea.
“Adalah! Azza, kau kunci tak kereta aku?” tanya Ariana.
“Segalanya ok di tangan aku,” Azzalea tersenyum lalu memberikan kunci kereta kepada Ariana.
“Ya, encik kenapa panggil saya?” tanya pemuda itu pelik.
“Bukan saya tetapi cik ini,” ujar pengawal keselamatan itu lalu menunjuk ke arah Ariana yang sedang bercekak pinggang. Pemuda itu mengalih..
“Kau?!” Haikal dan Ariana berkata serentak.
“Kenapa kau panggil aku?!” Haikal memang marah apabila terjumpa gadis itu. Tidak tahu apa sebabnya.
“Yang kau parking kereta kat belakang kereta aku ni pahal?!” Ariana terus memarahi Haikal. Tiada masa nak berbasa-basi lagi kat sini.
“Kalau aku tahu tu kereta kau, tak ada masa aku nak parking kat situ! Lebih baik cari parking kat tempat lain lagi bagus!” Haikal menentang.
“Masalahnya sekarang, kau dah parking kat situ,” Ariana membalas.
So?!”
So,Encik Haikal, boleh tak ubah kedudukan kereta encik, kereta kami hendak keluar,” kata Azzalea sinis. Muka Haikal memerah. Pengawal keselamatan itu menahan tawa.
Okay,fine,” putus Haikal.

“AH! Penat,”kata Ariana lalu merebahkan badannya.
Seketika kemudian..
Telefon Nisrina berdering.Nisrina melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
“Wei,aku nak keluar sekejap, someone please follow me,” rayu Nisrina. Dia tidak betah keluar bersendirian tanpa ditemani oleh rakan-rakannya.
“Ke mana?” tanya Arani.
“Ke.. Jumpa Farhan!” ujar Nisrina sambil tersengih. Ariana mendengus lalu berlalu ke biliknya. Dia paling tidak suka dikaitkan dengan Farhan. Kalau Farhan adik Ara tak apa juga. Ni playboy Malaya! Tak nak aku!
“Jumpa Farhan adik aku boleh, jumpa Farhan playboy Malaya, sorry morry. No way!” ujar Arani lalu berbaring di atas lantai. Sejuk dan nyaman aje. Mata Nisrina tertumpu kepada Azzalea yang leka membaca novel. Azzalea mengerling ke arahnya lalu menggeleng.
Nisrina mendengus. Terpaksalah dia keluar sendiri. Kenapalah mereka ni tak pernah nampak kebaikan Farhan? Farhan was already change! Dia tak macam dulu! Tapi mereka tetap dengan pendirian mereka. Bagi mereka, Farhan ialah playboy Malaya!

“THANKS, Farhan sebab buat semua ini. Saya pun dah lupa hari ini genap setahun kita bercouple,” ujar Nisrina lalu duduk. Farhan di hadapannya dikerling sekilas. Nasiblah dia memakai baju yang agak cantik berbanding trend nya yang sentiasa selamba.
            “Yelah, saya tahulah saya ni bukan sesiapa dalam hati awak. Sampai awak lansung tak ingat saya kan?” ujar Farhan sengaja menduga. Nisrina hanya tersenyum. Apa lagi yang hendak dijawabnya jika tuan punya badan yang berkata sebegitu.
            Your friends tak ikut ke?” tanya Farhan. Dia memandang sekeliling. Dia berharap tiada kawan Nisrina yang mengikut. Kalau tidak, plannya akan hancur sebegitu sahaja. Perlu tukar yang lain pula.
            “Tak, mereka tak nak. Tadi pun baru balik shopping, penat tak hilang lagi. Saya pula ajak mereka ke sini. Lagilah mereka tak nak,” kata Nisrina sambil tersenyum. Dia mengambil sudu lalu memakan makanan yang terhidang di depannya. Ermm.. Chicken Chop! Yummy..!
            Farhan tersenyum. Inilah harinya. Hari yang amat bermakna bagi dirinya. Dia memandang gadis yang berada di hadapannya itu dengan perasaan yang tidak dimengertikan. Hal ini terjadi kerana kau, Nadreena! Aku tak akan mengapakan adik kau jika kau tak terima cintaku. Aku redha. Tapi, aku paling tak sanggup apabila kau menerima cinta Aizriel. Dan, kerana itu adik kau yang terima padahnya. Dendam aku sudah hampir sampai ke penghujung, Nadreena. Just wait and see. How I ruin your sister’s life!
            Nisrina hanya makan tanpa menaruh sebarang syak wasangka. Namun, tingkahnya terhenti apabila kepalanya mulai terasa pening. Ya Allah! Kenapa ini? Pandangannya berpinar dan mulai kelam. Perkara yang terakhir yang dia nampak ialah senyuman sinis Farhan. Kenapa Farhan? Kenapa kamu tersenyum? Ada perkara yang lucukah yang terjadi? Adakah sakitku ini angkaramu Farhan? Please answer me!

JAM menunjukkan nombor 12. Ianya bermakna sudah 3 jam mereka menunggu kepulangan Nisrina. Di dalam hati masing-masing mulai tertanya-tanya. Di manakah kawan mereka yang sentiasa ceria itu? Di manakah kawan mereka, Nisrina?
            Ya Allah, aku pohon kepadamu. Selamatkanlah Nisrina walau dimanapun dia berada. Aku mohon, berikanlah ku petunjuk tentang di mana keberadaan Nisrina sekarang. Adakah dia baik-baik sahaja? Ataupun sebaliknya? Ya Allah, aku mohon kepadamu, berikanlah petunjuk kepadaku untuk mencari Nisrina. Di mana kau Nisrina? Pulanglah Nisrina.
            Ayat itu sentiasa bermain-main di kepala otak mereka. Selamatkanlah Nisrina. Berikanlah petunjuk di manakah keberadaan Nisrina. Itulah yang mereka sentiasa fikirkan.
            Ariana mengambil telefon bimbitnya. Nadreena perlu dihubungi. Biarpun sudah lewat. Namun kakak kepada temannya itu perlu dihubungi.
            “Hello.. Siapa ni? Kacau orang malam-malam,” kedengaran suara seorang perempuan yang sedang mendengus. Mungkin marah kerana tidurnya diganggu.
            “Hello, kak Nad. Ann ni! Kawan Nis,” kata Ariana cuba mengingatkan Nadreena yang mungkin terlupa akibat dikuasai oleh rasa kantuknya.
            “Yes, Ann. Why? Pagi esok tak boleh beritahu akak ke?” tanya Nadreena malas. Sebal di hati tak terkira. Sememangnya, tak ada hari lain ka?!!
            “Nisrina, tadi dia keluar. Sampai sekarang dia tak balik lagi,” ujar Ariana. Nadreena yang baru hendak terlentok membulatkan matanya.
            “Dia pergi mana?” tanya Nadreena pula dengan suara yang cemas.
            “Dia pergi jumpa Farhan kot. Saya tak pasti sangat sebab saya masuk ke bilik sebelum dia habiskan kata-katanya,” kata Ariana perlahan.
            “Kenapa kamu tak ikut?” tanya Nadreena kembali.
            “Malas plus penat. Baru balik shopping nak keluar balik,” kata Ariana pula. Nadreena menggeleng. Nisrina memang tak tahu erti penat. Ya Allah, selamatkanlah adikku.
            “Tak apalah, kamu tidur dahulu. Mungkin dia menginap di mana-mana kot sebab dah lewat,” kata-kata Nadreena sedikit sebanyak menenangkah hati Ariana yang gundah. Ya, mungkin dia nginap di hotel.
            “Tak apalah, akak. Akak sambung tidur, saya pun nak masuk tidur dah. Assalamualaikum,” ujar Ariana meminta diri.
            “Waalaikumussalam,”