Senin, 18 Februari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 15

Assalamualaikum...

Sambungan Dirimu satu..Selamat membaca.


NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.

BAB 15




 PETANG itu, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah di kerusi batu yang terletak di luar rumah..Sejak tiga empat hari ni aku banyak mengahabiskan dengan membaca , menontotn tv, melayan cerita korea semua tu.

“Amani buat apa tu?” Aku terus menoleh  mencari-cari suara itu.
“La Mak Som rupanya.Ingatkan siapa tadi.Amani tengah baca buku , Mak Som buat apa?” Ujar aku sambil tersenyum.

“Mak Som  siram pokok bunga ni haa.” Balas Mak Som yang sedang membuka paip air untuk menyiram pokok bunga miliknya.

“Pak Rahman mana pergi mana Mak Som?” Soal aku lagi sambil menutup dan meletakkannya di atas meja lalu aku bangun melangkah menuju ke tempat mak Som.
“Pak Man kamu tu bukannya lekat dekat rumah.Petang-petang begini memang dia selalu keluar dengan kawan-kawan dia .Pergi borak kosong dekat warung belah sana la kot.Kalau dah jumpa geng berborak memanglah , tak makan dekat rumah pun tak apa.” Ujar mak Som sambil leka menjirus pokok bunga miliknya.

“Kesianlah mak Som duduk sorang je,  abang Am pun tak lekat dekat rumah.” Tingkah aku lagi.

“Nak buat macam mana Amani.Anak mak Som sorang tu je.Disuruh kahwin katanya tak jumpa calon lagi.Entah yang macam mana  dia cari pun mak Som tak tahu.”. Jawab mak Som lagi.

“Habis tu mak Som tak tolong carikan untuk abang Am ke?” Aku sudah tersengih memandang mak Som.Terus saja mak Som memandang aku.

“Ish kamu ni, kalau mak Som cari takut abang Am kamu tak berkenan pula.Zaman sekarang ni ada lagi ke  mak yang carikan calon menantu untuk anak dia.Sekarang ni bukan anak-anak ke yang buat pilihan.Orang tua macam mak Som ni mengikut aja.” Tambah mak Som.

“Eh mestilah ada mak Som.Bukan orang kata pilihan orang tua adalah pilihan yang terbaik ke ?” Soal aku lagi.

“Tak juga Amani.Ada yang bahagia ada yang separuh jalan saja.Kita tak tahu apa yang bakal jadi masa depan.” Jawab mak Som lagi.

“Kalau Am suruh mak Som carikan memang mak Som masuk meminang Amani la.” Terkejut aku,  Mak Som bergurau ke ni?Biar betik.Aku nak di jadikan calon menantu dia?
“Eh mak Som kenapa Amani pula.Amani ni tak pandai masak mak Som.” Tingkah aku.
“Ala masak tu boleh belajar Amani.” Dalih mak Som lagi.

“Amboi rancaknya berborak .” Kedengaran suara ibu aku pula yang sedang menyarung selipar .Ibu nak mengadap pokok bunga dia .

“Tak adalah akak borak kosong je dengan Amani.Usik dia ni.” Mak Som bersuara sambil tersenyum.

“Kak Som hidup tak bunga orkid yang Pah bagi minggu lepas tu.” Ujar ibu aku sewaktu menapak ke ruang pokok bunga miliknya.
“Hidup je.Terima kasihlah Pah. Susah-susah je belikan akak pokok bunga orkid tu.” Mak Som pula membalas.Aku sudah menapak semula ke tempat duduk tadi untuk menyambung kembali membaca buku tadi.

Kedengaran deruman enjin memasuki kawasan pagar rumah.Abang Amar sudah pun balik dari kerja.Aku sudah tersenyum melihat abang Amar keluar dari kereta.

“Assalamualaikum…” Abang Amar memberikan salam.
“Waalaikumussalam ..” Jawab aku dengan ibu serentak.
“Macam mana kerja abang?” Soal aku sewaktu abang aku melabuhkan punggung di depan aku.

“Ok je , seperti biasa.Kalau time busy memang penatlah sikit.Nanti bila adik dah kerja nanti adik akan rasa la apa yang abang rasa.Sekali fikir nak kembali semula zaman belajar bila dah kerja ni.” Ujar abang aku lagi sambil membuka tali leher miliknya.

“Pulak dah.” Balas aku lagi.
“Adik bawa keluar makan petang dekat luar ni.Tadi ibu ada buat pisang goreng.Panggilkan abah sekali.Dia tengah ralit tengok tv.”  Ibu aku bersuara sambil membuang daun-daun kering di dalam pasu bunganya .

“Sekejap adik ambilkan.” Aku sudah bangun kembali
“Adik tolong ambilkan abang ais kosong eh.Dahaga la.” Abang aku sudah tersengih.
“Baik bos.” Ujar aku sambil memgenyit mata.

HARI ni aku sudah berjanji dengan Maya untuk keluar berjalan-jalan sambil golek bola bowling.Sudah agak lama aku tak lepas gian main bowling ni.Hari ni abang aku yang hantar kebetulan dia ada urusan di luar aku pun apa lagi kan ambil kesempatan menumpang abang Amar la.

“Adik , balik nanti mesej abang tahu.Adik nak abang ambil ke?” Soal abang aku sewaktu aku ingin membuka pintu kereta.

“Errm adik minta Maya tolong hantarkan adik baliklah.Kalau Maya  ada hal tak boleh hantar adik nanti adik call abanglah ambil adik dekat sini.Boleh?”  Tingkah aku pula.
“Alright.Apa-apa hal nanti adik call abang ok.Abang pergi dulu.Take care .” Ujar abang aku lagi.Terus aku bersalaman dengan abang aku sebelum aku melangkah keluar dari perut kereta.

“Ok abang pun hati-hati tau bawa kereta.” Ujar aku sambil tersenyum ke arah  tingkap  kereta .Abang aku terus memakai kaca mata hitam sambil tersenyum ke arah aku sebelum berlalu pergi.

Mata aku melilau mencari kelibat Maya.Manalah Maya ni.Ramai pula orang dekat Ole-Ole yang terletak di seksyen lapan belas Shah Alam.Sudah lama juga aku tidak berjalan cuci mata dekat Ole-Ole ni.Sementara menunggu kelibat Maya aku menghabiskan masa di kedai myNew.com . Aku melihat majalah-majalah yang tersusun di atas rak. Dengan pantas aku mengapai majalah wanita lalu membeleknya .Aku menapak ke kaunter lalu membayar harga majalah wanita tersebut.

“Amboi khusyuknya kau membaca.” Tersentak aku.Maya sudah tersengih .
“Haaa kenapa kau lambat ?Penat tau aku tunggu kau dekat sini.” Ujar aku pula sambil bercekak pinggang.

“Ala sorry la, bukan sengaja pun.Kau tahulah jalan jamm kan.Kau dah makan belum ni?” Soal Maya lagi.

“Perut aku ni dah macam-macam lagu tau tunggu kau.Di sebabkan kau lambat hari ni kan kan, apa kata kau belanja aku makan.Ok?” Tingkah aku sambil tersenyum penuh makna.
“Kau memang bab makan laju.Ye la aku belanja kau makan, tapi lain kali turn kau pula belanja aku.Ok?” Jawab Maya lagi.

“Cantik.No problem nanti aku belanja kau makan.” Ujar aku sambil mengangkat ibu jari membuat gaya thumb up.

“Kau nak belanja aku makan apa ni?” Tambah aku lagi sewaktu kaki kami berdua mula melangkah ke depan.

“Hmmm aku belanja kau makan kek Secret Recipe nak tak?”
“Mestilah nak.Kau tahu kan aku suka makan kek.Sedapnya kek Chocolate Indulgence .” Aku sudah terbayang kek Chocolate Indulgance.

“Aku nak makan White Dark Chocolate Cheese la.” Maya juga sudah terbayang kek tersebut di ruang matanya.

“Eh yang kau dok berangan lagi kenapa.Jomlah masuk .” Ujar Maya lagi sambil menepuk bahu aku.

“Eh eh kau punya pasallah ni, tengok aku dah berangan makan Chocolate Indulgence.” Tingkah aku sambil tersengih.mata sudah aku arahkan pada pintu utama Secret Recipi.

“Kau memang suka berangan.Aku dah tahu lama dah.” Usik Maya lagi.
“Ala kau pun sama suka berangan macam aku.” Cebik aku pada Maya.Maya terus menarik tangan aku memasuki ke Secret Recipi.


Selepas tamat sesi memenuhkan perut dengan kek aku dan Maya mula menapak ke Ole-Ole Super Bowl di mana terletak di aras dua.Sewaktu di kaunter aku ternampak kelibat Zarith iaitu anak lelaki kepada auntie Zalida.Zarith pun ada dekat sini juga ke? Aku terus berjalan menuju ke kaunter.

“ Zarith..Buat apa dekat sini?” Soal aku.Bagus punya soalan.Dah nama pun tempat bowling yang pergi tanya lagi tu kenapa.Alahai Amani oit tak ada soalan lain ke nak tanya?.
“Eh kak Amani.Main bowlinglah kak.Bosanlah duduk rumah je.” Tingkah Zarith.
“Zarith sorang je ke?” Soal aku lagi.

“Eh taklah Zarith dengan sepupu Zarith.Dia pergi toilet kejap.Ni pun Zarith yang paksa dia datang temankan Zarith.Abang Fiq tu boleh tahan sibuknya.”. Macam pernah dengar je nama Fiq ni.Kalau tak silap aku masa aku jumpa auntie Zalida dengan Zarith dekat pasaraya Mydin hari tu.Aku berfikir sendirian.

“Owh ye lupa pula kak Amani nak kenalkan.Ni kawan kak Amani nama dia Maya.Zarith boleh panggil dia Kak Maya.” 

“Hai ..Nice to meet you.” Ujar Maya sambil tersenyum.Zarith juga tersenyum.
“Kak Amani dengan Kak Maya pun nak main bowling eh?Jomlah main sekali dengan Zarith dengan abang Fiq.” Tingkah Zarith .

“Zarith ..” Kedengaran suara lelaki yang memanggil Zarith.Dengan pantas aku memusingkan badan ke belakang.macam kenal je suara tuh.Takkanlah….

“Awak lagi?” Dengan serentak aku dengan  Rafique berkata .
“Aik kak Amani dah kenal ke dengan abang Fiq.” Soal Zarith pelik.
“Memang diorang berdua ni saling kenal mengenali Zarith.Jangan kejap lagi perang meletus sudahlah.karang tak jadi pula kita nak main bowling hari ni.” Usik Maya pula , Zarith pula tayang muka blur.
“Maksud kak Maya?” Tingkah Zarith sambil menggarukan kepalanya.
“Ehem..Zarith sebenarnya abang Fiq dah kenal dengan kak Amani ni.” Terang Rafique.
“Macam mana abang Fiq boleh kenal dengan kak Amani?” Soal Zarith lagi dengan pelik.
“Nanti ada masa abang Fiq ceritakan dekat Zarith.” Tambah Rafique lagi.Aku hanya mendiamkan diri.

“Zarith tadi kata nak main sekali kan.Jomlah.” Ujar Maya pula.
“Aah jomlah kak Maya,kak Amani kita main sekali senang.” Tambah Zarith lagi.

“Abang Fiq on je tapi tak tahulah kalau orang tu takut dengan bola bowling.” Usik Rqfique.Aku sudah menjeling tajam ke arahnya.Sengaja nak cari pasal mamat ni.
“Kak Amani dengan kak Maya macam mana?” Soal Zarith lagi.

“Aku ok je Amani.Kau macam mana?” Soal Maya pada aku pula.
“Ok Zarith akak setuju.Kak Amani nak tengok orang yang cakap kak Amani takut dengan bola bowling tu main .Teror sangat ke dia tu?” Bidas aku ke arah Rafique.Seperti biasa dia tayang muka selamba dan tersenyum sinis pada aku.Geram betul la.

“Well ..abang Fiq memang dah terror kan Zarith.” Ujar  Rafique lagi.Sengaja nak menaikkan darah akulah tu.Eee perasan sungguh mamat perasan ni.Over.

“Silakan Encik Rafique yang perasan terror.” Tingkah aku sambil memyindir Rafique.Zarith sudah mencuit Maya.Kalau aku jadi Zarith pun mesti pelik.Ye la tengok gaya aku dengan Rafique tak ubah seperti anjing dengan kucing.Ada saja benda yang nak di gaduhkan.

“Ye Cik Amani, sila tengok saya main ok.” ? Tingkah Rafique sambil menyarungkan kasut dan bersiap sedia untuk memulakan permainan bowling.Zarith dan Maya pula sudah siap bersedia dari tadi.Aku hanya memandang kosong ke arah Rafique yang perasan tu.

Balingan yang pertama.Memang aku tak sangka mamat perasan ni pandai main bowling.Sekali baling terus strike.Terkebil-kebil mata aku memandang pin-pin yang jatuh .
“Yes strike..” Tingkah Rafique sambil tersenyum penuh makna ke arah aku.Dengan selamba aku hanya mencebik bibir.Seterusnya turn Zarith pula yang bermain.
Selepas itu tibalah giliran aku pula.Aku mengambil bola yang bewarna hijau gelap lalu membalingnya.

“Yes strike..” Tingkah aku sambil tersenyum senang.Zarith dan Maya sudah bertepuk tangan.

“Wow not bad.Pandai juga cik Amani main bowling.Ingatkan tak larat dah nak angkat bola tu.” Ujar Rqfique lagi sambil memandang ke arah aku.
“Awak ingat awak sorang je ke yang tahu main bowling Encik Rafique ?” Soal aku sambil  bercekak pinggang.

“Manalah tahu, kot tak larat nak angkat bola ke.” Usik Rafique lagi
“Ada awak nampak saya tak larat angkat bola tu tadi?” Soal aku sambil mengecilkan kelopak mata aku dan mengetap bibir.

“Agaklah.Ada nampak sikit kerutan di dahi awak sewaktu angkat bola tu tadi.” Tingkahnya sambil tersengih .Cis nampak je mamat ni .Geram pula aku tengok muka dia.Sabar Amani.Jangan nak cari gaduh dengan mamat yang suka perasan ni.Memang kau takkan menang punya dengan si Rafique ni.

“Korang berdua nak main bowling ke nak gaduh?” Soal Maya sambil bercekak pinggang.
“Abang Fiq dah turn abang Fiq main.cepatlah.” Kedengaran suara Zarith pula yang menyampuk.

“Ye ke.Sorry..” Tingkah Rafique pula sambil melangkah ke depan.
“Cik Amani tengok ye saya main ni.Jangan awak baling dalam longkang kejap lagi sudahlah.” Tingkah Rafique lagi sambil mengenyitkan mata pada aku.Sempat lagi dia berpusing ke belakang semata-mata nak cakap tu je.

Aku sudah mengepal tangan aku.Encik perasan yang bajet diri dia bagus sangatlah tu.Over betul encik perasan ni.Menyampah pula aku tengok.Ish..Relax Amani kau datang sini nak main bowling.Abaikan mamat perasan ni.Fokus pada game.Jangan kalah dengan mamat perasan ni.Kalau aku kalah makin teruk aku kena  ejek dengan mamat perasan yang bajet diri bagus tu.Huh.

“Kau kenapa Amani?Muka merah je .” Tegur Maya sambil mencuit bahu aku.
“Kau tengoklah encik perasan bagus tu.Sakit hati pula aku tengok.Perasan sungguh.” Tingkah aku pula sambil menunjukkan ke arah Rafique.Maya sudah tergelak kecil.

“Korang berdua ni kan , memang sesuai sangat jadi laki bini.”. Usik Maya
“Apa kau kata tadi.Ulang balik.Aku tak berapa jelas tadi.” Aku sudah bercekak pinggang.
“Eh tak ada apa-apalah.Aku cakap Zarith tu pandai main bowling.” Tingkah Maya sambil tersengih.Alih topik  nampak.

“Giliran kak Amani pula.” Sampuk Zarith.Aku tersentak lalu berlalu ke depan.Aku memandang muka Rafique sewaktu melintas di hadapannya.

“Good luck cik Amani.” Ujarnya sambil mengenyitkan mata pada aku lagi.Mamat ni kan suka sangat main kenyit mata.Aku korek biji mata dia karang baru tahu.Aku tayang muka tak  ada perasaan.Eh kejap macam mana rupa muka tak ada perasaan tu ye.?Ish Ish Ish.Amani.Amani….

“Kita tengok siapa yang menang nanti.” Tingkah aku sambil menjeling tajam kepada Rafique.Dengan selamba badak si Rafique ni tersengih nakal.Huh panasnya hati ini.Sabar Amani.

 BERSAMBUNG.....

SaLaM KaSiH